Isnin, 6 Jun 2016

Menteri dah kata nak jimat, jangan makan yg ada GST !!!

Inilah kelebihan rakyat dikenakan GST 6% oleh KERAjaan yg diterajui oleh PM yg bernama Najib Razak.

PRK Kuala Kangsar Vs. PRK Bukit Gelugor

DATUK Abu Backer Sidek (calon Bebas) telah mengoyak kertas pencalonan sebelum menarik diri kerana gara-gara tidak berpuas hati dengan pegawai pilihan raya yang didakwanya tidak ramah..

Korang ingat tak siapa dia tu ?.. yg terbaring saja sumbatkan kepala sendiri ke bawah depan Merc LGE dulu tu.. la-acah2 kena langgar !!!.. SEBABNYA merajuk dengan media tempatan yang didakwa tidak memberi liputan kepadanya.

INIKAH perangai & mentaliti yg berpangkat DATUK !!.. Tak heranlah kalau skrg pon perangai2 penyamun dpt Tan Sri..

P093: Pas nafi akan jalin kerjasama dengan Umno

SUNGAI BESAR – Pas menafikan gambar kemesraan antara pemimpin parti itu dan BN pada hari penamaan calon semalam yang tersebar dalam laman sosial menandakan parti itu ke arah menjalin kerjasama dengan Umno dalam soal politik.
Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, adalah menjadi kebiasaan setiap kali penamaan calon, pemimpin berbeza fahaman politik akan bertemu antara satu sama lain sementara menunggu pengurus pilihan raya mengumumkan calon parti bertanding.
Tuan Ibrahim “Kebetulan semalam (penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar) saya pun ada berjumpa dengan (Timbalan Perdana Menteri) Datuk (Ahmad) Zahid Hamidi sambil merakamkan ucapan takziah bagi pihak Pas kepada beliau (Ahmad Zahid) di atas kematian menantunya,” katanya pada Sidang Media di Markaz Pas Simpang Lima, di sini, tengah hari tadi.
Pada hari penamaan calon di Dewan Seri Bernam, semalam, kemesraan calon Pas dan BN yang duduk semeja di khemah BN menjadi tumpuan di media sosial.
Ia dimulakan apabila Tuan Ibrahim dan Datuk Mustafa Ali duduk semeja bersarapan bersama Ahmad Zahid, Pengarah Pilihan Raya Sungai Besar Tan Sri Noh Omar dan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor .
Bagaimanapun, Tuan Ibrahim menegaskan, dalam keadaan media baharu yang terbuka ini, kadang-kadang sekeping gambar boleh mengundang pelbagai fitnah.
Ditanya adakah Pas bimbang jika gambar yang tersebar itu akan menjejaskan sokongan pengundi terhadap parti itu, Tuan Ibrahim menjelaskan mereka perlu memberi penjelasan tentang perkara itu kepada pengundi terutama kepada penyokong atas pagar.
"Pas tak bimbang sebab bagi saya tak ada isu sangat, cuma kalau tak berikan penjelasan ia akan berterusan jadi viral di media sosial," katanya.
Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad menyifatkan isu yang diviralkan dalam media sosial itu kononnya Pas dan Umno menjalin kerjasama adalah satu politik murahan yang tidak matang.

Usul Hadi: Bagi saya menang dulu – Budiman

Budiman dilihat cuba mengelak apabila berulang kali diminta menyatakan pendiriannya berhubung usul yang dibawakan Hadi itu.
Budiman-Mohd-ZohdiSUNGAI PANJANG: Walaupun diasak wartawan, calon BN di PRK Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi enggan menyuarakan pendiriannya berhubung Rang Undang-undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan 2010) yang dibentangkan Presiden PAS di Dewan Rakyat bulan lalu.
Sebaliknya, ADUN Sungai Panjang itu berkata, fokus beliau buat masa ini adalah untuk memenangi PRK Parlimen Sungai Besar.
“Fokus saya adalah nak menang dalam PRK. Bagi saya menang dulu,” katanya ketika diajukan soalan sekiranya beliau menang pada 18 Jun ini, adakah beliau akan menyokong RUU yang dijangka dibentangkan sekali lagi oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada sidang Dewan Rakyat Oktober nanti.
Budiman dilihat cuba mengelak apabila berulang kali diminta menyatakan pendiriannya berhubung usul yang dibawakan Hadi itu.
“Saya fikir kerana isu ini dibawa oleh PAS, jadi penjelasan itu harus diambil daripada PAS. Saya rasa itu lebih appropriate.
“Saya kena terima hakikat, kita bangsa yang berbilang kaum, kita ada kepelbagaian budaya, resam, saya fikir ada banyak perkara yang perlu diambil kira. Fokus itu adalah kepada PAS. Saya ingat lebih baik soalan itu diberikan kepada kepimpinan PAS,” katanya dalam sidang media di Pusat Operasi Utama BN di Sungai Panjang hari ini.
Kelmarin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal Parlimen, Datuk Seri Azalina Othman Said dilaporkan sebagai berkata, beliau mendapat kelulusan Ketua Dewan dan Ketua Whip untuk mempercepatkan usul Hadi itu pada sidang Dewan Rakyat 26 Mei lalu.

Tindakan DAP 'hentam' PAS beri nafas kepada BN - Idris Ahmad

Mainan PAS tuduh Tun M baruah DAP - Kit Siang

P067: Tuduhan Hadi tak berasas, DAP bukan anti-Islam

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam pada minum petang dengan pengundi Cina di Kuala Kangsar dilaporkan menuduh DAP campur tangan dalam hal berkaitan agama Islam.
Beliau juga dilaporkan berkata, PAS menyokong dasar yang baik oleh kerajaan dan hanya menentang apa yang dipercayainya sebagai buruk manakala DAP pula sebaliknya akan menentang segala-galanya.
Tuduhan Hadi jelas merujuk kepada perbezaan pendapat yang wujud sekian lama di antara DAP dengan PAS mengenai isu pelaksanaan hudud.
Dakwaan Hadi bahawa DAP campur tangan dalam hal-ehwal Islam adalah tidak tepat dan tidak berasas kerana bangkangan kami tidak boleh dilihat seperti itu.
DAP bukannya anti-Islam mahu pun mana-mana agama. Kami menerima dan menghormati bahawa Islam adalah agama rasmi persekutuan.
Walaupun kami menghormati Islam dan kedudukan hudud dalam Islam, pendirian konsisten kami adalah pelaksanaan undang-undang hudud bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan tidak sesuai untuk masyarakat majmuk seperti Malaysia.
Daripada menuduh DAP campur tangan dalam hal berkaitan agama Islam, Hadi sepatutnya sendiri memahami semangat dan prinsip Perlembagaan Persekutuan dan menerima hakikat bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang berbilang kaum dan agama.
Hadi juga tidak boleh mengabaikan hakikat bahawa terdapat bantahan daripada rakyat Malaysia yang beragama Islam mengenai pelaksanaan hudud.
Malah, Hadi perlu menjelaskan mengapa plotnya bersama Umno dalam pembentangan rang undang-undang persendirian untuk memperkasakan sistem Syariah diberi keutamaan di Dewan Rakyat bukan satu muslihat untuk membantu Umno mengalihkan perhatian pengundi di Sungai Besar dan Kuala Kangsar daripada skandal 1MDB.
Ia juga adalah salah bagi PAS menuduh DAP sebagai parti yang membangkang dan menentang segala-galanya.

P093: Pertembungan sebenar hanya Pakatan Harapan dan Barisan Nasional, kata pemuda Amanah


Ketua Pemuda Amanah Selangor Abbas AzmiKetua Pemuda Amanah Selangor Abbas AzmiGolongan pengundi muda di Parlimen Sungai Besar perlu mengetahui status sebenar calon Pas pada Pilihan Raya Kecil (PRK), 18 Jun ini.
Ketua Pemuda Amanah Selangor, Abbas Azmi berkata, PRK di Parlimen itu perlu dijadikan isyarat bahawa rakyat telah mula muak dan menolak Umno-BN.
Rakyat juga, ujarnya, tidak boleh menerima parti yang mahu bersendirian dan tidak tetap pendirian.
"Hanya Pakatan Harapan menentang BN manakala kehadiran Pas sekadar memeriahkan pilihan raya ini," tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut tentang kerjasama diperoleh, Abbas berkata, Pemuda Amanah negeri turut mendapat bantuan cukup baik daripada rakan komponen Pakatan Harapan iaitu dari Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Pemuda DAP (Dapsy).
"Pemuda Amanah Negeri Selangor yakin dengan kemampuan jentera Pemuda yang semakin diterima rakyat khususnya pengundi muda.
"Segala gerak kerja yang telah disusun akan dijalankan dengan sebaiknya dan semangat Ramadhan menjadi daya penguat jentera kami," tambahnya lagi.
Untuk rekod, kira-kira 42 peratus daripada 42,655 pengundi merupakan golongan muda iaitu berusia 21 hingga 40 tahun.

P093: Azhar dakwa Sungai Panjang tidak maju

Calon AMANAH di PRK Sungai Panjang berkata dia boleh memahamkan rakyat Sungai Panjang situasi politik negara, jika terpilih jadi wakil rakyat.
Abdul-Azhar-ShukurSEKINCHAN: Calon AMANAH Abdul Azhar Shukur menyerang calon BN Budiman Mohd Zohdi dengan mendakwa pembangunan di Sekinchan lebih pesat jika dibandingkan dengan Sungai Panjang.
Budiman ialah ADUN Sungai Panjang.
“Ada perbezaan sedikit di situ. Sungai Panjang lebih terkebelakang berbanding Sekinchan.
“Sekinchan lebih maju, kefahaman politik lebih tinggi dan boleh dijadikan bandar universiti politik untuk kita mendidik pemimpin,” katanya pada sidang media di Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Sekinchan Ng Sue Lim hari ini.
Katanya, jika dipilih oleh pengundi sebagai ahli Parlimen, beliau akan usahakan agar rakyat di Sungai Panjang lebih memahami situasi politik semasa negara.
Katanya, dakwaan isu 1MDB tidak sesuai dibawa kepada pengundi Sungai Besar juga tidak tepat kerana isu yang membabitkan wang rakyat harus diketahui segenap lapisan masyarakat.
“Isu 1MDB bukan setakat sesuai di sini tetapi di seluruh negara kerana ia melibatkan duit rakyat,” katanya.

P093: Azhar sila buat ‘homework’ – Budiman

Calon BN di Sungai Besar gesa Azhar berpijak di bumi yang nyata ketika berhasrat untuk bertanding atas tiket AMANAH.
Budiman-Mohd-Zohdi-azhar
SUNGAI PANJANG: Calon BN, Budiman Mohd Zohdi meminta calon AMANAH, Azhar Abdul Shukur menyemak fakta sebelum mengeluarkan kenyataan.
Bahkan, Budiman turut menggesa Azhar berpijak di bumi yang nyata apabila menyatakan hasratnya untuk bertanding atas tiket AMANAH.
“Dia boleh berkata sedemikian, tetapi cuba kita tengok realiti, pertama sekali bagaimana AMANAH hendak majukan.
“Dia bukan kerajaan di peringkat persekutuan, kerana kerajaan persekutuan adalah BN. Daripada segi kerajaan negeri, tiada satu pun EXCO daripada AMANAH,” katanya pada sidang media di Pusat Command Centre di Pasir Panjang, hari ini.
Budiman yang juga ADUN Sungai Panjang berkata kawasannya juga mempunyai ekopelancongan yang sama seperti di Sekinchan.
“Di Sungai Panjang,untuk mereka yang tidak mahir atau mungkin baru saja pulang ke Sungai Besar sebenarnya ada banyak ekopelancongan di sini.
“Selain homestay, kita juga ada pelancongan kelip-kelip, burung enggang di kawasan ini,” katanya.
Sebelum ini, Azhar mendakwa pembangunan di Sekinchan lebih pesat jika dibandingkan dengan Sungai Panjang.
Bahkan, jika dipilih oleh pengundi sebagai ahli Parlimen, beliau akan usahakan agar rakyat di Sungai Panjang lebih memahami situasi politik semasa negara.

Kertas siasatan banglo Guan Eng dikembali kepada SPRM

Mohamed Apandi berkata, terdapat beberapa tindakan dan perkara yang perlu disiasat lebih lanjut bagi melengkapkan siasatan kes tersebut.
apandi-lim-guan-eng
PETALING JAYA: Jabatan Peguam Negara telah mengembalikan kertas siasatan berhubung kes penjualan banglo Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan lanjut.
Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, terdapat beberapa tindakan dan perkara yang perlu disiasat lebih lanjut bagi melengkapkan siasatan kes tersebut.
“Oleh itu, jabatan hari ini telah mengembalikan kertas siasatan tersebut untuk membolehkan pihak SPRM melaksanakan siasatan lanjut bagi melengkapkan siasatan.
“Jabatan juga telah mengarahkan agar kertas siasatan tersebut dikembalikan dalam masa terdekat,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau memaklumkan SPRM telah mengemukakan kertas siasatan kepada Jabatan Peguam Negara pada 26 Mei lalu.
Isu itu tercetus selepas Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya mendakwa Setiausaha Agung DAP itu membeli harga banglo di No 25, Jalan Pinhorn, Pulau Pinang di bawah harga pasaran dan mengaitkan urus niaga tersebut dengan penjualan tanah milik kerajaan di Taman Manggis kepada syarikat swasta, juga di bawah harga pasaran.
Ia kemudiannya berlarutan menjadi perang mulut antara Guan Eng bersama Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan sehingga cadangan debat secara langsung diadakan antara mereka, namun ia akhirnya tidak terlaksana.

P067: Lawan empat penjuru pecah undi semua termasuk BN


KUALA KANGSAR - Amanah Perak menyifatkan pertembungan empat penjuru yang berlaku di PRK Parlimen Kuala Kangsar akan memecahkan undi semua parti termasuk BN.
Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, mana-mana parti tidak boleh mendabik dada selain perlu bekerja keras untuk merealisasikan kemenangan di PRK tersebut.
"Empat pihak bertanding maka secara automatik akan berlaku pemecahan undi. Itu realitinya.
"Pemecahan undi itu juga bukan hanya berlaku di kalangan pembangkang. BN juga terpalit sama. Semua kena kerja keras, tiada kelebihan untuk mana-mana parti," katanya.
Menurutnya, beliau juga tidak bersetuju dengan kenyataan Naib Presiden Pas, Idris Ahmad yang menyifatkan penyertaan Amanah dalam PRK berkenaan akan memudahkan BN untuk meraih kemenangan.
Beliau berkata, pihaknya berharap rakyat di Kuala Kangsar akan memilih calon Amanah, Ahmad Termizi Ramli sebagai wakil mereka di peringkat Parlimen nanti.
"Dia anak jati Kuala Kangsar, berkelayakan dan berpengalaman luas dalam aktiviti kemasyarakatan. Jadi di situ kita lihat beliau punya kelebihan tersendiri," katanya.
"Analisa yang mereka buat tak berapa tepat. Kita tak boleh kata BN boleh menang sebab boleh jadi ada ahli BN yang akan sokong kita dan begitu juga sebaliknya," katanya.
Sementara itu, Pengarah Pilihan raya Amanah, Dr Mohd Hatta Ramli pula berkata, beliau melihat BN merupakan lawan yang perlu diberi perhatian pada PRK kali ini.
Katanya, meskipun Parlimen itu merupakan kubu kuat BN sejak dari dahulu namun ia bukan alasan untuk Amanah tidak boleh mencapai kemenangan.
"Kita ada bantuan daripada PKR dan DAP dalam Pakatan Harapan. Kita juga akan pastikan setiap jentera diperkasa dan diperkemaskan untuk menghadapi PRK ini," katanya.

Peluang PAS menang itu ada, kata Dr Najihatussalehah

Pilihan hanya BN atau PAS di K Kangsar.....

P067: Calon AMANAH mahu buat kejutan, menang bergaya

Kerjasama PAS dan UMNO ibarat esok "hari raya" tegas PAS

PBB tolak RUU Hadi, tak sesuai di Sarawak - Adenan Satem

'Biarlah isu RUU Hadi, bagi saya menang dululah' - Budiman

RUU Hadi bertentangan Perlembagaan - pemimpin Sarawak

SALLEH, MENTERI YANG SERING TERTINGGAL BAS

Menjadi seorang menteri seharusnya membuatkan seseorang itu lebih ke depan dan banyak tahu berbanding orang lain, lebih-lebih lagi jika peranan dan tanggungjawabnya berkaitan soal komunikasi dan multimedia serta agensi berita seperti Bernama dan RTM berada dalam genggamannya.

Tetapi nampaknya semua kelebihan itu tidak dimiliki oleh Salleh Said Keruak, Menteri Komunikasi dan Multimedia yang semua orang tahu  sebab apa dia dilantik menjadi anggota kabinet - bijak mengambil kesempatan dalam kesempitan dengan mengampu dan membodek di sebalik serangan terbuka Tun Mahathir Mohamad terhadap Najib Razak.

Agaknya jika Tun Mahathir terus menyokong Najib sehingga hari ini, Salleh langsung tiada ruang untuk menonjolkan diri.

Dalam serangan terbaru Salleh kepada Tun Mahathir, sesuai dengan upah jawatan dalam kabinet yang sudah dihadiahkan kepadanya, tidak terlihat beliau sebagai seorang menteri yang betul-betul meletakkan maklumat dalam genggamannya.

Seumpama tidak berbeza dengan politikus taraf kampungan, Salleh seperti masih "ketinggalan bas", lopong maklumat dan membuat cabaran yang tidak relevan.
Semua orang tentunya kehairanan apabila Salleh mencabar Tun Mahathir untuk mengulangi dakwaan berkaitan 1MDB dalam kempen pilihanraya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang sudah disahkan akan disertai oleh bekas Perdana Menteri itu

Apa relevannya cabaran itu? Bukankah sudah banyak kali Tun Mahathir menyebut mengenai bala 1MDB yang disebabkan oleh Najib selama ini?

Isunya ialah bukan sama ada Tun Mahathir akan terus mengulangi dakwaan yang sudah beberapa kali sudah disebutnya, tetapi yang lebih dinanti-nanti apakah respon Najib terhadap dakwaan-dakwaan itu?

Adakah jika Tun Mahathir berani mengulangi lagi dakwaan berkaitan 1MDB terhadap Najib dalam kempen pilihanraya Sungai Besar dan Kuala Kangsar nanti, maka Najib akan segera menyaman bekas Perdana Menteri itu?

Kiranya Salleh sekadar berani mencabar Tun Mahathir, tetapi tidak berani memaksa Najib untuk mengambil tindakan saman, apa gunanya cabaran beliau itu?

Lagi pun, seperti yang Salleh sendiri perkatakan, Tun Mahathir tidak pernah menarik balik dakwaan atau memohon maaf kepada Najib berhubung dakwaan berkaitan 1MDB yang dibuatnya sebelum ini, lalu untuk apa dicabar untuk diulangi?

Saman sajalah berdasarkan dakwaan-dakwaan lama itu?

Andainya Tun Mahathir membuat dakwaan tidak benar, Salleh seharusnya juga berani mendesak Najib menyaman WSJ kerana media antarabangsa itu sudah banyak kali membuat dakwaan yang bukan saja tidak mampu dinafikan oleh Najib, malah juga oleh menteri-menteri yang lain.

Tahniah Apandi, andalah ‘The Special One’, kata Zaid

Zaid juga memohon maaf kerana tidak tahu akan sumbangan Apandi terhadap negara.
zaid-ibrahim-apandi-aliKUALA LUMPUR: Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali selepas dinamakan satu-satunya penerima darjah Panglima Mangku Negara (PMN) baru-baru ini, sambil memohon maaf kerana mencadangkan pemecatan beliau.
Dalam kiriman blognya, Zaid berkata beliau mungkin terlalu cepat menilai Apandi, dan menambah pengurniaan anugerah itu selepas hanya 10 bulan menjawat tugas peguam negara merupakan “kejayaan hebat”.
“Kalau ikutkan istilah bola sepak, Zaid akan diberi nama ‘The Special One’ (yang istimewa),” kata Zaid, dan sekali lagi memohon kemaafan kerana jahil tentang sumbangan Apandi terhadap negara.
Zaid berkata beliau tidak tahu akan sumbangan Apandi, mungkin disebabkan urusan kerajaan dianggap “rahsia”.
“Jadi saya tidak seharusnya dipersalahkan kerana terlalu gopoh membuat rumusan Apandi tidak sesuai dilantik sebagai peguam negara,” katanya sinis.
Zaid berkata beliau juga tidak tahu mengenai pertimbangan yang diberikan pejabat istana dan Pejabat Perdana Menteri dalam menganugerahkan darjah sedemikian.
Menurut Zaid, beliau sendiri hanya boleh berbangga dengan pangkat “Datuk” yang diterimanya 15 tahun dulu, itu pun mungkin kerana pernah digelar ketua bahagian Umno satu ketika dulu.

Pembangkang kuat jika PAS berbaik semula

Motif bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berganding dengan pembangkang juga dipersoalkan oleh ketua pembangkang yang dipenjarakan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ibrahim_Suffian
KUALA LUMPUR: Tidak pasti bagaimana PAS akan berdamai dengan bekas sekutu mereka, kata penganalisis dalam laporan berita Bloomberg.
“Kecuali jika mereka boleh berbaik-baik, kalau tidak, tiada harapan untuk pembangkang.”
Apatah lagi, pengundi Cina yang ramai menyokong pembangkang pada 2013 mula melahirkan kebimbangan mengenai kemungkinan undang-undang Islam dilaksanakan di Kelantan, kubu kuat parti Islam PAS.
“Tulang belakang pembangkang sudah pun patah,” kata Ibrahim Suffian, penganalisis dari Merdeka Centre untuk kajian pendapat di Kuala Lumpur.
“Selain skandal itu, tidak ada cara praktikal digunakan mana-mana parti politik untuk menjejaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
“Lawannya sudah jadi berpecah dan tidak berkesan dalam menggerakkan masyarakat menerusi pilihan raya.”
Laporan itu mengulas mengenai walaupun pakatan itu gagal menunjukkan perpaduan di PRN Sarawak bulan lalu, pembangkang “sekali lagi melakukannya” di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang akan berlangsung pada 18 Jun.
“Ia akan memecahkan undi dalam kalangan mereka yang tidak bersetuju dengan pentadbiran pada masa ini,” kata Bloomberg memetik Naib Presiden PAS Idris Ahmad bercakap kepada media pada Ahad ketika mengulas keputusan AMANAH untuk bertanding dalam PRK itu.
“Namun, kita yakin dan berharap pengundi akan sokong kita dan hantar isyarat jelas kepada kerajaan.”

Keluar Pas bukan keluar Islam, tegas Abd Ghani

Ustaz Abdul  Ghani Shamsuddin (kiri) ketika bersama  turut memberi sokongan kepada calon Amanah yang bertanding  semalam.Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin (kiri) ketika bersama turut memberi sokongan kepada calon Amanah yang bertanding semalam.Kepelbagaian parti politik atas nama Islam boleh diterima kerana perjuangan tidak semestinya khusus pada parti berjenama Islam semata-mata, tegas Timbalan Penasihat Umum Amanah, Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin.
Menurutnya, Pas hanya salah satu daripada pelbagai jemaah Muslimin di negara ini dan tidak bererti keluar dari Islam sekiranya meninggalkan parti itu.
"Berlapang dadalah kerana kepelbagaian ini satu perkara sihat selagi jelas tidak lari daripada perjuangan bersekongkol dengan pemerintah zalim," ujarnya ketika ditemui sempena penamaan calon PRK Sungai Besar semalam.
Mengulas lanjut dakwaan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kononnya tidak taat pada Pas seperti hilang akidah pada ucapan penggulungan di muktamar parti itu baru-baru ini, beliau berkata, kenyataan itu jelas melampau dan membahayakan pemikiran umat.
"Menganggap parti seumpama akidah tidak harus berlaku. Ulamak termasuk Yusuff Al Qaradhawi pun menegaskan Islam menerima kepelbagaian parti," jelasnya yang juga Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura).
Ditanya tentang pemilihan Ustaz Azhar Ab Shukur sebagai calon bertanding di Parlimen Sungai Besar, beliau berkata, keputusan Amanah meletakkan tokoh usahawan itu lambang perpaduan blok pembangkang melalui Pakatan Harapan.

Sudah-sudahlah tuduh DAP perkuda PAS – Kit Siang

Parti itu tidak pernah memperkuda mana-mana pihak termasuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
lim-,kit-siang-hadi
SUNGAI BESAR: DAP mendakwa PAS merupakan pihak yang melakukan provokasi dan sering menuduh DAP memperkuda parti Islam itu.
Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata parti itu tidak pernah memperkuda mana-mana pihak termasuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Sangat kesal kerana ada pihak tertentu yang terus mahu menggunakan politik kotor.
“Menggunakan taktik yang bukan saja mendakwa Pakatan Harapan diperkuda oleh DAP, tetapi juga menyatakan Mahathir adalah barua DAP,” katanya pada sidang media di Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Sekinchan Ng Sue Lim, hari ini.
Katanya, tuduhan yang dibuat pemimpin PAS termasuk presidennya sendiri, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sangat tidak berasas.
“Ia sangat tidak berasas dan Hadi juga tidak pernah diperkuda oleh saya. Pemimpin AMANAH dan calon AMANAH juga tidak pernah diperkuda DAP,” katanya.
Kit Siang berkata demikian sebagai respons terhadap kain rentang yang digantung di Taman Indah, Sekinchan semalam yang tertera ‘Mahathir barua DAP’.
Katanya, walaupun tidak mempunyai bukti, beliau percaya ia dilakukan oleh PAS berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan Hadi sebelum ini.
Bagaimanapun, Ahli Parlimen Gelang Patah itu tidak akan membuat sebarang laporan polis.
“Saya menyeru pucuk pimpinan PAS hentikan propaganda yang tidak berasas ini kepada pengundi di Sungai Besar,” jelasnya.

Lim dakwa PAS di sebalik sepanduk 'Mahathir Balaci DAP'

DAP hari ini mendakwa sebuah sepanduk yang dijumpai di Sekinchan yang tertera 'Mahathir Balaci DAP' adalah didalangi oleh bekas sekutunya, PAS yang kini menjadi seteru.
Susulan itu, pemimpin supremo DAP, Lim Kit Siang menggesa PAS agar menghentikan kempen politik kotor berkenaann.
“Kami menjumpai banner ini bergantung di Sekinchan semalam.
“Saya percaya ia kerja perbuatan PAS kerana Presiden PAS Hadi Awang pernah mendakwa AMANAH adalah alat DAP.
“Mungkin PAS rasa Mahathir akan datang (membantu calon Pakatan Harapan berkempen),” kata Lim pada dalam sidang medianya selepas melawat kawasan sekitar Sekinchan bersama calon AMANAH, Azhar Shukor pagi ini.

Lim juga mencabar Umno supaya menafikan bahawa mereka tidak terbabit dengan sepanduk itu.
Menurutnya, sepanduk itu dipercayai telah diturunkan kerana tidak dijumpai hari ini.

Politik bersih

Lim seterusnya menggesa semua parti mengamalkan politik bersih dan menjauhi unsur fitnah dan sikap bermusuhan terutama sepanjang bulan Ramadhan ini.
“Semalam kita pergi kem (penamaan calon) Umno dan BN dan berbual dengan (Naib Presiden Umno) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan (Pengarah Pilihan Raya PAS) Datuk Mustafa Ali.
“Walaupun ada perselisihan politik, namun tak perlu sampai satu tahap yang benci-membenci hingga membawa kekacauan,” katanya.
Lim juga mengingatkan PAS bahawa ketika parti itu masih bersama dalam Pakatan Rakyat, Hadi pernah dituduh bahawa beliau dipergunakannya.
“Sekarang pula calon AMANAH, mereka kata bahawa dia dipergunakan oleh saya dan kini pula Mahathir,” kata Lim.
“Ini semua tidak berasas, Hadi tak pernah dipergunakan saya, mahupun Tun Mahathir atau calon AMANAH tak pernah dipergunakan saya,” kata Lim.

PAN sudah jadi pak turut DAP - Hadi Awang

Datuk Seri Abdul Hadi membidas parti serpihan, AMANAH yang sudah menjadi pak turut kepada DAP kerana bersekongkol cuba menghalang syariat Islam ditegakkan, ia terbukti selepas mereka juga menolak usul pindaan Mahkamah Syariah dibawanya di Dewan Rakyat Mei lalu.
Presiden PAS itu berkata usul tersebut dibawa selepas diberi laluan kerajaan pusat, namun menghairankan beliau apabila pemimpin AMANAH dalam Dewan Rakyat mengikut jejak DAP tidak menyokong keputusannya membawa usul tersebut.
“Lalu diberi peluang kepada saya bawa usul di Parlimen, usul untuk dibawa ke Parlimen pada bulan 10 untuk beri kuasa kepada Mahkamah Syariah.
“Tiba-tiba puak DAP tak setuju dan lawan, puak-puak PAN (AMANAH) sokong DAP pula, ini pelik,” kata beliau pada Ahad malam semasa berceramah di Markas PAS Pemuda Kampung Sayong, Kuala Kangsar.
Hadi, yang juga Ahli Parlimen Marang itu menggesa supaya pengundi kena menyedari sifat pemimpin AMANAH yang kini sudah sanggup mengikut sahaja kata dan keputusan DAP.
“Kita kena sedar PAN ini siapa dia, ikut cara DAP setuju,” katanya.
Pada 25 Mei lalu, Hadi berjaya mendapat kelulusan Dewan Rakyat untuk dibahaskan Usul Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 yang sebelum ini mencetuskan pertikaian dan ditentang DAP.

Iskandar: AMANAH boleh simpan saja harapan ganti PAS di Selangor

Iskandar berkata, walau apapun keputusan PRK Sungai Besar pada 18 Jun ini, PAS akan tetap bersama kerajaan dan memegang kerusi EXCO dalam kerajaan negeri itu.
Iskandar-Abdul-Samad1
SUNGAI BESAR: AMANAH boleh terus menyimpan harapan mereka untuk menggantikan PAS dalam kerajaan Selangor.
Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, walau apapun keputusan PRK Sungai Besar pada 18 Jun ini, PAS akan tetap bersama kerajaan dan memegang kerusi EXCO dalam kerajaan negeri itu.
“AMANAH perlu ingat, PAS, DAP dan PKR yang membentuk kerajaan negeri pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, sebelum wujudnya AMANAH,” katanya kepada pemberita hari ini.
Beliau menjawab desas-desus EXCO PAS perlu meletak jawatan dan digantikan AMANAH sekiranya undi calon Pakatan Harapan melebihi undi PAS dalam PRK nanti.
Turut hadir ialah Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan calon PAS di Sungai Besar, Dr Abdul Rani Osman.
PRK Sungai Besar diadakan berikutan kematian penyandangnya, Tan Sri Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.
Pada PRK ini, Dr Abdul Rani berdepan pertandingan tiga penjuru menentang calon BN yang juga ADUN Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi dan calon AMANAH yang juga Pengerusi AMANAH Sungai Besar, Azhar Abdul Shukur.

Hubungan Azmin, PKR-PAS bakal karam di Sg Besar, kata portal BNBBC

Sejak pilihan raya kecil parlimen bagi kerusi Sungai Besar dan Kuala Kangsar diumumkan, terdapat banyak spekulasi bahawa keputusan berkenaan akan menjadi ujian litmus untuk kedua-dua Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan juga parti-parti pembangkang.
Walau bagaimanapun, portal Majlis Ahli Parlimen BN (BNBBC) mendakwa apa yang berlaku di Sungai Besar juga boleh mengancam kedudukan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali dan menguji hubungan antara PKR dan PAS.
Tindakan Azmin yang tidak hadir apabila Pakatan Harapan menamakan calon Parti Amanah Negara (AMANAH) di Sungai Besar, mengundang pelbagai bidasan.
Bagaimanapun, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata khidmat timbalannya diperlukan untuk mentadbir kerajaan negeri Selangor, yang turut dianggotai PAS.

Semalam, menteri besar itu membuat penampilan apabila Azhar Shukor mengemukakan kertas pencalonannya mewakili Pakatan Harapan dan beliau juga dirakamkan memeluk Presiden AMANAH Mohamad Sabu.
Mengupas isu ini, sebuah rencana di portal BNBBC berkata Azmin perlu mengenang jasa PAS dan juga presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang bertegas menolak Wan Azizah daripada menjadi menteri besar pada 2014.
“Namun, seperti cerita ‘Si Tanggang’, Azmin sudah terlupa jasa PAS dan Abdul Hadi yang membawanya naik ke singgahsana kuasa, malahan sanggup bersekongkol dengan parti serpihan, AMANAH dalam Pilihan Raya Sungai Besar,” katanya.
Artikel itu juga mendakwa Azmin sedar implikasi yang bakal dihadapinya apabila turun bersama calon AMANAH, tapi beliau tidak boleh lari daripada tanggungjawabnya sebagai salah seorang ahli Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan.
Ia juga mendakwa terdapat cakap-cakap di kalangan pemimpin PAS Selangor bahawa jika Azmin terlajak langkah, kemungkinan “usul undi tidak percaya” sedang menantinya di Dewan Undangan Negeri (DUN) nanti.
“Tidak menghairankan juga kalau usul itu akan dibawa sendiri oleh exco PAS yang sebelum ini dikatakan beliau mahu pecat berikutan kemelut perebutan kerusi Sungai Besar,” katanya.

Ucapan Ramadan ala pendekar Pemuda PAS undang komen sinis

Nik Abduh dan pemimpin Pemuda PAS sekali lagi bergaya ala pahlawan Melayu.
nik-abduhPETALING JAYA: Ketua Pemuda PAS Nik Mohamed Abduh Nik Aziz hari ini memuat naik ucapan Ramadan di Facebook dengan sebuah kiriman gambar menampilkan beliau dan dua lagi pemimpin sayap berkenaan berpakaian ala pahlawan Melayu.
Walaupun kiriman itu mengundang pujian pengunjung yang rata-rata terdiri daripada penyokong PAS, ada juga yang memberikan komen sinis mengenai penampilan tersebut.
Ia susulan pimpinan utama Pemuda PAS dan Timbalan Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man tampil pada muktamar sayap itu baru-baru ini dengan berpakaian ala pahlawan Melayu silam lengkap dengan tengkolok dan keris.
“Pendekar kundur..tahun depan cuba bt tema lain..contohnya superhero, avengers, justice league etc..baru lebih menarik,” tulis seorang pelawat, Wira Tunggal.
“Banyak pahala ust [ustad] dpt letak cover photo ni,” menurut sebuah komen ringkas.
Seorang lagi pengunjung menulis: “Pendekar yg dayus xbrani nk tegur rasuah”.
Sebelum ini, pelbagai reaksi negatif muncul dalam media sosial susulan penampilan pemimpin PAS dalam busana ala pahlawan Melayu.
Malah Presiden AMANAH, Mohamad Sabu dilaporkan memberi gelaran “Pendekar Mustar” – watak filem komedi 1950an “Pendekar Bujang Lapok” yang dibintangi Tan Sri P. Ramlee – kepada Tuan Ibrahim.
“Ini fikiran orang yang negatif, semuanya buruk bagi dia. Kalau kita pandang dari sudut positif, maka eloklah jadinya,” kata Tuan Ibrahim dipetik Bernama.
Muktamar PAS kali ini juga menyaksikan pertunjukan silat dan upacara memotong pulut hijau-putih menggunakan keris gergasi oleh presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Nasrudin Hassan: Siapa Saifuddin mahu beri markah pada Pas?

Nasrudin Hassan
SHAH ALAM - Pas menyifatkan Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah tidak layak menilai perjuangan parti Islam itu.
Ketua Penerangannya, Nasrudin Hassan berkata, Pas telah pun menentang Umno sekian lama, ketika Saifuddin masih mempertahankan parti kerajaan itu lagi.
"Datuk Saifuddin Abdullah bukan orangnya... yang layak untuk menilai bagaimana cara Pas berjuang.
"Semasa beliau hangit mempertahankan Umno dan BN, Pas sudah pun menentang Umno dan BN, malah saya menentangnya sewaktu beliau masa itu tegar dengan ideologi Umnonya," katanya kepada Sinar Online.
Sebelum ini, Saifuddin dilaporkan berkata, dek kerana pendirian Pas yang menjadi penasihat kepada Umno dan kenyataan pimpinannya yang semakin menjauhkan diri daripada PKR, maka kedudukannya sebagai parti pembangkang menjadi kabur malah kelihatan bersahabat pula dengan Umno.
Nasrudin yang juga Ahli Parlimen Temerloh juga ada membangkitkan persoalan berhubung tindakan Saifuddin dengan berkata, 'baru sehari dua beliau terbuang dari Umno, beliau nak menilai dan meletak markah pada perjuangan Pas?'
Semalam, selepas proses penamaan calon bagi PRK di Parlimen Sungai Besar, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan bakal berlaku pertandingan tiga penjuru antara BN, Pas dan Parti Amanah Negara (Amanah).

Salleh cabar Dr M ulangi dakwaan 1MDB dalam PRK

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak mencabar bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi dakwaan 1MDB semasa kempen pilihan raya kecil.
"Mahathir berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mencuri sekurang-kurangnya RM42 bilion dan mungkin juga sebanyak RM50 bilion wang 1MDB.
"Saya cabar Mahathir mengulangi dakwaan ini semasa kempen di Sungai Besar dan Kuala Kangsar kerana dia tidak pernah menarik balik dakwaan itu atau meminta maaf kerana membuat dakwaan itu," tulis menteri itu di blog beliau.
Beliau menyindir Mahathir sebagai 'pemimpin de facto pembangkang', yang mengelak untuk bercakap mengenai tandatangan palsu dalam Deklarasi Rakyat, yang mana polis kini sedang siasat.
Beliau berkata, ia kelihatan seperti Mahathir hanya mempunyai satu pilihan iaitu untuk 'kitar semula' dakwaan tahun lepas mengenai 1MDB walaupun peguam negara, jawatakuasa kira-kira wang negara dan The Wall Street Journal mengesahkan tiada bukti penyelewengan atau salah laku dalam 1MDB.

Menteri Umno itu juga mengulas mengenai Parti Amanah Negara (AMANAH) yang didakwa terperangkap dalam dilema berhubung usul rang undang-undang 'hudud' yang dibawa presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan akan mengelak bercakap mengenainya.
"AMANAH tidak mampu untuk mengisytiharkan bahawa mereka menentang pindaan syariah itu dan tidak pula mereka boleh mengisytiharkan mereka menyokongnya.
"Jadi AMANAH adalah terkepit dalam satu keadaan yang tidak membenarkan mereka sebarang kelonggaran," tulisnya.

Pengundi Kuala Kangsar tak 'diganggu' bermula jam 4.30 petang hingga Mahgrib


Barisan calon PRK Kuala Kangsar  (dari kiri) Dr Ahmad Termizi, Mohd Kami Shafie yang mewakili Mastura, Dr Najihatussalehah dan Izat Bukhary.Barisan calon PRK Kuala Kangsar (dari kiri) Dr Ahmad Termizi, Mohd Kami Shafie yang mewakili Mastura, Dr Najihatussalehah dan Izat Bukhary.
Angkatan Wanita Amanah Negara (Awan) akan menyesuaikan aktiviti kempen pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar agar tidak menganggu aktiviti harian pengundi khususnya wanita dalam bulan Ramadan ini.

Timbalan Biro Pilihan Raya Amanah Nasional Aiman Athirah Al-Jundi berkata, para pengundi tidak akan ‘diganggu’ selepas jam 4.30 petang sehingga waktu berbuka puasa bagi memberi peluang kepada mereka yang perlu menyediakan keperluan untuk keluarga.

“ Ada berbeza sedikitlah kempen bulan Ramadan ini iaitu kita memberi peluang kepada pengundi kita tidak diganggu selepas jam 4.30 petang sampai waktu berbuka.

“Kita bersama pengundi di masjid pada malamnya, kempen rumah ke rumah berjalan seperti biasa cuma dengan penyesuaian masa bulan puasa,” katanya ketika ditemui di dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar semalam.

Menurut beliau juga, sebanyak enam negeri menghantar anggota Awan untuk membantu kempen Amanah dan Pakatan Harapan di Kuala Kangsar selain bantuan daripada wanita PKR dan DAP.

Enam negeri tersebut ialah Kedah, Pulau Pinang, Perlis, Kuala Terengganu dan Johor dan Sabah.

“Awan juga bekerjasama dengan DAP dan PKR.Target kita untuk menang walau bagaimana sekalipun kita berusaha untuk menang tak ada siapa masuk ke medan perang untuk kalah. Kita memimpin jentera untuk menang,” tegasnya.

PRK Kuala Kangsar menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon Amanah, Pas, BN dan seorang calon bebas.

Masuk politik agar Islam memerintah


KUALA KANGSAR: Kempen pilihan raya di bulan Ramadan bukanlah kejanggalan, sebaliknya perlu dijadikan perbuatan yang membolehkan pahala.

Ketua Penerangan Ulamak PAS Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri berkata, hanya mereka yang berfikiran negatif memisahkan politik dari agama dan dunia dari akhirat.

Sedangkan terangnya, kempen pilihan raya adalah seruan untuk memilih pemimpin dan merupakan urusan pemerintahan yang diberi perhatian semua Nabi.

Jelas beliau, PAS menyertai politik agar Islam dapat memerintah, bukannya untuk menjadikan individu atau parti berkuasa.

"Oleh sebab Umno tidak mahu berubah melaksanakan Islam, maka kita kena ketepikan dan tukar yang baru. Begitu juga Deklarasi Rakyat, cuma kempen untuk buang seorang yang berkuasa.

"Tetapi PAS berkempen untuk tukar sistem (pemerintahan) yang rosak, ekonomi pincang dan sosialnya parah. Masalahnya apabila orang (pemimpin) mengimani sistem yang salah," terangnya pada ceramah di UPU Taman Bunga Raya, di sini semalam.

Dari pemimpin dan sistem sedemikianlah menyebabkan lahirnya dasar dan polisi yang membebankan rakyat seperti GST dan sebagainya.

P067: Calon Amanah dapat jolokan "Fadzil Noor"


Ahmad Termizi (kiri)  mendapat jolokan "Fadzil Noor" ketika perarakan ke pusat penamaan calon semalam.Ahmad Termizi (kiri) mendapat jolokan "Fadzil Noor" ketika perarakan ke pusat penamaan calon semalam.
Calon Parti Amanah Negara (Amanah) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar Dr Ahmad Termizi Ramli memdapat jolokan "Fadzil Noor" di kalangan penyokong mereka ekoran wajahnya mempunyai iras dengan bekas Presiden Pas Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor.
Jolokan Fadzil Noor itu mula dipopularkan ketika perarakan ke pusat penamaan calon semalam, apabila Ahmad Termizi diminta berucap di atas pentas pacuan empat roda yang disediakan.
Ia kemudian mula menjadi buah mulut para jentera dan penyokong yang menyedari persamaan itu.
Mungkin persamaan paling ketara adalah pada bentuk muka yang membujur dan juga jambang serta kumis berwarna putih di keliling wajahnya membuatkan Ahmad Termizi dilihat mirip tokoh politik Islam itu.
Allahyarham menjadi presiden Pas bermula 1989 hingga 2002. Beliau meninggal dunia pada 23 Julai 2002 pada usia 65 tahun dan diganti oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Presiden Pas sebelum beliau adalah Tuan Guru Yusof Rawa.
Allahyarham pernah menjadi ketua pembangkang parlimen ketika zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ketokohan, kepetahan serta pendekatan sederhana beliau disegani rakan dan lawan.
Beliau juga antara tokoh gerakan Islam di negara ini yang menjadi pelopor kepada idea kerjasama politik atas nama tahaluf siyasi dengan Semangat 46 membentuk Angkatan Perpaduan Ummah sehingga Pas berjaya memerintah Kelantan pada tahun 1990.
Allahyarham juga antara kawan paliang rapat kepada Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa di dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim).
Hari ini, Amanah yang dipelopori bekas pemimpin Pas mendakwa mereka sedang meneruskan legasi perjuangan Fadzil Noor dan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selepas pemimpin Pas hari ini tidak lagi membawa perjuangan asal parti itu.

Punten, sajian pilihan di Sungai Besar

Ia makanan orang Jawa berasaskan nasi impit yang dicicah dengan sambal.
puntenSUNGAI BESAR: Sebut sahaja ‘punten’ pastinya ramai berasa pelik malah tertanya-tanya maksud perkataan itu, namun ia tidak asing bagi kebanyakan rakyat berketurunan Jawa di daerah Sabak Bernam.
Punten, adalah makanan berasaskan nasi impit, dicicah dengan sambal, merupakan antara pilihan sajian yang terkenal di Sungai Besar, Sabak Bernam dan ia mudah didapati di kebanyakan kedai makan di sini.
Bagi pengunjung yang pertama kali menjejakkan kaki ke Sungai Besar, jangan lepaskan peluang merasai sendiri sajian ini sebaik melihat monumen kebuk padi di persimpangan pekan sebagai mercu utama untuk sampai ke kawasan itu.
Berkeluasan 65,238.6 hektar, Sungai Besar kini menjadi perhatian apabila PKR kawasan Parlimen akan diadakan pada 18 Jun ini berikutan kematian penyandang kerusi itu, Tan Sri Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lepas.
Tatkala sibuk dengan persiapan menjelang PRK Sungai Besar, pengunjung atau petugas pilihan raya patut mengambil peluang merasai keenakan makanan tersebut dan beberapa lagi jenis masakan Jawa yang terkenal di situ.
Selain popular dengan pelbagai makanan etnik, Sungai Besar juga menjadi tarikan pelancongan agrikultur bagi penggemar keindahan jelapang padi dan laut malah turut dikenali sebagai gedung pakaian murah.
Mendapat jolokan ‘Jelapang Padi Selangor’ dan ‘pengeluar ikan segar Selangor’, Sungai Besar menawarkan lebih 100 inap desa yang dibangunkan penduduk di kawasan ini bagi memenuhi keperluan pelancong tempatan dan luar negara.
Jika pengunjung ingin melawat Sungai Besar, jangan lepaskan peluang untuk melihat sendiri tinggalan warisan sejarah yang terkenal dan masih kekal di kawasan ini iaitu Lubuk Pusing dan Masjid Jalan di Panchang Bedena.

PAS Parti 'Tak Boleh Menang' - Mat Sabu

SUNGAI BESAR: Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu melabelkan PAS kini sebagai parti ‘tidak boleh menang’.

Mohamad Sabu berkata sejarah politik di Malaysia telah menunjukkan bahawa mana-mana parti yang bertanding bersendirian dalam pilihan raya akan menemui kegagalan dalam perjuangan.

“Sekarang, akibat pergolakan politik, PAS kembali keseorangan. Dari sudut hukum pilihan raya, PAS tentu dah tak boleh menang.

“Kita masuk pilihan raya nak menang, melainkan kalau kita masuk pilihan raya dengan tujuan hanya nak bertanding,” katanya ketika menyampaikan ceramah di Dataran Tonggak 10 di sini, malam Sabtu.

Hadir sama Penasihat DAP Lim Kit Siang, Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad, Pengarah Pilihan Raya PKR Datuk Saifuddin Nasution dan beberapa pimpinan Pakatan Harapan.

Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar adalah peluang untuk pengundi-pengundi PAS, terutama pengundi muda untuk melakukan perubahan.

Beliau juga meminta pengundi supaya tidak mensia-siakan undi dengan memilih PAS.

“Politik di Malaysia tak boleh bersendirian. ‘Sorry’lah…Abang Mat orang lama ni, bukan sehari dua dalam politik, umur 60 lebih, cuma nampak muda.

“Jika kita balik keseorangan, tak boleh menang, saya nak nasihat elok-elok ni, inilah peluang tuan-tuan nak berubah, saya harap semua ahli PAS di Sungai Besar ini jangan sia-siakan undi,” katanya.

Beliau turut memberi contoh kemenangan di Meru, Seri Kembangan, Bangi dan Paya Jaras adalah disebabkan faktor kepelbagaian kaum dalam Pakatan Rakyat yang mendokong satu perjuangan.

Hanya 'keajaiban politik' dapat bantu calon AMANAH

Lim Kit Siang

Saya sedang minum kopi betentangan Kafe AMG awal pagi semalam, dan secara tiba-tiba, saya merenung seketika apa tujuan saya berada di Sekinchan sedangkan selepas berkecimpung lebih 50 tahun dalam politik Malaysia, semua pihak berpendapat pilihan raya kecil ini pasti akan dimenangi oleh calon Umno / BN .
Malah Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai juga begitu yakin sokongan daripada pengundi Cina kepada Umno / BN di Sungai Besar dan Semenanjung Malaysia akan kembali semula seperti apa yang berlaku pada pilihan raya negeri Sarawak bulan lalu.
Adakah saya membuang masa saya di Sekinchan dan Sungai Besar dan perlukah saya bersara selepas 50 tahun dalam politik? Lagipun, saya bukannya muda - sudah melewati 75 tahun!
Ini akan menjadi satu pertaeungan yang amat sukar dan berat - sebenarnya hanya “keajaiban politik” dapat membantu calon AMANAH dan Pakatan Harapan, Azhar Shukor, untuk membuat kejutan pada pilihan raya kecil 18 Jun di Sungai Besar.
Ini berdasarkan faktor-faktor berikut.
1. Kerusi Parlimen Sungai Besar sentiasa adalah kubu kuat Umno / BN, dan calon-calonnya tidak pernah tewas dalam pertandingan kerusi Parlimen di kawasan ini sejak enam dekad yang lalu iaitu sejak Merdeka pada tahun 1957.
2. Walaupun pada kemuncak kuasa pembangkang pada pilihan raya umum ke-13 Mei 2013 (PRU-13), di sebalik wujudnya Pakatan Rakyat, Umno / BN tetap memenangi kerusi Parlimen Sungai Besar, walaupun dengan majoriti tipis 399 undi.
3. Sekarang, Pakatan Rakyat sudah tidak ada lagi - terima kasih kepada keengganan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk setia dan ikhlas terhadap Kerangka Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang dipersetujui oleh ketiga-tiga parti DAP, PKR dan PAS dan secara unilateral beliau mendesak untuk pelaksanaan hudud.

4. Walaupun kini wujd pakatan pembangkang yang baru, Pakatan Harapan (HARAPAN), yang ditubuhkan untuk menggantikan Pakatan Rakyat, namun Parti Amanah Negara, (AMANAH) parti politik paling muda di negara ini, hanya berusia kurang sembilan bulan. Kedua-dua HARAPAN dan AMANAH adalah entiti politik yang belum teruji. Mampukah mereka melakukan lebih baik daripada PAS dan Pakatan Rakyat seperti pada PRU13?
5. Walaupun calon pembangkang tewas dengan majoriti tipis 399 undi di Sungai Besar pada PRU13 adalah dari PAS, 18,296 undi yang diperolehi oleh calon PAS, atau 48.6 peratus yang dimenangi oleh calon Umno atau kejayaan meraih 18,695 undi, keputusan PRU13 ini adalah yang terbaik yang pernah dicapai oleh calon PAS yang bertanding di kawasan. Ini kerana calon PAS itu bertanding sebagai calon Pakatan Rakyat, dengan sokongan daripada DAP dan PKR.

Undi calon PAS bakal merosot

Kini, selepas PAS mencabuli Dasar Bersama Pakatan dan menyebabkan Pakatan Rakyat berpecah, calon PAS dijangka mendapat undi yang berkurangan dan bukannya lebih daripada angka pada PRU13. Saya menjangkakan calon PAS kehilangan lebih 10,000 undi berbanding dengan apa yang diperolehi parti itu pada PRU 2013.

Isu 1MDB, ketirisan tumpuan AMANAH raih sokongan PRK

AMANAH memberi tumpuan terhadap skandal 1Malaysian Development Berhad (1MDB) untuk mendapatkan sokongan rakyat dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Presiden AMANAH, Mohamad Sabu, berkata isu terbabit termasuk ketirisan berlaku dalam pentadbiran kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ketika ini menjadi kecaman rakyat berbanding isu lain.
Katanya, ini termasuk pindaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah dicadangkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tidak disentuh pimpinan parti itu dalam kempen mereka.
“Kita tumpukan pada isu 1MDB dan ketirisan berlaku dalam kerajaan.
“Pasal pindaan itu (Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah) pergi tanya PAS, lagipun ia belum dibahaskan di parlimen,” katanya kepada media di sini, hari ini.
PRKPakatan Harapan (PAKATAN) diwaliki AMANAH menerusi calonnya, Azhar Abdul Shukur akan menghadapi dua calon lain iaitu Dr Abdul Rani Osman dari PAS dan Budiman Mohd Zohdi (BN).
Manakala di Kuala Kangsar, calon PAKATAN, Prof Dr Ahmad Termizi Ramli (AMANAH) akan ditentang tiga calon lain, Dr Najihatussalehah Ahmad (PAS), Datin Mastura Mohd Yazid (BN) dan Izzat Bukhari Ismail Bukhari (Bebas).
Mengulas perkara itu, beliau berkata, keyakinan AMANAH tinggi untuk meraih kemenangan dalam kedua-dua pilihan raya kecil itu.
“Kita yakin dengan sokongan ditunjukkan rakyat kebelakangan ini dan kita akan bekerja keras untuk mencapai kemenangan,” katanya.

PAS dan AMANAH masih bermasam muka di PRK Sungai Besar

Walaupun dikatakan mempunyai fokus dan matlamat sama iaitu menumbangkan UMNO/BN pada PRK ini, kedua-dua pemimpin parti yang dulunya duduk semeja kini mengasingkan diri.
Pas-amanah
SUNGAI BESAR: PRK Sungai Besar masih menyaksikan pemimpin PAS dan parti serpihannya, AMANAH bermasam muka.
Walaupun dikatakan mempunyai fokus dan matlamat yang sama iaitu menumbangkan UMNO/BN pada pilihan raya ini, kedua-dua pemimpin parti yang dulunya duduk semeja kini mengasingkan diri.
Sebaliknya, pemimpin PAS mula mendekatkan diri dengan BN, PKR dan juga DAP.
Jelas dapat dilihat kemesraan itu apabila pemimpin parti Islam berkenaan bersarapan bersama Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi serta pemimpin lain pada hari penamaan calon semalam.
Manakala, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali pula sempat beramah mesra dengan Penasihat DAP Lim Kit Siang.
Namun, perkara yang sama tidak dapat dilihat di antara pemimpin PAS dan AMANAH. Ia diakui sendiri Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man apabila katanya tidak ada seorang pun pemimpin tertinggi parti itu dan AMANAH bertemu empat mata.
“Tidak, tidak ada seorang pun pemimpin AMANAH datang bertemu dengan saya,” kata Tuan Ibrahim ketika ditemui pada majlis penamaan calon, di Dewan Seri Bernam, hari ini.
Bagaimanapun, pada sidang media kemudiannya, Mustafa ketika diajukan soalan sama menyatakan beliau bertemu degan pemimpin AMANAH dan parti lain sebagai kawan biasa dan bukannya seperti abang dan adik.
Namun tegasnya, kawan tetap kawan dan lawan tetap lawan.
Isu pemimpin PAS bermasam muka dengan pemimpin pembangkang masih tidak terhenti. Wartawan FMT ketika majlis penamaan calon berlangsung melihat sendiri salah seorang pemimpin muda PAS tidak menghormati Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai menteri besar.

Hudud: Never in Sarawak, says Adenan

We are multi-racial, we are not Kelantan, we are against the bill on principle, he says after PBB leaders meeting.
adenan-satem-hudud
KUCHING: Hudud would never be practiced in Sarawak, says Adenan Satem, the state’s chief minister, after a leadership meeting of the ruling Parti Pesaka Bumiputra Bersatu.
“We will not support the so-called hudud bill. We are a multi-racial country. Muslims only constitute 25 percent (of Sarawak’s population). We are not Kelantan,” he said after chairing a meeting of the PBB supreme council.
“But anyway, on principle, we are against the hudud bill.”
He was referring to a private member’s bill brought to Parliament by PAS president Abdul Hadi Awang, which was scheduled for debate in the Dewan Rakyat last Thursday after the government made no objection. However Hadi requested that the debate be deferred to the next meeting in October.
The bill seeks parliamentary approval to amend federal law and allow Kelantan’s syariah courts to impose Islamic criminal penalties under state law, such as whipping for adultery. It has faced resistance from both Barisan Nasional and opposition leaders.
Five political parties in Sabah and Sarawak have stated their opposition to the bill while Sarawak PAS commissioner Jofri Jaraiee said that the state chapter of the party supported Hadi’s move. He said non-Muslim legislators should not interfere with the bill as they would be interfering in the affairs of Islamic religious law.

Speaker: Hadi’s bill violates equal protection

Sarawak state assembly head says expansion of syariah court power is unconstitutional and unfair to Muslims
Mohd-Asfia-Awang-Nassar
KUCHING: The Hadi bill for expanded Shariah court powers in Kelantan is unconstitutional and should have been thrown out of Parliament, according to the Speaker of the Sarawak state assembly, Mohd Asfia Awang Nassar.
The bill seeks an amendment to federal law to allow all states’ Shariah courts to impose Islamic criminal penalties, such as lashing for adultery, on Muslims.
Asfia said the proposal would result in unequal and unfair treatment of Malaysians under the law. “It’s unconstitutional. It flagrantly violates Article 8 of the Federal Constitution, whereby all persons are equal under the law, and entitled to the equal protection,” he told reporters at a pre-assembly meeting today.
PAS president Abdul Hadi Awang has sought to table a private member’s bill for approval by Parliament. Last week, the bill was moved for debate after the government said it had no objection. However, Hadi requested that the debate be deferred to the next meeting of the House in October.
Kelantan, which is under a PAS-led government, has amended state legislation to empower its Shariah courts to impose Islamic penalties for some criminal offences. Hadi’s bill seeks to amend federal law, the Shariah Courts (Criminal Jurisdiction) Act 1965, to enable the state law to come into effect.

Nancy: No need to expand Shariah court powers

Federal minister upholds Sarawak stand and warns of conflict with Constitution and human rights.
nancy
KUCHING: Federal minister Nancy Shukri has stood firm against expanding the punitive powers of state Shariah courts as being unconstitutional and a potential violation of human rights.
Current laws were sufficient to deter crime, said Nancy, whose portfolio as minister in the Prime Minister’s Department covers legal affairs.
“I have to consistently stay with the Sarawak leaders and the state government’s decision that we are not going to support that sort of proposal, whether they call it hudud or not,” she told reporters here today after attending Parti Pesaka Bumiputera Bersatu’s supreme council meeting.
“We already have sufficient Shariah law. There is no need to have a new one, or to increase what we already have, which we don’t really even implement it,” she said.
She said there was a possibility of conflict with the Federal Constitution, especially with regards to human rights.

Is PAS’ new politics for real?

It must go beyond rhetoric to prove that it is truly a party for all.
pas-1
When PAS announced that it would be the “third force” in Malaysian politics, not many people outside the party took it seriously. The Islamist party had just been hit by the mass resignation of its “professionals”, who went on to form Parti Amanah Negara. And that happened not long after the death of Nik Aziz Mat, the party’s charismatic spiritual guide.
Furthermore, PAS did not explain how it would go about accomplishing the goal of becoming the third force. Many others had tried to fulfil that role and failed.
At the party’s recent muktamar, however, the PAS leadership gave something of an outline of how it would play that role. The leaders spoke of practising a kind of politics governed by a “Budaya Politik Matang Sejahtera” (BMPS), which translates roughly to “Mature and Progressive Political Culture”.
BPMS calls for the shunning of excessive politicking. PAS would be open to discussing all matters with all organisations and looking at the bigger picture for the greater good. It will not be an opposition party opposing everything the government does just because it is on the other side of the fence. It will support what is good.
A number of PAS leaders and delegates at the muktamar called for the PAS Supporters Wing, made up of non-Muslims, to be strengthened so it could help the party reach out to the non-Muslims. In fact a proposal to allow non-Muslims to become PAS members is apparently being considered by the party’s leadership. This would go a long way towards showing that PAS is truly a party for all. It is a more sensible way of getting the non-Muslim vote than entering into fragile marriages of convenience.

PRK P093: Mungkin ada yang beralih sokongan, tapi...


SUNGAI BESAR - Pas membayangkan masih mampu memenangi PRK Parlimen Sungai Besar meskipun mengakui segelintir pengundi parti itu pada PRU13 lalu beralih sokongan kepada Pakatan Harapan.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Pas yakin dapat menarik pengundi Umno yang dijangka berpecah dua untuk menyokong Pas sekali gus mampu merampas kerusi yang dimenangi BN pada PRU13 lalu.
“Kadang-kadang bila berlakunya perpecahan ini, tak semestinya mendatangkan sesuatu yang negatif. Boleh jadi pengundi Cina akan pergi ke DAP atau Parti Amanah Negara (Amanah).
“Kita perlu tahu juga, kemungkinan pengundi Umno akan berpecah dua dan tak mustahil mereka beri sokongan kepada Pas,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.
Ketua Lajnah Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan berkata, Pas sentiasa bersikap optimis bahawa mereka sentiasa berpeluang untuk menang, asalkan strategi, cara kempen dan ahli parti itu bekerja keras.
“Kami telah mengambil ketetapan apa jua keadaan, termasuk tiga penjuru kita tetap meneruskan langkah dan perjuangan kita untuk berdepan dengan sesiapa saja kerana kita membawa ideologi dan prinsip perjuangan yang jelas.
“Kita tak boleh kompromi dalam urusan prinsip perjuangan ini. Kita akui PRK ini bukanlah mudah, tetapi jika semua jentera parti bersatu-padu, saya yakin kita mampu peroleh kemenangan,” katanya.

Tipulah jika Umno tak sedar MCA anti-Islam, kata Ridhuan Tee

Menurut Ridhuan, MCA tidak pernah menggunakan khidmat saya sebagai jambatan untuk memahami Islam.
ridhuan-tee-mca-umno
PETALING JAYA: Pensyarah kontroversi Dr Ridhuan Tee Abdullah hari ini membidas bekas partinya MCA sebagai “parti ultra kiasu yang anti Islam” yang berpura-pura menyokong kerajaan bagi mendapatkan projek, tetapi sebenarnya menentang agenda Islam.
“Ironinya, DAP lebih berterus terang daripada MCA, yang menjadi musuh dalam selimut. Tipulah, jika Umno tidak sedar,” kata Ridhuan, yang sebelum ini mengejutkan ramai pihak berkenaan keahliannya dalam parti Cina itu.
Ridhuan mengumumkan keluar MCA kerana parti itu menentang rang undang-undang yang dibentangkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awnag, bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) bagi membolehkan pelaksanaan hudud di Kelantan.
Menulis dalam akhbar Sinar Harian hari ini, Ridhuan menyelar pemimpin MCA kerana tidak sedar mengenai keahliannya.
“Kononnya tidak nampak muka saya dalam acara mereka. Perlukah kesemua 1.07 juta ahli menghadiri acara MCA? Dewan mana yang boleh memuatkan? Layakkah mereka memimpin negara?”
Katanya, dalam 20 tahun bersama MCA, ia tidak pernah meminta bantuannya bagi memahami Islam.
“Pemimpinnya jahil tentang ahli mereka sedangkan saban kali saya menerima emel berita buletin MCA. Bagaimanakah saya rasis sehingga 20 tahun di MCA? Isteri saya Melayu lah. Siapa rasis?” tanya beliau.
Ridhuan juga menuduh MCA cuba melobi bertanding kawasan majoriti Melayu, termasuk di Gua Musang, Kelantan.
“Sekiranya Umno melayan permintaan MCA, Umno akan kehilangan lebih banyak kerusi malah mengkhianati amanah Melayu Islam.”

Ceramah Perdana PAS di Kuala Kangsar kurang sambutan

Ceramah Perdana PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar yang turut dihadiri kepemimpinan tertinggi parti itu malam semalam dilaporkan kurang mendapat sambutan.
Menurut portal Berita Harian Online, ceramah yang berlangsung di padang di Taman Bunga Raya, di Kuala Kangsar yang adalah ceramah sulung PAS sempena PRK kali ini itu hanya dihadiri kira-kira 200 hadirin termasuk penyokong parti.
Antara pemimpin PAS yang hadir termasuk presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta naib presidennya, Ahmad Idris serta calon parti itu, Dr Najihatussalehah Ahmad.
Portal itu melaporkan Abdul Hadi yang juga ahli parlimen Marang menggunakan pentas berucap pada malam semalam bagi memberi penjelasan berkenaan keputusannya membentangkan usul Rang Undang-Undang (RUU) pindaan Akta Mahkamah Syariah.
Malah, beliau juga menempelak sikap DAP yang secara berterusan mempersoal usaha PAS membawa usul bagi membentangkan RUU itu di Dewan Rakyat, biarpun berpuluh penjelasan dibuat.
"Pindaan ini adalah apa yang pegawai agama negeri mahukan, malah mufti juga perjuangkan, ini untuk menambah hukuman dan tiada kaitan dengan orang bukan Islam," katanya.

Islam lebih dihayati dalam negara sekular?

Konsep sekularisme biasanya ditentang oleh gerakan Islam Malaysia tetapi bagi seorang pakar perundangan Islam, agama hanya boleh benar-benar dihayati di dalam sebuah negara sekular.
Menurut Prof Abdullahi Ahmed An-Naim, keimanan sebenar kepada apa pun agama, termasuk Islam, hanya boleh dibentuk sekiranya seseorang itu hidup di bawah pemerintah yang bersikap neutral terhadap agama.
Iaitu sebuah pemerintah yang tidak menghalang aktiviti penganut apa-apa agama dengan syarat penganut itu tidak mencabuli hak agama lain, dan pemerintah juga tidak memihak kepada apa-apa agama.
Akan tetapi, hujah pensyarah undang-undang itu tidak bermakna agama dan politik itu tidak boleh bercampur.
Sebaliknya, penganut agama tidak boleh dihalang daripada terlibat di dalam politik seperti menyertai parti, membuang undi atau membentuk dasar, berdasarkan kepercayaan mereka, kata Abdullahi.
“Hujah saya adalah saya boleh menjadi seorang Muslim yang lebih baik di dalam negara sekular berbanding dengan sesebuah negara yang mendakwa ia negara Islam,” kata Abdullahi yang berasal daripada Sudan tetapi kini menetap di Amerika Syarikat.
“Saya percaya bahawa sikap neutral negara terhadap agama adalah kondusif kepada ketulenan penghayatan saya terhadap Islam,” beliau berkata di dalam sebuah kuliah di Sunway University baru-baru ini.
“Oleh itu tuntutan saya untuk sebuah negara sekular adalah pada asasnya, Islamik.”
Niat dan paksaan
Hujah Abdullahi nampaknya agak kontroversi, terutama di dalam suasana masyarakat Malaysia dicengkam rhetorik hukuman hudud, perlaksanaan undang-undang Syariah dan perselisihan antara penganut berbagai agama.
Malah gerakan Islam konservatif sering berkata bahawa “Islam adalah agama Persekutuan” bagi menjustifikasikan campurtangan penguatkuasa agama di dalam kehidupan orang Muslim dan juga bukan Muslim.

Calon Pakatan Harapan, sebelah kaki pengundinya Pas-Amanah, kata Budiman


Pertembungan tiga penjuru antara calon (dari kiri) Dr Azhar Shukur, Budiman  Mohd Zohdi  dan Dr Abdul Rani Osman.Pertembungan tiga penjuru antara calon (dari kiri) Dr Azhar Shukur, Budiman Mohd Zohdi dan Dr Abdul Rani Osman.
Sejumlah 42,655 pengundi di Parlimen Sungai Besar harus bijak membuat pilihan calon wakil rakyat yang boleh menjadi "perantara" antara masalah rakyat dengan kerajaan, kata calon BN Budiman Mohd Zohdi.
Beliau yang bakal berhadapan dengan dua calon lagi dari Amanah dan Pas juga berpandangan walaupun Amanah dikatakan sebagai calon Pakatan Harapan, tetapi dalam masa sama mereka datang dari "pakatan" yang sama pada PRU13 lalu.
"Kita mahu cari wakil rakyat yang boleh jadi 'mediator' (perantara) antara masalah rakyat dengan kerajaan.
"Dalan situasi itu bagaimana mahu ambil tindakan berkesan dalam gerak kerja menyelesaikan masalah rakyat.
" Lebih-lebih lagi calon Amanah, yang mana parti yang mahu disokong itu pula tiada wakil di peringkat negeri dan pusat pada masa ini.
"Kalau kita lihat dalam kontek hari ini, sudah ada Pas dan Pakatan Harapan dan dalam masa sama mereka datang dari 'pakatan yang sama' dulu (Pakatan Rakyat).
"Dalam PRK kali ini, jika menilai persepaduan parti lawan, mereka dilihat  sangat rapuh.
"Pakatan Harapan mereka bukan pakatan rakyat tetapi pakatan pemimpin.
"Kalau kita lihat konteks yang berlaku hari ini bukan disebabkan oleh rakyat tetapi pemimpin mereka berpecah membentuk pakatan baru.
"Bukan rakyat berkehendak begitu tetapi pemimpin mereka yang mahu begitu.
"Dalam konteks Selangor, jika pengundi pilih calon Amanah maknanya sebelah kakinya Pas, kalau pilih Pas sebelah kakinya Amanah.
"Kelemahan mereka (pemimpin) yang tidak mahu bersatu, itulah satu kelemahan," ujarnya merujuk kepada kumpulan pemimpin dan pengundi 'harum manis'  dan perbalahan pemimpin DAP-PKR dengan Pas  dalam wawancara diadakan bersama Malaysia Dateline.
Semalam Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Malaysia telah menerima kertas pencalonan daripada tiga calon iaitu Budiman Mohd Zohdi (BN) pada pukul 9.03 pagi, Azhar Abdul Shukur pada 9.05 (Amanah) dan Dr Abdul Rani Othman (Pas) pada 9.12 pagi di Dewan Seri Bernam, Sungai Besar semalam.Budiman Mohd Zohdi calon BN di PRK Sungai BesarBudiman Mohd Zohdi calon BN di PRK Sungai Besar

Budiman,44, yang juga Ahli Dewan Undang Negeri(Adun) Sungai Panjang mahu menonjolkan diri sebagai calon "underdog" pada PRK Sungai Besar.

Siasat bukti baharu skandal 1MDB


ALOR SETAR - Pihak berkuasa digesa bersikap telus dan memandang serius beberapa pendedahan terbaharu dan mengejutkan berhubung apa yang didakwa sebagai skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, siasatan ke atas 1MDB wajar diteruskan susulan penemuan buktibukti baharu yang didedahkan itu.
“Wall Street Journal telah mendedahkan sekeping surat daripada Bank Negara Malaysia kepada Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Hassan Ariffin.
"Surat itu mengesahkan syarikat Good Star Limited yang menerima bayaran sejumlah AS$1.03 bilion dolar (RM4.2 bilion) daripada 1MDB adalah milik Jho Low,” katanya.
Menurutnya, ini mengesahkan andaian sebelum ini bahawa Jho Low memainkan peranan secara langsung dalam pergerakan wang 1MDB. Mukhriz berkata, Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) sebelum ini telah menafikan pembabitan Jho Low namun, tindakan BNM menyaman pendedahan surat terbabit seakan mengesahkan bahawa maklumat surat itu adalah sahih.
“Sebelum ini dikatakan syarikat Good Star Limited kononnya anak syarikat Petrosaudi.
Nampaknya dakwaan itu meleset. Saya andaikan maklumat terbaharu itu penting dalam menjalankan siasatan. Jangan tutup siasatan ini,” katanya.
Menurutnya, dengan adanya maklumat penting ini, semua agensi penguat kuasa seperti Bank Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan PAC harus meneruskan siasatan kes 1MDB.
“Rakyat menuntut pendedahan dan mahukan kebenaran didedah. Saya tidak nampak kenapa kita perlu sembunyikan fakta ini dengan menggunakan OSA (Akta Rahsia Rasmi) kerana ini maklumat penting yang ada kaitan dengan siasatan yang sedang dijalankan,” katanya.

NAMA NAJIB JANGAN SESEKALI DILUPAKAN....

Mesej paling penting dalam pilihanraya kecil Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada 18 Jun nanti ialah untuk menghantar mesej penolakan terhadap kepimpinan Najib Razak.

Kalahnya BN nanti dalam pilihanraya itu, walaupun mungkin tidak merubah apa-apa atau Najib boleh saja terus berdegil untuk kekal sebagai Perdana Menteri, tetapi sekurang-kurangnya harapan rakyat untuk melihat perubahan dalam PRU 14 semakin ternampak sinarnya.

Kemenangan BN pula pasti akan menambahkan lagi "kembangnya kepak" Najib untuk terus memimpin dan menghadapi pilihanraya umum akan datang dengan keyakinan yang semakin bertambah.

Oleh yang demikian, pilihan yang ada bagi Pakatan Harapan selain berusaha sedaya mungkin memastikan kekalahan BN ialah menjadikan Najib sebagai sasaran utama sepanjang kempen dan ceramah yang akan diadakan. 

Pengundi Sungai Besar dan Kuala Kangsar harus disedarkan mengenai beban yang terpaksa mereka tanggung selagi Najib tidak berjaya diundurkan dan bagaimana banyak kemanfaatan dapat dijelmakan sekiranya ketiadaannya dapat dijadikan kenyataan.

Daripada kenaikan kos sara hidup, beban GST, peningkatan hutang negara, Perdana Menteri dan keluarga paling bermewah dan membazir, terpalit dengan skandal kewangan terbesar dunia, 1MDB yang ditubuhkannya sedang disiasat oleh sekurang-kurangnya 7 buah negara, duit beribu-ribu juta pernah ada dalam akaun peribadinya, didedahkan media terpalit dengan penggubahan wang haram dan sehinggalah kepada pandangan buruk antarabangsa terhadap Malaysia, semuanya adalah Najib puncanya.

Daripada enam Perdana Menteri yang kita ada setakat ini, Najib ternyata mencipta rekod paling buruk untuk negara.

Tugas menyedarkan pengundi itu tentulah menjadi tanggungjawab Pakatan Harapan yang meletakkan calon Amanah di kedua-dua pilihanraya ini, dan bukannya boleh disandarkan kepada Pas, meskipun kedua-dua berlawan dengan calon BN juga. 

Pakatan Harapan adalah gabungan pembangkang yang lengkap dan mewakili semua kaum serta selayaknya menawarkan kerajaan alternatif kepada rakyat. Pas pula hanya mewakili satu kaum saja dan tidak  mungkin mampu membawa sebarang perubahan. 

Lagi pun, Pas juga awal-awal lagi mengatakan mereka tidak mahu berebut kuasa dengan BN dan selesa jika dapat menjadi penasihat kerajaan saja.

Dengan itu, calon Amanah sebenarnya menggalas amanah yang cukup besar di Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Undi PAS sama seperti undi UMNO?

Mujahid Yusof Rawa membidas kenyataan pemimpin PAS yang mendakwa sokongan terhadap AMANAH dalam PRK kali ini bermaksud menyokong DAP.
Mujahid-pas-umno
SHAH ALAM: Naib Presiden AMANAH Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa membidas kenyataan Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Datuk Mustafa Ali yang menyifatkan sokongan terhadap parti serpihan itu sama seperti menyokong DAP.
Beliau merujuk kenyataan Mustafa pada muktamar parti itu yang berlangsung baru-baru ini seperti dilaporkan dalam Sinar Harian, 3 Jun lalu.
Menyifatkan kenyataan itu sebagai mengelirukan, Mujahid berkata ia tidak sepatutnya keluar daripada mulut seorang ahli politik veteran seperti Mustafa.
“Bila orang lama seperti Mustafa hendak matang dan menunjukkan jalan kepada generasi muda jika beliau hanya berulang menyalahkan orang lain tetapi gagal mengkritik diri sendiri?
“Tidak adil masalah PAS dan AMANAH dipertanggungjawabkan ke atas DAP untuk menutup kelemahan pimpinan PAS yang gagal berubah mengikut keperluan semasa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata AMANAH bukan lahir daripada DAP, sebaliknya ekoran kecelaruan PAS yang menjejaskan usaha menuju politik baharu nasional.
Beliau turut memulangkan paku buah keras kepada Mustafa yang menurutnya mengikut naratif perkauman Umno dalam menyerang DAP dan AMANAH.
“Saya mengharapkan perkara baharu daripada seorang veteran PAS tetapi ternyata PAS kehabisan peluru dan terpaksa memakai peluru UMNO.

Tun M sindir keris PAS lebih panjang daripada UMNO

Nasionalisme kini diukur berdasarkan kepanjangan keris. Lebih panjang keris lebih nasionalis. Sekarang mereka (PAS) sedar mereka orang Melayu, sindir Dr Mahathir.
mahathir-keris
KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata PAS kini sebuah parti yang lebih nasionalis daripada UMNO.
Bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu menyindir parti Islam itu susulan pemimpinnya menggunakan keris, lebih panjang berbanding yang pernah digunakan UMNO pada majlis perasmian Muktamar PAS ke-62 Khamis lalu.
Katanya, PAS sebelum ini pernah mengkritik UMNO apabila parti itu menggunakan keris dan memakai busana baju Melayu menjelang perhimpunan agung UMNO setiap tahun.
Namun Mahathir berkata perbuatan itu nampaknya kini terbalik dan meresap ke dalam jiwa pemimpin PAS pula.
“Sebelum ini mereka kritik UMNO sebagai nasionalis. Sekarang mereka lebih nasionalis kerana keris mereka lebih panjang daripada UMNO.
“Kita ukur nasionalis berdasarkan kepanjangan keris. Lebih panjang keris lebih nasionalis. Sekarang mereka sudah sedar mereka orang Melayu,” sindir Dr Mahathir pada sidang media selepas merasmikan pelancaran buku ‘Perjuangan Tanpa Noktah & The Misunderstood Man’ di Saloma Bistro hari ini.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang paling menjadi tumpuan kerana memotong pulut besar dengan keris panjang semasa majlis perasmian muktamar Khamis lepas, sehingga mendapat kritikan banyak pihak termasuk musuh politik mereka.

PAKATAN yakin rakyat bijak buat pilihan

Pakatan Harapan (PAKATAN) yakin rakyat khususnya di Sungai Besar bijak membuat pilihan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen itu, 18 Jun ini.
Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata ia berpandukan kecemerlangna Kerajaan Negeri dipimpin gabungan itu untuk meraih kejayaan.
“Kita harap akan menanglah, berdasarkan situasi di Selangor bukan mudah untuk membuat pilihan tetapi pengundi tahu dan bijak memilih,” katanya kepada SelangorKini di sini, hari ini.
PRK Sungai Besar menyaksikan persaingan tiga penjuru antara calon PAKATAN dari AMANAH, Azhar Abdul Shukur serta Calon PAS, Dr Abdul Rani Osman dan calon Barisan Nasional (BN), Budiman Mohd Zohdi.
Mengulas lanjut, Wan Azizah berkata, PAKATAN berusaha gigih dalam tempoh kempen walaupun pihak lawan terutama BN memilik kelebihan.
“Kita realistik dalam mana-mana pilihan raya kecil, kita berhadapan dengan jentera BN yang kuat,” katanya.
PRK Sungai Besar diadakan semula ekoran kematian penyandangnya, Tan Sri Noriah Kasnon dalam tragedi helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lalu.