Isnin, 20 Jun 2016

Nik Abduh & Rahman Dahlan Serang Mahathir, Amanah Pertahan...

AMANAH pertahan, ucap terima kasih kepada Dr M

Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Mujahid Yusof Rawa tampil mempertahankan Tun Dr Mahathir Mohamad sambil menyifatkan kemenangan BN di Sungai Besar dan Kuala Kangsar tidak bererti bekas Perdana Menteri itu gagal dalam gerakan 'Selamatkan Malaysia' yang ditunjangi beliau.

Mujahid turut melahirkan rasa kesal terhadap Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang menyerang Mahathir dengan meminta beliau bersara daripada politik secara senyap-senyap dan tidak mendedahkan dirinya kepada penghinaan lanjut.


"Mereka yang mengatakan seperti ini tidak memahami perbezaan antara parti politik dan negarawan.

"Mahathir tidak berjuang di platform mana-mana parti politik, tetapi dalam kempen 'Save Malaysia' yang merentasi semua pihak," kata Mujahid kepada Malaysiakini.

Jelasnya lagi, adalah mustahil untuk Mahathir menyokong calon BN atau Umno apabila parti itu telah menjadi punca kepada bencana yang melanda negara ini.

Beliau menambah, adalah tidak mungkin juga bagi Mahathir untuk menyokong calon PAS yang mesra kepada BN di sebalik skandal yang menjejaskan negara.

"Mahathir nampak hanya calon Amanah sebagai satu-satunya peluang untuk menyelamatkan Malaysia setelah berkongsi wawasan yang sama," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar.

"Malangnya, ada pihak gagal untuk melihat ini dan terus terperangkap dengan agenda sempit mereka," katanya.

Taring Dr M 'secara rasminya' tercabut, kata Pemuda PAS

Ketua Pemuda PAS, Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz menyifatkan taring bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad secara rasminya telah tercabut atau tertanggal ekoran kemenangan besar BN dalam pilihan raya kecil berkembar yang baru sahaja melabuhkan tirainya.

Anak kepada bekas Menteri Besar Kelantan, arwah Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang meninggal dunia pada 12 Februari 2015 itu berkata, Mahathir disarankan memperbanyakkan masa untuk berada di tikar sejadah dan di hadapan kaabah.

"Saya sarankan Tun Mahathir banyakkan berada di tikar sejadah dan di hadapan kaabah.

"Zaman kekuatannya ketika bertempur dengan almarhum ayahanda TGNA (Tok Guru Nik Aziz) telah berakhir.

"Jika Tun kembali kepada ALLAH dengan taubat yang benar, itulah sebaik-baik kehidupan di hujung hayat. Saya mendoakan," ujarnya dalam kenyataan.

Mahathir dicemuh pelbagai pihak ekoran kemenangan besar BN dalam pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar, baru-baru ini setelah hasratnya untuk menjadikan pilihan raya kecil berkembar itu sebagai referendum menolak pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak gagal.

Bukan sahaja oleh Najib sendiri, Mahathir turut menerima tempelak dan pelbagai nasihat antaranya berehat, menjaga integriti dan nama baiknya oleh banyak pihak lain antaranya bekas ketua hakim negara, pimpinan PAS lain dan pemimpin Umno.

Mahathir juga pernah mendedahkan pertemuan beliau dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi menerangkan dakwaan salah laku Najib.

"Saya jelaskan secara peribadi kepada Hadi mengenai salah laku Najib tetapi apa yang dia nampak ialah dedak," kata Mahathir.

Mengulas lanjut, Nik Abduh berkata, tuduhan yang mengaitkan PAS sebagai tunggangan UMNO hanyalah persepsi murahan oleh golongan lemah yang terpelanting akibat disantau mabuk dalam misi menawan Putrajaya.

"Ketika PAS bersama DAP, PAS dituduh UMNO sebagai tunggangan DAP. Ketika PAS berpecah dengan DAP, PAS dituduh DAP sebagai tunggangan UMNO.

"Sebagaimana PAS berjaya keluar daripada tuduhan pertama, PAS pastinya akan berjaya keluar daripada tuduhan kedua dengan selamat dan sejahtera.

"Malah tuduhan itu akan lebih mudah dihilangkan kerana PAS tidak pun mengikat sebarang perjanjian dengan UMNO sebagaimana ikatannya dengan DAP semasa di dalam Pakatan Rakyat dahulu," tambah beliau.

Surat tunjuk sebab kepada Pas Kelantan

MSO

ULAS PIRAKE (ii)

Keputusan dua Pirake di Sungai Besar dan Kuala Kangsar semalam, tidak boleh dibiarkan berlalu begitu sahaja terutamanya oleh parti agama (Pas) tanpa membuat analisa mendalam secara waras. Pas mesti berbuat sesuatu dengan segera dengan penuh keinsafan dan professionals.


Kembalikan Husam
ke dalam Pas.
Sekiranya Pas masih lagi beretorik bermain dengan seribu kata-kata indah, membina ayat-ayat power untuk menyedapkan hati, mengulik perasaan, parti itu akan terus lemah dan menjadi parti terpencil. Tidak mustahil juga ia akan pupus seperti dinosour.

Perhatian penuh perlu diberikan oleh Pas Kelantan. Dalam hal ini saya ingin memberi "surat tujuk sebab" kepada Pas Kelantan. Pas Kelantan tidak boleh meriba tangan dan menerima apa yang berlaku dalam dua Pirake itu, kekalahannya sebagai takdir Allah semata-mata. Pas perlu mencari sebab musabab dan mengambil iktibar terhadapnya. Jangan berlindung dengan kata-kata (escape) keadaan di Kelantan berbeza dan politik Kelantan unik.

Apa lagi menganggap senario politik di Kelantan berbeza dengan politik di luar seperti Kuala Kangsar dan Sungai Besar itu.

Jangan marah apabila saya sebut Pas kalah dalan dua pilihan raya itu. Pas kena terima istilah dan hakikat ini. Di Sungai Besar Pas dimalui oleh bekas rakan-rakanya sendiri Amanah. Jangan peduli apakah undi Amanah itu undi Cina, India atau apa. Yang penting teori dan hukum politik telah mengesahkan Amanah mendapat undi lebih daripada Pas. Undi merupakan sokongan dan ia mengeraskan semangat juang.

Pas juga tidak boleh berbangga dengan mendapat undi pure Melayu. Hakikat yang kena disedari di kawasan-kawasan campuran, Pas atau mana-mana parti juga memerlukan sokongan daripada semua kaum. Kedegilan hanya menerima satu kaum sahaja ia tidak akan membawa kemenangan dan menjadi pilihan raya itu tidak bererti apa-apa. Titik simpul dalam pilihan raya ialah menang, dapat kerusi bukan soal undi pure apa-apa puak. Dapat undi pure tetapi kerana terlepas, tidak ada guna juga.

Sama ada undi diperolehi Amanah daripada ahli DAP, PKR atau sesiapa tidak berbangkit, tetapi dalam pilihan raya itu, calon Amanah di Sungai Besar yang dianggap kubu Pas, Azhar mendapat undi lebih banyak daripada calon Pas Dr Rani Osman. Bezanya, 707 undi. Di Kuala Kangsar Amanah pula berkurangan 765 berbanding Pas/

Dalam darjah politik, undi Cina ke, Melayu ke, India ke, Orang Asli ke, muslim, mualaf dan kafir sama sahaja nilainya. Tidak bermakna undi daripada Melayu mempunyai nilai tambah yang besar daripada undi Cina dan India.

Saya hairan apa bila ada sesetengah pentaksub Pas (budak-budak baru belajar menjolak cempedak) seperti tidak mahu mengiktiraf "kemenangan" dan kedayaan Amanah itu. Kononnya ia bukan mewakili suara orang Melayu? Apakah kalau kebetulan undi ahli DAP dan PKR diberikan kepada peti undi Pas, Pas sedia menolak dan tidak mahu mengakui ianya sebagai undi dan sokongan kepada Pas. Jangan double strandard dalam membuat penilaian.

Beberapa kerusi Dun di Selangor yang dimenangi Pas, adalah kerana sumbangan undi bukan Melayu.

Dalam situasi politik Malaysia yang rencam ini, tidak sepatutnya diakan batas-batas jenis undi dan sokongan mengikut sentimen kaum dan puak. Hakikat yang kena terima, mana-mana parti mengamalkan politik kepuakan mereka tidak akan berjaya sampai ke khiamat pun.

Kenapa Umno masih kekal menjadi pemerintah hingga sekarang kerana kebijaksanaan parti itu dalam berkolabrosi dengan semua kaum. Umno tidak cuba memisahkan dan membezakan undi yang diperolehinya mengikut kaum. Umno merima apa sahaja, sebab seperti dikatakan tadi dalam teori dan rukun politik, nilai undi seseorang itu sama sahaja, tanpa mengira anak peribumi, pendatang atau anutan agama dan budaya.

Jambun: Pembangkang perlu berdiri atas prinsip, bukan pakatan celaru

Tiada ada yang berubah antara Pakatan Harapan dan PAS sejak terlerainya Pakatan Rakyat, walaupun semuanya telah berlalu sekarang
jambun
KOTA KINABALU: Ekoran pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar, seorang aktivis hak asasi manusia teringat kiasan seorang diplomat Eropah yang mengakui di televisyen baru-baru ini bahawa pelarian Syria, kebanyakannya beragama Islam, “tidak baik” untuk benua itu.
Meskipun begitu, Eropah tidak akan mengabaikan pelarian.
“Yang utama bagi kita, sebagai orang Eropah, adalah prinsip,” kata Daniel John Jambun memetik kata-kata diplomat itu. “Kita bertaut pada prinsip walaupun adakalanya ia ‘tidak baik’ untuk kita.”
“Kita mahu lakukan perkara yang betul akhirnya,” kata diplomat itu.
Pengasas Yayasan Borneo’s Plight in Malaysia (Bopim) itu ketika dihubungi berkata Pakatan Harapan (PH) menggunakan strategi yang salah sekiranya mahu kembali bermesra dengan PAS selepas tewas dalam pilihan raya kecil baru-baru ini.
Katanya, sekiranya keinginan itu didorong oleh kemahuan untuk membentuk pembangkang yang bersatu untuk menewaskan Barisan Nasional (BN), maka pembangkang sebenarnya tersasar sekali lagi.
Beliau mahu mengingatkan Pakatan Rakyat terlerai lantaran sikap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang veto keputusan yang telah disepakati oleh mesyuarat Majlis Pimpinan PR walaupun kerap tidak hadir bermesyuarat.
Hadi juga bertegas dengan bacaan “bersetuju untuk tidak bersetuju” yang disalaherti dan bertindak bersendirian dalam hal usul hudud di Dewan Undangan Negeri Kelantan dan Parlimen.
Malah, menurut tokoh DAP Lim Kit Siang baru-baru ini, Hadi bertegas mahu dinamakan sebagai Perdana Menteri menanti walaupun PR telah bersetuju menamakan Anwar Ibrahim.
Jambun merupakan salah seorang daripada 12 pimpinan PKR Sabah yang digantung sebelum Naib Presiden Jeffrey Kitingan meninggalkan parti itu.
Aktivis itu turut mengingatkan isu-isu lain seperti kenyataan Hadi 7 Mei lalu bersempena pilihan raya negeri Sarawak, dimana Hadi berkata Ketua Menteri Sabah dan Sarawak haruslah beragama Islam.
“Majoriti penduduk di dua negeri ini adalah bukan Islam, kebanyakannya Kristian dan Orang Asal,” kata Jambun. “Betapa naifnya beliau. Hadi juga kata orang Iban punyai kerangka fikiran cawat dan sirat.”
Beliau menambah Hadi turut bertegas Perdana Menteri haruslah orang Melayu dan beragama Islam. “Ini penting untuk kita perhatikan kerana dibawah Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan, bukan semua penganut agama Islam itu orang Melayu.”
Memandang keadaan seperti itu, Jambun bertegas langkah PH pertimbang untuk membawa masuk PAS dalam kalangan mereka sebagai tidak masuk akal.

PAS : Kami kuat daripada PAN, dapat undi kerana DAP, PKR

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah enggan mengakui kekuatan parti serpihannya, PAN (Parti Amanah Negara) sebaliknya menyifatkan parti tersebut hanya bergantung kepada kekuatan DAP dan PKR sahaja.
Mohd Amar berkata jumlah undi yang diperoleh oleh PAN semasa pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar tersebut adalah datang daripada dua parti dalam Pakatan Harapan dan bukannya kerana sokongan daripada pengundi.
“Walaupun jumlah undinya besar di (Parlimen) Sungai Besar tapi saya percaya 90 peratus undi itu datang daripada DAP dan juga PKR, (dan) bukan undi sebenar PAN,” katanya dipetik pada Isnin semasa di Kota Bharu.
Malah, Mohd Amar berkata jika PAN bertanding secara bersendirian seperti PAS dalam PRK mereka akan hilang deposit dan kalah teruk.
“Dan saya percaya kalau PAN bertanding secara bersendirian macam kita PAS kemungkinan besar mereka akan hilang deposit,” katanya.
Beliau berkata jika melihat keputusan di peti-peti undi di kedua-dua Parlimen berkenaan, PAN juga gagal menawan hati pengundi Melayu sekali gus menunjukkan parti itu tidak mendapat sokongan daripada masyarakat Melayu.
“Jadi dari sudut ini kita nampak PAN tidak dapat menggugat PAS sebab undi PAS ini tidak berubah, itu yang penting,” katanya.
Pada pilihan raya kecil Sabtu lalu, calon PAN Azhar Abdul Shukor menduduki tempat kedua dalam pertandingan tiga penjuru yang menyaksikan BN muncul sebagai pemenang.
Azhar mendapat 7,609 undi manakala calon PAS Dr Abdul Rani Osman mendapat 6,902 undi.
Di Kuala Kangsar, calon PAN Dr Ahmad Termizi Ramli menduduki tempat ketiga di belakang calon PAS Dr Najihatussalehah Ahmad dalam pertandingan empat penjuru yang juga dimenangi oleh BN.

PAS timbang talak dengan PKR - Mohd Amar

AMANAH bukan lawan sebenar PAS - Mohd Amar

MANA SATU YANG BETUL & BOHONG ??!!

TPM Zahid Hamidi & Ketua Polis Negara bermati2an kata tiada wang tebusan dibayar bagi pembebasan empat rakyat Malaysia yang diculik di selatan Filipina..

TETAPI lain pula di akhbar Filipina, Manila Times melaporkan kumpulan militan Abu Sayyaf (ASG) telah dibayar pembayaran tebusan sbyk P130 juta (RM12 juta).

Apa nak heran, bulan puasa ka, tak bulan puasa ka... menipu itu satu wajib & penting kerana dah jadi darah daging mereka..

Kalau 'derma' RM2.6 bilion pon AG Apandi boleh tolong bersihkan..

Inikan pula RM2.6 juta..

Belum apa2 lagi SPRM nak siasat atau tak, tup2 Ketua Polis Negara terus ckp, "tak payah nak siasat.".. Dia ckp dia tahu duit tu pergi ke mana..

Senang bukan.. Kalau camni baik tak payah ada SPRM. Biar semua keje KPN yg cakap, buat & siasat. Abes cerita..

Keangkuhan pembangkang bawa padah

BN menang dua kerusi pilihan raya kecil (PRK) dengan majoriti yang lebih tinggi di Kuala Kangsar (6,969 undi) dan Sungai Besar (9,191 undi).
Ia adalah kemenangan selesa bagi BN walaupun jumlah undi berbanding dengan PRU lepas tidak jauh berbeza.
Kemenangan BN tidak mengejutkan kita memandangkan pembangkang sudah berpecah antara PAS dan Pakatan Harapan (PH). Pertandingan tiga penjuru dengan jelas menunjukkan undi pembangkang sudah berpecah dua dengan kutipan undi lebih kurang sama antara Parti Amanah Negara (AMANAH) dan PAS.
Kombinasi undi PAS dan AMANAH juga masih tidak dapat menewaskan BN. Ramai melihat pertandingan kali ini sebagai pertandingan merebut tempat kedua atau “pingat perak”.
Jumlah pengundi yang turun mengundi iaitu sekitar 72 peratus, adalah lebih rendah berbanding PRU-13. Ini memberi gambaran bahawa mereka yang duduk jauh tidak turun mengundi kerana mungkin sudah bosan dengan politik.
Ini juga memberi petunjuk bahawa jika PRU akan datang berterusan dengan mood yang sedia ada, maka jumlah yang turun mengundi akan berkurang dan ini membawa isyarat bahawa BN akan menang sekali lagi.

Keangkuhan pembangkang

Seperti dijangka, AMANAH gagal mendapat undi Melayu manakala PAS gagal mendapat undi Cina. Ini menunjukkan bahawa pengundian mengikut perkauman masih ketara dan politik negara terus terjerumus dalam polarisasi perkauman.
Ia juga merupakan petunjuk PAS tidak boleh masuk PRU akan datang kecuali jika mereka hanya berminat bertanding di Pantai Timur. Begitu juga situasi yang dihadapi DAP, jika DAP berfikir AMANAH dapat menggantikan PAS, maka jawapannya juga tidak.
Isu nasional seperti skandal 1MDB, Deklarasi Rakyat dan hudud, gagal menjadi isu terpenting untuk rakyat membuat keputusan. Isu terpenting adalah pihak pembangkang berpecah dan bertanding melawan sesama sendiri.
Hampir semua komen membalun pembangkang kerana tidak bersatu. Rakyat biasa kecewa dengan pembangkang yang berpecah dan bukannya dengan Dr. Mahathir. Dr. Mahathir hanyalah seorang oportunis yang gigih dalam menggunakan segala yang ada untuk menundukkan musuh politiknya.
Namun, faktor paling penting yang membawa kepada kegagalan pembangkang, seperti yang dijangka, adalah keangkuhan mereka dan kegagalan mereka dalam mengawal ego mereka sendiri. Apa sebenarnya pembangkang mahu daripada rakyat?
Dengan adanya pertarungan tiga penjuru, mereka sudahpun mengetahui bahawa mereka menuju kekalahan, tetapi mereka bersama ikon terbaru mereka Dr Mahathir untuk menjadikan ini satu referendum terhadap Najib Razak.

Politik perkauman

Sekarang ini, Najib mengatakan referendum terhadapnya tewas dan dia menjadi semakin yakin lagi angkuh. Kemenangan ini juga menjadikan rakyat semakin berputus asa dengan pembangkang.
PH berjudi dengan masa depan negara dalam satu pertarungan yang mereka sudahpun kalah sebelum bermula. Kini, susah untuk kita mematahkan hujah Najib yang berkata dia memenangi kepercayaan rakyat kerana kitalah yang memberikannya peluang ini.
Sepanjang kempen PRK baru-baru ini, kita dapat melihat cara DAP berkempen dengan papan tanda perkauman di bulan Ramadan, menunjukkan mereka masih gagal memahami sentimen rakyat.
Bermain politik perkauman atau bercakap secara lidah bercabang bukan lagi satu pilihan pada zaman sekarang. Ternyata AMANAH tidak selesa dengan cara DAP berkempen yang agresif, tetapi apa boleh dibuat memandangkan AMANAH bergantung kepada jentera DAP.
Sedikit undi orang Cina yang kembali kepada BN menunjukkan undi masyarakat ini bukanlah “cek kosong untuk DAP”.

Mahathir berikrar lawan tetap lawan

Bekas Perdana Menteri itu tidak mahu bersama salahguna kuasa, termasuk penubuhan sebuah dana kekayaan negara yang akhirnya mengaut hutang berbilion ringgit
mahathir-najib-malaysia-gov-1
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad berikrar untuk meneruskan pembersihan kerajaan Malaysia dengan apa cara sekalipun.
“Saya tidak dapat terima Najib (Perdana Menteri) yang berpegang kepada konsep “Cash is King”.
“(Najib) Mengamal rasuah sebagai prinsip politiknya,” katanya melalui catatan di blog miliknya.
Menceritakan secara terperinci penentangannya, Mahathir tidak dapat menerima seorang perdana menteri yang menjatuhkan maruah rakyat dan negara, setelah akhbar dan televisyen seluruh dunia menyiarkan bukti salah laku.
“Institusi-institusi kerajaan di Switzerland dan Singapura mendakwa berkenaan kesalahan 1MDB pimpinan Datuk Seri Najib dalam pengurusan wang 1MDB.
“Pembayaran berbilion ringgit kepada syariakt palsu, yang menyebabkan 1MDB disaman oleh badan milik kerajaan Abu Dhabi supaya dibayar gantinya sebanyak RM20 bilion lebih,” katanya.
Bekas perdana menteri turut menjawab pertanyaan daripada pelbagai pihak berhubung pendiriannya setelah Barisan Nasional (BN) menang dengan selesa dalam pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar Sabtu lepas.
“Pendirian saya tidak berubah. Mungkin ia menjadi lebih keras,” ujarnya.
Mahathir mendakwa kemenangan bergaya BN di Sungai Besar dan Kuala Kangsar lantaran pemberian wang dan barang-barang kepada pengundi.
“Perbuatan ini dilihat oleh orang ramai.
“Tidak ada perasaan segan silu atau malu apabila membuat penipuan untuk mendapat kemenangan.
“Maruah bangsa dan negara sudah dimusnah sehingga rakyat Malaysia yang dahulu bermaruah sudah turut contoh yang ditunjuk oleh pemimpin,” tegasnya.
Mahathir mengeluh mereka yang ingin tahu pendiriannya perlu bertanya diri sendiri samada masih mempunyai harga diri sehingga sanggup berbangga dengan kemenangan hasil penipuan, hasil rasuah yang terbuka dan salah guna kuasa yang ketara.
Beliau menegaskan tidak mungkin menyokong perbuatan salah guna kuasa termasuk menubuhkan sebuah dana kekayaan negara yang akhirnya mengaut hutang berbilion ringgit.

PAS: AMANAH akan hilang deposit tanpa DAP, PKR

Calon Parti Amanah Negara (AMANAH) akan hilang wang pertaruhan jika tidak kerana DAP dan PKR, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Oleh itu, katanya, AMANAH tidak mampu menjadi pengganti PAS dalam Pakatan Harapan sebagaimana yang dicanang sebelum ini dalam pakatan pembangkang.
“Walaupun jumlah undinya besar di (Parlimen) Sungai Besar tapi saya percaya 90 peratus undi itu datang daripada DAP dan juga PKR, (dan) bukan undi sebenar AMANAH.
"Dan saya percaya kalau AMANAH bertanding secara bersendirian macam kita PAS kemungkinan besar mereka akan hilang deposit," katanya yang dipetik Bernama di Kota Bharu hari ini.
Beliau berkata jika melihat keputusan di peti-peti undi di kedua-dua Parlimen berkenaan, AMANAH juga gagal menawan hati pengundi Melayu sekali gus menunjukkan parti itu tidak mendapat sokongan daripada masyarakat Melayu.
"Jadi dari sudut ini kita nampak AMANAH tidak dapat menggugat PAS sebab undi
PAS ini tidak berubah, itu yang penting," katanya.
Pada pilihan raya kecil Sabtu lalu, calon AMANAH Azhar Abdul Shukor menduduki tempat kedua dalam pertandingan tiga penjuru yang menyaksikan BN muncul sebagai pemenang.
Azhar mendapat 7,609 undi manakala calon PAS Dr Abdul Rani Osman mendapat 6,902 undi.
Di Kuala Kangsar, calon AMANAH Dr Ahmad Termizi Ramli menduduki tempat ketiga di belakang calon PAS Dr Najihatussalehah Ahmad dalam pertandingan empat penjuru yang juga dimenangi oleh BN.
Sebelum ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan parti serpihannya itu sebagai parti nyamuk.
Presiden AMANAH Mohamad Sabu, selepas keputusan diumumkan Sabtu lalu berkata, terbukti bahawa mereka bukan parti kecil seperti didakwa.
Amar yang juga adalah timbalan menteri besar Kelantan juga memperlekehkan parti serpihan itu dengan mendakwa 'oren' AMANAH nanar, warna serupa tok sami manakala lambangnya pula menyerupai sebuah stesen tv di India, Imayam TV.

Nurul Izzah sayu terkenang kisah merpati patah sayap kad raya Anwar

Nurul IzzahSHAH ALAM, 20 JUN: Menerima kad ucapan raya merupakan perkara biasa tetapi menerima kad ucapan raya ditulis sendiri oleh bapa dipenjara kerana membawa obor perjuangan rakyat sudah tentu menjadi kad raya paling berharga.
Bagaimanapun, itulah dialami sendiri oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar yang sayu tatkala menerima sekeping kad raya ditulis sendiri oleh bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa dipenjara dari 1998 hingga tahun 2004.
Mengimbas kembali, Nurul Izzah berkata Anwar dalam kad raya itu menceritakan kisah seekor burung merpati yang patah sayap hinggap di depan sel penjara beliau.
“Kad raya yang paling mengesankan pada saya adalah bila saya menerima kad raya dari papa. Papa menceritakan kisah sayu seekor merpati yang patah sayapnya menemani papa di kala merpati tersebut hinggap di depan kamar penjara beliau.
“Papa juga berkongsi makanan dengan kadangkala memberi cebisan roti buat merpati yang agak lemah kerana tidak dapat mencari makanan sendiri,” kata Nurul Izzah kepada SelangorKini.
Jelas Nurul Izzah, malangnya beberapa hari kemudian Anwar mendapati burung merpati itu tiada lagi sebaik beliau pulang semula ke penjara daripada mendapatkan rawatan di hospital.
Ceritanya lagi, kejadian itu menyebabkan Anwar tertanya-tanya sama ada kehilangan burung merpati itu disebabkan burung itu sudah mampu terbang kembali atau disebabkan perkara lain.
“Ironiknya, merpati sering diangkat sebagai salah satu simbol kebebasan tetapi papa pada masa itu papa sedang dipenjarakan, kebebasannya dinafikan,” kata Nurul Izzah lagi.

Pasca PRK: Masa untuk muhasabah, rancang strategi baru

SHAH ALAM, 20 JUN: Rakyat dan pengundi tidak harus dipersalahkan dalam kekalahan pembangkang di dua Pilihan Raya Kecil (PRK) lalu.
Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata sekarang juga bukan masa untuk parti pembangkang saling tuding jari menyalahkan satu sama lain.
“Sebaliknya, semua parti perlu bermuhasabah dan bersikap terbuka untuk kembali ke meja rundingan dan melihat strategi baru untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14.
“Harap keputusan lalu beri pengajaran kepada semua parti untuk berbincang semula bagi kepentingan rakyat dan negara,” katanya kepada pemberita.
Beliau ditemui sejurus selesai Majlis Rapat Ramadan Bersama Perkhidmatan Awam Selangor di SUK hari ini.
Pada PRK Sungai Besar n Kuala Kangsar lalu, Barisan Nasional (BN) memenangi kedua-duanya menewaskan Pakatan Harapan dan PAS.
Mohamed Azmin berkata, kekalahan tidak pernah menjadi kudis kerana pembangkang pernah kalah sebelum ini namun sentiasa bangkit melawan.
“Saya juga dengar dan baca sendiri komen rakyat di media sosial yang mahukan pembangkang bersatu.
“Jadi kita perlu dengar dan tunduk kepada pandangan rakyat,” katanya.

SPRM perlu siasat mana baki RM3.2 juta wang tebusan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) seharusnya tampil menyiasat laporan dari Manila bahawa sebahagian daripada dana yang dikutip oleh ahli keluarga yang menjadi tebusan Abu Sayyaf tidak disampaikan kepada kumpulan militan itu.
Ini susulan akhbar Manila Times yang memetik sumber tidak dinamakan sebagai berkata bahawa hanya RM8.8 juta sampai ke Abu Sayyaf, walaupun keluarga berkenaan mengutip RM12 juta untuk membebaskan empat rakyat Sarawak itu.
Kerajaan Malaysia, bagaimanapun berkata, wang RM12 juta itu disalurkan kepada badan Islam tertentu yang sah di Filipina dan bukannya sebagai wang tebusan.
"Adakah dakwaan ini (Manila Times) benar? DAP mahu siasatan menyeluruh berhubung ke mana baki RM3.2 juta itu berada.
"Setiap rakyat Malaysia, terutamanya keluarga tebusan, ingin tahu jawapannya," kata Setiausaha DAP Sabah Phoong Jin Zhe dalam satu kenyataan.
"Jika dakwaan ini adalah benar, tindakan perlu diambil ke atas pegawai yang didakwa mengambil wang itu. Tindakan ini mesti dikutuk sekeras-kerasnya," katanya.
Menurut Manila Times, sumber mendakwa wang RM3.2 juta itu dikongsi bersama oleh anggota dan pegawai Malaysia dan Filipina yang terlibat dalam kes tersebut.
Minggu lalu, keluarga tebusan berkata mereka berjaya mengumpulkan RM12 juta melalui jualan aset dan sumbangan orang ramai bagi membebaskan empat kelasi yang dikurung selama 67 hari itu.
Mereka mendakwa wang diserahkan kepada pegawai Cawangan Khas bagi tujuan membebaskan tebusan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar bagaimanapun menafikannya, manakala Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, tidak ada wang tebusan yang dibayar.
Khalid juga berkata tidak akan ada inkuiri bagi menyiasat wang RM12 juta itu kerana pihaknya menyedari ke mana ia disalurkan.
Jumaat lalu, beliau berkata wang tebusan itu dipercayai diserahkan oleh keluarga mangsa sendiri kepada pihak ketiga dan keluarga mangsa banyak berurusan dengan ejen-ejen atau pihak ketiga dari Filipina yang dikatakan boleh membebaskan mangsa.
Keempat-empat mangsa culik itu ialah adik-beradik Wong Teck Kang, 31, dan Wong Teck Chii, 29, sepupu mereka Johnny Lau Jung Hien, 31, dan anak kapal bot tunda, Wong Hung Sing, 32.

Sindrom Togo landa Malaysia jika...

Ekoran berlabuhnya tirai pilihan raya kecil berkembar, seorang wartawan veteran mengingatkan rakyat negara ini tentang masa depan yang suram jika tiada perubahan pada pilihan raya umum akan datang.
"Kita mesti bersiap siaga untuk mengalami sindrom Togo dan berdepan risiko semakin hampir untuk menjadi negara yang gagal," dakwa A Kadir Jasin dalam catatan terbaru blognya.
Beliau berkata, menurut Indeks Kebahagiaan Dunia Tahunan, negara Afrika Barat yang dilanda kemiskinan telah dinobatkan sebagai negara paling tidak gembira di dunia.
"Namun, selepas laporan itu diterbitkan, Presiden Faure Gnassingbe telah terpilih untuk penggal ketiga," katanya.
Walaupun mendakwa tidak terkejut dengan keputusan pilihan raya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar, namun bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times tetap membidas para pengundi di kawasan terbabit.
"Apa yang mengejutkan saya adalah walaupun salah laku Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak disampaikan, bersama BN, rakyat masih memberikan undi kepadanya.
"Malangnya, keputusan pengundi itu bukan sahaja memberi semangat untuk terus mempertahankan kesalahannya, malah, turut melakukan kesalahan baru jika dia mahu.
"Tetapi tidak wajar untuk menyalahkan Najib dan mereka yang bersekongkol beliau semata-mata. Mereka yang mengundi BN juga harus berasa malu kerana membenarkan pemberian dan janji-janji untuk mempengaruhi undi.
"Mereka benar-benar menjual undi untuk habuan yang sedikit," katanya.
Bagaimanapun, Kadir, yang diketahui umum rapat dengan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui beliau turut dipersalahkan bersama.

Dalam realiti alternatif, pembangkang boleh menang PRK berkembar?

Kemenangan besar BN di Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada Sabtu lalu membuktikan pembangkang yang terbahagi tidak boleh mengalahkan parti pemerintah dalam pilihan raya kecil (PRK) berkembar itu.
Namun, bagaimana pula jika keadaan itu berubah?
Bolehkah pembangkang menang di alam semesta yang selari dengan kewujudan perkara yang berbeza?
Realiti alternatif #1
Dalam realiti alternatif ini, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali telah berjaya berunding dengan PAS bagi memastikan pertandingan satu lawan satu di kedua-dua kerusi Parlimen. Mari kita andaikan Parti Amanah Negara (AMANAH) bertanding di Selangor manakala PAS pula bertempur di Perak.
Realiti alternatif #2
Dalam realiti lain, pertempuran antara BN, PAS dan AMANAH masih berlaku tetapi di bawah peraturan yang berbeza.
Di alam semesta ini, Malaysia mempunyai sistem demokrasi yang lebih halus dan mengamalkan sistem undi alternatif dengan para pengundi boleh mengundi lebih daripada seorang calon mengikut keinginan mereka berbanding sistem yang diguna pakai semasa.
Kedua-dua "realiti" adalah fantasi idealistik dan pasti pembangkang akan menang dalam keadaan ini, bukan?
Salah.
Pertama sekali, walaupun anda gabungkan undi AMANAH dan PAS, BN akan tetap menang di Sungai Besar dan Kuala Kangsar dengan majoriti masing-masing sebanyak 2,289 dan 2,086 undi.
"Tetapi, satu lawan satu atau sistem yang berbeza akan menggalakkan orang ramai mengundi pembangkang!" anda mungkin berhujah.
Sekali lagi, salah.

‘Pemberian wang’ - BERSIH kecam sikap tak acuh SPR

BERSIH mengecam dakwaan bahwa BN menawarkan pengundi terpilih tunai semasa pilihan raya kecil di kerusi parlimen Sungai Besar, Sabtu lalu.
Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah berkata, ini jelas bertentangan dengan peraturan pilihan raya.
"Tetapi malangnya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak fikir bahawa ini suatu kesalahan. Itulah kekecewaan paling besar," kata Maria kepada Malaysiakini.
Sabtu lalu, Malaysiakini melaporkan kira-kira 100 pengundi dilihat beratur di luar pejabat Umno Tanjung Karang selepas mengundi bagi kerusi pilihan raya kecil Sungai Besar ketika pusat pengundian hampir ditutup.
Menurut sesetengah mereka, mereka dimaklumkan melalui telefon semalam untuk hadir sendiri di pejabat itu selepas mengundi.
Seorang pengundi berkata, jumlah wang bergantung kepada tempat kediaman seseorang itu daripada RM100 sehingga RM200.
Malaysiakini telah menghubungi SPR untuk mendapatkan ulasan mereka.
Tahun lalu, pengerusi SPR ketika itu, Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata penyediaan elaun perjalanan untuk pengundi bukan satu kesalahan.
Maria berkata memfailkan petisyen pilihan raya berhubung perkara ini akan akan menjadi lebih sukar.
"Calon yang memfailkan petisyen perlu membuktikan bahawa dengan pemberian wang, ini mempengaruhi pengundi untuk mengundi dengan cara tertentu.
"Tetapi tidak ada pengundi yang akan tampil mengatakan ini, jadi ia akan menjadi sangat sukar," katanya.

Pembangkang di kedudukan paling lemah, tetapi jangan putus asa – Chin Tong


chin tong

KLUANG, 20 JUN: Pakatan pembangkang dilihat berada di kedudukan paling lemah sejak tsunami politik 2008, pasca Pilihanraya Kecil Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang baru berakhir Sabtu lalu.
Ini diakui Pengarah Pendidikan Politik DAP, Liew Chin Tong sambil menambah bahawa negara berada di persimpangan, dengan kemungkinan untuk ditewaskan ‘Orde Lama’ sekiranya pakatan pembangkang tidak bangkit dengan idea-idea politik dan ekonomi yang baru.
“Tidak pernah senang menjadi pembangkang di Malaysia. Demokrasi sedia ada tidak adil mahupun bebas, dan lapangan perlawanannya tidak sekata,” ujar Ahli Parlimen Kluang itu dalam satu kenyataan.
“Namun kita harus memilih sama ada mahu mengalah dengan realiti yang ditakrifkan oleh ‘Orde Lama’ atau mengemukakan alternatif yang jelas untuk menangani dua cabaran utama iaitu kawasan semi-urban dan luar bandar, serta jurang perkauman dan agama,” jelasnya.
Menurut beliau UMNO BN telah bekerja keras sejak Pilihanraya Umum 2008 untuk memburuk-burukkan DAP bagi menghalang sebarang sokongan daripada pengundi Melayu.
Katanya, cabaran bagi DAP dan parti-parti Pakatan Harapan adalah untuk mengetengahkan agenda yang boleh menyatukan semua rakyat Malaysia dengan tujuan yang sama.
“Tidak ada jalan pintas,” tegasnya mengulas panjang impak kekalahan di kedua-dua kawasan Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang dimenangi UMNO BN dengan majoriti yang sangat selesa.
Di Sungai Besar, Calon Amanah, Azhar Abdul Shukur berjaya memperoleh 7,609 undi, diikuti calon PAS, Dr. Abdul Rani Osman dengan 6,902 undi.

Mahathir dedah rahsia BN menang pilihan raya kecil

Mereka bertanya apakah pendirian saya setelah mereka menang.
Pendirian saya tidak berubah. Mungkin ia menjadi lebih keras.
Saya tidak mungkin sokong perbuatan salah guna kuasa seperti menubuh dana kekayaan negara dengan berhutang; pengurusan dana ini sehingga rugi berbillion-billion; pembelian oleh 1MDB tanah kerajaan bernilai RM3,000 pada harga RM60 sekaki persegi; penglibatan Jho Low dalam pengurusan 1MDB; pemindahan bermillion dollar Amerika kepada syarikat milik Jho Low; pengakuan Datuk Seri Najib Razak bahawa adalah benar wang sebanyak RM2.6 bilion ada dalam akaun peribadinya; kegagalan Najib menjelas dari mana datangnya wang ini; kehilangan berbillion ringgit wang 1MDB; pemindahan beban bayaran hutang 1MDB kepada kerajaan.
Saya juga tidak mungkin sokong penyalahgunaan kuasa oleh Najib dengan menangkap, memasukkan dalam tahanan, menuduh dengan mengguna undang-undang yang salah iatu undang-undang anti-terrorist yang kemudian ditukar kepada undang-undang mensabotaj ekonomi kononnya, membuang peguam negara supaya dapat diganti dengan peguam negara yang sanggup berbohong dan berselindung di belakang Akta Rahsia Rasmi (OSA).
Saya tidak dapat terima seorang perdana menteri yang menjatuhkan maruah bangsa dan negara setelah akhbar dan TV seluruh dunia menyiar dengan terang dan bukti yang jelas akan salah laku Najib berkenaan duit 1MDB; institusi-institusi kerajaan di Switzerland, Singapura mendakwa berkenaan kesalahan 1MDB pimpinan Najib dalam pengurusan wang 1MDB; pembayaran berbillion ringgit kepada syarikat palsu, yang menyebabkan 1MDB disaman oleh badan milik kerajaan Abu Dhabi supaya dibayar gantinya sebanyak lebih RM20 bilion.
Saya tidak dapat terima Najib yang berpegang kepada konsep “Cash is King”, wang tunai itu raja – iaitu mengamal rasuah sebagai prinsip politiknya.
Kemenangan luar biasa BN dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar jelas dihasilkan dari pemberian wang dan barang-barang kepada pengundi.

'Najib, jangan dabik dada, pembangkang menang hampir separuh undi'

Kemenangan BN pada pilihan raya kecil berkembar, Sabtu lalu tidak bermakna rakyat menolak Tun Dr Mahathir Mohamad, kata seorang penyokong setia bekas perdana menteri itu.
Sebaliknya, menurut bekas Naib Ketua Umno Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan majoriti BN tidak sebesar mana sekiranya semua undi pembangkang diambil kira.
“Najib, jangan mendabik dada!
“Najib cukup bangang untuk kata rakyat tolak Dr Mahathir,” katanya kepada Malaysiakini.
Pada pilihan raya parlimen Kuala Kangsar, calon BN Datin Mastura Mohd Yazid memperoleh 12,653 undi untuk mengekalkan kerusi arwah suaminya dengan majoriti undi 6,969.
Sementara di Sungai besar, calon BN Budiman Mohd Zohdi mendapat 16,800 undi untuk mencatatkan rekod tertinggi majoritinya sebanyak 9,191 undi.
Walau bagaimanapun, sekiranya undi yang diperolehi oleh AMANAH dan PAS digabungkan, majoriti BN berkurangan menjadi 2,289 di Sungai Besar dan 2086 di Kuala Kangsar.
Najib dalam ucapan kemenangannya semalam, berkata keputusan pilihan raya kecil itu menunjukkan bahawa orang ramai menolak Mahathir, yang telah berkempen untuk Pakatan Harapan dan menenatng BN.
Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Aziz juga berkata, keputusan berkenaan menunjukkan Mahathir kini secara rasmi kini sudah tercabut.

Amanah: Terima kasih Tun Mahathir!

Amanah: Terima kasih Tun Mahathir!
SHAH ALAM – Parti Amanah Negara (Amanah) melahirkan kekesalan atas tindakan sesetengah pihak yang menyerang dan menggesa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhenti dari dunia politik susulan tindakan beliau berkempen untuk calon Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) lalu.
Naib Presidennya Datuk Mujahid Yusof Rawa berkata, pihak tersebut tidak memahami antara tuntutan politik kepartian dengan politik kenegaraan.
“Tun Mahathir tidak berkempen untuk menangkan Umno-BN atau Amanah-Pakatan Harapan tetapi beliau berkempen untuk 'Selamatkan Malaysia' yang kami komited untuk lakukan dalam manifesto PRK kami.
“Saya bagi pihak seluruh jentera Amanah amat menghargai usaha Tun Mahathir dan isteri serta pasukan Deklarasi Rakyat yang berganding bahu bersama untuk Selamatkan Malaysia dalam kempen PRK baru-baru ini. Terima kasih Tun Mahathir!” katanya dalam satu kenyataan.
Pada kempen PRK di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, Mahathir turun berkempen bagi calon Amanah, Azhar Abdul Shukur namun kemenangan berpihak kepada calon BN, Budiman Mohd Zohdi dengan majoriti undi yang besar.
Menurutnya, meskipun BN menang dalam kedua-dua PRK itu, namun Tun Mahathir tidak gagal.
“Walaupun BN menang, Pas dan Amanah masing-masing seri dalam meraih tempat kedua, ia bukan bermakna Tun Mahathir telah gagal dan suaranya tidak digeruni lagi.

Amanah tak mampu bertanding sendirian - Mohd Amar

KOTA BHARU - Parti Amanah Negara (Amanah) tidak mampu bertanding secara bersendirian atau satu lawan satu dengan mana-mana parti jika tidak mendapat sokongan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), kata Naib Presiden Pas Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Beliau berkata kini terbukti Amanah tidak mampu menjadi pengganti Pas dalam Pakatan Harapan sebagaimana yang dicanang sebelum ini kerana tidak mampu meraih sokongan pengundi tanpa bantuan parti-parti berkenaan.
Datuk Mohd Amar Nik Abdullah "Pada pandangan saya ialah kegagalan Amanah berperanan sebagai parti ganti kepada PAS. Walaupun jumlah undinya besar di (Parlimen) Sungai Besar tapi saya percaya 90 peratus undi itu datang daripada DAP dan juga PKR, (dan) bukan undi sebenar Amanah.
"Dan saya percaya kalau Amanah bertanding secara bersendirian macam kita Pas kemungkinan besar mereka akan hilang deposit, itu pandangan sayalah," katanya yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan di sini hari ini.
BN menang besar di kedua-dua kawasan Parlimen itu dengan calonnya Datin Mastura Mohd Yazid memperoleh majoriti 6,969 undi pada pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kangsar manakala Budiman Mohd Zohdi meraih majoriti 9,191 undi bagi PRK Sungai Besar.
Mastura meraih 12,653 undi dalam pertandingan empat penjuru, menewaskan Ketua Muslimat PAS Perak Dr Najihatussalehah Ahmad yang mendapat 5,684 undi, Naib Ketua Parti Amanah Negara (Amanah) kawasan Kuala Kangsar Prof Dr Ahmad Termizi Ramli (4,883 undi) dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary (54 undi).

Kerajaan Selangor rai kakitangan awam dengan bonus 1 1/2 bulan

Penjawat awam negeri akan turut diberikan kenaikan tahunan berganda bagi tahun 2016 sebagai menghargai prestasi penjawat awam Selangor.
SHAH ALAM: Kakitangan awam Selangor menyambut kedatangan Syawal lebih awal apabila bakal menerima bonus sebulan setengah gaji serta peningkatan elaun perumahan pada 1 Julai ini.
Berita baik itu disambut 17,582 kakitangan selepas Menteri Besar Selangor, Azmin Ali membuat pengumuman tersebut di hadapan lebih 1,000 penjawat awam di Bangunan Sekretariat Selangor di sini hari ini.
Bukan itu sahaja, ADUN Bukit Antarabangsa juga berkata, penjawat awam negeri akan turut diberikan kenaikan tahunan berganda bagi tahun 2016 sebagai menghargai prestasi penjawat awam Selangor.
“Ucapan terima kasih kepada penjawat awam atas komitmen tanpa insentif tidak mencukupi,” katanya.
Ekoran itu, Timbalan Presiden PKR berkata penjawat awam Gred 41 dan ke bawah akan menerima RM300 sebagai elaun perumahan, peningkatan sebanyak RM120 daripada jumlah bulanan semasa sebanyak RM180.
Terdahulu, Azmin menjelaskan pentadbirannya berjaya meningkatkan tabungan negeri daripada RM3.3 bilion kepada RM4.1 bilion tahun ini.
Hujung minggu lalu, Azmin membayangkan penjawat awam akan menerima ‘bonus yang lebih besar’ pada tahun ini selepas berjaya menunjukkan perpaduan di bawah pentadbirannya.
Tahun lepas, kerajaan negeri itu membayar bonus sebulan.
Beliau enggan mendedahkan sebarang maklumat ekoran pilihan raya kecil Sungai Besar tetapi menegaskan ia melibatkan angka yang lebih besar daripada tahun lepas.

WOWW !!. Najib Rosmah tak rambang mata ker..


Kali terakhir rizab tunai ketika di bawah pemerintahan BN-S'ngor pada 2008 hanyalah RM400 juta shj.. TIBA-TIBA kini dah melonjak RM4.034 bilion..


Rugi tau kalau tak rampas S'ngor dlm masa terdekat ni.. Macam2 boleh buat dgn RM4b bilion tu.


BOLEH BELI 8 biji jet mewah peribadi..

BOLEH LANGSAI hutang2 1MDB..

BOLEH JOLI anak bini keluar negara tiap2 tahun..

Kekalahan Pakatan Harapan bukan luar biasa, kata Azmin


Pakatan Harapan perlu bermuhasahabah diri kekalahan dalam PRKPakatan Harapan perlu bermuhasahabah diri kekalahan dalam PRKKekalahan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) bukan perkara luar biasa bagi parti pembangkang, kata Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
"Kami pernah tewas dan bangkit semula, tetapi yang penting perlu muhasabah diri," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis perhimpunan bulanan Jabatan Kerajaan Selangor di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini.
Beliau mengulas keputusan dua PRK iaitu di kawasan Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada Sabtu lalu, yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) menang besar bagi mengekalkan kedua-dua kerusi itu.
Di Sungai Besar, calon BN Budiman Mohd Zohdi menang dengan majoriti 9,191 undi menewaskan calon Pas Dr Abdul Rani Osman dan calon Amanah Azhar Abdul Shukur, dalam pertandingan tiga penjuru.
Di Kuala Kangsar, calon BN Datin Mastura Mohd Yazid menang dengan majoriti 6,969 undi mengalahkan calon Pas Dr Najihatussalehah Ahmad, calon Amanah Prof Dr Ahmad Termizi Ramli dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary.

PRU14: Esok pun boleh, kata Shahrizat

PUTRAJAYA – Wanita Umno menyatakan kesediaan jenteranya bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada bila-bila masa.
Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil berkata, kemenangan besar BN di dua Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar, Sabtu lalu sebagai simbolik positif, rakyat menerima parti itu di bawah kepimpinan Presiden, Datuk Seri Najib Razak dan pemangku Timbalannya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Shahrizat “Wanita bersedia bila-bila masa. Kita serahkan pada Presiden. Esok pun boleh, tahun depan pun boleh. Terpulang kepada keputusan yang terbaik oleh Presiden.
“Pada saya, kemenangan BN satu petanda yang amat baik. Ini memang dikatakan sudah terang lagi bersuluh,” katanya kepada Sinar Online ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa bersama Timbalan Perdana Menteri di sini, semalam.
Sebelum ini, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dilaporkan berkata selepas kemenangan BN itu merupakan tempoh sesuai sekiranya PRU mahu dilakukan lebih awal.
BN mengekalkan kemenangan di dua PRK itu apabila meraih  majoriti 6,969 undi di Kuala Kangsar berbanding 1,082 undi dalam pilihan raya umum 2013 dan majoriti 9,191 undi di Sungai Besar, berbanding majoriti 399 undi pada 2013.

INI LAGI HEBAT DARIPADA LANUN, DUIT LANUN PUN BERANI DILANUNNYA

Ketika di Malaysia segala-galanya masih misteri mengenai sama ada wang RM12 juta yang berjaya dikumpulkan dibayar atau tidak kepada kumpulan Abu Sayyaf sebagai syarat pembebasan empat rakyat negara kita yang diculik, lanun itu sendiri akhirnya tampil bersuara.

Menurut berita Manila Times, kumpulan Abu Sayyaf dilaporkan marah dan kecewa apabila mengetahui sebanyak P130 juta (RM12 juta) berjaya dikumpulkan sedangkan mereka hanya menerima P100 juta (RM8.8 juta) sahaja.

Jadi, ke mana hilangnya RM3.2 juta lagi? Siapa menyonglapnya?
Memang hebat dan berani siapa yang melakukan ini, mereka ternyata lebih hebat daripada lanun lagi.

Lanun berusaha mendapatkan wang dengan menculik mangsa sebagai tebusan, tetapi mereka ini sebaliknya berupaya melanun wang yang sepatutnya diserahkan kepada lanun.

Tanpa belas kasihan kepada keluarga mangsa yang bersusah payah mengumpulkan wang serta tiada rasa takut kepada lanun Abu Sayyaf, orang tengah inilah lanun yang sebenar-benarnya.

Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar ini sebelum ini mengatakan tiada wang tebusan dibayar untuk pembebasan empat pekerja kapal yang diculik itu.

Keluarga mangsa bagaimanapun berkeras mengatakan sejumlah RM12 juta telah diserahkan kepada polis cawangan khas sambil memberikan maklumat lengkap mengenai cara bayaran dan juga bank yang terlibat.

Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi kemudian menjelaskan, wang tersebut bukanlah tebusan yang dibayar kepada Abu Sayyaf, tetapi sebagai sumbangan kepada badan-badan Islam yang tidak dinamakan di Filipina.

Sekarang masa sesuai adakan PRU14 – penganalisis politik

Mohd Sayuti berpendapat, jika PRU14 diadakan sekarang, BN bukan sahaja berpeluang mendapat majoriti dua pertiga, malah ia mungkin dapat menawan kembali negeri yang jatuh ke tangan pembangkang.
sayuti
PETALING JAYA: Penganalisis politik tidak menolak kemungkinan BN akan mengambil peluang daripada kemenangan besar di Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak dan dua PRK di Semenanjung untuk mempercepatkan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Mereka berpendapat majoriti undi BN di PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar melonjak disebabkan perpecahan dalam parti pembangkang.
Keputusan itu adalah mesej pengundi kepada parti pembangkang untuk memainkan peranan sebagai pembangkang dengan baik kerana sokongan tidak akan diberikan kepada mereka sekalipun rakyat tidak berpuas hati dengan kerajaan BN.
Penganalisis politik, Mohd Sayuti Omar yang dipetik China Press sebagai berkata, sekarang adalah masanya untuk Datuk Seri Najib Razak mengadakan PRU14 ekoran majoriti besar yang diraih BN di dua PRK kelmarin, khasnya perbezaan 9,191 undi di Sungai Besar.
Jelasnya, jika PRU14 diadakan sekarang, BN bukan sahaja berpeluang mendapat majoriti dua pertiga, malah ia mungkin dapat menawan kembali negeri yang jatuh ke tangan pembangkang memandangkan pakatan pembangkang sedang berpecah dan banyak kawasan mungkin berlaku pertandingan tiga penjuru.

Menang besar PRK berkembar, umpan Umno mengena

Strategi dan ramuan terbaik buat Umno yang jelas berjaya adalah dengan mengeluarkan PAS daripada Pakatan Harapan.
umno-pru
Walaupun kejayaan manis BN di pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar tidak membawa sebarang perubahan kepada kerajaan persekutuan atau kerusi Umno dalam Parlimen, ia tetap membawa senyuman lebar kepada Datuk Seri Najib Razak.
Apa tidaknya, dua per tiga daripada isu kempen Pakatan Harapan (PH) sepanjang dua minggu berkempen adalah dengan menyerang keperibadian Najib sebagai perdana menteri dan presiden Umno. Malah, ia tidak berhenti di situ saja apabila isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor turut menjadi sasaran Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli.
Namun, PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar membawa majoriti lebih besar kepada BN serta Umno dan riuhlah kem kedua-dua pihak sama ada di pihak BN atau PH dengan pelbagai analisis, cadangan serta pandangan mengapa pengundi di kedua-dua kawasan berkenaan terus memilih untuk bersama Umno serta BN.
Tidak dapat dinafikan, Umno kini mengalami perubahan amat ketara dengan terus dominan dalam pakatan BN, terutama sekali dengan penyingkiran pemimpin yang menentang Najib dan 1MDB.
Berhentinya Tun Dr Mahathir Mohamad daripada Umno dan pelancaran Deklarasi Rakyat serta berkongsi pentas kempen untuk PH sepanjang PRK ini, langsung tidak menjejaskan Umno.
Strategi Putrajaya dan PWTC jelas berjaya dalam PRK berkembar ini, dan pengundi kedua-dua kawasan berkenaan tahu lebih baik mengekalkan parti sedia ada mewakili mereka daripada membuat perubahan.
Umno terus bersandarkan strategi politik pembangunan dan perkhidmatan, jelas memerangkap pengundi yang mereka memerlukan wakil rakyat boleh berkhidmat bukan hanya “melalak” seperti kebanyakan pemimpin pembangkang.
“Senjata” Umno dan BN dalam PRK ini, seperti pembebasan nelayan Sekinchan daripada pihak berkuasa Indonesia dan pengumuman Kolej Sultan Azlan Shah dinaikkan taraf universiti, berjaya memancing pengundi untuk terus percaya wakil rakyat Umno dan BN mampu berkhidmat kepada mereka.
Modal seperti inilah yang gagal diterjemah dan ditunjukkan pembangkang.
Sesuatu yang menghairankan juga di PRK Sungai Besar apabila kerajaan negeri yang diterajui PKR seperti tidak bersedia daripada segi jentera pentadbirannya, termasuk dalam memberikan janji pembangunan kepada penduduk di Parlimen berkenaan.
Kehadiran Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali yang hanya membuat kemunculan rasmi tidak sampai tiga kali sepanjang dua minggu berkempen di Sungai Besar, menjadi “buah mulut” pengundi dan secara tersirat ia turut memberikan “endorsement” kepada calon PAS di Sungai Besar.
Isu rakyat seperti pengenalan caj jeti oleh kerajaan Selangor berjaya digunakan sepenuhnya oleh jentera Umno bagi membelasah kerajaan negeri hingga berjaya membuatkan pengundi Cina di Sungai Besar beralih arah.

Penubuhan Amanah cukup membanggakan, kata Mohamad


Mohamad SabuMohamad SabuPenubuhan Amanah yang baru menginjak sembilan bulan, berhadapan pula pertandingan lebih dua penjuru, kejayaan berada ditempat kedua mengekori BN di Sungai Besar dan ketiga di Kuala Kangsar dengan beza 800 undi dengan Pas, sudah cukup untuk dibanggakan.
Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata, sekalipun penyertaan Amanah tidak berjaya, pada kedua-dua PRK, namun sekurang-kurangnya katanya telah memperkenalkan nama "Amanah" bukan sahaja kepada para pengundi di kedua-dua parlimen juga ke seluruh Malaysia melalui liputan media sepanjang tempoh itu.
"Di saat masih ada lagi penduduk Sungai Besar menganggap Khir Toyo sebagai Menteri Besar Selangor, sudah tentu satu cabaran besar untuk Amanah dikenali.
"Dalam pilihan raya kecil ini, pertembungan sesama parti pembangkang antara Pakatan Harapan dengan Pas sudah tentu sedikit sebanyak menyumbang kekeliruan di kalangan pengundi.
"Sebaliknya di peringkat BN, mereka jelas dilihat padu menghadapi pembangkang," ujarnya dalam satu kenyataan.
Mohamad berkata seusai berakhirnya PRK ini, Amanah dan Pakatan Harapan akan melakukan 'postmortem' dalam masa terdekat.
"Ini penting sebagai menilai dan mengatur semula strategi berhadapan BN menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 yang kita jangka tidak lama lagi.
"Saya sekali lagi ingin mengucapkan terima kasih kepada seluruh jentera parti serta rakan-rakan pimpinan Pakatan Harapan daripada PKR dan DAP dan NGO yang telah menunjukkan kesepaduan dan kebersamaan yang tinggi sepanjang pilihan raya ini.

Amanah bela Dr M selepas diserang Umno, PAS

Mujahid kesal dengan seruan supaya Dr Mahathir berhenti dari politik dan berehat.
Dr Mujahid Yusof RawaPETALING JAYA: Amanah hari ini tampil membela Tun Dr Mahathir Mohamad ketika beliau dikritik hebat beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) dan PAS ekoran kekalahan calon yang disokongnya di Sungai Besar dan Kuala Kangsar Ahad lepas.
Naib Presiden Amanah, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata bekas perdana menteri itu membuktikan prinsip “negara dahulu” (Nation First), dan kesal pihak yang menyuruhnya berehat dan berhenti dari politik.
“Mereka yang menyebut demikian tidak memahami antara tuntutan politik kepartian dan politik kenegeraan. Tun M tidak berpihak kepada politik kepartian tetapi beliau berpihak kepada kempen ‘Selamatkan Negara’ rentas kepartian.
“Tidak mungkin beliau menyokong calon BN yang penyebab kepada ‘malapetaka’ negara hari ini. Tidak mungkin juga Tun M menyokong calon PAS yang tiada berpendirian malah ‘mesra Najib’ dalam skandal yang melanda negara hari ini,” kata Mujahid dalam kenyataannya hari ini.
Ahli Parlimen Parit Buntar itu berterima kasih kepada Dr Mahathir kerana memberikan keunikan kepada kempen sekaligus membawa lembaran politik baharu.
“Saya bagi pihak seluruh jentera Amanah amat menghargai usaha Tun Mahathir dan isteri serta pasukan Deklarasi Rakyat yang berganding bahu bersama Amanah dan Pakatan Harapan untuk Selamatkan Malaysia dalam kempen PRK baru-baru ini. Terima kasih Tun Mahathir!,” katanya.
Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyindir Dr Mahathir supaya terus menyokong pembangkang kerana ia akan menguntungkan BN.

Amanah bukan parti nyamuk seperti didakwa Pas


Faiz FadzilFaiz FadzilJumlah undi diperoleh yang tidak jauh berbeza dengan Pas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar bukti rakyat sudah mulai menerima Amanah.
Timbalan Ketua Pemuda Amanah Nasional, Faiz Fadzil berkata, rekod calon Amanah sebanyak 7,609 undi di Sungai Besar dan 4,883 undi lagi di Kuala Kangsar bukti dakwaan kononnya Amanah parti nyamuk ternyata jauh meleset.
"Amanah bukan parti nyamuk. Pungutan undi yang lebih kurang dengan Pas di Kuala Kangsar petunjuk penting bahawa bukan sedikit Melayu yang kenal dan sudah boleh terima Amanah.
"Keputusan PRK semalam juga bukti sokongan non Muslim kepada Amanah sebagai parti Islam dan ini satu kejayaan kepada perjuangan kita," ujarnya.
Mengulas tentang sokongan Melayu yang masih tinggi terhadap Umno-BN, Faiz berpendapat, Pas juga lebih lama gagal menangani trend berkenaan.
"Bab undi Melayu kepada parti pembangkang, itu sudah jadi semacam penghalang purba yang sudah 70 tahun tidak dapat Pas pecahkan," tegas beliau.
Apa yang penting, tambahnya, respon positif pengundi secara keseluruhannya terhadap Amanah yang sentiasa bersama Pakatan Harapan untuk terus memperjuangkan isu rakyat semakin mendapat sambutan menggalakkan.
"Perkukuh akar umbi dan tambah baik keberkesanan kerja jentera pilihan raya menuju PRU14 ini. Usah berputus asa. Masa depan berada di tangan kita," ujarnya lagi.

PAS akui kerjasama pembangkang perlu, tapi tidak pasti bagaimana

Bagaimanapun, Tuan Ibrahim berkata sebarang bentuk kerjasama kali ini perlu berdasarkan dua prinsip.
tuan-ibrahim
PETALING JAYA: Dua hari selepas kekalahan pembangkang di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, PAS mengakui perlunya suatu bentuk kerjasama seperti Pakatan Rakyat dalam usaha melawan Barisan Nasional (BN).
“Apakah formula sebelum 2008 boleh diterokai semula? Tidak pasti namun keperluannya ada bagi menilai dari pelbagai sudut,” Timbalan Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memberitahu FMT hari ini.
Beliau diminta mengulas kemenangan BN di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, mengalahkan PAS dan Pakatan Harapan yang diwakili Amanah dengan majoriti besar.
Tuan Ibrahim berkata sebarang bentuk kerjasama kali ini perlu berdasarkan dua prinsip.
“Prinsip utama yang boleh dipersetujui ialah satu lawan satu, dan jangan minta rakan kerjasama korbankan kerusi.
“Kedua, setiap parti mesti diberi kebebasan memperjuangkan prinsip parti secara demokrasi,” kata Tuan Ibrahim.
Beliau bertegas tidak akan sesekali menggadaikan prinsip perjuangan PAS bagi mengekalkan hubungan dengan parti lain.
“Mereka yang tidak menghormati dan tidak boleh menerima prinsip PAS, mustahil diadakan kerjasama. Mereka yang menjadikan rasuah dan salahguna kuasa membuli rakyat juga termasuk dalam mereka yang bercanggah teruk prinsip PAS dan kerjasama politik tidak dapat dilakukan.
“Tiada parti yang sanggup bekerjasama sampai hilang prinsip dan jati parti, dan juga tiada parti yang sanggup bekerjasama dengan mereka yang mencuri kerusi parti,” katanya.
Pada PRU 2008 dan 2013, PAS, DAP dan PKR mengadakan persetujuan mengelak pertindihan kerusi.
Langkah itu membantu parti pembangkang menafikan BN majoriti dua pertiga kerusi Parlimen.

BN perlu bersihkan imej rasuah pemimpinnya, kata Abdul Hamid


Tun Abdul Hamid MohamadTun Abdul Hamid MohamadBekas ketua hakim negara, Tun Abdul Hamid Mohamad menasihatkan pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) supaya tidak bongkak dengan kemenangan pada pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar Sabtu lepas.
Sebaliknya, beliau berkata Umno perlu berterima kasih kepada pengundi dan cuba meluaskan sokongan dengan membersihkan dirinya dari imej rasuah, lapor Utusan Malaysia.
“Apabila BN kembali kuat, pengundi bukan Melayu terutama masyarakat Cina akan membuat perhitungan untung-rugi semula dan keadaan ini mungkin akan mengubah pendirian mereka untuk mengundi BN semula kerana mereka takut rugi,” katanya.
Calon BN di kedua-dua kawasan Parlimen menang dengan majoriti lebih besar mengalahkan calon PAS dan Amanah.
Di Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid menang dengan majoriti 6,969 (dari 1,083 pada 2013), manakala di Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi menang dengan majoriti 9,191 (dari 399 pada 2013).
Sementara itu, Hamid turut menyelas Tun Dr Mahathir Mohamad kerana mendakwa bekas perdana menteri itu merosakkan integriti dan pencapaian beliau dengan menyokong pembangkang pada PRK ini.
“Janganlah menyusahkan orang untuk terus menghormati beliau.
“Lebih baik Dr Mahathir berehat supaya orang boleh terus menghormatinya,” katanya seperti di petik oleh FMT hari ini.

Keputusan PRK bukti deklarasi rakyat Tun M tidak relevan


Tun Mahathir ketika hadiri kempen PRK di Sungai Besar bercakap mengenai Deklarasi Rakyat.Tun Mahathir ketika hadiri kempen PRK di Sungai Besar bercakap mengenai Deklarasi Rakyat.Kemenangan Barisan Nasional (BN) di dua kerusi Parlimen Kuala Kangsar, Perak dan Sungai Besar, Selangor pada Pilihan Raya Kecil (PRK) pada Sabtu membuktikan Deklarasi Rakyat yang dibawa bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak relevan dan ditolak rakyat.
Setiausaha Kerja Umno Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata rakyat sebaliknya lebih yakin dengan deklarasi yang dibawa BN dan menterjemahkannya dalam undi mereka yang membawa kemenangan besar pada BN.
"Masa telah berubah. Apa yang dibuat oleh Tun (Mahathir) sebenarnya mencerminkan bahawa rakyat sekarang tidak lagi berada pada landasan politik seperti masa yang dibawa oleh kepimpinan DAP atau Parti Amanah Negara (Amanah) yang disokong Tun.
"Deklarasi Rakyat yang dibawa Tun tidak relevan kerana ia merupakan satu deklarasi yang mengaburkan mata rakyat untuk menjatuhkan kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sedangkan beliau merupakan pemimpin yang masih lagi mendapat sokongan pada PRK di dua negeri itu," katanya kepada pemberita di sini, malam tadi.
Beliau berkata demikian selepas majlis berbuka puasa, tarawih dan penyampaian sumbangan kepada 64 pemimpin UMNO cawangan di bahagian Masjid Tanah.

TAKUT DISOAL DI AKHIRAT, SYUKUR KITA ADA PERDANA MENTERI MACAM NAJIB!!

Alhamdulillah...walaupun baru menang selesa di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, Najib Razak tetap merendah diri dan menunjukkan beliau juga sentiasa mengingati hari matinya.

Di Kelantan semalam, beliau berkata, kerajaannya bersikap adil terhadap rakyat negeri itu, meskipun ia bukan ditadbir oleh BN.

Tambah Najib, di sebalik ramai yang mendakwa kerajaan pusat menganaktirikan Kelantan, hakikatnya peruntukan besar telah disalurkan, khususnya bantuan rumah banjir yang membuktikan keprihatinan kerajaan kepada rakyat negeri itu.
Orang kata Kelantan anak tiri, tapi itu tuduhan tidak benar. BN tetap adil kerana pemimpin perlu bersikap adil, saya tak mahu dipersoal di akhirat nanti, tambahnya lagi.

Sekali lagi, syukur Alhamdulillah kita ada Perdana Menteri yang takutkan hari akhirat macam beliau ini. 

Jamil Khir Baharom, menteri yang jaga agama pun jarang-jarang sebut tentang hari akhirat.

Tetapi adakah bab itu saja yang Najib takut dipersoalkan di akhirat nanti?

Bab-bab lain macam mana?

1MDB, wang RM2,600 juta dalam akaun peribadinya, pembaziran, bermewah, memecat Peguam Negara, menerima wang daripada SRC International dan banyak hal lagi - tak takutkah juga disoal di akhirat nanti?

Bekas ketua hakim: Masa untuk Umno bersihkan imej

Pengundi bukan Melayu terutama masyarakat Cina akan membuat perhitungan untung-rugi semula.
Tun-Abdul-Hamid-Mohamad--umno-bn
KUALA LUMPUR: Bekas ketua hakim negara, Tun Abdul Hamid Mohamad menasihatkan pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) supaya tidak bongkak dengan kemenangan pada pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar Sabtu lepas.
Sebaliknya, beliau berkata Umno perlu berterima kasih kepada pengundi dan cuba meluaskan sokongan dengan membersihkan dirinya dari imej rasuah, lapor Utusan Malaysia.
“Apabila BN kembali kuat, pengundi bukan Melayu terutama masyarakat Cina akan membuat perhitungan untung-rugi semula dan keadaan ini mungkin akan mengubah pendirian mereka untuk mengundi BN semula kerana mereka takut rugi,” katanya dipetik akhbar milik Umno itu.
Calon BN di kedua-dua kawasan Parlimen menang dengan majoriti lebih besar mengalahkan calon PAS dan Amanah.
Di Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid menang dengan majoriti 6,969 (dari 1,083 pada 2013), manakala di Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi menang dengan majoriti 9,191 (dari 399 pada 2013).
Sementara itu, Hamid turut menyelas Tun Dr Mahathir Mohamad kerana mendakwa bekas perdana menteri itu merosakkan integriti dan pencapaian beliau dengan menyokong pembangkang pada PRK ini.
“Janganlah menyusahkan orang untuk terus menghormati beliau.
“Lebih baik Dr Mahathir berehat supaya orang boleh terus menghormatinya,” katanya.

Pendekatan berbaik dengan Umno gagal

Pendekatan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berbaik-baik dengan Umno bagi tujuan mendapatkan undi dari pengundi parti itu nyata gagal.
Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara, Khalid Abdul Samad berkata, strategi Pas itu hanya memberi kelebihan kepada BN padaPRK ierus Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar kerana undi orang Melayu dari Umno tidak berpihak kepada mereka.
Dakwanya, kempen Pas pada PRK berkenaan yang menyerang Amanah dan DAP berjaya melindungi kesilapan Umno seolah-olah parti itu bukan punca masalah yang dihadapi negara ini.
“Oleh kerana masyarakat diberi gambaran Umno itu baik dan DAP itu punca kepada krisis, maka pengundi tidak berganjak dan tetap beri undi kepada Umno,” katanya, semalam.‎
Mengenai pencapaian Amanah pada PRK itu, beliau berkata, antara kekangan yang dihadapi pihaknya adalah usaha memecahkan undi orang Melayu yang menyokong Umno.

Najib: Saya tak mahu dipersoal di akhirat


KUALA KRAI - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan beliau bersikap adil terhadap rakyat Kelantan walaupun negeri ini bukan dikuasai BN.
Najib berkata, ramai yang mendakwa kerajaan pusat menganaktirikan negeri Kelantan, sebaliknya peruntukan besar disalurkan khususnya bantuan rumah banjir membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap rakyat negeri ini.
"Orang kata Kelantan anak tiri, itu tuduhan tidak benar, BN tetap adil kerana setiap pemimpin perlu berlaku adil, saya tidak mahu dipersoalkan di akhirat walaupun bumi ini bukan diperintah BN,"katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap di Majlis Penyerahan Rumah Mangsa Banjir di Kampung Staponal di sini, hari ini.
Najib berkata, beliau terharu dengan kesengsaraan mangsa banjir setelah melakukan lawatan pada Disember 2014, selepas banjir besar berlaku.
"Saya lihat keadaan banyak rumah yang hanyut. Rosak dan rumah tersebut tidak boleh dibaik pulih, saya sedih, menyusuk kalbu melihat penderita mangsa banjir di Kuala Krai dan daerah lain.
"Saya kembali (berbincang) jemaah menteri, kita perlu buat sesuatu, kita perlu ada program bantuan banjir khususnya Kelantan dan kita usahakan rumah,"katanya.
Apa yang menarik, Najib berkata, pembinaan rumah dengan kos RM65, 000 sebuah adalah pertama kali dibuat oleh Kerajaan Persekutuan.
"Bila kita dapat tahu masalah tanah timbul, saya arahkan untuk membeli tanah swasta, kita usahakan sedaya mungkin supaya mangsa dapat  kediaman," katanya.

Sebar kata-kata TGNA, ini pesan Nik Abduh


Nik Abduh

SHAH ALAM – Anak lelaki Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Mohamad Abduh berpesan kepada mana-mana pihak yang menyebarkan kata-kata Allahyarham ayahnya itu agar menyertakan sekali sumber ia diperoleh.
Menurut Nik Abduh yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas, ia bagi mengelakkan perbuatan golongan yang tidak bertanggungjawab menyebarkan kata-kata yang bukan dari bekas Menteri Besar Kelantan itu.
“Kepada rakan-rakan yang menjadi penyebar pertama kalam-kalam nasihat dan motivasi Allahyarham ayahanda Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, saya sarankan agar disertakan juga dua perkara utama, pertama, penerbit dan kedua, dari sumber mana kalam itu diambil.
“Rujukan ini amat penting bagi mengelak perbuatan golongan yang beringan-ringan dan tidak bertanggung jawab sehingga menukilkan kalam yang bukan daripada ayahanda. Begitulah Islam mementingkan keaslian sumber yang sahih bagi menghidupkan hati-hati manusia dengan cara yang benar dan diredai,” katanya melalui status yang dimuat naik di Facebooknya, semalam.
Nik Abduh turut mencatat doa, “semoga ALLAH menjadikan kita semua dari kalangan orang-orang yang berjaya membersihkan diri di bulan Ramadan yang penuh kemuliaan dan ketinggian ini.”
Allahyarham Nik Abdul Aziz menghembuskan nafasnya yang terakhir Februari tahun lalu selepas menderita kanser.
Terbaharu, keluarganya membuka Galeri Tok Guru di hadapan kediaman keluarga itu yang mempamerkan barangan peribadi Allahyarham untuk tatapan umum.

Pengorbanan Anwar Ibrahim dan hilangnya fokus pembangkang


Datuk Seri Anwar IbrahimDatuk Seri Anwar Ibrahim
Di saat Ramadan dan bakal menyambut Hari Raya, Anwar Ibrahim kini dikurung di balik jeriji besi di Sungai Buloh sehingga tahun 2020. Sepanjang perjuangannya, telah lebih sembilan tahun beliau mendekam dipenjara. (1972-1974, 1999-2004, dan kini 2015 -?).
Anwar dipenjara kerana kerana satu sebab: Sikap tegasnya membanteras rasuah dan penyelewengan kerajaan Umno-BN. Lalu fitnah direkayasa dan polis, hakim, penguasa agama serta Peguam Negara diguna sebagai pekakas bagi merelisasikan skrip pemerintah. Bukti yang tiada, diadakan dan kebenaran dipadamkan.
Akibatnya di negara Malaysia, di negara yang umatnya melaung-laungkan nama Islam, Allah,Nabi Muhammad, fitnah terbesar dicipta dan dihalalkan. Besarnya dosa pereka-pereka fitnah, penyebar, penyokong dan orang yang berdiam serta merelakannya tidak pernah dibincang dalam forum-forum agama di pentas atau di TV.
Di University Curtin, Perth saya bertemu dengan seorang pelajar Malaysia yang memberitahu bahawa pensyarah beliau yang berbangsa Australia sudah mengambil keputusan enggan datang ke Malaysia lagi kerana membantah fitnah dan pemenjaraan Anwar pada februari 2015. Pensyarah tersebut dulunya sering ke Malaysia atas urusan akedemik dan pertukaran mahasiswa.
Tindakan seorang Mat Saleh tidak banyak membantu merubah keadaan, tatapi ia merupakan tamparan hebat kepada kita kepada rakyat Malaysia yang kebanyakannya kelihatan pasrah dan tidak melakukan apa-apa melihat fitnah dan kerakusan kuasa di depan mata. Kita boleh tidak bersetuju dengan cara politik Anwar, tetapi kita tidak boleh berdiam diri melihat kezaliman.
Dalam perjalanan sebagai seorang ahli politik, Anwar lebih mementingkan kesejahteraan rakyat berbanding diri sendiri.
Sebagai contoh, sejurus selepas PRU 13, Najib cuba mendekati Anwar di Jakarta untuk menawarkan jawatan tinggi dalam kabinet, tetapi Anwar menolak. Terdahulu, beberapa bulan sebelum dipenjarakan pada 10 Februari 2015, beliau ditawar oleh sebuah negara untuk perlindungan politik, tetapi juga menolak. Ini semua atas satu prinsip, semua tawaran jawatan dan perlindungan politik hanya mampu menyelematkan diri beliau sendiri, tetapi tidak menyelamatkan rakyat dan negara Malaysia.
Sekarang di Sungai Buloh keadaan kesihatan Anwar juga merosot. Menurut maklumat keluarga terdekat, bahu kanan beliau mengalami masalah saraf, sering kekebasan dan adakalanya tangan tidak dapat digerakkan dan berkemungkinan boleh menyebabkan kelumpuhan jika dibiarkan berlarutan.
Selama lebih setahun beliau dinafikan rawatan perubatan oleh doktor pilihan beliau sendiri. Doktor yang dihantar untuk merawat Anwar sekarang tidak boleh dipercayai kerana beliau adalah juga doktor peribadi Najib. Sekali sekala KDN di bawah perintah Zahid Hamidi membenar Anwar ke hospital hanya untuk sehari dua sebelum dengan tergesa-gesa menghantar semula ke penjara tanpa menunggu keputusan ujian kesihatan dan rawatan lanjut di hospital.

Pasca PRK dan cabaran politik baru Pakatan Harapan


PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar menguji pengaruh parti parti bertandingPRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar menguji pengaruh parti parti bertanding

Keputusan dua PRK yang baru sahaja usai pastinya meninggalkan kesan mendalam terhadap penyokong serta pendokong Pakatan Harapan khususnya parti Amanah yang telah meletakkan calon bertanding.
Saya sendiri telah meluangkan masa dan tenaga untuk bertugas membantu gerak kerja memenangkan calon Pakatan Harapan di Sungai Besar.
Pelbagai analisa dikeluarkan oleh organisasi penyelidikan, ahli akademik, aktivis parti, pemerhati politik, mahupun orang perseorangan yang peduli terhadap perkembangan politik semasa khasnya pasca dua PRK tersebut.
Pilihan Raya Pasca Amanah, Pakatan Harapan
Pasca penubuhan Amanah dan pembentukan kolasi baharu parti-parti pembangkang membentuk Pakatan Harapan, tidak lain hanyalah mengukuhkan lagi premis bahawa tugas untuk menumpaskan Umno-BN bukanlah suatu misi mudah.
Umno-BN yang telah mencengkam kuasa kerajaan pusat sejak lebih 50 tahun dengan dilengkapi segala jentera, pastinya tidak akan memberi laluan mudah setiap kali pilihan raya datang menjengah.
Dalam PRU ke-13 sahaja pun, kita menyaksikan Umno- BN mengoptimumkan segala sumber untuk memastikan mereka kekal berkuasa sekalipun dengan undi popular 47% sahaja berbanding 53% sokongan terhadap Pakatan Rakyat ketika itu.
Bersetuju dengan lontaran oleh pengerusi DAP Johor merangkap Pengarah Pendidikan Politik DAP Kebangsaan - Liew Chin Tong, fasa kali ini menyaksikan badai senario politik nasional dalam kerangka membentuk political realignment atau penstrukturan semula politik tanah air.
Mengalih Kompas Politik Malaysia
Dalam hal ini, cabaran getir Pakatan Harapan adalah untuk mengalih kompas politik tanah air kearah membawa rakyat untuk melihat isu sebenar yang melingkari mereka. Ya, mengalih kompas tersebut dicelah-celah konflik dalaman dihadapi pakatan pembangkang termasuklah juga Umno BN itu sendiri.
Isu ekonomi yang memberi kesan langsung terhadap kehidupan rakyat akibat tiris serta korupsi UMNO BN perlu digarap kemas agar masuk ke dalam benak pemikiran dan pemahaman rakyat.
PH tidak boleh berputus asa bahkan perlu melipat gandakan usaha dan kekuatan untuk mendidik rakyat memahami isu sebenar yang menghimpit mereka ini.
Skandal 1MDB, cukai GST, pembaziran dana awam dan segala macam rasuah tajaan UMNO BN pada saya masih menjadi tajuk besar yang perlu dikemukakan oleh PH.
Maksud saya, Pakatan Harapan sudahpun berada pada landasan yang betul. Namun, strategi yang lebih rapi dan tepat sehingga menyentuh akal dan hati rakyat perlu dirangka untuk memastikan kakuatan, kefahaman dan kesedaran mereka berjaya digembeling sehingga mampu diterjemahkan keatas kertas undi menerusi penolakan terhadap Umno-BN.
Politik Lama VS Politik Baru
Dalam skala besar, saya anggap pertembungan kini adalah pertarungan antara politik lama tajaan Umno-BN dengan politik baru yang dibawa oleh PH. Pertembungan ini adalah suatu agenda perlawanan yang amat besar, kritikal dan mencabar dalam pentas demokrasi hari ini.