Sabtu, 18 Jun 2016

Iskandar: PAS tak boleh bersendirian dalam PRU14

Susulan keputusan pilihan raya kecil hari ini, Pengerusi PAS Selangor Datuk Iskandar Samad mengakui parti itu tidak boleh bersendirian dalam pilihan raya umum depan.
Katanya, mereka mahu mengembangkan 'blok ketiga pembangkang' yang dibentuknya bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN).

“Realitinya di Selangor ini bersendirian tak boleh.

"Memang kena ada sokongan dengan kawan-kawan lain,” katanya yang juga pengarah pilihan raya PAS Sungai Besar.

Iskandar juga berkata PAS mesti bekerjasama dengan kumpulan NGO.
BN menang dengan majoriti jauh lebih besar berbanding pilihan raya umum lalu.

Di Kuala Kangsar, BN mendapat majoriti 6,969 undi manakala di Sungai Besar pula 9,191 undi mengalahkan PAS dan serpihannya Parti Amanah Negara (AMANAH).

P067 & P093: 8 sebab kenapa BN menang, pembangkang kalah

Berikut analisis segera keputusan pilihan raya Sungai Besar dan Kuala Kangsar:

(1) Pertembungan tiga penjuru tidak menguntungkan pembangkang di kedua-dua kawasan dan gagal membuka lebih peluang menyaingi BN. Malah ia menyebabkan pengundi bosan dengan kegagalan pembangkang bersepakat, sekali gus memberi undi pada BN atau tidak mengundi langsung.

(2) Kecelaruan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali yang berkempen untuk AMANAH tetapi berdoa untuk PAS membinggungkan pengundi. Jika trend ini berkekalan, besar kemungkinan BN akan merampas semula kerajaan negeri Selangor pada pilihan raya umum akan datang.

(3) PAS membuktikan ia masih menjadi pembangkang berpengaruh. Walaupun undinya lebih kurang sama dengan AMANAH, tidak semestinya parti serpihannya itu lebih kuat. Ini kerana AMANAH disokong oleh dua lagi parti berpengaruh iaitu DAP dan PKR tetapi PAS hanya bersekutu dengan sebuah parti kecil Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN).

(4) AMANAH tidak setanding PAS, DAP atau PKR. Meskipun mendapat jumlah undi yang dianggap memberangsangkan bagi parti yang hanya berusia lapan bulan, tetapi jangan lupa bahawa ia didokongi oleh DAP dan juga PKR.

(5) Hasrat Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menjadikan dua pilihan raya kecil ini sebagai referendum menolak pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak gagal. Walaupun pilihan raya kecil kebiasaannya lebih memihak parti kerajaan, Najib tetap dilihat semakin selesa walaupun diasak segenap penjuru dalam pelbagai isu.

(6) Seperti pilihan raya negeri Sarawak, trend pengundian menunjukkan BN mula mendapat sedikit demi sedikit undi masyarakat Cina. Lawannya AMANAH pula mampu memberi saingan di kawasan Cina manakala PAS pula sebaliknya.

(7) Walaupun dalam pelbagai kontroversi, daripada isu 1MDB, kemasukan wang berbilion ringgit ke dalam akaun Najib, sehinggalah penggunaan jet kerajaan oleh isteri perdana menteri, isu pembangunan yang dimainkan BN nampaknya masih memikat pengundi.

(8) Isu nasional kurang mendapat sambutan tetapi sebaliknya usaha BN membebaskan dua nelayan Sekinchan yang ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia jauh lebih dekat di hati pengundi. Walaupun dilabel sebagai pelampau dan anti-Cina, namun kejayaannya membawa pulang dua nelayan itu banyak menambat hati pengundi.

KEPUTUSAN RASMI PRK SG BESAR [18 JUN 2016]

KEPUTUSAN RASMI PRK K KANGSAR 18 JUN 2016

Parlimen Sungai Besar kekal milik BN

SUNGAI BESAR - Kerusi Parlimen Sungai Besar kekal di tangan BN selepas calonnya, Budiman Mohd Zohdi diumumkan sebagai pemenang PRK Sungai Besar.‎
Dalam pertembungan tiga penjuru itu, Budiman berjaya menumpaskan calon Parti Amanah Negara (Amanah), Azhar Ab Shukur dan calon Pas, Dr Abdul Rani Othman.
Keputusan PRK Sungai Besar diumumkan oleh Pegawai Pengurus PRK Parlimen Sungai Besar, Mohd Khairuddin Md Som di Pusat pengiraan Undi Dewan Seri Bernam, Sungai Besar pada jam 10.00 malam.

Rasmi BN menang PRK Kuala Kangsar ‎

BN menang PRK Kuala Kangsar ‎
Anak Ahli Parlimen Kuala Kangsar mengangkat tangan apabila mengetahui keputusan PRK Kuala Kangsar.
KUALA KANGSAR - KUALA KANGSAR - Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Kuala Kangsar Datin Mastura Mohd Yazid diumumkan memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen itu selepas menewaskan tiga pencabar lain.

Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi oleh Pengawai Pengurus Pilihan Raya Mior Muhammad Jamil Mior Zakaria di Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar sebentar tadi.‎

'Media-petugas bertelingkah, cuma salah faham sahaja' - Pengerusi SPR

P067: Anak-anak calon BN datang sambut kemenangan

Pemimpin BN berada di dewan, jangka menang besar di Sg Besar

Jamal ticked off for early victory fireworks


Umno Sambut Kemenangan: Dentuman bunga api kejutkan penduduk Sg Besar

Polis merampas beberapa kotak bunga api yang belum dinyalakan dari tempat kejadian.
jamal_umno_600
SUNGAI BESAR: Dentuman bunga api dari pejabat Umno di sini mengejutkan penduduk setempat yang hidup dalam suasana tenang dan aman hari ini.
Bunga api itu dikatakan adalah sebahagian daripada sambutan kemenangan oleh Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos untuk meraikan kemenangan calon BN, Budiman Mohd Zohdi yang belum pun diumumkan sebagai pemenang oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.
Difahamkan, terdapat kira-kira 10 kotak bunga api diletakkan di hadapan pejabat Umno Sungai Besar.
Polis kemudiannya dikatakan telah merampas beberapa kotak bunga api yang belum dinyalakan itu serta menahan seorang ahli Umno untuk diambil keterangannya.
Jamal terlebih dahulu “mengisytiharkan” BN menang di kawasan Parlimen itu seawal 5.30 petang tadi menerusi aplikasi WhatsApp.
Ia disusuli pusingan pertama bunga api yang didakwa dinyalakan Jamal bersama petugasnya yang mengejutkan penduduk setempat kira-kira jam 6.20 petang tadi.
Kira-kira 20 minit kemudian, sebuah kereta polis tiba di pejabat parti itu dengan seorang anggota polis didakwa memarahi pemimpin-pemimpin BN yang mencetuskan gangguan di kawasan terbabit.
“Saya tak peduli jika dia ialah Datuk, undang-undang tetap undang-undang,” demikian kata anggota polis itu kepada mereka yang berada di sekitar lokasi terbabit.

Pengundi terpilih terima tunai di pejabat Umno Tanjong Karang lepas mengundi di Sungai Besar

Kira-kira 100 pengundi dilihat beratur di luar pejabat Umno Tanjung Karang selepas mengundi bagi kerusi pilihan raya kecil Sungai Besar ketika pusat pengundian hampir ditutup petang ini.
Menurut sesetengah mereka, mereka dimaklumkan melalui telefon semalam untuk hadir sendiri di pejabat itu selepas mengundi.
Di pejabat Umno Tanjung Karang itu, beberapa kaunter khas didirikan mengikut saluran mengundi dan pengundi perlu memeriksa jika nama-nama mereka berada dalam senarai sebelum dibayar.
Menurut seorang pengundi, jumlah wang bergantung kepada tempat kediaman seseorang itu.
"Saya bekerja dan tinggal di Shah Alam tetapi alamat saya boleh mengundi di Sekinchan, maka saya dapat RM200," katanya kepada Malaysiakini tetapi tidak mahu namanya disiarkan.
"Saya dapat telefon dan mereka suruh saya datang ambil wang," katanya.
Seorang lagi pengundi wanita yang menghuni di Kuala Selangor tetapi mengundi di Sekinchan berdasarkan alamatnya di Sungai Besar yang tertera di MyKad menerima RM100.
Ditanya sama ada beliau mengundi Umno, beliau menjawab bukan.
"Tak apa, mereka tak tahu pun kita mengundi siapa, hanya perlu tunjukkan jari dakwat kepada mereka dan mendapat telefon daripada mereka semalam," katanya.
Walau bagaimanapun, bagi sesetengah pengundi Sungai Besar seperti lelaki yang hanya memperkenalkan dirinya sebagai Arif kecewa kerana gagal mendapat sebarang bayaran.
"Saya datang cuba tetapi nama tiada dalam senarai mereka," katanya.
Malaysiakini telah menghubungi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar untuk ulasan tetapi setakat ini belum berjaya mendapat sebarang reaksinya.

BENARKAH kadar cukai GST tidak akan naik ??

Menteri kata.. "GST tidak akan naik"
Najib pon kata.. "GST tidak akan naik"


TAHUKAH ANDA.. Pakar ekonomi berpendapat kadar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang bermula April lalu bakal dinaikkan dari semasa ke semasa, malah ia bukan sesuatu yang pelik untuk berlaku.

Ketua Eksekutif Institut Bagi Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan berkata, sejarah GST yang dilaksanakan oleh negara-negara lain menunjukkan kadarnya dinaikkan selepas beberapa tahun diperkenalkan.

“Jika kita bercakap beberapa tahun akan datang, saya rasa ia bukan kemungkinan tapi satu kepastian. GST ini memang ‘confirm’ akan naik. Kalau kita tengok di negara-negara lain pun, selepas beberapa tahun diperkenalkan, kadarnya pasti akan naik.

INGAT SEMUA !!!.. Simpan kata2 Najib & mentyeri ini sampai bila2, adakah KADAR GST LANGSUNG TIDAK AKAN NAIK2 ???

Parti menang diingatkan jangan berarak

Kematangan rakyat dalam berpolitik adalah faktor utama tempoh berkempen pada PRK kali ini berjalan lancar tanpa sebarang kejadian tidak diingini.
Abdul-Samah-Mat_sungai-besar_polis_600_3
SUNGAI BESAR: Polis mengingatkan penyokong parti yang memenangi PRK Sungai Besar supaya tidak mengadakan perarakan bagi meraikan kemenangan mereka selepas pengumuman rasmi malam nanti.
Ini kerana kata Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat, tindakan itu dikhuatiri boleh mencetuskan perkara tidak diingini selain menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan penyokong parti yang kalah.
“Jika mereka hendak meraikan kemenangan, mereka boleh berbuat demikian di dalam Dewan Sri Bernam, tempat penjumlahan undi dibuat,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.
Abdul Samah turut memuji perjalanan kempen dan pengundian di PRK Sungai Besar yang disifatkan antara yang paling aman.
Tambahnya, kematangan rakyat dalam berpolitik adalah faktor utama tempoh berkempen pada PRK kali ini berjalan lancar tanpa sebarang kejadian tidak diingini.
“Diharapkan keadaan ini kekal sehingga pengumuman keputusan malam nanti,” katanya.
Mengenai perjalanan proses mengundi hari ini, Abdul Samah berkata, setakat ini ia berjalan lancar dan seramai 4,546 anggota polis dikerahkan menjaga keselamatan dan ketenteraman awam sehingga pengundian berakhir 5 petang ini.

Peratusan keluar mengundi di dua PRK capai sasaran SPR


PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar menguji pengaruh parti parti bertandingPRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar menguji pengaruh parti parti bertanding
Pada penamaan calon 5 Jun lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar menurun kepada 75 peratus berbanding 88.30 peratus pada pilihan raya umum ke-13.
Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata ini kerana ramai pengundi yang menetap di luar kawasan dibimbangi tidak pulang mengundi pada PRK kali ini berbanding ketika pilihan raya umum.
Namun  dalam tempoh 30 minit sebelum berakhirnya pembuangan undi di 28 Pusat Daerah Mengundi (PDM) di Sungai Besar dan 23 PDM di Kuala Kangsar telah mencatatkan kenaikan peratusan berterusan sehingga jam 4 petang tadi.
Di Parlimen Sungai Besar peningkatan kepada 71  peratus menunjukkan seramai 30,080 pengundi  telah keluar mengundi daripada 42,365 pemilih berdaftar dan di Parlimen Kuala Kangsar sejumlah 21,088 (64 peratus) daripada 32,949 daftar pemilih.
Dua PRK ini diadakan berikutan kematian dua penyandang kerusi itu, Tan Sri Noriah Kasnon  dan Datuk  Wan Mohamad Khairil  Anuar Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu.

Peratusan baik, Amanah optimis mampu cipta kejutan


Penasihat Umum Amanah Ustaz Ahmad Awang melawat pusat mengundi Bukit Residen.Penasihat Umum Amanah Ustaz Ahmad Awang melawat pusat mengundi Bukit Residen.
Berbaki dua jam sebelum pusat pengundian ditutup, Parti Amanah Negara (Amanah) optimis mampu membuat kejutan pada kedua-dua pilihan raya kecil kali ini.
Pengarah Biro Pilihan Raya (BPR) Amanah, Dr Mohd Hatta Ramli berkata, ia berdasarkan sokongan saat akhir yang ditunjukkan pengundi serta peratusan keluar mengundi yang agak memberangsangkan setakat ini.
"Dengan 59 peratus di Kuala Kangsar dan 58 di Sungai Besar setakat jam 2 petang, itu pada saya sudah cukup tinggi.
"Dengan baki dua jam lagi ini tidak mustahil angka 72 peratus seperti dianggarkan oleh SPR boleh dicapai.
"Bagi Amanah, jika peratusan keluar mengundi antara 72 hingga 75 peratus, kita optimis boleh buat kejutan," katanya ketika dihubungi.
Sehingga jam 2 petang tadi SPR mengumumkan peratusan keluar mengundi terus bertambah kepada 59 peratus bagi Kuala Kangsar dan 58 peratus di Sungai Besar.
Tempoh masa mengundi berbaki kurang dua jam lagi dan semua pusat mengundi akan ditutup pada jam 5 petang.

Calon BN dan Pas berpelukan di Sg Besar

Ahli Pas keliru dengan pendirian parti boleh undi Amanah


Anuar bersama Setiausaha Organisasi Amanah, Suhaizan Kaiat (kiri) ketika melawat pusat mengundi SK Sg Hj Dorani.Anuar bersama Setiausaha Organisasi Amanah, Suhaizan Kaiat (kiri) ketika melawat pusat mengundi SK Sg Hj Dorani.
Ahli dan penyokong Pas yang masih keliru dengan pendirian parti itu boleh membuat keputusan memilih calon Amanah, kata Setiausaha Agung Amanah, Anuar Tahir.
Beliau ketika ditemui di perkarangan SK Sg Hj Dorani berkata, Amanah adalah gabungan dalam Pakatan Harapan manakala Pas bersendirian.
"Undi Amanah akan menguatkan suara rakyat melalui blok pembangkang. Lain pula kalau undi Pas tidak membawa makna apa-apa.
"Suasana sekarang Pas lebih kepada BN. Berbeza dengan Amanah kita bersama-sama PKR dan DAP dalam tekad menjatuhkan BN.
"Malah orang kuat dalam Umno seperti Tun Mahathir, Muhyiddin, Datuk Kamilia, Datuk Hamidah dan Datuk Khairuddin semuanya memberi sokongan dan mengajak pengundi memilih Amanah," ujarnya.
Mengulas lanjut, Anuar berkata, ahli Pas boleh terus berada dalam parti itu tanpa perlu keluar Pas.
"Saya hanya mengajak ahli dan penyokong Pas yang mahu menumbangkan Najib dan BN beri sahaja dahulu undi kepada Amanah," tambahnya lagi.

Pengalisis: Kalau bukan BN, Amanah akan menang

PRK Kuala Kangsar, PRK Sungai Besar
SHAH ALAM - Penganalisis politik berpendapat, sekiranya bukan BN memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) di Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang sedang berlangsung hari ini, peluang itu adalah milik calon Parti Amanah Negara (Amanah).
Namun penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia, Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata, beliau melihat BN masih berpotensi mempertahankan kerusi di kedua-dua parlimen melainkan ada tindakan luar biasa di saat-saat akhir yang mempengaruhi pengundi.
“(Kalau bukan BN) saya rasa Amanah atas alasan mereka turut bergantung pada DAP untuk mengurus jentera mereka. Berkemungkinan pengundi Cina masih bersama dengan mereka.
“Amanah banyak bergantung pada undi protes. Undi protes dalam Pas, undi protes dalam Umno sedangkan BN bergantung pada kesetiaan kepada parti dan jika itu dapat dikekalkan, itu tidak beri kelebihan kepada Pas. Sebaliknya bantu Amanah dari segi sokongan yang bakal diberikan pengundi PKR, DAP memandangkan mereka bertanding atas tiket Pakatan Harapan,” katanya kepada Sinar Online.
Menurut Sivamurugan lagi, sepanjang pengamatannya, strategi yang disusun oleh BN dalam PRK kali ini lebih matang berbanding pembangkang di Sungai Besar dan ini memungkinkan parti itu menang dengan majoriti yang lebih besar berbanding sebelumnya.
“Kemenangan mungkin kekal milik BN, dengan majoriti lebih baik rasanya. BN mampu mengatur kempen yang lebih baik, lebih tersusun dan berstruktur.
“Selain itu, pertembungan lebih satu lawan satu antara pembangkang memberikan peluang yang baik kepada BN,” tambahnya.
Sementara itu, mengulas mengenai Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang dilihat jarang turun berkempen, Sivamurugan menyifatkan Kerajaan Negeri Selangor tidak menggunakan kelebihan yang dimiliki sebaiknya.
“Kita lihat menteri besar tidak memberikan bantuan yang sepenuhnya ke atas jentera yang ada di sana.
“Sepatutnya sebagai kerajaan negeri ia beri kelebihan dalam urusan jentera, guna tenaga, mengurus perjalanan kempen tapi kita lihat beliau hanya turun sekali dua di peringkat terakhir,” katanya.
Menyentuh soal kehadiran bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad yang turun berkempen bagi pihak Pakatan Harapan, Sivamurugan akui ia ada memberi impak namun tidak menyeluruh.
Sementara surat kedua dari Datuk Seri Anwar Ibrahim pula akan menyukarkan lagi pembangkang kerana ia menunjukkan ada lagi masalah dalaman yang ketara.

Pengundi tak semak status lokaliti punca gagal mengundi


Dr Ahmad Termizi menyantuni petugas pilihan raya Amanah di bangsal panas.Dr Ahmad Termizi menyantuni petugas pilihan raya Amanah di bangsal panas.
Pengarah Pilihan Raya Amanah Perak Ahmad Adli Abdullah mendakwa beberapa pengundi di Jalan Kangsar yang tidak dibenarkan mengundi di kawasan itu tidak membuat semakan status pengundian lebih awal.
Beliau berkata, maklumat berhubung status pengundian itu telah dikeluarkan pada 29 April lepas dibawah pewartaan perubahan lokaliti.
Katanya, perkara itu juga telah diperincikan kepada setiap parti yang bertanding pada 6 Mei hingga 12 Mei lepas bagi membantu setiap pengundi yang mengalami masalah berkenaan.
"Yang sebenarnya mereka (pengundi) tak semak status. Kita dah maklumkan ia dari awal lagi. Kita juga telah letakkan maklumat berhubung perkara itu di pejabat daerah dan secara online.
"Kita juga dah panjangkan perkara ini kepada parti bertanding supaya kalau ia terjadi mereka perlu bantu untuk memudahkan cara," katanya.
Beliau berkata, pihaknya berharap perkara itu tidak lagi dipersoalkan dan setiap pengundi seharusnya mengetahui tentang lokasi pengundian sebelum membuang undi.
"Kita sudah lakukan perkara yang sepatutnya dan tidak timbul isu pun berkaitannya. Paling penting, pengundi perlu tahu status tentang pengundian," katanya.
Sebelum ini, Pengarah Pilihan Raya Amanah, Dr Hatta Ramli mendakwa beberapa pengundi tersebut tidak dibenarkan mengundi di Jalan Kangsar.
Perkara tersebut telah diadukan kepadanya dan beliau akan meminta SPR untuk menjelaskannya.

P067: Adun DAP hampir ditumbuk perayu undi BN

Pemuda perayu undi BN secara tiba-tiba menyerang Howard.Pemuda perayu undi BN secara tiba-tiba menyerang Howard.

Suasana tenang di hari pembuangan undi bagi PRK Kuala Kangsar tercemar dengan tindakan agresif seorang perayu undi BN yang mahu menumbuk Ketua Dapsy Perak, Howard Lee Chuan How.
"Apa lu cakap! Apa lu cakap! Apa lu cakap!" herdik lelaki terbabit sambil mencekak leher baju Howard di hadapan sebuah sekolah di sini, pagi tadi, lapor Sinar Harian.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.15 pagi itu, kelihatan seorang lelaki berkaca mata hitam memakai baju warna biru mencekak leher Adun Pasir Pinji dalam satu kekecohan di hadapan sekolah itu.
Lelaki tersebut turut cuba untuk menumbuk Howard sambil beberapa lelaki lain di kawasan sekitar cuba mententeramkan keadaan.
Dalam satu kenyataan, Howard menyatakan rasa kesal terhadap insiden itu dan beliau tidak boleh menerima sebarang bentuk provokasi seperti itu.
Menurutnya, penyokong lawan melakukan provokasi dengan menjerit 'balik, balik, balik Tongsan' sebaik melihat beliau dan rakan lain berada di situ.
"Apabila ditanya kepada siapa mereka cakap sebegitu, mereka terus melakukan provokasi beramai-ramai sampai menghalang kenderaan daripada melintas jalan.
"Bila diminta supaya jangan biadab, ketua rombongan mereka balas dengan bersikap samseng, mencekik saya dan hendak menumbuk saya.
"Ini berlaku pada bulan Ramadan yang suci. Saya memang tidak boleh terima (provokasi) ini," katanya dalam kenyataan tersebut.
Beliau juga kesal dengan tindakan ahli MCA yang melihat sahaja insiden itu namun beliau merasakan itu bukanlah perkara luar biasa.
"Ahli-ahli MCA yang bersama mereka di sana, diam sahaja. Tapi itu bukan luar jangka, biasa sajalah," ujarnya.

PRK Sg.Besar : Calon AMANAH tinjau pusat pengundian

'Halang media buat liputan pilihan raya, bukan zoo'

Calon AMANAH harap dapat rampas kerusi Sg Besar

Petugas BN tertangkap beri 'dedak' kepada pengundi

Petugas BN didakwa memberi 'dedak' kepada pengundi selepas mereka mengisi borang khas.Petugas BN didakwa memberi 'dedak' kepada pengundi selepas mereka mengisi borang khas.
Para petugas Barisan Nasional (BN) dikesan memberikan sampul surat berisi wang tunai kepada pengundi di dua pilihan raya kecil (PRK) hari ini. Mereka  menerima sampul surat itu selepas mengisi satu borang khas.

Ada parti guna masjid untuk serang parti lawan di Sungai Besar

Papan elektronik di Masjid Ma'muriah Sungai Besar digunakan untuk serang Amanah.Papan elektronik di Masjid Ma'muriah Sungai Besar digunakan untuk serang Amanah.
Walaupun tempoh berkempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar sudah berakhir tengah malam tadi tetapi nampaknya tidak bagi pihak pengurusan Masjid Jamek Makmuriah.
Sementara menantikan solat Subuh berjemaah dimulakan sebentar tadi, skrin elektronik bersebelahan mimbar masjid sempat menayangkan paparan yang dilihat berbaur provokasi.
Imej yang asalnya merupakan satu sidang media dihadiri sekumpulan Ahli Parlimen DAP diletakkan bersama ungkapan "Haram sokong pihak tolak undang-undang Islam."
Kenyataan Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Othman berserta wajahnya itu juga dinyatakan telah dipetik dari akhbar Berita Harian bertarikh 1 Jun lalu.
Sementara itu, doa Qunut Nazilah yang sunat dibacakan ketika umat Islam ditimpa musibah turut beberapa kali dibacakan.
Dalam perkembangan berkaitan, puluhan kertas bersaiz A4 berwarna kuning kelihatan bertaburan  di bahagian luar pintu utama masjid tersebut.
Terpampang ayat "Keluarga Komunis Malaysia" dengan ungkapan "Undi Pan = Undi DAP = Undi Komunis".
Gelaran "Pan" yang sebelum ini kerap diguna pihak Umno dan Pas sebagai merujuk kepada Amanah itu menyaksikan mesej provokatif mengaitkan parti diterajui Mohamad Sabu itu dengan DAP dan komunis.
Seramai tujuh pemimpin DAP serta bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin kononnya mempunyai hubungan persaudaraan dengan bekas Setiausaha Agung dan Ketua Umum Parti Komunis Malaya, Chin Peng.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah sebelum ini dilaporkan berkata, pihaknya melarang mana-mana pihak menaikkan sebarang bentuk medium yang menyalahi peraturan SPR.
Hari ini seramai 42,655 pemilih bakal membuang undi dengan 67.16 peratus daripada mereka merupakan pengundi Melayu manakala Cina 30.70 peratus, India 1.92 peratus serta lain-lain 0.23 peratus.

Calon Amanah K Kangsar terbukti sangat popular di hari pengundian


 Dr Termizi menjadi kegilaan pengundi dan petugas hatta petugas BN. Gambar diambil di pusat mengundi Taman Bunga Raya.Dr Termizi menjadi kegilaan pengundi dan petugas hatta petugas BN. Gambar diambil di pusat mengundi Taman Bunga Raya.
Populariti calon Amanah di Kuala Kangsar, Dr Ahmad Termizi terbukti di hari penamaan calon hari ini apabila beliau menjadi seumpama selebriti apabila melawat pusat-pusat pengundian.
Bukan sahaja penyokong Amanah bahkan juga penyokong Pas dan Barisan Nasional (BN) juga menyambut baik beliau.
Dr Termizi dengan petugas Pas di pusat pengundian di Taman Bunga Raya.Dr Termizi dengan petugas Pas di pusat pengundian di Taman Bunga Raya.Di pusat mengundi Taman Bunga Raya, sekumpulan petugas BN kelihatan berebut-rebut untuk berselfie dengan calon Amanah itu.
Begitu juga petugas Pas. Mereka menerima salam Dr Termizi dengan penuh mesra.
Ilham Centre, sebuah pusat kajian bebas dalam laporan mereka malam tadi berkata, calon Amanah di Kuala Kangsar merupakan calon paling menonjol dan mempunyai faktor 'wow' kepada pengundi yang ditemui.
Latarbelakang anak tempatan Kampung Suak Petai Manong, keluarga yang besar di sana dan disokong dengan kelayakan akademik yang luar biasa bagi pengundi memberi kekuatan hampir 5 peratus atas faktor peribadi calon.
"Jika berlaku kejutan kepada BN di Kuala Kangsar, boleh dianggap berpunca daripada pemilihan calon yang salah dan Amanah meletakkan calon yang tepat," kata Hisomuddin Bakar, Pengerusi Eksekutif Ilham Centre dalam laporan akhir menjelang pengundian hari ini.
Bagi beliau, calon PAS dan strategi PAS hanyalah untuk mengekalkan sokongan pengundi mereka daripada beralih sokongan kepada Amanah semata-mata.
"Tidak lebih daripada itu," kata Hisomuddin.

P067: 'Ada tak boleh mengundi kerana dipindah kawasan'

Beberapa orang pengundi yang selama ini mengundi di Jalan Kangsar, mendapati mereka tidak boleh mengundi kali ini.
Ini kerana mereka telah dipindahkan ke kawasan lain, kata Pengarah Pilihan Raya AMANAH, Hatta Ramli.
Katanya, beliau mengetahui mengenai perkara itu apabila lima daripada 10 pengundi hadir di 'pondok panas' mereka untuk menyemak pusat pengundian mereka.
"Saya rasa ini boleh menjejaskan keputusan kami," kata Hatta.
Seorang pengundi wanita juga memberitahu wartawan di pusat pengundian bahawa ramai pengundi terkejut mereka tidak boleh mengundi hari ini.
Hatta berkata mereka akan membawa perkara itu kepada SPR.

Laporan Lintas Langsung PRK P.093 Sungai Besar

Pasport Tun M Akan Ditarik Jika Burukkan Najib

'Pak Pandir' Tak Boleh Jadi PM

'Habis Semua Jadi Buta Tuli Disumbat Dedak' - Tun M

PRK Sg Besar: Bapa Azhar Uzur, Tak Keluar Mengundi

Suasana Sungai Besar tenang kerana BN dan PAS bersama - KM Melaka

Pengundi 107 tahun di Sg Besar tetap mengundi walaupun 'uzur'

Penyokong parti ditegur, kibarkan bendera 50 meter dari pusat mengundi

Pertengkaran tercetus wartawan dilarang ambil gambar

'Pengulas politik' misteri di Sg Besar curi perhatian

Violence erupts in Kuala Kangsar following 'balik Tongsan' comment

Rakyat Terus DiTipu Secara Mega Oleh 1MDB - Mejar Annuar

Tabung Haji Bersekongkol Amalan Riba Yahudi Melalui 1MDB - Akhramshah

1MDB Curi Tabungan Rakyat ! - Khairuddin

Najib Takut Kerana Salah ? - Anina

Jangan Undi BN Kerana Presidennya Penyangak, Penyamun, Perompak ! - Anina

RM12 juta : Siapa Bohong...Siapa Belit...!!!

Zahid Hamidi kata keluarga bagi duit tu kepada cawangan khas PDRM. Kemudian mereka kata RM12 juta tu diserahkan kepada badan amal di Filipina. Tup² KPN pula kata wang tu keluarga serahkan sendiri kepada penculik melalui pihak ketiga. Mana satu betul? Lebih kurang isu 2.6 billion la ni. Pakat² cuba belit. Akhir sekali diri sendiri terbelit.

PERSOALAN..

(1) Disalurkan kepada badan 'NGO Islam tertentu' ?.. SIAPAKAH 'NGO Islam' itu ??

(2) Apa sebenarnya yg dah berlaku pada RM12 JUTA TERSEBUT ??

(3) Ke mana perginya duit sejumlah RM12 juta itu ??

(4) Sapa sapu RM12 juta tu ??

Mastura disabotaj ahli UMNO sendiri ??

Walau apa pun.. Hari ini, pengundi di Sungai Besar dan Kuala Kangsar bakal membuat keputusan, mereka akan memilih berdasarkan isu semasa, penawaran dan apa yang terbaik untuk mereka...

Selamat mengundi dan buatlah keputusan yang bijak..

42, 067 pengundi Sungai Besar, 32, 632 Sungai Besar layak mengundi hari ini


PRK Sungai Besar dan Kuala KangsarPRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar
Seramai 42,067 pengundi Sungai Besar dan 32, 632 pengundi Kuala Kangsar layak untuk mengundi mulai jam 8.00 pagi ini apabila pusat mengundi dibuka di kedua-dua pilihan raya kecil kali ini.
Mereka adalah pengundi biasa yang akan membuang undi selepas pengundi awal sudah berbuat demikian sebelum ini.
Di Kuala Kangsar,  Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan, sebanyak 23 pusat mengundi dengan 21 daripadanya adalah sekolah, manakala dua lagi dewan orang ramai akan dibuka mulai pukul 8 pagi hingga 5 petang.
Sebanyak 11 daripada pusat mengundi itu terletak di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Chandan, manakala 12 lagi di DUN Manong yang semuanya melibatkan 69 saluran.
Sebanyak 312 daripada pemilih berdaftar itu merupakan pengundi awal yang menunaikan tanggungjawab itu pada 14 Jun lepas manakala lima ialah pengundi tidak hadir.
PRK Parlimen Kuala Kangsar menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon Barisan Nasional Datin Mastura Mohd Yazid, Dr Najihatussalehah Ahmad (PAS), Prof Dr Ahmad Termizi Ramli (Parti AMANAH Negara) dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary.
Bagaimanapun, daripada keempat-empat calon itu hanya Mastura yang berdaftar sebagai pengundi di Parlimen Kuala Kangsar, manakala Dr Najihatussalehah merupakan pengundi di Parlimen Parit, Dr Ahmad Termizi (Shah Alam, Selangor), manakala Izat Bukhary (Kelantan).
Parlimen Kuala Kangsar mempunyai sebanyak 32,949 pengundi berdaftar dan daripada jumlah itu 22,496 adalah Melayu; Cina (7,757); India (2,287); Orang Asli (330); Bumiputera Sarawak (16); Bumiputera Sabah (13) dan lain-lain 50
Di Sungai Besar pula, pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Budiman Zohdi, calon Amanah, Azhar Abdul Shukur dan calon Pas, Dr Abd Rani Othman.
Kedua-dua PRK ini diadakan berikutan kematian wakil rakyat masing-masing  dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.

Jangan bazir undi, undi protes boleh kalahkan BN, kata Ilham Centre


Keputusan kajian untuk parlimen Kuala Kangsar oleh Ilham Centre.Keputusan kajian untuk parlimen Kuala Kangsar oleh Ilham Centre.

Calon Barisan Nasional (BN) boleh dikalahkan dalam dua pilihan raya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar jika pengundi tidak membazirkan undi mereka dengan mengundi Pas yang sudah pasti kalah atau undi protes di kalangan ahli Umno mengundi Amanah dalam pilihan raya kecil esok.
Demikian kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan kajian yang dilakukan oleh penyelidik bebas Ilham Centre, kata Pengerusi Eksekutifnya, Hisomuddin Bakar.
Bagi beliau, ketika keputusan hampir menjadi milik BN, keputusan upset boleh berlaku saat-saat akhir sekiranya jentera BN gagal menangani elemen protes senyap dalaman parti Umno.
"Malapetaka kepada BN ini boleh disumbangkan oleh undi protes dalaman Umno tinggi, undi bukan Melayu solid kepada Amanah, undi kelompok anti BN dan undi 'fence sitter' beralih mengundi pembangkang," kata Hisomuddin dalam analisisnya terhadap kajian mereka.
Kajian Ilham Centre berbeza dengan kajian oleh Amanah sebagaimana yang dumumkan oleh presidennya Mohamad Sabu yang mendapati sokongan sudah memihak kepada mereka. Menurut Ilham Centre, peratusan besar respondan yang menjawab 'Tidak Tahu' menyebabkan BN berada di depan berbanding dengan Amanah.
Hisomudin mengaku, perubahan pola kesan daripada kempen agresif oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sedikit sebanyak menggoncang titik kekuatan Umno di kawasan pedalaman yang mempunyai nilai sentimental dengan negarawan itu mengheret mereka membuat analisa sehingga saat akhir tempoh pengundian.
"Ketika fasa awal kajian sebelum penamaan calon, kami mendapati BN selesa di hadapan manakala PAS mengekori rapat di dua-dua kawasan ini dan Amanah hampir tidak dikenali oleh majoriti pengundi.
Keputusan kajian Sungai Besar oleh Ilham CentreKeputusan kajian Sungai Besar oleh Ilham Centre"Ketika kami meninjau pergerakan kempen selepas penamaan calon, prestasi Amanah dilihat berkembang dengan mendadak.
"Kehadiran Menteri Besar Selangor memberikan sokongan kepada calon Amanah telah melenyapkan teka-teki pendirian beliau yang dilihat seolah-olah tidak mahu memihak kepada Amanah mahupun PAS," katanya.
Menurut Hisom, kemuncak gegaran kempen di pihak Pakatan Harapan yang diwakili Amanah apabila Tun Mahathir bersedia untuk turun berkempen.
"Kehadiran beliau di Sungai Besar dan Kuala Kangsar merubah trend politik tradisi pengundi tegar BN.
"Bagaimanapun kajian kami menunjukkan Amanah masih bergelut untuk mengatasi kubu tradisi Barisan Nasional di Sungai Besar dan Kuala Kangsar terutamanya di kawasan majoriti Melayu," katanya.
Kajian ini dilakukan serentak di dua kawasan pilihanraya melibatkan 420 responden di Sungai Besar dan 402 responden di Kuala Kangsar. Kajian akhir dilakukan bermula 11 hingga 16 Jun 2016. Laporan kajian disiapkan pada 17 Jun 2016.
Faktor Tun Mahathir Signifikan di Dua Kawasan PRK

PRK P067 & P093: AMANAH PENGUNDI

Hari ini pengundi Sungai Besar dan Kuala Kangsar akan membuat pilihan mereka dan harapan semua orang yang sayangkan negara ini, tidak saja harapan Tun Mahathir Mohamad, ialah agar calon BN bukan saja kalah, bahkan kalau boleh hilang wang depositnya.

Hanya dengan kekalahan BN saja membuatkan Najib Razak mampu lebih memahami mesej perubahan yang dikehendaki rakyat.
Untuk itu, dua pilihanraya kecil ini terletak amanah yang besar kepada pengundi dalam membuat pilihan mereka.

Ia juga amanah yang tentunya akan terus diperjuangkan oleh Pakatan Harapan yang didalamnya ada PKR, DAP dan Amanah.

Amanah yang sama turut tidak harus diabaikan oleh ahli dan penyokong Pas. 

Malah kelompok dalam UMNO yang ingin perubahan dan malu dengan imej negara  sekarang  mesti ada keberanian untuk beramanah sama.

Mereka yang atas pagar, orang  tidak berparti dan pengundi luar tidak terkecuali dituntut untuk bersama-sama Amanah.

Semua pengundi ada amanahnya yang dinanti-nanti esok hari, tidak kira dari kelompok mana dan siapa mereka. 
Amanah untuk perubahan itu tidak lain ialah untuk kebaikan rakyat, negara dan kita semua.

Selagi amanah dan memilih Amanah - selamatlah kita.

ANGIN PERUBAHAN MAKIN KETARA

Baik di Sungai Besar mahu pun Kuala Kangsar, angin perubahan yang memungkinkan calon Amanah yang mewakili Pakatan Harapan mampu mencipta kemenangan, kelihatannya semakin ketara.

Dalam tinjauan singkat ke Sungai Besar pagi tadi, beberapa penduduk yang ditemui nampaknya memberi respon yang cukup baik kepada calon Amanah, Azhar Abd Shukur.

Malah ada pihak yang membuat tinjauan umum secara khusus mengenai trend pengundi turut memberitahu bahawa arus menolak UMNO dan BN yang dikaitkan dengan Najib juga menunjukkan perkembangan sangat positif.
Selain Tun Mahathir Mohamad, Muhyiddin Yassin juga berada di Sungai Besar hari ini. Tun Mahathir seperti biasa menghadiri beberapa program bersama pengundi, manakala Muhyiddin meninjau-ninjau di sekitar pasar dan pasar tani.

Walaupun Muhyiddin dikatakan bergerak sendiri, tetapi kalau bukan calon Amanah yang disokongnya, siapa lagi?

Lagi pun lawatannya itu diiringi oleh Gabungan Ketua-Ketua Cawangan Malaysia atau GKCM yang sudah pun mengisytiharkan sokongan terbuka kepada calon Amanah sebelum ini.

Di Kuala Kangsar, melalui maklumat yang diterima juga memaklumkan keadaan yang hampir serupa. Malah maklumat lain mengatakan, peluang untuk Amanah di Kuala Kangsar lebih baik berbanding di Sungai Besar.

Diharapkan momentum ini akan kekal atau terus bertambah baik sehingga ke hari pengundian hari esok. Teruskan bekerja dan memantau apa-apa yang perlu, tetapi jangan lupa bahawa "kepala Agong"  di pihak BN mungkin mula bermaharajalela pada malam ini. 

Momentum dan sokongan boleh saja berubah bila-bila masa.

Sokongan terhadap calon Amanah kini 55% dahului BN, kata Mohamad Sabu


Mohamad Sabu memberitahu calon Amanah kini berada di depan berbanding BN dan PasMohamad Sabu memberitahu calon Amanah kini berada di depan berbanding BN dan Pas
Menjelang hari pengundian esok, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu memberitahu sokongan pengundi terhadap calon Pakatan Harapan kini melepasi 50 peratus mendahului calon Barisan Nasional (BN) dan Pas dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
"Kita harap menang sahaja, sekarang ni 55/45 peratus, BN dibelakang kita, Pas dah jauh kebelakang.
"Kalau kita menang, Amanah akan teruskan keyakinan politik di kalangan pengundi dan penyokong baru yang akan menambah bilangan ahli kita kelak," ujarnya ketika ditemui Malaysia Dateline.
Beliau ditemui ketika menghadiri siri Kempen Tun Mahathir bersama grup Deklarasi Rakyat di Tali  Air Lapan, Sekinchan pagi tadi.
Dalam kempen yang berbaki hanya sembilan jam lagi sebelum malam ini, Pakatan Harapan katanya akan terus berkempen seperti yang telah dijadualkan.
"Daripada hari penamaan calon kita (Amanah) hanya underdog, orang lihat calon kita terkebawah kerana Amanah parti yang belum lagi setahun usianya.
"Bila bermula kempen kita tonjolkan calon Amanah di Sungai Besar dan Kuala Kangsar dengan kerja keras dalam kempen sudah nampak sokongan itu.

Misi mustahil Pakatan Harapan

Penulis kemuka lima sebab BN nombor satu di Sungai Besar dan Kuala Kangsar
amanah-pas
Oleh Dominic Chia
Kawasan Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar akan menyaksikan kemuncak perang kempen di antara BN, Amanah dan PAS. Pemerhatian sejak bermulanya kempen pada 5 Jun 2016 hingga hari ini, mendapati bahawa Pakatan Harapan ketandusan idea untuk menarik perhatian para pengundi. Mereka terpaksa bermodalkan isu-isu nasional yang jauh daripada hati penduduk di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Pakatan Harapan bermodalkan isu-isu nasional
Antara isu yang kerap diutarakan oleh Pakatan Harapan dalam kempen mereka adalah isu GST dan 1MDB. Sungguhpun isu-isu ini diketahui umum, ia belum tentu memberi impak yang secukupnya kepada rakyat tempatan yang lebih memberi tumpuan kepada kehidupan harian mereka yang jauh lebih mudah daripada isu-isu nasional tersebut.
Beberapa gelagat kempen jentera kempen pilihan raya Pakatan Rakyat dan PAS dijadikan bahan sendaan oleh Barisan Nasional (BN) bagi menunjukkan kepada umum bahawa pasukan kempen Amanah dan PAS ketandusan idea untuk meraih undi penduduk tempatan Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Malah BN juga melaungkan mengundi parti Amanah adalah serupa mengundi DAP. Manakala, Pakatan Harapan pula kerap mengingatkan penduduk di kedua kawasan Parlimen tersebut bahawa menolak BN adalah seolah-olah menolak GST.
Kelebihan sebagai calon tempatan
Seperti mana kita sedia maklum, calon PRK BN Budiman Mohd Zohdi merupakan anak kelahiran tempatan manakala Datin Mastura Mohd Yazid telah lama mendiami Kuala Kangsar. Itulah kelebihan mereka pun untuk meraih undi. Tindakan calon-calon parti Amanah dan PAS mengatur jadual untuk berjumpa dengan penduduk tempatan seolah-olah mengukuhkan lagi kedudukan Budiman dan Mastura yang sedia berkhidmat kepada rakyat setempat bila-bila masa sahaja.
BN selamatkan nelayan Cina
Tambahan lagi, Pakatan Harapan hanya mampu melihat kejayaan kerajaan BN membebaskan dua nelayan berbangsa Cina daripada Sekingchan, yang ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia kerana mencerobohi kawasan perairan republik tersebut. Kejayaan kerajaan BN ini dipercayai akan meningkatkan undi kaum Cina kepada calon BN khususnya di Sungai Besar.
Kengganan Rafizi
Di samping itu, keengganan Rafizi Ramli, Naib Presiden PKR untuk berjumpa dengan Rizal Mansor, pembantu Khas Rosmah Mansor berhubung isu penggunaan jet peribadi oleh isteri PM itu, sedikit sebanyak memberi kesan negatif kepada usaha Pakatan untuk meraih undi daripada penduduk di kedua kawasan Parlimen tersebut. Hal ini dikatakan demikian kerana, umum akan membuat tanggapan bahawa keengganan Rafizi bertemu dengan Rizal Mansor adalah kerana beliau tidak mahu memberi penjelasan berhubung penggunaan jet peribadi oleh Tun Dr Mahathir dan pengikutnya, untuk berkempen.
Faktor Hukum Hudud

Peluang sukar buat Pas di Sg Besar, K. Kangsar

PRK Kuala Kangsar, PRK Sungai Besar
SHAH ALAM – Meskipun Pusat Penyelidikan Pas (PPP) meletakkan harapan parti itu mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di Kuala Kangsar dan Sungai Besar, kenyataan itu nampaknya dipatahkan oleh penganalisis politik.
Penganalisis politik Universiti Sains Malaysia (USM),  Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, Pas sebaliknya berdepan peluang sukar untuk menang berikutan pertembungan tiga penjuru dan empat penjuru yang berlaku di PRK Sungai Besar dan PRK Kuala Kangsar.
Menurutnya, untuk memperoleh kemenangan di kedua-dua lokasi pilihanraya, undi protes terhadap pembangkang dan BN harus lebih besar daripada yang dijangkakan.
Malah katanya lagi, Pas sebaliknya perlu berhati-hati dalam berdepan sebarang kemungkinan yang bakal berlaku dalam parti itu sendiri.
“Untuk Pas menang, undi protes mestilah amat besar terutamanya dalam ahli Pakatan Harapan dan BN, yang mana saya rasakan ia amat sukar untuk berlaku.
“Barangkali ada protes dalam kalangan ahli Pas ke atas Pas itu sendiri khususnya ahli Pas yang masih bersimpati kepada Amanah (Parti Amanah Negara) dan Pakatan Harapan,” katanya ketika dihubungi Sinar Online, hari ini.
Pengarah Pusat Penyelidikan Pas, Dr Mohd Zuhdi Marzuki dalam kenyataan semalam memberitahu Pas berpeluang menang di PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar berdasarkan kepada rasa ketidakpuasan hati yang tinggi di kalangan pengundi terutama pengundi-pengundi Melayu.
Kata Mohd Zuhdi, cabaran yang ada kepada jentera pilihanraya Pas dalam dua hari terakhir ini adalah mendorong pengundi untuk menterjemahkan rasa ketidakpuasan hati mereka dalam bentuk *undi protes* di atas kertas undi.
“Pengundi Pakatan Harapan akan mngundi calon Amanah, yang setia kepada BN akan terus undi BN. Malah mungkin ada undi protes dalam Pas,” katanya lagi.

'Pas for all' dan 'Selamatkan Malaysia' jadi tema kempen saat akhir Pas


Penyokong Pas dari Selayang membuat kempen saat akhir untuk calon mereka di Sungai Besar.Penyokong Pas dari Selayang membuat kempen saat akhir untuk calon mereka di Sungai Besar.
'Pas for all' yang digunakan ketika Pas bersama Pakatan Rakyat dahulu serta 'Selamatkan Malaysia' terus menjadi tema kempen para penyokong Pas di saat akhir dalam pilihan raya ini.
Menjelang berakhirnya tempoh kempen tengah malam ini, sekumpulan penyokong Pas dilihat terus berkempen mengajak pengundi di Sungai Besar memilih calon parti itu esok.
Kira-kira 10 penyokong terbabit mengangkat plakad di luar pagar utama Masjid Hashimiah, Kampung Sungai Limau selepas solat Jumaat hari ini.
Antara ungkapan tertera, "Undilah Pas Bakti Untuk Semua" serta sepanduk menolak cukai barang dan perkhidmatan (GST).
Bagaimanapun, beberapa sepanduk yang diangkat masih tertera slogan, "Pas For All" yang cukup signifikan pada musim Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu serta sewaktu Pas belum berpecah dan diterima pelbagai kaum ketika itu.
Turut menarik perhatian, ungkapan "Selamatkan Malaysia" juga digunakan pada plakad Pas ketika parti yang kini dilihat mesra Umno-BN itu bersendirian dan bukan sebahagian Pakatan Harapan.
Akhbar Harakah Bil 2157 Edisi Jumaat juga diedarkan kepada jemaah yang berjalan keluar dari masjid.
Walau bagaimanapun, flashmob kumpulan penyokong Pas terbabit yang difahamkan dari Selayang itu hanya bertahan beberapa minit kerana hujan semakin lebat.

Ramai pengundi Melayu K Kangsar masih 'atas pagar'

Dengan kurang daripada 24 jam sebelum penduduk Kuala Kangsar mula keluar mengundi esok, masih ramai pengundi Melayu di kawasan itu masih sukar membuat keputusan parti mana walaupun BN dikatakan mempunyai kelebihan.
Ini berdasarkan kepada tinjauan di kalangan pengundi Melayu di kawasan DUN, Manong dan DUN Bukit Chandan yang ditemui Malaysiakini.
Walaupun pengundi Cina disebut-sebut sebagai faktor penentu dalam pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kangsar, namun dengan lebih daripada 20,000 pengundi Melayu berdaftar atau tiga kali jumlah pengundi Cina, adalah jelas pengundi Melayu akan memberi kesan kepada parti mana yang akan menang atau kalah esok.
Digelar sebagai bandar diraja, penduduk dalam kawasan separa bandar itu tidak terlalu terkesan dengan isu-isu nasional seperti 1MDB dan derma RM2.6 bilion.
Ini dibuktikan jika melihat contoh oleh seorang penjual petai dan buah, Azilah Mat Isa.
Ketika ditanya pendapat beliau mengenai isu-isu tersebut, beliau yang kini berusia 43 tahun berkata, ia tidak mempengaruhi parti mana yang bakal dipilihnya esok.
Walaupun mengakui bahawa beliau adalah penyokong Umno, Azilah bagaimanapun berkata, beliau masih belum membuat keputusan parti mana akan dipilih esok.
Walaupun isu nasional tidak mempengaruhi kecenderungan mengundi beliau, ibu kepada empat itu, bagaimanapun, tetap mengeluh mengenai aspek pengurusan ekonominya.
"Ia tidak seteruk ini semasa era (bekas perdana menteri, Dr) Mahathir (Mohamad) kali ini," katanya kepada Malaysiakini.
Dahulunya penoreh getah, beliau terpaksa berhenti kerja kerana kejatuhan harga getah. Kini, beliau terpaksa menjual petai, Azilah berkata, pembeli mengadu mengenai harga petai yang mahal.
"Petai saya ambil dari Perlis, saya jual 20 hingga 30 tangkai dalam sehari, jadi, saya dapat sekitar RM100 ke RM150 setiap hari.
"Ini tidak cukup, harga semua naik. Saya harap harga akan turun - mudah-mudahan BN boleh membantu rakyat dalam isu ini," katanya.
Bagi penoreh getah, Hasbollah Nordin, 70, pula yang telah menjadi pengundi PAS sejak 1960-an, beliau juga belum pasti parti mana yang akan dipilihnya esok.
Ketika ditemui Malaysiakini, seperti Azilah, Hasbollah juga mengakui tidak memberi perhatian kepada isu-isu berkaitan 1MDB dan derma RM2.6 bilion.
Sebaliknya, beliau mengeluh mengenai kejatuhan harga getah setelah hanya mendapat pendapatan sebanyak RM400 sebulan.
Namun ekoran faktor usia, beliau tidak keluar menoreh getah setiap hari disebabkan kerap sakit badan.
Terkesan GST
Dalam para itu, seorang penyokong BN, Rahimahwati Ibrahim mengakui bahawa dia telah terkesan oleh Cukai Barang dan Perkhidmatan ( GST) apabila ia mula dilaksanakan.
Bagaimanapun, beliau turut menyedari bahawa sistem cukai itu adalah demi kebaikan negara sambil memetik negara-negara maju lain yang mempunyai GST di tempat mereka.

Kempen saat akhir Amanah rancak di Kuala Kangsar


Kempen Amanah saat akhir semakin rancak di Kuala Kangsar.Kempen Amanah saat akhir semakin rancak di Kuala Kangsar.
Berbaki kurang 12 jam sebelum proses membuang undi bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala kangsar esok, jentera Parti Amanah Negara (Amanah) menggunakan masa sepenuhnya bagi merayu undi.
Sekumpulan jentera mengadakan rondaan menaiki trak sambil mempamerkan poster calon Amanah yang mewakili Pakatan Harapan Dr Ahmad Termizi Ramli.
Kempen Angkatan Muda PKR di depan pejabat Amanah dengan memberi bubur lambuk percuma kepada orang ramai.Kempen Angkatan Muda PKR di depan pejabat Amanah dengan memberi bubur lambuk percuma kepada orang ramai.Sekumpulan Angkatan Wanita Amanah Negara (Awan) pula mengadakan flashmob di sepanjang Jalan Kangsar.
Flashmob turut diadakan di sekitar Arena Square, Kuala Kangsar.
Hujan renyai-renyai tidak menghalang mereka untuk terus berkempen pada saat-saat akhir bagi memastikan kemenangan Amanah.
Suasana di Pekan Kuala Kangsar petang ini sibuk dengan kenderaan yang bertali arus.
Sementara itu, di hadapan pejabat Amanah Kuala Kangsar pula, jentera PKR membantu kempen Amanah dengan mengedarkan bubur lambuk di tepi jalan kepada kenderaan yang lalu-lalang.
Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah turut mengedarkan bubuk lambuk kepada orang ramai.
Bekas timbalan presiden PKR Syed Husin Ali turut membantu kempen Amanah.
Pagi tadi, kira-kira 20 buah motosikal daripada Gerakan Harapan Baru Bikers mengadakan jelajah Kibaran Amanah ke seluruh Kuala Kangsar.
Mereka berarak kira-kira 100 kilometer dari Pekan Kuala Kangsar menuju ke Bukit Chandan, Manong sebelum patah balik ke pekan.
Esok seramai 32,632 daripada 32,949 pemilih berdaftar layak mengundi bagi memilih wakil rakyat mereka.
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sebanyak 23 pusat mengundi dengan 21 daripadanya adalah sekolah, manakala dua lagi dewan orang ramai akan dibuka mulai pukul 8 pagi hingga 5 petang.
Sukarelawan Amanah berkempen dengan membahagi bubur lambuk di saat akhir menjelang hari mengundi esok.Sukarelawan Amanah berkempen dengan membahagi bubur lambuk di saat akhir menjelang hari mengundi esok.Sebanyak 11 daripada pusat mengundi itu terletak di dalam Dun Bukit Chandan, manakala 12 lagi di Dun Manong yang semuanya melibatkan 69 saluran.
PRK Parlimen Kuala Kangsar menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon Amanah Dr Ahmad Termizi Ramli, Datin Mastura Mohd Yazid (BN), Dr Najihatussalehah Ahmad (Pas), Prof Dr dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary.
Ahmad Termizi dalam sidang media di pejabat Amanah pagi tadi merakam ucapan terima kasih kepada seluruh jentera yang bertungkus lumus berkempen untuk beliau.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pihak media yang memberikan liputan yang terbaik sepanjang tempoh kempen ini.
“Kami sangat terhutang budi atas kerjasasam yang diberikan. Laporan yang bagi saya sangat positif tentang penglibatan Amanah dalam PRK ini.
“Saya yakin media yang bertanggungjawab perlua melaporkan secara adil dan telus. Saya berbangga dengan prestasi yang ditunjukkan media dalam mengendalikan PRK ini,” katanya.

Skandal PM, isteri beri kelebihan buat AMANAH - penganalisis

Pakatan Harapan berkempen dalam pusingan terakhir bagi menarik pengundi di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, dengan tinggal tidak sampai 24 jam lagi sebelum hari mengundi.
Sejak dua minggu lalu, para pemimpin pembangkang memainkan isu skandal yang melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, isterinya Rosmah Mansor dan 1MDB sebagai sebahagian daripada kempennya.
Pembangkang turut dibantu oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam usaha untuk meningkatkan peluang AMANAH mengalahkan BN dan PAS.
Tinjauan awal menunjukkan BN sedang mara menuju kemenangan di Sungai Besar, dengan pihak pembangkang seolah-olah gagal memberikan daya tarikan kepada pengundi.
Ceramah-ceramah yang dijalankan oleh PAS dan AMANAH gagal untuk menarik hadirin melebihi 200 orang.
Bagaimanapun, pemerhati politik dari Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, isu skandal berkenaan mungkin memberi kelebihan kepada AMANAH di Sungai Besar.
"Kesan tersebut dirasai terutama sekali di kalangan masyarakat kelas pertengahan dan pengundi Cina," ujar Awang Azman kepada Malaysiakini, sambil menambah BN juga sedang bekerja keras untuk menangani kesan itu.
Namun, jelasnya, majoriti pengundi di kerusi separa luar bandar adalah lebih prihatin tentang isu-isu lain dan lebih mudah tertarik dengan 'bantuan sementara' dari BN.
Sementara itu, penganalisis politik, Tang Ah Chai pula merasakan AMANAH bermula sebagai lawan yang paling lemah di kalangan tiga parti yang bertanding di Kuala Kangsar.
Bagaimanapun, jelas beliau, AMANAH seolah-olah telah memacu terkehadapan berbanding PAS dan dapat memecahkan sokongan asas terhadap parti Islam itu.
"BN masih mempunyai kelebihan, tetapi Amanah turut mengejar hampir," kata Tang.
Keadaan ini membuatkan BN berpeluh jua, katanya.

Kemunculan Mahathir beri kesan besar di dua PRK

Menjelang saat-aat akhir fasa kempen pilihan raya yang akan berakhir jam 12 tengah malam ini, kajian firma penyelidikan bebas ILHAM Centre terhadap dua kawasan Pilihan Raya Kecil P067 Kuala Kangsar dan P093 Sungai Besar menunjukkan dinamika perkembangan pola undian yang dramatik.
Kajian kali ini sebenarnya kajian paling sukar untuk dianalisa oleh pihak kami sepanjang kami terlibat dalam siri kajian pilihan raya di Malaysia. Ini kerana pertembungan tiga penjuru, perpecahan undi pembangkang, undi protes senyap UMNO dan PAS dan rebutan undi Melayu menjadi pokok persoalan penting dalam kajian ini.
Perubahan pola kesan daripada kempen agresif oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sedikit sebanyak menggoncang titik kekuatan UMNO di kawasan pedalaman yang mempunyai nilai sentimental dengan negarawan itu mengheret kami membuat analisa sehingga saat akhir tempoh pengundian.
Ketika fasa awal kajian sebelum penamaan calon, kami mendapati BN selesa di hadapan manakala PAS mengekori rapat di dua-dua kawasan ini dan AMANAH hampir tidak dikenali oleh majoriti pengundi.
Ketika kami meninjau pergerakan kempen selepas penamaan calon, prestasi AMANAH dilihat berkembang dengan mendadak. Kehadiran Menteri Besar Selangor memberikan sokongan kepada calon AMANAH telah melenyapkan teka-teki pendirian beliau yang dilihat seolah-olah tidak mahu memihak kepada AMANAH mahupun PAS.
Kemuncak gegaran kempen di pihak Pakatan Harapan yang diwakili AMANAH apabila Mahathir bersedia untuk turun berkempen. Kehadiran beliau di Sungai Besar dan Kuala Kangsar merubah trend politik tradisi pengundi tegar BN.
Bagaimanapun kajian kami menunjukkan AMANAH masih bergelut untuk mengatasi kubu tradisi Barisan Nasional di Sungai Besar dan Kuala Kangsar terutamanya di kawasan majoriti Melayu.
Kajian ini dilakukan serentak di dua kawasan pilihanraya melibatkan 420 responden di Sungai Besar dan 402 responden di Kuala Kangsar. Kajian akhir dilakukan bermula 11 hingga 16 Jun 2016. Laporan kajian disiapkan pada 17 Jun 2016.
Faktor Mahathir signifikan di dua kawasan
Dapatan kajian mendapati sebanyak 73 peratus di Sungai Besar dan 81 peratus di Kuala Kangsar bersetuju bahawa gerakan Mahathir mampu mengubah sokongan pengundi kepada BN.
Kuala Kangsar mencatatkan penerimaan positif pengundi UMNO terhadap kempen Mahathir kerana digerakkan seara intensif oleh Dato' Hamidah Osman dan Dato' Kamilia Ibrahim untuk meningkatkan undi protes kepada BN.
Ini ditambah lagi dengan protes senyap di kalangan pemimpin UMNO Bahagian Kuala Kangsar yang kecewa dengan pemilihan Datin Mastura Mohd Yazid sebagai calon.
Manakala di Sungai Besar, penerimaan kempen  Mahathir agak sederhana ekoran kesukaran untuk menembusi kubu kuat BN di DUN Sungai Panjang. Limitasi kadar penetrasi kawasan Daerah Mengundi Melayu terutama kawasan tegar UMNO membezakan penerimaan kempen  Mahathir berbanding Kuala Kangsar.
Namun begitu, persamaan juga wujud dari aspek suara-suara ketidakpuasan hati beberapa kumpulan di dalam UMNO Bahagian Sungai Besar yang mempertikaikan pemilihan ADUN Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi sebagai calon BN. Namun, kesemua elemen ini kami kategorikan elemen luar kawal dan ramal dan untuk dibuat tafsiran sejauhmana memberikan kesan kepada undi Barian Nasional.
Kesan tiga hari kempen Mahahir diterima baik khususnya di semua lokaliti Daerah Mengundi Melayu yang menjadi kubu kuat UMNO masih belum dapat dibaca sama ada akan berlaku protes senyap terhadap BN dalam bentuk mengundi calon pembangkang, merosakkan undi ataupun tidak keluar mengundi. Kesemua senario berikut berpotensi merugikan BN.
Tambahan lagi, semua pihak yang anti Barisan Nasional kelihatan berdiri di belakang AMANAH menjadikan AMANAH menerima sokongan mendadak di saat-saat akhir kempen.
Pengundi pilih AMANAH sebagai saingan BN
Pola yang menarik ditemui ialah bacaan pengundi Melayu terhadap pertembungan tiga penjuru dalam pilihan raya ini sebagai unjuran pola dalam PRU akan datang.
Data memperlihatkan bahawa pengundi Cina dan atas pagar memilih Parti Amanah Negara yang mewakili Pakatan Harapan sebagai parti yang akan memberi saingan sengit mncabar status quo penguasaan BN. Kelompok ni menyifatkan undi terhadap PAS dan juga Calon Bebas sebagai merugikan undi mereka.
Ekoran itu, PAS berada dalam situasi yang paling getir. PAS mempunyai kelebihan kepada jenama lama dan undi asas dikalangan ahli yang tegar dan mengakar di kawasan lokaliti Daerah Mengundi Melayu. Namun, pendirian politik mutakhir PAS dalam pilihan raya kecil ini kami dapati berlaku hakisan sokongan di kalangan ahli dan penyokong PAS dan bermasalah untuk menambat hati pengundi di atas pagar. Undi bukan Melayu khususnya pengundi Cina untuk PAS boleh dikatakan hampir mustahil dicapai.
Manakala bagi psikologi pengundi Melayu, AMANAH masih disifatkan parti baru yang belum dikenali. AMANAH masih gagal menambat hati pengundi tegar Melayu di kalangan penyokong UMNO dan PAS di kawasan lokaliti yang berada di pedalaman kawasan mengundi.
Calon BN Sungai Besar ungguli lawan
Dari aspek keupayaan dan kekuatan calon pula, calon BN, Budiman di Sungai Besar lebih ke hadapan berbanding dua calon lawan. Budiman memanfaatkan populariti di DUN Sungai Panjang yang dikuasainya hanya perlu melebarkan kekuatan di Sekinchan untuk memastikan kemenangan memihak kepada beliau.
Bagi pihak lawan BN, pada awalnya kelihatan Calon PAS mempunyai kelebihan berbanding AMANAH. Namun sepanjang kempen berlangsung, Dr Rani kelihatan berseorangan tanpa dibantu oleh penyusunan terancang jentera PAS di sini. Kelihatan PAS tidak bersungguh-sungguh dalam pilihan raya kecil kali bagi kawasan ini berbanding di Kuala Kangsar.
Azhar Shukur pula amat bergantung kepada jentera DAP bagi memastikan undi siling diperolehi dari pengundi Cina di Sekinchan dan agak terhad pergerakan beliau dalam meraih undi di DUN Sungai Panjang.
Di Kuala Kangsar pula, Calon AMANAH merupakan calon paling menonjol dan mempunyai faktor 'wow' kepada pengundi yang ditemui. Latarbelakang anak tempatan Kampung Suak Petai Manong, keluarga yang besar di sana dan disokong dengan kelayakan akademik yang luar biasa bagi pengundi memberi kekuatan hampir 5 peratus atas faktor peribadi calon.
Calon BN, Mastura yang berada dalam tempoh iddah sebenarnya menghilangkan keterujaan kepada jentera BN untuk mempromosikan calon mereka pada tahp maksima.
Imej menerusi poster dan gambar calon agak suram dan kusam tenggelam dengan calon lawan beliau.
Calon PAS, Dr Najihatussalehah Ahmad pula disifatkan sebagai calon kurang popular disebabkan bukan anak tempatan dan ini memberikan limitasi kepada jentera PAS untuk memperkenalkan calon secara agresif.
Liputan isu nasional terhad di kawasan Melayu

P093: MB Selangor turun ke buka puasa, grand finale sokong calon Amanah


Azmin di majlis berbuka puasa pejawat awam dekat Masjid Ma'muniah, Simpang Lima, Sungai Besar.Azmin di majlis berbuka puasa pejawat awam dekat Masjid Ma'muniah, Simpang Lima, Sungai Besar.
Beberapa jam sebelum hari mengundi esok, Menteri Besar Selangor, Datuk Mohamed Azmin Ali meningkatkan kempennya untuk calon Amanah di Sungai Besar dengan dua majlis besar iaitu berbuka puasa dengan pejawat awam dan ceramah Grand Finale di pentas Tonggak 10.
Di kedua-dua program ini, orang ramai penuh sesak mendengar ucapan timbalan presiden PKR itu yang antara lain mengajak orang ramai mengundi calon Amanah, Azhar Abdul Shukur  dalam pilihan raya esok.
Azmin berucap ceramah Grand Finale yang diadakan di pentas Tonggak 10, Sungai Besar.Azmin berucap ceramah Grand Finale yang diadakan di pentas Tonggak 10, Sungai Besar.Ini adalah pusingan ketiga Azmin turun membantu calon Amanah selepas hari pernamaan calon dan Iftar Perdana bersama calon Amanah sebelum ini.
Turut serta memerhatikan Azmin meminta sokongan untuk calon Amanah adalah calon Pas, Dr Rani Othman.
Dalam majlis berbuka puasa dengan pejawat awam di Masjid Ma'muniah di Simpang Lima, Sungai Besar, khemah yang disediakan untuk majlis itu penuh sesak.
Begitu juga dalam ceramah Grand Finale di pentas Tonggak 10 yang terletak di pekan Sungai Besar, orang ramai penuh sesak hingga merapat ke pentas.   Turut berucap selain calon Amanah, Azhar Abdul Shukur adalah Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, timbalan presiden Amanah, Salahudin Ayub dan juga bekas MB Selangor, Tan Sri Muhamad Haji Muhamad Taib.

P067: PAS dan BN bergaduh, dua laporan polis dibuat

Pergaduhan tercetus di hadapan Bilik Gerakan PAS UPU Taman Bunga Raya.
pas-gaduh
KUALA KANGSAR: Pergaduhan tercetus antara penyokong PAS dan penyokong BN di sini petang semalam, menyebabkan seorang penyokong BN cedera di kepala.
Faizul Fadli Yaakob, 31 tahun, cedera di kepala sehingga terpaksa dibawa ke Hospital Kuala Kangsar akibat didakwa dipukul dengan kayu oleh seorang penyokong PAS.
Dalam rakaman yang dikongsikan di halaman Facebook Friend of PAS, pergaduhan itu tercetus di hadapan Bilik Gerakan PAS UPU Taman Bunga Raya.
Dalam rakaman itu, sejumlah sepuluh penyokong BN bertikam lidah dengan penyokong-penyokong PAS.
“Jangan kacau markas kami. Kami tak kacau markas kamu. Biarkan,” kata seorang perempuan dipercayai penyokong PAS, cuba meredakan keadaan.
Menurut adik mangsa, Mohd Faris Solehin Yaakob, 23 tahun, yang terlibat dalam pergaduhan, ia bermula apabila rombongan yang diketuai MB Terengganu Ahmad Razif Abdul Rahman singgah ke markas PAS ketika berkempen di rumah sekitarnya.
“Kebetulan kami baru selesai melawat rumah di sekitar. Kami mahu mengagihkan nasi dagang kepada mereka tapi mereka tidak mahu terima.
“Pertelingkahan tercetus. Seorang daripada mereka menolak ayah saya sehingga jatuh. Saya pukul balik, takkan nak biarkan mereka buat ayah saya macam itu.
“Pergaduhan pun tercetus, dan ada seorang yang memegang bendera PAS memukul kepala abang saya dengan kayu bendera sehingga berdarah,” katanya ketika ditemui di Hospital Kuala Kangsar tadi.
Pergaduhan terlerai tidak lama kemudian kerana perlu membawa Faizul Fadli ke hospital untuk dirawat.
Bapa mangsa, Yaakob Saarih, 63 tahun membuat laporan polis berhubung insiden itu.
‘Mereka ceroboh tempat kita’
Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria berkata, pihaknya turut membuat laporan polis di IPD Kuala Kangsar berhubung insiden itu.
“Ia bermula kerana mereka (BN) ceroboh tempat kita. Malah seorang petugas kami juga ditendang.
“Sekarang kami sedang buat laporan polis, dan kita serahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi.
FMT sedang menunggu pengesahan polis berhubung kedua-dua laporan itu.

1,400 tahun diperlukan untuk habiskan RM2.6 bilion, kata Saifuddin

Dr Mahathir: Najib Cuba Tutup Mulut Semua Orang, Tutup Mulut Orang, Tutup Telinga Orang

Tun Mahathir: We Have Not Seen All The Money That Has Been Invested, Whe...

Tun Mahathir: BN Menang Bermakna Rakyat Kalah

Mat Sabu: Nak Bela Melayu, Kita Nak Lawan Rasuah Dan Penyelewengan

Nurul Izzah: Bila Bercakap Tentang Menerus Perjuangan, Kita Terus Sampai Akhir Untuk Ubah Masa Depan

Dr. Termizi Ramli: Ceramah Grand Finale 17/06/2016

Lim Kit Siang: Ceramah Grand Finale Kuala Kangsar 17/06/2016

Azmin Ali: Kita Mahu Kekayaan Negara Ini Untuk Rakyat, Bukan Untuk Isteri Kamu, Untuk Bini Kamu

Grand Finale Kuala Kangsar - Saifuddin Abdullah & Saifuddin Nasution

Hutang negara kini mencecah RM800 bilion, dakwa Nga

Hutang negara kini mencecah RM800 bilion, dakwa Nga

Najib gunakan imigresen tahan pasport saya - Tun M

Pengundi dapat hadiah sebelum mengundi esok