Khamis, 26 Mei 2016

Noh nafi bentang RUU ada kaitan PRK

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Tanjung Karang, Datuk Seri Noh Omar menolak dakwaan yang mengatakan Rang Undang-undang (RUU) Persendirian Pindaan Kuasa Mahkamah Syariah diusulkan oleh Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Hadi Awang hari ini dibenarkan kerajaan demi untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Noh Omar Menurut beliau, Pas sebelum ini turut memaklumkan bahawa parti berkenaan akan meletakkan calon dalam PRK akan datang dan ianya tidak ada kaitan dengan usul tersebut.
"Dari segi politik, bila kita BN bersetuju bil persendirian ini dinaikkan ke atas, ia secara logiknya adalah merupakan satu kejayaan pada Pas.
"Bagi saya ini adalah aturan mesyuarat biasa dan tiada kaitan dengan PRK," katanya ketika ditanya pemberita di Parlimen, hari ini.
Dalam pada itu, Noh memaklumkan bahawa secara dasarnya, usul berkenaan hanya mencadangkan untuk meminda dan memperluaskan kuasa mahkamah syariah.
Namun begitu, beliau memaklumkan bahawa sekiranya pindaan berkenaan diluluskan, ia bukannya secara automatik akan dilaksanakan di mana-mana negeri dalam negara ini.
"Sekiranya pindaan itu diluluskan, ia terpulang kepada mana-mana negeri untuk meminda enakmen syariah di negeri masing-masing. Ini hanyalah pindaan akta bidang kuasa mahkamah syariah," katanya.

Hadi’s Bill only affects Muslims in Kelantan, says Zahid

DPM says it deals only with the powers of the shariah court to implement hudud in Kelantan.
hadi zahid
KUALA LUMPUR: PAS President Abdul Hadi Awang’s Bill for hudud has no intention to create new laws but deals only with the powers of the shariah court to implement hudud in Kelantan, according to Depury Prime Minister Ahmad Zahid Hamidi.
Zahid added that the Bill only catered to the Muslims in the PAS-led state, Star Online reported.
“It is only to upgrade the shariah courts and the laws apply only to Muslims,” he said after chairing the National Water Resources Council meeting at Parliament House here today.
Hadi successfully submitted a Private Members’ Bill to amend the Syariah Courts (Criminal Jurisdiction) (Amendment) 2016.
The amendments seek to allow the Kelantan Government to impose all hudud punishments, save the death sentence, for those convicted under shariah laws.
The Bill was listed as the last item in the Dewan Rakyat’s Standing Order today. However, Minister in the Prime Minister’s Department Azalina Othman moved a motion to bring it forward.
Though the motion was passed, Hadi requested that the debate on the Bill be postponed till the next Dewan Rakyat meeting.
He later explained that he did this to allow MPs to have more time to prepare and debate on it.
This is Hadi’s third attempt to table the Bill in the Dewan Rakyat since last year.

Usul pinda Akta 355 ditangguh bantu wakil rakyat bersedia

PAS yakin usul rang undang-undang persendirian akan disokong semua wakil rakyat beragama Islam
hadi awang
KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengambil keputusan mendadak untuk menangguhkan usul Rang Undang-Undang (RUU) persendirian meminta Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 kerana kesuntukan masa.
Bercakap kepada pemberita di ruang legar Parlimen petang tadi, Hadi berkata keputusan untuk menangguhkan pembentangan RUU itu pada sidang Parlimen akan datang bertujuan untuk memberikan masa kepada wakil-wakil rakyat membuat persediaan untuk perbahasan.
“Saya berterima kasih kepada kerajaan. Mereka mengizinkan ia (RUU) dibentangkan, itu langkah pertama, kita akan tengok langkah seterusnya.
“Ia (penangguhan) supaya semua wakil rakyat diberi masa dan peluang untuk perbahasan.”
Usul Hadi yang dibangkitkan dalam Peraturan Tetap Dewan Rakyat hari ini bertujuan memperluaskan bidang kuasa mahkamah Syariah, seraya membuka laluan kepada perlaksanaan hudud di Kelantan.
Perjuangan PAS memperkenalkan hudud di Malaysia dihambat kontroversi terutama kerana ia ditentang oleh ramai pihak yang membantah hukuman keras yang akan diperkenalkan untuk membanteras jenayah.
Pertelagahan berkenaan hudud turut memainkan peranan dalam pembubaran Pakatan Rakyat dan DAP, yang hari ini membantah usaha membentangkan RUU itu sekali lagi.

Hudud: Usul Hadi cipta sejarah Parlimen

Keikhlasan Hadi menjadi persoalan besar apabila RUU meminda Akta Mahkamah Syariah ditangguh ke mesyuarat Parlimen akan datang
zulkhairy-1
Oleh Zairil Khir Johari
Sejarah baru telah dilakarkan hari ini apabila rang undang-undang persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang diusulkan oleh Presiden Pas Dato’ Seri Abdul Hadi Awang telah dibacakan untuk kali pertama ekoran usul Kerajaan untuk menyegerakannya. Dalam sejarah Parlimen Malaysia, tidak pernah ada rang undang-undang persendirian yang berjaya dibentangkan untuk bacaan.
Namun begitu, setelah mencapai kejayaan besar tersebut, Hadi dengan tiba-tibanya telah meminta agar bacaan kali kedua ataupun perbahasan rang undang-undang tersebut ditangguhkan sehingga ke mesyuarat Parlimen akan datang. Setelah mencuba selama tiga mesyuarat berturut-turut, mengapakah Hadi tidak teruskan sahaja dengan bacaan dan perbahasan seterusnya, apatah lagi apabila semua Ahli Parlimen Pas sudah pun hadir?
Tindakan Hadi ini langsung tidak masuk akal dan justeru menimbulkan persoalan besar mengenai keikhlasan Hadi dan Pas untuk menggerakkan usaha untuk membenarkan pelaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 di Kelantan. Jika Akta Mahkamah Syariah berjaya dipinda, maka enakmen yang sering diuar-uarkan Pas itu akhirnya boleh dilaksanakan.
Peristiwa di Parlimen pada hari ini jelas membuktikan kewujudan persekongkolan yang ketara antara Pas dan Umno. Pertamanya, Hadi dan Ahli-ahli Parlimen Pas telah hadir dengan sepenuhnya. Ini merupakan sesuatu yang jarang berlaku kecuali pada hari majlis adat istiadat, pembentangan belanjawan atau apabila sesuatu rang undang-undang penting akan dibahaskan dengan pemberitahuan awal.

Nik Abduh akui PAS bekerjasama dengan UMNO lulus usul Hudud di Dewan Rakyat

Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz mengakui wujud kerjasama dengan parti pemerintah, Umno dalam menyaksikan pengumuman bersejarah Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Ahli Persendirian mengenai Hudud dibentang PAS hari ini.
Nik Abduh berkata kerjasama tersebut tertumpu dalam perkara-perkara melibatkan kepentingan bersama dan berterima kasih kepada Umno selepas meluluskan rang undang-undang itu.
“(Kerjasama PAS dan Umno) bukan dakwaan. Kerjasama itu wujud tetapi hanya perkara-perkara untuk kepentingan bersama. Itu kita dah jelaskan cuma ada orang lihat sekiranya kerjasama dengan kerajaan itu tak boleh.
“Inilah antara kerjasama yang PAS maksudkan. Kita berterima kasih pada Speaker dan kerajaan yang berani pertama kali benarkan usul persendirian ini,” kata beliau semasa ditemui di Parlimen hari ini.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini membentangkan semula rang undang-undang persendirian mengenai hudud di Dewan Rakyat.
Kerajaan hari ini memberi keutamaan kepada rang undang-undang persendirian untuk meminda Akta 355 dan menjadualkannya untuk perbahasan di Dewan Rakyat awal petang ini.
Ini bukan kali pertama Hadi membawa rang undang-undang sama, sebelum ini beliau membawanya semasa dua sidang Dewan Rakyat sebelum ini iaitu masing-masing pada 7 April dan 17 Jun 2015.-

Sistem feudal dan kepincangan kepimpinan Najib


The Great RisingThe Great RisingPada tahun 1381 berlaku satu gerakan yang dikenali sebagai The Great Rising di mana golongan miskin mula bangun untuk menentang kerajaan England.
Antara punca berlakunya gerakan ini adalah kerana cukai tinggi yang dikenakan keatas rakyat, kebencian yang memuncak terhadap pegawai pegawai tertinggi raja dan ketidakpuasan hati terhadap perjalanan sistem 'serfdom' (rakyat biasa bekerja dengan ganjaran yang tidak setimpal di ladang ladang milik tuan tuan ladang yang kaya raya).
Dimana saja di dunia ini kepincangan kepimpinan negara akan membawa kepada bencana 'Yang kaya menjadi bertambah kaya dan yang miskin akan terus miskin'.
Ternyata apa yang berlaku di England pada tahun 1381 kini berlaku di Malaysia pada hari ini. Cukai GST menghimpit kehidupan rakyat. Rakyat teramat benci kepada Perdana Menteri dan pegawai pegawai tingginya. Sementara rakyat (terutamanya ahli UMNO dipergunakan oleh pemimpin parti untuk pemimpin hidup bermewah mewah).
Cuba kita lihat bagaimana mewahnya kehidupan Najib sekeluarga serta para pemimpin UMNO dan anak-anak mereka pada hari ini. Kekayaan mereka tidak mencerminkan bahawa perjuangan mereka adalah 'demi bangsa, agama dan negara.'
Ahli -ahli Umno kini dijadikan sebagai kuda tunggangan oleh para pemimpin mereka secara rakus dan tanpa segan silu. Pemimpin Umno hidup seperti raja sementara ahli biasa menjadi seperti hamba.
Maka itulah sebabnya mengapa ketua-ketua Bahagian dan ahli-ahli Majlis Tertinggi Umno tidak bersuara apabila Najib melakukan pelbagai kesalahan. Ini sama seperti apa yang berlaku dalam peristiwa The Great Rising apabila Raja dan para pembesar saling bersekongkol mengaut segala harta dan kekayaan yang ada.
Rakyat terutamanya ahli Umno kini sudah mula sedar bahawa mereka dipermainkan oleh pemimpin sendiri.
Apakah akan berlaku The Great Rising di Malaysia? Ianya sudahpun bermula.
Tanahair tanggungjawab kita.

Memerangi kejahilan dan ketidakpedulian demi Malaysia

Rakyat Malaysia akan ditinggalkan berpecah belah dalam pergelutan sukar mencari makna dalam kebanjiran pengaruh global.  Rakyat Malaysia akan ditinggalkan berpecah belah dalam pergelutan sukar mencari makna dalam kebanjiran pengaruh global.
Lebih 200 tahun yang lalu, Napoleon Bonaparte pernah berkata, “Aku lebih gentar kepada empat surat khabar yang tidak menyukaiku daripada seribu askar (bayonet).” Napoleon Bonaparte ialah seorang maharaja dan pakar ketenteraan terhandal ketika itu. Beliau berdepan dengan pelbagai kemustahilan sepanjang operasi ketenteraannya.

Napoleon bertempur dengan 25,000 tentera Empayar Ottoman dan 6,000 tentera di Mesir malah berdepan dengan angkatan tentera Austria dan Russia di Austerlitz. Empayarnya menjarah Sepanyol, Afrika Utara sehingga ke sempadan Russia.

Walaupun dengan semua pencapaian ini, Napoleon masih gentarkan surat khabar. Mengapa? Kerana surat khabar boleh mengawal dan mempengaruhi idea, kata-kata dan perdebatan. Napoleon takutkan perpecahan dalaman. Napoleon mahu kuasa kawalan mutlak. Malah berkata, “Aku mahu mencipta sebuah badan pendidikan yang akan menentukan cara orang Perancis berfikir!”

Dan itulah yang dilakukannya, mencipta rangkaian sekolah awam dalam usahanya untuk membentuk dan menentukan bagaimana rakyat Perancis sewajarnya berfikir dan bertindak. Usaha yang dilakukan Napoleon melalui sekolah awam terbukti berkesan tetapi beliau memandang rendah dan meletakkan titik noktah kepada kreativiti dan intelektualisme manusia. Konsep yang sama kemudiannya diadaptasikan di seluruh Perancis, dan menembusi tamadun Barat sehingga ke Amerika, dan akhirnya ke seluruh dunia.
Kebebasan Bersuara Menuju Pemikiran Kritis

Adakah rakyat Malaysia juga dikawal dalam aktiviti berfikir dan bertindak? Adakah kita, selaku negara bangsa yang moderat dan progresif, memahami makna kebebasan, keadilan dan demokrasi yang sebenar?

Masyarakat perlu mula berfikir, mempersoal dan melibatkan diri, bagi memahami matlamat bidang kuasa, keputusan penghakiman atau sistem tertentu. Kita perlu mewujudkan landasan yang selamat untuk menggalakan wacana intelektual dan mengizinkan rakyat Malaysia berfikir di luar kotak, mengatasi batas makna yang diajar di sekolah, norma masyarakat dan kerajaan.

Ini mungkin kelihatan seolah-olah seperti galakan untuk menyertai aktiviti memberontak tanpa hala tuju yang mengancam keselamatan awam. Namun sebenarnya kalau mempertimbangkan soal psikologi secara songsang dan kerencaman moral tidak diniatkan yang selalunya hanya berlaku apabila rakyat ditekan dan dalam situasi inilah rakyat akan berpihak dengan pihak pembangkang, walaupun pihak pembangkang itu tidak semestinya menjunjung kebenaran. Mereka membangkang hanya kerana ditekan.

Generasi muda terutamanya, akan mudah dipengaruhi dengan pelbagai idea, tanpa mengambil kira kesahihan, hanya kerana untuk menjadikan diri mereka berlainan daripada arus perdana. Ini tidak sihat. Kita perlu membenarkan dan membebaskan wacana dan wadah intelek. Pihak terpinggir dan tertindas perlu diberikan ruang untuk berdialog dan berdebat. Idea perlu dicabar dalam ruangan awam.

Bukti sejarah menunjukkan kemerdekaan idea dan pemikiran telah berjaya mencetuskan Revolusi Industri Britain. Malaysia juga perlu meraikan “Pencerahan” lebih daripada sekadar kemakmuran luaran semata, melalui Pemikiran Kritis.
Revolusi industri dan masa gemilang penciptaan hanya boleh berlaku sekiranya manusia diberikan kebebasan berfikir. Hanya ketika itulah manusia boleh mencapai kegemilangan hinggakan langit bukan lagi batas malah bulan pun boleh diraih.

Kisah Mobiliti Sosial melalui Pendidikan

Nama digunakan, ‘Ratu Naga’ buat laporan polis esok

"Saya akan buat PC (sidang media) jawab balik. Saya akan diam? No (tidak), biar saya pula lawan."
Untitled-1
PETALING JAYA: Berang selepas dikaitkan dengan pembelian pangkalan data 900,000 nama dan nombor kad pengenalan untuk Deklarasi Rakyat, ‘Ratu Naga’ dikatakan akan membuat laporan polis esok.
Melalui laman Facebooknya, beliau berkata tidak akan berdiam diri dengan begitu sahaja berhubung dakwaan tersebut.
“Saya dapat tahu nama saya di gunakan untuk kerja memfitnah, saya nak jumpa budak yang guna nama saya ini (dan minta) dia bersumpah kenal saya atau tidak.
“Saya akan buat PC (sidang media) jawab balik. Saya akan diam? No (tidak), biar saya pula lawan,” katanya menerusi akaun Facebook dengan nama ‘Ratu Naga’.
Ditemani Ketua Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin, seorang individu bernama Azharuddin Othman @ Abdullah hari ini tampil dengan akuan berkanun mendakwa dihubungi ‘Ratu Naga’ yang ingin membeli pangkalan data 900,000 nama dengan harga RM5,000.
“Pada 27 April 2016, saya dihubungi oleh Ratu Naga untuk membeli pangkalan data warganegara Malaysia dengan tujuan mengumpul 1.2 juta tandatangan untuk Deklarasi Rakyat, yang disokong oleh Tun Mahathir (Mohamad),” katanya dan mendakwa hanya menerima RM1,000 dan bukannya seperti yang dijanjikan.
Beliau mendakwa memiliki data tersebut memandangkan kerjanya sebagai pengaturcara komputer separuh masa dengan parti-parti politik bagi tujuan pilihan raya.
Azharuddin juga mendakwa 300,000 daripada 1.2 juta penandatangan bukan daripada senarainya.

Husam terima surat pemecatan, minta presiden Pas tarik balik


Datuk Husam Musa dalam sidang media berkata sudah menerima surat pemecatannya.Datuk Husam Musa dalam sidang media berkata sudah menerima surat pemecatannya.Bekas naib presiden Pas Datuk Husam Musa telah menerima surat pemecatan beliau daripada Pas dan telah menulis surat khusus kepada presiden Pas meminta pemecatan beliau dibatalkan.
"Hujah-hujah yang dinyatakan dalam surat pemecatan itu ada beberapa perkara yang sama sekali tidak dapat diterima dan saya yakin kalau presiden Pas menelitinya beliau patut membatalakan pemecatan saya," kata Husam pada satu sidang media di rumahnya hari ini.
Menurutnya, beliau tidak mencabar parti kerana memecat beliau tetapi hujah-hujah yang dijadikan sebab pemecatan adalah tidak benar dan sebahagiannya mungkin bercanggah dengan undang-undang.
"Misalnya satu ucapan saya di Kedai Mulong telah digunakan sebagai hujah untuk menyatakan saya bersalah, sedangkan bila saya teliti semula transkrip ucapan itu ia sama sekali tidak betul seperti dinyatakan dalam pertuduhan," katanya.
Satu lagi contoh pertuduhan kononnya beliau bersalah kerana menjadi saksi di mahkamah berkaitan saman  satu syarikat terhadap kerajaan Kelantan berhubung pembatalan kontrak pembinaan lebuhraya.
"Saya sama sekali tidak memohon jadi saksi, penetapan saya jadi saksi kes diputuskan pihak mahkamah dan sudah tentu dalam maklum pihak plaintif dan defendan.
"Bila pihak mahkamah berpuas hati saya wajar dipanggil sebagai saksi saya disapina untuk hadir dan tentu sa ya tidak boleh ingkar kerana ia telah menjadi kewajipan undang-undang," katanya.
Adalah pelik katanya apabila kehadiran beliau di mahkamah kerana mengikut ketetapan undang-undang dijadikan bahan bukti kepada parti Pas untuk memecatnya.

Benarlah.. Akhir Zaman Kekuasaan Dipegang Oleh Orang-Orang Bodoh & Zalim

Bila manusia jadi bodoh, sanggup kata apa sahaja demi nak perbodohkan rakyat..

Akhirnya 1MDB bukan saja menjadi liabiliti pada kerajaan tetapi rakyat menanggung akibatnya...

Sokong 100%.. 1MDB adalah idea paling bengong di mana wang dari dana awam (Tabung Haji dan LTAT) digunakan untuk membuat pelaburan dgn harapan mendapat keuntungan dari keringat rakyat...

Dah berhutang berpuluh2 bilion ringgit, dana rakyat pula akan jadi mangsanya utk nak selamatkan kebobrokan 1MDB.

ADAKAH NAJIB TAHU & FAHAM ??

KENAPA pelantikan..

- Peguam Negara
- Gabenor Bank Negara (BNM)
- Lembaga SPR

 'MESTI' atas nasihat PM Najib ??

PRK: PSM tidak bantu pembangkang jika tiga penjuru

MP miskin lebih terdedah kepada rasuah, kata Jeyakumar

'Programmer' akui ditipu serah 1.2 juta nama untuk Deklarasi Rakyat

Tak tahulah... Hudud ada kaitan dengan PRK, kata Ku Li

Mujahid: Kenapa rahsiakan laporan audit 1MDB?

Husam rayu pemecatan dibatalkan

Husam Musa KOTA BHARU - Adun Salor, Datuk Husam Musa menggesa agar pemecatan beliau dibatalkan kerana mendakwa dilakukan tanpa mengikut perlembagaan parti.
Menurutnya, beliau telah menghantar surat kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta agar pemecatan beliau ditarik balik berikutan dilakukan tanpa berasaskan pendakwaan yang kukuh.
“Pendakwaan dibuat secara tangkap muat dan ambil mudah, tidak berdasarkan kata- kata sebenar dalam ucapan saya sebelum ini, selain atas alasan kerana menjadi saksi dalam satu kes sivil selepas mahkamah mengeluarkan sapina kepada saya,” katanya kepada media dalam sidang media khas di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Husam turut mendakwa, pemecatan beliau antara lain bertujuan menghalang menghadiri Muktamar Tahunan Pas yang akan bermula pada 1 hingga 3 Jun ini.
Sementara itu, Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, pemecatan Husam sebagai ahli Pas adalah sah, walaupun bekas Naib Presiden Pas itu mendakwa masih belum menerima surat rasmi berkenaan keputusan tersebut.
Mohd Amar berkata, isu tidak menerima surat, lambat menerima surat serta hanya menerima surat salinan sahaja adalah isu teknikal dan keputusan tetap muktamad sebagaimana yang telah diputuskan.

Terengganu warned Putrajaya about risky 1MDB venture, says Raja Bahrin


Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja AhmadDatuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja AhmadThe government's admission yesterday that troubled 1Malaysia Development Berhad (1MDB) was based on a "wrong business model" has come too late, says Kuala Terengganu MP Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, who recalled that the failure of the state company had already been forewarned.
"What is unforgivable and totally irresponsible were the fact the federal government had been well forwarned of the impending high failure risks by a state government that refused to morgage its future away no matter how much arm twisting was applied," he said in a statement today.
At the Dewan Rakyat yesterday, Deputy Finance Minister Johari Abdul Ghani told Parliament that 1MDB suffered from wrong business model, weak management and poor governance, adding that the government had never claimed that it was a good investment.
1MDB, the brainchild of Datuk Seri Mohd Najib Razak, was reorganised from the Terengganu Investment Authority (TIA) into a "sovereign fund" with Terengganu's oil wealth as collateral.
Raja Bahrin said that the federal government had been warned by then Terengganu former menteri besar Datuk Seri Ahmad Said that it could "compromise Terengganu's future", and said the company was mired into further skepticism with the involvement of businessman Jho Low "who appeared to mastermind the scheme".

Tiada kakitangan 1MDB digaji Kementerian Kewangan - Johari Ghani

"Hubungan kita dengan 1MDB adalah setakat ini hanya membabitkan beberapa bon yang dijamin oleh kerajaan," kata Johari.
Johari-Abdul-Ghani_1mdb_600
KUALA LUMPUR: Tiada mana-mana kakitangan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang digaji oleh Kementerian Kewangan, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Johari Abdul Ghani.
“Ia (1MDB) adalah sebuah syarikat dan kita adalah badan kerajaan. Terdapat perbezaan antara kedua-duanya.
“Hubungan kita dengan 1MDB adalah setakat ini hanya membabitkan beberapa bon yang dijamin oleh kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas Sidang Kemuncak Perbankan Malaysia ke-20 di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas sama ada kakitangan 1MDB akan ditempatkan di kementerian berkenaan.
Semalam, Johari dilaporkan berkata bahawa aset firma pelaburan strategik kerajaan itu akan dipindahkan ke Kementerian Kewangan Diperbadankan (MoF Inc) menjelang pertengahan Jun ini.
Beliau berkata 1MDB, kemudian akan menjadi sebuah syarikat tidak aktif untuk menguruskan liabiliti dan bon yang telah diterbitkannya.
“Ini tidak bermakna kerajaan perlu mengambil (menggaji) kakitangan mereka. Itu bukan cara kita,” katanya.

Akhiran riwayat bank BSI pada usia 143 angkara 1MDB

Alkisah 1MDB telah meninggalkan jejak kebinasaan merentasi tiga benua, dengan menyaksikan ramai tokoh-tokoh korporat dan perbankan utama meletakkan jawatan, pendakwaan pegawai bank dan pembekuan beberapa akaun.
Bagaimanapun, mangsa paling utama setakat ini ialah Bank BSI Bank, yang berdepan dengan prosiding jenayah atas, antaranya, kegagalan mematuhi peraturan pengubalan wang haram dalam mengendalikan pemindahan berkaitan 1MDB.
Penyiasatan antarabangsa, yang secara dasar dikepalai oleh pihak berkuasa Swiss dan Singapura, telah membongkar bank yang berusia 143 tahun itu.
Malaysiakini menerokai tentang kepentingan pemkembangan ini dan peranan BSI dalam kisah 1MDB.
Mengenai BSI
Banca della Swizzera Italiana, atau BSI, diasaskan pada tahun 1873.
Bank itu memulakan peluasan antarabangsanya pada 1969 dan melebarkan sayapnya ke Hong Kong pada 1981, kemudiannya ke Singapura pada 2005.
Menurut laporan tahunan BSI, ia memiliki kekuatan tenaga kerja seramai 1,256 kakitangan di Switzerland dan 656 pekerja di luar negara, dengan 310 daripadanya di Asia.
Pada masa ini, ia dimiliki oleh Grupo BTG Pactual, namun dalam proses untuk diambil alih oleh EFG International pada harga 1.33 bilion Swiss franc. Nilai tersebut dijangka lebih rendah ekoran tindakan pihak berkuasa ke atas BSI.
Akhiran riwayat BSI
Walau sebelum pihak berkuasa Swiss dan Singapura menamatkan riwayat BSI, bank itu telahpun dilanda masalah ketika siasatan 1MDB menjana momentumnya.
Bulan lepas, Bloomberg melaporkan bahawa beberapa kakitangan kanan meninggalkan BSI cawangan Singapura, termasuk ahli-ahli jawatankuasa yang menyemak dengan para pelanggan utama semasa era 1MDB selain ketua pematuhannya.
Ketua pegawai operasi bagi operasi Asia BSI, Gary Tucker, yang turut meninggalkan bank itu, manakala ketua operasi Asia BSI, Hanspeter Brunner, telah mengumumkan persaraannya.
Namun, libasan paling dahsyat berlaku, pada Selasa lalu, apabila Singapura mengarahkan penutupan bank BSI di negara itu.
Menariknya, ia adalah tindakan pertama yang seumpamanya oleh pihak berkuasa Singapura dalam tempoh 32 tahun.
Pengawal selia kewangan Switzerland, Pihak Berkuasa Pemantauan Pasaran Kewangan Swiss (Finma) turut mengarahkan tindakan yang serupa, meluluskan pengambil alihan menyeluruh EFG International ke atas BSI.
Ia berlaku, dengan syarat, BSI dibubarkan dalam tempoh 12 bulan menerusi integrasi ke dalam EFG International.
Apa salah BSI?
Kedua-dua, pihak berkuasa Switzerland dan Singapura telah mengeluarkan kenyataan umum mengenai kesalahan BSI, walaupun terdapat kekurangan dari segi butirannya.
Di Switzerland, Finma menyimpulkan bahawa BSI telah melanggar keperluan kewajaran berkanun dalam kaitan dengan penggubalan wang dan pelanggaran serius dalam prinsip-prinsip pengurusan risiko mencukupi dan kesesuaian organisasi.
Di Singapura pula, pihak berkuasanya mendapati BSI terlibat dalam “pelanggaran serius keperluan penggubalan wang haram, pengurusan lemah dalam operasi bank dan salah laku oleh beberapa kakitangan bank".

Hudud bahan kempen PAS untuk p'raya kecil - Nik Abduh

Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata, parti Islam itu akan mengambil kesempatan untuk membawa isu hudud sebagai bahan kempen pada dua pilihan raya kecil akan datang.
"Kita akan bawa benda ini (isu rang undang-undang persendirian) dalam pilihan raya kecil nanti. Umno pun mungkin akan bawa dan semua ada hak untuk bawa atau tak nak bawa (isu).
"Segala isu akan dibawa untuk rakyat dan ini peluang kita dalam pilihan raya kecil nanti. Rakyat di Kuala Kangsar dan Sungai Besar akan mendapat penerangan awal berbanding di tempat lain dalam isu ini," katanya kepada pemberita di Parlimen hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan sama ada isu rang undang-undang persendirian akan dibawa pada pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Selain itu, ditanya sama ada kebenaran rang undang-undang tersebut dibaca pada Parlimen hari ini membuktikan wujudnya kerjasama antara PAS dan Umno, Nik Abduh tidak menafikannya.
Malah, anggota parlimen Pasir Mas itu berkata kerjasama antara dua parti itu dapat dibuktikan melalui rang undang-undang persendirian tersebut.
"(Kerjasama PAS dan Umno) bukan dakwaan. Kerjasama itu wujud tetapi hanya perkara-perkara untuk kepentingan bersama. Itu kita dah jelaskan cuma ada orang lihat sekiranya  kerjasama dengan kerajaan itu tak boleh.
"Inilah antara kerjasama yang PAS maksudkan. Kita berterima kasih pada Speaker dan kerajaan yang berani pertama kali benarkan usul persendirian ini," katanya.

Kit Siang: Umno collaborating with PAS because Najib under pressure

1MDB: Laporan PAC Dipersoal Gelapkan Surat BNM

DAP: We will not support any amendments that go against constitution

Nik Abduh: Insya-allah... DAP akan juga terima Hudud

Hudud: Pas Yakin Beri 'Kredit' Untuk Orang Islam - Nik Abduh

Surendran: First time I've seen a private member's bill moved to the top

Idris: Sebelum ada UMNO, PAS sudah perjuangkan isu hudud

Speaker: Percepat usul, tiada kena mengena dengan politik

Usul Hudud: Hadi berterima kasih kerajaan Malaysia

SKANDAL 1MDB: MALAYSIA BOLEH !!!..

Status Skandal 1MDB.

✔️ 8 buah negara.. US, UK, Switzerland, S'pore, Hong Kong, Australia, Luxembourg & Scotland - SIASAT & DAKWA

Malaysia: DIRAHSIAKAN, TIDAK DIDAKWA & TUTUP KES !!!

Teka-teki calon PRK Kuala Kangsar hampir terjawab

Menjelang pengumuman calon PAS esok bagi pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kangsar, sekurang-kurangnya tiga nama disebut-sebut telah disenaraikan untuk dipilih bertanding mewakili parti Islam itu.
Berdasarkan maklumat yang diperolehi Malaysiakini, mereka termasuk yang dipertua PAS kawasan Kuala Kangsar, Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakob; bekas ADUN Titi Serong, Datuk Khalil Idham Lim Abdullah dan ahli Jawatankuasa PAS pusat, Dr Zuhdi Marzuki.
Manakala bagi BN pula empat nama disebut-sebut sebagai antara yang sedang dipertimbangkan untuk bertanding dalam PRK berkenaan.
Mereka ialah Pengarah Biro Tata Negara (BTN) Perak, Shamlan Zabaai; Ketua Wanita Umno Kuala Kangsar, Aishah Halid dan Ketua Pemuda Umno Kuala Kangsar, Mustafa Shah Abdul Hamid.
Manakala menurut seorang bekas ADUN Umno pula, nama isteri Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar - Mastura Mohd Yazid turut disebut.
Dalam pada itu, difahamkan terdapat calon menunggu yang bukan daripada Umno bahagian Kuala Kangsar tetapi dirasakan sesuai mewakili BN memandangkan individu tersebut sudah pun dikenali oleh masyarakat tempatan.
Untuk itu, nama bekas Ketua Umno Bahagian Kuala Kangsar, Datuk Ramly Zahari turut tersenarai dan ada pihak melihat beliau mempunyai potensi memandangkan pengaruhnya masih ada.
Sementara itu, walaupun Pakatan Harapan belum lagi memutuskan calon parti yang akan mewakili gabungan itu tetapi AMANAH sehingga ini telah menyatakan minatnya untuk bertanding di situ.
Sehubungan itu, beberapa nama dari parti telah disebut seperti presidennya, Mohammad Sabu, timbalan beliau, Salahuddin Ayub dan timbalan pengerusi AMANAH Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

RUU Persendirian Akta 355: Hadi terima kasih kepada kerajaan dan mohon tangguh bahas

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana membenarkan usul Rang Undang-undang Persendirian Akta 355 dibentangkan di parlimen hari ini.
Bagaimanapun, ketika ditanya mengapa usul itu tidak didebatkan pada hari ini, anggota parlimen Marang itu berkata, ia adalah disebabkan kekangan masa.
"Terima kasih pada kerajaan kerana membenarkan usul ini.
"(Beri) peluang masa pada ahli-ahli (parlimen). Hari ini hari terakhir (bersidang)," katanya ringkas.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Mesyuarat berjalan walaupun tanpa pemimpin tertinggi, kata Khalid

Khalid: Calon Pakatan Harapan diumum 1 Jun

Hudud bill debate postponed on request by Hadi

Isu surat hanya teknikal, pemecatan Husam sah - Miohd Amar

Mohd Amar
KOTA BHARU – Pemecatan Datuk Husam Musa sebagai ahli Pas adalah sah, walaupun bekas Naib Presiden Pas itu mendakwa masih belum menerima surat rasmi berkenaan keputusan tersebut.
Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, isu tidak menerima surat, lambat menerima surat serta hanya menerima surat salinan sahaja adalah isu teknikal dan keputusan tetap muktamad sebagaimana yang telah diputuskan.
“Bila kita sudah buat keputusan, maka berjalanlah hukumannya. Soal surat sampai atau tidak sampai, itu hanya isu teknikal sahaja. Macam saya katalah, orang nak cerai isteri, sebut di rumah pun jatuh, tapi pergi mahkamah untuk buat pengesahan dan sebagainya,” katanya.
Mohd Amar hadir di Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Anggota Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Kelantan yang turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Faudzi Che Mamat di Kompleks Kota Darulnaim, di sini.

Siswa kempen protes PRK, rosakkan undi

Gerakan Mahasiswa Amarah (GeMA) mendesak pengundi di Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar supaya merosakkan undi mereka atau tidak turun mengundi sebagai tanda protes kepada parti-parti politik di negara ini.
Koordinatornya Wafiuddin Rosli berkata parti dari kerajaan dan pembangkang tidak lagi menjadi harapan kepada rakyat dan mahasiswa ekoran semakin hari semakin banyak krisis melanda negara.
“Pengundi Sungai Besar dan Kuala Kangsar perlu merosakkan undi dengan simbol tanda seru (!) kepada semua ruang tanda kertas undi pada PRK akan datang.
“Pengundi Sungai Besar dan Kuala Kangsar tidak perlu turun mengundi dan memperbanyakkan amalan bulan Ramadan sewaktu PRK.
“Kempen ini bakal digerakkan bermula sekarang sehingga PRK berlangsung jika mereka (parti politik) tidak dapat menyelesaikan krisis dan permasalahan yang dihadapi segera, kami tidak teragak-agak untuk terus berkempen sehingga PRU14,” katanya di luar parlimen hari ini.

Saman fitnah 1MDB: Mahkamah tolak permohonan Najib


KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mendapatkan penggantungan bagi memfailkan pembelaan dalam kes saman fitnah berhubung dakwaan salah guna laku dalam jawatan awam berkaitan siasatan kes 1 Malaysia Developement Berhad (1MDB) dan dana 2.6 billion.
Saman itu difailkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir, Bekas Ketua Umno Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan  dan bekas ahli Umno Langkawi, Anina Saadudin.
Hakim Mahkamah Tinggi Abu Bakar Jais membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan Tan Sri Cecil Abraham yang mewakili Perdana Menteri dan Mohamad Haniff Khatri Abdulla yang mewakili kesemua responden.
Abu Bakar bagaimanapun memberikan lanjutan seminggu dan mengarahkan Najib menfailkan pembelaan saman itu pada 9 Jun ini.
Pada 10 Mei lalu Tun Mahathir, Khairuddin dan Anina memfailkan permohonan untuk memanggil dan menyoal balas Najib berhubung afidavit bagi menyokong saman fitnah yang difailkan itu.
Dalam permohonan itu mereka memohon perintah mahkamah bahawa sekiranya Najib gagal hadir untuk disoal balas pada masa yang ditetapkan mahkamah, afidavit sokongan itu tidak dibenarkan untuk digunakan dalam prosiding saman itu.
Mereka turut memohon prosiding interlokutori bagi permohonan Najib membatalkan saman berkenaan ditangguhkan sehingga 14 hari daripada tarikh Najib disoal balas.
Tun Mahathir, Khairuddin dan Anina mengemukakan alasan bahawa defendan telah mengeluarkan kenyataan yang samar, bercanggah dan tidak konsisten dengan fakta.

Noh Omar cabar PKR saman Rafizi

Dakwaan berlaku rasuah dalam pentadbiran kerajaan negeri pimpinan pembangkang menunjukkan mereka adalah parti 'cakap tak serupa bikin'.
noh-omar-rafizi-pkr
KUALA LUMPUR: PKR dicabar menyaman Setiausaha Agungnya, Rafizi Ramli berhubung dakwaan berlaku rasuah dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Ahli Parlimen Tanjung Karang, Datuk Seri Noh Omar turut berkata, dakwaan rasuah yang diterima Rafizi itu menunjukkan Pakatan Harapan (PH) adalah parti ‘cakap tak serupa bikin’.
“Sebelum dia (PH) berkuasa, kata nak wujudkan kerajaan bersih, tiada rasuah, integriti dan sebagainya. Tetapi apabila dia perintah kita tengok ini maklumat dari dalam.
“Yang ini bukan saya kata, yang ini pihak dia kata. Jadi ini satu perkara yang rakyat kena tengok, PH ini ibarat mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih,” katanya pada Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Selangor 2016 di Pusat Konvensyen Ideal Selayang.
Noh yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor berharap rakyat membuka mata terhadap gejala rasuah yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan Selangor di bawah pimpinan PKR.
Beliau juga menegaskan satu-satunya parti yang boleh menyatupadukan rakyat dan mentadbir negara dengan baik adalah BN.

Mesyuarat Pakatan Harapan tangguh lagi, Azmin tidak dapat hadir


Datuk Seri Mohamed Azmin AliDatuk Seri Mohamed Azmin AliMesyuarat Pakatan Harapan yang sepatutnya diadakan tengahari ini sekali lagi ditangguhkan dengan alasan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak dapat datang.
Menurut sumber, hampir kesemua pemimpin Amanah dan DAP sudah berada di bangunan parlimen bagi menyertai mesyuarat untuk membincangkan dua pilihan raya kecil tetapi mereka dimaklumkan mesyuarat dibatal di saat-saat akhir.
Antara yang ada di tempat mesyuarat sepatutnya berlangsung adalah Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, Timbalan Presiden Amanah Salahudin Ayub dan Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke.
Namun begitu, atas alasan sebahagian besar sudah ada, mesyuarat tidak formal diadakan.
Antara yang hadir adalah enam pemimpin Amanah yang diketuai Salahudin, PKR diketuai Wan Azizahdan DAP hanya hadir dua orang iaitu Anthony Loke dan Liee Chin Tong.
Sementara itu,  Presiden PKR Datuk Sei Dr Wan Azizah memberitahu, mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan tangguh sekali lagi disebabkan ramai pimpinan yang tidak dapat hadir pada mesyuarat yang sepatutnya diadakan hari ini.
"Menteri Besar (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) tak ada, Setiausaha Agung (Rafizi Ramli) tak ada sebab di mahkamah, dan Ketua Menteri (Lim Guan Eng) pun tak ada.
"Kita dapati ramai pimpinan utama yang penting tak ada," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas soalan pemberita berhubung penangguhan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan yang tertangguh buat kali ketiga hari ini.

Ku Li pun sokong usul 1MDB pembangkang, kata MP Tumpat

'Ini sahaja saya ada, tak kaya macam MP BN' - Dr Jeyakumar

Anthony Loke: Hudud bill another show from PAS

Zailah: Doakan segalanya berjalan lancar

Insya-Allah usul Hudud diterima, kata Mahfuz

Usul 1MDB ditolak, ada sesuatu disembunyikan - kata Azizah

Guan Eng enggan komen isu PRK, hudud

Mesyuarat ditangguh kali ketiga kerana ramai tak hadir

Nurul Izzah: We will stick to our timeline, no pressure from PAS

Zaid cadang Azalina diberi nama baru 'Cik Subjudis'

Datuk Zaid Ibrahim mencadangkan supaya Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Azalina Othman Said diberi nama baru.
Dalam Twitternya pagi ini, bekas menteri undang-undang itu mengesyorkan supaya Azalina diberi gelaran "Cik subjudis".
Beliau mengulas jawapan Azalina yang sekali lagi menyatakan unsur subjudis ketika ditanya di parlimen berhubung deposit dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Azalina menyebut demikian dalam jawapan bertulis di Parlimen kepada soalan ahli Parlimen pembangkang Dr Ko Chung Sen (DAP-Kampar) dan Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena).
Ko bertanya sama ada Najib tahu mengenai wang dalam akaun banknya dan keperluan memberitahu Bank Negara bagi memastikan tiada unsur-unsur pengubahan wang haram, penyelewengan dan rasuah.
Sementara itu, Zaid berkata perdana menteri tidak dapat mencari individu sesetia Azalina, yang didakwanya setanding Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak dan Pengarah komunikasi strategik BN Datuk Abdul Rahman Dahlan.
Bagaimanapun, beliau berkata, usaha mereka tidak lama lagi akan menjadi tidak relevan.
"Namun ia akan menjadi sia-sia, (Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad) Zahidi Hamidi akan mengambil alih tidak lama lagi," katanya tanpa mengulas lanjut.
Ironinya, lebih daripada satu dekad  lalu, Azalina membentuk perkongsian dengan firma guaman Tetuan Zaid Ibrahim & Co, yang dimiliki bekas menteri itu.
Azalina yang juga ahli parlimen Pengerang sekali lagi dibawa memasuki kabinet semasa rombakan Julai lepas.
Sebelum itu, kedudukan kabinet terakhir Azalina adalah Menteri Pelancongan pada 2008 hingga 2009. Pada bulan Mac, Azalina berkata soalan berhubung derma politik RM2.6 bilion tidak akan lagi dibangkitkan di parlimen.
Beliau berkata ini kerana perbincangan tersebut subjudis kerana permohonan badan peguam untuk membuat semakan kehakiman terhadap keputusan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang membersihkan perdana menteri daripada sebarang salah laku.

Warga bersifat robot jika gagal semai rohaniah- Sultan Nazrin

Kekuatan dalaman termasuk rohani merupakan benteng utama mencegah serta melindungi manusia daripada mudah dipengaruhi nafsu dan bersifat tamak haloba.
raja-nazrin
TAIPING: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini bertitah negara akan melahirkan warga bersifat robot yang berfungsi secara mekanikal jika kekuatan rohaniah tidak disemai sejak di bangku sekolah.
Baginda bertitah kekuatan dalaman termasuk rohani merupakan benteng utama mencegah serta melindungi manusia daripada mudah dipengaruhi nafsu dan bersifat tamak haloba.
“Kekuatan dalaman dan kekuatan rohani akan menghindar manusia daripada melakukan perkara yang melanggar prinsip kemanusiaan, bercanggah dengan undang-undang dan bertentangan dengan ajaran agama,” titah baginda pada sambutan Hari Guru peringkat negeri di Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah di sini.
Pada majlis itu, Sultan Nazrin berkenaan menyampaikan Anugerah Khas Tokoh Guru Perak kepada bekas guru Datuk Abdul Khalid Mohd Nasir, 72, yang juga bekas Exco Hal Ehwal Pertanian pada 1982 hingga 1988.
Titah Sultan Nazrin, Jawatankuasa Kabinet pada 1979 telah merumuskan dan memberi penekanan mengenai kepentingan aspek pembentukan nilai dalam sistem pendidikan negara.
Sultan Nazrin bertitah, laporan itu juga menegaskan tentang kepentingan melahirkan rakyat yang bersatu padu, terlatih dan berdisiplin selain menekankan kepada pendidikan akhlak.
“Laporan tersebut menggambarkan matlamat dan hasrat pendidikan negara tidak akan tercapai jika tidak berlandaskan nilai luhur dan murni,” titah baginda.

Pulau Pinang beku urusan tanah 1MDB sehingga skandal RM50 bilion dijelaskan, bimbang rumah 3,000 penduduk tak terbina

GEORGE TOWN, 26 MEI: Kerajaan Pulau Pinang akan membekukan semua urusniaga tanah 234 ekar di Air Itam dekat sini yang dibeli oleh syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan harga RM1.38 bilion sehingga ia mendapat penjelasan penuh tentang skandal RM50 bilion yang melibatkan syarikat tersebut.
Ketua Menteri, Lim Guan Eng, dalam satu kenyataannya hari ini, berkata setakat ini belum ada sebarang bentuk akauntabiliti dan ketelusan penuh untuk penjelasan skandal itu daripada 1MDB.
Katanya, ada kebimbangan sama ada janji 1MDB, termasuk daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri, untuk membina 9,999 unit rumah rakyat bagi menampung lebih 3,000 keluarga setinggan di Air Itam, dapat ditunaikan.
“Terdapat kebimbangan awam sama ada janji-janji ini masih praktikal dan dapat dilaksanakan memandangkan kos yang besar telah dilaburkan serta tiada milikan tanah 100 peratus.
“Keutamaan kerajaan negeri ialah untuk berdiri teguh bersama lebih 3,000 keluarga setinggan ini,” ujar beliau.
Sehubungan itu, Guan Eng berkata, sehingga kesemua persoalan tentang skandal 1MDB diperjelaskan, kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang urusniaga tanah ke atas tanah tersebut yang dibeli oleh 1MDB, sama ada permohonan tukar hakmilik tanah atau kebenaran gadaian, kecuali dengan pengesahan EXCO kerajaan Pulau Pinang.
Menurutnya, mesyuarat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang telah pun meluluskan usul membekukan urusan 1MDB pada 20 Mei lalu sehingga ia mendapat menjelaskan sepenuhnya tentang skandal RM50 bilion itu.
Beliau menjelaskan, keputusan Dewan Negeri meluluskan usul berkenaan bukan sahaja demi menjaga kepentingan 3,000 keluarga yang menetap secara setinggan di Air Itam, malah ia juga untuk “menjauhkan diri daripada sebuah syarikat yang terlibat dalam penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa”.
“Pihak Berkuasa Kewangan Singapura (MAS) telah mengarahkan Bank BSI daripada Switzerland, yang sedang disiasat berhubung urusannya dengan 1MDB supaya ditutup dan menarik semula status bank saudagar.

Skandal 1MDB: Bank Negara tutup kes selepas 1MDB bayar denda

Bank Negara Malaysia (BNM) telah menutup kes berhubung 1MDB, demikian menurut gabenornya, Datuk Muhammad Ibrahim.
Keputusan menutup kes itu dibuat selepas firma pelaburan negara itu membayar denda yang dikenakan sepenuhnya semalam, jelas Muhammad.
"Ada beberapa undang-undang lain yang ditadbir oleh pihak berkuasa lain dan kami akan terus memberikan kerjasama dalam hal ini," katanya, memetik laporan The New Straits Times.
Beliau berkata demikian semasa menghadiri Persidangan Perbankan Malaysia ke-20 di Kuala Lumpur, hari ini.
Terdahulu, Muhammad enggan mendedahkan nilai kompaun yang dikenakan sambil menyatakan ia bertentangan dengan polisi bank pusat itu untuk berbuat demikian.
Pada 28 April yang lalu, BNM mengeluarkan surat kompaun pentadbiran kepada 1MDB kerana gagal mematuhi sepenuhnya arahan yang dikeluarkan mengikut Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.
Ini termasuk mengkehendaki 1MDB menghantar balik wang yang dikirim ke luar negara berikutan pembatalan tiga kelulusan yang diberikan oleh BNM kepada 1MDB masing-masing pada 2009, 2010 dan 2011, kata BNM dalam satu kenyataan.
Bank pusat itu berkata 1MDB juga gagal mengemukakan bukti dan dokumen yang ditetapkan oleh BNM untuk memberikan alasan yang kukuh berhubung ketidakupayaan untuk mematuhi sepenuhnya arahan penghantaran balik itu.
1MDB diberikan tempoh sehingga 30 Mei 2016 untuk membayar kompaun tersebut.

KERAJAAN DIGESA MENARIK BALIK PENGKLASIFIKASIAN ‘RAHSIA’ TERHADAP LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA MENGENAI 1MDB DAN DITUNTUT MEMBENTANGKAN KERTAS PUTIH 1MDB

Pada 24 Mei 2016, selaku Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen Permatang Pauh saya telah mengemukakan satu usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) dan 18 (2) Peraturan-Peraturan Majlis Dewan Rakyat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat.
Pada hari ini, saya dimaklumkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat bahawa usul tersebut ditolak.
Saya melahirkan rasa kesal atas penolakan usul khusus saya yang begitu penting dan melibatkan kepentingan orang ramai.
Usul saya itu menggesa supaya YAB Perdana Menteri menarik balik pengklasifikasian laporan Ketua Audit Negara berkaitan 1MDB sebagai dokumen rahsia di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.
Melalui usul itu, saya telah membangkitkan 4 persoalan yang menyentuh soal kerahsiaan mengenai 1MDB:
Mengapakah Laporan PAC yang dibentangkan menggelapkan maklumat mengenai surat dari Bank Negara tentang hak milik syarikat Good Star Limited yang bukan anak syarikat Kumpulan PetroSaudi?
Mengapakah YB Pengerusi PAC bertindak memotong ayat yang telah dipersetujui oleh mesyuarat PAC yang menyentuh kaitan dengan Low Taek Jho (Jho Low) yang dikehendaki oleh polis bagi tujuan siasatan kaitan skandal 1MDB?
Bagaimanakah Parlimen akan mendapat jawapan-jawapan berhubung persoalan 1MDB yang sewajarnya dibahaskan apabila Laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB diklasifikasikan sebagai dokumen rahsia?
Bagaimanakah siasatan antarabangsa yang melibatkan negara Amerika Syarikat, United Kingdom, Luxembourg, Switzerland, Australia, Singapura dan Hong Kong yang sewajarnya dibantu oleh Pejabat Peguam Negara (AG) dapat diberikan kerjasama yang sebaiknya selama dokumen penting khasnya Laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB dirahsiakan?
Usul saya itu mempunyai kaitan dengan suatu usul yang telah saya kemukakan pada 28 April 2016 di bawah Peraturan Mesyuarat 27 (1),(2) dan (3) yang mencadangkan supaya Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengenai Kawalan Pengurusan Tadbir Urus 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dibentangkan pada 7 April 2016 dibahaskan di dalam Majlis Dewan Rakyat.
Sehingga ke hari ini, skandal 1MDB gagal diberikan jawapan sewajarnya sama ada melalui Laporan PAC, jawapan rasmi Kerajaan dalam Dewan Rakyat dan diburukkan lagi dengan percubaan menutup maklumat melalui pengklasifikasian Laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB sebagai dokumen rahsia.

Laporan Kepada SPRM Dan Nasihat Anwar Ibrahim Supaya Kembali Kepada Matlamat Reformasi


Saya ucapkan terima kasih atas maklumbalas yang diberikan oleh pelbagai pihak sejak teguran saya di dalam kumpulan whatsapp “Solidarity for Anwar” dibocorkan dan menjadi isu politik hangat. Ada yang mengkritik, ada yang menyokong, ada yang bimbang, ada yang memfitnah, ada yang ambil kesempatan. Saya terima semua maklumbalas ini dengan berlapang dada kerana ia gambaran masyarakat kita yang rencam.
052616 Reformasi-01Ada satu pandangan dari kalangan pendokong parti dan rakyat terbanyak yang bimbang bahawa perkara ini akan melemahkan parti. Ada yang lebih kasar dan menuduh saya sudah dibeli oleh Dato’ Seri Zahid Hamidi dan Umno untuk mensabotaj parti demi melepaskan diri dari pelbagai dakwaan di mahkamah yang saya sedang hadapi.
Oleh sebab itulah saya menyerahkan dulu kepada keputusan Presiden dan Biro Politik untuk menentukan sama ada saya boleh melaporkan aduan salahlaku terus kepada pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Keputusan itu saya buat dengan mengambil kira rencam pandangan mengenai isu ini dan jika tidak berhati-hati, niat baik saya untuk saling ingat mengingati akan bertukar menjadi polemik politik yang boleh merenggangkan lagi kebersamaan di dalam parti.
Makanya saya berharap rakyat memahami bahawa sedang komitmen saya kepada pencegahan rasuah adalah tidak berbelah bagi baik di dalam atau luar parti; saya juga perlu sensitif kepada adu domba politik yang boleh mengeruhkan keadaan.
Alhamdulillah Presiden parti, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Biro Politik membuat keputusan yang tepat seperti yang saya yakini dari awal. Presiden bersama-sama Biro Politik mengarahkan bahawa saya membawa terus semua aduan yang saya perolehi sekarang ke SPRM agar siasatan telus boleh dimulakan. Saya memilih untuk tidak hadir dalam mesyuarat Selasa lepas kerana saya adalah pihak yang berkepentingan (“interested party”) dan lebih wajar sekiranya keputusan Biro Politik dibuat tanpa dipengaruhi oleh saya sendiri.
Saya bersyukur dan berbangga menjadi anggota KEADILAN sejak hari pertama parti ini ditubuhkan apabila saya dimaklumkan keputusan itu. Keputusan Presiden dan Biro Politik minggu ini akan menjadi satu rujukan (“precedent”) selepas ini bahawa mana-mana anggota parti yang mempunyai maklumat salah laku atau penyelewengan melibatkan anggota parti atau pentadbiran yang membabitkan anggota parti boleh melaporkan terus ke SPRM atau pihak berkuasa tanpa perlu khuatir ia bakal dilihat sebagai tindakan mensabotaj parti.
Keputusan itu adalah hadiah terbaik kepada peringatan Dato’ Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini supaya pimpinan dan anggota parti tidak menyimpang dari niat dan matlamat asal perjuangan reformasi.
Semasa reformasi tercetus dalam tahun 1998, saya adalah Pengerusi Majlis Tertinggi Pelajar Malaysia di UK (UKEC) iaitu gabungan pelajar Malaysia luar negara yang terbesar di dunia. Sebagai pimpinan pelajar pada ketika itu, saya terjun menyertai anak muda lain di jalanraya dengan matlamat yang jelas: reformasi adalah perubahan sistem yang meletakkan rakyat di atas; reformasi bukan solekan kepada sistem sedia ada, reformasi bukan penambahbaikan kepada sistem yang diamalkan Barisan Nasional. Reformasi bukan transformasi dan bukan deklarasi.
Di awal tercetusnya reformasi, ia berjaya meledakkan idea-idea yang sebelum itu ditolak mentah-mentah dan dilihat tidak sesuai di negara ini. Hasil reformasi, citra politik tanahair bertukar menjadi lebih terangkum (“inclusive”) apabila KEADILAN menjadi parti politik pelbagai kaum yang paling berjaya dan paling lama bertahan lantas merintis kepada kemungkinan sistem dua parti bertapak di Malaysia.

No fresh probes into 1MDB, says Bank Negara

Bank Negara Governor says its investigation into 1MDB is complete, regardless of the actions against BSI Bank by Singapore authorities.
Muhammad-Ibrahim_bnm_1mdb_600
KUALA LUMPUR: Bank Negara will not reopen investigations into 1MDB in the wake of BSI Bank being closed down by the Singaporean authorities, says Bank Negara Governor Muhammad Ibrahim.
Speaking to reporters on the sidelines of the 20th Malaysian Banking Summit, Muhammad said as far as Bank Negara was concerned, based on its jurisdiction, its investigations into 1MDB were complete, following 1MDB’s payment of a compound to Bank Negara.
It had been previously reported that 1MDB had been given until May 30 to pay Bank Negara’s compound for failing to repatriate monies remitted abroad. The amount of the compound has not been disclosed.
“Regulatory authorities will carry out their investigations based on the rules and regulations under their jurisdiction.
“There are other laws administered by other authorities, and Bank Negara will give our cooperation on this matter.”
Earlier this week, the Monetary Authority of Singapore (MAS) announced the closure of BSI Bank in the country due to repeated violations of money-laundering regulations and other misconduct.
MAS did not explicitly name Malaysian state fund 1Malaysia Development Bhd in its statement.
However, the Swiss Financial Market Supervisory Authority said in Zurich that Swiss-based BSI AG had committed serious breaches of money laundering regulations through business relationships and transactions linked to the corruption scandals surrounding 1MDB.
Meanwhile, AmBank chairman Azman Hashim said the RM53.7 million fine on the group last year for compliance breaches was an “expensive lesson.”
The Australian reported last November, that AmBank paid a RM53.7 million fine after Bank Negara found it had breached anti-money-laundering and counter-terrorism finance obligations in relation to “politically exposed persons”.

Pulau Pinang bekukan transaksi dengan 1MDB

Kerajaan Pulau Pinang akan membekukan pembelian 234 ekar tanah di Air Itam oleh 1MDB sehingga terdapat "kebertanggungjawaban dan ketelusan' berkaitan firma itu, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng.
Keputusan itu dibuat selepas dewan undangan negeri meluluskan usul untuk menghalang mana-mana transaksi kerajaan negeri dengan 1MDB Jumaat lepas.
1MDB telah membeli tanah Air Itam bernilai RM1.38 bilion sebelum pilihan raya umum ke-13.
Lim berkata kerajaan negeri menyekat transaksi itu kerana ia tidak yakin 1MDB akan melaksanakan pembinaan 9,999 rumah untuk3,000 keluarga yang akan diusir.
"Terdapat kebimbangan orang ramai sama ada janji-janji yang praktikal dan boleh dipenuhi berdasarkan pelaburan yang tinggi dan hakikat bahawa (1MDB) tidak memiliki 100 peratus daripada tanah itu," katanya dalam satu kenyataan media.

Kerajaan BN bertegas Good Star milik PetroSaudi

Kerajaan terus menegaskan bahawa Good Star Limited, firma yang menerima AS$1.03 bilion daripada 1MDB adalah milik PetroSaudi International.
Ini di sebalik pendedahan oleh anggota Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Tony Pua bahawa Bank Negara mendapati Good Star dimiliki oleh individu yang tidak berkaitan dengan PetroSaudi.
"Berdasarkan rekod syarikat 1MDB, Good Star Limited adalah dimiliki oleh kumpulan PetroSaudi pada masa pembayaran dana tersebut dibuat oleh 1MDB.
"Semua pembayaran dana yang dibuat oleh 1MDB adalah untuk memperoleh kepentingan sebanyak 40 peratus dalam syarikat usahasama.
“Dana tersebut juga telah diakui diterima oleh kumpulan PetroSaudi berdasarkan perjanjian-perjanjian yang dimeterai pada masa pembayaran tersebut dibuat," kata Kementerian Kewangan dalam jawapan bertulis di parlimen semalam.
Ia berkata demikian ketika menjawab soalan daripada Pua yang ingin tahu pemilik sebenar syarikat Good Star Limited yang menerima bayaran AS1.03 bilion daripada 1MDB.
Dalam soalannya, Pua merujuk kepada kenyataan Bank Negara kepada PAC bahawa nama Good Star tidak dimasukkan dalam laporan mengenai 1MDB.
Kenyataan bank pusat itu berbunyi: "Bank Negara Malaysia telah dimaklumkan secara sukarela oleh pihak berkuasa negara itu yang Good Star Limited adalah sebuah syarikat yang dimiliki oleh individu yang tidak mempunyai kaitan dengan Kumpulan PetroSaudi."
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said, bagaimanapun berkata bahawa garis itu dipadamkan daripada laporan PAC kerana ia adalah sulit.
Good Star Limited telah dikaitkan dengan hartawan kelahiran Pulau Pinang Jho Low yang menafikan beliau adalah sebahagian daripada syarikat itu.

Saya ‘bergurau saja’ suruh guru latih tepuk tangan, kata MB Terengganu

Ahmad Razif Abdul Rahman tidak menyangka “gurauannya” tentang sikap guru yang tidak suka bertepuk tangan menjadi satu arahan kepada sekolah sehingga beliau dikecam. — Foto BernamaAhmad Razif Abdul Rahman tidak menyangka “gurauannya” tentang sikap guru yang tidak suka bertepuk tangan menjadi satu arahan kepada sekolah sehingga beliau dikecam. KUALA LUMPUR, 26 Mei — Arahan meminta guru-guru mengadakan latihan tepuk tangan seperti diperkatakan di Internet hanyalah “satu gurauan”, kata menteri besar Terengganu.
Ahmad Razif Abdul Rahman berkata perkara itu tidak perlu diperbesarkan kerana guru-guru di negeri itu sudah dianggap beliau bagai rakan sendiri.
“Tidak payah panjangkan [isu ini] kerana saya bergurau sahaja kepada guru-guru,” katanya dalam satu mesej ringkas kepada ProjekMMO malam tadi.
“Ini kerana mereka adalah rakan-rakan saya. Tidak tahu pula jadi macam ini,” katanya, yang pernah bertugas sebagai guru dan pensyarah institut perguruan.
Sejak petang semalam tersebar di media sosial yang mendakwa guru-guru di Terengganu telah diarah mengadakan latihan tepuk tangan selama lima minit.
Ia turut mendakwa pihak sekolah harus mengemukakan bukti bergambar latihan telah dijalankan.
Menurut salinan mesej WhatsApp yang tersebar, isu ini dikatakan bermula daripada gesaan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) yang mendapat aduan menteri besar tentang guru-guru yang tidak bertepuk tangan di satu majlis yang dihadiri beliau.
Susulan itu, muncul arahan tidak rasmi daripada jabatan itu agar sekolah melatih guru-guru bertepuk tangan selama lima minit, termasuk sewaktu perhimpunan mingguan.
Selain itu, tersebar pula video di Facebook dan YouTube yang menunjukkan sekumpulan besar guru dan murid di sekolah rendah di Kuala Terengganu sedang bertepuk tangan. Latihan ini dikatakan berlaku semalam.
Kesahihan maklumat di media-media sosial tersebut, setakat ini, tidak dapat disahkan.
Butiran acara yang dihadiri menteri besar juga masih kabur. Namun ia dipercayai pada sambutan Hari Guru peringkat negeri ke-45 yang diadakan Selasa lalu di Kuala Nerus.
ProjekMMO sedang mendapatkan reaksi pihak JPNT berhubung kandungan WhatsApp tersebut seperti didakwa.

Soalan RM42 juta dalam akaun Najib subjudis sembang menteri Umno

Kerajaan sekali lagi menggunakan alasan subjudis dalam keengganannya menjawab sama ada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tahu mengenai deposit dalam akaun
bank peribadinya.
Ini berikutan kerajaan menolak soalan diberikan ahli parlimen pembangkang yang bertanya mengenai status RM42 juta SRC International Sdn Bhd yang masuk ke akaun Najib.
"Untuk makluman ahli yang berhormat, pertanyaan ini tidak dapat dijawab pada masa ini kerana perkara ini dalam timbangan mahkamah (subjudis) selaras dengan nota Tuan Yang Dipertua Dewan Rakyat bertarikh Khamis, 31 Mac 2016," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said.
Beliau berkata demikian kepada Dr Ko Chung Sen (DAP-Kampar) dan Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) dalam jawapan bertulis di parlimen semalam.
Ko bertanya sama ada Najib mempunyai pengetahuan tentang wang dalam akaun bank peribadinya dan sama ada perlu memberitahu Bank Negara untuk memastikan tiada unsur-unsur pengubahan wang haram, penyelewengan dan rasuah.
"Minta Perdana Menteri menyatakan sama ada beliau mempunyai dokumen sokongan untuk menunjukkan semua pergerakan wang tersebut adalah sah," soal Ko.
Mahfuz pula bertanya apakah status RM42 juta wang berkenaan dimasukkan ke akaun peribadi perdana menteri tanpa disedari oleh perdana menteri dan tanpa diketahui SRC International.
"Adakah wang tersebut telah dikembalikan kepada SRC atau telah dibelanjakan oleh perdana menteri," soalnya.

Nik Abduh: Rundingan PRK dah habis lama


Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz

KUALA LUMPUR - Pas mengesahkan tiada lagi rundingan bersama PKR berhubung ketetapan bertanding pada PRK Parlimen Sungai Besar dan Kuala Selangor.
Ketua Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata, rundingan bersama PKR berhubung calon di dua kerusi Parlimen itu juga telah lama selesai.
“Rundingan dah banyak hari habis dah. Cuma sekarang ini ialah Pakatan Harapan yang tak buat keputusan mereka lagi,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, semalam.
Nik Abduh berkata, Pas bersedia berhadapan dengan segala kemungkinan sekiranya bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad turun berkempen pada PRK kali ini
“Kita dah buat perkiraan tentang semua kumpulan yang bertelagah. Pas bersedia dan ada strategi untuk berhadapan dengan Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
“Dan kita tahu bahawa kumpulan Tun M akan menjejaskan Umno,” katanya.

PRK: MANA SATU YANG BETUL?

Betulkah tak beri kesan, bro?

Benarkah juga sokongan kepada BN tak berubah, walau dengan kehadiran Tun Mahathir berkempen untuk calon Pakatan Harapan?
Atau Nazri Aziz ini sekadar mahu menyedapkan hati sendiri?

Bagaimana pula dengan pandangan Annuar Musa ini?

Bimbang atau tak bimbang sebenarnya?

"Menang Untung, Kalah Balik Modal": Pas bersedia berhadapan dengan kumpulan kempen Tun M

Pas bersedia berhadapan dengan kumpulan kempen Tun Dr Mahathir dalam dua PRK di adakan kelak.Pas bersedia berhadapan dengan kumpulan kempen Tun Dr Mahathir dalam dua PRK di adakan kelak.Pas bersedia berhadapan dengan segala kemungkinan sekiranya bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad turun berkempen pada PRK kali ini.
“Kita dah buat perkiraan tentang semua kumpulan yang bertelagah. Pas bersedia dan ada strategi untuk berhadapan dengan Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
“Dan kita tahu bahawa kumpulan Tun M akan menjejaskan Umno,” kata Ketua Pemuda Pas Nik Abduh Nik Abdul Aziz kepada media di lobi parlimen seperti dilapor Sinarharian online hari ini.
 Pas  juga mengesahkan tiada lagi rundingan bersama PKR berhubung ketetapan bertanding pada PRK Parlimen Sungai Besar dan Kuala Selangor.
Nik Abduh berkata, rundingan bersama PKR berhubung calon di dua kerusi Parlimen itu juga telah lama selesai.
“Rundingan dah banyak hari habis dah. Cuma sekarang ini ialah Pakatan Harapan yang tak buat keputusan mereka lagi,” ujarnya.

PAS lebih kuat selepas orang bermasalah keluar - Dr Zuhdi

Zuhdi berkata, orang bermasalah sudah keluar dan PAS menjadi lebih berdisiplin dan kuat.
 zuhdi
KUALA LUMPUR: Di saat UMNO serta Pakatan Harapan (PH) berdepan isu dalaman masing-masing, PAS terus kukuh menjelang PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada bulan depan.
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Zuhdi Marzuki berkata, ini kerana parti itu mempunyai dasar perjuangan yang kukuh dan ahli berdisplin.
Tambahan katanya, “pemimpin-pemimpin bermasalah” sudah keluar daripada parti Islam itu selepas Pemilihan Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat dan Muktamar tahun lalu.
“Orang bermasalah sudah keluar dan PAS menjadi lebih berdisiplin dan kuat,” katanya merujuk sejumlah tokoh PAS yang tewas pada Pemilihan AJK PAS Pusat pada Jun 2015 bertindak keluar parti dan menubuhkan AMANAH.
Beliau berkata, DAP juga mempunyai masalah sendiri, seperti peletakan jawatan ADUN Skudai, Dr Boo Cheng Hau sebagai Ketua Pembangkang DUN Johor pada Oktober tahun lalu serta usaha berterusan ADUN Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu membawa usul mengehadkan tempoh jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang.
“Parti lain (pula) bercempera. UMNO berpecah belah sehingga terpaksa pecat Timbalan Presiden dan Naib Presiden. PRK juga begitu – surat dari jeriji besi ada yang kata sah, ada yang kata tidak sah. Berlaku perbezaan pendapat dan serang-menyerang,” katanya di hadapan kira-kira 300 hadirin pada program ceramah perdana ‘Road to PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar’ di markas PAS Taman Melewar malam tadi.
Ini adalah ceramah perdana sulung PAS menjelang dua PRK itu pada 18 Jun ini. Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dijadualkan memberi ucapan, dibatalkan pada saat-saat akhir.

Reformasi era Deklarasi Rakyat

Reformasi bukan seperti tajuk lagu band Ekamatra, “Pusara di lebuh raya.”
Perjalanan ku terhenti
Di lebuh raya ini
Terpandang pusara diam menyepi…
Nah! Reformasi bukan tunggul mati. Sang pembaharu tidak boleh dan tidak bisa terperangkap di masa lalu. Peristiwa selingkar 1998 itu menjadi gah bukan sahaja kerana tersingkirnya Anwar Ibrahim, tetapi apabila munculnya keberanian rakyat turun ke jalan raya dalam siri demonstrasi yang tiada hujung. Belum pernah dalam sejarah tanah air, rakyat Malaysia daripada pelbagai bangsa, lebih-lebih lagi anak muda begitu berani melakukan tunjuk perasaan.
Sudah tentu reformasi bukan hanya tunjuk perasaan. Niatnya adalah untuk melakukan perubahan ke arah kebaikan. Tanpa menyedari apa masalah bangsa, kita tak sedar apa perlunya terus bergerak mencari jawapan.
Justeru itu, “Pengisytiharan Permatang Pauh” menetapkan tiga perkara pokok. Satu, menuntut perdana menteri waktu itu meletak jawatan; kedua, melakukan reformasi; dan ketiga, menyentuh soal demokrasi.
Maksudnya, Reformasi 1998 itu tidak hanya tuntutan politik kekuasaan. Ada tuntutan penambahbaikan sistem pemerintahan yang bersekali dengan perbincangan mengenai demokrasi. Dari sana, muncullah tuntutan seperti kebebasan badan kehakiman, hak asasi meliputi hak berhimpun, hak bersuara, kebebasan media serta pilihan raya yang adil dan bersih.
Inilah jasa besar Reformasi 1998 apabila perjuangan itu punya teras pemikiran dan percambahan idea kenegaraan. Sampai hari ini pun, perkara berkenaan masih dibincangkan dan memberi tekanan masa ke semasa kepada pemerintah.
Namun, reformasi bukan pusara di lebuh raya. Sedari awal perjuangan tidak terikat untuk membela hanya satu-dua tokoh. Itu bukan matlamatnya. Bukan juga idealismenya. Reformasi dan segala perjuangan yang bersambung darinya harus dengan keyakinan asas untuk menentang kejahatan dan kezaliman; menegakkan kebaikan dan keadilan.
Selepas 18 tahun, muncul pula Deklarasi Rakyat - satu dokumen hitam putih baru yang cukup berkemajuan. Dokumen itu cukup progresif apabila pertama kali di dalam sejarah Malaysia sejak sebelum dan selepas merdeka, ianya perlu ditandatangi oleh rakyat.
Banyak petisyen sebelum ini yang cuba mendapat tandatangan masyarakat, namun jumlahnya tidaklah sepertimana yang berjaya dikumpul oleh Deklarasi Rakyat. Dengan perlu membubuh nama penuh, nombor kad pengenalan dan tandatangan, kini jumlah penandatangan mencecah 1.3 juta warganegara!

"Menang Untung, Kalah Balik Modal": Kaum Cina tidak lagi sokong DAP, kata PAS Selangor

Kaum Cina tidak lagi menyokong DAP dan ini akan membantu PAS Selangor dalam merampas dua kerusi Parlimen Sungai Besar, kata Exco PAS Kerajaan Selangor Zaidy Abdul Talib.
Zaidy yang juga Adun PAS Taman Templer itu berkata pertemuan jentera mereka mendapat kaum Cina kini mempunyai sentimen marah kepada DAP yang menyifatkan mereka sebagai punca perpecahan Pakatan Rakyat.
“Kami ada berjumpa dengan sekelompok orang Cina di Sungai Besar yang marah kepada DAP.
“Mereka ini marah kepada DAP kerana menjadi punca perpecahan Pakatan Rakyat. Kita yakin mereka akan menyokong PAS nanti,” kata Zaidy semasa ceramah PAS malam tadi di markas Taman Melewar, Gombak.
Sungai Besar mempunyai 67.18 peratus pengundi Melayu, 30.68 peratus pengundi Cina, 1.91 peratus pengundi India dan 0.23 peratus pengundi dari kaum lain.
Pengundi Cina antara faktor utama yang perlu diambilkira buat parti yang bertanding.
Zaidy juga mendakwa PAS mempunyai penyokong ‘hardcore’ di Sungai Besar yang setia menyokong parti Islam tersebut.

RUU Hudud Hadi muncul kali ketiga dihari terakhir Parlimen

Rang Undang-Undang (RUU) Ahli Persendirian mengenai hudud muncul semula dalam kertas perintah Parlimen, pada hari terakhir sidang Dewan Rakyat hari ini.
Ini walaupun PAS bertegas mahu meletakkan calonnya bertanding dalam pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar bulan depan.
Kedua-dua kerusi Parlimen itu mempunyai lebih 30 peratus pengundi bukan Melayu.
Rang undang-undang itu, disenaraikan sebagai item No 15, iaitu yang terakhir dalam kertas perintah itu, yang bermakna ia mungkin tidak sempat dibentangkan.
Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi memperkenalkan RUU itu dalam dua sidang Dewan Rakyat, masing-masing pada 7 April dan 17 Jun 2015. Tetapi usulnya tidak dibahaskan di Dewan Rakyat dalam kedua-dua sesi tersebut.
RUU itu bertujuan untuk meminda undang-undang persekutuan, Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, untuk memberi laluan kepada pelaksanaan undang-undang hudud di Kelantan dan negeri-negeri lain.
Pada masa ini, Akta itu menghadkan Mahkamah Syariah boleh mengenakan hukuman maksimum penjara tiga tahun, denda maksimum RM5,000 dan enam sebatan rotan. Ini dikenali sebagai peraturan 3:5:6.

PAS bertanding tak kacau orang lain, kata Idris Ahmad

Rasuah: 'Bapa jangan kencing berdiri' - Adam Kadir

SHAH ALAM - Bekas Speaker Dewan Negara, Tan Sri Adam Kadir mengambil pepatah Melayu yang menyebut, 'kalau bapa kencing berdiri, anak kencing berlari' merujuk kepada senario rasuah yang melanda negara ini.
Menurutnya, perkara itu dapat dielakkan jika dari awal-awal lagi pihak atasan tidak mengambil rasuah.
Tan Sri Adam Kadir "Kita harus ingat pepatah Melayu yang banyak kebijaksanaan daripada dulu lagi. 'Kalau bapa kencing berdiri, anak kencing berlari'. Jika dah nampak orang atas buat sekali, dia akan buat 10 kali.
"Jadi, inilah sebabnya, bapa itu jangan kencing  berdiri awal-awal lagi supaya anak-anaknya tidak membuat lebih teruk daripada itu," katanya pada Wacana Sinar Harian Siri ke-39 yang membawa tajuk ‘Siapa lebih berkuasa: Pentadbir atau ahli politik?’, di Kumpulan Media Karangkraf, semalam.
Sebelumnya, beliau menyentuh soal kuasa 'menasihat' yang diberi hanya kepada perdana menteri.
"Umpamanya sekarang ini, siapa yang boleh memberi kenaikan pangkat kepada hakim-hakim mahkamah tinggi? Semuanya atas nasihat perdana menteri.
"Sekiranya orang yang nak 'recommend' itu menghadapi perbicaraan di mahkamah kemudian pesuruhjaya kehakiman yang nak naik pangkat ini harus menghakimi dia.
"Dia (hakim) akan memikirkan pangkat dia juga. Dia mesti buat keputusan supaya orang yang nak beri dia naik pangkat tidak terasa hati," katanya.

Exco Selangor: ‘Azmin ugut Pas atau Pas ugut Azmin?’


Exco Selangor: 'Azmin ugut Pas atau Pas ugut Azmin?'

Ada yang tanya saya berhubung berita kononnya Menteri Besar mengarahkan Exco PAS meletak jawatan sekiranya terus berdegil ingin bertanding di Parlimen Sungai Besar. Saya menjawab bahawa persoalan Pilihan Raya Kecil dan jawatan Exco kerajaan Negeri Selangor perlu dipisahkan dan dilihat secara berasingan. Ianya tiada kena-mengena di antara satu sama lain.
Menggunakan jawatan Exco sebagai bahan ugutan, samada oleh Menteri Besar, untuk memaksa PAS menarik diri dari bertanding di PRK Sungei Besar, atau oleh PAS, untuk memaksa persetujuan supaya PAS bertanding, adalah tidak wajar dan tidak patut dilakukan. Jawatan Exco bukan bahan untuk digunapakai membuat ugutan tetapi ianya adalah tanggung-jawab dan amanah yang penting.
Perlantikan atau perlucutan jawatan tersebut seharusnya atas dasar prestasi yang ditunjukkan dan bukan atas percaturan politik mana-mana pihak. Walaupun persoalan kesetian dan kepatuhan adalah penting, ianya tidak boleh dilihat dari sudut kesetian dan kepatuhan yang sempit.
MB mengugut?
Namun demikian, perlu saya sebut bahawa saya terkejut sekiranya MB telah menggunakan jawatan exco tersebut sebagai bahan ugutan dalam perundingan berhubung PRK Sungai Besar.
Lebih-lebih lagi apabila diambil kira betapa beliau telah berusaha sekian lama mempertahankan penyertaan PAS dalam kerajaan Selangor, walaupun dikritik oleh berbagai pihak. Adalah pelik, setelah bertungkus lumus mempertahankan penyertaan PAS dalam kerajaan Negeri Selangor, beliau menjejaskan kerjasama ini demi PRK Sungai Besar.
Adakah mungkin PRK ini dilihat begitu penting sehingga sanggup menggadaikan segala yang diusahakan selama ini?
Berdasarkan komitmen MB dan PKR terhadap penyertaan PAS dalam kerajaan Selangor selama ini, saya menganggap dakwaan kononnya MB mengugut PAS sedemikian rupa sebagai satu perkara yang sukar dipercayai.
Setelah mengharungi segala kritikan dan cemuhan kerana ingin terus berkerjasama dengan PAS, adalah amat menghairankan sekiranya sekarang ini beliau memusnahkan segalanya semata-mata kerana PRK Sungai Besar.
Lebih-lebih lagi apabila diambil kira bahawa ianya Parlimen yang telah dimenangi BN, maka sekiranya tidak dapat dimenangi sekalipun melalui PRK ini, ianya bukanlah sesuatu yang memalukan. Oleh itu, tidak wajar hubungan PKR dan PAS yang dipentingkan beliau selama ini dijejaskan semata-mata kerana satu kerusi Parlimen!
Oleh itu apabila berita tersebut dinafikan MB, saya lebih cenderung mempercayainya.
Lagi pun saya rasa tidak mungkin PAS akan berdiam diri sekiranya benar mereka diugut sedemikian rupa!
Sudah pasti demi menjaga maruah parti mereka akan bertindak balas untuk memahamkan MB bahawa jawatan exco tersebut tidak penting bagi mereka.
Senario kedua
Ada juga yang mengatakan bahawa sebenarnya PAS yang mengugut dan pada saya ini merupakan senario yang lebih munasabah.
Ramai masih ingat bagaimana, demi mempertahankan TSKI sebagai MB Selangor satu ketika dahulu, PAS pernah mengancam kestabilan kerajaan Negeri.
PAS sanggup bertindak sehingga ke tahap menyokong TSKI memecat Exco PKR dan DAP dari kerajaan Negeri Selangor. Komitmen PAS terhadap kerajaan Negeri Selangor yang mantap dan stabil, yang terdiri dari PKR, DAP, PAS dan sekarang AMANAH, adalah tidak menentu dan dilihat begitu minima.