Selasa, 7 Jun 2016

Rafizi: Esok saya akan mula ‪#‎bongkarlagi‬ satu pembaziran yang tidak tercapai akal kita.

Khas buat pengundi #SungaiBesar dan #KualaKangsar!

Esok saya akan mula #bongkarlagi satu pembaziran yang tidak tercapai akal kita.

Pengundi di Sungai Besar dan Kuala Kangsar perlu tentukan parti mana yang paling lantang menentang pembaziran wang rakyat: Pakatan Harapan atau Barisan Nasional atau PAS?

Sidang media saya di Bilik Operasi Utama AMANAH/PH Kuala Kangsar jam 12 tengahari.

RAFIZI RAMLI
AHLI PARLIMEN PANDAN

Sejarah Tak Pernah Menipu..

FAKTA !!!

Bila UMNO dlm keadaan tertekan & genting, maka bermulalah pemimpin Umno & kuncu2 pemakan dedak memainkan isu2 perkauman dan menyalahkan bangsa lain utk meraih simpati sokongan Melayu..

ASAL AJA UMNO SENTUH pasti jahanam jadinya..

Tabung Haji... sudah
KWAP.. sudah
KWSP.. sudah
LTAT.. sudah
MARA.. sudah
PNB.. sudah
Tabung Zakat.. pon sudah

KALI INI giliran FELCRA Bhd. pula mangsa seterusnya. Rakyat juga yg akhirnya menanggung bebannya.

TAK HERANLAH kalau Pengerusi FELCRA Bhd. sendiri terkantoi berada di meja judi yg didakwa berada dalam sebuah kasino.

Bukan rakyat yang bayar gaji saya, kata MP Langkawi

Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad sekali kali mengundang kontroversi apabila mengatakan bahawa gajinya tidak dibayar oleh rakyat tetapi adalah daripada kerajaan.
Beliau berkata, dana awam tidak dimiliki oleh rakyat, mengundang kemarahan di kalangan pengguna media sosial.
"Gaji ahli-ahli parlimen tidak dibayar oleh rakyat tetapi oleh kerajaan dan wang kerajaan itu bukan wang rakyat.
"Apabila wang telah disalurkan kepada pihak lain, ia tidak lagi dikira wang kita.
"Jika wang kerajaan itu benar-benar wang rakyat , marilah kita menyerang semua jabatan-jabatan kerajaan untuk mengambil kembali wang kita, " katanya dalam ulasan Facebook.
Nawawi membuat ulasan dalam perdebatan tentang cukai di mana netizen mengkritik dan mengingatkan beliau bahawa gajinya dibayar oleh rakyat.
Ini terjadi selepas beliau membuat catatan di media sosial itu yang menonjolkan pendidikan dan penjagaan kesihatan secara percuma yang dinikmati oleh rakyat Denmark, sesuatu yang diperjuangkan oleh pihak pembangkang di Malaysia, dengan mengorbankan sekurang-kurangnya cukai pendapatan 40 peratus dan 25 peratus cukai jualan.
Sejak itu, laman skrin ulasan kontroversi Nawawi telah diviralkan di media sosial.

‘Tuntutan syariah bukan hanya hudud tetapi hukum pesalah 1MDB’

Parti Amanah Negara (AMANAH) berkata parti itu tidak menentang undang-undang hudud tetapi menegaskan ia tidak seharusnya menjadi keutamaan di bawah undang-undang syariah.
Sebaliknya, menangani isu 1MDB dan RM2.6 bilion yang masuk ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak harus menjadi keutamaan di bawah undang-undang Syariah, kata Ketua AMANAH Perak, Asmuni Awi.
“Mengapa soalan hudud yang dimainkan sangat, yang dikehendaki sangat. Sedangkan hudud itu sebahagian daripada tuntutan syariah.
“Tuntutan syariah tidak hanya tertumpu kepada hudud, ia termasuk membasmi rasuah, keadilan sosial, hak asasi manusia dan tadbir urus yang baik,” katanya.
Asmuni berkata demikian ketika menjawab soalan bahawa parti itu masih belum membuat pendirian berhubung hudud dalam pilihan raya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar.
Walaupun PAS menegaskan rang undang-undang itu bukan mengenai hudud, ia cuba memujuk bukan Islam menerima undang-undang jenayah Islam itu.
Bagaimanapun Asmuni mempersoalkan mengapa usaha sukar ditumpukan untuk meminda perlembagaan, sedangkan terdapat isu lain berkaitan undang-undang syariah yang lebih mudah ditangani.
Beliau menambah bahawa hudud hanya boleh dikuatkuasakan selepas kemiskinan dihapuskan.
“Jika you penoreh getah, nak ikankah nak hudud,” soalnya.
Katanya, tidak seperti Brunei yang melaksanakan hudud, Malaysia memiliki sistem parlimen dan proses demokrasi yang berbeza.
Asmuni berkata ini akan menjadi jawapan AMANAH kepada masyarakat Islam dan bukan Islam jika ditanya mengenai perkara itu semasa tempoh berkempen.

P093: ‘Ketupat Amanah’ simbol keharmonian bersama Pakatan Harapan

amanah azharr
SEKINCHAN, 7 JUN: Parti Amanah Negara (Amanah) Sungai Besar hari ini melancarkan ‘bak chang’ halal, sejenis ketupat pulut makanan tradisi kaum Cina, sebagai lambang kepada perpaduan serta integrasi kaum dan budaya di negara ini.
Presidennya, Mohammad Sabu berkata, makanan berkenaan dipilih sebagai makanan yang menyatukan semua kaum kerana sejarah pembuatannya yang berkait rapat dengan naratif perjuangan revolusi di Tanah Besar China suatu ketika dahulu.
Beliau merujuk kepada kisah penyair terkenal China, Qu Yuan yang setelah gagal menasihati rajanya yang korup, membunuh diri di sungai Miluo.
Penduduk yang simpati terhadap penyair berkenaan melemparkan kepulan nasi ke dalam sungai berkenaan bagi mengelakkan ikan daripada memakan mayat penyair terbabit.
Makanan berkenaan kemudiannya diberi nama Bak Chang dan menjadi makan tradisi kaum Cina setiap kali tiba Festival Bak Chang yang selalunya diadakan di antar bulan Mei sehingga pertengahan Jun.
Malah, Mohammad Sabu atau lebih mesra dipanggil Mat Sabu yang terkenal dengan selorohnya di ceramah-ceramah berkata, kuih tradisi kaum Cina itu juga secara kebetulan sama dengan simbol Amanah.
“Maka (dengan ini) kita dapat membudayakan, merapatkan tali silatulrahim perpaduan kita dengan makanan, budaya dan sebagainya,” katanya

P067: Jangan terperangkap permainan hudud

KUALA KANGSAR, 7 JUN: Rakyat diminta tidak terperangkap dalam mainan isu hudud menjelang pilihanraya kecil kerana tuntutan syariah yang lebih dekat dan perlu dilaksanakan adalah soal tadbir urus yang baik, membanteras rasuah, membasmi kemiskinan, dan keadilan sosial.
Ini kerana, negara dan rakyat sedang terbeban dalam kemelut politik dan ekonomi di bawah pentadbiran BN yang diketuai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berikutan beberapa skandal mega 1MDB dan isu derma, GST, ketirisan, kenaikan kos sara hidup dan sebagainya.
amanah sidang media“Hudud adalah sebahagian dari tuntutan syariah. Namun, urus tadbir yang baik, membanteras rasuah, isu pendidikan, kemiskinan dan sebagainya juga adalah tuntutan syariah, kenapa ini tak diutama tetapi isu hudud?” soal Pengerusi Amanah Perak, Asmuni Awi dalam satu sidang media di sini.
Menurut beliau, melaksanakan syariah tidak hanya tertumpu kepada pelaksanaan hudud yang perlu melalui halangan perlembagaan dan sebagainya sebaliknya perlu dilihat dari sudut keutamaan.
Menjawab dakwaan pihak tertentu yang menuduh Amanah menjadi ‘tongkat’ kepada UMNO, beliau berkata Amanah menyertai pilihanraya untuk mengubah kerajaan dan bukan sekadar menjadi penasihat.
“Sekarang sebenarnya siapa yang beri UMNO tongkat? Kita tidak main-main masuk pilihanraya. Kita nak perubahan sebenar dan bukan sekadar nak bagi nasihat,” tegas Asmuni.

Dua soalan untuk calon Pilihan Raya Kecil

Sebagaimana yang sedia maklum, kemalangan tragis helikopter terhempas beberapa ketika yang lalu menyebabkan kekosongan dua kerusi parlimen, Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
BERSIH 2.0 merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga dan para sahabat yang terkesan dengan tragedi ini. Walaupun dengan susulan pilihan raya kecil ini, tidak harus kita lupa bahawa ada pihak yang telah kehilangan rakan dan insan tersayang.
BERSIH 2.0 maklum bahawa pertembungan berbilang penjuru untuk kawasan Sungai Besar dan Kuala Kangsar merupakan suatu perkara yang tidak dapat dielakkan. Walhal pada hakikatnya, pertembungan berbilang penjuru ini mungkin menunjukkan realiti malap yang harus kita hadapi menuju Pilihan Raya Umum ke 14 yang akan datang.
Pada masa yang sama, BERSIH 2.0 amat bimbang kerana tidak pernah di dalam sejarah negara, kita berhadapan dengan skandal seperti yang diterajui sendiri oleh Dato Sri Najib, Perdana Menteri Malaysia, yang mana segala keputusan yang muncul lebih berteraskan kepada survival persendirian dan tidak kepada kepentingan negara.

Kami percaya bahawa kedua-dua pilihan raya kecil ini perlu menyampaikan mesej yang cukup jelas berkenaan penyalahgunaan kuasa yang meluas, kemusnahan institusi negara dan kecurian wang rakyat yang mesti dihentikan. Rakyat Malaysia kini menerima musibah yang besar akibat daripada skandal RM42 bilion, 1MDB, dan ia merupakan antara insiden-insiden rasuah, ketirisan dan salah urus yang lain.
Untuk pilihan raya kecil yang akan datang ini, sebagai rakyat Malaysia, kami mengajukan dua soalan ringkas kepada calon dari Barisan Nasional, Parti Amanah Negara (AMANAH), Parti Islam Se-Malaysia(PAS), dan calon bebas untuk kedua-dua kawasan yang bertanding. Ini akan membantu dan mendorong para pengundi untuk memilih calon terbaik yang mampu mewakili kepentingan dan kesejahteraan mereka. Dua soalan tersebut adalah seperti berikut:

Azmin tiada, tetapi Khalid Ibrahim ada untuk bantu PAS

Beliau mahu membalas budi PAS yang membantu kempennya pada PRK Ijok 2007
Khalid
SUNGAI BESAR: Kempen pilihan raya PAS mendapat suntikan kecil dengan Tan Sri Khalid Ibrahim turun membantu jentera parti Islam berdepan cabaran PRK Sungai Besar.
Bekas Menteri Besar Selangor berkata mahu membalas budi kepada PAS yang kempennya dalam PRK Ijok 2007, PRU 2008 dan 2013.
“Pada waktu itu (PRK Ijok 2007), saya tidak kenal sesiapa tapi rakan-rakan dari PAS di Ijok, di seluruh Selangor yang datang tolong saya.
“Walaupun saya kalah saya tetap berterima kasih pada mereka,” katanya ketika ditemui pemberita di Pekan Sungai Besar.
“Mereka telah bersama-sama dengan saya semasa PRU 2008 dan 2013 dan kita sangat bekerjasama. Alhamdulillah kita mencapai kemenangan,” katanya ketika ditemui pemberita dalam program temui pengundi bersama calon PAS di sekitar Pekan Sungai Besar.
Sekali lagi Khalid terpaksa menepis spekulasi menyertai mana-mana parti.
“Saya ada kes dengan PKR. Saya telah meminta RoS (Jabatan Pendaftaran Pertubuhan) untuk menentukan sama ada penyingkiran saya dari PKR adil atau tidak.
“Dalam keadaan itu, saya percaya saya berhak dapat keputusan untuk diri saya,” katanya.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memutuskan untuk membantu calon AMANAH yang mewakili Pakatan Harapan, Azhar Abdul Shukur.

Penyertaan Amanah dalam PRK bukan suka-suka

KUALA KANGSAR - Amanah Perak menegaskan penyertaan parti itu dalam PRK Parlimen Kuala Kangsar bukan sekadar suka-suka sebaliknya sebagai batu loncatan untuk menggantikan kerajaan sedia ada.
Pengerusinya, Asmuni Awi berkata, perkara itu dijelaskan kerana ada pimpinan Pas yang berpendapat penyertaan Amanah pada PRK itu memudahkan peluang BN untuk meraih kemenangan.
Penyertaan Amanah dalam PRK bukan suka-suka "Kita tak pernah beri tongkat kepada BN sebab motto kita berlawan nak bentuk kerajaan, bukan nak jadi penasihat.
"Kita juga akan bangkitkan isu rakyat setempat selain takkan ambil pendekatan untuk tak serang BN," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita ketika sidang media di Pejabat Amanah Kuala Kangsar, di sini, hari ini.
Hadir sama Ketua Pemuda Amanah Perak, Mohd Fitri Asmuni.
Sebelum ini, Naib Pengerusi Pas, Idris Ahmad yang berpendapat tindakan Amanah menyertai PRK tersebut memberi tongkat kepada Umno dan BN untuk mengekalkan kemenangan.
Menurutnya, beliau turut mengakui calon Amanah, Dr Termizi Ramli agak sukar ditemui oleh pihak media kerana sibuk dengan jadual yang telah disusun sebelum ini.
Beliau berkata, pendekatan itu juga terpaksa dilakukan bagi mengelakkan sebarang gangguan dan kesulitan daripada berlaku.
"Jadi kalau kami biarkan pihak tuan (media) menganggu, ia akan merencatkan perjalanan calon yang telah disusun sebelum ini," katanya.
Katanya, satu sesi khas Ahmad Termizi bersama media akan diadakan esok bagi menjelaskan tentang visi dan misi sebenar beliau.
"Jam 9.30 pagi sesi bersama media versi bahasa Cina dan Tamil manakala jam 12 tengah hari ia akan dijalankan membabitkan media versi bahasa Melayu serta Inggeris," katanya.

Pencalonan Mastura jaga kepentingan kem Wan Khair-il?

Menurut seorang veteran parti, UMNO Kuala Kangsar sentiasa terbahagi kepada dua kem - kem Wan Khair-il dan kem Ramly Zahari.
mastura
PETALING JAYA: UMNO Kuala Kangsar sentiasa terbahagi kepada dua kem – kem bekas ahli Parlimen, Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Wan Ahmad dan kem bekas Ketua UMNO Bahagian, Datuk Ramly Zahari, menurut seorang veteran parti.
Veteran UMNO Perak yang tidak mahu dinamakan memberitahu FMT bahawa persaingan antara dua kem itu menjadi pencorak latar politik tempatan, dan pemilihan Datin Mastura Mohd Yazid merupakan kesinambungan kepada persaingan itu.
Selepas tragedi yang menimpa Wan Mohammad Khair-il, dakwanya, kem lawan melihat ada peluang untuk kembali menguasai UMNO Kuala Kangsar, maka tindakan perlu diambil untuk mengekalkan status quo.
“Saya fikir pencalonan bekas isteri Allahyarham, Datin Mastura Mohd Yazid juga bertujuan untuk menjaga kepentingan dan mengekalkan kem arwah.
“Ini pasti mengundang rasa tidak puas hati penyokong Ramly,” dakwanya.
Ceritanya lagi, kedua-dua kem saling bersaing sebelum ini, antaranya ketika pemilihan UMNO pada 2013 apabila Wan Khair-il mencabar Ramly bagi kedudukan Ketua UMNO Bahagian, serta persaingan mereka untuk dicalonkan pada Pilihan Raya Umum pada tahun yang sama.
Kedua-duanya dimenangi Wan Mohammad Khair-il.
Maka, veteran ini memberitahu FMT, UMNO sepatutnya memilih calon yang tidak berpihak kepada mana-mana kem bagi mengelakkan sebarang unsur sabotaj.
“Selama lima penggal Tan Sri Rafidah Aziz menjadi ahli Parlimen di sana. Beliau tidak terlalu terlibat dalam UMNO Bahagian dan tidak berkaitan dengan mana-mana kem,” katanya yang kini tidak lagi aktif dalam parti itu.
Dalam wawancara bersama FMT sebelum ini, bekas Naib Ketua Wanita UMNO Datuk Kamilia Ibrahim turut mempersoalkan perkara sama dengan menyifatkan pencalonan Mastura bakal menguji kesetiaan ahli UMNO nanti.
Penganalisis politik, Prof Datuk Dr Ramlah Adam pula tidak terkejut sekiranya sabotaj berlaku, namun yakin UMNO akan dapat mengatasi masalah itu.

Tindakan Nancy ugut pengundi memalukan, terdesak

BN harus menghormati pilihan rakyat dan sesiapa yang dipilih kelak haruslah diberi layanan setara.
nancy khalid samad
SUNGAI BESAR: Pakatan Harapan (PH) mengecam tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri yang mengugut pengundi di Sungai Besar agar memilih calon BN, Budiman Mohd Zohdi.
Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Abdul Samad menyifatkan tindakan Nancy sebagai terdesak dan memalukan.
“Adakah mereka sudah begitu tertekan sehingga tidak ada cara lain selain mengugut pengundi di Sungai Besar.
“Saya rasa itu amat memalukan jika Nancy mengeluarkan kenyataan sedemikian mengugut rakyat,” katanya dalam sidang media di Pejabat AMANAH Sungai Besar hari ini.
Ujarnya, BN harus menghormati pilihan rakyat dan sesiapa yang dipilih kelak haruslah diberi layanan setara.
“Sebenarnya siapa sahaja yang dipilih rakyat perlu dihormati dan diterima oleh kerajaan BN dan tindakan mengugut sebegitu rupa amat memalukan,” katanya lagi.

BN guna strategi lapuk dakwa AMANAH tunggangan DAP

Khalid mendakwa, strategi itu dahulunya digunakan terhadap PAS tetapi selepas parti Islam itu tidak lagi menggugat BN, ia diguna pakai terhadap AMANAH.
Khalid-Samad_pas_bn_600
SUNGAI BESAR: Strategi stesen televisyen milik kerajaan yang sering menggambarkan AMANAH sebagai tunggangan DAP adalah strategi lapuk.
Ketua Penerangan AMANAH, Khalid Abdul Samad berkata, strategi itu dahulunya digunakan terhadap PAS tetapi selepas parti Islam itu tidak lagi menggugat BN, ia diguna pakai terhadap AMANAH.
“Pakatan Harapan (PH) mengutuk keras dakwaan keji yang menyebut ‘setelah puas menunggang PAS, DAP sekarang menunggang AMANAH’ dalam laporan PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar,” katanya dalam sidang media hari ini.
Ujarnya, dua PRK itu membuktikan tiada parti yang mendominasi PH, bahkan ia merupakan bukti kesediaan ketiga-tiga parti berunding secara terbuka dan jujur sehingga diterima oleh semua.
“Semua tahu AMANAH dari awal lagi ingin bertanding di dua pilihan raya ini. Namun, atas persetujuan PH maka usaha berunding dengan PAS telah dilakukan oleh beberapa pimpinan PKR, dalam keadaan ini AMANAH akur dengan keputusan berkenaan.
“Setelah berusaha sekian lama, terbukti PAS tidak sudi berunding maka dengan itu keputusan dibuat untuk hentikan usaha mendapat persetujuan dan pimpinan PKR akur serta memutuskan AMANAH menjadi wakil PH,” jelasnya.
Menurut Ahli Parlimen Shah Alam itu, keadaan berbeza dan pandangan melawan hujah adalah perkara biasa dalam PH.
“Namun ia diurus melalui proses perbahasan yang matang dan berakhlak. Soal dominasi dan tunggang-menunggang bukan budaya PH tetapi jelas budaya UMNO/BN,” katanya.

Mereka bukan lagi wakil rakyat, tetapi orang suruhan Najib – Mahathir

Mahathir mendakwa ada ahli UMNO yang mengakui disogok RM1 juta hingga RM2 juta yang menyebabkan mereka tidak mendedahkan jenayah yang berlaku.
mahathir
PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa mulut ahli-ahli UMNO telah disumbat dengan dedak yang menyebabkan mereka tidak dapat bersuara atau menegur presiden parti, Datuk Seri Najib Razak.
Ini kerana kata bekas Perdana Menteri itu, ada ahli UMNO yang mengakui disogok RM1 juta hingga RM2 juta yang menyebabkan mereka tidak mendedahkan jenayah yang berlaku.
“Mereka mengia apa sahaja. Sesungguhnya mereka bukan lagi wakil rakyat yang (dipilih rakyat) tetapi sudah jadi orang suruhan Najib. Dasar dan perjuangan parti tidak lagi menjadi tanggungjawab mereka.
“Demikian juga dengan Ketua-ketua UMNO Bahagian. Mereka tidak ada suara lagi setelah melihat seorang naib ketua bahagian yang menegur presiden dipanggil oleh polis, disoal, dimasukkan dalam tahanan dan dihadapkan ke mahkamah,” katanya menerusi catatan terbaru beliau di blog chedet.cc. hari ini.
Tambahnya, apabila ada pemimpin yang menyeleweng, perlembagaan negara ini memberi hak kepada wakil rakyat untuk membuat undi tidak percaya dalam Dewan Rakyat.
“Tetapi kerana dedak dan berbagai jenis tekanan, selain daripada dua orang ahli UMNO, ahli-ahli UMNO yang lain dan BN tidak berani menyokong usul tidak percaya jika diusulkan.
“Rakyat kehilangan suara secara menyeluruh. Semua peruntukan dalam Perlembagaan dan undang-undang berkenaan kebebasan bersuara sudah dibatalkan.
“Melapor kepada polis berkenaan jenayah yang dilakukan oleh pemimpin juga bukan sahaja tidak berkesan tetapi yang melapor sendiri dimasuk dalam tahanan,” katanya.

Rafizi mahu dedah satu lagi skandal pembaziran BN pada kempen PRK


Rafizi RamliRafizi RamliNaib Presiden Keadilan Rafizi Ramli akan mula berkempen esok dengan membawa membawa mesek Cukai Barangan dan Perkhidatan (GST) yang dianggap bertentangan dengan sistem ekonomi dan membebani rakyat pada Pilihanraya Kecil (PRK) di Sungai Besar dan Kuala Kangsar
Beliaub melahirkan rasa kesal kerana mantan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Wahid Omar masih lagi mempertahankan dasar-dasar yang dilaksanakan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak yang terbukti membebankan rakyat.
"Tan Sri Wahid Omar dilaporkan berkata tindakan melaksanakan GST dan memotong subsidi adalah tepat kerana ia mengukuhkan ekonomi negara.
"Saya menentang pemotongan subsidi yang bermula dari tahun 2010 pada awal penggal Perdana Menteri pada ketika masih popular dengan rakyat kerana tindakan itu (memotong subsidi) memangsakan rakyat termiskin.
"Tanggungjawab sebuah kerajaan ialah membela golongan paling daif (“most vulnerable group”) dengan memastikan ekonomi berkembang secara adil; bukannya memotong peruntukan orang miskin untuk membayar hutang yang gagal dibayar orang kaya.
"Atas dasar ini juga saya lantang menentang GST. Cukai ini menjadi satu perkara yang zalim kerana fakir miskin dipaksa membayar cukai yang sama dengan orang kaya untuk menutup lubang hutang kerajaan dek kerakusan orang-orang kaya elit membolot kekayaan negara," ujarnya dalam satu kenyataan.
Ahi Parlimen Pandan ini juga menjelaskan PRK di Sungai Besar dan Kuala Kangsar kali ini sebenarnya menjadi medan untuk rakyat memilih satu dari dua sistem ekonomi yang jelas bertentangan

UNDI AMANAH ADALAH UNDI BUAT URUS TADBIR YANG BAIK YANG TERBUKTI DENGAN KEJAYAAN PENTADBIRAN NEGERI SELANGOR


Sejak perubahan tampuk kepimpinan pada 2008, kerajaan Selangor telah bekerja keras untuk memenuhi aspirasi rakyat dalam menjana ekonomi negeri Selangor.
Berdasarkan Laporan 2010-2014 daripada Jabatan Statistik, negeri Selangor telah menyumbang kepada pendapatan negara, iaitu sebanyak 22.4% menerusi penjanaan aktiviti ekonomi, manakala Kerajaan Persekutuan Kuala Lumpur adalah yang kedua pada 15.1%. Kemajuan ekonomi di Selangor mahu dikongsi Pakatan Harapan dengan rakyat terbanyak.
Bahagian barat laut Selangor adalah kawasan tertumpu kepada industri pertanian. Pada tahun 2014, industri pertanian meliputi 1.7 peratus kawasan yang menjalankan aktiviti ekonomi di Selangor. Kerajaan negeri berusaha untuk meningkatkan penghasilan dan kualiti pengeluaran dan dalam memenuhi maksud ini, 900 petani dari Sungai Besar telah menerima bantuan baja mikrob yang menelan belanja sebanyak RM 225,000.
Terletak di kawasan pesisir pantai Selangor, Sungai Besar juga merupakan kawasan tertumpunya komuniti nelayan.
Kerajaan Selangor berjaya menguruselia pendapatan nelayan yang tidak tetap, dan kerajaan juga telah melaksanakan satu Program Skim Bantuan Nelayan sejak 2012. Di kawasan Sabak Bernam dimana terletaknya Sungai Besar, 121 nelayan telah menerima bantuan tambahan sebanyak RM901,000 untuk sampan, enjin bot, dan alatan memancing dan menjala.
Bagi meningkatkan hasil pengeluaran dan pendapatan penduduk kawasan Sungai Besar, kerajaan Selangor telah memperkenalkan program Dana Usahawan Mikro.
Sehingga kini, kerajaan negeri telah membelanjakan RM616,290 dalam memberi manfaat kepada 66 orang usahawan mikro dari Sabak Bernam.
Kesemua kejayaan ini adalah bukti komitmen Kerajaan Selangor dalam memastikan hasil negeri diagihkan dengan baik di segenap peringkat dan lapisan masyarakat. Kerajaan Selangor dinakhoda oleh Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), dengan kerjasama rakan-rakan seperjuangan Parti Amanah Negara dan Parti DAP.

PRK Sungai Besar & Kuala Kangsar: Kenapa Pakatan Harapan Bertanding?

Pilih BN, bantuan cepat disalurkan satu ugutan kepada rakyat

AMANAH kutuk TV3, UMNO yang amal 'budaya tunggang'

Zahid: Kami alu-alukan Tun M di Kuala Kangsar

Jangan iri hati tak dicalonkan, kata Ahmad Zahid

Zahid: Tak sangka Nizar masih belum bertaubat

BN TERDESAK: UGUTAN NAMPAKNYA SUDAH BERMULA

Menteri  di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri berkata, pengundi di Sungai Besar perlu memilih calon BN dalam pilihanraya kecil 18 Jun ini sekiranya mahu mendapatkan bantuan segera daripada kerajaan Pusat.

Sebaliknya, kata beliau, sekiranya wakil pembangkang yang menang, ia menyebabkan bantuan yang seharusnya sampai ke Sungai Besar akan lambat tiba.

Kalau Budiman tidak dipilih nanti, kadang-kadang bantuan agak lambat sampai kerana bukan sesama parti dalam kerajaan. Biasanya kalau sesama parti dalam kerajaan, ia lebih mudah dalam membantu dan memberi perkhidmatan kepada orangramai, katanya yang juga Ahli Parlimen Batang Sadong, Sarawak.
Tidakkah ini sebenarnya suatu ugutan kepada pengundi?

Sejak bila bantuan kerajaan berdasarkan parti? Bukankah semua rakyat, tanpa mengira parti apa sekali pun, mereka membayar cukai yang sama kepada kerajaan?

Adakah BN sudah mula cemas dan terdesak di Sungai Besar sehingga terkeluar kata-kata berupa ugutan seperti itu?

Ini baru ugutan secara terbuka, belum lagi yang dilakukan secara tertutup, yang disampaikan kepada kumpulan kecil pengundi, dibisikkan dari telinga ke telinga dan pelbagai cara lainnya.

Ini juga baru seorang menteri yang dikesan melakukan ugutan, mungkin semua menteri yang datang ke Sungai Besar turut melakukan perkara yang sama.

Faktor Dr Mahathir boleh kalahkan BN di Kuala Kangsar


Tun Mahathir akan membantu calon Amanah di PRK berkembarTun Mahathir akan membantu calon Amanah di PRK berkembar
Faktor Tun Mahathir juga boleh jadi faktor penentu kemenangan calon Pakatan Harapan (PH) yang diwakili Dr Ahmad Termizi Ramli dari Parti Amanah Negara (Amanah), lapor Roketkini.
Menurut Pengarah Pilihanraya DAP bagi PRK Kuala Kangsar, Paul Yong Choo Kiong, pertembungan ‘kem Najib’ dan ‘kem Mahathir’ menjejaskan sokongan rakyat kepada Barisan Nasional (BN) khususnya di kalangan ahli-ahli Umno.
“Rakyat dapat melihat Tun Mahathir yang telah memimpin negara selama 22 tahun akhirnya keluar Umno kerana tidak dapat menerima kepimpinan dan pentadbiran Najib Razak yang banyak dikaitkan dengan skandal rasuah seperti 1MDB dan derma RM4.3 bilion,” katanya kepada Roketkini.
Paul menambah, lebih memberi tekanan terhadap BN apabila tindakan Mahathir disokong beberapa lagi pimpinan utama Umno sebelum ini seperti bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas Umno Tan Sri Rafidah Aziz, dan bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal, selain pemimpim Umno di pelbagai peringkat.
Ditanya mengenai pertembungan empat penjuru yang dilihat dapat memberi keuntungan kepada BN, Paul yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Tronoh menjelaskan bahawa calon Amanah, Dr. Ahmad Termizi berbeza dari calon-calon lain.

PAS bersendirian memang kuat, menang pilihan raya belum tentu

Presiden Amanah, Mohamad Sabu mengakui bekas partinya PAS sememangnya nampak kuat apabila bersendirian sejak perpecahan Pakatan Rakyat namun ia belum mampu menjamin kemenangan mereka dalam pilihan raya nanti.
Beliau berkata, berdasarkan pengalaman sebagai bekas timbalan presiden parti Islam itu, PAS sukar untuk menang dalam pilihan raya walaupun parti Islam itu kuat bila bersendirian.
“Kalau kita bercakap dalam istilah pilihanraya, kalau kembali seorang diri, ya, kita kuat. Saya biasa ceramah di Kedah. Kehadiran hampir 100,000. Pakai kopiah putih sejauh mata memandang.
“Tetapi bila datang pilihanraya tempat ceramah itu pun tidak menang. Orang bukan Melayu tidak mengundi kita. Orang bukan Melayu di sesetengah tempat adalah penentu Dun dan Parlimen,” katanya ketika berucap di ceramah kelompok di Kampung Sayong Lembah, pada malam Isnin.
Beliau juga menggesa supaya ahli PAS mengundi calon Amanah supaya BN dapat ditewaskan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
“Kepada saudara-saudaraku ahli-ahli Pas, adik-adikku yang dikasihi dan gigih bekerja, kamu boleh terus undi calon Pas tetapi tidak akan menang. Maaf saya berkata sedemikian.
“Nak kekal dalam parti itu silakan tetapi tolong undi calon Amanah. Itu sahaja yang boleh cabar BN. Saya ulang sekali lagi, Pas bersendirian dia lebih kuat tetapi sukar untuk menang dalam pilihan raya. Yang bercakap ini bukan sembarangan orang tetapi bekas timbalan presiden,” katanya.
Dalam pada itu, Mohamad tetap yakin mendapat undi daripada ahli PAS walaupun mereka menganggap Amanah sebagai musuh.
“Saya yakin tetap dapat undi ahli PAS. Saya jumpa ramai dah. PAS sudah gagal. Melainkan di bawah Pakatan Rakyat. Jadi sekarang ini, melalui Pakatan Harapan sahaja mampu menumbangkan BN,” katanya.

PM PALING HEBAT DAN BIJAKSINI DALAM SEJARAH MALAYSIA....


Satu2nya Perdana Menteri Malaysia yg kita akan ingat sampai bila2 betapa hebatnya Najib memerintah negara sampai terbongkarnya kebobrokan skandal kewangan terbesar dlm sejarah negara yg melibatkan seorang Perdana Menteri sehingga 8 buah negara di dunia turut sama2 menyiasatnya..

P067 & P093: PENGUNDI DIBERI PILIHAN MENGEKALKAN GST/BEBAN HIDUP ATAU MELAKSANAKAN EKONOMI RAKYAT; DEDAH SATU LAGI SKANDAL PEMBAZIRAN BARISAN NASIONAL

Saya kesal dengan kenyataan Tan Sri Wahid Omar, mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang pada akhir khidmatnya pun masih lagi mempertahankan dasar-dasar yang dilaksanakan Dato’ Seri Najib Tun Razak yang terbukti membebankan rakyat. Tan Sri Wahid Omar dilaporkan berkata tindakan melaksanakan GST dan memotong subsidi adalah tepat kerana ia mengukuhkan ekonomi negara.

Saya menentang pemotongan subsidi yang bermula dari tahun 2010 pada awal penggal Dato’ Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri pada ketika beliau masih popular dengan rakyat kerana tindakan itu (memotong subsidi) memangsakan rakyat termiskin.

Tanggungjawab sebuah kerajaan ialah membela golongan paling dhaif (“most vulnerable group”) dengan memastikan ekonomi berkembang secara adil; bukannya memotong peruntukan orang miskin untuk membayar hutang yang gagal dibayar orang kaya.

Atas dasar ini juga saya lantang menentang GST. Cukai ini menjadi satu perkara yang zalim kerana fakir miskin dipaksa membayar cukai yang sama dengan orang kaya untuk menutup lubang hutang kerajaan dek kerakusan orang-orang kaya elit membolot kekayaan negara.

Kenyataan Tan Sri Wahid Omar mengesahkan bahawa selagi Umno/Barisan Nasional menjadi kerajaan persekutuan, dasar-dasar yang menekan orang miskin demi membela orang kaya seperti pemotongan subsidi dan GST akan terus dilaksanakan kerana Umno/Barisan Nasional telah lama menjadi parti yang dikuasai orang-orang kaya elit.

Sebab itulah pilihanraya kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar kali ini sebenarnya menjadi medan untuk rakyat memilih satu dari dua sistem ekonomi yang jelas bertentangan:

i. Memilih Barisan Nasional bermakna pengundi Kuala Kangsar dan Sungai Besar memilih untuk mengekalkan sistem ekonomi yang pro orang kaya dan menekan rakyat terbanyak melalui GST, menghapuskan subsidi, memotong pembiayaan pendidikan rakyat dan lain-lain; atau

ii. Memilih Pakatan Harapan bermakna pengundi Kuala Kangsar dan Sungai Besar memilih untuk menghapuskan sistem ekonomi Barisan Nasional tadi dan memperkenalkan sistem ekonomi baru yang pro-rakyat (bermaksud menghapuskan GST, memberi subsidi kepada yang memerlukan, mendemokrasikan pendidikan dengan menawarkan pendidikan bermutu pada kos yang minima).

Bermula dari esok (Rabu, 8 Jun 2016) sehingga hari pengundian, saya akan berada di Kuala Kangsar atau Sungai Besar setiap hari untuk memastikan pengundi Kuala Kangsar dan Sungai Besar membuat pilihan berdasarkan pertimbangan bebanan rakyat yang saya hurai tadi.

Dua PRK: PH Lawan BN Dan Penasihatnya

Dua PRK, sungai besar dan kuala kangsar sangat penting kepada PAS. Kerana ini gambaran sebenar kekuatan PAS untuk pilihanraya umum nanti. Kalau melihat rekod sejarah lampau, ketika sendirian PAS hanya mampu dapat empat kerusi sahaja di negeri yang kuat pengaruh PAS. Itu dulu, ketika dia memang tegar ingin membawa Islam.
Tetapi kali ini berbeza. Berbeza kerana PAS berpusing 180 peratus dari menentang UMNO secara total bertukar kepada menjadi sahabat UMNO. Jadi sejauh mana berkesannya perubahan strategi ini, PRK kali ini sangat penting sebagai gambaran awal.
ceramah perdana pertama di kuala kangsar, yang dihadiri oleh haji hadi sendiri mula menggusarkan PAS. Yang hadir hanya seramai 200 orang. Itu pun mungkin termasuk petugas PAS. Jika keadaan ini menjadi trend sebenar pengundi, tidak mustahil PAS bungkus dan lingkup bila PRU14 nanti.
Menurut kajian lapangan ilham centre, PAS bakal kehilangan lapan ribu undi di sungai besar. Jika lapan ribu undi ini benar berlaku, ke mana pengundi tersebut bertukar arah?
Andaikata PAS dapat sepuluh ribu undi dan Amanah dapat lapan ribu undi (tolak campur samada datang dari UMNO atau pergi kepada UMNO) maka PAS patut bimbang. Andai kata undi yang diperolehi amanah hampir sama banyak dengan PAS, ternyata Amanah akan berjaya menggantikan PAS satu masa nanti.
Hujah Amanah sebagai pemecah undi tidak akan selamanya boleh dicanang oleh PAS. Kerana pengundi memang menunggu option untuk menolak kemungkaran UMNO secara jelas. PAS tidak lagi jelas. Jadi yang tinggal menggundi PAS hanya yang taksub.
Yang membenci UMNO, tetapi ragu untuk menaruh harapan kepada PAS, pasti memilih yang lain dari kedua tersebut. Dalam dunia multimedia, buktinya semakin nyata. Gambar gambar viral di internet betapa mesranya pemimpin PAS dan pemimpin UMNO sekarang.
Blog blog tegar UMNO pun sudah memuji PAS. Strategi sama yang digunakan sekarang adalah, mengutuk DAP. Blog UMNO kutuk DAP, PASpun kutuk DAP. 

P067: Bukan kejutan jika menang, tetapi kejutan kepada negara, kata calon Amanah

Calon Parti Amanah Negara (Amanah) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar, Dr Ahmad Termizi Ramli menganggap bukan satu kejutan jika beliau keluar sebagai pemenang dalam pilihan raya pada 18 Jun ini.
Namun katanya ia merupakan satu kejutan kepada negara kerana beliau yakin ramai yang tidak menjangka parti yang usianya belum sampai setahun mampu memenangi pilihan raya.
Justeru Ahmad Termizi berharap beliau yang mewakili Amanah dan Pakatan Harapan akan menang bergaya dalam PRK kali ini bagi memberikan khidmat yang terbaik kepada masyarakat.
“Bukan kejutan kalau Amanah menang di Kuala Kangsar tapi akan memberi kejutan kepada negara kerana ramai yang tak menjangka parti lapan bulan boleh menang. Kita mahu menang besar, mengharapkan menang bergaya. Minta doa semua,” katanya kepada pemberita selepas mengedarkan risalah kepada pengundi di Jalan Kangsar, Pekan Kuala kangsar petang semalam.
Mengulas fasa awal kempen, beliau berkata majoriti penduduk yang ditemui memberikan respons yang positif namun tidak menafikan ada segelintir yang kurang senang apabila didekati.
“95 peratus penduduk yang saya temui di pasar menunjukkan respons yang sangat baik tapi adalah lima peratus lagi yang tidak menerima dan seumpamanya tapi secara keseluruhan mereka menunggu parti seperti ini (Amanah),” katanya yang tidak kekok beramah mesra dengan penduduk setempat kerana beliau merupakan anak jati Kuala Kangsar.
Termizi, 61, berasal dari Kampung Suak Petai di Manong, Kuala Kangsar lahir dalam satu keluarga besar dari keturunan Datuk Maharaja Lela dan mempunyai 9 anak hasil perkahwinannya dengan Kamaliah Binti Nordin.

P093: Tiga Agenda Di Sebalik Tiga Penjuru

Oleh: IZRA ABDUL RAHMAN
PAS dan Amanah, kalau tidak banyak, mungkin sedikit sudah dapat mencongak siapa akan jadi juara pertembungan tiga penjuru dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar.

Tetapi sebenarnya dalam pertandingan kali ini, siapa kalah siapa menang tidaklah begitu penting bagi dua parti ini, begitu juga dengan Barisan Nasional (BN).


Jika BN kecundang, kesannya hampir sifar, tiada apa pun yang akan berubah dalam kerajaan Persekutuan, mahu pun kerajaan Selangor.

Jika PAS tewas pun, ia bukan luar biasa kerana mengikut rekod PAS memang tidak pernah menang di kerusi tradisinya ini. Apatah lagi jika Amanah yang pertama kali bertanding ini kalah, memang tiada siapalah yang akan kata apa-apa.

Tetapi, di Sungai Besar, ketiga-tiga parti dilihat mempunyai agenda tersendiri yang bersifat parti dan peribadi sebaik sahaja gelanggang PRK dibuka. Masing-masing turun ke gelanggang dengan memandang ke arah yang lebih ‘jauh tapi dekat’, iaitu Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Bagi BN yang setengah pihak katakan sudah ‘tenat’, kemenangan di Sungai Besar penting bagi membuktikan kepada rakyat bahawa tanggapan itu dusta. Dengan kemampuan mempertahankan kerusi Allahyarham Datuk Noriah Kasnon, ia juga dapat membuktikan dacing yang menjadi simbol parti masih ‘berfungsi’ dengan baik.

Namun harus diingat, jika BN menang sekali pun, kegembiraannya mungkin hanya dua hingga tiga minggu sahaja. Berlabuhnya tirai PRK Sungai Besar dan PRK Kuala Kangsar, bermaksud semua kita menunggu pentas PRU-14 dibuka. Tiada lagi PRK lain selepas ini.

Selalu sangat kedengaran calon BN Budiman Mohd Zohdi berkata dirinya adalah calon ‘underdog’ walaupun beliau nampak yakin dengan kelebihannya sebagai calon tempatan. Hal ini memang ketara dan semua orang nampak!

Tetapi, ketika berceramah, Budiman tidak lupa mengingatkan pengundi tentang pentingnya PRK kali ini kerana dalam sejarah, ia merupakan PRK yang diadakan paling hampir dan singkat jaraknya menuju ke sebuah PRU.

Andai kata-kata Budiman itu ‘masuk’ ke hati sanubari pengundi, sekurang-kurangnya, jika BN menang kali ini, mereka dapat melangkah ke arah PRU-14 dengan lebih yakin dan bersemangat selepas menang besar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

SEBAB ITULAH rompak dalam kerajaan jadi halal. Bukan duit rakyat rupanya...

Baru kami tau....

"gaji wakil rakyat bukan rakyat bayar tapi kerajaan bayar dan duit kerajaan bukan lah duit rakyat"

SIAPA LAGI JAHAT SEBENARNYA ??!!


SEJAHAT-JAHAT Israel laknatullah.. terima 'derma' 1 juta Euro (RM4.6 juta), AG Israel sendiri arahkan siasatan jenayah dakwaan rasuah 'derma' politik terhadap PM mereka Benjamin Netanyahu.

Kat sini 'derma' sbyk RM2.6b takda hal.. semuanya SUDAH DIBERSIHKAN oleh AG Apandi Ali malah dapat 'title' TAN SRI lagi !!

Menteri2 sebeginilah yg akan kekal lama dlm kabinet Najib.

Mengapa PM Najib beriya2 melantik & membawa masuk Datuk Seri Nancy Shukri ke dalam Jabatan Perdana Menteri (JPM) ???

ANDA sendiri tahu bukan...

Politik Ugut: Bantuan lambat jika BN kalah di Sungai Besar, kata Nancy

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berharap Budiman "dijangkiti" momentum kemenangan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.
nancy
SUNGAI BESAR: Pengundi di Sungai Besar perlu memilih calon Barisan Nasional (BN), Budiman Mohd Zohdi, sekiranya mahu mendapatkan bantuan segera dari kerajaan persekutuan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri berkata, sekiranya wakil pembangkang yang dipilih, bantuan yang seharusnya sampai ke Sungai Besar akan tiba lambat.
“Kalau beliau (Budiman) tidak dipilih, kadang-kadang bantuan agak lambat kalau bukan sesama parti dalam kerajaan. Biasa kalau bersama dalam kerajaan ini mudah, membantu memberi perkhidmatan kepada orang.
“Jadi saya mengharapkan pengundi di Sungai Besar mengambil peluang ini memberi peluang kepada beliau sebagai ahli parlimen,” katanya kepada pemberita di SMK Sungai Besar, hari ini.
Ahli Parlimen Batang Sadong itu turut berharap Budiman “dijangkiti” momentum kemenangan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.
“Sebab mood dari Sarawak masih bagus lagi. Harap Budiman dapat dijangkiti ‘mood’ dari Sarawak dan ia dibawa ke sini,” katanya.
Nancy berkata pengundi Sungai Besar perlu memahami rasional pengundi Sarawak memilih kerajaan BN dan menolak pembangkang.

Mat Sabu dedah rahsia kenapa tak bertanding


KUALA KANGSAR - ‎ Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu malam tadi mendedahkan rahsia mengapa beliau tidak bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Kuala Kangsar walaupun namanya disebut-sebut akan menjadi calon Amanah di kawasan Parlimen berkenaan.‎
Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, puncanya adalah kerana hasil perbincangan mendapati bahawa rakan-rakan politik dan partinya tidak mahu calon daripada bekas pemimpin Pas.
‎"Kita adakan perbincangan  termasuk pandangan-pandangan NGO mereka kata kalau boleh cari calon bukan bekas pemimpin Pas lawan Pas.
"Saya pun fikir dan rakan-rakan pun fikir, kita nampak seorang anak disini (Kuala Kangsar)  yang bertaraf profesor dan otaknya hebat terlibat dengan NGO maka kita kemukan Ahmad  Termizi Ramli, dan selepas saya kemukakan dalam mesyuarat tertinggi mereka  sebulat suara bersetuju dan  mereka katakan inilah calon terbaik Amanah,"katanya ketika memberi ceramah di Lembah Sayong Kuala Kangsar,di sini.
Dalam pada itu, beliau berkata oleh itu beliau berharap agar rakyat Kuala Kangsar dapat memberi peluang kepada calon Amanah dalam PRK Kuala Kangsar kali ini.
‎"Hargailah orang bijak macam ini supaya duduk di Parlimen jangan bagi dekat calon yang 'perabis' air liur basi yang sekali sekala bangun, sokong Umno," katanya.

'Penyokong Najib perlekeh Deklarasi Rakyat agar polis rampas dokumen'

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mendakwa penyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak cuba memperlekehkan Deklarasi Rakyat dengan tuduhan kononnya ada banyak penipuan.
Katanya, keraguan itu ditimbulkan supaya polis merampas dokumen tanda tangan rakyat yang cuba merayu kepada Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu agar menyelamatkan negara.
“Ia mendesak polis supaya merampas deklarasi yang berada dengan sekretariat.
"Harapannya ialah supaya polis dapat kenalpasti mereka yang telah tandatangan deklarasi tersebut dan akan dapat mengugut mereka," kata bekas perdana menteri itu dalam entri terbaru di blog.
Mahathir mendakwa sudah terdapat ancaman terhadap mereka yang menandatangani deklarasi itu, termasuk bakal kehilangan bantuan BR1M, biasiswa untuk anak-anak, peluang perniagaan dan kemudahan lain.
"Sebenarnya memang ramai yang tidak sanggup tandatangan deklarasi kerana rejim Najib akan ugut dan ganggu mereka.
"Jika tidak ada gangguan dan ugutan ini lebih ramai rakyat yang akan tandatangani Deklarasi Rakyat. Sebenarnya berjuta rakyat bersetuju supaya Najib berhenti dari menjadi perdana menteri.
“Tetapi mereka takut tindakan rejim Najib," katanya.
Bulan lalu, Deklarasi Rakyat yang menggesa penyingkiran Najib sebagai perdana menteri mengumumkan telah berjaya mendapatkan 1.2 juta tandatangan.
Bagaimanapun NGO seperti Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang secara tradisinya berpihak kepada pembangkang tetapi kecewa dengan bekerjasama bersama Mahathir membuat laporan polis mendakwa petisyen itu mengandungi penipuan.
Mahathir menyelar mereka sebagai pengkhianat.
"Sebenarnya mereka adalah penyokong tersembunyi Najib yang ingin selamatkan Najib. Tetapi mereka takut tindakan rejim Najib.
“Penyokong Najib ini ialah pengkhianat bangsa dan demokrasi yang tidak senang kerana rakyat bersuara. Kononnya ia dari parti pembangkang yang bermusuh dengan kerajaan Najib. Tetapi sebenarnya ia adalah penyokong tersembunyi Najib yang ingin selamatkan Najib," katanya.
Mahathir berkata bahawa sekretariat Selamatkan Malaysia akan tetap meneruskan petisyen mengumpul tandatangan rakyat itu.

1 undi Pas = 1 undi Umno/BN!

Lim Kit Siang dan Ng Suee Lim tak ada masalah pakai baju oren untuk berkempen atas calon AMANAH, Azhar Ab Shukur walaupun mereka pemimpin besar parti DAP yang kununnya Pas melabel AMANAH 'khadam' DAP.
Mengapa Pas marah sangat dan cuba jadikan isu besar sebagai modal kempen mereka sedangkan AMANAH ialah sebahagian dari komponen Pakatan Harapan (PH) di mana DAP serta KEADILAN sepakat bersama.
Dahulu semasa Pas bersama Pakatan Rakyat (PR), ramai pemimpin dan penyokong DAP memakai baju hijau tapi tak pulak pemimpin Pas maki malah siap melambung memuji.
Sifirnya mudah, Pas sudah mulai rasa tergugat dengan parti 'nyamuk' yang kununnya tiada masa depan kerana DAP menggunakan strategi sama yang dilakukan terhadap Pas dahulu malah turun berkempen membawa contoh kertas undi dengan lambang AMANAH dipangkah di kotak sebelah terus kepada pengundi sasar.
Dan nampaknya strategi itu berkesan kerana difahamkan ramai pengundi masih belum tahu atau menyedari bahawa Pas bukan lagi sebahagian dari blok pembangkang dan PR yang mereka hancurkan semasa muktamar mereka di Batu Pahat sudah lama berkubur.
Nasib baik pendekatan Kit Siang, Suee Lim malah Teresa Kok Suh Sim berjaya menyedarkan para pengundi kelompok 45 tahun ke atas lalu memperkenalkan PH dan rakan komponen terbaharu iaitu AMANAH dan bukan lagi Pas yang sudah menjadi sejarah (selagi Hadi Awang berkuku).
Kalau Rani Osman mahu memakai baju 'oren' sekalipun tiada masalah kerana baju 'hijau' kini cuma dijadikan pengelap meja atau lantai sahaja selain akhbar Harakah yang bertimbun diberi percuma pun tak ada siapa yang endah.
INGAT!!
1 undi Pas = 1 undi Umno/BN!

'Dedak' punca mulut ahli Umno terkunci - Dr Mahathir

Melainkan suara seorang dua yang kedengaran lantang membantah, ahli Umno lain begitu teruja menyokong presiden mereka, Datuk Seri Najib Razak dalam berdepan pelbagai dakwaan terhadapnya.
Keadaaan itu telah dikenal pasti menerusi pemeriksaan Tun Dr Mahathir Mohamad yang berjaya merungkai masalahnya.
Hasil pemeriksaan, bekas perdana menteri itu berkata, ia adalah disebabkan mulut-mulut ahli Umno telah disumbat dengan dengan 'dedak' yang menjadikan mereka sekadar membisu.
"Katanya ada dedak yang disumbat ke dalam mulut ahli-ahli parti supaya mereka menjadi bisu.
"Ada ahli parti yang mengaku menerima sogokan sebanyak satu dan dua juta ringgit dan mereka pun menutup mulut terhadap jenayah yang jelas berlaku.
"Mereka mengia apa sahaja, " katanya dalam entri blog terbarunya.
Istilah 'dedak' sering digunakan untuk merujuk kepada orang yang telah menerima manfaat daripada pihak tertentu dan sebagai balasan, menjadi patuh kepada mereka.
Mahathir berkata, itulah sebab yang sama kenapa undi tidak percaya terhadap perdana menteri tidak boleh dilaksanakan.
"Biasanya apabila pemimpin menyeleweng, Perlembagaan negara memberi hak kepada wakil rakyat membuat undi tidak percaya dalam Dewan.
"Tetapi kerana dedak dan berbagai jenis tekanan, selain dari dua orang ahli Umno, ahli-ahli Umno yang lain dan BN tidak berani menyokong usul tidak percaya jika diusulkan," katanya.

Komplot Najib Razak, Jho Low Gadai Terengganu Curi Duit Untuk 1MDB

Goldman Sachs probed over 1MDB involvement

Saya tak undi RUU Hadi di Dewan Rakyat, Nancy Shukri

UMNO tak reti bahasa, suruh Mastura jadi calon - Nizar

Najib, Zahid 'makhluk' yang rampas Perak - luah Nizar

Selesaikan skandal 1MDB dulu bukan hudud, kata Asmuni

'Kami AMANAH, bukan PAN' - Asmuni Awi

Nancy terkejut kes pedofilia berlaku di Malaysia

Nancy: Semoga kemenangan BN Sarawak bawa tuah kepada Budiman

Polis Jangan Buang Masa Siasat Pemimpin Politik - Fahmi Fadzil

Letak calon lightweight, Amanah dilihat kalah awal kata Dr Kamarul Zaman

Parti Amanah Negara (Amanah) dilihat seolah- olah menyerah kalah sejak dari peringkat awal apabila meletakkan calon ‘lightweight’ dalam dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan), Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, ini sekaligus menunjukkan Amanah tidak serius untuk mencapai kemenangan dalam PRK berkenaan.

“Sebelum ini pemimpin Amanah sering memperlekehkan Pas kononnya tidak serius untuk menentang Umno sekaligus mendorong pihaknya meletakkan calon dalam kedua- dua PRK berkenaan.

“Bila dikatakan Amanah serius mahu menentang Umno, maka jangkaan pihak di dalam dan luar parti itu ialah Presidennya, Mohamad Sabu sendiri akan diangkat sebagai calon di Sungai Besar, manakala bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin pula di Kuala Kangsar,” katanya kepada Sinar Harian ketika diminta mengulas mengenai kedua- dua PRK berkenaan.

Mengulas lanjut, Kamarul Zaman berkata, bagaimanapun, apa yang berlaku adalah di sebaliknya apabila dua nama tidak dikenali, iaitu Azhar Abdul Shukur dan Dr Ahmad Termizi Ramli, yang diletakkan sebagai calon Amanah di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

“Perletakan dua calon tidak terkenal ini menunjukkan Amanah takut untuk menghadapi risiko imej parti terjejas teruk jika calon terkenal di kalangan pemimpin tertinggi parti diturunkan dan kalah teruk dalam PRK berkenaan,” katanya.

Menurutnya, jika kedua- dua calon tidak terkenal ini berdepan kekalahan, maka Amanah boleh berdolak dalih kononnya wajar berikutan ia parti baru dan calon diketengahkan juga muka baru.

Kamarul Zaman, sikap berhati-hati Amanah ini mengecewakan banyak pihak yang mengharapkan nama besar dari bekas pemimpin Pas yang akan membawa cabaran parti itu.

“Kalaupun bukan Mohamad Sabu dan Datuk Seri Mohd Nizar, nama- nama seperti Salahudin Ayub, Dr Dzulkefly Ahmad, Ahmad Awang atau Asmuni Awi diharapkan akan diangkat Amanah sebagai calon.

Misi Amanah tumbangkan BN, bukan Pas


SUNGAI BESAR – Misi utama Parti Amanah Negara (Amanah) bertanding pada PRK Sungai Besar adalah untuk menumbangkan BN.
Pengerusi Amanah Selangor, Ir Izham Hashim berkata, Amanah tidak menganggap pertembungan tiga penjuru di Sungai Besar itu untuk melawan Pas.
"Bagaimanapun, misi berkenaan akan gagal sekiranya penduduk memberikan undi mereka kepada Pas kerana akan berlaku pecah undi.
"Jadi penting untuk Amanah meraih undi sepenuhnya supaya misi menumbangkan BN tercapai," katanya selepas siri ceramah kelompok Amanah di sini, semalam.
Dalam perkembangan sama, Izham turut menegaskan Amanah tidak pernah menggunakan harta kerajaan negeri untuk berkempen walaupun mereka berada di dalam Pakatan Harapan.
"Semua wang yang telah digunakan adalah milik parti dan tidak ada kena mengena dengan kerajaan Pakatan Harapan yang memerintah Selangor ketika ini.
“Ini bukan pendekatan yang diketengahkan Pakatan Harapan kerana parti yang bertanding bergantung pada kekuatan sendiri,” katanya.

PRK SUNGAI BESAR DAN KUALA KANGSAR PENGHANTAR ISYARAT YANG BERKESAN

Kedua-dua pilihan raya kecil ini penting. Samada di Sungai Besar atau di Kuala Kangsar, kedua-duanya penting sebagai penghantar isyarat kepada kerajaan yang memerintah pada hari ini. Rakyat Malaysia seolah-olah menyerahkan kepada pengundi di kedua-dua kawasan ini untuk membuat penentuan, melakar hala tuju negara pada hari-hari mendatang. Ia merupakan ‘wake-up call’ kepada kepada kerajaan sekiranya keputusan PRK nanti tidak langsung memihak kepada calon Barisan Nasional.
            Pihak kepimpinan kerajaan sentiasa berpaut kepada rakyat luar bandar (khususnya orang Melayu) untuk memberikan ‘nafas’ dan ‘talian hayat’ untuk terus mememerintah di negara ini, walaupun seluruh dunia melihat apa yang sedang berlaku dalam negara kita kini tidak ubah sepertimana mereka melihat kepimpinan Idi Amin (Uganda) pada suatu ketika dahulu, ataupun pemerintahan Robert Muggabe di Zimbabwe kini ataupun Filipinan dibawah Presiden Marcos (dan keborosan isterinya Imelda Marcos) suatu ketika dahulu.
            Orang Melayu (dari kawasan luar bandar dan FELDA ) sentiasa menjadi bahan ‘kutukan’ pihak tertentu yang menyebabkan pemimpin-pemimpin negara dapat ‘bermaharajalela’ membelanjakan wang negara sesuka hati mereka. Dan kepimpinan negara sentiasa ‘menggunakan’ ‘orang kampung dan FELDA’ untuk dijadikan sebagai tempat ‘menyangkutkan dagu’ apabila berhadapan dengan masalah negara. Dan tentunya BRIM merupakan ‘ubat’ yang paling mujarab untuk dijadikan ‘penawar’ bagi hati yang duka lara.
            Lantas apa yang dilakukan oleh kepimpinan negara dilihat sebagai sesuatu yang lumrah dan yang biasa berlaku kepada sesebuah negara. Walaupun seluruh dunia ‘berketak’ dan ‘bergoncang’ melihatkan bagaimana IMDB yang telah hampir memusnahkan negara Malaysia yang tercinta, namun hasil ‘kebijaksanaan’ media masa (cetak dan elektronik) dapat memutarbelitkan berita yang hasilnya dapat ‘diperbodohkan’ golongan yang kurang cerdik di kampung-kampung. Bagi golongan yang agak cerdik digunakan pula ‘dedak’ hasil daripada ‘rompakan’ untuk ‘menutup mulut, memekakkan telinga dan menutup mata’ siapa sahaja yang melihat.
            Kini masanya telah tiba bagi pengundi di kedua-dua kawasan PRK ini untuk memberikan isyarat yang jelas bahawa pengundi di kawasan ini bukan merupakan orang Melayu kampung yang bodoh yang tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku khususnya yang berkaitan dengan IMDB yang hampir menghancurkan negara ini. Tunjukkan kepada pihak kepimpinan bahawa orang Sungai Besar dan ‘Oghang Kuale’ juga tahu apa yang sebenarnya telah berlaku.

Penyiasat AS tumpu pada Goldman Sachs "transaksi mencurigakan" berkait skandal 1MDB

Penyiasat AS percaya Goldman Sachs mempunyai asas untuk merumuskan yang wang tersebut tidak digunakan untuk tujuan asal.
wsj_1mdb_usa_goldman_600_2

Pasukan penyiasat Amerika Syarikat sedang cuba untuk menentukan sama Goldman Sachs Group Inc melanggar undang-undang apabila ia gagal memberi amaran berhubung transaksi yang mencurigakan yang membabitkan firma pelaburan negara yang bermasalah, 1MDB.
Akhbar The Wall Street Journal (WSJ) hari ini memetik sumber yang mendedahkan bahawa pihak berkuasa Amerika Syarikat sedang menjadualkan siasatan dengan eksekutif Goldman meskipun bank itu belum dituduh berhubung sebarang salah laku.
Menurut bank berkenaan ia tidak mengetahui bagaimana 1MDB menggunakan wang yang dikumpulkan untuk firma pelaburan Malaysia itu.
Goldman telah mengumpulkan AS$3 bilion menerusi terbitan bon 1MDB pada Mac 2013, yang sepatutnya untuk membiayai projek hartanah utama di Kuala Lumpur demi meningkatkan ekonomi negara.
Bank itu kemudian menyalurkan dana berkenaan ke dalam akaun bank Swiss yang dikawal oleh 1MDB.
Menurut sumber WSJ dan individu yang telah melihat maklumat pemindahan wang, selang beberapa hari kemudian, separuh daripada wang itu hilang di luar pesisir, dengan sebahagiannya berada di akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Pasukan penyiasat sekarang cuba untuk menentukan sama ada Goldman gagal mematuhi Akta Kerahsiaan Bank Amerika Syarikat yang memerlukan institusi kewangan untuk melaporkan urus niaga mencurigakan kepada pihak berkuasa.
"Para penyiasat percaya bank (Goldman) mempunyai sebab untuk mengesyaki wang yang dikumpulkannya itu tidak digunakan untuk tujuan yang dimaksudkan, menurut mereka yang biasa dengan siasatan.

Hutang 1MDB antara sebab taraf unjuran kredit Malaysia bakal turun

Peningkatan hutang awam Malaysia merupakan paling tinggi sejak 1992, dan jauh meninggalkan Indonesia (29%) dan Thailand (31%).
Oxford-economics-Nikkei
PETALING JAYA: Sebuah badan kajian ekonomi berpusat di United Kingdom meramalkan Malaysia menghadapi risiko diturunkan taraf unjuran kredit disebabkan hutang syarikat milik kerajaan termasuk 1Malaysia Development Berhad (1MDB), lapor Nikkei Asian Review hari ini.
Menurut Oxford Economics, pelabor asing semakin kurang minat terhadap pasaran saham tempatan walaupun dengan aliran masuk tunai ke dalam pasaran serantau.
Hutang awam Malaysia bertambah kepada 54.5% daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada 2015, iaitu peningkatan daripada 40% pada 2008 dan menghampiri kadar maksima yang ditetapkan kerajaan pada 55%.
Ia merupakan peningkatan paling tinggi sejak 1992, dan jauh meninggalkan Indonesia (29%) dan Thailand (31%), kata laporan itu.
“Kerajaan mempunyai lebihan 15% hutang daripada KDNK yang tidak tersenarai sebagai liabiliti dalam laporan kewangannya disebabkan komitmen terhadap syarikat milik kerajaan termasuk 1MDB,” kata Sian Fenner, pakar ekonomi Oxford Economics yang berpusat di Singapura.
Dana pelaburan strategik 1MDB yang sarat hutang baru-baru ini gagal membayar balik jumlah faedah susulan pertikaian dengan penjamin bonnya, International Petroleum Investment Co, yang berpusat di Abu Dhabi.
Beberapa buah bank mewakili 1MDB juga menjadi sasaran penyiasatan pihak berkuasa luar negara termasuk Singapura dan Switzerland berhubung dakwaan salah laku dan pengubahan wang haram.
Kerajaan kini dalam usaha memindahkan kesemua aset 1MDB kepada Perbendaharaan.

P093: PAS terpaksa terbit risalah Cina jelaskan ‘kematian’ Pakatan Rakyat

PAS menggunakan strategi menerbitkan risalah bahasa Cina dalam usaha mengembalikan sokongan masyarakat tersebut yang terhakis sejak perpecahan Pakatan Rakyat dan terbaharu membabitkan isu hudud.
Dalam satu risalah yang diedarkan di kawasan Parlimen Sungai Besar kepada pengundi Cina, PAS menjelaskan punca perpecahan menyebabkan mereka tidak lagi bersama dengan Pakatan bermula sejak krisis Menteri Besar Selangor dimana Tan Sri Khalid Ibrahim disingkirkan.
Artikel pertama dalam risalah dua muka bertajuk ‘PAS silap dituduh menyebabkan keretakan dalam Pakatan Harapan’ itu, PAS menjelaskan tindakan menyingkirkan Khalid menerusi “Langkah Kajang” sengaja direncana kerana wujud pergelutan kuasa dalam PKR.
“Dalam Langkah Kajang, PKR dan DAP ingin menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor yang baru.
“Namun, ini hanyalah pertarungan kuasa dalaman PKR, iaitu ingin menukar seorang pimpinan yang dikatakan rasuah, namun sebenarnya hanya kerana Khalid Ibrahim ditolak oleh puak satu lagi.
“Akhirnya kebenaran terbongkar apabila Khalid menyaman bekas setiausaha agung PKR Datuk Saifuddin Nasution dan beliau terpaksa memohon maaf kepada Khalid,” petik artikel itu.
Risalah itu juga mempertahan tindakan Exco PAS yang masih bersama Khalid walaupun DAP dan PKR meletak jawatan daripada kerajaan negeri.

Pembangkang cuba elak sentuh isu pindaan Akta 355

AMANAH terkepit dalam situasi yang tidak memberi mereka sebarang ruang kerana mereka memerlukan sokongan kaum Cina dan pada masa sama berharap untuk meraih sokongan pengundi Melayu.
keruak
KUALA LUMPUR: Parti pembangkang cuba mengelak menyentuh isu pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) dalam kempen PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar disebabkan AMANAH tidak dapat mengambil sebarang pendirian berhubung isu itu.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata, ini kerana AMANAH tidak mampu untuk mengisytiharkan mereka menentang atau menyokong Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) Pindaan 2015.
“Jadi, AMANAH terkepit dalam situasi yang tidak memberi mereka sebarang ruang. AMANAH memerlukan sokongan kaum Cina dan pada masa yang sama berharap untuk meraih sesetengah daripada sokongan pengundi masyarakat Melayu.
“AMANAH tidak dapat mengambil sebarang pendirian mengenai pindaan syariah kerana mereka berkata beberapa hari lalu, mereka tidak menyokong atau menentang pindaan syariah itu tetapi hanya tidak mahu membuat sebarang pendirian buat masa ini,” katanya menerusi catatan dalam blognya sskeruak.blogspot.my malam tadi.
Salleh menjelaskan, AMANAH juga mengancam untuk menyaman sesiapa yang mendakwa mereka menentang pindaan syariah itu.
PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar pada 18 Jun ini diadakan selepas kedua-dua penyandangnya terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu.

P067: Allah mahu orang Kuala Kangsar ‘ajar’ Najib dan Zahid - Bekas MB

Pilihan raya kecil parlimen Kuala Kangsar pada 18 Jun ini diadakan berikutan nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, bulan lalu yang mengakibatkan penyandangnya Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad terbunuh.
Namun bagi bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, ada sesuatu sebab tersirat mengenai mengapa pilihan raya kecil itu terpaksa diadakan.
Berucap pada sesi ceramah di Kampung Sayong Lembah, Kuala Kangsar, malam semalam, pemimpin Parti Amanah Negara (AMANAH) itu berkata dirinya tertanya-tanya mengapa daripada 222 kerusi parlimen di negara ini, Allah memilih supaya pilihan raya kecil diadakan di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
“Kenapa tidak pilih Melaka, Kedah, Negeri Sembilan, Johor, kenapa pilih Kuala Kangsar, Bandar Diraja?
“Bila saya fikir-fikir dengan mendalam, di sinilah buminya semasa saya diberikan amanah untuk menjadi menteri besar Perak, daripada Mac 2008 hingga Februari 2009.
“Di sinilah buminya yang mana kedua-dua makhluk ini datang merampas kerajaan Pakatan yang saya pimpin ketika itu. Siapa makhluk itu? Tak lain tak bukan (Datuk Seri) Najib (Razak) dan (Datuk Seri Ahmad) Zahid (Hamidi).
Dengan berbuat demikian, Nizar berkata, Najib dan Zahid tidak menghormati hak rakyat Perak yang telah memilih kerajaan Pakatan Rakyat.
“Kebiadapan Najib dan Zahid merampas kerajaan Perak ini di bumi Kuala Kangsar, maka Allah jadikan di bumi ini juga pilihan raya kecil terpaksa diadakan.
“(Ini) supaya orang Kuala Kangsar mengajar mereka kerana kamu kurang ajar kepada pilihan rakyat, kamu berlaku jahat, zalim kepada rakyat Perak,” katanya.
Justeru, Nizar yakin bahawa penduduk Kuala Kangsar akan mengajar dua pemimpin tertinggi negara itu.
“Orang Kuala Kangsar nak ajar kamu, bahawa mereka mewakili 30 juta rakyat Malaysia.
“Kami sudah tak mahu Najib, Zahid, kerajaan BN, betul tak betul?” soalnya sambil disambut tepukan daripada hadirin.
Nizar sehubungan itu, menyeru rakyat tempatan untuk menolak mana-mana calon yang mempunyai sebarang kaitan dengan BN dan sebaliknya menyokong calon Pakatan Harapan yang diwakili oleh AMANAH, iaitu Profesor Dr Ahmad Termizi Ramli.
Dr Ahmad Termizi akan berdepan dengan calon BN Datin Mastura Mohd Yazid yang mempertahankan kerusi mendiang suaminya.

P067: Calon Amanah wakili kumpulan deklarasi rakyat


Dr Mahathir Mohamad yang mengetuai gerakan menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau akan turun membantu kempenDr Mahathir Mohamad yang mengetuai gerakan menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau akan turun membantu kempen
Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu mendedahkan bahawa calon parti itu bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar, Dr Ahmad Temizi Ramli adalah calon mewakili NGO dan juga kumpulan Deklarasi Rakyat.
Mohamad berkata pada awalnya beberapa nama dicadangkan termasuk beliau sendiri, namun selepas perbincangan dengan NGO, mereka memberi pandangan supaya calon bukan bekas pemimpin Pas bertanding.
"Bila saya kemukan (Ahmad Termizi) dalam mesyuarat tertinggi sebulat suara kata inilah calon terbaik untuk Kuala Kangsar dan untuk semua NGO yang menyokong.
"Beliau juga dianggap calon daripada Deklarasi Rakyat untuk kita kemukakan di Parlimen," katanya ketika berucap di kampung Sayong Lembah malam tadi.
Beliau berkata demikian bagi menjelaskan proses pemilihan calon Amanah bagi PRK Kuala Kangsar ini dibuat sekaligus menjawab persoalan mengapa bukan beliau dipilih sebagai calon seperti yang disebut-sebut sebelum ini.
Turut serta dalam ceramah itu calon Ahmad Termizi dan bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
Sebelum ini bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengetuai gerakan menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau akan turun membantu kempen calon parti yang menyokong Deklarasi Rakyat.
Langkah ke Putrajaya
Sementara itu, Ahmad Termizi ketika berucap berkata kemenangan Pakatan Harapan di Kuala Kangsar adalah penting sebagai permulaan langkah ke Putrajaya pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti.
"222 langkah (kerusi parlimen) untuk menang PRU14 dan Putrajaya memerlukan kita menang di dua langkah ini iaitu di Kuala Kangsar dan Sg Besar.
"Marilah kita sama-sama mencipta sejarah menyelamatkan negara kita untuk terus maju ke hadapan," katanya.

Kedudukan PAS, AMANAH di Selangor dipertikai Umno

Ketika ini kedudukan PAS dan AMANAH dalam pentadbiran kerajaan Selangor tidak jelas.
noh-omar-azmin-ali
SUNGAI PANJANG: BN mencabar Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menjelaskan kedudukan AMANAH dan PAS dalam pentadbiran negeri itu.
Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata, ketika ini kedudukan PAS dan AMANAH dalam pentadbiran negeri Selangor tidak jelas.
“Saya nak tanya menteri besar, AMANAH ini pembangkang atau kerajaan dan PAS hari ini adalah kerajaan atau pembangkang?
“Saya nak tanya pada PAS dan tiga EXCO PAS Selangor, adakah mereka ini dalam kerajaan negeri Selangor atau pembangkang di Selangor,” katanya dalam sidang media lewat malam tadi.
Kata Pengarah BN di PRK Sungai Besar itu lagi, ketika ini kerajaan yang ditubuhkan di Selangor itu masih kurang jelas kerana tidak didaftarkan secara sah.
“Ada dua wakil AMANAH dalam negeri Selangor. Adakah mereka ini pembangkang atau kerajaan? Azmin kena jawab kedudukan PAS dan AMANAH dalam kerajaan negeri,” jelasnya.
Pada masa sama, Noh yakin kempen BN tidak akan terjejas sekalipun bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad turun membantu kempen AMANAH di Sungai Besar.
“Sesiapa yang hendak turun, turunlah. Sesiapa sahaja yang menentang BN kita akan hadapi. Kalau Tun M fikir dia turun BN akan terjejas, dia silap,” katanya sambil menambah BN yakin dapat meraih kemenangan selesa di Sungai Besar.
Ini kerana jelasnya, parti itu akan memastikan jentera kempennya bergerak secara teratur di setiap Pusat Daerah Mengundi yang ditetapkan.