Jumaat, 27 Mei 2016

AMANAH umum calon PRK Sungai Besar, Kuala Kangsar Rabu

Antara nama yang diletakkan sebagai calon termasuk Presiden AMANAH, Mohamad Sabu dan dan bekas Menteri Besar Perak, Mohammad Nizar

SHAH ALAM: Parti Amanah Negara (Amanah) akan mengumumkan calon parti itu bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar, Rabu ini.
“Kita letak banyak nama sebagai calon antaranya Mat Sabu (Presiden Amanah Mohamad Sabu) dan Nizar (Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin),” kata Pengarah Komunikasinya, Khalid Abdul Samad pada sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata calon juga tidak dikhususkan daripada kalangan anak tempatan.
Kedua-dua PRK itu diadakan serentak pada 18 Jun ini dengan penamaan calon ditetapkan pada 5 Jun.
Ia susulan kematian Anggota Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dan Anggota Parlimen Sungai Besar, Datuk Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, pada 5 Mei lepas.

ADUN Meru calon PAS di Sungai Besar

PAS mengumumkan Abdul Rani Osman ADUN Meru sebagai calon parti itu pada pilihan raya kecil (PRK) parlimen Sungai Besar pada 18 Jun depan.
Pengumuman itu dibuat oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di hadapan kira-kira 500 penyokong parti itu di Markaz PAS Simpang 5, Sungai Besar, sebentar tadi.
Turut hadir naib presiden PAS Datuk Iskandar Abdul Samad yang juga pesuruhjaya PAS Selangor, anggota parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz yang juga ketua pemuda PAS, Presiden IKATAN Tan Sri Shiekh Kadir Fadzir dan ADUN Sabak Bernam Sallehen Mukhyi.

Nasib Muhyiddin masih di awang-awangan

Nasib timbalan presiden Umno yang digantung tugas Tan Sri Muhyiddin Yassin dikatakan masih belum dibincangkan oleh Majlis Tertinggi (MT) Umno.

Perkara itu disahkan oleh pelbagai pemimpin MT Umno ketika ditanya pemberita ketika meninggalkan mesyuarat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara hari ini.
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron berkata parti itu mempunyai perkara lebih penting untuk dibincangkan berbanding isu Muhyiddin.
Anggota MT Datuk Seri Nazri Aziz sebelum ini berkata akan mencadangkan penyingkiran Muhyiddin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak juga mengesahkan nasib Muhyiddin tidak dibincangkan dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat itu.

Muhyiddin digantung pada 26 Februari lalu.
Beliau sebelum itu dilucutkan jawatan sebagai timbalan perdana menteri kerana lantang mengkritik Najib dalam isu 1MDN dan kemasukan wang berbilion ringgit ke dalam akaun peribadinya.

Beliau kini berganding bahu dalam Dekralarasi Rakyat bagi mendesak pengunduran Najib sebagai perdana menteri.
Mahathir sebelum ini berkata lebih 1.2 juta orang telah menandatangani deklarasi itu, walaupun terdapat pertikaian berhubung keaslian penandatangan.

Khalid nak saman Berita Harian putar belit perbahasan parlimen


Khalid menunjukkan muka hadapan akhbar Berita Harian pada sidang media di Shah Alam. Foto Malaysiakini.comKhalid menunjukkan muka hadapan akhbar Berita Harian pada sidang media di Shah Alam. Foto Malaysiakini.com
Muak dengan sikap akhbar arus perdana yang memutarbelitkan pendirian Parti Amanah Negara (Amanah)  berhubung usul rang undang-undang persendirian berkaitan Akta 355 yang dibentangkan Presiden Pas di Dewan Rakyat petang semalam, tindakan undang-undang bakal diambil terhadap akhbar Berita Harian.
Ahli Parlimen Shah Alam yang juga Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad mengakui sudah menghubungi peguam dan mengarahkan dikeluarkan surat tuntutan ke atas penerbit akhbar berkenaan.
"Amanah akan gunakan surat tuntutan itu untuk minta mereka memohon maaf kepada saya dan Amanah di muka hadapan, sama seperti yang mereka buat hari ini. Atau (jika gagal) mereka akan disaman," katanya pada sidang media di Shah Alam hari ini.
Tambah beliau, surat tuntutan itu akan dihantar selewat-lewatnya Selasa depan.
Berita Harian dalam laporannya hari ini menyiarkan tajuk utama "Kerajaan beri PAS laluan; DAP, Amanah bantah" merujuk kepada usul persendirian yang dibawa Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang semalam.
Usul yang berada di penghujung senarai itu didahulukan atas cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said dan disokong Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Rashid Shirlin yang juga ahli parlimen Papar.
Khalid berkata, beliau tidak membantah usul tersebut sebaliknya mempersoalkan bagaimana rang undang-undang persendirian itu boleh mengetepikan usul lain dibawa kerajaan.
"Saya tak bantah malah sokong tafsiran yang dibuat oleh Speaker Tan Sri Pandikar (Amin Mulia) yang membenarkan usul itu dibaca atau dibentang.

Dr M: Saya lebih bimbang Najib musnahkan negara

Tun Dr Mahathir Mohamad sering dituduh musuh politiknya sebagai sengaja menentang Datuk Seri Najib Razak bagi membuka laluan kepada masa depan politik anaknya, Datuk Seri Mukhriz.

Mahathir bagaimanapun hari ini sekali lagi menafikan perkara itu dan menegaskan segala langkah diambilnya demi kebaikan negara.
“Saya tak bimbang masa depan politik Mukhriz. Saya lebih bimbang untuk menahan Najib daripada memusnahkan negara ini,” katanya dalam tulisan di blog.

Mahathir mendakwa “konco-konco” perdana menteri sering mengulangi dakwaan itu bagi mengalihkan perhatian terhadap dakwaan salah laku ketua mereka.
Beliau juga mendakwa kegagalan mendapatkan sokongan Mukhriz menyebabkan langkah diambil untuk menurunkanya sebagai menteri besar Kedah.

KANTOI !!!..SIAPA YANG MENIPU..??

Siapa sebenarnya yg menipu tentang pemilikan sebenar Good Star Ltd itu, PetroSaudi International ATAU Jho Low ??

Terang2 tertera pendedahan dari WSJ mengenai isi kandungan surat Bank Negara M'sia (BNM) 'sahkan' Good Star Ltd milik Jho Low..

SEBAB ITULAH KERAjaan mengklasifikasikan segala kandungan yg berkaitan 1MDB sebagai sulit di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 AGAR RAKYAT TAK BOLEH TAHU KEADAAN & FAKTA SEBENAR KEBOBROKAN 1MDB.

KEMENANGAN DI SUNGAI BESAR, KUALA KANGSAR AKAN DORONG NAJIB ADAKAN PILIHANRAYA SECARA MENGEJUT

Apakah pentingnya keputusan pilihanraya kecil Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar kepada masa depan Najib Razak?

Di sebalik hakikat bahawa kedudukan kerajaan Pusat tidak tergugat dengan kekalahan BN di kedua-dua kerusi tersebut, namun pentingnya keputusan di dua pilihanraya itu kerana ia adalah gambaran mesej penolakan atau penerimaan terhadap kepimpinan Najib yang semakin terbelit dengan banyak isu kebelakangan ini.

Meskipun pertandingan tiga penjuru semakin sukar dielakkan kerana Pas sudah menutup pintu rundingan dengan PKR dan dalam masa yang sama Hadi Awang sudah pun diberikan "hadiah" berupa kebenaran membentangkan usul persendirian berkaitan hudud di Parlimen, tetapi sebagaimana yang kerap disebut oleh Tun Mahathir Mohamad bahawa siapa juga calon yang menentang BN, mereka bukan lagi mewakili pembangkang, sebaliknya adalah mewakili rakyat.

Ini bermakna, dalam pertandingan tiga penjuru nanti, calon Pakatan Harapan adalah mewakili rakyat, manakala calon BN adalah mewakili masa depan Najib.

Calon Pas pula, walaupun berkedudukan sebagai pembangkang, tetapi akan dikenali sebagai pro Najib dan memusuhi Pakatan Harapan.

Dengan usul hudud yang diberi kebenaran, kempen Pas di dua pilihanraya ini adalah lemah lembut terhadap Najib dan UMNO, sebaliknya akan bertukar keras dan agresif terhadap Pakatan Harapan.

Oleh itu, sebarang keputusan, sama ada BN menang atau kalah, yang lebih terkesan dengannya ialah Najib.

Jika kalah di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, ia adalah mesej yang semakin jelas tentang penolakan daripada rakyat terhadap Najib. Untuk memulihkan kembali sokongan rakyat menghadapi PRU 14, cara yang paling mudah tentu saja Najib mesti diundurkan dengan seberapa segera.

Jika tidak, dengan Najib, UMNO dan semua pemimpinya sekali akan terkubur dalam pilihanraya umum nanti.

Tidak mustahil, kekalahan BN juga secara perlahan-lahan akan merangsang kumpulan Zahid Hamidi menerima hakikat bahawa Najib adalah beban yang tidak boleh diselamatkan lagi sebagaimana yang selalu disebut oleh Tun Mahathir, bahkan mungkin mula bertindak secara diam-diam untuk memberi lebih tekanan kepada pengunduran Perdana Menteri.

Kiranya calon BN menang di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, ia adalah kemenangan mutlak bagi Najib. Bukan saja Najib akan berbangga dengan kemenangan itu kerana menganggap sebagai penerimaan rakyat terhadapnya dan gambaran pengundi tidak terkesan dengan isu 1MDB, kekayaan keluarga, pembaziran, kemewahan dan wang RM2,600 juta dalam akaun peribadi, malah semua pemimpin UMNO yang sudah terhutang budi "cash is king"  akan lebih mendewa-dewakan lagi Najib.

PRK bukan kayu ukur sokongan terhadap kepimpinan negara - Zambry Kadir

Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dilantik menjadi Pengarah Pilihan Raya di Kuala Kangsar, manakala Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar di Sungai Besar.
najib election
KUALA LUMPUR : Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak menyifatkan Pilihan Raya Kecil (PRK) tidak boleh sama sekali dilihat sebagai kayu ukur tahap sokongan kepada kepimpinan negara.
Ini kerana banyak isu hanya terdapat di kawasan PRK tersebut dan tiada di tempat lain, katanya lagi.
“Saya fikir PRK tidak boleh menjadi referendum terhadap kepimpinan negara, walaupun ramai yang menganggap demikian. PRK adalah PRK, ia juga banyak dipandu oleh sentimen tempatan,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno hari ini.
Sementara itu beliau mahu BN mencontohi gerak kerja BN Sarawak dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu.
Beliau menggesa kempen yang lebih sederhana dan tenang, lebih-lebih lagi kerana ia akan berlangsung dalam bulan Ramadan.
“Kita berharap kemenangan (di Sarawak) akan dapat memberikan momentum dan nafas baru kepada UMNO dan BN di negeri-negeri lain, untuk menumpukan usaha bagi menjamin kemenangan BN di Kuala Kangsar dan Sungai Besar, dan seterusnya PRU 14 nanti.”
“Kita juga mengambil kira faktor yang menyumbang kepada kemenangan di Sarawak. Semoga ia menjadi pengajaran dan panduan di negeri lain,” katanya lagi.

Akta 355: Pas hanya 'dikencing' Umno, kata Asmuni


Asmuni AwiAsmuni AwiPas akan terus menjadi mangsa penipuan Umno di sebalik apa yang dianggap kejayaan Ahli Parlimen Marang membentangkan Rang Undang-undang Persendirian mengenai Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016, kata Pengerusi Amanah Perak, Asmuni Awi.
"Semuanya sekadar lakonan menjelang PRK (pilihan raya kecil) ini. Pas hanya 'dikencing' Umno. Selepas 20 tahun terhalang, baru (Rang Undang-undang Mahkamah Syariah) boleh dibentang di Parlimen. Tapi mengapa Marang (Hadi Awang) minta tangguh pula, tidak teruskan perbahasan?
"Selepas ini, bila pula perbincangan usul? Paling penting, perbincangan akan berlaku atau tidak? Seolah-olah Umno hanya benarkan Pas bentang tapi bahas tidak boleh," ujarnya ketika ditemui selepas taklimat jentera Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar di Pejabat Amanah parlimen itu malam tadi.
Mengulas lanjut, beliau tidak menolak wujudnya kerjasama di antara Pas dan Umno di sebalik penangguhan  perbahasan RUU itu semalam yang mulanya terletak di aturan mesyuarat ke-15.
"Kalau tidak kenapa Marang minta tangguh? Mungkin itulah syarat Umno kepada Pas. Tak mustahil mereka sudah berpakat," jelasnya.
Sehubungan itu, Asmuni berpendapat pembentangan RUU berkenaan bakal menjadi modal kempen paling lumayan bagi Pas memancing sokongan pengundi Melayu.
Sebaliknya, jelas beliau, di pihak parti komponen BN pada masa sama menyatakan bantahan secara terbuka termasuk ugutan untuk keluar dari BN.

Abdul Hadi selar DAP tak beradab, puji MCA, MIC, Gerakan


Abdul Hadi AwangAbdul Hadi Awang
Tatkala Presiden Pas dilapor mengecam DAP kerana membantah pembentangan Rang Undang-undang Persendirian mengenai Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 oleh beliau di Dewan Rakyat petang semalam, tanpa disedari parti komponen BN khususnya MCA yang dipuji beliau kerana 'lebih beradab' rupa-rupanya turut mengecam tindakan Ahli Parlimen Marang itu.
Presiden MCA Liow Tiong Lai dilaporkan menyerang Umno dan Pas secara terbuka dalam isu pembentangan rang undang-undang berkaitan hudud di parlimen, lapor Malaysiakini.
Dalam wawancaranya dengan akhbar Cina, Liow menuduh Umno bersekongkol dengan Pas dan mengkhianati semangat BN.
"MCA akan bincangkan perkara ini dengan anggota komponen lain BN," beliau dipetik sebagai berkata oleh Sin Chew Daily.
Nanyang Siang Pau pula melaporkan Liow sebagai berkata anggota komponen BN tidak tahu menahu berkaitan perkembangan itu dan menyalahkan Umno kerana mewujudkan krisis perlembagaan.
Beliau akan membangkitkan isu itu dalam mesyuarat kabinet hari ini dan mengadakan sidang media bersama anggota lain BN bagi menyatakan pendirian mereka, lapor Oriental Daily pula.
Kerajaan semalam memberikan keutamaan untuk pindaan Akta 355 dibincangkan di Dewan Rakyat. Bagaimanapun Hadi memohon ia ditangguhkan ke sesi akan datang kerana kesuntukan masa.
Pindaan itu bertujuan menambahkan bidang kuasa mahkamah syariah.
Usul mempercepatkan perbahasan itu dibawa oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said dan disokong oleh Timbalan Menteri Kerja Raya Rosnah Abdul Rashid Shirlin.
Laporan akhbar Cina yang memuatkan serangan Presiden MCA terhadap Umno dan Pas dalam isu pembentangan RUU Persendirian Ahli Parlimen Marang. Foto Malaysiakini.comLaporan akhbar Cina yang memuatkan serangan Presiden MCA terhadap Umno dan Pas dalam isu pembentangan RUU Persendirian Ahli Parlimen Marang. Foto Malaysiakini.com
Dalam perkembangan berkaitan Abdul Hadi dilapor Utusan Online membidas DAP yang membantah usaha beliau membentangkan pindaan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah dalam Sidang Dewan Rakyat semalam.
Abdul Hadi yang kesal dengan tindakan DAP itu turut menyifatkan parti tersebut sebagai anti-Islam dan tidak mempunyai adab terutamanya dalam urusan berkaitan orang Islam.
Malah jelas beliau, tindakan serta pendekatan ditunjukkan DAP itu berbeza dengan parti bukan Islam lain antaranya MCA, MIC dan Gerakan yang masih mempunyai adab bagi menghormati Islam dan penganutnya.

PAS tidak mahu lagi bekerjasama dengan PH – Hadi

Pakatan Harapan boleh lupakan PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar, kata presiden parti Islam itu.
Hadi-Awang_pakatan_pas_6005
MARANG: PAS bertegas tidak akan berunding dengan Pakatan Harapan bagi memberi laluan kepada mereka meletakkan calon pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada 18 Jun ini.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS tidak mahu lagi bekerjasama dengan pembangkang yang menyertai pakatan itu memandangkan selama ini PAS banyak berkorban untuk menyelamatkan reputasi pakatan pembangkang.
“Kalau nak suruh PAS bekerja bagi pihak dia, PAS memang tidak boleh terima lagi sebab banyak kawasan yang kita lepaskan kepada mereka sebelum ini yang tidak diambil peduli, hanya orang PAS yang buat kerja untuk mereka.
“Mereka (pembangkang) hanya datang waktu pilihan raya, sudah berapa banyak pilihan raya orang PAS yang kerja kuat sebab mereka bekerja sepanjang masa,” katanya kepada pemberita di pejabat Kesatuan Ulama Islam Sedunia di sini hari ini.
Katanya, beliau yakin PAS boleh memenangi kedua-dua kerusi berkenaan tanpa sokongan pakatan itu memandangkan PAS sudah bertapak lama di dua-dua kawasan berkenaan dan rekod pilihan raya sebelum ini PAS berjaya meningkatkan majoriti undi walaupun gagal merebut dua kerusi Parlimen itu.
“Kita tidak beri apa-apa harapan kepada Pakatan Harapan sebab kita yakin dengan kekuatan kita sendiri..ini parti yang baru nak bertunas, sedangkan kita dah bertunjang di situ,” katanya.
Mengulas mengenai calon yang bakal diketengahkan pada PRK tersebut, Abdul Hadi kata PAS akan mencalonkan empat nama yang telah dipersetujui Majlis Syura.

Jamil Khir: Usul Hadi bukan mahu wujudkan undang-undang baharu, tidak ada kena mengena dengan Enakmen Jenayah Syariah II Negeri Kelantan.

Pindaan sebaliknya akan meningkatkan jumlah hukuman di Mahkamah Syariah

PUTRAJAYA: Usul untuk meminda Akta 355 Bidang Kuasa Mahkamah Syariah sedia ada yang dibawa oleh Anggota Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam, bukan bertujuan untuk mewujudkan undang-undang baharu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata pindaan terhadap Akta 355 itu bermatlamat untuk memperkasakan bidang perundangan Syariah sedia ada kepada sistem yang selari dengan perkembangan semasa dan berakar kukuh kepada sumber-sumber perundangan syariah yang diiktiraf di dalam Islam.
“Pindaan ini akan meningkatkan jumlah hukuman di Mahkamah Syariah yang telah begitu lama tidak dipertingkatkan.
“Kuasa merotan sebanyak maksimum enam kali sebatan, denda tidak lebih RM5,000 dan penjara tidak lebih daripada tiga tahun, antara perkara yang akan disentuh di dalam pindaan yang dibentangkan ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam, Abdul Hadi membentangkan usul Rang Undang-Undang Persendirian iaitu Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 di Dewan Rakyat.
Jamil Khir berkata, sebagaimana yang dijelaskan di dalam perlembagaan, melalui cadangan pindaan usul persendirian itu, ia hanya terpakai kepada orang-orang Islam di negara ini dan tidak memberi kesan langsung kepada golongan bukan Islam, selagi hak beragama yang diamalkan bersikap aman dan damai terhadap Islam.
“Ia juga tidak ada kena mengena dengan Enakmen Jenayah Syariah II Negeri Kelantan yang pernah dicadangkan di dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan sebelum ini,” katanya.

Hadi tidak bentang usul Hudud – Najib

Presiden UMNO berkata UMNO telah menjelaskan perkara itu kepada komponen BN
najib hadi
KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak berkata UMNO telah menjelaskan kepada parti-parti komponen BN bahawa usul persendirian Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bukan pindaan perlaksanaan hudud.
Sebaliknya, usul itu bertujuan memperkasakan Akta Mahkamah Syariah, dan menyentuh isu hukuman keatas penganut agama Islam sahaja.
“Mereka ingat Hadi Awang bawa isu hudud. Saya nak beritahu pindaan itu bukan undang-undang hudud.
“Ia untuk meningkatkan hukuman seperti menaikkan (kadar) rotan, ini melibatkan mahkamah syariah dan hanya melibatkan orang Islam, dan kaedah merotan bukan untuk mencederakan,” jelasnya kepada pemberita di sidang media seusai mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di ibu pejabat parti Melayu itu petang tadi.
Najib berkata demikian mengulas perletakan jawatan Timbalan Pengerusi MCA Kedah, Dr Leong Yong Kong hari ini sebagai membantah usul Hadi itu.
Perdana Menteri menjelaskan bukan mudah untuk melaksanakan rang undang-undang agama Islam memandangkan ia perlu memuaskan beberapa peringkat keputusan.
“Bukan terlalu mudah untuk melaksanakan (undang-undang Islam). Ia perlukan perkenan Majlis Raja-raja, persetujuan Majlis Agama Islam dan pindaan undang-undang di Parlimen,” katanya.
Sementara itu, ahli MT UMNO, Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata parti komponen BN telah menerima penjelasan berhubung usul Hadi itu.
“Perdana Menteri telah menjelaskan kepada parti komponen dan mereka faham,” katanya kepada pemberita di ruang legar Menara Dato’ Onn.

Abdul Hadi: DAP mahu memusuhi Islam

Abdul Hadi Awang MARANG - Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan tindakan beberapa Ahli Parlimen DAP yang mempertikaikan usul yang dibawanya mengenai Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2015 di Dewan Rakyat semalam adalah tidak beradab dan ingin memusuhi Islam.
Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menegaskan tindakan DAP yang terus melenting sebaik usul itu dibentang semalam jelas menunjukkan sifat mereka yang biadab dan anti Islam.
Sedangkan katanya, terdapat parti bukan Islam seperti MCA, Gerakan dan MIC juga kadangkala tidak bersetuju dengan agenda orang Islam namun mereka lebih tertib dan beradab jika mereka tidak bersetuju dengan hal berkenaan.
"DAP telah menunjukkan sikap anti Islamnya. DAP tidak ada adab dan dia terus melenting dan menentang (usul berkenaan). Pada hal usul ini tidak berkait dengan orang bukan Islam pun.
"Saya turut kesal dengan Amanah (Parti Amanah Negara) yang digunakan DAP dalam hal ini kerana telah melanggar sempadan agama sendiri demi kepentingan politik," katanya kepada pemberita di pejabat Kesatuan Ulama Islam Sedunia di sini hari ini.

AMANAH wakili Pakatan di Sg Besar dan K Kangsar - Khalid Samad

Usul Hadi pelik, tutup krisis pada PRK - Khalid Samad

Khalid: Isu hudud, 'agenda kembar' UMNO dan PAS

"Ratu Naga" denies database deal for names in Citizen's Declaration

Liow enlists other BN parties to battle Hudud Bill

AMANAH mahu saman BH jika tak minta maaf - "Kerajaan beri PAS laluan; DAP, Amanah Bantah"

Isu hudud... pendekatan AMANAH berbeza, kata Khalid

Najib: Apa yang Hadi bentangkan bukan hudud

WSJ: Najib Arah Gabenor Bank Negara Lapor Polis

Ramai Salah Faham, Hadi Bukan Bentang Hudud - Najib

Najib Tak Bincang Nasib Muhyiddin, Mukhriz

'Latihan tepuk tangan bukan arahan kementerian'

Guru-guru SK Pusat Kuala Ibai berlatih tepuk tangan ekoran arahan pengarah pendidikan negeri selepas mereka tidak bertepuk tangan untuk MB Terengganu semasa sambutan hari guru peringkat negeri.Kementerian Pendidikan tidak mengeluarkan sebarang arahan supaya guru dan pelajar di Terengganu melakukan latihan tepuk tangan, kata timbalan menterinya Datuk P Kamalanathan.
  
Beliau berkata sebaliknya arahan berkenaan dikeluarkan oleh pengarah pendidikan negeri.
  
"Kementerian Pendidikan tidak mengeluarkan arahan (berlatih tepuk tangan) sedemikian kerana ia bukan satu keperluan. Pandangan saya ia adalah arahan peribadi pengarah pendidikan negeri sendiri.
  
"Bertepuk tangan adalah hak peribadi individu yang hadir dalam sesuatu majlis dan perkara ini tidak perlu diperbesarkan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan logo baharu 'Dengue Patrol 2016' di Sekolah Kebangsaan Seksyen 7 di Shah Alam hari ini.
  
Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman dan Pengarah Urusan Sanofi Pasteur Malaysia, Singapura dan Brunei, Baptiste de Clarens.
  
Kamalanathan berkata demikian ketika mengulas mengenai rakaman video yang tersebar di laman sosial menunjukkan guru dan pelajar di sebuah sekolah di Terengganu menjalani latihan tepuk tangan.
  
Arahan itu didakwa dikeluarkan pengarah pendidikan Terengganu menerusi aplikasi WhatsApp yang meminta semua guru dan pelajar menjalani latihan tepuk tangan selama lima minit.

Pakatan Harapan boleh lupakan hasrat tanding PRK - Hadi Awang


MARANG - Pas bertegas tidak akan berunding dengan Pakatan Harapan bagi memberi laluan kepada mereka meletakkan calon pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada 18 Jun ini.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Pas tidak mahu lagi bekerjasama dengan pembangkang yang menyertai pakatan itu memandangkan selama ini Pas banyak berkorban untuk menyelamatkan reputasi pakatan pembangkang.
"Kalau nak suruh Pas bekerja bagi pihak dia, Pas memang tidak boleh terima lagi sebab banyak kawasan yang kita lepaskan kepada mereka sebelum ini yang tidak diambil peduli, hanya orang Pas yang buat kerja untuk mereka.
"Mereka (pembangkang) hanya datang waktu pilihan raya, sudah berapa banyak pilihan raya orang Pas yang kerja kuat sebab mereka bekerja sepanjang masa," katanya kepada pemberita di pejabat Kesatuan Ulama Islam Sedunia di sini hari ini.
Katanya, beliau yakin Pas boleh memenangi kedua-dua kerusi berkenaan tanpa sokongan pakatan itu memandangkan Pas sudah bertapak lama di dua-dua kawasan berkenaan dan rekod pilihan raya sebelum ini Pas berjaya meningkatkan majoriti undi walaupun gagal merebut dua kerusi Parlimen itu.  
"Kita tidak beri apa-apa harapan kepada Pakatan Harapan sebab kita yakin dengan kekuatan kita sendiri..ini parti yang baru nak bertunas, sedangkan kita dah bertunjang di situ," katanya.
Mengulas mengenai calon yang bakal diketengahkan pada PRK tersebut, Abdul Hadi kata PAS akan mencalonkan empat nama yang telah dipersetujui Majlis Syura.

Husam Tak Boleh Datang Muktamar - Tuan Ibrahim

Kurier Punca Nama Husam Salah - Tuan Ibrahim

Tanpa harga lantai getah, hidup penoreh tambah merana


IMBAS KEMBALI... Demonstrasi penoreh getah Baling menuntut kuatkuasa harga lantai getah sekerap.IMBAS KEMBALI... Demonstrasi penoreh getah Baling menuntut kuatkuasa harga lantai getah sekerap.
Kerajaan perlu menyegerakan tuntutan rakyat agar harga lantai RM3.50 sekilogram sekerap dilaksanakan bagi meringankan bebanan rakyat di kampung-kampung yang sedang menderita dengan kos sara hidup yang semakin meningkat.
Malah ada penduduk menyatakan harga tersebut belum memadai jika dibandingkan dengan perbelanjaan dapur dan perbelanjaan harian yang tidak stabil sekarang ini.
"Kerajaan perlu tunaikan segera permintaan ini sesuai dgn keadaan ekonomi sekarang terutama yang melibatkan orang kampung," kata Zilkifli Hanafi, 55, penoreh di Batu Hitam berasal dari pekan Kuala Nerang dan merupakan seorang pesara tentera.
Ismail IbrahimIsmail IbrahimBagi Ismail Ibrahim, 86, harga lantai ini perlu dilaksanakan secepat mungkin sebagai satu usaha untuk mengeluarkan golongan penoreh dari kelompok kemiskinan tegar.
Manakala Jamaluddin Jaafar, 48, juga pesara tentera beranggapan nilai RM3.50 itu belum memadai.
"Kerajaan sepatutnya meletakkan RM5.00 sebagai harga lantai sesuai dengan nilai semasa bagi melepaskan rakyat dari paras miskin," ujarnya.
Tambah Jamaluddin, jika dibandingkan harga ikan kembung sekitar RM7.00 sekilogram, manakala beras 5kg berharga RM13.00, keadaan ini sudah tentu tiada keseimbangan antara pendapatan dengan kos sara hidup harian rakyat.
   
Justeru itu tambah beliau, kerajaan perlu segera menetapkan harga lantai getah untuk membantu rakyat.
Penoreh dari kampung Seberang Padang Sanai, Mohd Sirajuddin, 54, bersetuju supaya kerajaan menetapkan harga lantai getah sekerap kepada RM3.50 sekilogram.
Menurutnya, harga getah sekerap RM2.20 sekilogram menyukarkan penoreh menyara hidup memandangkan harga barangan dan pekhidmatan semakin mahal.
"Sebelum ini kemarau keras susu getah berkurangan, sekarang pula musim hujan, getah tidak boleh ditoreh, ertinya pendapatan rakyat sentiasa berkurangan," katanya.
   
"Rakyat susah yang amat-amat," keluh seorang peniaga kedai runcit dari Kampung Ulu, Azli Alias, 41.
   

Pembalak Gua Musang cuba ugut, rasuah Orang Asli

Siti Kasim menggesa orang ramai menyumbang makanan dan wang untuk membantu penduduk kampung Orang Asli di Gua Musang itu.
gua-musang-1
PETALING JAYA: Taktik pembalak di Gua Musang dikecam kerana mereka mengeluarkan ancaman keganasan dan rasuah secara terang-terangan untuk memaksa Orang Asli Temiar membenarkan mereka menebang hutan asli itu.
Aktivis hak asasi, Siti Kasim mendedahkan rayuan penduduk Kampung Bering, Pos Gob dan Kampung Gawin itu di laman Facebooknya baru-baru ini, selepas dihubungi penduduk kampung terbabit.
“Ini ialah Dolah dari Kg Bering. Dengar ceritanya mengenai cara pembalak cuba merasuah mereka. Bukan rasuah sahaja malah mereka membuat ancaman keganasan terhadap penduduk kampung,” tulisnya dalam Facebook beiau yang disertakan gambar-gambar kem pembalakan itu.
“Anda tidak boleh bayangkan ketakutan mereka. Mereka hubungi saya apabila mula-mula dirasuah dan mahu saya bantu mereka ‘esok’…tetapi ternyata saya tak boleh.
“Bagaimanapun, saya telah menasihatkan mereka (mengenai) perkara yang perlu. Saya syukur pergi ke sana kerana mereka amat takut (dan tidak tahu) apa perlu dilakukan,” katanya.
Siti Kasim berkata, pembalak telah mula meneroka jalan-jalan pembalakan baru dan berkongsi tempat tinggal dengan pekerja mereka, susulan cubaan untuk memasuki hutan-hutan yang belum ditebang di Gua Musang.

Hadi: DAP anti-Islam, tak beradab dengan orang Islam

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini  menyifatkan DAP sebagai anti-Islam dan tidak mempunyai adab terutamanya dalam urusan berkaitan dengan umat Islam.
Mengulas bantahan pari itu ke atas usahanya membentangkan pindaan rang undang-undang persendirian bagi merintis laluan kepada pelaksanaan hukum hudud di Kelantan, katanya, DAP langsung tidak mempunyai adab terutamanya dalam urusan berkaitan orang Islam.
“Kami rasa kesal kerana DAP menunjukkan sikap anti-Islam. Terang-terang saya sebut di sini, DAP anti-Islam, mereka nak memusuhi orang Islam. Tidak beradab dengan orang Islam.
“MCA, Gerakan, MIC dan banyak parti bukan Islam lain (mungkin) tidak setuju (dengan usul) tapi mereka ada adab. Tapi DAP tidak tunjuk adab.
“Dia melenting dan terus menentang apa yang berkaitan orang Islam, (sedangkan) tidak berkaitan dengan dia pun,” katanya yang dipetik portal Utusan Malaysia Online di Marang, Terengganu.
Semalam, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mendakwa bahawa BN dan PAS telah bekerjasama untuk membentangkan usul hudud di Dewan Rakyat untuk tujuan politik.
"Ini adalah kerjasama antara Umno dan PAS ... antara BN dan PAS," katanya.
Beliau menggesa rakan-rakan BN - MCA, MIC, Gerakan dan parti-parti di Sabah dan Sarawak - untuk menyatakan pendirian dan mencabar mereka meninggalkan BN.
Hari ini, seorang exco kerajaan negeri Kedah dari MCA, Leong Yong Kong bertindak keluar dari parti itu kerana tidak puas hati dengan tindakan kerajaan mengutamakan rang undang-undang persendirian yang dibawa PAS bagi membuka laluan kepada hudud.
Beliau berkata MCA gagal mendapat rasa hormat Umno dan gagal mempertahankan perlembagaan.
Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai pula dilaporkan menyerang Umno secara terbuka dalam isu pembentangan rang undang-undang berkaitan hudud di parlimen.

Exco MCA Kedah keluar parti

Seorang exco kerajaan negeri Kedah dari MCA, Leong Yong Kong telah bertindak keluar dari parti itu.
Tindakan itu diambil kerana tidak puas hati dengan tindakan kerajaan mengutamakan rang undang-undang persendirian yang dibawa PAS bagi membuka laluan kepada hudud.
Beliau berkata MCA gagal mendapat rasa hormat Umno dan gagal mempertahankan perlembagaan.
“MCA sudah tidak dapat mempertahankan perlembagaan negara dan hak rakyat.

“Jadi saya mengumumkan bahawa saya keluar daripada MCA sekarang sehingga perkara ini ada perkembangan baru,” katanya.
Rakaman pengumuman beliau itu dimuat naik oleh sebuah akhbar Cina di laman webnya hari ini.
Berkaitan kedudukannya sebagai exco pula, Leong berkata beliau tidak akan meletakkan jawatan itu kerana tidak bersalah.
“Yang salah adalah Umno dan BN yang tidak dapat mempertahankan perlembagaan negara.

“Jadi saya serahkan kepada presiden parti dan menteri besar serta parti saya untuk mengurus hal jawatan saya sehingga mereka dapat mencari orang yang sesuai untuk mengganti saya,” katanya.
Kerajaan semalam memberikan keutamaan untuk pindaan Akta 355 dibincangkan di Dewan Rakyat. Bagaimanapun Hadi memohon ia ditangguhkan ke sesi akan datang kerana kesuntukan masa.
Pindaan itu bertujuan menambahkan bidang kuasa mahkamah syariah.

Usul mempercepatkan perbahasan itu dibawa oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said dan disokong oleh Timbalan Menteri Kerja Raya Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Nasib Muhyiddin, Shafie, Mukhriz ditentukan hari ini?

Nasib tiga bekas pemimpin utama Umno yang melawan arus menentang kepimpinan Presiden Datuk Seri Najib Razak dijangka akan ditentukan hari ini dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT).
Mesyuarat yang bakal dipengerusikan oleh Presiden Umno, Najib itu bakal membincangkan mengenai nasib bekas timbalan presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal dan bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sama ada kekal dalam parti atau tidak.
Mesyuarat pertama MT selepas Pilihan Raya Negeri Sarawak itu dijangka berlangsung pukul 3 petang hari ini di PWTC.
Seorang ahli MT, Datuk Seri Nazri Aziz sebelum ini dengan lantang akan membuat usul agar ketiga-tiga tokoh Umno itu digugurkan keahlian daripada parti.
Perkara tersebut mengulangi episod penggantungan Muhyiddin sebelum ini dimana Nazri juga memainkan peranan sama yang menjadi punca kepada tindakan tersebut.
Sumber dalaman memberitahu The Malaysian Mirror langkah memecat merupakan jalan terakhir bagi mengelakkan perpecahan dalam parti menjadi lebih serius.
“Itu jalan terbaik, kalau tidak pecat dijangka Umno akan lebih bermasalah lagi,” kata sumber.
Selain itu, difahamkan mesyuarat hari ini juga akan menumpukan kepada strategi dalam Pilihan Raya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

SKANDAL 1MDB & 2.6B: HABIS, APA YANG BOLEH?

Mula-mula soalan mengenai wang RM2,600 juta tak dibolehkan ditanya kepada Najib Razak kerana dikatakan ia subjudis.
Kemudian soalan mengenai wang RM42 juta daripada SRC International yang diterima Najib turut tak boleh ditanya, juga atas alasan yang sama - subjudis.
Rupa-rupa bertanya kenapa Jho Low tidak dipanggil mengadap PAC kepada Najib pun tak boleh kerana dikatakan bukan bidang kuasa eksekutif memberi maklum balas mengenai perkara itu.
Mula-mula alasan subjudis, kini hujah teknikal pula digunapakai untuk menghalang Najib daripada "berpeluh dingin"  menjawab soalan-soalan yang tidak mampu untuk dijawabnya.

Habis, kalau semua tidak boleh,  apa yang boleh ditanya kepada Najib di Parlimen?

Berbelanja sakan dengan wang tersebut boleh pulak?

Bukankah sebagai Perdana Menteri, lebih-lebih lagi jika benar-benar tiada sekelumit rasa bersalah dalam dirinya, Najib sepatutnya boleh bercakap apa saja dan memberi penjelasan apa jua pertanyaan yang ditujukan kepada dirinya?

WSJ terbitkan surat 'sahkan' Good Star Ltd milik Jho Low

Akhbar The Wall Street Journal (WSJ) mendakwa bahawa Bank Negara telah menulis surat yang mengesahkan bahawa Good Star Limited dimiliki oleh jutawan Low Taek Jho.
Ini bercanggah dengan kenyataan kerajaan bahawa Good Star, yang kemudiannya dibubarkan adalah milik bekas rakan kongsi 1MDB, Petrosaudi International.
Salinan surat itu ditweet oleh WSJ dan kemudiannya ditweet semula oleh ketua editor Asia WSJ Tom Wright pagi ini.
Bagaimanapun, Malaysiakini tidak dapat melaporkan kandungan surat itu berikutan ia telah diklasifikasikan sebagai sulit di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.
Status pemilikan Good Star Limited adalah penting kerana ia akan menentukan sama ada dana 1MDB telah disalurkan keluar atau ia memang digunakan untuk pelaburan.
1MDB telah menyalur AS$1.83 bilion ke luar negara untuk aktiviti usaha samanya dengan PetroSaudi tetapi AS$1.03 bilion daripada jumlah itu telah dialihkan kepada Good Star Limited.
Lencongan itu tidak akan menjadi masalah jika Good Star Limited dimiliki oleh 1MDB rakan kongsi usaha sama PetroSaudi, seperti yang didakwa oleh kerajaan, tetapi menjadi kebimbangan serius jika ia dimiliki oleh individu atau entiti yang tidak berkaitan dengan usaha sama itu - dalam kes ini , Jho Low seperti yang didakwa oleh WSJ.
PetroSaudi sebelum ini enggan mengesahkan pemilikan sebenar Good Star Limited.
Menurut laporan WSJ hari ini, surat bertarikh 6 April ditujukan kepada Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Hasan Ariffin.
"Hasan juga tidak memaklumkan kepada anggota jawatankuasa parlimen bukti daripada seorang pegawai kanan bank pusat - dihantar melalui surat 6 April kepada Hasan - bahawa AS$1 bilion (RM4.06 bilion) dalam dana 1MDB telah dipindahkan kepada syarikat luar pesisir milik seorang rakan rapat Najib (Low), kata (ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua) dan ahli parti pemerintah (yang tidak dinamakan) dalam PAC.

Bakal Presiden Filipina ikrar akan tuntut Sabah

Rodrigo berkata: "Kami benarkan pewaris proprietari berunding (dengan Malaysia). Disebabkan ia adalah sebahagian daripada tuntutan kami, ia akan menjadi tanah kami."
sabah
PETALING JAYA: Bakal Presiden Filipina, Rodrigo Duterte berikrar untuk meneruskan tuntutan ke atas Sabah, lapor akhbar The Philippine Star.
Ditanya jika beliau akan mengiktiraf tuntutan Kesultanan Sulu, Rodrigo berkata: “Ya. Dasar selama ini akan tetap menjadi dasar kerajaan, khasnya demi kepentingan negara.
“Kita perlu membuat tuntutan kami,” katanya.
Kesultanan Sulu pernah memerintah sebahagian daripada kawasan di selatan Filipina dan Sabah.
Menurut laporan itu, kerajaan British memindahkan Sabah kepada Persekutuan Tanah Melayu pada 1963.
Akhbar itu melaporkan, Filipina mendakwa Sabah hanya dipajak bukannya diserahkan kepada British North Borneo Co.
Malaysia menegaskan masyarakat antarabangsa telah mengiktiraf Sabah sebagai sebahagian daripada wilayahnya sejak pembentukan Malaysia pada 1963.
Pada 2013, pengikut Sultan Sulu, Jamalul Kiram menceroboh Lahad Datu di Sabah bagi menuntut hak mereka.

Semua pemimpin Melayu dalam parti perlu martabatkan Akta 355


Hassan BasriHassan BasriKejayaan Pas membentangkan usul Rang Undang-undang Persendirian Pindaan Mahkamah Syariah (Akta 355) di Dewan Rakyat semalam, adalah kemenangan untuk pemimpin parti Melayu dan umat Islam di negara ini, kata Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).
Perkasa juga menegaskan dalam suasana Islam kini diancam dengan wujudnya pelbagai kelompok fahaman tentang agama yang songsang dengan memberi laluan kearah pembentangan usul tersebut, ia dilihat selari dengan apa yang diperjuangkan NGO ini.
"Sebagai NGO yang mendominasikan perjuangan Melayu dan Islam mengucapkan tahniah kepada Pas yang telah berjaya membentang RUU persendirian Pindaan Mahkamah Syariah (Akta 355) di Dewan Rakyat semalam.
"Dalam masa yang sama Perkasa berterima kasih kepada kerajaan yang memberi laluan untuk Pas membentangkan RUU itu setelah beberapa kali tertangguh," ujar Hassan Basri, Ketua Penerangan Perkasa hari ini.
Dalam kenyataannya  Hassan berkata, bagi pemimpin parti perlu bekerjas keras untuk memberikan kefahaman kepada rakan komponen mereka dalam BN dan pakatan pembangkang untuk memahami Akta 355 ini.
"Sesungguhnya usaha memertabatkan Mahkamah Syariah yang sebelum ini terikat dan terbatas dengan had hukuman 356 (3 tahun penjara, 5 ribu ringgit dan 6 sebatan) untuk ditambahbaik.
"Perkasa menyokong penuh dan berada dibelakang Pas dalam usaha meminda RUU ini dan sentiasa mendokong Islam agama persekutuan selaras dengan Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.
" Justeru itu, Perkasa suka mengingatkan kepada penentang pindaan ini khusus parti-parti bukan Islam baik dari kerajaan seperti MCA, MIC, SUPP dan sebagainya mahu pun pembangkang terutama DAP dan sekutunya supaya memahami bahawa pindaan RUU Akta 355 Mahkamah Syariah hanya dikhususkan untuk pelaku jenayah umat Islam sahaja.
"Sudah tentunya tidak timbul persoalan dikalangan pemimpin parti dan masyarakat bukan Islam di negara ini.
"Apa perlunya mereka hendak menjadi juara untuk menentang sesuatu yang tidak bersangkut paut dengan kepercayaan, bangsa dan agama mereka kecuali mereka ada agenda jahat untuk mengkesamping perlembagaan islam sebagai agama persekutuan.

‘Usul Hudud patut dibahas, jangan jadi gimik PRK’ – Mujahid


'Usul Hudud patut dibahas, jangan jadi gimik PRK' - Mujahid

Dalam tulisan-tulisan saya yang lalu, saya menyentuh soal memperundangkan syariah dengan melihat halangan-halangan perundangan yang menyekat proses memperundangkan hukum hudud. Ada dua isu iaitu, dalam konteks mafhum Syariat ia perlu dilihat luas mencakupi aspek pencegahan, pendidikan dan infra perundangan.
Kedua ialah, melalui proses memperundangkan syariat ia perlu melalui legaslatif dan kemudian diadaptasi ke peringkat negeri.
Patut bahas bukan tangguh
Apa yang berlaku di parlimen hari ini ialah aspek kedua iaitu dalam meminda seksyen 355 Akta Mahkamah Syariah 1965 dibentangkan secara bil persendirian oleh wakil Marang.
Bagi saya ia peluang untuk dibahas secara demokratik dan proses menerima atau tidak juga melalui proses demokratik.
Pihak ahli legaslatif diberi ruang mengkritik dan membahas isu syariah dalam kerangka memperundangkan dari sudut kerangka perlembagaaan dan halangan-halangan secara perlembagaan dan bukan sentimen menerima atau menolak secara emosi.
Malangnya usul persendirian yang jarang mendapat perhatian Speaker disia-siakan dengan Marang sendiri minta ditangguhkan perbahasan.
Ini bermakna kenyataan bil persendirian diizinkan untuk dibentang dalam hal undang-undang syariah seksyen 355 tanpa bahas boleh terdedah kepada berbagai manupulasi.
Yang menentang akan jadikan ini sebagai muqaddimah pada hudud manakala yang menyokong akan menjadikan isu ini sebagai bahan kempen PRK dan untuk konsumsi ahli parti manakala yang betul-betul mahu melihat perincian dan penjelasan tidak dapat membuat apa-apa rumusan kerana proses ini masih tergantung.
Apapun diharapkan akta berkenaan dengan hak muslim untuk mengikut hukuman jenayah syariah tidak dieskploitasikan untuk tujuan politik sempit apatah lagi untuk tujuan kempen PRK yang terdekat ini.
Jikalau ini berlaku maka agama akan ‘dijual’ sekali lagi untuk ‘melariskan’ sokongan yang bakal diraih.
Saya menunggu perincian Marang dan mahu membahasnya dalam korum parlimen supaya peranan demokrasi tidak membelakangkan keperluan perundangan syariah sebagai sebahagian dari atur mainan demokrasi.
Jangan ‘jual agama’

Usul mengejut Hudud untuk Pilihan Raya Kecil? – Khalid

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad mempersoalkan mengapakah kerajaan BN membenarkan usul yang dibawa Ahli Parlimen Marang, Abdul Hadi Awang dibentangkan secara mengejut dan tidak mengikut prosedur kebiasaan Dewan.
Usul mengejut Hudud untuk Pilihan Raya Kecil? - KhalidBeliau yang ditemui wartawan di lobi parlimen berkata, usul seperti itu adalah pertama kali dalam sejarah apabila kerajaan BN memberi laluan kepada usul peribadi pembangkang sebelum usul atau rang undang-undang kerajaan selesai dibahaskan.
“Usul peribadi hanya boleh dibentang sekiranya kerajaan memberi laluan. Apa yang telah berlaku hari ini merupakan satu prosedur yang tak pernah berlaku sebelum ini.
“Kita nak faham apakah faktor yang menyebabkan kerajaan mengutamakan usul ini berbanding urusan kerajaan yang lain seperti akta – akta yang dibahas ketika ini.
“Saya minta ia dijelaskan, adakah kerana pilihan raya kecil di Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Kerajaan tak jawab, kita tak tahu.
“Tak tahu apa sebab, tiba-tiba mereka sokong usul daripada Pas,” katanya.

Tahanan rumah YDA: Polis tunggu masa sesuai ambil keterangan Tun Mahathir


Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim Polis menunggu masa yang sesuai untuk mengambil keterangan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kenyataan beliau mengenai Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu dikenakan tahanan rumah.
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata, pihaknya akan mendapatkan penjelasan Dr Mahathir mengenai dakwaan itu yang dilaporkan beberapa portal berita sebelum ini.
"Dalam proses siasatan ini, sudah semestinya perlukan pengesahan lanjut daripada beliau (Tun Mahathir) sama ada perkara yang dilaporkan dalam blog itu betul atau tidak," katanya.
Noor Rashid berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz bersempena sambutan Hari Polis Ke-209 hari ini.
Isnin lalu, Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim membuat laporan polis terhadap Dr Mahathir berhubung dakwaannya itu, dan menyifatkan dakwaan bekas perdana menteri itu adalah palsu dan berniat jahat.
Kata Abdul Aziz, laporan polis itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Husam dipecat kerana jadi saksi kes mahkamah?

Bekas naib presiden Pas Datuk Husam Musa telah menerima surat pemecatan beliau daripada Pas dan telah menulis surat khusus kepada presiden Pas meminta pemecatan beliau dibatalkan.
Husam dipecat kerana jadi saksi kes mahkamah?“Hujah-hujah yang dinyatakan dalam surat pemecatan itu ada beberapa perkara yang sama sekali tidak dapat diterima dan saya yakin kalau presiden Pas menelitinya beliau patut membatalkan pemecatan saya,” kata Husam pada satu sidang media di rumahnya hari ini.
Menurutnya, beliau tidak mencabar parti kerana memecat beliau tetapi hujah-hujah yang dijadikan sebab pemecatan adalah tidak benar dan sebahagiannya mungkin bercanggah dengan undang-undang.
“Misalnya satu ucapan saya di Kedai Mulong telah digunakan sebagai hujah untuk menyatakan saya bersalah, sedangkan bila saya teliti semula transkrip ucapan itu ia sama sekali tidak betul seperti dinyatakan dalam pertuduhan,” katanya.
Satu lagi contoh pertuduhan kononnya beliau bersalah kerana menjadi saksi di mahkamah berkaitan saman satu syarikat terhadap kerajaan Kelantan berhubung pembatalan kontrak pembinaan lebuhraya.
“Saya sama sekali tidak memohon jadi saksi, penetapan saya jadi saksi kes diputuskan pihak mahkamah dan sudah tentu dalam makluman pihak plaintif dan defendan.
“Bila pihak mahkamah berpuas hati saya wajar dipanggil sebagai saksi saya disapina untuk hadir dan tentu saya tidak boleh ingkar kerana ia telah menjadi kewajipan undang-undang,” katanya.
Adalah pelik katanya apabila kehadiran beliau di mahkamah kerana mengikut ketetapan undang-undang dijadikan bahan bukti kepada parti Pas untuk memecatnya.
Beliau mengingatkan pihak Pas bahawa sekiranya pemecatan beliau tidak dibatalkan perkara ini terpaksa dibawa ke mahkamah.

MCA tetap bantah pelaksanaan Hudud

Khir Toyo wants a break from politics

Khir Toyo insaf, belajar mengatasi kesilapan

'Dulu masuk penjara sebagai doktor gigi, kedua banduan' - Khir Toyo

'Dulu masuk penjara sebagai doktor gigi, kedua banduan' - Khir Toyo

Ulama Arab Saudi Haramkan Bergambar Dengan Kucing

Husam Gesa Pas Tarik Balik Pemecatan Ahli

1MDB probe ignored crucial evidence, did not question Najib


 According to WSJ prime minister was not interviewed in investigations into the state fund. According to WSJ prime minister was not interviewed in investigations into the state fund.
Datuk Seri Mohd Najib Razak, at the centre of allegations of corruption involving his brainchild 1Malaysia Development Berhad (1MDB), was not interviewed in investigations into the state fund, The Wall Street Journal reports, suggesting that crucial evidences were ignored.
The paper which first broke news of some RM2.6 billion found in the prime minister's personal bank accounts, cited documents and interviews with people involved in the investigation as saying that the probe had not been transparent.
"The promise of a thorough and transparent accounting of what happened at the fund, 1Malaysia Development Bhd., or 1MDB, has helped Mr. Najib fend off domestic criticism," said the report, which comes as government leaders say the issues involving the troubled sovereign fund were over.
The recently appointed Bank Negara Malaysia governor also announced that the case against 1MDB was closed after the company paid an undisclosed amount of compound for breach of financial laws.
Ministers in Parliament have so far declined to answer opposition questions on 1MDB, even as six countries have announced their own investigations into the firm for possible money laundering laws.
Earlier this week, Singapore authorities shut down Swiss-based BSI Bank, one of those named in transactions involving 1MDB and which is being investigated in Switzerland for money laundering in transactions linked to the Malaysian state investor.

Pegawai 1MDB patut bayar denda, bukan pembayar cukai

Denda yang dikenakan oleh Bank Negara terhadap 1MDB sepatutnya dipertanggung jawabkan kepada mereka yang melakukan pecah amanah dan salah urus firma itu, kata Lim Kit Siang.
Ketua ahli-ahli parlimen DAP itu berkata,  jumlah denda itu juga tidak sepatutnya dirahsiakan kerana para pembayar cukai berhak untuk tahu bayaran yang harus ditanggung.
“Pembayar cukai negara ini berhak tahu kenapa Bank Negara tidak mendenda mereka yang bertanggung jawab melakukan salah urus dan pecah amanah dalam 1MDB, sama ada menteri kewangan atau perdana menteri sejajar dengan Artikel 117 Memorandum dan Artikel Penubuhan 1MDB, lembaga pengarahnya atau pegawai utama pengurusan firma itu," katanya dalam kenyataan.
Artikel 117 tersebut menuntut agar semua komitmen kewangan syarikat harus mendapat kelulusan daripada perdana menteri.
Ekoran siasatan, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) telah had recommended the clause be removed, and the government has pledged to do so.
Kenyataan Lim itu sebagai mengulas keengganan Gabenor Bank Negara, Datuk Muhammad Ibrahim untuk mendedahkan nilai denda yang dikenakan ke atas 1MDB.
Denda berkenaan, antara lain, ekoran kegagalan 1MDB untuk mematuhi arahan bank pusat itu untuk membawa pulang dana berjumlah AS$1.8 bilion (RM7.76 billion) yang ditempatkan di luar negara.
Mengulas lanjut, Lim berkata, keengganan Muhammad itu telah meninggalkan titik hitam dalam kerjaya gabenor baru yang memulakan tugas pada 1 Mei yang lalu, sebagai mengambil alih tugas Tan Sri Zeti Akhtar Abdul Aziz.

Terima lebih AS$1 bilion dalam akaun peribadi, sudahkah Bank Negara siasat Najib?

Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua, hari ini mempersoal sama ada Bank Negara telah menjalankan siasatan ke atas wang berjumlah lebih AS$1 bilion (RM4.1 bilion) yang didepositkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak atas kemungkinan berlakunya pengubahan wang haram.
Beliau mengajukan pertanyaan itu berikutan tindakan Pejabat Peguam Negara Switzerland telah memulakan prosiding jenayah terhadap Bank BSI SA kerana gagal mencegah penyelewengan dan kesalahan rasuah membabitkan pegawai kerajaan berkaitan dengan 1MDB.
Pada masa sama, katanya, pihak berkuasa kewangan Singapura telah menutup operasi Bank BSI di pulau itu atas sebab “pelanggaran serius keperluan anti pengubahan wang haram, pengawasan operasi pengurusan bank yang lemah dan salah laku oleh kakitangan bank.”
“Apa yang Bank Negara lakukan bagi melindungi integriti sistem kewangan kita? Di negara lain, semua syarikat yang berurusan dengan 1MDB mula dikenakan tindakan.
“Sebelum ini, Bank Negara menggembar-gemburkan bagaimana 1MDB memindahkan wang berjumlah AS$1.83 bilion secara haram ke luar negara dan menuntut agar syarikat itu mengembalikan wang tersebut dengan segera.
“Namun, akhirnya 1MDB hanya perlu membayar sedikit denda yang tidak dinyatakan jumlahnya. Malah, hari ini, Bank Negara membenarkan dirinya dipergunakan oleh individu-individu yang mungkin melakukan pengubahan wang haram dengan mengatakan kes 1MDB ditutup,” katanya.
Menurut Tony, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Puad Zarkashi baru-baru ini memberitahu pelajar-pelajar Malaysia di Australia bahawa Najib telah berbincang dengan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akthar Aziz dan menerima kelulusan untuk membawa masuk wang itu.
“Jadi, soalan saya untuk Bank Negara ialah, benarkah Najib mendapat kelulusan untuk membawa masuk wang sebanyak itu dan benarkah Bank Negara mengetahui sumber dana tersebut? Jika ya, ia telah mencalarkan reputasi negara,” katanya.

DAP dakwa BN dan PAS bekerjasama dalam isu Hudud

Husam nasihat PAS tidak perlu tanding PRK

PKR: Indeks Kebebasan Media Malaysia kini teruk

Surendran: Mengapa ramai tahanan mati dalam penjara?

PAS UMNO Permainkan Hukum Allah, Agenda Kempen PRK

PAS akui kerjasama dengan Umno, akan guna hudud bagi PRK

Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata, parti Islam itu akan mengambil kesempatan untuk membawa isu hudud sebagai bahan kempen pada dua pilihan raya kecil akan datang.

"Kita akan bawa benda ini (isu rang undang-undang persendirian) dalam pilihan raya kecil nanti. Umno pun mungkin akan bawa dan semua ada hak untuk bawa atau tak nak bawa (isu).


"Segala isu akan dibawa untuk rakyat dan ini peluang kita dalam pilihan raya kecil nanti. Rakyat di Kuala Kangsar dan Sungai Besar akan mendapat penerangan awal berbanding di tempat lain dalam isu ini," katanya kepada pemberita di Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan sama ada isu rang undang-undang persendirian akan dibawa pada pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Selain itu, ditanya sama ada kebenaran rang undang-undang tersebut dibaca pada Parlimen hari ini membuktikan wujudnya kerjasama antara PAS dan Umno, Nik Abduh tidak menafikannya.

Malah, anggota parlimen Pasir Mas itu berkata kerjasama antara dua parti itu dapat dibuktikan melalui rang undang-undang persendirian tersebut.

"(Kerjasama PAS dan Umno) bukan dakwaan. Kerjasama itu wujud tetapi hanya perkara-perkara untuk kepentingan bersama. Itu kita dah jelaskan cuma ada orang lihat sekiranya kerjasama dengan kerajaan itu tak boleh.

"Inilah antara kerjasama yang PAS maksudkan. Kita berterima kasih pada Speaker dan kerajaan yang berani pertama kali benarkan usul persendirian ini," katanya.

Berikutan bacaan rang undang-undang persendirian tersebut, Nik Abduh turut berharap agar semua ahli parlimen yang beragama Islam akan menyokong perkara tersebut sekiranya dibahaskan pada sesi Parlimen akan datang.

Malah, beliau juga yakin bahawa rakannya dari PKR dan AMANAH akan turut memberikan sokongan terhadap rang undang-undang itu.

"Saya yakin semua ahli parlimen Islam akan sokong termasuk dari AMANAH. Kalau ada yang bukan Islam sokong lebih baik.

"Saya yakin PKR pun akan sokong," ujarnya.

Sementara itu, ditanya sama ada PAS akan memberi pendedahan terhadap masyarakat bukan Islam tentang Akta 355 itu, Nik Abduh berkata perkara itu akan dilakukan bagi memastikan semua pihak dapat memahami undang-undang berkenaan.

"Kita akan terus usaha kita sepanjang masa. Kita yakin, semakin penerangan diberikan oleh PAS dan seluruh umat Islam yang memberi kerjasama, ia akan diterima rakyat dan saya yakin dan tak pelik jika DAP pun boleh menerimanya," katanya

Rang undang-undang persendirian Akta 355 dibawa bagi memperluaskan bidang kuasa Mahkamah Syariah terhadap pesalah jenayah di negara ini.

Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1965 itu juga akan membuka laluan pelaksanaan hudud di Kelantan.

Rang Undang-undang itu tidak dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat sebelum ini kerana kesuntukan masa dan terdapat urusan-urusan kerajaan lain perlu didahulukan.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pula telah meluluskan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015), atau hudud pada 19 Mac tahun lalu. -mk


CATATAN SENJA DI PARLIMEN

Dalam tulisan-tulisan saya yang lalu, saya menyentuh soal memperundangkan syariah dengan melihat halangan-halangan perundangan yang menyekat proses memperundangkan hukum hudud.

Ada dua isu iaitu, dalam konteks mafhum Syariat ia perlu dilihat luas mencakupi aspek pencegahan, pendidikan dan infra perundangan.

Kedua ialah, melalui proses memperundangkan syariat ia perlu melalui legaslatif dan kemudian diadaptasi ke peringkat negeri.

Apa yang berlaku di parlimen hari ini ialah aspek kedua iaitu dalam meminda seksyen 355 Akta Mahkamah Syariah 1965 dibentangkan secara bil persendirian oleh wakil Marang.

Bagi saya ia peluang untuk dibahas secara demokratik dan proses menerima atau tidak juga melalui proses demokratik.

Pihak ahli legaslatif diberi ruang mengkritik dan membahas isu syariah dalam kerangka memperundangkan dari sudut kerangka perlembagaaan dan halangan-halangan secara perlembagaan dan bukan sentimen menerima atau menolak secara emosi.

Malangnya usul persendirian yang jarang mendapat perhatian Speaker disiakan dengan Marang sendiri minta ditangguhkan perbahasan.

Ini bermakna kenyataan bil persendirian dizinkan untuk dibentang dalam hal undang-undang syariah seksyen 355 tanpa bahas boleh terdedah kepada berbagai manipulasi.

Yang menentang akan jadikan ini sebagai muqaddimah pada hudud manakala yang menyokong akan menjadikan isu ini sebagai bahan kempen PRK dan untuk konsumsi ahli parti manakala yang betul-betul mahu melihat perincian dan penjelasan tidak dapat membuat apa-apa rumusan kerana proses ini masih tergantung.

Apapun diharapkan akta berkenaan dengan hak muslim untuk mengikut hukuman jenayah syariah tidak dieskploitasikan untuk tujuan politik sempit apatah lagi untuk tujuan kempen PRK yang terdekat ini.

Jikalau ini berlaku maka agama akan 'dijual' sekali lagi untuk 'melariskan' sokongan yang bakal diraih.

The 1MDB crisis and Malaysia’s awakening

More and more citizens are standing up against the structures of oppression.
syed saddiq
By Syed Saddiq
Every cloud has a silver lining. World War II opened the eyes of the world to the perniciousness of wars and the need for long term peace. New laws were created. Institutions like the United Nations were set up to prevent such a tragedy from taking place again. Mindsets were transformed. Innovation and competition heightened, and these contributed to global prosperity.
We can hope for a similarly happy ending to the 1Malaysia Development Berhad (1MDB) crisis. We are aware of the trail of destruction that it carries wherever it goes. This brainchild of Prime Minister Najib Razak has amassed an unprecedented RM50 billion debt. It has triggered investigations in more than nine countries. It has has infused political instability in our country due to the actions of its protectors, who would go as far as using Sosma, a law intended for terrorists, to silence its critics.
Because of all this, more and more Malaysians are standing up against the structures of oppression. Who would have thought that one of the loudest voices against oppression would be that of former prime minister Mahathir Mohamad, a man who never endeared himself to activist democrats during his time in power?
The 1MDB crisis has indeed opened the eyes of millions of Malaysians to what is wrong with the administration of their country. The “cash is king” culture is deeply rooted within the ruling coalition. The levers of power have often been abused to buttress Najib’s claim over Putrajaya.
In less than two months, the Save Malaysia movement was able to collect more than 1.27 million signatures for its petition. Some may dismiss this as petty, but it does carry a huge moral weight. It means 1.27 million Malaysians have signed a commitment to better our nation. It means that there are 1.27 million Malaysians who will talk about this with their families and friends. This is a historical feat.
On average, there will be at least one trending 1MDB-related issue per week on Twitter. There are more than three million Malaysians on Twitter and 10 million on Facebook who will encounter at least one 1MDB-related post per day. The level of political awareness has skyrocketed. Even in less urbanised settings, more and more Malaysians are aware of the ongoing crisis. In Napoh, Jitra, more than 3,000 people turned up for a Save Malaysia gathering. In Majoi, Perak, there were at least 3,500 people who showed up. This is a promising sign for change.

Rasuah wang dan wanita: Umno Selangor mahu polis siasat dakwaan Rafizi ..kes 1MDB, SRC, 2.6B tak suruh ke...!!!


Datuk Zein Isma IsmailDatuk Zein Isma IsmailUmno Selangor akan membuat laporan polis terhadap Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli sekiranya beliau gagal mengotakan janjinya untuk ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Malaysia pada Isnin depan.
Ketua Penerangan Umno Selangor Datuk Zein Isma Ismail berkata, beliau akan memantau dan memastikan Rafizi mengotakan janjinya untuk berbuat demikian.
"Saya mewakili jentera Umno Selangor akan membuat laporan kepada pihak polis agar menjalankan siasatan terhadap Rafizi dan dakwaannya berhubung perbuatan salah laku dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor.
“Kita sedang memantau Rafizi. Kita sama-sama tengok hari Isnin depan dia pergi atau tidak ke pejabat SPRM.
"Sekiranya dia gagal berbuat demikian, maka kita akan membuat laporan polis meminta kenyataannya itu disiasat di bawah Akta 212 Kanun Keseksaan kerana melindungi individu yang melakukan perbuatan jenayah,” ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Zein Isma turut mendesak, Ahli Parlimen Pandan itu juga perlu membuat laporan kepada pihak polis.
"Saya desak Rafizi  juga perlu melaporkan perbualan whatsapp itu kepada pihak polis selain SPRM.
“Ini kerana perbualan whatsapp yang tersebar itu jelas bukan fitnah atau direka-reka kerana dia  mengakui bahawa perbualannya di dalam grup whatsapp Solidariti Untuk Anwar adalah tulen.
"Ini untuk memastikan individu yang menyebarkan fitnah juga perlu dikenakan tindakan di bawah undang-undang polis," ujarnya.
Rafizi semalam memaklumkan kepada media bahawa beliau akan membuat laporan kepada SPRM pada Isnin depan setelah mendapat arahan daripada Biro Politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang telah bermesyuarat pada Rabu.

Terima usul RRU, Umno berjaya kunci mulut Pas

Boleh juga dianggap keputusan Speaker membenarkan usul persendirian dibawa Abdul Hadi Awang untuk memperluaskan bidang kuasa Mahkamah Syariah, (Akta 335) seterusnya bagi membolehkan Hudud dilaksanakan di negara ini merupakan satu sejarah.

Menurut peraturan mesyuarat Parlimen, usul berkenaan berkedudukan ditangga ke-15, paling akhir, tetapi dilompatkan ke atas. Sebelum ini sudah lebih dua kali usul berkenaan dibawa tetapi berakhir dengan ianya tidak sempat dibentangkan kerana kesuntukan masa. Lama sebelum itu juga Pas sudah dua kali cuba membawanya, tetapi tidak dilayan.

Jadi kali ini bila didilompatkan, menyebabkan timbul keanihan dan pertanyaan kenapa terjadi demikian? Selalunya tempua tidak akan bersarang rendah kalau tidak ada mengada. Biar apa pun, tetapi bagi Pas yang sudah lama berjuang untuk melaksanakan Hudud, bergembira dengan apa yang berlaku hari ini. Orang Pas perlu bersujud syukur hari ini.

Ralat sedikit walau ia diterima untuk dibahas, tetapi pembawa usul mencadangkan agar ia ditangguh dan dibahas pada sidang akan datang. Kenapa? Mungkin usul berkenaan tidak mustahak atau perlu disegerakan? Alasan pembawa usul kerana kengkangan masa. Kita tunggu pada sesi akan datang.

Secara peribadi saya dan begitu juga umat Islam bersyukur atas apa yang berlaku. Didoakan semoga usul itu dibahas dengan penuh tertib dan takzim dan sehingga mencapai matlamat akhirnya Hudud dilaksanakan suatu hari nanti. Orang bukan Islam atas apa juga alasan dan fakta, janganlah persoalkan. Hudud dan tanggungjawabnya adalah hak mutlak (wajib) bagi umat Islam.

Bagaimana pun saya masih curiga dengan tindakan Speaker yang membenarkan usul itu dibahas dan penangguhan untuk membahaskan yang dicadangkan itu. Kenapa? Sepatutnya dibahas hari ini juga dan tidak ditunda ke sidang lain, kerana perkara itu bagi Pas penting, lagi pun sudah lama ditangguhkan atau gagal dibawa sebanyak empat kali. Inilah dikatakan semacam ada persepakatan antara Pas dengan kerajaan (baca Umno)?

TEKA-TEKI HUDUD

Secara tiba-tiba usul Hadi Awang untuk meminda Akta 355, Akta Mahkamah Syariah yang gagal dilakukannya sebanyak empat kali sebelum ini iaitu sejak 1995, diluluskan oleh kerajaan untuk dibentangkan pada hari terakhir persidangan Parlimen, hari ini.

Usul Pas ini, jika diluluskan akan membolehkan Mahkamah Syariah di Kelantan menggunakan undang-undang syariah seperti yang ditetapkan oleh Enakmen Kanun Jenayah Syariah (11) Kelantan dan seterusnya memberi laluan kepada perlaksanaan hukum hudud di negeri tersebut.

Bagaimanapun, sebaik diberi kelulusan untuk membentangkan usul tersebut, Hadi Awang memohon ia ditanggungkan sehingga ke sesi Parlimen pada 17 Oktober depan.

Mengapa kerajaan tiba-tiba memberi kebenaran dan mengapa pula Hadi Awang menangguhkannya?

Sambil mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana membenarkan pembentangan usul itu, Hadi Awang memberi alasan beliau menangguhkannya disebabkan kekangan masa berikutan hari ini adalah hari terakhir sesi Parlimen kali ini.

Benarkah ia semata-mata sebab itu? 

Bukankah Hadi sepatutnya sudah bersedia dengan draf pembentangan sepanjang masa?

Selain itu, tidakkah juga usul boleh dibentangkan terlebih dahulu, cuma perbahasan saja yang ditangguhkan?

Dalam konteks UMNO dan kerajaan, mengapa tiba-tiba bersetuju dengan pembentangan usul berkenaan sedangkan ia seolah-olah tidak dibenarkan untuk dibentang sebelum ini, bahkan Najib Razak sendiri pernah mengatakan hudud tidak akan dilaksanakan sama sekali di Malaysia?

Mengapa sepantas itu UMNO tiba-tiba berubah?

Usul Hadi ‘dijual’ untuk melariskan PAS dalam PRK?

Ahli Parlimen Marang sia-siakan usul persendirian yang jarang mendapat perhatian Speaker

Oleh Mujahid Yusof Rawa
Dalam tulisan-tulisan saya yang lalu, saya menyentuh soal memperundangkan syariah dengan melihat halangan-halangan perundangan yang menyekat proses memperundangkan hukum hudud.
Ada dua isu iaitu, dalam konteks mafhum Syariat ia perlu dilihat luas mencakupi aspek pencegahan, pendidikan dan infra perundangan.
Kedua ialah, melalui proses memperundangkan syariat ia perlu melalui legaslatif dan kemudian diadaptasi ke peringkat negeri.
Apa yang berlaku di Parlimen hari ini ialah aspek kedua iaitu dalam meminda seksyen 355 Akta Mahkamah Syariah 1965 dibentangkan secara bil persendirian oleh wakil Marang.
Bagi saya ia peluang untuk dibahas secara demokratik dan proses menerima atau tidak juga melalui proses demokratik.
Pihak ahli legaslatif diberi ruang mengkritik dan membahas isu syariah dalam kerangka memperundangkan dari sudut kerangka perlembagaaan dan halangan-halangan secara perlembagaan dan bukan sentimen menerima atau menolak secara emosi.
Malangnya usul persendirian yang jarang mendapat perhatian Speaker disiakan dengan Marang sendiri minta ditangguhkan perbahasan.
Ini bermakna kenyataan bil persendirian diizinkan untuk dibentang dalam hal undang-undang syariah seksyen 355 tanpa bahas boleh terdedah kepada berbagai manupulasi.
Yang menentang akan jadikan ini sebagai muqaddimah pada hudud manakala yang menyokong akan menjadikan isu ini sebagai bahan kempen PRK dan untuk konsumsi ahli parti manakala yang betul-betul mahu melihat perincian dan penjelasan tidak dapat membuat apa-apa rumusan kerana proses ini masih tergantung.
Apapun diharapkan akta berkenaan dengan hak muslim untuk mengikut hukuman jenayah syariah tidak dieskploitasikan untuk tujuan politik sempit apatah lagi untuk tujuan kempen PRK yang terdekat ini.
Jikalau ini berlaku maka agama akan ‘dijual’ sekali lagi untuk ‘melariskan’ sokongan yang bakal diraih.
Saya menunggu perincian Marang dan mahu membahasnya dalam korum Parlimen supaya peranan demokrasi tidak membelakangkan keperluan perundangan syariah sebagai sebahagian daripada atur mainan demokrasi.

RUU Persendirian bukti kerjasama Umno-Pas


KUALA LUMPUR - Tindakan kerajaan yang memberi laluan kepada Rang Undang-undang (RUU) Persendirian pindaan kuasa Mahkamah Syariah dibentangkan ke Dewan Rakyat merupakan bentuk kerjasama yang dinantikan oleh Pas.
Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, kerjasama itu demi kebaikan dan kepentingan bersama sangat dialu-alukan Pas meskipun ia datang daripada parti pembangkang yang lain.
"Inilah contoh kerjasama yang Pas maksudkan, kita berterima kasih kepada speaker, dan pihak kerajaan, yang berani untuk kali pertama membenarkan usul pindaan persendirian ini dibentangkan.
"Cuma ada orang lihat semua kerjasama dengan kerajaan itu tak boleh. Walaupun tak bersama dengan kita, tapi yang baik daripada Pakatan Harapan, adalah sama seperti kita," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini, hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng bahawa tindakan kerajaan yang mendahulukan RUU itu sebagai bukti kerjasama Umno dan Pas untuk tujuan Pilihan Raya Kecil (PRK) di Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar, pada 18 Jun ini.
Mengulas lanjut, Ketua Pemuda Pas itu juga enggan melayan dakwaan sebarang dakwaan mengatakan RUU itu untuk kepentingan politik.
Sebaliknya Nik Mohamad Abduh menegaskan, Pas sentiasa menjelaskan kepada rakyat tentang perjuangan mereka dan dasar Islam yang dibawa parti Islam itu untuk kesatuan dan kesejahteraan Malaysia.

KENAPA TAKUT SANGAT nak bgtau jumlah sebenar denda 1MDB tersebut ??

1MDB itu milik siapa sebenarnya, rakyat atau Najib ??

Patutler... Itu lah sebab kamu dilantik jadi Gabenor BNM atas nasihat PM Najib... Untuk tutup bau kebusukan 1MDB

KERANAMU NAJIB DAN 1MDB...!!!


Akhirnya.. pihak berkuasa Switzerland telah meluluskan pembubaran BSI Bank yg terbabit dgn skandal 1MDB.

Riwayat bank BSI tersebut akhirnya tamat gara-gara kecelakaan & kebobrokan 1MDB yg diterajui oleh menusia bernama Najib.

TIADA LAGI PM dlm sejarah M'sia boleh 'challenge' spt kamu wahai Najib..

SIAPA SEBENARNYA yg busukkan nama negara Malaysia ??!!

Najib Oh Najib !!!.. Namamu & nama Malaysia makin harum semerbak ke seantero dunia sejak kamu jadi PM..