Jumaat, 10 Jun 2016

Dr. Termizi Ramli: Kita Mahukan 1 Kerajaan Yang Lebih Adil, 1 Kerajaan Yang Lebih Terus

Kempen Politik Jangan Sentuh Emosi Lawan - Asyraf Wajdi Dusuki

Undang-Undang MKN: "Dari Malaysiakini? Saya tak mahu jawab soalan dari anda" - Ahmad Maslan

Khalid Samad: Why hold by-elections during Ramadan?

UMNO angkuh sehingga menderhaka kepada Majlis Raja-Raja


Mesyuarat-Majlis-Raja-Raja
Pada 3 Disember 2015, Dewan Rakyat telah meluluskan sebuah rang undang-undang bernama rang undang-undang Majlis Keselamatan Negara 2015 (RUU MKN 2015) walaupun mendapat bantahan daripada kalangan ahli parlimen pembangkang.
Bantahan ahli parlimen pembangkang yang terdiri daripada ahli-ahli parlimen DAP, Amanah dan PKR adalah berkaitan dengan kuasa Perdana Menteri yang telah mengambil atau melebihi kuasa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agung dalam mengisytiharkan sesuatu kawasan keselamatan.
Dewan Negara seperti biasa kemudiannya meluluskan RUU MKN 2015 pada 22 Disember 2015 tanpa sebarang pindaan.
RUU MKN 2015 tersebut kemudiannya dipersembahkan kepada Majlis Raja-raja Melayu oleh Peguam Negara semasa Mesyuarat Majlis Raja-raja kali ke-240 pada 17 Februari 2016.
Setelah ditaklimatkan oleh Peguam Negara, Majlis Raja-Raja berpendapat bahawa beberapa peruntukan di dalam RUU MKN 2015 tersebut perlu diperhalusi semula.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad dalam suatu kenyataan menyebut bahawa “Bagi maksud tersebut Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor selaku Pengerusi Mesyuarat Majlis Raja-raja Yang ke-240 akan mewasalkan warkah kepada YAB Perdana Menteri.”
Pada 18 Februari 2016, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pula dilaporkan berkata bahawa kerajaan mengambil maklum pandangan Majlis Raja-Raja bahawa beberapa peruntukan dalam rang undang-undang Majlis Keselamatan Negara perlu diperhalusi.
Pada 19 Februari 2015 pula, akhbar Sin Chew Daily melaporkan bahawa Peguam Negara akan mengkaji semula RUU MKN 2015 selaras dengan nasihat Majlis Raja-Raja agar ianya diperhalusi semula.
Namun, pada 20 Mac 2016, Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang telah dilaporkan oleh Sinar Harian bahawa beliau mengharapkan agar RUU MKN 2015 dipercepatkan pindaan selaras dengan tuntutan Majlis Raja-Raja.
Beliau berkata, “Saya menyokong saranan Majlis Raja-Raja yang mahu rang undang-undang itu diperhalusi. Beberapa pindaan harus dibuat tanpa membuang masa demi kebaikan negara.”

SAYANG SEKALI, MENTALITI KJ DAH SAMA MACAM PEMIMPIN PAS

Kalau pemimpin Pas seperti Hadi Awang atau Mustaffa Ali yang mengatakan mengundi Amanah sama macam memberi undi kepada DAP, barangkali tidak ada sesiapa hairan dengannya.

Begitu juga, jika pemimpin UMNO seperti Ahmad Maslan, Fuad Zarkashi atau Salleh Said Keruak yang menyatakan demikian, orang mungkin masih boleh menerima seadanya apa yang ada dalam otak mereka.
Tetapi, apabila Khairy Jamaluddin yang selama ini selalu tampil dengan pemikiran berbeza dan kononnya mengamalkan politik idea, juga didapati sama seperti  mereka, tentu ramai yang geleng kepala.

Tak sangka KJ pun rupa-rupanya sama mentaliti dengan mereka. KJ dan Hadi Awang sudah tak berbeza lagi sekarang ini.

Tidakkah KJ sedar bahawa PKR, DAP dan Amanah adalah parti-parti yang bergabung dalam Pakatan Harapan dan oleh yang demikian, mereka berhak saling bantu membantu antara satu sama lain? 

Kenapa KJ tidak melawan perjuangan Pakatan Harapan yang selalu membangkitkan isu berkaitan masa depan negara, tata kelola, rasuah dan sebagainya dengan idea bernasnya atau hujah lawan dengan hujah?

Kenapa tak habis-habis dengan pemikiran sempit, perkauman dan rasis untuk menang pilihanraya?

Calon Amanah sokong singkir PM


Walk about calon Amanah Dr Ahmad Termizi di bazar Ramadan mendapat sambutan hangat pengunjungWalk about calon Amanah Dr Ahmad Termizi di bazar Ramadan mendapat sambutan hangat pengunjung
Calon Amanah pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kangsar, Dr Ahmad Termizi Ramli menyokong kempen Bersih 2.0 untuk menyingkirkan Perdana Menteri dan yakin penyingkiran Datuk Seri Najib Razak daripada jawatan itu tidak akan memulihkan imej Umno dan BN.
"Sekiranya saya dipilih rakyat Kuala Kangsar sebagai Ahli Parlimen mewakili mereka, saya akan sokong penyingkiran Najib selaku Perdana Menteri.
"Ini adalah kerana Najib telah membawa banyak kerosakan kepada Negara. Sebagai pemimpin, beliau perlu dipertanggungjawabkan ke atas segala kerosakan yang dilakukan beliau termasuk yang terbesar setakat ini - skandal 1MDB," ujarnya dalam satu kenyataan media menjawab beberapa soalan dibangkitkan Besih 2.0.
Beliau juga menyifatkan usaha untuk menyingkirkan Perdana Menteri sebagai 'pengajaran politik' bagi rakyat bahawa mereka tidak wajar takut menggantikan pemimpin yang tidak betul.
Di masa yang sama, tambah beliau pemimpin perlu diajar takut kepada rakyat sekiranya mereka melakukan penyelewengan.
Dr Ahmad Termizi juga tidak bersetuju dengan pandangan bahawa penyingkiran Najib akan menyelamatkan Umno/BN.
"Saya tidak setuju dengan sikap itu kerana ianya tidak boleh dilihat secara berasingan.
"Kerosakan yang dilakukan Najib adalah atas kegagalan Umno/BN di mana mereka telah menjadi parti politik sekadar menjaga kepentingan peribadi dan bukan kepentingan rakyat.
"Najib mampu bertindak begini oleh kerana Umno/BN telah menjadi parti yang gagal dan tidak berfungsi demi rakyat mahu pun orang Melayu," tegasnya
Sehubungan itu, beliau yakin penyingkiran Najib tidak akan menyelamatkan Umno sebaliknya akan menjadikan rakyat lebih berani untuk membawa perubahan.
"Sama ada Umno akan selamat atau tidak hanya satu andaian. Sedangkan kerosakan yang dibawa Najib adalah satu hakikat dan kebenaran.

Azizah gesa Najib mansuh Akta MKN

Wan Azizah menyifatkan pewartaan RUU MKN 2015 sebagai undang-undang tanpa persetujuan Agong adalah perkembangan berbahaya dan julung kali berlaku dalam sejarah perlembagaan negara.
wan-azizah-NSCPETALING JAYA: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memansuhkan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang diluluskan tanpa persetujuan Yang di-Pertuan Agong pada sesi Parlimen akan datang.
Ini kerana katanya, pewartaan Rang Undang-undang (RUU) MKN 2015 sebagai undang-undang adalah perkembangan berbahaya dan julung kali berlaku dalam sejarah perlembagaan negara.
Beliau turut mempersoalkan kenapa undang-undang baru drakonian itu perlu diluluskan secara tergesa-gesa sedangkan Majlis Raja-raja dan rakyat pelbagai lapisan turut berkongsi kebimbangan sama terhadap pewartaan RUU itu.
Presiden PKR itu berkata, BN bukan sahaja tidak menghormati raja-raja malah mereka mengabaikan peranan perlembagaan raja-raja.
“Peranan mereka amat penting khasnya dalam konteks negara kita, di mana BN telah lama mengabaikan kebebasan asasi dan perbezaan kecil dalam perlembagaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
RUU MKN 2015 yang dibantah parti pembangkang ketika dibentangkan dalam Dewan Rakyat tahun lalu, menjadi undang-undang dengan sendirinya walaupun tanpa persetujuan Yang di-Pertuan Agong.
Ia diluluskan berdasarkan Fasal 4 (a) Perkara 66 Perlembagaan Persekutuan, iaitu sesuatu RUU menjadi undang-undang 30 hari selepas dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Ambil kira pandangan Raja-raja sebelum laksana Akta MKN


Raja raja Melayu menitahkan RUU MKN diperhalusi kerajaan.Raja raja Melayu menitahkan RUU MKN diperhalusi kerajaan.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengambil kira pandangan Majlis Raja-raja Melayu yang telah menitahkan supaya Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) diperhalusi sebelum ia dilaksanakan.
Menurut Kit Siang, sementara tarikh sebenar penguatkuasaan Akta itu masih belum ditetapkan, adalah wajar untuk pindaan terhadap Akta berkenaan dapat dilakukan, selaras dengan pandangan dan tuntutan Majlis Raja-raja Melayu.
“Ini adalah penting kerana Akta ini bersangkut paut dengan hak asasi manusia, malah ia juga mengenai demokrasi, Perlembagaan negara dan kuasa Raja-raja Melayu,” katanya dalam satu sidang media di Sungai Besar, lapor Roketkini.
Akta MKN mendapat tentangan hebat daripada blok pembangkang ekoran pelaksanaannya yang membolehkan penguatkuasaan darurat di sesuatu kawasan keselamatan yang diisytiharkan oleh majlis berkenaan yang dipengerusikan Perdana Menteri.

P093: Nasihat Azhar buat Tan selesa makan guna tangan


Azhar bersama Tan... bertemu semula selepas 30 tahun.Azhar bersama Tan... bertemu semula selepas 30 tahun.
Walau jauh kenangan berlalu, ilmu yang bermakna tidak akan luput diingatan bahkan nilai persahabatan sentiasa mekar sepanjang zaman.
Demikianlah yang dialami calon Amanah bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar, Ustaz Azhar Ab Shukur ketika didatangi seorang lelaki Cina selepas ceramah kempen di parlimen itu, dua hari lalu.
Beliau mencatatkan kembali detik pertemuan semula dengan rakan lama sekolahnya yang dipanggil sebagai Tan di akaun Facebook miliknya atas nama Azhar Ab Shukur hari ini.
Ustaz Azhar, 51, memberitahu mulanya Tan bertanyakan sama ada beliau mempunyai abang yang pernah belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Besar.
Namun, Ustaz Azhar menjawab dirinya sendiri menuntut di sekolah itu sebelum Tan atau dulunya digelar Taiko mengesahkan mereka pernah menghuni satu asrama yang sama.
"Saya masih ingat, awak makan nasi guna tangan dan saya guna sudu. Awak cakap, kalau guna tangan, kita akan jaga tangan kita bersih-bersih.
"Lepas tu saya terus (makan nasi) guna tangan, masuk U (universiti), saya bagitau kawan-kawan begitu. Saya sebut nama awak... rindu kat awaklah... sudah 30 tahun tak jumpa...," ujar Tan seperti diceritakan kembali Ustaz Azhar pada status di Facebook itu.

PM tak ada standard, kata Khalid

Khalid berkata, Azmin sudah menjelaskan pendirian untuk menyokong AMANAH bertanding di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
khalid-najibSUNGAI BESAR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didesak menyatakan pendiriannya terhadap isu Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016.
Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Abdul Samad berkata, tindakan Najib menggesa Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyatakan pendirian kerajaan negeri itu sama ada menyokong PAS atau AMANAH di Sungai Besar, seolah-olah tidak ada standard.
“Perdana Menteri jelas tidak ada standard apabila mendesak Azmin menjelaskan isu ini (sama ada sokong PAS atau AMANAH).
“Pendirian Menteri Besar jelas, dia tidak mahu dilibatkan secara bersungguh-sungguh kerana ia akan mengganggu hubungan dengan EXCO PAS,” katanya dalam sidang media di pejabat AMANAH Sungai Besar, hari ini.
Jelasnya, Azmin juga sudah menjelaskan pendirian untuk menyokong AMANAH bertanding di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
“Adakah Najib hendak teruskan dengan RUU yang dibawa Hadi. Jadi, apakah pendirian Najib dan parti komponen BN yang lain?” soalnya.
Semalam, Najib dilaporkan sebagai berkata, kecelaruan pembangkang jika dibawa ke peringkat pentadbiran negara hanya akan mewujudkan kerajaan yang lemah.
PAS merupakan rakan dalam kerajaan Selangor yang dipimpin PKR, manakala AMANAH pula merupakan rakan komponen Pakatan Harapan yang dianggotai PKR.
“Kecelaruan di pembangkang amat jelas di Sarawak apabila mereka bertembung di banyak kawasan. Di sini pun kita lihat perkara yang sama, mana letaknya pendirian kerajaan negeri?
“Kita masih tidak tahu PAS ni masih mereka terima atau tidak. Seolah-olah tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain,” kata Najib selepas berbuka puasa bersama penduduk semalam.

PRK: Kenapa ubah tempat mengundi?

Tindakan SPR menukar tempat mengundi hanya akan menimbulkan kekeliruan pada hari pengundian 18 Jun nanti.
khalid-samad_spr_undi_6001
SUNGAI BESAR: AMANAH mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan status tempat mengundi terbaru bagi 4,524 pengundi di Sungai Besar.
Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Abdul Samad berkata, tindakan SPR itu hanya akan menimbulkan kekeliruan pada hari pengundian kelak.
“Tindakan ini pasti akan menjejaskan dan menyebabkan pengundi di Sungai Besar keliru. Namun masih ada masa untuk mereka lakukan perubahan.
“Kita juga hairan kenapa mereka lakukan dalam waktu terdekat bila ada PRK ini dan kenapa tidak lakukan pada waktu PRU13 lalu,” ujarnya.
Beliau berkata, SPR juga dilihat tidak memaklumkan secara rasmi pertukaran tempat mengundi tersebut, sebaliknya ia hanya disedari pada hari penamaan calon Ahad lalu.
Sementara itu, ADUN Damansara Utama, Yeo Bee Yin terkejut dengan tindakan SPR menukar tempat mengundi yang dikhuatiri akan mempengaruhi 10% pengundi di PRK Parlimen Sungai Besar.
“Di DUN Sungai Panjang, seramai 2,520 pengundi di kawasan Kampung Baru Nelayan, Taman Seri Indah, Jalan Panchang Bedena, Taman Seri dan beberapa kawasan telah dikumpulkan ke sebuah daerah mengundi baru iaitu ‘Kampung Baharu Nelayan’,” jelasnya.
Sementara itu, Khalid turut mengeluh PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar diadakan pada bulan Ramadan.
“PRK pada bulan Ramadan ini menyulitkan kami untuk berkempen. Kami tidak ada alat propaganda seperti media arus perdana.
“SPR mempunyai masa 60 hari untuk menetapkan tarikh pilihan raya, kenapa lakukan pada waktu ini sedangkan ia juga boleh dilakukan selepas Ramadan?
“Sembahyang habis pada pukul 11 malam dan permit ceramah pula habis pukul 12 tengah malam,” katanya.

Bagaimana rakyat masih sokong Najib? Kisah Ramadan Mahathir

Seperti biasa saya ke bazar Ramadan untuk membeli aneka jenis masakan yang hanya terdapat di bulan puasa.
Hari pertama saya ke bazar di Putrajaya. Lokasi bazar telah dipindah tetapi pelanggan ramai seperti biasa.
Hari kedua saya ke Kampung Baru. Saya kagum dan gembira kerana pihak berkuasa sudah mendirikan bumbung untuk melindungi gerai dari hujan dan panas.
Kain berwarna-warni menghiaskan siling yang juga mengurangkan panas matahari.
Tanpa dirancang saya bertemu dengan pegawai yang bertanggungjawab menghiaskan bazar Ramadan Kampung Baru dan saya ucap tahniah kepadanya.
Katanya tahun hadapan keselesaan dan keindahan pasar itu akan diperbaiki lagi. Sekali lagi saya ucap tahniah kepadanya.
Sebelum saya masuk kereta, dia menyatakan kegembiraannya bahawa dia diberitahu saya tidak akan pergi ke Sungai Besar dan Kuala Kangsar
Saya terpaksa jelas bahawa saya akan berkempen di kedua-dua tempat. Bulan puasa bukan masanya untuk kita bersikap kasar. Saya akan cuba elak dari menggunakan perkataan yang kasar.
Sesungguhnya saya tidak faham bagaimana ada orang yang masih sokong Najib.
Di Brazil dan Kenya dan beberapa negara lain, tidak banyak bukti yang menunjukkan pemimpin mereka terlibat dengan rasuah atau salah guna kuasa.
Tetapi tuduhan masih dibuat terhadap mereka. Presiden Brazil digantung jawatannya oleh hakim besar supaya tidak mengganggu siasatan terhadapnya.
Di Malaysia juga Presiden Umno dan Perdana Menteri pernah meletakkan jawatan apabila ternampak rakyat tidak lagi sokong mereka.
Tetapi bukti salahlaku Najib adalah jelas dan didedah secara terbuka sehingga ke seluruh dunia dan tidak dapat dinafikan olehnya.
Berpuluh akhbar dan TV negara-negara asing menyiarkan laporan yang dilengkapi dengan gambar dan dokumen dan surat berkenaan salah guna kuasa oleh Najib dan kehilangan berbillion duit 1MDB dan wang beribu juta berada dalam akaun peribadi Najib.
Benar di Malaysia akhbar arus perdana tidak pernah siar perkara-perkara ini. Tetapi media sosial menunjukkan rakyat mengetahui akan kesalahan Najib dan sudah tidak percaya padanya.
Rakyat menuntut supaya dia berhenti dari menjadi Perdana Menteri.
Di bawah Najib parti Umno ditolak dan dikecam oleh orang Melayu dan ramai ahli; Umno sudah jadi lemah dengan pencapaian yang terburuk dalam PRU 13.
Besar kemungkinan Umno akan kalah dalam PRU 14, jika Najib memimpinnya. Semua ini berlaku semasa kepimpinan Najib.

'13 penumpang, beg berisi pakaian, ruang kargo jadi tempat minyak'

Pegawai khas isteri perdana menteri, Datuk Rizal Mansor menempelak Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli kerana terus mendedahkan mengenai perjalanan Datin Seri Rosmah Mansor menggunakan jet peribadi kerajaan ke Istanbul, Turki dengan kali ini, berkongsi videonya.
Ahli Parlimen Pandan itu pada sidang akhbarnya mempersoalkan jumlah pegawai yang mengiringi isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam lawatan itu serta kandungan beg yang dibawa.
Menjawab soalan itu, Rizal menjelaskan bahawa jet peribadi yang disewa khas itu membawa 13 penumpang beserta tujuh anak kapal.
“Penumpang pesawat berkenaan bukanlah hanya isteri perdana menteri seorang.
“Adakah semua penumpang lain tidak membawa bagasi masing-masing?" soal Rizal dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.
Menurut Rafizi, beliau tidak pasti bilangan beg yang dibawa itu dan menyoal mengapa ia idak diletakkan di kawasan bagasi yang ditetapkan tetapi terpaksa diangkut sendiri ke dalam pesawat berkenaan.
Beliau juga secara sinis menyoal apa guna menyewa jet peribadi mewah tetapi ruang mewah dipenuhi dengan beg-beg besar.
Menjawab pertanyaan itu, Rizal memulangkan paku buah keras dengan berkata beliau akan memberi penjelasan ikhlas dalam bahasa Melayu yang mudah serta beranggapan pemimpin PKR itu tidak pernah menaiki pesawat komersil mahupun pesawat eksekutif.
“YB boleh menyemak terma 'ACT - additional centre tank' dengan 'rakan-rakan' dalam industri penerbangan.
“Pesawat ini telah mebuat pengubahsuaian kepada ruang kargonya untuk membesarkan tangki minyak bagi membolehkan pesawat terbang lebih jauh,” katanya.
Menurut Rizal, memandangkan perjalanan ke Istanbul itu adalah penerbangan jarak jauh, maka sudah tentu semua 13 penumpang dan anak kapal itu perlu menukar pakaian masing-masing.

Akta MKN diwartakan tanpa perkenan diraja: Zahid, Nancy kunci mulut

Menteri-menteri kerajaan, termasuk Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengelak daripada menjawab mengenai Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara (MKN), yang diwartakan tanpa perkenan diraja.
Zahid enggan menjawab ketika ditanya bila Rang Undang-undang itu akan dikuatkuasakan.
"Mari kita beri tumpuan kepada pilihan raya Sungai Besar dulu," katanya dengan senyuman janggal.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab bagi undang-undang Datuk Seri Nancy Shukri dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan juga enggan mengulas.
Pada 17 Februari lalu, Majlis Raja-Raja meminta supaya Rang Undang-undang MKN yang akan memberi kuasa mengiystihar darurat kepada Majlis Keselamatan Negara yang diketuai Perdana Menteri diperhalusi.
Bagaimanapun, menurut warta, Rang Undang-undang MKN secara automatik diperkenankan pada hari berikutnya pada 18 Februari di bawah Perkara 66 (4A) Perlembagaan Persekutuan.
Peruntukan ini memberi persetujuan automatik kepada mana-mana undang-undang jika Yang di-Pertuan Agong tidak memberikan perkenan dalam tempoh 30 hari apabila undang-undang itu dikemukakan kepada baginda.
Rang undang-undang itu diwartakan menjadi undang-undang pada hari Selasa, walaupun tarikh penguatkuasaan masih belum ditetapkan.
Nancy, ketika ditemui selepas melawat calon BN Kuala Kangsar Mastura Mohd Yazid berkata, rang undang-undang itu tidak berada di bawah bidang kuasa beliau.
"Ia bukan di bawah saya, Ia di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim," kata beliau.

Isu SD: Azhar nafi, SAMM cadang ambil tindakan

Rosmah 'jeling' wartawan tanya dakwaan Rafizi

Ahmad Maslan saran penyokong Cina DAP tidak pulang mengundi

PM hanya umum bantuan segera bantu pekebun kecil kerana PRK


Mazlan meninjau masalah dihadapi penoreh getah.Mazlan meninjau masalah dihadapi penoreh getah.
Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) menggesa kerajaan BN melaksanakan langkah-langkah konkrit termasuk menguatkuasakan harga lantai getah berbanding memberikan bantuan 'sekaligus' (one off) untuk pekebun kecil getah.
Sambil mengalu-alukan pengumuman Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak yang memperuntukkan RM194 juta kepada 388,111 pekebun kecil getah di bawah bantuan khas Kejatuhan Harga Getah, Mazlan berkata bantuan itu tidak banyak membantu pekebun kecil yang terkesan dengan kejatuhan harga komoditi itu.
Peruntukan RM500 bagi setiap penoreh getah yang diumumkan Najib di Dewan Jubli Perak Kuala Kangsar, pagi tadi, kata Mazlan pernah diberikan pada 2013 dan 2014.
Namun tambah beliau, Anak melihat isu kejatuhan harga komoditi getah yang berlarutan sejak 2013 perlu ditangani secara bersepadu dan berkesan.
"Memberi peruntukan one off adalah bersifat adhoc (sementara) yang tidak memberi impak sewajarnya sebagai formula terhadap derita penoreh getah.
"Sejauh mana kerajaan mempertimbangkan desakan harga lantai sekurang-kurangnya RM3.50 hingga RM4.00 sekilogram yang sehingga ini, harga getah sekerap hanya pada kadar antara RM1.75 hingga RM2.00 sekilogram.
"Ia begitu rendah dan mengakibatkan ratusan ribu penoreh getah berada pada tahap miskin," kesal beliau.
Tambah Mazlan, plan menstabilkan harga getah yang diumumkan sebelum ini oleh Lembaga Getah Malaysia tidak menampakkan hasil sedangkan negara pengeluar lain seperti Thailand dilihat jauh lebih berjaya dan bersungguh menangani isu kejatuhan harga getah.

BERAPA BANYAK BEG? APA DALAM BEG? JAWAPAN PEGAWAI KHAS ROSMAH BANYAK TAK LOGIK

Soalan mudah daripada Rafizi Ramli untuk Rosmah Mansor di hari ketiga pendedahannya mengenai penggunaan jet kerajaan oleh isteri Perdana Menteri itu - berapa banyak beg dan apa isi di dalamnya?

Jawab, jawab...jangan tak jawab.

Kali ini rasanya lebih sesuai jika Rosmah sendiri tampil memberikan jawapannya, bukan melalui pegawai khasnya, Rizal Mansor lagi.

Sebab setakat pegawai khas tak mungkin tahu berapa jumlah beg tersebut, apatah lagi isi-isi dalam semua beg itu.

Hanya Rosmah satu-satunya yang lebih tahu.

Tapi kalau tak boleh atau susah jawab di dunia, jawab saja di akhirat nanti.

Video beg-beg sedang diangkut ke dalam pesawat boleh ditonton melalui facebook Rafizi Ramli. 

NOTA - Baru sebentar tadi pegawai khas Rosmah, Rizal Mansor tampil dengan penjelasannya berkaitan isu yang dibangkitkan Rafizi ini.

Menurut kata Rizal, ruang kargo peswat itu telah diubahsuai untuk membesarkan tangki minyak, maka sebab itulah beg diangkut ke dalam pesawat.

Rasa-rasa logikkah jawapan itu?

Dalam kes penerbangan ini, kata Rizal lagi, ruang kargo digunakan untuk membawa kostum dan alatan Permata Seni, maknanya sebab itu ia tak muat untuk diisi dengan beg-beg.

Sekali lagi, logikkah jawapan itu?

Masuk akalkah  pesawat membawa VVIP turut digunakan macam lori untuk mengangkut barang-barang dan alatan, lebih-lebih lagi VVIP di dalam pesawat itu ialah "First Lady"  yang bernama Rosmah Mansor?

PAS: Kalau ada fakta, kami pun bangkit isu jet Rosmah

"Kami pun memang sentiasa membantah keburukan Barisan Nasional," kata Naib Presiden PAS Idris Ahmad.
Idris-Ahmad_Rafizi-Ramli6_pas_600
KUALA KANGSAR: PAS berkata ia sedia membangkitkan isu jet peribadi yang dikaitkan dengan Datin Seri Rosmah Mansor, tetapi mahu maklumat lengkap berhubung isu itu.
“Kalau ada maklumat lengkap (kita akan suarakan), kerana PAS bercakap berdasarkan fakta,” kata Pengarah Pilihan Raya PAS PRK Kuala Kangsar, Idris Ahmad.
Beliau menjawab Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli yang mencabar PAS membangkitkan isu itu pada kempen PRK di Kuala Kangsar dan Sungai Besar, susulan pendedahannya yang Rosmah menyewa jet mewah untuk menghadiri urusan kerajaan di Turki.
Rafizi berkata kegagalan berbuat demikian menunjukkan calon PAS, Dr Najihatussalehah Ahmad akan gagal membawa suara rakyat ke Parlimen jika menang dalam PRK kali ini.
Idris kata tidak timbul isu pertahankan Rosmah kerana “kami pun memang sentiasa membantah keburukan Barisan Nasional”.
Rafizi membuat siri pendedahan berhubung dakwaan Rosmah menggunakan jet peribadi yang disewa kerajaan untuk menghadiri sebuah majlis di Istanbul, Turki.
Tindakan itu dipertahankan pegawai khas Rosmah, Rizal Mansor yang berkata jet peribadi digunakan berikutan jadual Rosmah yang padat.
Dalam pada itu, Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali menyifatkan tindakan DAP memasang papan tanda provokasi tanpa pengetahuan AMANAH di Sungai Besar menunjukkan siapa “mastermind” dalam kerjasama dua parti itu.
“Dialah (DAP) ‘mastermind’, PAN ikut arahan,” katanya merujuk AMANAH.
“PAN kadang-kadang tak tahu pun apa yang DAP buat. Macam papan tanda itulah. ‘Aku nak buat, buat sahaja, PAN tak tahu pun tak apa’,” katanya lagi.
Pengarah Komunikasi AMANAH Khalid Samad semalam menjelaskan, pemasangan papan tanda tersebut disebabkan masalah kekurangan koordinasi antara rakan parti dan berjanji ia tidak akan berulang lagi.

BN sukar raih majoriti PRU13, kata penganalisis

PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar menguji pengaruh parti parti bertanding.PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar menguji pengaruh parti parti bertanding.
Barisan Nasional (BN)  hanya akan meraih sekitar 2,000 undi majoriti  jika gagal mengekalkan sokongan pengundi pada PRU13 lalu dan menarik pengundi Cina dan India di dua Pilihan Raya Kecil (PRK) kali ini, kata penganalisis politik.
Dr Sivamurugan PandianDr Sivamurugan PandianPenganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia, Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata, sasaran BN untuk mendapatkan majoriti undi  yang besar dengan isu-isu semasa hari ini tidaklah semudah dijangkakan.
"Ia bergantung kepada banyak faktor. Sejauh mana peratusan ahli dan penyokong Umno-BN akan keluar mengundi. Bagaimana jika sekiranya berlaku penurunan undi daripada kaum Cina?
"Bagi pengundi atas pagar pula adakah BN berjaya tarik mereka dan kecenderungan pengundi luar sama ada mereka akan balik mengundi.
"Semua faktor itu boleh mempengaruhi  perubahan pola pengundi bagi keputusan PRU13 lalu.
"Untuk capai angka itu, hanya boleh terjadi jika BN dapat memastikan jumlah undi yang diperolehi dalam PRU13 lalu dapat dikekalkan dan pertambahan undi itu akan berlaku sekiranya BN berjaya menyakinkan kaum Cina dan India dengan isu-isu semasa yang dimainkan dalam kempen pembangkang," ujarnya dalam wawancara dengan Malaysia Dateline, Ahad lalu, di Sungai Besar.
Sivamurugan membuat jangkaan daripada pengamatannya di Kuala Kangsar dan Sungai Besar, berkemungkinan BN hanya mampu meraih majoriti sekitar 2,000 undi sahaja berbanding PRU13 lalu jika kemenangan memihak kepada BN.
Beliau berpandangan terdapat pengundi senyap di kalangan kaum Cina dan India di dua PRK ini yang akan mensabotaj calon parti masing-masing.
"Terdapat pengundi Cina dan India  pengundi senyap sebabnya mereka tidak tahu dan kurang maklumat apa yang berlaku antara parti-parti bertanding.
"Walaupun DAP bekerjasama dengan Amanah mereka juga harus menyakinkan Amanah bukannya klon Pas kepada pengundi Cina dan India.
"Cabaran besar pada BN pula,  jika BN berjaya yakinkan pengundi Cina bahawa Pas dan Amanah tiada bezanya, akan terdapat protes dalaman yang menunjukkan peningkatan terhadap peratusan tidak keluar mengundi dan undi rosak dikalangan kaum Cina dan India.
"Mungkin mereka kurang menyokong BN dan pada masa yang sama lakukan protes pada pembangkang," jelasnya.

Harga Barang Mydin Naik 3% - 5% Akibat Penyusutan Ringgit

Undang-undang MKN: " Kerajaan BN tak hormat Majlis Raja-Raja"

SAMM: We're not supporters of Najib

Ratu Naga crashes press conference, confronts Azharuddin

Najib: Jangan dengar dakwaan pembangkang negara banyak hutang




P093: Wanita misteri macai Umno@BN berkempen di luar masjid sebelum solat Jumaat

Soalan 'cepu emas' buat Rosmah, tanya Rafizi

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli melontarkan soalan-soalan yang wajar dijawab isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berhubung isu bilangan kandungan beg besar yang dibawa naik ke dalam pesawat peribadi yang dinaiki Rosmah untuk ke satu majlis di Istanbul, Turki.

Antara soalan Rafizi kepada Rosmah, adakah kandungan beg-beg besar mengandungi wang tunai?

Bagi RM500: "Sampaikan hajat saya undi BN," Najib

Video Rosmah, pegawai bawa banyak beg masuk 'private jet'

Pihak Datin Seri Rosmah Mansor telah mengakui secara terbuka bahawa
beliau telah menggunakan jet peribadi ACJ319 A6-CJE yang dibayar oleh
rakyat untuk menerima satu anguerah di
Turki. Beliau juga tidak menafikan bahawa anak beliau, Nooryana Najwa
Najib juga telah menaiki jet tersebut dan ditanggung oleh rakyat.


Hari ini saya paparkan rakaman video Datin Seri Rosmah Mansor menaiki pesawat tersebut sebagai bukti lanjut.


Daripada video ini, saya lontarkan lagi soalan-soalan yang wajar
dijawab oleh Datin Seri Rosmah Mansor dan Dato’ Seri Najib Tun Razak
seperti berikut:

1. Berapa orang pegawai yang mengiringi Datin Seri Rosmah Mansor menaiki pesawat tersebut?


2. Kenapa beg-beg besar tidak disimpan di bahagian simpanan beg
(“luggage”) sedangkan ini adalah jet peribadi dan ada ruang yang besar
dan selesa untuk menyimpan beg-beg besar tanpa mengganggu keselesaan di
dalam pesawat? Apa guna menyewa jet peribadi mewah tetapi ruang mewah
dipenuhi dengan beg-beg besar?

3. Berapa beg-beg besar yang dibawa menaiki pesawat dan disimpan di ruang mewah?

4. Siapa pemilik beg-beg besar ini?

5. Apa kandungan beg-beg besar ini?


6. Adakah beg-beg besar ini membawa wang tunai? Jika ya, adakah
pengisytiharan membawa keluar wang tunai telah dibuat dengan pihak
berkuasa yang sewajarnya?

Ini adalah soalan-soalan yang akan
bermain di fikiran rakyat apabila mereka meneliti rakaman video ini.
Datin Seri Rosmah tidak boleh memberi alasan beliau tidak perlu memberi
jawapan kerana apabila perjalanan dan sebahagian dari kegiatan beliau
ditanggung oleh rakyat, maka rakyat berhak untuk mengetahui setiap
perkara yang dibuat secara telus dan benar.

Saya telah menanyakan
beberapa professional yang telah berkhidmat lama di dalam industri
penerbangan. Mereka sependapat bahawa adalah janggal untuk menyewa
sebuah jet peribadi tetapi tidak menggunakan sepenuhnya kemudahan dengan
membawa naik beg-beg besar ke dalam ruang mewah pesawat sehingga boleh
mengganggu keselesaan penumpang yang membayar sewa yang mahal.


Adalah adil untuk saya bertanyakan soalan ini: apakah kandungan di dalam
beg-beg besar itu yang sangat berharga hingga ia perlu dibawa ke dalam
ruang mewah pesawat?

Saya akan menunggu jawapan dari Datin Seri Rosmah seperti biasa.



RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN

Amanah seru Melayu tolak kempen perkauman sempit


Anuar Tahir minta orang Melayu tolak kempen perkauman yang dibuat dalam dua PRK sekarang.Anuar Tahir minta orang Melayu tolak kempen perkauman yang dibuat dalam dua PRK sekarang. Pengundi Melayu di Parlimen Sungai Besar dinasihatkan supaya tidak terperdaya dengan kempen pilihan raya bersifat  perkauman.
Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (Amanah), Anuar Tahir berkata, sentimen tersebut tidak relevan dengan keperluan sebenar rakyat di negara ini yang mahukan pemimpin cakna rakyat dan bebas rasuah.
"Pengundi-pengundi Melayu tak sepatutnya masih termakan dengan kempen-kempen perkauman.
"Dakwaan dikitar semula bahawa Melayu akan hilang kuasa jika pembangkang menang, tidak berpandukan fakta.
"Begitu juga fitnah kononnya Amanah boneka DAP dan sebagainya. Itu hanya mahu mengalihkan perhatian dan masalah sebenar rakyat yang terbeban dengan peningkatan berganda kos sara hidup," ujarnya ketika ditemui di Pejabat Amanah Parlimen Sungai Besar baru-baru ini.
Sehubungan itu, beliau berharap jentera pilihan raya Amanah giat memberi penjelasan kepada bakal pengundi berhubung fitnah perkauman berkenaan.
"Kita berharap anggota parti bekerja keras untuk menangkis kempen mengapi-apikan semangat perkauman ini," jelasnya.
Mengulas lanjut, Anuar yakin pengundi di Sungai Besar mahukan pemimpin dari parti yang berintegriti dan berusaha menyelesaikan permasalahan rakyat.
"Kita bina politik baru yang menekankan urus tadbir baik dan telus dengan manfaatnya akan lebih banyak diperoleh rakyat.
"Saya percaya pengundi di Sungai Besar terutamanya golongan muda menyedari keperluan ini dan bijak membuat pilihan," tambahnya lagi.
Untuk rekod, 67.16 peratus daripada jumlah keseluruhan 42,655 pemilih berdaftar di Parlimen Sungai Besar merupakan pengundi Melayu.

Di sebalik bayang menara RM687j, pendapatan peserta Felcra bawah RM1k sebulan

Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra Berhad) mensasarkan keuntungan yang besar daripada projek Menara Felcra RM687 juta.
Namun, tidak begitu pula dengan penduduk luar bandar yang menyertai program Felcra.
Aktivis dan ketua biro isu-isu tanah dan luar bandar AMANAH, Mazlan Aliman, berkata ini kerana ramai peserta Felcra memperolehi pendapatan kurang daripada RM1,000 sebulan.
"Apabila Datuk Tajuddin Abdul Rahman menjadi Pengerusi Felcra (2008-2012), sasarannya ialah (untuk peserta) mendapat RM1,000 sebulan.
"Salah satu cara adalah melalui ternakan lembu, tetapi semuanya gagal.
"Dengan kejatuhan harga getah... ia jauh dari sasaran (RM1,000)," Mazlan kepada Malaysiakini.
Beliau membangkitkan perkara ini ketika mengulas mengenai projek Menara Felcra.
Malaysiakini melaporkan pada hari Selasa bahawa Felcra kini membiayai pembangunan bercampur RM687 juta, yang termasuk unit kediaman dan pusat membeli-belah, selepas kumpulan pemaju WZR didakwa gagal untuk mendapatkan pembiayaan.
Felcra pada asalnya sepatutnya mendapatkan percuma ibu pejabat baru sebagai pertukaran untuk membenarkan WZR membina projek itu di kawasan utama Felcra di tengah-tengah Kuala Lumpur.
Mazlan berkata ia akan menjadi lebih murah jika Felcra hanya menaik taraf ibu pejabatnya yang sedia ada, dan sebaliknya memberi tumpuan kepada meningkatkan mata pencarian peserta.

SUDAH SAMPAI MASANYA ROSMAH PERLU DIBELIKAN JET KHUSUS

Selain mengenai barang kemas mewah, beg tangan mahal, pakaian gemerlapan, percutian hebat, berbelanja sakan dan pembaziran, isu lain yang kerapkali diperkatakan mengenai Rosmah ialah berkaitan penggunaan jet kerajaan. 

Sejak Najib Razak menjadi Perdana Menteri lebih tujuh lalu, sudah beberapa kali kaitan antara Rosmah dengan jet ini timbul dan menjadi bualan ramai.

Rosmah pula, sejak lakinya menjadi Perdana Menteri,  seolah-olah ada keghairahan tersendiri terhadap jet dan seperti tidak boleh lagi menaiki penerbangan komersil biasa seperti sebelumnya.

Bukan saja ke luar negara, bahkan dalam negara pun kenderaan biasanya ialah jet.

Jika menaiki jet bersama Najib yang memang mempunyai kelayakan menggunakan kemudahan itu, ia mungkin lumrah dan boleh diterima ramai, tetapi menghadiri program Permata pun, Rosmah tetap mahukan kenderaan istimewa membawanya.
Kadangkala bukan setakat isteri menteri-menteri yang turut dibawanya menaiki jet itu, bahkan juga anak-anaknya.

Melalui perbualan dengan beberapa bekas pemimpin UMNO, termasuk yang pernah menjadi menteri, semua mereka mengatakan tiada kelayakan khusus untuk isteri Perdana Menteri menggunakan jet kerajaan.

Yang layak hanyalah Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri saja. Isteri masing-masing hanya boleh menumpang jika si suami menggunakannya, tetapi tidak boleh menggunakannya secara sendirian.

Ini bermakna jika isteri Perdana Menteri mahu menggunakan jet kerajaan atas keperluan khusus, ia memerlukan kelulusan kerajaan atau kabinet mengenainya. 

Tuan Ibrahim: PRK bukan medan wrestling Pas

Pas hari ini menyanggah dakwaan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang mendakwa parti Islam itu memberi serangan hebat kepada Parti Amanah Negara  (Amanah).
Tuan Ibrahim Tuan Man Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, dakwaan Mahfuz yang menyifatkan  Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar sebagai medan gelanggang wrestling (gusti) antara Pas, Amanah dan BN tidak tepat memandangkan parti itu tidak memberi ‘serangan’ kepada Amanah.
Sebaliknya tambah Tuan Ibrahim lagi, parti itu kekal menyasarkan BN sebagai lawan terdekat pihaknya.
Menurut Tuan Ibrahim lagi, pada pilihan raya kali ini, Pas lebih memberi tumpuan terhadap prestasi dan kredibiliti parti berbanding memberi kritikan kepada parti lain.
“Pas sudah buat penegasan tidak akan serang Amanah dan hanya akan serang BN, Pas hanya angkat parti dan tidak akan memuji dan menyanjung parti lain.
“Kita bila masuk politik mesti beri perhatian pada parti (sendiri). Bila kita bertanding (dalam pilihan raya), tak kan kita nak puji parti politik lain?” soalnya sinis.
Mahfuz dalam sebuah kenyataan pada Isnin lalu menyifatkan pertembungan parti-parti politik pada PRK seperti pertemuan musuh di gelanggang gusti.
Ini kerana kata beliau, Pas dan BN hanya menumpukan usaha untuk menjatuhkan Amanah, bukannya berkempen untuk mengatasi calon parti pihak lawan.
Tuan Ibrahim ketika dihubungi Sinar Online hari ini turut menempelak Mahfuz yang dilihat menyebelah parti-parti pesaing.
“Sepatutnya beliau perlu sokong parti sendiri sebab dia masih ahli Pas. Dia tidak boleh dilihat menyebelahi pesaing-pesaing Pas,” bidasnya.

Anwar restu calon Amanah bertanding dua PRK, kata Salahudin

Salahudin bersama masyarakat Cina di Taman Kenas, Kuala Kangsar malam tadi memberikan sokongan penuh kepada Termizi. Gambar Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Salleh.Salahudin bersama masyarakat Cina di Taman Kenas, Kuala Kangsar malam tadi memberikan sokongan penuh kepada Termizi. Gambar Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Salleh.
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ditahan di Penjara Sungai Buluh ketika ini turut bersetuju Amanah mewakili Pakatan Harapan bagi bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) Kuala kangsar dan juga Sungai Besar, kata Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub.
Beliau berkata, keputusan meletakkan Dr Ahmad Termizi Ramli yang merupakan anak tempatan dipersetujui semua parti dalam Pakatan Harapan bagi memastikan perjuangan untuk membela rakyat semua kaum dapat diteruskan.
Kemesraan Termizi diterima oleh pelbagai pihak. Termizi bersalam dengan orang ramai di Taman Kenas malam tadi. Gambar Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Salleh.Kemesraan Termizi diterima oleh pelbagai pihak. Termizi bersalam dengan orang ramai di Taman Kenas malam tadi. Gambar Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Salleh.“Kita letakkan Dr Ahmad Termizi Ramli kita putuskan bersama dengan pimpinan Pakatan Harapan termasuk Datuk Seri Anwar di penjara Sungai Buluh anwar telah beri persetujuan bahawa Amanah mewakili Pakatan Harapan mewakili bertanding di kuala kangsar,” kata beliau dalam ceramah di Taman Kenas Jalan Sultan Iskandar Shah, Kuala Kangsar malam tadi.
Kenyataan Salahudin melengkapkan kedudukan bahawa Dr Termizi mendapat sokongan semua pihak kecuali Barisan Nasional (BN) dan Pas.
Sebelum ini, Presiden Amanah, Mohamad Sabu memaklumkan, bekas perdana menteri paling lama,  Tun Dr Mahathir Mohamad bersama pemimpin NGO dan parti politik yang menyertai Delarasi Rakyat yang memilih Dr Termizi.
Pemimpin Deklarasi Rakyat termasuk Dr Mahathir dijangka akan turun ke Kuala Kangsar dan Sungai Besar hujung minggu ini.
Ketua pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail adalah pihak yang menyerahkan watikah pemilihan Dr Termizi sebagai calon yang disokong oleh Amanah, PKR dan DAP. Beliau turut berada di Kuala Kangsar malam tadi untuk berkempen.
AMANAH PERLU KAWAN
Dalam pada itu, Salahudin menegaskan, Amanah memerlukan kawan dalam parlimen untuk melawan Barisan Nasional (BN) kerana kemenangan sukar dicapai jika sesebuah parti bersendirian.
“Kita perlu kepada kawan dalam parlimen. Politik kalau seorang memang sukar. Kita mudah untuk dikalahkan. Bila kita bersama kita telah buktikan kita kuat dan boleh kalahkan kerajaan negeri dan inilah yang kita sedang lakukan untuk Pakatan Harapan mengambil alih kekutan kita yang diinggalkan Pakatan Rakyat,” katanya lagi.

Najib gesa kerajaan Selangor pilih Pas atau Amanah


Najib turun berkempen dan berbuka puasa di Sungai Besar malam tadi. Najib turun berkempen dan berbuka puasa di Sungai Besar malam tadi.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menggesa kerajaan negeri Selangor menyatakan pendirian berhubung sokongan mereka sama ada kepada Pas atau Parti Amanah Negara (Amanah) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar.
 Katanya, kerajaan Selangor pimpinan PKR dilihat kabur dengan pendirian mereka kerana masih menjalin hubungan dengan Amanah dalam Pakatan Harapan tetapi pada masa sama mengekalkan pertalian dengan Pas, iaitu sekutunya dalam Pakatan Rakyat yang kini telah berkubur.
 "Di sini pun kita lihat...di mana letak pendirian kerajaan negeri Selangor, siapa yang dia sokong? Sokong PAN (Amanah) atau sokong Pas? Tolong jelaskan," katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa bersama rakyat negeri Selangor di Masjid Ma'muniah, Simpang Lima, di sini hari ini.
 Perdana Menteri turut mempersoal pendirian kepimpinan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali terhadap Pas yang wakil rakyatnya masih berkhidmat dalam kerajaan negeri, tetapi parti itu tidak bersama dalam Pakatan Harapan.
 "Duduk dalam satu kerajaan tetapi tiada persefahaman. Seolah-olah tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain. Ini bukan ramuan yang boleh memberi kita keyakinan," kata Najib.
 Hadir sama isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Tan Sri Noh Omar, Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil, dan calon BN, Budiman Mohd Zohdi.

P067: 8 Sebab Mengapa Perlu Undi Calon AMANAH










Jangan percaya pada pembangkang yang celaru sembang Najib

Mereka tidur sebantal tapi mimpi lain-lain, kata Najib
najib
SUNGAI BESAR: Buruk padahnya jika rakyat meletakkan kepercayaan kepada parti-parti pembangkang yang bercelaru, pesan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Turun ke kempen pilihan raya Parlimen Sungai Besar di Sungai Nibong, Simpang Lima hari ini, Najib menembak kekacauan dalaman pembangkang di peringkat antara parti dan pentadbiran kerajaan.
Beliau menggesa Kerajaan Selangor supaya menyatakan secara muktamad siapakah yang mereka sokong – PAS atau AMANAH – di Sungai Besar.
PAS merupakan rakan dalam kerajaan Selangor yang dipimpin PKR, manakala AMANAH pula merupakan rakan komponen Pakatan Harapan yang dianggotai PKR.
“Kecelaruan di pembangkang amat jelas di Sarawak apabila mereka bertembung di banyak kawasan. Di sini pun kita lihat perkara yang sama, mana letaknya pendirian kerajaan negeri?
“Kita masih tidak tahu PAS ni masih mereka terima atau tidak. Seolah-olah tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain,” kata Najib seusai berbuka puasa bersama penduduk.
Tegasnya, kecelaruan pembangkang sekiranya di bawa ke peringkat urustadbir negara hanya akan mewujudkan kerajaan yang lemah.
Maka, beliau menyeru pengundi supaya memenangkan calon BN, Budiman Mohd Zohdi bagi menguatkan pentadbirannya.
“Kalau Kerajaan Pusat tidak kuat, kita akan hadapi banyak tekanan dan menderita. Kita tidak mahu rakyat menderita,” katanya.

Rafizi Ramli: Kenapa Pengundi Perlu Memilih Calon Amanah Dr Termizi Ramli?

Rafizi Ramli: Wang RM86.4 Juta Sewa Jet Peribadi Boleh Digunakan Untuk Membiayai Biasiswa

Want more donation? See me again after the polls, Najib tells mosque

RUU MKN 2015 diwartakan 18 Februari 2016 sebagai Undang-Undang