Isnin, 23 Mei 2016

Anwar: Jangan ikut agenda dia

Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meminta pemimpin PKR supaya tidak mengikut agenda bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebaliknya menumpukan kepada agenda rakyat.
Beliau berkata isu berkaitan kenaikan harga barang, kebajikan dan kontroversi berhubung Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) perlu diberikan perhatian dan menjadi agenda utama.
"Kekalkan kerjasama tidak timbul perkara itu... kita kata jangan lupa agenda, bukan ikut agenda dia (Mahathir) tetapi ikut agenda rakyat. Harga barang macam mana, kebajikan macam mana dan IPP (Pengeluar Tenaga Bebas) macam mana, jangan ikut sistem kroni dan rasuah serta kezaliman lalu. Itu mesej saya," katanya ketika ditanya pemberita berhubung kerjasama PKR dengan Dr Mahathir.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas keputusan permohonannya di Mahkamah Persekutuan di Putrajaya hari ini ditolak untuk memasukkan keterangan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Datuk Ramli Yusuff dalam semakan pensabitan kes liwatnya, atas alasan keterangan itu tidak relevan dan tidak signifikan.
Anwar turut mengesahkan penyebaran sepucuk surat baru-baru ini ditulisnya sendiri ketika berada di mahkamah.
Katanya tujuan surat itu ditulis pada peringkat awal hanya untuk rujukan kepimpinan dalam parti PKR bagi mengingatkan mereka supaya tidak menyimpang daripada perjuangan asal.

UNDILAH BN !!!.. Satu persatu aset2 negara bakal tergadai..

Firma minyak Rusia mungkin beli aset Petronas setelah Najib kembali dari Russia ??

RUPA2NYA.. Firma minyak dan gas Rusia, Zarubezhneft mungkin membeli aset Petronas, kata Menteri Tenaga Rusia, Alexander Novak setelah beliau menghadiri Sidang Kemuncak Peringatan Asean-Rusia.

INGAT !!!.. Apa dah terjadi selama Najib memerintah negara ???

1. Najib terpalit dgn skandal kewangan terbesar negara 1MDB
2. Aset TNB dah tergadai pada komunis -China

ADAKAH aset Petronas juga bakal tergadai kelak ??!!!

Firma minyak Rusia mungkin beli aset Petronas..!!

Firma minyak dan gas Rusia, Zarubezhneft mungkin membeli aset Petronas, kata Menteri Tenaga Rusia, Alexander Novak.
Menurut Novak, Rusia juga sedang meningkatkan produk minyak dan minyak di rantau Asia Pasifik.
"Selain itu, Zarubezhneft menunjukkan minat dalam mengkaji aset Petronas. Pihak terbabit sedang mengadakan rundingan," katanya yang dipetik agensi berita Rusia Tass pada Jumaat lalu.
"Bagi Zarubezhneft, ia sedang mengkaji peluang melaksanakan projek-projek di Malaysia.
"Zarubezhneft mempunyai banyak pengalaman untuk meningkatkan keberkesanan dalam bidang sedia ada, dan menawarkan perkhidmatan dan penyertaannya," kata Novak.
Novak tidak menyatakan aset-aset negara yang sedang diintai oleh Zarubezhneft.
Beliau berkata demikian pada Sidang Kemuncak Peringatan Asean-Rusia di Sochi pada 20 Mei.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menghadiri sidang kemuncak dua hari itu.
Petronas pada Mac lalu berkata syarikat negara itu akan mengurangkan kira-kira 1,000 peluang pekerjaan dalam usaha untuk mengurangkan kosnya di tengah-tengah kejatuhan harga minyak mentah dunia.
Petronas melaporkan keuntungan sebelum cukainya menurun sebanyak 53 peratus kepada RM36 bilion bagi tahun berakhir 31 Dis, 2015.
Malaysiakini telah menghubungi Petronas untuk mendapatkan komen.

Belilah tanah rizab Melayu ikut nilai pasaran

Menggunakan status tanah rizab Melayu untuk membeli tanah pada harga rendah adalah zalim, kata wakil rakyat AMANAH dan UMNO
tanah-rizab-melayu-1
KUALA LUMPUR: Ahli-ahli Parlimen hari ini mengingatkan kerajaan supaya berlaku adil ketika membeli tanah rizab Melayu dan membayar mengikut harga pasaran, bukannya bawah harga pasaran mengikut status tanah.
Berucap di Dewan Rakyat hari ini, Khalid Samad (AMANAH-Shah Alam) berkata orang Melayu menjadi mangsa apabila kerajaan membeli tanah daripada mereka pada harga rendah.
“Tanah rizab Melayu bertujuan untuk membantu orang Melayu tetapi sebaliknya dimangsakan kerajaan.
“Menggunakan status tanah rizab Melayu untuk membeli tanah pada harga rendah adalah zalim,” kata Khalid ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Pengambilan Tanah (Pindaan) 2016.
Menyokong peringatan itu adalah Othman Aziz (BN-Jerlun) dan Hasbullah Osman (BN-Gerik) yang mempertikaikan mengapa Jabatan Penilaian meletakkan nilai yang rendah pada tanah rizab Melayu.
“Nilai tanah tidak sepatutnya berdasarkan kepada status (tanah rizab Melayu). Sepatutnya berdasarkan kepada nilai pasaran,” kata Hasbullah, dan menambah Kerajaan Persekutuan sepatutnya menunjukkan contoh dengan meletakkan nilai yang lebih tinggi daripada harga pasaran apabila membeli tanah rizab Melayu.
“Apa salahnya menawarkan lebih tinggi? Bukannya kerajaan akan rugi atau muflis jika berbuat demikian.
“Kita (kerajaan) mampu memberikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), jadi apa masalahnya (membayar lebih untuk tanah rizab Melayu)?”
Hasbullah berkata kerajaan boleh mengaut keuntungan yang lebih besar sekiranya tanah itu dimajukan, dan sebagai contoh, rumah yang dibelinya sendiri dan dijual dengan keuntungan besar.
“Saya beli sebuah rumah di Pandan Indah pada harga RM68,000 dan menjualnya pada harga RM360,000. Ini semua kerana pembangunan.”

Mohamad Sabu antara calon AMANAH PRK Sungai Besar

Salahuddin Ayub dan Datuk Seri Nizar Jamaluddin juga disenaraikan sebagai calon PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
khalid-mat-sabu
KUALA LUMPUR: Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu adalah antara nama yang disenaraikan sebagai calon parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar.
Selain itu, Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub dan bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin juga disenaraikan sebagai calon PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
“Kita ada banyak lagi nama tetapi belum diputuskan lagi,” kata Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Abdul Samad berkata kepada Bernama di lobi Parlimen di sini, hari ini.
Terdahulu, dalam satu sidang media di Parlimen, Khalid berkata Amanah berpendapat sukar bagi PKR bertanding menentang PAS pada kedua-dua PRK itu memandangkan kedua-dua parti pembangkang itu mempunyai hubungan yang baik.
Sehubungan itu, katanya Amanah bersedia mewakili Pakatan Harapan dalam PRK berkenaan.
Menurutnya PKR perlu menerima hakikat bahawa PAS tidak akan menarik diri daripada bertanding.
Oleh itu, tumpuan perlulah diberikan kepada mengukuhkan kedudukan Pakatan Harapan di dua kerusi itu, kata Khalid.
Sementara itu, Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika ditemui pemberita berkata PKR dan PAS masih boleh berbincang berhubung isu calon bagi memastikan hanya satu calon daripada pembangkang menentang Barisan Nasional (BN) pada kedua-dua pilihan raya kecil itu.
Katanya beliau tidak pernah menemui Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk berunding tentang calon bagi kedua-dua PRK itu.
Namun, katanya beliau telah pun bertemu Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Pengarah Pilihan Raya Pusat PAS Datuk Mustafa Ali dan Setiausaha Politik Presiden PAS Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berhubung perkara itu.
Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail juga berkata beliau yakin PKR dan PAS dapat berbincang mengenai pilihan raya kecil berkenaan.

BAGAIMANA AGAKNYA NAJIB AKAN DIKENANG 20 TAHUN AKAN DATANG?

Pepatah ada mengingatkan - harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.

Pepatah lain pula mengingatkan - yang penting bukan bagaimana kita bermula, tetapi di mana pengakhiran kita.

Kedua-dua pepatah ini adalah ingatan untuk kita agar sentiasa menjaga nama baik dalam kehidupan. Bila baik perbuatan kita, maka yang ditinggalkan pun tentulah nama yang baik juga.

Sebaliknya jika buruk perbuatan atau perlakuan kita, maka buruklah juga nama yang ditinggalkan.

Lebih-lebih lagi sebagai pemimpin, meninggalkan nama serta jasa yang boleh dikenang dan pengakhiran yang baik itu memang jauh lebih penting berbanding orang biasa sebagai kebanggaan kepada waris-waris yang ditinggalkan.

Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj dikenang sebagai Bapa Kemerdekaan serta pemimpin yang banyak mengajak rakyat pelbagai kaum untuk saling bertolerasi sebagai asas penting mengisi pembebasaan negara dari penjajahan.

Tun Razak diingati sebagai Bapa Pembangunan berikutan beberapa dasar yang diperkenalkannya untuk membasmi kemiskinan dan merapatkan jurang antara kaya dengan miskin.

Tun Hussein Onn dikenali sebagai Bapa Perpaduan berikutan tindakannya yang lebih ke arah memupuk keharmonian dan hubungan baik sesama rakyat.

Tun Mahathir Mohamad disanjung sebagai Bapa Pemodenan yang bukan saja merubah negara dengan mencipta pelbagai kejayaan dan kecemerlangan, bahkan juga menjulang nama Malaysia lebih dikenali di peringkat antarabangsa.

Tun Abdullah Badawi lebih sinonim dengan memperkenalkan Islam Hadhari, memperluaskan industri makanan halal dan menggalakkan peningkatan modal insan.

Najib Razak?

Sebagai parti masa depan, Amanah disambut hangat generasi muda, kata Wan Rahim


Datuk Wan Abdul Rahim meraikan rombongan Arif nasional di Kota BharuDatuk Wan Abdul Rahim meraikan rombongan Arif nasional di Kota Bharu
Sambutan hangat golongan muda kepada parti Amanah khususnya di Kelantan menjadikan parti itu mula diiktiraf rakan dan pesaing, kata Pengerusi Amanah Kelantan, Dato' Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.
"Saya sendiri yakin dapat naik pangkat lebih cepat dari yang dijangka," kata beliau ketika meraikan rombongan Arif nasional di majlis makan tengahari di Kota Bharu hari ini.
Maksud naik pangkat kata beliau ialah mengambil jawatan sebagai penasihat dan menyerahkan jawatan pengerusi sekarang kepada orang muda.
"Dari awal saya tidak sanggup untuk menerajui sebuah parti tetapi kerana sukar dicari yang sesuai saya menerima, tetapi sekarang syukur kerana kini parti Amanah telah disertai begitu ramai orang muda maka tempoh asal saya bercadang jadi pengerusi boleh dipendekkan dan saya boleh bergerak ke jawatan lebih atas," katanya.
Menurut Wan Rahim beliau begitu terkejut semasa berkempen di Sarawak baru-baru ini apabila begitu ramai orang muda turut serta.Majlis penyampaian bantuan sambutan Ramadan kepada pengayuh beca oleh Pengarah Arif Nasional Juhari OsmanMajlis penyampaian bantuan sambutan Ramadan kepada pengayuh beca oleh Pengarah Arif Nasional Juhari Osman
"Sebahagian saya kenal sejak bekerja dalam parti lama tetapi lebih ramai saya tidak kenal kerana mereka kebanyakannya baru dalam bidang politik," katanya.
Sebelum itu diadakan satu majlis penyampaian bantuan kepada pengayuh beca (disebut teksi di Kota Bharu) sebagai acara bulanan dan kali ini bersempena menyambut kedatangan Ramadan.
"Belanja bantu penggatih teksi (pengayuh beca) tadi pun diusahakan sepenuhnya oleh orang-orang muda yang bekerja di sekitar ini dan di luar Kelantan," kata beliau.
Kata beliau ramai orang muda yang berjumpa dengan beliau menyatakan rasa selesa dengan parti Islam baru Amanah ini kerana memberi ruang lebih luas untuk menjalin persahabatan dan membuat kerja-kerja kebajikan.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada rombongan Arif nasional yang sudi hadir ke Kelantan.
"Saya berharap pihak Arif nasional memberi bantuan dalam bentuk latihan kepimpinan dan peningkatan kemahiran kepada Arif Kelantan sehingga kita dapat melaksanakan pelbagai tugas terutama apabila berhadapan suasana bencana seperti banjir," katanya.

Benarkah Pas boleh menang di Sungai Besar?

Oleh Azmi Hassan
Lazimnya jika berlaku pilihanraya kecil (PRK), parti yang menjadi tumpuan adalah parti yang menyandang kerusi tersebut dan dalam PRK Kuala Kangsar dan juga Sungai Besar, maka logiknya tumpuan adalah kepada Umno.
Tetapi menarik terutama sekali di kawasan Parlimen Sungai Besar tumpuan telah beralih daripada Umno kepada Pakatan Harapan dan Pas kerana kemenangan calon tidak lagi bergantung kepada siapa calon Umno tetapi lebih menjerumus sama ada keputusan yang bakal diambil oleh Pakatan Harapan dan Pas.
Secara logiknya agak sudah pasti Pas tidak akan melepaskan peluang meletakan calon mereka kerana kawasan parlimen tersebut dari segi tradisinya di wakili oleh calon dari parti tersebut. Bermula dari pilihan raya umum (PRU) 2004, di turuti dengan PRU 2008 dan kali terakhir PRU 2013, calon Pas berjaya mengurangkan perolehan undi calon Umno.
Jika PRU 2004 menyaksikan perbezaan undi di antara calon Pas dan Umno adalah 31 peratus tetapi PRU 2008 menyaksikan penyusutan perbezaan perolehan undi memihak kepada calon Pas kepada 20 peratus dan kali terakhir pada PRU 2013 calon Pas hanya tewas sebanyak 399 undi iaitu perbezaan undi sebayak satu peratus sahaja.
Sebab itu dari segi logiknya Pas sepatutnya meletakkan calon mereka kerana kekuatan Pas semakin bertambah kuat.
Kenyataan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang beberapa hari lalu bahawa tiada lagi perbincangan dengan Pakatan Harapan mengenai pendirian Pas di Sungai Besar bagaikan telah memuktamadkan keputusan kepimpinan Pas yang tetap dengan pendirian mereka adalah parti yang paling kuat dan mampu menewaskan calon Umno.

Tetapi timbul sedikit keraguan mengenai kekuatan sebenar Pas di Sungai Besar walaupun keputusan PRU 2013 memberi persepsi mengenai kekuatan Pas.
Tetapi perlu di beri perhatian bahawa bahawa Pas bertanding pada PRU 2004 dalam gabungan pembangkang yang dipanggil Barisan Alternatif sementara PRU 2008 dan 2013 melalui Pakatan Rakyat.
Sebab itu timbul sedikit kemusykilan tentang kekuatan sebenar Pas kerana keputusan ketiga-tiga PRU adalah bersandarkan kekutan pakatan pembangkang manakala status quo Pas pada masa kini adalah berada diluar pakatan pembangkang.

Negara jadi ‘penjara’ untuk penentang Najib

SHAH ALAM -  Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad secara sinis menyebut negara ini bakal menjadi ‘penjara’ besar kepada sesiapa sahaja yang menentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Pasport itu keistimewaan. Termaktub dalam Perlembagaan. Perlembagaan dan undang-undang juga menyebut, jika kamu tidak memuji Najib, pasport kamu akan dirampas.
Tun Dr Mahathir Mohamad “Sekarang negara akan menjadi ‘penjara’ besar kepada semua yang menentang Najib kepada media asing di luar negara,” katanya dalam catatan blognya, hari ini.
Sebelum ini, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed mengesahkan terdapat peruntukan di bawah Jabatan Imigresen iaitu mana-mana individu mengkritik kerajaan tidak dibenarkan ke luar negara dan kebenaran untuk ke luar negara merupakan satu keistimewaan bukannya hak.
Pada 15 Mei lalu, Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah dilaporkan tidak dibenarkan berlepas ke Korea Selatan.
Melalui catatan sama, Mahathir sekali lagi secara sinis turut berikrar untuk memuji Najib ketika beliau berkunjung ke luar negara.
“Saya jadi contoh dengan memuji Najib dan RM2.6 bilion di dalam akaunnya setinggi langit apabila ke luar negara. Sebarang ucapan saya di luar dan jawapan saya kepada mana-mana media asing akan mengetengahkan soal penahanan dan penangkapannya yang demokratik,” katanya.

Bos Tourism Malaysia mengamuk buang bunting AirAsia di pameran

Pengerusi Tourism Malaysia Wee Choo Keong bertindak luar batasan apabila mengamuk dengan membuang bunting syarikat penerbangan tambang murah AirAsia semasa dalam sebuah pameran di Beijing 20 Mei baru-baru ini.
Wee bertindak menjerit dan mengarahkan kepada stafnya supaya menurunkan semua bunting berkaitan AirAsia semasa pameran ‘Beijing International Tourism Expo’ (BITE) dan disaksikan oleh orang ramai yang berada semasa pameran itu.
“AirAsia tidak membayar yuran untuk meletak jenama mereka di pameran (pavillion),” kata Wee yang dipetik dalam laporan media di Beijing.
Petugas AirAsia yang bertugas semasa pameran itu juga tertekan dengan tindakan liar Wee.
Sementara itu, bos AirAsia Tony Fernandes dalam status akaun Facebooknya menyifatkan tindakan Wee itu keterlaluan dan tidak wajar dilakukan oleh seorang pengerusi yang sepatutnya menjaga imej negara.
“Bertahun-tahun individu ini menyeksakan kami. Kami tidak tahu kenapa. Sudah menjemputnya banyak kali untuk melawat AirAsia Allstars. Tapi ini sudah keterlaluan. AirAsia membawa masuk banyak pelancong China. Kamu boleh mengadili sendiri siapa salah dan siapa yang benar,” kata Tony dalam

KENAPA MEREKA INI masih nak perbodohkan rakyat ??

Anak syarikat Tabung Haji, TH Plantations Bhd telah rugi RM7.15 juta pada suku pertama 2016..

TETAPI KENAPA PULA Pengerusi TH pula kata.. prestasi TH kukuh, tidak mengalami SEBARANG MASALAH KEWANGAN atau KERUGIAN ??

YANG "loss of RM7.15m" tu menda !!!
Makna "loss" tu.. untung ka rugi !!!

TAHUN INI SAHAJA sehingga suku kedua 2016 TNB dah untung total RM3.29 bilion ??!!

Tarif elektrik Malaysia masih lagi 'high-class', sementara negara jiran S'pore dan Indonesia menurunkan tarif elektrik masing2 disebabkan harga minyak dunia yang murah.

Malaysia merupakan negara maju yang kaya raya. Rakyatnya MEMANG suka bayar lebih. Andai harga barang turun pasti rakyat akan protes dengan persoalan "KENAPA TURUNKAN HARGA BARANG ?" kami lebih dari mampu.. buat #10kerja pon xper.. rakyat nak niaga online pon nak dikenakan CUKAI !!!

Sampai gitu sekali kemewahan yang dikecapi rakyat negara ini. Sekian, terima kasih..

Surat Anwar: Teks tidak mati

Surat panjang Anwar Ibrahim dari penjara Sungai Buluh sudah pun dipublikkan. Tafsiran tentang isi kandungannya tidak terbendung lagi. Sekali terlepas ke ruang awam, ia bebas untuk ditafsirkan dengan pelbagai tafsiran.
Begitulah umumnya sifat sebuah teks – tidak mati. Selagi ada yang membacanya ia akan terus hidup dan bernafas. Nyawa sebuah teks itu diberikan oleh wacana-wacana baik melalui tulisan mahu pun lisan, secara rasmi mahu pun tidak rasmi yang mengangkat, menganalisa dan menafsirkannya.
Dalam konteks budaya Malaysia yang lebih cenderung kepada wacana lisan, teks hidup bernafas dan berkembang di warung-warung kopi, restoran-restoren mamak serta kafe-kafe kelas menengah bila ia disembang dan dibincangkan oleh khalayak awam, aktivis politik dan kelompok inteligensia masyarakat.
Teks yang dibaca dan diangkat dalam wacana-wacana lisan atau tulisan atau kenyataan media akan dimaknai sesuai dengan kepentingan kelompok yang mentafsirkannya. Dari sudut ini makna teks tersebut sudah tidak mungkin seperti asal lagi kerana ia tertakluk kepada pembacaan dan pentafsiran yang diberikan oleh pembaca-pembacanya sendiri. Pembacanyalah yang menentukan makna teks tersebut.
Begitu juga dengan teks surat Anwar ini. Ia telah pun, sedang dan akan terus dibincangkan dan dimaknai mengikut pandangan masing-masing. Sekurang-kurangnya dalam tempuh sebulan dua ini ketika isu ini masih panas atau sehingga Anwar membuat penjelasan yang lebih tuntas.
Apa pun tafsiran dan makna yang diberikan, sebuah teks yang dinukilkan oleh seorang Anwar Ibrahim pasti akan mencetuskan gejolak politik khususnya dalam PKR, Pakatan Harapan dan gerakan Deklarasi Rakyat.
Ini tak terelakkan. Kerana Anwar adalah sosok kepimpinan yang punya wibawa tinggi di mata pendukungnya. Iltizam beliau di dalam memperjuangkan keadilan untuk Malaysia sudah teruji dan beliau terus komited dengan agenda reformasi dan demokrasi.
Tambahan pula dengan seksaan penjara yang dilalui dan aib yang dilemparkan ke atas beliau dan keluarganya dengan tuduhan yang diragui kesahihannya, status Anwar sebagai pahlawan yang dizalimi terpasak kejap dalam sejarah bangsa Malaysia.
Dan bagi ramai pendukung Anwar, Anwar adalah insan yang hampir tiada cacat-celanya. Kata-kata Anwar hampir berstatus sabda. Justeru itu, setiap fraksi-fraksi politik khususnya dalam PKR akan mengeksploitasi sepenuhnya surat Anwar ini mengikut kepentingan masing-masing. Tafsiran terhadap isi kandungan surat akan dibuat untuk mengukuhkan kedudukan fraksi sendiri dan menyerang fraksi lawan.
Bukan PKR sahaja akan terkesan dengan polemik yang dihasilkan oleh surat Anwar ini tapi turut menerima kejutan ialah Pakatan Harapan dan juga gerakan Deklarasi Rakyat. Dalam empat hingga lima hari ini sahaja kita sudah melihat bagaimana kepimpinan dalam parti-parti politik pembangkang dan tokoh-tokoh masyarakat sivil (NGO) sudah pun bercanggah pendapat khususnya tentang Deklarasi Rakyat dan penglibatan Mahathir Mohamad dalam deklarasi tersebut.
Sokong Dr M = khianati Anwar?
Dari satu sudut hal ini menunjukkan betapa penting dan berpengaruhnya sosok Anwar dalam gerakan politik di Malaysia walau pun tubuhnya terpenjara. Tapi gema suaranya yang disalurkan melalui surat beliau itu mampu menggoncangkan hala tuju dan strategi yang telah diambil oleh gerakan.
Tapi dari sudut yang lain pula ini menunjukkan betapa politik Malaysia masih bergantung kepada politik sosok. Suatu ciri feudalisme yang masih kuat. Iaitu kebergantungan kepada sosok untuk mendorong atau mengubah sesuatu gerakan politik.
Ia juga menunjukkan bahawa politik Malaysia khususnya di pihak pembangkang ketandusan sosok kepimpinan yang punya wibawa tinggi sehinggakan terpaksa bergantung kepada seorang pemimpin yang masih mendekam di penjara. Pimpinan yang sedia ada di kalangan pembangkang tidak mampu untuk memberi kepimpinan jitu yang mampu menggabungkan kekuatan massa rakyat yang pelbagai itu untuk menjatuhkan regim yang memerintah.

Hadi perjelas isu 'lembu Umno, babi DAP'

Ramai tertanya-tanya sama ada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang benar-benar berkata lebih baik PAS “mengembala lembu Umno daripada babi DAP”.
Bagaimanapun, jawapan beliau di parlimen hari ini mungkin tidak dapat merungkai tanda-tanya itu.
Ketika diminta mengesahkan laporan itu Hadi hanya menjawab Islam tidak menghalang golongan bukan Islam membela babi.
“Maksud saya Islam tidak menghalang orang bukan Islam, yang dibenarkan oleh agama mereka, termasuk menternak babi dan lain-lain. Itu hak mereka.
“Tetapi tidak boleh libat orang Islam,” katanya ketika ditemui pemberita sewaktu hendak beredar daripada bangunan parlimen hari ini.
Beliau ditanya soalan dalam bahasa Inggeris, sama ada beliau benar-benar mengeluarkan kenyataan itu seperti dilaporkan The Star sebelum ini.
Tidak jelas sama ada Hadi tidak jelas terhadap soalan pemberita atau sengaja mahu mengelak isu itu.
Dibuang dari artikel
Semakan juga mendapati bahagian berkenaan telah dipadamkan daripada artikel asal.
Pemberita tidak dapat bertanya lanjut kepada Hadi hari ini kerana beliau bergegas masuk ke dalam kereta dan menutup pintu sebelum berlalu.
Hadi sebelum ini dilapor berkata demikian pada mesyuarat khas berkaitan pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar di rumahnya di Terengganu.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pada 19 Mei lalu menuntut pengesahan Hadi sama ada beliau benar-benar mengeluarkan kenyataan kesat itu.

Artikel itu melaporkan Hadi bersedia membenarkan tiga exconya di Selangor dipecat selepas mendapat amaran oleh kerajaan Selangor jika PAS bertegas meletakkan calon di Sungai Besar.
PAS Selangor menyangkal spekulasi berhubung 'kata dua' dari Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali itu.

Dr M ikrar puji 'pemimpin besar' Najib setinggi langit

Tun Dr Mahathir Mohamad, yang terkenal dengan sindiran sinisnya berikrar untuk memuji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak apabila beliau berada di luar negara.
"Saya akan menjadi contoh dengan memuji Najib dan RM2.6 bilion dalam akaunnya setinggi langit apabila di luar negara.
"Sebarang ucapan saya di luar negara dan ketika menjawap soalan dalam mana-mana temu bual dengan media asing akan mengketengahkan penangkapan demokratiknya dan penahanan rakyat...
"Saya tidak akan berhenti daripada bercakap tentang sumbangan besar Najib kepada Islam sehingga orang Arab memberinya AS$681 juta.
"Juga tentang kebebasan bersuara perwakilan Umno suapaya tidak bercakap mengenai 1MDB dan RM2.6 bilion dalam akaun pemimpin besar mereka," kata bekas perdana menteri itu dalam blognya.
Mahathir berkata demikian sebagai mengulas pendirian Putrajaya bahawa pasport adalah satu keistimewaan dan mereka yang membidas kerajaan boleh dihalang daripada ke luar negara.
Ini adalah sebagai respons ke atas Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah yang dihalang ke Korea Selatan untuk menerima anugerah.

Ali Tinju: Tangkap individu gesa baling telur tembelang pada Najib, Rosmah

Kenyataan itu dianggap boleh mengancam keselamatan Najib dan Rosmah.
ali-tinju-1
PETALING JAYA: Polis digesa menyiasat individu bernama Sharizan Ibrahim yang didakwa cuba mengancam keselamatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.
Presiden Gerakan Baju Merah, Mohd Ali Baharom membuat laporan polis susulan kenyataan yang dimuat naik dalam status Facebook individu terbabit yang mengajak semua rakyat Terengganu menyediakan telur untuk dibaling pada muka Najib dan Rosmah.
“Gerakan Merah mengambil tanggungjawab untuk membuat laporan polis agar kertas siasatan polis segera buka dan Sharizan Ibrahim dipanggil ekoran kenyataannya yang boleh mengancam dan membahayakan keselamatan Najib dan Rosmah,” katanya kepada pemberita dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.
Dalam pada itu Ali Baharom atau lebih dikenali Ali Tinju berpandangan kenyataan satu tindakan tidak bertanggungjawab apabila Najib telah banyak memajukan negara dari aspek pembangunan dan keharmonian negara.
“Kenyataan berbaur hasutan itu tidak sepatutnya dipandang ringan oleh polis. Jika perkara ini berterusan, ia akan menjejaskan kredibiliti perdana menteri di mata luar negara.
“Kita lihat negara kita dalam keadaan aman dan tidak ada perbalahan dalam kalangan kaum,” katanya.

Rasuah di Selangor, Rafizi bawa dalam mesyuarat PKR esok


Rafizi bawa kes rasuah di selangor ke mesyuarat PKRRafizi bawa kes rasuah di selangor ke mesyuarat PKR
Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli akan mengemukakan bukti berhubung dakwaan rasuah dalam kerajaan Selangor kepada presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada mesyuarat PKR esok.

Rafizi berkata setiap kes berkaitan disiplin akan dibawa kepada biro disiplin parti dan tindakan selanjutnya akan diambil terhadap mereka yang didapati bersalah.

"Saya akan menyerahkan segala bukti kepada beliau (presiden) dan kita akan menunggu perbincangan dalam parti sebelum membuat keputusan untuk melaporkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Baru-baru ini, beberapa portal berita melaporkan kononnya terdapat amalan rasuah dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

Laporan itu dibuat berikutan pendedahan perbualan aplikasi WhatsApp Rafizi yang didakwa mendedahkan wujud permintaan "untuk mendapatkan wanita" sebagai habuan dalam urusan dengan kerajaan negeri.

Rafizi dalam perbualan itu didakwa mengatakan menerima aduan bahawa selain wang yang diminta untuk urusan dengan kerajaan negeri, terdapat juga permintaan untuk mendapatkan wanita.

TINDAKAN BETUL OLEH TUN M

Kesediaan Tun Mahathir Mohamad untuk turun berkempen membantu calon Pakatan Harapan dalam pilihanraya kecil Parlimen Sungai Besar harus dilihat sebagai berita gembira kepada rakyat yang inginkan perubahan dan pembaharuan.

Ini juga merupakan tindakan yang betul yang dilakukan oleh bekas Perdana Menteri itu dalam usaha berterusannya memberi tekanan kepada Najib.

Bukankah selama ini pimpinan UMNO sendiri yang mengatakan jika ingin menumbangkan Najib agar melakukannya melalui pilihanraya?

Kini, dengan pengesahan Khairuddin Abu Hassan, bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan bahawa Tun Mahathir akan turut berkempen membantu calon Pakatan Harapan di Sungai Besar, beliau sebenarnya hanya melakukan apa yang digalakkan oleh pemimpin UMNO sendiri.

Meskipun sehingga ini Khairuddin, individu yang diketahui rapat dengan bekas Perdana Menteri itu hanya mengesahkan kesediaan Tun Mahathir berkempen di Sungai Besar saja, namun adalah dipercayai beliau akan melakukan perkara yang sama juga di Kuala Kangsar nanti.

Maka, janganlah pula ada yang "melompat-lompat kepanasan"  dan menyerang Tun Mahathir dengan pelbagai ungkapan yang seolah-olah beliau tidak mengenang jasa UMNO, ingin "membunuh"  UMNO dan seumpamanya berikutan tindakannya ini.

Tun Mahathir hakikatnya hanya memilih satu lagi saluran yang sah untuk menyingkirkan Najib.

Mengalahkan BN dalam pilihanraya kecil ini, walaupun tidak mengubah kedudukan kerajaan Pusat, tetapi ia adalah mesej penolakan serta permulaan kepada mudahnya lagi untuk menjatuhkan "Pahlawan Bugis" itu.

Bubar AMANAH jika gagal raih 3,000 undi di 2 PRK - Ramesh Rao

Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao mencabar Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu supaya membubarkan parti itu jika mereka gagal menyerlah dalam pilihan raya kecil (PRK) 18 Jun ini.
Beliau membuat cabaran terbuka itu dalam kenyataan media hari ini.
Kata Ramesh beliau melihat AMANAH begitu bernafsu mahu meletakkan calon pada PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar.
"Ini cabaran terbuka kepada pucuk pimpinan AMANAH!! Bubarkan parti AMANAH jika terima kurang 3,000 undi di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar," katanya.
Ramesh berkata pada pilihan raya Sarawak baru-baru ini, AMANAH gagal memperoleh walaupun satu kerusi, sebaliknya semua sembilan calon diketengahkan parti itu kehilangan deposit RM5,000.
Beliau berkata, tiada sebarang faedah untuk AMANAH menjadi wadah perjuangan rakyat jika gagal memperolehi undi melebihi 3,000.
Hal itu kerana, kata Ramesh, ia berbeza dengan apa yang sering diperkatakan pemimpin AMANAH bahawa parti itu menjadi pilihan rakyat.
"Jangan lupa bahawa AMANAH adalah parti serpihan PAS selepas pemimpinnya gagal menang ketika pemilihan," kata Ramesh.
Hari penamaan calon PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya pada 5 Jun ini.

Mahathir akan turun PRK, pastikan BN kalah

Tidak seperti Sarawak, Tun Dr Mahathir Mohamad dikatakan akan turut berkempen menentang BN dalam dua pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar bulan depan.
“Tun Mahathir sudah kata dalam kenyataan terbuka.

“Tun Mahathir kata dia nak turun Kuala Kangsar dan Sungai Besar,” kata bekas pemimpin akar umbi Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.
Ditanya sama ada beliau akan berkempen untuk Pakatan Harapan, Khairuddin menjawab:
“Nampaknya begitulah kerana Tun Mahathir sangat konsisten. Dia kata apa pun kena kalahkan BN.
Malah, kata Khairuddin, jika PAS bertanding pun sokongan harus diberikan kepada parti Islam itu.

Kerusi parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar, yang dimenangi BN dalam pilihan raya umum lalu kosong berikutan kematian anggota parlimennya dalam nahas helikopter di Sarawak pada 5 Mei lalu.
Pilihan raya kecil untuk kedua-dua kawasan itu akan diadakan pada 18 Jun depan.

Rundingan dengan PAS gagal, Amanah sedia tanding di dua PRK


Khalid anggap masa untuk berunding dengan Pas sudah tamatKhalid anggap masa untuk berunding dengan Pas sudah tamat
Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini menyatakan kesediaan mereka bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar selepas rundingan Pakatan Harapan (PH) yang diketuai beberapa pemimpin PKR gagal menemui penyelesaian dengan PAS.
Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Abdul Samad berkata, kegagalan itu jelas apabila Pas secara tegas telah menyatakan pendirian mereka untuk mempertahankan kedua-dua kerusi berkenaan dan mengumumkan telah menutup pintu rundingan.

“Amanah mengesyorkan PKR menerima kenyataan bahawa Pas tidak akan menarik diri dan tumpuan harus diberi untuk mengukuhkan cabaran PH di dua kerusi tersebut.

“Sudah cukup masa dan usaha ditumpukan kepada perundingan dengan Pas. Umum mengetahui bahawa Pas menolak usaha ini dan oleh itu persoalan tiga penjuru yang bakal berlaku bukan hasil kehendak dan sikap PH,” katanya pada sidang media di parlimen hari ini.

Ekoran itu, beliau turut mendesak Majlis Presiden Pakatan Harapan segera mengadakan mesyuarat bagi memutuskan parti mana yang akan mewakili Pakatan Harapan pada kedua-dua PRK tersebut.

“Amanah berpendapat, sukar bagi PKR untuk bertanding menentang PAS pada PRK ini.

“Oleh itu, Amanah bersedia untuk mewakili PH dalam kedua-dua PRK ini dan mengucapkan terima kasih kepada DAP Selangor atas sokongan terbuka mereka untuk Amanah mewakil PH di Sungai Besar,” katanya.

Anwar Masih Kuat Mahu Lawan

PM diberi lebih kuasa lagi, kata Wong Chen

Biarkan kita berentap dengan PAS, kata Khalid

Banjir teruk landa Klang, adakah unsur rasuah?

Ambil tindakan segera terhadap Tun M, kata bekas ahli DAP

Deklarasi Rakyat bukan hak Dr M, kata Manivanan

PRK: DAP Sokong Calon Pakatan Harapan

Pakatan Harapan Belum Putus Calon PRK

PRK: PKR, Pas Lupakan Rundingan, Biar Amanah Tanding

Saya sihat dan akan terus lawan, kata Anwar

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau masih sihat dan berikrar akan meneruskan perjuangan.
Ketika bercakap kepada pemberita ketika dikawal ketat oleh anggota Jabatan Penjara, Anwar dilihat tersenyum.
"Saya sihat dan akan terus lawan," katanya.
Anwar baru-baru ini dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur kerana tekanan darah tinggi.
Ini adalah penampilan pertama Anwar di mahkamah selepas dimasukkan ke hospital.

Dilaporkan bahawa peguam Anwar, Sivarasa Rasiah yang juga adalah Ahli Parlimen Subang dalam tulisan di Facebook, berkata bahawa ketua umum PKR itu dimasukkan ke hospital di HKL akibat tekanan darahnya yang tidak stabil.
"Marilah semua berdoa untuknya," katanya di Facebook.
Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh atas kesalahan meliwat pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Fight for people not Dr Mahathir, Anwar tells Opposition

Wakil Umno: Azmin bakal kena sabotaj di Sungai Besar

Seorang ADUN Umno membuat spekulasi mungkin ada percubaan untuk mensabotaj Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali pada pilihan raya kecil parlimen Sungai Besar akan datang.
Halimaton Saadiah Bohan berkata pesaing politiknya dalam PKR dan Pakatan Harapan mungkin melakukan ini untuk memalukan Azmin yang juga adalah timbalan presiden PKR.
Azmin dikatakan cuba melobi supaya calon PKR mewakili Pakatan Harapan pada pilihan raya 18 Jun ini yang diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Noriah Kasnon.
Walau bagaimanapun, PAS menyatakan dengan jelas bahawa parti itu tidak akan berganjak.
Pada pilihan raya umum 2013, Pakatan Rakyat menurunkan calon PAS yang tewas dengan majoriti tipis sebanyak hampir 400 undi.
Sementara itu, Halimaton berkata, jika calon pembangkang dikalahkan, keputusan itu akan digunakan sebagai modal dalam usaha menekan dan seterusnya memburukkan imej Azmin.
“Kecil atau besar sabotaj yang akan dilakukan saya percaya akan berlaku. Takkanlah musuh politik beliau di dalam parti dan juga pakatan harapan akan berpeluk tubuh. Inilah masa dan peluang yang terbuka luas untuk memburukan imej beliau.
"Letaklah calon daripada parti mana sekalipun usaha untuk mensabotaj tetap akan berlaku….kita tengoklah nanti,” kata ADUN Kota Damasara itu yang dipetik oleh Umno-Online hari ini.
Halimaton seterusnya dilaporkan berkata budaya sabotaj sesama sendiri di dalam parti pembangkang bukanlah perkara pelik dengan melihat apa yang berlaku pada pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini.
Beliau merujuk tindakan DAP dan PKR yang bertembung di kerusi selepas rundingan mencecah jalan buntu.

Jika tewas lagi 2 PRK, ‘pelamin angan’ pembangkang musnah

Cita-cita rakyat Malaysia melihat kesepaduan serta kesepakatan parti pembangkang, umpama 'pungguk rindukan bulan'.
pakatan-ph
Selepas pembangkang menerima pukulan ‘KO’ daripada BN dalam PRN ke-11 Sarawak pada 7 Mei lalu, kekalutan terus berlaku dalam blok itu untuk menghadapi PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada 18 Jun ini.
Selepas berjaya menidakkan majoriti dua per tiga BN dan mendabik dada memenangi undi popular pengundi dalam PRU13 tiga tahun lalu, penyokong pembangkang mula sedar tiada cara sebenarnya untuk parti pembangkang bersatu hati membentuk sistem dua parti sebagai kaedah paling ideal menumbangkan BN dan UMNO.
PAS-PKR-DAP-AMANAH tidak mungkin dapat duduk semeja membentuk barisan kerajaan pemerintah menggantikan BN dan segala cita-cita rakyat Malaysia melihat kesepaduan serta kesepakatan antara parti ini, seperti ‘pungguk rindukan bulan’.
Walaupun BN terutamanya UMNO adalah ‘underdog’ dalam PRK Sungai Besar memandangkan penyandangnya, allahyarham Datuk Noriah Kasnon hanya menang majoriti 399 undi, jentera kerajaan Selangor yang ditunjangi PKR dikepalai Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali tetap terpaksa berdepan pelbagai serangan, bukan saja dalam kalangan pembangkang tetapi dalam parti sendiri.
Dengan sikap keras PAS yang tidak mahu berundur memberikan laluan kepada parti pembangkang lain terutama AMANAH, kepada surat terbuka Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memberi kata dua mengenai Deklarasi Rakyat ditunjangi Tun Dr Mahathir Mohamad hinggalah kebocoran ‘Whatsapps’ Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli mengenai rasuah wanita dan duit dalam kerajaan Selangor.
Semua faktor itu bukanlah ‘winning point’ untuk pembangkang terutama sekali kepada Azmin dalam memenangi PRK Sungai Besar apatah lagi PAS tidak akan berkompromi menyerahkan Sungai Besar serta Kuala Kangsar kepada Pakatan Harapan.
Itulah ujian paling besar yang perlu dihadapi Azmin bagi mengemudi Pakatan Harapan dan PAS bagi mengurangkan bilangan kerusi Parlimen yang dimiliki BN.

Minta perempuan: Rafizi serah kepada parti lapor SPRM atau tidak

Beliau juga berkata sudah mempunyai bukti terhadap dakwaan tersebut.
rafizi
KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli akan menyerahkan bukti berhubung dakwaan ‘permintaan perempuan’ dalam urusan kerajaan Selangor kepada presiden parti, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail esok.
Parti juga akan menentukan tindakan susulan, termasuk sama ada maklumat tersebut akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), katanya lagi.
“Kemungkinan besar hal ini akan dibawa ke peringkat parti malam esok,” katanya ketika ditemui di Parlimen, dan menegaskan pesanan Whatsapp tersebut merupakan peringatannya kepada semua, termasuk PKR sendiri, bahawa isu rasuah tidak boleh sesekali dipandang ringan.
Beliau juga berkata sudah memiliki bahan bukti berhubung dakwaan mengejutkan itu.
Tangkap layar perbualan di kumpulan Whatsapp ‘SOLIDARITY FOR ANWAR’ tersebar di internet, menunjukkan Rafizi berkata menerima aduan bahawa ada “permintaan perempuan”, selain wang, ketika berurusan dengan kerajaan negeri.
Dalam satu kenyataan sehari kemudian, Ahli Parlimen Pandan itu mengesahkan perbualan tersebut, dan antara lain menjelaskan ia melibatkan individu tertentu dan tidak merujuk mana-mana ADUN atau pegawai kerajaan negeri.

Tunggu respon PAS, Pakatan Harapan tangguh mesyuarat lagi

Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail memberitahu, mesyuarat Pakatan Harapan bagi membincangkan isu pilihan raya kecil ditangguhkan sekali lagi kerana menunggu respon daripada PAS.
Menurutnya, respon daripada PAS amat diperlukan memandangkan parti itu menyatakan hasrat mahu bertanding di kedua-dua kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar sebelum ini.
"Kita sekarang menunggu respon daripada PAS. Kita juga adakan mesyuarat secara tertutup kerana mereka yang bertanding di dua kerusi itu sebelum ini. Jadi ia merupakan salah satu cara untuk berunding bagaimana untuk menyelesaikannya (isu perebutan kerusi)," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Mesyuarat Pakatan Harapan sepatutnya diadakan pada Khamis lalu bagaimanapun ditunda kepada hari ini.
Bagaimanapun, mesyuarat pada hari ini juga ditangguhkan kepada tarikh yang belum ditetapkan.
Selain itu, ditanya sama ada kenyataan PAS yang tetap ingin bertanding di dua kerusi tersebut menyebabkan penangguhan mesyuarat HARAPAN, Wan Azizah berkata:
"Tidak juga. Kita ada perkara lain dan program lain juga," katanya lagi.
Sementara itu, Naib Presiden PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin meminta supaya tiada pihak yang cuba 'membuat isu' ekoran penangguhan mesyuarat tersebut.
Justeru itu, beliau mengandaikan bahawa mesyuarat HARAPAN tetap akan dilakukan selewat-lewatnyanya sebelum penamaan calon.
"Jangan cuba buat isu, agendanya ialah kita akan mengadakan mesyuarat kerana terlalu banyak perkara berlaku.

“Kita akan panggil mesyuarat bila masa yang sesuai," katanya.
Ditanya bilakah masa yang sesuai untuk mengadakan mesyuarat, anggota parlimen Bukit Katil itu berkata:

DAP nyatakan sokongan terbuka Amanah tanding PRK Sungai Besar


DAP  telah menyatakan sokongan terhadap calon Amanah untuk bertanding di Sungai Besar ketika Majlis Ceramah Perdana dan Pelancaran Jentera Amanah PRK Sungai Besar di Sekinchan malam tadi.DAP telah menyatakan sokongan terhadap calon Amanah untuk bertanding di Sungai Besar ketika Majlis Ceramah Perdana dan Pelancaran Jentera Amanah PRK Sungai Besar di Sekinchan malam tadi.
Di sebalik kebuntuan 'rundingan' siapa yang akan bertanding mewakili Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar, DAP secara terbuka telah menyatakan sokongan kepada Parti Amanah Negara (Amanah) untuk bertanding.
Sokongan tanpa belah bahagi itu dinyatakan Pengerusi DAP Selangor Tony Pua pada Majlis Ceramah Perdana dan Pelancaran Jentera Amanah PRK Sungai Besar di Sekinchan malam tadi.
"Saya hari ini 10 jam turun bertemu dengan jentera DAP. Dap menyokong calon Amanah bertanding di Sungai Besar," katanya disambut sorakan hadirin yang memenuhi Dewan Sri Sekinchan malam tadi.
Pada majlis sama malam tadi turut berlangsung majlis pelancaran jentera Amanah bagi PRK Sungai Besar yang telah disempurnakan oleh Presiden Amanah Mohamad Sabu.
Turut hadir pada majlis itu, Timbalan Presiden Salahuddin Ayub, Pengerusi Amanah Selangor Ir Izham Hashim serta bekas Naib Ketua Umno Batu Kawan Datuk Khairuddin Abu Hassan.
Terdahulu pada Majlis Makan Malam Amanah Selangor malam semalam, Tony yang juga setiausaha publisiti DAP berkata beliau akan turun berkempen tiap-tiap malam jika calon Amanah bertanding.
"Saya akan turun berkempen tiap-tiap malam jika amanah bertanding di Sungai Besar," katanya.
Tun Mahathir  akan turun kempen Amanah
Sementara itu, Khairudin antara penggerak utama Deklarasi Rakyat ketika berucap pada majlis malam tadi turut menyampaikan komitmen bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang turut akan turun berkempen untuk Amanah pada PRK kali ini.

PRK: Rafizi Mahu Satu Lawan Satu

Surat Anwar Bukan Hanya Dituju Kepada Tiga Individu

Memang itu surat saya, kata Anwar

Deklarasi Rakyat boleh, usah ikut agenda Tun M - Anwar

Saya kena semak mengenai laporan WSJ - Shahidan

PKR, DAP elak ulas isu kerusi pilihan raya kecil

Hubungan dengan PKR biasa, PAS tetap letak calon

Shamsul: GST tidak beri manfaat, bebankan rakyat

Guan Eng: Rahman Dahlan seorang penipu

PKR masih tunggu jawapan PAS

Guan Eng: Ask PKR why meetings postponed

Hadi dodges questions on alleged 'DAP pig' comment

Rafizi: Lebih baik PAS bertanding satu kerusi sahaja

Anwar sahkan ‘warkah’ adalah tulisannya di mahkamah

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan pemimpin pembangkang agar tidak menyimpang daripada perjuangan asal mereka iaitu berjuang untuk rakyat apabila mereka bekerja dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Anwar berkata, isu pendidikan, kenaikan harga barangan dan perkhidmatan dan kontroversi berhubung isu pengeluar tenaga bebas hanya sebahagian daripada isu berkenaan.
"Pastikan dia (Mahathir) tidak memerintah. Isu-isu seperti kronisme dan rasuah perlu ditangani.
"Pastikan bahawa isu-isu rakyat, yang merupakan isu-isu utama, tidak menyimpang," katanya kepada pemberita selepas pengurusan kes semakannya di pejabat pendaftar Mahkamah Persekutuan.
Anwar berkata beliau telah menghantar tiga pemimpin kanan PKR untuk berunding iaitu timbalan presiden parti Datuk Seri Azmin Ali dan Naib Presiden Tian Chua dan Rafizi Ramli.
Bagaimanapun, beliau mengingatkan mereka untuk tidak menyimpang dan tidak membiarkan Mahathir merencanakannya kepada mereka.
Anwar juga mengesahkan bahawa suratnya yang diedarkan minggu lalu adalah sahih dan bahawa beliau menulisnya ketika di mahkamah.
"Saya ucapkan terima kasih kepada Malaysiakini kerana menterjemahkannya, tetapi ia perlu dibaca dalam konteks asalnya. Di mana pada mulanya ia adalah dalam bahasa Inggeris dan di tengah-tengah adalah dalam bahasa Inggeris."
"Ia pada mulanya diarahkan kepada pemimpin parti tetapi kerana ia sekarang sudah tersebar, saya berharap semua orang membacanya," katanya sambil diiringi oleh pengawal dari Jabatan Penjara.

K'jaan tak terikat ambil balik bon 1MDB AS$3.5b, kata Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memaklumkan bahawa kerajaan tidak terikat di sisi undang-undang untuk mengambil balik bon-bon 1MDB sebanyak AS$3.5 bilion.
"(Ini) memandangkan tiada jaminan kerajaan atau surat sokongan kerajaan diberikan ke atas bon tersebut,” katanya atasa kapasiti sebagai menteri kewangan.
Najib mengulas soalan Wong Chen (PKR-Kelana Jaya) yang ingin tahu sama ada kerajaan terikat di sisi undang-undang untuk mengambil balik bon-bon 1MDB memandangkan International Petroleum Investment Corp (IPIC) enggan mengotakan pelan penyelamat yang termeterai pada 28 Mei 2015.
IPIC dan 1MDB bertelagaha selepas sekurang-kurangnya AS$ 3.5 bilion yang sepatutnya dibayar oleh kepada anak syraikat IPIC, Aabar Investments PJS dilaporkan hilang.
Bayaran itu termasuk cagaran yang sepatutnya dibayar oleh 1MDB sebagai pertukaran untuk jaminan IPIC kepada dua bonnya, serta pembayaran bagi penamatan pilihan untuk Aabar untuk melanggan aset tenaga 1MDB.
Wang itu sebaliknya dialihkan ke sebuah syarikat di Kepulauan Virgin British yang mempunyai nama yang sama dengan Aabar Investments PJS, tetapi tidak mempunyai hubungan dengan IPIC.
Perkara itu dan juga transaksi 1MDB lain, sedang disiasat di Emiriah Arab Bersatu, Switzerland, Luxembourg, Amerika Syarikat dan Singapura.

SAMM syorkan Mat Sabu bertanding di Parlimen Sungai Besar?


Azhar AchilAzhar AchilSolidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Selangor menyatakan sokongan kepada Parti Amanah Negara (Amanah) untuk mencalonkan Presiden Amanah Mohamad Sabu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar untuk menentang calon Barisan Nasional (BN)  pada 18 Jun ini.
 Penyelaras SAMM Selangor Azhar Achil berkata, tanpa berselindung NGO itu menyatakan sokongan kepada parti Amanah untuk mencalonkan Mohamad atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu itu untuk menentang calon BN.
"Amanah harus menghantar 'general perang' terbaiknya dan sosok Mat Sabu adalah pilihan tepat.
"Peluang kemenangan dengan meletak calon tokoh nasional ini amat cerah. Parti amanah dengan imej progresif Islam serta latar bekalang calon yang kuat dan disenangi oleh semua lapisan masyarakat mampu memenangi kawasan ini.
"Sungai Besar yang bakal diwakili tokoh nasional ini pasti nanti akan menjadi tumpuan kerajaan negeri dan pusat. Kesan positifnya tetap pada rakyat di Sungai Besar," ujarnya dalam satu kenyataan.
SAMM Selangor meminta semua pihak memikirkan kewajaran cadangan ini dan mengambil serius kerana kali ini adalah PRK terakhir sebelum menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
"PRK kali ini juga menjadi medan yang menguji kekuatan, kemenangan Pakatan Harapan di Sungai Besar dan Kuala Kangsar akan menjadi pemangkin penting kemenangan Pakatan Harapan pada PRU-14 kelak," ujarnya.
Poster Mohamad Sabu sebagai calon di PRK Sungai BesarPoster Mohamad Sabu sebagai calon di PRK Sungai BesarMenurut Azhar lagi SAMM Selangor juga telah mengadakan beberapa siri pertemuan di peringkat negeri bagi mempersiapkan kekuatan. Kawasan Sungai Besar dan sekitarnya juga adalah merupakan antara kubu kuat SAMM di negeri Selangor.
"SAMM pernah mengadakan perbagai aktiviti anak muda di kawasan tersebut, justeru itu adalah menjadi tanggujawab kami bersama jentera rakyat memastikan calon Pakatan Harapan yang mewakili aspirasi rakyat menang di kawasan Parlimen Sg. Besar.
"Selepas kerusi ini dikosongkan, SAMM Sungai Besar sudah membuat beberapa gerak kerja termasuk pertemuan dengan jentera parti-parti pembangkang dan pemimpin penduduk tempatan yang berpengaruh.
"SAMM Selangor sudahpun mengaktifkan jentera dan akan membuka bilik gerakan serta menggerakkan sepenuhnya jentera bagi memastikan kemenangan PH.
"Saya selaku penyelaras SAMM Selangor juga merupakan pengundi di Parlimen Sungai Besar." ujarnya.

Azmin tidak akan berani pecat Exco Selangor, kata Dr Zuhdi


Dr Mohd Zuhdi MarzukiDr Mohd Zuhdi MarzukiTimbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tiada hak untuk memecat tiga exco Pas Selangor.
Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas, Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata, Pas juga tidak mudah melatah dengan melancarkan serangan balas terhadap tindakan Azmin itu sebaliknya mereka mengambil pendekatan tunggu dan lihat sama ada perkara itu akan berlaku atau ia sekadar khabar angin sahaja.
Azmin dijangka tidak akan berani memecat tiga Exco Pas di Selangor yang sepatutnya dilakukan pada hari ini (Isnin) iaitu Datuk Iskandar Samad yang juga Pesuruhjaya Pas Selangor dan Datuk Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib.
“Kena ingat, Pas tidak makan ugutan, tengok Presiden kita pun tidak takut diugut, kita sudah biasa ada kerajaan, kita sudah biasa tidak ada kerajaan, kita memang tidak takut dengan ugutan.
“Dia hanya boleh mendapat perkenan dari Sultan, tapi dia tidak boleh pecat, selagi tidak dapat perkenan Sultan, dia tidak boleh pecat,” ujarnya ketika ditemui selepas menghadiri mesyuarat bulanan Pas Pusat pada Ahad lapor portal Agendadaily hari ini.
Zuhdi menambah, serangan Azmin itu tidak akan sesekali menjejaskan hubungan Pas dan PKR yang masih terjalin menerusi pentadbiran kerajaan Selangor.
“Kita masih di dalam kerajaan. Kalau turun berkempen di Sungai Besar, kita akan turun sebagai kerajaan juga. Walaupun DAP masuk (bertanding) pun, Pakatan Harapan masuk pun, maknanya mereka dan kita sebagai kerajaan,” katanya.
Menurut Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang parti itu menunggu tindakan daripada Azmin sama ada ingin terus memecat tiga exco Pas di Selangor atau tidak sebelum membuat sebarang kenyataan ekoran keputusan muktamad parti itu bertanding pada pilihanraya kecil Parlimen Sungai Besar..

Husam dialukan menyertai AMANAH

Mad Sabu mengiktiraf kebijaksanaan Husam terutamanya dalam bidang ekonomi memandangkan pernah bersamanya di Parlimen.
mat-sabu-husam-musa
PETALING JAYA: Parti Amanah Negara (AMANAH) mengalu-alukan kehadiran Datuk Husam Musa ke parti itu setelah beliau sah dipecat dari PAS berkuatkuasa 23 April.
Presiden AMANAH, Mohamad Sabu juga mengiktiraf kebijaksanaan Husam terutamanya dalam bidang ekonomi memandangkan pernah bersamanya di Parlimen.
“Kita mengalu-alukan orang sepertinya untuk berada dalam AMANAH. Terpulang kepadanya nak pilih parti mana. Bagi saya, saya iktiraf dia seorang yang berkebolehan dalam ekonomi.
“Husam adalah seorang yang bijak bestari. Dia seorang yang ada pemikiran dan mempunyai pandangan-pandangan terutama dalam bidang ekonomi.
“Satu penggal saya berpengalaman dengannya di Parlimen, memang dia seorang yang boleh memberi cadangan dan membongkar penyelewengan pemerintah, khususnya dalam bidang ekonomi,” katanya dalam satu wawancara bersama Sinar Harian.
Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib PAS, Dr Sanusi Daeng Mariok menyatakan tindakan tersebut diambil setelah mempertimbangkan kes Husam daripada semua aspek serta mengambil kira kepentingan parti dan perjuangannya.
Jawatankuasa Tatatertib PAS yang bersidang pada 23 April 2016 mendapati Datuk Husam Musa melakukan tindakan dan perbuatan yang melanggar Fasal 82(1)(b), (c), (d), (e) dan (f) Perlembagaan PAS.

PRK medan tentukan sokongan rakyat pada PAS


Dr B Chandran

KUALA TERENGGANU – PRK Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar boleh menjadi panduan untuk menilai kecenderungan semasa rakyat khususnya pengundi untuk menentukan parti politik pilihan mereka.
Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) Terengganu, Dr B Chandran berkata, dengan perkembangan politik semasa yang berlaku terhadap pembangkang dan juga pergolakan dalaman BN, kedua-dua PRK itu dilihat penting sebagai panduan melihat sejauh mana keyakinan rakyat terhadap Pas khususnya yang turut bertanding dalam PRK tersebut.
Beliau berkata, keadaan itu juga akan menentukan sejauh mana Pas melalui slogan ‘Politik Matang dan Sejahtera’ mampu menarik minat rakyat untuk terus memberi keyakinan kepada parti itu.
“Bagi kita, sekalipun BN kalah dalam PRK ini dan Pas menang, BN tetap menjadi kerajaan tetapi isunya adalah rakyat mahu pilih siapa. Kita juga tidak kisah jika Pakatan Harapan mahu bertanding.
“Kita mahu kaji sejauh mana penerimaan rakyat pada kita dan dalam keadaan politik sekarang, Umno bercelaru,” katanya.
Sementara itu, B Chandran memberitahu pihaknya akan bertugas di kedua-dua PRK itu untuk membantu kemenangan calon Pas di sana.
Menurutnya, pihaknya akan bersama dalam kempen memenangkan calon melalui program yang akan ditentukan oleh Pas Pusat, DHPP Pusat dan juga Pas Terengganu yang diarahkan bertugas di Kuala Kangsar.
“Kita akan pergi sebelum hari penamaan calon dan akan menetap sehingga hari pengundian,” katanya.
Mengulas mengenai pembabitan Parti Amanah Negara (Amanah) di kedua-dua kerusi tersebut, beliau berkata mana-mana pihak mempunyai hak untuk bertanding.
Bagi Pas katanya, ia adalah medan terbaik untuk menentukan politik matang dan sejahtera bakal diberi perhatian oleh rakyat atau sebaliknya.

Pas perlu lihat perubahan politik semasa - Azmin Ali

HULU KELANG - Senario politik yang berbeza perlu diambil kira oleh Pas dalam isu meletakkan calon di Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar.
Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, tidak dinafikan Pas mempunyai hak untuk mempertahankan kerusi tradisi tersebut, namun parti itu perlu melihat perubahan politik semasa.
Beliau berkata, besar harapannya supaya isu calon itu dapat diselesaikan sebelum hari penamaan calon pada 5 Jun depan.
Azmin Ali “Saya tidak akan putus asa dan akan terus berusaha berbincang dengan semua wakil parti pembangkang sama ada Pas, Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP dalam isu calon untuk menguatkan jentera sebagai persediaan menentang BN.
“Jika kita berpegang kepada objektif yang sama (iaitu) mahu menewaskan BN dan menurunkan perdana menteri, kita pasti mampu capai kata sepakat,” katanya.
Ditanya sama ada isu dalaman PKR dan pentadbiran kerajaan negeri boleh memberi kesan kepada PRK nanti, beliau katanya, perkara itu tidak menjejaskan undian kepada Pakatan Harapan, sebaliknya tumpuan lebih kepada masalah rakyat.
“Kerajaan negeri bertanggungjawab dengan prinsip telus dan tulus. Jika ada aduan atau bukti melibatkan sebarang dakwaan, kita syorkan bawa kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.
“Apa yang perlu dijelaskan dan difokuskan adalah isu rakyat (seperti) kenaikan harga barangan (dan) kos sara hidup. Saya ingatkan kepada komponen parti supaya tidak menyebar fitnah atau (melancarkan) serangan politik, sebaliknya tumpukan kepada fakta dan rekod prestasi kerajaan negeri,” katanya.
Menurutnya, beliau yakin kemenangan akan berpihak kepada pembangkang, dengan syarat mereka bekerja keras.

Dua PRK bukti kerapuhan dua jenis pakatan - Shamsul Anuar


Dua PRK bukti kerapuhan dua jenis pakatan - Shamsul Anuar


KUALA LUMPUR: Pilihan raya kecil (PRK) serentak di Sungai Besar dan Kuala Kangsar menjadi kesempatan terbaik rakyat untuk menilai kedudukan sebenar blok pembangkang di mata rakyat.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, kegagalan bersepakat dalam banyak perkara adalah gambaran betapa rapuhnya hubungan pakatan sesama mereka.

"Jika beginilah keadaannya bagaimana mereka mahu membentuk sebuah kerajaan yang stabil dan kuat. Suatu perkara yang boleh dinilai di sini adalah apabila jelas kelihatan betapa angkuhnya DAP dan PKR yang secara tidak langsung mendesak pihak lain menuruti kehendak mereka.

"Saya yakin kalau sesuatu kawasan pilihan raya itu biasa ditandingi DAP, pasti mereka bermati-matian tidak membenarkan parti lain bertanding di situ, jadi kenapa mereka hendak mendesak PAS untuk melepaskan kawasan tradisi milik PAS sendiri?" katanya kepada Astro AWANI di sini pada Ahad.

Shamsul Anuar mengulas kenyataan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming yang kesal dengan keengganan PAS untuk berunding selain meletakkan calon di dua PRK selain ia dilihat akan menguntungkan UMNO.

Dalam pada itu, jelas Shamsul Anuar yang juga Pengerusi Biro Kebajikan UMNO, rakyat diminta menolak pandangan Kor Ming selain mahu pengundi menyedari bahaya seandainya beralih sokongan kepada pembangkang.

Fitnah Liwat 2: Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Anwar

Permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memanggil bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Datuk Ramli Yusuff bagi memberi keterangan insiden ‘mata lebam’ dalam prosiding semakan keputusan kes fitnah liwatnya ditolak Mahkamah Persekutuan. AnwarPerkara itu diputuskan panel lima hakim diketuai Hakim Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin.
Permohonan itu difailkan Anwar pada Jun 2015 bagi membuktikan dakwaan konspirasi politik dalam kes berkenaan yang  digunakan bagi semakan hukuman ke atas beliau bagi kes fitnah liwatnya.
Anwar yang kini sedang menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh turut hadir pada prosiding itu.

PAS raih undi banyak ketika bersama parti lain – Mat Sabu

PAS hanya memperoleh undi yang banyak apabila parti itu bergabung dengan parti-parti lain, namun jika berseorangan, undi yang diperolehi berkurangan.
mat-sabu-pas
PETALING JAYA: AMANAH yakin dapat meraih kemenangan sekiranya diberi peluang untuk mewakili Pakatan Harapan (PH) di Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar bulan depan.
Presidennya, Mohamad Sabu berkata, walaupun PAS telah memutuskan untuk bertanding, namun beliau yakin parti yang baru berusia lapan bulan itu bukan lagi parti nyamuk yang disifatkan sesetengah pihak sebaliknya ia mampu menyaingi jumlah undi PAS yang akan diperolehi parti Islam itu nanti.
Berdasarkan pengalamannya selama 37 tahun sebagai penceramah PAS, beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu mendakwa, PAS hanya memperoleh undi banyak apabila parti itu bergabung dengan parti-parti lain. Namun jika berseorangan, undi yang diperoleh mereka berkurangan.
“Begini, saya jadi penceramah dalam PAS lebih 37 tahun. Dari Ipoh sampai Johor Bahru adalah tempat PAS hilang wang pertaruhan. Selalunya kalau di Selangor, tempat yang tidak hilang wang pertaruhan adalah di Sabak Bernam dan Tanjung Karang. Sungai Besar itu parlimen baru. Lain-lain tempat itu selalunya PAS hilang wang pertaruhan.
“PAS mula mendapat undi banyak apabila bersama Barisan Alternatif kemudian Pakatan Rakyat. Undi PAS ini terlalu kecil. Sebab itu bila dia balik secara berseorangan, kita yakin dia balik kepada undi asalnya. Bukan undi yang ada sekarang yang kita melihat di Sungai Besar, PAS kalah hanya 300 lebih undi. Itu undi Pakatan Rakyat,” katanya.
Dalam wawancara bersama Sinar Harian, Mat Sabu turut berpendapat PAS hanya kukuh dari segi organisasi sebagai sebuah parti politik, bukannya undi rakyat ketika bertanding.

Amanah bukan parti 'nyamuk’ - Mohamad Sabu

Mohamad Sabu
SELEPAS lapan bulan penubuhannya, Parti Amanah Negara (Amanah) dilihat begitu yakin untuk menakluk kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar melalui Pilihan Raya Kecil (PRK) yang akan diadakan pada 18 Jun depan.
Mempertahankan bahawa kerusi Pas dalam Pakatan Rakyat kini menjadi milik mereka dalam Pakatan Harapan, Amanah kini berusaha untuk mendapatkan sokongan melalui Majlis Presiden Pakatan Harapan.
Ikuti temu bual wartawan, NURUL RIDUAN NOR ASHAHA bersama PRESIDEN AMANAH, MOHAMAD SABU bagi membincangkan peluang dan matlamat Amanah yang sebelum ini dilabelkan sebagai parti serpihan Pas.
Selepas lapan bulan pembentukan Amanah, masih ada yang menganggap parti ini adalah serpihan Pas. Jadi bagaimana Amanah menepis persepsi sedemikian?
Alhamdulillah, perkembangan Amanah begitu pesat. Kami dalam Amanah ini ada di antaranya saudara Anuar Tahir (Setiausaha Agung Amanah) yang mempunyai pengalaman luas dalam arena politik dan pernah berada dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) begitu lama. Beliau meletakkan parti Amanah ini sebagai parti yang pesat membangun dalam masa lapan bulan. Perkembangannya baik sekali. Kita sudah ada lebih daripada 145 kawasan parlimen. Ada pemuda dan wanita yang sudah berdaftar. Sekarang adalah pembangunan di peringkat cawangan-cawangan.
Pejabat kita di peringkat kawasan parlimen begitu banyak terutamanya di Johor dan Selangor. Di Johor, hampir di semua kawasan parlimen sudah ada pejabat pentadbiran dan begitu juga di Selangor.
Jadi bagi saya, di peringkat awal, dilihat sebagai serpihan Pas tetapi sekarang ia telah membesar dan anggotanya terdiri daripada pelbagai golongan termasuk mereka yang tidak berparti sebelum ini dan bekas-bekas Umno mula menyertai Amanah. Kami sudah beransur menjadi sebuah parti baharu yang bersifat terbuka dan bukan dianggotai bekas ahli Pas sahaja.
Ahli Amanah berdaftar sekitar 50,000 hingga 60,000 tetapi dalam proses pendaftaran masih banyak. Sebab ahli dalam proses sudah melebihi 100,000 di peringkat negeri dan kawasan parlimen. Sebabnya, dalam sistem key-in, kita hadapi masalah di kawasan luar bandar. Sistem key-in itu lambat. Memerlukan masa panjang.
Apa pendapat apabila ada yang mengatakan Amanah tidak akan bertahan lama dalam arena politik?
Kita hormat pandangan mereka berdasarkan sejarah yang lalu di mana parti Hizbul Muslimin Malaysia (Hamim) tidak lama, Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) walaupun masih ada tetapi tidak berkembang, Parti Negara yang berhenti di tengah jalan dan Semangat 46. Oleh itu kalau ada pimpinan Pas mengatakan Amanah tidak lama saya tidak marah kepada mereka kerana itu tanggapan biasa.
Bagaimanapun kena lihat di sini, Amanah tidak buat hubungan rapat dengan pemerintah. Kita terus menjadi pembangkang dan terus melawan pemerintah. Maka ia tidak mati dan sedang berkembang. Bahkan kenyataan seorang naib presiden Pas baru-baru ini, di peringkat awal mereka mengatakan parti ini kecil, parti nyamuk, sekarang dia berkata dalam ceramah terakhirnya di Kelantan, naib presiden itu berkata, kalau Amanah bertanding, Pas mungkin boleh kalah di Kelantan tetapi kamu kena ingat apa jawapan kamu nak jawab di akhirat kelak bila parti Islam kalah di Kelantan. Ertinya dia telah akui bahawa Amanah sudah ada kekuatan. Hatta di Kelantan itu sendiri. Amaran itu adalah satu pengiktirafan kepada Amanah.
Selepas penubuhan Amanah, bagaimana hubungan saudara bersama pemimpin Pas?
Saya masih bertegur. Masih berjumpa. Saya tidak ada hal peribadi. Bagi saya kelemahan pada saya banyak tetapi bagi saya seluruh gerakan Islam di dunia ini perlu buat perubahan.
Akhlak dan akidah terpisah. Akhlak Islam ada pada orang Jepun, Korea, Finland, New Zealand. Orang Islam tiada akhlak Islam. Dia tidak jijik dengan rasuah. Ini yang paling pelik dalam dunia Islam. Dia boleh tengok pemimpin salah gunakan harta rakyat tidak seperti zaman kehebatan Islam dahulu. Kalau Islam nak naik balik, akhlak dan akidah perlu digabungkan semula.
Ketika ini Amanah dilihat mahu bertanding dalam PRK walaupun belum diputuskan Pakatan Harapan. Jadi mengapa Amanah mahu bertanding dan adakah yakin akan menang?
Amanah, secara fahaman umum adalah menggantikan Pas dalam Pakatan Harapan. Oleh itu sebarang kekosongan kerusi di tempat Pas, maka Amanahlah dianggap layak untuk bertanding. Walau bagaimanapun sebarang keputusan adalah melalui Pakatan Harapan. Di situ peringkat terakhir melalui Majlis Presidennya. Tetapi secara persidangan umum, kami nak bertanding di kawasan itu. Walau bagaimanapun ia mesti melalui keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan.
Kita yakin menang di kedua-dua tempat. Kita sudah melakukan tinjauan. Walaupun tiga penjuru. Sebab kita yakin golongan pertengahan akan memihak kepada Amanah dan Pakatan Harapan. Ini kerana bila kita turun pada tiga hari lalu di Sungai Besar, sambutan yang diberikan agak luar biasa termasuklah orang veteran Pas, sahabat-sahabat. Bahkan yang memakai baju Amanah pun ada. Jadi kita yakin.
Jadi kita akan cuba memohon untuk bertanding dan Pakatan Harapan akan memutuskan. Dan kami memang ada orang, ada pekerja. Cukup. Kita boleh turunkan petugas kita. Mungkin 3,000 hingga 4,000 orang di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Adakah tujuan Amanah hanya mahu membuat uji kaji sokongan rakyat?

PAS tak makan ugutan – Zuhdi

Serangan Azmin tidak sesekali menjejaskan hubungan antara PAS dan PKR yang masih terjalin menerusi pentadbiran kerajaan Selangor.
pas-ugutan
KUALA LUMPUR: PAS tidak terguris dengan parti sekutunya dalam pembangkang walaupun diugut.
Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata, sebagai sebuah parti yang matang PAS tidak sesekali termakan dengan ugutan mana-mana pihak, termasuk sekutunya PKR.
“PAS tidak makan ugutan. Lihat presiden juga tegas bahawa tidak takut diugut. Kita sudah biasa tidak ada kerajaan dan berkerajaan. Maka kita tidak risau dengan segala ugutan. Itu yang ditunjukkan oleh presiden,” katanya selepas menghadiri mesyuarat bulanan PAS pusat di ibu pejabat parti itu malam tadi.
Zuhdi berkata demikian sebagai menjawab dakwaan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memberi kata dua kepada tiga EXCO PAS supaya meletak jawatan sekiranya parti Islam itu berkeras menurunkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar.
Walaupun Azmin telah menafikan, namun Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali mengesahkan dakwaan itu benar, selepas Azmin dikatakan mendapat tekanan daripada pimpinan Pakatan Harapan (PH) yang mahu meletakkan calon mereka.
Zuhdi menambah, PAS juga tidak mudah melatah dengan melancarkan serangan balas terhadap tindakan Azmin itu sebaliknya mereka mengambil pendekatan tunggu dan lihat sama ada perkara itu akan berlaku atau ia sekadar khabar angin sahaja.

Hubungan PAS dengan PKR masih baik – Hadi

PAS masih bertegas untuk meletakkan calon di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
hadi-pas-pkr
KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata hubungan parti Islam itu dengan sekutunya PKR masih lagi baik dan berjalan seperti biasa.
Hadi berkata demikian ketika diminta mengulas kedudukan PAS dan PKR selepas timbul isu perebutan kerusi pada PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar apabila parti Islam itu dan Pakatan Harapan mahu meletakkan calon.
Walaupun mengakui hubungan kedua-dua parti itu masih berjalan seperti biasa, PAS tetap dengan pendirian untuk meletakkan calon di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
“Hubungan PAS dengan PKR masih berjalan seperti biasa, namun kita tetap akan bertanding (di Sungai Besar dan Kuala Kangsar), malah jawatankuasa pilihan raya PAS akan mengumumkan calonnya nanti,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri mesyuarat bulanan parti itu di Ibu Pejabat PAS malam tadi.
Mengulas mengenai ugutan Datuk Seri Azmin Ali untuk memecat tiga EXCO PAS, Hadi berkata parti itu akan menunggu tindakan daripada menteri besar Selangor berkenaan sebelum membuat sebarang keputusan.
“Pasal Azmin tu kita tunggu dia buat atau tidak,” katanya.
Hubungan PAS dan PKR seakan renggang apabila media melaporkan Azmin memberi kata dua kepada Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Samad dan EXCO PAS yang lain iaitu Datuk Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib.
Azmin kemudiannya menafikan kenyataan tersebut, namun Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali mengesahkan apa yang disebut Azmin itu benar.

'Cari modal lainlah kalau nak lawan Pas' - Idris Ahmad

BUKIT CHANDAN - Calon yang akan mewakili Pas dalam PRK Kuala Kangsar adalah individu berintegriti, taat kepada perintah ALLAH, Rasul dan parti.
Naib Presiden Pas, Idris Ahmad berkata, mereka menolak memilih calon yang tidak mempunyai kesetiaan yang tinggi kerana enggan pengundi rasa dikhianati sekiranya mereka melompat parti.
Katanya, beliau berharap jentera Pas di Kuala Kangsar akur dengan pemilihan calon diputuskan oleh Majlis Syura.
'Cari modal lainlah kalau nak lawan Pas' "Pas tidak bertanding suka-suka di Kuala Kangsar sebaliknya mahukan kemenangan dan yakin ia boleh dicapai dengan kerjasama semua ahlinya.
“Bukan mustahil untuk kita menang di Kuala Kangsar. Kita harap dapat berkempen dari rumah ke rumah, (dan) berdialog kerana rakyat di sini intelektual. Kita bukan lawan dengan jentera Umno-BN tetapi kita lawan dengan jentera kerajaan. Kita patut bangga sebab kita ada kekuatan dan kita boleh terus lawan,” katanya.
Beliau menempelak sesetengah pihak yang cuba mengaitkan Umno dengan Pas dan membuat kenyataan seolah-olah dua parti itu akan bersatu.
Katanya, jika Pas mahu bekerjasama dengan Umno, ia tentu tidak meletakkan 11 calon di Sarawak dan juga di Kuala Kangsar.
“Nasihat saya pada mereka, cari modal lainlah kalau nak lawan dengan Pas. Janganlah guna modal ini,” katanya.