Rabu, 15 Jun 2016

Mengapa Najib tak minat tahu mana RM 26.7 bilion Aabar BVI?


Bumi untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berpijak semakin mengecil.
Jika tuntutan oleh International Petroleum Investment Company (IPIC) milik Abu Dhabi melalui Mahkamah Arbitrasi Antarabangsa London berjaya, Malaysia akan dihempap oleh beban kewangan sebesar RM 26.7 bilion atau AS$6.5 bilion!
Seawal 2014, Gabenor Bank Negara Malaysia melalui dua memorandum telah memberikan amaran kepada kerajaan pimpinan Najib risiko gegaran kewangan besar yang akan ditanggung oleh negara dari 'aktiviti' 1MDB.
Kini, pra gegaran itu sahaja sudah menggegarkan!
Antara isu dalam hubungan 1MDB dan rakan niaganya IPIC ialah salah pembayaran oleh 1MDB.
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) seperti dalam laporannya, mengesahkan - sejumlah AS$1.3 bilion atau RM 4.51 bilion telah dibayar kepada Aabar BVI yang didaftarkan di British Virgin Island tanpa kelulusan lembaga pengarah 1MDB.
Selain itu, dokumen 1MDB menunjukkan satu lagi pembayaran kepada 1MDB berjumlah AS$2.1 bilion turut dibuat.
PAC mendapati, pembayaran dibuat kepada Aabar BVI tanpa kelulusan tembaga pengarah 1MDB!
Bukan jumlah wang yang kecil. Bahkan, sudah tersangat besar.
Bagaimana 1MDB telah tersalah bayar wang sebesar itu?
Wang itu sepatutnya dibayar oleh 1MDB kepada anak syarikat IPIC bernama Aabar Investments PJS tetapi telah dibayar kepada Aabar yang lain - iaitu Aabar BVI!
Beza  Muhyidin dan Mahyidin
Namanya seakan sama, ejaan sahaja berbeza. Tetapi, si bodoh dari kutub pun tahu, ia dua entiti yang berbeza.
Seperti kata bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin, 1MDB gagal membezakan antara Muhyidin dan Mahyidin.
Inilah yang menyebabkan IPIC dan Aabar meneruskan tuntutannya selepas beberapa kali mengeluarkan kenyataan 1MDB telah memungkiri komitmen seperti perjanjian. Aabar yang sebenar tidak dibayar.
Hasilnya, wang sejumlah AS$3.47 bilion atau bersamaan RM14.2 bilion dikebas orang!
Soalnya, siapakah 'orang' itu?
Mengikut kenyataan Presiden dan CEO 1MDB, Arul Kanda Kandasamy pada akhir April tahun ini, ada kemungkinan 1MDB telah 'ditipu secara besar-besaran (massive fraud)' atau 'kerjasama tali barut dari dalam' 1MDB sendiri (collaboration from our side).
Bukankah kenyataan Arul itu berat? 1MDB ditipu!
Bersekali dengan perdana menteri ditipu kerana beliau mempunyai kedudukan tertinggi dalam 1MDB.
Tidak begitu bagi Najib yang cukup tenang.
Dalam jawapannya di Parlimen pada April tahun ini - hanya berbeza hari dengan kenyatan Arul Kanda - 'terlalu awal untuk menyimpulkan adanya unsur penipuan'.
Kenapa terdapat kesimpulan yang begitu ketara perbezaan antara dua kenyataan ini?
Satu, 1MDB ada kemungkinan ditipu kerana membuat pembayaran yang salah.
Satu lagi, cuba menolak adanya unsur penipuan.
Jika bukan kerana ditipu dan niat buruk melarikan wang itu, kenapa pembayaran itu dibuat?
Bukan sekali, tetapi empat pembayaran.
Tanpa kelulusan lembaga pengarah.
Seperti kura-kura

Ke mana haluan KUISAS selepas dinaiktaraf, soal Amanah


Amanah mahu tahu halian KUISAS lepas diumum naiktarafAmanah mahu tahu halian KUISAS lepas diumum naiktaraf
Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini meminta kerajaan Barisan Nasional (BN) menjelaskan kepada rakyat Kuala Kangsar status Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS) selepas dinaik taraf menjadi universiti.

Pengerusi Amanah Perak Asmnuni Awi berkata, pihaknya mendapat maklumat bahawa KUISAS akan dijadikan institut pengajian tinggi swasta (IPTS) bukan lagi institut pengajian tinggi awam (IPTA) memandangkan ia diselia di bawah sebuah syarikat korporat.

“Kita mahukan kepastian daripada pimpinan Umno dan Najib sendiri dan juga menteri pendidikan sama ada universiti tersebut akan dinaik taraf sebagai universiti awam atau swasta.

“Tolong jelaskan kerana ini menimbulkan keresahan kepada kakitangan wam dan akademik di KUISAS.

“Kita timbulkan persoalan ini kerana KUISAS di bawah sebuah syarikat holding. Sebab itu kami percaya apa yang akan dibuat ialah universiti swasta bukan universiti awam,” katanya dalam sidang media di pejabat Amanah Kuala Kangsar hari ini.

Jumaat lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan KUISAS
diberikan status sebagai sebuah universiti penuh dengan nama baharu iaitu Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) berkuat kuasa serta-merta.

Selain itu beliau turut menyelar Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mengumumkan pembinaan sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Kuala Kangsar khusus untuk anak-anak anggota polis.

Asmuni berkata, Zahid terus menabur janji kepda rakyat sedangkan janji terdahulu belum lagi ditunaikan.

Amanah dilihat berjiwa besar, netizen puji Dr Rani kerana tidak bermusuh


Majlis berbuka puasa anjuran Pakatan Harapan turut disertai Dr. RaniMajlis berbuka puasa anjuran Pakatan Harapan turut disertai Dr. Rani
Kehadiran calon Pas Dr Abdul Rani Othman ke majlis berbuka puasa anjuran Parti Amanah Negara (Amanah) bersama Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali semalam menjadi perbualan hangat di media sosial khususnya facebook.

Warga maya rata-ratanya memuji tindakan Abdul Rani yang disifatkan matang dan berjiwa besar, berbeza dengan sikap sesetengah pepimpin Pas lain yang melihat Amanah sebagai musuh mereka.
Datuk Seri Azmin Ali isytihar sokong Ustaz Azhar di majlis berbuka puasa Pakatan HarapanDatuk Seri Azmin Ali isytihar sokong Ustaz Azhar di majlis berbuka puasa Pakatan Harapan"Meskipun saya penyokong Amanah namun saya 'salute' dengan jiwa besar Dr Rani yang turut hadir dalam majlis ini," tulis pemilik akaun Mahani Othman Basir.
"Calon pas steady..snyum jee...haha..terbaiklah Dr (Rani)," tulis Hafiez Yahya.
"Alhamdulillah.. bagusnya calon pas.. sangat meraikan sahabat," tulis Ummu Aisy.
Di sebalik komen-komen positif itu, terselit juga komen-komen sinis yang melihat tindakan Abdul Rani itu mengesahkan dakwan banyak pihak bahawa beliau dari kumpulan harum manis.
Ada juga menyifatkan beliau tersepit dipilih sebagai calon Pas kerana mempunyai kawan yang ramai di kalangan pemimpin Amanah.

"Kesian Dr Rani..sebab percaturan Pas yang entah apa-apa dia jadi mangsa..tebal jer muka," kata Mohd Mazlan Mat Ani.
"Dr Rani tersepit sebenarnya...die antara Adun yg disebut-sebut sebelum ini untuk meninggalkan Pas..Pas dah tak ada calon lain yang paling sesuai untukk diletakkan di Sungai Besar..atas faktor pengundi Cina di Sungai Besar melebihi 30% Dr Rani lah yang paling sesuai dengan karektor profesionalnya dapat tambat hati orang Cina," tulis Rauna Diaz.
"Aku harap Dr Rani tarik diri sebagai calon & masuk Amanah... kita sama-sama doakan," komen Amaluddin Yusof.Dr Rani nyatakan beliau datang atas jemputan MBDr Rani nyatakan beliau datang atas jemputan MB
Sementara itu, sikap penyokong Amanah menerima dan menyambut baik kehadiran Dr Rani juga turut dipuji netizen yang disifatkan berbeza dengan Pas.
Beberapa mereka membuat perbandingan dengan program ceramah Pas yang dilihat terus bersikap keras terhadap Amanah walaupun mendakwa mereka membawa politik matang.

Parti oren itu parti nanar, kata Mohd Amar

KUALA KANGSAR - Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menggelar parti berwarna oren dipercayai merujuk kepada Parti Amanah Negara (Amanah) sebagai sebuah parti 'nanar'.
Disebabkan itu katanya, pengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar perlu menolak Amanah bulat-bulat.
"Orang Pas kena kekal undi Pas. Jangan tukar dengan oren. Parti oren ini bagi saya parti nanar.
Mohd Amar Nik Abdullah Orang Kelantan kata nanar ini bengong. Politik dia politik nanar.
"Bukti nanar ini, nak pilih warna pun tak pandai. Sebanyak-banyak warna yang ada dalam dunia ini yang Tuhan buat, dia pilih warna nak serupa dengan tok sami.
"Lambang pulak lambang pulak lambang Imayam TV. Di situ nampak dah tak pandai memilih. Jadi kalau macam ni nak jadi pemimpin macam mana?," katanya ketika berucap dalam ceramah di Dataran Menora, malam tadi.
Beliau yang juga merupakan Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata, disebabkan itu, pilihan yang ada buat pengundi untuk PRK ini hanyalah antara Pas dan BN.
"Maka sebab itu pilihan yang ada pada pengundi adalah Umno-BN atau Pas.
"Kita minta kali ini daripada semua pengundi, orang Pas tentulah akan mengundi Pas, yang atas pagar dan BN pilih Pas supaya dapat membuat perubahan," katanya.
Dalam pada itu katanya, pengundi di Kuala Kangsar perlu berani untuk melakukan perubahan kerana sudah sekian lama Umno gagal meletakkan Islam sebagai aspek perjuangan.
Akuinya, biarpun Umno ada menyumbangkan elemen-elemen Islam dalam pemerintahannya namun ia masih belum mencukupi.
"Orang Melayu dah lama bagi kepercayaan kepada Umno. Dalam tempoh lama, dari sudut perjuangan Islam tidak nampak usaha yang bersungguh dan berkenan dilakukan oleh Umno-BN.
"Apabila pemimpin Islam, tanggungjawabnya adalah memastikan agama Islam ini berdulat. Tetapi dalam tempoh yang panjang ini negara kita masih kekal dengan sifat sekular. Masih jauh dengan kehendak agama," katanya.

SELEPAS DR RANI PUN TAK YAKIN MENANG, PENYOKONG PAS HARUS BERALIH RAMAI2 MENGUNDI AMANAH

Semalam Menteri Besar Selangor, Azmin Ali membuat penampilan di Sungai Besar dalam majlis berbuka puasa anjuran Pakatan Harapan dan sekaligus menyatakan sokongan terbuka kepada calon Amanah, Azhar Abd Shukur.

Esok atau lusa pula, beliau akan ke Kuala Kangsar pula dengan tujuan serta matlamat yang sama.

Jika sebelum ini, beberapa pemimpin UMNO termasuk Khairy Jamaluddin mempersoalkan ketiadaan Azmin, kini segala-galanya telah terang lagi nyata. Calon Amanah yang mewakili Pakatan Harapan jelas menjadi pilihan sokongan Menteri Besar Selangor itu.

Dalam majlis berbuka puasa anjuran Pakatan Harapan itu, calon Pas Dr Rani Osman membuat kejutan dengan turut sama hadir sebagai tetamu yang tidak diundang. 

Walaupun beliau mengatakan kehadirannya sebagai bukti pengamalan politik matang, tetapi tidak dapat dinafikan ia juga menunjukkan beliau tidak lagi yakin dengan dengan kemampuannya bersama Pas untuk mencapai kemenangan pada 18 Jun ini.

Dengan hadir di majlis orang lain dan terpaksa mendengar Azmin menyatakan sokongan kepada  Azhar, Dr Rani ternyata cuba meraih simpati dengan kehadirannya itu. Beliau nampaknya begitu terdesak mengharapkan ada simpati penyokong Pakatan Harapan terhadapnya.

Ia dengan jelas menunjukkan beliau sudah kekurangan sokongan melalui label Pas yang dibawanya. Pengundi yang ingin menolak UMNO dan menghantar mesej penolakan rakyat kepada Najib Razak kini sedang bersama-sama dengan Pakatan Harapan dan bukan bersama Pas.

Jika Dr Rani sudah cukup yakin dengan sokongan pengundi Pas terhadapnya, tidak mungkin beliau sedia menebalkan muka di majlis Pakatan Harapan itu.

Malah bukanlah kelaziman bagi mana-mana calon untuk hadir dalam majlis orang lain. Biasanya sesama calon hanya mungkin terserempak ketika sama-sama meraih undi di tempat-tempat terbuka seperti pasar malam, bazar Ramadan, kenduri kahwin, di surau, masjid dan sebagainya.

Dr Rani patut tarik diri selepas sertai majlis sokong calon Amanah

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang mencadangkan agar calon Pas Dr Rani Othman menarik diri dari bertanding selepas kehadirannya ke majlis sokongan kepada calon Pakatan Harapan oleh Menteri Besar Selangor semalam.
Lagipun, bagi ahli politik veteran itu, suasana sekarang menunjukkan beliau tidak mempunyai peluang untuk menang dalam pilihan raya ini.
"Lagi pun, saya secara terbuka boleh jangkakan calon Pas akan akan kehilangan kira-kira 10,000 undi dalam pilihan raya kecil ini berbanding dengan undi yang diperolehi oleh Pas dalam pilihan raya umum 2013 lalu, satu jangkaan yang pemimpin Pas tidak akan berani untuk menafikannya," kata ahli parlimen Gelang Patah itu.
Oleh itu, katanya, cara terbaik untuk menyelesaikan hal ini adalah dengan cara memastikan Umno dan BN dikalahkan dalam pilihan raya Sungai Besar ini.
"Cara terbaik adalah dengan cara Dr Rani menarik diri dari bertanding PRK Sungai Besar untuk memastikan satu lawan satu berlaku dalam pengundian Sabtu ini," katanya.
Beliau memberikan tiga sebab mengapa Dr Rani perlu menarik diri untuk memastikan calon Amanah, Azhar Ab Shukur memberikan pukulan hebat kepada Datuk Seri Najib Razak dan Umno/BN serta menyelamatkan Malaysia.
Pertama, Pas hanya berperanan sebagai pengacau undi sahaja kerana tidak mungkin Pas akan menang.
Yang kedua adalah Pas berada di tempat ketiga sekarang dan satu-satunya cara untuk kalahkan Bn adalah kesemua pengundi dan parti-parti politik bersatu di belakang calon Amanah.
Yang ketiga, Dr Rani patut hero dan menjadi contoh kepada pemimpin, ahli dan penyokong Pas pentingnya perpaduan untuk menyelamatkan negara ketika negara hadapi krisis besar di mata dunia.

PAS: Masa depan politik Husam selamat dalam Amanah

Husam lebih selamat sekiranya beliau berada dalam jemaah Amanah berbanding berjuang secara bersendiri, kata seorang ahli Parlimen PAS.
nik-mazian-nik-mohamad_Husam-Musa_amanah_600_1
PETALING JAYA: Datuk Husam Musa bebas menyertai Amanah kerana beliau tidak lagi bersama PAS, menurut seorang pemimpin PAS.
Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Nik Mazian Nik Mohamad berkata, perjuangan politik bekas naib presiden PAS itu juga akan lebih cerah berbanding berjuang secara bersendirian.
“Itu pilihan dia, saya sokong, dia tidak boleh bersendirian. Lebih baik duduk di bawah satu jemaah dan jemaah akan menegur dia (Husam) dan menasihat dia, malah ada Amanah juga jemaah macam PAS.
“Kalau dia masuk Amanah itu lebih selamat berbanding dia duduk sorang-sorang, bagi saya kalau dia masuk Amanah itu perkara biasa, dia bukan masuk parti kafir, dia masuk parti Islam juga,” katanya kepada FMT ketika diminta mengulas hasrat Husam menyertai Amanah.
Husam sebelum ini menyampaikan hasratnya menyertai Amanah ketika turun membantu calon parti serpihan PAS itu di Kuala Kangsar Ahad lalu.
Beliau dipecat PAS 23 April lalu, kerana dituduh melakukan tindakan dan perbuatan yang bersalahan dengan perlembagaan parti.

Siapa pilihan orang Sungai Besar?

BOLEH tahan juga seloroh Dr. Abdul Rani Osman ketika diperkenalkan oleh pegawai SPR pada hari penamaan calon PRK Sungai Besar 5 Jun lalu.
Sambil tertawa, beliau menjengketkan kakinya seolah-olah mahu dilihat sama tinggi dengan calon BN, Budiman Mohd Zohdi dan calon Amanah, Azhar Abdul Shukur.
Bagi pemerhati yang nakal, gelagat Abdul Rani ditafsirkan sebagai gambaran terhadap kemampuannya menghadapi pilihan raya ini.
Tindakan perwakilan Dewan Ulamak Pas Selangor mempertikaikan pemilihan beliau sebagai calon PRK Sungai Besar ketika  sesi perbahasan muktamar Dewan Ulamak di Kelantan 1 Jun lalu,  awalnya dibimbangi oleh Pas akan memberi kesan terhadap penampilan Abdul Rani.
Apa pun, memasuki pusingan terakhir kempen yang tinggal dua hari sahaja lagi, Abdul Rani dijangka akan ‘lebih tinggi’ berbanding Azhar dari segi pungutan undi.
Pemerhatian pada minggu terakhir kempen mendapati Pas lebih dipercayai berbanding Amanah yang begitu  ‘all out’ sejak hari pertama.
Kempen parti itu yang diterajui DAP, dinilai oleh pemerhati sebagai strategi yang ‘makan diri’. Amanah terlalu memberi ruang terhadap DAP hingga seperti terlupa bahawa pengundi Cina hanya 30 peratus daripada 42, 655 pengundi Sungai Besar. Majoriti adalah pengundi Melayu yang sebanyak 67 peratus.
Memberi ruang untuk DAP bergerak terlalu meluas ketika kempen pilihan raya boleh menggores hati pengundi Melayu, terutama dengan provokasi melampau yang telah mereka lakukan seperti dalam kes papan iklan provokatif di bulatan pekan Sekinchan tempoh hari.
Strategi membawa Tun Dr. Mahathir turun berkempen juga tidak banyak membantu. Malahan tindakan ini mungkin menyebabkan ramai orang Melayu tersinggung lantaran menganggap seorang negarawan yang begitu dihormati, disayangi, yang  banyak berjasa kepada negara, telah 'dirosakkan' oleh parti itu terutama tatkala mereka melihat bekas perdana menteri itu bergandingan dengan Lim Kit Siang di pentas.
Meskipun Dr. Mahathir telah menegaskan beliau kini nonpartisan dan sekadar mahu berkempen untuk sesiapa yang menyokong Deklarasi Rakyat, purata orang Melayu tetap terkilan dan sedih melihat apa yang berlaku dan tidak bersetuju untuk negarawan itu dibawa turun berkempen menyebelahi pembangkang, terutama di mana adanya Kit Siang!

Rafizi Ramli: Saya Punya "Bom Atom"

AMANAH parti 'nanar'', warna pun serupa tok sami - TMB Kelantan

Nik Amar ajar pengundi bagi seluar dalam pada menteri UMNO

Nik Amar: Undi PAS pasti jambatan Manong siap

Habuan PRK: KJ hulur 'sampul coklat' dan beras percuma tarik pengundi tua

'Najib mesti pergi, pengganti macamnya pun akan disingkir' - Dr Hatta

Realiti di tanahairku..

Antara ulama, ustaz/ ustazah & ULARmak yg cari makan apabila di hadapan rakyat & VVIP..

PRK: Limpahan Projek Dan Rasuah Politik Untungkan Rakyat.!!



KUALA KANGSAR: Rasuah politik menerusi pemberian material, janji manis peruntukan dan projek 'mi segera' terus menjadi rutin kempen BN sebagai umpan menarik undi setiap kali pilihan raya.
Begitu juga penggunaan jentera kerajaan melibatkan pelbagai jabatan dan agensi yang dikerah bagi meraih sokongan kepada BN.
Perkara sama juga sedang giat berlaku di PRK P.067 Kuala Kangsar menyaksikan BN terpaksa berhempas pulas untuk mempertahankan kerusi tradisinya.
Terbaru, Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak sendiri terpaksa turun mengumumkan pemberian bantuan khas RM500 kepada penoreh getah.
Pemberian secara 'one off' itu melibatkan peruntukan sebanyak RM194 juta yang akan dibayar menerusi RISDA kepada para penoreh di Kuala Kangsar.
Najib juga meluluskan serta merta RM43.5 juta bagi pembinaan Jambatan Manong yang akan menghubungkan Kampung Seberang Manong dan Pekan Manong.
Pembinaan jambatan itu telah menjadi janji BN sejak beberapa PRU lalu, namun hingga kini tidak pernah menjadi kenyataan.
Pada ketika ini lebih 2,000 penduduk di situ terpaksa menempuh perjalanan kira-kira 50 kilometer atau menyeberang dengan bot sebagai alternatif.
Turut diumumkan kerajaan ialah peruntukan RM2 juta kepada Hospital Kuala Kangsar untuk meningkatkan kemudahan dan peralatan.
Tinjauan di seluruh parlimen ini mendapati banyak jalan utama dan jalan kampung yang telah diturap tar sejak diisytiharkan kekosongan kerusi Kuala Kangsar awal Mei lalu.
Malah, pada ketika ini masih didapati banyak jentera berat pembuat jalan masih melakukan kerja-kerja penurapan.
Selain itu juga, beberapa infrastruktur awam, termasuk kediaman, kedai-kedai dan masjid sedang dibaiki atau diselenggara kontraktor berkaitan.
Malah, kelihatan Timbalan Perdana Menteri serta Menteri-menteri turun mengadakan pelbagai program dan penyerahan intensif kepada penduduk.
Para pengundi diseru bersikap bijak dengan mengambil peluang dari pelbagai lambakan pemberian tersebut dan mengajukan permintaan, tetapi mengundi calon yang akan membawa suara mereka secara konsisten ke Parlimen.