Sabtu, 11 Jun 2016

Khairy gagal perjuangkan isu anak muda, heret sentimen perkauman


Faiz anggap Khairy ketandusan idea untuk orang mudaFaiz anggap Khairy ketandusan idea untuk orang muda
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dilihat gagal memperjuangkan isu golongan muda sebaliknya lebih fokus kepada hal perkauman yang tidak membawa keuntungan kepada pembangunan negara.
Timbalan Ketua Pemuda Amanah, Faiz Fadzil berkata, dakwaan Khairy kononnya mengundi Amanah adalah mengundi DAP membuktikan menteri itu enggan mengakui hakikat permuafakatan antara parti pembangkang di negara ini yang melampaui garis kaum.
"Kerjasama yang erat di antara parti komponen Pakatan Harapan iaitu Keadilan dan DAP menunjukkan semangat setiakawan dan pasukan yang utuh bagi meneruskan agenda perjuangan membebaskan rakyat dan Selamatkan Malaysia.
"Rakyat Malaysia menolak sentimen perkauman yang cuba dimainkn oleh saudara Khairy dengan mengatakan undi Amanah adalah undi DAP," ujarnya kepada Malaysia Dateline hari ini.
Mengulas tentang matlamat penubuhan Amanah, beliau berkata, parti berusia sembilan bulan itu bukan diwujudkan untuk membantu DAP sebaliknya bagi membawa perubahan dalam perjuangan Islam dan rakyat di negara ini.
"Amanah melihat kepada prinsip mewujudkan urus tadbir baik sebagai tuntutan Islam yang penting untuk diperjuangkan," tegasnya.
Menurut Faiz, masa depan negara pasti gelap jika penyelewengan dan pembaziran wang negara tidak dibendung.

TIDAK HABIS-HABIS MENYALAHKAN ORANG LAIN, WALHAL YANG BERMASALAH KITA, UMNO-PAS

Oleh Mohammad Agus Yusoff

Tidak habis saya fikir, kenapa apabila b erlaku kekecohan dalam politik Melayu, baik itu dalam UMNO atau PAS, maka DAP, LGBT, dan kaum Cina yang dipersalahkan?Pada saya, cukuplah kita menyalahkan kaum lain dengan masalah yang kita hadapi. Takkanlah masalah politik UMNO dan PAS hari ini adalah disebabkan oleh DAP dan kaum Cina?

Sepatutnya, jika kita orang Melayu bergaduh, kita muhasabah diri dan bertanya—apa puncanya? Adakah itu kerana terlalu mengejar kuasa, menjaga kuasa, memburu kekayaan, terlalu berpuak, atau adakah kerana terlalu sombong dan angkuh?

Selepas itu, tanya lagi diri kita. Sudah cukupkah kita membantu orang Melayu? Sudah cukupkah tindakan yang kita buat untuk menyatukan politik Melayu?

Dalam kita mencari jawapan kepada pertanyaan di atas, elakkanlah dari terus bersikap denial syndrome dengan hanya menyalahkan kaum lain. Lihatlah pada integriti kita, komitmen kita dan perancangan kita dalam menyelesaikan masalah Melayu.

Yang perlu sekarang ialah kita memahami keresahan rakyat. Cukuplah kita melihat masalah politik orang Melayu sekarang dari aspek polarisasi kaum.

Yakinilah, masalah kita tidak akan selesai jika sikap dan pemikiran kita tidak berubah. Dan ini harus dimulakan oleh pemimpin kita!

Pemuda perlu fokus tarik golongan muda keluar mengundi


Bantu orang muda keluar mengundi kata Sany HamzanBantu orang muda keluar mengundi kata Sany Hamzan
Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) yang bertugas bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar memberi fokus mengajak pengundi muda agar keluar mengundi pada 18 Jun ini dan mengundi calon Amanah yang mewakili Pakatan Harapan.
Ketua Pemuda Amanah Nasional Sany Hamzan berkata, gerak kerja mereka tertumpu kepada menarik sokongan pengundi muda kepada Amanah dan memberi kesedaran kepada mereka agar menunaikan hak untuk mengundi.

“Gerak kerja utama pemuda adalah untuk mendapatkan sokongan undi pengundi muda iaitu mereka yang berumur 21 hingga 40 tahun,” kata beliau ketika ditemui Malaysia Dateline.

Beliau berkata, Pemuda Amanah sedang mengenal pasti pengundi muda yang tinggal di luar Kuala Kangsar bagi memastikan mereka pulang mengundi dan memberikan undi kepada calon Amanah, Dr Ahmad Termizi Ramli.

“Sangat penting kepada kita adalah untuk memastikan 18 Jun ini pengudi muda sama ada yang tinggal di Kuala Kangsar dan di luar negeri supaya dapat balik mengundi kerana ini merupakan satu tanggungjawab, amanah, satu hak yang diberikan dalam perlembagaan sebagai rakyat dalam negara kita untuk kita memilih seorang pemimpin,” katanya.

Di samping itu katanya, Pemuda Amanah Nasional juga giat membantu kempen dengan mengadakan program di kawasan berbeza pada setiap hari.

Mereka mengadakan ziarah rumah ke rumah sambil memberikan juadah berbuka puasa kepada mereka, pemeriksaan kesihatan percuma daripada sukarelawan perubatan selain mengedar risalah di bazar-bazar Ramadan.

Nurul Izzah akui AMANAH sukar dekati pengundi Sungai Besar

Parti baharu itu sukar menembusi pasaran dan jentera Pakatan Harapan perlu bekerja keras untuk mempengaruhi pengundi di kawasan itu.

SUNGAI BESAR: Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar mengakui Pakatan Harapan yang diwakili AMANAH menghadapi laluan sukar mendekati pengundi bagi PRK Parlimen Sungai Besar pada 18 Jun ini.
Beliau yang ditemui ketika berkempen bagi calon AMANAH di Pasar Awam Sungai Besar di sini hari ini berkata sukar bagi parti baharu seperti AMANAH untuk menembusi pasaran dan jentera Pakatan Harapan perlu bekerja keras untuk mempengaruhi pengundi di kawasan itu.
“Jadi pada saya, kerana itulah kita kena bertungkus-lumus dan petugas kami pun memakai baju AMANAH untuk memperkenalkan logo calon dan juga kita (Pakatan Harapan) pilih calon tempatan,” katanya.
Nurul Izzah berkata Pakatan Harapan akan lebih sensitif dalam berkempen ketika bulan puasa ini terutama selepas insiden papan iklan bersifat provokatif yang didirikan sekutunya DAP di sekitar pekan Sekinchan.
Pada PRK itu, calon AMANAH Azhar Abdul Shukur selaku pengerusi AMANAH Sungai Besar ditentang calon BN Budiman Mohd Zohdi manakala PAS mempertaruhkan ADUN Meru, Dr Abdul Rani Osman.
Kekosongan kerusi Parlimen itu berikutan kematian penyandangnya Tan Sri Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lepas.
Sungai Besar mempunyai 42,655 pengundi berdaftar dengan 67.16% pengundi Melayu, 30.70% pengundi Cina, 1.92% pengundi India dan 0.22% pengundi kaum lain.

Umno tiada halangan bekerjasama dengan Pas


KUALA KANGSAR - Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa berkata Umno tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengan Pas asalkan kerjasama itu  membawa kebaikan kepada agama Islam.
Annuar yang juga merupakan Ahli Parlimen Ketereh berkata, beliau juga tidak berbeza pendapat dengan Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.
Malah katanya, beliau turut mendoakan supaya apa yang diperkatakan oleh Nik Mohamad Abduh akan dimakbulkan ALLAH SWT.
"Dalam soal kita berpolitik, agama mesti didahulukan. Kita berjuang kerana agama.?Maka saya tidak berbeza pendapat dengan Nik Abduh. Bahawasanya di mana ada titik persamaan atas tuntutan agama, kita mesti bersatu sebab agama mengajar kita bersatu.
"Harus ada persatuan fikiran sebab kita adalah ahli syahadah. Kita kiblat satu, tuhan satu, kaabah yang satu, rasul yang satu. Jadi bila dia kata, Pas giat mendampingi Umno atas perkara yang satu, kebaikan agama, bagi saya Alhamdulillah," katanya ketika ditemui di Kampung Lempor, di sini, hari ini.
Katanya, Umno dari dahulu lagi tidak pernah membuang Pas walaupun parti itu kerap menjatuhkan hukum terhadap Umno.
"Bagi saya Umno pada dahulu lagi, walaupun orang Pas tolak, kafirkan kita, tidak terima kita, kita tidak pernah buang orang Pas. Kerajaan BN terus tolong orang Pas. Terus berkhidmat pada orang Pas.
"Kelantan 20 tahun lebih tidak undi Umno pun, kita terus bantu Kelantan. Kerana apa? Kerana Islam mengajar kita sedemikian. Jadi saya kalau Pas merasakan mereka ingin bekerjasama dengan kita, terutama sekali perkara yang dituntut oleh syarak, maka Umno sangat-sangat mengalu-alukan," katanya.

‘Dulu Umno, kini penyokong Pas serang saya' - Rafizi

Rafizi Ramli Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli hari ini mendakwa beliau tidak lagi diserang penyokong Umno sebaliknya ‘tugas’ itu kini sudah beralih kepada penyokong Pas.
Melalui kemas kini status di Facebooknya, Rafizi yang juga Naib Presiden PKR itu mendedahkan ada pemimpin parti Islam itu yang mempersendakan kerja-kerja pendedahan dalam usaha melawan rasuah yang dilakukannya.
“Kebelakangan ini yang paling kuat serang saya di Facebook ini bukan lagi penyokong Umno tetapi penyokong Pas. Seolah-olah kerja menyerang itu telah di ‘sub-contract’ kepada Pas.
“Malah bila saya dedahkan pembaziran nyata melibatkan penggunaan jet peribadi yang menggunakan wang rakyat oleh Datin Seri Rosmah Mansor (isteri Perdana Menteri), saya tetap diserang oleh penyokong Pas,” katanya.
Menegaskan tidak terkesan dengan serangan sedemikian, Rafizi berkata lebih ramai pengikutnya di Facebook yang menolak politik label melabel ala Pas dan menyokong usaha pihaknya meletakkan keutamaan kepada isu rakyat.
“Malangnya sikap dan pendekatan begini membawa nama buruk kepada ‘tarbiah Pas’ yang selalu disebut-sebut. Saya sertakan satu contoh di bawah.
“Saya juga telah semak profil beliau dan saya percaya ia bukan dibuat-buat oleh musuh Pas untuk merosakkan nama baik Pas,” katanya.
Rafizi sempat menyertakan paparan skrin komen yang diterimanya dari salah seorang pemilik akaun Facebook.
“Saya sepatutnya gembira kerana dengan cara begini, penyokong Pas sendiri yang menyebabkan rakyat atas pagar makin jauh dari Pas.
“Tetapi saya sedih kerana Pas ini membawa nama Islam dan jika akhlaknya itu tidak melambangkan akhlak Islam, ia tidak berlaku adil kepada label ‘Islam’ yang cuba dipamerkan,” katanya.

Mahfuz: Baguslah kalau Pas sudah sedar kesilapan

SHAH ALAM – "Baguslah sekiranya Pas sudah menyedari keperluan menumpukan serangan kepada BN dan bukannya terhadap Parti Amanah Negara (Amanah)."
Demikian respons Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar terhadap Pas yang tidak pernah menyebelahi Amanah dalam perjuangan politik.
“Bagus bila Tuan Ibrahim (Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man) menyedari betapa perlunya Pas menumpukan serangan kepada BN.
Mahfuz Omar “Apa yang saya persoalkan sebelum ini perlu diakui benar apabila Pas menerusi Datuk Mustafa Ali (Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat) mengistiharkan Amanah adalah musuh Pas,” katanya ketika dihubungi Sinar Online, hari ini.
Menjelaskan mengenai kenyataan yang dibuat tempoh hari, Mahfuz berkata, beliau hanya memberikan gambaran yang Amanah melalui laluan sukar dan bukannya memihak kepada parti itu.
Mahfuz menyifatkan pertembungan parti-parti politik pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar seperti pertemuan musuh di gelanggang gusti.
Ini kerana kata beliau, Pas dan BN hanya menumpukan usaha untuk menjatuhkan Parti Amanah Negara (Amanah), bukannya berkempen untuk mengatasi calon parti pihak lawan.
Bagaimanapun Tuan Ibrahim ketika menyanggah dakwaan Mahfuz berkata, parti itu tidak memberi ‘serangan’ kepada Amanah sebaliknya kekal menyasarkan BN sebagai lawan terdekat pihaknya.
“Baguslah kalau sudah sedar kesilapan yang membuat masyarakat menjadi keliru dengan pendekatan Pas,” ujar Mahfuz lagi.

40 peratus pengundi atas pagar masih berbelah-bahagi, kata penganalisis

Undi kira-kira 40 peratus pengundi atas pagar dilihat sebagai 'insentif' yang perlu direbut calon yang bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar pada 18 Jun ini.
Penganalisis politik berpendapat elemen menarik itu mampu memberi kejutan khususnya selepas PAS meninggalkan Pakatan Rakyat.
Prof Madya Datuk Dr Samsu Adabi Mamat, penganalisis politik daripada Universiti Kebangsaan Malaysia berkata mereka sebelum ini kebanyakannya menyokong PAS dan Pakatan Rakyat, namun setelah PAS keluar, menyebabkan mereka berbelah-bahagi untuk mengundi pihak yang mana.
"Mungkin mereka (yang kecewa dengan perpecahan itu) akan beralih ke Amanah (Parti Amanah Negara) atau BN atau mereka tidak mengundi langsung...apa-apa boleh berlaku tanpa kita jangka," katanya kepada Bernama.
Samsu Adabi yang juga pakar dalam bidang Politik Islam dan Minoriti Muslim menjelaskan peratusan pengundi atas pagar itu dibuat berdasarkan purata pembahagian undi pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) iaitu 30 peratus kepada BN, 30 peratus kepada Pakatan Rakyat manakala 40 peratus lagi adalah pengundi atas pagar.
Selain itu, katanya 30 peratus undi untuk Pakatan Rakyat (kini Pakatan Harapan) telah berpecah dua sejak PAS keluar daripada pakatan tersebut.
"Mungkin sekarang pembahagian undi akan jadi 20 peratus kepada Amanah yang mewakili Pakatan Harapan dan hanya 10 peratus kepada PAS atau mungkin sebaliknya," jelas beliau.
PRK Parlimen Sungai Besar menyaksikan pertembungan tiga penjuru di antara BN, PAS dan Amanah selepas kekosongan kerusi Parlimen itu susulan penyandangnya Tan Sri Noriah Kasnon yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak 5 Mei lalu.
Pada PRU13, Allahyarham Noriah menewaskan calon PAS Mohamed Salleh M Hussin dengan majoriti 399 undi.
Dalam pada itu, Samsu Adabi yakin calon BN Budiman Mohd Zohdi yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang mampu memenangi pilihan raya kecil kali ini dengan majoriti lebih besar kerana beliau turut disenangi masyarakat Cina.

Rafizi sudah jadi bahan ketawa kata Annuar Musa

DAP gesa PAS mohon maaf

Tun Mahathir di PRK Sungai Besar: "Saya Sokong Calon Parti Amanah."

Zahid doakan Mahathir segera kembali pada Umno

Hisham: Dr M harping on PM but Najib is not contesting in twin polls

Mahathir mengeluh sokongan buta Melayu untuk Umno

PAS akui giat dekati Umno untuk bersatu, kata Nik Abduh

Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengakui parti Islam itu kini giat mendekati Umno untuk bersatu tapi ia mesti berlandas dasar kepentingan Islam.
Nik Abduh berkata dua parti Melayu Islam itu boleh kekal lama sekiranya kesatuan itu berlandaskan kepada kefahaman dan nama agama.
“Ada benda kita kena kongsi bersama, iaitu agama. Setakat mana Umno faham agama yang boleh kita yakinkan mereka, kalau mereka terima alhamdulillah, itu baik,” katanya dipetik dalam Sinar Harian.
Menurut Nik Abduh, langkah PAS merapatkan diri dengan Umno bertujuan memberi pemahaman kepada parti pemerintah itu dan berkongsi mengenai ajaran Islam sebenar.
“Pas cuba faham elok-elok Umno, NGO (pertubuhan bukan kerajaan), kalau mereka tumpu di atas jalan ini (agama), akan sampai satu masa kita boleh bersatu. Kita buat perbincangan, kita akui kita dekati Umno, untuk fahamkan mereka, bukan hanya rakyat, bahawa ada benda yang kita bertengkar (khususnya) soal politik dan nak tukar pemimpin.
“Ada benda kita kena kongsi bersama, iaitu agama. Setakat mana Umno faham agama yang boleh kita yakinkan mereka, kalau mereka terima alhamdulillah, itu baik,” katanya.
Ahli Parlimen Pasir Mas itu turut berkata, penyatuan Umno dan Pas bukan berlandaskan politik, tetapi ia lebih kepada memperkasakan Islam sebagai agama persekutuan di negara ini.
“Ia arahan agama termasuk RUU Persendirian Akta Mahkamah (bidang kuasa jenayah) pindaan 2016,” jelasnya.

Jika PH menang PRK, petanda rakyat tolak Najib

Kemenangan itu isyarat penolakan kepada Najib, kata Tun Dr Mahathir Mohamad di Sungai Besar.
mahathir_amanah_spr_600
SEKINCHAN: Sekiranya Pakatan Harapan (PH) memenangi dua PRK ini, ia akan menjadi isyarat jelas untuk membuktikan betapa rakyat menolak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata demikian walaupun keputusan PRK ini tidak akan menukar kerajaan.
“PRK bukan untuk menukar kerajaan atau dasar kerajaan. Ini melibatkan dua wakil. Kita masih tidak dapat majoriti kalau menang kedua-kedua PRK, sebaliknya Najib akan terus menjadi kerajaan.
“Tetapi ia usaha menunjukkan kepada Najib rakyat menolaknya. Jadi kita ingin mendapatkan kemenangan kepada calon kita (Azhar Abdul Shukur) dan juga di Kuala Kangsar,” katanya pada sidang media di Restoran Hao Xiang Chi, hari ini.
Katanya, kemenangan dalam PRK ini juga akan membuktikan rakyat benci Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor.
“Ini kerana mereka menyalahgunakan duit untuk kegunaan PRK,” katanya di depan kira-kira 500 pengundi yang majoritinya berbangsa Cina.
Sebelum itu, Mahathir dan beberapa pemimpin PH seperti Lim Kit Siang, Tan Sri Mohamad Mohamad Taib, Anuar Tahir menyaksikan calon AMANAH di Sungai Besar, Azhar Abdul Shukur menandatangani Deklarasi Rakyat.
“Kalau saya tidak menjadi calon pun, saya tetap akan sokong Deklarasi Rakyat,” kata Azhar.

PRK: Isu nasional jadi ‘tumit Achilles’ buat UMNO – penganalisis

Namun ia bergantung kepada sejauh mana Pakatan Harapan menerapkannya dalam imaginasi pengundi.
Profesor Madya Awang Azman Awang Pawi
KUALA KANGSAR: Penganalisis politik Profesor Madya Awang Azman Awang Pawi berkata isu nasional seperti skandal 1MDB dan GST tetap menjadi igauan besar buat UMNO dalam PRK kali ini.
Beliau malah berkata isu tersebut walaupun bukan baru, tetap menjadi ‘tumit Achilles’ terhadap peluang UMNO untuk mengekalkan kemenangan mereka.
“Ia masih relevan dalam konteks PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar.
“Sejauh mana pembangkang memainkan isu ini dan menerapkannya dalam imaginasi pengundi menjadi salah satu faktor penentu menang kalah UMNO,” kata pensyarah Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) kepada FMT.
Hujung minggu ini menyaksikan pemimpin utama Pakatan Harapan dan juga bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamad turun ke Sungai Besar dan Kuala Kangsar bagi program khas berhubung 1MDB dan ‘derma Najib’.
Sebelum ini, program ceramah Pakatan Harapan di Kuala Kangsar turut menjadikan isu nasional sebagai topik utama.
Ia kelihatan membuahkan hasil apabila anak allayarham Datuk Wan Mohammad Khair-il, Wan Imar Izzat cuba menjarakkan ibunya, Datin Mastura Mohd Yazid dengan isu nasional.
“Kami hanya mahu meneruskan misi dan visi ayah kami di Kuala Kangsar, ia tiada kaitan dengan isu nasional,” katanya seperti dipetik Malaysiakini.

KALAU BEGITU, PAS JUGA PATUT DIPANGGIL PIS, BUKAN PAS

Boleh tahan juga Ketua Dewan Muslimat PAS Selangor, Wan Hasrina Wan Hassan ini cuba memperlekehkan Parti Amanah Negara atau yang disebut oleh sesetengah orang sebagai PAN sebagai singkatannya, manakala pimpinannya lebih suka parti tersebut dikenali dengan nama Amanah.

Katanya, parti tersebut telah mengkhianati perjuangan PAS, justeru tidak layak dipanggil Amanah,  tetapi lebih sesuai dipanggil PAN.

Berucap dalam kempen di Sungai Besar, beliau berkata, "kalau ada "mata-mata" PAN di sini balik beritahu bos masing-masing sebab apa nak dipanggil Amanah?"

Nampak dah tiada modal muslimat Pas ini bercakap, merapu semacam sampai perkataan Amanah pun menjadi isu besar baginya.

Kalau betul Wan Hasrina mahu Parti Amanah Negara dikenali sebagai PAN, maka PAS juga mulai sekarang tidak boleh lagi disebut sebagai PAS.

Ini kerana nama sebenar PAS ialah Parti Islam Semalaysia. Jika disingkatkan ia sepatutnya jadi  PIS, bukan PAS.

Mengapa PAS tidak mahu dikenali sebagai PIS, tetapi menggunakan PAS?

Kalau PAS, ia singkatan untuk apa?

Jika PIS boleh menukar namanya kepada PAS, apa masalahnya Parti Amanah Negara disebut Amanah?

Adakah perkataan amanah itu milik peribadi Ketua Dewan Muslimat PIS Selangor sehingga orang lain tidak boleh menggunakannya?

Gaji: Wakil rakyat dari rakyat untuk rakyat, muktamad!

Gaji yang diperolehi harus dipulangkan kepada rakyat tanpa mengira latar belakang agama ataupun pendidikan.
bung mokhtar
PETALING JAYA: Wakil rakyat pemerintah dan pembangkang bersetuju bahawa gaji, elaun dan peruntukan kawasan yang diperolehi mereka adalah kesan daripada kepercayaan yang diberikan rakyat.
Akhirnya, ia perlu dipulangkan semula kepada rakyat dalam bentuk khidmat dan bantuan.
Ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Moktar Radin dan ADUN Meru, Dr Abdul Rani Osman menganggap pengisytiharaan oleh Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad dan Ketua Pemuda UMNO Perlis, Syed Atif Syed Abu Bakar bahawa wakil rakyat dibayar oleh kerajaan bukannya rakyat sebagai pertikaian yang sia-sia.
Prinsipnya, menurut Bung Moktar, mereka dipilih oleh rakyat yang mahu mereka berkhidmat untuk rakyat.
“Kita tidak seharusnya keliru dalam soal begini,” tegas Bung Moktar ketika dihubungi FMT, “Kita datang dari rakyat maka kita harus kembali kepada rakyat.”
“Soal elaun atau gaji samada dibayar oleh rakyat atau kerajaan itu bukan isu yang perlu didebat.”
Sementara itu di Sungai Besar, Rani menegaskan gaji yang diterimanya setiap bulan dan peruntukan untuk kawasannya merupakan pemberian daripada rakyat untuk tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya.

Akhbar Pas dakwa MB Selangor khianat, mahu tahaluf dengan PKR dikaji semula

Azmin berpelukan dengan Mat Sabu di Sungai Besar ketika mengiringi calon Amanah. Gambar Malaysiakini.Azmin berpelukan dengan Mat Sabu di Sungai Besar ketika mengiringi calon Amanah. Gambar Malaysiakini.
Menteri Besar Selangor, Datuk Azmin Ali disifatkan akhbar lidah rasmi Pas, Harakah sebagai mengkhianati persefahaman dengan Pas apabila bertindak mengiringi calon Amanah di pusat penamaan calon Sungai Besar 5 Jun lalu.
Menerusi ruangan Komen Editor keluaran Edisi Jumaat, 10-12 Jun itu, Azmin yang juga Naib Presiden PKR itu dianggap tanpa segan silu mengiringi calon Amanah bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar, Ustaz Azhar Ab Shukur.
Memanggil Amanah sebagai Pan, editor Harakah menyatakan kekecewaannya dengan tindakan Azmin itu dan mempersoal sejauhmana hubungan PKR bersama-sama Pas.
"Lebih mengecewakan, PKR yang sebelum ini bertahaluf dengan Pas juga mengikut rentak sama dengan mengiringi calon Pan (Amanah) di Sungai Besar.
"Apakah ini politik setia kawan?" soalnya. Mengulas pertembungan Pas dengan Amanah pada PRK serentak, 18 Jun ini, editor Harakah menyifatkan parti diterajui Mohamad Sabu itu sebagai 'parti serpihan Pas yang dibentuk mereka yang kalah dalam pemilihan Muktamar Pas ke-61 sebelum ini'.
Harakah turut menganggap Amanah sebagai 'alat' dalam PRK termasuk di Kuala Kangsar kerana kononnya memberi kemenangan mudah kepada BN.
Tidak cukup dengan itu, editor Harakah mendakwa Amanah menjadi "kuda tunggangan kepada PH (Pakatan Harapan) yang dikepalai DAP" - satu ungkapan yang kerap digunakan akhbar dan TV pro Umno-BN sebelum ini.
"Mereka (Amanah) menuduh Pas mahu bergabung dengan Umno dan menyelamatkan Umno, sedangkan apa yang mereka lakukan hari ini di dua PRK ini jelas sekali bermatlamat menyelamatkan Umno-BN," dipetik daripada Komen Editor Harakah itu lagi.
Sementara itu, di halaman akhir Harakah pula memuatkan berita bertajuk, "Pan lawan siapa sebenarnya?" yang memetik kenyataan Pegawai Penyelidik Pusat Penyelidikan Pas (PPP), Syed Ahmad Fadhli.

Tolak Calon BN, Bukan Nak Musuhi Umno

Tun M: BN Amal Taktik Beli Pengundi?

Tun M Harap Pakatan Harapan Menang Dua PRK

Pas Kini Sendiri, Terpaksa Kawan Umno

Tun M: Pas Berlindung Di Sebalik Hudud?

Tun M: ' Saya Tak Janji Siapa Boleh Ganti Najib'

Tun M: This by-election acts as a referendum

Tun M takes a jab at PAS with 'dedak' remark

ADUN DAP cakap jawa untuk raih undi untuk AMANAH

Jamal yg sebut "cina babi", DAP pula dituduh ekstremis kata Tony

Pecah tanah jembatan Manong di buat oleh ahli parlimen 15 tahun lepas

Mahathir lawat ayah calon AMANAH, bekas rakan seperjuangan dalam UMNO

Mahathir isytihar sokong calon HARAPAN (AMANAH)

PAS keseorangan perlu sokongan Najib, dakwa Mahathir

Dr. Mahathir seru pengundi Kuala Kangsar dan Sungai Besar undi calon Pakatan Harapan

13432187_1413515211998746_5820161903857226598_n
SEKINCHAN, 11 JUN: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad berkata kemenangan calon Pakatan Harapan di pilihanraya kecil Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar akan menjadi referendum penolakan rakyat terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Razak.

Walaupun beliau mengakui bahawa kemenangan berkenaan tidak akan mengubah dasar atau tampuk kepimpinan negara, kebencian rakyat terhadap Najib harus dizahirkan pada hari pembuangan undi nanti.

“Pilihanraya kecil bukan untuk menukar kerajaan atau dasar kerajaan, pilihanraya kecil kali ini melibatkan hanya dua wakil rakyat.

“Kita tidak akan dapat majoriti, kalaupun kita menang kedua-dua (PRK). Sebaliknya Najib dan BN akan terus menjadi kerajaan”

“PRK ini ialah sebagai satu referendum, satu usaha untuk menunjuk kepada Datuk Seri Najib bahawa rakyat sudah tolak beliau. Itulah tujuan besar dalam pilihanraya ini.

“Sudah tentu kita berharap calon kita menang, malah di Kuala Kangsar juga,” katanya dalam satu sidang media selepas menyampaikan ucaptama di ‘Kolokium Khas 1MDB Dan Derma Najib Razak: Kalut Kecil-Kecilan Atau Bermulanya Kehancuran?’ di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Tun Mahathir berkata bahawa demokrasi yang sebenar tidak akan dapat dilaksanakan jika Najib masih kekal memerintah negara.

Khalid bertegas tiada khadam atau 'taiko' dalam Pakatan Harapan


Khalid anggap Pas lebih ikut DAPKhalid anggap Pas lebih ikut DAP
Ketua Penerangan Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Samad, bertegas tidak wujud soal mana-mana parti komponen DAP, Amanah dan PKR menjadi “khadam” kepada parti lain dalam gabungan Pakatan Harapan (PH) yang sama seperti mana yang didakwa sesetengah pihak
PH menggunakan prinsip “hujah yang tepat dan baik” dalam setiap perbincangan yang dilakukan bagi mencapai kata sepakat secara bersama.
“Dalam PH tidak ada mana-mana parti yang menjadi ‘bos’.
“Dalam PH yang berkuasa adalah hujah yang paling baik dan yang paling tepat.
“Dan semua (parti komponen PH) akan mengalah apabila mendengar hujah yang baik dan tepat, walaupun dari mana ia datang,” katanya dalam siri ceramah umum PH, semalam seperti dilaporkan Roketkini.
Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam berkata, prinsip berkenaan sudah pun digunakan ketika berlakunya pertikaian dalam meletakkan calon PH di Parlimen Sungai Besar.
Ketika hari penamaan calon semakin hampir, katanya, PKR masih mahu terus berunding dengan PAS bagi mengelakkan pertembungan tiga penjuru, Amanah akur dengan keputusan itu.
Akhirnya, PKR pula terpaksa akur dengan keputusan Amanah yang bertegas mahu untuk meletakkan calon di sini, selepas rundingan PKR-PAS menemui kegagalan, tambahnya.
“Satu lagi contoh, DAP. Parti DAP cadangkan Mohamad Sabu, kemudian kami berbincang.

Bersatu dengan Umno isu lama, kami disingkir kerana itu, kata Asmuni


Pas dan Umno semakin rapatPas dan Umno semakin rapat
Kenyataan Ketua Pemuda Pas bahawa parti itu berazam untuk bersatu dengan Umno bukan perkara baharu, kata Pengerusi Amanah Perak Asmuni Awi.
Malah katanya, akibat menentang usaha pengabungan Pas dan Umno menyebabkan bekas pimpinan Pas yang kini menubuhkan Amanah disingkirkan daripada parti itu.
"Kami memang tahu daripada dulu. Sebab itulah kami ditendang daripada Pas.
"Kami kumpulan yang menentang penggabungan Umno dengan Pas. Usaha ini dilakukan sejak selepas pilihan raya 2008 cuma mereka cuba nak menafikan," kata beliau dalam sidang media di pejabat Amanah Kuala Kangsar hari ini.
Asmuni yang juga bendahari agung Amanah berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Nik Abduh dalam Sinar Harian hari ini bahawa Pas bukan sahaja berniat malah berazam untuk bersatu dengan Umno kerana matlamat penubuhan parti Islam itu adalah untuk menyatukan umat di atas jalan yang betul termasuk penyatuan parti politik.
Asmuni turut mempersoal tujuan Pas bertanding di Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar sekiranya ingin bergabung dengan Umno.
"Kalau nak bergabung bertanding lawan Umno buat apa? Kalau nak bergabung bagitahu penyokong di bawah. Jadi mereka tidak terus berada dalam kekeliruan.
"Pemimpin di atas kata tak ada usaha untuk bergabung dengan umno. Yang pertengahan kata mereka akan bekerjasama dengan Umno.
"Apa maksudnya bekerjasama dengan Umno? Dalam pilihan raya berlawan antara satu sama lain. Apa semua ni?"soalnya.

Pas dapat nikmat dan dedak daripda Najib, dakwa Tun M


Tun Mahathir di majlis Deklarasi Rakyat di Sungai BesarTun Mahathir di majlis Deklarasi Rakyat di Sungai Besar
Pas kini berseorangan setelah meninggalkan Pakatan Rakyat sanggup mendokong perbuatan salah seorang pemimpin negara, semata-mata mahu mendapatkan sokongan peribadi daripada Datuk Seri Mohd Najib Razak.
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, untuk mendapatkan sokongan Najib, parti Islam itu katanya, mendokong perbuatan salah yang dilakukan Najib dan pemimin Umno selama ini.
“Pas ini berseorangan dengan DAP setelah berpisah secara tidak langsung dari Pakatan Rakyat.
“Pas mahu mendapat sokongan Najib khususnya dan tidak akan serang Najib dan akan dokong segala perbuatan salahnya.
“Sebagai parti yang tiada sokongan lagi, agar dapat bantuan daripada Najib dalam bentuk apa saya tak tahu lah.
“Pas tinggal separuh sahaja, separuh daripada Pas sudah berpindah ke parti lain dan tidak percaya kepada kepimpinan Hadi (Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang) lagi.
“Hadi pula cuba menyelamatkan Umno khususnya Najib kerana dapat banyak nikmat dan terima dedak dari Najib
“Saya ingat eloklah orang yang sama fikiran dan setjuu dengan rampasan wang negara oleh najib juga harus disaman,” ujarnya dalam sidang media diadakan pada majlis Kolokium Persidangan Khas 1MDB sempena kempen calon Pakatan Harapan di Dewan Restoran Hao Xiang Chi, Sekinchan pagi ini.
Tun Mahathir sebelum itu telah menyampaikan ucaptamanya mengenai kemelut 1MDB membabitkan Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Razak.
Ditanya media mengenai tujuannya datang berkempen di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, Tun berkata, tujuannya semata-mata untuk menjelaskan kepada pengundi bahawa rakyat benci kepada Najib dan isterinya Rosmah kerana mereka banyak melakukan pembaziran.
Bercakap mengenai Rang Undang-Undang Akta 355 pula Tun Mahathir menegaskan hukum hudud yang ingin dibawa Pas itu bukan hukum hudud Islam yang sebenar.
“ Pas itu bukan hukum hudud itu adalah hudud pas.
“Hudud Pas bertentangan dalam Islam. Dalam Islam diutamakan keadilan apabila menghukum mestilah dengan adil. Hudud Pas mengasingkan orang Islam bukan Islam.
“Orang Islam mencuri potong tangan orang bukan Islam mencuri kena jail (penjara) .Mereka nak menipu orang bukan Islam.
“Lagipun di Malaysia terdapat 40 peratus orang bukan Islam sebab itu hukum hudud tidak boleh dilaksanakan dengan adil,” dakwanya menjawab soalan media.
Beliau juga diajukan pertanyaan sekiranya Perdana Menteri meletakkan jawatan sebelum pilihan raya umum ke 14 kelak siapakah yang mungkin akan dipilih untuk menjadi Perdana Menteri.

Hadi jadikan sokongan Najib talian hayat PAS – Tun M

Tindakan presiden PAS itu menyebabkan separuh pemimpin PAS berpindah parti dan tidak lagi mempercayai kepimpinan Hadi.
mahathir_hadi_pas_600
SEKINCHAN: Setelah bergerak secara sendirian dalam politik, PAS kini cuba mendapatkan sokongan daripada Datuk Seri Najib Razak bagi memastikan hayat parti Islam itu kekal.
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata oleh itu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak akan menyerang, sebaliknya akan menyokong segala salah laku Najib.
“PAS ini keseorangan diri, setelah dia berpisah secara langsung dengan Pakatan Rakyat, sebab itu dia ingin dapatkan sokongan daripada Najib khususnya.
“Dan dia (Hadi) tidak akan serang Najib bahkan akan menyokong perbuatan salah Najib,” katanya pada sidang media, di Restoran Hao Xiang Chi, hari ini.
Beliau berkata tindakan Hadi itu menyebabkan separuh daripada pemimpin PAS berpindah parti dan tidak lagi mempercayai kepimpinan presiden parti Islam berkenaan.
“Sebab itu Hadi cuba melamar UMNO atau khususnya Najib kerana dapat banyak nikmat mungkin dapat dedak daripada Najib,” katanya di depan kira-kira 500 pengundi yang majoritinya berbangsa Cina.
Mahathir turut mengulangi gesaannya bahawa hudud yang diperkenalkan PAS bukan hudud yang Islam perintahkan, sebaliknya hudud PAS.
“Itu hudud PAS dan ia bertentangan dengan hudud Islam. Kerana dalam Islam yang diutamakan adalah keadilan.
“Hukum ini mengasingkan orang Islam dan bukan Islam tidak adil dan tidak Islam. Gunanya untuk menipu rakyat bahawa dia berjuang untuk Islam.
“Di negara yang 100% Islam tidak menjadi masalah, tetapi di negara ini 40% orang bukan Islam sebab itu hukum hudud tidak boleh dilaksanakan dengan adil,” katanya.
Bagaimanapun, dalam siri kempen PAS sempena dua PRK berkembar ini, Hadi menjelaskan akta yang dibentangkannya di Parlimen bukannya hudud.
Sebaliknya ia Rang Undang-undang (RUU) Persendirian untuk meminda Akta 355 Mahkamah Syariah.

Najib jangan janji tinggal janji – AMANAH

Peruntukan RM43.5 juta untuk pembinaan jambatan itu diharap bukan sekadar janji manis pilihan raya BN dalam PRK Kuala Kangsar kali ini.
Asmuni-Awi_najib_600
KUALA KANGSAR: AMANAH hari ini mengingatkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan negeri Perak supaya mengotakan janji mereka bagi menyiapkan jambatan Manong.
Pengerusi AMANAH Perak Asmuni Awi berkata peruntukan sebanyak RM43.5 juta untuk pembinaan jambatan itu juga diharap bukan sekadar janji manis daripada BN dalam PRK Kuala Kangsar kali ini.
“Apa yang saya nak nyatakan ialah penegasan yang kami minta, bukan mengenai peruntukan tetapi bila nak buat dan bila boleh siap. Peruntukan itu dia boleh bagi begitu saja. Tetapi akhirnya kita tidak nampak apa-apa.
“Jadi ini satu lagi politik. Masih tidak dijawab bila jambatan itu nak dibuat. Sebab ini isu lama. Bila jambatan itu nak dibuat. Bila peruntukan itu diluluskan dan datang daripada Rancangan Malaysia yang mana?
“Dan ini saya nyatakan ia satu cara BN untuk meredakan suasana di Manong di mana rakyat sedar mereka sentiasa ditaburi janji manis tetapi di peringkat akhir pelaksanaan tidak dilakukan.
“Dan ini hanya untuk meredakan keresahan yang berlaku di bawah sana,” katanya di Ibu Pejabat AMANAH Kuala Kangsar, pagi ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Najib semalam yang mengumumkan kelulusan projek pembinaan Jambatan Manong dengan peruntukan RM43.5 juta.
Berucap pada majlis berbuka puasa di Masjid Noorul Huda, Manong malam tadi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyifatkannya sebagai hadiah Ramadan kepada penduduk Kuala Kangsar.
Sementara itu, Asmuni turut menyelar kerajaan BN yang menafikan wujudnya majlis pecah tanah sebanyak lima kali di kawasan pembinaan jambatan itu.

Rafizi kurang cerdik, henti cari salah Rosmah, Najib ampu Syed Ali

Veteran UMNO itu berkata Rafizi sepatutnya menjaga rakyat di kawasan sendiri, bukannya terus membodohkan rakyat dengan mencari salah pemimpin.
syed-ali_rafizi-ramli_rosmah_600
KUALA LUMPUR: Pemimpin veteran UMNO hari ini menempelak tindakan Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli yang terus membuat pendedahan mengenai perjalanan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menggunakan jet peribadi ke Istanbul, Turki.
Ketua UMNO Bahagian Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata apa yang Rafizi lakukan itu jelas menunjukkan beliau seorang pemimpin yang kurang cerdik.
Katanya, Rafizi perlu berhenti mencari kesalahan orang lain termasuklah memburukkan Rosmah dan Datuk Seri Najib Razak dengan kembali kepada tugas asal menjaga rakyat di kawasan yang dimenanginya.
“Saya melihat Rafizi ini seorang ahli Parlimen yang kurang cerdik, dia tak tahu buat kerja sebagai wakil rakyat, tetapi kerja dia hanya memburukkan orang lain (Rosmah dan Najib).
“Sebagai ahli Parlimen dia bertanggungjawab kepada rakyat di kawasan sendiri, selesaikan masalah rakyat, saya lihat beliau jarang turun ke kawasan tetapi kerja dia hanyalah memaksa orang mengikutinya dan memburukkan seseorang,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Program Shopping Raya untuk anak yatim dan golongan berpendapatan rendah di AEON Quill City Mall hari ini.
Syed Ali pada masa sama meminta ahli Parlimen Pandan itu supaya berhenti membodohkan rakyat dengan isu yang tidak menguntungkan rakyat.

Hadi cuba lamar Najib demi 'manfaat' - Tun M


SEKINCHAN - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang didakwa cuba melamar Umno atau khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menikmati sebanyak mungkin manfaat, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menurut Mahathir, Pas kini keseorangan setelah berpisah secara tidak langsung dengan Pakatan Harapan dan parti Islam itu tidak akan menyerang Najib bahkan akan mendukung segala perbuatan salah Perdana Menteri tersebut.
"Dia (Pas) tidak akan serang Najib bahkan mereka akan mendukung segala perbuatan salah beliau supaya parti yang tunggal tidak ada sokongan lagi.
"Ini adalah supaya mereka mendapat bantuan dari Najib tapi dalam bentuk apa saya tak pasti," katanya ketika Persidangan Khas 1MDB dan Derma Najib Razak yang diadakan di Restoran Hao Xiang Chi, Sekinchan hari ini.
Dalam pada itu, Mahathir turut mendakwa separuh ahli Pas telah keluar parti berkenaan bagi menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) ekoran sudah tidak lagi percaya kepada pimpinan Abdul Hadi.

Mahathir isytihar sokong calon HARAPAN

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengisytiharkan sokongannya kepada Parti Amanah Negara dalam pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar, Azhar Abdul Shukur.
Ia selepas Azhar menandatangani Deklarasi Rakyat hari ini untuk menyokong gesaan pengunduran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Sambil menegaskan bahawa beliau bukan lagi ahli mana-mana parti, Dr Mahathir berkata beliau berada di situ sebagai seorang warganegara yang prihatin.
Kerana sebab itu, tambahnya, beliau datang untuk menyokong ahli AMANAH yang menandatangani Deklarasi Rakyat untuk menyingkirkan Najib.
Beliau menegaskan demikian dalam ucaptamanya di forum anjura DAP mengenai 1MDB dan skandal RM2.6 bilion di Sekincan.

Kemunculan Amanah gugat mazhab politik lama

Datuk Dr. Mujahid Yusuf RawaDatuk Dr. Mujahid Yusuf Rawa
Ketegasan Parti Amanah Negara (Amanah) menolak perkauman sempit dan ‘menggunakan agama’ untuk manifesto politik menyebabkan mazhab politik lama tergugat lalu menyerang usaha ini dengan pelbagai cara sebagai reaksi spontan mereka, kata Naib Presiden Amanah Datuk Dr. Mujahid Yusuf Rawa.
Melalui kesepakatan Pakatan Harapan (PH) katanya, Amanah mahu mendidik rakyat bahawa pilihan raya sama ada kecil atau umum adalah medan kepada kesaksian terhadap prestasi dasar pemerintahan dari sudut apakah pulangan dan manfaat pemerintahan kepada rakyat yang lebih ramai.
""Amanah menentang rasuah dari akar umbinya dan mahukan pemerintahan ditegakkan atas sendi Maqasid Al-Shariah.
"Nuansa politik ini menggegarkan fahaman lama politik yang dilaungkan oleh Barisan Nasional (BN) dan parti Pas menyebabkan serangan bertubi kepada Amanah dan PH," katanya dalam satu kenyataan khas kepada pengundi PRK berkembar di Sungai Besar dan Kuala Kangsar
Berikut disiarkan kenyataan penuh beliau,
Politik lama vs politik baharu

Amanah baru beberapa bulan di persada politik walaupun kebanyakan pemimpin tertingginya adalah otai dalam politik tanah aair semasa bersama Pas dahulu. Walaupun baharu dari segi penglibatan parti Amanah, ia mendapat perhatian yang cukup meluas baik dari kawan mahupun lawan. Ada beberapa faktor yang membentuk suasana demikian;

Kehadiran Amanah bukanlah secara solo, ia adalah sebahagian komponen Pakatan Harapan (PH) yang terdiri daripada PKR dan DAP. Kekuatan politik bersepakat inilah yang memberi kekuatan luarbiasa kepada AMANAH dalam kemunculannya. Parti pembangkang lain seperti Pas tidak mempunyai kekuatan ini kerana mereka lebih rela bersendirian walaupun pakatan Pas dengan parti Ikatan telah diisytiharkan sebagai Blok ke-3 namun ia langsung tidak memberi impak kepada erti sebuah politik kolusi.

Amanah tidak membawa agenda sempit politik seperti sentimen perkauman atau dogma agama yang sempit, ia menyatakan komitmennya pada pembentukan sebuah negara yang progresif, peduli, amanah dan mengamalkan dasar pemerintahan kerajaan yang bertanggungjawab dan telus. Ini bermakna Amanah menentang rasuah dari akar umbinya dan mahukan pemerintahan ditegakkan atas sendi Maqasid Al-Shariah. Nuansa politik ini menggegarkan fahaman lama politik yang dilaungkan oleh Barisan Nasional (BN) dan parti Pas menyebabkan serangan bertubi kepada Amanah dan PH.

Amanah tidak boleh berkompromi dalam usaha pembentukan sebuah politik baharu dengan bersikap perkauman sempit atau menggunakan doktrin agama sempit yang dogmatik untuk bermain dengan sentimen pengundi. Ketegasan ini menggugat mazhab politik lama di Malaysia yang cenderung kepada perkauman sempit dan ‘menggunakan agama’ untuk manifesto politik sedangkan prinsip besar agama yang menuntut erti keadilan, kemanusiaan dan kebebasan sepatutnya memandu parti politik menterjemahkannya dalam polisi pemerintahan. Ketegasan Amanah dalam hal ini menyebabkan mazhab politik lama tergugat lalu menyerang usaha ini sebagai reaksi spontan mereka.

Abdul Rani desak Budiman nyatakan pendirian berkenaan RUU akta 355 menjelang PRK Sungai Besar


Dr Rani Osman cabar Budiman isytihar sokong RUU 355Dr Rani Osman cabar Budiman isytihar sokong RUU 355
Ahli Dewan Undangan Meru Dr Abdul Rani Othman mahu calon Barisan Nasional (BN) menyatakan pendirian sama ada menyokong Akta 355 ini.
Beliau ditemui Malaysia Dateline pagi ini ketika melawat Pasar Awam Sekinchan mengedarkan risalah berkaitan Rang Undang-undang Akta Mahkamah Syariah 355 kepada pengundi kaum Cina di Sekinchan.
"Saya nak sangat tahu pendirian Umno-BN terutama calon BN Budiman, mengenai RUU adakah dia dan parti komponennya itu sokong atau tak jika ia dilaksanakan kelak.
"Saya pasti mereka takut nak jawab pertanyaan saya ini," ujarnya.
Ditanya mengenai kenyataannya untuk keluar Pas sekiranya Pas bekerjasama dengan Umno wujudkan kerajaan perpaduan beliau berkata, tetap dengan keputusan yang pernah dibuatnya sebelum ini.
"Kerjasama(ta'aun) tidak menjadi masalah tapi bukan tahaluf dengan Umno. Jika Pas nak bertahaluf dengan Umno buat apa saya pula nak bertanding di Parlimen Sungai Besar ini," ujarnya.
Pada 8 Jun lalu bekas pesuruhjaya Pas Selangor ini mengeluarkan kenyataan beliau akan keluar Pas jika parti Islam itu bergabung dengan Umno bagi membentuk kerajaan perpaduan.

Akta 355: Pengundi Cina Sungai Besar khuatir, Melayu yakin

Ramai yang masih tidak jelas butiran terperinci dan apa itu Akta 355.
hudud_cina_600
SUNGAI BESAR: Rang Undang-undang (RUU) Akta 355 Pindaan Mahkamah Syariah yang dibawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang masih sukar diterima masyarakat Cina di kawasan Sungai Besar.
Temu bual FMT bersama masyarakat Cina di Sungai Besar mendapati kebanyakan tidak bersetuju dengan akta tersebut.
Malah ada antara mereka yang tidak mengetahui secara jelas dan terperinci mengenai Akta 355 yang dijelaskan tidak mempunyai kaitan dengan hukuman hudud.
Penduduk, Quay Wee Sin, 26, berkata beliau tidak memahami apa erti RUU Akta 355 Mahkamah Syariah yang dibentangkan di Parlimen pada sidang lepas.
Tetapi apabila diceritakan mengenai hukuman hudud, Wee Sin yang bekerja di restoran makanan laut itu secara terang-terangan menolak pelaksanaannya.
“Itu, tidak baik. Kalau orang curi barang, polis tangkap masuk penjara bolehlah. Tidak perlu buang tangan,” katanya apabila mengulas mengenai isu hudud.
Wee Sin yang juga pengundi di Sungai Besar berkata jika dilihat dari perkembangan semasa, BN dan AMANAH memikat perhatiannya.
“BN dan AMANAH baik,” katanya yang juga sukarelawan bomba.
Sementara itu, Lee Low Chuan, 34, berkata walaupun menyedari akta itu untuk umat Islam, tetapi tanpa berselindung beliau menyatakan tetap bimbang dengan akta tersebut.
Ini kerana, katanya beliau yang bekerja sebagai nelayan melihat pemimpin bukan Islam terus mendesak agar akta itu tidak diteruskan.
“Saya tidak pasti, tetapi kita bimbang kerana ada orang atas yang marah-marah dengan akta itu, kita juga rasa risau,” jelasnya.
Namun sebagai nelayan, Low Chuan mengakui masih memerlukan BN memandangkan peruntukan yang diberikan kepada nelayan.
Manakala, bagi masyarakat Islam di kawasan Sungai Besar, kebanyakannya menerima sepenuhnya Akta 355 yang bakal dibentangkan semula pada Oktober ini.

NAJIB SENDIRI TURUN PADANG DALAM PRK, APAKAH ZAHID HAMIDI TIDAK BERFUNGSI?

Sebenarnya bukanlah amalan biasa bagi Perdana Menteri dan Presiden UMNO untuk turun berkempen dalam mana-mana pilihanraya kecil. Lazimnya tugas itu diterajui sepenuhnya oleh Timbalan Perdana Menteri sahaja.

Ketika era Tun Mahathir Mohamad, semua pilihanraya kecil dipertanggungjawabkan kepada timbalannya. Ketika Tun Abdullah Badawi, Najiblah yang bertungkus lumus bergelumang dalam semua pilihanraya kecil.

Malah ketika Najib mempunyai timbalan yang bernama Muhyiddin Yassin, kelaziman dan kebiasaan memberi mandat kepada orahg nombor dua itu sentiasa diamalkan.

Jika kita masih ingat juga, dalam beberapa pilihanraya kecil sejak 2009 lalu di mana Najib bertimbalankan Muhyiddin, Timbalan Presiden UMNO yang digantung jawatan itulah yang turun padang siang malam, pagi petang dan macam berkampung di lapangan bertemu pengundi serta mengumumkan pelbagai peruntukan pembangunan.

Tetapi kelaziman dan kebiasaan itu nampaknya sudah tidak dipakai lagi di Sungai Besar dan Kuala Kangsar ini. 

Najib sendiri mengambil keputusan turun padang di kedua-dua kawasan pilihanraya kecil itu untuk bertemu pengundi, turun ke bazar Ramadan, mengumumkan macam-macam projek pembangunan dan janji-janji yang lain.

Jika ketika Muhyiddin menjadi Timbalan Perdana Menteri dahulu, mengumumkan pembinaan Jambatan Manong, naik taraf universiti, bantuan kepada kaum India dan sebagainya, itu adalah antara peranan yang sepatutnya dilakukan oleh Zahid Hamidi, bukannya Najib.

Kenapa ini berlaku, adakah Najib tidak meyakini kemampuan Zahid Hamidi?

Mengapa tidak diberi peluang sepenuhnya kepada Zahid Hamidi menunjukkan bakat ketrampilannya, tambahan lagi ini adalah pilihanraya kecil pertama sejak beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden UMNO?

Mungkinkah sebagaimana yang ditanggapi banyak pihak bahawa pilihanraya ini ialah untuk menghantar mesej penolakan terhadap Najib, maka membuatkan Perdana Menteri sendiri turun padang dan berusaha sehabis baik yang mungkin bagi mengelakkan kekalahan BN benar-benar menjadi kenyataan?

‘PH tidak mustahil menang PRK jika strategi betul’

Biarpun dalam pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar pengundi kaum Melayu adalah majoriti (66% di Sg. Besar dan 68% di Kuala Kangsar) serta di kedua-dua tempat merupakan kubu Umno namun calon Parti Amanah Negara masih mempunyai peluang meraih kemenangan jika Pakatan Harapan (PH) menggunakan strategi yang betul.
Untuk masyarakat Cina yang merupakan 30% di Sungai Besar dan 24% di Kuala Kangsar, isu ekonomi adalah isu yang penting sekali buat mereka. Bagaimanapun, penganalisis politik bersetuju di kedua-dua kawasan pengundi Melayu membentuk hala tuju sokongan dan amat penting kepada mana-mana parti yang bertanding
Oleh itu, kempen yang memasuki hari ke-6 menyaksikan Amanah menggunakan isu kenaikan kos sara hidup yang turut dirasai oleh majoriti pengundi Melayu biar pun di pedalaman Sungai Besar mahu pun Kuala Kangsar.
“Akan datang rakyat akan dibebani lagi apabila geran kereta perlu ditukar dari format yang lama kepada format yang baru dan rakyat perlu bayar untuk membuat penukaran ini,” ujar Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam yang juga pengarah komunikasi Amanah mengulas langkah terbaharu kerajaan memperkenalkan sijil kenderaan menggantikan geran sedia ada mulai 1 Jun.
Bagi Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin yang juga ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jering, beliau berpendapat bahawa “Cukai Barangan dan Perkhidmatan yang telah dilaksanakan sejak 1 April tahun lalu semakin terasa membebankan rakyat kerana cukai itu telah menaikkan harga semua jenis barang keperluan.
“Justeru itu, para pengundi diseru supaya bijak menilai keberkesanan dasar-dasar BN. Sama ada dasar-dasar tersebut prihatin dan pro-rakyat atau pun tidak,” katanya.

Pengundi Kuala Kangsar mungkin buat kejutan – Raja Kamarul Bahrin

Pengerusi Amanah Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah yang berkempen untuk Ahmad Termizi memberitahu, kemungkinan rakyat Kuala Kangsar akan membuat kejutan pada 18 Jun ini dengan memberi undi kepada Amanah.
Ini kerana katanya, fasa awal kempen, ramai pengundi yang tidak berani menzahirkan sokongan kepada Amanah dan Pakatan Harapan kerana takut bantuan daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) akan dihentikan.
Namun katanya ada pengundi yang secara sembunyi-sembunyi menyatakan bahawa mereka akan mengundi Amanah.
“Saya pergi kempen ke kampung-kampung, turun ceramah, ada pengundi yang datang berbisik kepada saya bahawa mereka menyokong Amanah tapi takut untuk tunjuk terang-terangan, takut orang BN nampak.
“Saya yakin mereka akan memberi undi kepada Amanah pada 18 Jun ini dan kita akan terus mendekati golongan atas pagar ini,” katanya yang juga ahli Parlimen Kuala Terengganu ketika ditemui di pejabat Amanah Kuala Kangsar semalam.
Dalam pada itu Timbalan Presiden Amanah Salahudin Ayub berkata, pencalonan Amanah bagi kerusi Kuala Kangsar telah dipersetujui oleh Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim terlebih dahulu.
Beliau berkata, keputusan meletakkan Dr Ahmad Termizi Ramli yang merupakan anak tempatan dipersetujui semua parti dalam Pakatan Harapan bagi memastikan perjuangan untuk membela rakyat semua kaum dapat diteruskan.
“Kita letakkan Dr Ahmad Termizi Ramli kita putuskan bersama dengan pimpinan Pakatan Harapan termasuk Datuk Seri Anwar di penjara Sungai Buluh. Anwar telah beri persetujuan bahawa Amanah mewakili Pakatan Harapan mewakili bertanding di Kuala Kangsar,” kata beliau dalam ceramah di Taman Kenas Jalan Sultan Iskandar Shah, Kuala Kangsar malam tadi.
Kenyataan Salahudin melengkapkan kedudukan bahawa Dr Termizi mendapat sokongan semua pihak kecuali Barisan Nasional (BN) dan Pas.
Sebelum ini, Presiden Amanah, Mohamad Sabu memaklumkan, bekas perdana menteri paling lama, Tun Dr Mahathir Mohamad dan parti politik yang menyertai Delarasi Rakyat bersetuju memilih Dr Termizi.

Billboard kempen ingatkan rakyat tentang ‘Cina babi’ – Tony

DAP langsung tidak pernah menyebut perkataan yang mengguris perkataan kaum lain seperti yang dilakukan Jamal Yunos.
tony-pua_jala_cina-babi_600
SUNGAI BESAR: Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua akhirnya bersuara dan menjelaskan kepada rakyat Sungai Besar mengapa papan iklan ucapan rasis Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Datuk Jamal Yunos dan lain-lain diletakkan.
Katanya, DAP langsung tidak pernah menyebut perkataan yang mengguris perkataan kaum lain seperti yang dilakukan Jamal sebaliknya hanya mengingatkan semula.
“Kita tidak sebut Cina babi, kita hanya memperingatkan semula apa yang pernah disebut.
“Kita minta Jamal dan konco-konconya minta maaf dan tarik balik tetapi masa itu dia kata kenapa kena tarik balik, apa salah kata Cina babi sebab Cina makan babi,” katanya di Restoran Kuala Kurau, Sungai Besar, malam tadi.
Beliau berkata, pilihan raya adalah masa yang sesuai untuk memperingatkan rakyat mengenai tindakan yang dilakukan pemimpin UMNO.
“Masa pilihan raya adalah masa untuk menunjukkan pendirian parti masing- masing dan parti kita berpendirian perkataan sebegitu bersifat rasis dan perlu ditegur.
“Tapi yang dipersalahkan DAP dan AMANAH. Kecoh seluruh dunia kata kita biadab,” katanya yang berucap di depan kira-kira 500 pengundi Sungai Besar.
Sebelum ini, DAP mengakui papan iklan tersebut dipasang dan ia diturunkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

GKCM edar surat terbuka minta Pengundi Sungai Besar, Kuala Kangsar tolak BN

Sekreateriat Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) melalui satu surat terbuka kepada Pengundi di Sungai Besar dan Kuala Kangsar mahu pengundi menolak calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kali ini.
Melalui kenyataan gabungan itu, yang merayu kepada pengundi supaya tidak mengundi calon BN pada PRK kali ini.
"Bukan kerana kita berpaling tadah tetapi atas dasar untuk memberi mesej bahawa kita menentang kemungkaran para pemimpinnya.
"Apa yang paling penting ialah kita ingin menyatakan kepada Datuk Seri Najib bahawa perbuatan salahguna kuasanya tidak boleh dimaafkan dan beliau sepatutnya berundur.
"Jika kita terus memangkah BN pada kali ini, maka hancurlah harapan anak cucu kita yang mengharapkan kita untuk memulakan perubahan," kata kenyataan itu.
Kenyataan itu turut menyebut Sejak kebelakangan ini Umno telah tergelincir dari landasan sebenarnya. Perjuangan atas nama agama, bangsa dan negara telah ditingggalkan oleh para pemimpinnya.
Amalan rasuah, salahguna kuasa dan sikap berlumba lumba mencari kekayaan peribadi merupakan perjuangan pemimpinnya pada hari ini.
"Mengisafi hakikat ini, kami akhirnya menubuhkan GKCM yang merupakan gabungan ketua-ketua cawangan Umno bertujuan membetulkan keadaan dalam Umno.
"Kami sedar kami akan ditentang habis-habisan oleh mereka yang mempunyai kuasa ketika ini.
"Namun kami ingin melihat pemimpin-pemimpin Umno mengambil contoh kepimpinan Khulafah Al Rashidin dalam memimpin rakyat negara ini

P093; Serang Amanah dengan fitnah, diam terhadap penyelewengan UMNO@BN


Fitmah disebar tanpa hormati undang-undangFitmah disebar tanpa hormati undang-undang
Modus operandi kempen pilihan raya yang mengaitkan parti Amanah kononnya alat atau khadam DAP dilakukan oleh pihak yang terdesak.
Ketua Pemuda Amanah, Sany Hamzan berkata, provokasi kaum juga dimainkan untuk menyerang parti Islam itu pada ketika Umno-BN sedang dihujani serangan daripada segenap sudut.
"Ini menyentuh tentang cukai menindas, GST; kontroversi 1MDB serta isu derma RM2.6 bilion termasuklah terbaru pembongkaran pengunaan duit rakyat bagi sewaan jet yang dinaiki isteri Perdana Menteri.
"Mereka sudah ketandusan isu untuk menyerang Amanah dan pada masa sama tidak mampu untuk menjawab pelbagai pendedahan penyelewengan Fitnah golongan terdesakFitnah golongan terdesakwang rakyat.
"Jadi, isu perkauman yang memang modal lama mereka dihidupkan kembali," jelasnya ketika dihubungi Malaysia Dateline hari ini.
Beliau bagaimanapun yakin kira-kira 40 peratus pengundi muda berusia 21 hingga 40 tahun di Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar tidak akan termakan dengan sentimen perkauman sempit yang tidak menguntungkan rakyat itu.
"Mereka tentunya pengundi muda yang matang dan tidak akan tertipu dengan fitnah yang sedang dimainkn oleh Umno-BN dan mereka yang bersekongkol dengan mereka," tambahnya lagi.
Budaya menjijikkan terus menularDalam perkembangan berkaitan satu imej menyerupai papan iklan kempen Amanah yang dikaitkan dengan DAP menjadi viral dan dikongsi dalam beberapa kumpulan WhatsApp hari ini.
Antara ungkapan tertera, "Vote Amanah, U will helps DAP stronger" (Undi Amanah, anda akan membantu DAP menjadi lebih kuat) serta "Undi Amanah = Undi DAP".
Walau bagaimanapun, maklum balas petugas jentera pilihan raya Sungai Besar memberitahu "billboard" itu dipercayai diedit untuk mewujudkan kebencian pengundi Melayu terhadap Amanah.
"Ikut maklumat (papan iklan provokasi) itu di Sekinchan tapi bila dicari tiada," kata sumber itu lagi.

Selain imej papan iklan yang dipercayai diedit, beberapa kain rentang dan poster memburukkan Amanah dengan DAP di lokasi Pilihan Raya Kecil (PRK) serentak di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, 18 Jun ini turut tersebar di media sosial.
Antaranya, kain rentang di hentian bas yang tertera ungkapan, "Amanah tolak hudud. Amanah bukan parti Islam" berserta logo bermaksud tidak kepada Amanah.
Satu poster dengan logo DAP yang diterbalikkan pula menyebut, "Ini musuh kita! Termasuk sekutunya."

P067: Wan Azizah dan calon Amanah disambut meriah di bazar Ramadan


Wan Azizah dan Ahmad Termizi di sambut meriah di Kuala Kangsar. Foto Malaysia Dateline oleh Wan Zahari SallehWan Azizah dan Ahmad Termizi di sambut meriah di Kuala Kangsar. Foto Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Salleh
Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang turun berkempen bagi calon Parti Amanah Negara (Amanah) Dr Ahmad Termizi Ramli di bazar Ramadan Arena Kuala Kangsar petang semalam mendapat sambutan hangat daripada pengunjung dan peniaga di bazar tersebut.
Sambutan terhadap beliau dan rombongan amat terasa walaupun dalam masa yang sama berlangsung program Kerajaan Barisan Nasional (BN) di tempat yang sama.
Beliau mengagihkan sebanyak 300 bekas bubur lambuk kepada pengunjung bazar sebelum berjalan dari gerai ke gerai dan beramah mesra dengan pengunjung dan peniaga.

Rata-rata pengunjung dan peniaga kelihatan teruja apabila melihat kelibat beliau dan masing-masing bersedia dengan telefon bimbit di tangan.

Ada yang merakam video dan ada yang mengambil gambar dari jauh dan tidak ketinggalan mereka yang tidak mahu melepaskan peluang untuk bergambar dengan beliau. Malah tidak kurang juga mereka yang ‘berselfie’.

Wan Azizah mengambil peluang memperkenalkan calon Amanah dan menyeru pengunjung dan peniaga yang ditemui agar memilih Dr Termizi yang mewakili Pakatan Harapan pada 18 Jun ini.

Tidak lama selepas itu, suasana menjadi semakin meriah dnegan kehadiran Dr Termizi sendiri untuk sama-sama berkempen dan memperkenalkan diri.

Sikap ramah kedua-duanya membuatkan orang ramai tidak segan untuk bertegur sapa malah respons yang ditunjukkan sangat positif.

Tiada peniaga yang menunjukkan muka masam apabila dihampiri Wan Azizah dan Dr Termizi walaupun sedang sibuk melayan pelanggan.

Pengunjung bazar juga tidak menunjukkan rasa tidak selesa apabila disapa malah mereka terlebih dahulu menghulurkan tangan untuk bersalam dan mengambil gambar.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Wan Azizah berkata, rakyat Kuala Kangsar perlu memilih calon Amanah mewakili Pakatan Harapan agar pakatan tersebut menjadi pembangkang yang kuat di parlimen.

'Saya minta Dr Rani tolong balik ke Meru...' - Ng Suee Lim

SEKINCHAN - Adun Sekinchan, Ng Suee Lim menasihatkan calon Pas bagi PRK kawasan Parlimen Sungai Besar, Dr Abdul Rani Othman supaya menarik diri daripada bertanding.
Katanya, Abdul Rani tidak diperlukan di Sungai Besar dan penyokong Pas sendiri tidak membantunya berkempen.
“Kalau boleh sebelum 18 hari bulan nanti saya akan beritahu Dr Rani supaya tarik diri untuk jaga maruah dan tidak dipergunakan oleh Pas untuk menentang Parti Amanah Negara (Amanah).
Ng Suee Lim “Sebagai kawan saya, dia ada maruah dan jangan gadaikan maruah sempena bulan Ramadan yang mulia ini,” katanya menjawab respons Abdul Rani yang mendakwa kesibukan berkempen menyebabkan beliau terlepas pandang masalah di Pasar Awam Sekinchan.
Menurutnya, calon Pas PRK Sungai Besar itu sepatutnya berada di Meru dan menyelesaikan masalah penduduk di sana.
“Saya minta Dr Rani tolong balik ke Meru dan jaga jalan di sana yang berlubang-lubang dan sering dilanda banjir.
“Kalau dia gagal selesaikan masalah di sana tolong jangan persoalkan kerja saya di sini,” katanya.
Kelmarin, Abdul Rani dalam kenyataannya di Sinar Harian meminta Suee Lim menyelesaikan masalah peniaga di Pasar Awam Sekinchan yang berdepan tekanan selepas Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) menaikkan kadar sewa bulanan petak perniagaan sejak Januari lalu.

Pas akui giat mendekati Umno

Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengakui parti Islam itu kini giat mendekati Umno untuk meyakinkan bahawa dua parti Melayu Islam itu boleh bersatu kerana dasar kepentingan Islam, khususnya menerusi Rang Undang-Undang Persendirian Akta 355.
Beliau berkata, penyatuan Umno dan Pas hanyalah satu kepalsuan dan tidak boleh kekal lama, melainkan jika kesatuan itu berlandaskan kepada kefahaman dan nama agama.
“Pas cuba faham elok-elok Umno, NGO (pertubuhan bukan kerajaan), kalau mereka tumpu di atas jalan ini (agama), akan sampai satu masa kita boleh bersatu. Kita buat perbincangan, kita akui kita dekati Umno, untuk fahamkan mereka, bukan hanya rakyat, bahawa ada benda yang kita bertengkar (khususnya) soal politik dan nak tukar pemimpin.
“Ada benda kita kena kongsi bersama, iaitu agama. Setakat mana Umno faham agama yang boleh kita yakinkan mereka, kalau mereka terima alhamdulillah, itu baik,” katanya eksklusif kepada Sinar Harian pada satu pertemuan.
Beliau berkata, Pas bukan sahaja berniat malah berazam untuk bersatu dengan Umno kerana matlamat penubuhan parti Islam itu adalah untuk menyatukan umat di atas jalan yang betul termasuk penyatuan parti politik.
“Memang Pas ditubuhkan untuk menyatukan ummah, bukan hanya niat, dia niat, azam, ada belaka. Jadi tiada sebab kita nak berpisah dengan PKR, nak balas dendam dengan DAP.
“Islam suruh menyatukan umat manusia, bukan umat Islam saja, tapi saat ini kita berpecah. Suatu hari nanti, kita tak tahu. Itu kita usahakan sebab memang manusia ini memang tidak akan maju kalau tak bersatu,” ujarnya.
Bersatu bukan atas landasan politik
Ahli Parlimen Pasir Mas itu turut berkata, penyatuan Umno dan Pas bukan berlandaskan politik, tetapi ia lebih kepada memperkasakan Islam sebagai agama persekutuan di negara ini.
“Ia arahan agama termasuk RUU Persendirian Akta Mahkamah (bidang kuasa jenayah) pindaan 2016,” jelasnya.

Ahli MT Umno pertahan jet peribadi digunakan Rosmah

Seorang anggota Majlis Tertinggi Umno mengutuk parti pembangkang yang kelihatan kehabisan isu kerana seringkali mengungkit isu pembaziran kerajaan untuk mengumpan pengundi.
Datuk Irmohizam Ibrahim yang juga Anggota Parlimen Kuala Selangor dalam kenyataan hari ini berkata, tomahan yang dibuat Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli tidak matang setelah menimbulkan pertikaian terhadap Datin Seri Rosmah Mansor.
“Tomahan Rafizi yang mendakwa bahawa isteri Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) sebagai boros kerana menaiki jet peribadi ke Turki adalah tidak matang.
“Ini mungkin kerana sebelum ini tuduhan yang dilemparkan kepada PM oleh beliau (Rafizi) dan kepimpinan parti pembangkang secara berterusan mengenai dana 1MDB dan RM2.6 juta tidak lagi menarik perhatian pengundi di Sungai Besar dan Kuala Kangsar,” kata Irmohizam.
Beliau berkata Rafizi seringkali memberi kenyataan dengan congakkan angka yang mengelirukan rakyat sampai terlupa dengan 11 tindakan undang-undang terhadapnya.
Justeru itu, Irmohizam berkata bahawa parti yang matang seperti Barisan Nasional dilihat lebih tenang dan matang dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil.
“Parti yang matang tidak menyerang dengan mengecam individu dan mengaitkan secara semberono terhadap parti lawan, tetapi seharusnya menonjolkan kewibawaan sesebuah parti itu sendiri,” katanya.

Zahid beri amaran jangan main isu agama, kaum dalam PRK

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran kepada semua parti politik terutamanya pembangkang agar tidak memainkan isu agama dan sensitiviti kaum dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar.
Timbalan Perdana Menteri berkata langkah tersebut bertujuan memelihara keharmonian masyarakat majmuk di negara ini.
“Maka kita mahu kawan dari parti lain mematuhi etika kempen yang ditetapkan.
“Jangan hanya berpandukan kepada etika ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sahaja, tetapi ahli politik sendiri mesti menjaga keharmonian hidup beragama dalam masyarakat pelbagai agama dan kaum,” katanya ketika berucap pada Program Penerapan Nilai-nilai Murni di Bulan Ramadan Bersama Timbalan Perdana Menteri di Masjid Nurul Falah, Tali Air 7, Sungai Leman semalam.
Beliau pada masa sama juga menasihati jentera kempen Barisan Nasional (BN) dan UMNO jangan sekali-kali menyentuh isu sensitif terutama yang membabitkan soal agama dan kaum.
Kenyataan Zahid itu susulan kontroversi papan iklan yang dinaikkan oleh pembangkang yang berbentuk provokasi di Sungai Besar baru-baru ini.
Dalam program dihadiri kira-kira 1,000 penduduk setempat itu, Ahmad Zahid turut menyerahkan bantuan kewangan kepada 100 anak yatim dan 100 al-Quran untuk diwakaf kepada Masjid Nurul Falah. T
imbalan Perdana Menteri turut berkata, sembilan laporan polis dibuat susulan tindakan parti pembangkang memasang papan iklan yang menyentuh isu agama dan kaum di sini baru-baru ini yang mana lima kertas siasatan dibuka pihak polis bagi menyiasat kes berkenaan.

Wang Besar: Najib umum RM43.5 juta bina jambatan di Kuala Kangsar

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan peruntukan RM43.5 juta bagi pembinaan Jambatan Manong, Kuala Kangsar bagi memudahkan penduduk menyeberangi Sungai Perak.
Najib berkata Jambatan Manong ini akan menghubungkan Kampung Seberang Manong ke Pekan Manong di daerah itu.
“Jambatan Manong ini dah lama menjadi bualan tapi belum ada lagi majlis pecah tanah atau letak batu asas jadi saya nak umumkan mengikut standard JKR (Jabatan Kerja Raya).
"Saya dengan ini meluluskan pembinaan Jambatan Manong dengan peruntukan RM43.5 juta,” kata Najib dalam majlis berbuka puasa bersama perdana menteri di Masjid Nurul Huda, Manong, Kuala Kangsar sebentar tadi.
Pembinaan jambatan itu akan disertakan dengan pembinaan jalan sepanjang tiga kilometer di sekitar kawasan tersebut.
Dalam majlis berkenaan, Najib turut menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada golongan anak yatim, asnaf dan ibu tunggal serta air zam zam dan kurma kepada wakil 25 masjid dan 53 surau di kawasan tersebut.
Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hamzah Zainudin.

Wang cukai bukan hak MCA, tapi hak kerajaan – Ridhuan Tee

MCA juga sewajarnya membina masjid dan sekolah agama untuk orang Melayu disebabkan orang Melayu telah memberi kekayaan kepada parti itu.
danial-ridhuan
PETALING JAYA : MCA tidak sepatutnya mengungkit isu cukai yang disumbangkan ahli parti kerana kutipan cukai merupakan hak kerajaan, kata Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.
Beliau berkata demikian menjawab Setiausaha Biro Keharmonian Agama, Chris Daniel Wong yang menepis dakwaan MCA parti anti-Islam kerana majoriti anggota MCA membayar cukai yang turut digunakan untuk membina masjid dan surau.
“Jika kerajaan belanjakan untuk kepentingan Islam, itu hak umat Islam kerana ia disebut dalam Perlembagaan,” katanya lapor Ismaweb.
Malah, bekas ahli parti Cina itu berpendapat MCA wajar membina masjid dan sekolah agama untuk orang Melayu memandangkan orang Melayu telah memberi kekayaan kepada parti itu.
“Sudah tiba masanya MCA membalas budi Melayu yang telah menjadikan mereka kaya raya dan dapat kuasa. Jangan jadi kacang lupakan kulit,” tegasnya.
Dalam pada itu, Ridhuan turut menyifatkan kenyataan Daniel Wong yang menafikan Malaysia sebagai negara Islam dengan merujuk kepada ucapan bekas Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman sebagai jahil dan tidak layak menjadi pemimpin.
“Inikah standard pemimpin MCA berfikir? Layakkah mereka diundikan oleh Melayu? Standard pemikiran dan cara berhujah orang kampung. Kalau tak ada hujah, baik diam selepas puas makan dedak,” katanya.
Tambahnya, tindakan Daniel Wong yang memetik ucapan Tunku Abdul Rahman sebagai ultra kiasu.
“Ucapan Tunku tidak mengikat atau ‘binding’. Ia hanya sekadar ucapan. Yang mengikat kita adalah Perlembagaan. Hakikatnya Islam adalah agama Persekutuan yang mempunyai posisi istimewa dalam Perlembagaan,” katanya.

Belum tentu Azmin bantu jika AMANAH menang – KJ

Ketiadaan kelibat Datuk Seri Azmin Ali membantu calon AMANAH mengundang tanda tanya
azmin kj
SUNGAI BESAR: Ketiadaan kelibat Datuk Seri Azmin Ali bagi membantu kempen calon Parti Amanah Negara (Amanah) di Sungai Besar seolah-olah mengesahkan desas-desus bahawa Menteri Besar Selangor itu tidak merestui calon parti yang mewakili Pakatan Harapan.
Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) Khairy Jamaluddin berkata ketidakhadiran Azmin juga menggambarkan seolah-olah menteri besar itu tidak mahu memberikan komitmen terhadap pengundi di Sungai Besar.
“Saya tidak tahu kenapa, tapi dia (Azmin) tidak ada oleh kerana masalah yang berlaku dalam Pakatan Harapan hari ini di mana calon yang bertanding (bagi Pakatan Harapan) di sini tidak direstui oleh beliau.
“Jadi jangan ingat kalau kita bagi sokongan kepada PAN (Amanah) kerajaan negeri akan bantu kita (pengundi Sungai Besar),” katanya semasa berucap pada majlis penyampaian peralatan sukan kepada persatuan belia pelbagai kaum di Sekinchan, di sini hari ini.
PKR sebelum ini ‘tersepit’ dengan perbalahan antara PAS dan Pakatan Harapan yang dianggotainya dengan DAP dan Amanah, termasuk dalam soal pemilihan calon bagi PRK Sungai Besar.
Azmin juga dikatakan mengelak daripada media selepas timbulnya isu dakwaan rasuah dalam kerajaan Selangor susulan pendedahan Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli baru-baru ini.
Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR hadir di Sungai Besar pada hari penamaan calon, 5 Jun lalu, namun selepas itu tidak kelihatan sepanjang tempoh berkempen sehingga ke hari ini.
Khairy yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO berkata komitmen rendah yang ditunjukkan menteri besar itu berbeza dengan pemimpin-pemimpin BN, termasuk menteri-menteri kabinet yang telahpun turun untuk mengadakan pelbagai program di Sungai Besar sejak sebelum hari pencalonan sehingga kini.