Khamis, 2 Jun 2016

Prof Dr Ahmad Termizi Ramli Calon Amanah (PH) PRK P067 KUALA KANGSAR



Muktamar Pas 2016: DHPP Mahu Ajar MIC

Muktamar Pas 2016: 'Pembersihan Etnik Melayu Cara Halus Di P Pinang'

Muktamar Pas 2016: Masuk Pas Untuk Hapus Dosa

PKR tidak perlu gentar pilih bantu Amanah


PKR mempunyai kebebasan untuk memilih bagi membantu Parti Amanah Negara (Amanah) berikutan Pas kini tidak lagi sekuat dahulu apabila mereka berpecah, kata Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib.
Menurut beliau, PKR tidak perlu gentar dengan Pas memandangkan kerusi yang dimenangi parti itu hanya kekal sehingga Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti dan kebanyakan kerusi di peringkat Dun mungkin akan beralih kepada Amanah dan PKR selepas ini.
“Saya yakin bahawa Pas tidak akan meninggalkan PKR walaupun parti itu membantu Amanah dalam PRK kali ini.
“Saya melihat Pas sebenarnya tidak berani mengambil langkah meninggalkan PKR kerana Pas tahu bahawa jika mereka mengambil tindakan sebegitu maka Pas akan hilang status sebagai anggota kerajaan negeri di Selangor,” katanya ketika dihubungi Sinar Online.
Sebelum ini, Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah memaklumkan bahawa Pas mengambil pendekatan tunggu dan lihat sama ada PKR akan memilih parti itu mahupun Amanah untuk membantu gerak kerja PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Dalam pada itu, Md Shukri berkata, Pas perlu menerima hakikat bahawa kemenangan mereka di kerusi Dun Selangor adalah bukan kerana sokongan penuh pengundi Melayu dan Islam tetapi lebih kepada gelombang pengundi Cina yang memilih parti itu kerana persahabatan bersama DAP dan PKR
“Kebanyakan pengundi yang memilih Pas sebelum ini adalah disebabkan oleh hubungan baik parti itu bersama DAP dan PKR dan mereka harus menerima hakikat mengenai perkara ini,”katanya.

Perwakilan Pas Terengganu gesa tenggelamkan Pakatan Harapan

Perwakilan Pas gesa tenggelamkan Pakatan Harapan KOTA BHARU - Perwakilan dari Terengganu, Dr Alias Razak menggesa Pas Pusat mengukuhkan blok politik ketiga demi menenggelamkan Pakatan Harapan yang dilihat terus menerus mahu bersaing dengan parti Islam itu.

Menurutnya, Pas perlu mencari kembali momentum yang hilang akibat perpecahan Pakatan Rakyat.

"Harap Pas Pusat ambil perhatian blok politik ketiga ini yang kita mesti betul-betul pacu supaya dapat menenggelamkan Pakatan Harapan yang menjadi pesaing kita nampaknya pada hari ini.

"Mana tempat kita bertanding mereka bertanding. Nampaknya nak bersaing sungguh. Jadi kita kena bersungguh bagi mengatasi kehilangan undi akibat daripada perpisahan ini dan kita bina platform baru," katanya pada sesi Perbahasan Ucapan Dasar Presiden di Muktamar Tahunan Pas ke-62 di sini, hari ini.

Pas membentuk blok politik ketiga bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) pada 16 Mac lalu sebagai suatu kerjasama politik yang lebih tersusun dengan membawa model politik matang, terbuka bertanggungjawab, bersih dan sejahtera.

Dalam pada itu, Alias berharap pembentukan blok politik ketiga itu bukan sekadar di pentas sahaja.

Najib seorang 'pelajar' yang gagal, dakwa Dr M

Sejak melancarkan kempen menentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melakar semula pertempuran politik, menyediakan laskar dari kedua-dua pihak yang bertentangan.
Sekarang ini, beliau melancarkan serangan terbarunya menggunakan organ parti DAP, Roketkini.
Dalam wawancara eksklusif organ media atas talian itu, Mahathir ditanya mengenai peranan beliau selaku mentor kepada Najib.
Ternyata sebagai 'guru' yang kecewa, Mahathir berkata : "Banyak orang belajar daripada saya, bukan semua ikut. Yang ni (penuntut) yang gagal. Yang ni (Najib), niat dia lain."
Mahathir turut menempelak Umno dan mengadu mengenai budaya rasuah yang membelenggu negara.
Bekas presiden Umno yang keluar parti sebagai protes terhadap Najib, mendakwa pemimpin cawangan menghalang mereka yang berkaliber untuk menyertai Umno.
"Ketua cawangan UMNO, dia tak bagi orang yang ada kaliber masuk. Bila dia mati, siapa yang ganti dia? Orang lagi bodoh daripada dia. UMNO (sekarang) telah mengecut menjadi parti yang dipimpin orang bodoh, tak ada prinsip,” katanya.
Mengenai isu rasuah pula, Mahathir mendakwa kakitangan kerajaan belajar daripada ahli politik.
"...Pegawai kerajaan sekarang pun ambil duit sebab dia tengok pemimpin boleh ambil berbilion, tak kan dia tak boleh ambil sejuta, dua?” tambahnya.

Hadi julang keris, potong pulut gergasi

Upacara 'menjulang keris' sebelum ini hanya dikaitkan dengan pemimpin Umno dalam himpunan tahunan mereka, sebelum ia dihentikan beberapa tahun kebelakangan ini.
Bagaimanapun Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini pula mencuri perhatian apabila menjulang keris replika gergasi, berukuran sekurang-kurangnya dua meter panjang.
Ketika merasmikan Muktamar ke-62 parti Islam itu di Kota Bharu, Hadi menggunakan keris gergasi untuk memotong kek pulut berwarna hijau dan putih yang menyerupai warna bendera parti itu.
Sebelum itu, keris tersebut diarak masuk ke dalam dewan oleh seorang lelaki berpakaian silat berwarna hitam.
Lelaki itu diapit dua lagi lelaki lain yang berpakaian seperti pakaian Bentara Istana Melayu lama.
Di belakang mereka, sekumpulan lelaki yang memakai pakaian silat membawa kek pulut gergasi berkenaan dengan cara mengusungnya di atas alatan seperti tandu.
Mereka muncul dari pintu masuk ke pentas utama diiringi tiupan serunai dan gendang yang sering digunakan semasa acara silat, sebelum keris berkenaan diserah kepada Hadi.
Hadi, dibantu oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, kemudian memotong kek pulut itu di tengah-tengah sorakan dan tepukan daripada perwakilan yang turut melaungkan Allahuakbar.
Pada majlis sama, para penyokong PAS yang terdiri daripada ahli bukan Islam membaca ikrar untuk menyatakan sokongan kepada Hadi dan PAS.
Semalam, Ketua Pemuda PAS Nik Mohamad Abduh Nik Aziz dan pemimpin parti yang lain memilih untuk berpakaian ala pakaian pahlawan Melayu lama.
Pakaian itu mendapat perhatian kerana berbeza dengan pakaian kebiasaan pemimpin PAS yang hanya berjubah atau berbaju Melayu biasa.

PAS hilang undi lepas keluar PR, akui perwakilan Terengganu

Perwakilan Terengganu meminta supaya PAS bersungguh-sungguh untuk menubuhkan blok ketiga pembangkang bagi menghadapi pilihan raya akan datang.
Malah, wakil PAS Terengganu, Dr Alias Razak berkata, blok ketiga itu tidak hanya di tulis di atas kertas semata-mata sebaliknya ia perlu dilaksanakan di semua peringkat parti.
Katanya, blok ketiga itu juga penting bagi memastikan PAS dapat menarik kembali pengundi selepas kegagalan parti Islam itu bersama Pakatan Rakyat.
"Selepas berpisah dengan Pakatan Rakyat, kita akui perpisahan ini menyebabkan kita kehilangan pengundi.
"Kita harap PAS dapat bersungguh-sungguh kerana ini peluang terbaik untuk tarik pengundi golongan atas pagar.
"Kita kena sungguh-sungguh supaya blok ketiga ini dapat tenggelamkan Pakatan Harapan kerana mereka pesaing kita sekarang ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika membahas ucapan dasar Presiden PAS pada Muktamar Tahunan PAS kali ke-62 di Kelantan.
PAS membentuk blok baru pembangkang pada Mac lalu bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN).
Kerjasama itu dilakukan bagi membuka ruang ke arah pembinaan kumpulan persefahaman yang lebih tersusun dan diharapkan setanding Pakatan Harapan bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
PAS bersama PKR dan DAP membentuk Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya umum ke-13 namun ia berkubur selepas mengalami masalah sesama parti.

Antara hudud, penyeluk saku dan politikus korup

Senario: Penyeluk saku yang mencuri RM10 dipotong tangan tetapi ahli politik yang menyeleweng berjuta duit awam hanya dipenjara.

Senario di atas merupakan contoh kontradiksi di dalam banyak kanun Syariah yang menggunakan hukuman hudud di seluruh dunia Muslim kata pakar kajian undang-undang Islam Prof Abdullahi Ahmed An-Naim.
Contoh seperti ini mengambarkan bahawa usaha melaksanakan hukuman hudud menimbulkan banyak masalah dan ia antara sebab utama menggapa pemerintah Muslim harus menangguhkannya, kata Abdullahi, pensyarah daripada Emory University di Amerika Syarikat.
Masalah perlaksanaan hudud akhirnya akan mencalar imej Islam itu sendiri kata Abdullahi, kerana kecelaruan kesalahan dan hukuman itu menjejaskan prinsip bahawa Tuhan itu Maha Adil dan Maha Bijaksana.
Lain daripada sistem undang-undang biasa atau sivil, pendokong hudud mendakwa kanun mereka berasakan Islam dan datangnya daripda Tuhan. Ini memberikannya satu aura sempurna, ekslusif dan sakral yang menyekat cara masyarakat menilai undang-undang itu.
Di dalam proses membentuk undang-undang sivil misalnya siapa sahaja – individu biasa, NGO, pakar, Muslim atau tidak – ada hak untuk menilai, mengkritik dan menolak undang-undang itu.
Dengan itu kelemahan di dalam sesebuah undang-undang sivil boleh diperbaiki dengan efisyen kerana proses pembentukkannya terbuka.
Tetapi bila datang pada hudud dan undang-undang syariah, seperti berlaku di Malaysia, proses mengubal dan menilai disekat dan dimonopoli oleh hanya sekelompok individu yang mengelar mereka “pakar agama”.
Orang Muslim biasa ditegah daripada mempersoalkan hudud dan dipaksa untuk menyokongnya manakala orang bukan Muslim yang bakal mendapat kesan daripada hudud langsung tak boleh berkata apa-apa.
Buatan manusia
Contoh antara hukuman penyeluk saku dan penyeleweng, menunjukkan bahawa kanun kesalahan syariah dan hukuman hudud adalah buatan manusia melalui interpretasi al-Quran dan Hadith, kata Abdullahi.
“Setiap kali manusia cuba menghasilkan sebuah kanun undang-undang Syariah ia adalah usaha interpretasi dalam alam politik dan kerajaan,” katanya di sebuah forum di Sunway University baru-baru ini.
(Istilah politik dan kerajaan dalam konteks ini merujuk kepada proses penghasilan dasar dan sistem tadbir sesebuah masyarakat oleh manusia.)
Ulama dan ahli fiqah pada zaman dinasti Muslim seperti Ummaiyah dan Abassiyah, tidak pernah menghasilkan kanun Syariah yang universal kerana mereka saling berbeza pendapat dan interpretasi, ujar Abdullahi.

Ahli Pas beramai-ramai keluar parti, satu bencana - Perwakilan Pahang

'DAP lakukan penghapusan etnik secara halus' - Perwakilan Pulau Pinang

Rakyat bebas pilih pemimpin termasuk Anwar - Tun M

'80 peratus ahli PAS Johor lari masuk AMANAH' - Shamsudin Jaafar

Pas parti berwahyu, kata Dr G Balachandran

Subramaniam lembab, kita boleh ajar dia Islam - DHPP

Hadi: Lebih Baik Harumanis Daripada Harumasam

Hadi: Tak Akan 'Join' Umno

Hadi: Pas, BN Ada Runding Akta 355

Pulut Hijau Putih 50kg Tarik Perhatian Para Pimpinan Dan Perwakilan


KOTA BAHARU, 2 Jun - Tuan Guru Haji Abdul Hadi telah menyempurnakan gimik perasmian Muktamar PAS pusat kali ke 62.
Presiden Parti Islam Se Malaysia , Tuan Guru Haji Abdul Hadi telah menyempurnakan gimik perasmian yang disaksikan oleh para muktamirin dan muktamirat yang lain.
Pulut hijau putih dipilih sebagai simbolik pada kali ini merupakan antara hidangan istimewa dari Negeri Cik Siti Wan Kembang ini.
"kami sama-sama membuatnya. Setiap satu DUN menginfaqkan 5 kilogram beras pulut. Akhirnya, terhasil juga pulut yang seberat 50 kilogram ini" ujar Puan Mahani Haji pembuat pulut untuk perasmian Muktamar pada kali ini.
Beliau yang juga merupakan salah seorang yang membuat pulut tersebut berasa gembira kerana dapat menyumbang dalam muktamar pada kali ini.

'Asap' jerebu Pas makin hilang - Wan Ismail

Wan Ismail Wan Jusoh KOTA BHARU - Walaupun seluruh parti di negara ini berdepan cuaca 'jerebu' sejak kebelakangan ini, namun Muktamar Pas ke-62 membuktikan asap 'jerebu' tersebut semakin hilang daripada parti itu.

Perwakilan Kelantan, Wan Ismail Wan Jusoh sewaktu membahaskan ucapan dasar Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberitahu, dengan mengambil pendekatan Budaya Politik Matang dan Sederhana, Pas akan mempunyai rentak sendiri dalam dunia politiknya.

"Rentak dan tempo kita adalah mengikut perlawanan. Kita tidak boleh selama-lamanya main satu rentak sahaja. Sebelum ini kita agak keras, namun sekarang pendekatan lunak yang kita ambil membawa kebaikan kepada parti.

"Ada juga yang tidak mahu ubah rentak, sampai terpinggir dalam longkang. Saya mahu pesan, janganlah terpengaruh dengan seorang dua orang yang jatuh longkang itu," katanya.

Dalam masa yang sama, Wan Ismail yang juga Yang Dipertua Pas Ketereh membawa usul ucapan jutaan terima kasih kepada presiden bagi mewakili dua juta rakyat Kelantan dan umat Islam seluruh negara dengan kejayaan pembentangan RUU di Dewan Rakyat, Khamis lalu.

INGATAN YANG LEBIH SESUAI DITUJUKAN KEPADA BAPA SENDIRI

Timbalan Ketua Pemuda Pas yang juga anak Hadi Awang,  Muhammad Khalil Hadi mengingatkan rakan-rakan seperjuangannya agar tidak main-main dalam perjuangan di jalan Allah yang sedang dilalui bersama parti itu.

Ini kerana, jelasnya, janji yang dibuat untuk perjuangan itu bukan saja di depan manusia, tetapi juga di depan Allah.
Dalam masa yang sama, beliau juga menasihati rakan-rakan yang telah keluar daripada Pas, khususnya yang memegang jawatan wakil rakyat, yang dianggapnya tiba-tiba khianat kepada perjuangan, mengenai janji yang sama di depan Allah nanti.

"Mereka lari dari perjuangan. Jawablah di depan Allah di hari akhirat nanti,"  katanya dalam ucapan penangguhan di Muktamar Pemuda Pas, semalam.

Woww.....hebatnya ingatan dan amaran!!

Benarkah perjuangan Pas sentiasa di jalan Allah, dahulu dan juga sekarang?

Jika benar di jalan Allah, kenapa Pas sekarang yang dipimpin Hadi Awang makin bersekongkol dengan seseorang yang sah diketahui terpalit dengan skandal kewangan paling besar dalam dunia?

Adakah persekongkolan itu sebahagian daripada perjuangan di jalan Allah? 

Bagaimana agaknya mahu menjawab di hari akhirat nanti?

Bolehkah juga menawarkan diri menjadi penasihat kepada pemimpin yang pernah mengaku, "kalau saya nak menyamun pun, takkan saya guna akaun bank peribadi", namun akhirnya semua penafian terbukti benar belaka?

Kenapa semua ingatan dan amaran hanya ditujukan kepada orang lain, tidak kepada diri sendiri?

Lantaran itu, ingatan dan amaran Muhammad Khalil ini barangkali lebih baik diselitkan ke pintu bilik tidur ayahnya terlebih dahulu sebelum ditujukan kepada sesiapa yang lain.

Ingatlah, Allah juga sedang melihat lakonan demi lakonan yang sedang dipentaskan sekarang.

Hubungan PAS-PKR ibarat retak menanti belah?

PKR menghantar satu-satunya wakil rakyat mereka di Kelantan untuk menghadiri majlis perasmian Muktamar PAS hari ini.
PAS-PKR1PENGKALAN CHEPA: Ketiadaan nama besar PKR pada Muktamar Tahunan PAS ke-62 menimbulkan tanda tanya pelbagai pihak.
Gambaran itu juga jelas menunjukkan hubungan parti Islam itu dengan sekutunya, PKR ibarat retak menanti belah selepas Pakatan Rakyat terkubur.
PKR bagaimanapun menghantar satu-satunya wakil rakyat mereka di Kelantan, iaitu ADUN Guchil, Mohamad Roslan Puteh untuk menghadiri majlis perasmian Muktamar PAS hari ini.
Ketiadaan pemimpin PKR itu juga berkemungkinan mereka tidak mahu mengeruhkan hubungan kedua-dua pihak sekaligus ingin menjaga hati sekutunya dalam Pakatan Harapan.
Malah, tidak dapat dinafikan kegagalan mengadakan rundingan berhubung peletakan calon di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar menguatkan lagi dakwaan ketiadaan pemimpin PKR pada muktamar kali ini.
Semalam, Dewan Muslimat PAS meluluskan usul mendesak pucuk pimpinan parti mengkaji semula hubungan tahaluf siyasi bersama PKR terutamanya bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Hadi pernah dilaporkan sebagai berkata, hubungan PAS dengan PKR masih baik dan berjalan seperti biasa walaupun wujud beberapa kemelut antara kedua-dua parti itu sejak kebelakangan ini.

AMANAH nasihat Nik Abduh jaga nama baik Nik Aziz

Kenyataan Nik Abduh yang mendakwa DAP 'memberi arak' pada AMANAH sangat tidak wajar.
Nik-Abduh-Nik-Aziz
PETALING JAYA: Parti Amanah Negara (AMANAH) kecewa dengan kenyataan Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz berhubung dakwaan DAP ‘memberi arak’ kepada sesetengah bekas ahli PAS sehingga tertubuhnya AMANAH.
Pengerusi AMANAH Terengganu, Raja Bahrin Shah berkata Nik Abduh tidak seharusnya membuat kenyataan sedemikian berikutan majoriti di dalam AMANAH beragama Islam.
“Istilah ‘memberi arak’ dan ‘mabuk’ memberi gambaran seolah olah kami (AMANAH) dihukum berakhlak rendah dan tidak bermoral.
“Walaupun kata-kata itu dikeluarkan atas rasa marah kepada DAP, ianya tidak harus di keluarkan dalam cara itu. Apatah lagi kita sudah berada diambang bulan ramadhan yang mulia di mana tutur kata lidah patut dipelihara,” katanya dalam satu kenyataan.
Pada masa sama, Raja Bahrin menasihatkan agar Nik Abduh menjaga nama baik ayahnya Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat.
“Menjelang ramadhan yang mulia, pimpinan tertinggi yang berpendidikan agama, tidak sepatutnya mengeluarkan kata-kata tidak sopan sesama Islam.
“Kalau Nik Abduh tidak berhasrat menghormati kami rakan sesama Islam dan Melayu dari AMANAH, sekurang-kurangnya peliharalah nama harum dan baik ayahanda Nik Aziz yang merupakan seorang ulama dan negarawan yang banyak menunjukkan contoh pekerti dan akhlak yang amat mulia,” katanya.

Rakyat boleh pilih Anwar, DAP jika mahu- Dr M

Landskap politik Malaysia menyaksikan pelbagai kelainan pelik mutakhir ini, dan yang terbaru organ DAP Roketkini menampilkan temubual eksklusif dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Seperti dijangka, Mahathir dalam temubual tersebut terus menghujani kritikan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Beliau turut mengakui hak rakyat memilih sesiapa yang mereka mahu sebagai pemimpin, termasuk bekas ketua pembangkang yang dipenjarakan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurutnya, apa yang penting pada masa ini adalah menyingkirkan Najib dan kemudian mengembalikan semula proses demokrasi.
“Selagi mana Najib ada di situ, semua orang boleh bercakap, tentang reformasi atau apa saja. Tapi apa pun tak jadi. Buang Najib, kembali kepada demokrasi. Rakyat boleh buat pilihan mereka sendiri.
“Kalau Anwar keluar, tak kiralah. Kita balik kepada demokrasi. Rakyat akan pilih kerajaan yang bagaimana yang mereka mahukan. Apa jadi selepas itu, jika rakyat nak undi pilih Anwar, maka boleh pilih Anwar. Jika mereka memilih kerajaan yang akan membebaskan Anwar, maka itu hak mereka," katanya.
April lalu Mahathir sekali lagi mendakwa Anwar, yang beliau pecat sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998, tidak memiliki moral untuk memimpin negara.
"Saya terpaksa memecat beliau daripada parti. Selebihnya adalah mengenai kelakuan tidak bermoral dan orang-orang mengadu terhadapnya. Pihak polis mengambil tindakan akibat daripada aduan itu dan terdapat percubaan sembilan bulan sebelum beliau ditahan," katanya memberitahu akhbar The Australian.
Mahathir dalam temubual dengan Roketkini bagaimanapun mengelak soalan mengenai sama ada pandangannya mengenai Anwar sudah berubah.
Sementara itu, Mahathir juga mengakui beliau tidak berkuasa untuk menghalang rakyat daripada memilih DAP, parti yang pernah beliau kecam sebagai cauvinis.

Calon BN PRK Kuala Kangsar bukan orang asing, kata Zambry


Mastura bukanlah asing kepada orang Kuala Kangsar seperti yang diuar-uarkan.Mastura bukanlah asing kepada orang Kuala Kangsar seperti yang diuar-uarkan.Walaupun dilahirkan di Negeri Sembilan, tetapi Datin Mastura Mohd Yazid, calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kangsar, bukanlah seorang yang asing kepada pengundi di Parlimen itu kataPengerusi Badan Perhubungan Umno Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.
Beliau berkata Mastura merupakan calon dapat memberi kesinambungan kepada semua perancangan Allahyarham suaminya, yang juga penyandang kerusi Parlimen itu, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad.
“Kita perlu ingat, dia (Mastura) telah berkahwin dengan orang Kuala Kangsar, tinggal dan membesarkan anak-anaknya di situ, suaminya telah menjadi wakil rakyat dan bermula sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Chandan seterusnya menjadi Ahli Parlimen.
“Dia (Mastura) telah bersama-sama dengan suaminya sebelum ini dengan menyertai pelbagai program bersama rakyat Kuala Kangsar, jadi dia bukanlah asing kepada orang Kuala Kangsar seperti yang diuar-uarkan,” kata Zambry, yang juga Menteri Besar Perak, selepas mempengerusikan mesyuarat Exco negeri semalam seperti dilapor Umno online.
Semalam Penolong Setiausaha Pemuda Umno Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Bahagian Pandan, Syed Rosli Jamalullail berkata, pucuk pimpinan BN dilihat membuat kesilapan dengan mencalonkan Mastura.

Pas tidak akan merajuk jika PKR bantu Amanah

KOTA BHARU –   Pas tidak akan merajuk sekiranya PKR membantu Parti Amanah Negara (Amanah) pada PRK Sungai Besar.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, perkara sebegini sudah  menjadi kebiasaan dalam dunia politik demokrasi di seluruh dunia dan ia sering berlaku seperti di Britain dan di Indonesia.
“Pas adalah parti yang berpengalaman dalam dunia politik negara malah sudah melalui saat jatuh bangun sendiri, lagipun itu adalah pilihan raya parlimen dan bukannya negeri.
Abdul Hadi Awang “Kita tidak akan merajuk jika PKR bantu Amanah kerana Pas adalah parti yang tahan lasak dan tidak manja,”katanya dalam sidang media selepas merasmikan Muktamar Tahunan Pas Ke-62, di Pusat Tarbiyah Islamiah (Putik) di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Abdul Hadi berkata, Pas akan terlebih dahulu meneliti cadangan bagi mengkaji semula keperluan tahaluf siyasi (kerjasama politik) dengan PKR.
“Kita belum ada keputusan sebaliknya akan mengumpul dan meneliti terlebih dahulu usul serta perbahasan yang dikemukakan bergantung kepada perkembangan semasa.
“Pas berpendirian secara kolektif di mana kita akan dengar laporan dari semua pihak terlebih dahulu,”katanya.

BN sedang hampiri kejayaan di Sg Besar - tinjauan UCSI

Tinjauan terbaru mendedahkan BN mempunyai sokongan paling tinggi di kalangan pengundi Sungai Besar, dengan pilihan raya kecil (PRK) kawasan itu akan diadakan pada 18 Jun ini.
Menurut Pusat Penyelidikan Pilihan Raya UCSI, jika pilihan raya diadakan pada masa ini, sehingga 44.75 peratus pengundi akan menyokong calon BN.
Tempat kedua pula ialah PKR dengan 24.25 peratus, diikuti PAS 13 peratus dan Parti Amanah Negara (Amanah) 8.25 peratus.
Tinjauan menunjukkan 90.25 peratus pengundi telah membuat keputusan parti mana yang akan mereka undi nanti dengan hanya 9.75 peratus masih di atas pagar.
Tinjauan itu dijalankan antara 24 Mei hingga 29 Mei dengan melibatkan 400 responden yang terdiri daripada 230 pengundi Melayu, 155 Cina dan 15 India.
Tinjauan UCSI turut mendedahkan isu-isu yang memberi kesan ke atas pengundi Melayu dan bukan Melayu.
Pengundi Melayu menzahirkan keprihatinan terhadap isu rasuah (76 peratus) dan 1MDB (56 peratus) berbanding kelangsungan hidup (50 peratus). Isu-isu lain termasuklah kadar jenayah (36 peratus), hutang negara (30 peratus) dan kualiti pendidikan (27 peratus).
Bagi bukan Melayu, rasuah menjadi keutamaan dengan 80 peratus, diikuti dengan isu kelangsungan hidup (65 peratus) dan 1MDB (52 peratus). Pengundi kategori ini juga prihatin dengan ketegangan kaum (43 peratus).

Dr Rani silap tempat, lawan tetap lawan, kata Ng Suee Lim

Ng Suee Lim berkata, walaupun kawan tetapi lawan tetap lawan. Ng Suee Lim berkata, walaupun kawan tetapi lawan tetap lawan. Biarpun mengakui berkawan rapat dengan calon Pas Dr. Abdul Rani Osman dan sama-sama dalam "Geng 52" - merujuk kepada ketinggian lima kaki dua inci - namun Adun DAP Ng Swee Lim berkata itu tidak menghalangnya berkempen untuk memenangkan calon Amanah di Sungai Besar.
Menurut Adun Sekinchan itu, Abdul Rani tersalah tempat apabila masih bersama Pas dan menjadi calon bagi parti yang telah keluar daripada pakatan pembangkang.
"Malam ini saya nak beritahu Dr Rani. Dia memang kawan baik saya. Tapi saya nak beritahu kawan tetap kawan, tetapi  lawan tetap lawan.
"Kamu salah tempat. Jika datang kepada parti Amanah Negara kami akan tolong kamu habis-habisan. Tapi barang siapa bersekonggkol dengan kezaliman kita akan lawan habis-habisan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Pengisytiharan Calon Pakatan Harapan bagi PRK Sungai Besar di Dewan Sri Sekinchan malam tadi.
Ia sebagai reaksi kepada Abdul Rani sebelum ini yang mahu Ng Swee Lim menyokong dan membantunya untuk berkempen.
Abdul Rani ketika bercakap kepada lidah rasmi Pas, harakahdaily berkata beliau sangat berharap Adun Sekinchan itu menolongnya kerana mereka berdua merupakan kawan rapat.

Pemimpin Pas jangan keluar kenyataan populis - Perwakilan

Muktamar Pas ke-62
KOTA BHARU - Barisan pimpinan Pas diingatkan agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan populis tanpa fakta.
Perwakilan Pahang, Nazmi Abd Ghani berkata, Pas sepatutnya belajar daripada pengalaman lalu.
"Kita tidak mahu Pas hanya sekadar bercakap perkara yang bersifat populis. Namun, hakikat sebenar dia (pemimpin) bukanlah berpijak di bumi yang nyata.
"Kita sudah belajar daripada pengalaman-pengalaman yang lepas. Pimpinan-pimpinan mengeluarkan pendapat bersifat populis yang akhirnya menjadi beban dan derita kepada jemaah sendiri," katanya ketika membahaskan Ucaptama Ketua Pemuda Pas pada sesi perbahasan usul di Muktamar Pemuda Pas, di sini, semalam.
Menurutnya, Pas perlu sentiasa berdiri di landasan yang benar kerana mata rakyat selalu menilai pemimpin mana yang populis, prejudis dan yang berdiri di hakikat kebenaran.
"Antara sifir yang kuat untuk ahli politik ialah ahli politik harus dilihat juara, lantang, cakapnya berdegar-degar dan gegak gempita namun jika tidak kena cara kita hanya bagaikan tong kosong yang hanya berbunyi nyaring.
"Suasana sudah berubah, Pemuda Pas Pahang mahu sebarang kritikan terhadap dasar dan politik pemerintah harus disulami dengan pakej solusi dan penyelesaian dan ia haruslah realistik dengan keadaan semasa," katanya.

PAS tak mahu jadi parti hanya tahu membangkang

Hadi berkata, PAS bersetuju meneruskan agenda kerjasama dengan mana-mana pihak, tetapi tidak akan menyertai BN.
hadi awang muktamar
PENGKALAN CHEPA: PAS akan menggunakan pendekatan berbeza dalam usaha merampas tampuk pentadbiran negara.
Demikian tegas Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada ucapan dasarnya sempena Muktamar Tahunan PAS ke-62 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK) hari ini.
Katanya, PAS tidak akan lagi menggunakan cara politik lama seperti yang diguna pakai parti politik lain, termasuklah Pakatan Harapan dan BN.
Ujar Hadi, PAS juga tidak mahu menjadi sebuah parti pembangkang yang hanya tahu membangkang kerana ada usaha parti pemerintah yang perlu disokong.
“Blok politik yang ada pada waktu sebelum ini kebanyakannya diwarnai dua warna – hitam dan putih sahaja, iaitu sama ada kerajaan atau pembangkang dengan budaya politik masing-masing.
“Kerajaan yang ada ini pula sifatnya senantiasa mempertahankan tindakan mereka, menolak peranan pembangkang dan kadangkala dengan kekerasan dan paksaan ke atas rakyat. Manakala blok pembangkang pula sentiasa membangkang apa sahaja agenda kerajaan yang memerintah, walaupun kadangkala di sana ada yang baik dilaksanakan.
“Politiking yang melampau dan kasar ini kadangkala menyebabkan rakyat tersepit, sehingga tidak lagi mempercayai janji politik sama ada dari pihak kerajaan atau pembangkang. Kita ingin keluar dari politik cara lama dan keterlaluan ini yang menyusahkan rakyat,” katanya yang disambut dengan laungan takbir.
Pendirian PAS itu selaras budaya politik matang dan sejahtera seiring pendirian Majlis Syura Ulama PAS.
PAS juga katanya, bersetuju meneruskan agenda kerjasama dengan mana-mana pihak dalam perkara yang mendatangkan kebaikan dan ketakwaan demi memperkukuhkan Islam, tetapi parti Islam itu tidak akan menyertai BN.

Pas semakin Melayu bukan Umno semakin Islam.....


Suasana di majlis perasmian muktamar Pas yang tidak pernah ada sebelum iniSuasana di majlis perasmian muktamar Pas yang tidak pernah ada sebelum ini
Setelah bekerjasama dengan Umno, Pas kini dilihat semakin menjadi Melayu bukannya Umno yang menjadi semakin Islam, kata bekas pemimpinnya yang kini menubuhkan Parti Amanah Negara (Amanah).
Pengarah Komunikasi Amanahnya, Khalid Samad bimbang, kesatuan yang didendangkan sekadar topeng bagi mereka masing-masing (Pas dan Umno) menonjolkan pihak mana lebih Melayu dan Islam.
"Sebabnya apa yang kita nampak sekarang Pas semakin mahu menjadi Melayu bukan Umno yang sepatutnya semakin Islam.
"Padahal, kita mesti bersatu menzahirkan politik Islam yang mementingkan nilai keadilan dan kepedulian membanteras gejala seperti rasuah dan perkauman," ujarnya ketika ditemui selepas sidang media di Pejabat Ahli Parlimen Shah Alam di Seksyen 13 hari ini.
Mengulas tema pakaian pendekar Melayu pada muktamar tahunan Pas tahun ini, beliau menyifatkan penampilan tersebut bertujuan menarik sokongan pengundi Melayu menjelang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) di Kuala Kangsar dan Sungai Besar, 18 Jun ini.
"Itu lebih kepada penyatuan Pas dengan Umno tetapi ironinya ketika Pas semakin Melayu tetapi Umno tidak pula lebih Islam.

Pas mabuk ke, tanya Khalid Samad kepada Nik Abduh


Pas dah mabuk ke, tanya Khalid kepada Nik Abduh.
Dakwaan Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz kononnya DAP 'memberi arak' kepada sesetengah bekas ahli Pas sehingga tertubuhnya Amanah menjadi bukti terkini parti atas nama Islam itu tidak lagi mengenali rakan dan musuhnya yang sebenar.
Ahli Jawatankuasa Kerja Amanah, Khalid Samad menyifatkan sikap politik Pas tidak selaras dengan apa yang dikata.
"Tak kenal kawan, lawan. Kutuk DAP, perlekeh PKR. Tiba-tiba puji MCA, Gerakan. Yang kawan dikutuk, yang lawan dipuji.
"Cakap nak satu lawan satu tapi tubuhkan Blok Ketiga. Eh, mabuk ke? Apa yang dikata, apa yang dibuat tak selari," bidasnya pada sidang media di pejabat beliau di Shah Alam hari ini.
Mengulas gesaan Nik Abduh supaya Pas menandingi kerusi yang 'dipinjamkan' kepada DAP dan PKR ketika masih dalam Pakatan Rakyat, beliau berkata, Pas tidak lagi dapat membezakan mana satu milik parti itu.
"Benda yang bukan dia punya tapi dia mengaku dia punya sehingga perangai dan kata-kata tak menentu. Biarkan rakyat menilai," ujar Ahli Parlimen Shah Alam itu.
Kelmarin, Nik Abduh ketika menyampaikan ucaptama  Muktamar Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM) ke-57 di Kota Bharu turut mendakwa pengalaman kononnya Pas  diperguna oleh parti komponen gabungan pembangkang perlu dijadikan pengajaran.

Hadi: PAS akan teliti usul putus hubungan dengan PKR

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan parti itu akan meneliti usul memutuskan hubungan dengan PKR.
Menurut beliau, perkara itu belum diputuskan dan akan diteliti setiap usul yang dikemukakan serta melihat hasil perbahasan.
"Saya tak boleh beri pandangan sendiri, kerana mesti berlandaskan parti secara prinsip.
"Saya belum mendengar laporan mana-mana pihak, tak boleh bergantung kepada laporan media sahaja," katanya pada sidang media selepas menyampaikan ucapan dasar Muktamar Tahunan PAS ke-62 di Kota Bharu hari ini.
Semalam Muktamar Muslimat PAS meluluskan usul yang dikemukakan perwakilan PAS Kedah supaya PAS mengkaji semula hubungan dengan PKR.

PRK: Bukan pelik bertembung sesama pembangkang

KOTA BHARU: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan bukan perkara pelik apabila parti yang mendukung dalam satu pakatan bertembung sesama sendiri dalam pilihan raya kecil (PRK).

Presiden PAS berkata situasi itu pernah berlaku di England dan Indonesia di mana parti yang berada dalam satu pakatan bertembung sesama mereka dalam PRK.

Katanya, pernah Parti Liberal dan Konservatif bertembung sesama mereka pada PRK yang diadakan di England.

“Begitu juga parti yang berada dalam satu pakatan di Indonesia bertembung sesama mereka dalam PRK. Jadi bukan perkara pelik kalau PKR juga membantu PAN dalam PRK di sini.

“Kita bukan bertembung dalam pilihan raya negeri, sebaliknya PRK, jadi ia tidak pelik. Lagi pun PAS pernah bertembung sehingga lima penjuru dalam pilihan raya yang diadakan sebelum ini,” katanya pada sidang media selepas  menyampaikan ucapan dasar Muktamar Tahunan PAS ke-62 di Pusat Tarbiah Islamiah (Putik) hari ini.

Hadir sama pada sidang media itu, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha Agung, Datuk Takiyuddin Hassan dan Ketua Penerangan, Ustaz Nasruddin Hassan.

PAN semalam mengumumkan calon bakal bertanding pada PRK Sungai Besar yang akan menyaksikan pertembungan tiga penjuru.

PAS sebelum ini mengumumkan Adun Meru Dr Abdul Rani Osman dalam misi menawan Dun terbabit. BN juga mengumumkan Adun Sungai Panjang  Budiman Mohd Zohdi bertanding di kerusi tersebut.

Islam Bukan Agama Tempelan

PENGKALAN CHEPA, 2 Jun: Kegagalan Kerajaan Malaysia hari ini mengamalkan sistem Islam yang sebenar didalam pentadbiran telah menyebabkan negara gagal diurus dengan baik.
Demikianlah nada yang disuarakan oleh Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang ketika menyampaikan ucaptama di majlis perasmian Muktamar Tahunan PAS kali ke 62 di PUTIK hari ini.
Menurutnya lagi, bukti sudah jelas apabila Islam dijadikan agama tempelan dan bukannya Al-Din yang menjadi Hidayah daripada Allah.
Menurut beliau Islam merupakan agama yang memimpin dan memandu dalam perkara prinsip, konsep pendekatan dan wawasan.
Ujar beliau lagi penerusan warisan penjajah dengan mempertahankan idealogi asing secara menyeluruh atau menegakkan Islam secara tumpangan telah menjadikan Islam tidak memerintah tetapi sebaliknya diperintah oleh kuasa idologi barat.
Tegas beliau lagi Islam pada hari ini tidak dijadikan petunjuk kepada segala urusan yang wajib diimani malah menjadikannya hanya agama ditunjuk dan menjadi telunjuk sahaja.
Ini menjadikan kita hidup dalam keadaan terumbang ambing tanpa pedoman yang nyata sebagaimana yang dikehendaki syarak.
Demikian sebahagian yang diutarakan oleh beliau dalam ucaptema tersebut.

Akta 355: Memang ada runding dengan BN, kata Hadi

PAS hari ini mengakui wujud rundingan dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi membolehkan usul pindaan Rang Undang-undang Persendirian Akta 355 dibentangkan di Parlimen.
Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, oleh kerana mengikut 'standing order, ia mesti diusulkan oleh seorang menteri terlebih dahulu bagi membolehkan usul tersebut kemudiannya dibawa.
"Sokongan menteri dahulu, ‎setelah dipersetujui barulah ahli parlimen berkenaan boleh bawa usul itu untuk bacaan kali pertama.
"Apa yang kita buat adalah berunding dengan kerajaan supaya mengizinkan ia diusulkan. Baca kali pertama‎," katanya pada sidang media selepas di Muktamar Tahunan PAS ke-62 di Kota Bharu, hari ini.
Abdul Hadi pada 26 Mei lalu berjaya membentangkan usul tersebut dengan persetujuan parlimen walaupun usul tersebut berada pada kedudukan nombor 15.
Usul itu bertujuan meminda Seksyen 2 akta tersebut untuk menyebut Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa terhadap orang Islam dan dalam hal-hal kesalahan di bawah perkara yang disenaraikan dalam Butiran 1 Senarai Negeri di bawah jadual kesembilan Undang-Undang Persekutuan.

Ia juga bagi memasukkan Seksyen 2A yang menyebut dalam melaksanakan undang-undang jenayah di bawah seksyen tersebut, Mahkamah Syariah mempunyai hak untuk menjatuhkan hukuman berkaitan kesalahan yang disenaraikan di bawah seksyen berkenaan, selain hukuman mati.
Mengulas lanjut, Hadi berkata, semua pihak harus faham bahawa politik bukan saja parlimen, dan demokrasi bukan sahaja parlimen.
‎"Demokrasi termasuklah demonstrasi, berunding dan berdialog.
"Kita sudah mengemukakan usul ini sejak tahun 1995, bukan usul baru. Sudah dua tiga kali kita bawa pada 1995," katanya.

Hadi pegang keris, belah pulut hijau putih

PAS ke arah politik matang, bukan politik bangkang - Hadi

7 ciri politik matang perlu dihayati semua pemimpin - Presiden PAS

Usul putus hubungan dengan PKR akan diteliti - Hadi

Akta 355: Usul dapat sokongan menteri - Hadi

PAS tak merajuk, parti tahan lasak - tegas Hadi

Ada harum manis ada harum masam, sindir Hadi

PRK: Wan Azizah bawa salam Anwar mahu rakyat menangkan calon PH


Dr Wan Azizah menyerahkan watikah perlantikan Azhar sebagai calon Pakatan Harapan. Gambar Malaysia Dateline oleh Nazri Abdullah.Dr Wan Azizah menyerahkan watikah perlantikan Azhar sebagai calon Pakatan Harapan. Gambar Malaysia Dateline oleh Nazri Abdullah.
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat khususnya di Sungai Besar memilih calon Pakatan Harapan yang diwakili Parti Amanah Negara (Amanah) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) yang akan berangsung 18 Jun ini.
Seruan dari penjara itu disampaikan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail ketika berucap di Majlis Pengisytiharan Calon Pakatan Harapan bagi PRK Sungai Besar di Dewan Sri Sekinchan malam tadi.
"Saya bawa salam dari penjara. Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi salam kepada kita semua supaya teruskan perjuangan dan pilihlah calon Pakatan Harapan. InsyaAllah membawa kebaikan pada semua.
"Jangan salah pilih. Setiap undi penting dan pilihlah calon Pakatan Harapan daripada Parti Amanah Negara," katanya.
Sementara itu, Presiden Amanah melahirkan rasa terharu dengan sokongan Azizah dan Anwar terhadap Amanah untuk mewakili Pakatan Harapan pada PRK ini.
"Saya amat terharu Datuk Seri Wan Azizah bersama kita. Beliau pemimpin gigih, srikandi yang kita anggap sebagai ibu kepada kita dan ibu kepada rakyat jelata. Dengan kegigihan beliau terus memimpin PKR dn Pakatan Harapan.

AMK kenalpasti kerusi yang Pas kalah untuk ditandingi PKR


Dr Afif timbalan ketua pemuda PKRDr Afif timbalan ketua pemuda PKRAngkatan Muda PKR (AMK) telah mengenalpasti beberapa kerusi yang wajar diberikan kepada PKR selepas Pas gagal memenangi kerusi-kerusi tersebut walaupun telah berulang kali bertanding di kerusi itu sejak beberapa penggal yang lepas.
Justeru AMK akan memanjangkan cadangan mereka kepada pimpinan parti untuk menuntut kerusi-kerusi ini bagi diserahkan kepada PKR untuk diwakili.
Sehubungan dengan itu, Timbalan AMK, Dr Afif Bahardin (gambar) menyeru pimpinan PKR menyegerakan rundingan kerusi dengan parti pembangkang lain terutamanya Pas bagi menentukan kedudukan kerusi pilihan raya menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14.
Katanya, langkah ini perlu bagi memastikan perlawanan satu lawan satu untuk berhadapan dengan Barisan Nasional (BN).
“AMK mengambil semangat tema Muktamar Dewan Pemuda PAS semalam, Bertekad Melebar Muafakat mengulangi pendirian agar semua pimpinan pembangkang waima dari Pakatan Harapan, PAS mahupun parti-parti pembangkang lain untuk segera ke meja rundingan bagi bermuafakat menentukan kedudukan kerusi pilihanraya menjelang Pilihan Raya Umum ke 14 demi memastikan perlawanan satu lawan satu untuk berhadapan dengan regim Barisan Nasional.
“Formula yang telah ditinggalkan dan usaha yang digagaskan oleh Ketua Umum Keadilan, Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk mewujudkan pakatan pembangkang yang kuat telah terbukti menjadi senjata ampuh untuk menewaskan Barisan Nasional dalam pilihan raya,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata demikian sebagai respons kepada gesaan Ketua Pemuda Dewan Pemuda Pas Malaysia Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz kelmarin agar Pas menuntut semula kerusi-kerusi pilihan raya yang 'dipinjamkan' kepada PKR dan DAP.
Afif yang juga exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga berkata, PKR sebagai parti pelbagai kaum yang paling ke hadapan dalam persada politik negara sewajarnya diberikan ruang untuk bertanding di kerusi-kerusi yang telah gagal ditawan PAS sebelum ini.

MAHATHIR: DEKLARASI RAKYAT

1. Malaysia adalah sebuah negara yang mengamal sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen.
2. Negara ini mempunyai perlembagaan tertulis dan undang-undang untuk melindungi rakyat daripada perbuatan jenayah dan penyalahgunaan kuasa oleh Kerajaan.
3. Malangnya kita sedang melihat Perlembagaan dan undang-undang negara diabaikan atau pun dicabuli. Kaedah untuk mendapat keadilan menerusi perlembagaan, iaitu membuat laporan kepada polis dan undi tidak percaya untuk menyingkir pemimpin kini tiada lagi wujud.
4. Pemisahan kuasa di antara Perundangan, Eksekutif dan Kehakiman tidak dihormati lagi. Perdana Menteri seolah-olah mempunyai kuasa ke atas ketiga-tiganya. Akibatnya, beliau seolah-olah kebal dari segala undang-undang negara.
5. Dia menciptakan dana kekayaan negara (national wealth fund) dari wang yang dipinjam.
6. Sekarang Kerajaan sedang menanggung hutang yang berjumlah RM50 bilion.
7. 1MDB tidak dapat membayar faedah dua bilion dolar atas pinjaman.
8. 1MDB mungkir membuat pembayaran atas hutang yang lain. 1MDB melabur satu bilion dolar dalam syarikat usahasama dengan Petro Saudi, kononnya untuk mengeksploitasi konsesi minyak dan gas di Argentina dan Turkmenistan.
9. Usahasama tersebut telah dibubarkan kerana tidak ada minyak atau gas untuk dikeluarkan.
10. Saham USD1 bilion dalam usahasama tersebut telah dipinjamkan atau dijual kepada Petro Saudi dengan harga 1.2 bilion.
11. Lebih banyak wang lagi telah dipinjamkan kepada Petro Saudi.
12. Ke mana wang itu telah pergi tidak diketahui.
13. Lebih daripada USD2 bilion telah dilaburkan di Kepulauan Cayman.
14. Wang itu dikatakan telah dibawa balik dan didepositkan di sebuah bank Singapura.
15. Bank Singapura itu menafikan bahawa wang telah didepositkan dengannya oleh 1MDB.
16. 1MDB kemudianya mendakwa ianya bukan wang, tetapi unit. Unit apa?
17. Tiba-tiba Najib dilaporkan mempunyai USD681 juta (bersamaan dengan RM2.6 bilion) di dalam akaun peribadinya di Ambank.
18. Beliau mendakwa ia adalah sumbangan tetapi tidak dapat menunjukkan sebarang dokumen yang boleh dipercayai untuk membuktikannya.
19. Beliau telah membelanjakan sebahagian daripada wang yang dipegang dalam akaunnya itu untuk kegunaan peribadi.
20. Tiada rekod menunjukkan beliau membelanjakan untuk UMNO pada Pilihan Raya Umum ke-13 sepertimana yang beliau mendakwa.
21. Laporan oleh Bank Negara bagi akaun ini nampaknya telah diketepikan oleh Peguam Negara yang baru dilantik.

Pemimpin Blok Ketiga meriahkan muktamar ke-62

KOTA BHARU: Muktamar Tahunan PAS ke-62 kali ini tetap meriah biarpun tidak kelihatan pemimpin besar pembangkang. Namun kehadiran pemimpin blok ketiga mencatat sejarah tersendiri.

Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) diketuai presidennya Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir bersama pemimpin Ikatan pusat dan Ikatan Kelantan.

Turut kelihatan Timbalan Majlis Pimpinan PKR Kelantan, Ruslan Puteh, Presiden Teras Keupayaan Melayu (Teras) Azmi Abdul Hamid, wakil Perkasa dan Parti Cinta Malaysia dan wakil-wakil NGO.

Manakala tetamu luar negara termasuk Biro Politik Himas, Dr Khaled  Qadumi, Muslim Imran,  Dr Naji Al Sharhi, Mohammad al Dawood  dan Bilal Al Akhras dari Hamas.

Pertubuhan Forum Belia Antarabangsa Turki diwakili Yilmaz Balcin dan Necip Fazil Aksoy.

Selain itu Konsul Jeneral Diraja Thailand, Pitoon Songkaeo dan Setiausaha Pertama Suruhanjaya Tinggi Singapura, Rifi Rafiuddin Mohd Ridwan.

Selain itu wakil gerakan Islam Thailand, Akram dan wakil kedutaan Singapura.

Kelihatan juga veteran-veteran PAS termasuk bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman, Subky Abdul Latif dan isteri bekas Mursyidul Am PAS, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak.

Antara kejayaan 1MDB pada negara tercinta Malaysia..

1) Nama Malaysia semakin harum ke pelusuk dunia.

2) Tanpa 1MDB, bermakna GST sukar dilaksanakan.

3) Hutang negara terus mencanak bertambah.

4) Aset2 negara terus tergadai pada komunis-China.

5) Pelabur asing telah menarik wang daripada saham2 Malaysia.

Apa lagi Mahathir mahu?

IMG_6940
Sekitar lima minit sebelum jam 9 pagi, saya melihat beliau tiba dengan iringan dua kereta polis. Sekonyong-konyong keluar dari kenderaan, beliau terlebih dahulu menghampiri seorang pegawai keselamatan yang memegang bekas makanan ikan. Diambilnya beberapa genggam dan dicampak ke kolam di perkarangan bangunan Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya.
Tun Dr Mahathir Mohamad memulakan harinya di pejabat dengan memberi makan kepada ikan-ikan koi, mungkin satu ritual menenangkan diri, setelah 13 tahun melepaskan jawatan sebagai kepala negara paling lama berkhidmat dalam sejarah Malaysia.
Pun begitu, setelah lama ‘bersara’ daripada jabatannya, Mahathir tidak lelah bermain politik. Sepelontar batu dari pejabatnya di Precinct 8 Putrajaya itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sedang cuba dijatuhkannya melalui usaha mengumpul tandatangan, selain bekerjasama dengan ramai musuh politik lama, termasuk pemimpin utama DAP, Lim Kit Siang.
Kerjasama itu akhirnya membenih langkah meninggalkan parti yang diasaskannya, United Malays National Organisation (Baru), selain berjanji untuk berkempen bagi memastikan kekalahan Barisan Nasional dalam pilihanraya kecil Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada 18 Jun ini.
IMG_6899
Kerelaan beliau meninggalkan parti Melayu itu kemudian mengundang caci-maki ramai pihak yang dahulunya tegar mempertahankan Mahathir sebagai wira bangsa. Hatta media tradisional yang dikawal kerajaan turut tidak lepas menyerangnya, menggambarkannya sebagai si pengkhianat yang telah berpaling daripada perjuangan UMNO sejak zaman berzaman.
UMNO bukan lagi macam dulu
“UMNO macam la ni tak dak UMNO dah,” katanya, ketika ditanya jika beliau sanggup melihat parti yang menjadi wadah perjuangan selama puluhan tahun kehilangan kuasa dalam usaha menjatuhkan Najib.
“Ini bukan parti UMNO. UMNO ada prinsip dia. Ini parti yang pertahan kepimpinan Najib. Dah jadi parti Najib,” ujarnya, meminggirkan diri tanpa memperlihatkan sedikit pun rasa sesal atau kecewa.
Mahathir marah betul dengan UMNO yang lebih baru daripada UMNO Baru. Baginya, UMNO versi Najib Razak adalah UMNO yang bertuhankan duit.
“Dia mempertahan rasuah,” tambahnya. “Cash is king, dia kata pada saya,” merujuk kepada Najib mengambil alih tampuk pemerintahan dengan restu Mahathir sendiri setelah membantu menjatuhkan presiden sebelumnya, Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang menaiki takhta UMNO dengan restu dan perkenan Mahathir juga.
Tuduhan-tuduhan Mahathir terhadap anak didik politiknya itu juga bukan sebarangan. “Dia bagi orang ni sejuta, orang tu sejuta, tak kan wakil rakyat lain nak senyap tak minta duit?” soal beliau. Pastinya dengan maklumat dalaman mengenai penyakit bawaan UMNO yang telah berakar sejak zaman pemerintahannya lagi.
Namun tidak adil untuk menuduh segalanya bermula sejak Mahathir mula memegang teraju parti pada 1981. Era awalnya amat popular di kalangan rakyat dengan pelbagai slogan dan usaha merancakkan kebosanan politik 1970an. Tetapi, tuduhan dan dakwaan rasuah serta salah guna kuasa mula lantang didengar pada pertengahan 1980an.
Pemimpin UMNO bodoh
Kini Mahathir pula yang marah dengan rasuah. “Pegawai kerajaan sekarang pun ambil duit sebab dia tengok pemimpin boleh ambil berbilion, tak kan dia tak boleh ambil sejuta, dua?” ujarnya, yang sejak mengambil alih kuasa daripada Almarhum Tun Hussein Onn memasarkan slogan-slogan seperti ‘Bersih, Cekap, Amanah’ dan ‘Kepimpinan Melalui Teladan’ sekitar Mac 1983.
Malang sekali slogan-slogan itu kemudiannya tidak diteladani, malah disalahtafsir sesuka hati, hatta menghasilkan produk-produk UMNO yang ternyata memalukan bekas presiden paling lamanya hari ini.
“Ketua cawangan UMNO, dia tak bagi orang yang ada kaliber masuk. Bila dia mati, siapa yang ganti dia? Orang lagi bodoh daripada dia. UMNO (sekarang) telah mengecut menjadi parti yang dipimpin orang bodoh, tak ada prinsip,” tegasnya.
Penyakit korupsi sememangnya difahami sebagai penyakit warisan dalaman UMNO. Memang korupnya UMNO itu bukan kerana nama atau perjuangannya tetapi disebabkan terlalu lama memegang tampuk kuasa. Ia satu trend kepada mana-mana parti di dunia ini yang biasanya berakhir dengan rakyat menolak mereka.
Korupsi dalam UMNO macam saka harimau yang melekat dengan sesiapa sahaja yang membuat perjanjian untuk bertaat setia dengan parti itu. Selesa dengan gaya hidup bermewah-mewah, rasa berkuasa untuk mengarah-arah dan menjadi tuan di kawasan masing-masing menjadi asas penyakit itu sukar dihakis.
Namun menurut Mahathir, “Boleh buang kalau nak buang”. Cumanya ternyata UMNO yang ditinggalkannya itu tidak pun membuang saka korupsi yang telah membarah, malah semakin rancak mempertahankannya sebagai satu cara hidup; menjadikan kita terus sangsi dan prejudis, serta sukar untuk meletakkan sebarang kepercayaan kepada apa sahaja yang membawa DNA UMNO.
Malah DNA Umno itu juga yang sedikit-sebanyak menjadi penghalang sokongan ramai pihak terhadap Deklarasi Rakyat yang digagaskan Mahathir awal Mac lalu bersama musuh-musuh politiknya. Hatta aktivis pilihan jalanraya, Hishamuddin Rais dan Maria Chin juga dibungkus bersama, dan dilabel pengkhianat oleh orang lama gerakan Reformasi 1998.
Anwar dan DAP
Disoal tentang penggabungannya bersama musuh-musuh zaman lampau, mantan Perdana Menteri itu menegaskan bahawa pemimpin-pemimpin parti politik menyertai muafakat Selamatkan Malaysia bukan sebagai pemimpin parti, hanya sebagai individu yang prihatin.
“Objektif hanya satu, singkirkan Najib,” ujarnya ketika menghuraikan kenapa soal gagasan reformasi institusi dan pembelaan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dipersetujui secara langsung olehnya.

Pakatan Harapan pertama kali sertai pilihan raya


 Azhar menerima watikah pencalonan dari Dr Wan Azizah bagi mewakili Pakatan Harapan dengan diperhatikan oleh pemimpin Amanah dan DAP. Gambar Malaysia Dateline oleh Nazri Abdullah.Azhar menerima watikah pencalonan dari Dr Wan Azizah bagi mewakili Pakatan Harapan dengan diperhatikan oleh pemimpin Amanah dan DAP. Gambar Malaysia Dateline oleh Nazri Abdullah.
Buat pertama kalinya, Pakatan Harapan meletakkan calonnya secara rasmi untuk bertanding dalam pilihan raya selepas ia ditubuhkan beberapa bulan lalu selepas hancurnya Pakatan Rakyat, kata ketua sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifudin Abdullah.
Ketika berucap di majlis pengenalan calon mereka malam tadi, pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar menjadi pilihan raya pertama Pakatan Harapan yang dianggotai oleh Amanah, PKR dan DAP meletakkan calon rasmi mereka.
"Ini adalah calon Pakatan Harapan yang diwakili oleh Amanah," kata Saifudin ketika berucap memperkenalkan Azhar Ab Shukur di Dewan Sri Bernam, Sungai Besar malam tadi.
Azhar calon Pakatan Harapan di Sungai Besar. Gambar Malaysia Dateline oleh Nazri Abdullah.Azhar calon Pakatan Harapan di Sungai Besar. Gambar Malaysia Dateline oleh Nazri Abdullah.Selepas ditubuhkan, Amanah, DAP dan PKR menyertai pilihan raya negeri Sarawak namun ia atas nama parti masing-masing bukan atas nama Pakatan Harapan.
Ada antara calon-calon mereka bertembung antara satu sama lain misalnya antara PKR dengan DAP.
Istilah calon Pakatan Harapan digunakan oleh kesemua pemimpin yang berucap. Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail memulakan istilah itu dan dengan tegas berkata "Ini adalah calon Pakatan Harapan.".
Baju rasmi Pakatan Harapan yang mempunyai tiga jalur, oren, biru PKR dan merah DAP mula dipakai buat pertama kalinya dalam majlis malam tadi oleh sebahagian pemimpin yang hadir.
Ketua parlimen DAP, Lim Kit Siang yang turut berucap berkata, ini adalah calon Pakatan Harapan yang diwakili oleh Amanah.
Azhar diperkenalkan oleh Presiden Amanah, Mohamad Sabu dalam majlis yang penuh sesak dengan para penyokong ketiga-tiga parti Pakatan Harapan malam tadi.
Ia juga diikuti secara langsung oleh lebih 1500 penonton video melalui Facebook Amanah di samping ribuan lagi yang mendengarnya melalui radio internet, DPedas.fm.
"Suasana ini mengulangi ketika Pakatan Rakyat diperkenalkan buat pertama kalinya dahulu. Suasana itu kini kita dapat kembali," kata Mohamad yang berucap memperkenalkan calon itu.

Jangan guna isu edah untuk berkempen, kata calon Pas


Dr Najihatussalehah, calon Pas Kuala KangsarDr Najihatussalehah, calon Pas Kuala Kangsar
Calon Pas bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar Dr Najihatussalehah Ahmad menasihatkan semua pihak supaya tidak menjadikan isu 'edah' sebagai bahan kempen pilihan raya itu.
 "Saya akur kepada apa yang ditetapkan oleh syarak. Saya nasihatkan semua orang supaya jangan sentuh isu edah," katanya pada sidang media pada Muktamar Dewan Muslimat Pas kali ke-56, di sini hari ini.
 Beliau merujuk kepada calon Barisan Nasional (BN) Datin Mastura Mohd Yazid yang tidak dapat menyertai kempen pilihan raya itu yang dijadual bermula 5 Jun ini kerana masih berada dalam tempoh edah selama empat bulan 10 hari sebagaimana ditetapkan dalam hukum Islam apabila seseorang wanita kematian suami.
 PRK Parlimen Kuala Kangsar diadakan pada 18 Jun ini berikutan kematian suami Mastura, Datuk Wan Khair-il Anuar Wan Ahmad, dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.
 Sementara itu, ketika ditanya mengenai cabaran yang bakal dihadapi ketika berdepan dengan Mastura, Dr Najihatussalehah berkata: "Tidaklah mudah bagi saya sebab kempen tetap juga berjalan walaupun beliau menggunakan media dan tidak turun berkempen."

Usul Muslimat putus dengan PKR akan dibawa ke Majlis Syura


Muslimat Pas luluskan tanpa bahas usul putus hubungan dengan PKR.
Usul Dewan Muslimat Pas Kedah agar Pas Pusat mengkaji semula Tahalluf Siyasi (kerjasama politik) diluluskan tanpa bahas oleh perwakilan dalam Sidang Muktamar Dewan Muslimat PAS (DMPM) kali ke-56 di Kota Bharu semalam.
Naib Ketua Dewan Muslimat Pas Salamiah Mohd Noor berkata, usul tersebut akan dibawa ke Majlis Syura Ulama untuk tindakan susulan.
Usul itu menyatakan PKR dilihat seolah-olah tidak menghormati PAS apabila mengadakan hubungan kerjasama dengan Parti Amanah Negara (Amanah), yang jelas menuduh serta memfitnah Pas dengan pelbagai dakwaan tidak berasas.
Menurut usul itu, bermula langkah Kajang sehinggalah konspirasi menjatuhkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, pandangan dan pendirian Pas tidak dihormati selain kesucian Pakatan Pembangkang dicemari dengan perancangan tertentu di luar pengetahuan Pas.
"Walaupun ada segelintir pemimpin PKR yang menghormati pendirian dan pandangan PAS namun rentetan isu sebelum ini memperlihatkan parti itu lebih selesa mengambil keputusan tanpa berbincang atau mengambil kira rakan tahallufnya berhubung hal-hal berkaitan.
"Sedangkan PKR banyak bergantung harap kepada Pas untuk menggerakkan jentera terutama menjelang pilihan raya.

Bukan DAP yang mempergadai hak orang Melayu

PAS ternyata cuba menyemarakkan emosi perkauman sejajar dengan muslihat UMNO yang sentiasa mencari helah mengaitkan isu-isu tertentu dengan dakwaan perkauman.
Syerleena-Abdul-Rashid_penang_wanita_600Oleh Syerleena Abdul Rashid
Dalam muktamar Pemuda Pas baru-baru ini, kita dapat melihat penonjolan retorik yang penuh dengan hasrat buruk sangka yang tidak terkawal terhadap DAP, lebih-lebih lagi sejak PAS mulai menjalin hubungan mesra dengan UMNO.
Hari ini, ketua Pemuda PAS Pulau Pinang Mohd. Hafiz Alias menyuarakan tuntutan mengekalkan ‘tanah milik Melayu’ dengan meminta semua konstitusi di Pulau Pinang menentang dan memperjuangkan apa yang diwawarkannya, ketidaksamarataan sosial yang membelenggu kerajaan negeri P. Pinang di bawah DAP.
Menurut beliau, populasi ‘Orang Melayu di Pulau Pinang adalah kedua terbanyak ia-itu 43.6 peratus namun hanya memiliki 20.1 peratus tanah di negeri ini’.
PAS ternyata cuba menyemarakkan emosi perkauman sejajar dengan muslihat UMNO yang sentiasa mencari helah mengaitkan isu-isu tertentu dengan dakwaan perkauman.
PAS juga nampaknya sengaja buat lupa dengan dosa tindak-tandok UMNO yang lalu yang ternukil dalam lipatan sejarah. Umum mengetahui bahawa UMNO telah banyak ‘merampas’ tanah-tanah milik Melayu dengan membelinya pada harga murah dan menjualnya dengan harga tinggi.
Contohnya kes Kampong Terang di Balik Pulau di mana 31 pemilik tanah (Melayu) menjual tanah mereka pada Januari 2012 kepada Maison Heights Sdn Bhd dengan jumlah harga RM8,563,983.00 yang kemudian menjualkannya kepada Kay Pride Sdn. Bhd. pada May, 2012 dengan harga RM13,457,664.00 – untung sebanyak RM 5juta dalam hanya 5 bulan. Ini terang-terang suatu eksploitasi sistem yang sedia ada dan apa lebih menyedihkan ialah ia adalah suatu eksploitasi terhadap orang-orang Melayu dengan cara yang amat jijik.
Jangan kita lupa bahawa dua daripada anggota Lembaga Pengarah Maison Heights pada masa itu adalah Timbalan Pengerusi UMNO P.Pinang Dato Musa Sheikh Fadzir dan Pengerusi Pilihanraya Barisan Nasional, Dato Omar Faudzar.

Muktamar Tahunan PAS ke-62 bermula di Putik

KOTA BHARU: Muktamar Tahunan PAS kali ke-62 membuka tirai pagi ini selepas setahun muktamar lepas yang menyaksikan segelintir pemimpin meninggalkan perjuangan sehingga menubuh parti serpihan.

Orang ramai memenuhi pekarangan Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) sejak pagi lagi. Malah ada yang tidur di kawasan tersebut terutamanya peniaga.

Dewan besar Putik pagi ini diwarnai hijau apabila perwakilan berpakaian baju Melayu lengka samping, sedondong bertema hijau. Ada juga yang berjubah hijau. Ini suatu anjakan berlaku daripada aspek pemakaian muktamar tahun ini.

Manakala  bentara yang bertugas membantu perjalanan muktamar juga lengkap dengan berpakaian selendang seumpama pahlawan Melayu.

Dewan Putik hampir dipenuhi perwakilan. Dewan Himpunan Penyokong PAS pula diketuai Balasubramanian. Kelihatan juga tetamu asing dari luar negara.

Sekarang menunggu ketibaan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bagi memeriksaan perbarisan pasukan Amal di pekarangan Putik.

Muktamar ke 62 dijangka kenal pasti halatuju PAS hadapi PRU14

Muktamar Tahunan PAS ke-62 kali ini merupakan muktamar pertama setelah 'golongan profesional' meninggalkan parti Islam tersebut dan menubuhkan Parti Amanah Negara (AMANAH).
Berlangsung selama tiga hari bermula malam tadi, muktamar kali ini dijangka membincangkan pelbagai isu antaranya usul Rang Undang-undang Persendirian Akta 355 yang dibawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Parlimen minggu lalu.
Antara perkara lain yang dijangka dibangkitkan ialah penubuhan pasukan khas bagi memberi penjelasan lebih terperinci mengenai undang-undang berkenaan kepada masyarakat Islam dan bukan Islam.
Selain itu, perkara yang akan menjadi tumpuan pada muktamar kali ini juga ialah usul yang diluluskan Muktamar Dewan Muslimat semalam.
Usul itu meminta supaya PAS mengkaji semula hubungan tahaluf siyasi bersama PKR terutamanya bagi menghadapi pilihan raya akan datang.
Usul dari perwakilan Muslimat Kedah itu timbul selepas PKR dilihat seolah-olah tidak menghormati PAS apabila menjalankan kerjasama dengan AMANAH yang didakwa banyak melempar pelbagai dakwaan terhadap parti Islam berkenaan.
Dalam muktamar tahun lalu, PAS meluluskan usul untuk memutuskan hubungan dengan DAP dan ia kemudiannya dibawa ke Majlis Syura dan diluluskan.
Malah, muktamar yang akan dihadiri kira-kira 2,000 orang perwakilan dari seluruh negara itu juga akan turut membincangkan perkara yang melibatkan pilihan raya umum ke-14 selepas PAS keluar daripada Pakatan Rakyat.
Ia bagi mengenal pasti hala tuju parti dalam pilihan raya umum akan datang, di samping mengamalkan budaya politik matang dan sejahtera iaitu tema muktamar kali ini.

Taklimat tertutup PAS tak bincang tahaluf siyasi dengan PKR

Presiden PAS hanya memberi amanat kepada perwakilan PAS dan menjawab segala tohmahan yang dilemparkan pihak luar terhadap parti Islam itu.
Takiyuddin-Hassan_hadi-awang_600
KOTA BHARU: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang langsung tidak menyentuh soal tahaluf siyasi dengan PKR semasa sesi amanat bersama Presiden.
Perkara itu disahkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan ketika ditanya intipati perbincangan perwakilan bersama pucuk pimpinan secara tertutup sempena Muktamar Tahunan PAS ke-62.
“Itu (tahaluf siyasi dengan PKR) tidak disebut. Itu belum ada,” katanya selepas menghadiri taklimat tertutup itu di Dewan Jubli Perak Majlis Perbandaran Kota Bharu malam tadi.
Selain mendengar amanat Hadi, pimpinan PAS turut menjawab beberapa tohmahan pihak luar yang disuarakan perwakilan.
“Yang lain itu saranan daripada presiden soal dalaman parti serta hala tuju kita (PAS) dari segi mengamalkan ‘budaya politik matang sejahtera’,” katanya.
Semalam, Dewan Muslimat PAS menerima usul mendesak parti Islam itu mengkaji semula hubungan tahaluf siyasi dengan PKR terutama pada pilihan raya umum akan datang.
Usul yang dikemukakan Dewan Muslimat PAS Kedah pada Muktamar Dewan Muslimat PAS ke-56 itu diterima tanpa bahas dan akan diserahkan kepada Majlis Syura Ulama PAS.
Hadi pernah dilaporkan sebagai berkata, hubungan PAS dengan PKR masih baik dan berjalan seperti biasa walaupun wujud beberapa kemelut dengan sekutunya berhubung peletakan calon di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada 18 Jun nanti.

Muslimat PAS usul putus hubungan dengan PKR

PAS disaran mengkaji semula Tahalluf Siyasi (kerjasama politik) dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam semua pilihan raya akan datang.

Usul tersebut dibawa oleh Dewan Muslimat Kedah dalam Sidang Muktamar Dewan Muslimat PAS kali ke-56 di Kota Bharu hari ini dan ia diterima tanpa bahas oleh perwakilan.

Naib Ketua Dewan Muslimat Pas Salamiah Mohd Noor yang mengumumkan perkara itu menyatakan usul tersebut akan dibawa ke Majlis Syura Ulama untuk tindakan susulan.

Usul itu menyatakan PKR dilihat seolah-olah tidak menghormati PAS apabila mengadakan hubungan kerjasama dengan Parti Amanah Negara (AMANAH), yang jelas menuduh serta memfitnah PAS dengan pelbagai dakwaan tidak berasas.

Menurut usul itu, bermula langkah Kajang sehinggalah konspirasi menjatuhkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, pandangan dan pendirian PAS tidak dihormati selain kesucian Pakatan Pembangkang dicemari dengan perancangan tertentu di luar pengetahuan PAS.

"Walaupun ada segelintir pemimpin PKR yang menghormati pendirian dan pandangan PAS namun rentetan isu sebelum ini memperlihatkan parti itu lebih selesa mengambil keputusan tanpa berbincang atau mengambil kira rakan tahallufnya berhubung hal-hal berkaitan.

"Sedangkan PKR banyak bergantung harap kepada PAS untuk menggerakkan jentera terutama menjelang pilihan raya.

Tergamak Nik Abduh umpamakan kami dengan 'arak' dan 'mabuk' - Anuar Tahir

DAP punca ahli PAS tinggalkan parti - Nik Abduh