Isnin, 30 Mei 2016

Pas tolak tuah tidak calonkan Dr Raja Iskandar di Kuala Kangsar?

Malam pengumuman calon Pas, sudah dijangka Dr Raja Iskandar ditolak oleh pimpinan Pas Perak dan Pas Pusat dengan meletak calon luar sebagai taruhan Pas pada PRK Kuala Kangsar ini. Pas tolak tuah tidak calonkan Dr Raja Iskandar di Kuala Kangsar?Mengapakah Pas tolak tuah untuk mengalahkan BN dan Amanah dalam PRK pada 18 Jun ini dengan meletak risiko besar untuk tewas sekali lagi dengan meletak calon wanita untuk melawan wanita BN?
Dr Raja Iskandar adalah calon yang bukan sahaja ‘winnable’ tetapi juga ‘likeable’ yang dikenali ramai dengan watak yang mesra termasuk orang Umno selama ini.
Diharap Dr Raja Iskandar tidak merajuk dan membawa diri ke luar negara akibat permainan licik beberapa pimpinan Pas yang bimbang pengaruh beliau dan ketokohan beliau.
Dinasihatkan juga agar semua Pas Cawangan bergerak macam biasa, walaupun bukan Dr Raja Iskandar menjadi calon kerana Pesuruhjaya Pas Perak Haji Razman Zakaria akan sentiasa berada di Kuala Kangsar nanti.

Takiyuddin mahu Umno beri penjelasan kepada komponen BN kerana janji sokong usul RUU


Umno perlu beri penjelasan kerana beri jaminan akan sokong usul RUU berkait pindaan akta 355Umno perlu beri penjelasan kerana beri jaminan akan sokong usul RUU berkait pindaan akta 355Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan berkata parti itu sebelum ini telah diberi jaminan bahawa Umno daripada pihak kerajaan akan menyokong usul Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian untuk meminda Akta 355 Mahkamah Syariah yang dibentangkan di parlimen Khamis lalu.
Dengan itu Pas menyerahkan kepada Umno untuk memberi penjelasan kepada parti komponen BN mengenainya , katanya seperti dilaporkan Malaysiakini.
"Jadi saya rasa lebih elok Umno sebagai tonggak dalam BN menjelaskannya, bukan kita.
"Dari segi prosedur usul ini dibawa oleh ahli parlimen Marang (Datuk Seri Abdul Hadi Awang). Walaupun daripada PAS, tetapi bukan secara rasmi mewakili PAS.
"Yang membawa usul ini individu. Beliau dikira sebagai ahli bukan kerajaan, bukan PAS yang bawa tetapi kebetulan ahli parlimen itu daripada Pas," katanya pada sidang media persediaan Muktamar Tahunan PAS ke-62, Kota Bharu hari ini.
Hadi pada Khamis lalu membawa usul RUU persendirian berkenaan selepas dicadangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said dan disokong Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Rashid Shirlin.
Ini mendorong tindak balas segera daripada pelbagai parti komponen BN seperti MCA, MIC, Gerakan dan SUPP, yang membidas langkah itu.
Usul diluluskan oleh kabinet
Takiyuddin berkata, beliau difahamkan usul pindaan mengenai bidang kuasa Mahkamah Syariah itu telah dibawa ke kabinet sebelum diusulkan di Parlimen.
"Saya difahamkan telah diterangkan dan katanya telah diluluskan oleh kabinet. Kalau tidak, tak mungkin seorang menteri kabinet telah membenarkan usul yang terletak di senarai nombor 15 naik ke nombor 1.

Bertenang tanggapi isu hudud – Ketua Pengarah IKIM

"Perlukah kita sentiasa memberikan reaksi terburu-buru sehingga tiada ruang untuk berfikir terlebih dahulu?"
AZIZAN
KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Datin Dr Azizah Baharuddin menggesa semua pihak agar bertenang dan tidak terburu-buru dalam berbincang tentang hudud.
Beliau menyifatkan pandangan secara terburu-buru tidak akan membawa kepada membawa sebarang penyelesaian dan pemahaman.
“Perlukah kita sentiasa memberikan reaksi terburu-buru (knee-jerk reaction) sehingga tiada ruang untuk berfikir terlebih dahulu?
“Jika tindakbalas dengan cara seolah-olah mahu berkonflik, kita tidak tunjukkan ketamadunan tinggi yang wujud dalam kelompok budaya dan etnik di negara ini? Kita ada tradisi banyak tamadun hebat di Malaysia,” katanya dalam sidang media di IKIM hari ini.
Isu hudud kembali diperkatakan selepas Dewan Rakyat mempercepatkan sesi perbahasan usul Rang Undang-undang Peribadi yang dibawa Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk meminda Akta 355 yang didakwa akan membuka laluan ke arah perlaksanaan hudud di Kelantan.
Beliau juga bersetuju bahawa isu hudud terlalu dipolitikkan sehingga menimbulkan banyak persepsi negatif orang ramai terhadapnya.

TMJ dedah rancangan 'orang-orang besar'

Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendakwa terdapat usaha di laman sosial untuk melaga-lagakan rakyat bagi mengalihkan perhatian terhadap isu-isu lebih besar dalam negara.
Dakwanya, ia dilaksanakan oleh sesetengah “organisasi yang mempunyai kuasa” dengan mengupah aktiviti itu supaya rakyat sibuk dengan hal lain dan “misi” mereka tidak disedari.
“Rakyat kena pandai menilai sendiri,” katanya.

Beliau mendedahkan, kedudukan beliau membolehkannya melihat dan mendengar dengan mata dan telinga sendiri berhubung rancangan “orang-orang besar” dan organisasi yang tidak akan dapat diketahui rakyat.
“Sebagai contoh, saya pernah mempersoalkan kepada seseorang individu (tidak menyebut nama individu tersebut) kenapa kita tidak boleh meningkatkan lagi taraf pelajaran, beliau menyatakan kepada saya kerana ada dua fakta.

“Fakta pertama adalah untuk mendapatkan undi dan yang kedua adalah lebih mudah untuk mengawal pemikiran orang yang bodoh dan tanpa berpelajaran,” katanya dalam wawancara disiarkan di Facebook pasukan bola sepak negeri.
Beliau berkata demikian ketika berkata ditanya berkaitan media yang membesar-besarkan cerita individu yang didakwa menghina beliau di Internet, bagi menghangatkan suasana.
Menjawab soalan itu, TMJ berkata beliau tidak peduli apa orang kata dan tiada masa melayan pihak sebegitu.

Berikan hak kebebasan mahkamah, orang Islam - Dr Shamrahayu


PUTRAJAYA - Mahkamah syariah sewajarnya diberikan hak dan tanggungjawab dalam melaksanakan tugas mereka yang tidak mengganggu bidang kuasa mahkamah sivil, begitu juga sebaliknya, kata Felo Utama Pusat Kajian Syariah Undang-Undang dan Politik, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Prof Madya Dr Shamrahayu Ab Aziz.
Dr Shamrahayu Ab Aziz Beliau berkata, usul Rang Undang-Undang Persendirian mengenai Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 yang dibentangkan di Dewan Rakyat minggu lepas, tidak sedikit pun mengganggu bidang kuasa mahkamah sivil tetapi ia memperkasa institusi mahkamah syariah.
Ia tidak mengganggu bidang kuasa yang diberikan oleh undang-undang dan perlembagaan kepada mahkamah sivil, sekiranya ada pihak tertentu yang mempertikaikan cadangan pindaan itu, mereka seharusnya melihat semula apakah yang bercanggah dari segi perlembagaan, katanya.
"Kalau mereka cuma meletakkan satu anggapan bahawa ia membuka laluan supaya hudud boleh diamalkan, ia tidak betul kerana mahkamah syariah belum lagi boleh mengendalikan kes berkaitan curi, merompak atau membunuh.
"Kalau sampai kita membicarakan kes curi dan bunuh di mahkamah syariah, barulah ia dikatakan menggugat Perlembagaan Persekutuan," jelas beliau kepada media selepas membentangkan kertas kerja bertajuk 'Wasatiyyah dan Perlembagaan Malaysia, Satu Pandangan' di Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.
Dr Shamrahayu berkata orang Islam seharusnya diberikan kebebasan hak beragama sebagaimana yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan dan konsep perlembagaan memberikan hak kepada orang Islam untuk kebebasan beragama selagi ia tidak bercanggah dengannya.
Susulan itu, pembentangan cadangan rang undang-udang pindaan berkenaan tidak sepatutnya dipolemikkan, katanya.

PAS PIMPINAN TG NIK AZIZ MENAWAN HATI BUKAN MELAYU...

Pemimpin PAS rata-rata merasakan bahawa PAS boleh memenangi kerusi PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Mungkin itu merupakan angan-angan atau pun merupakan sebuah ‘mimpi di siang hari’. Yang berfikiran kritis dan ‘berpijak di bumi nyata’ merasakan bahawa peluang PAS untuk memenangi kerusi berkenaan bukan sahaja tipis malah boleh dikatakan tidak ada peluang langsung untuk menawan kerusi berkenaan.
            Di kawasan pilihan raya Sungai Besar, PAS mendabik dada mengatakan bahawa keputusan PR 13 telah menunjukkan bahawa PAS boleh memenangi PRK kali ini dengan menggunakan hujah bahawa calon PAS  (Mohammed Salleh M Hussein) hanya tewas dengan majoriti 399 di tangan Noriah Kasnon. Dan mengikut perkiraan kasar ( yang dianggap tidak berapa cerdik) merasakan bahawa PAS boleh terus menggungguli kawasan berkenaan pada kali ini.
            Agak keterlaluan jika dikatakan kemenangan PAS di kedua-dua kawasan ini ibarat ‘jauh panggang dar api’. Keadaan pada tahun 2013 dengan keadaan 2016 amat jauh perbezaannya walaupun jarak masanya hanya tiga tahun. Perkembangan yang berlaku kini samada politik atau ekonomi amat jauh menyimpang dari keadaan pada tahun 2013. Suatu faktor yang amat penting ialah faktor Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
            Ketika hayatnya Tuan Guru merupakan tenaga penting yang menyatukan rakyat (keturunan Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dll) dalam pasukan ‘pembangkang’ bagi menentang Barisan Nasional disamping kekadiran Saudara Anwar Ibrahim. Kini kedua-dua tokoh ini sudah tidak ada lagi. Dan perlu disedari juga bahawa ‘kehadiran’ Saudara Anwar Ibrahim dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz merupakan tenaga yang menggerakkan golongan bukan Melayu untuk bersama-sama dalam Pakatan Rakyat pada ketika itu ( Keadilan, DAP dan PAS) untuk menumbangkan BN.
            Kini kedua-dua tokoh berkenaan sudah tidak ada. Dan apakah PAS sedar bahawa yang menyebabkan golongan bukan Melayu untuk menyokong calon PAS pada ketika itu adalah berpunca daripada peranan yang dimainkan oleh kedua-dua tokoh ini. Dan dalam hal mengapa golongan bukan Melayu menyokong PAS adalah disebabkan oleh ketokohan Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan dasar perjuangan PAS yang amat jelas pada ketika itu.
            Kini dasar perjuangan PAS dibawah kepimpinan baru amat diragui oleh bukan sahaja golongan bukan Melayu tetapi oleh golongan Melayu sendiri. Apakah pemimpin PAS tidak sedar tentang ‘blunder’ yang sedang dilakukan oleh kepimpinan mereka. Apakah mereka mahu menafikan hakikat bahawa rakyat Malaysia melihat PAS sedang bersekongkol dengan Barisan Nasional. Apakah kepimpinan PAS mahu menafikan tentang ‘keakraban’ Tuan Guru Haji Hadi dengan DS Mohd Najib Tun Abdul Razak. Apakah para pemimpin PAS masih tidak mahu mengaku tentang keakraban itu. Apakah mereka masih mahu mengatakan bahawa PAS hanya mahu menasihati BN dalam hal-hal tertentu yang berkaitan dengan agama Islam.
            Walau apa pun alasan yang digunakan persepsi rakyat Malaysia ialah bahawa PAS sedang ‘dipergunakan’ oleh BN atau pun mungkin BN sedang dipergunakan oleh PAS. Tak tahulah yang mana satu. Tetapi persepsi rakyat Malaysia kini ialah bahawa PAS tidak boleh diharap lagi untuk menjadi wadah memperjuangan apa yang sepatutnya diperjuangkan oleh mereka.

Jangan menghukum sebelum memahami hudud - Tuan Ibrahim

Umno dulu tak sama dengan Umno sekarang, kata PAS

KALAU PUN MENANG, PENGUNDI KUALA KANGSAR HANYA DAPAT KHIDMAT MASTURA PADA PERTENGAHAN OGOS NANTI

Sekarang ini semua orang sudah mengakui calon BN di Kuala Kangsar, Mastura Mohd Yazid terikat dengan pantang larang edah selama 4 bulan 10 hari.

Mastura sendiri mengatakan beliau akur dengan hukum Islam itu dan tidak akan sesekali turun berkempen. 

Harussani Zakaria, Mufti Perak turut memberitahu, walaupun boleh bertanding tetapi Mastura tetap tidak boleh keluar rumah untuk menyertai mana-mana program kempen.

Tetapi dengan kecanggihan teknologi, kekangan edah untuk beliau berkempen sudah pun dikira selesai di mana penggunaan multimedia dan rakaman video akan digunakan sebagai caranya berhubung dengan pengundi dan jentera pilihanraya di pusat-pusat daerah mengundi.

Ketua Penerangan UMNO, Annuar Musa juga mengatakan Mastura tidak perlu hadir pada hari penamaan calon kerana ia bukan suatu kewajipan, sebaliknya sudah memadai dengan kehadiran penyokong dan pencadangnya sahaja.

Namun demikian, berdasarkan tempoh edah selama 4 bulan 10 yang terus terkena kepada Mastura, halangan seterusnya ialah sekiranya beliau menang pada pilihanraya 18 Jun nanti.

Suaminya, Wan Khairil Wan Ahmad terbunuh dalam nahas helikopter di Sarawak ialah pada 5 April lalu dan ini bermakna tempoh edahnya hanya akan berakhir pada pertengahan Ogos nanti.

PAS Dikecam Kerana Angkuh Dengan Jentera Parti

JANGAN RIAK DAN TAKABBUR...
HJ HADI BONGKAK DENGAN JENTERA PAS


Menjawab apa yang disebut olah Hj Hadi bahawa beliau serik bekerjasama dengan KEADILAN kerana KEADILAN hanya hadir waktu pilihanraya, tetapi ahli2 Pas yang lebih banyak bekerja, sesungguhnya mmg ada kebenarannya walaupun tidak berlaku di semua tempat.

Hj Hadi selalu merujuk kepada jentera Pas semata2 untuk membandingkan kekuatan politik partinya dgn parti2 lain, dan ini menunjukkan betapa lemahnya hj hadi sbg pemimpin politik.


Adakah Hj Hadi juga mahu sebut bahawa kemenangan Dap di banyak kawasan yang ditandingi oleh parti berkenaan adalah kerana kekuatan jentera Pas?

Di Kelantan, sebuah negeri yang diperintah oleh Pas sejak lama, di dalam PRU13 yang lalu Pas hilang 6 Kerusi Dun yang dimenanginya sebelum itu. Kelantan adalah negeri yang hampir 100% Melayu Islam yang sepatutnya tiada masalah utk Pas, namun prestasi Pas merudum teruk. Adakah tiada jentera Pas di situ?

Dua lagi negeri Melayu yang gagal dikuasai oleh Pas adalah Terengganu dan Kedah. Pas hanya dapat perintah Terengganu dan Kedah sepenggal saja. Adakah tiada kekuatan jentera Pas di situ?

Di Pahang, dalam PRU13 yang lalu, jika melihat kepada kekuatan jentera dan meriahnya kempen Pas, kita tidak menyangka bahawa PJ Pas Pahang, Us Tuan Ibrahim boleh kalah di Jengka. Amat hebat jentera Pas di situ. Sebab apa tewas?

Ini membuktikan bahawa kekuatan jentera hanyalah sebagai penyumbang sahaja. Dap dilihat hampir tiada jentera, tiada markas merata2 bahkan sukar mahu melihat bendera Dap berkibar di mana2. Tapi Dap banyak menang di Kerusi yang ditandinginya.

KEADILAN memang diakui tidak sehebat jentera Pas. Namun KEADILAN berperanan menyumbang strategi dan propaganda di dalam membawa isu2 besar yang kebanyakannya dikorek oleh pimpinan2 KEADILAN. Dap pula mempunyai kekuatan kewangan.

Aku pernah memuji PR dulu kerana kita saling melengkapi untuk bina kekuatan bersama. KEADILAN hebat di dalam membawa isu, Pas miliki jentera yang kuat dan Dap miliki kewangan. Kesemua ini sudah cukup membuatkan dua penggal umno/bn hilang 2/3 majoriti dalam Parlimen.

Malangnya, apabila ada yang telah merasa kuat hanya melihat kepada jentera mereka maka dicari jalan utk bersendirian. Bersendirian lebih kuat katanya. Akhirnya,mereka akur mereka perlu kawan. Tiada pilihan lain, terpaksa berbaik dgn umno dan kutip parti IKATAN, parti yang ibarat hidup segan mati tidak mahu itu.

Di Sg Besar dan K.Kangsar nanti, apakah kekuatan jentera boleh menentukan kemenangan? Kita tunggu.

WFAUZDIN NS


Saya sudah serik kerjasama dengan PKR, kata presiden Pas

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui parti itu sudah serik untuk bekerjasama dengan parti pembangkang terutamanya PKR.

Ini kerana kata beliau, PAS berkerja sepanjang masa sedangkan parti pembangkang lain hanya hadir ketika musim pilihan raya sahaja.

“Terang-terang saya sebut, banyak pilihan raya kita beri kepada rakan kita ini (PKR). Masa pilihan raya, dia datang, lepas pilihan raya, dia tak datang, jadi orang PAS yang bekerja.

“Sudah berapa kali pilihan raya, orang PAS yang bekerja kuat kerana PAS bekerja sepanjang masa. (Tetapi) apabila tiba pilihan raya, dia datang, nak kawasan (bertanding).

“Ini bukan sahaja di Sungai Besar dan Kuala Kangsar sahaja, kawasan lain pun begitu juga,”katanya kepada pemberita di pejabat Kesatuan Ulama Islam Sedunia pada Jumaat lalu sebagaimana dilaporkan sebuah laman yang pro Pas, Tranungkite.net.

Ia juga turut dilaporkan oleh Buletin Utama TV3.

Anak jati Kuala Kangsar mohon BN tukar calon

Hanya beri kelebihan pada PAS sekiranya Mastura kekal calon BN
Syed-Rosli-Jamalullail
PETALING JAYA: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir digesa supaya menukar calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar.
Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Syed Rosli Jamalullail membuat gesaan itu kerana merasakan pemilihan Datin Mastura Mohd Yazid hanya memberi kelebihan kepada PAS.
“Saya anak jati Kuala Kangsar dan dibesarkan di sana dan saya merasakan tindakan yang dibuat pucuk pimpinan terutama Dr Zambry amat memeranjatkan dan ini sebenarnya berkemungkinan memberi impak yang negatif kepada UMNO dan BN.
“Ada masa lagi tukar calon lain. Saya sebagai anak jati Kuala Kangsar mohon pucuk pimpinan menukar calon sebelum penamaan calon pada 5 Jun ini,” katanya kepada FMT.
Sebelum itu, Syed Rosli juga telah memuat naik beberapa status yang agak keras di laman Facebooknya yang dilihat sebagai tanda protes dengan pemilihan Mastura seabgai calon BN di Kuala Kangsar.
Menjelaskan bantahannya, Syed Rosli berpandangan calon PAS mempunyai ciri-ciri tertentu yang memberi kelebihan kepada kempen parti Islam itu sekiranya Mastura kekal calon BN.
“Kelebihan calon PAS (Dr Najihatussalehah Ahmad) boleh berbahasa Mandarin. Ini memberi sedikit kelebihan untuk menarik pengundi Cina.

Aziz Bari: Majlis Raja-raja perlu contohi 'demokratik' TMJ

Ahli DAP yang juga pakar perlembagaan, Abdul Aziz Bari memuji saranan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang meminta pihak polis agar tidak menahan para pengkritiknya, sambil menyatakan cadangan itu bukan bersifat kelemahan.
“Sesungguhnya, ia menunjukkan kekuatan dan kesanggupan untuk terbuka dan telus. Lebih dari itu, ia demokratik,” Abdul Aziz memberitahu Malaysiakini.
Mengakui ia tidak membawa sebarang makna dari segi perundangan ekoran kuasa terletak di tangan polis dan peguam negara, TMJ, bagaimanapun, telah merintis langkah yang baik dan sepatututnya diikuti oleh kerabat diraja yang lain, katanya.
Hari ini, Tunku Ismail, dalam wawancara yang disiarkan dalam laman facebook Johor Southern Tigers, malam semalam menyarankan kepada pihak polis agar tidak menahan para pengkritiknya.
"Saya dengan rendah diri mencadangkan kepada PDRM agar tidak menangkap mana-mana individu yang telah membuat sebarang kenyataan yang menghina terhadap saya," kata Tunku Ismail yang juga pemilik kelab bola sepak Johor Darul Takzim.
Menurut Tunku Ismail, beliau lebih suka jika pihak berkuasa dapat menganjurkan pertemuan antara beliau dengan individu-individu tersebut.
"Berikan mereka peluang untuk menyuarakan apa yang mereka mahu katakan kepada saya secara berhadapan, dan bersemuka antara mereka dan saya sahaja," jelas beliau lagi.

Pak Lah yakin BN menang dua PRK

Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yakin calon Barisan Nasional (BN) mampu memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada 18 Jun ini.
  
"Kami boleh menang. Tapi kami perlu bekerja keras, saya yakin kami boleh," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Anugerah Khidmat Cemerlang Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di Kuala Lumpur hari ini.
  
Ditanya sama ada beliau akan turun padang membantu kempen PRK itu, Tun Abdullah berkata: "Kita akan bantu. Tengoklah macam mana nanti. Insya-Allah."
  
Pada majlis itu, Tun Abdullah yang juga Pengerusi IKIM turut menyampaikan Anugerah Khidmat Cemerlang 2015 dan Anugerah Pekerja Setia 2016 kepada 17 kakitangan IKIM.
  
Turut hadir Ketua Pengarah IKIM, Prof Datin Dr Azizan Baharuddin.
  
PRK Sungai Besar di Selangor dan Kuala Kangsar di Perak akan diadakan serentak pada 18 Jun ini dan penamaan calon pada 5 Jun.
Kedua-dua PRK itu diadakan berikutan kematian Anggota Parlimen Sungai Besar Datuk Noriah Kasnon dan Anggota Parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, korban nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lepas.
    

Islam promosi sopan santun, rasional dan rahmah berdepan bukan Islam, bukan kekerasan


Dr Mohd Parid Sheikh AhmadDr Mohd Parid Sheikh Ahmad
Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) menolak pendekatan kekerasan dan keganasan dalam usaha merubah masyarakat dan pemerintahan negara ini.
Presiden Ikram, Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad berkata, pendekatan kekerasan akan hanya menyemarakkan permusuhan dalam masyarakat selain berbahaya kerana anasir dalam dan luar boleh mengambil kesempatan untuk menghancurkan negara.
“Kita menekankan usaha damai untuk mewujudkan perubahan dalam masyarakat dan negara.
“Rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum yang kebanyakannya terpelajar seharusnya menolak pendekatan kekerasan dan menerima pendekataan aman. Walaupun perubahan mengambil masa yang mungkin panjang tetapi ia selamat dan lebih pasti,” kata beliau kepada pemberita di Perhimpunan Ahli Teras (PAT) 2016 Ikram di Shah Alam, semalam.
Mengulas lanjut, Mohd Parid berkata, Ikram menganjurkan usaha yang aman melalui perbincangan dan dialog dalam menangani perbezaan dan kepelbagaian.
“Ikram menyuarakan pandangan kita kepada orang ramai dengan mengutarakan hujah-hujah yang melatarbelakangi sesuatu pendirian yang kita ambil.

Deklarasi Rakyat 'tiada urusan' dengan Azharuddin, Ratu Naga

Sekretariat Deklarasi Rakyat hari ini menafikan sekeras-kerasnya pernah berurusan dengan pengaturcara komputer bebas, Azharuddin Othman yang mendakwa dirinya telah menjual 900,000 nama daripada pangkalan data dalam usaha menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Pada masa yang sama, sekretariat itu juga menegaskan tidak pernah terlibat dalam urus niaga dengan Syarul Ema Rena Abu Samah, 26, yang menggunakan nama 'Ratu Naga' di laman sosial Facebook yang dikatakan terpalit sama dalam isu berkenaan.
Setiausaha sekretariat itu, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, pihaknya telah mengambil langkah-langkah yang sewajar dan mencukupi untuk membuang tanda tangan 'palsu' sejak deklarasi tersebut dilancarkan.
"Sejumlah 1,071,997 tanda tangan atas talian yang disahkan dan terkini diterima. Kami turut menolak sejumlah 253,505 tanda tangan kerana berlakunya pertindihan dan ketidak lengkapan. Baki 200,000 dikumpul dalam bentuk kertas.
“Proses audit ke atas tanda tangan yang diterima dijalankan secara berterusan bagi memastikan integriti dan kesahihannya.
"Sekretariat percaya apa yang akhirnya diserahkan kepada Yang DiPertuan Agong adalah dokumen yang dipercayai dan bebanan tanggung jawab yang diserahkan oleh mereka yang menanda tangani dokumen itu," jelasnya dalam kenyataan.
Minggu lalu, Azharudiin membuat kejutan apabila mendakwa beliau ditipu dalam penjualan ratusan ribu nama untuk menipu tandatangan dalam projek memorandum Deklarasi Rakyat.

Tak kafir tolak RUU Hadi, kata ustaz PKR

Pihak yang menolak usaha PAS meminda Akta 355 tidak boleh dituduh kafir, murtad, munafik atau sesat, kata seorang ustaz muda PKR Wan Ji Wan Hussin.
Ketua biro agama Pemuda PKR itu berkata, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hanya membentangkan pindaan sebuah akta dan bukan membentangkan hukum syariah.
Wan Ji juga berkata, gelaran sama tidak boleh diberikan terhadap pihak yang menolak enakmen hudud di Kelantan.
“Ini kerana enakmen itu sendiri dipenuhi dengan pandangan ulama-ulama PAS, bukan sepenuhnya syariah.
“Sifat syariah tidak boleh diubah dan dipinda kerana ia hak mutlak Allah,” kata Wan Ji di laman sosial Facebook beliau.
Beliau berkata, pindaan dibuat pada enakmen itu sebelum ini kerana ia hanya pandangan golongan itu.
“Jika mereka anggap enakmen itu adalah syariah, sudah pasti mereka tidak akan pinda.

“Justeru, jika ada menganggap murtad kepada orang yang tidak menerima enakmen itu, sudah pasti ulama-ulama PAS yang pinda itu lebih murtad.

“Kerana meminda lebih teruk dari tidak terima. Ini sudah pasti mustahil,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kecenderungan mengafirkan di Internet oleh pihak yang menolak usaha Hadi itu.
Kerajaan pada minggu lalu mengusulkan supaya rang undang-undang persendirian Hadi bagi meminda Akta Mahkamah Syariah di parlimen dipercepat.

Hadi bagaimanapun meminta ia ditangguhkan ke sidang depan kerana kesuntukan masa.

BSI ditutup, surat Bank Negara dalam radar Deklarasi Rakyat

Dua perkembangan terbaru berkaitan 1MDB berada dalam radar pemantauan sekretariat Deklarasi Rakyat, kata setiausahanya, Datuk Kamarudin Jaffar, hari ini.
Pertama ialah penutupan Bank BSI dan permulaan prosiding jenayah oleh Pihak Berkuasa Kewangan Singapura, ekoran pelanggaran peraturan penggubalan wang haram, berkaitan 1MDB.
Yang lain ialah surat Bank Negara bertarikh 6 April 2016, oleh pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).
Kamarudin Jaffar menambah, dua perkembangan itu dilihat memburukkan reputasi dan kredibiliti Malaysia.
“Surat itu mengesahkan Good Star Limited dimiliki oleh Low Taek Jho (juga dikenali sebagai Jho Low), dan bukan Petrosaudi International.
“Dokumen tersebut menyokong dakwaan Wall Street Journal bahawa “Daripada pelaburan AS$1.83 bilion oleh 1MDB yang dipegang oleh Petrosaudi International Limited, sekurang-kurangnya AS$1.03 bilion telah disalurkan kepada Good Star Limited, yang dimiliki oleh Jho Low”.
Namun begitu, tambah Kamarudin, kedua-dua Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dan Bank Negara mengatakan kes 1MDB telah ditutup.
Ini berlaku ketika sekurang-kurangnya tujuh negara serata dunia, ujar beliau, sedang menjalankan penyiasatan berkitan 1MDB, dan mereka dilihat tidak bersetuju dengan tindakan peguam negara dan bank pusat tersebut.
“Penutupan kes berkaitan 1MDB terus mengheret Malaysia ke kemelut reputasi, kredibiliti kewangan dan integriti fiskal antarabangsa.

Woww !! ... Skandal Terbesar Didunia.....Hebat Malaysia..


WOWW !!.. Tidak dinafikan siasatan skandal kewangan 1MDB yg jadi kebanggaan negara adalah yg terbesar di dunia kerana 8 buah negara sedang aggresif utk menyiasatnya malah terdapat beberapa negara sudah jalankan pendakwaan terhadap individu2 yg terlibat dlm skandal kewangan tersebut.

WOWW !!.. tetapi di Malaysia semuanya dah 'SETTLE'.. Najib, Jho Low & kuncu2nya tetap bebas ke sana ke mari terbang ke luar negara..

"Menang Untung, Kalah Balik Modal": Pas tunggu keputusan PKR - Mohd Amar

PRK Kuala Kangsar, PRK Sungai Besar
KOTA BHARU - Pas mengambil pendekatan tunggu dan lihat sama ada PKR akan memilih parti itu mahupun Parti Amanah Negara (Amanah) untuk membantu gerak kerja PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
‎Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, pihaknya bagaimanapun tidak memaksa rakan komponen dalam Pakatan Rakyat (PR) itu untuk membantu mereka di kedua-dua kawasan PRK tersebut.
“Itu hal dia (PKR), dia nak tolong siapa, terserah pada dia. Kita pun nak tengok juga dia nak tolong siapa (Amanah atau Pas). Nak paksa tidak boleh, terserahlah nak pilih siapa pun,” katanya.
Beliau hadir merasmikan Majlis Penyerahan Kunci Rumah 43 unit Rumah Teres 2 Tingkat (Fasa 9) dan Pelancaran Jualan 26 Unit Rumah Kedai 2 Tingkat Fasa 11 di Taman Kurnia Jaya, Padang Golf, Pengkalan Chepa di sini, hari ini.

Muktamar 62: Ahli bebas bawa usul - Takiyuddin

KOTA BHARU - Pas tidak akan menyekat sebarang usul yang bakal dibawa perwakilan di Muktamar Pas yang bermula esok.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hasan berkata, pihaknya tidak mengeluarkan sebarang arahan atau syarat kepada perwakilan bagi menyuarakan pendapat.
Takiyuddin Hassan "Bagaimanapun kita nasihatkan perwakilan rasional dan tidak menimbulkan perkara yang tidak menguntungkan parti," katanya dalam sidang media Khas sempena Muktamar Pas kali ke 62 di sini hari ini.
Dalam masa yang sama Takiyuddin turut menafikan kenyataan pihaknya merancang untuk merahsiakan ucapan dasar yang dibuat Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Menurutnya, pada muktamar kali ini pihaknya mengadakan satu taklimat tertutup yang dibuat oleh Setiausaha Agung dan Presiden pada 1 Jun, bagi membincangkan soal pengurusan parti.
"Kita buat taklimat tertutup itu bagi mengurangkan masa ucapan presiden yang sebelum ini banyak menyentuh soal pengurusan.
"Oleh itu pada tahun ini, ucapan Presiden pada 2 Jun boleh fokus melibatkan kepentingan semua ahli," katanya.

BN melawak letak calon untuk raih simpati – Hamidah Osman

Pencalonan Mastura hanya untuk meraih undi simpati rakyat, sekaligus sanggup mengadai perjuangan asal BN.
hamidah-osmanPETALING JAYA: Keputusan Barisan Nasional (BN) mencalonkan Datin Mastura Mohd Yazid sebagai calon BN bagi PRK Parlimen Kuala Kangsar dilihat sebagai satu lawak jenaka pucuk pimpinan parti itu.
Bekas Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Hamidah Osman berkata demikian selepas mendapati ramai akar umbi parti itu sendiri tidak bersetuju dengan pencalonan Mastura, balu bekas Ahli Parlimen kawasan itu, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang meninggal dunia dalam nahas helikopter baru-baru ini.
Katanya, pencalonan Mastura hanyalah untuk meraih undi simpati rakyat, sekaligus sanggup mengadai perjuangan asal BN sebelum ini yang sentiasa mengetegah calon berkaliber dan mampu berkhidmat untuk rakyat.
“Saya pun tak faham apa strategi BN dengan meletakkan Datin Mastura sebagai calon.
“Strategi meraih simpati itu sudah lari daripada strategi asal UMNO dan BN yang mahu meletakkan calon yang mampu berkhidmat untuk rakyat dan menyumbang tenaga.
“Ia menunjukkan UMNO dan BN sudah tenat sehingga terpaksa guna elemen simpati untuk menarik undi,” katanya yang turut menegaskan Mastura masih tidak cukup pengalaman dalam bidang politik.
Tambahnya lagi, proses berkempen adalah penting untuk calon mengambil tahu dan melihat sendiri permasalahan rakyat demi melakukan perubahan selepas dipilih menjadi Ahli Parlimen.
“Namun, halangan (temph edah) Mastura tidak turun berkempen dikhuatiri akan menjadi kekurangan. Saya juga tidak yakin rakyat akan mengundi calon BN atas dasar simpati. Ini bukan medan mencari simpati dan keadaan Mastura sebagai balu sepatutnya diberi sokongan bukan digunakan sebagai strategi menang pilihanraya,” katanya kepada FMT.
Ekoran itu, Hamidah yang juga bekas Ketua Wanita UMNO Bahagian Gopeng turut menjangkakan pengundi Kuala Kangsar akan berubah angin menolak BN dan memilih calon PAS yang dilihat mampu membawa suara rakyat berbanding BN.

Harapan Dr Rani agar Ng Suee Lim menyokongnya hancur berkecai


Dr Rani menulis dalam facebook tindakan Adun DAP Sekinchan, Ng Suee Lim meminta penyokongnya undi Amanah.Dr Rani menulis dalam facebook tindakan Adun DAP Sekinchan, Ng Suee Lim meminta penyokongnya undi Amanah.
Harapan calon Pas di Sungai Besar, Dr Rani Othman agar kawan beliau yang juga Adun Sekinchan, Ng Suee Lim membantunya dalam pilihan raya kecil (PRK) nampaknya tidak kesampaian.
Ini kerana, belum lagi nama calon Amanah diumumkan, Suee Lim sudah berkempen agar pengundi beliau di Sekinchan mengundi calon rakan komponen Pakatan Harapan itu.
"Yb Sekinchan sudah awal-awal berkempen untuk calon Amanah sedangkan Amanah belum lagi umumkan siapa calon mereka di Sungai Besar ......????" tulis Dr Rani dalam facebooknya hari ini.
Sebelum ini, dalam temuramah dengan lidah rasmi Pas, Harakahdaily, Dr Rani berharap kawan beliau dalam "Geng 52" itu akan menyokongnya dalam pilihan raya kecil kali ini.
"Saya sangat berharap Adun Sekinchan dari DAP, Ng Suee Lim dapat membantu saya untuk berkempen. Adun Sekinchan merupakan kawan rapat saya.
"Saya kaum dengan kemahiran beliau yang boleh menghafal maksud firman Allah ketika berucap dalam sidang Dewan Negeri," kata Dr Rani sebagaimana dipetik Harakahdaily.
Malam semalam ketika berucap dalam satu majlis di sebuah restoran, Ng Suee Lim telah mengajak penyokongnya agar menyokong calon Amanah.

Rafizi serah bukti salah laku kerajaan Selangor

Rasuah di Selangor: SPRM perlu diberi ruang jalankan siasatan menyeluruh - Rafizi


Rasuah di Selangor: SPRM perlu diberi ruang jalankan siasatan menyeluruh - Rafizi


PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu diberi ruang untuk menjalankan siasatan menyeluruh ke atas aduan salah laku rasuah di Selangor.

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata sebagai individu yang memfailkan laporan, beliau tidak dapat mendedahkan butiran lanjut.

"Saya tertakhluk kepada kerahsiaan setelah laporan dibuat.

"Situasi ini mengecewakan kerana saya sebagai ahli PKR memfailkan laporan melibatkan ahli parti sendiri," tambah Rafizi.

Beliau tiba di ibu pejabat SPRM sekitar tengah hari untuk memfailkan laporan tersebut.

Turut hadir adalah Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah dan Ahli Parlimen PKR, Wong Chen.

Pada Selasa lalu, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata Rafizi perlu membawa semua bukti rasuah dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor termasuk habuan wanita dan wang yang ada padanya terus ke pihak SPRM.

Wan Azizah yang ditemui semasa sidang media selepas mesyuarat Biro Politik PKR di Ibu Pejabat PKR turut memberitahu, biro politik juga akan meneliti dakwaan tersebut dan sekiranya ia melibatkan anggota parti, anggota tersebut akan dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin parti.

Rafizi lapor SPRM dakwaan 'rasuah wanita' di Selangor

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli hari ini membuat laporan terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan rasuah wang dan wanita dalam kerajaan Selangor.

Beliau ditemani oleh Ketua Sekretariat Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah dan dua anggota parlimen, iaitu Wong Chen (Kelana Jaya) dan G Manivannan (Kapar).

Rafizi yang tiba di ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada jam 11.45 pagi, menghabiskan kira-kira sejam sebelum meninggalkan bangunan itu.

Ditemui selepas laporan, beliau enggan mendedahkan maklumat lanjut laporannya, termasuk individu disebut dan sejauh mana serius kesalahan itu.

“Saya terikat dengan Akta SPRM, jadi saya tidak boleh dedah butiran lanjut,” katanya.

Beliau meminta orang ramai tidak membuat spekulasi dan membenarkan SPRM lakukan tugasnya.

Rafizi membuat dakwaan itu dalam perbualan dalam aplikasi pesanan WhatsApp yang bocor.

Beliau sebelum ini menggemukakan bukti itu kepada biro politik PKR dan diarah supaya membuat laporan SPRM.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali menolak dakwaan itu dan menyifatkannya sebagai kempen memburuk-burukkan.

Kejadian berlaku dilihat pelbagai pihak sebagai petanda perpecahan dalam PKR.

Akta 355: Elak tanggapan buruk, perpecahan rakyat, kata Kanun Amanah


Wan Anwar Wan IbrahimWan Anwar Wan Ibrahim Biro Undang-undang (Kanun) Amanah menyifatkan pembentangan usul persendirian Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) Pindaan 2016 harus dilakukan mengikut cara, masa dan keadaan yang munasabah.
Timbalan Pengerusinya, Wan Anwar Wan Ibrahim berkata, kesedaran tersebut penting agar hal berkaitan penambahbaikan peruntukan berkenaan yang juga dikenali sebagai ‘Akta 355’ tidak mengundang tanggapan negatif yang tidak perlu terhadap Islam.
Selain turut mengelak perpecahan dalam kalangan rakyat berhubung cadangan Ahli Parlimen Marang, Hadi Awang untuk meningkatkan tahap hukuman itu, beliau berkata, usul berkenaan umumnya harus disokong.
Menurutnya, usul pindaan yang difahami untuk dicadangkan itu adalah untuk meningkatkan tahap hukuman bagi kesalahan jenayah daripada penjara tidak melebihi tiga tahun, denda tidak lebih RM5,000 dan sebatan tidak lebih daripada tiga kali.
“Walau bagaimanapun, Kanun mendapati bahawa langkah membentangkan usul persendirian tersebut bukan sahaja telah mengundang pelbagai reaksi pelbagai pihak malah juga telah mencetuskan polemik baik di kalangan pemimpin politik mahupun pengamal undang-undang.
“Kanun sendiri difahamkan bahawa cadangan usul tersebut juga tidak dibawa konsultasi dengan pemegang-pemegang taruh yang berkepentingan,” kata Wan Anwar.
Hal ini, tambahnya, termasuk Majlis Raja-Raja sebelum dibentangkan sepertimana proses konsultasi ke bawah dan menyeluruh dilakukan bagi menambahbaik Akta Syarikat 1965 serta memperbaiki hak asasi manusia di Malaysia.

Azhar Abdul Shukur calon AMANAH di Sg Besar?

Jika sebelum ini, Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu atau Mat Sabu disebut-sebut sebagai antara nama yang dicalonkan bagi pilihan raya kecil parlimen Sungai Besar, kini difahamkan terdapat inidvidu lain yang akan menjadi calon parti berkenaan untuk bertanding kawasan itu.
Malaysiakini difahamkan, parti serpihan PAS tersebut mungkin akan meletakkan calon tempatan iaitu Pengerusi AMANAH cawangan Sungai Besar, Azhar Abdul Shukur.
Azhar, 50, yang berasal dari Sungai Besar merupakan seorang bekas guru dan kini menjalankan perniagaan sendiri.
Sebelum ini, selain Mohamad atau dikenali sebagai Mat Sabu, turut dinamakan ialah Timbalan Presiden AMANAH, Salahuddin Ayub serta bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
Bagaimanapun, Nizar dikatakan mungkin akan menjadi calon bagi kawasan Parlimen Kuala Kangsar.
Pakatan Harapan akan mengumumkan calonnya pada Rabu ini.
Khamis lalu, AMANAH mengemukakan dua nama calon untuk bertanding dalam pilihan raya kecil parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar kepada Majlis Presiden Pakatan Harapan.
Sebelum ini juga, PKR didakwa mengadakan rundingan bersama PAS dalam isu meletakkan calon di parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Bagaimanapun, PAS berpendirian untuk tetap meletakkan calon mereka di dua kawasan tersebut memandangkan ia merupakan kerusi tradisi parti Islam berkenaan.
PAS kemudian meletakkan anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru, Dr Abdul Rani Osman sebagai calonnya di Sungai Besar.
Manakala BN pula meletakkan Adun Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi.
Pilihan raya kecil Parlimen Sungai Besar akan diadakan pada 18 Jun ini dengan hari penamaan calon ditetapkan pada 5 Jun.

Hudud: Ultra kiasu bangkit bersatu, mana orang Melayu?

Ridhuan Tee berkata jika umat Islam tidak berhak ke atas cara hidup dan undang-undang, tiada lagi yang tinggal kepada umat Islam hari ini.
ridhuan-tee-hudud
PETALING JAYA: Penceramah kontroversi Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah menempelak tindakan berdiam diri pemimpin Melayu dan Islam yang tidak melawan golongan membantah pelaksanaan hudud di negara ini.
Beliau berkata hak orang Melayu dan Islam seharusnya dipertahankan daripada dihuru-harakan oleh puak yang digelar ‘ultra kiasu’ dalam negara ini.
“Jika umat Islam tidak berhak ke atas cara hidup dan undang-undang, apakah lagi yang tinggal kepada umat Islam hari ini? Sudahlah kekayaan ekonomi dibolot oleh orang lain. Sampai ke peringkat nak dapatkan cara hidup sendiri pun tidak dibenarkan.
“Apakah mereka sudah lupa negara ini berasal-usulkan kepada ketuanan Melayu dan Islam? Peliknya, dalam kalangan kita sebagai umat Islam, tidak ada yang berani melawan ultra kiasu. Ke mana hilangnya semua telur itu,” tulisnya dalam kolumnya di Sinar Harian hari ini.
Beliau berkata demikian susulan tindakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membentangkan Rang Undang-undang (RUU) Syariah di Parlimen baru-baru ini ditentang beberapa pihak.
Bukan saja DAP tidak bersetuju dengan pembentangan RUU itu, malah Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam turut mengugut meletakkan jawatan daripada Kabinet jika RUU itu diluluskan di Parlimen.
Sementara itu, Ridhuan juga menggesa pihak yang menentang pelaksanaan RUU itu membuktikan jika ada kes menunjukkan orang Islam menzalimi orang bukan Islam.
“Kenapa kita boleh menerima cara hidup dan undang-undang barat serta komunis tetapi begitu memandang hina kepada Islam?

Pemuda MCA: PM patut undur jika RUU Hadi lulus

Pemuda MCA mencadangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan jika rang undang-undang persendirian bagi membuka laluan terhadap hudud diluluskan di parlimen.
Ketua biro undang-undang parti itu Ng Kian Nam meminta Najib menyatakan pandangannya dengan jelas sama ada kesemua anggota parlimen Umno akan menyokong rang undang-undang itu, walaupun terdapat protes kuat anggota komponen lain BN.
Jika perkara itu berlaku, katanya, bermaksud terdapat anggota parlimen BN yang berkongsi pendirian dengan musuh, sekali gus akan menyebabkan perpecahan gabungan itu.

Ng juga berkata premis asas untuk bekerjasama juga sudah tiada lagi.

Sebagai perdana menteri pula, Najib tidak patut bersikap tidak jelas dalam isu itu, tegas Ng.
“Jika beliau bertegas bersama dengan PAS, ini bermakna beliau telah khianat pada anggota komponen BN yang lain, begitu juga dengan kepercayaan pengundi padanya dalam pilihan raya umum sebagai ketua BN,” katanya.

Enggan tanggung dosa, Ridhuan Tee keluar MCA

Penceramah bebas Ridhuan Tee Abdullah mengumumkan keluar MCA hari ini sebagai tanda protes pada penentangan berterusan parti itu terhadap hudud.
Beliau ketika dihubungi mengesahkan perkara itu kepada Malaysiakini.
“Kerana perkembangan akhir-akhir ini (hudud). Saya tidak mahu menanggung dosa berada dalam parti sebegini,” katanya.
MCA antara parti komponen BN yang amat lantang dan konsisten menentang pelaksanaan hudud.
Parti itu malah mengugut keluar daripada kabinet Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ini susulan langkah kerajaan mengusulkan supaya rang undang-undang persendirian bagi menambah bidang kuasa mahkamah syariah dipercepat minggu lalu.
Ridhuan memberitahu beliau memohon menjadi anggota MCA pada tahun 1995 atau 1996 tetapi hanya diluluskan pada tahun 2000.
Katanya, beliau ketika itu memohon menyertai MCA bagi membuktikan beliau bukan “masuk Melayu” dan kekal sebagai seorang Cina walaupun telah memeluk Islam.
Selain itu, Ridhuan menjelaskan hasratnya berdakwah daripada dalam.
“Dulu saya masuk MCA sebab saya nak tunjukkan saya bukan masuk Melayu, saya kekal Cina.

“Niat saya untuk berdakwah, menjadi jambatan (pada Islam), tetapi tidak pernah dihargai. Malah mereka melihatnya sebagai ancaman,” katanya lagi.
Beliau juga memberitahu Malaysiakini belum mempunyai rancangan untuk memohon menyertai mana-mana parti itu.

MCA akan lancar kempen rakyat bantah hudud

MCA menyeru rakyat, ahli Parlimen, persatuan Cina dan dewan perniagaan supaya menyertai kempen itu bagi menghalang Presiden PAS membentangkan RUU itu di Dewan Rakyat.
MCA-hudud-1PETALING JAYA: MCA akan melancarkan kempen rakyat menentang PAS dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan bagi menghalang pembentangan Rang Undang-undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 di Parlimen.
Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang dipetik China Press sebagai berkata, parti itu menyeru rakyat, ahli Parlimen, persatuan Cina dan dewan perniagaan supaya menyertai kempen itu bagi menghalang Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membentangkan RUU itu di Dewan Rakyat.
Jelasnya, MCA telah berhubung dengan Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia, Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia, Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia, Persekutuan Persatuan-persatuan Guru Sekolah Cina Malaysia dan Persekutuan Persatuan-persatuan 7 Klan.
“Kami telah mencapai persetujuan untuk menentang PAS dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan yang merupakan tanggungjawab setiap warganegara ini,” katanya pada taklimat pembentangan RUU PAS itu semalam.
Pada masa sama, beliau turut menyeru parti pembangkang bersama mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.
Tegasnya, seramai 137 ahli Parlimen beragama Islam di Dewan Rakyat perlu menyokong pembentangan RUU itu kerana mereka tidak boleh membelakangkan hukum syariah.

PRK Kuala Kangsar: Strategi ‘kempen tanpa calon’ BN

Strategi itu dibuat dengan mengambil kira fatwa mengikut hukum qat'ie dalam Islam yang berkaitan tempoh edah seseorang wanita yang kematian suami.
zahid-hamidi-Datin-Mastura-Mohd-Yazid,
TOKYO: Barisan Nasional (BN) akan menggunakan strategi ‘kempen tanpa calon’ bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar susulan calonnya, Datin Mastura Mohd Yazid, yang masih berada dalam tempoh edah.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata strategi yang julung kali diguna pakai jentera BN semenjak parti itu ditubuhkan, telah mengambil kira fatwa mengikut hukum qat’ie dalam Islam yang berkaitan tempoh edah seseorang wanita yang kematian suami.
“UMNO mengadakan perbincangan dengan beberapa ulama, termasuk mereka yang menganggotai jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan, selain turut berbincang dengan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria, bagi mendapatkan pandangan dan pendapat,” katanya kepada wartawan Malaysia di sini bagi menjernihkan beberapa pendapat yang berbeza tentang kedudukan calon BN dari segi kedudukan edah dalam hukum Islam.
Beliau berkata beberapa kaedah telah dicari untuk memperkenalkan Mastura kepada pengundi termasuk merakamkan ucapannya yang akan disiarkan di semua pusat daerah mengundi dan lokasi-lokasi sasaran, selain melalui komunikasi tanpa
lisan.
“Yakinlah, kaedah ini telah kami (BN) fikirkan bagi menghormati hukum yang telah ditentukan dan diharap pengundi di Kuala Kangsar yang hampir 60 peratus beragama Islam memahami situasi itu,” katanya.

Nik Faisal, Suboh masih pengarah SRC International

Nik Faisal Ariff Kamil dan Suboh Md Yasin adalah masih pengarah firma SRC International,anak syarikat Kementerian Kewangan.
Nik Faisal dan Suboh sebelum ini tidak dapat dikesan sebelum akhirnya berjaya disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dalam siasatan berhubung dana RM42 juta SRC International yang disalurkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuj Seri Najib Razak.
Kedua-dua mereka membentuk dua pertiga daripada lembaga pengarah SRC International, dengan Suboh sebagai pemangku pengerusi dan Nik Faisal sebagai pengarah eksekutif.
Ahli lain adalah Mohammed Azhar Osman Khairuddin yang mengambil alih sebagai Ketua Pegawai Eksekutif pada 1 Sept, 2014.
Ini didedahkan dalam jawapan bertulis di Parlimen kepada Tony Pua (DAP - Petaling Jaya Utara) pada sesi Mac / April.
Pua dalam soalannya meminta supaya Menteri Kewangan menyatakan jika Nik Faisal masih adalah pengarah urusan SRC International.
SPRM Ogos lalu terpaksa mengeluarkan notis awam bagi mendapatkan maklumat mengenai lokasi Suboh dan Nik Faisal dalam usaha untuk mendapatkan bantuan mereka dalam siasatan.
Pengarah Siasatan SPRM, Azam Baki juga sedang berusaha untuk mengetahui lokasi ahli perniagaan Jho Low.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low, dalam jawapan bertulis parlimen pada 19 Mei, berkata siasatan telah selesai dan semua saksi diperlukan telah disoal.
The Wall Street journal sebelum ini melaporkan Nik Faisal mempunyai kuasa perundangan berhubung akaun Najib.

TMJ: Jangan tangkap pengkritik saya, polis

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim meminta pihak polis agar tidak menahan para pengkritiknya.
"Saya dengan rendah diri mencadangkan kepada PDRM agar tidak menangkap mana-mana individu yang telah membuat sebarang kenyataan yang menghina terhadap saya," kata Tunku Ismail dalam wawancara yang disiarkan dalam laman facebook Johor Southern Tigers, malam semalam.
Tunku Ismail, yang merupakan pemilik kelab bola sepak Johor Darul Takzim berkata, beliau lebih suka jika pihak berkuasa dapat menganjurkan pertemuan antara beliau dengan individu-individu tersebut.
"Berikan mereka peluang untuk menyuarakan apa yang mereka mahu katakan kepada saya secara berhadapan, dan bersemuka antara mereka dan saya sahaja.
"Terus terang saya cakap yang saya tidak peduli apa sahaja orang mengatakan kerana saya amat bersyukur dengan apa yang Allah Taala berikan kepada saya", jelas beliau lagi.
Berkata berkata demikian sebagai mengulas laporan penahanan dua individu ekoran catatan di Facebook yang didakwa menghina Tunku Ismail.
Yang pertama ialah peminat kelab bolasepak Pahang, Masyhur Abdullah, 29, yang didakwa memuat naik mesej berunsur menghina menggunakan Twitter atas nama @thekeluangman.
Beliau ditahan di Kuala Lumpur pada Rabu dan dibawa ke Johor Bahru.

Muktamar 62: Mahu hala tuju jelas, ahli istiqamah

BERMULA esok, perwakilan Pas dari seluruh negara akan berkampung di Kelantan selama empat hari bagi menghadiri muktamar tahunan parti yang memasuki edisi ke-62.
Berbeza dengan muktamar tahun lalu yang menyaksikan pemilihan ‘kontroversi’, muktamar tahun ini dilihat lebih ‘tenang’ dengan tumpuan perwakilan untuk merapatkan semula ukhuwah parti yang sedikit goyang.
Mahu hala tuju jelas, ahli istiqamah Ikuti temu bual Timbalan Pengarang Berita Sinar Harian, Muhamad Mat Yakim serta wartawan Siti Nursyahidah Abu Bakar dan Raziatul Hanum A Rajak bersama TIMBALAN PRESIDEN PAS, DATUK TUAN IBRAHIM TUAN MAN mengenai perjalanan dan kelainan Muktamar Tahunan Pas ke-62.
Orang penting nombor dua Pas ini juga berkongsi pandangannya mengenai isu-isu semasa melibatkan Pas termasuk cabaran selepas pembentukan Parti Amanah Negara (Amanah), penubuhan Blok Ketiga, kerjasama Umno-Pas, hubungan dengan Pakatan Harapan serta penglibatan Pas dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Apakah kelainan yang akan dibawa dalam Muktamar Pas ke-62 yang akan berlangsung bermula 31 Mei ini?
Kali ini kita ada perubahan format kerana asalnya muktamar patut berlangsung pada 31 Mei hingga 4 Jun. Namun penamaan calon untuk PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar berlangsung pada 5 Jun, maka kita pendekkan muktamar. Malah, fokus muktamar juga membina semangat dua PRK yang Pas akan turun bertanding ini. Selain itu, kali ini Dewan-dewan juga buat perubahan sikit. Misalnya, Pemuda angkat tema membina semangat juang dalam kalangan pemuda. Pemuda juga ada buat perubahan format pakaian sebagai pejuang Melayu dengan tanjak dan sebagainya. Di peringkat Pas Pusat pun kita buat dua format. Satu ialah taklimat tertutup oleh Presiden pada 1 Jun yang melibatkan isu-isu parti, jentera dan arahan kepada ahli. Perasmian pada 2 Jun terbuka untuk semua yang kita fokus pada hala tuju parti, cabaran-cabaran dihadapi Pas dan dasar parti terhadap isu dalam dan luar negara.
Apakah isu atau usul dijangka dibawa oleh perwakilan kali ini?
Saya rasa kali ini lebih kepada memperkukuhkan parti sebab muktamar lalu kita ada sedikit goyang dengan ada ahli keluar dan tubuh parti baru. Jadi kita perlu perkasakan semula akidah perjuangan parti. Kedua, kalau ada pun soal cabaran luar berhubung dengan muafakat kita dalam Pakatan Rakyat, kita masih lagi dengan PKR hasil keputusan muktamar lalu.
Sudah hampir setahun ramai ahli keluar Pas dan menubuhkan Amanah. Bagaimana Datuk melihat situasi dalam parti setelah ketiadaan mereka?
Setiap benda yang berlaku ada hikmahnya. Apabila kawan-kawan yang tewas keluar maka yang tinggal dalam ini adalah yang terus istiqamah dengan parti. Jadi tidak banyak masalahlah. Ada perbezaan pandangan tetapi lebih menjurus kepada soal adab, akhlak jemaah yang dapat dipelihara. Pas pun suka kalau ada perbezaan pendapat setiap kali buat keputusan. Bagi kita perbezaan pandangan itu bukan menyebabkan perpecahan. Apabila kumpulan ini keluar, tidak bermakna komunikasi mesyuarat menjadi sehala. Tidak. Malah perbincangan semakin rancak dengan banyak pandangan berbeza, tetapi apabila kita buat keputusan kita dukung bersama.

Adegan politik PRK

Oleh ZULKIFLEE BAKAR
PILIHAN RAYA Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada 18 Jun ini bertujuan mencari pengganti wakil rakyat bagi membolehkan segala perancangan pembangunan dan kesejahteraan rakyat dapat diteruskan.
PRK ini juga bagi memastikan rakyat di kedua-dua kawasan tersebut mendapat seorang Ahli Parlimen baharu yang akan membawa suara mereka ke peringkat Pusat. Oleh itu mana-mana parti atau ahli politik tidak harus menjadikannya medan untuk tujuan lain, melainkan demi kepentingan rakyat di kawasan berkenaan. Bagaimanapun dalam tempoh beberapa hari ini kita menyaksikan ada sesetengah parti dan ahli politik yang seolah-olah tidak mempertimbangkan faktor itu. Sebaliknya apa yang kita lihat mereka mahu menggunakan PRK berkenaan tempat melunaskan agenda peribadi atau parti masing-masing.
Sempena pengumuman calon oleh parti-parti politik yang akan bertanding pada kedua-dua PRK itu hari ini, berikut penulis paparkan antara beberapa adegan politik yang berlaku sebaik sahaja kerusi Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar diisytiharkan kosong berikutan kematian Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dan Allahyarham Datuk Noriah Kasnon;
l Melobi menjadi calon - terdapat ahli politik yang begitu ghairah mahu menjadi calon khususnya untuk Barisan Nasional (BN). Walaupun ada antara mereka sudah bertaraf ‘kitar semula’ dan pernah berpenggal-penggal menjadi YB, namun tetap ada hati mahu menjadi calon sekali lagi.
Pelbagai usaha mereka lakukan termasuk secara tiba-tiba rajin pula turun padang bertemu rakyat dan berkunjung ke masjid-masjid untuk beramah mesra dengan jemaah. Satu lagi pendekatan lobi dilakukan adalah mengharapkan simpati sedangkan sudah terbukti dalam beberapa PRK sebelum ini tidak akan membuahkan hasil.
Tidak cukup dengan itu, dalam usaha menjadi calon juga, ada individu yang sanggup bertelagah sesama sendiri dan memburuk-burukkan kawan, walaupun suatu ketika mereka pernah ‘sekapal’ bagi memenangkan parti.
Penulis diberitahu bagaimana ada individu yang terlalu berhajat mahu menjadi calon bercadang melakukan tindakan mensabotaj parti jika dia tidak terpilih. Ini termasuklah mahu menghasut pengundi-pengundi supaya tidak menyokong BN.
l Medan uji siapa kuat - Ketika ini berlaku perbalahan politik antara pakatan pembangkang dengan Pas. Pertembungan paling ketara ialah apabila Pas enggan berunding dengan pakatan tersebut manakala PAN pula berhasrat meletakkan calon.
Dalam masa yang sama di Sungai Besar, penulis dibe­ritahu oleh satu sumber dalaman bahawa PKR benar-benar berhasrat untuk bertanding di kawasan tersebut. Di­sebabkan hasrat itulah wujudnya tekanan terhadap tiga exco Pas dalam kerajaan negeri Selangor supaya mereka memastikan Pas tidak bertanding.
Bagaimanapun tekanan itu yang turut dilakukan oleh DAP selaku sekutu terkuat PKR ternyata tidak menggugat ketegasan Pas untuk bertanding di kedua-dua kawasan berkenaan.
Melihat keadaan itu, rakan baik PKR dan DAP, PAN yang diuar-uarkan akan meletakkan Presidennya Mohamad Sabu bertanding di Sungai Besar ‘tumpang semang­kuk’ untuk menyerang Pas. Mereka menyatakan tidak gentar dengan jentera Pas.
Kenyataan itu agak melucukan kerana semua wakil rakyat PAN berasal daripada Pas dan mereka menang dalam pilihan raya lalu atas tiket Pas serta melalui kekuatan jentera Pas. Kalau benar PAN begitu yakin bahawa mereka ada kekuatan sendiri sepatutnya semua wakil rakyat mereka meletakkan jawatan dan menyerahkan kembali mandat kepada rakyat.

Akta 355: Orang lain ,jangan menyibuk

Oleh ZUL BAKAR
APABILA kerajaan membenarkan Presiden Pas yang juga Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membentangkan usul persendirian Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016, di Dewan Rakyat, kelmarin banyak pihak tidak senang.
Pelbagai tafsiran dibuat berikutan pembentangan itu termasuklah mengaitkannya dengan isu hubungan politik antara UMNO dan Pas. Soalnya, salahkah langkah Abdul Hadi itu sedangkan seperti mana kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ia bukannya bertujuan membentuk undang-undang baharu sebaliknya hanya untuk memperkasakan bidang kuasa Mahkamah Syariah?
Oleh itu, adalah wajar jika mana-mana pihak menghentikan kebimbangan tidak bertempat mereka, apatah lagi bersikap jahil apabila mahu mengaitkannya dengan unsur-unsur politik. Mereka seharusnya tidak mencampuri urusan tersebut kerana ia semata-mata berkaitan dengan bidang kuasa Mahkamah Syariah dan umat Islam.
Ketakutan tidak tentu pasal terhadap pembentangan rang undang-undang itu hanyalah menampakkan ke­dangkalan pihak tertentu untuk memahami maksud sebenar pindaan tersebut dilakukan. Adalah sesuatu yang malang jika segala-galanya mahu dilihat dari segi politik atau dipolitikkan kerana ia boleh menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini.
Pembentangan yang dilakukan oleh Abdul Hadi bukanlah bertujuan politik dan sama sekali tiada kaitan dengan politik. Pindaan itu dicadangkan semata-mata bagi memperkukuhkan institusi Mahkamah Syariah.
Andaian kononnya ia akan mewujudkan dua bentuk undang-undang yang berbeza juga adalah satu pandangan yang jauh menyimpang daripada maksud sebenar pindaan tersebut dilakukan. Justeru umat Islam tidak harus terganggu atau merasakan terganggu dengan hujah-hujah pihak tertentu yang terus mahu berpolitik waima melibatkan Mahkamah Syariah sekalipun.
Dalam berhadapan isu seumpama ini, seluruh umat Islam seharusnya bersatu tanpa mengira apapun fahaman politik mereka. Tindakan yang mahu bersekongkol dengan mana-mana pihak yang cuba menentang pindaan itu hanya akan menampakkan kelemahan umat Islam itu sendiri.
Perlu diingat kalau pun pindaan itu diluluskan ia hanya berkaitan umat Islam, oleh itu pihak-pihak yang tiada dengan umat Islam dan agama Islam tidak perlu me­nyibuk atau melatah tidak tentu pasal. Sebab itulah penulis berpendapat tindakan beberapa ahli Parlimen daripada pembangkang yang mempertikaikan mengapa usul yang dibawa oleh Abdul Hadi didahulukan sedangkan ia berada di kedudukan ke-15 atau terakhir dalam Aturan Mesyuarat Dewan Rakyat hanyalah bermotif politik semata-mata atau mereka sudah kehabisan modal politik.

TMJ: Sistem pendidikan lemah, mudah kawal orang bodoh

Disebabkan itu Tunku Ismail amat mementingkan sistem pendidikan di Johor supaya rakyatnya tidak mudah tertipu dengan fakta yang diputar belit.
Tunku-Ismail-Sultan-IbrahimPETALING JAYA: Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata seorang individu pernah memberitahu kepadanya taraf pelajaran di negara ini tidak boleh dipertingkatkan bagi memudahkan proses meraih undi dan mengawal pemikiran orang bodoh.
“Saya pernah mempersoalkan kepada seseorang individu (tidak menyebut nama individu tersebut) kenapa kita tidak boleh meningkatkan lagi taraf pelajaran, beliau menyatakan kepada saya kerana ada dua fakta.
“Fakta pertama untuk mendapatkan undi dan kedua adalah lebih mudah untuk mengawal pemikiran orang yang bodoh dan tanpa berpelajaran,” katanya dalam satu wawancara yang dimuat naik di Facebook Johor Southern Tigers.
Sehubungan itu, katanya pendidikan amat ditekankan kepada rakyat Johor supaya mereka tidak mudah dipermainkan oleh sistem yang memutarbelitkan perkara sebenar.
“Itulah sebabnya saya lebih memberi keutamaan kepada rakyat Johor dalam hal pelajaran kerana saya tidak mahu rakyat saya mudah dipermainkan oleh sistem yang memutarbelitkan perkara sebenar serta mengalih perhatian isu besar daripada rakyat,” katanya.

KENAPA bila dah nk dekat pilihanraya baru skrg kata nak tubuh hospital.

JANGAN TERTIPU.. "Hospital tersebut dijadikan sebagai hospital swasta w'pun belum mendapat lagi peruntukan dalam Rancangan Malaysia Ke-11." kata Pengerusi MARA, Tan Sri Annuar Musa. (29/5/2016)

PERSOALAN.. KENAPA hospital swasta tersebut perlu nak peruntukan kerajaan/ wang rakyat ??!!..

Jika hospital swasta ini didirikan, adakah rakyat golongan pertengahan & miskin mampu utk mendapat rawatan di sana kelak ??

BELUM ADA PERUNTUKAN tetapi dah jaja sana sini utk gula2kan rakyat..

ANDA KENAL BUKAN JANJI2 MULUT si Annuar Musa ini...

Apa sebenarnya dah terjadi ??

Tabung Haji catat untung tertinggi dlm sejarah TETAPI pemberian DIVIDEN SUSUT !!!

KWSP pula pendapatan kasar meningkat TETAPI pemberian DIVIDEN juga SUSUT !!!.

"TOYOL" SEDANG MEMERHATIKAN...!!!


TU DIA !!!.. Jumlah pencarum terus bertambah, bermakna jumlah caruman diterima JUGA BERTAMBAH..

HATI-HATI.. masa nilah 'toyol-toyol' akan cari idea & alasan utk songlap-pinjam dana2 rakyat demi nak selamatkan kebobrokan 'sesuatu' yg telah dilakukan mereka...

BENARKAH gaji anda pada tahun lepas DAH NAIK 5.3 PERATUS ??!!

Kalau benar, cepat2lah isi borang ahli Umno yer.. kerana "BN BERI NIKMAT"

PRK: Jika tiga penjuru kelebihannya kepada BN

Penganalisis politik meramalkan pilihan raya kecil (PRK) akan memberi kelebihan kepada BN sekiranya berlakunya pertandingan tiga penjuru.
Dekan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed berkata, perkara ini terjadi kerana parti pembangkang iaitu Pas dan Pakatan Harapan (PKR, Amanah, DAP), sekiranya bertanding akan berusaha meraih undi yang sama daripada penyokong pembangkang.
"Pertarungan dalam PRK  ini bergantung kepada sama ada satu lawan satu atau tiga penjuru...Jika satu lawan satu pasti akan sengit namun jika tiga penjuru maka kelebihan akan memihak kepada BN.
"Ini kerana jika tiga penjuru Pas dan Pakatan Harapan akan berusaha untuk meraih simpati pengundi yang sama menyokong pakatan harapan sebelum ini.. Jadi ini akan menyebabkan situasi menjadi sukar untuk mereka kerana masing-masing ingin membuktikan mereka masih relevan kepada pengundi di kedua-dua kawasan tersebut.
"Dan undi pembangkang akan berpecah kepada parti-parti iaitu Pas dan (Amanah,PKR) manakala undi untuk BN akan tetap kekal seperti sebelum ini. Jadi kelebihan akan memihak BN," katanya kepada Sinar Online.
Sementara itu, penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian juga mengakui perkara sama, pertandingan tiga penjuru akan memudahkan BN.
 "Di sungai Besar dan Kuala Kangsar BN, perlu memastikan jentera parti mampu tangani sentimen calon yang tidak dipilih, cuba menangani isu lokal...isu nasional dirasionalkan, dan memastikan jentera BN bersepadu, sekiranya ini diambil kira pertandingan tiga penjuru itu akan memberi kelebihan kepada BN...BN hanya perlu pastikan perkara ini sahaja.
"Berbalik kepada pertandingan tiga penjuru itu, pemilih akan melihat pembangkang tidak berupaya untuk bekerjasama...perselisihan yang masih berterusan, perkara-perkara ini boleh memberi impak kepada pembangkang," katanya.

Singkir Exco Pas: Kata dua mungkin tidak tepat

Tuan Ibrahim Tuan Man
KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan pandangan agar Exco Pas disingkirkan dari Kerajaan Negeri Selangor jika masih berdegil untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di Sungai Besar memang wujud.
Namun beliau menolak istilah yang digunakan kepada Pas sebagai ‘kata dua’.
“Istilah kata dua itu mungkin tidak begitu tepat. Cuma yang berlaku ialah, ada pandangan begitu,” katanya kepada Sinar Online dalam temu bual eksklusif, baru-baru ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya situasi sebenar tentang dakwaan bahawa Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali telah memberi amaran untuk menyingkirkan Exco Pas daripada pentadbiran negeri sekiranya Pas tidak membatalkan hasrat untuk bertanding.
Namun Azmin telah menafikan perkara itu pernah berlaku.
Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata, urusan PRK hanya melibatkan Parlimen dan tidak ada kena mengena dengan negeri.
“Bagi dia, kalau kita, duduk dalam satu kerajaan yang payahnya, dia nak duduk (pihak) di mana? Pas akan turun kempen calon Pas, PKR akan turun...oleh sebab dia sebahagian Pakatan Harapan, dia dilihat oleh rakyat nampak macam bertembung. Jadi, kalau satu kerajaan tapi bertembung macam mana nak jalan (kerajaan)? Sebab itu bagi Pas, ini urusan parti.
“Kedua, PRK ini pilihan raya Parlimen, tak melibatkan negeri pun. Kerusi negeri masih kekal seperti itu. Kemudian, kadang-kadang kita boleh berbeza pandangan dalam konteks parti tapi kita boleh bersama dalam konteks kerajaan. Banyak berlaku pun di luar negara. Sebelum Gerakan masuk BN pun sama,” katanya.

Calon BN Kuala Kangsar tidak sertai kempen jejas kemenangan

Ini kerana kawasan yang ditandingi itu merupakan kawasan 'panas'.
Ahmad-Atory-Hussain--Datin-Mastura-Mohd-Yazid-
PETALING JAYA : Ketidakhadiran calon BN bagi PRK Parlimen Kuala Kangsar Datin Mastura Mohd Yazid semasa tempoh berkempen boleh menjejaskan kemenangan BN.
Penganalisis Politik Prof Dr Mohd Atory Hussain berkata ini kerana kawasan yang ditandingi itu merupakan kawasan “panas”.
“Kawasan ini kawasan panas. Kalau dia boleh keluar berkempen itu bonus,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.
Atory berkata BN mencari calon lain untuk bertanding di kawasan tersebut.
“(Tapi) UMNO nampak macam tak ada calon yang lebih sesuai selain isteri dia (bekas Ahli Parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar),” katanya.
Beliau berkata pencalonan Mastura bertujuan untuk mendapatkan undi simpati daripada pengundi di kawasan tersebut.
“Tapi adakah pengundi simpati? Kita tak tahu. Daripada segi kelayakan saya rasa tak ada masalah. Kalau dia dah popular dari dulu, tak ada masalah..tapi kalau dia tak dikenali susah juga,” katanya.
Semalam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Mastura yang juga balu Wan Mohammad dipilih sebagai calon BN bagi PRK Kuala Kangsar.
Mastura, 55, menerusi tayangan video berkata beliau tidak dapat menyertai kempen yang dijadual bermula 5 Jun depan kerana masih berada dalam tempoh edah selama empat bulan 10 hari sebagaimana ditetapkan dalam hukum Islam apabila seseorang wanita kematian suami.
Kerusi Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar kosong susulan kematian penyandangnya dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak awal bulan ini.

Mastura tak perlu hadir penamaan calon

Peraturan SPR tidak mengkehendaki calon berbuat demikian, sebaliknya pencadang dan penyokong yang perlu menghadiri proses penamaan calon.
anuar-musa-datin-mastura
KUALA KANGSAR: Datin Mastura Mohd Yazid yang dinamakan sebagai calon BN bagi PRK Kuala Kangsar tidak perlu menghadiri penamaan calon pada 5 Jun ini kerana masih dalam tempoh edah selepas kematian suaminya.
Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak menghendaki calon berbuat demikian, sebaliknya pencadang dan penyokong yang perlu menghadiri proses penamaan calon.
“Orang yang mencadang dan menyokong perlu hadir, calon tidak perlu hadir. Oleh itu, Datin Mastura tidak perlu hadir,” katanya selepas melakukan lawatan ke Hospital Kuala Kangsar semalam.
Beliau mengulas kenyataan Mastura, 55, menerusi satu tayangan video bahawa beliau tidak dapat menyertai kempen bermula 5 Jun ini kerana masih dalam tempoh edah selama empat bulan 10 hari sebagaimana ditetapkan Islam apabila kematian suami.
Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Mastura yang juga balu Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad sebagai calon BN bagi PRK Kuala Kangsar.

BELUM TERLAMBAT UNTUK MASTURA TARIK DIRI BAGI ELAKKAN BN KALAH DAN NAJIB TERUS DILEMAHKAN.....

Berbanding pemilihan Budiman Mohd Zohdi sebagai calon BN di Sungai Besar yang tidak menimbulkan banyak isu, kecuali kedudukannya yang sudah menjadi Adun sedikit dipertikaikan, tetapi keputusan mencalonkan Mastura Mohd Yazid untuk bertanding di Kuala Kangsar dilihat sebagai pemilihan terburuk sepanjang sejarah UMNO sejak ia ditubuhkan.

Bukan saja kedudukannya sebagai balu Wan Khairil Wan Ahmad yang baru meninggal dunia dalam nahas helikopter di Sarawak menjadi pertikaian kerana seolah-olah kerusi Ahli Parlimen merupakan harta warisan keluarga yang boleh difaraidkan, malah pemilihannya juga menggambarkan tiada yang layak di kalangan pimpinan UMNO bahagian Kuala Kangsar yang selama ini merekalah bersengkang mata dan banyak berkorban membawa obor perjuangan.

Lebih memburukkan lagi ialah kerana Mastura juga didapati ahli dan Ajk UMNO cawangan Chembong, dalam bahagian Rembau, Negeri Sembilan.

Sudahlah pimpinan UMNO bahagian diketepikan, anak tempatan Kuala Kangsar dan anak kelahiran Perak juga nampaknya turut tidak dijadikan pertimbangan.

Semua ini memungkinkan berlakunya rasa tidak puas hati, sabotaj, memulaukan kempen, tidak turun mengundi dan sebagainya daripada kelompok UMNO sendiri.

Ditambah lagi kedudukan Mastura yang masih dalam edah dan tidak boleh keluar rumah untuk berkempen serta bertemu pengundi, pemilihan beliau sebagai calon benar-benar kelihatan cacat serta menjejaskan peluang untuk meraih kemenangan.

Sedikit sabotaj atau tidak turun mengundi daripada kelompok yang rapat dengan UMNO Bahagian Kuala Kangsar saja sudah memadai untuk memungkinkan BN kecundang kepada pihak lawan pada 18 Jun nanti, lebih-lebih lagi kemenangan pada 2013 lalu hanyalah 1,082 undi sahaja.

Kekalahan BN di Kuala Kangsar tidak dapat dielakkan akan memberi kesan buruk kepada imej Najib yang sudah sedia dibelit dengan pelbagai isu kebelakangan ini.

Najib sendiri diketahui amat mengharapkan kemenangan di Kuala Kangsar dan Sungai Besar, tidak saja untuk menjadi sedikit penawar bagi memulihkan imejnya, tetapi juga sebagai persediaan memacu persaingan dalam PRU 14 akan datang.

Malangnya, semua harapan Najib itu akan musnah jika BN kalah sama ada di Kuala Kangsar atau Sungai Besar atau di kedua-duanya.

Lebih mengaibkan jika kekalahan itu hanyalah disebabkan pemilihan calon yang tidak cermat dan tidak tepat sehingga timbul terlalu banyak isu yang akhirnya pengundi membuat keputusan tidak memberikan undi mereka.