Sabtu, 4 Jun 2016

Mujahid: PAS ‘mabuk’ dengan perkauman UMNO

Naib presiden AMANAH mendakwa bekas partinya mengabaikan prinsip yang diasaskan dan diperjuangkan bapanya.
Mujahid-pas-umno
PETALING JAYA: Naib Presiden AMANAH Datuk Mujahid Yusof Rawa menuduh parti lamanya PAS, jadi mabuk dengan perkauman UMNO dan mengetepikan kepercayaan parti terhadap universalisme Islam.
Mujahid berkata bapanya, Yusof Rawa, pengasas PAS menegakkan prinsip Islam sepanjang hidupnya.
Bagaimanapun, PAS kini menjadi perkauman selepas “mabuk dengan doktrin UMNO, kenyataan perkauman dan fitnah terhadap masyarakat Cina dan DAP”.
Kenyataan Mujahid itu sebagai respons terhadap komen dibuat pemimpin PAS di muktamar baru-bari ini.
Pemimpin Pemuda PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata DAP menyediakan ahlinya dengan “arak”, hingga menyebabkan mereka keluar untuk menubuhkan AMANAH.
“Bukan kami yang mabuk, kamu yang mabuk,” kata Mujahid, menurut Malaysiakini.
“Itu sebabnya kami keluar parti (PAS), dan itu semua kerana kamu yang mabuk dengan UMNO.”
AMANAH, parti serpihan PAS, ditubuhkan tahun lalu selepas sekumpulan pemimpin dalam puak progresif disingkirkan oleh calon konservatif dalam pemilihan parti. Langkah itu diambil susulan perbalahan berterusan antara DAP dan PAS berikutan parti Islam itu bertegas mahu melaksanakan hudud di Kelantan, dan ia disokong UMNO.

Komponen BN bincang usul RUU persendirian Rabu ini

Isu itu perlu diselesaikan dalam semangat BN yang penuh dengan budaya saling menghormati antara parti komponen.
anuar-musa
KUALA KANGSAR: Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa akan berjumpa dengan semua ketua penerangan parti komponen BN pada Rabu ini untuk membincangkan isu berkaitan usul Rang Undang-undang (RUU) Persendirian iaitu RUU Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016.
Beliau berkata pertemuan itu yang turut melibatkan pakar undang-undang syariah, akan diadakan di ibu pejabat BN di Kuala Lumpur bagi menyelesaikan sebarang salah faham terhadap rang undang-undang itu, yang dibentangkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat pada 26 Mei lepas.
“Ada kata RUU ini jendela kepada hudud… banyak sangat yang salah faham,” katanya kepada pemberita selepas program pemimpin bersama pelajar cemerlang MARA di Maktab Mara Kuala Kangsar di sini, hari ini.
Beliau berkata isu itu perlu diselesaikan dalam semangat BN yang penuh dengan budaya saling hormat menghormati antara parti komponen.

Perang di Sg Besar, K.Kangsar bermula esok

PRK Kuala Kangsar, PRK Sungai Besar
KUALA LUMPUR - Proses penamaan calon untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar akan bermula 9 pagi esok di kedua-dua kawasan Parlimen itu.
  
Bagi PRK Sungai Besar, pusat penamaan calon diadakan di Dewan Seri Bernam, Sabak Bernam dan PRK Kuala Kangsar diadakan di Dewan Jubli Perak Kuala Kangsar.

Proses penamaan calon itu berlangsung dari 9 hingga 10 pagi.
  
PRK dua kawasan itu diadakan berikutan kematian penyandangnya iaitu Tan Sri Noriah Kasnon bagi kerusi Sungai Besar dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad bagi kerusi Kuala Kangsar, dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.
  
Setakat ini, kedua-dua kawasan PRK itu dijangka menyaksikan sekurang-kurangnya pertembungan tiga penjuru di antara Barisan Nasional (BN), Pas dan Amanah yang mewakili Pakatan Harapan, iaitu gabunan parti PKR-DAP-Amanah.

Di PRK Sungai Besar, BN menamakan Adun Pasir Panjang, Budiman Mohd Zohdi sebagai calonnya, Pas meletakkan Adun Meru, Dr Abdul Rani Osman manakala Amanah menamakan pengerusi parti itu bagi kawasan Sungai Besar Azhar Abdul Shukur.

Pertembungan ketiga-kita calon itu dijangka sengit berdasarkan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 yang menyaksikan Noriah, yang menyandang kerusi itu sejak Pilihan Raya Umum 2004, menewaskan pencabarnya dari Pas Mohamed Salleh M.
Hussin dengan majoriti 399 undi.
  
Parlimen Sungai Besar mempunyai 42,655 pengundi berdaftar terdiri daripada 42,365 pengundi biasa, 286 pengundi awal dan empat pengundi tidak hadir kerana berada di luar negara.
    

Inilah tanahairku...


Hanya Dari Umno.....


Petua tak nak hilang akidah dalam Malaysia..


PRK Kuala Kangsar: Calon BN Kempen Guna Skrin Bergerak

KUALA KANGSAR: Calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid akan berkempen menerusi siaran langsung dan rakaman yang akan ditayangkan Pasukan LED Bergerak.
Ketua Penerangan BN, Tan Sri Annuar Musa berkata, tiga lori yang dilengkapi skrin LED dan pembesar suara akan ke kawasan berkempen yang ditetapkan untuk memberi peluang kepada Mastura menyampaikan mesej kempennya.
"Ketiga-tiga lori berkenaan telah tiba di sini pada pukul 9 pagi ini. Malam ini sebuah daripadanya akan mula berkempen penerangan di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Bukit Chandan.
"Calon BN akan muncul di skrin-skrin LED bergerak ini untuk berkempen dan menyampaikan mesejnya kepada pengundi," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Tawaran Skim Pelajar Cemerlang Mara di Maktab Rendah Sains Mara Kuala Kangsar di sini pada Sabtu.

Beliau menambah, kandungan mengenai rakaman yang akan ditayangkan dalam kempen tersebut telah dirancang dan disediakan untuk digunakan sepanjang tempoh berkempen.

Perjuangan Pas bukan hentam UMNO, BN - Nasruddin Hassan

Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan menegur sikap segelintir ahli dan pemimpinnya menganggap perjuangan parti itu selama ini adalah untuk menghentam UMNO serta Barisan Nasional (BN) semata-mata.
Katanya, ahli beranggapan sedemikian adalah mereka yang berfikiran sempit dan masih tidak faham dengan perjuangan Pas walaupun berada lama dalam parti itu.
“Ahli Pas tidak boleh menyempitkan fahaman dengan menganggap perjuangan kita bertumpu kepada usaha 'membelasah' UMNO dan BN.
Nasruddin Hassan“Perjuangan kita ialah menegakkan Islam dan syiar Islam, bukan berpaksikan hentam,” katanya dalam ucapan penggulungan pada Muktamar Tahunan Pas Ke-62 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK) di sini, hari ini.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Temerloh sedih dengan tanggapan ahlinya, yang disifatkan tidak sematang Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP), Balasubramaniam Nachiappan yang lebih memahami perjuangan parti itu.
Ujarnya, Balasubramaniam dalam siri ucapannya di program ceramah atau kuliah anjuran Pas pernah menegur penceramah jemputan parti itu kerana menghentam UMNO dan BN.
“Beliau (Balasubramaniam) menegur penceramah Pas itu dengan bertanyakan kenapa perlu menghentam UMNO, bukan menjelaskan kepada rakyat mengenai dasar, matlamat dan perjuangan Pas,” katanya.

PRK: Pertelagahan Pas, Amanah beri kelebihan kepada BN

PRK Kuala Kangsar
KUALA KANGSAR - Pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar bakal menyaksikan pertandingan sekurang-kuranngnya tiga penjuru selepas BN, Pas dan Parti Amanah Negara (Amanah) mengumumkan calon mereka.
Kerusi yang secara tradisinya menjadi pertembungan Umno (yang mewakili BN) dan Pas itu, menurut penganalis politik, kini pastinya lebih menarik menerusi penyertaan Amanah, parti serpihan Pas.
Mereka berpendapat, kempen PRK itu juga bakal menyaksikan Umno dan Pas lebih 'saling hormat menghormati' dan matang dalam kempen politik mereka berikutan senario politik serta 'hubungan baik' kedua-dua parti itu.
"Biasanya peluru (kempen) Pas dituju kepada BN, tetapi kali ini saya nampak ia (kempen dan percakaran) lebih kepada Pas dan Amanah dan ini memberi kelebihan kepada BN," kata penganalisis politik Prof Madya Dr Jeniri Amir kepada Bernama ketika dihubungi.
BN sebelum ini mengumumkan Datin Mastura Mohd Yazid, isteri Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, penyandang kerusi itu, sebagai calon mereka.
Pas pula menamakan Ketua Muslimat Pas Perak, Dr Najihatussalehah Ahmad, manakala Amanah mencalonkan bekas profesor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Ahmad Termizi Ramli.
Selain itu, anggota Pemuda Umno, Syed Rosli Syed Harman Jamalullail yang mengumumkam di media sosial bahawa beliau akan bertanding sebagai calon Bebas dalam PRK itu, turut berdepan tindakan dipecat daripada Umno sekiranya berbuat demikian pada hari penamaan calon Ahad ini.
Dr Jeniri, pensyarah kanan Fakulti Sains Sosial Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) berkata, pada PRK kali ini dilihat lebih kepada pertembungan antara Pas dan Amanah, dalam 'menguji' sokongan pengundi terhadap mereka.
"Tidak saya nafikan calon Amanah dan Pas cukup berwibawa namun ia bukan halangan besar kepada calon BN di Kuala Kangsar berdasarkan kepada rekod baik BN di kawasan itu," katanya.
PRK itu diadakan berikutan kematian Wan Mohammad Khair-il Anuar yang terkorban dalam nahas helikopter di Sarawak pada 5 Mei lepas.
Penganalisis politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani pula berkata pertelagahan PAS dan Amanah akan menyebabkan berlakunya perpecahan undi dalam kalangan penyokong parti pembangkang.

Amanah lancar satu peguam satu daerah mengundi untuk PRK


Peguam Amanah menunjukkan logo Amanah bersama Mat Sabu.Peguam Amanah menunjukkan logo Amanah bersama Mat Sabu.
Bagi mempastikan pilihan raya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar berjalan di landasan undang-undang yang betul, Amanah melancarkan program satu peguam satu daerah mengundi pagi ini.
Ia dilancarkan oleh Presiden Amanah, Haji Mohamad Sabu di Wisma Amanah dengan disertai lebih 30 peguam Amanah yang akan menjalankan tugas itu.
Mohamad Sabu ketika memberikan amanat kepada para peguam Amanah.Mohamad Sabu ketika memberikan amanat kepada para peguam Amanah.Taklimat mengenai tugas-tugas mereka diberikan oleh Timbalan Pengerusi Biro Undang-undang Amanah (Kanun) Wan Anwar Wan Ibrahim.
"Tidak semua yang bertugas berada dalam majlis hari ini kerana sebahagian mereka sudah berada di lapangan sekarang untuk menyemak borang pencalonan dan menguruskan borang agen-agen calon," kata Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus, Penolong Setiausaha Agung Amanah.
Dalam majlis pelancaran ini, Mohamad Sabu memberikan amanat beliau kepada mereka disamping mengucapkan tahniah di atas kesediaan mereka menyertai program ini.
Sebelum ini, Amanah melancarkan Kanun bersama 100 Peguam yang menyertai Amanah.
Kebanyakan peguam yang selama ini memimpin Pas kini menyertai Amanah termasuk pengerusi Kanun, Mohamed Hanipa Maidin.

PAS Kembali Ke Asalnya, Hidupkan Semula Budaya Takfiri

KEBIMBANGAN DENGAN UCAPAN PENGGULUNGAN PRESIDEN PAS DALAM MUKTAMAR 2016

Saya terpanggil untuk menulis dan meluahkan pandangan saya apabila membaca ucapan penggulungan Presiden Pas di Muktamar Pas 2016, yang bagi saya telah mencapai tahap melampau dan bakal membawa Pas kepada sebuah parti politik yang berideologi pelampau dan ekstrim.

Arwah ayah saya, seorang ahli Pas tegar tetapi berjaya mendidik 9 orang anak-anak beliau serta menjadi seorang ikon Imam Rakyat yang disukai rakyat pelbagai lapisan masyarakat, bangsa dan pegangan politik, tidak pernah mengajar saya menjadikan parti Pas seperti sebuah agama. Saya tidak pernah dengar dari mulut beliau dalam mendidik saya, bahawa kalau keluar Pas sama seperti hilang aqidah. Apa yang menyedihkan saya hari ini, ianya keluar dari mulut seorang Presiden parti politik yang mahu perjuangkan Islam.


Ucapan penggulungan Presiden Pas, Hj Abdul Hadi Awang, pada hari ini telah menjadikan parti politik Pas seperti telah mencapai tahap sebuah agama. Persepsi dan pemahaman sedemikian adalah berdasarkan ucapan dan penegasan beliau bahawa semua ahli mesti menumpahkan ketaatan kepada parti itu kerana ia seumpama akidah.

"Kita perlu ada jati diri. Untuk berada dalam parti Islam Se-Malaysia kena ada akidah perjuangan. Jikalau kita tidak taat, hilang akidah kita," katanya dalam ucapan penggulungan muktamar ke-62 di sini pagi ini.

Ucapan ini juga dikaitkan dengan tersingkir dan keluarnya sebahagian dari kepimpinan dan ahli-ahli Pas dari parti politik Pas dan membentuk sebuah parti politik baru bernama Parti Amanah Negara (Amanah). Secara berterusan, ahli-ahli Amanah ini dilabelkan sebagai pengkhianat walhal perbezaan pandangan politik yang mencetuskan penubuhan parti politik adalah satu perkara biasa dalam pentas politik negara demokrasi.

Bagi Presiden Pas dan pengikut-pengikut beliau, ahli-ahli Amanah adalah pengkhianat. Begitu juga ahli-ahli yang tidak taat dan keluar parti, pemahaman mudahnya mereka telah hilang aqidahnya.

Sebelum itu, seorang penulis Pas, Alang Ibn Shukrimun, telah menulis mengenai penyampaian Kuliah Jumaat Presiden Pas (digelar juga Ayah Chik), bertarikh 13 Mei 2016, yang bertajuk *PENGKHIANAT HUKUMNYA DIBUNUH*.

PRK kali ini PH lawan BN dan sekutunya, bukan tiga penjuru, kata Asmuni


Asmuni AwiAsmuni Awi
Pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kangsar adalah pertandingan satu lawan satu antara Pakatan Harapan (PH) dengan Barisan Nasional (BN) dan sekutunya, bukan pertandingan tiga penjuru, tegas Pengerusi Amanah Perak Asmuni Awi.
Sekutu BN itu dipercayai merujuk kepada Pas yang dilihat memusuhi Amanah sebaliknya sangat mesra Umno malah mahu bertindak sebagai penasihat kerajaan melalui kerjasama politik.
“Pertandingan ini bukan pertandingan tiga penjuru. Ini mesej yang kita nak sampaikan kepada rakyat.
“Ini adalah pertandingan satu lawan satu Pakatan Harapan dan Barisan Nasional dan sekutunya. Biarlah mereka menghunus keris panjang mana pun kita anggap mereka ini sama dengan Umno Barisan Nasional.
“Mereka masuk bertanding mereka mengatakan kami bukan nak ubah Najib. Kami bukan nak ubah pemerintahan Umno. Kita tak tahu tujuan apa mereka masuk (pilihan raya),” katanya ketika berucap di majlis pelancaran Bilik Operasi DAP di Jalan Taiping, Kuala Kangsar hari ini.
Amanah meletakkan Naib Ketua Amanah Kawasan Kuala Kangsar Dr Ahmad Termizi Ramli bagi mewakili Pakatan Harapan.
Manakala Pas mempertaruhkan Ketua Dewan Muslimat Pas Perak, Dr Najihatussalehah Ahmad sementara BN menamakan balu Allahyarham Datuk Wan Khair-il Anuar Wan Ahmad Datin Mastura Yazid sebagai calon mereka.

Azalina: PM, TPM arah usul Hadi dibawa ke depan

Arahan menyegerakan usul rang undang-undang persendirian Datuk Seri Abdul Hadi Awang dibentangkan di Dewan Rakyat datang daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata demikian apabila ditanya sama ada beliau mendapat kebenaran kabinet sebelum mengemukakan usul menyegerakan rang undang-undang dibawa Hadi pada hari terakhir sidang parlimen 26 Mei lalu.
"Dalam tugas saya sebagai menteri menjaga urusan parlimen, saya bertanggungjawab kepada pemimpon majoriti, iaitu perdana menteri dan ketua whip, iaitu timbalan perdana menteri.
"Justeru arahan untuk membawa ke depan (usul rang undang-undang persendirian Hadi) dari nombor 15 ke nombor satu sudah pasti daripada pemimpin majoriti dan ketua whip kerana itulah prosedur yang diperlukan di parlimen," katanya kepada media di Sungai Besar hari ini.
Azalina berkata dia mendapat arahan daripada perdana menteri selepas melaporkan maklumat disampaikan speaker Dewan Rakyat bahawa Datuk Seri Jamil Khir Baharom (menteri yang mengelola hal ehwal Islam) tidak keberatan usul Hadi dibahaskan.
"Saya hanya membaca Peraturan Mesyuarat 14 untuk membenarkan (ia dipindahkan) dari nombor 15 ke nombor satu," kata Azalina yang mendakwa tindakan itu bukan menyegerakan usul Hadi seperti digambarkan oleh sesetengah pihak, sebaliknya hanya membawa ia ke depan.
"Speaker memberitahu kami ada permintaan dibuat, apabila Jamil Khir memaklumkan tiada bantahan. Jadi tentulah menjadi tugas saya secara automatik (untuk melakukannya). Tidak timbul isu menyegerakan rang undang-undang itu," katanya.

3 borang pencalonan PRK Kuala Kangsar dibeli – SPR

Kemungkinan banyak yang datang beli borang itu tetap ada.
kuala-kangsar
KUALA KANGSAR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Perak mengesahkan tiga borang pencalonan dibeli setakat semalam, menjelang hari penamaan calon PRK Parlimen Kuala Kangsar esok.
Pengarahnya Ahmad Adli Abdullah berkata ada kemungkinan pembelian borang itu bertambah pada saat-saat akhir.
“Kemungkinan banyak yang datang beli borang itu tetap ada,” katanya.
PRK Kuala Kangsar diadakan berikutan kematian Ahli Parlimennya Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.
BN menamakan Datin Mastura Mohd Yazid, isteri Allahyarham Wan Mohammad Khair-il Anuar, sebagai calonnya manakala PAS meletakkan Ketua Dewan Muslimat PAS Perak Dr Najihatussalehah Ahmad.
AMANAH pula mencalonkan bekas profesor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Dr Ahmad Termizi Ramli.
Selasa lepas, penolong setiausaha Pemuda UMNO Cawangan Taman Cempaka di Selangor Syed Rosli Syed Harman Jamalullail menyatakan hasrat bertanding sebagai calon Bebas pada PRK Kuala Kangsar.
Proses penamaan calon diadakan di Dewan Jubli Perak Kuala Kangsar bermula 9 pagi esok.
Sebanyak 32,949 orang layak mengundi pada PRK itu mengikut daftar pemilih SPR sehingga 7 Mei lepas.

MENANTI BENTUK KEMPEN PAS DI SUNGAI BESAR DAN KUALA KANGSAR....

Pas baru saja selesai bermuktamar dan tugas paling dekat yang menantinya ialah pilihanraya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang penamaan calonnya pada 5 Jun, manakala pengundian ditetapkan 18 Jun depan.

Muktamar kali ini menampilkan kelainan bagi Pas kerana di samping bertanjak, bersilat dan memakai persalinan umpama pahlawan Melayu yang ditonjolkan, mereka juga buat pertama kalinya menjulang keris yang merupakan lambang kebanggaan pada logo serta bendera UMNO.

Selain sudah mendekatkan diri dengan UMNO sejak beberapa bulan lalu, Pas juga dalam masa yang sama dilaporkan mengambil pendekatan menolak politik dendam dan kebencian dengan tidak lagi semata-mata menentang atau menghentam kerajaan, sebaliknya akan menawarkan penyelesaian serta terbuka untuk bekerjasama.

Walaupun masih mengekalkan identitinya sebagai parti pembangkang dan kekal bercita-cita menawan Putrajaya, parti itu juga menawarkan diri untuk menjadi penasihat kepada kerajaan sedia ada dengan atas ia sebahagian amalan politik matang dan sejahtera yang diamalkannya itu.

Dengan semua perkembangan itu, sudah tentu pilihanraya kecil Sungai dan Kuala Kangsar ini menarik untuk diperhatikan yang pertandingan akan berlaku setidak-tidaknya tiga penjuru antara BN, Pas dan Pakatan Harapan. Jika ada calon Bebas yang turut bertanding, boleh jadi akan berlaku pertandingan empat atau lima penjuru.

Namun demikian, yang menarik untuk diperhatikan bukan lagi tentang siapa kalah dan siapa menangnya dalam pilihanraya kecil itu, tetapi bagaimana Pas mahu membawa dirinya dalam kempen dan ceramah yang akan diadakannya.

Adakah dengan amalan politik matang dan sejahtera serta menolak politik dendam dan kebencian itu, Pas benar-benar tidak akan melakukan serangan kepada UMNO, BN dan para pemimpinnya, terutamanya Najib Razak yang diperkatakan di seluruh dunia dengan skandal kewangan melibatkan diri, keluarga dan 1MDB yang diasaskannya?

Jika demikian, siapa yang akan disasarkannya dalam ceramah dan kempen nanti?

Adakah Pakatan Harapan, khususnya Amanah dan DAP pula yang dijadikan sasaran?

Kalau begitu, adakah amalan politik matang dan sejahtera serta menolak politik dendam dan kebencian itu hanya mengecualikan UMNO, BN dan pemimpinnya saja daripada serangan, sebaliknya Amanah dan DAP akan terus dihentam dan dikecam?

Tetapi, tidakkah pelik jika Pas sebagai pembangkang, mereka juga menyerang Pakatan Harapan yang berada dalam kedudukan yang sama dan tindakan itu akhirnya akan menyerlahkan muslihat untuk memberi kemenangan kepada UMNO dan BN?

Atau mungkinkah Pas tidak akan menghentam sesiapa dalam ceramah dan kempennya, sesuai dengan perubahan pendekatan yang diambilnya sekarang, sebaliknya hanya berkempen umpama memberi ceramah atau tazkirah agama semata-mata?

'PAS kini akui perjuangan Umno' - Nazri Aziz

Langkah PAS menonjolkan budaya Melayu dalam muktamar mereka di Kota Bharu yang berakhir semalam parti berkenaan kini mengikut jejak langkah Umno.
"Kalau mereka melakukan begitu (memaparkan unsur budaya Melayu yang ketara) maknanya PAS menyokong apa yang selama ini Umno katakan, iaitu kita memperjuangkan bangsa kita tetapi pada masa sama kita perjuangkan semua rakyat Malaysia," kata Datuk Seri Nazri Aziz.
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu ditemui media di Sungai Besar hari ini.
Kata Nazri formula Umno dan BN sudah terbukti berjaya selama hampir 60 tahun.
Sebab itu katanya PAS dan pembangkang lain meniru Umno serta BN.
Dalam muktamar terbaru PAS parti itu mengejutkan ramai apabila tampil dengan ciri kemelayuan yang ketara, bermula dengan perasmian persidangan dewan pemudanya.
Pada majlis itu Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Aziz dan beberapa pimpinan utama - selain Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man - hadir lengkap dengan pakaian seperti pahlawan Melayu.
Pada perasmian muktamar pula Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menghunus keris panjang sebelum menggunakan alat itu untuk upacara memotong pulut.

Budiman: PAS, AMANAH 'kekasih gelap' berebut hati Azmin

Calon BN untuk pilihan raya kecil Sungai Besar Budiman Mohd Zohdi menganggap PAS dan Parti Amanah Negara (AMANAH) sebagai dua kekasih yang bergelut untuk merebut 'sekeping hati' yang sama.
Kata ADUN Sungai Panjang itu, keadaan berkenaan menyebabkan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bingung dan "pening kepala".
Pada masa sama, Budiman menganggap PAS yang akan menentangnya dalam pilihan raya kecil 18 Jun ini sebagai "kekasih gelap" Azmin.
"Kenapa (PAS dianggap seperti) kekasih gelap?
"Pada masa yang sama dia (Azmin yang mewakili PKR) ada 'isteri' yang bernama PAS. Kemudian dia binkan dengan PKR. Pada masa yang sama dia ada kekasih gelap nama PAN (merujuk kepada AMANAH), bin dengan DAP.
"Kalau kita lantik (ADUN) daripada PAN, hari ini pun Azmin dah pening kepala," katanya
Budiman berucap kepada masyarakat setempat di suatu program lawatan di Homestay Batu 23, Sungai Nibong hari ini.
Turut hadir Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz.
Pilihan raya kecil Sungai Nibong akan diadakan pada 18 Jun ini ekoran kematian penyandangnya Datuk Noriah Kasnon dalam kemalangan helikopter di Sebuyau pada 5 Mei lalu.
Nak datang jauh
Penamaan calon untuk pilihan raya kecil itu diadakan esok.
Proses itu akan dijalankan serentak dengan kawasan parlimen Kuala Kangsar.
Terdahulu kira-kira 100 orang yang hadir mengadakan bacaan tahlil untuk Noriah.

Saya khadam rakyat, kata bakal calon Amanah


Saya khdam rakyat kata Dr Ahmad Termizi RamliSaya khdam rakyat kata Dr Ahmad Termizi Ramli
Naib Ketua Amanah Kawasan Kuala Kangsar Dr Ahmad Termizi Ramli yang diumumkan sebagai calon Pakatan Harapan Khamis lalu menegaskan beliau merupakan khadam rakyat, bukan khadam DAP.
Ahmad Termizi berkata, beliau bersedia menjadi khadam rakyat untuk berbakti kepada masyarakat bagi menyelamatkan Malaysia.Pelancaran pejabat operasi DAP PRK Kuala KangsarPelancaran pejabat operasi DAP PRK Kuala Kangsar

“Secara peribadi saya tidak ada apa-apa kepentingan lagi. Dengan pencapaian saya yang agak baik selama ini, ssaya yakin kemudahan yang saya dapat adalah hasil daripada duit poket rakyat jadi sudah tibanya saya berbakti kepada masyarakat.

“Saya khadam rakyat, bukan khadam DAP. Khadam rakyat untuk berbakti dan memastikan negara ini dapat diselamatkan dengan sokongan dan bantuan rakyat,” katanya ketika berucap di majlis perasmian Pusat Operasi DAP bagi menghadapi pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kangsar di Jalan Taiping, Kuala Kangsar hari ini.

Beliau juga berkata, sebagai anak tempatan Kuala Kangsar, beliau berasa bertanggungjawab untuk memenangkan Pakatan Harapan seterusnya berkhidmat kepada masyarakat di parlimen itu.

“Saya adalah anak tempatan. Kebetulan pejabat Amanah itu di Jalan Daeng Selili. Daeng Selili adalah datuk moyang saya.

“Selang sejalan Jalan Datuk Seri Maharaja Lela. Saya adalah keturunan yang ke enam daripada Datuk Seri Maharaja Lela.

“Jadi InsyaAllah darah pahlawan dan panglima yang mengalir dalam diri saya ini saya akan manfaatkan untuk menyelamtkan negara,” katanya yang juga Ahli Jawatankuasa Biro Antarabangsa Amanah.

Ahmad Termizi akan berhadapan dengan dua calon wanita iaitu Datin Mastura Mohd Yazid dari BN dan Dr Najihatussalehah Ahmad dari Pas pada hari pembungan undi 18 Jun ini.

DAP siap sedia bantu Amanah
Sementara itu, Setiausaha DAP Perak Wong Kah Woh berkata, parti itu sudah bersiap sedia membantu calon Amanah bagi memenangkan Pakatan Harapan di parlimen itu.

ORANG MELAYU AKAN ‘HANYUT’ JIKA…..

Orang Melayu akan ‘hanyut’ entah ke mana sekiranya keadaan yang berlaku dalam negara kini tidak diperbetulkan dengan kadar segera. Dan kedua PRK yang akan diadakan tidak berapa lagi merupakan langkah yang awal yang paling sesuai untuk memperbetulkan keadaan sedemikian.
            Ketika ‘meniti’ usia yang sudah ‘senja’ aku sentiasa memikirkan tentang nasib masa depan orang Melayu khususnya dan nasib anak Malaysia secara umumnya, nasib anak cucu kita yang akan menempuh zaman-zaman yang mendatang. Aku amat bimbang dengan keadaan yang melanda negara kini. Jikalau pada suatu ketika dahulu kita sentiasa memperkatakan tentang ‘tidak akan hilang Melayu di dunia’ (kononnya kata-kata hikmat Hang Tuah yang pada akhir-akhir ini sudah terbukti tidak wujud dalam zaman kerajaan Melaka), tetapi aku amat bimbang sekiranya pada masa terdekat kita menangisi tentang nasib orang Melayu yang sudah ‘hanyut’.
            Aku mengharapkan tidak ada rintihan yang sedemikian terkeluar dari sanubari dan perasaan anak cucu kita pada masa akan datang. Dan aku harap juga agar anak cucu kita (pada suatu ketika nanti) tidak menyumpah dan mengutuk generasi dan pemimpin hari ini yang telah merosak-punahkan kehidupan mereka. Dan tentulah tidak perlu ditangiskan lagi oleh generasi terkemudian ‘nasi yang sudah menjadi bubur’.
            Aku tidak setuju dengan ‘dendangan’ yang sentiasa ditiupkan di telinga orang Melayu hari ini, kononnya orang Melayu sudah setaraf dengan penduduk dunia lain. Orang Melayu sudah maju setaraf dengan bangsa lain di dunia. Kononnya orang Melayu sudah boleh berdiri sama tegak dan duduk sama rendah dengan bangsa lain di dunia. Dan kononnya ‘tidak akan Melayu hilang di dunia’. Hanya ‘rhetorik’ untuk menyedapkan hati orang Melayu. Hanya kata-kata manis untuk membiarkan orang Melayu terus ‘lena’. Inilah kata-kata yang selalu ‘dinyanyikan’ oleh pemimpin kini semata-mata untuk menghayalkan orang Melayu khususnya ( sedangkan golongan bukan Melayu tidak langsung terpengaruh dengan kata-kata sedemikian)
            Aku tidak menafikan tentang kemajuan yang dicapai oleh orang Melayu. Memang ada. Memang ada perbezaan antara kampung Melayu dahulu dengan kampung Melayu kini. Jikalau dulu jalan kampung tidak bertar tetapi kini telah diperluaskan. Jikalau dulu gertak (jambatan) kampung hanya darpada batang kelapa yang dilintangkan tetapi kini sudah tidak kelihatan lagi ‘jambatan’ yang sedemikian. Jikalau dulu pelita bersumbu yang menerangi kegelapan malam maka kini cahaya letriklah yang memainkan peranan sedemikian. Jikalau dulu air telaga yang menjadi air bersih untuk minuman tetapi kini sudah bertukar kepada paip.

PRK pertama saksikan Umno dan Pas lebih 'saling hormat menghormati'

Calon Amanah Dr Termizi RamliCalon Amanah Dr Termizi Raml
Kempen PRK Kuala Kangsar bemula esok bakal menyaksikan Umno dan Pas lebih 'saling hormat menghormati' dan matang dalam kempen politik mereka berikutan senario politik serta 'hubungan baik' kedua-dua parti itu.
"Biasanya peluru (kempen) Pas dituju kepada BN, tetapi kali ini saya nampak ia (kempen dan percakaran) lebih kepada Amanah dan ini memberi kelebihan kepada BN," kata penganalisis politik Prof Madya Dr Jeniri Amir kepada Bernama ketika dihubungi.
PRK parlimen Kuala Kangsar ini juga bakal menyaksikan pertandingan sekurang-kuranngnya tiga penjuru selepas Barisan Nasional (BN), Pas dan Parti Amanah Negara (Amanah) mengumumkan calon mereka.
Kerusi yang secara tradisinya menjadi pertembungan Umno (yang mewakili BN) dan Pas itu, menurut penganalis politik, kini pastinya lebih menarik menerusi penyertaan Amanah, parti serpihan Pas.
Mereka berpendapat, kempen PRK itu juga bakal menyaksikan Umno dan Pas lebih 'saling hormat menghormati' dan matang dalam kempen politik mereka berikutan senario politik serta 'hubungan baik' kedua-dua parti itu.
"Biasanya peluru (kempen) Pas dituju kepada BN, tetapi kali ini saya nampak ia (kempen dan percakaran) lebih kepada Pas dan Amanah dan ini memberi kelebihan kepada BN," kata penganalisis politik Prof Madya Dr Jeniri Amir kepada Bernama ketika dihubungi.
BN sebelum ini mengumumkan Datin Mastura Mohd Yazid, isteri Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, penyandang kerusi itu, sebagai calon mereka.
PAS pula menamakan Ketua Dewan Muslimat PAS Perak Dr Najihatussalehah Ahmad, manakala Amanah mencalonkan bekas profesor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Dr Ahmad Termizi Ramli.

Usah biar kerajaan asing ‘curi’ pelajar kita, DAP rayu komuniti korporat sedia biasiswa

PETALING JAYA, 3 JUN: Komuniti korporat dirayu untuk membantu sembilan pelajar cemerlang yang terkandas mengikuti  program biasiswa luar negara Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) setelah kerajaan gagal melunaskan janjinya dengan merombak perjanjian biasiswa tersebut sebelum ini.
Rayuan ini dibuat setelah pelbagai usaha dilakukan termasuk pertemuan dengan pegawai dan pemimpin-pemimpin tertinggi kerajaan termasuk Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, Ketua Pemuda MCA Senator Chong Sin Woon, Setiausaha Perdana Menteri Datuk Wong Nai Chee dan sebagainya menemui jalan buntu.
tony jpa“Kita amat kecewa kerajaan memilih untuk menghampakan pelajar-pelajar cemerlang ini yang telah berjaya untuk memasuki universiti-universiti terbaik dunia seperti yang diiktiraf JPA sendiri,” kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua Kiam Wee.
Menurutnya walaupun pelajar-pelajar tersebut diberi tawaran baharu untuk melanjutkan pendidikan ke universiti tempatan, sebahagian kursus yang ditawarkan di universiti luar negara mempunyai kualiti dan perbezaan yang amat ketara .
“Misalnya ada pelajar kita diterima melanjutkan pengajian dalam jurusan perubatan di Universiti Cambridge, universiti ini hanya menawarkan 20 tempat kepada pelajar bukan rakyatnya dan Kesatuan Eropah.
“Namun, beliau tidak dapat lanjutkan pengajian kerana tidak mendapat biasiswa. Pihak keluarga juga tidak mampu menampung yuran pengajian yang tinggi di sana,” jelasnya.
Meskipun kerajaan memberi alasan kekangan kewangan negara untuk merombak perjanjian program bursari JPA itu, Tony menegaskan bahawa biasiswa pendidikan bagi pelajar cemerlang negara ini tetap perlu diutamakan kerana ia merupakan satu pelaburan menguntungkan buat negara.

Kuala Kangsar mesti mengundi tolak GST, protes 1MDB

KUALA KANGSAR, 3 JUN: Pilihanraya kecil Parlimen Kuala Kangsar merupakan platform terbaik bagi rakyat Perak menunjukkan bantahan terhadap segala dasar membebankan serta penyelewengan yang berlaku dalam pemerintahan kerajaan Barisan Nasional, kata Ahli Parlimen Batu Gajah, V. Sivakumar.
prk kuala kangsar ahmed termiziJelasnya, PRK Kuala Kangsar perlu dianggap sebagai satu referendum untuk membuktikan rasa tidak puas hati rakyat terhadap skandal 1MDB dan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang amat menghimpit kehidupan rakyat.
“Jika BN menang dalam pilihanraya kecil ini, kerajaan akan menganggap rakyat bersetuju dan tidak peduli tentang pelepasan wang berbilion ringgit dalam skandal 1MDB.
“Malah, kerajaan juga akan menganggap ini sebagai satu pengiktirafan rakyat terhadap cukai GST yang dikenakan selama ini, dan kemudian mendorong kerajaan menaikkan lagi kadar GST pada masa depan,” jelasnya dalam satu kenyataan.
Sivakumar yang juga Timbalan Pengerusi DAP Perak meminta pengundi Kuala Kangsar memilih calon Pakatan Harapan dari Parti AMANAH, Dr. Ahmed Termizi Ramli yang merupakan seorang profesor dalam bidang fizik nuklear untuk mewakili mereka di Parlimen.
Katanya, Dr. Ahmed Termizi merupakan seorang anak tempatan yang menonjolkan potensi cemerlang dan telah banyak berkhidmat untuk negara melalui pelbagai pencapaian serta penemuan dalam bidang akademik.
“Walaupun ramai mengatakan pilihanraya kecil ini bakal melihat pertembungan tiga penjuru, namun kita harus ingat bahawa perlawanan sebenar ialah antara Pakatan Harapan dan BN.
“Ia merupakan satu perjuangan menentang kezaliman dan ketidakadilan yang semakin teruk berlaku di negara kita. Rakyat Perak perlu mengambil peluang ini untuk membetulkan segala yang tidak betul dalam negara kita dengan mengundi calon Pakatan Harapan,” ujarnya.
Dr. Ahmed Termizi, 61, merupakan seorang profesor lulusan Sarjana Muda Fizik dari Universiti Leeds (1975) dan Sarjana Muda Kesihatan dan Keselamatan Radiologi dari University of Salford (1980).
Beliau kemudiannya menyambung pengajian dalam bidang Diploma Fizik Pengionan dan PhD dalam bidang Fizik Perubatan dari Universiti Swansea, Wales (1984).
Menghabiskan persekolahannya di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Ipoh, Dr. Ahmed Termizi bersara sebagai Profesor Gred B di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan kini bergiat aktif dalam politik.
Bapa kepada sembilan cahaya mata itu merupakan Ahli Jawatankuasa Biro Antarabangsa dan Biro Pilihanraya AMANAH Nasional, Ahli Jawatankuasa Biro Politik AMANAH Perak serta Naib Ketua AMANAH Kuala Kangsar selain aktif dalam Pertubuhan IKRAM Malaysia.

PH lebih dinamik berbanding BN, wajar diberi undi – Penganalisis

Musuh Pakatan Harapan (PH) melabelkan gabungan itu menuju kegagalan kerana parti-parti komponennya seringkali bertelagah atau perselisihan faham.
Namun demikian, seorang penganalisis politik, Steven Tan dari sebuah badan bukan-kerajaan memberi pendapat berlainan. Katanya, pendapat yang berlainan bukan kelemahan sebaliknya mencerminkan demokrasi yang sangat subur dalam gabungan berusia hampir setahun itu.
“Perselisihan faham atau pendapat menunjukkan ketiga-tiga parti komponen Pakatan mempunyai kuasa dan hak yang sama.
PH lebih dinamik berbanding BN, wajar diberi undi - Penganalisis“Yang perlu sekarang ialah semua komponen bekerjasama, mempunyai hala tuju yang sama dalam menyelesaikan perselisihan secara bertolak-ansur. Kalau mereka boleh berbuat begitu maka PH akan mencapai kejayaan,” katanya kepada Suara pakatan daily.
Beliau berpendapat gabungan BN tidak demokratik, hanya satu parti yang mempunyai kuasa mutlak dan parti lain mesti mematuhi parti yang berkuasa mutlak itu.
Pentadbiran koalisi seperti itu, kata beliau, adalah bercorak diktator dan parti-parti komponen menjadi ‘Pak Angguk’ atau ‘Pak Turut’ sahaja yang tidak mempunyai suara dan kekuatan.
“Justeru itu, para pengundi dan penyokong Pakatan wajar faham perselisihan antara komponen adalah tanda yang sihat dan mereka tidak harus menghentikan sokongan oleh kerana perselisihan pendapat tersebut.
“Di dalam PH sahaja demokrasi dan hak bersuara benar-benar dipraktikkan. PKR, DAP dan Amanah boleh memberi pendapat masing-masing sebab suara mereka tidak dikongkong,” tambahnya.
Steven menggesa agar rakyat Malaysia lebih matang dan bijak menilai apabila tiba masa mengundi dengan meneliti gambar keseluruhan politik negara. Jika PH tidak dipilih kerana hanya terdapat perselisihan faham dalam gabungan itu, katanya, maka rakyatlah yang akan menanggung akibatnya nanti.

Hudud atau pemerkasaan mahkamah syariah?

Oleh Mujahid Yusof Rawa
Dalam disiplin pengurusan, proses membuat keputusan adalah sama penting dengan keputusan yang kita ingin capai. Ia bukan sekadar memperkukuhkan keputusan sebagai natijah hujungnya tetapi juga proses memantulkan nilai inklusiviti, bertanggungjawab dan nilai kesemuaan pertimbangan dan perkiraan untuk tujuan diaudit para pengkritik, serta mempertahankan hujah kenapa sesuatu keputusan diambil.

Prinsip pengurusan di atas tidak terkecuali dalam semua bidang kehidupan termasuk menguruskan soal-soal pemerintahan.

Syariah sebagai asas pembangunan negara dalam menentukan dasar dan perundangan tidak terlepas daripada aspek pengurusan dan pentadbiran, malah premis fikah telah teranjak dari sekadar fatwa agama kepada memahami usul sesuatu fatwa agar dapat diperluaskan skopnya sebagai qias kepada hukum yang sedia ada.

Namun ia tidak berhenti sekadar itu. Perkembangan semasa telah menganjak fikah dan usul kepada satu tahap proses berfikir dalam membuat keputusan disandarkan kepada mencapai maksud dan tujuan nilai-nilai syariah lebih besar dan utama iaitu maqasid al-shariah.

Ringkasnya hukum-hakam yang hendak dipraktikkan dalam polisi dan perundangan negara perlu mengambil kira waqie (realiti daerah pelaksanaan).

Kedua, kesan (maalatul af'al) sama ada tujuan utama - seperti keadilan, kesaksamaan dan kemanusiaan - tercapai dan akhirnya ialah, keputusan yang berpandukan keutamaan atau keseimbangan daripada semua masukan (inputs) semasa proses memahami realiti dan kesan perkiraan.

Imam Al-Syatibi Al-Gharnaqi telahpun menghuraikan proses berfikir di atas dalam kitabnya Muwafaqat dengan memberikan sesuatu nas hukum dengan spektrum yang lebih luas ke atas al-mahkum alaihi (objek atau daerah hukum itu hendak dipraktikkan).

Pertimbangan paling utama semasa proses membuat keputusan ialah untuk mencapai maslahah ’ammah (manfaat umum) di penghujungnya, dan bukan maslahah (boleh juga dibaca muslihat atau mepentingan) kelompok ataupun agenda sempit.

Gangguan kepentingan sendiri apatah lagi untuk tujuan jangka pendek adalah penyebab utama sesuatu keputusan itu dianggap terburu-buru, tidak konsisten dan boleh diragui.

Pemikiran maqasid di atas amat penting dalam memahami usul rang undang-undang persendirian yang dibuat oleh ahli parlimen Marang pada hari terakhir sesi Dewan Rakyat pada Mei 2016 lalu.

Kekelliruan jejaskan syarat pertama

Ia berkenaan pindaan yang dicadangkan untuk Akta 355 dalam Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965. Khusus untuk seksyen 2, MP Marang secara umum mahukan syarat keterbatasan kuasa mengenakan hukuman dalam Mahkamah Syariah (tiga tahun penjara, RM5,000 denda dan enam kali sebatan) diperluaskan kepada “mengikut hukuman yang ditetapkan oleh undang-undang syariah Islam...tidak membawa kepada hukuman mati”.

Meneliti secara substantif usul tersebut, kita tidak terelak daripada cuba memahami dua persepsi, iaitu adakah ia muqaddimah kepada pelaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan yang didakwa sebagai Hudud oleh pemimpin PAS, atau pemerkasaan bidang kuasa mahkamah syariah yang didakwa oleh pemimpin Umno?

Kekeliruan ini pada awalnya telah menjejas syarat pertama proses membuat keputusan iaitu kejelasan (clarity).

Tidak perlu kaitkan PKR dalam masalah DAP, Pas

KOTA BHARU - Pemuda Pas tidak sepatutnya mengaitkan PKR dalam kemelut dihadapi bersama Parti Amanah Negara (Amanah), dan DAP.
Ahli Majlis Pimpinan Pusat Angkatan Muda Keadilan (AMK), Mohd Sukirman Mustafa berkata, umum mengetahui PKR sebuah parti yang sentiasa menjalinkan kerjasama dengan rakan-rakan pembangkang lain demi menjayakan misi menumbangkan BN pada pilihan raya akan datang.
Mohd Sukirman Mustafa “Pemuda Pas juga tidak seharusnya memberi kata dua kepada PKR kerana kerjasama kedua-dua parti masih berjalan di Kelantan dan Selangor, bukan hanya dari segi pentadbiran malah perkongsian kuasa dan urus tadbir.
“Apakah kita mahu korbankan sebuah kerjasama hanya kerana pertelingkahan yang jelas merugikan rakyat, “ katanya kepada Sinar Harian ketika mengulas desakan Pemuda Pas, agar tahaluf siyasi dengan PKR dikaji semula.
Mohd Sukirman berkata, merujuk kepada hubungan PKR dan DAP serta Amanah, ia adalah dalam kerangka Pakatan Harapan yang ditubuhkan sebelum ini di mana Pas pernah diajak untuk bersama.
“Cinta yang mungkin tidak bertahan sebagaimana kenyataan Ketua Penerangan, Ahmad Fadhli Shaari itu boleh diterbalikkan jika semua pihak berlapang dada dan bersatu untuk menentang BN dan tidak sekali-kali terjerat dengan permainan mereka,” katanya.
Bagaimanapun, Mohd Sukirman berkata, jika keputusan memutuskan hubungan dengan PKR itu dilihat lebih menguntungkan, ia adalah pilihan Pas sendiri.
“Walaupun ia sebenarnya dilihat hanya untuk menimbulkan reaksi negatif dalam kalangan rakyat apabila pembangkang gagal bersatu,” katanya.
Ahmad Fadhli ketika membahaskan ucapan dasar presiden pada Muktamar Pas Kali Ke- 62 kelmarin mengajak semua pimpinan dan ahli parti agar menilai kembali tahaluf siyasi dengan PKR.

PRK jadi tempat PAS dan AMANAH 'menguji' sokongan

Pilihan raya kecil Parlimen Kuala Kangsar pada 18 Jun ini dilihat lebih kepada pertembungan antara PAS dan Parti Amanah Negara (AMANAH) dalam 'menguji' sokongan pengundi terhadap mereka, kata pemerhati politik.
Dan menurut pemerhati politik, pertelagahan PAS dan AMANAH itu akan menyebabkan berlakunya perpecahan undi dalam kalangan penyokong parti pembangkang.
"Tidak saya nafikan calon AMANAH dan PAS cukup berwibawa namun ia bukan halangan besar kepada calon BN di Kuala Kangsar berdasarkan kepada rekod baik BN di kawasan itu," kata penganalisis politik Prof Madya Dr Jeniri Amir ketika dihubungi Bernama.
PRK itu diadakan berikutan penyandangnya, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad terkorban dalam nahas helikopter di Sarawak pada 5 Mei lepas.
BN, PAS dan AMANAH telah mengumumkan calon mereka bagi PRK Kuala Kangsar.
BN menamakan Datin Mastura Mohd Yazid, isteri Allahyarham Wan Mohammad Khair-il Anuar sebagai calonnya.
Manakala PAS pula menamakan Ketua Dewan Muslimat PAS Perak Dr Najihatussalehah Ahmad dan AMANAH mencalonkan bekas profesor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Ahmad Termizi Ramli.

Selain itu, anggota Pemuda Umno, Syed Rosli Syed Harman Jamalullail turut mengumumkam di media sosial akan bertanding sebagai calon Bebas.
Kerusi yang secara tradisinya menjadi pertembungan Umno (yang mewakili BN) dan PAS itu, menurut penganalis politik, kini pastinya lebih menarik menerusi penyertaan AMANAH - parti serpihan PAS.

Kempen PRK itu juga dijangka bakal menyaksikan Umno dan PAS lebih 'saling hormat menghormati' dan matang dalam kempen politik mereka berikutan senario politik serta 'hubungan baik' kedua-dua parti itu.

"Biasanya peluru (kempen) PAS dituju kepada BN, tetapi kali ini saya nampak ia (kempen dan percakaran) lebih kepada PAS dan AMANAH dan ini memberi kelebihan kepada BN," kata Dr Jeniri, yang juga pensyarah kanan Fakulti Sains Sosial Universiti Malaysia Sarawak (Unimas).
Sementara itu, penganalisis politik Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata pertelagahan PAS dan AMANAH akan menyebabkan berlakunya perpecahan undi dalam kalangan penyokong parti pembangkang.

"Saya menjangkakan undi penyokong parti pembangkang akan pecah dua, dan pastinya memberi kelebihan kepada BN," katanya kepada Bernama.

Bijak atau bodoh, ANDA saja yg boleh menilaikannya sendiri.


Muktamar PAS 2016 : Berubah atau mengubah?

Pemimpin camnilah pujaan idaman Najib & Umno agar banyak lagi subsidi rakyat dapat dihapuskan.


Wajah2 baru 'FRONT PAGE' Utusan..


'Mabuk ada bermacam mabuk...'

Ke hadapan adinda Nik Abduh Nik Abdul Aziz,

Kekandamu Mujahid Yusof Rawa menulis kerana khabarnya adinda merindui kekanda-kekanda dalam ucapan adinda di Muktamar tempoh hari. Kekanda turut merindui adinda-adinda dalam Dewan Pemuda kerana kekanda pernah berada di situ selama beberapa penggal sebelum tamatnya tempoh pemuda. Kemudian kekanda berada di Kepimpinan PAS Pusat menyumbang ide dan berbakti kepada nusa dan bangsa melalui wadah PAS. Itulah wadah kita dan ayahanda kita. Kekanda selalu diingatkan bahawa masa depan parti berada di tangan pemuda-pemuda seperti kami dan sekarang adinda-adindalah mencorakkan masa depan parti PAS. Kekanda-kekanda yang adinda rindui kini dalam wadah AMANAH dan bukannya PAN seperti yang disebut oleh pendokong parti adinda. Entahlah samada liat lidah mahu menyebut AMANAH atau sengaja memanggil orang dengan nama yang tidak betul untuk tujuan memerli.
Adinda Nik Abduh,
Kekanda sedia maklum adinda suka berpuitis dengan berbahasa kiasan. Kiasan itu amat indah malah ia menjadi sihir yang memukau kerana susunan kata yang dikarang. Memang begitu peradaban kata-kata dan yang menuturnya pasti seorang Adib (sasterawan) yang tinggi budi pekerti dan kata-katanya. Adinda akan bersetuju dengan kekanda bahawa ramai kita yang jahil tentang seninya kata-kata umpama sihir yang memukau penonton, mereka yang jahil seni sering salah anggap bahasa kiasan yang kita gunakan dan menganggapnya satu hakikat.
Usaha terkini adinda membuat kiasan ‘mabuk’ kepada bekas pimpinan PAS yang kemudian menubuhkan AMANAH dan dikaitkan pula dengan parti DAP yang bertanggungjawab 'memabukkan' mereka menjadi perbualan ramai. Kekanda sudah biasa dengan bahasa kiasan dan kekanda juga boleh dengan bahasa kiasan menjawab ‘mabuk’ dan dimabukkan oleh DAP yang adinda cuba tamsilkan terhadap AMANAH.
Tahukah adinda bahawa mabuk itu ada macam-macam. Mabuk dunia, mabuk harta, mabuk pangkat, mabuk cinta, mabuk wanita dan pelbagai mabuk yang membayangkan seseorang itu telah lupa pertimbangan yang waras hanya untuk mencapai habuan yang diinginkan. Ada juga mabuk cinta yang menjadikan seseorang itu gila umpama kisah Laila Majnun. Maqam mabuk bisa sahaja sampai ke maqam Majnun (gila). Orang yang ‘gila’ akan melihat orang yang waras sebagai ‘gila’ dan tak akan mengaku dia gila kerana dia berada dalam alamnya tersendiri serta terperangkap di dalamnya.
Mabuk cinta juga dikaitkan dengan perbuatan yang pelik-pelik dan kadang-kadang dipanggil angau. Ini adalah kerana mabuk cinta menagih korban demi membuktikan kesetiaan cinta. Adakalanya pakaian biasa yang dipakai tidak lagi dipakai ikut selera tuan tubuh tetapi cara pakaian orang mabuk cinta ialah dengan memakai pakaian yang disuka kekasihnya. Bagi yang mabuk dia berasa hebat kerana memenuhi selera kekasihnya namun bagi orang lain yang melihat, ia sungguh pelik dan kadangkali mendengkilkan. Seorang yang mabuk cinta juga mahu orang lain memenuhi selera kekasihnya, lebih ramai yang pakai ikut selera mabuknya, lebih berbanggalah dia apatah lagi kalau ayahnya pun terikut-ikut dengan selera mabuknya demi untuk si kekasih hati.
Adinda ku Nik Abduh,
Mabuk laut juga dipakai sebagai kiasan kepada keadaan terhoyong-hayang bahtera yang dipukul gelombang dan gelora lautan sehingga si mangsa pening termuntah-muntah umpama orang yang mabuk meminum arak. Bercakap tentang bahtera, tahukah adinda salah seorang ulama besar nombor dua di dunia, pernah membuat kiasan “jikalau rasa ada bahtera lain lebih baik silalah ke bahtera lain”. Kiasan itu amat menusuk kalbu kekanda kerana bukan soal berpindah ke bahtera lain tetapi bahtera yang kekanda pernah ‘tumpang’ satu ketika dahulu sudah mulai bocor teruk bukan kerana orang di bawah menebuk untuk minum air tetapi orang yang di atas menebuk lubang kerana marahkan orang yang memberi amaran bahtera akan tenggelam. Lagipun pengemudinya dan anak kapal lain berebut habuan harta rampasan sehingga yang menumpang diabaikan, setiap kali mereka bersuara mereka diminta diam dan ikut sahaja arahan dan ada yang diberi amaran nyah dari bahtera ini jika banyak mulut.

5 Konspirasi Dunia Yang Akan Menghairankan Anda

Orang Malaysia Tidak Sensitif Dengan Rasuah - Mat Sabu

Jangan Terpukau Dengan Orang Macam Najib - Ariff Sabri

50 Bilion 1MDB, Apa Rakyat Dapat ? - Mahfuz

'Saya tidak akan khianati pimpinan parti saya' - Dr Rani

SUNGAI BESAR: Dr Abd Rani Osman menegaskan sasaran PAS bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar hanya untuk menumbangkan BN daripada terus meluaskan kuasa rakus dan kejam terhadap rakyat.

Katanya, PAS mahu mewakili rakyat dengan menghantar mesej bahawa BN sudah tidak layak untuk terus mentadbir negara kerana terlalu banyak melakukan kerosakan.

"Sasaran PAS hanya Umno BN. PAS hanya bermatlamat untuk berlawan dengan BN. PAS tidak akan bersekutu dengan Umno BN," tegasnya selaku calon PAS pada PRK itu.

Menurut beliau, PAS tidak akan bergabung dalam Pakatan Harapan jauh sekali tunduk dengan kehendak DAP.

Beliau akan terus istiqamah dalam perjuangan Islam yang didukungi PAS kerana PAS adalah satu-satunya parti yang berpandukan al-Quran dan as-Sunnah dalam setiap langkah yang dilakukan.

PAS juga, kata beliau merupakan parti yang dibimbing oleh Majlis Syura Ulamak khususnya melibatkan hukum.

"Saya tidak akan mengkhianati pimpinan parti saya," tegasnya sebagai respons terhadap saranan Adun Sekinchan supaya menyertai PAN untuk mendapat bantuan DAP ketika berkempen di Sungai Besar.

Ini kerana tegas beliau lagi, dalam PAS tiada jamaah dalam jamaah dan ahli akan akur dengan apa sahaja keputusan pimpinan tertinggi parti kerana mereka lebih berpandangan jauh dan lebih faham dengan kedudukan sebenar.

"Memabukkan dan Arak ": Terkilan dakwaan Pas terhadap Amanah

KUALA TERENGGANU – Pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah) Terengganu terkilan dengan kata-kata kurang sopan Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang mendakwa DAP ‘memabukkan’ dan ‘memberi arak’ kepada beberapa bekas pemimpin Pas sehingga tertubuhnya Amanah.
Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Shah Pengerusinya, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad yang menyedari kenyataan itu melalui satu rakaman berkata, ia tidak seharusnya dikeluarkan apatah lagi Nik Abduh merupakan anak kepada seorang tokoh negarawan yang dihormati.
“Pengasas Amanah majoritinya orang Islam dan dengan menggunakan istilah 'memberi arak' dan 'mabuk' memberi gambaran seolah-olah kami dihukum berakhlak rendah dan tidak bermoral,” katanya.
Beliau berkata, sekalipun Nik Abduh berasa marah kepada DAP, perumpamaan sedemikian tidak harus dikeluarkan apatah lagi rakyat kini di ambang bulan Ramadan.
Raja Bahrin yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu, turut menasihatkan Nik Abduh memelihara nama baik ayahnya yang juga bekas Mursyidul Am Pas yang disifatkan seorang ulama yang memberi contoh pekerti dan akhlak mulia.

Pas bekukan kerjasama dengan PKR

BUKIT CHANDAN - Pas Kuala Kangsar membekukan kerjasama dengan PKR Kuala Kangsar sepanjang PRK Parlimen berkenaan berikutan parti itu menyokong calon Amanah, Dr Ahmad Termizi Ramli.
Yang Dipertuanya, Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, kehadiran Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada majlis pengisytiharan calon Amanah bagi PRK terbabit bukti sokongan itu.
“Bagaimana Presiden PKR boleh hadir menyokong calon yang akan menentang rakan tahalufnya (Pas)?
RAJA AHMAD ISKANDAR AL-HISS “Pada saya, ia satu tindakan tikam belakang terhadap kami di Kuala Kangsar selain merupakan pengkhianatan terhadap tahaluf siyasi yang diasaskan bersama,” katanya.
Menurutnya, tindakan lanjut berhubung kerjasama itu akan  diserahkan kepada Pas Perak untuk menentukannya.
“Sebagai Yang Dipertua, saya sedikit tergores atas kehadiran dan ceramahnya di sana. Tergores kerana setahu saya Pas dan PKR masih rakan tahaluf,” katanya.
Mengulas mengenai PRK itu, beliau berkata, Pas Kawasan Kuala Kangsar akan bekerja keras bagi memastikan kemenangan diraih calon parti, Dr Najihatussalehah Ahmad.
Katanya, beliau optimis dengan peluang Pas dalam PRK itu meskipun akan berlaku pertandingan tiga penjuru.
“Malaysia sebuah negara demokrasi tidak pernah menghalang mana-mana parti atau individu dari bertanding dalam apa jua pilihan raya,” katanya.

APA YANG TAK BETULNNYA DENGAN KENYATAAN HADI AWANG INI?

Antara perkara yang disentuh oleh Hadi Awang dalam ucapan penggulungan Muktamar Pas kali ini ialah mengenai hasrat untuk meramaikan kawan dan bukan menambah musuh.

Kita perlu mengambil pendekatan strategik untuk meramaikan kawan sebanyak mungkin, bukan menambah musuh. Kemenangan bukan untuk balas dendam, tapi untuk menunjukkan kebaikan, kata Presiden Pas itu lagi.

Benarkah Pas suka ramai kawan?

Betulkah parti Islam itu tidak suka menambah musuh? 

Lupakah Hadi Awang berapa ramai yang dimusuhinya atau lafaz kata-katanya yang sekian banyak lebih menggamit permusuhan berbanding mengundang persahabatan?

Atau semua ini sekadar untuk menghalalkan lebih keintiman bersama dengan UMNO?

MEMBANTU BALU WAKIL RAKYAT IALAH MENJAGA KEBAJIKANNYA, BUKAN MENJADIKANNYA WAKIL RAKYAT JUGA

Di mana-mana, masih ada kedengaran pemimpin dan ahli UMNO yang bersungut dan keliru dengan pemilihan Mastura Mohd Yazid sebagai calon BN dalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Kangsar, 18 Jun depan.

Mereka tidak pasti sama ada ia benar-benar kehendak Najib Razak atau ia dicadangkan dengan bersungguh-sungguh oleh pihak lain seperti Zambry Abd Kadir selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Perak atau Zahid Hamidi yang atas kapasitinya menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden UMNO memang berperanan penting berkaitan mana-mana pilihanraya kecil.

Mereka juga tidak tahu apakah benar desas-desus yang berlegar di awang-awangan bahawa Mastura sendiri yang melobi dan berjumpa dengan pemimpin tertentu untuk menawarkan dirinya menjadi calon menggantikan arwah suaminya.

Bagi yang selalu bertemu arwah Wan Khairil Wan Ahmad, tentu sedar bahawa Mastura bukan saja biasa menemani suaminya berkempen dan bertemu pengundi di Kuala Kangsar, bahkan turut kerap menjadi pendamping setia di majlis-majlis tidak rasmi atau jamuan-jamuan di rumah pembesar-pembesar UMNO.

Lantaran itu, tidaklah menghairankan jika beliau dikenali atau mengenali sebahagian besar pemimpin UMNO atas kedudukannya sebagai isteri Wan Khairil.

Calon AMANAH calon terbaik buat penyokong Deklarasi Rakyat

Datuk Kadir Jasin menggalakkan peserta Deklarasi Rakyat berkempen bagi pihak calon AMANAH pada PRK di Kuala Kangsar dan Sungai Besar.
kadir jasin
PETALING JAYA: Calon AMANAH yang mewakili Pakatan Harapan merupakan calon terbaik buat penyokong-penyokong Deklarasi Rakyat yang dibawa mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Tokoh wartawan, Datuk Kadir Jasin juga menggalakkan peserta Deklarasi Rakyat berkempen bagi pihak calon AMANAH pada Pilihan Raya Kecil (PRK) di Kuala Kangsar dan Sungai Besar.
“Walaupun jalan di hadapan adalah mencabar bagi peserta dan penyokong Deklarasi Rakyat, namun apa yang mereka pamerkan sejak 4 Mac lalu memberi harapan baru kepada rakyat jelata yang ditindas akibat penyalahgunaan kuasa dan ketidakcekapan kerajaan Mohd Najib,” katanya.
Menulis di blog, Kadir turut menyenaraikan beberapa alasan mengapakah calon yang mewakili PH merupakan calon terbaik. Antaranya, melihat keppada situasi semasa antara PAS dan UMNO, rakyat tidak pasti siapakah yang menentang siapa dan besar kemungkinan kedua-dua parti ini sudah berpakat.
“Hadi mengaku berunding dengan ‘kerajaan’ mengenai pembentangan Rang Undang-Undang Bukan Kerajaan untuk meminda Akta (Bidang Kuasa Jenayah) Mahkamah Syariah Kelantan. ‘Kerajaan’ dalam konteks ini adalah Mohd Najib,” katanya.
Jelasnya, Najib kini juga tidak lagi menjaga kepentingan dan perasaan ahli dan penyokong UMNO tetapi mengambil hati Hadi serta Datuk Dr. Haron Din. Hal ini kerana, Najib dihantui kemungkinan dipecat melalui akuan berkanun oleh Dewan Rakyat.
“Antara hilang undi dan hilang jawatan, Mohd Najib lebih rela memperjudikan undi PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Najib percaya sebarang kemarahan pengundi UMNO/BN kerana bersekongkol dengan Hadi dan Haron boleh diubati oleh penawar ‘cash is king’,” jelasnya.

Bukan Islam tak percaya Umno, Pas

SEJAK dua minggu lalu, sudah berbuih mulut pemimpin Umno dan Pas beri jaminan RUU Persendirian yang dibentangkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam Parlimen 19 Mei lalu, bukan untuk pindaan melaksanakan undang-undang hudud.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri pun tampil berkata, parti-parti komponen dalam BN telah silap faham kerana RUU persendirian itu hanya untuk memperkasa Mahkamah Syariah.
Kata Umno, pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) tiada kaitan dengan pelaksanaan hukum hudud. Pelaksanaan hudud hanya ada kena mengena dengan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu, kawan-kawannya seperti MCA, Gerakan, MIC dan SUPP perlu yakin dan percaya kata-kata ini.
Manakala kata Pas, DAP tidak perlu campur tangan dalam perkara yang melibatkan orang Islam kerana tidak menyentuh hal orang bukan Islam.
Jadi, soalnya apakah masyarakat bukan Islam percaya akan kata-kata pemimpin Umno dan Pas ini?
Jawapannya mudah, masih tidak percaya! Pemimpin MCA, Gerakan, MIC dan SUPP sepakat menegaskan tindakan Abdul Hadi itu adalah 'pembuka jalan' untuk membenarkan undang-undang hudud dikuatkuasakan di negara kita.
Malahan semua menteri dan timbalan menteri bukan Islam ini sanggup meletakkan jawatan masing-masing sebagai protes sekiranya hukum hudud berjaya dilaksanakan di negara kita.
Begitu juga dengan pemimpin DAP dan pemimpin-pemimpin pembangkang bukan Islam yang lain. Mereka mengutuk Umno demi untuk melaksanakan undang-undang Islam, sanggup bersekongkol dengan Pas tanpa memikirkan perasaan masyarakat bukan Islam.
Sehingga hari ini, masyarakat bukan Islam, sama ada pemimpin politik, persatuan mahupun dewan perniagaan masih lantang mengkritik dan terus mendesak agar kerajaan menarik balik RUU persendirian itu.

Tun Mahathir tolak idea hantar calon Deklarasi Rakyat di PRK serentak


Syed Saddiq Syed Abdul RahmanSyed Saddiq Syed Abdul Rahman
Desas-desus kononnya bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan meletakkan calon bebas dari kalangan ahli dan penyokong Umno untuk bertanding di pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar untuk menentang calon BN tidak mungkin berlaku.
Jika perkara itu berlaku kemungkinan calon bebas itu hanya akan diletakkan di Kuala Kangsar.
Perkara ini disahkan oleh dua penggerak Deklarasi Rakyat iaitu Presiden Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) Kamarul Azman Habibur Rahman dan Jurucakap Challengers Syed Saddiq Abdul Rahman kepada Malaysia Dateline.
Turut diberitahu satu pertemuan membabitkan sekretariat Deklarasi Rakyat di Yayasan Perdana Putra telah diadakan pada Khamis.
Antara perkara yang dibangkitkan mengenai meletakkan seorang calon bebas di dua PRK ini.
Kamarul Azman yang hadir pada pertemuan itu mendakwa, dari awal Tun Mahathir yang juga penaung GKCM, bersepakat dengan beberapa pihak dalam sekretariat Deklarasi Rakyat untuk meletakkan seorang calon bebas.Kamarulazman Habibur RahmanKamarulazman Habibur Rahman
"Namun setelah berbincang kami berpendapat adalah lebih baik mengutama persahabatan antara rakan pakatan pembangkang untuk membuktikan lagi semangat setiakawan dalam usaha yang digerakkan bersama melalui Deklarasi Rakyat ini, berbanding kepentingan meletakkan calon bebas dikalangan orang Umno bertanding dalam PRK.
"Kami tidak akan letakkan calon pada PRK. Kami akan berkempen dan menyatakan bahawa Najib adalah pemimpin yang harus berundur," ujarnya.
Manakala Syed Saddiq yang turut hadir dalam pertemuan itu, mengakui adanya perbincangan mengenai siapa calon bebas untuk dua PRK itu dibangkitkan dalam pertemuan tersebut.
"Memang ada dibincangkan dikalangan ahli pendokong awal deklarasi rakyat.Tetapi tidak melibatkan pemimpin utama pakatan pembangkang, namun ada wakil mereka dalam pertemuan itu.

RUU Mahkamah Syariah bukan hudud, jangan peduli DAP, kata Asyraf Wajdi


Datuk Dr Asyraf Wajdi DasukiDatuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengulangi kenyataannya bahawa Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 2016 di Dewan Rakyat baru-baru ini hanya melibatkan pemerkasaan Mahkamah Syariah dan bukannya tentang hudud.
Beliau meminta orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan DAP, yang membantah pembentangan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 2016 di Dewan Rakyat baru-baru ini.
Pada 26 Mei lepas, Presiden PAS Abdul Hadi membentangkan Rang Undang-undang Persendirian bagi meminda Seksyen 2 Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.
Mengulas mengenai parti komponen Barisan Nasional (BN) terutamanya di Kelantan, Asyraf Wajdi berkata Badan Perhubungan UMNO Kelantan akan memberi taklimat kepada wakil parti komponen berkenaan dalam masa terdekat.
"Saya nasihatkan rakyat supaya jangan mudah melatah atau percaya apa yang DAP laungkan kerana ia boleh cetuskan ketidakstabilan dalam negara," katanya selepas melancarkan Program Pelancaran Skuad Taawun dan Ihya Ramadan Peringkat Negeri Kelantan di Dewan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pasir Tumboh di sini, hari ini.

Mastura jadi 'kambing hitam' BN untuk menangkan Pas, dakwa rebel Umno


Pilihan Raya Kecil Kuala KangsarPilihan Raya Kecil Kuala Kangsar
BN mempunyai strategi untuk 'tidak menang' pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Kangsar kerana akan memberikan laluan kepada Pas untuk menang dalam pertandingan tiga penjuru 18 Jun ini.
Presiden Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) Kamarul Azman Habibur Rahman mendakwa, strategi itu dilakukan untuk menarik undi orang Melayu  agar diberi kepada Pas ekoran calon BN Datin Mastura Mohd Yazid bukanlah calon popular dalam Umno.
"Umno sengaja meletakkan calon tidak popular dari Umno untuk bertanding walaupun mendapat tentangan ahli Umno dan pemimpin di Kuala Kangsar.
Kamarulazman Habibur RahmanKamarulazman Habibur Rahman"Saya nak tanya Umno adakah ini salah satu daripada cara Umno untuk mengorbankan semangat Umno demi kesepakatan kerjasama Umno dan Pas.
"Adakah ini strategi menunjukkan bahawa perpaduan antara Pas-Umno  dalam politik sedang berlaku apabila Umno sanggup letak calon tidak popular yang menimbulkan kemarahan pemimpin dan ahli parti di negeri ini," ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Kamarul Azman berkata, dengan strategi meletakkan Mastura, membuka ruang kemenangan Pas di Kuala Kangsar dan BN akan menang di Sungai Besar.
"Macam ada satu kesepakatan untuk menentukan bahawa Pas akan menang di Kuala Kangsar dan BN di Sungai besar. Itu yang kami nampak sebenarnya.
"Ahli dan pemimpun  Umno sebenarnya ramai yang kecewa. Mereka tidak puas hati seakan hari ini Umno ketandusan pemimpin sehingga perlu mengenengahkan calon yang masih dalam edah untuk bertanding.

Bukan DAP rampas tanah Melayu Pulau Pinang, tapi sekutu baru Pas


Tanah milik Melayu di Pulau Pinang kian merosot angkara pemimpin Melayu.Tanah milik Melayu di Pulau Pinang kian merosot angkara pemimpin Melayu.
DAP menyelar kenyataan Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, Hafiz Alias yang cuba menyemarakkan emosi perkauman dengan menuduh Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang tidak berlaku adil terhadap penduduk Melayu berhubung isu tanah di negeri tersebut.
Penolong Setiausaha Publisiti DAP Pulau Pinang Syerleena Rashid, berkata dakwaan oleh ahli Pas itu seolah-olah cuba ‘meniru’ budaya Umno yang sentiasa mengaitkan sebarang isu melibatkan DAP dengan sentimen perkauman.
Kenyataan Hafiz bahawa semua pihak perlu menuntut agar kerajaan negeri mengekalkan ‘tanah milik Melayu’ dengan meminta semua konstituensi di Pulau Pinang menentang dasar-dasar kerajaan negeri bercanggah dengan fakta dan bukti sedia ada.
Syerleena RashidSyerleena RashidMalah, Syerleena menegaskan, Pas ‘buat-buat lupa’ dengan segala perlakuan Umno selama ini yang telah banyak merampas tanah-tanah milik Melayu dengan harga murah melalui syarikat proksi dan kemudian menjualkannya dengan harga yang lebih tinggi.
"Contohnya seperti apa yang berlaku di Kampung Terang Balik Pulau. 31 pemilik tanah Melayu menjual tanah mereka kepada Maison Heights Sdn Bhd dengan jumlah kira-kira RM8.56 juta pada Januari 2012. Syarikat itu kemudiannya menjual tanah tersebut kepada Kay Pride Sdn Bhd dengan harga sekitar RM13.45 juta pada Mei tahun yang sama.
"Keuntungan sebanyak RM5 juta, hanya dalam masa 5 bulan. Ini secara terang-terangan merupakan satu eksploitasi terhadap sistem sedia ada dan eksploitasi terhadap penduduk Melayu dengan cara yang sangat jijik.
"Jangan kita lupa bahawa dua anggota Lembaga Pengarah Maison Heights pada masa itu adalah Timbalan Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Pengerusi Pilihanraya Barisan Nasional, Datuk Omar Faudzar," lapor Roketkini.com.
Menurut Syerleena yang juga ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MBPP), kerajaan negeri di bawah pemerintahan DAP telah berusaha sedaya-upaya membantu menyelesaikan masalah penduduk dengan pemaju di negeri itu.

Mat Sabu jelaskan kenapa beliau tidak tanding 2 PRK

Presiden AMANAH, Mohamad Sabu atau lebih popular dengan gelaran Mat Sabu hari ini tampil menjelaskan sebab-musabab beliau tidak bertanding dalam dua pilihan raya kecil (PRK) dalam masa terdekat.
Ini kerana parti telah memilih calon-calon terbaik untuk bertanding di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, kata Mat Sabu kepada pemberita.
“Hanya boleh letak satu calon, betul? Jika boleh ramai, saya juga mahu bertanding juga, tetapi kita hanya boleh pilih satu sahaja.
“Kami pilih seseorang yang kami rasakan sesuai untuk kerusi tersebut,” kata beliau semasa ditemui semasa Kongress Kebangsaan Parti Sosialis Malaysia di Shah Alam, hari ini.
Mat Sabu pernah menjadi ahli parlimen selama beberapa penggal sebagai mewakili kerusi Kuala Kedah, Kedah dari tahun 1999 hingga 2004 selain Kubang Kerian serta Nilam Puri di Kelantan atas tiket PAS.
AMANAH telah memilih profesor fizik, Dr Ahmad Termizi Ramli sebagai calon pilihan raya kecil Kuala Kangsar bagi menentang calon Umno dan PAS manakala di Sungai Besar pula, Azhar Abdul Shukur dipilih sebagai calon parti itu untuk menentang dua parti lain.

Muktamar perlihat PAS ambil 'jalan selamat'

Muktamar Tahunan PAS ke-62 kali ini memperlihatkan parti Islam itu mengambil 'jalan selamat' dengan membawa agenda budaya politik matang dan sejahtera menjadi gagasan baru parti itu.
Agenda itu dilihat sebagai satu langkah bagi meneruskan perjuangan mereka dalam kancah arus politik semasa.
Malah, dengan mengetengahkan agenda tersebut, PAS juga dilihat bercita-cita dan berharap dapat menawan Putrajaya bersendirian.
Namun, sebelum sampai ke tahap itu, PAS terlebih dahulu ingin menjadi penasihat kepada kerajaan melalui pendekatan ta'awun siyasi dengan menolak politik dendam dan kebencian.
Oleh itu, PAS kini mengambil pendekatan untuk tidak akan menentang dan menghentam sebaliknya menawarkan penyelesaian kepada masalah yang wujud dan terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak yang boleh menerima prinsip perjuangan mereka.
Sehubungan itu, ia sedikit sebanyak menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat sama ada PAS mahu menjadi sebuah parti politik yang ingin memerintah atau sekadar parti yang mesra pemerintah.
Pada muktamar kali ini juga, usul dibawa oleh Dewan Muslimat yang meminta PAS mengkaji semula hubungan kerjasama dengan PKR menjadi perhatian.
Bagaimanapun, usul tersebut tidak dibahaskan pada sidang muktamar sebaliknya ia di bawa terus ke Majlis Syura.
Ia tindakan sama pada muktamar tahun lalu apabila usul untuk memutuskan hubungan dengan DAP dibawa terus ke Majlis Syura dan tidak dibahaskan.
Tindakan itu dilihat sebagai langkah yang diambil parti Islam berkenaan bagi mengelakkan ia terus dijadikan 'isu hangat' terutamanya menjelang pilihan raya kecil 18 Jun depan.
Ia juga bagi mengelakkan lebih banyak luahan serta rasa tidak puas hati anggota akar umbi parti terhadap PKR.