Rabu, 8 Jun 2016

Insiden kecoh di ceramah AMANAH

Harga daun sup naik 350%? CAP seru kerajaan bertindak!

CAP menggesa Bahagian Penguatkuasaan KPDNKK menyiasat kenaikan harga berkenaan kerana ia akan menjejaskan mereka yang berpendapatan rendah.
idris-cap
PETALING JAYA : Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk mengambil tindakan segera dengan menurunkan harga sayur-sayuran yang telah naik sehingga 350% semasa Ramadan.
Presidennya S M Mohamed Idris menggesa Bahagian Penguatkuasaan KPDNKK untuk menyiasat kenaikan harga berkenaan kerana ia akan menjejaskan mereka yang berpendapatan rendah dengan kenaikan harga berkenaan terutamanya pada bulan Ramadan.
“CAP juga telah berkali-kali menyeru FAMA untuk mengawal pemasaran dan pengedaran sayur-sayuran di negara ini tetapi seruan kami tidak didengari,” katanya menerusi kenyataan.
Menurut statistik yang diberikan, harga untuk daun sup yang harga asalnya RM4.00 telah naik kepada RM18.00, harga daun bawang daripada RM6.00 telah naik kepada RM12.00 manakala harga untuk daun serai daripada RM3.50 naik kepada RM8.00.
Dalam pada itu, Timbalan Presiden FOMCA, Mohd Yusof Abdul Rahman ketika dihubungi FMT berkata, pihaknya sehingga kini tidak menerima aduan berkenaan kenaikan harga sayur-sayuran di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor.

Politik dan agama

TUAN IBRAHIM TUAN MAN
 Pas tidak mengambil jalan pendek untuk melaksanakan tuntutan agama dalam pindaan Akta 355. Pas tidak mengambil jalan pendek untuk melaksanakan tuntutan agama dalam pindaan Akta 355.Dalam hal beragama, adalah tidak adil bagi mana-mana pihak meletakkan had kepada cara penganutnya mengamalkan ajaran agama masing-masing. Malah sebenarnya tiada apa yang perlu dimalukan dengan amalan agama masing-masing.
Contohnya, tiada sesiapa yang harus menggunakan undang-undang pencemaran alam sebagai alasan untuk menghalang dan mengugut orang bukan Islam daripada melakukan kewajibannya membakar bahan-bahan yang disembahkan ketika melakukan sembahyang kubur atau di tempat beribadat mereka.
Orang agama lain tidak perlu sibuk berhujah mengambil contoh daripada agama mereka untuk memujuk orang bukan Islam meninggalkan upacara membakar bahan-bahan yang disembahkan hanya kerana agama mereka tidak mengamalkannya. Bayangkan sekiranya ada perkara sedemikian berlaku, susah tentu keharmonian antara kaum dan agama akan terjejas teruk.
Perkara yang sama juga dengan orang Islam dan agama Islam. Di dalam agama Islam, ada larangan-larangannya terhadap penganut. Dan di dalam agama Islam, sudah ada ketentuan hukuman bagi penganut yang menyalahi larangan-larangan tersebut. Tidak perlulah ada suara-suara mempertikaikan mengapa agama Islam menetapkan ketentuan sebegini dan mengapa umat Islam mahukan perkara ini dilaksanakan. Ia adalah sebahagian daripada tuntutan agama sebagaimana seorang Muslim akan cuba menunaikan haji apabila peluang tiba dan dia sudah mampu melakukannya.
Adalah lebih elok kalau masing-masing dapat mengikut ajaran agama masing-masing dan mengiktiraf kewajipan agama lain asalkan ia dapat membawa kebaikan daripada keburukan dan mengukuhkan keharmonian dan hubungan antara kaum dan agama.
Hari ini, had hukuman Akta Mahkamah Syariah (Akta 355) terhadap pesalah beragama Islam sahaja dalam 4 perkara iaitu minum arak, qazaf (tuduh zina), murtad dan berzina adalah seperti berikut: denda tidak melebihi RM5,000, penjara tidak melebihi 3 tahun dan sebatan tidak melebihi 6 sebatan atau mana-mana kombinasi.
Pas hanya mencadangkan agar pesalah beragama Islam dihukum lebih berat dengan menaiktaraf Mahkamah Syariah agar had hukuman (RM5000 denda, 3 tahun penjara dan 6 sebatan) dapat dipinda kepada satu angka yang memenuhi tuntutan Islam agar pesalahlaku beragama Islam akan menghindari perbuatan jahat seperti zina, qazaf, arak dan murtad.

Mengapa saya sekarang sokong Amanah

TAN SRI MUHD MUHAMMAD TAIB
Pengundi hendaklah keluar beramai-ramai menyokong Amanah.- Foto Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Wan Salleh.Pengundi hendaklah keluar beramai-ramai menyokong Amanah.- Foto Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Wan Salleh.
Saya menyokong Amanah di dalam PRK Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Pada mulanya saya berharap Pas akan berada bersama  dengan Pakatan Harapan. Pas bertanding melawan BN.
Ketepikan segala perbezaan di sebelah Pakatan. Bersatu untuk menuju ke Putrajaya. Lakukan pembaharuan besar-besaran.
Pimpin negara ini dengan lebih baik. Lakukan penjimatan dari segi perbelanjaan. Lakukan pembaharuan di dalam bidang Pendidikan. Keluarkan jaguh-jaguh dari sekolah, maktab dan Universiti.
Negara lapar dengan pemimpin yang benar-benar amanah dan berwibawa.
Saya yakin sekiranya Pas, Amanah, PKR dan DAP bersatu sudah pasti mereka akan bentuk kerajaan baru dalam PRU14 dan boleh mengambil alih Putrajaya. Mengapa ini tidak menjadi keutamaan mereka?
Kerajaan BN jelas banyak kelemahan hari ini. Terlalu banyak.Kalau begitu mengapa Pas tib-tiba tukar pendirian?
Oleh itu dalam keadaan begini pengundi-pengundi  hendaklah keluar beramai-ramai menyokong Amanah. Amanah bersama Pakatan Harapan hendaklah diberi peluang untuk menjadi pilihan rakyat Malaysia.

Pilih hanya BN atau PH – Mat Taib

Kerana PAS bukan entiti politik yang boleh ambil alih pentadbiran negara
taib-bn-ph
SUNGAI BESAR: Pengundi hanya mempunyai dua pilihan, Barisan Nasional atau Pakatan Harapan, kerana PAS tidak diyakini boleh mengambil alih pentadbiran negara, kata Tan Sri Muhammad Muhammad Taib.
Menyifatkan pilihan raya kali ini sebagai persaingan antara BN dan PH, bekas Menteri Besar Selangor itu berkata pilihan rakyat terhad kepada dua gagasan politik itu kerana PAS dilihat sebagai parti yang tiada pendirian dalam isu-isu negara.
“Pakatan Harapan yang dirasakan entiti yang boleh mengambil alih pentadbiran negara,” kata ahli politik yang lebih dikenali dengan panggilan Mat Taib itu.
“PRU14 kita nak tukar kerajaan daripada BN ke PH. PAS sepatutnya bersama PH.
“Kelemahan yang ditunjukkan oleh BN sekarang ini begitu banyak sekali,” tambahnya, “takkan PAS nak pergi sokong BN yang begitu banyak sekali masalah?”
Beliau berkata demikian sewaktu ditemui di Pejabat AMANAH Sungai Besar, petang tadi.
Mengulas peluang pembangkang untuk menang dalam PRK Sungai Besar, Mat Taib berkata situasi kini tidak menentu walaupun kebiasaannya BN akan menang dalam pertandingan tiga penjuru.
“Saya lihat bukan senang, kalau pecah macam ini biasanya BN mempunyai kelebihan. Tetapi tidak tahulah trend pengundian kini
“Kalau rakyat tidak mahu BN, silakan pilih PH, pilihan hanya ada dua ketika ini,” mintanya.

Usul Hadi bukan usul hudud, tegas Azalina

Menteri minta semua pihak tunggu sidang Parlimen Oktober depan untuk perkembangan seterusnya.
azalina-othman_law_600
PUTRAJAYA: Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 bukan usul hudud, tegas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said.
Usul yang dibawa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu sekadar untuk meningkatkan hukuman Mahkamah Syariah, katanya.
Bercakap kepada pemberita seusai menandatangani perjanjian persefahaman program latihan patriotisme untuk para guru antara Kementerian Pendidikan dan Biro Tata Negara (BTN), Azalina menyeru semua pihak semua menghentikan spekulasi sekitar usul kontroversi itu.
“Sudah banyak yang diperkatakan mengenai usul itu. Saya fikir kita perlu tunggu hingga Oktober.”
Usul yang dibentang di Parlimen bulan lalu pada mulanya disenaraikan sebagai perkara terakhir dalam Aturan Mesyuarat Dewan Rakyat, dan disangkakan tidak akan dibentangkan dalam sesi kali ini.
Bagaimanapun, usul itu didahulukan selepas Azalina mencadangkan supaya ia dibentangkan pada hari terakhir sesi Parlimen di bulan Mei.
Namun selepas pembentangan usul itu, Hadi meminta Parlimen supaya menangguhkan perbahasan usul itu ke sesi Parlimen bulan Oktober.
Ketika ditanya samada beliau percaya PAS akan menggunakan usul itu untuk meraih undi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar, Azalina menjawab: “Saya pun tak tahu apa yang akan berlaku 10 minit selepas ini.”

Amanah dahului kempen PRK Sungai Besar, keadaan tenang, pengundi dingin


Calon Amanah agak agresif menemui pengundi pelbagai lapisanCalon Amanah agak agresif menemui pengundi pelbagai lapisan
Tempoh berkempen untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar memasuki hari ke empat hari ini, namun suhu kempen setakat ini masih ditakuk suam-suam kuku.
Berdasar pengamatan Bernama, pendekatan berkempen lebih tertumpu kepada Parti Amanah Negara (Amanah) yang dibantu sekutu-sekutunya DAP dan PKR, namun sambutan yang diberi masih dingin, walaupun disertai Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua.
Seperti PRK Kuala Besut pada 2013, yang juga berlangsung pada bulan puasa, 'politik Ramadan' di sini turut menyaksikan kesemua tiga calon memilih pendekatan secara bersemuka dengan pengundi berbanding kempen terbuka secara besar-besaran.
Atas faktor itu, setakat ini masih sukar untuk melihat ke arah mana condongnya sokongan pengundi Sungai Besar antara tiga calon bertanding iaitu Budiman Mohd Zohdi (Barisan Nasional), Dr Abdul Rani Osman (PAS) atau pun Azhar Abdul Shukur (Amanah).
Secara dasarnya, walaupun berdepan pertandingan tiga penjuru, namun, PRK Sungai Besar sebenarnya lebih kepada pertembungan antara Barisan Nasional (BN) dan Amanah.
PAS pula setakat ini, tidak begitu menonjol, dan lebih banyak menumpukan kempen kepada aktiviti keagamaan, malah gerak kerja calonnya juga boleh dikatakan 'misteri' bagi kebanyakan media yang membuat liputan kerana kesukaran mendapatkan jadual pergerakan Dr Abdul Rani.
Antara Budiman dan ustaz Azhar, pengundi Sungai Besar mempunyai pilihan sama ada untuk memilih wakil rakyat yang personalitinya sudah dikenali, atau calon yang bergantung kepada populariti parti semata-mata.

Tok Him berang, persoal Nawawi sekolah mana

Nampaknya Ahli Parlimen Langkawi tak faham konsep percukaian, kata Presiden PERKASA
ibrahim-ali-nawawi
KUALA LUMPUR: Presiden PERKASA berang apabila seorang ahli Parlimen Malaysia kelihatan tidak faham konsep percukaian.
“Cuba periksa Ahli Parlimen Langkawi tu sekolah mana?” soal Datuk Ibrahim Ali apabila diberitahu kisah perdebatan antara Datuk Nawawi Ahmad dan rakannya yang kini bertukar viral.
Melalui tangkap layar perdebatan itu, Nawawi dikesan berkata bukan rakyat yang membayar gajinya kerana selepas bertukar tangan duit kerajaan bukan lagi duit rakyat.
“Nampaknya dia tidak faham konsep percukaian,” sambungnya, di sidang media di ibu pejabat PERKASA petang tadi.
Ibrahim seterusnya menjelaskan bahawa salah satu sumber hasil kerajaan adalah cukai pelbagai bentuk yang dikenakan keatas rakyat.
“Kalau nak menganggapkan bila rakyat bayar pada kerajaan, duit itu bukan lagi hak rakyat tetapi hak kerajaan, boleh atau tidak kita tidak mahu bayar cukai?
“Dia (Nawawi) pula ambil duit kerajaan, terima gaji daripada kerajaan, duit itu untuk apa? Apa tugasnya (sebagai wakil rakyat)?” tegas Ibrahim, seolah-olah mahu menyekolahkan ahli politik 55 tahun itu.
Nawawi sebelum ini menjadi perbualan ramai dengan tindakannya menyiarkan gambar ngeri mendiang Karpal Singh yang terbabit dalam kemalangan jalanraya, bersama keratan akhbar “Mahu wujudkan negara Islam langkah mayat kami dulu”.
Beliau kemudian menurunkan muatnaik itu dengan memohon maaf kerana tidak sensitif pada kesedihan keluarga Karpal dan penyokong ahli politik pembangkang itu.

Ibrahim Ali questions Langkawi MP's education background

PRK Sg Besar: Tun M Berkempen Sabtu Ini

PRK Sg Besar: Sokongan Calon Amanah Makin Meningkat

Calon Amanah Sokong 10 Tuntutan Bersih

'Berani Singkir Najib, Bermakna Berani Singkir Umno'

Dr Termizi Ramli: Inilah Masa Untuk Saya Memberi Kembali Bakti Kepada Negara

Tegang billboard AMANAH sindir UMNO diturunkan

PAS kini terkial-kial cari identiti diri, kata Tok Him

PRK K Kangsar: Perang bendera BN, PAS dan bukan AMANAH

Papan iklan anti-BN, PAS muncul di Sungai Besar

Semakin banyak papan iklan yang menyerang PAS dan BN mula muncul di kawasan penduduk majoriti Cina di Sekinchan pada hari keempat kempen pilihan raya kecil bagi merebut kerusi parlimen Sungai Besar.
Gambar-gambar papan iklan berkenaan turut diedarkan melalui aplikasi pesanan mudah alih WhatsApp sejak pagi.
Antaranya, sebuah papan iklan yang mengabungkan wajah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ketua MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak sebagai tiga kembar Siam.

Gambar dengan tajuk dalam bahasa Melayu dan Cina itu berbunyi:"BN, PAS Sehati Sejiwa, Rasis Rasuah Sama Sekali".
Di latar belakang adalah gambar Hadi memegang keris gergasi semasa muktamar PAS baru-baru ini dengan tertera logo 1MDB dan perkataan "Skandal RM4.2 bilion".
Papan iklan kedua yang dikesan di Sekinchan pula memaparkan gambar Ketua Umno Sungai Besar Datuk Jamal Md Yunus ketika mengetuai demo baju merah anti-BERSIH. Turut dimuatkan adalah gambarnya memeluk calon BN, Budiman Mohd Zohdi.
Antara perkataan yang dipaparkan adalah "Panggil Cina babi tidak salah" dalam bahasa Melayu dan Cina merujuk kepada kata-kata Jamal bahawa adalah tidak salah berbuat demikian kerana bangsa berkenaan tidak sensitif dengan binatang itu.
Papan iklan ketiga pula memperlekehkan slogan parti pemerintah bahawa "BN Menang Rakyat Senang". Ia digantikan dengan perkataan "BN Rasuah, Rakyat Susah".

Sukar untuk memastikan parti mana yang bertanggungjawab terhadap papan iklan berkenaan meskipun ia mempunyai logo AMANAH dengan warna rasmi parti itu iaitu jingga.
Papan iklan itu juga meminta pengundi supaya menyokong Pakatan Harapan.
Dalam reaksinya, AMANAH menafikan mereka bertanggungjawab terhadap papan iklan tersebut.
“Kami tak cukup duit untuk billboard sendiri. Bendera pun jauh lebih kalah sebab kami parti baru bendera-bendera pun baru...
"Kami tidak mempunyai wang untuk sampah seperti ini, boleh dilaporkan kepada (pegawai) penguatkuasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)," kata pengarah strategi parti itu Khalid Samad.

Kita tak cukup duit buat billboard sendiri – AMANAH

AMANAH tidak mempunyai wang yang cukup untik membuat papan iklan itu memandangkan parti itu masih baru ditubuhkan.
khalid-samad
SUNGAI BESAR: AMANAH hari ini menafikan terbabit dalam pemasangan papan iklan gergasi berbentuk provokasi yang tertera logo parti itu di kawasan Parlimen Sungai Besar.
Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Abdul Samad menegaskan parti itu masih baru dan tidak mempunyai wang untuk membuat papan iklan gergasi itu.
“Kami tidak cukup duit untuk (buat) billboard sendiri, bendera pun jauh lebih (sedikit) sebab kami parti baru bendera-bendera pun baru.
“PAS boleh kitar semula bendera lima tahun lepas. Kami tidak ada wang untuk perkara seperti ini dan isu ini sepatutnya dilaporkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),” katanya dalam sidang media hari ini.
Beliau mendakwa papan iklan provokasi itu mungkin dilakukan UMNO sendiri sebagai tindakan ‘reverse psychology’.
“Ia mungkin ‘reverse psychology’ yang UMNO lakukan sendiri dan sudah tentu pemberita akan bertanyakan AMANAH.
“Kami tidak tahu, itu tidak ada kena-mengena dengan kami. Mungkin Unit Cawangan Khas (SB), PERKASA pasang, tetapi saya sendiri tidak tahu,” katanya.
Salah satu papan iklan gergasi itu tertera kenyataan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos yang mendakwa ‘Panggil Cina babi tidak salah’ manakala satu lagi berkaitan skandal 1MDB yang tertera “BN PAS sehati sejiwa, rasis rasuah sama sekali”.
Di sudut bawah sebelah kanan kedua-dua papan iklan gergasi itu tertera logo AMANAH.

Nawawi pertahan 'Gaji MP bukan dibayar guna wang rakyat'

Walaupun dikritik berhubung kenyataan kontroversi di Facebook, Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad mempertahankan kenyataan bahawa kerajaan yang membayar gaji ahli parlimen dan bukan rakyat.
"(Saya) tak akan tarik balik malah akan lawan," katanya yang membalas komen di Facebook meminta beliau menarik balik kenyataan itu.
Nawawi berkata beliau tidak akan menarik balik pendapatnya, apatah lagi kerana ia adalah satu hujah peribadi antara beliau dan lain di Facebook.
"Nak tarik buat apa kerana bukan saya yang buat komen untuk semua rakyat, saya hanya komen berhujah dengan rakan FB.
"Yang depa (mereka) jahat pi (pergi) copy and paste pergaduhan kami berdua untuk sebaran umum tanpa kelulusan tu buat apa. Depa yang sepatutnya tarik balik kenyataan tu dari media," katanya dalam komen berasingan.
Namun sama ada komen beliau untuk tatapan umum atau sebaliknya, Ahli Parlimen Langkawi itu berhujah di laman Facebook yang boleh diakses orang awam mengatakan kerajaan secara teknikal membayar gaji kepadanya kerana wang itu datang daripada akaun kerajaan.
"Hakikat itu siapa pun tak nafikan bahawa kerajaan mendapat sebahagian sumbernya dari cukai rakyat. Tapi cukai bukan bagi free tapi wajib bagi demi untuk mendapat perkhidmatan dari kerajaan seperti keselamatan, kesihatan, pendidikan, infrastruktur dan lain-lain.
"Maka cukai dianggap sebagai bayaran kepada kerajaan untuk mendapat perkhidmatan. Tetapi apabila cukai dibayar oleh rakyat dan masuk ke akaun kerajaan, duit itu bukan lagi duit rakyat tapi dah menjadi duit kerajaan.
"Maka gaji pegawai kerajaan termasuk gaji wakil rakyat dibayar dari akaun kerajaan ini dan bukan dari akaun rakyat," tegas beliau.

DAP sediakan jentera kempen berkuasa tinggi untuk Azhar

Jentera kempen DAP untuk pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar bermula serta-merta selepas hari penamaan calon pada Ahad lalu dengan menjadi pasukan berkuasa tinggi untuk calon Pakatan Harapan, Azhar Shukur.
Sejak tiga hari yang lalu, pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang bersama-sama Tony Pua dan Ng Suee Lim dilihat mengiringi Azhar ke mana-mana sahaja, dari sesi Ceramah Perdana hinggalah bertemu dengan penduduk tempatan untuk mendapatkan undi.
Kebanyakan acara kempen mereka, termasuk Ceramah Perdana yang pertama kali diadakan pada malam hari penamaan calon berlaku di Sekinchan - jelas muncul sebagai satu strategi DAP untuk mempertahankan undi Cina.
Dengan kerusi dewan undangan negeri Sekinchan dipegang oleh wakil rakyat dari DAP pada masa ini iaitu Ng, kebanyakan pengundi Cina di kawasan itu secara amnya boleh dianggap sebagai penyokong DAP.
Justeru, kempen berkenaan dilihat menumpukan kepada memperkenalkan parti Amanah dan calonnya, Azhar kepada masyarakat Cina tempatan.
Kehadiran pucuk pemimpin DAP, terutama Lim, di kawasan separa bandar itu telah sedikit sebanyak membantu untuk menarik hadirin untuk datang mendengar Ceramah Perdana dan sekaligus, memperkenalkan Azhar secara lebih agresif.
Walau bagaimanapun, pemimpin PKR nampak begitu jarang membuat kemunculan semasa kempen di Sungai Besar sejak tiga hari lalu. Pada ceramah malam tadi, hanya Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar hadir sebagai salah seorang penceramah.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali pula, walaupun telah berikrar untuk kekal berkempen di Sungai Besar sepanjang tempoh pilihan raya kecil itu nampaknya tidak muncul-muncul lagi selepas hari penamaan calon.

Dr Termizi tinggalkan PAS kerana untuk jawab kepada Allah

Calon Parti Amanah Negara (AMANAH) bagi kerusi pilihan raya kecil Kuala Kangsar, Dr Ahmad Termizi Ramli hari ini menjelaskan sebab-sebab beliau meninggalkan PAS dan menyertai partinya sekarang.
Bekas profesor berusia 61 tahun itu berkata beliau menyertai AMANAH kerana tanggungjawabnya kepada agama dan juga negara.
Menurut Termizi, beliau sepatutnya menikmati persaraannya serta menghabiskan sisa hidupnya menjaga cucu-cucunya, tetapi ini tidak boleh dilakukannya kerana tanggungjawabnya terhadap agama dan negara tidak dapat dijalankan oleh PAS.
“PAS telah tidak mainkan peranan melaksanakan tanggungjawab agama dan juga kepada kepada negara. Jadi apa pilihan kepada saya?
“Apa saya nak jawab kepada Allah nanti, bila berlaku macam (sekarang) ini,” kata Termizi pada sidang media pertamanya dengan media berbahasa Melayu dan Inggeris di Kuala Kangsar hari ini.
PAS, katanya, seolah-olah ‘berehat’ daripada apa yang mereka sepatutnya lakukan.
“(PAS) ia macam nak berehat, bukan gagal, gagal tak tahu la, itu urusan Allah.
“Rasa macam nak berehat, tak apalah biar dia (PAS) berehat dahulu,” katanya.
Beliau bagaimanapun menafikan bahawa pilihan raya kecil Kuala Kangsar adalah peluang terbaik untuk memastikan supaya PAS 'berehat'.
“Itu serah kepada Allah, kita cuma berusaha, buat yang terbaik. PAS rehat tak rehat, kita serah kepada Allah,” katanya.
Bekas pakar fizik nuklear itu pada sidang akhbar sebelum ini mengakui bahawa beliau pernah menjadi ahli PAS.
“Saya PAS daripada dalam perut mak. Bukan aktivis, ahli saja. There's no love lost.
“Tapi kepentingan negara mengatasi kepentingan peribadi (saya),” katanya.

"Perlu banyak latihan lagilah kalau nak tewaskan Najib"

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, pihak lawan memerlukan banyak latihan jika mahu mengalahkannya.
Tetapi, mesej tersebut bukan ditujukan kepada mana-mana lawan politik beliau termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad atau parti politik.
Najib mencatatkan demikian dalam laman akaun Facebook miliknya, yang diturut disertakan gambar beliau bermain catur dengan anak-anak saudaranya selepas berbuka puasa di kediaman ibunya, Tun Rahah.
"Anak-anak saudara saya ajak lawan catur lepas tarawih.
"Boleh tahan hebat juga walaupun umur mereka baru 6 hingga 7 tahun.
"Tapi perlu banyak latihan lagilah kalau nak tewaskan saya," menurut kapsyen tersebut.
Catatan tersebut mendapat hampir 16,000 ‘suka’ dan lebih 1,200 komen.
Dalam bidang politik tempatan, Najib pula terlibat dalam percaturan politik berpanjangan, 'bermain' bersama dengan Mahathir yang dilihat menggunakan setiap langkah mengalahkan Najib sejak tahun lepas.

Isu 'private jet' Rosmah: Rafizi tuntut reaksi Hadi Awang

Rafizi lali disaman, warisi kedegilan Anwar

Kami akan bantu kempen penentang Najib – GKCM

Sebagus mana pun calon BN, pemimpin itu tidak ke mana kerana kebaikan mereka tidak akan mengatasi kejahatan atau keburukan perdana menteri.
Rushdan-Mohamed
PETALING JAYA: Gabungan Ketua Cawangan UMNO Malaysia (GKCM) akan turun berkempen dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar dengan memberi sokongan kepada parti AMANAH.
Naib Presiden GKCM Rushdan Mohamed berkata kumpulan UMNO pro Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tun Dr Mahathir Mohamed membantu calon AMANAH kerana parti itu turut sama menentang Datuk Seri Najib Razak selaras dengan gerakan itu mendesak perdana menteri berundur.
“GKCM sudah ke kedua-dua lokasi PRK. GKCM akan berkempen untuk parti yang menentang Najib iaitu AMANAH.
“Saya yakin rakyat juga menyokong apa yang GKCM buat iaitu supaya mereka memberi undi kepada parti yang melawan Najib (BN),” katanya kepada FMT.
Rushdan yang juga ketua UMNO Cawangan Rista Villa Perdana berkata walaupun calon yang mewakili BN dalam PRK tersebut mempunyai rekod yang baik ia tidak mampu mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kejahatan yang dilakukan Najib.
“Sebagus mana calon dihantar BN Najib, pemimpin tersebut tidak akan ke mana kerana kebaikan mereka tidak akan mengatasi kejahatan atau keburukan yang dilakukan tuan (presiden UMNO) mereka,” katanya.
Kerusi Kuala Kangsar dan Sungai Besar diisytiharkan kosong selepas kedua-dua penyandangnya meninggal dunia dalam nahas helikopter di Sarawak pada 5 Mei lalu.
Ahli Parlimen Kuala Kangsar sebelum ini ialah allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad manakala Sungai Besar allahyarham Tan Sri Noriah Kasnon.

Tolak usul Hadi sebab tak mahu hilang undi – penganalisis politik

Pemimpin BN juga tidak sepakat dalam membuat pendirian berhubung Akta 355 Mahkamah Syariah.
Mohd-Azizuddin-Mohd-Sani_hadi_law_600
PETALING JAYA: Ahli Parlimen BN yang beragama Islam tidak sepakat dalam menyatakan pendirian berhubung Rang Undang-undang (RUU) Persendirian Akta 355 Mahkamah Syariah sehingga mencetuskan percanggahan pendapat antara mereka.
Penganalisis politik Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata tindakan segelintir pemimpin yang membuat keputusan tidak menyokong undang-undang Islam dibawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi itu kerana bimbang akan hilang sokongan pengundi bukan Melayu dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
“Sebenarnya tidak semua ahli Parlimen BN (Islam) mempunyai kata sepakat akan menyokong Akta 355 ini nanti.
“Mereka bimbang hilang sokongan pengundi terutamanya bukan Melayu (di kawasan Sungai Besar dan Kuala Kangsar) jika mereka nyatakan sokongan kepada RUU itu,” katanya kepada FMT.
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri bertegas tidak akan mengundi dan hadir ke Parlimen sekiranya RUU Persendirian Akta 355 Mahkamah Syariah dibentangkan.
Sementara itu, Ahli Parlimen Bukit Bendera daripada DAP Zairil Khir Johari menggesa Nancy dan wakil rakyat lain dari Sarawak supaya hadir di Dewan Rakyat membantah RUU yang dibentangkan presiden PAS bulan lalu itu.
Azizuddin berkata PAS perlu tampil mengambil tanggungjawab untuk menerangkan kepada pemimpin dan rakyat berhubung undang-undang yang ingin dibentangkan parti Islam itu bagi merungkai kekeliruan terutamanya dalam kalangan bukan Islam.

Chandra: Pengundi Islam tidak akan sokong PAS kerana hudud

Pengerusi Yayasan 1Malaysia itu percaya umat Islam lebih mementingkan keamanan, stabiliti dan kemajuan ekonomi berbanding agama yang diperjuangkan PAS
hudud chandra
PETALING JAYA: Usaha PAS ke arah pelaksanaan hukum hudud tidak akan memberikan pulangan undi kepada parti itu, kata Pengerusi Yayasan 1Malaysia Dr Chandra Muzaffar, menulis dalam akhbar The Star hari ini.
Menurutnya, sudah berulang kali umat Islam mengenepikan persoalan dogma dan memberikan sokongan mereka berdasarkan pertimbangan ekonomi, kesihatan dan pendidikan.
Chandra berkata majoriti pengundi Melayu masih memilih Umno walaupun mengiktiraf kelayakan PAS dalam hal ehwal Islam.
Ini, katanya, membuktikan mereka masih menitikberatkan keamanan dan pembangunan ekonomi daripada kesetiaan terhadap sebarang dogma.
“Sikap umat Islam yang demikian inilah memberi harapan kepada kita yang di masa susah, akan muncul minda yang rasional dan bijak di kalangan rakyat manakala dogma bertopengkan agama akan ditolak,” tulis bekas pemimpin pembangkang itu.
Chandra mempersoalkan tindakan PAS menggunakan syariah bagi memancing undi susulan pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian di Dewan Rakyat oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bulan lalu.
RUU itu bertujuan meminda Akta Mahkamah Syariah 1965, untuk memberi kuasa kepada mahkamah syariah menjatuhkan hukuman lebih berat seterusnya membolehkan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.
Menurut Chandra, perjuangan PAS menuntut undang-undang syariah dan hukum hudud akan gagal memberikan parti itu sokongan orang ramai.

Jet mewah, Pas dicabar tegur Najib atau sedia dilabel 'berkawan' dengan BN

PKR hari ini mencabar Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegur Datuk Seri Najib Razak berhubung penggunaan jet mewah isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.
Cabaran itu dikemukakan Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli yang mahu melihat sama ada Pas akan mengotakan apa yang dilaungkan parti itu, kononnya bersedia menjadi "penasihat" kepada Umno BN.
"Saya harap kita dapat juga dengar maklum balas daripada Datuk Seri Hadi Awang sendiri.
"Saya mahu mendengar sama ada beliau akan menegur sendiri perdana menteri supaya menasihati isteri perdana menteri agar berhenti berbelanja dan bermewah seperti ini," katanya pada sidang media di Pejabat Amanah Kuala Kangsar hari ini.
Mengulas lanjut beliau berkata, ketidaksediaan Hadi menegur Najib hanya akan menjelaskan pendirian Pas kepada pengundi bahawa parti itu tidak berminat menegur BN dan tidak mahu mengangkat isu kepentingan rakyat.
Rafizi hari ini mendedahkan, isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor menggunakan jet peribadi mewah yang disewa untuk ke Istanbul mewakili Permata.
Rosmah dikatakan menghadiri satu majlis di Istanbul untuk mewakili Permata menerima anugerah "3G Children Welfare Award".
Rosmah menaiki jet peribadi ACJ319 A6-CJE yang disewa khas dari syarikat penerbangan Emirates.
Permata merupakan program yang dibiayai wang rakyat.
Rafizi berkata, disebabkan Rosmah mewakili Permata, timbul persoalan sama ada sewaan sebuah jet peribadi untuk perjalanan ke Istanbul itu menggunakan wang rakyat.
Justeru beliau mahu Rosmah dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan perkara tersebut.

Datin Seri Rosmah Mansor Menggunakan Jet Peribadi (“Private Jet”) Mewah Yang Disewa Untuk Ke Istanbul Mewakili PERMATA

Seperti yang saya nyatakan semalam, Pilihanraya Kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar kali ini sebenarnya medan untuk membandingkan parti mana yang paling peka dengan kesusahan rakyat terbanyak. Isu yang paling mendesak dan dirasai oleh sebahagian besar rakyat Malaysia ialah beban sara hidup yang melampau akibat dasar-dasar Umno/Barisan Nasional seperti pelaksanaan GST, penghapusan subsidi, harga pasaran bagi bahan api, potongan mendadak bantuan pembiayaan pendidikan tinggi dan lain-lain.
Sewajarnya parti yang paling peka dengan perkara ini juga paling lantang membongkar pembaziran yang berlaku dan meletakkan pertanggungjawaban kepada penjawat awam dan keluarga mereka yang dilihat bermewah sementara rakyat terus tertekan.
Oleh sebab itu, hari ini saya tampil untuk membongkar satu lagi pembaziran melibatkan isteri Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak yang saya yakin tidak dapat diterima oleh rakyat Malaysia yang waras. Saya berharap pengundi di Kuala Kangsar/Sungai Besar dan rakyat umumnya dapat menilai kesungguhan parti-parti politik yang ada melindungi wang rakyat berdasarkan reaksi mereka kepada pendedahan saya hari ini.
Pada 27 May 2016 (dua minggu yang lalu), Datin Seri Rosmah Mansor telah menghadiri satu majlis di Istanbul. Majlis yang bernama Global Good Governance Award 2016 itu telah menganugerahkan “3G Children Welfare Award” kepada PERMATA iaitu sebuah program yang dibiayai oleh wang rakyat dan dinaungi oleh Datin Seri Rosmah Mansor. Beliau hadir sendiri sebagai penaung untuk menerima anugerah itu.
(Peristiwa ini dilaporkan secara meluas, rujuk laporan The Star bertajuk “Rosmah: Permata Will Do Even Better After Winning Award” dalam Lampiran).
thestarrosmah
Apa yang tidak dilaporkan dan tidak diketahui ialah aturan perjalanan beliau ke Istanbul untuk menerima anugerah tersebut.
Saya boleh mengesahkan bahawa beliau telah menaiki sebuah jet peribadi (“private jet”) ACJ319 bernombor pendaftar A6-CJE yang disewa khas dari syarikat penerbangan Emirates. Butiran mengenai jet peribadi ACJ319 A6-CJE ini disertakan di dalam Lampiran.

Sharizat : Jentera wanita merajuk itu sangat memalukan

Isu kebebasan media saya utamakan - Azhar

'Sejak umur 15 tahun saya sudah terlibat politik' - Azhar Syukur

Saya tidak mahu jawab isu hudud, kata Azhar

Calon AMANAH tidak mengundi di Sg Besar kerana alamat

Rosmah sewa 'private jet' ke Istanbul, dakwa Rafizi

Ketelusan adalah prinsip utama bagi sebarang akta pembiayaan politik, kata pakar

Ketelusan perlu menjadi perkara utama bagi mana-mana undang-undang yang mengawal pembiayaan politik kerana para pengundi harus tahu mengenai pihak yang membayar dan menyokong calon atau parti mereka semasa kempen pilihan raya, menurut seorang pakar dalam pengurusan program bantuan pilihan raya.
Kevin Evans, yang bertanggungjawab mengurus program bantuan pilihan raya berpusat di Indonesia, berkata amat penting bagi pengundi untuk tahu siapa penyokong utama calon dan parti mereka.
" Yang menjadi kebimbangan adalah ada individu atau organisasi yang membiayai kempen parti politik tertentu boleh mendapat hak keistimewaan, hanya kerana mereka telah 'membayar untuk itu'.
" Apa yang dibimbangkan tindakan seumpama itu boleh membawa kepada rasuah," katanya kepada Bernama ketika ditemui sewaktu Persidangan Antarabangsa mengenai Integriti Politik: Pengukuhan Ketelusan dalam Pembiayaan Politik yang diadakan baru-baru ini.
Dianjurkan oleh Institut Integriti Malaysia (IIM), persidangan dua hari itu menyaksikan pakar-pakar pengurusan politik dari Mexico, Korea Selatan, Indonesia dan Taiwan berkongsi pengalaman masing-masing dalam menguruskan sistem pembiayaan politik negara mereka.
Evans, rakyat Australia yang bekerja untuk Agensi Pemulihan dan Pembangunan semula Aceh dan Nias selain Perkongsian Pembaharuan Tadbir Urus di Indonesia, menyertai salah satu perbincangan panel ketika persidangan tersebut. Beliau berkongsi pandangan mengenai pengalaman Indonesia dalam pembiayaan parti dan kempen.
PULANGAN ATAS PELABURAN
Beliau yang banyak menulis mengenai pilihan raya serta undang-undang politik berkata, apabila undang-undang memerlukan parti politik untuk mendedahkan identiti penyumbang mereka kepada orang ramai, mereka lebih cenderung untuk mengatakan "Tidak" kepada pihak penaja yang mengharapkan "pulangan ke atas pelaburan yang dibuat".
"Jika tiada siapa yang tahu mengenai kaitan kewangan (antara calon/parti dan penderma), orang ramai tidak akan tahu bahawa wujud 'pihak berkepentingan' di sebalik sebarang keputusan yang dibuat," katanya.
Mengenai bagaimana sesuatu undang-undang khusus yang mengawal pembiayaan politik boleh menangani isu rasuah dan meningkatkan integriti parti politik, Evans berkata penubuhan satu pihak berkuasa untuk mengawal tindakan parti politik, terutamanya yang berkaitan pergerakan kewangan, akan dapat membantu dalam memberi perlindungan dan kesahihan dengan lebih baik.
Menegaskan bahawa pentingnya untuk menggubal satu akta Parlimen, dan bukan sekadar mewujudkan peraturan kerajaan atau kementerian dalam menyelia pembiayaan politik, beliau berkata dengan hanya meminta agar parti mendedahkan identiti penderma adalah tidak mencukupi untuk memastikan ketelusan.
"Perlulah ada cara untuk mengesahkan dakwaan mereka itu dan juga untuk menghukum sesiapa sahaja yang melanggar prinsip ketelusan," katanya.

P067: Menang di Kuala Kangsar isyarat kembali mentadbir Perak


KUALA KANGSAR, 8 JUN: Setiausaha DAP Perak Wong Kah Woh menyeru pengundi Kuala Kangsar yang berada di luar kawasan supaya pulang mengundi pada 18 Jun ini demi memastikan kemenangan calon Pakatan Harapan (PH).
wong kah woh termiziKemenangan calon Amanah,  Dr Ahmad Termizi Ramli katanya amat penting kerana ia merupakan isyarat jelas kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) supaya tidak bertindak sewenang-wenang menekan rakyat dengan pelbagai penyelewengan dan cukai membebankan seperti GST.
Kejayaan AMANAH juga merupakan penanda aras kepada peluang PH yang lebih cerah untuk kembali mentadbir negeri Perak.
“Kami memohon tuan-puan semua hubungilah ahli keluarga anda yang berada di luar supaya pulang mengundi 18 Jun ini,” ujar Kah Woh dalam ceramah di Taman Jerlun dekat sini malam tadi.
Sebelum itu, bercakap kepada Roketkini, Ketua Sosialis Muda DAP itu menjelaskan bahawa pengundi berdaftar bagi pilihanraya kecil di Kuala Kangsar dan Sungai Besar memainkan peranan penting sebagai pencetus perubahan.
Menurutnya, antara punca utama berlakunya penurunan jumlah undi khususnya dalam pilihanraya kecil ialah pemikiran bahawa undi mereka tidak berbaloi sama ada parti yang di pilih menang atau tidak.
“Apa yang penting, pengundi perlu menghantar mesej yang jelas kepada BN bahawa segala tindak tanduk mereka selama ini telah membebankan rakyat,” jelasnya.

P067: ‘Saya bukan khadam DAP tapi khadam rakyat’


amanah poster
KUALA KANGSAR, 8 JUN: Calon Amanah Kuala Kangsar Dr Ahmad Termizi Ramli menempelak tuduhan jahat pihak lawan yang mendakwa beliau sebagai ‘khadam DAP’, sebaliknya menegaskan dirinya adalah khadam kepada rakyat.
Penyertaannya sebagai calon Amanah di Kuala Kangsar juga tidak berselindung di sebalik kepentingan peribadi tetapi untuk ‘membayar’ semula jasa rakyat Malaysia di atas kejayaan demi kejayaan yang dikecapinya sebelum ini dalam dunia akademik.
“Saya tidak ada kepentingan lain. Pencen saya dah cukup. Inilah masanya saya membayar semula wang yang dikeluarkan tuan-tuan selama ini.
“Saya bukan khadam DAP tapi khadam anda semua, khadam rakyat!” katanya di hadapan kira-kira 300 hadirin di Kampung Baru Jerlun malam tadi.
Sambil menyeru rakyat Malaysia khususnya di Kuala Kangsar berikhtiar untuk menyelamatkan Malaysia, pakar fizik itu berkata perubahan tidak mampu dilakukan tanpa penglibatan seluruh lapisan masyarakat.
“Perubahan tak akan berlaku jika orang Melayu sahaja berubah, atau kaum Cina semata-mata, atau kaum India, Dayak, atau kaum Kadazan sahaja.
“Perubahan perlukan kerjasama seluruh bangsa yang ada di Malaysia,” ujar beliau.
Namun, apa yang terpenting jelasnya ialah dua langkah permulaan kepada perubahan di kedua pilihanraya kecil di Kuala Kangsar dan Sungai Besar.
“Pilihanraya kecil ini bersejarah kerana disinilah mulanya perubahan atau, terencatnya perubahan.
“Kita tidak boleh tewas kerana harga yang perlu dibayar terlalu mahal,” katanya.

Mat Sabu, ikon rakyat untuk menumpaskan Umno!

Oleh Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi
Mat Sabu pernah kena pukul, kena buang daerah, kena fitnah, kena penjara dan kena tembak dengan gas pemedih mata. Semua itu lebih perit berbanding dipanggil Mat Sabun. Ramai lagi pemimpin Amanah yang senasib dengan dia.


 Kalau dia nak rasa kecewa, apa yang dialaminya sudah cukup untuk mengecewakannya. Kalau dia nak berehat, boleh saja dia memilih jalan itu kerana dia sudah punya kehidupan berkeluarga yang memadai dan selesa.

Kalau dia gila jawatan, dia sudah pernah menakah tangga pemimpin nombor dua dalam parti Islam. Kalau dia gila glamor, dia tidak perlu bersusah-payah bersama Amanah kerana majoriti masyarakat Malaysia kenal Mat Sabu.

 Memulakan sebuah pergerakan rakyat yang baru seperti Amanah bukan mudah. Semuanya bermula dengan zero. Namun, beliau menyahut seruan rakyat untuk mengetuai sebuah pergerakan baru yang memenuhi aspirasi mereka setelah kegagalan PR.

Rakyat yang mahukan dia memimpin gerakan ini. Buktinya? Ya, kalau rakyat tidak mahukannya, elok biarkan dia diisytihar bangkrap selepas didenda RM200,000. Tapi, rakyat mengambil tanggungjawab melepaskannya daripada belitan itu.

Orang boleh membenci, menghina, menggelar buruk, mempersenda, memperlekeh atau apa sahaja, tetapi itulah Mat Sabu. Dia tetap berada dalam hati dan pemikiran rakyat yang mahu melihat gerakan rakyat sentiasa gagah untuk menumpaskan regim korup Umno/BN.

PAS WAJAR TARIK DIRI, JIKA BENAR ILTIZAM TUMBANGKAN BN MASIH SAMA

Dalam kedua-dua pilihanraya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar ini, langkah terbaik yang harus diambil Pas ialah segera menarik diri dan mengumumkan sokongan terbuka kepada calon Pakatan Harapan jika benar parti itu masih berhasrat ingin menumbangkan BN dan tidak ada keinginan tersirat mahu mengekalkan kuasa Najib Razak.

Hanya dengan berbuat demikian saja Pas dilihat benar-benar "bikin serupa cakap" dengan apa yang selalu dilaung-laungkannya selama ini.

Sejak keluar meninggalkan Pakatan Harapan, Pas dilihat berulang kali menafikan kerjasama partinya dengan UMNO, menyatakan tidak mahu bergabung, kekal ingin menumbangkan BN, ada pemimpinnya berjanji akan keluar parti jika "perkahwinan" kedua-dua parti menjadi kenyataan, sebaliknya dalam masa yang sama juga menawarkan diri menjadi penasihat, tidak mahu bermusuh dengan UMNO serta secara terbuka berbaik-baik dan meniru budaya UMNO.

Di ketika mengatakan mereka sekarang ini mengamalkan politik matang, sejahtera dan tiada dendam, tetapi serangan terbuka dengan bermacam-macam label terus juga ditujukan kepada DAP dan Amanah.

Nampaknya politik matang, sejahtera dan tiada dendam hanya terhadap UMNO saja, bukan kepada yang lain.

Dalam keadaan ini, Pas seolah-olah menjadi "parti dua alam" dan tidak ketahuan pendiriannya.

Kalau benar mahu menumbangkan BN sebagai matlamat besarnya, kenapa bertanding sendirian dan menolak perundingan dengan Pakatan Harapan?

Dahulu ketika masih berada dalam Pakatan Harapan, Pas selalu mengatakan kerjasama dengan DAP adalah perlu kerana ia melambangkan wajah sebenar kemajmukan kaum dalam negara, bahkan ia sama seperti perlunya UMNO bergandingan dengan MCA dan MIC.

Sudah lupakah Pas kepada hakikat tersebut?

Tanpa mendapatkan sokongan bukan Melayu, Pas bukan saja tidak akan menang di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, bahkan mustahil dapat mencapai angan-angannya untuk menumbangkan BN.

Penampilannya secara sendirian, lebih-lebih lagi dengan tanjak, pakaian pahlawan Melayu dan menjulang keris, sesuatu yang tidak pernah dilakukan sebelum ini, tidak lebih hanya memecahkan undi Melayu dalam blok pembangkang semata-mata.

Ia akan berbeza jika Pas menampilkan semua ciri-ciri itu tetapi bersama dengan Pakatan Harapan yang sudah dilengkapi semua kaum atau sekurang-kurangnya menunjukkan kesediaan untuk berunding dari segi merealisasikan hasrat satu lawan satu dengan BN.

Polis rampas Deklarasi Rakyat untuk ugut orang ramai, kata Dr Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa tindakan pihak polis merampas borang Deklarasi Rakyat daripada sekretariat bertujuan untuk membuat ugutan kepada orang ramai yang menandatanganinya.
Bekas perdana menteri itu mendakwa penyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendalangi usaha memburukkan deklarasi tersebut dengan mendakwa banyak penipuan untuk memberi laluan pihak polis merampasnya.
“Mereka desak polis agar merampas borang deklarasi yang berada dengan sekretariat.
“Dengan harapan supaya polis dapat mengenal pasti individu yang tandatangan deklarasi tersebut dan akan dapat mengugut mereka,” katanya dalam entri terbaharu blognya dengan tajuk Kebebasan Bersuara.
Bekas perdana menteri itu mendakwa wujud ancaman terhadap mereka yang menandatangani deklarasi berkenaan, termasuk bakal kehilangan bantuan BR1M, biasiswa untuk anak-anak, peluang perniagaan dan kemudahan lain.
“Sebenarnya memang ramai yang tidak sanggup tandatangan deklarasi kerana rejim Najib akan ugut dan ganggu mereka.
“Jika tidak ada gangguan dan ugutan ini pastinya lebih ramai rakyat yang akan tandatangani Deklarasi Rakyat. Sebenarnya berjuta rakyat bersetuju supaya Najib berhenti daripada menjadi perdana menteri tetapi mereka takut dengan tindakan yang bakal dikenakan rejim Najib,” katanya.
Bulan lalu, Deklarasi Rakyat yang menggesa penyingkiran Najib sebagai perdana menteri mengumumkan berjaya mendapatkan 1.2 juta tandatangan.

Pendedahan terbaru Rafizi mengenai ‘Rosmah, jet dan perjalanan’

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli dijangka membuat pendedahan terbaru mengenai Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, pada sidang akhbar di Kuala Kangsar petang ini.
Bercakap kepada Malaysiakini, beliau berkata, pendedahan berkenaan adalah berhubung "Rosmah, lebih jet dan lagi mengenai perjalanan".
Menurut Rafizi, kebuntuan politik sejak beberapa bulan lalu menyebabkan rakyat lupa bagaimana golongan pemerintah dan keluarga mereka hidup dalam kemewahan yang melampau sedangkan rakyat marhaen sekadar kais pagi makan pagi.
"Pendedahan saya bertujuan untuk memfokus semula perhatian orang ramai mengenai keperluan menumbangkan BN dan menolak Najib/BN dengan sepenuh hati, tanpa sebarang ruang untuk berunding.
"Sebab itu saya akan mendedahkan satu lagi penerbangan jet oleh Rosmah sedangkan pada masa yang sama rakyat sedang menderita," kata Rafizi.

Rafizi: PM perlu batalkan projek RM687 juta Menara Felcra

Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membatalkan projek Menara Felcra yang bernilai RM687 juta.
"Saya gesa perdana menteri batalkan cadangan itu dan hentikan kecenderungan agensi persekutuan untuk melibatkan diri bidang pembangunan hartanah.
"Saya menentang cadangan Felcra mengambil alih sebagai pemaju dan menyuntik berjuta-juta wang rakyat dalam projek yang dicadangkan itu," katanya kepada Malaysiakini.
Mengikut perancangan asal, Felcra Bhd tidak sepatutnya membayar sesen pun untuk projek pembangunan campuran yang termasuk sebuah menara 35 tingkat pejabat, sebuah menara kediaman 43 tingkat, dan pusat membeli-belah kerana semua kos pembinaan akan ditanggung oleh pemaju Kumpulan WZR.
WZR akan mendapat semula pelaburannya dengan menyewakan seluruh ruang pejabat dan daripada jualan unit-unit kediaman yang dibina di atas tanah milik Felcra di Jalan Sultan Yahya Petra (Jalan Semarak) di Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, sumber memaklumkan kepada Malaysiakini bahawa WZR tidak mempunyai wang untuk membiayai pembinaan itu dan menyerahkan beban pembiayaan kepada Felcra.
Mengulas lanjut, Rafizi berkata kerajaan tidak mempunyai wang untuk dibazirkan terhadap satu lagi projek hartanah dan tidak ada keperluan untuk membina sebuah pusat membeli-belah baru.
Beliau juga berkata Felcra tidak mempunyai kepakaran untuk menjalankan projek itu.
"Hakikat bahawa pemaju yang mencadangkan idea berkenaan, tidak berjaya untuk mendapatkan modal yang diperlukan untuk membiayai pembangunan campuran itu adalah tanda bahawa projek itu tidak menyakinkan," katanya.
Rafizi juga menolak tanggapan bahawa agensi-agensi kerajaan seperti Felcra perlu menjana pendapatan sendiri dengan melibatkan diri dalam projek-projek di luar tujuan penubuhan mereka.
"Hujah ini jelas cacat kerana kerajaan persekutuan bertanggungjawab memperuntukkan dana yang mencukupi untuk agensi-agensi ini berfungsi.
"Jika peruntukan tidak mencukupi, ini bermakna kerajaan persekutuan tidak mempunyai wang yang cukup untuk agensi-agensi itu untuk melibatkan diri dengan aktiviti yang tidak sepatutnya," katanya.

Undi BN ibarat menghalalkan wang ‘dicuri’ Najib

Satu undi untuk parti Najib pasti akan menggelapkan kehidupan seorang anak cucu rakyat Malaysia, kata Anina Saadudin.
Anina_undi_bn_600
PETALING JAYA: Bekas ahli UMNO Langkawi, Anina Saadudin berkata pengundi di kawasan Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar perlu menolak calon BN kerana mereka bersekongkol dengan perdana menteri ‘zalim’.
Katanya, tindakan memberi undi kepada calon BN ibarat menghalalkan wang yang ‘dicuri’ perdana menteri sepanjang memerintah negara menerusi skandal 1MDB.
“Menyedari hakikat perit UMNO sudah menjadi parti Najib maka saya mengambil pendirian tegas calon Najib perlu dikalahkan dalam PRK Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
“Satu undi untuk calon parti Najib adalah satu undi untuk menghalalkan setiap sen yang dicuri Najib. Setiap undi untuk calon parti Najib bermakna satu undi untuk bersubahat dengan wang yang haram dimakan umat Islam.
“Satu undi untuk parti Najib pasti akan menggelapkan kehidupan seorang anak cucu rakyat Malaysia,” katanya kepada FMT hari ini.
Sementara itu, Naib Presiden Gabungan Ketua Cawangan UMNO Malaysia (GKCM) Rushdan Mohamed berkata walaupun calon yang mewakili BN dalam PRK tersebut mempunyai rekod baik, ia tidak mampu mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kejahatan yang dilakukan Datuk Seri Najib Razak.
“Sebagus mana calon dihantar oleh BN, pemimpin tersebut tidak akan ke mana kerana kebaikan mereka tidak akan mengatasi kejahatan atau keburukan yang dilakukan tuan (presiden UMNO) mereka,” katanya.

Undi Amanah bermakna undi urus tadbir yang baik – PH

Pakatan Harapan (PH) menegaskan sekiranya rakyat mengundi calon Parti Amanah Negara (Amanah) dalam Piliharan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar, bermakna mereka memilih undi bagi urus tadbir yang baik.
Pengarah Pilihan Raya KEADILAN, Nurul Izzah Anwar berkata, perkara itu terbukti dengan kejayaan pentadbiran Selangor yang bekerja keras memenuhi aspirasi rakyat dalam menjana ekonomi negeri itu sejak 2008.
66Untuk itu katanya, Pakatan Harapan siap siaga dalam memenuhi impian dan aspirasi rakyat bermula dengan PRK Sungai Besar.
“Berdasarkan Laporan 2010 hingga 2014 daripada Jabatan Statistik, Selangor menyumbang kepada pendapatan negara, iaitu sebanyak 22.4% menerusi penjanaan aktiviti ekonomi, manakala Kerajaan Persekutuan Kuala Lumpur adalah yang kedua pada 15.1%.
“Kemajuan ekonomi di Selangor mahu dikongsi Pakatan Harapan dengan rakyat terbanyak.
“Fokus kami adalah untuk mengangkat status ekonomi rakyat ke arah ekonomi hebat dan masyarakat ulung. Pakatan Harapan menyambung aspirasi rakyat yang mengundi dan menaruh kepercayaan kepada kami sejak 2008 lagi,” kata Naib Presiden KEADILAN itu dalam kenyataan bersama pemimpin Amanah dan DAP.
Menurut Nurul Izzah, pada 2014, industri pertanian meliputi 1.7 peratus kawasan yang menjalankan aktiviti ekonomi di Selangor.
Kerajaan negeri juga katanya berusaha untuk meningkatkan penghasilan dan kualiti pengeluaran di mana 900 petani dari Sungai Besar telah menerima bantuan baja mikrob yang menelan belanja sebanyak RM225,000.
Selain itu kata beliau, sebagai lokasi tumpuan komuniti nelayan di Sungai Besar, Kerajaan Selangor turut berjaya menguruselia pendapatan nelayan yang tidak tetap, dan Program Skim Bantuan Nelayan dilaksanakan sejak 2012.
“Di kawasan Sabak Bernam di mana terletaknya Sungai Besar, 121 nelayan telah menerima bantuan tambahan sebanyak RM901,000 untuk sampan, enjin bot, dan alatan memancing dan menjala.

Saya keluar parti jika PAS-UMNO bergabung – Rani Osman

Calon PRK Sungai Besar itu berkata pemimpin PAS sudah berkali-kali menafikan penggabungan parti Islam berkenaan dengan UMNO.
Rani-Osman_umno_pas_600
SABAK BERNAM: ADUN Meru Dr Rani Osman berkata beliau sendiri akan keluar PAS jika parti Islam itu bergabung dengan seterunya, UMNO bagi membentuk kerajaan perpaduan.
Bekas pesuruhjaya PAS Selangor yang juga calon di PRK Sungai Besar itu berkata pemimpin PAS sudah berkali-kali menafikan akan wujudnya gabungan antara kedua-dua parti Melayu berkenaan walaupun ada spekulasi mengatakan demikian.
Ini kerana pemimpin tertinggi PAS dan UMNO kelihatan mesra sejak akhir-akhir ini.
“Ia bukannya seperti kita akan membentuk kerajaan perpaduan dengan UMNO. Pemimpin PAS sudah menafikan dan begitu juga saya.
“Kalau ada kerjasama dengan UMNO, saya yang akan jadi orang pertama tinggalkan PAS. Tidak ada rancangan seumpama itu,” katanya dipetik daripada Malay Mail Online.
Dr Rani berkata dalam politik, rakan baik anda boleh jadi musuh ketat anda dan menafikan spekulasi mengenai keakraban partinya dengan UMNO.
“Islam mengajar kita berbaik-baik antara satu sama lain meskipun tidak sependapat dalam politik. Berbaik dengan semua orang termasuk musuh anda,” katanya.

PRK: Mat Taib ajak pengundi sokong Amanah, selepas Pas seakan bersama BN


Tan Sri Muhammad Muhd TaibTan Sri Muhammad Muhd Taib
Setelah cadangan beliau agar calon Pas dipilih dengan cara parti itu bersama-sama Pakatan Harapan melawan Umno ditolak, kini bekas menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhammad Taib mengajak pengundi agar menyokong calon Amanah.
Dalam satu kenyataannya, Muhammad yang kini menyertai PKR berkata, beliau menyokong Amanah di dalam PRK Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
"Pada mulanya saya berharap Pas akan berada bersama-sama Pakatan Harapan. Pas bertanding melawan BN,"katanya dalam kenyataan itu.
Beliau yakin sekiranya Pas, Amanah, PKR dan DAP bersatu sudah pasti mereka akan bentuk kerajaan baru dalam PRU14 dan boleh mengambil alih Putrajaya.
Namun dalam keadaan sekarang, Pas seolah-olah sudah berada bersama BN.
"BN di satu pihak. Mungkin Pas bersama-sama di situ dan Pakatan Harapan (PH) di satu pihak yang lain," katanya.
Bagi beliau, rakyat Malaysia harus memilih antara satu.
"Sama ada kita pilih kerajaan BN atau kita pilih kerajaan PH. Ini adalah realiti politik negara kita pada ketika ini," katanya.
Katanya, siapa yang diharap boleh memimpin negara ini dengan lebih baik hendaklah dipilih dalam Pilihan Raya Umum ke-14.
"Kita boleh menunjukkan sikap ini bermula dengan Pilihan Raya Kecil di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
"Bagi saya pilihan terbaik ketika ini ialah dengan mengundi Pakatan Harapan melalui Amanah," katanya.

PAS dan AMANAH berebut raih undi ditempat yang sama

Tiada permit, SPR serbu ceramah AMANAH

Nizar biadap kaitkan tragedi kerana Allah mahu mengajar PM kata Hishamuddin

'Ini Najib, Zahid banyak jahat', dakwa Nizar

Nizar pertahan kenyataannya tentang 'ketentuan ilahi'

Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin mempertahankan kenyataannya bahawa pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kangsar adalah untuk 'mengajar' Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid atas peranan mereka dalam krisis Perak pada 2009.
Itulah bagaimana beliau melihat kaitan antara krisis Perak pada 2009 yang menyaksikan kejatuhan kerajaan negeri Pakatan Rakyat dan PRK tersebut, yang secara kebetulan, kedua-duanya di Kuala Kangsar, katanya.
Nizar berkata ia adalah intepretasi peribadi beliau mengapa Kuala Kangsar yang dipilih dan bukannya kawasan Parlimen lain.
"Jadi, saya hanya berkata bahawa kedua-dua kes ini mungkin ada kaitan. Itu sahaja," kata Nizar kepada Malaysiakini ketika ditemui di bandar diraja itu semalam.
"Saya mungkin salah, tetapi secara kebetulan ia berlaku di bandar yang sama," kata beliau sambil menambah bahawa kedua-dua insiden itu berlaku dengan izin Allah.
Oleh itu, Nizar enggan menarik balik kenyataannya itu atau memohon maaf, sambil menambah bahawa tidak timbul soal untuk bertaubat, katanya.
Bekas menteri besar itu melihat pilihan raya kecil itu sebagai untuk 'mengaja'r Najib dan Zahid atas peranan mereka dalam krisis, yang menyaksikan BN mengambil alih kerajaan negeri Perak.
Zahid berharap pemimpin AMANAH itu akan bertaubat, dan taubatnya akan diterima oleh Allah.

Mahathir dakwa penyokong Najib pengkhianat


Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa penyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bertindak memperlekehkan Deklarasi Rakyat dengan tuduhan kononnya deklarasi itu banyak penipuan.
Menurutnya, keraguan itu dibangkitkan supaya polis merampas dokumen tandatangan rakyat yang berusaha merayu kepada Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu supaya menyelamatkan negara.
“Mereka desak polis agar merampas borang deklarasi yang berada dengan sekretariat.
“Dengan harapan supaya polis dapat mengenal pasti individu yang tandatangan deklarasi tersebut dan akan dapat mengugut mereka,” katanya dalam entri terbaharu blognya dengan tajuk Kebebasan Bersuara.
Bekas perdana menteri itu mendakwa wujud ancaman terhadap mereka yang  menandatangani deklarasi berkenaan, termasuk bakal kehilangan bantuan BR1M, biasiswa untuk  anak-anak, peluang perniagaan dan kemudahan lain.
“Sebenarnya memang ramai yang tidak sanggup tandatangan deklarasi kerana rejim Najib akan ugut dan ganggu mereka.
“Jika tidak ada gangguan dan ugutan ini pastinya lebih ramai rakyat yang akan tandatangani Deklarasi Rakyat. Sebenarnya berjuta rakyat bersetuju supaya Najib berhenti daripada menjadi perdana menteri tetapi mereka takut dengan tindakan yang bakal dikenakan rejim Najib,” katanya.
Bulan lalu, Deklarasi Rakyat yang menggesa penyingkiran Najib sebagai perdana menteri mengumumkan berjaya mendapatkan 1.2 juta tandatangan.

PAS: Bukan Islam berhak bakar bahan, kami berhak laksana hudud

Menurut Tuan Ibrahim, orang Islam juga tidak perlu mempersoalkan beberapa amalan bukan Islam atas alasan ia mencemar udara.
tuan-ibrahim-colok
PETALING JAYA: PAS hari ini mempersoalkan penentangan beberapa parti bukan Islam terhadap usahanya memperkenalkan hukuman hudud, dengan berkata mereka tidak perlu mencampuri urusan orang Islam seperti mana orang Islam tidak mempersoalkan beberapa amalan mereka.
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata undang-undang hudud merupakan hak orang Islam, sambil memberi contoh amalan membakar bahan yang dilakukan sesetengah penganut agama lain.
Katanya, penganut agama lain tidak harus membantah amalan tersebut atas alasan pencemaran alam kerana ia sebahagian agama mereka.
“Bayangkan sekiranya ada perkara sedemikian berlaku, susah tentu keharmonian antara kaum dan agama akan terjejas teruk.
“Perkara yang sama juga dengan orang Islam dan agama Islam,” kata Tuan Ibrahim dalam kenyataannya.
Langkah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membentangkan Rang Undang-Undang Persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah 1965, untuk memberi kuasa kepada mahkamah syariah menjatuhkan hukuman lebih berat terhadap pesalah Islam, dibantah keras pemimpin beberapa parti komponen Barisan Nasional termasuk MCA dan Gerakan.

PRK tentukan survival politik Pas, Amanah - Md Shukri


ALOR SETAR - Survival politik Pas dan Parti Amanah Negara (Amanah) akan ditentukan dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib berkata, pada PRU13 undi Cina adalah penyumbang terbesar kepada peroleh undi oleh calon Pas.
Namun kali ini dengan tampilnya seteru Pas iaitu Amanah yang diandaikan sebagai ‘anak emas’ DAP, cabaran mendapatkan undi Cina adalah getir kerana perlu memilih sama ada mahu undi mereka kekal pada Pas atau beralih kepada Amanah mahupun BN.
“PRK Kuala Kangsar yang menyaksikan pertandingan empat penjuru adalah satu pertandingan yang disifatkan sebagai pertandingan tawar menawar dalam kalangan calon yang ada latar belakang profesional dan pendidikan tinggi.
“BN yang menjadi kerajaan di peringkat pusat dan negeri dilihat lebih mudah berhadapan dengan Pas, Amanah dan calon bebas,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, faktor kedua-dua Dun iaitu Bukit Chandan dan Manong yang dikuasai BN di Parlimen Kuala Kangsar memperteguhkan lagi peluangnya  menawarkan perkhidmatan berterusan di situ.
“Ada tiga elemen utama yang pengundi perlu beri perhatian iaitu BN adalah kerajaan di negeri dan pusat, keduanya adalah faktor BN yang menang di dua Dun serta juga kedudukan potensi pembangunan yang mampu ditawarkan kepada penduduk adalah kelebihan kepada BN.
“Jika penduduk memilih selain BN pada PRK ini, maka kesinambungan kepimpinan kawasan akan mengganggu proses perancangan pembangunan kawasan itu sendiri,” katanya.

Jawapan kepada soalan Bersih 2.0 - Dr Rani

Sebagai calon PAS bagi PRK P.093 Sungai Besar, saya merasakan soalan-soalan yang ditanya oleh Bersih 2.0 adalah relevan untuk dijawab.

Soalan 1

Jika anda menjadi Ahli Parlimen, apakah anda akan menyokong penyingkiran Najib selaku perdana menteri dan 10 pembaharuan institusi yang dituntut oleh Bersih 2.0?

PAS mahu menyingkirkan seluruh kerajaan Umno-BN yang diterajui PM Datuk Seri Najib Razak dan diganti dengan kerajaan alternatif yang baru. Menggantikan Najib sahaja tidak akan menyelesaikan masalah. Jikalau Najib menggunakan OSA untuk merahsiakan laporan audit 1MDB, penggantinya juga akan menggunakan cara yang sama yang dipelajari sejak zaman Tun Dr Mahathir yang menggunakan OSA dalam perjanjian IPP and lebuh raya yang mencekik kehidupan rakyat sehingga kini. Jika dipilih sebagai ahli parlimen, saya akan menyokong sebarang usaha untuk menjatuhkan kerajaan Umno-BN.

PAS tidak mahu ada saham dalam menyelamatkan Umno dengan membantu mereka yang berhasrat membantu Umno mendapatkan presiden baru yang bakal memberikan nafas baru kepada BN. Mengekalkan Umno, sama ada ada Najib ataupun tiada Najib, adalah satu kesilapan yang membawa bala kepada rakyat dan negara. PAS akan lawan Umno dan sesiapa yang ingin mengekalkan Umno, seperti yang berlaku di kedua-dua PRK hari ini. PAS adalah lawan politik Umno di setiap PRU dan PRK, terutamanya di Semenanjung Malaysia sejak ditubuhkan. Cuma selepas ini dijangka ada sebuah parti baru yang akan memberi nafas kepada Umno dalam setiap perlawanan 1 lawan 1 di antara PAS dan Umno.

10 pembaharuan institusi yang dituntut Bersih 2.0

Dr Termizi calon pilihan Tun Mahathir ?


Mohamad Sabu, Nizar dan Termizi  dalam siri ceramah diadakan di Sayong Lembah.Mohamad Sabu, Nizar dan Termizi dalam siri ceramah diadakan di Sayong Lembah.
Calon Pakatan Harapan (PH) daripada Parti Amanah Negara (Amanah) dipercayai calon pilihan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bukan calon awal pilihan Pakatan Harapan.
Menurut sumber, semasa pemilihan calon dibuat nama Presiden Amanah, Mohamad Sabu sendiri naik namun dibantah oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ada disebalik grup Deklarasi Rakyat pimpinan Mahathir yang mahu Dr. Termizi Ramli dipilih.
Lapor Malaysiagazette lagi dari sumber diperoleh itu, Termizi baru sahaja menyertai Amanah dan antara pemimpin parti itu yang bukan berasal daripada Pas seperti kebanyakan pemimpin atasan Amanah.
Rahsia itu didedahkan sendiri oleh Mohamad Sabu sendiri semasa berkempen di Sayong Lembah beberapa hari lalu.
"Ini rahsia saya buka...semasa pemilihan calon nama saya naik tetapi bila ada NGO (yang dipercayai pengikut Tun M) nasihat biar cari calon bukan dari Pas kami bersetuju memilih Dr. Termizi," ujarnya kelmarin.
Menurut sumber, inibermakna calon Amanah itu berjaya mengatasi beberapa nama pimpinan atasan Amanah yang sebelum ini beria-ria benar mahu menjadi calon.

Kalah PRK bubar Amanah, ini jawapan Mat Sabu...

Kalah PRK bubar Amanah, ini jawapan Mat Sabu...
KUALA KANGSAR - "Itu tidak betul, cakap-cakap orang itu, semua orang boleh cakap, BN hilang deposit itu pun kita boleh cakap."
Demikian penegasan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu ketika diminta mengulas mengenai dakwaan bahawa parti Amanah akan dibubarkan sekiranya calon mereka hilang wang deposit dalam pertandingan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar.
Ujarnya, beliau tidak mahu melayan 'cakap-cakap orang' sebaliknya ingin terus berkempen bagi memastikan Amanah menang dalam PRK kali ini.
"Saya tidak sebut pasal kalah...kami yakin kami akan menang," katanya kepada media selepas memberi ceramah di Sayong Lembah semalam.
Dalam pada itu, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, Amanah akan mendapat tonik terbaik daripada rakan sekutunya dalam Pakatan Harapan (DAP,PKR) pada PRK kali ini.
"Kita kuat dengan Pakatan Harapan, sebab kita tidak akan kuat jika sorang-sorang," katanya.
‎Parti Amanah mempertaruhkan calonnya di dua-dua PRK iaitu bagi PRK Kuala Kangsar mereka mempertaruhkan Prof Dr Ahmad Termizi Ramli sementara di PRK Sungai Besar mereka mempertaruhkan Azhar Ab Shukor.
Pengundian PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar diadakan pada 18‎ Jun ini.

P067: SELEPAS MENANG NAK JADI APA?

Tidak dinafikan, ini adalah antara cakap-cakap yang biasa didengari di sekitar Kuala Kangsar sejak Mastura Mohd Yazid dinamakan untuk bertanding menggantikan tempat arwah suaminya, Wan Khairi-il Wan Ahmad yang terbunuh dalam nahas helikopter, 5 Mei lalu.

Jika ditakdirkan menang, beliau mahu dijadikan apa pula?

Ketua UMNO Bahagian? Timbalan Ketua UMNO Bahagian? Naib Ketua UMNO Bahagian?

Atau Ketua Wanita UMNO Bahagian?

Undi untuk Amanah, undi urus tadbir yang baik, kata Pakatan Harapan

Pakatan Harapan menegaskan, undi untuk calon Amanah dalam pilihan raya kecil Sungai Besar adalah undi untuk urus tadbir yang baik sebagaimana yang ditunjukkan oleh kerajaan negeri Selangor.
Dalam satu kenyataan bersama tiga parti Pakatan Harapan, iaitu PKR, Amanah dan DAP, sejak perubahan tampuk kepimpinan pada 2008, kerajaan Selangor telah bekerja keras untuk memenuhi aspirasi rakyat dalam menjana ekonomi negeri Selangor.
"Berdasarkan Laporan 2010-2014 daripada Jabatan Statistik, negeri Selangor telah menyumbang kepada pendapatan negara, iaitu sebanyak 22.4 peratus menerusi penjanaan aktiviti ekonomi, manakala Kerajaan Persekutuan Kuala Lumpur adalah yang kedua pada 15.1 peratus.
"Kemajuan ekonomi di Selangor mahu dikongsi Pakatan Harapan dengan rakyat terbanyak," kata kenyataan yang ditandatangani oleh Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua dan Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad itu.
Menurut kenyataan itu, bahagian barat laut Selangor adalah kawasan tertumpu kepada industri pertanian.
Pada tahun 2014, industri pertanian meliputi 1.7 peratus kawasan yang menjalankan aktiviti ekonomi di Selangor. Kerajaan negeri, katanya, berusaha untuk meningkatkan penghasilan dan kualiti pengeluaran dan dalam memenuhi maksud ini, 900 petani dari Sungai Besar telah menerima bantuan baja mikrob yang menelan belanja sebanyak RM 225,000.
Terletak di kawasan pesisir pantai Selangor, Sungai Besar juga merupakan kawasan tertumpunya komuniti nelayan.
"Kerajaan Selangor berjaya menguruselia pendapatan nelayan yang tidak tetap, dan kerajaan juga telah melaksanakan satu Program Skim Bantuan Nelayan sejak 2012," kata kenyataan itu.
Di kawasan Sabak Bernam dimana terletaknya Sungai Besar, 121 nelayan telah menerima bantuan tambahan sebanyak RM901,000 untuk sampan, enjin bot, dan alatan memancing dan menjala.
Bagi meningkatkan hasil pengeluaran dan pendapatan penduduk kawasan Sungai Besar, kerajaan Selangor telah memperkenalkan program Dana Usahawan Mikro, katanya.

Pesanan Berguna Kepada Menteri-menteri...Baliklah Kepada Islam! - UAI

US Authorities question Goldman over 1MDB

PAS tidak selamanya kekal dalam kerajaan negeri Selangor - AMANAH

'Saya bukan khadam DAP'

Kit Siang, Mujahid cuba raih simpati pengundi K.Kangsar

'Mau pilih AMANAH atau mau pilih BN?'