Ahad, 22 Mei 2016

TUAN GURU, NAK LETAK JAWATAN KE TIDAK NI?

Di ketika mengatakan Pas bersedia menghadapi kemungkinan hilang tiga jawatan Exco dalam kerajaan negeri Selangor berikutan tetap mahu meletakkan calon di Sungai Besar, Presiden Pas, Hadi Awang dalam masa yang sama seperti masih mengharapkan perkara itu tidak menjadi kenyataan akhirnya.

Ini berikutan beliau  berkata, soal kedudukan Exco adalah urusan kerajaan negeri, malah perlantikan juga harus mendapat perkenan Sultan.

Hadi Awang menambah lagi, "kalau benar pun dia (Azmin) nak minta Exco letak jawatan, soal perlantikan Exco ialah urusan kerajaan negeri manakala hal meletak calon dalam pilihanraya adalah urusan parti."

Apa maksud dan tujuan Hadi Awang berkata demikian?

Adakah beliau cuba memberi gambaran bahawa Azmin tidak berhak meminta tiga Exco Pas tersebut meletak jawatan dengan sesuka hati kerana ia perlu mendapat perkenan Sultan terlebih dahulu?

Dalam hal ini, adakah Hadi Awang seolah-olah ingin terus meletakkan wakil rakyatnya bergayut kepada jawatan dalam kerajaan negeri meskipun membuat keputusan yang berbeza dengan keinginan Menteri Besar yang juga turut disetujuinya menerajui Selangor?

Apa yang Hadi Awang faham sebenarnya apabila mengatakan, "soal perlantikan Exco ialah urusan kerajaan negeri manakala hal meletak calon dalam pilihanraya adalah urusan parti?"

Analisis: Amanah jadi penentu siapa menang PRK

DARIPADA blok pembangkang, setakat ini hanya Pas yang berterus terang akan meletak calon di kedua-dua PRK – Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Amanah masih berteka-teki. Pakatan Harapan dijangka akan membuat keputusan mengenainya pada mesyuarat Majlis Presiden esok (Isnin).
Dilihat pada ombak yang sedang bergelombang, hampir pasti Amanah yang akan mewakili Pakatan Harapan jika mereka  membuat keputusan untuk menyertai persaingan yang dijangka sekurang-kurangnya tiga penjuru pada kedua-dua pilihan raya itu.
Jika ini menjadi kenyataan, siapa pun yang jadi calon parti itu, Amanah pasti akan kalah besar malah bukan mustahil akan hilang wang pertaruhan.
Analisis: Amanah jadi penentu siapa menang PRK Di Sungai Besar, tersebar cakap-cakap kononnya Presiden Amanah sendiri, Mohamad Sabu akan diletak sebagai calon. Sebagai satu-satunya pemimpin No. 1 parti yang tidak bergelar YB, wajarlah untuk Mat Sabu bertanding namun harus dipastikan, keputusan yang diambil itu jangan hanya akan lebih memalukan!
Meskipun kekalahan Amanah sama ada di Sungai Besar ataupun di Kuala Kangsar mudah untuk dijangka, ramai pemerhati politik berpendapat, parti itu akan jadi faktor penentu.
Analisisnya mudah. Di Sungai Besar, Allahyarham Datuk Noriah Kasnon telahpun dipilih menjadi anggota Parlimen kawasan itu sejak 2004 lagi. Beliau dikenali sebagai seorang wakil rakyat yang baik, cekap lagi bertanggungjawab. Dengan imej yang sedemikian, Noriah berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Sungai Besar hingga masuk penggal ketiga meskipun dengan majoriti yang banyak menyusut.
Ketika pertama kali bertanding, beliau menang menewaskan Sallehen Mukhyi daripada Pas dengan 7,349 undi majoriti, Pada 2008, beliau mengatasi Osman Sabran, juga daripada Pas dengan 5,009 undi. Pada 2013, Noriah sekadar memperolehi 399 undi majoriti untuk menewaskan Mohamed Salleh M, Hussin (Pas).
Dengan perbezaan undi yang begitu hampir, Sungai Besar bukanlah kawasan yang selamat bagi BN.
Pas diura-urakan akan mencalonkan semula  Cikgu Mohamed Salleh pada PRK ini. Dengan perolehan undi sebanyak 18,296 (48 peratus) berbanding Noriah, 18,695 (49 peratus) pada PRU lalu, Pas boleh dikira mempunyai harapan cerah untuk menang pada PRK kali ini.
Noriah berjaya mempertahankan kerusinya hingga masuk penggal ketiga atas perkhidmatan yang baik. Di samping itu, ketika PRU13, isu-isu panas seperti 1MDB dan derma RM2.6 bilion belum lagi meletup. Itu pun beliau menang dengan undi majoriti yang sangat kecil.
Pada masa ini, senario sudah banyak berubah. Pas mempunyai peluang yang lebih cerah berbanding pada PRU13. Bagaimanapun peluang yang cerah itu berkemungkinan akan jadi sebaliknya jika Amanah turut sama masuk daun. Amanah menguar-uarkan bahawa kawasan tradisi di mana Pas bertanding adalah kawasan yang diperuntukkan kepadanya untuk mewakili Pakatan Harapan, termasuk di Sungai Besar.
Parti itu mengambil alih pusaka orang yang masih hidup?

PRK: Pertembungan PAS, AMANAH tiket BN menang bergaya - Bung Moktar

Bung Moktar berkata percaya situasi itu akan menyebabkan perpecahan undi parti pembangkang.
Bung-1
PETALING JAYA: Nampaknya perebutan kerusi dalam kalangan calon pembangkang akan dimanfaatkan sebaiknya oleh Barisan Nasional untuk menang.
Ini kerana perebutan kerusi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar antara PAS dan AMANAH (Pakatan Harapan) bakal memudahkan Barisan Nasional (BN) untuk mengekalkan kerusi dan menang bergaya lagi.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Bung Moktar Radin berkata demikian kerana percaya situasi itu akan menyebabkan perpecahan undi parti pembangkang.
Justeru, Bung yakin jentera BN akan memanfaatkan perpecahan yang dihadapi pembangkang sekali gus dapat meningkatkan jumlah majoriti undi di kedua-dua kerusi parlimen tersebut.
“Pertelingkahan yang dihadapi pembangkang akan dimanfaatkan BN. Pertandingan tiga penjuru antara BN,PAS dan AMANAH akan memudahkan kempen untuk calon BN,” katanya kepada FMT.
Sebelum ini, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan keputusan parti Islam itu bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada 18 Jun sebagai muktamad dan tidak perlu dipertikai oleh mana-mana pihak.

Deklarasi: Ubah pemimpin sebelum reformasi sistem – Tamrin Ghafar

Sila baca dan fahami Perkara 36 sepenuhnya Deklarasi Rakyat ini. Ia menjawap segala keraguaan yg ditimbulkan oleh pihak2 tertentu. Saya maseh berpegang bagi melaksanakan perkara2 tersebut mesti terlebih dahulu perubahan kepimpinan dilakukan.
Kita boleh tunggu sehingga PRU 14 tetapi berkemungkinan besar keadaan Negara kita akan lebih meruncing.
Hutang Negara akan terus meningkat , kos sara hidup akan terus menekan rakyat khasnya mereka yg berada diperingkat pertengahan dan bawah.
Deklarasi: Ubah pemimpin sebelum reformasi sistem - Tamrin GhafarJumlah pengganguran setakat ini sudah mencecah 400,000. 160,000 anak kita yg lulus universiti2 dan kolej tidak dapat pekerjaan sementara 40,000 rakyat Malaysia terpaksa bekerja di Singapura dengan berbagai jenis pekerjaan sedangkan 1.5 juta rakyat Bangladesh terus diimport selain dari 5 juta rakyat luar negara yang sudah berada disini.
Dari segi pelajaran 744 anak2 kita yang cemerlang dan sudah mendapat tempat di universiti2 di luar negara tidak lagi diberi biasiswa dan pinjiman pelajaran; ini kerana Kerajaan nak menjimatkan RM244 juta sedangkan dalam masa yang sama Kerajaan menudoh penggangguran berlaku kerana pelajaran anak2 kita tidak setaraf.
Hampir 60 tahun UMNO/BN memerintah sepatutnya Negara kita lebih maju dan rakyat tidaklah dibebankan dng bebagai maasalah sedangkan pemimpin boleh berjoli dng wang negara.
Kita tidak tahu apa yg akan dilakukan dari sekarang sehingga PRU akan datang.
Apakah sudah pasti Pilihan Raya itu akan diadakan dan jika sekali pun diadakan apakah ianya akan berjalan dengan adil, bersih dan bebas dari segala unsur2 yg melanggar undang2 seperti yg dilakukan pada PRU 13 yg lepas?

Kenapa setiap kali Laporan Ketua Audit Negara dikeluarkan WAJIB ADA KETIRISAN berlaku pada KERAjaan BN ???


Idris Ahmad: Sifir mana, tanding PRK demi berbaik dengan Umno?

SHAH ALAM - Naib Presiden Pas, Idris Ahmad membidas pihak yang menuduh parti itu mahu berbaik dengan Umno gara-gara tetap bertegas untuk bertanding dalam dua Pilihan Raya Kecil (PRK) di Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar.
"Orang yang tuduh Pas hendak berbaik dengan Umno, hendak menyertai Umno... mereka ambil sifir mana ini?
Idris Ahmad "Sampai macam itu pun tak faham. Makan apa sampai tak faham perkara yang mudah? Kesian," katanya melalui kemaskini status di Facebook, malam tadi.
Pas sebelum ini menegaskan pihaknya telah memutuskan untuk meletakkan calon pada dua kerusi PRK yang bakal berlangsung, bulan depan.
Namun Pakatan Harapan turut menunjukkan minat terhadap dua kerusi Parlimen itu.
Menurut Idris yang juga Pengarah PRK Kuala Kangsar, tuduhan itu tidak relevan melainkan Pas memberi laluan mudah kepada Umno dalam pilihan raya itu.
"Bila Pas hendak bertanding di PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar, masih ada orang yang menuduh Pas hendak berbaik dengan Umno.
"Kalau Pas bagi laluan mudah munasabahlah," katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, Pas tetap meletakkan calon meskipun Umno ada mengingatkan tentang PRK Chempaka, Kelantan.
"Walau pun Umno ada tawarkan supaya Pas jangan letak calon seperti Umno tidak meletakkan calon di PRK Chempaka, kawasan Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz.
"Pas jawab, maaflah ya. Di Sarawak nun jauh di sana pun Pas lawan," katanya.

Pak Said tolak gelaran Tan Sri, enggan gadai kebebasan media

Mungkin ramai tidak tahu, bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu, Allahyarham Said Zahari pernah ditawarkan gelaran Tan Sri bagi memastikan Utusan Melayu mengikut telunjuk Umno dan Parti Perikatan ketika itu.
Perkara itu didedahkan salah seorang sahabat baik kepada ketua Mogok Utusan itu sendiri iaitu Dr Syed Husin Ali yang juga merupakan bekas Senator Dewan Rakyat.
Said Zahari“Dia memberi ruang kepada Umno dan Perikatan sama seperti dia memberi ruang kepada pihak pembangkang seperti Pak Sako, Ahmad Boestaman yang diberi ruang menulis dalam akhbar Utusan.
“Kerajaan pada masa itu berusaha untuk memenangi hati Utusan dan Said. Salah satu langkah yang mula-mula diambil ialah menawarkan gelaran Tan Sri kepada Said tetapi Said menolak. Kalau dia terima, Said menjadi wartawan pertama yang mendapat gelaran Tan Sri, lebih awal daripada Tan Sri Samad Ismail,” kata Syed Husin.
Syed Husin berkata demikian pada Majlis Memperingati Said Zahari di Dewan Perhimpunan Cina KL & Selangor, di sini, hari ini.
Katanya, apabila melihat reaksi Said terhadap tawaran diberikan, Perdana Menteri ketika itu, Tunku Abdul Rahman Putra bertindak meletakkan bekas Menteri Besar Terengganu, Ibrahim Fikri untuk mengendalikan Utusan Melayu.
Tindakan itu menyebabkan Said melancarkan Mogok Utusan yang berlanjutan sehingga lebih 100 hari dan menyebabkan Said sendiri terbuang di Singapura.
“Mogok ini adalah mogok pekerja terpanjang pernah berlaku,” katanya lagi.
Beliau kemudiannya ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Singapura dan hanya dibebaskan selepas 17 tahun kemudian.

Pas azam bawa budaya politik baharu - Khairil Nizam

IR. KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN SHAH ALAM - Pas hari ini berazam membawa budaya politik yang matang dan sejahtera dalam menjamin keamanan di negara ini.

Ketua Pemuda Pas Wilayah Persekutuan, Ir Khairil Nizam Khirudin berkata, tanggungjawab tersebut bukan sahaja dibawa oleh Pas Pusat malah turut digalas oleh pihak Pemuda Pas.

"Budaya politik matang dan sejahtera merupakan definisi budaya politik baharu dan bersikap matang dalam menjustifikasikan tindakan dan membuat keputusan, bersesuaian dengan realiti massa menyuburkan kesejahteraan rakyat dan negara.

"Ia juga menyuburkan negara dengan berlandaskan al-Quran dan Sunnah dan matlamatnya hanya untuk mendambakan keredhaan ALLAH," katanya menerusi ucaptama Muktamar Tahunan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan ke 31 yang berlangsung di Kuala Lumpur, semalam.

Pihaknya juga yakin Pas boleh menerajui parti politik lain dengan budaya politik baharu yang diamalkan.

Ia juga dikatakan sebagai bentuk transformasi imej Pas dalam arena politik nasional.

Bibit keretakan PAS-PKR sebelum PRK sudah tidak dapat dielak

Isu perebutan kerusi menjelang dua Pilihan Raya Recil (PRK) nyata memberikan impak kepada blok pembangkang, terbaharu bibit keretakan antara PAS dan PKR tidak dapat dielak lagi ekoran pendedahan kata dua oleh Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali kepada ahli Exco parti Islam negeri itu.
Walaupun Azmin cuba menafikan pendedahan tersebut, seorang pemimpin kem ulama PAS mengesahkan mengenai wujud kata amaran daripada menteri besar tersebut.
Secara tidak langsung, perkembangan ini memberi isyarat jelas pentadbiran Azmin bakal bergolak selepas PRK nanti pada ketika beliau masih perlu bergantung kepada parti Islam tersebut untuk kekal memerintah negeri Selangor.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga secara sudah mengeluarkan kenyataan bersiap-sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan selepas berakhir PRK nanti.
Walaupun tidak diketahui maksud persediaan tersebut dan Azmin sudah menafikan mengenai kata dua dikeluarkan beliau kepada Exco PAS, namun kenyataan Hadi itu jelas memberikan isyarat PAS tidak akan berkompromi dengan PKR lagi.
Adakah persediaan dimaksudkan Hadi tersebut bermakna PAS akan menjalin kerjasama dengan Umno bagi membentuk kerajaan baharu atau adakah akan berlaku penyingkiran menteri besar sekali lagi?
Pelbagai kemungkinan dan ramalan boleh dibuat selepas PRK yang akan berlaku dalam kerajaan negeri, tapi yang pastinya keretakan hubungan PAS-PKR akan diuji sekali lagi selepas selesai pilihan raya nanti.
Kalah atau menang, Azmin akan terpaksa berdepan dengan parti sekutunya itu dalam kerajaan negeri dan perlu menangani sebaik mungkin bagi mengelak pergolakan pentadbirannya.

Tuduhan Syiah, dipecat kesatuan ulama' satu fitnah, kata Ustaz Ghani


Tuduhan Syiah dipecat kesatuan ulamak fitnah kata Ustaz GhaniTuduhan Syiah dipecat kesatuan ulamak fitnah kata Ustaz Ghani
Timbalan Penasihat Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini menafikan tuduhan yang berlegar di alam maya bahawa beliau penganut Syiah dan kini dipecat dari menjadi anggota sekretariat kesatuan ulama' sedunia.
"Ada yang menuduh saya Syiah, saya tegaskan di sini saya bukan Syiah," kata beliau ketika menyampaikan kertaskerja di Nadwah Ulama' Menghadapi Cabaran Baru (NUNJI) di sebuah resort di Beserah.
Menurut beliau sepanjang 25 tahun mengajar pengajian Islam di universiti tidak pernah beliau ditohmah berfahaman Syiah.
"Sepanjang berkhidmat saya dianugerah khidmat cemerlang, tapi bila sertai parti Amanah ada pulak tuduh saya Syiah." katanya.
Mengenai tugasannya sebagai anggota sekretariat kesatuan ulama' sedunia' beliau berkata baru saja pihak ibu pejabat memaklumkan untuk meneruskan tugas seperti biasa.
"Beberapa hari lepas Syeikh Qurrah beritahu saya anta masih anggota Sekretariat Kesatuan Ulama' Sedunia, ada pula pihak sebarkan saya di pecat, ini fitnah," katanya.
Beliau menasihati sesiapa yang ingin menyebar perkembangan mengenai dirinya harus mendapat pengesahan dari beliau sendiri dan bukannya mengutip dari sumber tidak berautoriti.

Skandal 2.6B: Mana dokumen Bank Negara, soal Lim kepada Najib

Pemimpin DAP Lim Kit Siang menimbulkan keraguan terhadap pendedahan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Datuk Mohd Puad Zarkashi bahawa perdana menteri mendapat lampu hijau daripada Bank Negara untuk menerima derma RM2.6 bilion pada tahun 2013.
Ahli Parlimen Gelang Patah itu bertanya mengapa Datuk Seri Najib Razak tidak tampil ke hadapan untuk menjelaskan perkara itu sendiri.
"Jika Najib mempunyai dokumen Bank Negara yang meluluskan deposit sebanyak RM2.6 bilion dalam akaun bank peribadinya, mengapa Najib tidak dapat menunjukkannya dalam tempoh 11 bulan lalu sejak laporan Wall Street Journal?
"Jika RM2.6 bilion sumbangan itu datang dari Raja Arab, mengapa tidak boleh dia mengeluarkan dokumen untuk membuktikannya?
"Bolehkah Najib menghasilkan dokumen-dokumen ini sekarang?," Soal Lim dalam satu kenyataan hari ini.
Puad memberitahu pelajar Malaysia di Canberra Jumaat lalu bahawa pemimpin Umno itu telah bertemu Najib untuk bertanya tentang sumbangan itu.
"Bila sampai ke rumah beliau, kami bertanya kepada Datuk Seri Najib betulkah you dapat RM2.6 bilion. Dia kata betul.
"Beliau tidak menafikan dan mengatakan mempunyai dokumen kelulusan dari Bank Negara untuk memindahkan dana itu ke akaun bank peribadinya.
"Cuma masalahnya, dia kata mungkin, dia sebut mungkin ada pegawai di Bank Negara ataupun Ambank yang membocorkan maklumat tersebut kepada Sarawak Report dan diberikan kepada Wall Street Journal," kata Puad.
Beliau menambah bahawa Najib memberitahu mereka bahawa wang itu datang daripada Raja Arab dan bukan 1MDB.
Najib secara konsisten menafikan sebarang salah laku dalam isu derma sebanyak RM2.6 bilion itu, dan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali membersihkannya daripada sebarang salah laku jenayah.

Lagak Pas seperti sekutu sulit Umno-BN, kata DAP Perak


Pas seperti ada pakatan sulit dengan Umno kata Nga Kor MingPas seperti ada pakatan sulit dengan Umno kata Nga Kor Ming
Sikap degil Pas menutup semua pintu rundingan menunjukkan parti itu mahu menggagalkan usaha Pakatan untuk mengalahkan Umno, tingkahlaku pelik bertujuan politik bukan untuk menang tetapi ingin menjadi "sekutu sulit" Umno-BN.
"Pas menyedari bahawa sebarang perlawanan tiga penjuru antara BN, Pakatan Harapan dan parti itu akan menguntungkan BN, kata Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming
.
Menurutnya, walaupun Pakatan Harapan Perak telah membuat tawaran terbuka kepada Pas sejak dua minggu lalu untuk bertanding di salah satu kerusi di dua PRK yang ditetapkan pada 18 Jun, tetapi sikap angkuh dan keengganan pimpinan Pas untuk berunding menunjukkan parti itu kini hanya berminat untuk memberi keuntungan kepada Umno.
Adalah lumrah katanya, bagi mana-mana parti politik untuk membuat rundingan, tetapi sikap tutup pintu yang dipamerkan oleh Presiden PAS, Dato Seri Abdul Hadi Awang kini menunjukkan parti itu sudah menolak pakatan pembangkang sebaliknya lebih cenderung untuk menyelamatkan Umno, sebuah parti perkauman yang terpalit dengan pelbagai skandal.
"Memandangkan PAS kini tidak lagi ingin bersama pakatan pembangkang sebaliknya lebih cenderung untuk " menasihati UMNO", rakyat Malaysia tetap berhak untuk mendapat satu barisan alternatif yang lebih mampan untuk menggantikan UMNO-BN.
"Oleh itu adalah disyorkan Pakatan Harapan meletak calon yang terbaik di kedua-dua PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar supaya rakyat mempunyai peluang memilih siapa yang paling layak mewakili mereka di Parlimen pada 18hb Jun ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pengundi bukan Islam masih sokong PAS – DHPP

Pengundi bukan Islam di kedua-dua Sungai Besar dan Kuala Kangsar sudah pandai menilai.
DHPP
PETALING JAYA: Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) menafikan dakwaan kononnya PAS ditolak pengundi bukan Islam terutamanya di kawasan parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Sebaliknya Ketua DHPP, N.Balasubramaniam berkata, sokongan bukan Islam kepada PAS semakin meningkat, kerana mereka menerima perjuangan yang dibawa parti itu ketika ini.
“Dakwaan kononnya bukan Islam terutamanya pengundi Cina sudah lagi tidak menyokong PAS tidak benar. Kami sudah mula turun padang berjumpa dengan pengundi bukan Islam, mereka menyambut baik PAS. Kami juga mendapati bukan semua orang Cina menyokong DAP, ada juga yang tidak suka DAP,” katanya.
Dia juga menyifatkan pengundi bukan Islam di kedua-dua Sungai Besar dan Kuala Kangsar sudah pandai menilai dan dia yakin sokongan tersebut kini berdasarkan penerimaan bukan Islam kepada PAS,” katanya kepada FMT.
Mengulas kehadiran sekutunya dari Pakatan Harapan (PH) iaitu AMANAH dalam dua PRK pada 18 Jun ini, N.Balasubramaniam yakin, ia langsung tidak mengugat kedudukan parti Islam itu.

Pernahkah SPRM serbu rumah Najib? – Azmin

Timbalan Presiden PKR itu juga mahu SPRM dilihat adil dan tidak memilih bulu dalam siasatan yang dikendalikan.
azmin-1
PETALING JAYA: Tindakan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Jenayah Malaysia (SPRM) menyerbu rumah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng petang tadi disifatkan sebagai mencurigakan.
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata demikian sambil mempersoal keadilan dan kesaksamaan dalam siasatan SPRM.
“Walaupun serbuan yang dilakukan itu dengan kehadiran Guan Eng, isterinya Betty Chew dan peguam mereka, tindakan tersebut menimbulkan persoalan.
“Lebih-lebih lagi usaha yang teramat pantas dan bersungguh-sungguh dalam kes Guan Eng ini sama sekali berbeza dengan tindak balas SPRM terhadap laporan-laporan kes ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang hampir tiada sama sekali,” katanya menerusi satu kenyataan.
Beliau juga mempersoal jika serbuan sedemikian pernah dilakukan oleh SPRM di kediaman Najib.
“Jika tiada, mengapakah siasatan ke atas sebuah banglo memerlukan tindakan drastik sebegini?” soalnya.
Timbalan Presiden PKR itu juga mahu SPRM dilihat adil dan tidak memilih bulu dalam siasatan yang dikendalikan.
Terdahulu, beberapa pegawai SPRM dilihat memasuki kediaman Guan Eng di Jalan Pinhorn kira-kira jam 3.15 petang tadi.

HAKIKATNYA, NAJIB SEMAKIN DITOLAK...

Mungkin ada yang kata jumlah ini terlalu kecil, berbanding lebih 20 ribu cawangan yang UMNO ada. Tetapi jumlah 53 ini hanya di Kedah saja, belum termasuk lagi di Johor, Negeri Sembilan, Selangor, Sabah dan negeri-negeri yang lain.

Jika dicampur semuanya, sekurang-kurangnya ia merupakan satu lagi episod atau perjalanan politik yang memalukan bagi Najib.
Selain itu, jumlah ini juga tentunya tidak termasuk mereka yang diugut, digertak, dihalang dengan pelbagai cara atau mungkin juga ada yang dibayar agar tidak meneruskan membawa usul menolak Najib itu.

Oleh itu, berapa pun jumlahnya, yang penting ialah Najib semakin ditolak oleh ahli-ahli UMNO sendiri.

Ini hanyalah permulaan dan berdasarkan jangkaan bahawa lebih banyak pendedahan buruk mengenai Najib setiap hari, mereka yang menolak dalam hati dan akan membuktikannya melalui kertas undi, pasti akan turut bertambah sama.

Yang nyata juga, dengan penolakan secara terang-terangan dan terbuka di Kedah ini, hayat UMNO dan Ahmad Bashah Md Hanipah di negeri jelapang itu semakin pendek jadinya.

Pas Jangka Ada PRK Di Terengganu

Mukhriz: 50 Cawangan Umno Kedah Usul Undi Tak Percaya Najib

Adakah PH ini betul-betul serius hendak hadapi 2 pilihanraya kecil ini?

Saya sentiasa meneliti komen semua pihak berhubung penyertaan Amanah dan PH dalam pilihanraya kecil Sg Besar dan Kuala Kangsar.
Ada yg berkata sebab Amanah parti baru maka tak perlu bertanding lagi kali ini. Ada yg berkata biar PKR yg bertanding sebab dia orang boleh pujuk PAS supaya tidak bertanding dan dengan itu mengelakkan pertandingan 3 penjuru, sekurang-kurangnya di Sg Besar. Ada yang berkata elok Amanah bertanding 1 kerusi sahaja di Sg Besar dan di K. Kangsar pula biar PAS yg bertanding. Ini untuk mengelakkan pertandingan 3 penjuru. Tak kurang juga yang berkata Amanah bertanding di kedua-dua kerusi ini ......
Saya hormati pandangan semua pihak ini cuma saya ada satu soalan yg kita sama-sama perlu menjawab. APAKAH TUJUAN SEBENAR KITA MENYERTAI PILIHANRAYA KECIL INI?
Tentu ramai akan menjawab tujuannya ialah untuk menang. Memang betul tu tetapi bagi saya, secara peribadi, PRK ini menang bukan menjadi matlamat utama kerana jikalau kita menang kedua-kedua kerusi ini pun BN masih terus memerintah sehingga PRU akan datang. Jangan pula salahtafsir maksud saya. Memang kita nak menang tetapi ia bukan matlamat utama PRK ini. Matlamat utama ialah untuk menghantar mesej kepada rakyat bahawa PH yg merupakan gabungan baru pembangkang telah bersedia untuk menghadapi BN dalam mana-mana pilihanraya dan juga mengambil alih Putrajaya dalam PRU nanti. Kita juga ingin melihat trend sokongan yg jelas kepada PH walaupun terpaksa berdepan dengan pertandingan lebih 2 penjuru supaya dapat dibuat persiapan dalam masa 2 tahun ini sebelum PRU.
Apa yang lebih penting ialah penyertaan PH sebagai satu gabungan pembangkang yang bersatu dan mantap dalam PRK ini untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa PH sudah bersedia menggantikan BN dalam PRU akan datang. Dan kalau PAS serius mahu menentang BN maka mereka perlu datang berbincang dgn PH untuk turut bersama dan bukan menubuhkan Blok merepek-repek atau berbincang melalui orang tengah keperluan dan kehendak mereka. Datang berbincang terus dengan PH dan jangan menggunakan broker pula. Malah PH dah bercakap berkali-kali bahawa pembangkang perlu bersatu di bawah PH. Kita menunggu......

PRK: Kos hidup jadi kebimbangan utama di Sungai Besar

Lawatan Malaysiakini ke Sungai Besar Selangor mendapati ramai pengundi merasakan kesan kenaikan kos selepas pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Antaranya, Lee AUU Moi, 71 yang merupakan seorang petani tempatan dari Sekinchan- salah satu daripada dua DUN Sungai Besar.
"Hidup kami sebagai seorang petani adalah sangat sukar. Pengeluaran kami semakin berkurang tetapi sewa terus naik.
"Baja kini begitu mahal. Kos pertanian sangat tinggi," katanya.
Lee, berkata dia mengharapkan seorang pemimpin yang boleh menangani masalah yang dihadapi petani.
"Sesiapa yang boleh menjaga kami, kami akan sokong," katanya.
Dianggarkan terdapat kira-kira 4,300 ekar tanah pertanian di seluruh Sekinchan, yang terletak di tengah-tengah jelapang padi Selangor.
Anggaran penduduk Cina adalah sebanyak 30 peratus di Sungai Besar - termasuk etnik Teochew dan Hakka - kebanyakannya tinggal di sekitar Sekinchan.
Lau Kwai San, 48, adalah seorang lagi petani tempatan di situ.
Lau berkata beliau akan menyokong seorang pemimpin yang boleh membantu rakyat, khususnya untuk memansuhkan GST.
"Saya tidak fikir kita mempunyai apa-apa masalah besar kecuali GST menjadikan kehidupan kita sedikit sukar.
"Sekinchan adalah sebuah pekan kecil tetapi harga barang sudah naik dan kehidupan kita kini lebih sukar," katanya.
Lee juga berkata dia belum membuat keputusan mengenai parti mana atau calon untuk diundi pada hari pengundian akan datang.
"Saya tidak tahu. Saya akan lihat," katanya.
Kerusi parlimen Sungai Besar dibentuk pada tahun 2003 berikutan persempadanan semula Suruhanjaya Pilihan Raya.
Anggaran penduduk kini berjumlah kira-kira 23,000 orang tetapi terdapat 42.837 pengundi berdaftar pada pilihan raya umum ke-13.
Kematian mengejut Ahli Parlimen Sungai Besar Datuk Noriah Kasnon telah mencetuskan pilihan raya kecil pada 18 Jun.
Noriah mempertahankan kerusi itu selama tiga penggal pada 2004 hingga 2013.

Pas tutup pintu rundingan dengan Pakatan Harapan

Hadi Awang
MELAKA - Pas menegaskan rundingan bersama Pakatan Harapan bagi memutuskan calon daripada parti mana yang akan bertanding di dua Pilihan Raya Kecil (PRK) di Sungai Besar dan Kuala Kangsar telah tamat.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan Pas meletakkan calonnya di dua PRK terbabit adalah muktamad.
“Pada mulanya mereka (Pakatan Harapan) minta kita berbincang dalam kerjasama pilihan raya dan kita telah menghantar wakil iaitu Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Mustafa Ali dan Setiausaha Politik Hadi, Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar. Tidak sangka pula ada permintaan di kalangan mereka untuk bertanding juga.
"Oleh kerana Pas sudah tiga, empat kali bertanding di situ, ditambah pula kita punya banyak cawangan, ternyata kita berpijak di lapangan dan kita juga ada jentera pilihan raya bahkan kita menganggap kitalah yang berhak bertanding di kawasan terbabit.
“Tuntutan daripada pihak lain untuk bertanding tidak wajar. Apatah lagi kita dapat tahu mereka hendak meletakkan calon daripada  Pakatan Harapan,” katanya kepada media selepas merasmikan majlis Himpunan Pendidik Islam Peringkat Kebangsaan 4.0 di Melaka semalam.

Isu sampingan tidak jejas PRK Sungai Besar

Isu sampingan melanda KEADILAN tidak menjejaskan peluang merampas kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar daripada Barisan Nasional (BN).
BANGUNAN SUKTimbalan Presidennya, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata fokus utama kempen tertumpu kepada permasalahan rakyat terutama berhubung kos sara hidup yang tinggi.
“Selangor juga memiliki pencapaian pentadbiran kerajaan yang baik untuk dikongsikan di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
“Ini adalah contoh sebuah kerajaan diberikan mandat oleh rakyat yang menterjemahkan program pembangunan secara adil dan meyeluruh,” katanya kepada pemberita.
Terdahulu, beliau melepaskan peserta larian King of Kemensah Trail 2016 di Kampung Kemensah di sini, pagi ini.
Sebelum ini, Mohamed Azmin mencabar sesiapa yang mempunyai bukti salah laku dalam kalangan anggota pentadbiran Kerajaan Negeri tampil membuat laporan kepada pihak berkuasa.
“Saya sudah membuat penjelasan kepada parti supaya tidak menggunakan  fitnah menyerang peribadi tetapi tumpu kepada fakta dan rekod  kejayaan Pakatan Rakyat (PR) dan kini Pakatan Harapan (Harapan).
“Jika mengikut laporan Audit Negara pada 2015 juga, jabatan dan  agensi Kerajaan Negeri menjalankan tugas dengan baik seperti Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) yang mencapai 93.8 peratus dari segi pengurusan kewangan,” katanya.

Calon PRK dirunding, pastikan tak bertembung tiga penjuru

mb-markshort kemensah Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali meneruskan proses rundingan dengan PAS dan rakan Pakatan Harapan bagi menentukan calon pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Beliau yang juga Menteri Besar berkata, beliau optimistik tiada pertembungan tiga penjuru dalam kedua-dua PRK berkenaan.
Katanya, beliau akan bekerja keras untuk mencapai hasrat itu demi memastikan kekalahan di Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak tidak berulang.
“Ini merupakan tugas sukar. Oleh itu, saya sudah berjumpa pimpinan AMANAH, PAS, dan malam tadi baru bercakap dengan Lim Guan Eng (Setiausaha Agung DAP) mengenai perkara ini.
kemensah 2“Saya dan rakan-rakan dalam kalangan pembangkang perlu memperkukuh barisan untuk menumbangkan BN,” katanya kepada pemberita.
Terdahulu, beliau melepaskan peserta larian King of Kemensah Trail 2016 di Kampung Kemensah di sini, pagi ini.
Mengulas pendirian PAS untuk tetap meletak calon, Mohamed Azmin berkata ia merupakan hak PAS yang sudah bertanding di kedua kerusi sebelum ini.
“Tindakan itu difahami memandangkan ini kerusi tradisi mereka.
“Bagaimanapun, senario sudah berubah dan kita harap kebijaksanaan pimpinan yang ada mampu mencapai kesepakatan yang baik,” katanya.

PAS sedia hilang tiga Exco di Selangor

PAS bersedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk hilang tiga Exconya di Selangor ekoran keputusan parti itu meletakkan calonnya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar.
Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, soal kedudukan ahli Exco adalah urusan sesebuah negeri malah pelantikan dilakukan harus mendapat perkenan Sultan.
Hadi berkata, meskipun PAS bersedia namun beliau berharap ia hanyalah sekadar khabar angin.
“Saya cuma mendapat khabar berita angin dan ia mungkin betul dan mungkin salah.
"Kalau benar pun dia nak minta Exco letak jawatan, soal pelantikan Exco adalah urusan kerajaan negeri manakala hal meletak calon dalam pilihan raya adalah soal parti.
“Lagipun, pelantikan Exco harus mendapat perkenan sultan menerusi dan ada angkat sumpah. Sebab itu kita bersedia dengan segala kemungkinan, perkara ini terpulanglah pada Sultan. Apa pun saya harap perkara ini adalah khabar angin,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.
Abdul Hadi berkata demikian mengulas spekulasi berhubung dakwaan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang mahukan tiga Exco Selangor daripada PAS meletak jawatan jika parti itu bertegas mahu calonnya bertanding dalam PRK Parlimen Sungai Besar.

PERANGAI, TINGKAH LAKU DR ZETI HINA & BURUK?


Kenapa bekas Gabenor Bank Negara  Malaysia (Bank Negara), Tan Sri Dr Zeti Akthar Aziz bersikap mendiamkan diri dan tidak bertanggungjawab menyatakan perkara sebenar mengenai derma RM2.6 bilion?
Kenapa Dr Zeti sanggup membiarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak dicerca, difitnah dan dihina sedemikian rupa gara-gara penyaluran derma daripada Raja Arab Saudi berkenaan?
Kenapa Dr Zeti sanggup menjadikan Malaysia – sebuah negara yang selama ini terkenal sebagai negara yang mengamalkan ketelusan dan berintegriti - di hina sebegitu rupa di mata dunia?
Apa permainan Dr Zeti sebenarnya? Kenapa dia sanggup melakukan itu semua?
Hinanya manusia bernama Zeti ini dan tidak wajar dia disanjung!

Gara-gara sikap berdiam dirinya, serta gara-gara Bank Negara tidak mengumumkan ia membenarkan duit berkenaan disalurkan ke akaun peribadi Najib, satu Malaysia huru  hara dan satu dunia menghina kita...
Sedangkan,  laporan Najib menerima duit itu berpunca dari pada 1MDB tidak betul.
Di mana ketelusan Dr Zeti dan kenapakah kepercayaan kerajaan terhadapnya dikhianati?
Kesemua tuduhan terhadap Dr Zeti ini sebagai kesimpulan kepada kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Dr. MohdPuad Zarkashi semalam.
Puad berkata, Najib mengakui menerima dana tersebut dan mendakwa telah berbincang dengan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akthar Aziz dan menerima kelulusan bank pusat itu untuk membawa masuk wang itu.
Yang pasti duit itu daripada Raja Saudi. Duit itu dimasukkan ke dalam akaun Najib, bukan akaun rasmi sebab tujuan antaranya untuk melawan IS, dan kedua, untuk membantu di tempat-tempat lain, seperti di Palestin dan sebagainya.
Najib, menurut Puad, tidak menafikan dan mengatakan mempunyai dokumen kelulusan dari Bank Negara untuk memindahkan dana itu ke akaun bank peribadinya.
"Cuma masalahnya, dia kata mungkin, dia sebut mungkin ada pegawai di bank negara ataupun Ambank yang membocorkan maklumat tersebut kepada Sarawak Report dan diberikan kepadaWall Street Journal.

"Sebab masuk ke akaun peribadi dia dalam negara kena ada kebenaran bank negara dan dia sudah berbincang dengan gabenor bank negara, kena isi dokumen," kata Puad dalam dialog anjuran Kelab UMNO Australia.

SIAPA SEBENARNYA ada di Turki ??

PELIK TAPI BENAR... Lawatan kerja Najib hanya di London & di Sochi, Russia shj.. Kenapa penerbangan pesawat 9M-NAA berulang-alik dari Turki ke Sochi sejak 18 Mei 2016 lagi ??

Bukankah Najib hadiri Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Russia di Sochi, Russia sudah tamat semalam DAN kenapa penerbangan pesawat 9M-NAA tersebut bermula dari Turki & singgah pula di Sochi HARI INI ??

PAS sedia sebarang kemungkinan selepas PRK - Hadi

MELAKA - Pas bersedia sebarang kemungkinan termasuk menghadapi dakwaan 'kata dua' Menteri Besar Selangor supaya tiga Exco Selangor dari parti itu meletakkan jawatan jika bertegas bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, soal kedudukan ahli Exco adalah urusan sesebuah negeri malah pelantikan dilakukan harus mendapat perkenan Sultan.
Abdul Hadi Awang “Saya cuma mendapat khabar berita angin dan ia mungkin betul dan mungkin salah.
"Kalau benar pun dia nak minta Exco letak jawatan, soal pelantikan Exco adalah urusan kerajaan negeri manakala hal meletak calon dalam pilihan raya adalah soal parti.
“Lagipun, pelantikan Exco harus mendapat perkenan sultan menerusi dan ada angkat sumpah. Sebab itu kita bersedia dengan segala kemungkinan, perkara ini terpulanglah pada Sultan. Apa pun saya harap perkara ini adalah khabar angin,” katanya.
Abdul Hadi berkata demikian mengulas spekulasi berhubung dakwaan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang mahukan tiga Exco Selangor daripada Pas meletak jawatan jika parti itu bertegas mahu calonnya bertanding dalam PRK Parlimen Sungai Besar.
Terdahulu, Pas Selangor semalam turut menyangkal spekulasi berhubung dakwaan ‘kata dua’ dari Azmin supaya tiga Exco kerajaan negeri daripada parti itu meletak jawatan jika parti itu bertegas mahu calonnya bertanding dalam PRK Sungai Besar.
Malah Azmin juga turut menafikan perkara berkenaan.

NAJIB, PEMIMPIN YANG SUDAH TIADA RASA MALU DALAM DIRINYA

Seorang pemimpin UMNO yang baru kembali dari menunaikan umrah memberitahu, antara doanya di Multazam, satu tempat berhampiran Kaabah yang dianggap paling makbul untuk memohon sesuatu hajat ialah meminta kepada Tuhan supaya negara kita segera diberikan pemimpin yang baik dan bebas daripada segala skandal.

Katanya, selain meminta beberapa doa lain, tindakannya memohon doa sedemikian ialah kerana merasakan sudah tiada jalan lagi untuk mengharapkan Najib berundur daripada jawatannya.

Najib, katanya, seolah-olah tidak mahu mendengar suara dari dalam dan luar negara yang menolak dan mengutuknya berkaitan skandal 1MDB serta dana yang masuk ke akaun peribadinya, meskipun secara lumrahnya, jika di negara lain, mereka sudah pasti mengundurkan diri kerana tidak mahu terus-terusan mengorbankan rakyat dan negara.

Hanya dengan berdoa kepada Tuhan, ia merupakan usaha terakhir yang saya mampu lakukan untuk kepentingan negara sambil berharap doa saya akan dimakbulkan, kata pemimpin tersebut yang kemudian menunjukkan bulu roma di tangannya yang sedang tegak berdiri.

Sememangnya, Najib boleh dianggap mencipta sejarah yang tersendiri buat negara dan dirinya. Sepanjang masa, di seluruh dunia ada saja berita-berita buruk disiarkan mengenai dirinya melalui pelbagai saluran media.

Kadang-kadang, sepertimana yang dilakukan oleh Chanel 4, sebuah saluran TV di United Kingdom, berita mengenai dakwaan rasuah melibatkan Najib itu sengaja disiarkan ketika kunjungan rasmi Perdana Menteri ke London baru-baru ini.

Ia disiarkan seolah-olah sebagai bantahan atau protes terhadap lawatan rasmi Najib, pemimpin yang dianggap paling tercemar di dunia ketika ini.

Pas dan Pakatan Harapan bersediakah ganti Umno-BN?


Rakyat jadi bingung bila pemimpin-pemimpin Pakatana Harapan tak sekata. Rakyat jadi bingung bila pemimpin-pemimpin Pakatana Harapan tak sekata. Dalam politik 'akhirannya' lebih penting dari 'permulaannya'.
Macam tengok program gusti di kaca TV orang yang cakap banyak dipermulaan pertandingan belum tentu dia yang akan menang pada akhir pertandingan.
Kita kena faham pepatah orang Melayu ada menyebut 'Menang jadi arang kalah jadi abu'.
Kalau saya memutuskan siapa nak bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Sg Besar dan Kuala Kangsar saya akan pilih parti Pas.
Pertama ini adalah Pilihanraya kecil. Pas pernah bertanding di kedua-dua kerusi Sg Besar dan Kuala Kangsar dalam Pilihanraya Umum yang lalu dan Pas adalah parti pembangkang.
Soal dia dilihat berbaik-baik dengan Umno samalah seperti Pakatan Harapan yang dilihat berbaik-baik dengan Tun Mahathir.
Matlamat Pakatan Harapan dan Pas sama. Nak gulingkan Umno-BN pada PRU14. Mengapa tidak kita kekal berfikir begitu?
Mengapa di satu pihak kita boleh berbaik-baik dengan Tun Mahathir dan di satu pihak tidak mahu sokong menyokong dengan Pas dalam Pilihanraya kecil ini?
Biasanya dalam Pilihanraya kecil 'incumbent' akan bertanding.
Incumbent di sini adalah Pas.
Hubungan Pakatan Harapan dengan Pas mesti dijaga jika kedua-duanya benar-benar mahu berkuasa di Putrajaya.
Pertandingan tiga atau empat penjuru memberi kelebihan kepada BN.
Pilihanraya di Sarawak baru saja selesai. BN Sarawak yang tidak ada Umno, MCA, MIC, Gerakan, PPP dan lain-lain partid ari Semenanjung dengan mudah meratah Pakatan Harapan dan Pas. BN Sarawak ada senjata sulit dan tektikal moves mereka 'caught us by supprise'.
Antaranya mereka main isu kenegerian 'Kita orang Sarawak, mereka orang Semenanjung memandai-mandai nak kacau kita di Sarawak' dan banyak isu lagi.
Kita sebaliknya cuma 'gah' nak tunjuk kuat. Dalam politik tunjuk 'gah' sahaja tak cukup. Kita mesti cerdik. Bertanding tiga atau empat penjuru tak cerdik.

Calon faktor penentu kemenangan di PRK Sungai Besar?


logo PRK
Ramadan akan datang bakal menyaksikan sejumlah 42,836 pengundi berdaftar di Parlimen Sungai Besar memilih calon yang terbaik bagi mengisi kekosongan ditinggalkan penyandang kerusi itu, Allahyarham Datuk Noriah Kasnon.
Berbaki 15 hari sebelum gelanggang kempen dibuka selepas penamaan calon pada 5 Jun ini, pelbagai teori dan analisis telah dibuat mengenai peluang parti-parti bertanding untuk memenangi kerusi Parlimen itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) 18 Jun ini.
Pensyarah kanan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Madya Datuk Dr Samsul Adabi Mamat berkata Barisan Nasional (BN) dan pembangkang kini dilihat dalam kedudukan seimbang untuk memenangi kerusi berkenaan.
Mengulas tentang kerumitan hubungan PKR-PAS-DAP-AMANAH di Selangor, Samsul Adabi tidak menolak kemungkinan pertandingan tiga penjuru akan berlaku di Sungai Besar membabitkan BN-PAS-AMANAH.
"Senario ini bakal memberi kesan besar sehingga membawa kepada kemungkinan PRK kali ini menjadi yang paling sengit dalam sejarah PRK sebelum menuju ke PRU14.
"DAP berharap akan ada pertandingan tiga penjuru tetapi pada masa sama Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali nak ambil hati PAS. Ini akan wujudkan situasi menang-menang di mana pakatan pembangkang pun hadapi masalah dan BN ada masalah isu, jadi pengakhirannya faktor calon amat memainkan peranan," katanya kepada Bernama.
Samsul Adabi berkata sudah pasti, penduduk tempatan mendambakan seorang calon yang benar-benar mempunyai kredibiliti dan diterima oleh semua lapisan masyarakat termasuk kaum Cina.
Menurut penganalisis politik itu, penentuan seorang calon yang akan bertanding sememangnya amat penting dan calon itu haruslah seorang yang telah terbukti layak.
"Saya lihat kekuatan pada Budiman Mohd Zohdi (Anggota Dewan Undangan Negeri) kerana beliau sudah menang di (Dewan Undangan Negeri) Sungai Panjang dan prestasi beliau sepanjang pegang tanggungjawab sebagai ADUN memang amat baik. Jadi bila guna formula ini, maka UMNO kalau ambil pendekatan bijaksana mereka tidak akan lepaskan peluang untuk (memilih) calon seperti ini," katanya.

Amanah paling sesuai di PRK serentak, kata Faiz Fadzil


Timbalan ketua pemuda Amanah, Faiz FadzilTimbalan ketua pemuda Amanah, Faiz Fadzil
Komposisi pengundi di Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar dilihat lebih sesuai untuk Amanah meletakkan calon bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) serentak, 18 Jun ini.
Timbalan Ketua Pemuda Amanah, Faiz Fadzil berkata, Pakatan Harapan perlu memberi laluan kepada parti berkenaan bagi mendepani Pas di kerusi campuran pengundi dengan majoriti Melayu Islam itu.
"Kita berharap pimpinan tertinggi dapat mempertahankan kedua-dua kerusi itu untuk ditandingi Amanah. Beri peluang kepada Amanah sebagai parti politik yang bergerak dalam perjuangan massa," ujarnya ketika ditemui selepas Mesyuarat Pemuda Amanah Nasional di Wisma Amanah lewat petang semalam.
Menurut beliau, pertembungan antara parti komponen Pakatan Harapan perlu dielakkan atas prinsip setiakawan berbeza dengan Pas yang berada di luar gabungan parti pembangkang itu.
"Pertindihan calon bertanding sesama Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Negeri Sarawak lepas tidak harus berulang pada PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar ini.
"Namun, keputusan Pas untuk meletakkan calonnya tidak dapat dielak memandangkan parti itu bukannya komponen Pakatan Harapan tetapi kita menghormati semangat demokrasi untuk Pas masuk juga bertanding, " jelasnya.
Sehubungan itu, Faiz berharap seluruh pimpinan Pakatan Harapan dapat membuat keputusan tepat dan jujur bermuafakat kerana PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar merupakan penanda aras pada Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.

Shaharuddin nafi jadi calon PKR untuk PRK Sungai Besar

Pengundi akan keliru dengan perjuangan PAN bukan PAS - Nik Abduh

Husam : Madu Atau Racun PAS?

Isu Najib Dan Deklarasi Rakyat Di Sisi Undang2 - Hanif Khatri

Agong Boleh Bertindak Berdasarkan Sumpah Perdana Menteri - Hanif Khatri

Tindakan Najib Tidak Masuk Akal Bagi Seorang Yang Tidak Bersalah - Hanif Khatri