Jumaat, 3 Jun 2016

Kami bukan berseluar pendek, tak bertudung, kata naib presiden PAS

Idris Ahmad menjawab tuduhan parti itu ketinggalan zaman kerana tampil dengan pakaian hulubalang Melayu.
Idris-Ahmad_pas_600
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS Idris Ahmad membidas mereka yang mengkritik pimpinan parti itu kerana berpakaian hulubalang Melayu lengkap dengan keris dan tengkolok, pada perasmian Muktamar Pemuda PAS baru-baru ini.
“Apa masalahnya dgn keris dan tengkolok? Berdosakah? Kalau perwakilan Pas pakai seluar pendek. Muslimat pula tdk bertudung. Pimpinan Pas bersalam lelaki perempuan. Barulah Pas boleh dituduh sesat,” tulisnya dalam Facebook.
Rabu lepas, pemimpin kanan sayap Pemuda PAS dan Timbalan Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man tampil dengan pakaian ala pahlawan Melayu silam.
Muktamar kali ini juga melihatkan kelainan dengan pertunjukan silat dan upacara menjulang keris gergasi oleh presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum memotong pulut hijau putih.
Susulan itu, Ketua Komunikasi AMANAH Khalid Samad menyifatkan bekas partinya itu “mabuk” dan ketinggalan zaman.
“Anggap diri berada di zaman lain. Dia berada dalam kurun 21 tapi pergi perasmian majlis rasmi pakai baju hulubalang abad ke-14! Ini orang mabuk,” katanya semalam.
Idris berkata PAS semakin mantap dan dibuktikan dalam muktamar kali ini.
“Cita2 hdk lihat Pas berpecah dan ghuyub drp persada politik. Muktamar tdk bermaya. Ahli tdk hadir. Semua tdk berjaya. Alhamdulillah Pas semakin mantap. Apabila hati sudah benci maka setiap langkah Pas semuanya sumbang.
“Akhirnya isu keris dan pakaian tengkolok yg jadi isu.”

Abai undi kaum lain, Pas perjudi nasib fokus Melayu - Ilham Centre


Presiden Pas memotong pulut ulang tahun Pas dengan keris panjang.Presiden Pas memotong pulut ulang tahun Pas dengan keris panjang.
Ilham Centre menyifatkan Pas sebenarnya sedang berjudi nasib apabila hanya memikirkan undi Melayu  dengan mengabaikan terus undi kaum lain.
Pengerusi Eksekutifnya, Hisommudin Bakar berkata, hal ini dapat dilihat pada aksi Presiden Pas yang tampil dengan sebilah keris panjang memotong pulut sebagai simbolik perasmian Muktamar Tahunan Pas ke-62 di Kota Bharu, Kelantan semalam.
Menurutnya, muktamar Pas cuba menghantar mesej bahawa parti diterajui Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu kini turut menjunjung perjuangan Melayu selain penekanan kepada Islam seperti kelaziman sebelum ini.
"Saya percaya tindakan ini selari dengan strategi Pas yang berusaha menawan hati penyokong Umno yang kecewa dengan kemelut parti mereka untuk memindah sokongan kepada Pas sebagai (parti) alternatif.
"Dengan formula itu, Pas sebenarnya beranggapan mereka akan menjadi parti yang mendapat laba dari perpecahan Umno dan akhirnya menjadikan Pas parti yang kuat kerana didukungi oleh orang Melayu.
"Dan adakah benar, formula menjulang keris dan berbusana lengkap pahlawan Melayu akan diterjemahkan undi orang Melayu kepada Pas?" soalnya ketika dihubungi Malaysia Dateline hari ini.
Walau bagaimanapun pada fasa strategi Pas ini, ujarnya, parti tersebut kelihatan terpaksa mengorbankan sebarang pertalian dengan DAP demi mendekatkan sokongan Melayu kepada Pas.
"Dengan itu, menampakkan simbol penolakan total pada DAP dangan kenyataan berbaur serangan kepada DAP disamping mengukuhkan imej penonjolan membela kebudayaan Melayu," tegasnya.
Mengulas lanjut isu keris, Hisommudin berkata, Umno pernah terkena tempias penolakan bangsa lain kepada mereka akibat penggunaan senjata tradisional Melayu itu dan elemen menonjolkan aspek dominasi Melayu ke atas bangsa lain.

Akhbar milik Umno ucap tahniah pada Presiden Pas


Utusan Malaysia milik Umno memuji pendekatan terbaharu politik Pas.Utusan Malaysia milik Umno memuji pendekatan terbaharu politik Pas.
Utusan Malaysia menerusi catatan editorialnya hari ini mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang ekoran penekanan hala tuju baharu Pas yang didakwa berteraskan budaya politik matang dan sejahtera (BPMS).
Menerusi ruangan Bisik-bisik di akhbar itu, Awang berkata, pihaknya sudah lama mengharapkan Pas meninggalkan budaya politik yang tidak berteraskan Islam.
"Bagi Awang, mana-mana parti politik terutama yang diterajui pemimpin Melayu dan Islam harus menjaga adab sopan dan tata cara Islam ketika berpolitik. Ingat dosa dan halal haram.
"Islam tidak membenarkan seseorang mengeluarkan kata-kata yang boleh melukai harga diri dan martabat seseorang kecuali mereka yang terbukti melakukan kezaliman," ujar Awang seperti dipetik.
Pada masa sama, Utusan Malaysia juga dilihat seolah-olah menjadi pengganti akhbar rasmi Pas, Harakah apabila turut mengajak anggota Pas menyokong tujuh ciri budaya politik itu.
Menyifatkan Pas kini dianggotai "mereka yang benar-benar ingin bersama perjuangan Islam", akhbar dikuasai Umno-BN itu menyeru supaya politik kebencian dan perpecahan dielakkan.
"Tindak-tanduk tanpa ilmu, akal dan adab juga akan membawa kemusnahan," ujarnya lagi.
Hadi menggariskan tujuh ciri budaya politik matang dan sejahtera ketika menyampaikan Ucapan Dasar Presiden dalam Muktamad Tahunan Pas ke-62 di Kota Bharu semalam.
Ciri tersebut adalah politik bertunjangkan prinsip, politik dakwah dan amar makruf nahi mungkar serta politik penyelesaian berasaskan Islam.

'Pemuja Nik Aziz lah yang cabut lari dari Pas' - Nik Abduh

KOTA BHARU - Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengingatkan penyokongnya agar tetap menyokong calon pilihan Pas untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Katanya, mentaati keputusan pemimpin walaupun tidak disukai akan mendapat ganjaran pahala yang lebih.
"Oleh kerana kita berteraskan kepimpinan ulama...kita semua mencintai para ulama.
Nik Abduh Nik Abdul Aziz "Ada masanya kita mentaati arahan walaupun pada perkara yang kita tak suka. Lagi-lagilah kita dapat pahala.
"Contoh paling hampir, ada yang tak puas hati dengan calon dua PRK namun dalam tidak suka, tapi kita taat, kita dapat pahala lebih, insya-ALLAH," katanya ketika sesi penggulungan pada Muktamar Tahunan Pas ke-62 di sini, hari ini.
Namun, beliau mengingatkan ketaatan itu boleh menyebabkan berlakunya kecintaan melampau kepada ulama.
"Ini berterusan dari dulu lagi. Kecintaan kepada ulama sampai bawa sifat melampau.
"(Nabi) Isa (A.S) diagung sampai jadi Tuhan. Nabi ini walaupun batang tubuhnya nabi tapi dia adalah tubuh yang satu hari akan mati dan hilang dari pandangan kita," katanya.
Mengimbau kembali Allahyarham ayahnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Abduh akui ada yang bersifat mengagungkan bekas Mursyidul Am Pas berkenaan.
"Saya nak sebut terus terang, masa zaman Tok Guru masih ada saya sudah ingatkan perkara ini.
"Jangan sampai 'selagi mana Tok Guru ada, aku istiqamah dengan Pas. Tapi kalau Tok Guru tak ada, aku tak tahulah'. Yang tak tahu itulah...syaitan.
"Lihatlah orang-orang yang keluar daripada Pas, semuanya pemuja Tok Guru. Apabila Tok Guru tak ada kita lihat bagaimana mereka meracau," katanya.
Tekannya, barisan kepimpinan di atas pentas Muktamar Tahunan Pas itu adalah tok guru yang memimpin parti.

DAP di belakang PAN, kata Mustafa


KOTA BHARU:  Pertembungan tiga penjuru dalam pilihan raya di negara ini dianggap sebagai trend baru yang berlaku sekarang, sedangkan sebelum ini ia disepakati hanya pertembungan dua penjuru.

Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali berkata sebelum ini tidak berlaku pertembungan sesama pembangkang dan hanya berdepan dengan Umno/BN.

Namun katanya sekarang berlaku bertembung tiga penjuru antara PAS, BN dan  PAN.

“Dalam pilihan raya kecil (PRK) sebelum ini tidak pernah mengalami situasi seperti di Kuala Kangsar dan Sungai Besar,

“Kita tahu yang berada di belakang PAN ialah DAP biarpun parti itu tidak bertanding. PAS mempunyai banyak pengalaman dalam situasi begitu,” katanya ketika menggulung perbahasan di muktamar di Putik hari ini.

Menurutnya juga pilihan raya tersebut dianggap sebagai medan ujian bagi parti terbabit untuk melihat sejauh mana sokongan diterima di peringkat akar umbi.

“Test case namun PAS sudah banyak pengalaman dalam pilihan raya. PAS sudah tunjuk komitmen yang tinggi.

Tahaluf siyasi PAS, PKR tidak putus - Takiyuddin

Usul Dewan Muslimat itu bukan untuk memutuskan hubungan sebagaimana pernah diluluskan muktamar sebelum ini yang melibatkan DAP.
Takiyuddin-Hassan_pas_pkr_600
PENGKALAN CHEPA: Tahaluf siyasi antara PAS dengan PKR masih diteruskan seperti biasa walaupun Dewan Muslimat menerima usul supaya parti Islam itu mengkaji semula hubungan dengan sekutunya pada PRU14.
Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata usul Dewan Muslimat itu bukan untuk memutuskan hubungan tahaluf siyasi sebagaimana yang pernah diluluskan muktamar sebelum ini yang melibatkan DAP.
Katanya, ia untuk penambahbaikan hubungan dengan rakan tahaluf mereka dalam PKR.
“Ada usul beberapa pihak, kawasan dan dewan supaya PAS Pusat merujukkan isu mengenai hubungan tahaluf siyasi dengan PKR kepada Majlis Syura untuk buat kajian, bukan ke arah putuskan. Bagi kita ia ke arah menambahbaikkan.
“Kita lihat ada perkara yang tidak jelas dan sebagainya dalam usul itu, (jadi ia diusulkan) untuk kajian. Apa bentuk hubungan sekarang ini yang kita rasa perlu diperbaiki, kita ambil dari sudut positif,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Muktamar PAS ke-62 di Putik Hari ini.
Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali berkata usul yang diluluskan Dewan Muslimat PAS susulan wujudnya ‘rasa tidak puas hati’ sesetengah ahli saja dan ia tidak menyeluruh.
Katanya, usul itu lebih kepada pandangan Dewan Muslimat dan ia akan diteliti dan dikaji Majlis Syura Ulama.

Hadi: MCA, MIC pun 'berimamkan' DAP, AMANAH ikut pula.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan MCA dan MIC menjadikan DAP sebagai 'imam' mereka dalam isu berkaitan cadangan pindaan akta mahkamah syariah.
Anggota parlimen Marang juga mempertikaikan tindakan sesetengah parti yang “menyibuk” dengan usul rang undang-undang tersebut walaupun ia hanya melibatkan orang Islam.
"Kalau hal lebuh raya, jambatan, (kerajaan negeri) Pulau Pinang boleh runding (dengan kerajaan persekutuan). Takkan hal berkaitan agama, kita tak boleh nak runding. Ini jenis apa ini?
"Ini berkaitan Islam, bukan orang bukan Islam. Kenapa DAP nak sibuk? MCA dan MIC dan yang lain-lain pun sekarang berimamkan DAP pula, dah jadi begitu. Malangnya, parti satu lagi (AMANAH) ikut pula.
"Ini bukan berkait dengan hal orang bukan Islam," kata Hadi dalam ucapan penggulungannya di Muktamar Tahunan PAS kali ke-62 di Kelantan.
Sementara itu, Abdul Hadi turut menyeru para anggota parti Islam itu agar patuh kepada pemimpin termasuk taat terhadap keputusan yang dibuat.
Ini termasuk keputusan parti untuk menentukan calon yang bertanding dalam pilihan raya, katanya.

Kesetiaan pengundi UMNO bakal pecah di Kuala Kangsar?

Isu 1MDB dan RM2.6 bilion membuatkan ahli UMNO marah, walaupun ada yang tidak menunjukkan kemarahan mereka, kata Datuk Kamilia Ibrahim.
Kamilia-Ibrahim_umno_kuala-kangsar_600
KUALA LUMPUR: Skandal 1MDB, derma RM2.6 bilion, perpecahan dalaman UMNO Kuala Kangsar dan calon bukan pilihan semua menjadi antara faktor yang akan menguji kesetiaan pengundi tegar UMNO dalam PRK Parlimen itu pada 18 Jun depan.
Bekas naib ketua Wanita UMNO Datuk Kamilia Ibrahim berkata kawasan Parlimen Kuala Kangsar mempunyai segmen pengundi yang setia kepada parti masing-masing, sama ada UMNO atau PAS, terutama di kawasan luar bandar.
“Namun tidak mustahil kesetiaan pengundi UMNO akan pecah atas pelbagai sebab. Misalnya isu 1MDB dan RM2.6 bilion membuatkan ahli UMNO sendiri marah, walaupun ada yang tidak menunjukkan kemarahan mereka.
“Begitu juga faktor calon yang tidak dipersetujui semua, selain perpecahan dalaman UMNO Kuala Kangsar akibat perbalahan sesama sendiri,” katanya dalam wawancara bersama FMT semalam.
Kamilia yang juga bekas ketua Wanita UMNO Kuala Kangsar berkata isu 1MDB dan RM2.6 bilion juga mungkin mampu menyebabkan pengundi luar yang biasanya tidak mengundi dalam PRK – yang cenderung menyokong pembangkang, pulang untuk menunjukkan suara mereka.
Bekas senator yang 30 tahun menjadi ahli UMNO itu dipecat pada 2013, selepas mengambil tindakan nekad bertanding sebagai calon bebas di Parlimen Kuala Kangsar pada PRU13 sebagai tanda protes kepada kepimpinan tertinggi UMNO.
Sementara itu, Kamilia menyambut baik spekulasi yang menyatakan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir mungkin ‘menaja’ bekas ketua Wanita UMNO Gopeng Datuk Hamidah Osman yang dipecat tahun lalu untuk turut bertanding sebagai calon bebas.
Beliau juga menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan penentangan Mahathir terhadap Najib sudah bersifat terlalu peribadi.

Mat Sabu 'ayam sabung' hilang taji, kata Umno

Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu atau lebih popular dengan panggilan Mat Sabu disifatkan sebagai “ayam sabung yang hilang taji” ekoran beliau tidak bertanding dalam mana-mana pilihan raya kecil (PRK) dalam masa terdekat.
Ahli Dewan Undangan Dengkil, Shahrum Mohd Sharif berkata, AMANAH takut untuk meletakkan presidennya yang belum mewakili apa-apa kerusi sekalipun.
“Jika sebelum ini AMANAH begitu lantang bersuara bahawa mereka mampu untuk menang tapi kini mengapa parti itu meletakkan calon lain. Apakah AMANAH cuba menuutup aib sekiranya presiden mereka bertanding dan akhirnya kalah?
“Masih ada masa untuk AMANAH memikirkan semula calon mereka dan membuktikan bahawa Mat Sabu sememangnya layak menjadi Presiden AMANAH,” katanya, memetik laporan oleh Umno Online.
Beliau turut mendakwa Mat Sabu hanya berani ketika di pentas ceramah, tetapi tidak bertanding sebagai calon dalam pilihan raya.
“Sungai Besar dan Kuala Kangsar adalah platform terbaik untuk Mat Sabu membuktikan kehebatannya sebagai seorang pemimpin apatah lagi bakal bertemu dengan calon bekas partinya iaitu calon PAS,” tambah Shahrum.

How is your Bill Islamic, Dr M asks Hadi

MCA, MIC 'berimamkan' DAP, AMANAH pun ikut - Hadi

Muktamar Pas 2016: Jika Taat Calon PRK Dapat Pahala - Nik Abduh

Muktamar Pas 2016: Orang Jawa Boleh Raih Undi Jawa - Dr Mahfodz

Muktamar Pas 2016: Undi Amanah Umpama Sokong DAP - Mustafa Ali

Nik Abduh rindui 'abang-abang AMANAH'


Ketua Pemuda PAS Nik Mohamad Abduh Nik Aziz mengakui beliau "merindui abang-abang" yang kini menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH) dan meminta mereka kembali semula kepada partinya.
Bagaimanapun Nik Abduh berkata, beliau akan meminta orang yang lebih tua dalam PAS untuk menjemput semula "abang-abang’ itu memandangkan beliau hanya seorang "adik".
“PAS memang merindui mereka. Kita mengharapkan semua bersatu balik dalam PAS dan perkara itu tidak pelik dalam sejarah PAS, orang datang balik (selepas tinggalkan PAS)
“Orang tua lebih mudah mengajak abang-abang ini. Kalau adik-adik tegur abang-abang ini, (mereka) tidak berapa nak dengar. Jadi kita serah soal jemput balik ini kita serah kepada orang tua,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.
Hari ini, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyudin Hassan memberitahu, jumlah anggota parti Islam itu kini berkurangan sebanyak 200,000 selepas proses "pemutihan parti".
Takiyudin berkata, pada tahun lalu beliau mengumumkan bahawa jumlah keanggotaan PAS mencecah sejuta orang.
Namun, setelah beberapa perkara yang berlaku termasuk anggota PAS yang meninggalkan parti, jumlah anggota parti itu semakin berkurangan.
Nik Abduh yang juga anggota parlimen Pasir Mas berkata bekas ahli PAS yang kini menyertai AMANAH perlu berfikir semula untuk kembali.
“Semua sudah melihat PAS bergerak bagaimana. AMANAH bergerak bagaimana. Kita harap abang-abang kita yang ambil sikap boleh fikir balik,” beliau dilaporkan sebagai berkata.

RUU Hadi tak Islam, tak adil – Tun M

Bekas PM itu berkata potong tangan kepada orang Islam dan beri hukuman penjara dua tahun pula kepada orang bukan Islam pada kesalahan sama adalah tidak adil.
MahathirKUALA LUMPUR: Pembentangan Rang Undang-undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang disifatkan sebagai tidak Islam dan tidak adil.
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pembentangan RUU itu.
“Saya masih kekal melihat RUU itu tidak Islam. Apa yang dibentangkan mereka adalah tidak Islam.
“Jika RUU itu Islamik, mereka tidak akan usulkan kerana Islam adalah adil. Dan mereka cuba untuk membuat sesuatu yang tidak adil.
“Potong tangan kepada orang Islam (atas kesalahan mencuri) dan beri hukuman penjara dua tahun pula kepada orang bukan Islam pada kesalahan yang sama. Ini tak adil,” katanya pada sidang media di Yayasan Al Bukhary Foundation, Taman Tasik Perdana hari ini.

Idris: Apa dosa keris dan tengkolok?

PAS hari ini mempertahankan gimik muktamar mereka, antaranya dengan penampilan seperti pahlawan Melayu, yang kini menjadi mangsa serangan sinis di Internet.
Naib presidennya Idris Ahmad berkata mereka hanya berkeris dan bertengkolok dan bukan memakai seluar pendek atau tidak bertudung.
“Akhirnya isu keris dan pakaian tengkolok yang jadi isu. Apa masalahnya dengan keris dan tengkolok? Berdosakah?

“Kalau perwakilan PAS pakai seluar pendek. Muslimat pula tidak bertudung. Pimpinan PAS bersalam lelaki perempuan. Barulah PAS boleh dituduh sesat,” katanya.
PAS menjadi mangsa serangan sinis di Internet susulan gimik-gimiknya dalam muktamar tahunan di Kota Bharu kali ini.
Pemimpin parti itu kali ini tampil dengan imej pahlawan Melayu dengan berkeris dan tengkolok. Muktamar juga diserikan dengan paluan gendang dan rebana ubi selain persembahan silat.
Pemimpin muda Melayu DAP Dyana Sofya antara yang tampil menyindir langkah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memotong pulut besar dengan keris yang luar biasa panjang.
Menulis di Facebook, Idris berkata pihak yang mempertikaikan penampilan mereka itu sebenarnya kering isu “seperti El Nino yang melanda negara”.

Semua itu dilakukan, dakwa Idris, demi melihat PAS berpecah dan “ghuyub” (hilang) daripada persada politik.
“Alhamdulillah PAS semakin mantap. Apabila hati sudah benci maka setiap langkah PAS semuanya sumbang,” katanya lagi.

PKR bersama PH, Pas beku hubungan di Kuala Kangsar


Dr Raja Ahmad Iskandar Al HissDr Raja Ahmad Iskandar Al HissPas Kuala Kangsar membekukan hubungannya dengan PKR serta-merta ekoran kehadiran pimpinan utama parti itu yang diketuai Presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail pada Majlis Pengisytiharan Calon Pakatan Harapan malam tadi.
Yang Dipertua Pas Kuala Kangsar, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata Pas 'terguris dan terhiris' dengan tindakan PKR itu kerana Pas dan PKR dakwanya masih rakan tahaluf.
"Bagaimana Presiden PKR boleh hadir menyokong calon yang akan menentang rakan tahalufnya.
"Pada hemat saya, ianya satu tindakan,tikam belakang terhadap kami di Kuala Kangsar,dan merupakan satu pengkhianatan kepada,tahaluf siyasi yang diasaskan bersama," katanya dalam satu tulisan nukilannya hari ini.
Sehubungan itu katanya, kedudukan hubungan kedua-dua parti itu akan diserahkan kepada Badan Perhubungan Pas Perak untuk memutuskan tindakan lanjut.
Pendirian Pas Kuala Kangsar ini juga dilihat selari dengan usul Muktamar Dewan Muslimat Pas di Kelantan kelmarin yang mahu Pas memutuskan hubungan dengan PKR.
Sementara itu, pada majlis yang berlangsung di Kota Lama Kanan, Kuala Kangsar malam tadi selain Wan Azizah, pimpinan PKR yang hadir termasuk Setiausaha Agung Rafizi Ramli, Ketua Sekretariat Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah, Pengerusi PKR Perak Dr Muhammad Nur Manuty dan Pengarah Pilihan Raya Datuk Saifuddin Nasution.
Wan Azizah ketika berucap malam tadi turut menegaskan bahawa PKR memeberi sokongan penuh kepada calon Amanah sebagai mewakili Pajatan Harapan di sini.
"Inilah masa dan waktunya kami nyatakan setiakawan kami dengan sokong calon Pakatan Harapan daripada Amanah," katanya.
Selain PKR, program malam tadi juga turut dihadiri pemimpin DAP yang diketuai Setiausaha Agung Lim Guan Eng, Setiausaha Publisiti Tony Pua dan penasihat DAP Perak Ngeh Ko Ham.

Trend baru pertembungan BN,Pas, Pakatan Harapan, kata Mustapa


Datuk Mustafa Ali Datuk Mustafa Ali Pertembungan tiga penjuru antara BN Pas dan Pakatan Harapan dalam Pilihan raya kecil (PRK) di negara ini dianggap sebagai trend baru yang berlaku sekarang, sedangkan sebelum ini ia disepakati hanya pertembungan dua penjuru.
Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pas Datuk Mustafa Ali berkata sebelum ini tidak berlaku pertembungan sesama pembangkang dan hanya berdepan dengan Umno-BN.
“Dalam pilihan raya kecil (PRK) sebelum ini tidak pernah mengalami situasi seperti di Kuala Kangsar dan Sungai Besar.
“Kita tahu yang berada di belakang Amanah ialah DAP biarpun parti itu tidak bertanding. Pas mempunyai banyak pengalaman dalam situasi begitu,” katanya ketika menggulung perbahasan di muktamar di Putik hari ini seperti dilapor media parti itu.
Menurutnya juga pilihan raya tersebut dianggap sebagai medan ujian bagi parti terbabit untuk melihat sejauh mana sokongan diterima di peringkat akar umbi.
“Test case namun Pas sudah banyak pengalaman dalam pilihan raya. Pas sudah tunjuk komitmen yang tinggi.
“Apa yang kita tengok sekarang yang benar-benar hendak lawan Pas ialah Amanah. Umno semua orang sudah tahu sejak daripada dahulu menentang Pas,” ujarnya.
Pada 18 Jun ini di Parlimen Kuala Kangsar  dan Parlimen Sungai Besar akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN, Pas dan Pakatan Harapan yang diwakili oleh calon  dari Amanah.

Mahathir confirms he will be questioned by police today

Tony Pua: Missing SRC directors should be replaced

DAP eyes to reduce BN’s popular vote to below 50pct

Dyana takes on Hadi's keris with a lightsaber

PAS loses 20% of its members - Takiyuddin

"PAS-PKR, kita akan kaji bukan putus hubungan"

PKR digesa pilih PAS atau DAP - Ahmad Fadhli

Terima kasih Pandikar Amin Mulia, kata Takiyuddin

PAS anggap lawan DAP cara tak langsung dalam PRK

PAS akan bertemu musuh tradisi Umno dan serpihannya Parti Amanah Negara (AMANAH) dalam dua pilihan raya kecil 18 Jun ini.
Bagaimanapun, bagi parti Islam itu, mereka akan berdepan serangan lebih daripada dua penjuru, termasuk daripada DAP yang didakwa menaja AMANAH.
"AMANAH ditaja oleh DAP, sebab DAP pun kata mereka akan sokong (AMANAH), sokong DAP sama macam sokong AMANAH juga.
"Jadi kita lawan tiga parti sekarang, AMANAH, BN dan DAP,” kata pengarah pilihan rayanya Datuk Mustafa Ali.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan Muktamar PAS ke-62 di Kota Bharu hari ini.

Sementara itu, Mustafa berkata AMANAH kelihatan bersungguh-sungguh mahu menandingi mereka di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
"Yang beria-ria benar nak bertanding lawan PAS ini PAN (AMANAH) sebenarnya.
"Umno itu dah lawan tradisi kita. Sejarah 65 tahun PAS, cuma lima tahun kita tak lawan Umno, 60 tahun lagi kita lawan Umno," katanya.

Mustafa berkata, PAS juga perlu melihat konteks pilihan raya kecil susulan situasi kali ini kali pertama berlaku selepas keluar daripada Pakatan Rakyat.

AMANAH beria-ria nak lawan PAS, kata Mustafa Ali

Ahmad Termizi akui baharu dalam politik, sedia galas tanggungjawab


Dr Ahmad Termizi Ramli Dr Ahmad Termizi Ramli
Naib Ketua Amanah Kawasan Kuala Kangsar Dr Ahmad Termizi Ramli jujurnya mengakui beliau masih baharu dalam parti politik namun amat mengenali ramai pemimpin politik pembangkang secara peribadi antaranya Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden Amanah  Mohamad Sau.
 "Abg Mat (Mohamad Sabu) ni saya nyaris-nyaris nak sama sel dengan dia. Gambar saya ditayangkan, cuna saya lari lah.
"LGE (Lim Guan Eng) saya kenal rapat dengan ayah dia Uncle Lim Kit Siang. Uncle Lim sama mengaji dengan tok guru saya Shiekh Rashid Garnaouchi. Rakan seperguruan la tu.
"Kak Wan (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) rakan sekelas isteri saya. Kenal lama dengan Anwar juga.
"Alfadhil Ustaz Ahmad Awang juga saya kenal lama.
"Ngeh ko ham saya kenal lama dalam NGO," ujarnya sejurus berucap selepas diumumkan sebagai calon  Pakatan Harapan di PRK Kuala Kangsar.
Ahmad Termizi yang juga Ahli Jawatankuasa Biro Antarabangsa juga akui memikul satu tanggungjawab berat dipilih menjadi calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar.
“Ini adalah tanggungjawab besar buat saya apabila dipilih oleh kepimpinan antara lain adalah usaha demi masa depan anak-anak kita nanti.
"Ini satu tanggungjawab berat yang saya perlu pikul untuk membawa titik sejarah yang akan merubah negara ini. Ini tanggungjawab yang mesti kita lakukan bersama dan tiada pilihan lain.

Surat terbuka kepada Presiden MCA, MIC, SUPP dan Gerakan


Empat presiden parti komponen BN telah menolak RUU yang dibentangkan  Ahli Parlimen Marang di Parlimen  menimbulkan polimik antara BN-PasSemenjak Presiden Pas Abdul Hadi Awang yang juga Ahli Parlimen Marang membentangkan Rang Undang-undang (RUU)persendirian mengenai hudud  baru baru ini, suasana politik negara makin hangat.
Beberapa YB dengan cepat mengeluarkan kenyataan menolak RUU tersebut dan pelaksanaanya. Malahan, YB mengugut untuk meletakkan jawatan seandainya Hudud dilaksanakan. Itu memang hak YB untuk membantah.
Masalahnya, begitu pantas reaksi YB sedangkan RUU itu belum lagi dibentang secara rasmi di peringkat pertama. Ia belum lagi dibahaskan. Ia juga belum lagi diluluskan oleh Parlimen dan belum lagi diluluskan oleh mana mana DUN. Katanya kerana Pelaksanaan RUU tersebut akan menyalahi Perlembagaan Persekutuan.
Sebagai rakyat yang prihatin, saya mohon YB jawab persoalan saya, sekiranya benar YB ingin melindungi kedaulatan undang undang negara.
Di manakah YB ketika Perlembagaan Persekutuan yang menjadi payung undang undang Malaysia dicabul?
Ketika AG diberhentikan tanpa sebarang sebab yang munasabah?
Ketika SOSMA disalahgunakan untuk menghukum mereka yang berlainan pendapat?
Ketika cadangan dari MACC dan Bank Negara diketepikan dan ditolak bulat-bulat?
Di manakah YB ketika kegawatan politik dan isu 1MDB merobek maruah negara dan menjejaskan masa depan negara?
Di manakah YB ketika laporan Ketua Audit Negara berkenaan isu 1MDB dirahsiakan dan disorok dari pengetahuan rakyat? Sedangkan laporan seperti itu amat penting dikongsi secara meluas bagi memastikan ketelusan dan kejujuran dalam pentadbiran.

Dakwa putar belit, Khalid Samad saman BH RM2 juta

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad memfailkan saman terhadap media pro kerajaan, Berita Harian susulan laporan muka hadapan akhbar itu yang didakwa memutarbelitkan kenyataannya.
Beliau berkata, Berita Harian sengaja memburuk-burukan reputasinya dalam laporan berkenaan usul Rang Undang-Undang Persendirian berkaitan Akta 355 dibentangkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Katanya, pihaknya sudah mengemukakan notis tuntutan itu kepada Berita Harian menerusi peguamnya, Hanipa Maidin yang juga Ahli Parlimen Sepang.
Khalid Samad“Saya memberi tempoh sehingga minggu depan (tujuh hari) untuk mereka menarik balik dan membuat permohonan maaf kepada saya. Jika gagal, pihak kami akan mengambil tindakan saman dengan kos munasabah sehingga RM2 juta.
“Ini dakwaan serius dan berniat jahat untuk menjatuhkan reputasi saya sebagai muslim, malah ada niat jahat ingin menggambarkan saya sebagai ‘khadam’ kepada DAP.
“Sedangkan pendirian saya ketika itu adalah berbeza dengan Ahli Parlimen DAP. Mereka tidak setuju usul itu dibahas atas peraturan mesyuarat dan saya tekankan bersetuju usul itu dibahaskan,” katanya.
Muka depan Berita Harian bertarikh 27 Mei lalu menyiarkan laporan: “Kerajaan beri PAS laluan; DAP, AMANAH bantah” yang didakwa Khalid mempunyai agenda politik menjatuhkannya.

PAS mesra media, kata Takiyuddin

Pemuda PAS beri amaran kepada pengkhianat

Mana mungkin cinta PAS-PKR bertahan, kata wakil pemuda

Usul putus hubungan dengan PKR diteliti Majlis Syura‎ Ulama

‘Jahil Islam’, ulama PAS mohon maaf pada rakyat Sarawak

Beliau tidak bermaksud untuk menuduh masyarakat Islam di Sarawak jalil dan tidak mengamalkan Islam yang sebenar.
mahfodz-mohamed_sarawak_600
PENGKALAN CHEPA: Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Dr Mahfodz Mohamed membuat permohonan maaf kepada rakyat dan perwakilan PAS Sarawak jika ucapannya sebelum ini mengguris hati rakyat di Bumi Kenyalang itu.
Malah, katanya beliau tidak bermaksud untuk menuduh masyarakat Islam di Sarawak sebagai jalil dan tidak mengamalkan Islam yang sebenar.
Mahfodz berkata kenyataan beliau itu sebenarnya merujuk kepada orang Sarawak yang masih belum memahami politik Islam dibawa PAS sehingga gagal menarik hati pengundi pada PRN Sarawak lepas.
“Kepada perwakilan PAS Sarawak dengan rendah diri saya mohon ampun dan maaf sekiranya kenyataan saya mengenai Islam di Sarawak mengguris hati.
“Apa yang saya nyatakan adalah antara faktor PAS belum menang di Sarawak kerana (rakyat di Sarawak) ramai di sana tak faham politik Islam (yang dibawa PAS), bukannya mereka (rakyat Sarawak) tidak menghayati ajaran Islam (jahil),” katanya ketika ucapan penggulungan Muktamar PAS ke 62 di Putik, di sini hari ini.
Mahfodz ketika menyampaikan ucapan perasmian Muktamar Dewan Ulama PAS di Tok Bali, Kelantan pada Selasa berkata parti pemerintah di Sarawak, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) meneruskan ‘pemahaman penjajah’ terhadap Islam sehingga rakyat Sarawak tidak faham Islam (jahil agama).

Nasrudin tegur ahli Pas tak beli Harakah

Nasrudin Hassan
KOTA BHARU - Ketua Lajnah Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan menegur tindakan segelintir ahli Pas yang masih lagi tidak menyokong penerbitan lidah rasmi mereka, akhbar Harakah.

Menurutnya, Harakah merupakan salah satu medium yang membantu memberi penerangan mengenai pelbagai skop terutamanya untuk menghakis segala cabaran dan serangan negatif mereka yang cemburukan parti Islam itu.

"Saya tidak tahu sejauh mana perwakilan semua tahu betapa pentingnya lidah rasmi ini kepada kita. Ahli kita hampir sejuta, dan kita meletakkan sasaran 60,000 naskah untuk setiap kali keluaran, walaupun jumlah tersebut terlalu kecil dengan jumlah keahlian kita.

"Kita amat kesal kalau ada perwakilan yang tidak baca harakah. Apapun, mana-mana yang masih belum pernah menyokong Harakah sebelum ini, sila tunjukkan komitmen anda kerana kita bukan jual secara luaran, maka tunjukkan usaha anda untuk langgan dan sebagainya," katanya semasa ucapan penggulungan Muktamar Pas ke-62 di sini.

Dalam masa yang sama, Nasrudin memberitahu, penerapan politik matang dan sederhana  sebenarnya banyak membantu semua ahli kembali kepada jalan perjuangan parti dan Islam yang sebenarnya.

Walaupun ada yang 'sinis' mengatakan selepas gagasan politik tersebut diterapkan, mereka tidak boleh menyampaikan ceramah 'menghentam' Umno, beliau berkata, mereka sepatutnya lebih mengutamakan penerangan untuk menterjemahkan perjuangan Islam yang dibawa Pas.

RUU Mahkamah Syariah tak beri kesan kepada pengundi - Kak Ijat

KUALA LUMPUR - Pembentangan usul Rang Undang-undang Persendirian berkaitan RUU Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 tidak akan memberi kesan kepada Barisan Nasional (BN) meraih sokongan pengundi bukan Melayu dalam dua pilihan raya kecil (PRK) pada 18 Jun ini.
Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata pergerakan Wanita Umno akan turun padang untuk memberikan penjelasan mengenai RUU tersebut kepada pengundi sewaktu berkempen di PRK Parlimen Kuala Kangsar, Perak dan Sungai Besar, Selangor.
Shahrizat Abdul Jalil "RUU ini mungkin akan menjadi isu tetapi kita akan memberi penjelasan. RUU tersebut sebenarnya bukan hudud seperti yang digempar-gemburkan oleh pihak pembangkang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pameran Festival India Global 2016 di sini, semalam.‎
RUU itu dibentang oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang juga Ahli Parlimen Marang, di Dewan Rakyat, Khamis lepas.
Shahrizat turut merayu kepada pengundi agar terus memberikan mandat kepada calon BN bagi kedua-dua pilihan raya itu.
Kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Noriah Kasnon yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, serta Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lepas.
Datin Mastura Mohd Yazid merupakan calon BN di Kuala Kangsar manakala Budiman Mohd Zohdi, calon BN di Sungai Besar.
Mengenai Festival India Global itu, Shahrizat, yang juga Penasihat Pembangunan Keusahawanan dan Ikhtisas Wanita di Jabatan Perdana Menteri, berkata festival kali ke-14 itu adalah platform terbaik bagi mendapatkan produk India di negara ini dengan harga berpatutan.
Beliau juga mengingatkan para usahawan supaya menghargai kestabilan dan keamanan negara yang mewujudkan suasana harmoni bagi mereka untuk menjalankan perniagaan.
Festival anjuran Agenda Suria Communication itu akan berlangsung sehingga Ahad ini di Tapak Pameran Mid Valley itu dengan mempamerkan pelbagai produk seperti tekstil, barangan perhiasan, makanan dan minuman melalui 300 tapak pameran.

Pusat penamaan calon PRK K.Kangsar di Dewan Jubli Perak Ahad ini


poster PRK Kuala Kangsarposter PRK Kuala KangsarPusat penamaan calon bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar akan diadakan di Dewan Jubli Perak Kuala Kangsar pada Ahad ini.
Pegawai Pengurus PRK Parlimen Kuala Kangsar Mior Muhammad Jamil Mior Zakaria berkata pusat penamaan calon itu akan dibuka selama sejam bermula 9 pagi.
"Saya akan membuat pengisytiharan (calon) antara jam 10.15 hingga 10.30 pagi selepas semakan nama calon selesai dilakukan," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata tempoh kempen untuk semua parti yang bertanding akan bermula selepas selesai proses penamaan calon itu sehingga 12 tengah malam 17 Jun.
Pengundian PRK itu diadakan pada 18 Jun dan dewan berkenaan juga akan digunakan sebagai pusat penjumlahan undi, katanya.
Mior Muhammad Jamil turut meminta semua penyokong parti yang bertanding supaya mematuhi peraturan yang telah ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya sepanjang proses penamaan calon itu berlangsung.
"Penyokong perlu berhemah, elakkan provokasi supaya proses penamaan calon berjalan dalam keadaan aman damai," katanya.
PRK Parlimen Kuala Kangsar diadakan berikutan kematian Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.
Sehingga kini PRK Kuala Kangsar akan menyaksikan berlakunya pertandingan tiga penjuru membabitkan calon  dari BN, Pakatan Harapan dan Pas.

Calon 'edah' BN di Kuala Kangsar sukar menang, kata bekas pemimpin Umno


Datuk Hamidah Osman Datuk Hamidah Osman Pemilihan calon Barisan Nasional pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar Datin Mastura Mohd Yazid dibidas bekas pemimpin Umno.
Bekas Ketua Penerangan Wanita Umno Datuk Hamidah Osman meramalkan BN dijangka berdepan kesukaran untuk memenangi PRK Kuala Kangsar kerana kegagalan memilih calon yang sesuai.
Jelas beliau kerana pergerakan dan penglibatan calon BN itu yang terbatas sepanjang kempen berlangsung kerana masih dalam tempoh  edah ekoran kematian suaminya penyandang kerusi Parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan Khair-il Anuar Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sebuyau Sarawak pada 5 Mei lalu.
“Kalau kita keluar (berkempen) pun orang susah nak bagi undi inikan pula kalau keadaan sebaliknya.
"Bagi saya, walaupun kita berada dalam dunia teknologi yang serba canggih namun, setiap calon wajib turun padang bertemu, bersua muka dengan rakyat. Jelaskan visi dan misi yang ingin dibawa,” katanya seperti dilapor Sinar Harian online.
Menurutnya, pemilihan Mastura selaku calon juga menimbulkan tanda tanya bukan hanya kepada dirinya bahkan banyak pihak termasuk ahli BN sendiri.
“Saya sendiri pun memang tak faham apa kriteria-kriteria yang menyebabkan beliau dipilih oleh BN untuk bertanding sedangkan kita tahu kedudukannya,” katanya.
Ditanya mengenai kesahihan sama ada beliau bertanding di PRK tersebut sebagai calon bebas, Hamidah yang juga bekas Ketua Wanita Umno Gopeng enggan mengulas lanjut.
Katanya, sebarang kemungkinan boleh berlaku dalam senario politik negara pada ketika ini.

SKMM digesa siasat lelaki jual 900k data rakyat - Hishamuddin Rais

Hishamuddin Rais berkata, memiliki data peribadi secara tidak sah adalah satu kesalahan di sisi undang-undang dan tindakan seharusnya diambil.
Azharuddin-OthmanKUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) digesa menyiasat pengaturcara komputer sambilan, Azharuddin Othman @ Abdullah kerana menjual maklumat peribadi rakyat Malaysia.
Aktivis pro-Deklarasi Rakyat, Hishamuddin Rais berkata, memiliki data peribadi secara tidak sah adalah satu kesalahan di sisi undang-undang dan tindakan seharusnya diambil.
“Memiliki data itu adalah salah, dari mana kamu (Azharuddin) dapat data itu? Itu adalah persoalan utama. MCMC (SKMM) sepatutnya mempersoalkan dari mana data tersebut diambil.
“Dari mana kamu dapat 900 ribu data? Dia telah melakukan jenayah, jadi saya rasa antara pihak Deklarasi Rakyat tidak ada apa-apa hubungan seperti yang dikatakan Datuk Kamaruddin Jaafar (Ketua Sekretariat Deklarasi Rakyat),” katanya kepada FMT.
Menurutnya, beliau sendiri turut turun padang dalam usaha mengumpul tandatangan rakyat Malaysia agar desakan menolak kepimpinan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri berjaya mencapai matlamatnya.
“Saya sendiri pergi ke pasar malam, tidak menggunakan penggodam. Saya pergi ke tujuh forum untuk mengumpul nama-nama di situ. Memanglah tidak sampai 20,000 tetapi saya sendiri mengumpul 3,000 hingga 4,000 tanpa menggunakan data,” kata Hishamuddin.

Parti politik tidak hargai orang sastera – Dinsman

Sasterawan tempatan hanya dilibatkan dalam gelombang perubahan apabila mereka cenderung dan menyokong sesebuah parti politik.
Che-Shamsuddin-OthmanKUALA LUMPUR: Parti-parti politik di Malaysia dilihat tidak mengangkat kewujudan sastera sebagai suatu eleman yang boleh membantu gelombang perubahan negara.
Penulis isu sastera dan politik di Malaysia, Shamsudin Osman berkata, sasterawan di negara ini hanya dilibatkan dalam gelombang perubahan apabila mereka cenderung dan menyokong sesebuah parti politik.
“Di zaman era reformasi setiap malam saya dipanggil untuk membaca sajak. Bukan sebab mereka hargai sajak, tetapi disebabkan kita menyokong mereka,” katanya.
Shamsudin yang lebih dikenali sebagai Dinsman berkata demikian pada majlis pelancaran buku Hikayat Buyung Lurus dan forum bertajuk “Yang Berhormat vs Yang Berkhidmat: Korupsi & politik oportunis di Malaysia” semalam.
Malah, beliau yang aktif dalam Seniman Paksi Rakyat mengakui layanan sepi itu masih berlaku sehingga kini dan ia termasuk parti-parti pembangkang yang mentadbir beberapa negeri.
“Sikap ahli politik pembangkang sama sahaja, iaitu hendakkan kuasa. Selangor langsung tidak menghargai seni budaya termasuk PAS,” ujar beliau lagi.
Bagaimanapun, Dinsman berpandangan layanan berbeza diberikan bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Lebih Umno Dari Umno....


UMNO parti orang-orang bodoh.


PERINGATAN !!!
"UMNO (sekarang) telah mengecut menjadi parti yang dipimpin orang bodoh, tak ada prinsip,” kata Tun Mahathir..

Tak Tipu Bukan Umno Namanya..!!

“Akan ada setelah (wafat)ku (nanti) para pemimpin (yang bohong). Barangsiapa masuk pada mereka lalu membenarkan (menyetujui) kebohongan mereka dan membantu/mendukung kezaliman mereka maka dia bukan dari golonganku dan aku bukan dari golongannya, dan dia tidak (punya bahagian untuk) mendatangi telaga (di hari kiamat).

- (HR An-Nasaa’i dalam kitab Al-Imaroh).

Asal bodoh jer Umno.. Kenapa ??!!


Siapa yg pegang duit perbendaharaan negara ??

YB DAP ka?, PKR ka? Amanah ka? PAS ka?... atau BN ?!!!

Manfaat mendanya pada rakyat ??!!

Kerajaan mmg dapat la manfaat, bila ekonomi dah teruk, takda duit.. kamu tekan rakyat dgn kutip GST !!!

SENANG BUKAN JADI KERAJAAN !!
Bila urustadbir negara dah bobrok akibat ketirisan, boros, penyalahgunaan kuasa, RAKYAT JADI MANGSA UTK MENYELAMATKANNYA..

APA DAH JADI RINGGIT SEKARANG ??

RINGGIT JATUH LAGI.. !!
Baru jer semalam RM4.20..
HARI INI dah RM4.24 berbanding USD$1.

BUKANKAH..sebelum ini golongan2 professional pemakan dedak heboh satu negara mengatakan ringgit semakin kukuh kerana ekonomi negara semakin mampan di bawah pemerintahan Najib....

MAMPAN TANG MANA TU !!!

PAS DAH MACAM UMNO...

Dulu hanya pemimpin UMNO yang berpakaian macam ini.

Sekarang pemimpin Pas pun nak jadi pahlawan Melayu juga.


Dulu hanya Pemuda UMNO yang cium dan julang keris.


Sekarang Hadi Awang sendiri julang keris gergasi.

Dulu menjadi tradisi pemimpin UMNO potong pulut kuning.

Sekarang Pas pula potong pulut hijau.

Dulu,  slogannya "Pas ganti UMNO", rupa-rupanya sudah bertukar kepada "Pas mirip UMNO".

Dulu, didendangkan juga motto "Pas For All",  tetapi nampaknya sekarang sudah berubah menjadi  "Pas For U, Najib".

PRK kembar milik BN....

Ia dijangka akan memberikan kelebihan kepada BN untuk meraih undi lebih berbanding parti pembangkang lain.
kuala kangsar BN
Oleh Dominic Chia
Ekoran daripada kematian allahyarham Datuk Noriah Kasnan dan allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il dalam nahas helikopter di Sarawak, SPR mengumumkan PRK di Sungai Besar, Selangor dan Kuala Kangsar, Perak akan diadakan serentak pada 18 Jun 2016.
Menurut SPR lagi, penamaan calon bagi PKR kembar ini akan diadakan pada 5 Jun 2016, manakala pengundian awal pula pada 14 Jun 2016. Menurut penganalisis politik tempatan, PRK kembar ini bagaikan ujian kertas litmus bagi PRU14 yang akan datang.
Pembangkang yang semakin lemah
Hubungan antara parti pembangkang yang semakin renggang, secara tidak langsung akan memberi kelebihan kepada BN untuk meraih undi lebih berbanding mereka di Sungai Besar dan Kuala Kangsar nanti. Baru-baru ini, rebutan kerusi antara DAP dan PKR di Sarawak menunjukkan hubungan antara mereka yang semakin parah. Malah ia juga mencerminkan kepentingan diri mereka melebihi kepentingan rakyat di Sarawak. Sikap kedua-dua parti pembangkang ini menerima kritikan hebat bukan saja daripada penyokong BN tetapi juga penyokong tegar pembangkang.
Pada tahun lalu, PAS mengakhiri tahaluf siyasi dengan DAP kerana kedua-dua parti pembangkang tersebut gagal menemui kata sepakat berhubung hukum hudud. DAP melarang sama sekali pelaksanaan hukum hudud di negeri di bawah kuasa pembangkang. Manakala, PAS berpendirian tegas untuk melaksanakan hukum tersebut di negeri di bawah kuasanya, Kelantan.
Setelah insiden ini, sebahagian pemimpin PAS yang bersikap progresif keluar PAS dan menubuhkan Parti Amanah Negara (AMANAH) yang diketuai Mat Sabu.
Faktor utama mereka menubuhkan AMANAH: keengganan PAS bekerjasama dengan DAP. Sebaliknya pada 16 Mac 2016, PAS secara rasmi mengumumkan hubungan politiknya dengan parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) yang diterajui Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.
Dengan terjalinnya kerjasama kedua parti politik ini, maka tertubuhlah blok politik ketiga dalam arena politik negara ini. Dua blok politik yang lain ialah BN dan Pakatan Harapan.
Keputusan PRU lalu
Jika kita melihat keputusan PRU13 bagi Sungai Besar, Noriah memenangi kerusinya dengan undi majoriti sebanyak 399 menewaskan pesaingnya Mohamed Salleh M Husin (PAS). Manakala allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il pula menang di Kuala Kangsar dengan undi majoriti 1082 mengalahkan calon PAS Khalil Idham Lim Abdullah dan calon bebas, Datuk Kamilia Ibrahim, dalam perlawanan 3 penjuru.
Namun, dengan berpecahnya barisan pembangkang, dan hubungan antara mereka yang semakin lemah, PRK kembar pada 18 Jun ini bakal menyaksikan perlawanan 3 penjuru atau lebih. Ia seterusnya dijangka akan memberikan kelebihan kepada BN untuk meraih undi lebih berbanding parti pembangkang lain.
Menurut Zin Mahmud, pengarang Dewan Bahasa dan Pustaka dan penganalisis politik, pengundi yang menolak BN akan berpecah antara Pakatan Harapan dengan blok politik baharu, PAS dan Ikatan. Dengan perpecahan undi ini, dipercayai calon BN akan dapat meraih bilangan undi lebih daripada setiap parti yang bertanding.

Potong pulut dengan keris, Hadi jadi bahan jenaka

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi bahan jenaka pengguna media sosial selepas memotong pulut besar dengan menggunakan keris besar semasa merasmikan Muktamar Tahunan PAS Ke-62 di Kelantan.
Pulut seberat 250 kilogram itu diarak masuk dengan dibalut kain hijau dan putih ke pentas utama untuk dirasmikan oleh Hadi.
Dua pesilat turut mengiringi Hadi memotong pulut menggunakan sebilah keris panjang.
Rata-rata menyindir tingkahlaku Hadi yang dahulunya dilihat Islamik tiba-tiba bertukar imej menjadi Ke-Melayuan semasa muktamar tahun ini.
“I thought Thundercats punya sword (saya ingat itu pedang Thundercats),” kata seorang pengguna media sosial Facebook dengan nama Kumaran Suppaya.
Sementara itu, seorang lagi pengguna Facebook, Hussainikhan Hyder pula mengulas,”Apa dah jadi dengan ulamak ini, sudah lupa dirikah?”.
Terdahulu, semasa sidang Dewan Pemuda PAS juga pada Isnin menyaksikan pemimpin sayap parti Islam itu tampil dengan imej pendekar Melayu dengan keris dan tanjak.

PKR perlu pilih mahu bersama PAS atau PH

PKR tidak boleh terus menjalin kerjasama dengan PH dan PAS, kerana DAP dan AMANAH merupakan musuh politik parti Islam itu.
PAS PKR
PENGKALAN CHEPA: Dewan Pemuda PAS memberi kata dua kepada sekutunya, PKR untuk menyuarakan pendirian sama ada masih mahu bersama parti Islam itu atau membawa diri bersama Pakatan Harapan (PH).
Wakil Dewan Pemuda PAS, Ahmad Fadli Shaari berkata, PKR tidak boleh terus menjalin kerjasama dengan kedua-dua pihak, apatah lagi DAP dan AMANAH dalam PH yang merupakan musuh politik parti Islam itu.
“Dewan Pemuda mengajak semua untuk menilai hubungan kita (PAS) dengan PKR, kita faham ramai rakan kita dalam PKR yang masih sayangkan kita.
“Namun, mana mungkin cinta ini dapat bertahan sekiranya DAP dan PKR masih duduk bersama bahkah menjalinkan hubungan mesra dengan parti satu lagi (AMANAH).
“PKR perlu jelas dengan siapa mereka mahu bersama, dengan PAS atau DAP? Kalau keli katakan keli, tidak hamba katakan haruan, kalau kuali katakan kuali, tidak hamba katakan rembulan,” katanya semasa sesi perbahasan ucapan dasar Presiden PAS di Muktamar Tahunan PAS Ke-62 semalam.
Nada sama juga disuarakan Dewan Muslimat PAS kelmarin, apabila menerima usul mendesak parti Islam itu mengkaji semula hubungan tahaluf siyasi dengan PKR, terutama pada pilihan raya umum akan datang.
Bagaimanapun, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan parti itu akan meneliti usul memutuskan hubungan dengan PKR sebelum keputusan muktamad dibuat.

Usul putus hubungan dengan PKR diteliti Majlis Syura‎ Ulama

PAS akan membawa usul ‎penilaian semula hubungan politik dengan PKR kepada Majlis Syura Ulama untuk dikaji dan dinilai, kata Ketua Penerangannya, Nasruddin Hassan.
Menurut beliau, usul tahaluf siyasi tersebut meminta supaya Majlis Syura Ulama membuat penilaian kembali terhadap kedudukan kerjasama antara PAS dan PKR.
"‎Usul tersebut daripada PAS kawasan Pontian, Balik Pulau, Kuala Kedah dan Muslimat PAS Malaysia.
"Usul tersebut meminta tahaluf siyasi antara PAS dan PKR dinilai semua atas beberapa perkara berbangkit apakah masih ada keuntungan kepada Islam yang diperjuangkan oleh PAS atau sebaliknya," katanya ketika menyampaikan taklimat usul pada Muktamar Tahunan PAS ke-62 di Kota Bhari, hari ini.
Beliau yang juga pengerusi jawatankuasa usul bagi muktamar itu berkata, usul tersebut juga meminta jika masih ada keuntungan (boleh) diteruskan dan jika tiada Majlis Syura Ulama berhak membuat apa saja keputusan.
Sementara itu Nasruddin berkata‎, pada muktamar kali ini pihaknya menerima 20 usul daripada PAS kawasan dan dewan-dewan.
‎Bagaimanapun katanya, terdapat usul yang ditolak susulan masalah teknikal seperti tidak menepati format, usul berulang, di luar bidang kuasa dan tidak menepati dasar dan perjuangan PAS.
"Selain itu ada juga usul berbentuk cadangan dan kita akan meneli‎ti cadangan tersebut tanpa dibahas.
‎"Ada usul yang diterima tanpa bahas dan diterima dengan dibahas," katanya.

Profesor fizik calon AMANAH di Kuala Kangsar

Parti Amanah Negara (AMANAH) memilih profesor fizik Dr Ahmad Termizi Ramli sebagai calon pilihan raya kecil Kuala Kangsar bagi menentang calon Umno dan PAS.
Presiden AMANAH Mohamad Sabu mengumumkan pencalonan Termizi dalam majlis yang dihadiri pemimpin Pakatan Harapan (HARAPAN) di Kuala Kangsar malam ini.
Antara pemimpin yang hadir ialah Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Setiausaha Agung HARAPAN, Datuk Saifuddin Abdullah.
Termizi, 61, berasal dari Kampung Suak Petai di Manong, Kuala Kangsar.
Beliau adalah seorang profesor fizik dari Universiti Teknologi Malaysia sebelum bersara.
Termizi memperoleh ijazah dalam fizik dari University of Leeds, United Kingdom pada tahun 1975 dan sarjana dalam kesihatan dan keselamatan radiologi dari Universiti Salford, UK pada tahun 1980.
Beliau juga memperolehi ijazah doktor falsafah dalam bidang fizik perubatan dan diploma dalam fizik pengionan dari Universiti Swansea, UK.
Termizi adalah naib ketua AMANAH Kuala Kangsar serta anggota jawatankuasa biro politik AMANAH Perak dan jawatankuasa AMANAH nasional.
Beliau juga merupakan anggota jawatankuasa pusat Ikram dan setiausaha biro politiknya.
Profesor fizik ini akan menentang calon BN Mastura Mohd Yazid, yang merupakan balu kepada penyandang kerusi Parlimen Kuala Kangsar, dan calon PAS Najihatussalehah Ahmad, yang merupakan seorang doktor perubatan.
Hari penamaan calon ditetapkan pada 5 Jun sementara hari pembuangan undi pula pada 18 Jun.

Mana mungkin cinta PAS-PKR bertahan, kata wakil pemuda

Selepas Dewan Muslimat, kini perwakilan Dewan Pemuda PAS pula meminta parti Islam itu menilai kembali kerjasama politik bersama PKR.
Menurut wakil Dewan Pemuda Ahmad Fadli Shaari, PKR kini dilihat tidak mempunyai pendirian jelas untuk melakukan kerjasama politik bersama parti pembangkang.
"Kita faham ramai rakan dalam PKR masih sayangkan kita namun, mana mungkin cinta ini dapat bertahan sekiranya PKR dan DAP duduk bersama.
"Bahkan menjalinkan hubungan mesra dengan parti satu lagi (AMANAH). PKR kena jelas dengan siapa mereka mahu bersama, dengan PAS atau dengan DAP," katanya.
Beliau berkata demikian semasa membahaskan ucapan dasar Presiden PAS pada Muktamar Tahunan PAS kali ke-62 di Kelantan.
Selain itu, Ahmad Fadli turut mempersoalkan masalah dalaman yang berlaku dalam sesetengah parti politik yang dilihat tidak mempunyai pendirian.
Walaupun semua parti politik di negara ini mempunyai masalah dalaman namun, berbeza dengan PAS, parti Islam itu masih berdiri teguh, katanya.
"Dalam sesetengah parti lain, ada kiblat bercampur aduk. Ada parti, terajunya di Pekan, sebahagian kiblatnya masih di Pagoh. Ada parti kiblatnya di Sungai Buloh, tetapi anggotanya menjalin hubungan dengan penaja Deklarasi Rakyat.
"Ada parti terajunya di Komtar (Pulau Pinang), namun bergolak di sesetengah negeri.