Khamis, 9 Jun 2016

Sg Besar: Tidak mustahil Amanah menang jika dapat 35% undi atas pagar


Sg Besar: Tidak mustahil Amanah menang jika dapat 35% undi atas pagar

Amanah mensasarkan golongan ‘atas pagar’ untuk memberi undi penentu kepada parti itu dalam pilihan raya kecil Sungai Besar.
Pengarah Biro Pilihan Raya (BPR) Amanah Selangor, Cikgu Jaafar Shamsuddin berkata, sebahagian pengundi atas pagar pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu berpotensi untuk mengundi Amanah pada PRK, 18 Jun ini.
“Sokongan yang kita mahu raih adalah pengundi atas pagar yang sebelum ini mengundi Pas atau BN.
“Kalau kita dapat undi 35 peratus daripada kelompok mereka ini, tidak mustahil Amanah boleh menang,” ujarnya ketika ditemui Malaysia Dateline.
Walau bagaimanapun, beliau berharap peratus pemilih untuk keluar mengundi tidak terjejas ketika bulan Ramadan ini.
Sehubungan itu, ujarnya, gerak kerja kempen pilihan raya ke lapangan turut dipergiat dengan mengambil kira kesesuaian waktu sempena bulan Ramadan ini.
“Kita akan turun ke bazaar Ramadan bertemu dengan pengundi manakala di sebelah malam, ceramah kelompok akan diadakan selepas solat terawih sampai jam 12 tengah malam,” katanya.
Selain itu, ujar beliau, usaha menjejaki dan menziarahi pemilih berdaftar diteruskan bagi tujuan mengemaskini pangkalan data, e-profiling yang dihubungkan dengan Pusat IT Nasional.
“Majlis berbuka puasa dalam sehari kita cuba di beberapa tempat. Kerja-kerja kempen dan ceramah juga fokus pada pengundi muda,” jelasnya.
Mengulas komposisi 67.16 peratus pengundi Melayu di Sungai Besar, beliau tidak menolak segmen tersebut sebagai kritikal seperti dianggap banyak pihak.
“Peluang Amanah untuk menang lebih 50 peratus jika sokongan pengundi Melayu meningkat dan mencecah target,” tambah Cikgu Jaafar lagi.
Untuk rekod, di Parlimen Sungai Besar juga terdapat 30.7 peratus pengundi Cina, India (1.92 peratus) dan lain-lain (0.23 peratus).
Mengikut pecahan jantina, 50.16 peratus daripada jumlah keseluruhan 42,655 pengundi di P.93 merupakan wanita.

Pas berdepan dengan BN-DAP bukan Amanah, kata Mustafa

Mustafa Ali 2Mustafa Ali 2Pas berdepan dengan BN dan DAP pada Pilihan raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar kata Ketua Pengarah Pilihan raya Pas, Datuk Mustafa Ali.
Pada pemerhatian beliau, strategi dan kerja-kerja yang melibatkan calon Amanah diatur dan dilakukan oleh DAP.
"Berdasarkan laporan dari lapangan dan pemerhatian saya, strategi dan kerja-kerja untuk calon Amanah dibuat oleh DAP.
"Jadi secara realitinya pertandingan tiga penjuru pada PRK Sungai Besar, Pas berdepan dengan BN dan DAP," ujarnya seperti dipetik Harakahdaily hari ini.
Menurutnya lagi, melalui pemerhatian beliau juga mendapati DAP membuat arahan secara senyap dan mengatur gerak kerja secara bersungguh-sungguh.
"DAP bersungguh-sungguh dalam PRK ini, buat arahan secara senyap kepada seluruh jenteranya, seolah-olah dia (DAP) yang bertanding di Sungai Besar, PRK ini juga maruah dia," katanya.
Justeru, beliau menyifatkan calon yang dikemukakan Amanah adalah 'pinjaman' DAP yang bukan dari kalangan parti itu.
Beliau juga difahamkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dijangka akan turun untuk berkempen pada PRK Sungai Besar diatur oleh DAP.
"Macam mana pun bagi Pas itu bukan perkara besar, Pas tak kisah kerana secara tradisi kita berdepan, lawan BN.
"Tapi secara realitinya pada PRK Sungai Besar ini, Pas berdepan dengan BN dan DAP," ujarnya lagi.
Pada PRK Parlimen Sungai Besar ini, calon Pas, Dr Abdul Rani Osman ditentang calon BN Budiman Mohd Zohdi dan Azhar Abdul Shukur (Amanah).
Kerusi Parlimen Sungai Besar kosong kerana penyandang, Tan SriNoriah Kasnon terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu.
Hari pengundian ditetapkan pada 18 Jun ini.

PAS pimpinan Hadi semakin lama semakin menjadi UMNO

oleh LIM KIT SIANG

Saya amat terkejut dengan serangan ke atas DAP yang dilancarkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjelang pilihanraya kecil parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar, seolah-olah kaliber politik dan kepimpinan Hadi perlu dinilai daripada serangannya terhadap DAP tanpa mengira kebenaran atau kepalsuannya.
IMG_9584PAS pimpinan Hadi semakin lama semakin menjadi UMNO, malah kadang-kala menjadi lebih UMNO dari UMNO, dan saya semakin tidak mengenali PAS yang berfikiran terbuka yang dahulunya diterajui oleh Tok Guru Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat yang merupakan Menteri Besar Kelantan untuk 23 tahun, atau PAS semasa zaman Presiden Fadzil Noor dan Yusuf Rawa, dua dekad sebelum Hadi.
Hadi pernah menyatakan bahawa beliau merupakan penasihat kepada UMNO dan Najib, tetapi saya terfikir sama ada Najib sebenarnya yang sedang menasihati Hadi!
Baru-baru ini, ada beberapa contoh yang membuktikan bahawa PAS pimpinan Hadi semakin menjadi UMNO, malah kadang-kala menjadi lebih UMNO dari UMNO itu sendiri.
PAS telah menuduh UMNO sebagai parti perkauman dengan menyokong “ketuanan Melayu” tetapi ia semakin mengikuti jejak langkah UMNO seperti yang digambarkan oleh penggunaan pakaian pahlawan Melayu baru-baru ini di Muktamar PAS – sehingga Menteri UMNO, Datuk Seri Nazri Aziz dengan sinis menyatakan bahawa formula UMNO terbukti berjaya apabila PAS meniru mereka.
Tetapi peniruan PAS terhadap UMNO bukan setakat itu sahaja – Hadi kemudiannya menghunus keris panjang di Muktamar PAS, malah lebih panjang daripada keris pendek yang dihunus oleh Datuk Seri Hishammuddin Hussein semasa Perhimpunan Agung Pemuda UMNO ketika menjadi Ketua Pemuda UMNO sehingga menyebabkan mudarat yang teruk kepada masyarakat majmuk di Malaysia!
muktamar62b
Malah, bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir turut membidas PAS kerana cuba menjadi lebih nasionalis dari UMNO – kononnya semakin panjang keris semakin nasionalis sesebuah parti itu, menggunakan kepanjangan keris untuk mengukur nasionalisme!
Dengan semua insiden tersebut, semua pihak seharusnya tidak terperanjat apabila PAS pimpinan Hadi semakin mengabaikan objektif dan slogan “PAS untuk Semua” serta mengakibatkan perpecahan Pakatan Rakyat apabila Hadi berkeras tidak mahu menghormati kerangka dasar bersama Pakatan Rakyat dan gagal menjadi “pemain pasukan” dalam Pakatan Rakyat, malah, secara unilateral menggunakan kuasa veto yang tidak wujud untuk menyekat keputusan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat walaupun pemimpin PAS yang lain bersetuju dengan keputusan tersebut semasa ketiadaan Hadi.
Semasa PAS masih berada dalam Pakatan Rakyat untuk tujuh tahun iaitu dari 2008 hingga 2015, Hadi dan pemimpin PAS yang lain dituduh menjadi bidak dan tali barut DAP. Kini, Hadi dan kuncu-kuncunya pula yang menggunakan taktik UMNO dengan menuduh pemimpin Amanah sebagai bidak dan tali barut DAP.
Adakah Hadi cuba membuktikan tuduhan UMNO bahawa PAS merupakan tali barut DAP sebelum perpecahan PR itu benar?
Hadi kadang-kala cuba menjadi lebih UMNO dari UMNO.

Akta Majlis Keselamatan Negara adalah ‘Akta Derhaka’



KUALA LUMPUR, 9 JUN: Akta Majlis Keselamatan Negara adalah ‘akta derhaka’ kerana ia telah diluluskan tanpa mengambil peduli titah Majlis Raja-raja supaya diperhalusi kandungannya mahupun perkenan Yang Di-Pertuan Agong.
Lim Lip Eng mknDemikian reaksi Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng terhadap akta yang menurutnya adalah simbol penderhakaan UMNO yang telah mencuri kuasa Raja-raja Melayu.
“Sebuah ‘orde baru’ telah muncul di negara ini dalam bentuk Majlis Keselamatan Negara, atau apa yang saya lebih suka panggil sebagai ‘Majlis Keselamatan Negara UMNO (MKN UMNO)’.
“Ini kerana keseluruhan anggota majlis dan ketua pengarahnya dilantik oleh Perdana Menteri, tanpa sebarang campur tangan daripada Majlis Raja-raja, Kabinet atau pun Parlimen sendiri,” ujar beliau yang juga Setiausaha DAP Wilayah Persekutuan.
Lebih membimbangkan katanya, tafsiran ‘keselamatan negara’ tidak dihuraikan secara panjang lebar di dalam akta baru itu.
“Adakah mungkin satu hari nanti, karikatur pemimpin UMNO atau tindakan menggugurkan belon di pusat membeli belah pun ditafsir sebagai menggugat keselamatan negara?” soalnya.

P093: PRK Sungai Besar adalah perlawanan kebaikan menentang kejahatan


SEKINCHAN, 9 JUN: Calon Parti Amanah Negara (Amanah) bagi Sungai Besar, Azhar Abdul Shukur menegaskan bahawa pertandingan tiga penjuru yang melibatkan ketiga-tiga parti yang diwakili calon Melayu, tidak seharusnya dilihat sebagai pertarungan Melayu lawan Melayu.
IMG_9612Sebaliknya, menurut anak jati Sungai Besar itu, pertembungan tiga parti iaitu Amanah, UMNO, dan PAS itu adalah mengenai pertembungan antara kelompok ‘baik dan jahat’.
“Kita undi orang baik, kita dapat pemimpin yang baik.
“Seluruh Malaysia, daripada Johor sampai ke Perlis rasa marah kepada pimpinan kita yang korup, dan yang curi duit (rakyat),” katanya dalam sesi ceramah di sini, semalam.
Sehubungan itu, Azhar berkata, pengundi pelbagai kaum di Sungai Besar perlu menjadikan platform pilihanraya kecil ini untuk menyampaikan mesej yang jelas mengenai kemarahan rakyat terhadap Barisan Nasional.
“Seluruh Malaysia berharap semua pegundi di sini, supaya undi untuk kami (Pakatan Harapan).
“Satu undi daripada anda sebenarnya mewakili 100 undi daripada seluruh rakyat di Malaysia. Jangan sia-siakan peluang ini,” katanya.
Pada 18 Jun nanti, masyarakat Sungai Besar akan menentukan nasib Azhar yang berhadapan dengan calon Barisan Nasional, Budiman Mohd Zohdi dan calon daripada PAS, Dr. Abdul Rani Osman.
Sungai Besar mempunyai 42,836 pengundi berdaftar dengan 67.18 peratus pengundi Melayu, 30.68 peratus pengundi Cina, 1.91 peratus pengundi India dan 0.23 peratus pengundi dari kaum lain.

P093: Potong harga padi basah, monopoli BERNAS cekik pesawah Sungai Besar



azharshukurbernas
SEKINCHAN, 9 JUN: Ribuan pesawah di daerah ini mengalami kerugian ekoran kadar pemotongan harga padi basah yang semakin meningkat ditambah pula dengan monopoli padi oleh syarikat swasta, Padiberas Nasional Berhad (BERNAS).
Membangkitkan permasalahan berkenaan dalam satu sidang media di sini, hari ini, calon Pakatan Harapan, Azhar Abdul Shukur berkata tindakan itu telah mengakibatkan pendapatan pesawah yang terlibat terjejas teruk.
“Kadar pemotongan harga padi basah telah dinaikkan dari sekitar 15 peratus hingga 18 peratus ke 18 peratus hingga 23 peratus mulai Januari 2016.
“Ia bermakna hasil jualan merosot sebanyak RM400 hingga RM500 untuk setiap petak padi,” ujar calon dari Parti Amanah Negara itu.
Malah, menurutnya, terdapat juga pesawah di kawasan Tanjung Karang yang ditekan oleh syarikat BERNAS dengan pemotongan melampau sebanyak 25 peratus.
“Bayangkan perasaan para pesawah yang menghantar hasil padi 10 tan ke kilang beras, namun tak sampai 8 tan yang dikira untuk bayaran.
“Ini belum mengambil kira peningkatan harga baja, harga racun, gaji pekerja dan macam-macam lagi kos yang kian meningkat, namun hasil jualan padi pula menurun,” katanya.

P067: Kerajaan PR Perak dah buat dulu sebelum BN buat


Misbahul MunirMisbahul Munir
 UMNO BN mendakwa kononnya kerajaan PR 11 bulan memerintah Perak tidak buat apa-apa untuk rakyat. Kononnya PR kerjanya saban hari saban malam ceramah memburuk-burukkan UMNO.
Ini memberi gambaran seolah-olah MB, EXCO dan seluruh adun-adunnya bersama pegawai-pegawai kerajaan tidak buat apa-apa untuk kebajikan rakyat.
Kita akui sepanjang 11 bulan memerintah, pimpinan PR terpaksa menemui rakyat samada dalam program rasmi kerajaan atau ceramah politik yang dianjurkan oleh parti.
PR buat begitu kerana inilah caranya menjelaskan kepada rakyat polisi dan dasar-dasar yang diperkenalkan oleh PR dalam menerajui negeri Perak, selain menjawab tohmahan UMNO BN.
Kalau peluang tersebut kita boleh perolehi melalui radio, tv dan akhbar media perdana, tidak perlu PR keluar saban hari dan malam menyampaikan maklumat kepada rakyat.
Ini adalah satu pembohongan besar UMNO BN kepada rakyat. Bukan itu sahaja, malahan mereka sentiasa mendakwa negeri Perak diperintah oleh Cina DAP, Hj Nizar dan PAS boneka serta kuda tunggangan Cina.
PAS gadai tanah orang Melayu kepada orang Cina. Tohmahan ini sedikit sebanyak meresap juga kepada orang Melayu. Sebuah Ngo Melayu menghantar memorundum kepada Sultan Perak konon nak selamatkan tanah-tanah orang Melayu.
Itulah persepsi buruk yang cuba digambarkan oleh UMNO BN melalui media.
Sebenarnya program-program kebajikan yang UMNO BN buat sekarang untuk rakyat di Perak itulah dulunya dibuat oleh PR.
Dalam akhbar Sinar Harian (21 Julai 2010) Kerajaan Negeri telah mengumumkan pemberian 1000 hektar tanah kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan 2000 hektar tanah kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR).
BN juga turut memberi bantuan dermasiswa kepada pelajar-pelajar Perak yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPT dan sebagainya. Berita-berita tersebut memberi gambaran seolah-olah PR dulu tidak buat apa-apa pun pada rakyat.
Pada hal UMNO BN meniru dan meneruskan apa yang PR buat dulu. Kita tidak pula mempertikaikan apa yang mereka buat. Cuma dulu apabila PR mengumumkan pemberiaan tanah 1000 hektar tanah kepada sekolah Cina dan memberi peruntukan kewangan 60 ribu setahun kepada SJKC ini, seluruh pemimpin UMNO menjaja merata Perak kononnya Hj Nizar ikut telunjuk Cina dan DAP untuk bantu sekolah Cina manakala SAR kononnya diabaikan.
Inilah fitnah jahat UMNO BN. Pada hal PR juga memberi 1000 hektar tanah kepada SAR dan mengembalikan semula bantuan perkapita kepada SAR.

P067: Faktanya Umno yang khianati tanah orang Melayu Perak


Idris AhmadIdris Ahmad
Umno Perak terutama Dato’ Zamri ketika Pakatan Rakyat memerintah Perak antara orang yang lantang menuduh Dato’ Seri haji Nizar boneka kepada China DAP kerana beri tanah kepada orang China di Perak.
 Modal yang sama juga sedang difitnah oleh jentera Umno/BN kepada pengundi Bukit Gantang. Fitnah kalau undi Pas/Pakatan Rakyat bermakna menggadai tanah orang melayu kepada bangsa asing.
Ini adalah jawapan kepada Dato’ Zamri dan kuncu-kuncu Umno, bahawa yang khianat tanah orang Melayu ialah pemimpin Umno, bukan Pas, bukan DAP dan bukan PKR
Fakta yang Dato’ Seri haji Nizar kemukakan sudah cukup untuk membuktikan Umno pengkhianat kepada orang Melayu bukan Pakatan Rakyat. Sebagaimana kita sudah buktikan Umno kepala bapa penderkahaka kepada Raja-Raja Melayu.
Sekarang fakta menunjukkan Umno yang khianat tanah orang melayu dan rakyat di negeri Perak.
Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli).
Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
Melayu sangatkah Umno, sehingga buat bising fasal tanah 3000 ekar yang diberi kepada orang China yang memang haknya untuk dapat kerana mereka adalah rakyat di negara ini, mereka bukan China Singapura atau China Vietnam.
Kalau Umno tuduh Pakatan Rakyat boneka China dan khianat tanah orang Melayu kenapa tanah yang dipohon oleh Tuan Guru Haji Abdul Latif (Pondok Pak Teh Kroh Grik Perak) sejak 1996 telah diluluskan oleh Exco PR pada 2008 sebanyak 45 ekar.
Kalau kerajaan yang dipimpin oleh Dato’ Seri Haji Nizar boneka China sudah tentulah permohonan ini tidak diluluskan. Adakah pemimpin Umno ingat Pak Teh ini China Taiwan sehingga permohonan beliau tidak diluluskan.
12 tahun Pak Teh menunggu kelulusan. Tiba-tiba kerajaan yang kononnya boneka China meluluskan permohonan tersebut walaupun tidak sampai sepuluh bulan memerintah.
Manakala Umno yang mendakwa tonggak orang Melayu telah kianat kepada bangsa sendiri walaupun tanah itu untuk kegunaan pondok.
Ini fakta menunjukkan Umno penjahanam tanah orang Melayu;
◾22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.  5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)

P067: Tak pernah ada pecah tanah Jambatan Manong – UMNO

BN telah lama berjuang mendapatkan jambatan itu tetapi ia bukan perkara mudah
Mohd Kamil Shafie
KUALA KANGSAR: Pemangku Ketua UMNO Bahagian Kuala Kangsar, Mohd Kamil Shafie hari ini mengecam tindakan pembangkang yang memasang papan tanda iklan berunsurkan fitnah di sekitar Kuala Kangsar dan Manong dalam kempen mereka di Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar.
Beliau berkata papan iklan berunsur fitnah itu dilihat memutar belit sesuatu perkara dalam usaha mereka meraih undi.
“Contohnya satu papan iklan yang menfitnah bahawa Jambatan Manong sudah tiga kali pecah tanah sedangkan tidak pernah dilakukan pecah tanah, ini merupakan satu polemik untuk mendapat sokongan rakyat semata-mata,” katanya kepada pemberita di Pusat Media di sini, hari ini.
Beliau menjelaskan bahawa kerajaan BN telah lama berjuang untuk mendapatkan jambatan itu tetapi ia bukan perkara mudah kerana memerlukan perancangan dan penelitian.
Bagaimanapun beliau berkata BN belum membuat laporan polis mengenai perkara itu.
Mengulas mengenai tindakan pihak tertentu yang mengadakan ceramah ketika waktu berbuka beliau berkata pihak terbabit sepatutnya menghormati kesucian bulan Ramadan ini.
“Ada masa selepas tarawih untuk berkempen. Kenapa tidak guna waktu itu untuk mengadakan ceramah,?” katanya.
Sementara itu, Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Perak Ahmad Adli Abdullah ketika dihubungi Bernama berkata terdapat beberapa papan tanda yang tidak mengikut peraturan telahpun diturunkan.

BELILAH, APA DITUNGGU LAGI....

Perdana Najib Razak mengakui beliau mengimpikan mahu memiliki kereta limosin canggih "The Beast"  seperti kegunaan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.
Jika seorang nelayan di Kuala Sungai Pahang yang menzahirkan impian seperti itu, ia tentu saja dikatakan "angan-angan Mat Jenin", tetapi apabila Najib yang dalam akaun peribadinya pernah ada wang sekurang-sekurangnya RM2,600 juta, mengimpikan kenderaan sedemikian rupa bukanlah sesuatu yang mustahil baginya.

Najib sebenarnya mampu untuk membeli sebuah, tiga buah atau sepuluh buah sekali pun kereta kalis peluru seperti itu.

Dengan memiliki limosin hebat itu, sekurang-kurangnya Najib bukan saja akan disayangi oleh Amerika Syarikat, bahkan lebih dipuja dan disanjung oleh rakyat Malaysia.

Belilah, apa ditunggu lagi....

Kerajaan BN terdesak inginkan kuasa Akta MKN?

Majlis Raja-raja telah meminta RUU MKN dikaji semula sebelum diluluskan, namun Peguam Negara mengesahkan tidak ada pindaan dibuat.
Syahredzan
PETALING JAYA: Seorang peguam hak asasi manusia mempersoalkan mengapa Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Keselamatan Negara (MKN) menjadi Akta tanpa sebarang pindaan.
Syahredzan Johan tampil membangkitkan isu itu, setelah Peguam Negara akui bahawa tidak ada sebarang pindaan dibuat kepada RUU MKN walaupun diminta Majlis Raja-raja supaya dikaji semula.
“Selepas Majlis Raja-raja membuat pengumuman sedemikian, Peguam Negara sendiri menyatakan bahawa beberapa peruntukan RUU MKN ini akan dikaji semula.
“Namun, seperti yang disahkan oleh Peguam Negara sendiri melalui laporan The Star, tidak ada pindaan yang dibuat kepada RUU MKN yang menjadi Akta ini,” katanya melalui catatan di Facebook.
Mengulas lanjut, Syahrezan berpandangan Akta MKN tidak diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.
“Menurut Perkara 66(4A) Perlembagaan Persekutuan, jika sesuatu RUU tidak diperkenankan oleh YDPA dalam masa 30 hari dari tarikh RUU tersebut dikemukakan, maka RUU seolah-oleh diperkenankan oleh YDPA dan menjadi Akta.
“Apabila YDPA tidak memberi perkenan secara nyata, ianya adalah suatu situasi yang amat luar biasa.
“Ini boleh ditafsirkan bahawa YDPA tidak bersetuju dengan Akta MKN ini.
“Ini juga dapat dilihat apabila Majlis Raja-raja sendiri sebelum ini menyatakan bahawa beberapa peruntukan dalam RUU tersebut harus diperhalusi.”
Tanpa mahu spekulasi sebab keputusan Agong dan Majlis Raja-raja, Syahredzan berkata banyak pihak mengkritik RUU MKN kerana didakwa memberi kuasa-kuasa darurat kepada Kerajaan Malaysia tanpa memerlukan Agong membuat suatu pengisytiharaan.
“Adakah pihak Kerajaan begitu terdesak ingin kuasa yang diberikan oleh undang-undang ini?” soalnya.
RUU MKN diluluskan pada Disember tahun lalu apabila 107 Ahli Parlimen bersetuju, manakala 77 lagi menolak.

Perubahan politik perlu disertai semua kaum, kata Dr Termizi

Dr Ahmad Termizi RamliDr Ahmad Termizi Ramli
 
Dr. Ahmad Termizi Ramli dilihat pelbagai pihak sebagai tokoh yang bakal membawa dimensi baru politik Malaysia melalui pendekatan merentas kaumnya.
Menurut pemerhati, ucapan Dr. Termizi di pelbagai tempat sangat menarik yang membawa unsur peduli rakyat, menguasai suasana realiti politik semasa, berfakta dan mempunyai visi yang jelas.
Dalam ucapannya di Manong dan beberapa tempat lain, Dr. Termizi menekankan bahawa jika rakyat negara ini mahu melakukan perubahan politik, ekonomi dan sosial di negara ini, ia mesti dilakukan bukan saja oleh orang Melayu, tetapi juga kaum Cina, India dan kaum-kaum lain.
“Ia mesti dilakukan melalui usaha bersama, baru boleh berjaya dan tentunya bukan bersifat perkauman,” kata beliau disambut gemuruh oleh oang ramai yang mendengar.
Konsep inilah, katanya, yang hendak dilakukan oleh parti Amanah dan inilah mesej yang hendak dibawanya kepada para pengundi.
Oleh itu, kata Dr. Termizi, semua pihak rakyat Malaysia yang sedar, perlu menyokong usaha Amanah ini.
“Kita boleh merobah suasana politik, ekonomi dan sosial di Malaysia daripada suasana yang penuh rasuah, ketidakadilan, ketirisan, kepincangan ekonomi dengan usaha bersama rakyat berbilang kaum,” kata Dr. Termizi.
Kalau satu kaum saja hendak melakukan usaha ini, katanya tidak akan berjaya.

'Atas pagar' target lonjak undi Amanah


Pengundi 'atas pagar' menentukan kemenangan Amanah di Sungai Besar.Pengundi 'atas pagar' menentukan kemenangan Amanah di Sungai Besar.
Golongan pengundi bukan penyokong tegar mana-mana parti politik menjadi sasaran untuk membantu kemenangan Amanah.
Pengarah Biro Pilihan Raya (BPR) Amanah Selangor, Cikgu Jaafar Shamsuddin berkata, sebahagian pengundi atas pagar pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu berpotensi untuk mengundi Amanah pada PRK, 18 Jun ini.
"Sokongan yang kita mahu raih adalah pengundi atas pagar yang sebelum ini mengundi Pas atau BN.
"Kalau kita dapat undi 35 peratus daripada kelompok mereka ini, tidak mustahil Amanah boleh menang," ujarnya ketika ditemui Malaysia Dateline.
Walau bagaimanapun, beliau berharap peratus pemilih untuk keluar mengundi tidak terjejas ketika bulan Ramadan ini.
Sehubungan itu, ujarnya, gerak kerja kempen pilihan raya ke lapangan turut dipergiat dengan mengambil kira kesesuaian waktu sempena bulan Ramadan ini.
"Kita akan turun ke bazaar Ramadan bertemu dengan pengundi manakala di sebelah malam, ceramah kelompok akan diadakan selepas solat terawih sampai jam 12 tengah malam," katanya.
Selain itu, ujar beliau, usaha menjejaki dan menziarahi pemilih berdaftar diteruskan bagi tujuan mengemaskini pangkalan data, e-profiling yang dihubungkan dengan Pusat IT Nasional.
"Majlis berbuka puasa dalam sehari kita cuba di beberapa tempat. Kerja-kerja kempen dan ceramah juga fokus pada pengundi muda," jelasnya.
Mengulas komposisi 67.16 peratus pengundi Melayu di Sungai Besar, beliau tidak menolak segmen tersebut sebagai kritikal seperti dianggap banyak pihak.

Penyokong BN perlu undi protes bantah pemborosan wang rakyat


Poster PRK Sg Besar K.KangsarPoster PRK Sg Besar K.Kangsar
Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli menyeru pengundi-pengundi di Kuala Kangsar dan Sungai Besar yang selama ini menyokong Umno-BN agar melakukan undi protes dengan mengundi calon Pakatan Harapan daripada Parti Amanah Negara (Amanah) jika mereka membenci pembaziran wang rakyat yang dilakukan pemimpin BN.
Beliau sebelum itu mendedahkan anggaran RM86.4 juta dibelanjakan oleh kerajaan untuk menyewa jet peribadi selama untuk dua bulan untuk kegunaan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Jet berkenaan digunakan Rosmah semasa lawatan ke Istanbul, Turki bulan lalu bagi menerima anugerah bagi pihak Permata.
Rafizi berkata, pemimpin dan calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar tidak layak bercakap mahu membela rakyat selagi tidak berani menegur Rosmah agar berhenti berbelanja mewah menggunakan wang rakyat.
“Saya seru pengundi-pengundi di Kuala Kangsar dan Sungai Besar melakukan undi protes dengan memilih calon Pakatan Harapan atau tidak keluar mengundi langsung bagi menunjukkan kebencian kepada sikap boros pemimpin BN,” kata beliau dalam sidang media di pejabat Amanah Kuala Kangsar hari ini.
Seruan yang sama turut disuarakan Naib Presiden Amanah Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa yang risau calon BN tidak berani menegur pemborosan sebegini apabila dipilih menjadi ahli parlimen nanti.
“Setelah pembaziran yang terkini saya ingin menyeru pengundi di Kuala Kangsar dan Sungai Besar bahawa undi anda merupakan undi membantah semua pembaziran.
“Masuk ke parlimen nanti siapa yang menang adakah mereka komited untuk bawa perkara pembaziran begini?

Anak perempuan PM juga tumpang jet peribadi disewa kerajaan


Kelibat anak perempuan Rosmah keluar daripada kereta untuk menaiki jet peribadi. Foto ehsan Rafizi RamliKelibat anak perempuan Rosmah keluar daripada kereta untuk menaiki jet peribadi. Foto ehsan Rafizi Ramli
Anak perempuan Perdana Menteri turut menumpang jet peribadi yang disewa khas kerajaan sehingga menimbulkan tanda tanya siapa yang selayaknya menggunakan kemudahan mewah itu.
Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli dalam satu kenyataan media berkata, jika kesibukan tugas dan jadual ketat dijadikan alasan kenapa isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor menggunakan jet peribadi ACJ319 A6-CJE, mengapa anak beliau, Nooryana Najwa Najib turut sama di dalam penerbangan itu?
"Adakah anak kepada menteri-menteri juga dikira sebagai VVIP? Saya boleh sahkan bahawa anak Datin Seri Rosmah Mansor turut sama menaiki pesawat tersebut dan saya sertakan gambar-gambar berikut sebagai bukti," katanya.
Anak perempuan Rosmah diiring masuk ke pesawat khas yang disewa kerajaan. Foto ehsan Rafizi RamliAnak perempuan Rosmah diiring masuk ke pesawat khas yang disewa kerajaan. Foto ehsan Rafizi RamliRafizi turut mempersoalkan alasan yang diberikan Pegawai Khas Rosmah, Datuk Rizal Mansor bahawa menyewa jet peribadi bukanlah 'perkara baru' bagi kerajaan Malaysia.
Malah Rizal menjelaskan bahawa jet itu disewa Kerajaan Malaysia bagi tempoh dua bulan untuk kegunaan pembesar negara (VVIP).
"Setiap kali saya mendedahkan pembaziran akibat dari kos menggunakan jet peribadi, alasan-alasan inilah yang akan digunakan dengan mengheret nama DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.
"Kalau pun jet-jet peribadi ini adalah satu keperluan kepada pembesar-pembesar, siapa yang secara rasminya diiktiraf sebagai pembesar VVIP yang boleh menggunakan jet peribadi ini?

SIAPAKAH SEBENARNYA ROSMAH dlm KERAjaan Malaysia ??

WOWW !!! Pegawai Khas Rosmah beri ALASAN Rosmah terpaksa guna jet peribadi utk terbang ke Instanbul, Turki semata2 hanya terima anugerah ADALAH KERANA 'jadual Rosmah yang ketat'..??

Sebab itulah suami Rosmah, Najib Razak bermati2an utk melaksanakan cukai GST terhadap rakyat...

NAMPAK TAK !!!

Pilih Amanah dapat Jambatan kata Nizar

'AMANAH bertanding hanya untuk lawan PAS' - Timb Menteri Umno

RUU Hadi: Najib janji mesti ada kata sepakat BN - Gerakan

Aksi calon AMANAH di Pesta Dumpling

Gerakan: Majoriti pengundi Cina sokong BN

No more provocative billboards, focus on campaigning, says Amanah

ANGGARAN KOS MENYEWA JET PERIBADI ACJ319 A6-CJE SEBANYAK RM86 JUTA UNTUK DUA BULAN


Saya ambil maklum jawapan Pegawai Khas Datin Seri Rosmah Mansor, Datuk Rizal Mansor semalam yang mengesahkan perkara-perkara berikut:
1. Datin Seri Rosmah Mansor memang menggunakan jet peribadi yang disewa khas itu bagi tujuan ke Istanbul untuk menerima satu anugerah bagi pihak PERMATA
2. Kos menyewa jet peribadi tersebut ditanggung oleh wang rakyat kerana tempahan dibuat oleh Kerajaan Malaysia
3. Kerajaan Malaysia menyewa jet peribadi tersebut untuk tempoh 2 bulan atas alasan satu lagi jet peribadi sedang disenggara
Foto Zulimran Nasution Abdullah Omar. Untuk menilai kewajaran Kerajaan Malaysia berbelanja menyewa jet peribadi ini, saya sertakan gambar-gambar di dalam pesawat (gambar sebenar ACJ319 A6-CJE) di dalam Lampiran agar rakyat boleh melihat sendiri betapa mewahnya gaya kehidupan pembesar-pembesar negara yang ditanggung oleh rakyat.
Semakan saya dengan syarikat-syarikat yang menawarkan khidmat menyewa jet peribadi mewah ACJ319 menunjukkan bahawa kadar sewaan adalah mengikut jam; iaitu USD15,000 setiap jam.
(Rujuk paparan dari Paramount Business Jets LLC yang saya sertakan di bawah)
Menggunakan kadar sewaan tersebut, anggaran kasar boleh dibuat seperti berikut:
Jumlah jam sewaan :
30 hari X 2 bulan X 24 jam = 1,440 jam
Kadar sewaan (USD) sejam:
USD15,000
Kadar sewaan (RM) sejam:
USD15,000 X 4 = RM60,000
Anggaran kos ditanggung rakyat:
RM86.4 juta

P067: Penyokong BN perlu undi protes bantah pemborosan wang rakyat


Poster PRK Sg Besar K.KangsarPoster PRK Sg Besar K.Kangsar
Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli menyeru pengundi-pengundi di Kuala Kangsar dan Sungai Besar yang selama ini menyokong Umno-BN agar melakukan undi protes dengan mengundi calon Pakatan Harapan daripada Parti Amanah Negara (Amanah) jika mereka membenci pembaziran wang rakyat yang dilakukan pemimpin BN.
Beliau sebelum itu mendedahkan anggaran RM86.4 juta dibelanjakan oleh kerajaan untuk menyewa jet peribadi selama untuk dua bulan untuk kegunaan Rosmah.
Jet berkenaan digunakan Rosmah semasa lawatan ke Istanbul, Turki bulan lalu bagi menerima anugerah bagi pihak Permata.
Rafizi berkata, pemimpin dan calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar tidak layak bercakap mahu membela rakyat selagi tidak berani menegur Rosmah agar berhenti berbelanja mewah menggunakan wang rakyat.
“Saya seru pengundi-pengundi di Kuala Kangsar dan Sungai Besar melakukan undi protes dengan memilih calon Pakatan Harapan atau tidak keluar mengundi langsung bagi menunjukkan kebencian kepada sikap boros pemimpin BN,” kata beliau dalam sidang media di pejabat Amanah Kuala Kangsar hari ini.
Seruan yang sama turut disuarakan Naib Presiden Amanah Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa yang risau calon BN tidak berani menegur pemborosan sebegini apabila dipilih menjadi ahli parlimen nanti.
“Setelah pembaziran yang terkini saya ingin menyeru pengundi di Kuala Kangsar dan Sungai Besar bahawa undi anda merupakan undi membantah semua pembaziran.
“Masuk ke parlimen nanti siapa yang menang adakah mereka komited untuk bawa perkara pembaziran begini?

P093: Papan iklan kaitkan PAS-1MDB propaganda ‘bacul’ – Idris Ahmad

Tuduh berdepan supaya PAS boleh ambil tindakan undang-undang, kata naib presiden parti Islam itu
idris
PETALING JAYA: PAS rasa berkejut ada pihak yang sanggup memfitnah mereka bersekongkol dengan BN dalam skandal 1MDB semata-mata untuk menang pilihan raya kecil Sungai Besar.
Naib Presiden PAS, Idris Ahmad menyifatkan papan iklan fitnah yang dinaikkan di Sungai Besar itu merupakan propaganda orang yang ‘bacul’.
“Papan iklan tersebut telah menuduh PAS sedang berusaha untuk bergabung dengan UMNO, malah turut bersekongkol dengan Skandal 1MDB yang membabitkan dana sebanyak RM 4.2 billion.
“Dengan tegasnya, PAS menyatakan bahawa fitnah ini sangat kotor, dilakukan oleh golongan yang sangat terdesak untuk meraih undi,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Malaysiakini melaporkan Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua mengaku bertanggungjawab keatas papan-papan iklan itu.
“PAS mencabar pihak yang terlibat untuk membuat tuduhan secara terbuka terhadap PAS, bagi membolehkan PAS mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka.
“Di samping itu, PAS juga meminta pihak yang berwajib termasuk PDRM dan SPR melakukan siasatan terhadap insiden ini,” katanya.
Idris mengulangi penyertaan PAS dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar adalah untuk menentang kegagalan UMNO menguruskan dana dan harta negara, termasuk skandal 1MDB.
“Semenjak isu ini timbul, PAS secara konsisten mendesak supaya dilakukan siasatan terhadap isu ini, malah Lajnah Politik dan Pilihanraya PAS telah mendesak diwujudkan Suruhanjaya DiRaja untuk siasatan tersebut,” katanya.

P093: Saya tak berbaju Melayu atau berkot di kawasan Cina – Budiman

Beliau menafikan jentera kempennya memasang gambarnya bersongkok dan memakai blazer di billboard yang didakwa milik Pakatan Harapan di Sekinchan.
Budiman-Mohd-Zohdi_bn_600
SUNGAI PANJANG: Calon BN Budiman Mohd Zohdi menafikan pembabitannya dalam ‘merompak’ papan iklan yang dikatakan milik DAP di Sekinchan.
Budiman berkata beliau biasanya tidak memakai blazer dan baju Melayu jika melawat ke kawasan yang majoriti penduduk Cina.
Papan iklan yang didakwa dicuri BN itu memaparkan gambar Budiman bersongkok dan memakai blazer.
“Ia taktik murahan pihak lawan yang terdesak untuk cemar karakter peribadi saya. Papan iklan itu bercanggah dengan standard operasi saya.
“Selalunya saya tidak pakai baju Melayu dekat kawasan Cina dan saya sendiri anak kampung, pakai kot dan blazer bukan cara saya,” katanya pada sidang media di pusat kawalan BN, hari ini.
Katanya, sepanjang berkempen dan mendekati pengundi di Sungai Besar, beliau hanya berkemeja T.
“Hari ini pun pakai baju biasa, tidak mungkinlah di tempat itu, saya tiba-tiba pakai blazer. Sebab itu, bila Sue Lim buat provokasi, saya tidak mahu jawab pada ketika itu,” katanya.
Terdahulu hari ini, ADUN Sekinchan Ng Sue Lim mendakwa BN ‘merompak’ papan iklan Pakatan Harapan (PH) dengan memasang gambar Budiman di empat papan iklan yang didakwa milik PH.
Budiman yang juga ADUN Sungai Panjang itu turut menyelar tindakan DAP yang dilihat cuba menyemai perasaan benci dalam kalangan masyarakat Cina di Sekinchan.
“Saya jangka taktik ini akan berterusan. Bagaimanapun, saya yakin tindakan itu tidak akan menjejaskan kerana saya sudah berkempen sejak tiga tahun lalu.
“Saya juga sedang mendapatkan nasihat sama ada untuk membuat laporan polis atau tidak,” katanya.

AMANAH mengaku DAP naikkan billboard - Khalid Samad

Macam samseng... DAP dedah insiden kecoh ceramah

Nik Abduh: Pas Akui Dekati Umno

Nik Abduh: Pas, Umno Bersatu Atas Nama Agama

Mengapa anak Najib turut naik 'private jet', soal Rafizi

Tun M kempen bantu calon Amanah pada Sabtu, Ahad ini


Poster kempen Deklarasi Rakyat sempena PRK Sungai Besar.Poster kempen Deklarasi Rakyat sempena PRK Sungai Besar.
Desas-desus bilakah  Tun Dr Mahathir Mohamad akan turun berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) di Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar kini sudah terjawab.
Bekas Perdana Menteri itu dijangka berkunjung ke Parlimen Sungai Besar dan Parlimen Kuala Kangsar pada Sabtu dan Ahad ini.
Malahan Malaysia Dateline dimaklumkan Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown juga akan memberikan sidang video langsung pada kempen Deklarasi Rakyat untuk PRK di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Menurut Setiausa Kerja Sekretariat Deklarasi Rakyat, Datuk Khairuddin Abu Hassan, dalam kempen yang diadakan nanti grup Deklarasi Rakyat akan membongkar isu-isu berkaitan 1MDB sahaja.
"Kita turut menjemput Clare Rewcastle Brown yang akan mengadakan televideo langsung pada majlis yang akan dihadiri Tun Mahathir ini.
"Isu ini serius untuk difahami oleh setiap pengundi di kawasan Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
"Deklarasi Rakyat masih kekal dengan pendirian untuk mendesak Presien Umno melepaskan jawatannya sebelum tibanya PRU ke-14 kelak.
"Inilah masanya kita akan berkempen habis-habisan untuk memberikan penerangan," ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Kempen pilihan raya bagi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar sudah berlangsung selama empat hari sejak hari penamaan calon Ahad lalu.
PRK Sungai Besar menyaksikan pertembungan tiga pencuri antara calon BN, Pakatan Harapan dan Pas.
PRK Kuala Kangsar pula menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon BN, Pakatan Harapan, Pas dan Calon Bebas.
Tun Mahathir dan Lim Kit Siang dijangka berucap di Hai Xiang Chi Seafood Sdn Bhd di Jalan Gereja, Sekinchan pada jam 10 pagi.

P067: Mana Jambatan Manong yang sudah 5 kali pecah tanah


Bot penambang Sungai Perak yang digunakan penduduk untuk menyeberang.Bot penambang Sungai Perak yang digunakan penduduk untuk menyeberang.
Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini menuntut kerajaan Barisan Nasional (BN) menunaikan janji mereka untuk membina Jambatan Seberang Manong yang telah lama dinantikan penduduk di kawasan tersebut.
Pengerusi Amanah Perak Asmuni Awi berkata, kerajaan BN perlu menyatakan tarikh yang tepat bila jambatan tersebut akan siap dibina dan tidak memberikan harapan palsu kepada rakyat.
Asmuni AwiAsmuni Awi"Kami menuntut dalam pilihan raya kecil ini pihak kerajaan menunaikan janji yang sudah dibuat sejak tiga pilihan raya yang lalu.
"Kami mencabar pihak kerajaan BN tolong tetapkan tarikh bila akan dibina dan akan disiapkan jambatan Seberang Manong itu.
"Sudah lima kali pecah tanah sampai dah tak ada tanah nak dipecahkan," kata beliau dalam sidang media di pejabat Amanah Kuala Kangsar hari ini.
Lebih 10,000 penduduk Manong masih menunggu jambatan itu dibina untuk menyeberangi Sungai Perak.
Sehingga kini, mereka masih menggunakan bot penambang untuk menyeberangi Sungai Perak walaupun menteri kanan pernah menjadi wakil rakyat di parlimen tersebut.

P067: Kami mahu lawan BN, bukan pembangkang lain, kata Amanah Perak


Asmuni Awi bersama rakan-rakannya dalam sidang media Pakatan HarapanAsmuni Awi bersama rakan-rakannya dalam sidang media Pakatan Harapan
Parti Amanah Negara (Amanah) mengulangi pendirian bahawa mereka  mahu menggantikan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kangsar dan tidak berminat untuk bergaduh dengan parti pembangkang lain.
Pengerusi Amanah Perak Asmuni Awi berkata, parti pembangkang lain yang menyertai PRK Kuala Kangsar harus menyerang BN, bukan Amanah dan Pakatan Harapan.
"Kita tak mahu berbalah dengan parti pembangkang yang lain. Kita nak menggantikan BN. Dalam konteks pilihan raya ini kita nak menangkan calon kita untuk menggantikan calon BN dulu untuk membolehkan Amanah menghantar wakil ke  parlimen nanti.
"Kalau ada lagi parti-parti yang turut serta dalam pilihan raya kecil ini yang serang kami, kami minta tolong fokuskan serangan kepada BN. Pakatan Harapan tak memerintah Malaysia dan Perak," katanya dalam sidang media di pejabat Amanah Kuala Kangsar hari ini.
Ditanya pemberita sama ada beliau merujuk kepada Pas, Asmuni berkata mereka boleh menilai sendiri parti mana yang sering menyerang Amanah.
Bagaimanapun kenyataan Asmuni itu dipercayai ditujukan kepada Pas yang turut bertanding di PRK Kuala Kangsar.
Pas sebelum ini sering mendakwa Amanah mengikut telunjuk DAP dan menolak hudud dilaksanakan di Malaysia.
Asmuni juga berkata, Amanah tiada masa untuk bergaduh dengan Pas sebaliknya memberi fokus kepada isu rakyat dalam kempen mereka.
"Kita tak mahu berbalah dengan parti pembangkang lain. Kita tak ada masa. Kita fokus isu rakyat, kepentingan rakyat,  visi dan misi Pakatan Harapan dan Amanah. Jadi kita tak ada masa nak layan," katanya.

P067: Pakatan Harapan kecewa ceramah diganggu samseng, gesa tolak politik ganas


Sidang media Pakatan Harapan Perak yang diketua Asmuni Awi.Sidang media Pakatan Harapan Perak yang diketua Asmuni Awi.
Pakatan Harapan hari ini melahirkan kekecewaan terhadap pihak yang mengupah kumpulan samseng bagi mengganggu ceramah mereka dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar.
Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming berkata, serangan oleh beberapa orang pemuda berpakaian hitam pada ceramah Pakatan Harapan di Taman Seri Mas malam tadi tidak sewajarnya berlaku dalam sebuah negara demokrasi.
"Mereka datang dua kali ugut secara kekerasan untuk pecahkan sistem pembesar suara kita.
"Motifnya sangat jelas tidak mahu Amanah bawa suara rakyat," kata Ahli Parlimen Taiping itu pada sidang media di Pejabat Amanah Kuala Kangsar hari ini sambil menunjukkan rakaman klip video insiden itu.
Turut serta pada sidang media itu Pengerusi Amanah Perak Asmuni Awi dan juga Pengarah Pilihan Raya PKR Datuk Saifuddin Nasution.
Dalam insiden malam tadi sekumpulan tujuh pemuda mengugut ceramah yang dikendalikan DAP dihentikan serta merta kononnya bagi menghormati umat Islam bersolat tarawih atau berhadapan dengan tindakan lebih ganas.
Insiden berlaku kira-kira jam 9.30 malam ketika Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke sedang berucap.

P067: Ahmad Termizi mahu guna darah pahlawannya selamatkan negara

Calon Parti Amanah Negara (Amanah) bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar Dr Ahmad Termizi Ramli akan menggunakan darah pahlawan yang mengalir dalam badan untuk menyelamatkan negara.
Bahkan, katanya, beliau akan memperjuangkan nasib Orang Asal di negara ini kerana darah itu juga ada mengalir dalam tubuhnya.
Dr Termizi bukan setakat keturunan pahlawan Melayu, Datuk Maharajalela dan Daeng Selili bahkan juga ada darah dari suku Temiar, salah satu suku kaum Orang Asal di negara ini.
Justeru beliau tidak akan sesekali mengabaikan orang asal khususnya dari suku Temiar jika dipilih menjadi ahli Parlimen di kawasan itu.
“Selain Datuk Seri Maharaja Lela, Daeng Selili dan sebagainya saya juga daripada suku Temiar.
"Datuk saya yang datang ke Kepala Bendang berkahwin dengan Anjang Lata. Anjang Lata anak kepada Pak Awe. Jadi takkan saya nak biarkan (Orang Asal).
“Saya ada hubungan darah dengan mereka. Saya akan kata saya daripada suku kome bila jumpa mereka,” kata beliau yang dilahirkan di Kampung Suak Petai, Manong, Kuala Kangsar.
Kuala Kangsar mengandungi 64 perkampungan Orang Asal antaranya Kampung Orang Asli Bukit Cermin.

'Najib pun tak guna jet peribadi semasa banjir Kelantan'

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli sememangnya tidak boleh menerima hakikat bahawa isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak - Datin Seri Rosmah Mansor - menggunakan jet peribadi untuk perjalanan ke Istanbul atas alasan jadualnya yang ketat.
Melabel alasan itu sebagai 'dangkal' dan 'menghina rakyat', ahli parlimen Pandan itu berkata, orang ramai masih tidak boleh lupa bagaimana Najib tidak segera kembali ke Malaysia apabila Kelantan dilanda banjir buruk pada 2014.
"Beliau gunakan pesawat berbeza untuk kembali ke Malaysia dari Hawaii. Sebaliknya, jet peribadi rasmi yang sepatutnya digunakan oleh perdana menteri melencong ke arah yang bertentangan.
"Jet itu singgah di Los Angeles dan kemudiannya ke Indianapolis. Sehingga sekarang Datin Seri Rosmah Mansor tidak menjawab soalan saya sama ada jet itu singgah untuk memantau kerja-kerja naiktaraf jet peribadi yang baru dibeli ketika itu," katanya dalam satu sidang media di Kuala Kangsar hari ini.
Semalam, pegawai khas Rosmah - Datuk Rizal Mansor berkata isteri perdana menteri terpaksa menggunakan jet peribadi kerana terpaksa menempuh perjalanan hampir 13 jam ke Istanbul untuk menerima Anugerah Kebajikan Kanak-kanak 3G.
Menurutnya, Rosmah terpaksa tergesa-gesa pulang bagi menghadiri Mesyuarat Agong Persatuan Pandu Puteri Malaysia yang dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.

'Sewa jet peribadi Rosmah RM86.4 juta boleh biayai biasiswa'

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli hari ini berkata anggaran sekitar RM86.4 juta dibelanjakan oleh kerajaan untuk menyewa jet peribadi selama untuk dua bulan.
Jet berkenaan kononnya digunakan oleh isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor semasa lawatan beliau ke Istanbul, Turki bulan lalu.
Rafizi berkata, berdasarkan pemeriksaan dengan syarikat-syarikat yang menawarkan perkhidmatan menyewa jet, kadar setiap jam bagi pesawat Airbus ACJ319 adalah AS$15,000.
Ini bermakna RM86.4 juta dibelanjakan untuk menyewa pesawat itu selama dua bulan atau bersamaan 1,440 jam.
Wang RM86.4 juta, kata Rafizi, boleh digunakan untuk membiayai pengajian 1,920 pelajar cemerlang di universiti-universiti tempatan.
Jumlah yang sama juga boleh digunakan sebagai pinjaman Majlis Amanah Negara (Mara) berjumlah RM20,000 setiap satu kepada 4,320 pelajar bumiputera.
Selain itu, jumlah yang sama juga boleh digunakan untuk menghantar 86 daripada 300 pelajar cemerlang dalam peperiksaan SPM 2013 ke luar negara, katanya.
Pemimpin Umno / Barisan Nasional, kata Rafizi, tidak lagi boleh memberi alasan bagi mewajarkan perbelanjaan itu.
"Saya tidak mahu lagi mendengar alasan. Semakin mereka cuba mewajarkannya, semakin terserlah kebodohan mereka," katanya.

RUU MKN diwartakan sehari selepas titah Raja-Raja perhalusinya

Rang Undang-undang (RUU) Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2015 telah diwartakan sebagai undang-undang sehari selepas Majlis Raja-Raja Melayu menitahkan supaya ia diperhalusi.
Menurut warta yang disiarkan pada Selasa lalu, rang undang-undang itu diisytiharkan sebagai diperkenankan pada 18 Feb, 2016, mengikut Fasal 4 (a) Perkara 66 Perlembagaan Persekutuan.
Fasal 4 (a) menyatakan bahawa rang undang-undang itu menjadi undang-undang 30 hari selepas ia dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong, walaupun Seri Paduka tidak memberi perkenan.
Akta Majlis Keselamatan Negara, antara lain membolehkan penguat-kuasaan darurat di kawasan keselamatan yang diisytiharkan oleh MKN yang dipengerusikan oleh perdana menteri.
Majlis Raja-Raja pada 17 Febrauri lalu mengembalikan rang undang-undang berkenaan kepada Jabatan Peguam Negara kerana mahu beberapa peruntukan diperhalusi.
Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali kemudian berkata beliau akan mengkaji semula beberapa peruntukan itu manakala Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau mengambil maklum cadangan Raja-Raja.
Rang undang-undang itu diluluskan oleh Parlimen pada 22 Disember tahun lalu.
Kerajaan telah dikritik kerana cuba untuk mengenakan pemerintahan diktator di Malaysia, tetapi Najib berkata undang-undang sedemikian diperlukan untuk menangani keganasan.

ADUN DAP bersemuka dengan Budiman, tapak billboard dirampas

"Saya budak kampung, nafikan rampas tapak billboard DAP" - Budiman

Isu Billboard: "AMANAH takkan minta maaf"

Itu ceramah biasa, bukan mengata orang - AMANAH

Najib akui impian memiliki ‘The Beast’ Obama

Kos sewa 'private jet' Rosmah RM86.4 juta - Rafizi

Elok belanja duit sewa 'private jet' Rosmah tanggung PTPTN - Rafizi

Jangan tuding AMANAH, patut tuju BN

Nawawi wakil rakyat celopar – IKHLAS

Nawawi perlu ingat tanpa rakyat dia tidak boleh jadi ahli Parlimen dan tidak akan terima gaji daripada kerajaan.
Datuk-Nawawi-Ahmad-Mohd-Ridzuan-Abdullah
PETALING JAYA: Kenyataan Ahli Parlimen Langkawi Datuk Nawawi Ahmad yang mengatakan bukan rakyat membayar gajinya tetapi ia daripada kerajaan, ditempelak NGO BN.
Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana (IKHLAS) Mohd Ridzuan Abdullah berkata keceloparan Nawawi itu jelas mengguris hati rakyat yang menyokongnya semasa pilihan raya, sekali gus memburukkan nama parti BN.
Katanya, jika rakyat tidak memilih sebagai wakil rakyat, beliau tidak akan memperoleh pendapatan seperti sekarang kerana gajinya dibayar kerajaan apabila menjadi ahli Parlimen.
“Dia ini celopar dan cara dia bercakap itu jelas menunjukkan dia tidak layak jadi ahli Parlimen. Tindakan dia (Nawawi) itu juga mengguris hari rakyat yang memilih beliau sebagai ahli Parlimen.
“Ahli Parlimen itu (Nawawi) perlu ingat tanpa rakyat dia tidak boleh jadi ahli Parlimen. Tanpa rakyat dia tidak boleh dapat gaji, dia jadi Ahli parlimen baru dia dapat gaji, kuasa penentu adalah rakyat,” katanya kepada FMT.
Terdahulu, Nawawi sekali kali mengundang kontroversi apabila berkata gajinya tidak dibayar oleh rakyat tetapi adalah daripada kerajaan.
Kenyataannya mengenai dana awam tidak dimiliki rakyat mengundang kemarahan dalam kalangan pengguna media sosial.
Sehubungan itu, Ridzuan mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga pengerusi BN supaya menggugurkan pemimpin seperti Nawawi pada pilihan raya umum akan datang.
“Orang macam ini perdana menteri perlu gugurkan, dia minta maaf pun tak ada guna memang tidak perlu, PRU14 dia perlu digugurkan, tak perlu simpan.
“Bukan saja Nawawi banyak lagi pimpinan lain yang asyik main politik, tak jaga kebajikan masyarakat, juga perlu digugurkan,” katanya.

Pakatan Harapan nafi wujud parti dominan


Khalid Samad Khalid Samad Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abd Samad mendakwa, model kerjasama didominasi satu parti adalah BN dan bukan Pakatan Harapan.
Pakatan Harapan terdiri daripada tiga parti yang mempunyai dasar dan visi berbeza tetapi wujud banyak persamaan, menangkis dakwaan wujud parti tertentu mendominasi pakatan itu.
“Kerjasama dibina atas persamaan ini dan diterjemahkan berpandukan Perlembagaan Negara. Kami mengutuk dakwaan keji laporan media menyebut: 'setelah puas menunggang Pas, DAP sekarang menunggang Amanah',” katanya dalam sidang media Pakatan Harapan di Pejabat Amanah Sungai Besar seperti dilapor Sinar Harian hari ini.
Beliau dipetik berkata, strategi menggambarkan Amanah sebagai tunggangan DAP adalah strategi lapuk yang sebelum ini digunakan terhadap Pas sewaktu berada dalam PR.
“Setelah Pas tidak lagi menggugat BN, ia digunakan pada Amanah pula,” katanya.
Jelasnya, dua PRK yang sedang berlangsung boleh dijadikan bukti bahawa tidak wujud mana-mana parti mendominasi Pakatan Harapan.
“Ia bukti kesediaan tiga parti berbincang, berunding secara terbuka dan jujur,” katanya.
Khalid berkata, Amanah sejak awal ingin bertanding di dua PRK, namun atas persetujuan Pakatan Harapan, usaha berunding dengan Pas dilakukan oleh pimpinan PKR.
“Dalam keadaan ini, Amanah akur keputusan berkenaan. Setelah berusaha sekian lama, terbukti Pas tidak sudi berunding.

PAS patut bersama Pakatan Harapan, kata Mat Taib

"Kami parti AMANAH, mana ada duit nak buat billboard"

"Saya tetap sokong Najib disingkir walaupun tak terpilih" - Azhar Shukur

NASIB BAIK ADA DAP....

Ketika Pas berada dalam Pakatan Rakyat, parti itu sering dilabel oleh UMNO sebagai alat dan barua DAP, manakala hubungan Pas dengan PKR tidak pernah sama sekali cuba disalahertikan dengan apa-apa cemuhan.

Dalam Pakatan Harapan sekarang, Pas yang lebih galak menuduh dan melabel Amanah sebagai alat dan barua DAP. Sama seperti UMNO, Pas juga tidak pernah memberi label keji kepada hubungan PKR dengan DAP.

Benarkah dulu Pas dan sekarang Amanah, menjadi alat dan barua DAP?

Apakah Pas membuat dakwaan alat dan barua DAP terhadap Amanah kerana terikut-ikut gaya UMNO atau berdasarkan pengalaman mereka pernah diperalat dan dibaruakan dalam Pakatan Rakyat dahulu?

Jika Pas menjadi alat dan barua DAP, apakah yang telah merugikan parti itu selama ini?

Apakah dengan Pas berpeluang menduduki kerusi Menteri Besar Perak walaupun mempunyai kerusi yang sedikit dan mampu menang banyak kerusi di Selangor, Perak, Johor dan beberapa negeri lain menunjukkan Pas menjadi alat dan barua DAP?

Sebagai balasan kerana setuju diperalat dan dibaruakan, berapa banyak pula Pas kehilangan kerusinya di Kelantan atau Terengganu untuk diserahkan kepada DAP?

Hakikatnya sekarang ini, UMNO tidak perlu lagi menyerang Amanah kerana peranan itu sudah diambil alih oleh Pas. UMNO yang bersongkok hitam hanya perlu tersenyum melihat dari jauh telatah Pas yang berkopiah putih memaki, mengecam dan memusuhi Amanah.

Dalam masa yang sama, orang Melayu yang menyokong Pakatan Harapan atau dulunya Pakatan Rakyat juga kerap dianggap sebagai alat dan barua DAP.

Orang Melayu yang menyertai atau menyokong DAP lebih buruk lagi labelnya - dikatakan ingin menggadai maruah dan kuasa kepada orang Cina.

Apakah sebenarnya salah dan dosa bila berbaik-baik dengan DAP?

Apakah DAP ditanggapi sebegitu kerana namanya DAP, kerana di dalamnya ada Lim Kit Siang atau kerana ia parti yang dikuasai oleh orang-orang Cina?

Jika DAP begitu jahat, agendanya amat mengancam negara, merbahaya kepada orang-orang Melayu dan musuh kepada Islam, mengapa kerajaan tidak mengharamkan saja parti itu?

Begitu juga dengan Lim Kit Siang, jika keberadaannya bersama DAP amat merbahaya, mengapa tidak ditangkap dan disumbat saja dalam penjara?

Nama penuh DAP ialah Democratic Action Party atau Parti Tindakan Demokratik, tetapi kenapa ia sering dikaitkan dengan komunis berbanding demokrasi?

Status anak tempatan kelebihan calon AMANAH

Dr Ahmad Termizi Ramli menyifatkan penduduk di Manong, Kuala Kangsar - tempat kelahirannya - sebagai ahli keluarganya sendiri.
Ahmad-Termizi_talk
KUALA KANGSAR: Calon AMANAH bagi PRK Kuala Kangsar, Dr Ahmad Termizi Ramli menggunakan kelebihannya selaku anak tempatan bagi meraih sokongan pengundi.
Ketika berucap pada satu program di Manong malam tadi, beliau menyifatkan penduduk pekan kecil itu sebagai keluarganya.
“Orang di Manong, kalau pun tidak semua, kebanyakannya saudara-mara.
“Saya merayu kepada saudara-mara saya di sini agar mengundi AMANAH yang mewakili Pakatan Harapan agar menang dalam PRK kali ini, dan seterusnya PRU14,” katanya kepada kira-kira 50 hadirin.
Termizi merupakan satu-satunya calon anak tempatan daripada empat calon yang bertanding. Malah beliau lahir di Kampung Suak Petai, di sini.
Sebelum ini, ahli Pemuda UMNO Syed Rosli Syed Harman Jamalullail bercadang untuk bertanding sebagai calon bebas sebagai protes terhadap pencalonan Datin Mastura Mohd Yazid.
Beliau bagaimanapun berubah fikiran selepas AMANAH mencalonkan Termizi.
Beliau malah menyatakan sokongannya kepada Termizi kerana kedudukannya sebagai ‘anak tempatan’.
Sebelum itu, Naib Presiden AMANAH Hasanuddin Mohd Yunus dalam ucapannya menyifatkan Termizi sebagai calon yang mampu membawa suara penduduk Kuala Kangsar di Parlimen kerana pengalamannya yang luas.
“Beliau berpengalaman luas dalam NGO dan menjadi rujukan di dalam dan luar negara bagi bidang fizik nuklear, selain isu Lynas,” katanya.

Fahmi Reza: 'Pihak berkuasa tak tahu bagaimana nak urus saya'

Aktivis Fahmi Reza berkata, beliau sudah lama bersedia untuk dipenjara kerana karya-karyanya.
Lagi pun, artis grafik yang belajar sendiri itu, sudah aktif dalam aktivisme politik melalui karya grafiknya sejak awal tahun 2000-an.
Tetapi akhirnya, karikaturnya berupa wajah badut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang membuatnya didakwa mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia pada hari Isnin.
Namun begitu, kata Fahmi, ia mengambil masa empat bulan selepas dia menyiarkan karikatur itu, bagi mereka memutuskan untuk mendakwanya di mahkamah.
"Anda tahu mengapa?" soalnya sambil menambah bahawa ia kerana apabila mereka membiarkannya, mereka mendapati dia masih tidak berhenti.
Sambil menegaskan bahawa beliau tidak akan berhenti, Fahmi berkata, kerana itu mereka terpaksa mendakwanya untuk menghukumnya supaya dia boleh dijadikan sebagai teladan.
Bercakap dalam satu ceramah di Kuala Lumpur malam tadi, Fahmi berkata sekiranya dia telah berhenti ketika pertama kali karikatur itu disiarkan "saya rasa saya selamat sekarang."
Satu lagi sebab mengapa ia mengambil masa empat bulan untuk dia didakwa, pada pandangan Fahmi, ialah mungkin ia kerana pihak berkuasa tidak pernah berurusan dengan seseorang seperti dirinya sebelum ini.
Menurutnya, kebanyakan yang mereka uruskan sebelum ini adalah yang pro-pembangkang, atau mesra pembangkang.
Kemudian terdapat dirinya yang dihentam oleh mereka dari pembangkang dan pemerintah.
Menurut Fahmi, pereka grafik mempunyai kemahiran yang ramai tidak miliki dan itu memboleh mereka menyalurkan mesej secara visual.
Bagaimanapun, Fahmi mengakui sukar untuk melakukan apa yang dia lakukannya, jika seseorang itu sudah berkahwin dan mempunyai anak, kerana perlu memikirkan tentang mereka.
Jika ada orang yang bergantung kepada anda, maka anda tidak boleh mengambil risiko dipenjara atau ditangkap, katanya.
"Jadi apa nasihat yang boleh saya berikan? Nasihat saya ialah jangan kahwin," katanya berseloroh, dan disambut gelak ketawa kira-kira 50 hadirin yang kebanyakannya terdiri daripada golongan belia.
Fahmi mengingatkan bahawa jika sesiapa mahu bersuara di Malaysia, maka mereka mesti sedar dan bersedia untuk menghadapi risikonya.
Fahmi pertama kali menyiarkan karikatur badut Najib pada bulan Januari, selepas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali membersihkan Najib daripada sebarang salah laku berkaitan dengan beberapa dakwaan skandal kewangan.

Skandal 1MDB: BNM patut siasat, bukan tutup fail

Keputusan pihak berkuasa kewangan luar negara menjalankan siasatan terhadap bank di negara masing-masing membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dianggap tamparan kepada Bank Negara Malaysia (BNM).
Mantan Pengarah BNM, Dr Rosli Yaakob, berkata hal ini ekoran Gabenor barunya, Datuk Muhammad Ibrahim bukan sahaja enggan melakukan siasatan sama, malah lebih berminat menutup fail siasatan terhadap 1MDB.
“Memang ada perkembangan dalam isu 1MDB selepas Gabenor BNM baru mengambil alih tetapi perkembangannya bukan bersifat untuk meneruskan penyiasatan supaya pihak bertanggungjawab melarikan wang negara dibawa ke muka pengadilan.
“Sepatutnya BNM menyertai penyiasatan negara lain seperti Amerika, Switzerland dan Singapura kerana kalau negara ini membuat siasatan tetapi kita berdiam diri, ini memberi tamparan kepada BNM itu sendiri,” katanya kepada SelangorKini.
Rosli berkata, BNM hanya mengenakan denda kepada 1MDB sekali gus membuktikan syarikat sarat hutang itu ada melakukan kesalahan peraturan kewangan.
“BNM juga menutup siasatan ke atas 1MDB, maknanya dia tutup buku di mana ini perkembangan yang tidak positif dan menjejaskan nama baik institusi itu.
“Saya tidak melihat perkembangan positif untuk menyelesaikan skandal 1MDB ini sehingga pihak bertanggungjawab dibawa ke pengadilan,” katanya.

Mat Sabu, ikon rakyat untuk menumpaskan Umno!

Oleh Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi
 Mat Sabu pernah kena pukul, kena buang daerah, kena fitnah, kena penjara dan kena tembak dengan gas pemedih mata. Semua itu lebih perit berbanding dipanggil Mat Sabun. Ramai lagi pemimpin Amanah yang senasib dengan dia.
 Kalau dia nak rasa kecewa, apa yang dialaminya sudah cukup untuk mengecewakannya. Kalau dia nak berehat, boleh saja dia memilih jalan itu kerana dia sudah punya kehidupan berkeluarga yang memadai dan selesa.

Kalau dia gila jawatan, dia sudah pernah menakah tangga pemimpin nombor dua dalam parti Islam. Kalau dia gila glamor, dia tidak perlu bersusah-payah bersama Amanah kerana majoriti masyarakat Malaysia kenal Mat Sabu.

 Memulakan sebuah pergerakan rakyat yang baru seperti Amanah bukan mudah. Semuanya bermula dengan zero. Namun, beliau menyahut seruan rakyat untuk mengetuai sebuah pergerakan baru yang memenuhi aspirasi mereka setelah kegagalan PR.

Rakyat yang mahukan dia memimpin gerakan ini. Buktinya? Ya, kalau rakyat tidak mahukannya, elok biarkan dia diisytihar bangkrap selepas didenda RM200,000. Tapi, rakyat mengambil tanggungjawab melepaskannya daripada belitan itu.

Orang boleh membenci, menghina, menggelar buruk, mempersenda, memperlekeh atau apa sahaja, tetapi itulah Mat Sabu. Dia tetap berada dalam hati dan pemikiran rakyat yang mahu melihat gerakan rakyat sentiasa gagah untuk menumpaskan regim korup Umno/BN.

Mustafa Ali: Realitinya PAS berdepan BN, DAP di Sungai Besar

"Secara realitinya PAS berdepan dengan BN dan DAP pada Pilihan raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar," tegas Ketua Pengarah Pilihan raya PAS, Datuk Mustafa Ali.

Ini, ujarnya kerana pada pemerhatian beliau, strategi dan kerja-kerja yang melibatkan calon PAN diatur dan dilakukan oleh DAP.

"Berdasarkan laporan dari lapangan dan pemerhatian saya, strategi dan kerja-kerja untuk calon PAN dibuat oleh DAP.

"Jadi secara realitinya pertandingan tiga penjuru pada PRK Sungai Besar, PAS berdepan dengan BN dan DAP," ujarnya kepada Harakahdaily, pagi ini.

Menurutnya lagi, pemerhatian beliau juga mendapati DAP membuat arahan secara senyap dan mengatur gerak kerja secara bersungguh-sungguh.

"DAP bersungguh-sungguh dalam PRK ini, buat arahan secara senyap kepada seluruh jenteranya, seolah-olah dia (DAP) yang bertanding di Sungai Besar, PRK ini juga maruah dia," katanya.

Justeru, beliau menyifatkan calon yang dikemukakan PAN adalah 'pinjaman' DAP yang bukan dari kalangan parti itu.

Beliau juga difahamkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dijangka akan turun untuk berkempen pada PRK Sungai Besar diatur oleh DAP.

"Macam mana pun bagi PAS itu bukan perkara besar, PAS tak kisah kerana secara tradisi kita berdepan, lawan BN.

Hudud popular kerana arus kesedaran Islam – Nik Abduh

Ketua Pemuda PAS itu berkata arus kesedaran Islam di kalangan rakyat memaksa kerajaan menyokong hudud.
nik abduh
PETALING JAYA: Ketua Pemuda PAS Nik Mohamad Abduh Nik Aziz mengalu-alukan undian Twitter yang dijalankan aktivis pelajar Syed Saddiq Abdul Rahman yang mendapati lebih 80% menyokong pelaksanaan hudud, dan berkata ia mencerminkan arus kesedaran Islam semakin kuat.
“Arus inilah yang menjadi punca kerajaan BN akhirnya bersetuju meminda akta 355 yang bertujuan meningkatkan bidang kuasa mahkamah syariah,” tulis Nik Abduh dalam Facebook.
Bulan lalu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membentangkan rang undang-undang (RUU) persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, yang membolehkan mahkamah syariah menjatuhkan hukuman melebihi apa yang dihadkan sebelumnya iaitu penjara tiga tahun, denda tidak melebihi RM5,000 dan enam sebatan, atau biasa dikenali sebagai “akta 355″.
Langkah itu menerima sokongan pemimpin Umno, membolehkan RUU Hadi itu didahulukan walaupun pada awalnya disenaraikan sebagai agenda terakhir dalam Dewan Rakyat.
Dalam tinjauan yang dibuat Syed Saddiq, 83% daripada 22,304 orang mengundi “Ya” sebagai persetujuan hudud dilaksanakan.
Bagaimanapun, juara debat antara universiti itu merasakan ramai yang tidak arif mengenai hudud.
“Saya bimbang dengan keputusan itu kerana sebahagian besar orang yang memberi komen di ruangan komen di Twitter saya menyokong hudud dan mengatakan bahawa undang-undang ini adalah baik untuk memerangi rasuah,” beliau dilaporkan berkata.

P093: Undi PAS di Sungai Besar dapat pahala

Sekiranya menang calon parti Islam itu akan membantu melaksanakan hukum Allah di Parlimen kelak, kata ketua penerangan PAS Sungai Besar.
Rani-sungai-besar
SUNGAI BESAR: Semua pengundi di PRK Sungai Besar akan mendapat pahala jika mengundi calon PAS, Dr Abdul Rani Osman.
Ketua Penerangan PAS Sungai Besar Salahudin Baharum berkata sekiranya calon parti Islam itu menang, beliau akan membantu melaksanakan hukum Allah di Parlimen kelak.
Salahudin berkata demikian sebagai merujuk kepada Rang Undang-undang (RUU) Persendirian Akta 355 Mahkamah Syariah yang dibawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Parlimen.
“Mengundi calon kita maka meningkatkan Mahkamah Syariah itu sendiri.
“Kita sebagai orang Islam, bila Tuan Guru Hadi Awang bentang, sekiranya kita mendapat kemenangan, semua kita akan dapat pahala.
“Undang-undang ini untuk orang Islam saja. Tidak ada kena-mengena dengan DAP dan lain-lain,” katanya ketika berucap di ceramah PAS di Parit 16, di situ malam tadi.
Ceramah yang bermula pada jam 11 malam itu tidak dihadiri pemimpin PAS Pusat dan calon, sebaliknya hanya dihadiri pemimpin PAS tempatan.
Sebaliknya, kekosongan pemimpin PAS Pusat itu diisi dengan kehadiran pimpinan tertinggi Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) termasuk presidennya, Tan Sri Sheikh Kadir Fadzir.
Kira-kira 40 penyokong hadir mendengar amanat yang disampaikan Sheikh Kadir.
Sebelum ini, Hadi di Bagan Sungai Besar menjelaskan kepada pengundi Cina dan India agar tidak khuatir dengan Akta 355, kerana ia tidak melibatkan mereka yang bukan beragama Islam.

P093: Azhar bersedia sejak 36 tahun lepas untuk bertanding

Dua bulan lepas, Azhar Abdul Shukur baru sahaja dilantik sebagai ketua bahagian AMANAH Sungai Besar dan bersedia untuk berkhidmat kepada kampung kelahirannya terutama dalam masalah kongkongan maklumat.
Namun selepas dua bulan, beliau dipilih sebagai calon parti AMANAH untuk mewakili Pakatan Harapan bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar.
Belisu berhadapan dengan dua orang pesaing yang hebat iaitu calon BN yang juga ADUN Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi dan calon PAS yang juga ADUN Meru, Dr Abdul Rani Osman.
Berbanding dengan mereka, pengalaman Azhar sememangnya kurang dan beliau tidak terkenal dalam politik.
Walaupun segalanya datang secara agak mengejut, namun pada hakikatnya Azhar, 51, berkata beliau telah bersedia bertanding, malah persediaan itu telahpun dibuat sejak 36 tahun lepas.
"Untuk berpolitik, saya dah bersedia pada umur 15 tahun ketika masih belajar di sekolah menengah, masa itu saya sudah menyertai pembangkang," katanya dalam satu temubual dengan Malaysiakini.
'Kritik kerajaan masa sekolah'
Mengimbas kembali masa persekolahannya, Azhar berkata beliau selalu 'lawan' guru, malah pernah ditangkap oleh guru kerana mengkritik kerajaan.
Akhirnya, bapanya selalu terpaksa datang ke sekolah untuk membawanya pulang.
"Saya bawa kawan saya pergi ke surau cerita tentang kerosakan kerajaan, jadi guru dengar dan tangkap saya, lalu bawa masuk pejabat, panggil ayah saya ambil saya balik," kata Azhar.
Namun, bapa Azhar sebenarnya merupakan penyokong BN dan pernah menjadi ahli Parlimen Tanjung Karang satu penggal dan ADUN Sungai Burong selama dua penggal.
Walaupun pandangan politik mereka berbeza, Azhar berkata bapanya tidak pernah menghalangnya, malah menyokongnya sepenuhnya dalam pilihanraya kali ini.
"Ayah saya tahu, saya sejak kecil lagi tidak bersama BN. Ada banyak perkara dia tak bersetuju dengan saya tapi dia tahu saya buat perkara baik," katanya.
Katanya, beliau menyertai pembangkang hanya kerana ingin memperbetulkan kerajaan. Bapa Azhar jugalah yang menjadi sebab dia kembali ke Sungai Besar sehingga timbulnya idea berkhidmat kepada kampungnya.
Azhar sudah berkahwin dan dikurniakan tiga orang anak, pernah belajar di tiga sekolah menengah di sekitar Sungai Besar sebelum melanjutkan pelajaran ke universiti di Karachi, Pakistan dalam bidang agama.

Papan iklan provokasi SPR ambil tindakan


jika dilihat kepada perkataan - perkataan pada papan iklan  itu jelas termasuk di bawah perbuatan yang menyalahi seksyen 4A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954jika dilihat kepada perkataan - perkataan pada papan iklan itu jelas termasuk di bawah perbuatan yang menyalahi seksyen 4A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyifatkan pemasangan papan iklan berunsur tohmahan dan berniat untuk mengembangkan perasaan jahat serta berunsur provokatif sebagai tidak bertanggungjawab dan melanggar etika berkempen sepertimana yang telah ditetapkan dalam Akta Pilihan Raya 1954.
Pengerusinya, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata, tindakan sewajarnya akan diambil oleh pihak Pasukan Penguat Kuasa Pilihan Raya (PP KPR) untuk memastikan pematuhan sepenuhnya terhadap pemasangan bahan kempen mengikut undang-undang dan peraturan yang ditetapkan.
"Di bawah Seksyen 4A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, adalah menjadi satu kesalahan bagi mana-mana pihak sebelum, semasa dan selepas Pilihan Raya antaranya apabila melakukan apa-apa perbuatan atau penyataan dengan tujuan mengembangkan perasaan jahat, tidak puas hati atau permusuhan.
"Sekiranya didapati bersalah boleh dipenjara tidak lebih lima tahun atau didenda tidak lebih RM10, 000 atau kedua-duanya," katanya dalam kenyataan medianya malam tadi.

"Guna PAN, Media Jangan Aniaya Amanah" - Ahmad Termizi

KUALA KANGSAR: Parti Amanah Negara (Amanah) meminta media tidak melakukan penganiayaan dengan menggunakan PAN sebagai akronim parti tersebut.
Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar, Dr Ahmad Termizi Ramli berkata, tiga akhbar dikesan menggunakan PAN bagi merujuk parti berkenaan walaupun beberapa teguran telah dibuat.
"Seperti yang telah dikeluarkan oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS), singkatan bagi Parti Amanah Negara ialah Amanah dan bukanlah PAN seperti yang digunakan akhbar tertentu.
"Oleh itu kami meminta akhbar-akhbar ini supaya tidak menganiaya kami dengan terus menggunakan PAN.
"Ini satu penganiyaan kerana ia akan mengelirukan pengundi. Pada kertas undi hanya ditulis calon Amanah dan bukan PAN. Saya bimbang pengundi keliru, janganlah aniaya kami," katanya pada sidang media di bilik gerakan Amanah di sini Rabu.
Sementara itu, Ahmad Termizi mendedahkan, Timbalan Pengerusi Amanah Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mungkin akan mengambil tindakan undang-undang terhadap media yang didakwa memutarbelitkan kenyataannya dalam ceramah di Sayong Lembah pada Isnin malam.
Menurutnya, berdasarkan rakaman ceramah itu, Mohammad Nizar didakwa tidak mengutuk mana-mana pihak sebaliknya hanya mahu pengundi Kuala Kangsar menewaskan Barisan Nasional (BN) dalam PRK kali ini.
"Beliau (Mohammad Nizar) mungkin akan mengambil tindakan undang-undang terhadap media yang memutarbelit kenyataan dalam ceramah ini.
"Kerana apa yang sebenarnya berlaku bukanlah seperti yang didakwa oleh media khsusnya akhbar arus perdana," jelas beliau.