Selasa, 14 Jun 2016

Pengundi Sungai Besar akan pilih BN atau Amanah


SUNGAI BESAR - Pakatan Harapan mendakwa hasil beberapa tinjauan terhadap pengundi menyaksikan mereka memilih sama ada BN atau Parti Amanah Negara (Amanah) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kawasan Parlimen Sungai Besar, 18 Jun ini.
Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad berkata, persaingan sengit sedang berlaku antara BN dan Amanah, manakala Pas jauh di belakang.
“Oleh itu, setiap undi untuk Pas adalah undi yang dipersia-siakan kerana tidak mungkin undi untuk Pas akan menyumbang ke arah mengalahkan BN,” katanya pada Sidang Media di Pejabat Amanah Sungai Besar.
Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam berkata, kemenangan Pakatan Harapan di Parlimen itu boleh tercapai sekiranya semua undi pembangkang dapat ditumpukan kepada calon Pakatan Harapan yang diwakili Amanah.
Beliau turut mempersoalkan sikap dan pendirian Pas terhadap BN yang dilihat tidak konsisten sama ada parti itu ingin menjalin kerjasama dengan BN atau pun sebaliknya.
“Kenyataan (Ketua Pemuda Pas) Nik Abduh (Aziz Nik Abdul Aziz) adalah bukti sikap berdolak-dalik ini. Atas sikap berdolak-dalik ini Pakatan Harapan meminta pengundi untuk lupakan Pas pada PRK ini,” katanya.
Beliau memberitahu, PRK Kawasan Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar memberi peluang untuk rakyat menzahirkan kemarahan mereka terhadap pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
“Keputusan dua pilihan raya kecil ini tidak akan ada kesan terhadap kedudukan BN sebagai kerajaan di Putrajaya. Najib perlu diberitahu bahawa rakyat sedang marah dengan dasar-dasar kerajaan yang membebankan rakyat.

“Maka kekalahan calon Najib dan calon (Datin Seri) Rosmah (Mansor) di Sungai Besar dan Kuala Kangsar akan menyebabkan Najib dan pentadbirannya memikirkan kembali dasar-dasar menindas rakyat yang telah dan sedang mereka laksanakan,” katanya.
Beliau menegaskan, kemenangan BN dianggap sebagai ‘lampu hijau’ kepada pentadbiran Najib terus membudayakan penyelewengan dan rasuah kerana mereka tetap mendapat sokongan daripada rakyat.
“Jika mereka menang, kita bimbang mereka akan merumuskan bahawa rakyat tetap menyokong BN walau apa cara mereka lakukan kepada rakyat,” katanya.
Ditanya tentang kenyataan Nik Abduh yang menyindir parti yang diandaikan seperti ‘gila talak’, Khalid menjelaskan Pas mesti cermin diri terlebih dahulu dan mereka tidak seharusnya menyalahkan Amanah dalam perkara berkenaan.
“Kalau sekiranya wujud tanggapan bahawa Pas bekerjasama dengan Umno itu bukanlah salah kami. Kenapa tanggapan itu wujud, cermin diri.
“Kenyataan-kenyataan mereka ini memberikan gambaran seolah-olah begitu..kita tak cakap apa-apa,” katanya.

DAP rayu pengundi luar Parlimen pulang mengundi


Pemimpin Umno terus mainkan sentimen politik benci


Lim Kit Siang dan Umno sentiasa bertembungLim Kit Siang dan Umno sentiasa bertembung
Kenyataan Menteri Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ismail Sabri Yaakob dari UMNO di Sungai Besar adalah satu pembohongan tipikal yang berlandaskan politik kebencian seperti yang kerap dimainkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO sebelum ini, termasuk semasa bulan suci Ramadan.
Ismail menuduh mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad sedang bekerjasama dengan pihak yang mahu menafikan hak keistimewaan orang Melayu dan agama Islam, malah mengatakan “jika Mahathir sudah bersama Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang.. Itu sudah cukup jelas menunjukkan jawapannya.”
Saya mencabar Menteri-menteri UMNO menyebut hanya satu peristiwa di mana saya telah menjadi anti-Melayu atau anti-Islam sepanjang 50 tahun penglibatan saya dalam politik, atau mereka harus berhenti menggunakan politik fitnah dan kebencian serta memberi fokus kepada langkah menyatukan rakyat agar dapat membina Malaysia yang bersatu-padu, hebat, adil dan harmoni.
Saya boleh mengemukakan satu senarai panjang berkenaan ucapan berbaur perkauman yang dilontarkan oleh Ismail dan pemimpin-pemimpin UMNO yang lain, termasuk kenyataan Ismail tahun lalu yang menggesa orang Melayu memboikot perniagaan orang Cina, tetapi bolehkah mereka menyatakan hanya satu insiden di mana saya menjadi anti-Melayu atau anti-Islam sepanjang 50 tahun ini?
Saya tidak fikir wujud mana-mana pemimpin politik lain yang terpaksa menghadapi bermacam-macam fitnah besar dalam tempoh 50 tahun ini kecuali diri saya sendiri, memandangkan saya telah dituduh dengan pelbagai jenis perbuatan yang pengecut dan jahat, terutama melalui media arus perdana yang dikawal dan dimiliki oleh Barisan Nasional.
Saya telah ditohmah dengan julukan anti-Melayu, anti-Islam, anti-Raja, anti-Cina berpendidikan sekolah Cina, anti-Cina berpendidikan sekolah Inggeris, anti-India, ejen KGB Russia, ejen CIA Amerika, ejen M16 British, ejen Perisikan Australia, dan bermacam lagi tuduhan yang tidak dapat dibayangkan.
Saya juga dituduh menjadi penyebab kepada rusuhan 13 Mei 1969 di Kuala Lumpur, kononnya terlibat dalam perarakan haram sepanjang jalan-jalan di Kuala Lumpur sambil melaungkan slogan dan provokasi anti-Melayu, malah kononnya kencing di rumah Menteri Besar Selangor pada masa itu, Datuk Harun Idris di Kampung Baru di Kuala Lumpur seperti yang digambarkan dalam filem Tanda Putera!

Desakan Rakyat

Oleh Tun Mahathir
1. Ada ahli UMNO yang tidak senang dan marah kerana saya berada di satu pentas dengan Kit Siang, musuh ketat UMNO
2. Saya tidak akan ada bersama Kit Siang jika UMNO masih UMNO yang ditubuh pada 1946.

3. Dimasa saya jadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri teguran dan cabaran terhadap saya tidak ditegah oleh saya. Musa Hitam, Tengku Razaleigh dicalon untuk bertanding jawatan Presiden dan Timbalan Presiden. Ramai Menteri dalam Kabinet saya, seperti Rais Yatim, Abdullah Ahmad Badawi, Syed Hamid, Kadir Sheikh Fadzir berkempen menyokong Razaleigh dan Musa. Saya tidak halang mereka, tidak lucut keahlian mereka.
4. Keputusan undian memberi kemenangan kecil kepada saya dan Ghafar. UMNO diheret ke mahkamah dan hakim hukum UMNO haram.
5. Saya terpaksa hidupkan semula UMNO. Walaupun Tengku Razaleigh menubuh Semangat 46 tetapi majoriti ahli UMNO menyertai UMNO Baru. Turut menyertai ialah Abdullah Badawi, Kadir Sheikh Fadzir, Syed Hamid dan kemudian Rais Yatim. Mereka kembali menjadi Menteri. Tidak ada siapa yang dibuang dari UMNO melainkan mereka sendiri memilih untuk menyertai Semangat 46.
6. Apabila Semangat 46 dibubar, ahli mereka diterima balik ke dalam UMNO.
7. UMNO kembali kuat walaupun yang tidak sokong saya dimasa pertandingan berada dalam UMNO.
8. Inilah cara UMNO. Pemimpin dan ahli bebas menegur dan mencabar pemimpin. Saya diserang hebat oleh penyokong Anwar semasa dia menjadi Timbalan Presiden dan Timbalan Perdana Menteri.
9. Penyingkirannya dibuat oleh Majlis Tertinggi dengan dia diberi hak mempertahankan diri. Keputusan dibuat oleh Majlis Tertinggi.
10. Dalam kes Musa Hitam yang telah letak jawatan sebagai Timbalan Presiden dan Timbalan Perdana Menteri, Majlis Tertinggi membuat keputusan untuk menghantar rombongan dibawah Wan Mokhtar ke London untuk memujuk Musa menarik balik perletakan jawatan-jawatannya. Saya tidak larang.
11. Dia bersetuju kembali sebagai Timbalan Presiden dan tidak sebagai Timbalan Perdana Menteri. Saya terpaksa lantik Ghafar Baba sebagai Timbalan Perdana Menteri, sementara Musa terus jadi Timbalan Presiden.
12. Lepas itu Musa pujuk musuhnya, Tengku Razaleigh untuk bertanding sebagai Presiden melawan saya. Musa sendiri bertanding jawatan Timbalan Presiden dibawah calon Presiden Tengku Razaleigh musuhnya.
13. Walaupun Musa melakukan semua ini saya lantiknya sebagai Wakil Istimewa Malaysia ke Bangsa-Bangsa Bersatu. Saya beri kepadanya taraf Menteri.
14. Semua yang saya lakukan diasaskan kepada demokrasi. Tetapi hari ini Najib sebagai Presiden bukan sahaja tidak boleh dicabar, tetapi tidak boleh ditegur pun. Kalau sesiapa menegur dianya dilucut keahlian dalam parti. Ini disusuli dengan larangan bertemu ahli dan pemimpin UMNO. Ada pula keputusan menggantung jawatan. Tidak ada peluang diberi untuk pertahan diri.

Amaran Hadi kepada orang Islam menentang hudud

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini memberi amaran kepada para penentang undang-undang hudud terutama daripada kalangan umat Islam sendiri dengan bersandarkan tiga potong ayat Al-Quran iaitu surah Hud ayat 18, surah Al-Baqarah ayat 208 dan surah Al-Maidah ayat 82.
Menurut Abdul Hadi, hanya mereka yang buta al-Quran akan melabel hukum hudud itu sebagai ciptaan Pas.
“Bahkan tidak boleh dicipta Nabi Muhammad SAW. Biarkan hanya mereka bersama penjajah menentang hukum ALLAH SWT terus rela tenggelam bersama kejahilan dan kebebalan mereka.
“Walaupun Pas telah perkenalkan melalui proses demokrasi serta dipamerkan kepada umum khususnya kalangan bukan Islam dalam dan luar negara, namun masih ramai yang beragama Islam buta al-Quran mengulas dengan akal jahil agamanya,” katanya dalam satu kenyataan.
Sebelum ini usaha Abdul Hadi membawa Rang Undang-Undang Persendirian (RUU) Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah) pindaan 2016 ke Dewan Rakyat bagi mengangkat taraf Mahkamah Syariah dihentam banyak pihak susulan ia dikaitkan dengan hukum hudud.
Pihaknya telah berkali-kali menegaskan pindaan itu tidak melibatkan pelaksanaan hukum hudud sebaliknya hanya untuk mempertingkatkan kuasa Mahkamah Syariah yang hari ini lebih rendah daripada Mahkamah Sivil.
Sementara itu, menyentuh soal penangguhan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan dan Terengganu, Abdul Hadi berkata, undang-undang syariat ALLAH itu masih tidak dapat dilaksanakan demi meraikan golongan yang jahil walaupun mereka mengaku Islam.
“Walaupun sudah dilulus dan diwarta dua negeri namun belum berkuasa melaksanakannya kerana terhalang.

P093: MB Selangor turun Sungai Besar sokong calon Amanah, turut serta calon Pas


Azmin memperkenalkan calon Amanah yang mewakili Pakatan Harapan dalam pilihan raya ini dengan calon Pas, Dr Rani Othman turut menyertai majlis ini.Azmin memperkenalkan calon Amanah yang mewakili Pakatan Harapan dalam pilihan raya ini dengan calon Pas, Dr Rani Othman turut menyertai majlis ini.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali turun ke Sungai Besar hari ini bagi memberikan sokongan kepada calon Pakatan Harapan dari Amanah, Azhar Abd Shukur.
Beliau menyertai majlis berbuka puasa (Iftar Perdana) yang dianjurkan Pakatan Harapan untuk memberikan sokongan moral kepada calon Amanah.
Azmin selaku Timbalan Presiden PKR mengisytiharkan sokongan beliau kepada Azhar di majlis berbuka puasa ini.
Turut hadir di majlis ini ialah calon Pas, Dr Abdul Rani Osman.

P093: Azmin sokong AMANAH, doakan PAS berjaya

"Saya doakan dia terus maju untuk sama-sama untuk dalam satu tekad kezaliman di Putrajaya," kata Azmin
Azmin-Ali_selangor_talk
SUNGAI BESAR: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tampil di Sungai Besar malam tadi dan menyatakan sokongannya kepada calon Pakatan Harapan, Azhar Abdul Shukur daripada AMANAH.
Ketidakhadiran Timbalan Presiden PKR sepanjang tempoh berkempen setakat ini mengundang pelbagai tanda-tanya dan telah mencetuskan pelbagai spekulasi dan kritikan.
Tidak terhenti di situ, Azmin turut mengambil peluang menemukan Azhar dan calon PAS, Dr Abdul Rani Osman dalam satu majlis berbuka puasa.
Kepada jaguh PAS untuk PRK Sungai Besar, Azmin mengucapkan semoga berjaya dalam pilihan raya kali ini.
“Sahabat saya Rani jangan bersedih…kita sahabat dalam DUN. Beliau banyak beri sokongan pada dasar kerajaan negeri sejak tahun 2008.
“Saya doakan dia terus maju untuk sama-sama untuk dalam satu tekad kezaliman di Putrajaya. Kita kena runtuhkan Putrajaya tanpa mengira latar belakang politik,” kata Azmin disambut tepukan gemuruh hadirin.
Rani dalam ucapannya selepas itu berkata beliau menyambut pelawaan Azmin ke majlis berbuka puasa ini atas dasar hubungan seorang ADUN menghormati seorang Menteri Besar.
Azmin sebelum ini dilaporkan tersepit antara AMANAH, yang merupakan komponen Pakatan Harapan bersama DAP dan PKR, dan PAS, iaitu komponen penting dalam kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.
Ini merupakan kali pertama Azmin turun membantu kempen Pakatan Harapan. Sebelum ini, beliau hanya turun pada sesi penamaan calon.

P067: Penyokong PAS pelawa menteri UMNO imam solat

Sudah tiba masanya PAS dan UMNO mencorakkan budaya politik baharu yang mengenepikan perbezaan politik, ulas Dr Asyraf Wajdi
surm2
Kurang empat hari tempoh berkempen bagi pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar, pelbagai coretan cerita dapat dilihat.
Namun lebih mencuri tumpuan apabila penyokong PAS mempelawa Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi supaya menjadi imam solat Tarawih di Kuala Kangsar semalam.
Perkara itu dimuat naik sendiri Asyraf menerusi akaun Facebooknya. Beliau menyifatkan penghormatan yang diberi penyokong PAS mengambarkan suasana harmoni kempen PRK Kuala Kangsar.
“Seronok saya melihat suasana harmoni kempen pilihanraya di Parlimen Kuala Kangsar kerana jentera PAS dan UMNO boleh solat berjemaah Tarawih bersama bahkan pimpinan PAS kawasan dan ahli-ahli mereka juga setia mendengar tazkirah daripada saya bahkan meminta saya menjadi Imam Isyak dan Solat Terawih di Madrasah Taman Jasa Kuala Kangsar,” kata ustaz UMNO itu.
Katanya sikap penyokong PAS dan UMNO itu jelas menunjukkan sudah tiba masanya kedua-dua parti mencorakkan budaya politik baharu dengan mengetepikan perbezaan pendapat dan meletakkan kepentingan Islam sebagai asas utama perjuangan.
“Sudah tiba masanya kita mencorakkan budaya politik baru yang meletakkan asas ukhuwwah dan kepentingan Islam melangkaui kepentingan-kepentingan lain hinggakan kita mampu berjiwa besar dalam menguruskan perbezaan-perbezan yang ada di antara sesama manusia,” katanya.
Perkelahian antara penyokong PAS dan UMNO sebelum ini pernah sehingga penyokong masing-masing enggan mengiktiraf imam daripada parti lawan, lalu mencetuskan isu dua imam dalam satu masjid.
Namun kini, semangat puak antara parti Melayu dan parti Islam itu dilihat kian terhakis apabila pimpinan kedua parti menyatakan kesudian bekerjasama dengan kepentingan agama.

MISTERI BEG BESAR: ALASAN PIHAK DATIN SERI ROSMAH TIDAK MASUK AKAL

Pegawai Khas Datin Seri Rosmah Mansor iaitu Dato' Rizal Mansor cuba jawab #misteribegbesar #jetmewah Pelbagai alasan diberikan, saya teliti dan kaji balik. Hari ini saya tampilkan jawapan yang menyangkal semua alasan yang diberikan sebelum ini. Setakat ini misteri masih belum terjawab, mohon sebarkan seluas mungkin agar lebih ramai yang boleh bantu selesaikan #misteribegbesar ini.

(Untuk paparan grafik penuh, sila lawati capaian
http://rafiziramli.com/2016/06/sewa-jet-dan-jumlah-beg-alasan-pegawai-datin-seri-rosmah-mansor-tidak-masuk-akal/)

14 JUN 2016

ALASAN PIHAK DATIN SERI ROSMAH TIDAK MASUK AKAL

Saya memberi masa sehingga empat hari bagi pimpinan Umno/Barisan Nasional dan pihak Datin Seri Rosmah Mansor menjawab pelbagai persoalan yang timbul ekoran pendedahan saya mengenai tindakan Datin Seri Rosmah Mansor menggunakan sebuah jet peribadi mewah yang disewa khas (ACJ319 A6-CJE) dari Emirates dan dibayar oleh rakyat bagi tujuan menghadiri sebuah majlis di Istanbul.

Malangnya tidak ada seorang pun pimpinan Umno/Barisan Nasional yang berjaya memberi penjelasan yang memuaskan. Malah kenyataan Tan Sri Annuar Musa, Ketua Penerangan Umno dan Dato’ Rizal Mansor, Pegawai Khas Datin Seri Rosmah Mansor mengeruhkan lagi keadaan kerana cuba memutar belitkan fakta.

Saya juga ingin membetulkan pembohongan-pembohongan berikut yang dibuat oleh Dato’ Rizal Mansor apabila beliau tidak ada jawapan kepada pendedahan saya:

PERTAMA: ANGGARAN RM86 JUTA TIDAK BETUL

Sehingga kini, pihak Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab menguruskan tempahan jet-jet peribadi milik Kerajaan Persekutuan masih belum memberikan angka sebenar kos yang ditanggung rakyat untuk menyewa jet ACJ319 A6-CJE selama 2 bulan.

Dato’ Rizal dan pemuka-pemuka Umno cuba menjadi suara rasmi Kerajaan Persekutuan dengan memperkenalkan terma-terma seperti “dry lease” bertujuan mengelirukan rakyat agar menolak angka RM86 juta yang saya kemukakan sebagai anggaran.

Konsep “dry lease” atau “wet lease” hanya terpakai sekiranya Kerajaan Persekutuan hanya menyewa jet sahaja tetapi keseluruhan operasi (dari juruterbang, pramugara, kos minyak dan lain-lain) dikendalikan oleh Kerajaan Persekutuan. “Dry lease” bermaksud sewaan jet semata-mata tanpa melibatkan kos minyak sementara “wet lease” bermaksud sewaan jet bersama-sama kos minyak yang dimasukkan sekali di dalam nilai keseluruhan sewaan.

Pun begitu, sewaan secara “dry lease” atau “wet lease” ini lebih terpakai bagi pesawat-pesawat biasa (contohnya pesawat kargo, pesawat ambulan udara, pesawat penumpan pukal dan lain-lain) dan bukannya jet peribadi mewah seperti ACJ319 A6-CJE yang dimiliki oleh Emirates ini.

Semakan saya menunjukkan setakat ini Emirates adalah satu-satunya syarikat penerbangan komersil di rantau Asia (dari kalangan syarikat penerbangan terbesar Asia) yang menawarkan khidmat jet peribadi lengkap dengan pramugara sendiri. Syarikat penerbangan komersil lain seperti Etihad masih menawarkan khidmat mewah melalui tiket kelas satu.

Kalau tol tak naik RAKYAT AKAN SUSAH !!




INGAT PESAN PM Najib Razak..

Kalau tol tak naik RAKYAT AKAN SUSAH !!

Ekonomi negara TAK AKAN STABIL !!!

Bayar tol itu.. SATU JIHAD !!!

KALAU TAK NAK BAYAR TOL, sila guna jalan biasa..

KALAU TAK SUKA BN, sila keluar dari M'sia..

Sekian, terima kasih.

Salahuddin Ayub: Kalau Kita Betul-Betul Untuk Membela Rakyat, Kita Tidak Akan Takut Untuk Kalah

Mat Sabu: Menang Pakatan Harapan Di Sg Besar K Kangsar, Kita Boleh Ambil Alih Putrajaya PRU 14

Lim Kit Siang: 1MDB & Najib's Donation, The Straw That Breaks The Camel's Back?

IPIC heret 1MDB, k'jaan BN ke timbang tara London tuntut AS$6.5b

International Petroleum Investment Company (IPIC) dan anak syarikatnya, Aabar Investments PJS (Aabar) telah mengemukakan permintaan timbang tara (RFA) kepada Mahkamah Timbangtara Antarabangsa London berhubung tuntutannya melibatkan lebih AS$6.5 bilion daripada 1MDB dan kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF).
"RFA prihatin terhadap kegagalan 1MDB dan MOF untuk menjalankan obligasi kontrak di bawah Lembaran Terma Terikat (BTS) seperti yang dinyatakan dalam pengumuman IPIC GMTN Limited pada 10 Jun 015 (RNS Nombor 7064P)," kata IPIC dalam kenyataan yang dihantar kepada Bursa Saham London, hari ini.
IPIC menyatakan bahawa kegagalan 1MDB dan MOF dalam menjalankan tanggungjawab mereka, melangsaikan tunggakan atau mengemukakan cadangan yang boleh diterima telah menyebabkan IPIC tiada pilihan alternatif selain meneruskan tuntutan berjumlah AS$6.5 bilion menerusi timbang tara.
"Tuntutan itu akan ditentukan oleh tribunal timbang tara yang akan terdiri daripada tiga orang penimbangtara menurut Lembaran Terma Terikat dan peraturan-peraturan LCIA ," kata IPIC dalam kenyataan itu.
Sementara itu, Bernama melaporkan, lembaga pengarah baharu 1MDB akan mengadakan mesyuarat pertamanya pada Khamis ini.
Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah mempengerusikan lembaga pengarah dengan tiga anggota itu.
Ahli yang lain adalah Setiausaha Sulit Kanan kepada Ketua Setiausaha Negara, Datuk Norazman Ayob dan Ketua Pegawai Operasi Prokhas Sdn Bhd, Datuk Kamal Mohd Ali.

PRK: Tiada salahnya PM beri RM500 pada penoreh getah – SPR

Buat masa ini SPR tidak mengesan mana-mana parti yang bertanding melanggar peraturan berkempen.

KUALA KANGSAR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menganggap bantuan khas RM500 yang diberikan kepada 307,770 pekebun kecil, pemilik dan pengusaha getah seperti diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semasa kempen PRK di Kuala Kangsar tidak salah.
Ahli SPR Datuk Abdul Aziz Khalidin berkata begitu juga dengan parti dalam komponen lain seperti MCA dan Gerakan yang mengagihkan beras kepada pengundi serta pembangkang memberi penyokongnya sawi dilihat masih tidak melanggar peraturan.
“Itu perlu lihat daripada aspek kempen pilihan raya masing-masing. SPR menjalankan pilihan raya mengikut peraturan yang sedia ada.
“Terpulang kepada tafsiran ahli politik masing-masing. Kita tidak nampak apa-apa masalah pun setakat ini. Tak nampak apa-apa yang melanggar peraturan pun,” katanya ketika ditemui di Kuaters polis di sini hari ini.
Najib sebelum ini mengumumkan bantuan khas kejatuhan harga getah sebanyak RM194 juta kepada pekebun kecil yang layak di Kuala Kangsar.
Najib berkata jumlah tersebut akan diberikan kepada seramai 388,111 orang pekebun kecil yang layak akibat kejatuhan harga getah di pasaran.
Sementara itu, SPR menyasarkan 80% pengundi awal membabitkan 312 anggota polis dan pasangan di Parlimen pengundi Kuala Kangsar keluar mengundi hari ini.
“Undi awal hari ini melibatkan anggota polis, pasukan Pasukan Gerakan Am (PGA) dan pasangan masing-masing.
“Saya harap sehingga jam 5 petang ini, jangkaan kita 80%. Tetapi harap 100% turun mengundi,” katanya.
Dua pengundian awal dibuka di Kuala Kangsar iaitu Dewan Tun Salleh Ismael, Kompleks Perumahan Polis, Ibu pejabat Daerah Kuala Kangsar dan Bilik Mesyuarat Balai Polis Manong.

Nik Abduh: Mereka gila talak

Jika ada yang berkata Pas sedang bercinta dengan Umno, itulah si tua gila talak yang asyik cemburukan bini lama yang semakin dipandang-pandang anak muda, demikian bidas Ketua Pemuda Pas, Nik Abduh Aziz Nik Abdul Aziz.Kata Nik Abduh, Pas bukannya sedang ‘hangat bercinta’ dengan Umno seperti yang diperkatakan oleh sesetengah pihaknya, sebaliknya Pas sedang berjuang untuk menawarkan sebuah kerajaan yang lebih berakhlak pemimpinnya.
“Penyelesaian masalah negara hari ini bukanlah dengan terus menyedut poket rakyat melalui GST (cukai Barang dan Perkhidmatan) atau menjemput TPP (Perjanjian Perkongsian Trans - Pasifik) berpencak tari dengan sang petani dan rakyat yang tengah tercungap-cungap kelelahan membanting tulang.
"Ia bukan sekadar menjamu manisan BRIM (Bantuan Rakyat 1Malaysia) selepas menarik kemudahan subsidi kepada rakyat. Bukan itu penyelesaian cadangan Pas.
“Tiada kezaliman, salah guna kuasa, korupsi, rasuah, pembaziran, salah laku dan segala kalimah dan makna yang membawa kerosakan dalam kehidupan rakyat. Tiada galang ganti bagi sebuah perjuangan suci selain janji sebuah kerajaan yang berteraskan keadilan dan kesejahteraan yang menjadikan al-Quran sebagai sumber yang menyuburkan kehidupan manusia,” katanya menerusi kenyataan, semalam.

BERSIH kutuk amaran kemurkaan ilahi Hadi

BERSIH hari ini mengutuk amaran kemurkaan ilahi yang dibuat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kepada pemilih dalam pilihan raya kecil Sungai Besar.
Dalam kenyataan hari ini, BERSIH berkata, ucapan Hadi itu menjadi kesalahan pilihan raya bawah Seksyen 9 (1), Akta Pilihan Raya 1954.
Peruntukan itu berkaitan pengaruh tidak wajar dalam pilihan raya.
BERSIH merujuk kenyataan langsung Hadi yang menyebut “mereka akan berdepan dengan kemurkaan ilahi jika memilih ahli parlimen salah pada 18 Jun ini” dan “Kalau apa yang diucap (oleh ahli parlimen) adalah salah, (maka) berdosa dan celakalah kita”.

Hadi mengupas tanggungjawab memilih wakil rakyat dalam satu ceramah di Sungai Besar malam kelmarin.
PAS sebelum ini mendakwa mereka yang mengundi calon parti Islam itu akan mendapat ganjaran Allah pada akhirat termasuk memasuki syurga.
Ini kerana ahli parlimen yang dipilih mewakili kerusi Sungai Besar dan juga Kuala Kangsar berpeluang membahas dan mengundi berhubung usul rang undang-undang persendirian Hadi bagi memperkasakan kuasa mahkamah syariah pada sesi akan datang.
Pindaan kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) boleh membuka jalan bagi pelaksanaan hudud di Kelantan.
Pilihan raya kecil Sungai Besar menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon PAS Dr Rani Osman, calon BN Budiman Mohd Zohdi, dan calon Parti Amanah Negara (AMANAH) Azhar Shukur.

Bersediakah Budiman 'budak kampung' BN ini?

Calon BN Sungai Besar Budiman Mohd Zohdi mengaku sudah bertemu 65 peratus daripada 42,836 pemilih di kawasan parlimen itu dalam tempoh sepuluh hari berkempen.
Anak tempatan kawasan itu juga mengakui mendapat reaksi positif.
“Alhamdulillah berdasarkan feel good factor itu bagus. Pasukan kita kerja kuat.

“Dan brand saya boleh diterima pengundi secara perlahan-lahan,” katanya.
Dalam pilihan raya kali ini, Budiman tampil dengan pendekatan berbeza dengan pencabarnya daripada PAS dan serpihannya Parti Amanah Negara (AMANAH) yang bersama pemimpin kanan parti masing-masing.
Budiman menampilkan dirinya sebagai seorang yang mudah didekati, rendah diri dan budak kampung.

Dalam sebuah acara bersama Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), beliau malah mendaftar sebagai anggota pasukan itu dan memakai seragamnya bagi mengambil hati golongan itu.

Bagaimanapun, di sebalik isu-isu setempat, adakah budak kampung ini bersedia menyentuh isu politik negara di parlimen?
“Sudah tentu sedia. Faktor setempat, jangan lupa ini asal usul kita.
“Kita akan cakap pasal isu nasional, tapi isu peringkat setempat jangan lupa. Local boy itu saya punya value,” katanya.

Calon BN hanya teruskan legasi mungkir janji, kata Nurul Izzah


Nurul Izzah AnwarNurul Izzah Anwar
Mengundi calon BN di Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungameneruskan legasi BN iaitu legasi mungkir janji kepada rakyat, tegas Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.
Beliau yang juga Pengarah Pilihanraya PKR berkata, tindakan kerajaan menaikkan kadar tol di lapan lebuhraya mulai Januari lalu adalah bukti BN memungkiri janji kepada rakyat.
Bercakap pada sidang media di Pejabat Amanah Sungai Besar hari ini, Nurul Izzah berkata, rakyat terbeban akibat perjanjian yang membolehkan pihak konsesi Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) menaikkan kadar tol sebanyak lima peratus setiap tiga tahun sehingga 2038 mulai tahun ini.
Beliau mengulas tema "Meneruskan Legasi BN" yang dibawa oleh calon BN di P.093 Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi.
Jelasnya, kerajaan tidak mempunyai kerangka dasar yang jitu dalam mengurangkan beban pengguna jalan raya sebagai pembayar cukai jalan.
"Ini merupakan bukti kerajaan tidak punya kredibiliti moral dan menyebabkan rakyat sekali lagi dimangsakan akibat daripada urus tadbir negara yang tempang," bidasnya dalam kenyataan bersama Pengarah Komunikasi Amanah Pusat, Khalid Samad dan Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua.
Mengulas lanjut Nurul Izzah berkata, tidak munasabah kerajaan Umno-BN tidak mampu membayar pampasan kepada konsesi tol sebanyak RM2.2 bilion dalam tempoh enam tahun.

Bukan Amanah, Pas sendiri timbulkan soal kerjasama dengan Umno


Khalid sangkal Amanah tuduh Pas mahu kerjasama dengan UmnoKhalid sangkal Amanah tuduh Pas mahu kerjasama dengan Umno
Dakwaan tentang wujudnya kerjasama Pas dengan Umno sebenarnya berpunca daripada pemimpin Pas itu sendiri.
Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad berkata, partinya tidak menuduh Pas berbuat demikian tetapi tidak menolak tanggapan tersebut.
"Kita tak nafikan persepsi itu wujud tapi itu bukan daripada kita. Dia (Nik Abduh) sendiri sebut," ujarnya ketika ditanya pemberita pada sidang media di Pejabat Amanah Sungai Besar hari ini.
Menurut beliau, Pas sendiri memberi gambaran sedemikian melalui pendirian politiknya yang disifatkan berbolak-balik.
Sementara itu dalam sidang media yang sama, Pengarah Strategi Amanah, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, tumpuan Amanah adalah untuk menentang BN bukan Pas.
"Tapi bermula dengan Presiden (Pas) menyebut tentang hilang akidah (keluar dari Pas), kemudian (gelaran) khadam DAP, pengkhianat.
"Tapi anda semua boleh lihat Amanah tidak begitu (berbuat hal yang sama dengan Pas)," jelasnya.
Menurut Dr Dzulkefly lagi, Amanah kekal pada orientasi menangani banyak isu nasional sebagai parti yang berhasrat untuk menyelamatkan negara pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Pas tak payahlah menghukum tiap kali ceramah politik, bidas Mufti Perak


Mufti Perak Harussani ZakariaMufti Perak Harussani Zakaria
Sesiapa yang mengundi calon Barisan Nasional atau pakatan pembangkang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di Sungai Besar dan Kuala Kangsar tidak akan mendapat kemurkaan Allah, tegas Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.
"Keadaan sekarang dalam waktu berkempen kita tidak payahlah kita nak menghukum orang berdosa atau celaka atau haram jika tidak sokong calon Pas.
"Dalam berkempen tak usah letak dosa ke tidak berdosa, eloklah jika kita nak memerintah, kita tunjukkan apa yang akan kita lakukan jika kita disokong pengundi dan kita menang.
"Tak payahlah... sudah-sudahlah nak kira dosa atau pahala tiap kali ceramah politik," kata Harussani kepada Malaysia Dateline.
Beliau diminta mengulas kenyataan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam ketika berucap di Sungai Besar bahawa memilih wakil rakyat adalah satu tanggung jawab, dan kalau apa yang diucapkan oleh ahli parlimen adalah salah, maka berdosa dan celakalah pengundi.
Pas sebelum ini mendakwa mereka yang mengundi calon parti itu akan mendapat ganjaran Allah.
Ini kerana ahli parlimen yang dipilih mewakili kerusi Sungai Besar dan juga Kuala Kangsar berpeluang membahas dan mengundi berhubung usul rang undang-undang persendirian Pindaan kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) bagi memperkasakan kuasa mahkamah syariah pada sesi Parlimen akan datang.
Bagi Harussani, semua pihak perlu mempertahankan perlembagaan yang meletakkan Islam sebagai agama negara.
"Dalam perlembagaan sudah menyatakan Islam adalah agama negara.
"Maknanya sesiapapun calon parti dan pengundi dalam pilihan raya, mereka terikat dengan perlembagaan itu dan tidak boleh mengabaikannya.

P067: JIKA RAMLY ZAHARI TERUS TERKILAN, MASIH TERJAMINKAH KEMENANGAN MASTURA?

Ini ialah luahan hati bekas Ketua UMNO Bahagian Kuala Kangsar, Ramly Zahari yang sebelum ini namanya dicadangkan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Nazri Aziz untuk dipertimbangkan sebagai calon atas alasan ia lebih mudah untuk BN mengekalkan kemenangan di Kuala Kangsar.

UMNO bagaimanapun akhirnya memilih Mastura Mohd Yazid, balu Wan Khair-il Wan Ahmad yang terkorban dalam nahas helikopter di Sarawak sebagai calon dalam pilihanraya kecil yang pengundiannya pada 18 Jun ini.

Katanya, beliau tidak merajuk, cuma terkilan dengan sikap dingin Mastura terhadapnya.
Beliau turut mendedahkan satu peristiwa mengenai dirinya diminta beredar oleh ahli keluarga Mastura ketika menghadiri majlis tahlil arwah Wan Khair-il  yang diadakan di Kuala Kangsar, baru-baru ini.

Pelbagai versi kedengaran mengenai siapa yang sebenarnya  "menghalau" balik Ramli Zahary itu. Ada yang mengatakan ia dilakukan oleh salah seorang anak Mastura dan dan ada juga mengatakan ia dilakukan oleh ahli keluarganya yang lain atas permintaan Mastura sendiri.

Mengapa perkara itu boleh berlaku? 

Biarlah dia istiqamah, kata calon Amanah tentang adiknya yang sokong Pas


Dr Terrmizi bertemu dengan pengundi Kuala Kangsar dalam siri kempennya.Dr Terrmizi bertemu dengan pengundi Kuala Kangsar dalam siri kempennya.
Calon Parti Amanah Negara (Amanah) bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar Dr Ahmad Termizi Ramli menjelaskan, hubungan beliau dengan adik bongsunya Dzorif Ramli yang juga ketua Pemuda PAS Kuala Kangsar tidak terjejas walaupun berlainan parti politik.
Ahmad Termizi berkata, hubungan dalam keluarga mereka masih harmoni dan mereka saling menghormati pendirian politik masing-masing.
“Hubungan keluarga tak terjejas apa-apa. Dia adik bongsu saya, paling manja dan juga anak susu, dia menyusu dengan isteri saya.
“Hubungan tetap harmoni walaupun berbeza wadah politik,” katanya ketika menjawab soalan pemberita dalam sidang media di pejabat Amanah Kuala Kangsar hari ini.
Ahmad Termizi juga berkata, semua ahli keluarga termasuk ibu tirinya yang dahulunya Pas telah beralih ke Amanah, cuma Dzorif seorang yang masih dalam Pas.
“Tak ada masalah sebab kami tahu dari awal lagi dia memang Pas dan keluarga kami dulunya Pas tapi semua dah tukar ke Amanah tapi dia seorang sahaja kekal Pas.
“Biarlah dia istiqamah, tak ada masalah. Itu hak dia dan kami sangat menghormati dan kami dalam keluarga memang mengamalkan budaya politik sihat,” katanya yang sebelum itu membentangkan lima manifesto ‘Suara Wakil Kuale’.

Bantah kenaikan tol, tolak BN dalam PRK

Lim Guan Eng


rencana_bantahtoltolakbn
Jangan biarkan kadar tol di 12 lebuhraya dinaikkan tahun ini dengan menafikan kemenangan BN di pilihanraya kecil Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar.
DAP kecewa dengan keengganan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof untuk menyatakan secara terbuka bahawa kadar tol di 8 lebuhraya tidak akan dinaikkan tahun ini, dengan empat lagi dijadual akan dinaikkan tahun hadapan. 8 lebuhraya yang akan dinaikkan kadar tol pada 1 Januari 2016 adalah Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Linkedua, Lebuhraya Kesas, Elite, LDP, Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE), Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH), dan New North Klang Straits Bypass Expressway (NNKSB).
Kerajaan akan terpaksa membayar pampasan sekurang-kurangnya RM1 bilion kepada syarikat konsesi tol, sekiranya kadar tol tidak dinaikkan lewat tahun ini, lebih tinggi berbanding RM500juta yang telah diasingkan sebelum ini. Menurut Fadillah, sejak 2008 hingga 2014, Kerajaan telah membayar lebih daripada RM2.2 bilion pampasan kepada syarikat konsesi sebagai ganti untuk tidak menaikkan kadar tol.
Jumlah pampasan yang diterima oleh syarikat tol termasuklah RM214 juta untuk PLUS, RM8.24 juta untuk Linkedua, RM79.44 juta untuk Elite, RM3.11 juta untuk BKE, RM1.95 juta untuk SPDH, RM92.8 juta untuk KESAS, RM7.8 juta untuk NNKSB dan RM185.9 juta untuk LDP. Ini semuanya berjumlah RM597.24 juta, yang melebihi amaun yang telah diasingkan oleh kerajaan sebagai pampasan kepada syarikat konsesi tol.
Lebih teruk lagi, 4 lebuhraya lagi akan dinaikkan kadar tolnya iaitu GCE (Guthrie Corridor Expressway), LEKAS (Lebuhraya Kajang Seremban), SDE (Senai Desaru Expressway) dan EDL (Eastern Dispersal Link). Daripada 12 lebuhraya yang meningkat kadar tolnya, 7 daripadanya adalah di Selangor, dan menjadi sebab kenapa pengundi Sungai Besar boleh memainkan peranan penting dalam membentuk acuan perdebatan tentang peningkatan kadar tol secara tidak adil dan tanpa justifikasi.

Pengundi Cina, atas pagar sokong BN dan Amanah, kata Inmind


Salamon SalamatSalamon Salamat
Institut Perkembangan Minda (Inmind) meramalkan majoriti pengundi Cina dan pengundi atas pagar pada Pilihan raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar akan berpihak kepada calon Barisan Nasional (BN) dan Amanah.
Sokongan pengundi Cina kepada calon BN pula diramalkan akan bertambah manakala majoriti pengundi Cina akan memihak kepada calon Amanah berbanding Pas.
Pengerusi Inmind, Datuk Salamon Selamat berkata, sokongan pengundi Cina terhadap calon BN bertambah melihat kepada gerak kerja parti komponen MCA dan Gerakan di dua kawasan parlimen itu diadakan.
"Di Sungai Besar, bagi pengundi atas pagar mereka mempunyai pilihan sama ada mahu memberi undi pada BN, Amanah atau Pas berbanding dalam PRU13 lalu, hanya berlaku pertandingan dua penjuru antara BN dan Pas.
"Melihat gerak kerja parti komponen seperti MCA dan Gerakan lebih berkoordinasi kali ini untuk memenangi hati pengundi Cina dan pengundi atas pagar berbanding dalam PRU13 lalu.
"Saya yakin pengundi Cina yang dulunya menyokong BN akan terus kekal kepada BN. Manakala BN akan mendapat lebih sokongan pengundi Cina atas pagar ekoran perpecahan dalam Pas dan Amanah," ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Melihat kepada situasi di Sungai Besar ujarnya, bagi calon Amanah dan Pas pula pengundi cina dan pengundi atas pagar lebih memihak kepada calon Amanah.
"PRK kali ini semua parti bertanding akan memberi fokus untuk memperoleh undi daripada pengundi atas pagar.
"Sudah pasti penyokong tegar DAP akan mengundi Amanah.
"Saya rasa majoriti pengund Cina atas pagar juga akan sokong Amanah," ujarnya.
Salamon juga berkata, kriteria calon parti bertanding amat penting pengaruhi sokongan pengundi Cina dan pengundi atas pagar.
Selain itu, isu negeri dan tempatan memainkan peranan untuk menarik sokongan pengundi Cina dan pengundi atas pagar.
"Kebanyakan pengundi lebih menjurus kepada isu tempatan dan negeri.

Isu 1MDB, GST tak terkesan dalam 2 PRK, kata penganalisis

"Bukannya Superman atau Batman, tapi Budiman yang akan datang membantu menyelesaikan masalah anda."
Itu janji Budiman Mohd Zohdi, calon Barisan Nasional (BN) kepada pengundi-pengundi bagi pilihan raya kecil (PRK) kawasan Parlimen Sungai Besar.
Jika mengikut bacaan politik, peluang BN dilihat cerah di Sungai Besar, namun andaian itu bukan signal untuk BN 'beraya' awal kerana parti itu dikatakan perlu berhati-hati dengan elemen perubahan undi yang mungkin berlaku saat akhir.
Dekan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Ahmad Martadha Mohamed berkata, pesonaliti dan kredibiliti Budiman yang mesra masyarakat dan mudah didekati mampu menjadi faktor penentu kepada kejayaan BN pada pilihan raya kecil itu.
Beliau berkata penduduk kawasan Parlimen Sungai Besar yang meliputi kawasan luar bandar mementingkan wakil rakyat yang boleh memperjuangkan isu-isu tempatan dan kebajikan mereka.
"Apa yang pengundi Sungai Besar mahu ialah wakil rakyat yang mudah didekati dan mampu membawa suara mereka ke peringkat persekutuan," katanya kepada Bernama, di sini.
Malah, katanya, isu-isu yang dibangkitkan PAS dan Amanah sejak bermulanya kempen PRK itu pada 5 Jun lepas tidak begitu memberi impak terhadap masyarakat luar bandar.
"Isu-isu seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) merupakan isu yang sudah lama berlalu, kesannya pada pengundi tidak begitu besar," katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata BN perlu memberi perhatian kepada faktor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang boleh membawa perubahan undi pada saat-saat akhir.
Katanya menteri besar Selangor itu yang tidak menonjolkan diri pada separuh masa pertama kempen, boleh datang bersama jentera kerajaan negeri, dalam memberikan harapan dan janji-janji kepada pengundi.
"Namun, ini juga bergantung kepada kesediaan Azmin untuk mengorbankan kestabilan kerajaan negeri Selangor ketika ini yang turut dianggotai PAS dengan membantu Amanah bagi mencapai matlamat jangka pendek," katanya.

Hanya 5% perubahan sokongan untuk jatuhkan Umno dan Najib pada PRU14



KUALA KANGSAR, 13 JUN: Pilihanraya kecil parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar pada 18 Jun depan akan menentukan sama ada kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak masih diterima atau tidak di kalangan rakyat hari ini, kata Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang.
Beliau membidas kenyataan Naib Presiden UMNO, Hishammuddin Hussein yang mengatakan bahawa tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyebut tentang Najib dalam ceramahnya di kedua-dua kawasan itu sebagai tidak relevan.
kit siang walkabout sungai besarKit Siang berkata, parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar merupakan antara sepuluh kerusi yang paling tidak selamat dimenangi oleh UMNO dalam pilihanraya umum ke-13 yang lalu walaupun parti itu tidak pernah kalah di kedua-dua kawasan tersebut sejak merdeka.
Walau bagaimanapun, jelasnya, jika UMNO BN kalah di kedua-dua kerusi itu, ia mungkin menunjukkan satu trend bahawa UMNO BN akan mengalami kejatuhan sokongan pengundi sekurang-kurangnya lima peratus pada pilihanraya umum ke-14 akan datang.
“Jika sokongan pengundi UMNO BN jatuh walaupun untuk lima peratus, ia bermakna mereka akan memperoleh hanya 81 dari 222 kerusi parlimen dan harus meninggalkan Putrajaya buat kali pertama dalam sejarah negara.
“Bukankah ia membuktikan bahawa pilihanraya kecil ini relevan dengan nasib Najib pada pilihanraya umum akan datang?” katanya dalam satu kenyataan.
Tun Dr Mahathir kini giat berkempen untuk calon-calon Pakatan Harapan dari Parti Amanah Negara (Amanah) di Kuala Kangsar dan Sungai Besar selaras dengan usaha Deklarasi Rakyat menggesa peletakan jawatan Najib sebagai Perdana Menteri.
Dalam ceramahnya, mantan Perdana Menteri itu secara terbuka mengkritik kepimpinan Najib yang didakwanya sebagai membebankan rakyat serta tidak telus disebabkan pelbagai skandal melibatkan beliau yang didedahkan oleh agensi antarabangsa sebelum ini.

LIPATGANDAKAN USAHA, MENANGKAN CALON PAKATAN HARAPAN

Foto Parti Amanah Negara.
1. Tempoh berkempen bagi PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar masih berbaki 3 hari sahaja lagi. Seluruh ahli AMANAH perlu bekerja kuat supaya parti kita yang mewakili Pakatan Harapan boleh menang di kedua-dua kerusi ini.
2. Kehadiran Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan seluruh kepimpinan PKR, kehadiran Lim Kit Siang dan seluruh kepimpinan DAP, disokong oleh NGO dan masyarakat sivil, termasuk Datuk Ambiga dan Maria Chin melambangkan sokongan padu semua pihak kepada calon AMANAH.
3. Angin perubahan sedang berlaku. Kehadiran kumpulan Deklarasi Rakyat yang diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad juga sedang mengubah suasana politik semasa.
4. Kerajaan Datuk Seri Najib sedang mengalami tekanan kuat akibat rasuah dan penyelewengan, belanja mewah isteri dan lain-lain skandal yang telah didedahkan oleh pelbagai pihak.
5. Oleh itu anggota AMANAH hendaklah mempertingkatkan kerja dengan bertemu semua pengundi. Lipatgandakan usaha, terus bekerja kuat dan bertawakal kepada Allah SWT.
6. Semoga seruan ini mendapat perhatian seluruh anggota AMANAH, juga rakan Pakatan Harapan dan NGO supaya impian merubah landskap politik negara dapat dicapai.

Harapan Baru
MOHAMAD SABU
Presiden
Parti Amanah Negara
14 JUN 2016

Fokus Deklarasi Rakyat tersasar bila Tun M guna pentas AMANAH - Tuan Ibrahim

PKR sokong AMANAH, tunggu PRK selesai kata Hadi Awang

Nurul Izzah: Bebaskan Rakyat Daripada UMNO BN, Kerajaan Yang Rasuah Zalim Sebegini

Saifuddin Nasution: Saya Orang Melayu, Orang Cina Saudara Saya, Orang India Juga Sahabat Saya

Nurul Izzah: Pejuangan Ini Bukan Yang Muda, Kami Mahu Terus Memperjuangkan Nasib Rakyat

Azhar Shukur: Perubahan Bermula Di Parlimen Sungai Besar

Saifuddin Abdullah: Pakatan Harapan Nak Bina Sistem Politik Yang Lebih Adil, Terbuka & Progresif

Saifuddin Abdullah: Pakatan Harapan Mahu Membina Politik Malaysia Yang Baru

Mat Sabu: Jangan Sia-Siakan Undi Anda, Kalau Nak Lawan Barisan Nasional, Kena Undi Amanah

Hatta Ramli: Peluang Untuk Membawa 1 Isyarat Yang Besar, Najib Mesti Pergi, UMNO BN Mesti Dijatuhkan

DAP dedah video Jamal pertahan 'Cina babi'

Sg Besar by-election: Almost 70 per cent turnout by early voters

'Undi awal di Kuala lancar, 80% dijangka keluar mengundi'

Undi pos penyebab utama kemenangan BN, kata Nurul Izzah

Helikopter terhempas adalah takdir bg penduduk Sg Besar, kata Wan Azizah

Polis buka kertas siasatan ucapan Rafizi 'bom Najib'

Era Mahathir dalam Proton sudah tamat kata Najib

Nak belajar agama dengan saya atau Kit Siang, soal Hadi

Presiden PAS perlekeh AMANAH, sebut PAN

Memang PAS nak baik dengan UMNO, kata Hadi

Jamal: 'DAP tidak ada isu, hanya kaitkan saya dengan Gerakan Baju Merah'

Jamal: 'DAP tidak ada isu, hanya kaitkan saya dengan Gerakan Baju Merah'

'Jangkaan undi majoriti PAS dan BN sangat tipis di K Kangsar' - Calon PAS

PAS: Kempen Azmin bersama AMANAH tidak beri kesan di K Kangsar

Calon Amanah bentang manifesto 5 tuntutan 'Suara Wakil Kuale'


Dr Termizi memperkenalkan manifesto 'Suara Wakil Kuale' dalam sidang medianya pagi ini.Dr Termizi memperkenalkan manifesto 'Suara Wakil Kuale' dalam sidang medianya pagi ini.
Calon Parti Amanah Negara (Amanah) bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar Dr Ahmad Termizi Ramli hari ini membentangkan manifesto mengandungi lima tuntutan kepada kerajaan yang dinamakan Suara Wakil Kuale.
Dalam sidang media di pejabat Amanah Kuala Kangsar hari ini, Ahmad Termizi berkata, beliau akan memastikan perlaksanaan janji oleh kerajaan seperti pembinaan jambatan Manong, penaiktarafan hospital dan peningkatan kemudahan awam sesuai dengan status Bandar Diraja.
“Saya akan bertanggungjawab di parlimen dan banyak isu persekutuan tapi kita masih ada dua wakil rakyat Umno BN yang akan melaksanakan tanggungjawab yang akan dipersoalkan iaitu wakil BN Dun Manong dan wakil Bukit Chandan,” katanya.
Beliau juga akan memastikan berlakunya penambahan peluang pekerjaan melalui pengembangan industri asas tani, industri persisiran sungai dan industri pelancongan.
“Banyak industri yang boleh dibangunkan di sini untuk memperkenalkan Kuala Kangsar,” katanya.
Selain itu Ahmad Termizi mendesak kerajaan membina laluan keluar tol untuk memberi kemudahan kepada penduduk sekitar Manong serta merancakkan pembangunan dan industri setempat.
“Kita berharap Lebuh raya Plus turut dimanfaatkan untuk penduduk sekitar Manong yang ketinggalan dalam pembangunan,” katanya lagi.
Selain itu beliau turut menuntut kerajaan mewujudkan pusat latihan kemahiran di kawasan Manong untuk melahirkan tenaga kerja mahir.
“Sekarang ini masih kurang peluang pekerjaan di Manong menyebabkan ramai orang muda keluar dari kuala Kangsar. Jadi kita mahu rakyat kuala Kangsar kekal di sini dengan mewujudkan pusat kemahiran agar lebih ramai tenaga kerja dapat dilahirkan,” katanya.
Ahmad Termizi juga beriltizam akan menyuarakan penentangan terhadap semua tindakan kerajaan yang merugikan negara dan memudaratkan rakyat seperti rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Rafizi cabar JPM dedah kos jet dinaiki Rosmah

Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli hari ini mencabar Jabatan Perdana Menteri mendedahkan kos sewaan jet peribadi yang digunakan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor ke Istanbul bulan lepas.
Rafizi berkata, ini adalah selepas kos sebanyak RM1.44 juta yang dianggarkan beliau dipertikaikan oleh pembantu Rosmah, Datuk Rizal Mansor.
Setiausaha Agung PKR itu berkata Rizal mendakwa jet itu disewa daripada Emirates Airlines pada "dry lease", dan Emirates hanya menyediakan perkhidmatan "air charter".
"Dry Lease" merujuk kepada sewa khas kapal terbang tanpa melibatkan kos bahan api manakala "air charter" merangkumi keseluruhan khidmat mewah yang datang dengan pesawat tersebut.
Oleh itu, Rafizi berkata, anggaran beliau bahawa RM60,000 kos pajakan sejam adalah tepat.
"Penerbangan pergi balik dari Subang ke Istanbul yang diambil oleh Datin Seri Rosmah mengambil masa sekurang-kurangnya 24 jam – maka kos bagi penerbangan itu sahaja yang ditanggung rakyat adalah RM1.44 juta.
"Jika yang dipertikaikan ialah jumlah jam penerbangan yang ditempah, maka Jabatan Perdana Menteri wajar berterus terang dan memberikan angka sebenar yang ditanggung oleh rakyat.
"Saya khuatir sewaan secara “air charter” ini dibuat mengikut kadar bulanan tanpa mengira perjalanan sebenar, justeru anggaran saya bahawa ia boleh mencecah sehingga RM86 juta," katanya.

Azmin turun ke Sungai Besar mulai hari ini, lengkap sudah sokongan untuk Amanah

Setelah mengadakan perbincangan dengan pimpinan kanan PKR dan Dr. Dzulkifli Ahmad, Pengarah Strategi Parti Amanah Negara semalam,  Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan turun membantu kempen calon Pakatan Harapan di Sungai Besar dan Kuala Kangsar mulai hari ini.
Beliau akan turun ke Sungai Besar pada hari ini, 14 Jun 2016 dan pada hari Jumaat, 17 Jun 2016 manakala akan ke Kuala Kangsar pada hari Khamis, 16 Jun 2016 untuk bersama-sama menggembleng kekuatan dan berkempen untuk calon-calon Pakatan Harapan, kata naib presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Pengumuman orang kanan Azmin ini melegakan kem Pakatan Harapan di kedua-dua pilihan raya kecil itu terutama di Sungai Besar kerana Azmin mempunyai pengaruh tersendiri selaku menteri besar.
Dengan turunnya Azmin lengkaplah sudah sokongan padu semua pihak terhadap calon Amanah dari Pakatan Harapan melawan Barisan Nasional (BN) dan sekutunya.
Menurut Shamsul, Azmin mempunyai jadual padat selaku menteri besar yang perlu mengiringi DYMM Sultan Selangor bertemu rakyat sepanjang bulan Ramadhan.
"Walau bagaimanapun beliau tetap komited dalam mencari ruang serta mengendalikan masa dalam mengimbangi tugas rasmi beliau sebagai seorang pentadbir tertinggi negeri dan juga sebagai pimpinan utama Pakatan Harapan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Justeru, katanya, beliau  tegaskan PKR tetap komited untuk memastikan kemenangan kedua-dua calon Pakatan Harapan yang bertanding di Sungai Besar.
Kehadiran Azmin bermula hari ini, katanya, pasti akan memperkukuh semangat dan gerak kerja jentera pilihan raya dan ditambah pula dengan komitmen luar biasa Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail serta barisan Naib Presiden seperti Nurul Izzah, Tian Chua dan Dr. Xavier Jayakumar serta pimpinan PKR di semua peringkat yang berganding bahu membantu kempen Pakatan Harapan.

PRK Kuala Kangsar: Dr Najiha yakin menang, tapi tipis

Ini berdasarkan unjuran terhadap undi yang diperoleh, katanya.
dr-najiha
KUALA KANGSAR: “Saya yakin menang dengan kemenangan yang sangat-sangat tipis,” kata calon PAS, Dr Najihatussalehah Ahmad berhubung peluangnya dalam PRK kali ini.
Beliau berkata demikian ketika ditemui wartawan di pusat pengundian awal di Kuaters IPD Kuala Kangsar hari ini.
Katanya, PAS berjaya memberikan saingan sengit kepada BN sepanjang tempoh kempen yang hanya berbaki empat hari lagi.
“Saya rasa persaingan sengit maknanya (menang) tipis. Mungkin BN pun rasa begitu. (Ini berdasarkan) unjuran terhadap undi yang kita akan dapat.
“Memandangkan ini PRK, mungkin peratus keluar mengundi tidak akan melebihi 75%,” katanya.
Ketua Dewan Muslimat PAS itu bagaimanapun tidak menyentuh berhubung peluang AMANAH, parti yang dilihat menjadi seteru utamanya dalam PRK ini.
Katanya, kedatangan Timbalan Presiden PKR dan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bagi membantu kempen AMANAH tidak akan memberikan kesan yang besar.
“Pengaruh Azmin hanya di Selangor, Sungai Besar berbanding di Kuala Kangsar,” katanya.
Azmin yang dilihat kurang memainkan peranan dalam kempen dua PRK ini dijadualkan berkempen di Sungai Besar pada hari ini dan Jumaat, manakala di sini pada Khamis.

Mahathir sedia diheret ke mahkamah supaya boleh soal Najib dan isteri


Mahathir raikan calon Amanah di Kuala Kangsar, Dr Ahmad Termizi. Gambar Roketkini.Mahathir raikan calon Amanah di Kuala Kangsar, Dr Ahmad Termizi. Gambar Roketkini.
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak kisah diheret ke mahkamah atas tindakannya mendedahkan salah laku Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kepada umum.
Beliau berkata, setakat ini polis telah memanggilnya sebanyak tiga kali untuk disoal siasat berhubung laporan polis yang dibuatnya terhadap salah laku Najib, lapor Roketkini.
Namun, jelas Mahathir, beliau hanya akan membuka mulut mengenai dakwaan yang dibuat terhadap Najib itu di mahkamah.
“Saya pun pernah kena panggil tiga kali. Tanya saya macam-macam soalan.. Kalau nak saya jawab, dakwa saya ke mahkamah. Dalam mahkamah, saya boleh jawab,” katanya semasa berucap di acara Persidangan Khas Skandal 1MDB dan Derma RM4.2 bilion kelmarin.
Tambah Tun Mahathir lagi, di mahkamah nanti, beliau menerusi peguamnya boleh bertanya kepada Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansur tentang kesahihan gambar Rosmah menaiki jet peribadi yang memuatkan beg-beg besar diangkut oleh 12 individu.
Kesal dengan tingkah laku ‘Wanita Pertama Malaysia’ yang menggunakan pesawat peribadi untuk menghadiri majlis di Istanbul pada 27 Mei lalu, Mahathir berkata ada banyak pengangkutan lain boleh digunakan Rosmah bagi menjimatkan wang kerajaan.
“Jika kita mahu ke mana-mana, kita ada Malaysia Airlines (MAS) dan kita boleh pergi mana-mana sahaja, tetapi dia menyewa jet dengan kos RM80 juta untuk dua bulan. Dan kemudian mereka kata, mereka tidak ada wang,” katanya.

Dr M 'berdansa' dengan Kit Siang kerana Umno ubah rentak

Deklarasi Rakyat telah membawa mereka yang saling 'bermusuhan' suatu ketika dahulu untuk duduk di meja yang sama, namun ia menjadi lebih janggal untuk melihat Tun Dr Mahathir Mohamad dan Lim Kit Siang bergabung tenaga.
Sejak itu, kedua-dua veteran berkenaan sering kali diasak untuk menjelaskan tindakan sedemikian kepada penyokong dan pengkritik masing-masing dengan ada di kalangan mereka menyifatkan ia sebagai khianat.
Dalam catatan terbaru blog beliau, bekas perdana menteri itu menegaskan bahawa beliau terpaksa 'berdansa' dengan orang kuat DAP itu setelah Umno tidak lagi memainkan rentak seperti dahulu.
"Saya tidak akan ada bersama Kit Siang jika UMNO masih UMNO yang ditubuh pada 1946," ujar beliau.
Mahathir juga menegaskan bahawa memandangkan beliau bukan lagi ahli mana-mana parti politik, beliau bebas untuk menyertai mana-mana gerakan.
"Sebagai rakyat Malaysia saya sertai gerakan rakyat untuk menumpaskan Najib. Jika terdapat dalam gerakan ini Lim Kit Siang, dia juga rakyat.
"Hanya dalam usaha dan niat untuk singkirkan Najib sahaja kita bersetuju," tambah beliau.

JIKA AMAR MAKRUF, NAHI MUNGKAR, TIADA ALASAN HADI BERBAIK DENGAN NAJIB

Selepas didedahkan oleh Tun Mahathir Mohamad, Hadi Awang dengan pantas mengesahkan mengenai pertemuannya dengan bekas Perdana Menteri itu yang diadakan kira-kira tiga bulan yang lalu.

Tun Mahathir mengadakan pertemuan dengan Presiden Pas itu ialah khusus untuk memberi penjelasan mengenai salah laku Najib Razak selama ini.

Namun, di sebalik Presiden Pas itu, menurut Tun Mahathir, mengakui ada kebenaran tertentu dalam penjelasan yang diberikan, beliau menolak pelawaan untuk turut serta dalam usaha menjatuhkan Perdana Menteri.

Penolakan itu, kata Hadi adalah disebabkan Pas tidak menentang individu atau orang, tetapi menentang dasar atau konsep.

Sekiranya orang diubah, tetapi dasar dan pendekatannya sama, tiada perubahan juga, kata Hadi dipetik sebagai berkata.

Bolehkah diterima hujah Hadi bahawa penolakannya untuk bekerjasama menjatuhkan Najib ialah semata-mata kerana Pas berjuang untuk menolak dasar dan konsep,  bukan menentang individu?

Apa dasar dan konsep UMNO dan BN yang ditentang dengan serius oleh Hadi Awang selama Najib menjadi Perdana Menteri?

Apakah sikap berbaik-baik dengan Najib boleh ditafsirkan bahawa Pas benar-benar berjuang menentang dasar dan konsep?

Bolehkah perjuangan menentang dasar dan konsep diteruskan dengan jujur jika sudah berbaik-baik dengan individu?

Rosmah, Najib dan Umno yang ditertawakan, bukan saya, kata Rafizi


Rafizi pertikaikan siapakah yang diketawa, beliau atau Rosmah dan Najib serta Umno.Rafizi pertikaikan siapakah yang diketawa, beliau atau Rosmah dan Najib serta Umno.
Ahli parlimen Pandan, Rafizi Ramli menyifatkan dakwaan Ketua Penerangan Umno Datuk Seri Anuar Musa terhadap beliau sebenarnya meleset kerana yang jelas  ditertawakan rakyat adalah Datin Seri Rosmah Mansor, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Umno sendiri.
"Saya tidak terkejut bila Tan Sri Annuar Musa menyerang peribadi saya (kononnya rakyat mentertawakan saya) apabila ditanya media mengenai pendedahan ini. Dalam Parlimen pun beliau pernah menggunakan kata-kata yang tidak sopan untuk menyerang peribadi saya.
Rosmah menaik jet mewah yang disewa kerajaan.Rosmah menaik jet mewah yang disewa kerajaan."Cuma saya ingin mengingatkan Tan Sri Annuar Musa dan pimpinan Umno bahawa dari jumlah rakyat Malaysia yang menonton video yang saya dedahkan dan reaksi mereka, jelas bahawa yang ditertawakan adalah Datin Seri Rosmah Mansor, Dato’ Seri Najib Tun Razak dan Umno sendiri," kata Rafizi dalam kenyataannya hari ini.
Ini kerana, kata Rafizi, sehingga kini sudah 1,049,309 lebih sudah menonton video Rosmah menaiki jet mewah dengan beg-beg besar itu.   "Setakat jam 730 pagi ini (sejak dimuatnaik pada hari Jumaat, 10 Jun 2016 jam 1250 tengahari), video Datin Seri Rosmah Mansor menaiki jet dengan beg-beg yang diangkut telah ditonton oleh 1,049,309 penonton di Facebook saya, dikongsi sebanyak 16,800 kali dan telah muncul di “timeline” 2,260,537 akaun.
"Ini tidak termasuk capaian di laman-laman lain seperti Malaysiakini, Youtube dan sebaran melalui whatsapp. Jumlah tontonan melebihi 1 juta orang dalam tempoh kurang empat hari jelas menunjukkan isu ini benar-benar menimbulkan kemarahan rakyat," katanya.
Sehubungan itu, katanya, terpulanglah kepada pimpinan Umno untuk memperlekehkan pendedahan ini atau mengambil tindakan segera untuk menangani kemarahan rakyat itu.
Menurut Rafizi, beliau memberi masa sehingga empat hari bagi pimpinan Umno/Barisan Nasional dan pihak Datin Seri Rosmah Mansor menjawab pelbagai persoalan yang timbul ekoran pendedahan saya mengenai tindakan Datin Seri Rosmah Mansor menggunakan sebuah jet peribadi mewah yang disewa khas (ACJ319 A6-CJE) dari Emirates dan dibayar oleh rakyat bagi tujuan menghadiri sebuah majlis di Istanbul.
Beg-beg besar dibawa naik jet mewah yang disewa oleh kerajaan untuk isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah.Beg-beg besar dibawa naik jet mewah yang disewa oleh kerajaan untuk isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah.Malangnya, katanya,  tidak ada seorang pun pimpinan Umno/Barisan Nasional yang berjaya memberi penjelasan yang memuaskan.
Malah, katanya, kenyataan Tan Sri Annuar Musa, Ketua Penerangan Umno dan Datuk Rizal Mansor, Pegawai Khas Datin Seri Rosmah Mansor mengeruhkan lagi keadaan kerana cuba memutar belitkan fakta.
Rafizi juga menjelas beberapa kenyataan yang disifatkan oleh beliau sebagai pembohongan pembantu Rosmah, Datuk Rizal Mansor.
Berhubung dengan anggaran kos RM86 juta yang dikatakan tidak betul, Rafizi berkata, sehingga kini, pihak Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab menguruskan tempahan jet-jet peribadi milik Kerajaan Persekutuan masih belum memberikan angka sebenar kos yang ditanggung rakyat untuk menyewa jet ACJ319 A6-CJE selama 2 bulan.
Bagi beliau, Rizal dan pemuka-pemuka Umno cuba menjadi suara rasmi Kerajaan Persekutuan dengan memperkenalkan terma-terma seperti “dry lease” bertujuan mengelirukan rakyat agar menolak angka RM86 juta yang saya kemukakan sebagai anggaran.

Kenyataan ‘bom Najib’, polis siasat Rafizi

Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan ekoran ugutan jenayah.
rafizi
KUALA KANGSAR: Polis memulakan siasatan terhadap Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berhubung ‘ugutan bom atom’ yang dibuatnya pada satu ceramah, kata Ketua Polis Perak Datuk Seri Abdul Rahim Hanafi.
Beliau berkata, kertas siasatan sudah dibuka dan kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan ekoran ugutan jenayah.
“Kami akan memanggil Rafizi untuk memberikan keterangan,” katanya pada sidang media hari ini.
Sekumpulan empat individu membuat laporan polis terhadap Rafizi yang didakwa mengugut untuk ‘mengebom Parlimen’ dalam satu ceramahnya.
Menurut laporan polis itu, Rafizi berkata ‘mahu meletakkan bom kasi hancur Najib kalau calon Amanah menang di Kuala Kangsar’, dalam satu ceramah di Manong, 9 Jun lalu.
Ucapan Rafizi itu dipercayai merujuk kepada calon AMANAH, Dr Ahmad Termizi Ramli yang berkhidmat sebagai pensyarah fizik nuklear di Universiti Teknologi Malaysia sebelum bersara.
Rafizi dalam responsnya semalam hanya menganggap laporan itu sebagai jenaka dan berharap polis tidak memandang serius kenyataannya yang dibuat secara perumpamaan itu.
Mengulas lanjut, Rahim menasihati parti bertanding agar tidak membuat kenyataan seumpama itu walaupun ‘secara jenaka’.
“Kalau dia bergurau sekalipun, ia tetap satu ugutan dan kita akan siasat.
“Saya nasihatkan parti yang bertanding dan penceramah di Parlimen Kuala Kangsar tidak membuat provokasi, (membangkitkan) isu perkauman dan agama yang boleh menggugat keamanan,” katanya.
Beliau berkata polis setakat ini menerima 16 laporan dan membuka 6 kertas siasatan.
“Saya melalui 7 PRU dan 5 PRK, saya dapati PRK Kuala Kangsar ini amat baik, terbaik bagi saya,” katanya.

Najib tak endah nasihat, bantahan Raja-Raja - Dr M

Ada ahli Umno yang tidak senang dan marah kerana saya berada di satu pentas dengan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang, musuh ketat Umno.
Saya tidak akan ada bersama Kit Siang jika Umno masih Umno yang ditubuh pada 1946.
Di masa saya jadi Presiden Umno dan Perdana Menteri teguran dan cabaran terhadap saya tidak ditegah oleh saya. Musa Hitam, Tengku Razaleigh dicalon untuk bertanding jawatan Presiden dan Timbalan Presiden.
Ramai Menteri dalam Kabinet saya, seperti Tan sri Rais Yatim, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Tan Sri Syed Hamid Albar, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir berkempen menyokong Razaleigh dan Musa.
Saya tidak halang mereka, tidak lucut keahlian mereka.
Keputusan undian memberi kemenangan kecil kepada saya dan Ghafar. Umno diheret ke mahkamah dan hakim hukum Umno haram.
Saya terpaksa hidupkan semula Umno. Walaupun Tengku Razaleigh menubuh Semangat 46 tetapi majoriti ahli Umno menyertai Umno Baru.
Turut menyertai ialah Abdullah Badawi, Kadir Sheikh Fadzir, Syed Hamid dan kemudian Rais Yatim. Mereka kembali menjadi Menteri. Tidak ada siapa yang dibuang dari Umno melainkan mereka sendiri memilih untuk menyertai Semangat 46.
Kembali kuat
Apabila Semangat 46 dibubar, ahli mereka diterima balik ke dalam Umno.
Umno kembali kuat walaupun yang tidak sokong saya di masa pertandingan berada dalam Umno.
Inilah cara Umno. Pemimpin dan ahli bebas menegur dan mencabar pemimpin. Saya diserang hebat oleh penyokong Anwar semasa dia menjadi Timbalan Presiden dan Timbalan Perdana Menteri.
Penyingkirannya dibuat oleh Majlis Tertinggi dengan dia diberi hak mempertahankan diri. Keputusan dibuat oleh Majlis Tertinggi.
Dalam kes Musa Hitam yang telah letak jawatan sebagai Timbalan Presiden dan Timbalan Perdana Menteri, Majlis Tertinggi membuat keputusan untuk menghantar rombongan di bawah Tan Sri Wan Mokhtar ke London untuk memujuk Musa menarik balik perletakan jawatan-jawatannya. Saya tidak larang.
Dia bersetuju kembali sebagai Timbalan Presiden dan tidak sebagai Timbalan Perdana Menteri. Saya terpaksa lantik Tun Ghafar Baba sebagai Timbalan Perdana Menteri, sementara Musa terus jadi Timbalan Presiden.
Lepas itu Musa pujuk musuhnya, Tengku Razaleigh untuk bertanding sebagai Presiden melawan saya. Musa sendiri bertanding jawatan Timbalan Presiden dibawah calon Presiden Tengku Razaleigh musuhnya.
Walaupun Musa melakukan semua ini saya lantiknya sebagai Wakil Istimewa Malaysia ke Bangsa-Bangsa Bersatu. Saya beri kepadanya taraf Menteri.
Semua yang saya lakukan diasaskan kepada demokrasi.
Tetapi hari ini Najib sebagai Presiden bukan sahaja tidak boleh dicabar, tetapi tidak boleh ditegur pun. Kalau sesiapa menegur dianya dilucut keahlian dalam parti.
Ini disusuli dengan larangan bertemu ahli dan pemimpin Umno. Ada pula keputusan menggantung jawatan. Tidak ada peluang diberi untuk pertahan diri.

Pakar perlembagaan selar lulus Akta MKN selepas Raja-raja minta diperhalusi


Aziz Bari kesal langkap kerajaan luluskan Akta MKN walaupun Raja-raja sudah minta ia diperhalusi.Aziz Bari kesal langkap kerajaan luluskan Akta MKN walaupun Raja-raja sudah minta ia diperhalusi.
Pakar perlembagaan Dr Aziz Bari menyelar sikap menteri-menteri kerajaan yang enggan mengulas mengenai Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang diwartakan walaupun selepas Majlis Raja-Raja Melayu menitahkan supaya ia diperhalusi.
Merujuk kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi yang mengelak daripada menjawab soalan wartawan mengenai MKN sewaktu berkempen di Sungai Besar Jumaat lalu, Aziz berkata tindakan Zahid itu salah dari sudut perlembagaan.
Beliau juga berkata, sikap sama yang ditunjukkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab bagi undang-undang Datuk Seri Nancy Shukri juga menunjukkan mereka mahu melepaskan diri.
“Di sisi perlembagaan Zahid salah kerana sebagai orang kedua dalam kabinet beliau adalah bertanggung jawab manakala Nancy Shukri adalah menteri biasa.
“Apa pun Nancy juga salah kerana sebelum ini beliau dilaporkan berkata RUU berkenaan di bawah tanggungjawab Shahidan Kassim
“Nampaknya anggota kabinet ini semuanya mahu melepaskan diri. Mereka lupa bahawasanya mereka diikat oleh prinsip tanggung jawab bersama kabinet (collective responsibility),” kata beliau kepada Malaysia Dateline.
Menurut Aziz juga, semua anggota kabinet perlu mempertahankan RUU berkenaan di khalayak ramai bukan melepaskannya kepada orang lain.

Husam cabar calon BN, Pas nyata pendirian isu 1MDB


Husam Musa mencabar Majlis Syura Pas juga menyatakan pendirian mereka dalam isu 1MDB. Gambar Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Salleh.Husam Musa mencabar Majlis Syura Pas juga menyatakan pendirian mereka dalam isu 1MDB. Gambar Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Salleh.
Hanya calon Amanah setakat ini layak diundi kerana telah menyatakan pendirian menentang penyelewengan dan skandal mega negara, 1 Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Datuk Husam Musa.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor itu berkata pengundi dalam pilihan raya kecil (PRK) kali ini tiada pilihan lain selain mengundi Dr Ahmad Termizi Ramli yang telah menandatangani Deklarasi Rakyat menentang skadal terbesar negara yang membabitkan perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak itu.
Orang ramai yang mendengar ceramah Husam Musa di Kuala Kangsar malam tadi.  Gambar Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Salleh.Orang ramai yang mendengar ceramah Husam Musa di Kuala Kangsar malam tadi. Gambar Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Salleh."Saya nak calon BN, calon Pas nyatakan pendirian sebelum hari mengundi. Dr Najihah itu kawan saya. Kalau dia tak berani, (kita) kena undi calon Amanah.
"Dia (Dr Ahmad Termizi) sorang-sorang bercakap isu 1MDB," katanya ketika berceramah di Jambatan Sayong malam tadi.
Jika tidak bersetuju dengan cabaran itu, Husam yang baru dipecat keahlian oleh Pas itu mencadangkan alternatif dengan diadakan debat antara ketiga-tiga calon Amanah, BN dan Pas atas tajuk sama.
"Kalau tidak puas hati dengan cabaran saya, kita buat debat, RTM, TV3 boleh jadi tuan rumah.
"Walaupun dalam edah, boleh buat dalam rumah dia. Atau dia boleh buat kenyataan bertulis nyatakan pendirian dia," katanya.
Husam yang hadir berkempen untuk Amanah sejak semalam banyak mengupas berkenaan kesan skandal 1MDB kepada negara dan rakyat khususnya.
Bekas naib presiden Pas itu juga beberapa kali mencabar pemimpin parti lamanya itu khususnya Dewan Ulamak dan Majlis Syura mengeluarkan fatwa terhadap skandal 1MDB yang melibatkan Najib.

Negara kian musnah, tolak calon BN 'bahasa' paling sesuai tegur Najib

Datuk Husam Musa yang menyepi sebelum ini turut muncul berkempen di PRK Kuala Kangsar. Foto Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Salleh.Datuk Husam Musa yang menyepi sebelum ini turut muncul berkempen di PRK Kuala Kangsar. Foto Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Salleh.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor Datuk Husam Musa berkata, dalam keadaan tidak ada sesiapa yang boleh menyentuh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika ini termasuk kuasa Raja-Raja, rakyat di Sungai Besar dan Kuala Kangsar pula mempunyai peluang itu dan ia seharusnya diguna sebaik mungkin.
"Satu -satunya kuasa yang masih berbaki adalah kuasa rakyat. Ukuran awal kesedaran rakyat terhadap mala petaka 1MDB sepatutnya boleh dilihat melalui dua PRK ini.
"Semua pihak, khususnya para pengundi di PRK ini, mempunyai tugas besar membetulkan negara dengan menghantar isyarat yang dapat ditelan oleh Najib - pengkhianatan ke atas negara melalui 1MDB tidak dapat dimaafkan.
"Calon BN Najib wajib ditolak. Itu bahasa yang difahami oleh Najib," kata bekas naib presiden yang dipecat dari Pas itu ketika berucap pada majlis Kolokium Rakyat 1MDB, bersama bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Kuala Kangsar hari ini.

Pemimpin pembangkang tak hipokrit – Kadir Jasin

Kadir mendakwa, ia berbeza dengan pemimpin parti komponen BN yang dilihat sering melindungi satu sama lain.
Kadir-Jasin
SUNGAI BESAR: Wartawan veteran, Datuk Kadir Jasin berpendapat, walaupun masing-masing menghadapi masalah dalaman tetapi parti pembangkang dilihat tidak berbohong antara satu sama lain.
Sehubungan itu, bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times itu menyifatkan ia sebagai perkara positif dan demokrasi baru kerana sekurang-kurangnya pemimpin pembangkang tidak hipokrit sesama sendiri.
“Peluang yang baik untuk menolak Barisan Nasional (BN) tetapi pembangkang agak tidak bersedia. Mereka baru sahaja berpecah dan mempunyai masalah dalaman masing-masing.
“Tetapi saya melihat masalah dalaman antara parti-parti Pakatan sebagai dinamik demokrasi baru.
“Sekurang-kurangnya mereka tidak berbohong antara satu sama lain. Jika anda mengambil rasuah, saya akan terus laporkan,” katanya ketika mengadakan lawatan di pejabat AMANAH Sungai Besar hari ini.
Beliau mendakwa, ia berbeza dengan pemimpin parti komponen BN yang dilihat sering melindungi satu sama lain.
“Dalam BN, jika anda korup kami akan melindungi anda,” dakwanya.
Baru-baru ini, Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung aduan yang diterimanya mengenai permintaan sogokan wang dan wanita ketika berurusan dengan kerajaan negeri Selangor.
Sementara itu, Kadir turut mempertahankan perebutan kuasa dalam kepimpinan pakatan pembangkang bukanlah satu masalah sebaliknya hanya proses mencapai kematangan.
“Pembangkang mungkin tidak bersedia dari segi kewangan. Bantuan kewangan mungkin diperlukan, tetapi saya lihat mereka (parti pembangkang) lebih mempunyai semangat.
“Parti pembangkang perlukan semangat dan saya rasa ia permulaan yang baik untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang,” jelasnya.