Selasa, 31 Mei 2016

'Pahlawan Melayu' di muktamar Pemuda PAS hari ini

Muktamar Pemuda PAS di Kelantan hari ini menyaksikan kelainan apabila pemimpin kanannya tampil dengan pakaian seperti pahlawan Melayu.
Penampilan ketuanya Nik Abduh Nik Mat yang sebelum ini selalu tampil berkopiah hari ini nyata berbeza.
Angota parlimen Pasir Mas itu bahkan bertanjak dan menyelit keris di pinggang.
Keadaan ini berbeza dengan sebelumnya apabila pemimpin PAS lebih selesa dengan imej biasa mereka berkopiah putih, berserban dan berjubah.
Ini muktamar pertama PAS selepas meninggalkan gabungan dengan PKR dan DAP dan membentuk blok baru dengan parti kecil Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN).
Muktamar ini berlangsung menjelang dua pilihan raya kecil bulan depan di Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang ditandingi mereka.
Kedua-dua kawasan itu mempunyai majoriti pengundi Melayu.

Irwan ketuai lembaga pengarah baru 1MDB

Kementerian Kewangan hari ini mengumumkan satu lembaga pengarah baru bagi syarikat terpalit skandal, 1MDB selepas lembaga sebelumnya dibubarkan berikutan siasatan parlimen ke atas syarikat dana negara itu.
Lembaga tiga anggota itu dipengerusikan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah, Setiausaha Sulit Kanan kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Norazman Ayob dan Datuk Kamal Mohd Ali, Ketua Pegawai Operasi Prokhas Sdn Bhd, sebuah firma penasihat dan pengurusan projek yang dimiliki kementerian kewangan.
Kementerian itu juga berkata dalam satu kenyataan bahawa "kemajuan ketara" sedang dilakukan berhubung pemindahan pemilikan aset hartanah 1MDB - Bandar Malaysia Sdn Bhd, TRX City Sdn Bhd, tanah Air Itam dan tanah Pulau Indah - kepada kementerian kewangan.

Mustahil MCA & Gerakan tidak dimaklum, kata Kit Siang


Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang mahu presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai mengesahkan bahawa beliau tidak dimaklumkan oleh perdana menteri tentang usul menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said untuk memberi keutamaan kepada Presiden Pas membentangkan usul persendirian berkaitan pindaan Akta 355 di Dewan Rakyat, Khamis lalu.
Setiausaha Agung Umno Tengku Adnan Mansor (lima dari kiri) menyertai lain-lain pemimpin parti komponen BN menentang pelaksanaan hudud di Kelantan dalam sidang media di Parlimen, Mac tahun lalu.Menurutnya, jika Liow telah diberitahu tentang usul tersebut, Liow perlu menjelaskan apakah tindakan yang diambil untuk menghalang Azalina daripada mengusulkan perkara tersebut yang secara jelas bertentangan dengan keputusan kabinet minggu sebelumnya dan juga konsensus pemimpin BN yang dicapai Mac tahun lalu.
Tambah Kit Siang, sikap tidak tahu Liow yang juga Menteri Pengangkutan terhadap usul Azalina menjadi satu 'misteri besar politik' kerana menteri dan ketua-ketua parti komponen BN Sabah pada Rabu lalu telah menulis surat kepada Najib menyatakan bangkangan mereka terhadap sebarang usaha untuk mengutamakan usul persendirian Abdul Hadi itu.
Kit Siang turut mempersoalkan sama ada Liow akan mencadangkan mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi BN sebelum mesyuarat kabinet yang dijadualkan Jumaat ini bagi menyelesaikan krisis yang melanda BN hasil daripada usul Azalina di Dewan Rakyat, Khamis lalu.
Beliau juga ingin tahu sama ada Liow bersedia menyarankan kepada Majlis Tertinggi BN supaya memecat Azalina sebagai menteri dan Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Raashid Shirlin kerana menyokong usul itu.
"Saya bersedia bertemu Liow bila-bila masa. Cuma nyatakan tempat, taikh dan masa (untuk mendengar penjelasannya)," kata Kit Siang.
Sementara itu, Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, M. Kula Segaran hairan dengan ugutan beberapa pemimpin BN untuk meletakkan jawatan ekoran pembentangan usul persendirian Ahli Parlimen Marang itu dan mempersoalkan sama ada mereka tidak dimaklumkan terlebih dahulu sebelum usul itu dibentang.

MCA bukan saja lawan hudud, malah anti nilai Islam, kata Ridhuan Tee


Dr Ridhuan Tee AbdullahDr Ridhuan Tee Abdullah
Penceramah bebas Ridhuan Tee Abdullah menegaskan, tindakan beliau keluar daripada MCA bukan semata-mata kerana penentangan parti itu terhadap hudud sebaliknya sudah lama tidak berpuas hati dengan sikap MCA terhadap Islam.
Ridhuan yang sudah 20 tahun menjadi ahli MCA berkata, tidak guna lagi beliau terus berada dalam MCA kerana nasihat dan teguran beliau tidak diberi perhatian oleh parti orang Cina itu.
"Kalau saya terus ada dalam MCA pun mereka tak guna pun nasihat saya. Dah lama saya bagi nasihat, tegur mereka jaga sensitiviti orang Islam, tapi tak dipedulikan.
"Cuma dulu tidaklah seperti sekarang penentangan terhadap Islam. Bukan sahaja soal hudud tapi apa juga nilai-nilai Islam yang ingin dilaksanakan, ditentang.
"Yang kita rasa baik untuk orang Islam mereka terus tak setuju. Contohnya di Terengganu kita nak buat bonceng lelaki perempuan yang bukan mahram tak boleh dan MCA marah padahal bukan ada kaitan dengan orang Cina,” katanya ketika dihubungi Malaysia Dateline.
Ridhuan juga berkata, masih banyak cara untuk berdakwah kepada orang bukan Islam selain menganggotai MCA.
"Dakwah ini terlampau banyak caranya bukan hanya melalui parti. Melalui NGO boleh, kita ada Persatuan Cina Muslim dan NGO-NGO lain.
Beliau menambah, niatnya menyertai MCA untuk menyebarkan Islam kepada mereka namun perkara itu dilihat semakin sukar kerana sikap MCA sendiri.

Selepas berpecah, Pas buat perubahan besar kepada parti


Pas membuat perubahan besar selepas berpecah iaitu menjadi pahlawan Melayu.Pas membuat perubahan besar selepas berpecah iaitu menjadi pahlawan Melayu.
Selepas berpecah dalam muktamar tahun lalu, pemimpin Pas membuat perubahan besar dalam muktamar mereka tahun ini, dari berjubah kini mereka berpakaian pahlawan Melayu lengkap berkeris dan bertanjak.
Pakaian ini menjadi satu yang luar biasa kepada sejarah muktamnar Pas kerana biasanya mereka berpakaian baju Melayu atau berjubah dalam majlis rasmi khasnya muktamar.
Ketika merasmikan Muktamar Dewan Pemuda Pas hari ini, semua pemimpin Pas termasuk Timbalan Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang merasmikan muktamar itu berpakaian pahlawan Melayu lengkap.
Turut berpakaian demikian adalah Ketua Pemuda, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz, timbalannya, Mohd Khalil Abdul Hadi dan naibnya, Khairul Nizam Khirudin.
Ke empat-empat mereka diarak bagaikan pahlawan Melayu dalam majlis perasmian  muktamar Dewan Pemuda Pas yang berlangsungnya petang ini.
Muktamar Tahunan PAS ke 62 bagi tahun 2016 dimulakan petang ini dengan acara perasmian Muktamar Tahunan Dewan Pemuda Pas Pusat pada petang ini, 31 Jun 2016.
Ia akan disusuli dengan perasmian Muktamar Tahunan Dewan Ulama dan Dewan Muslimat pada malam ini.

PILIHAN PALING SESUAI - PKR DI SUNGAI BESAR, AMANAH DI KUALA KANGSAR

Di Sungai Besar, UMNO terlebih dahulu mengumumkan nama calonnya dengan menamakan Adun Sungai Panjang, Budiman Mohd Zuhdi untuk bertanding dalam pilihanraya kecil yang akan diadakan pada 18 Jun depan.

Kemudian Pas mengumumkan  Adun Meru, Dr Rani Osman sebagai ayam tambatannya untuk bertanding di kerusi Parlimen tersebut.

UMNO letak Adun, Pas pun ikut letak Adun.

Di Kuala Kangsar pula, Pas yang lebih dahulu mengumumkan seorang wanita iaitu Dr Najihatussalehah Ahmad sebagai calonnya.

Apabila UMNO mengumumkan calonnya, mereka juga memilih seorang wanita iaitu Mastura Mohd Yazid, balu Wan Khairil Wan Ahmad untuk dipertaruhkan bertanding di kerusi yang pernah diisi oleh suaminya sejak 2013 yang lalu.

Pas letak wanita, UMNO juga ikut letak wanita.

Mula-mula Pas tiru UMNO, kemudian UMNO pula tiru Pas.

Secara formal tidak ternampak wujud kerjasama antara kedua-dua parti itu, tetapi dalam soal calon seperti tersirat elemen senada, seirama dan saling bahu membahu antara Pas dan UMNO.

Meletakkan Dr Rani dan Dr Najihatussalehah, kedua-duanya orang luar Sungai Besar dan Kuala Kangsar sedangkan ada calon tempatan yang lebih sesuai, memperlihatkan Pas hanya ingin memecahkan undi dan bukan untuk menang kerusi.

Di Sungai Besar, jika pun Pas ingin meletakkan Adun juga sebagai calonnya, memilih Salehan Mukhyi, wakil rakyat Sabak yang berjiran sebelah dengan Sungai Besar adalah lebih tepat berbanding Dr Rani yang didatangkan lebih jauh iaitu dari Meru.

Begitu juga di Kuala Kangsar, memilih Raja Ahmad Iskandar Raja Yakob, Yang Dipertua Pas kawasan tersebut sebagai calon akan memberi banyak kelebihan kepada Pas jika dibandingkan dengan Dr Najihatussalehah yang berasal dari Pasir Salak.

Tetapi Pas seperti menolak untuk meletakkan calon yang boleh menang di kedua-dua kawasan itu.

Bermakna sekarang pertandingan tiga penjuru tidak lagi dapat dielakkan. Hanya menunggu Pakatan Harapan saja yang belum mengumumkan siapa calonnya.

Ahli bawahan Umno bukan pak turut, kata ahli biasa berhasrat tanding bebas

Seorang ahli akar umbi Pemuda Umno mahu membuktikan ahli bawahan parti Melayu itu bukan pak turut dengan mengisytiharkan bakal bertanding sebagai calon bebas dalam Pilihan Raya Kecil Kuala Kangsar 18 Jun Depan.
Dalam posting akaun Facebook Facebook, Syed Rosli Syed Harman Jamalullail membidas keputusan BN dan PAS yang meletak calon bukan anak tempatan dari Kuala Kangsar.
“Saya selaku anak jati Kuala Kangsar merasakan kedua-dua calon PAS dan BN bukan anak tempatan.
“Ini sudah semestinya (mereka akan) gagal memahami apa kehendak dan keperluan rakyat Kuala Kangsar.
“Saya selaku ahli Umno berasa amat kecewa dengan kepimpinan parti kerana gagal meletakkan calon yang jauh lebih layak dari (Datin) Mastura (Mohd Yazid) yang dicalonkan,” kata Syed Rosli merujuk kepada balu Allahyarham Datuk Wan Khair-il Anuar Wan Ahmad.
Berdepan pemecatan, beliau menyatakan kesediaan berdepan dengan sebarang kemungkinan kerana menentang keputusan parti pemerintah itu.
“Sudah tiba masanya untuk buktikan kepada pimpinan parti kami ahli bawahan bukan Pak Turut sahaja,” katanya.
PRK Kuala Kangsar diadakan berikutan kematian Anggota Parlimennya Wan Mohammad yang juga dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.

'Cukuplah Pas dipergunakan dulu' - Nik Abduh

KOTA BHARU - Pemuda Pas menyarankan pimpinan Pas mengkaji kembali agihan kerusi Dun dan Parlimen yang bakal ditandingi parti Islam itu dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Ketuanya, Nik Muhammad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, Pas perlu mengambil kembali kerusi yang dipinjamkan kepada PKR dan DAP dalam pilihan raya yang lalu.
'Cukuplah Pas dipergunakan dulu' "Cukuplah pengalaman lalu menjadi pengajaran di mana tenaga ahli kita 'dipergunakan' oleh rakan-rakan demi mencapai kemenangan, kemudian 'ditinggalkan' begitu sahaja.
"Sekiranya pimpinan ambil langkah berani tanding di kerusi yang selama ini 'dipinjamkan' kepada PKR dan DAP dlm PRU lepas, Pemuda Pas ikrar dan janji untuk ambil seribu satu langkah pastikan kemenangan berpihak kepada Pas," katanya ketika menyampaikan Ucaptama pada Muktamar Pemuda Pas di Kelantan Trade Centre, di sini, hari ini.

Presiden MCA, MIC dan Gerakan gertak je, tidak berani letak jawatan, kata Pas

Presiden MCA MIC Gerakan gertak je, tetapi takut, kata PasPresiden MCA MIC Gerakan gertak je, tetapi takut, kata Pas
PAS mencabar mana-mana pemimpin bukan Islam yang mengugut mahu meletakkan jawatan sebagai menteri sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan, agar berbuat demikian segera dan jangan tangguh lagi sekiranya mereka berani.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat,  Satiful Bahri Mamat menganggap, tindakan beberapa pemimpin MCA dan MIC itu tidak akan dilaksanakan, kerana ia hanyalah satu gertakan semata-mata.
Mereka gertak je, kata Satiful BahriMereka gertak je, kata Satiful Bahri“Hari ini kita boleh tengok, sebagaimana yang difirmankan oleh Allah ‘apabila dikatakan kepada mereka………marilah kita pakat melaksanakan apa yang diturunkan oleh Allah dan Rasul, kami akan mendapati golongan munafik akan menentang sekeras-kerasnya.
“Orang kafir jangan kiralah. Berapa orang (Menteri) dah nak letak jawatan. Moleklah………letaklah. Kita nak tengok (betul atau tidak), (tapi ia hanya) gertakan sahaja, kerana dunia ini menjadi matlamat mereka,”tegas Pesuruhjaya PAS Terengganu itu, lapor media rasmi mereka, Buletin Online.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Guru PAS Terengganu 2016 di Markas Tarbiah PAS Kuala Terengganu pada Isnin 30 Mei semalam.
Sementara itu, Pensyarah UniSZA Prof Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah turut menggesa menteri daripada MCA, Gerakan dan MIC meletak jawatan dengan segera.
“Saya minta menteri daripada MCA, Gerakan dan MIC meletak jawatan dengan segera. Tidak perlu menunggu hari lain.

BN belum buat keputusan terima atau tolak RUU Akta 355

Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata keputusan akan hanya diputuskan bila tiba masanya.
annuar-musa
KUALA LUMPUR: Pemimpin BN masih belum membuat sebarang keputusan berhubung isu Rang Undang Undang (RUU) Persendirian Akta 355 Mahkamah Syariah.
Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata soal keputusan itu tidak timbul dan ia hanya akan diputuskan apabila tiba masanya.
“Tidak timbul soal kita tergesa-gesa dalam soal ini.
“Di peringkat BN kita belum mendapat apa-apa arahan daripada parti dan pendirian kita mengenai perkara itu belum lagi diputuskan dan keputusan akan hanya dibuat bila sampai masanya,” katanya ketika ditemui pemberita, hari ini.
Ahli Parlimen Ketereh itu berkata setakat ini BN masih mempunyai banyak pilihan berhubung Akta 355 yang memperluaskan bidang kuasa Mahkamah Syariah.
“Kita ada banyak pilihan, kita boleh menerima secara ‘read and block’ berasaskan writ, kita juga boleh menolak berdasarkan ‘read dan unblock’,” katanya.
Katanya, ahli Parlimen BN juga boleh mengundi mengikut naluri hati masing-masing.
“Kita juga boleh membiarkan ahli parlimen BN mengundi mengikut isi hati, kita juga boleh mengambil sikap berkecuali,” katanya.

Mengapa tak letak jawatan kerana skandal 1MDB?

Lebih baik anggota kabinet BN meletak jawatan kerana 1MDB dan derma RM2.6 bilion diterima Datuk Seri Najib Razak berbanding isu hudud, kata Tony Pua.
Anggota parlimen Petaling Jaya Utara itu berkata tindakan "menunjuk-nunjuk" di kalangan pemimpin komponen BN berhubung rang undang-undang persendirian Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak kelihatan ketika isu 1MDB dan RM2.6 bilion dibangkitkan.
Keadaan itu, kata Pua, berlaku walaupun ketua audit negara mendapati pihaknya gagal mengesahkan apa berlaku ke atas transaksi AS$7 bilion, aset dan wang tunai 1MDB di luar negara.
"Jika pemimpin BN ini serius dengan kata dua mereka untuk meletak jawatan (dalam isu hudud), mengapa mereka tidak bertindak seperti itu dalam isu 1MDB dan skandal derma Najib?
"Adakah MCA, Gerakan, MIC, Upko, SUPP dan PBB boleh terus menyokong seorang perdana menteri yang dituduh secara langsung menyelewengkan berbilion-bilion dolar dari 1MDB yang juga anak syarikat Kementerian Kewangan?" katanya dalam kenyataan hari ini.
Sejak Abdul Hadi - yang juga presiden PAS - membentangkan usul persendirian di Dewan Rakyat bagi meminda Akta 355 Perlembagaan Persekutuan beberapa pemimpin parti komponen BN menyatakan hasrat mereka meletak jawatan jika ia diluluskan.
Kata Abdul Hadi usul berkenaan dibawa untuk memperkasa bidang kuasa mahkamah syariah di Kelantan.
Najib pula mengakui wujud "salah faham" di kalangan parti komponen BN mengenai rang undang-undang persendirian dibawa Abdul Hadi pada 27 Mei lalu.
Katanya, apa yang dibentangkan Abdul Hadi bukan undang-undang hudud tetapi pindaan yang menjurus ke arah pemerkasaan sistem hukuman yang tertakluk di bawah Mahkamah Syariah.
Menurut Pua Malaysia kini dikenali di dunia sebagai negara "kleptokrasi".
"Jika pemimpin BN yang menunjuk-nunjuk itu tidak meletak jawatan ekoran kecurian berbilion dolar dari pembayar cukai di Malaysia, maka ancaman mereka (dalam isu hudud) jelas sekadar mengurangkan kesan kerosakan akibat kemesraan hubungan antara Umno dan PAS," katanya.
Kleptokrasi merujuk kepada cara pentadbiran sesebuah kerajaan yang menghadapi masalah kronik tertentu disebabkan kegagalan sistem dengan pegawai awam atau kelas pemerintah yang menggunakan rasuah untuk menambah kekayaan peribadi serta kuasa politik mereka.

Black 505: 15 aktivis, termasuk Chegubard disabitkan bersalah

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini menjatuhkan hukuman bersalah kepada 15 aktivis kerana mengambil bahagian dalam perhimpunan haram dan merusuh di luar Parlimen pada Jun 2013.
Mereka termasuk anggota PKR, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard, aktivis Adam Adli dan Safwan Anang.
Hakim Mahkamah Sesyen Abdul Rashid Daud memutuskan bahawa pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah kepada kes pendakwaan.
"Lima tertuduh dikenakan denda RM2,000 bagi pertuduhan pertama pada perhimpunan haram di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan manakala 10 lagi tertuduh didenda RM4,000 bagi pertuduhan kedua kerana merusuh di bawah Seksyen 147,” katanya.
Abdul Rashid berkata, sekiranya mereka gagal membayar denda itu, mereka boleh di penjara selama tiga bulan bagi pertuduhan pertama dan enam bulan bagi pertuduhan kedua.
Badrul Hisham, Adam Adli, Edy Nor Reduan dan tujuh yang lain didenda sebanyak RM6000 kerana menghadapi dua pertuduhan.
Selain itu, lima lagi peserta lain Muhammad Aiman Hakim Zainal Arifin, Mah Chee Hoe, Tong Chan Sang, Abdullah Hassan dan Annie Ooi Siew Lin didenda sebanyak RM2,000 kerana berhimpun secara haram.

KENAPA skandal wang haram terbesar dalam dunia DIMILIKI OLEH MALAYSIA ??

SIAPAKAH yg memerintah M'sia..
..DAP atau BN ?!!

SIAPAKAH yg memerintah M'sia..
..Melayu-umno atau Cina-DAP ?!!

SIAPAKAH yg gadai aset2 M'sia..
..Melayu-umno atau Cina-DAP ?!!

TU PUN masih lagi nak sokong & undi BN sampai mati ??

Bila Wang Haram 1MDB...Pakat Tutup Mulut..!!

Punya lah garang.. TETAPI kenapa senyap & bisu bab skandal wang haram 1MDB yg dikatakan skandal wang haram terbesar dalam sejarah dunia..

TIBA-TIBA anak tiri Najib tup2 dah berada di negara kita..

Ketika pihak FBI sedang teliti pembelian hartanah mewah anak tiri PM Najib Riza Aziz berkaitan skandal kewangan 1MDB ketika ini, TIBA-TIBA anak tiri Najib tup2 dah berada di negara kita..

PERSOALAN (1)..
Adakah beliau takut ditangkap dan ditahan di USA akibat siasat oleh U.S. Department of Justice (DOJ) dan FBI terhadap beliau dan syarikat beliau yang memungkinkan beliau balik ke Malaysia ??.. ATAU sudah selesai disiasat olehnya ??

PERSOALAN (2)..
Adakah beliau tiba2 muncul di M'sia kerana nak perlindungan Najib & Rosmah ??

PERSOALAN (3)..
Kenapa anak tiri Najib itu yg merupakan anak kandung Rosmah tiba2 muncul pada Persidangan Antarabangsa PERMATA di PWTC ??... Adakah slps itu beliau akan kembali semula ke USA kelak ??

SAMA-SAMA kita nantikannnya..

APA DAH JADI RINGGIT SEKARANG ??


TU DIAA.. RINGGIT JATUH LAGI.. !!!

Baru jer minggu lepas RM4.18..

Skrg dah RM4.19 berbanding USD$1.


BUKANKAH.. bulan lps Najib kata ringgit mulai kukuh tahun ini..


BUKANKAH.. sebelum ini golongan2 professional pemakan dedak heboh satu negara mengatakan ringgit semakin kukuh kerana ekonomi negara semakin mampan di bawah pemerintahan Najib....


MAMPAN & KUKUH TANG MANA TU !!!

Activists fined for illegal assembly, ‘rioting’

Isteri PM Israel Akan Didakwa Seleweng Duit Rakyat

Terlalu awal bincang RUU Hadi, kata Hishammuddin

'Jangan Salahkan Pas Punca PR Berpecah' - Tuan Ibrahim

Hadi Mahu Naik Taraf Mahkamah Syariah, Bukan Hudud - Tuan Ibrahim

Isu hudud: Komponen BN jangan latah, bawa bertenang - Annuar

BN wujudkan mini studio di rumah Mastura

Ahli gugur automatik jika ada yang bertanding - Annuar

HANYA YANG BODOH SAJA pilihan Najib..

JANGAN RISAU... pakar Menteri Kewangan Malaysia, Najib Razak kata asas ekonomi negara kita MAPAN, TAK BERMASALAH & KUKUH w'pun negara dilanda krisis ekonomi .

Disbbkan ekonomi negara kita begitu kukuh lah aset2 negara pon dah tergadai ke negara komunis-China di bawah pemerintahan PALING CEKAP BN Najib Razak..

Muktamar Pas ke-62 paling ditunggu-tunggu

KOTA BHARU - Muktamar Pas kali ke-62, satu kongres besar yang menjadi penantian setiap perwakilan parti Islam itu, tidak kurang juga ilmuwan, pengkaji politik, mahupun pengkritik dan penganalisis dari seluruh negara.
Menjadi satu kebanggaan kepada hampir seluruh rakyat Kelantan apabila kongres ini dilangsungkan di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK) Pengkalan Chepa, yang akan mendatangkan seribu satu rezeki kepada masyarakat di Kelantan.
Muktamar Pas ke-62 Bagi perwakilan, inilah masanya untuk mereka mendengar, berkongsi pendapat, berbincang dan sebagainya mengenai hala tuju, dasar dan perjuangan parti yang diperjuangkan selama ini, tambahan pula di negeri tumpah darah bekas Mursyidul Amnya, Allahyarham Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Ramai yang berpendapat, pelbagai isu akan menjadi topik utama kongres tersebut kali ini, terutamanya apabila Pas ‘kehilangan’ pemimpin-pemimpin berpengaruh seperti Mat Sabu, Husam Musa dan sebagainya.
Namun begitu, menurut Penganalisis Politik, Datuk Prof Dr Zainal Kling, muktamar kali ini tetap akan meneguhkan, dengan kedudukan presiden dan Majlis Ulamanya. Mungkin juga akan memperlihatkan seolah-olah mengetepikan ahli-ahli yang menentang keputusan mereka selama ini.
Malah, pemecatan Datuk Husam Musa sebagai ahli Pas juga tidaklah sehangat isu lain yang mungkin akan memberi kesan kepada perjuangan Pas selepas ini untuk merebut pentadbiran negara daripada pemerintah kini.
“Muktamar tersebut tetap akan teguh. Husam tiada ada tempat lagi dalam Pas. Kalau ada pun, sokongan mengenai hal itu (pemecatan Husam) sudah lemah. Muktamar akan sokong Tuan Guru (Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang) dan ulama,”katanya kepada Sinar Harian.
Di antara beberapa topik hangat yang mungkin akan mendapat ‘sambutan’ hangat kali ini ialah berkenaan dengan kerjasama dengan Umno, yang banyak dimainkan sejak ketiadaan Tok Guru Nik Abdul Aziz, dua tahun lalu.

PRK: 'Sepatutnya cadang nama lain bukan Mastura'

SHAH ALAM - BN seharusnya mencadangkan nama lain dan bukannya Datin Mastura Mohd Yazid sebagai calon PRK Parlimen Kuala Kangsar.
Pengerusi Pertubuhan Muttaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid), Dr Zaharuddin Abdul Rahman berkata, dalam konteks calon BN, parti itu sepatutnya mencadangkan nama lain, agar memudahkan Mastura, seorang balu menjalankan kewajipannya menuruti ajaran Islam.
Dr Zaharuddin Abdul Rahman Katanya, berdasarkan Surah Al-Baqarah ayat 234, waktu edah bagi seorang wanita adalah empat bulan 10 hari.
“Menurut hadis sahih, wanita yang dalam tempoh edah tidak boleh, keluar rumah kecuali hajat seperti untuk mendapatkan rawatan, bekerja (sumber rezeki diri dan anak-anak) dengan syarat wang simpanan tidak mencukupi.
“Dalam tempoh edah ini juga, wanita tersebut tidak boleh keluar rumah melainkan dalam keadaan ketakutan dan keseorangan di rumah. Beliau juga tidak boleh memakai pakaian yang terang warnanya, bersolek dan berhias,” katanya.
Mengulas mengenai berkempen melalui aplikasi Skype atau video, Zaharuddin berkata, ia mungkin boleh tepati hukum larangan keluar rumah, tetapi tetap boleh melanggar larangan mendedahkan diri tanpa keperluan kerana masih ada orang lain yang boleh menjadi calon.

Syed Rosli umum jadi calon Bebas Kuala Kangsar

Syed Rosli amat kecewa dengan kepimpinan BN yang gagal menurunkan calon anak tempatan yang jauh lebih layak daripada Mastura.
syed-rosli
PETALING JAYA: Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Syed Rosli Jamalullail hari ini mengumumkan dirinya akan bertanding sebagai calon Bebas pada PRK Kuala Kangsar.
Keputusan itu diambil kerana Syed Rosli kecewa dengan tindakan BN menurunkan Datin Mastura Mohd Yazid di Parlimen berkenaan pada 18 Jun nanti.
“Saya selaku ahli UMNO berasa amat kecewa dengan kepimpinan parti kerana gagal meletakkan calon anak tempatan yang jauh layak daripada Mastura yang dicalonkan.
“Saya selaku anak jati Kuala Kangsar merasakan kedua calon dari PAS dan BN yang bukan anak tempatan, ini sudah semestinya gagal memahami apa kehendak dan keperluan rakyat Kuala Kangsar,” tulisnya menerusi Facebooknya hari ini.
Semalam, Syed Rosli menggesa Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menukar calon PRK Kuala Kangsar kerana merasakan pemilihan Mastura hanya memberi kelebihan kepada PAS.
Beliau turut memuat naik beberapa status agak keras di laman Facebooknya yang dilihat sebagai tanda protes terhadap pemilihan Mastura sebagai calon BN di Kuala Kangsar.

Tuan Ibrahim nafi Presiden PAS mahu bawa parti sertai Umno

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menafikan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu membawa parti Islam itu dalam kerjasama dengan Umno, ia ekoran tanggapan umum melihat kecenderungan Hadi rapat dengan parti pemerintah tersebut.
Tuan Ibrahim, yang juga Timbalan Presiden PAS itu berkata, tidak timbul soal PAS mesra dengan Umno seperti didakwa setengah pihak malahan tidak ada program Umno yang disertai mereka.
“Ada ahli kita tak faham dan sebagainya. Contoh, dulu sewaktu Pas membuat gagasan kepimpinan ulamak, timbul juga kritikan.
“Jadi, tanggungjawab kita turun untuk buat penjelasan. Sama juga sekarang. Kita tak sebut soal mesra Umno. Apa yang kita hubungi ialah kerajaan dengan kerajaan, jabatan dengan jabatan. Ini kena ada kesinambungan. Pas tidak pernah terlibat dalam program Umno,” kata Tuan Ibrahim dipetik dalam satu wawancara.
Beliau juga membidas pihak yang membuat spekulasi mengenai Hadi duduk bersama Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak sedondon berbaju Melayu.
“Contohnya kehadiran Presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) pada Multaqa Serantau yang turut dihadiri Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak), berbaju sama. Multaqa itu bukan anjuran Umno tapi anjuran Alumni Al-Azhar.

Husam boleh datang muktamar PAS - Takiyuddin

PAS tidak menyekat mana-mana bekas ahlinya untuk turut serta tetapi hanya sebagai pemerhati, bukan perwakilan.

KOTA BHARU: Bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa dibenarkan menghadiri Muktamar PAS ke-62 yang bermula hari ini di Pengkalan Chepa, Kelantan tetapi hanya sebagai pemerhati.
Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan ketika mengulas permintaan Husam untuk menghadiri muktamar itu berkata pemimpin itu sudah diisytiharkan tidak berparti dan PAS tidak boleh membenarkannya menghadiri perhimpunan sebagai perwakilan lagi.
“Dia boleh datang, kita bagi dia pemerhati sajalah,” kata Takiyuddin dipetik daripada Harian Metro.
Husam yang juga ADUN Salor dipecat daripada PAS pada 6 Mei lalu kerana didapati melakukan tindakan dan perbuatan yang melanggar Fasal 82(1)(b), (c), (d), (e) dan (f) Perlembagaan PAS.
Takiyuddin berkata PAS tidak menyekat mana-mana bekas ahlinya untuk turut serta sebagai pemerhati.
“Kita juga serahkan soal kedudukan Husam kepada speaker yang akan tentukan dalam sidang DUN pada 1 dan 2 Jun nanti,” katanya.
Pada masa sama, katanya Husam perlu mengikut saluran yang betul dalam permohonannya untuk kembali bersama parti itu.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Husam dalam satu ceramahnya di ibu kota, baru-baru ini, yang mendakwa dirinya dihalang mengikuti muktamar itu.

Tiada lagi puak progresif, muktamar PAS berwajah baharu

Agenda utama Muktamar Tahunan PAS ke-62 yang bermula hari ini di Kelantan dijangka membincangkan persiapan PRU14, PRK dan hubungan dengan pembangkang.
pas_600
PETALING JAYA: PAS berdepan pelbagai cabaran sejak pemilihan parti tahun lalu yang menyaksikan ‘pembersihan’ secara besar-besaran di mana kumpulan progresif yang menjadi penentang Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang tersingkir, selepas gagal dipilih perwakilan.
PAS kini berwajah baharu apabila ia diterajui golongan ulama, sehingga ada yang iri hati dengan melabel parti Islam itu terkebelakang, setaraf dengan parti pemerintah BN yang gagal membawa perubahan kepada negara.
Namun bagi pemimpin PAS, kritikan itu tidak sedikit pun menggugat perjalanan parti untuk terus mengorak langkah dengan membawa perubahan ditambah pula mereka sudah mempunyai blok ketiga pembangkang bersama IKATAN di samping terus menjalinkan kerjasama dengan PKR selepas terkuburnya Pakatan Rakyat.
Malah kekuatan PAS juga bakal diterjemahkan menerusi Muktamar Tahunan ke-62 PAS yang bermula hari ini sekali gus membuktikan kepada rakyat bahawa parti Islam itu mampu berdiri sendiri walaupun tidak bersama gabungan pembangkang dalam Pakatan Harapan.
Sementara itu, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man tidak menolak muktamar kali ini mungkin muktamar terakhir sebelum PRU14.
Ini kerana terdapat andaian PRU14 akan diadakan sebelum Jun 2017. Jadi, muktamar kali ini mungkin menjadi platform menyuntik semangat ahli untuk bekerja keras pada PRU akan datang.
Ia juga akan dijadikan sebagai suntikan semangat kepada PAS untuk berdepan dua PRK iaitu Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang akan diadakan pada 18 Jun.
Nada sama turut disuarakan Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang berkata muktamar tahun ini yang bermula hari ini hingga 3 Jun itu akan memberi tumpuan kepada persiapan parti menghadapi PRU14.

Institusi Islam disaran beri penjelasan RUU PAS

Institusi Islam berkaitan boleh menggunakan bahasa mudah bagi membolehkan orang ramai memahami RUU itu.
Datuk-Dr-Hasan-Mad_law_600
KUALA LUMPUR: Semua institusi Islam berkaitan disaran memberi penerangan secara bersepadu dan berterusan mengenai Rang Undang-undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 kepada golongan sasar.
Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu (MPM), Datuk Dr Hasan Mad berkata, kempen seumpama itu boleh dilakukan institusi seperti Majlis Agama Islam, Jabatan Agama Islam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) dan Universiti Islam Antarabangsa (UIA), menggunakan bahasa mudah bagi membolehkan orang ramai memahami RUU itu.
“Gambarkan kepada mereka Islam adalah universal, tidak mendiskriminasi mana-mana kaum atau penganut mana-mana agama…misalnya pembabitan bukan Islam dalam industri halal tidak pernah pun menafikan hak bukan Islam untuk terlibat sama.
“Begitu juga dalam perbankan Islam, malah dalam memberikan peluang kepada pelajar bukan Islam menuntut di institusi pengajian Islam seperti UIA. Inilah antara bukti betapa universalnya Islam di samping menghormati lain-lain agama dan fahaman,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Jangan terlalu obses dengan label ‘Islam’ – pendakwah bebas

Wan Ji menasihatkan orang Islam, khususnya aktivis politik Islam agar meninggalkan kerangka gerakan Islam yang baginya telah terbukti gagal.
Wan-Ji-Wan-Hussin_muslim_600
KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas, Wan Ji Wan Hussin menggesa orang Islam supaya tidak terlalu obses dengan label ‘Islam atau ‘tidak Islam’ ketika melihat sesuatu perkara, sebaliknya mereka perlu melihat kepada kebaikan secara keseluruhan.
Mengambil contoh sistem di Barat, beliau berkata kebanyakan negara Barat lebih maju dalam aspek pentadbiran dan keamanan berbanding negara-negara majoriti Muslim.
“Barat tidak pakai nama Islam tetapi menjamin kebebasan, keamanan dan pentadbiran yang baik. Malah di sana Islam lebih cepat berkembang. Kebanyakan negara yang berada dalam kedudukan tertinggi indeks rasuah pula adalah negara yang majoritinya umat Islam.
“Apabila kita menggunakan nama Islam, timbul pula isu siapa lebih Islam (antara dua pihak yang bersaing). Masa banyak dihabiskan untuk berbalah tentang itu, bukan tentang memberi kebaikan kepada masyarakat,” katanya dalam forum ‘Bedah Buku: Generasi Kedua Politikal Islam’ semalam.
Tinggalkan kerangka gerakan Islam
Ketua Biro Pemantapan dan Pemahaman Agama Angkatan Muda Keadilan itu turut menasihatkan orang Islam, khususnya aktivis politik Islam agar meninggalkan kerangka gerakan Islam yang baginya telah terbukti gagal.
Wan Ji memberi contoh pemimpin Ikhwanul Muslimin, Mohamed Morsi yang gagal menangani keadaan politik di Mesir ketika menjadi presiden negara itu sehingga timbul bantahan daripada rakyat dan akhirnya digulingkan pasukan tentera pada 2013.
“Tidak salah untuk merujuk (tokoh gerakan Islam) Sayyid Qutb dan Hassan al-Banna, tetapi tidak perlu sampai terikat. Sedangkan kita boleh gabungkan kebaikan dari Barat dan juga gerakan Islam,” katanya.

Sekutu Pas tegaskan usul persendirian bukan hudud, kritik MCA, MIC, Gerakan

Sekutu Pas dalam blok ketiga, Ikatan tegaskan usul persendirian presiden Pas bukan untuk laksana hudud.Sekutu Pas dalam blok ketiga, Ikatan tegaskan usul persendirian presiden Pas bukan untuk laksana hudud.
Usul persendirian yang dibentangkan Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat baru-baru ini tidak kena mengena dengan hudud dan tidak bertentangan dengan perlembagaan negara, kata Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.
"Presiden Pas sendiri telah berkali-kali membuat kenyataan bahawa akta persendirian tersebut tidak kena mengena dengan hudud tetapi entah apa sebabnya kebanyakan akhbar masih tidak mahu melaporkan kenyataan penting dari beliau tersebut.
"Perdana Menteri sendiri dan orang-orang kenamaan lain juga telah membuat penjelasan serupa," ujar Abdul Kadir dalam satu kenyataan media semalam.
Sehubungan itu beliau menggesa pemimpin parti politik khususnya MCA, MIC dan Gerakan berhenti memainkan 'politik persaingan' dengan DAP untuk meraih sokongan rakyat dalam isu ini.
Tindakan MCA dan MIC itu, tambah beliau akan membahayakan negara, rakyat dan parti mereka.