Ahad, 5 Jun 2016

Anwar Ibrahim: Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak

Beku hubungan dengan PKR hanya pandangan peribadi - Pesuruhjaya PAS Perak

Pengundi lebih suka 'pembangkang lawan kerajaan' - Penganalisis

Jentera pilihan raya PKR bantu kempen AMANAH ikut keperluan - Zuraidah

Azizah Gembira Azmin Hadir Penamaan Calon

Azmin Mahu Pas, Amanah Tumpaskan BN

Wan Mohd Khair-il's family vows to continue his political struggle

Orang curi barang kita suka tak, soal Razman

Mahathir: Najib had it worse in Fahmi Reza's book

Mahathir: I may go to Sungai Besar, Kuala Kangsar

Mahathir: The longer the keris, the more nationalist the party

Dr M: Saya akan bantu kempen PRK asalkan BN kalah

Bekas perdana menteri itu tidak akan memihak kepada mana-mana parti sebaliknya hanya ingin memastikan BN kalah.
Mahathir-BN-crack
KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan akan turun berkempen membantu calon pembangkang PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar untuk mengalahkan BN.
Bekas perdana menteri itu berkata beliau hanya akan membantu calon PRK yang menyokong Deklarasi Rakyat.
“Saya tidak mewakili mana-mana parti. Bukan PAS, bukan AMANAH dan bukan UMNO.
“Ini kerana UMNO bukan lagi parti UMNO, Bukan lagi parti Melayu. Yang ada hanyalah parti Najib.
“Tapi saya hanya akan bantu calon yang sokong Deklarasi Rakyat. Yang lain-lain saya tidak terlibat,” katanya pada sidang media selepas Majlis pelancaran buku ‘Perjuangan Tanpa Noktah & The Misunderstood Man’ di Saloma Bistro hari ini.
Bagaimanapun kehadiran beliau untuk berkempen di kedua-dua PRK itu nanti bergantung pada keadaan kesihatannya.
“Saya akan pergi kempen PRK sekiranya saya tidak ‘batuk’ (dalam keadaan sihat),” katanya.
PRK Parlimen Kuala Kangsar menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon BN, PAS dan AMANAH serta seorang calon Bebas.
BN yang diwakili calonnya, Datin Mastura Mohd Yazid akan menentang calon PAS, Dr Najihatussalehah Ahmad, Prof Dr Ahmad Termizi Ramli (AMANAH) dan calon bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary.
Sementara itu PRK Sungai Besar pula menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara BN, AMANAH dan PAS selepas SPR menerima tiga borang pencalonan.
Dalam PRK itu, Budiman Mohd Zohdi daripada BN akan berdepan lawannya, Azhar Abdul Shukur daripada AMANAH dan Abdul Rani Osman daripada PAS.

Pertembungan AMANAH, PAS beri kelebihan BN menang – Tun M

Dr Mahathir berkata beliau berharap rakyat berfikir apa yang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak buat selama ini menghilangkan duit negara.
Mahathir-PAS-AMANAh-BN
KUALA LUMPUR:Pertembungan di antara AMANAH dan PAS di PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar akan menjejaskan sokongan rakyat terhadap pembangkang, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Malah bekas perdana menteri itu berkata keadaan itu sekali gus membuka peluang kepada BN untuk kekal memerintah di kedua-dua kawasan berkenaan.
“Kalau lebih daripada tiga penjuru (di PRK Kuala Kangsar, Sungai Besar) memang BN boleh menanglah.
“Tetapi saya harap rakyat berfikir tentang apa yang Najib (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak) sudah buat selama ini yang menghilangkan duit negara berbilion ringgit,” katanya pada sidang media selepas merasmikan pelancaran buku ‘Perjuangan Tanpa Noktah & The Misunderstood Man’ di Saloma Bistro hari ini.
Mengulas mengenai kekuatan BN sekiranya parti itu dapat kekal memerintah, Mahathir berkata perkara itu biarlah rakyat yang menentukannya.
“Kalau rakyat nak BN ambillah,” katanya ketika ditanya jika BN menang di PRK tersebut akan menguatkan kembali sokongan rakyat pada parti itu.
Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan pertandingan tiga penjuru di PRK Sungai Besar manakala empat penjuru di Kuala Kangsar di antara BN, PAS, AMANAH dan BEBAS.
Jadual mengundi bagi pengundi awal ditetapkan pada 14 Jun manakala proses pengundian biasa akan dijalankan pada 18 Jun.

Mat Sabu ajak penyokong Pas undi Amanah, jangan bazir peluang

Mat Sabu ajak menyokong Pas undi Amanah, jangan bazir peluang
Mohamad Sabu mengajak para penyokong Pas di Sungai Besar dan Kuala Kangsar agar memberikan undi kepada calon Amanah kerana adalah membazir jika mereka memberikan undi kepada calon Pas yang tidak akan menang selepas bersendirian.
Mohamad yang menyifatkan penyokong Pas sebagai agik-adiknya selepas Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh menyifatkan beliau sebagai abang dalam muktamar baru-baru ini mahu adik-adiknya berfikir dengan matang.
“Mana-mana saya pergi orang panggil saya abang Mat. Jadi saya nak ajak adik-adik dalam Pas agar memberikan undi kepada calon Amanah dalam pilihan raya ini.
“Ini kerana, berdasarkan sejarah Pas yang Abang Mat sertai, Pas tidak pernah menang bila bersendirian.
“Jadi jangan bazirkan undi adik-adik dengan mengundi calon Pas yang tidak akan menang. Berilah undi kepada calon Amanah,” kata beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu dalam ceramahnya di Dataran Tonggak 10, Sungai Besar semalam.
Mat Sabu mengimbau nasib Pas yang hanya menang apabila mula bekerjasama dengan pihak lain iaitu bermula sejak tahun 1990 apabila bekerjasama dengan Tengku Razaleigh Hamzah yang memimpin Semangat 46.
“Hanya bila Pas bekerjasama dengan pihak lain saja Pas boleh menang. Sekarang berseorang, jadi Pas tidak akan menang. Jadi jangan bazirkan undi adik-adik,” kata Mat Sabu.
Amanah bersama rakan-rakanya PKR dan DAP mendapat mandat untuk meletakkan calon dalam pilihan raya kecil kali ini bagi mewakili Pakatan Harapan.

Tun M atur jadual turun kempen tentang BN di dua PRK


Calon tempatan kelebihan Amanah di pertembungan empat penjuru Kuala Kangsar

KUALA KANGSAR, 5 JUN: Penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar hari ini berjalan lancar dan menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon Bebas, PAS, BN dan Parti Amanah Negara (Amanah).
Proses penamaan calon bermula jam 9 pagi tadi berjalan lancar dengan kehadiran ribuan penyokong dari parti-parti yang bertanding.
Calon Bebas diwakili Izat Bukhary Ismail Bukhary, PAS oleh Najihatussalehah Ahmad, Mastura Mohd Yazid mewakili BN manakala Dr. Ahmad Termizi Ramli mewakili Amanah.
imageBerucap di hadapan penyokong setelah pencalonan diterima, calon Amanah yang mewakili Pakatan Harapan (PH) Dr. Ahmad Termizi berkata Pakatan Harapan perlu menang dalam PRK Kuala Kangsar demi memperjuangkan negara yang bersih daripada gejala rasuah.
“Ini juga satu persediaan kepada Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke-14 dan membentuk kerajaan yang lebih baik,” ujar anak jati Kuala Kangsar itu.
Selain pimpinan PH negeri, turut memberi sokongan kepada calon Amanah ialah Setiausaha Agung DAP merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli.
Parlimen Kuala Kangsar memiliki 32,949 pengundi yang berdaftar berdasarkan daftar pemilih SPR sehingga Mei lalu.
Ia meliputi 15,334 pengundi dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Chandan dan 17,298 dari DUN Manong.

Kit Siang puji Pengarang NST letak jawatan kerana skandal 1MDB


lim kit siangKUALA LUMPUR, 5 MEI: Bagi Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang, masih ada individu dalam kelompok arus perdana yang masih mempunyai pendirian, integriti, kebenaran, dan ketelusan dalam dirinya.
Beliau merujuk kepada Pengarang Kumpulan The New Strait Times (NST), Mustapha Kamil yang menyerahkan surat perletakan jawatan pada awal bulan Mei lalu dan berkuatkuasa Selasa lepas.
Mustapha yang berpengalaman 27 tahun dalam bidang kewartawanan ketika ditemui pemberita awal Mei lalu bagaimanapun enggan mengulas mengenai keputusannya itu.
Namun, Selasa lalu, dalam satu kemas kini laman sosial, Facebook, beliau dalam kias menyebut antaranya perkara “yang berlaku di depan batang hidung”nya sendiri telah memberikan anugerah Pulitzer kepada media antarabangsa di Manhattan, New York.
Ekoran itu, Mustapha mempersoalkan kedudukannya di syarikat berkenaan, sedangkan media antarabangsa luar negara telah membongkarkan skandal yang terjadi di negaranya sendiri, yang seterusnya disusuli dengan keputusan untuk meletak jawatan.
Menurut Kit Siang, perkara yang berlaku dihadapan “batang hidung” Mustapha itu adalah berkaitan skandal kewangan 1MDB, syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Malaysia dan anugerah yang diterima antarabangsa itu adalah merujuk kepada WSJ yang memenanginya ekoran laporan dan pendedahan skandal terbabit.
“Akan adakah wartawan media arus perdana di Malaysia yang lain berani untuk menegakkan “disiplin kebenaran” (truth discipline) atau yang boleh mengikut hati nurani mereka untuk membezakan apa yang salah dan apa yang benar untuk negara mereka dan generasi akan datang?” soalnya.

Skandal AS$7 juta: Cuti 30 hari tempoh ‘memeritkan’ – Nazir Razak

Pada Mac, Nazir dikatakan mengendalikan AS$7 juta bagi pihak abangnya yang juga perdana menteri dan memerlukan CIMB Bank menyiasat hingga ke akar umbi.
nazir-cimb
KUALA LUMPUR: Pengerusi CIMB Group Holdings Bhd Datuk Seri Nazir Razak berkata cuti secara sukarela selama 30 hari bermula 19 April merupakan satu tempoh yang ‘memeritkan’ dan bukanlah waktu menyenangkan.
Susulan laporan Wall Street Journal pada 31 Mac bahawa Nazir mengendalikan AS$7 juta bagi pihak abangnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, CIMB Bank perlu menyiasat hingga ke akar umbi.
“Lembaga pengarah bank perlu memutuskan sama ada saya melakukan kesalahan dan sama ada mereka masih mahukan saya sebagai pengerusi.
“Saya berpendapat bagi mereka melakukannya dengan betul, saya perlu berundur,” katanya dalam rancangan terbitan Astro Awani, ‘Obviously Harith Iskander’ malam tadi.
Setelah beliau bercuti, bank melantik firma audit luar, Messrs Ernst & Young untuk membantu dalam semakan yang akhirnya mendapati Nazir tidak menyalahgunakan kedudukannya sebagai ketua eksekutif kumpulan pada ketika itu atau wujud sebarang bukti bahawa sumber bank itu diselewengkan.

Mereka membawa gelaran 'Tan Sri'...


Tahniah buat mereka kerana dikurniakan Darjah Kebesaran yang membawa gelaran 'Tan Sri'.

..tetapi PM Najib Razak, mana.. ?!

ADA TAK........

ADA TAK..
penyamun mengaku dirinya PENYAMUN.. ?

ADA TAK..
kaki rasuah mengaku dirinya KAKI RASUAH.. ?

ADA TAK..
byk2 tokeh udang kat M'sia ni bergelar Tan Sri ?

ORANG ISLAM MANA ?? Islam MELAYU-UMNO !!!

Bila isu YaPiem terbongkar, maka kecohlah para umarak mempertahankan YaPiem dan dakwa semua itu fitnah...

HAKIKATNYA dlm masa yang sama Ketua Wanita UMNO Kubang Kerian yang terima gaji dari pelbagai jawatan yang disandang, diarahkan bercuti dan akhirnya meletakkan jawatan.. Kes masih dalam siasatan SPRM...

Ya.. Musuh ISLAM adalah Orang Islam itu sendiri..

APA 'PERSAMAAN' Anak & Bapak ??

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) pada 26/9/2013 telah mendakwa peroleh dokumen mengenai pembelian banglo RM7,242,555.07 yang didakwanya dikaitkan dengan Nedim Nazri.

HAMPIR 3 TAHUN BERLALU, adakah pihak SPRM & yg bersekutu dgnnya sudah atau belum nak siasat kes2 spt ini ??

Hanya PH boleh ubah kerajaan bukan Pas, kata Rafizi


Undi Pas atau BN hanya mengukuhkan kedudukan Najib. Foto Malaysia Dateline oleh Wan Zahari SallehUndi Pas atau BN hanya mengukuhkan kedudukan Najib.
Memberi kemenangan kepada Pas pada kedua-dua pilihan raya kecil (PRK) ini tidak akan membawa sebarang makna kepada rakyat kerana parti Islam itu tidak mampu menukar kerajaan secara bersendirian.
Sebaliknya, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata jika kemenangan diberikan kepada calon Pakatan Harapan, ia akan memberi isyarat yang kuat kepada kerajaan bahawa Pakatan Harapan boleh merealisasikan hasrat menukar kerajaan itu.
"Pilihan raya kali ini pada saya keputusannya mudah. Sama ada kekal kerajaan BN sedia ada atau untuk tukar dengan kerajan baru Pakatan Harapan.
"Saya tahu ada rakan Pas yang bertanding. Tetapi kemenangan Pas tidak ada kesan kepada kehidupan rakyat atau kebarangkalian tukar kerajaan atau tidak," katanya ketika ditemui di pusat penamaan calon di Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar hari ini.
Beliau hadir bersama beberapa lagi pimpinan PKR bagi mengiringi calon daripada Parti Amanah Negara (Amanah) Dr Ahmad Termizi Ramli hari ini.
Mengulas lanjut Ahli Parlimen Pandan itu berkata, PRK serentak di Kuala Kangsar dan Sungai Besar ini adalah pilihan raya pertama Pakatan Harapan masuk sebagai satu pasukan.
Kelebihan itu katanya akan digunakan sebaik mungkin untuk memenangkan calon Pakatan Harapan daripada Amanah.
"Kempen kali ini bukan satu parti. Kita buat keputsan kita masuk sebagai Pakatan Harapan. Dari segi keputusan, strategi kempen kitaputuskan bersama.
"Konsepnya PKR dan DAP masuk bukan sebagai jentera sokongan tetapi sebagai jentera utama sama seperti Amanah," katanya.

Pemilihan calon bukti Amanah bukan alat DAP, kata Khalid Samad


Khalid anggap Pas lebih ikut DAPKhalid anggap Pas lebih ikut DAP
Amanah membuktikan kemampuannya berdiri atas pendirian sendiri seperti dapat dilihat pada penentuan calon bertanding.
Menangkis tohmahan Amanah yang kononnya mengikut telunjuk DAP,
Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad berkata, partinya menghargai pandangan rakan Pakatan Harapan itu sebelum membuat keputusan.
"Mulanya DAP cadangkan Mohamad Sabu (Presiden Amanah) sebagai calon di Sungai Besar. Di Kuala Kangsar pada peringkat awal, DAP cadangkan Datuk Seri Nizar sebagai calon bertanding.
"Namun, selepas perbincangan mendalam, Amanah memilih Ustaz Azhar Ab Shukur di Sungai Besar dan Dr Ahmad Termizi Ramli di Kuala Kangsar walaupun kita menghargai pandangan DAP," jelasnya pada sidang media di Pejabat Amanah Sungai Besar selepas penamaan calon hari ini.
Mengulas lanjut, Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam berpendapat Pas pula sebaliknya memilih calon yang dianggap mengikut kehendak DAP.
"Orang yang kata (Amanah) tunduk pada DAP, dia pula yang pilih calon paling mudah diterima DAP meskipun dipertikai ahli-ahlinya sendiri.
"Tanyalah pada pengundi Cina. Dr Rani paling disukai (mereka). Siapa sebenarnya yang tunduk pada DAP? Jangan cakap lain tapi tindakan lain," bidasnya lagi.
PRK Sungai Besar berlaku ekoran kematian penyandangnya iaitu Tan Sri Noriah Kasnon selain Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad bagi kerusi Kuala Kangsar, dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu.

Kanun gesa SPR lebih sensitif, bersih sepanjang PRK


SPR diminta berlaku adilSPR diminta berlaku adil
Biro Undang-Undang (Kanun) Amanah menggesa pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya lebih sensitif, adil dan bersih sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) serentak, 18 Jun ini.
Timbalan Pengerusinya, Wan Anwar Wan Ibrahim berkata, SPR diharap lebih peka dengan undang-undang dan prosedur berkaitan proses pilihan raya.
"Ini termasuklah isu-isu teknikal dan pengeluaran borang 14A. Kanun juga menyeru supaya peraturan jarak pondok panas parti kurang 50 meter dari pusat pengundi benar-benar dipatuhi," ujarnya ketika ditemui di Pejabat Amanah Sungai Besar hari ini.
Mengulas peranan Kanun sepanjang tempoh dua minggu kempen, beliau memberitahu lebih 50 peguam akan bertugas di Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar sehingga 18 Jun ini.
"Pasukan Kanun akan meletakkan sekurang-kurangnya seorang peguam di setiap Daerah Mengundi iaitu 29 orang di Sungai Besar dan 26 lagi di Kuala Kangsar.
"Kanun akan pastikan perjalanan proses pilihan raya berjalan mengikut prosedur sehingga pada hari membuang undi, pengiraan dan keputusan nanti," ujarnya.
Beliau yang juga Naib Pengerusi Pemuda Amanah Nasional berkata, Kanun turut mengambil berat isu berkaitan aspek keselamatan susulan Muktamar Tahunan Pas baru-baru ini.
"Kita bimbang tercetusnya kemungkinan tindakan luar jangka dan tidak wajar terhadap mana-mana jentera parti yang bertanding. Kita menyeru parti-parti bertanding supaya mengelak daripada menggunakan kempen kekerasan.
"Oleh itu, Kanun memantau lebih rapi sebarang kemungkinan terjadi," jelasnya lagi.

Langgar syarat: Empat ditahan guna paraglider

paraglider
Paraglider berlegar-legar ketika proses penamaan calon hari ini.
SUNGAI BESAR - Empat lelaki berusia antara 30 hingga 40 tahun bersama tiga unit peralatan paraglider ditahan  kerana melanggar Peraturan Penerbangan Awam 2016 berikutan penggunaan alat berkenaan semasa tempoh penamaan calon sebentar tadi.
Pegawai Perhubungan Media PDRM Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar, Asisten Khalil Ariffin berkata, keempat-empatnya ditahan pada kira-kira jam 10 pagi tadi di padang Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Makmur, Sungai Besar.
"Tiga paraglider membawa bendera parti politik yang bertanding terbang melintasi ruang udara tempat penamaan calon berkenaan.
"Saya ingin memberitahu penggunaan dron atau paraglider adalah dilarang bermula dari tempoh penamaan hingga ke hari mengundi," katanya pada Sidang Media di IPD Sabak Bernam, tengah hari tadi.
Sebelum ini, penamaan calon PRK Sungai Besar diwarnai dengan kehadiran paraglider di ruang udara.
Paraglider tersebut yang membawa bendera parti politik itu berlegar-legar selama kira-kira 30 minit di ruang udara Dewan Seri Bernam.
Orang ramai yang berada di kawasan tersebut kelihatan begitu teruja dengan kehadiran paraglider berkenaan.
Sorakan penyokong parti politik itu bergema setiap kali paraglider berkenaan membuat lintasan di udara.
Dalam pada itu, Khalil memberitahu, proses penamaan calon bagi PRK Parlimen Sungai Besar berjalan lancar tanpa sebarang insiden atau provokasi dari penyokong parti yang bertanding.
"Polis berpuas hati dengan sikap matang semua penyokong parti politik yang hadir semasa penamaan calon di Dewan Seri Bernam sebentar tadi.

Calon BN, Pas sudah banyak tugasan, hanya calon Amanah mampu khidmat terbaik di Sg Besar

Calon BN dan Pas sudah banyak tugas hanya calon Amanah boleh tumpu khidmat untuk rakyat Sungai BesarCalon BN dan Pas sudah banyak tugas hanya calon Amanah boleh tumpu khidmat untuk rakyat Sungai Besar
Kedua-dua calon BN dan Pas tidak terjejas jika gagal memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar memandangkan mereka masing-masing merupakan Adun yang masih berkhidmat.
Sebaliknya, pengundi di parlimen itu bakal memperoleh lebih banyak manfaat jika memilih Amanah pada 18 Jun ini, ujar calon parti berkenaan, Ustaz Azhar Ab Shukur.
"Budiman masih Adun Sungai Panjang. Dr Rani Osman pula Adun Meru. Mereka kalau kalah pun tidak berlaku apa-apa masalah.
"Bahkan, penduduk Sungai Besar boleh dapat dua wakil rakyat yang akan saling bersaing untuk beri perkhidmatan terbaik.
"Ini sudah tentu menguntungkan rakyat sendiri," jelasnya pada sidang media di Pejabat Amanah Sungai Besar tengah hari tadi.
Beliau berkata, penglibatannya dengan kerja-kerja kebajikan bersama masyarakat tempatan sebelum ini akan membantu tugasnya jika diberi peluang memenangi PRK ini.
"Saya sendiri turun kepada mereka (rakyat setempat), tidak galakkan mereka datang ke pejabat," tambahnya lagi.
Untuk rekod, seramai 42,892 pemilih berdaftar di P.093 Sungai Besar bakal membuang undi pada 18 Jun ini.

HARAPAN alu-alukan kempen Dr M untuk dapat undi Melayu

Pakatan Harapan (HARAPAN) mengalu-alukan kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad untuk berkempen menyokong calon Pakatan Harapan (HARAPAN) pada Pilihan Raya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad mengakui parti itu menghadapi masalah mendapatkan undi Melayu dan oleh itu berharap bekas perdana menteri itu akan membantu memecahkan undi BN, sekaligus meraih sokongan kaum berkenaan.
"Kita alu-alukan. Masalah yang kita hadapi ialah undi Melayu kerana undi Melayu terlalu setia kepada UMNO dan BN.
"Maka nak pecah undi Melayu mungkin Dr Mahathir boleh membantu untuk membuka minda orang Melayu yang selama ini menganggap UMNO dan BN ini memang tak ada silap
salah," katanya dalam sidang media pertama AMANAH selepas penamaan calon di Sungai Besar tengah hari tadi.
Sementara itu katanya, HARAPAN memilih tema "Bebaskan Rakyat Selamatkan Malaysia" dalam kedua-dua pilihanraya kecil berkenaan.
"Malam tadi diputuskan tema PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar ini. Kita nak bebaskan rakyat daripada penindasan pemerintahan dalam isu-isu seperti GST dan isu ekonomi.
"Oleh kerana ini PRK parlimen, jadi kita kena ambil pendekatan yang lebih nasional. Kita nak bebaskan minda dan ekonomi rakyat tempatan daripada terus dikuasai dan ditindas," kata Khalid.

Mujahid jawab tohmahan Cikgu Pa tentang Amanah dan DAP


Pas dibuai mimpi tentang hubungan parti itu dengan PKR kata Mujahid. Foto Malaysia Dateline oleh Wan Zahari SallehPas dibuai mimpi tentang hubungan parti itu dengan PKR kata Mujahid. Foto Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Salleh
Naib Presiden Amnah, Datuk Dr. Mujahid Yusuf Rawa menganggap kenyataan Pengarah Pilihan Raya PAS Dato’ Mustafa Ali bahawa “undi AMANAH adalah undi untuk DAP” amat mengelirukan.
Kenyataan ini terpampang di dada akhbar Sinar Harian tempoh hari katanya menunjukkan ada beberapa perkara yang Mustafa Ali tidak cermat dalam kenyataannya dan tidak patut keluar dari mulut ahli politik veteran seperti beliau yang membuat rumusan pra-matang terhadap AMANAH yang didakwa tajaan DAP.

"Saya kesal sebagai ahli politik veteran, Mustafa Ali masih belum memahami bahawa yang dipertarungkan dalam mana-mana pilihan raya ialah perkara substantif tentang apa yang dibawa oleh parti masing-masing.
"Sampai bila orang lama seperti beliau hendak matang menunjukkan jalan kehadapan kepada generasi muda ahli politik jika beliau hanya ulang tayang sahaja menyalahkan orang lain tetapi gagal mengkritik diri sendiri?" soal beliau
Menurut beliau tidak adil masalah Pas dan Amanah dipertanggungjawabkan ke atas DAP untuk menutup kelemahan pimpinan Pas yang gagal berubah mengikut keperluan semasa dan gagal memenuhi janji 52 peratus undi yang diberikan kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum yang lalu.
"Amanah tidak lahir dari DAP tetapi ia lahir dari kecelaruan PAS yang menjejaskan kelahiran politik baharu nasional yang dinantikan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jika sokong Amanah bererti sokong DAP katanya, maka apa salahnya jika kita kembali kepada isu substantif seperti jika DAP menentang rasuah, jika DAP menentang perkauman sempit, jika DAP berjaya mempraktikkan dasar pemerintahan telus dan berkebajikan dan jika DAP melaksanakan ketelusan, di mana salahnya jika AMANAH bersama dalam hal demikian?
"Maknanya jika sokong Amanah dikatakan sokong DAP ia bagus dalam konteks melawan rasuah.
"Adakah Pengarah Pilihan Raya Pas itu bermaksud demikian atau ia bermaksud secara negatif iaitu jangan sokong Amanah kerana ia menyokong DAP yang mahu lawan rasuah dan lain-lain?
Adakah Mustafa Ali tidak menyokong parti yang mahu lawan rasuah dan melawan parti yang rasuah?" soalnya lagi.

'Kalau kamu rasa aku takut, kamu silap orang' - Fahmi Reza

Aktivis Fahmi Reza dibebaskan pagi ini selepas ditahan semalam kerana menjual T-shirt memaparkan wajah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan muka badut.
"Kalau kamu fikir tindakan kamu ini boleh takutkan aku dan patahkan semangat aku untuk terus melawan korupsi penguasa menggunakan seni sebagai senjata, kamu silap orang," kata Fahmi dalam catatan di Facebooknya hari ini.
Beliau menulis catatan tentang pembebasannya pada pukul 5 pagi tadi.
"Kamu boleh tangkap aku, tangkap kawan-kawan aku, rampas barang-barang aku, tahan aku, soal siasat aku, dakwa aku, letakkan aku dalam perbicaraan, ambil hak aku dan cuba senyapkan aku, tapi kamu tak boleh hentikan aku.
"Tak kira berapa keras kamu cuba tolak aku ke bawah, aku sentiasa akan bangkit semula," tulis Fahmi.
Sebelum ditangkap, beliau mempromosikan T-shirt 'KitaSemuaPenghasut' di Alternative Bookfest KL (Klab) di Publika, Kuala Lumpur.
Menurut Pengarah Eksekutif Institut Rakyat, Yin Shao Loong, tiga yang lain turut ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di bawah Akta Hasutan 1948.
Mereka ialah penganjur acara Pang Khee Teik, aktivis masyarakat Lew Pik-Svonn dan artis komik Arif Rafhan Othman.

Digelar Pendekar Mustar, PAS tak kecil hati

PAS tidak berkecil hati digelar 'Pendekar Mustar' oleh pemimpin Parti Amanah Rakyat (Amanah) berikutan tindakan pemimpin parti Islam itu yang berpakaian seperti pahlawan Melayu pada perasmian Muktamar Pemuda PAS di Kelantan, baru-baru ini.

Sebaliknya, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata parti itu berasa bangga apabila mengenakan pakaian berkenaan.

"Ini fikiran orang yang negatif, semuanya buruk bagi dia. Kalau kita pandang dari sudut positif, maka eloklah jadinya," katanya ketika ditemui pemberita di majlis penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar di Dewan Seri Bernam, di Sungai Besar hari ini.

Gelaran 'Pendekar Mustar' kepada pemimpin PAS itu didakwa diberikan oleh Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu ketika berceramah pada majlis pengumuman calon Pakatan Harapan bagi PRK itu di Sekinchan di sini, pada Rabu lepas.

'Pendekar Mustar' merupakan watak seorang guru silat dalam filem komedi Pendekar Bujang Lapok yang dibintangi oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee pada lewat 1950-an.

Tuan Ibrahim turut menangkis dakwaan pemakaian baju itu mempunyai kaitan dengan UMNO, sebaliknya menegaskan ia merupakan pakaian tradisional Melayu dan bukan milik sesebuah parti politik.

"Kalau pakaian ini pakaian UMNO, maknanya semua pengantin lelaki dan pengamal silat orang UMNO lah.

Pakaian (tradisional Melayu) ini pun turut dipakai di majlis-majlis rasmi seperti majlis penerimaan pingat darjah kebesaran," katanya.

Keris PAS tidak panjang sejengkal

Hampir-hampir tiada ungkapan dapat menjelaskan perasaan terharu dan bangga kita melihat perjalanan muktamar PAS kali ini berlangsung dengan penuh makna.
Suka atau tidak muktamar PAS tahun ini nampak begitu segar dan bernas lagi berwawasan.
Kemunculan pahlawan-pahlawan di kalangan adinda-adinda PAS amat menyentuh hati dan menyerlahkan lagi tahap kematangan politik parti Islam itu ketika ini.
Mungkin juga ia adalah natijah kepada langkah politik PAS menjalin pakatan dengan kumpulan berpengaruh besar dalam negara, Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) pada Mac lalu.
Kemuncak perubahan ketara politik PAS yang lihai itu adalah pada hari ucapan dasar dibacakan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Muktamar di Kota Bharu Kelantan lalu menjadi penegasan tuntas pembentukan blok ketiga pembangkang (oleh PAS dan IKATAN) dengan paparan simbolik keris sepanjang hampir tiga depa membelah pulut hijau putih di atas pentas utama muktamar.
Ternyata PAS begitu pragmatik dalam dasar dan perlaksanaan langkah politiknya sejak parti itu dibebaskan daripada pengaruh ahli parasit yang membinasakan.
Cuma sayangnya di majlis penuh bersejarah dan kental dengan kebudayaan Melayu itu tidak dihiasi dengan kehadiran Datuk Ibrahim Ali.
Kita sebenarnya perlukan detik-detik manis dan penuh ukhwah antara Ibrahim dan Abdul Hadi seperti pernah mereka pamerkan di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur suatu ketika dulu.
Kemesraan itu sebenarnya signifikan diulang semula di Kota Bharu kerana suatu ketika dulu di ibu negeri Kelantan itu jugalah PAS dan Ibrahim menjalin hubungan akrab sehingga berjaya menumbangkan BN dalam pilihan raya 1990.
Memanglah ada Tengku Razaleigh Hamzah ketika krisis Umno itu berlaku (dan kemudian membentuk Parti Melayu Semangat 46). Namun Ibrahim adalah hulubalang kepada parti Tengku Razaleigh itu.
Jika anak-anak muda PAS adalah adinda, maka Ibrahim layak juga dianggap sebagai ayahanda.
Kelantan sudah ditadbir parti bukan BN selama lebih suku dekad. Atau lebih tepat, kira-kira 26 tahun. Jika kerajaan itu adalah susuk manusia, ia sudah menjadi anak muda yang perkasa.
Mungkin kemunculan 'pendekar' yang berpencak silat di muktamar itu adalah simbolik anak muda bernama kerajaan Kelantan itu.
Dua puluh enam tahun adalah usia yang matang. Jika seorang perempuan, usia 26 tahun adalah masa cukup ranum untuk dirisik dan dihantar pinangan oleh pemuda idaman hati. Biasanya pemuda itu lebih berusia dan matanglah.

Mastura: Saya tidak tahu dipilih menjadi calon

Dituduh 1 undi 1 dosa, biar pengundi tentukan - Mastura

Mastura: Saya berazam sambung perjuangan suami

PAS gesa undi protes di Kuala Kangsar

DAP rugi serang PAS, kata Idris Ahmad

Kek, keris hanya citrawarna, Idris Ahmad

Hadi nafi PAS rancang untuk kalah dalam dua PRK

PAS menolak spekulasi sesetengah pihak bahawa ia sengaja bertanding untuk mengalami kekalahan dalam pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata parti itu akan melakukan sedaya upaya untuk mengalahkan calon BN dalam kedua-dua PRK berkenaan.
"DAP yang beri jalan kepada BN, sebenarnya dia beri jalan kepada BN untuk pecah undi supaya tak undi PAS," kata beliau ketika berada di pusat penamaan calon PRK Kuala Kangsar.
"(Jika) kita (PAS) tak tanding, kita beri BN jalan untuk menang. Kita mesti bertanding, yang boleh lawan BN ialah PAS, bukan PAN (AMANAH). Mengapa DAP pergi sokong PAN?," soalnya.
PAS yang bertanding dalam kedua-dua pilihan raya kecil itu, katanya, tidak akan memberi laluan mudah kepada BN.

Pas tidak bimbang saingan Amanah


KUALA KANGSAR - Pas yang turut ditentang parti serpihannya, parti Amanah Negara (Amanah) pada pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kangsar, yakin pengundi mereka tidak akan berpecah di kawasan itu.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata berdasarkan prestasi Pas pada pilihan raya umum yang lepas, beliau yakin calon mereka mampu melakar kejayaan di PRK itu.
"Kami yakin dapat mencapai kejayaan jika dilihat pada prestasi kami pada pilihan raya umum yang lalu, kerana pengundi Pas tidak pernah berpecah dan itu pasti akan memberi kemenangan kepada kami," katanya kepada pemberita selepas selesai proses penamaan calon yang diadakan di Dewan Jubli Perak, di sini hari ini.
Pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13), Pas memperoleh 13,136 menerusi calonnya Khalil Idham Abdullah yang tewas kepada calon BN, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang memperoleh 14,218 undi (BN menang majoriti 1,082).
PRK Parlimen Kuala Kangsar diadakan berikutan kematian Wan Mohammad Khair-il Anuar yang terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.
PRK Kuala Kangsar itu menyaksikan pertandingan empat penjuru antara BN, Pas, Amanah dan Bebas.
Pada PRK ini, Pas diwakili Ketua Dewan Muslimat Pas, Perak Dr Najihatussalehah Ahmad, manakala BN diwakili Datin Mastura Mohd Yazid, Amanah (Naib Ketua Amanah kawasan Kuala Kangsar, Prof Dr Ahmad Termizi Ramli) dan calon Bebas (Izat Bukhary Ismail Bukhary).
Abdul Hadi sebelum itu bersama penyokong Pas, mengiringi Najihatussalehah ke pusat penamaan calon.
Sementara itu calon Pas, Dr Najihatussalehah berkata, janji beliau kepada pengundi di Parlimen Kuala Kangsar adalah membawa mesej 'Amar Maaruf Nahi Mungkar'.
Sementara itu Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub berkata, calon yang dikemukakan Amanah adalah calon terbaik untuk bertanding dalam PRK kali ini.
Mengulas mengenai strategi parti Amanah semasa berkempen Salahuddin berkata, parti itu akan terus berkempen walaupun semasa bulan Ramadan.

Amanah bawa kempen Ramatan Lil Alamin di Kuala Kangsar


Amanah bawa mesej Rahmatan Lil AlaminAmanah bawa mesej Rahmatan Lil Alamin
Tiada beza kempen pilihan raya dalam bulan Ramadhan atau sebaliknya kerana Parti Amanah Negara (Amanah) mengemukakan konsep Rahmatan Lil Alamin (rahmat untuk seluruh alam) dalam berkempen, kata Timbalan presiden Amanah Salahuddin Ayub.
Beliau berkata, konsep Rahmatan Lil Alamin yang dibawa Amanah mempamerkan budaya hormat menghormati dan meraikan semua perbezaan pada setiap masa, bukan sahaja dalam bulan Ramadhan.

“Ramadhan tak Ramadhan kita berkempen dengan konsep Rahmatan Lil Alamin kita hormati pengundi, menghormati semua perbezaan, kita kemukakan politik baru, politik yang lebih matang yang lebih sesuai dalam budaya Malaysia.

“Bila kita meletakkan konsep Rahmatan Lil Alamin maknanya konsep ini sesuai sepanjang zaman tak ada beza bulan Ramadhan atau tidak,” katanya kepada pemberita selepas selesai penamaan calon pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar di Dewan Jubli Perak, Kuala Kansar hari ini.

Diminta mengulas mengenai pertandingan empat penjuru dalam PRK kali ini, beliau berkata semua pihak ada peluang untuk berkempen dan ia merupakan peluang kepada Amanah untuk mempamerkan imejnya.

“Empat penjuru jadi semua ada peluang untuk berkempen dan kita rasa ini adalah penting untuk Amanah menampilkan imej kami.

“Ini peluang terbaik jadi kita kemukakan calon terbaik dan biarkan rakyat membuat pilihan.

PRK Kuala Kangsar menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon Amanah, Pas, BN dan seorang calon bebas.

Mat Sabu ajak adik-adiknya jangan membazir, mari undi calon Amanah


Calon Amanah miliki pakej lengkap untuk masyarakat Sungai BesarCalon Amanah miliki pakej lengkap untuk masyarakat Sungai Besar
Mohamad Sabu mengajak para penyokong Pas di Sungai Besar dan Kuala Kangsar agar memberikan undi kepada calon Amanah kerana adalah membazir jika mereka memberikan undi kepada calon Pas yang tidak akan menang selepas bersendirian.
Mohamad yang menyifatkan penyokong Pas sebagai agik-adiknya selepas Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh menyifatkan beliau sebagai abang dalam muktamar baru-baru ini mahu adik-adiknya berfikir dengan matang.
"Mana-mana saya pergi orang panggil saya abang Mat. Jadi saya nak ajak adik-adik dalam Pas agar memberikan undi kepada calon Amanah dalam pilihan raya ini.
"Ini kerana, berdasarkan sejarah Pas yang Abang Mat sertai, Pas tidak pernah menang bila bersendirian.
"Jadi jangan bazirkan undi adik-adik dengan mengundi calon Pas yang tidak akan menang. Berilah undi kepada calon Amanah," kata beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu dalam ceramahnya di Dataran Tonggak 10, Sungai Besar semalam.
Mat Sabu mengimbau nasib Pas yang hanya menang apabila mula bekerjasama dengan pihak lain iaitu bermula sejak tahun 1990 apabila bekerjasama dengan Tengku Razaleigh Hamzah yang memimpin Semangat 46.
"Hanya bila Pas bekerjasama dengan pihak lain saja Pas boleh menang. Sekarang bersaorang, jadi Pas tidak akan menang. Jadi jangan bazirkan undi adik-adik," kata Mat Sabu.
Amanah bersama rakan-rakanya PKR dan DAP mendapat mandat untuk meletakkan calon dalam pilihan raya kecil kali ini bagi mewakili Pakatan Harapan.
Sedangkan Pas kini bersendirian kerana rakanya barunya, Parti Ikatan Bangsa (Ikatan) bukan sebuah parti yang besar dan ada pengikut.
Calon Amanah, Azhar Datuk Shukur disahkan sebagai calon oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam proses penamaan calon pagi ini.

Kedudukan Pas kabur selepas jadi 'penasihat' Umno

LEBIH awal sebelum berlangsungnya hari penamaan calon di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar terdapat pelbagai polemik yang berlaku dalam parti pembangkang terutama melibatkan pergeseran untuk meletakkan calon di antara Pakatan Harapan dan Pas.
Saifuddin Abdullah Pastinya ramai yang ingin tahu apa sebenarnya yang berlaku dalam kalangan parti-parti pembangkang ini dan sejauh mana penerimaan Pakatan Harapan terhadap apa yang Pas lakukan kini, terutamanya mengenai isu Presiden Pas, Datuk Abdul Hadi Awang membawa RUU Persendirian di Parlimen baru-baru ini.
Bagi mendapatkan penjelasan konkrit dalam isu ini, ikuti wawancara bersama Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan, DATUK SAIFUDDIN ABDULLAH dengan Wartawan Sinar Online, Shamsul Abd Ghani baru-baru ini untuk mengupas isu terkini mengenai masa hadapan Pakatan Harapan dan polemik yang berlaku terhadap parti pembangkang sekarang.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebelum ini menyatakan bahawa tiga Exco Selangor dari Pas perlu meletakkan jawatan jika bertegas bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar. Benarkah mengenai spekulasi pemecatan tersebut memandangkan Pas telah mengumumkan calon mereka untuk bertanding dalam PRK kali ini.
Datuk Seri Azmin Mohamed Ali, lebih mengetahui tentang perkara ini. Pada saya, apa yang penting ialah, selagi PKR memimpin kerajaan negeri Selangor, ia mesti dijayakan. Kerana ia penting, iaitu sebagai rekod perkhidmatan, dalam menghadapi PRU14 sebagai kerajaan menunggu.  

Dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar, apakah pendirian dan siapa sebenarnya yang PKR pilih untuk bantu dalam gerak kerja parti? Adakah Pas atau Amanah?
PKR bermula dengan berunding dengan Pas. Pakatan Harapan maklum tentang perkara ini. Sebab itu, Pakatan Harapan menangguh apa-apa keputusan tentang PRK ini. Apabila perundingan itu tidak berhasil, maka, PKR  membuat keputusan, iaitu bersama-sama DAP dan Amanah, untuk Amanah mewakili Pakatan Harapan di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Pakatan Harapan faham bahawa rakyat inginkan pertandingan satu-lawan-satu. Kami juga berusaha ke arah itu.
Hari ini, dalam konteks PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar, sebenarnya, ia adalah satu bentuk satu-lawan-satu. Yang bertanding ialah Pakatan Harapan, yang diwakili oleh Amanah.
Oleh kerana pendirian Pas yang menjadi penasihat kepada Umno dan kenyataan-kenyataan pimpinannya yang semakin menjauhkan diri daripada kami, maka, kedudukannya sebagai parti pembangkang menjadi kabur. Ia kelihatan sahabat Umno.
Justeru, dari satu segi, ia menjadikan PRK ini satu-lawan-satu, iaitu di antara “Amanah/Pakatan Harapan” dengan “Umno/BN+Pas”.
Tetapi, apa-apapun, akhirnya, pengundi yang akan membuat keputusan. Dan saya yakin akan kebijaksanaan para pengundi.

Sebagai Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan, isu di antara PKR dan DAP dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak lalu dilihat gagal diselesaikan memandangkan banyak pertindihan kerusi berlaku. Boleh Datuk ulas mengenai situasi pertindihan kerusi antara PKR dan DAP dalam PRN Sarawak lalu?
Usaha-usaha perundingan antara PKR dan DAP berlaku pada beberapa peringkat dan mengambil masa yang panjang. Pada malam setelah selesai penamaan calon pun, masih ada perundingan antara Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Kami kesal dan sedih kerana tidak dapat mengelakkan pertindihan di enam kerusi itu.
Kami telah meminta maaf daripada pengundi dan penyokong. Kami belajar daripada pengalaman ini. Sejurus selepas pilihan raya Sarawak selesai, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali dan Setiausaha Agung, DAP Lim Guan Eng telah bertemu untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Majlis Presiden Pakatan Harapan telah membincangkannya. Ketiga-tiga parti dalam Pakatan Harapan sedang membuat post-mortem tentang Sarawak. Majlis Presiden Pakatan Harapan akan meneliti laporannya dan mengambil langkah-langkah perlu supaya ia tidak berulang lagi, dan bersiap bagi medan yang lebih besar, iaitu PRU14. Dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar, Pakatan Harapan bekerja sebagai satu pasukan.

Lepas 10 tahun bersama dengan Pakatan Rakyat, kenapa sehingga kini Pas, PKR dan DAP masih lagi tidak ada persefahaman?

AMANAH beri BN kelebihan menang Sungai Besar – Rani Osman

Kalau betul-betul hendak jatuhkan UMNO/BN, AMANAH tidak perlu bertanding di kerusi tradisi PAS.
Dr-Abdul-Rani-Osman
SUNGAI BESAR: Fokus PAS dalam misi untuk menjatuhkan UMNO/BN sedikit terjejas apabila Pakatan Harapan (PH) melalui AMANAH meletakkan calonnya Azhar Abdul Shukur bertanding di PRK Sungai Besar.
Calon PAS, Dr Abdul Rani Osman berkata jika PH juga mempunyai hasrat yang sama untuk menjatuhkan sekali gus merampas kerusi Parlimen yang dimenangi BN, AMANAH tidak perlu bertanding.
“Fokus kita menjatuhkan UMNO/BN dan sesiapa saja. Kalau dia betul-betul nak jatuhkan, AMANAH tidak perlu bertanding di kerusi tradisi PAS itu sendiri.
“Apabila masuk campur di Sungai Besar, itu akan berikan kelebihan kepada UMNO dan BN di Sungai Besar,” katanya pada sidang media di Markas PAS, di Simpang Lima hari ini.
Bagaimanapun, ADUN Merus itu berkata tahaluf siyasi antara PAS dan PKR dalam pentadbiran negeri Selangor masih wujud dan beliau sendiri masih berkawan dengan pemimpin PKR.
“Tidak timbul masalah kerana apa yang berlaku di Selangor ini berbeza dengan negeri lain. Kita masih meneruskan Pakatan Rakyat (PR).
“Daripada segi individu kita masih berkawan, tetapi kalau sudah difitnah kerana baik dengan PAN, itu tidak betul dan bukannya politik matang,” katanya.

Mana tak marah, cara SPR kasar - calon Bebas

Bertengkolok dan keris: Pendekatan 'lucu, pelik' daripada PAS

Hisham: Satu undi dosa untuk BN adalah fitnah

Ini sampah, kata calon Bebas ( Abu Backer ) sambil koyak borang

Guan Eng salah tafsir, Akta 355 bukan hudud - Abu Backer

Akta 355 satu perkara baik, akui Nizar tapi pandangan semua pihak kena dengar..!!

Three way fight for Sungai Besar by-election

PRK P093 Kuala Kangsar: Saya bukan seksis, kata calon Bebas

SPR: Anggaran keluar mengundi menurun berbanding PRU-13...jeng..jeng...jeng...jawapan bocor...!!!

Amanah atau PAS, kita fokus lawan BN - Azmin

Nasi Kerabu Sungai Besar.....





Penamaan Calon PRK P067 Kuala Kangsar - Lensa 6










Tun M bantu PH tumbangkan BN di PRK berkembar

Dr Mahathir akan berkempen pada acara Pakatan Harapan tetapi atas platform Deklarasi Rakyat.
mahatnir
SUNGAI BESAR: bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka turun berkempen untuk Pakatan Harapan (PH) di PRK Sungai Besar.
Bekas pemimpin UMNO Datuk Khairuddin Abu Hassan berkata Mahathir sudah pasti akan turun kerana tidak mahu BN menang.
“Tun M sudah pasti akan turun berkempen di Sungai besar dan Kuala Kangsar kerana pendirian Dr Mahathir adalah tidak mahu BN menang.
“Secara tidak langsung Dr Mahathir akan turun atas dasar Deklarasi Rakyat. Dia akan berkempen di acara Pakatan Harapan tetapi atas platform Deklarasi Rakyat,” katanya ketika ditemui pada majlis penamaan calon PRK Sungai Besar, hari ini.
Katanya, pihak pengurusan Deklarasi Rakyat kini dalam usaha mengatur perjalanan program buat Mahathir.
“Kita tengah susun jadual Dr Mahathir,” katanya.
Sebelum ini, Pegawai Pengurusan Pilihan Raya Mohd Khairuddin Md Som mengumumkan pertandingan tiga penjuru di PRK Sungai Besar.
Tiga calon yang akan bertanding adalah Budiman Mohd Zohdi daripada BN, Azhar Abdul Shukur (AMANAH) dan Dr Abdul Rani Osman (PAS).
Jadual mengundi bagi pengundi awal pada 14 Jun manakala proses pengundian biasa akan dijalankan pada 18 Jun.

Jangan rugikan undi, pilih calon tempatan, agamawan dan usahawan dari Amanah

Pengundi di Parlimen Sungai Besar tidak harus membazirkan undi mereka kepada parti yang tidak mempunyai kesungguhan menentang Umno-BN, kata Pengerusi Amanah Negeri Selangor, Ir Izham Hashim.
Menurutnya, pengundi Sungai Besar tiada sebab masih memberi undi kepada BN yang terbukti membebankan rakyat.
"Begitu juga, kepada parti yang hanya mahu menjadi penasihat dan kini tidak lagi lantang menyerang rejim. Kita mahu menggantikan kerajaan bukan sekadar menasihati.
"Jangan bazirkan undi. Beri sokongan penuh kepada Pakatan Harapan," tegasnya kepada pengundi Sungai Besar dengan merujuk kepada Pas.
Mengulas kekuatan calon bertanding Ustaz Azhar Ab Shukur, beliau berkata, pemilihan tokoh tempatan itu mengambil kira kelebihannya sebagai seorang agamawan dan usahawan.
"Kita mahu tunjukkan rakyat bahawa watak agamawan juga seimbang dengan tuntutan duniawi. Ustaz Azhar misalnya lambang 'orang agama' yang juga usahawan berjaya dan dikenali ramai," katanya ketika ditemui sebelum berarak ke pusat penamaan calon pagi tadi.
Ujarnya lagi, Pilihan Raya Kecil (PRK) pada bulan Ramadan ini adalah ruang bagi rakyat mengukuhkan Pakatan Harapan menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.
"Ini kali pertama Pakatan Harapan di Semenanjung beraksi di pentas demokrasi selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak bulan lalu," tambah Izham lagi.

Hadi tak terasa dengan Azmin, PAS parti 'perkasa'

PAS tidak terasa hati dengan kehadiran Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali ketika proses penamaan calon pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar bagi menyokong calon AMANAH.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, ini kerana partinya itu tahan lasak dan boleh berdepan dengan mana-mana parti sekali pun.
"‎PAS parti perkasa, parti yang tahan lasak, bukan parti baru. Kita akan berdepan dengan siapa pun, parti-parti baru mungkin akan terasa (tetapi tidak PAS)," katanya kepada pemberita selepas penamaan calon PRK Kuala Kangsar di Dewan Jubli Perak, hari ini.
Hadi berkata demikian ketika mengulas kehadiran Azmin yang juga timbalan presiden PKR pada proses penamaan calon PRK Sungai Besar hari ini bagi memberi sokongan kepada AMANAH.
Terdahulu ‎Azmin berkata parti itu akan digerakkan bagi membantu kempen Pakatan Harapan dalam dua pilihan raya kecil di parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Kata Azmin, beliau telah memberi arahan kepada jentera parti untuk turun membantu kedua-dua calon HARAPAN.‎

Umno yakin boleh menang, pembangkang sibuk jatuhkan antara satu sama lain


Dr Rani, Budiman dan Azhar yang mewakili parti masing-masing di Sungai Besar.Dr Rani, Budiman dan Azhar yang mewakili parti masing-masing di Sungai Besar.
Pemimpin Umno yakin, pembangkang yang sibuk untuk menjatuhkan antara satu sama lain akan memberikan laluan mudah kepada calon Barisan Nasional untuk menang.
Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai Datuk Raja Nong Raja Zainal Abidin berkata,  pertandingan tiga penjuru di Sungai Besar memberi ruang kepada calon BN untuk menambah majoriti berbanding dalam PRU13 lalu.
"Pihak lawan, Amanah dan Pas juga antara isu yang boleh dijadikan bahan sesama mereka dalam kempen masing-masing, jadi dalam hal ini sudah tentu mereka sibuk nak jatuhkan antara satu sama lain, Pas sibuk nak jatuhkan Amanah, Amanah sibuk nak jatuhkan Pas," katanya.
Bagi beliau, pertandingan tiga penjuru tidak akan memberikan sebarang masalah kepada BN.
Raja Nong Chik yakin BN boleh menang.Raja Nong Chik yakin BN boleh menang."Dengan pertandingan tiga penjuru tidak memberi kesan kepada calon BN yang bertanding," katanya.
Beliau juga menolak perpecahan dalam Umno akan mempengaruhi pengundi di Sungai Besar ini.
"Kalau ada yang kata Umno-BN diambang perpecahan itu hanya di peringkat tertinggi parti bukan di kalangan akar umbi parti  dan pengundi di PRK ini," ujarnya.
"Blok paling besar adalah BN. Mungkin kita ada sedikit kebimbangan dengan pengundi atas pagar yang kebanyakannya adalaha dari luar tetapi  di kawasan parlimen sungai besar kebanyakan pengundi adalah penyokong tegar BN," ujarnya yang tidak bersetuju dengan pendapat isu kepimpinan Presiden Umno menyumbang kepada kurangnya undi BN dalam PRK kali ini.
"Isu Perdana Menteri jika dimainkan oleh sebahagian penentang dalaman  ahli Umno atau pakatan pembangkang di Sungai Besar ini tidak akan pengaruhi majoriti pengundi Melayu keseluruhannya. PM bukan sahaja satu-satu isu yang mahu dijadikan bahan kempen pihak lawan.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah  Md. Hanipah pula yakin calon Barisan Nasional (BN) Budiman Mohd Zohdi adalah 'winable candidade' bagi Parlimen Sungai Besar.
Beliau yang dilaporkan pengsan semalam namun hadir hari ini berkata, melihat kepada penyokong BN yang hadir hari ini, ia adalah situasi yang agak berbeza berbanding pada masa PRU 13 lalu.
"Budiman calon 'winable candidate' dari BN.  Kita yakini calon yang diketengahkan oleh Pakatan Harapan dan Pas tidak akan mengurangkan undi BN pada PRK kali ini.

Three-way fight for Sungai Besar

3 penjuru di Sg Besar, janjikan persaingan sengit

Penyokong PAS, AMANAH 'bertembung' di K Kangsar

"Jamal burger, free for all" diagih kepada penyokong calon BN

Sg Besar: Ribuan iringi calon PAS, yakin peluang menang ada

Penamaan Calon PRK P067 Kuala Kangsar - Lensa 5