Selasa, 21 Jun 2016

MENTERI AGAMA guna duit zakat.. tak berdosa Bayar zakat tak melalui KERAjaan.. BERDOSA !!!

Baru tahu di bwh pemerintahan BN Benjamin Netanyahu, ADALAH BERDOSA bagi zakat terus kepada asnaf !!!

"Zakat untuk orang miskin & golongan lain yg selayaknya... dosa kita tuhan yang tentukan bukannya manusia.. asalkan niat kita ikhlas DAN BUKANNYA DI SEGELINTIR 'PENGUTIP DUIT ZAKAT' YANG SONGLAP/ SALAHGUNA WANG2 ZAKAT"..

Mcmaner nak kenal penyangak & penyamun ??
TANYALAH KEPADA UMNO kerana mereka lebih MAHA MENGETAHUI !!!

Wallahualam~

Kalau RM200 ribu pon boleh kena heret ke mahkamah...

KENAPA RM2.6 bilion susah sgt nak diheret ke mahkamah ??!!

APA NAK HERAN..
Bapak nya dlm diam2 boleh terima 'derma' RM2.6 bilion masuk ke dlm akaun peribadi..

Mama nya pula dlm senyap2 didakwa RM2 juta dideposit ke dalam akaun bank milik Rosmah Mansor hanya dlm tempoh 2 bulan shj...

MUDAHNYA Najib & Rosmah perbodohkan rakyatnya..


MULIA SUNGGUH hati kedua2 mereka ini..

Bila dah dapat, 'TIBA-TIBA' dipulangkan semula...


Nampaknya Rosmah lagi awal cerdik drpd Najib kerana Najib tiru modus operandi bininya..

Nama selain klia2 adalah satu kesalahan – MAHB

Kempen AirAsia untuk menjenamakan klia2 sebagai LCCT2 menyalahi peraturan IATA dan ICAO, kata pengarah urusan MAHB
MAHB
PUTRAJAYA: Penggunaan nama lain menggantikan jenama rasmi, klia2 adalah satu kesalahan kerana menyalahi undang-undang penerbangan, kata Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) Datuk Badlisham Ghazali.
Beliau berkata kempen yang dijalankan oleh syarikat tambang rendah AirAsia untuk menjenamakan klia2 sebagai LCCT2 menyalahi peraturan di bawah Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) dan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).
“Kita tidak boleh sesuka hati menamakan terminal, ia telah didaftarkan dan kerajaan yang menamakannya sebagai klia2, bukan MAHB,” katanya kepada media selepas menemani 108 anak-anak asnaf di sekitar Sepang membeli-belah keperluan raya di pusat beli-belah Alamanda, di sini hari ini.
“Bagaimanapun, kita tidak boleh menghalang mereka untuk menyebutnya sebagai LCCT2, itu adalah kebebasan bersuara, tetapi tidak boleh meletakkannya di tiket dan papan kaunter mereka,” katanya.
Mengenai rungutan kerosakan yang terdapat pada landasan dan kebocoran di klia2, Badlisham mengakui masih menghadapi masalah itu sehingga ke hari ini.

NGO: Pembunuhan Bill Kayong uji kesabaran Dayak

Tiga belas pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Dayak di Sarawak mengutuk pembunuhan aktivitis Dayak, Bill Kayong yang ditembak oleh individu tidak dikenali di Lutong, Miri awal hari ini.
Kayong, 43, sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat semasa beliau dibunuh.
Antara NGO itu ialah Kesatuan Dayak Nasional Sarawak (SDNU), Persatuan Dayak Bidayuh Nasional (DBNA), Persatuan Dayak Iban Sarawak (SADIA), Persatuan Graduan Dayak (SGA), Persatuan Graduan Bidayuh (BGA), Barisan Iban Sarawak (BISA) dan Kongres Dayak Nasional (DNC).
Jurucakap mereka Dr Dusit Jaul, yang juga Presiden DGA, membacakan kenyataan bersama pada sidang media yang berlangsung di sebuah hotel di Kuching.
"Tindakan kejam ini telah menimbulkan kemarahan dalam kalangan masyarakat Dayak kerana perbuatan itu umpama seperti "menjolok sarang tebuan" dan pada masa sama menguji kesabaran orang Dayak.
"Susulan pembunuhan ini, kami menggesa semua anggota masyarakat untuk kekal tenang dan tidak mengambil undang-undang di tangan mereka sendiri," katanya.
Dusit berkata polis perlu segera menjalankan penyiasatan secara menyeluruh dan menahan penjenayah terbabit.
Datuk John Tenuwek, bekas Duta Malaysia ke Myanmar dan Timbalan Presiden DNC berkata beliau terkejut dengan berita pembunuhan itu.

Azalina datang jumpa mahu saya terangkan isu 1MDB – Rafizi


PETALING JAYA : Datuk Seri Azalina Othman Said menunjukkan wajah berbeza berhubung isu 1MDB sebelum dan selepas menjadi menteri, dakwa Setiausaha Agung PKR.
Rafizi Ramli melalui catatan di Facebook mendedahkan Azalina sebelum menjawat jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri datang berjumpa dengannya di Parlimen berhubung perkara itu.
Menurutnya lagi, Azalina bertanyakan sama ada mempunyai kelapangan untuk menerangkan isu 1MDB kepadanya kerana beliau “sangat bimbang”.
“Saya tidak pernah sambut permintaan itu. Lepas itu terus beliau dilantik menteri.
“Sejak itu 1MDB bau harum dan segar di mata beliau berdasarkan tindak-tanduk beliau selepas menjadi menteri,” tulis Rafizi.
Terdahulu, Azalina menyelar tindakan Rafizi Ramli yang mendakwa kemenangan BN dalam pilihan raya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar Sabtu lalu akibat dua ‘penyakit’ rakyat iaitu sentimen perkauman atau keagamaan, dan kebendaan.
Sepanjang kempen pilihan raya, pembangkang membawa isu 1MDB untuk menarik sokongan rakyat sebagai referendum terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
“Rafizi terdesak dan tidak dapat menerima kekalahan pembangkang dalam kerusi Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar sehingga sanggup menyalahkan pengundi,” kata Azalina lapor Umno Online.
Menyentuh isu peralihan sokongan pengundi, Rafizi mengulangi pendirian bahawa PKR dan Pakatan Harapan perlu memahami punca pengundi kembali menyokong BN.
Beliau bertegas bahawa peralihan sokongan itu berpunca daripada dua ‘penyakit’ yang dinyatakan sebelum ini.
Namun dalam laporan FMT sebelum ini, tinjauan mendapati pengundi lebih cenderung kepada isu sara hidup dan setempat, manakala penganalisis politik pula menuding pada pertarungan tiga penjuru sebagai penyumbang utama kemenangan BN.

Adun perlu jelas ‘kemana lagi orang Melayu akan membawa diri’

Exco Dr Afif Bahardin mahu Adun Bertam Shariful Azhar Othman menjelaskan kenyataannya kepada para pelajar di Politeknik Seberang Prai baru-baru ini.
afif-bahardin
GEORGE TOWN: Seorang Adun Umno diminta menjelaskan kenyataannya yang seolah mengatakan tiada tempat untuk orang Melayu di Pulau Pinang di masa akan datang.
Adun Bertam Shariful Azhar Othman didakwa membuat kenyataan itu kepada sekumpulan pelajar di Politeknik Seberang Prai Jumaat lepas.
Exco Dr Afif Bahardin berkata rakaman ucapan Adun itu ada dalam simpanannya.
Beliau amat bimbang akan motif Shariful dan kesan kenyataannya keatas pemikiran belia.
“Sekiranya beliau membuat kenyataan itu, maka beliau perlu menjelaskan apa yang dimaksudkan.”
“Kita tidak rancang untuk mengambil tindakan sehingga kita terima penjelasan daripada beliau,” kata Afif kepada pemberita dalam sidang media di Komtar hari ini.
Kemudian, Afif menyerahkan transkrip ucapan perasmian Shariful di Program Pembinaan Kapasiti Graduan Pulau Pinang di politeknik itu.
Shariful hadir selaku Pengerusi Kumpulan Sasaran Pembangunan Modal Insan Bumiputera Pulau Pinang.
Dibawah adalah transkrip ucapan yang dikaitkan pada Shariful, seperti yang disediakan oleh Afif:
“Tidak nampak seronok dengan perpecahan dan sebagainya. Di Pulau Pinang, sebagai contoh yang terbaik, kampung-kampung Melayu sudah tidak ada. Pembinaan rumah-rumah yang berkos tinggi di Pulau Pinang menyebabkan semua orang Melayu datang ke Seberang Prai.”

Pas bakal hilang Kelantan, Perak dan Selangor pada PRU14, ramal Kit Siang


Lim Kit Siang Lim Kit Siang Pas bakal berdepan kemungkinan untuk hilang kuasa ke atas negeri Kelantan yang telah ditadbirnya sejak 1990, selama 23 tahun berdasarkan keputusan diperoleh Pas dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di Kuala Kangsar dan Sungai Besar,Sabtu lalu, kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.
 “Pada PRU ke-14, Pas Kelantan bakal berdepan kemungkinan untuk hilang kuasa ke atas negeri yang telah ditadbirnya sejak 1990, selama 23 tahun di bawah (Allhayarham) Nik Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar,” katanya.
Beliau berkata demikian kerana ramalannya sebelum PRK ternyata mengena apabila Pas dibuktikan begitu banyak undi setelah berpisah daripada Pakatan Harapan.
Pas hanya memperolehi 6,902 undi di Sungai Besar dan 5,684 undi di Kuala Kangsar.
“Pas memperolehi 18,296 undi di Sungai Besar dan 13,136 undi di Kuala Kangsar pada PRU 2013.
“Mereka kehilangan 11,394 undi di Sungai Besar dan 7,452 undi di Kuala Kangsar dalam PRK lalu,” jelas Ketua Parlimen DAP itu dalam kenyataannya hari ini dilapor Roketkini.
Menurutnya lagi, Pas hanya tewas dengan majoriti tipis 399 undi di Sungai Besar pada PRU ke-13, namun undi yang mereka perolehi pada masa itu adalah atas nama Pakatan Rakyat.
“Saya telah berhujah bahawa cerminan yang tepat untuk sokongan bagi Pas ialah keputusan PRU tahun 2004, apabila Pas yang bertanding ‘sendirian’ mendapat 7,988 undi di Sungai Besar dan 5,748 undi di Kuala Kangsar,” ujarnya lagi.

‘Blok tunggal, satu lawan satu tak cukup bagi kalahkan BN’

Adalah satu kegilaan untuk pembangkang berterusan memberi tumpuan kepada taktik kuno dengan membentuk satu blok tunggal dan memastikan pertandingan satu lawan satu pada pilihan raya mengalahkan BN, kata Pengarah Pendidikan Politik DAP Liew Chin Tong.
Bagi menewaskan BN, katanya, adalah tugas yang amat berat buat Pakatan Harapan dan mereka tidak mempunyai jalan pintas dengan menggunakan taktik lama atau mengikut cara BN.
"Ada yang berpendapat bahawa pihak pembangkang hanya perlu membentuk satu blok tunggal sekali lagi untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang suapaya pertandingan satu lawan satu menenatng BN.
“Tetapi adakah ini yang pengundi mahu lihat? Adakah keputusan pilihan raya umum akan datang hanya berdasarkan pertandingan satu lawan satu terhadap BN?
"Albert Einstein pernah berkata bahawa takrif kegilaan adalah melakukan perkara sama berulang-ulang kali dan mengharapkan hasil yang berbeza.

Pembunuhan Kayong dibimbangi cetus keganasan politik – Bersih

Pembunuhan Bill Kayong dibimbangi petunjuk terlerainya penguatkuasaan undang-undang dan, mungkin, keganasan politik bertambah buruk
Bersih 2.0
PETALING JAYA: Pembunuhan calon pilihan raya PKR, Bill Kayong dibimbangi petunjuk keganasan politik bertambah buruk, kata Bersih.
“Kami menggesa polis supaya memburu pembunuhannya dengan seluruh kekuatan. Mereka yang mengarahkan dan melakukan pembunuhan Kayong perlu dibawa ke pengadilan dan dorongan pembunuhan itu perlu diketahui,” kata jawatankuasa pemandu Bersih 2.0 dalam satu kenyataan hari ini.
“Kejadian itu merupakan petunjuk terlerainya penguatkuasaan undang-undang dan, mungkin, keganasan politik bertambah buruk.”
Bersih berkata pembunuhan Kayong, sekiranya didorong politik, akan menjadikannya calon atau bekas calon pilihan raya yang pertama dibunuh sejak pembunuhan Speaker Negeri Sembilan, Allahyarham Datuk Mohd Taha Talib oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Mokhtar Hashim pada 1982.

‘Tak perlu ubati pembangkang, talkinkan mereka pada PRU-14' - Jamal Yunos

Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Yunos menyertai barisan pemimpin BN/Umno yang membidas Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berhubung reaksinya terhadap keputusan pilihan raya kecil berkembar, Sabtu lalu.
Membantah dakwaan Rafizi bahawa kemenangan BN itu adalah akibat dua penyakit rakyat - sentimen perkauman atau keagamaan dan kebendaan - Jamal berkata pembangkang sebenarnya makin parah dengan barah.
Bagaimanapun, beliau berkata tidak ada sebab untuk mengubati mereka.
“Rafizi, Tony Pua dan parti-parti pakatan ini tidak perlu diubati lagi, tak payah nak bagi ubat dan sebagainya, sebaliknya kita talkinkan (mereka) pada PRU-14 yang akan datang,” katanya yang dipetik portal Umno Online.
Untuk memastikan ini, Jamal menggesa jentera BN dan Umno di Selangor untuk bekerja keras dalam usaha untuk menawan semula negeri itu yang berada di tangan pembangkang sejak tahun 2008.
“Teruskan penyatuan kita, kerja keras kita, ukhwah di kalangan ahli Umno dan perkukuhkan kerjasama yang lebih erat bersama rakan-rakan kompenan BN yang lain.
“Dekati dan selami masalah rakyat, insya-Allah mereka akan kembali menyokong dan bersama BN dalam pilihan raya yang akan datang,” katanya.
Pemimpin lantang Umno ini juga mendakwa barah pembangkang menyebabkan pengundi di Sungai Besar dan Kuala Kangsar menjauhi mereka.

'Jika Dayak mesti mati'... foto ramalan aktivis PKR akan dibunuh?

Pagi tadi, aktivis dan calon pilihan raya PKR Bill Kayong ditembak mati semasa memandu sebuah kenderaan pacuan empat roda yang tertera logo partinya itu.
Bapa berusia 43 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian dan penyerang dipercayai menggunakan sepucuk senapang patah.
Pihak polis merayu saksi yang menyaksikan kejadian yang berlaku di lampu isyarat Jalan Kuala Baram, Miri berhampiran sebuah pasar raya Emart One-Stop kira-kira jam 9 pagi tadi supaya tampil membantu siasatan.
Memberi jaminan bahawa siasatan menyeluruh berhubung pembunuhan itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Dev Kumar menggesa orang ramai supaya tidak membuat spekulasi mengenai motif mangsa ditembak.
Walau bagaimanapun, sejak berita kematiannya tersebar pagi, mesej menyatakan rasa terkejut dan ucapan takziah mula mencurahkan daripada ahli-ahli politik, aktivis dan rakan-rakan. Begitu juga dengan spekulasi kematiannya itu.
Ada yang tertanya-tanya jika pembunuhan itu berkaitan dengan aktiviti aktivis beliau dalam memperjuangkan hak rakyat pribumi Dayak di utara Sarawak, khususnya berkaitan Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR).
Satu foto ramalan Kayong juga dimuat-naik di Facebook.
Dalam gambar itu, si mati berdiri bersebelahan sepanduk berbunyi: "Jika Dayak mesti mati, Dayak mati pertahankan tanah NCR."
Gambar itu dimuat naik oleh pengarah badan pemikir PKR, Political Studies for Change, Ooi Heng yang dirakamkan pada 16 Oktober 2015.

Bill Kayong ditembak menggunaan senapang patah - Polis

Ancaman hasutan jejas kestabilan negara, kata Rosmah Mansor

5 kertas siasatan Dr M: Polis tunggu AG

Polis masih menunggu maklum balas daripada Jabatan Peguam Negara berhubung lima kertas siasatan ke atas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, beberapa kertas itu telah dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara manakala sebahagian lagi masih di peringkat perbincangan dengan pegawai-pegawai dari jabatan tersebut.
"Jadi tidak ada keputusan lagi," katanya kepada pemberita di ibu pejabat polis Bukit Aman, hari ini.
Beberapa laporan telah dibuat terhadap bekas perdana menteri itu berhubung kenyataan beliau dan tulisan dalam blognya yang antara lain menuntut peletakan jawatan oleh Datuk Seri Najib Abdul Razak selaku perdana menteri.
Pada pertengahan bulan April yang lalu, Khalid memberitahu polis telah membuka empat kertas siasatan terhadap Mahathir dan sudah dihantar kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan susulan.
"Dalam kes-kes tertentu, ucapan Dr Mahathir boleh dianggap melampaui batas kerana mengancam keselamatan dan menuduh seolah-olah tiada lagi demokrasi berparlimen di Malaysia," kata Khalid lagi.
Baru-baru ini, pakatan NGO pro BN dan Gabungan Akar Umbi Umno Malaysia (GAUM) turut membuat laporan polis terhadap Mahathir kerana dikatakan mendakwa bahawa ahli Umno boleh dibeli.

Universiti tempatan tidak pandai jana wang, kata bekas NC

Ini berbeza dengan pimpinan universiti Thailand dan Indonesia yang berfikir seperti usahawan dan menjalankan perniagaan sendiri tanpa bergantung kepada kerajaan.
ghauth_vice-chancellor_600
PETALING JAYA: Seorang bekas naib canselor Universiti Malaya (UM) berkata institusi pengajian tinggi awam gagal menghasilkan varsiti bertaraf dunia dan terlalu bergantung kepada dana awam.
Kebergantungan itu, menurutnya, menghasilkan golongan naib canselor (NC) yang tidak berdaya saing.
Prof Ghauth Jasmon, yang berkhidmat di UM dari 2008 ke 2013, berkata kerajaan Malaysia menyumbang 80% daripada kos operasi IPTA, sementara Thailand dan Indonesia hanya menyumbang 20% kos operasi IPTA masing-masing.
“Para NC di dua negara itu tidak punya pilihan lain kecuali beroperasi seperti kolej swasta. Mereka menawarkan kurusus yang relevan kepada keperluan pasaran. Matapelajaran mereka terkemaskini, tidak seperti disini. Ada matapelajaran kita tidak berubah sejak 20 tahun lalu,” kata Ghauth pada wacana pendidikan tinggi swasta di Asia Tenggara anjuran Institut Jeffrey Cheah.
Ghauth berkata pimpinan universiti Thailand dan Indonesia berfikir seperti usahawan dan menjalankan perniagaan sendiri.
“Universiti Chulalongkorn mengusahakan tujuh pasaraya dan 1,400 bangunan komersil. IPTA Indonesia juga berjaya. Kedua-dua negara melebarluas 30 tahun lalu,” katanya.
Para NC perlu saling bersaing untuk menarik pelajar tanpa mengorbankan kualiti pendidikan, kerana kejatuhan gred tidak akan menarik pelajar lain untuk mendaftar di universiti mereka, kata Ghauth.
“Di Malaysia, kerajaan yang memberikan pelajar kepada varsiti. Wang diberikan. Tidak ada cabaran. Para NC tidak tahu bagaimana untuk mengumpul dana. Mereka terlalu takut untuk melakukan perubahan kerana bimbang dikenakan tindakan oleh kumpulan pendesak dan kerajaan,” jelasnya.
Beliau berkata kebanyakan NC seperti hilang arah terutamanya selepas kerajaan mengumumkan pemotongan belanjawan kos operasi setiap IPTA.
Dalam pembentangan Belanjawan 2016, Putrajaya mengumumkan belanjawan bagi setiap IPTA dipotong sebanyak RM2.4 bilion, daripada RM15.78 bilion pada 2015 keepada RM13.37 bilion tahun ini.
UM mengalami pemotongan terbesar iaitu sehingga 27.30%.

Pulau pilihan raya hingga Anwar bebas - Zaid

"Hargai jasa para perajrit yang sentiasa berkorban" - Rosmah Mansor

DAP files report with MACC about RM12mil ransom money

Wang tebusan: Tiada apa perlu saya katakan - KPN

Kertas siasatan terhadap Tun M sudah diserah kepada AG - IGP

KPN: Minta saksi tampil, orang awam jangan buat spekulasi kes Bill Kayong

Polis bentuk pasukan khas siasat pembunuhan Bill Kayong

Khalid berkata polis akan siasat hingga ke lubang cacing.
khalid-abu-bakarKUALA LUMPUR: Satu pasukan khas polis telah dibentuk untuk menyiasat pembunuhan seorang ahli politik pembangkang Sarawak, Bill Kayong.
Penubuhan pasukan itu diumumkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang berkata iaq akan melibatkan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak termasuk beberapa pegawai daripada Bukit Aman yang akan dikerah untuk membantu siasatan.
“Kita telah bentuk satu pasukan khas untuk menyiasat motif pembunuhan, dan mengesan serta memberkas mereka yang terlibat.
“Kita menggesa orang ramai yang menyaksikan, atau mempunyai maklumat berkenaan kes ini supaya tampil membantu polis,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman hari ini.
Khalid menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi.
“Kita akan siasat hingga ke lubang cacing. Kita sedar kes ini sensitif.”
Kayong, yang bertanding di Bekenu atas tiket PKR dalam pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini, ditembak mati pagi tadi berhampiran pasaraya Emart One-Stop di Senadin, Miri.
Lelaki berusia 43 tahun itu adalah seorang aktivis masyarakat, terutamanya isu hak Tanah Adat, yang diketengahkan secara meluas sepanjang kempennya.
Kematiannya sehari selepas beliau mengulas sebuah catatan media sosial oleh seorang warga Brunei yang mengkritik kewujudan gereja sepanjang jalan utama di Miri.
Dalam perkembangan lain, Khalid berkata lima kertas siasatan terhadap bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad telah dibuka.
“Sebahagiannya kita telah serahkan kepada Peguam Negara, manakala sebahagian lain masih dalam siasatan.”
Media melaporkan sebelum ini Mahathir disiasat untuk pelbagai kesalahan, termasuk meminta campurtangan media asing dalam urusan dalam negara.

Pakar: Tiga sebab bagaimana BN boleh menang PRK

Penganalisis politik melihat tiga sebab yang menjadi faktor kemenangan BN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar kelmarin.
Malah Dr Shamsinor Abdul Azzis berkata, tiga faktor itu merangkumi peranan ketiga-tiga blok politik yang bertanding dalam pilihan raya itu.
“Pertama, Pas dan Pakatan Harapan gagal mengangkat isu ekonomi seperti kos sara hidup dan lain-lain secara kolektif sebaliknya berlaku pertembungan sesama mereka di sepanjang tempoh kempen.
“Kedua,BN menunjukkan elemen politik permuafakatan yang kukuh dalam berkempen, ada penyelarasan antara parti komponen.
“Ketiga, pemilihan calon yang tepat oleh BN khususnya di Sungai Besar. Calon mempunyai imej pemuda kampung yang berpendidikan tinggi dan rapat dengan masyarakat. Tiada isu korupsi yang terpalit pada beliau, ini memudahkan jentera mengutamakan aspirasi BN dalam kempen dan tidak perlu menjawab serangan peribadi terhadap calon,” katanya kepada Sinar Online.
Pada Sabtu, BN mengekalkan kemenangan di dua PRK dengan majoriti lebih besar apabila meraih  majoriti 6,969 undi di Kuala Kangsar berbanding 1,082 undi dalam pilihan raya umum 2013 dan majoriti 9,191 undi di Sungai Besar, berbanding majoriti 399 undi pada 2013.
Mengulas lanjut, beliau berkata meskipun rakyat cakna dengan isu ekonomi seperti Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)  tetapi pembangkang yang gagal menggembleng serangan kolektif menyebabkan isu ekonomi itu dilihat kecil.
“Namun kredit patut juga diberi kepada jentera kempen Pas yang dilihat berseorangan tetapi masih mampu mendapat jumlah undi yang dianggap banyak.
“Kemenangan BN ini membuktikan kaedah kempen intensif dengan gabungan pelbagai jentera parti dalam PRK yang dilakukan oleh BN membuatkan pengundi menerima mereka atas asas politik permuafakatan,” katanya.
Tambahnya, berdasarkan prestasi Pas semalam, parti Islam itu berpeluang menandingi Pakatan Harapan namun ia merugikan parti pembangkang.
“Penyelarasan semula Pakatan Harapan dan Ps adalah penting jika mereka serius untuk bertanding dalam PRU14 (Pilihan Raya Umum ke-14),” katanya.
Katanya, BN perlu mengangkat calonnya di Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi sebagai Ketua Pembangkang di Selangor sekiranya mereka serius mahu memenangi Dun Selangor dalam PRU14.

Tazkirah “fitnah” Pulau Pinang haramkan azan dikecam

EXCO Abdul Malik berang seorang pemimpin PAS mendakwa Pulau Pinang haramkan azan.
Datuk_Abdul_Malik_Abul_Kassim-Shaharuddin-Ibrahim
GEORGE TOWN: Seorang pemimpin PAS dikatakan menyebarkan “fitnah” Pulau Pinang telah mengharamkan azan, kata EXCO Hal Ehwal Islam Abdul Malik Abul Kassim.
Malik berkata Ketua Bahagian PAS Padang Serai Shaharuddin Ibrahim telah menyampaikan tazkirah yang didakwa membuat kenyataan itu di sebuah masjid dua minggu lalu.
“Tazkirah Ramadan sepatutnya mengenai menyebarkan mengenai kebaikan agama ini, membincangkan perbuatan baik para nabi, tetapi digunakan sebagai pentas politik untuk menyebarkan penipuan.
“Amat dikesali fitnah sebegitu rupa dituturkan dalam sebuah masjid di bulan suci Ramadan,” katanya dalam satu sidang media di Komtar hari ini.
Shaharuddin didakwa berkata: “Kalau DAP menguasai negara…nuu Pulau Pinang tuan-tuan, bang (azan) dah tak boleh dah, bang (azan) tak boleh dah, tuan tuan!”
Video tazkirah itu dikesan dimuatnaik ke Youtube dan laman Facebook Masjid Jamek An-Najah di Padang Serai, Kedah.
“Saya berharap Shaharuddin meminta maaf kepada kerajaan Pulau Pinang segera, kerana klip video itu telah menjadi viral,” kata Malik.

WANG TEBUSAN: ZAHID HAMIDI, KETUA POLIS NEGARA PERLU SEGERA BERI JAWAPAN SEBENAR

Bolehkah kita berhenti bercakap dan menutup mata serta telinga saja berhubung isu wang RM12 juta untuk dibayar kepada lanun Abu Sayyaf, tetapi hanya sampai kepada mereka hanya sebanyak RM8.8 juta?

Menurut kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Nur Nazlan Mohamed, apa yang paling penting sekarang ialah keempat-empat mangsa penculikan telah selamat dan dapat kembali kepada keluarga masing-masing.

Semudah itukah?

Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar menegaskan tiada wang tebusan dibayar untuk membebaskan empat mangsa yang diculik itu.

Bagaimanapun keluarga mengsa berkata, mereka telah menyerahkan wang RM12 juta sebagaimana yang diminta oleh kumpulan penculik kepada polis cawangan khas.

Kemudian Zahid Hamidi mengatakan wang tersebut tidak dibayar kepada penculik, tetapi kepada NGO Islam di Filipina yang tidak dinamakannya.

Khalid terpaksa  tampil sekali lagi menjelaskan, wang RM12 juta itu diserahkan oleh keluarga mangsa kepada pihak ketiga, bukannya polis cawangan khas seperti yang didakwa sebelum ini.
Namun hari ini, keluarga mangsa sekali lagi bertegas mengatakan wang RM12 juta untuk membebaskan tebusan itu diserahkan kepada pihak polis.

Saya masih kekalkan apa yang telah saya katakan sebelum ini bahawa RM12 juta itu dihantar ke Sandakan melalui bank.

Jika orang ramai ada keraguan, mereka boleh tanya Hong Leong Bank, kata Lau Cheng Kiong yang merupakan jurucakap keluarga empat tebusan itu.

Maka, bolehkah kita hanya diam dan redha saja ke mana hilangnya RM3.2 juta daripada RM12 juta itu seperti yang diminta oleh Nur Jazlan?

Walaupun empat tebusan telah selamat, wibawa pasukan polis tentu saja terjejas teruk dengan penegasan terbaru jurucakap keluarga tebusan bahawa wang itu diserahkan kepada pihak polis.

Kenapa dan bagaimana hanya RM8.8 juta saja dibayar kepada penculik?

Jika hanya dibayar RM8.8 juta, bukankah wang lebihan sepatutnya dikembalikan kepada keluarga penculik yang terpaksa bergolok bergadai menjual rumah dan memohon sumbangan orangramai untuk memperolehi RM12 juta itu?

Bagaimana kalau berlaku penculikan lagi dalam waktu terdekat ini? Mahukan keluarga mangsa berurusan dan menyerahkan wang tebusan kepada pihak polis?

1.2 juta pengundi dipindah tanpa sah, SPR langgar undang-undang

Pemindahan membabitkan 1.2 juta pengundi menjelang Pilihan Raya Umum 14 bertentangan dengan undang-undang persempadanan semula.
Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar, berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sewajarnya memastikan pengundi mengambil maklum perubahan saluran pengundian lebih awal.
Beliau berkata, ketetapan itu perlu diambil supaya tidak wujudnya kekeliruan kepada pengundi sewaktu hari pembuangan undi dibuat.
SPR“Menjelang pilihanraya akan datang, SPR mengubah 1.2 juta pengundi yang dipindahkan saluran pengundian mereka.
“Isu teknikal dibangkitkan KEADILAN kerana pengundi tidak dimaklumkan dan pada masa sama, SPR sewajarnya tidak melakukan perubahan di luar sempadan.
“Malangnya SPR membuat perubahan pengundi ke Parlimen lain melibatkan lebih 41,000 nama yang belum dikenalpasti,” katanya kepada SelangorKini.
Beliau merujuk kes berlaku pada Pilihan Raya Kecil PRK Sungai Besar lalu membabitkan 2,000 pengundi dinafikan untuk mengundi apabila nama masing-masing didakwa hilang daripada daftar pengundi.
Nurul-IzzahMajoriti pengundi berkenaan dipindahkan ke Parlimen Sabak Bernam walaupun ada dalam kalangan mereka merupakan penduduk dan pengundi Parlimen Sungai Besar sejak dulu lagi.
Lebih membimbangkan, Nurul Izzah berkata ada juga kes yang mana pengundi turut berubah saluran ke negeri lain, melangkau kawasan pengundian asal.
“Ada kawasan di Pahang, sekarang terpaksa mengundi di Kemaman dan dipindahkan yang mana keadaan ini adalah sesuatu yang tidak boleh diterima dan melanggari undang-undang,” katanya.
Daripada jumlah itu katanya, lebih 118,000 pengundi pula ditukarkan ke kawasan DUN tanpa dimaklumkan perpindahan tersebut.

Azalina selar Rafizi salahkan pengundi

Datuk Seri Azalina Othman SaidMenteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said hari ini menyelar tindakan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli yang mendakwa kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam dua pilihan raya kecil (PRK) Sabtu lepas, adalah akibat dua penyakit rakyat.
Azalina berkata Rafizi terdesak (desperate) dan tidak dapat menerima kekalahan pembangkang dalam PRK kerusi Parlimen Kuala Kangsar, Perak dan Sungai Besar, Selangor sehingga sanggup menyalahkan pengundi.
"Apabila mereka (pembangkang) menang di Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor pada Pilihan Raya Umum (PRU) lepas, kita (BN) tidak mempersoalkan, perlekeh atau memandang rendah terhadap pemilihan rakyat di negeri itu.
"Malah, kita memberi komitmen untuk bekerja bersama-sama kerana itu merupakan pilihan rakyat di negeri itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Rafizi pada Ahad lepas, yang mengatakan rakyat derita dengan dua penyakit iaitu sentimen perkauman atau keagamaan dan penyakit kebendaan sehingga memberi kemenangan kepada BN dalam dua PRK berkenaan.
Azalina yang juga Anggota Majlis Tertinggi UMNO berkata kemenangan BN di Kuala Kangsar dan Sungai Besar membuktikan pembangkang tidak lagi relevan kepada rakyat Malaysia.

Jangan kecewa walaupun dikecewa pengundi, kata Hadi kepada ahli Pas

Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu ahli Pas jangan kecewa walaupun dikecewakan pengundi.Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu ahli Pas jangan kecewa walaupun dikecewakan pengundi.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Had Awang meminta ahli-ahli Pas tidak kecewa dengan keputusan pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar, walaupun mereka dikecewakan oleh majoriti pengundi yang tidak memberi kemenangan kepada Pas.
"Keputusan pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar jangan sekali-kali mengecewakan ahli Pas, walaupun mereka dikecewakan oleh majoriti pengundi yang tidak memberi kemenangan dari segi pilihan raya itu kepada Pas.
"Apa yang disabdakan oleh Rasulullah SAW bahawa kalangan yang mewarisinya dalam menegakkan Islam akan dikecewakan adalah dalil kenabian yang benar-benar berlaku selepas wafatnya Baginda dan menjadikan kita lebih yakin kepada perjuangan ini," katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh lidah rasminya, Harakahdaily hari ini.
Bagi beliau, walaupun Allah Maha berkuasa boleh memenangkan perjuangan Islam yang sebenar dalam sekelip mata dengan firman-Nya sahaja, tetapi Allah menetapkan bahawa fitrahnya sangat memakan masa dan melibatkan pengorbanan harta dan jiwa raga kerana Allah mahukan kemenangan dari pendukungnya yang mempunyai niat yang sangat murni, sehinggalah murni juga pengisiannya selepas kemenangan itu.
"Inilah rahsia dan hikmat di sebalik perjuangan yang panjang tanpa diketahui hujungnya melainkan mencapai keredhaan Allah, kemenangannya yang memakan masa dan pengorbanan di mana pahalanya tidak dapat dilihat dengan mata dan pancaindera," katanya.
Ini adalah kenyataan pertama dari Hadi selepas Pas kalah teruk dalam dua pilihan raya kali ini di mana jumlah undi yang diperolehi calonnya lebih rendah dari yang diperolehi dalam pilihan raya 2004 lalu.
Dalam pilihan raya ini, calon Pas di Sungai Besar mendapat tempat tercorot manakala calonnya di Kuala Kangsar mendapat tempat kedua.
Calon parti pecahan Pas, Amanah pula mendapat tempat kedua di Sungai Besar dan ketiga di Kuala Kangsar.

Rosmah: Hasutan sama bahaya serangan bersenjata

Pada majlis hari ini, Rosmah berkata beliau mengakui jemu sudah 15 tahun berucap di pentas sama menjelang Hari Raya.
osmah
KUALA LUMPUR: Datin Seri Rosmah Mansor hari ini berkata negara bukan sahaja diancam serangan bersenjata tetapi juga hasutan yang menurutnya mencetuskan suasana tidak stabil dan menjejaskan kerharmonian negara.
Isteri perdana menteri itu berkata, perbuatan menghasut boleh dianggap serius khususnya melibatkan negara berbilang kaum seperti Malaysia.
“Ini adalah kerana sekiranya masyarakat tidak bersatu, ia akan melemahkan struktur sosial negara dan seterusnya menyebabkan kita lebih terdedah kepada ancaman dan taklukan kuasa luar,” kata Rosmah ketika menyampaikan sumbangan bungkusan Hari Raya Aidilfitri kepada anggota tentera di Wisma Pertahanan, anjuran Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri (Bakti).
Katanya, ancaman seperti hasutan bukan sahaja menjadi tugas pasukan pertahanan dan keselamatan tetapi juga setiap rakyat di negara ini.
“Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya menganggap segala bentuk perjuangan mempertahankan keamanan dan kedamaian negara ini sebagai sebahagian daripada ibadah,” kata Rosmah.
Suami suruh orang lain berucap
Sambil berseloroh, Rosmah berkata beliau mengakui jemu kerana sudah 15 tahun berucap di pentas yang sama menjelang Hari Raya.
Beliau menceritakan bagaimana suaminya, Datuk Seri Najib Razak, sempat manasihati beliau sebelum menghadiri majlis hari ini supaya memberi peluang kepada orang lain untuk berucap.
“Pagi tadi bila saya nak turun (menghadiri majlis sumbangan) suami saya tanya nak pergi mana pakai baju Bakti, saya kata nak ke kem pertahanan (Wisma Pertahanan) nak buat serahan sumbangan, dia (Najib) kata awak tidak bosan ke, saya jawab bosan.
“(Perdana Menteri kata) saya rasa awak kena bergilir-gilir bukan awak sahaja berucap setiap tahun, dan itu cadangan perdana menteri dan saya rasa itu cadangan yang bagus oleh perdana menteri,” katanya disambut tepukan gemuruh.

Arwah Bill Kayong tiada musuh, kata persatuan Dayak

Persatuan Dayak Sarawak (Pedas) terkejut dengan pembunuhan Setiausaha Pedas, Bill Kayong pagi tadi dan mahu polis segera mencari pelakunya.
Presiden Pedas, Kapten Collin Imran Abdullah berkata Kayong merupakan seorang yang cepat mesra serta komited sdalam menjalankan aktiviti sosial bagi masyarakat Dayak.
"Sepanjang mengenali mangsa (Bill), dia tak ada memusuhi sesiapa pun," katanya kepada Bernama.
Bagaimanapun, Collin berkata, tahun lepas Kayong pernah memberitahu mengenai panggilan telefon yang diterimanya supaya beliau jangan mencampuri urusan berkaitan isu tanah.
"Dia memberitahu saya, tak tahu sama ada panggilan itu berbentuk ugutan atau sebaliknya sebab dia tidak suka membesarkan perkara remeh," katanya.
Beliau berkata Pedas akan cuba membantu kebajikan keluarga Kayong termasuk soal upacara pengkebumian.
"Mangsa ialah seorang mualaf dan kita sekarang akan berbincang dengan ahli keluarganya untuk memudahkan upacara pengkebumian dijalankan," katanya.
Kayong, 43, yang juga merupakan Setiausaha PKR Cawangan Miri ditembak mati kira-kira 8.30 pagi tadi ketika berada di dalam kenderaan pikap Toyota Hilux di persimpangan lampu isyarat di Lutong.
Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan menyifatkan mangsa sebagai seorang yang amat lantang dalam memperjuangkan isu tanah penduduk.
Pesuruhjaya PAS Sarawak, Jofri Jaraiee yang turut mengucapkan takziah berkata mangsa pernah membantu PAS dalam pilihan raya umum ke-13 di kawasan Parlimen Sibuti.

Terkejut pembunuhan pegawai MP 'ala mafia'

Parti Amanah Negara (AMANAH) melahirkan rasa terkejut dan dukacita dengan berita kematian calon PKR bagi pilihan raya negeri Sarawak Bill Kayong yang ditembak mati dalam kereta di Miri hari ini.
Menyifatkan perkara itu sebagai “ala mafia”, parti itu membangkitkan keadaan negara ini yang menurutnya seperti mudah memiliki senjata api seperti di Amerika Syarikat.
“AMANAH mendesak pihak polis agar segera menyiasat dalang kepada pembunuhan ini sehingga ke lubang cacing. Penjenayah tidak boleh dilindungi.

“Keselamatan rakyat, ahli-ahli politik dan pejuang-pejuang sosial perlu diberi perhatian,” kata setiausaha agungnya Mohd Anuar Tahir (gambar).
Bill Kayong, setiausaha politik kepada anggota parlimen Miri Dr Michael Teoh, ditembak mati di lampu isyarat Jalan Kuala Baram, Miri pagi tadi.
Bill dipercayai ditembak daripada jarak dekat menembusi cermin kanan di sebelah pemandu kereta jenis Toyoto Hilux yang dinaikinya dan dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Bill dikatakan antara individu dalam PKR yang lantang memperjuangkan hak rakyat pribumi Dayak di utara Sarawak, khususnya berkaitan Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR).
Dalam kenyataan hari ini, Mohd Anuar berkata, kerajaan perlu mengkaji sedalam-dalamnya isu keselamatan agar kedamaian negara kekal terpelihara.

“Walaupun suhu politik sering sahaja meningkat, namun janganlah dibiarkan keganasan berlaku dengan membiarkan kumpulan-kumpulan perkauman melakukan gangguan dan demonstrasi,” katanya.

Mohd Anuar mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.

CIMB heret anak Najib ke mahkamah kes kemungkiran bayaran

Bank CIMB mengheret anak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Mohd Nazifuddin Mohd Najib ke mahkamah kerana kegagalan menjelaskan bayaran yang mana beliau adalah sebagai penjamin sebuah syarikat.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim menetapkan 1 Ogos untuk membuat keputusan sama ada Nazifuddin perlu membayar jumlah penuh sebanyak RM200,000 atau sebaliknya - iaitu jumlah yang terhutang oleh peminjam.
CIMB menuntut supaya anak Najib hasil perkahwinan pertamanya itu membayar jumlah wang berkenaan selepas peminjam gagal membuat pembayaran yang dibuat mengikut perjanjian sewa beli.
Peguam Nazifuddin bagaimanapun berhujah bahawa CIMB tidak berhak menuntut jumlah penuh sebanyak RM200,000.
Ini kerana dalam surat tuntutannya, CIMB memohon RM12,000 dari Nazifuddin, justeru, peguamnya berkata bank itu tidak boleh menuntut jumlah keseluruhan.
Mereka mendakwa bahawa perjanjian jaminan yang menyatakan bahawa liabiliti pelanggan hanya terhad kepada apa yang dituntut.
Kes itu kini di peringkat rayuan memandangkan Nazifuddin memohon untuk membatalkan kes itu manakala CIMB puala memohon untuk penghakiman terus.
Mahkamah Sesyen sebelum ini menolak permohonan rayuan Nazifuddin dan membenarkan penghakiman terus - justeru, melayakkan CIMB untuk menuntut jumlah keseluruhan.
Nazifuddin diwakili peguam Justin Voon manakala peguam K Ganesan bertindak bagi pihak CIMB.

Zahid: Pulau pilihan raya hingga Anwar bebas

Pembangkang tidak harus bertanding dalam pilihan raya umum akan datang, kecuali berlaku beberapa perubahan, termasuk pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata bekas menteri undang-undang.
Perubahan lain, kata Datuk Zahid Ibrahim, termasuk penubuhan sebuah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bebas, pengharaman penuh amalan rasuah dan pembelian undi serta apabila pasukan polis menjadi bebas.

“Sehingga itu, turut serta dalam pilihan raya hanya memberi kesahan kepada BN untuk memerintah,” katanya.
“Sebab itu mereka kini berkata, bukan hanya Tun M (Tun Dr Mahathir Mohamad) ditolak rakyat, malah syurga pun bergembira dengan kemenangan mereka,” katanya.
“Pembangkang harus serius pertimbang pulaukan kesemua pilihan raya akan datang,” katanya.
Selepas kemenangan dalam pilihan raya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar Sabtu lalu, Datuk Seri Najib Razak mengaitkan kejayaan BN dengan ketentuan ilahi.

Menyatakan dukacita dengan keputusan itu, Zahid berkata, keputusan itu mendedahkan tiga faktor, iaitu:
  • Orang Melayu secara umum tidak pedulu dengan dakwaan salah laku terhadap pemimpin atau isu seperti 1MDB selagi kerajaan BN terus memberi habuan kepada mereka.
     
  • Orang Melayu yang kuat beragama mahukan sebuah kerajaan Islam. Ramai antara mereka memilih PAS kerajaan janji-janji melaksanakan hudud dan kemenangan di hari akhirat.
     
  • Parti Amanah Negara (AMANAH) hanya mendapat sokongan 18 peratus pengundi Melayu. Ini tidak cukup untuk menang di kebanyakan kerusi campuran walaupun dengan sokongan DAP.

Afidavit Dr M terhadap Najib bukan khabar angin, kata peguam Ling

Afidavit oleh Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak bukan berasaskan khabar angin, hujah peguam bekas Presiden MCA Tun Ling Liong Sik.
Peguam Lim dalam penghujahan bertulis di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini berkata, afidavit itu adalah untuk mengesahkan kenyataan Mahathir terhadap Najib, bukan sama ada ulasan itu benar atau tidak.
Najib menyaman Ling kerana menggesa perdana menteri itu meletakkan jawatan dan mendakwa bahawa beliau telah menyalahgunakan dana awam.
Ling telah memasukkan afidavit Mahathir sebagai sebahagian daripada pembelaannya dan saman balas terhadap Najib.
Peguam perdana menteri, bagaimanapun mahu membatalkan afidavit Mahathir dan mengatakan ia adalah khabar angin.
"Afidavit itu adalah berdasarkan posting blog Mahathir. Tiada dokumentasi untuk menyokong apa yang dia katakan, jadi afidavitnya adalah khabar angin," kata peguam Najib, Mohd Hafarizam Harun kepada pemberita selepas permohonan itu dibuat dalam kamar.
Dalam afidavitnya, Mahathir mengaku mendesak peletakan jawatan Najib dan menuduh perdana menteri berbohong di khalayak ramai, mencuri, melakukan rasuah, pengubahan wang haram dan melemahkan perlembagaan dan sistem undang-undang.
Peguam bela Yeoh Cho Keong menegaskan bahawa Najib bersikap memilih dalam keputusannya untuk menyaman Ling kerana perdana menteri tidak menyaman Mahathir kerana mengatakan perkara yang lebih buruk.
Mahkamah memutuskan pada 18 Julai sama ada atau tidak meluluskan permohonan untuk membatalkan afidavit Mahathir.

Kami beri RM12 juta kepada polis, ulang keluarga mangsa culik

Keluarga empat bekas tebusan Abu Sayyaf menegaskan bahawa mereka memberikan RM12 juta kepada pihak polis untuk tujuan bayaran tebusan.
Penegasan tersebut muncul selepas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menafikan polis telah menerima wang tebusan berkenaan.
"Saya masih kekalkan apa yang saya telah katakan sebelum ini yang RM12 juta telah dihantar ke Sandakan melalui bank.
"Jika orang ramai ada sebarang keraguan, mereka boleh tanya Hong Leong Bank," kata Lau Cheng Kiong yang merupakan jurucakap keluarga tersebut, memetik laporan oleh The Borneo Post.
Lau, bagaimanapun, enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu setelah keluarga mahu melupakan hal tersebut dan meneruskan kehidupan mereka.
Lau merupakan bapa saudara kepada bekas tebusan bernama Johnny Lau. Mangsa yang lain ialah Wong Teck Kang, Wong Teck Chii dan Wong Hung Shin.

Setelah ramalan terbukti, Kit Siang jangka PAS ‘bungkus’ di Selangor, Perak dan hilang Kelantan


KUALA LUMPUR, 21 JUN: Ramalan Lim Kit Siang tentang keputusan pilihanraya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar ternyata mengena apabila PAS dibuktikan begitu banyak undi setelah berpisah daripada pakatan politik pembangkang.
Parti Islam tersebut hanya memperolehi 6,902 undi di Sungai Besar dan 5.684 undi di Kuala Kangsar dalam PRK yang baru selesai Sabtu lalu.
“PAS memperolehi 18,296 undi di Sungai Besar dan 13,136 undi di Kuala Kangsar pada PRU 2013.
prk“Mereka kehilangan 11,394 undi di Sungai Besar dan 7,452 undi di Kuala Kangsar dalam PRK lalu,” jelas Ketua Parlimen DAP itu dalam kenyataannya hari ini.
Menurutnya lagi, PAS hanya tewas dengan majoriti tipis 399 undi di Sungai Besar pada PRU ke-13, namun undi yang mereka perolehi pada masa itu adalah atas nama Pakatan Rakyat.
“Saya telah berhujah bahawa cerminan yang tepat untuk sokongan bagi PAS ialah keputusan PRU tahun 2004, apabila PAS yang bertanding ‘sendirian’ mendapat 7.988 undi di Sungai Besar dan 5,748 undi di Kuala Kangsar,” ujarnya lagi.
Menurutnya, PAS malah tidak mampu mengulang pencapaian tahun 2004 di kedua-dua kawasan tersebut.
Ahli Parlimen Gelang Patah itu turut meramalkan PAS akan bungkus di Selangor dan Perak, berdasarkan keputusan PRK Sabtu lalu.

BN jangan mimpi tawan Selangor, kalau jadi pembangkang pun malas


PETALING JAYA, 21 JUN: Kemenangan Barisan Nasional (BN) di Sungai Besar tidak boleh dijadikan ukuran kekuatan parti itu untuk menawan Selangor dalam pilihanraya umum akan datang.
DUN_SelangorIni kerana sikap tidak profesional dan ketinggalan zaman menjadikan mereka tidak mampu menjadi pembangkang yang efektif dan berkesan dalam Dewan Negeri Selangor.
Ini termasuk keengganan BN Selangor untuk mengisi kekosongan jawatan Ketua Pembangkang Dewan Negeri sejak sekian lama, serta tidak mahu menjadi Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) DUN Selangor dan tidak mahu menerima peruntukan RM200,000 daripada kerajaan negeri.
Menurut Adun Kampung Tunku Lau Weng San, sebelum BN Selangor menanam cita-cita untuk ‘merampas’ negeri itu, mereka perlu terlebih dahulu mengetengahkan sikap professional dan bekerja tanpa menggadaikan kepentingan rakyat.
“Pembangkang, BN Selangor tidak ingin menerima tawaran ini kerana dipercayai ia akan memberi tekanan kepada kerajaan persekutuan BN kerana kerajaan BN tidak memperuntukkan jawatan pengerusi PAC Parlimen untuk dipegang oleh Ketua Pembangkang Dewan Rakyat biarpun ia jawatan yang diiktiraf Dewan Rakyat.
“Ahli-ahli Parlimen Pembangkang juga tidak diberi apa-apa peruntukan kawasan kerana kerajaan persekutuan selama ini khuatir bahawa peruntukan itu akan menyebabkan pembangkang menjadi semakin kuat di kawasannya,” jelasnya.
Menurutnya lagi, pembangkang negeri Selangor masih belum bersedia mengambil alih kerajaan melainkan dengan melaksanakan tiga perkara:

Apabila kita kalah tapi kita masih berlagak macam juara

Oleh Md Zulaimi Kazin
Suatu yang pelik telah berlaku...apabila kita kalah tapi kita masih berlagak macam juara. Bukannya nak cari punca kalah tapi lebih seoronok bermain dengan angka seolah-olah kita yang juara. 
Dalam hukum pilihanraya demokrasi, siapa yang dapat undi yang tertinggi dialah yang menang tidak kiralah walaupun rupanya buruk dan hapak sekalipun. Siapa yang kalah tapi masih mendabik dada dialah juara sebenar baik jangan dilayan, buang masa baik buat bedah siasat cari kelemahan kita dan kekuatan musuh untuk masuk pusingan seterusnya, apatah lagi siap maki hamun dan berhukum kepada orang lain sebagai murtad dan kufar di Ramadhan yang mulia ini....orang politik tidak suka tengok cermin tapi suka pakai kanta pembesar supaya nampak angka yang kecil jadi besar.
Selamat meneruskan Ramadhan yang sudah tinggal separuh perjalanan lagi, baiki bacaan Al-Quran melalui tadarus supaya kita sedar kita masih miliki banyak kelemahan disamping kita juga boleh perbetulkan bacaan orang lain sebab orang lain pun sama dengan kita kadang-kadang terkilaf dalam bacaan. Wasalam.

Taring PAS Tak Tercabut Walaupun Hilang 18846 Undi

Oleh DATO'HJ MAHFUZ HJ OMAR
1. Dua PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar telah berlalu dengan *kemenangan berpehak kepada BN dan kekalahan kekal milik pembangkang Blok ketiga (Pas) dan Pakatan Harapan (Amanah)*. Saya mengucapkan tahniah kepada semua parti dan calon yang menyertai PRK kali ini dengan pencapaian undi yang diperolehi.

2. Apa yang dapat saya perhatikan kali ini ialah perubahan strategi Umno BN yang tidak lagi menghalakan serangannya kepada musuh tradisinya iaitu Pas. Perubahan strategi ini adalah disebabkan perubahan politik pembangkang di mana *Pas tidak lagi berada dalam mainsterim blok pembangkang* malah dilihat Pas bertembung dengan mainsterim pembangkang.

3. Perkiraan Umno Bn ialah, tak perlu mereka menyerang Pas kerana Pas tiada peluang untuk mendapat undi bukan Melayu. Apa yang dilakukan Umno Bn ialah melakukan *kepongan terhadap undi Melayu jangan beralih ke Pas atau Amanah.* Pendekatan politik matang Pas yang tidak menyerang Umno Bn masih belum dapat mengalih pengundi Umno yang sedang dilanda krisis ke dalam peti undi Pas.

4. Keputusan 2 PRK menunjukan *Pas memperolehi undi hampir sama seperti PRU11 pada tahun 2004* di mana PRU11, pengundi bukan Melayu memehak pada BN. *Pas hanya memperolehi undi tegar.* Jumlah undi yang di perolehi Pas pada *PRU11 (2004) Sg Besar 7,988 dan K.Kangsar 5,748*. Dan inilah yang juga yang diperolehi pada 2 PRK malah berkurangan, *undi Sg Besar 6,902 dan K.Kangsar 5,684 berbanding pencapaian 2004*.

Fitnah, pembohongan Mahathir tidak laku lagi

oleh Ali Hazhianti Abdullah
Dua kali Mahathir turun ke Kuala Kangsar untuk berceramah dan berkempen. Sekali di Chandan Puteri yang kehadiran majlis tersebut lebih ramai wartawan daripada hadirin. Chandan Puteri yang merupakan kawasan yang didiami oleh kaum pelajar dari KUISAS, nyata tidak memberikan jumlah pendengar dan hadirin terutama daripada golongan muda yang menggalakkan kepada Mahathir dan kumpulan Deklarasi Rakyatnya.
Kemudian Mahathir berceramah di Manong, kawasan yang diyakini mampu mengubah pola pengundian di Parlimen Kuala Kangsar kerana masalah-masalah tertentu. Jumlah hadirin juga tidak ramai walaupun Mahathir membawa aura dan cerita-cerita legenda tentang dirinya selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri. Kekaguman orang Melayu terhadap ciri-ciri tersebut, diharapkan dapat memenuhi khemah tetapi ternyata, orang di Manong juga sekadar singgah untuk melihat bekas Perdana Menteri yang tidak pernah sampai di Manong sepanjang 22 tahun pentadbirannya, tetapi datang bersama-sama Lim Kit Siang, musuh ketat orang Melayu, semata-mata untuk menjatuhkan Najib Abdul Razak. Sebelum ke Kuala Kangsar, Mahathir berkempen di Sekinchan bersama-sama Lim Kit Siang. Kehadiran di dewan sebuah restoran Cina Sekinchan itu, juga tidak begitu menggalakkan walaupun kumpulan-kumpulan penyokong Mahathir cuba menggambarkan kononnya dewan restoran yang berkapasiti lebih kurang 1000 orang itu, telah menyumbat lebih 5000 orang yang rata-ratanya adalah penyokong DAP Sekinchan.
Mahathir berkempen agar para pengundi tidak membenarkan kemenangan calon-calon Barisan Nasional. Malahan Mahathir dengan nada tegas meminta para pengundi di Kuala Kangsar dan Sungai Besar agar memalukan calon-calon Barisan Nasional dengan membuatkan Barisan Nasional hilang deposit dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Semalam, keputusan kempen Mahathir dan kumpulan pentaksubnya yang dibantu oleh PKR dan DAP telah pun diketahui. Kalau semasa PRU dahulu, keputusan di Parlimen Sungai Besar hanyalah 399 undi majoriti yang dimenangi oleh Barisan Nasional, tetapi dalam PRK kali ini, kesan daripada ceramah Mahathir dan kerja-kerja sabotaj oleh kumpulan pentaksubnya, membolehkan Budiman Zohdi mengaut 9191 undi majoriti walaupun jumlah yang keluar mengundi hanya 72%. Di Kuala Kangsar pula, Mastura Mohd Yazid ‘malangnya hanya mampu’ mengaut sebanyak 6969 undi berbanding Allahyarham suaminya yang memperolehi 1082 undi semasa PRU-13.
Jumlah besar undi majoriti yang diperolehi dalam kedua-dua PRK itu jelas menafikan sembang-sembang megah tentang Mahathir dan perjuangan Deklarasi Rakyatnya. Kedua-dua keputusan itu juga telah menelan kos dan belanja yang tinggi kepada Pakatan Harapan, Mahathir dan kumpulannya serta yang paling khusus, DAP. Masyarakat pengundi, termasuklah di Sekinchan yang dikatakan penyokong kuat DAP, telah menolak kesemua idea Mahathir yang berasaskan kepada penipuan, pembelaan kroni dan jalan pintas menjadikan Mukhriz Mahathir sebagai Perdana Menteri.

Politik PAS Realistik, Politik PH Plastik

Oleh Alang Ibn Shukrimun
Kelihatan ramai yang terkejut dengan keputusan PRK lepas. Seolah-olah tidak menjangka keputusan yang diperolehi akan menjadi seperti ini terutama dari rakan-rakan pembangkang.
Ini boleh dilihat dari kenyataan kebanyakan pimpinan Dap, Pkr dan Pan. Rata-rata mengeluh kecewa tidak percaya. Ada yang menyalahkan pengundi, ada yang sugul membisu, ada yang berubah wajah serta merta dan ada juga yang terus menyalahkan PAS! Apa yang dapat dilihat, fenomena u-turn beramai-ramai telah berlaku. Sebelum pilihanraya, kenyataan yang dikeluarkan sangat bongkak dan yakin. Berbangga dengan sokongan Tun M. Bermegah dengan kehadiran ceramah yang ramai dari kalangan Tiong Hua. Malah ahli akademik turut menjangka besar kelebihan buat PH dan nasib malang buat PAS.
Tetapi apabila keluar keputusan, mereka u-turn 180 darjah. Tiba-tiba sahaja berubah jadi baik, rendah diri dan penuh suci! Mula bercakap soal perpaduan, seruan membuang ego, dan memujuk PAS kembali bersama koalisi. Hilang segala bongkak dan sombong selama ini.
Di sebelah PAS pula, keadaan yang berbeza dilihat. Pimpinannya sedikitpun tidak terkejut seolah-olah sudah menjangka keputusan ini. Dari awal lagi Presiden PAS menunjukkn isyarat apa akan berlaku usai PRK kali ini. Perakara ini boleh dilihat melalui kenyataan Presiden pada Seminar Penerangan PAS Pusat 22 Mei yang lalu lagi:
“InsyaAllah kita akan tunjukkan satu eksesais yang baik dalam isu Kuala Kangsar dan Sungai Besar. Eksesais bagaimana kita berpolitik, kita boleh bercatur politik dengan pihak lain, jangan main-main dengan pihak kita. Menang kalah perkara lain, pasang surut dalam perjuangan itu biasa, kita yakin bahawa kita makin maju insya-Allah.
“Sebaik eksesais untuk pilihan raya yang akan datang, yang lebih memberi peluang kepada parti kita insya-Allah untuk menunaikan tanggung jawab menyelamatkan negara dan ummat semuanya, Islam adalah penyelamat kepada Malaysia dan rakyat masyarakat majmuk,” ujarnya pada Seminar Khas Penerangan di Muzium Sultan Alam Shah, di sini semalam.
Nyata keputusan PRK ini benar-benar terjadi sebagaimana yang disebut Presiden PAS. Orang mula menyedari kekuatan PAS. Orang mula bercakap soal masadepan pada PRU14. Orang yang selama ini memperlekeh mula gerun akan keberadaan PAS di arena ini. Sememangnya keputusan ini mengikut catur strategi PAS.

Cukup-cukuplah jual nama bapa, GKCM bidas Nik Abduh


Tun Dr Mahathir MohamadTun Dr Mahathir Mohamad
Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz digesa berhenti 'menjual' nama arwah bapanya Datuk Nik Abdul Aziz untuk kelangsungan politik beliau.
Sebaliknya kata Naib Presiden Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) Rushdan Mohamed, Ahli Parlimen Pas Pasir Mas itu perlu berdiri di atas kemampuan sendiri tanpa perlu menempel kepada kehebatan insan yang telah tiada.
“Pesan kami pada Nik Abduh, cari kekuatan sendiri bukan kekuatan arwah bapanya.
“Nasihat kami kepada Nik Abduh, zaman Tok Guru Nik Aziz sudah habis. Jika hendak dibandingkan dengan zaman ini, ibarat langit dan bumi,” katanya seperti dilapor FMT, hari ini.
Kenyataan Rushdan itu dipercayai sebagai tindak balas terhadap kenyataan Nik Abduh yang mendakwa bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga penaung GKCM sudah hilang taring dalam kempen membantu pembangkang pada dua pilihan raya kecil kelmarin.
Nik Abduh juga menggesa Tun Mahathir bertaubat dan kembali ke tikar sejadah dengan bertaubat sebenar-benarnya dan itulah perkara yang terbaik perlu dilakukannya di hujung hayat.
“Mana katanya Mahathir hilang taring? Semua pemimpin Pakatan Harapan mahukan Dr Mahathir.
"Ini kerana, mereka sendiri sanggup untuk melantik Dr Mahathir sebagai Ketua Pembangkang yang baharu,” petik portal itu lagi.
Memulang paku buah keras kepada Nik Abduh, Rushdan sebaliknya mahu pemimpin Pas itu bertaubat kerana bersekongkol dengan pemimpin yang tidak amanah dan tiada integriti.

Rumah pangsa di Malaysia macam setinggan

Tikus, sampah sarap, lif rosak, penyelenggaraan lemah – inilah realiti dihadapi penghuni flat di Malaysia, kata CAP.
cm-salim
Oleh S.M. Mohamed Idris
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) ingin menyuarakan kebimbangan kami berhubung keadaan kehidupan di flat kos rendah dan sederhana yang boleh dikatakan amat buruk dan daif.
penang
Inilah hakikat yang boleh kami kemukakan selepas kami melakukan tinjauan di beberapa buah flat kos rendah dan sederhana di sekitar kawasan pulau dan Seberang Perai.
Pelbagai laporan sudah dikemukakan mengenai keadaan flat-flat berkenaan yang amat teruk. Bagaimanapun di sebalik pelbagai laporan mengenainya, penghuni flat masih menjalani kehidupan dalam keadaan yang serba daif dan buruk.
CAP memandang berat akan beberapa peristiwa yang mengejutkan di flat seumpamanya – seperti kejadian di mana kanak-kanak maut setelah terjatuh dari tingkat yang tinggi apabila besi pengadang yang sudah berkarat dan reput patah, atau kawasan pembuangan sampah yang dipenuhi tikus dengan bahan buangan yang busuk.
Sehubungan itu kami memutuskan untuk membuat tinjauan berhubung perkara ini.
Kami melakukan tinjauan di tiga buah flat kos rendah dan sederhana di Seberang Perai dan lima buah flat di sebelah pulau. Hasil pemantauan kami diperolehi melalui temu bual dengan penghuni flat serta pemerhatian yang dilakukan oleh pegawai kami.
Berdasarkan pemantauan berkenaan, kami boleh menyimpulkan keadaan flat tersebut tidak ubah seperti kawasan setinggan.
Sebahagian daripada masalah utama yang dihadapi oleh penghuni-penghuni flat kos rendah dan sederhana termasuklah:
  • Keluarga dengan ahli keluarga yang ramai atau pekerja asing tinggal bersesak-sesak dalam unit-unit yang kecil dan sempit.
  • Bangunan tinggi ini mempunyai rekabentuk yang buruk.
  • Kurangnya pencahayaan dan peredaran udara semula jadi untuk penghuni.
  • Ketiadaan sistem pembuangan sampah yang teratur atau sempurna.
  • Penyelenggaraan tempat dan kemudahan awam yang buruk.
  • Lif yang rosak kekal tidak dibaiki untuk jangka masa yang lama.
  • Tahap kebersihan amat buruk dan tidak memuaskan.
  • Penyalahgunaan ruang awam.
  • Taman permainan, tempat meletak kenderaan dan halaman tidak sempurna dan tidak selamat untuk digunakan.
  • CCTV tidak berfungsi dengan sempurna.
  • Tikus berkeliaran.
  • Bekalan elektrik sering terputus di sekitar koridor.

Pasca PRK: Pengundi 'pening dan keliru' dengan calon pembangkang, kata Mat Sabu

Para pengundi di Kuala Kangsar dan Sungai Besar terkeliru terhadap calon-calon Pakatan Harapan oleh kerana pihak pembangkang bertelagah sesama sendiri, kata Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH ), Mohamed Sabu.
Pada pilihan raya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar yang melabuhkan tirainya Sabtu lalu, BN menang besar di kedua-dua kerusi dengan AMANAH di tempat kedua di Sungai Besar dan ketiga berbanding PAS di Kuala Kangsar.
"Pengundi jadi pening. Mereka keliru yang mana calon pembangkang yang hendak dipilih," kata Mohamed yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu pada ceramah di Bukit Mertajam, malam tadi.
"Di Sungai Besar, PAS bercakap mengenai betapa hebatnya kerajaan negeri kerana parti itu adalah sebahagian daripadanya, dan begitu juga AMANAH," tambah Mat Sabu.
"Sepanjang tempoh berkempen di Sungai Besar, PAS kata ia adalah sebahagian daripada Pakatan Rakyat bersama PKR dan AMANAH pula menjaja mesej ia adalah sebahagian daripada Pakatan Harapan dengan DAP dan PKR.
"Keadaan ini menyebabkan para pengundi menjadi sangat keliru mengenai calon-calon Pakatan. Sebaliknya, BN/Umno tampil teguh bersatu menghadapi musuh-musuh mereka," jelas Mat Sabu.
Beliau mengakui keadaan 'pening dan keliru' ini terbukti menjadi cabaran besar apabila partinya berkempen di kawasan luar bandar Selangor dengan sesetengah pengundi masih ingat Dr Mohamed Khir Toyo adalah menteri besar Selangor semasa.

PKR gesa pembunuh kejam aktivisnya segera dikesan

Bill Kayong
PKR hari ini menggesa pihak yang terlibat dalam pembunuhan Bill Kayong- calon parti itu ketika pilihan raya negeri Sarawak yang lalu supaya segera dikesan, tegas presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
"Pada ketika ini, motif jenayah pembunuhan ini belum lagi dikenalpasti. Bagaimanapun PKR menggesa semua pihak untuk bersabar dan menunggu kenyataan penuh dari pihak Polis Diraja Malaysia.
"KEADILAN turut menggesa agar mereka yang terlibat dalam pembunuhan kejam ini segera dikesan, ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan," katanya pada satu kenyataan media.
Menurut Azizah, Bill Kayong merupakan aktivis PKR yang terlibat aktif dalam isu melibatkan rakyat Sarawak termasuk sering membangkitkan isu Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR).
"Bagi pihak keluarga besar KEADILAN, kami merakamkan ucapan takziah buat keluarga saudara Bill Kayong. Semoga keluarga mendiang terus sabar dalam menghadapi ujian dan dugaan yang amat mencabar ini," katanya.
Sementara itu, Ketua PKR Sarawak Baru Bian berkata,  beliau dan anggota parti itu berasa terkejut dengan berita kematian Bill Kayong.
Beliau menyifatkan Bill Kayong sebagai seorang aktivis muda yang lantang memperjuangkan hak tanah adat dan menentang sebarang bentuk diskriminasi terhadap rakyat Sarawak.

Apakah Najib akan 'serang' Zahid, tanya Kadir Jasin

Seorang wartawan veteran menekankan kemungkinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan menghalakan senapangnya ke atas timbalannya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selepas ini.
Datuk A Kadir Jasin menyatakan bagaimana populariti timbalan perdana menteri itu yang merupakan pengarah operasi BN semasa pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar telah mengatasi bosnya.
"Kain rentang dan siaran media sosial tertera nama dan gambar Zahid mengatasi Najib. Nampaknya ada pantang larang dalam memaparkan gambar Najib di kedua-dua tempat.
"Sekarang pilihan raya kecil telah selesai dan BN menang, Najib boleh menjalankan dengan tugas beliau seterusnya - rombakan kabinet," kata bekas ketua pengarang Kumpulan News Straits Times itu dalam blognya.
Jangkaan itu sejajar dengan dakwaan penulis blog pro-Najib yang membuat spekulasi Tun Dr Mahathir Mohamad mahu menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Zahid dalam perang proksi terhadap Perdana Menteri.
"Naratif Mahathir-Zahid tidak boleh muncul dalam masa terdekat selepas beliau mengetuai BN mencapai kemenangan dalam pilihan raya kecil jika ia tidak dirancang oleh rangkaian dalaman Najib yang mengendalikan blogger dan pengarang media arus perdana," jelas beliau.

Musa Hitam: Saya akan panggil pilihan raya umum jika jadi PM

Berikutan kemenangan besar BN pada dua pilihan raya kecil baru-baru ini, bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam berkata beliau akan mengadakan pilihan raya umum tahun depan sekiranya menjadi perdana menteri.
"Pilihan raya kecil berkembar ini diadakan di tengah-tengah serangan besar (pembangkang) ke atas kerajaan BN dan pemimpinnya. Ini tidak pernah dihadapi oleh BN (dalam pilihan raya sebelumnya). Selain itu, Umno dan BN tidak stabil secara dalaman.
"(Tetapi) Umno masih menang dengan majoriti undi yang tidak dijangka," katanya dipetik sebagai berkata oleh Sin Chew Daily hari ini.
BN memenangi Sungai Besar dengan majoriti 9191 undi dan di Kuala Kangsar dengan majoriti 6969 undi.
Musa berkata BN perlu memanfaatkan momentum yang dihasilkan oleh pilihan raya kecil itu dan mengadakan pilihan raya umum tahun depan selepas mendapat sokongan besar.
Beliau juga menyatakan pembangkang kurang bersatu dan kehilangan arah berbanding pilihan raya umum 2013, apabila tiga parti bersatu di bawah Pakatan Rakyat.
Dalam keadaan itu, beliau berkata pembangkang hanya boleh bergantung kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mendekati rakyat kerana pemimpinnya Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam penjara.
Hasilnya, beliau berkata, strategi ini tidak dapat berfungsi dengan berkesan.
Beliau berkata mesej yang dihantar oleh Mahathir semasa berkempen di Sungai Besar dan Kuala Kangsar adalah terlalu besar untuk diserap pengundi.
"Jika anda tanya kepada saya, saya akan menggesa mereka yang sudah tua tidak terus melibatkan diri dalam politik. Saya juga berasa sedih apabila kita tidak mempunyai pilihan lain selain Najib," katanya.

Nik Abduh jadi suara Umno tutup kezaliman dengan isu perkauman


Faiz FadzilFaiz Fadzil
Tindak-tanduk Nik Mohamad Abduh Nik Aziz mutakhir ini menunjukkan Ketua Pemuda Pas itu berada di pihak kerajaan walaupun cuba dinafikan, tegas Timbalan Ketua Pemuda Amanah, Faiz Fadzil.
Membidas dakwaan Nik Abduh kononnya Pas tiada perjanjian dengan pemerintah, beliau berkata, kegagalan Ahli Parlimen Pasir Mas itu menentang penyelewengan Najib Razak berhubung isu derma RM2.6 bilion ke akaun peribadinya seolah-olah membenarkan sahaja salah laku Perdana Menteri.
“Padahal wang tersebut yang didakwa dimasukkan melalui SRC International adalah satu salah laku dan jenayah pecah amanah. Ini adalah satu bentuk kezaliman pemerintah terhadap rakyat.
“Pemimpin negara berbelanja berbilion ringit sedangkan rakyat dihimpit dengan pelbagai tekanan kesusahan akibat GST dan kenaikan harga barang,” ujarnya kepada Malaysia Dateline hari ini.
Menurutnya, kegagalan Nik Abduh untuk menentang kezaliman adalah sesuatu yang ditegah oleh Allah seperti firman-Nya dalam Surah Hud, ayat 113.
Mengulas sindiran Nik Abduh terhadap Tun Mahathir kononnya tidak lagi mempunyai 'taring' dan menyarankan bekas Perdana Menteri itu memperbanyakkan ibadat, Faiz berkata, tempelakan Nik Abduh itu selari dengan ucapan Najib yang menyerang Tun Mahathir selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar, 18 Jun lalu.
“Mana lebih penting? Menentang pemerintah yang pencen atau yang berkuasa? Sebagai seorang yang ada ilmu agama, beliau (Nik Abduh) harus memuji sikap Tun Mahathir itu selari dengan hadis berbunyi, jihad paling baik adalah berkata benar terhadap raja yang zalim.
“Nik Abduh juga mungkin lupa pesanan almarhum ayahandanya bahawa menentang kezaliman adalah sama darjatnya dengan berada di atas sejadah. Almarhum hingga ke akhir hayat istiqamah menentang Umno,” ujarnya.

Zaid: Melayu tak kisah asal dapat habuan

Zaid turut mencadangkan parti pembangkang memboikot semua pilihan raya yang akan datang bagi mengelak persepsi ia mengiktiraf kerajaan BN.
zaid-ibrahim
PETALING JAYA: Datuk Zaid Ibrahim hari ini melahirkan rasa kesal dengan sikap pengundi Melayu yang menurutnya sudah lali dengan segala kesalahan yang dilakukan pemimpin mereka.
“Orang Melayu tidak kisah tentang 1MDB atau isu selagi mana Barisan Nasional memberikan mereka habuan, mereka akan berpuas hati,” kata bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, mengulas kemenangan besar BN pada pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar Sabtu lepas.
“Orang Melayu yang ‘warak’ mahukan kerajaan Islam. Ramai pengundi pada pilihan raya menyokong PAS kerana selagi mana PAS menjanjikan hudud dan balasan di Akhirat, mereka akan terus menyokong parti itu,” kata Zaid menulis dalam blognya hari ini.
Sabtu lepas, calon BN Datin Mastura Mohd Yazid menang di Kuala Kangsar dengan majoriti 6,969 (dari hanya 1,083 pada 2013) manakala Budiman Mohd Zohdi menang di Sungai Besar dengan majoriti 9,191 (dari hanya 399 pada 2013), menewaskan calon Amanah dan PAS di kedua-dua kawasan Parlimen itu.
Boikot
Zaid turut mencadangkan parti pembangkang memboikot semua pilihan raya yang akan datang sehingga Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjadi bebas, amalan rasuah dan pembelian undi dibanteras, dan pasukan polis menguatkuasakan undang-undang pilihan raya.
Katanya, pembangkang tidak perlu menyertai pilihan raya sehingga bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan.
Ini kerana, menurut Zaid, menyertai pilihan raya seolah-olah memberikan pengiktirafan kepada sistem yang ada.
“Itu yang mereka katakan sekarang, bukan sahaja Tun M ditolak rakyat, malah Tuhan juga menyambut kemenangan mereka. Pembangkang perlu serius mempertimbang memboikot semua pilihan raya di masa akan datang.
“Tidak perlu memberi gambaran mereka (kerajaan) sah di mata dunia,” kata Zaid dalam tulisan blognya hari ini, mengulas kemenangan Barisan Nasional (BN) dengan majoriti besar di Kuala Kangsar dan Sungai Besar, Sabtu lepas.
Najib sebelum ini berkata kemenangan BN itu merupakan anugerah Tuhan.
“Tuhan makbulkan doa, Tuhan beri kemenangan yang luar biasa, yang luar daripada dugaan kita,” kata Najib.

Kini TS Muhyidin pula jadi sasaran pembunuhan karektor, kata GKCM


Tan Sri Muhyidin YasinTan Sri Muhyidin Yasin
Setelah gagal segala usaha untuk mengaitkan Tan Sri Muhyidin Yasin dengan salahlaku atau pensabitan jenayah, teknik pembunuhan karetor pula dihalakan kepada beliau.
"Cerita yang dikaitkan dengan TS Muhyiddin tidak masuk akal tetapi sejak Najib menjadi Perdana Menteri banyak perkara yang dilakukannya tidak perlukan akal. Ternyata akal tidak lagi penting apabila wang sudah ditabalkan menjadi raja, kata Presiden Gerakan Ketua Cawangan Umno Malaysia (GKCM), Kamarul Azman dalam dsatu kenyataan hari ini.
Menurutnya terdapat persamaan diantara serangan terhadap TS Muhyiddin dan Tun Mahathir dengan serangan Zionis terhadap penduduk awam Palestin. Mengapa saya berkata demikian?
"Adalah menjadi strategi Zionis untuk menyerang balas dan membunuh ribuan rakyat Palestin sekiranya seorang rakyat atau tentera zionis dibunuh oleh Palestin.
Nyata perkara yang sama sedang berlaku di Malaysia apabila musuh Najib seperti Tun Mahathir dan TS Muhyiddin diserang habis habisan.
"Apakah ini petanda bahawa desas desus yang mengatakan pentadbiran Najib mempunyai penasihat zionis adalah benar?, soal beliau.
Berikut adalah kenyataan penuh beliau yang diedarkan kepada media.
Apabila Ringgit Menjadi Raja, kuasa disalahguna.
1. Ahli-ahli politik sangat terkenal dengan pembunuhan karaktor musuh politik mereka. Ianya dijalankan dengan pelbagai cara termasuklah membawa isu-isu yang sengaja diada-adakan.
2. Dalam cerita yang direka tentang pembunuhan karektor politik ini, cerita yang dicipta itu sebenarnya tidak perlu benar atau diterima akal. Bak kata pepatah Inggeris 'mud sticks'. Apabila seseorang itu dipalit dengan lumpur dan dikait pula dengan tuduhan salahlaku ia pasti akan menyemai bibit-bibit kesangsian terhadap individu yang menjadi sasaran.
3. Dalam strategi pembunuhan karektor ini pasti akan ada mereka yang di belakang tabir. Sudah pasti pulangannya agak lumayan. Kini golongan ini menjadikan tugas mereka sebagai satu mata pencarian. Dalam zaman sekarang menjaja fitnah merupakan satu kerjaya yang menguntungkan. sudah pasti persoalan tentang halal atau haram tidak diambil kira.

MP Segambut buat laporan SPRM mengenai wang tebusan

Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng menempelak Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar kerana mengalihkan perhatian berkenaan wang tebusan kepada keluarga mangsa culik.
Lim berkata, pihak polis dan kerajaan seharusnya bertanggungjawab oleh kerana keluarga mangsa tidak dimaklumkan mengenai RM12 juta telah didermakan kepada badan amal dan tidak digunakan untuk tebusan, seperti mana yang didakwa oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Lim berkata demikian selepas membuat laporan mengenai isu wang tebusan dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Kuala Lumpur.
Manila Times semalam melaporkan kumpulan militan Abu Sayyaf hanya menerima RM8.8 juta wang tebusan sebagai pertukaran bagi membebaskan empat rakyat Malaysia berasal dari Sarawak selepas berada selama 67 hari dalam kurungan.
Laporan itu memetik sumber yang tidak dinamakan sebagai mendakwa bahawa baki wang itu telah diambil oleh pegawai-pegawai kerajaan.