Sabtu, 21 Mei 2016

Umno Kedah bimbang berhadapan PRU14 - Ahmad Bashah

Ahmad Bashah Md Hanipah ALOR SETAR - Umno Kedah berasa bimbang untuk menentukan kemenangan dan mengekalkan kuasa pada PRU14, akui pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Menurut Ahmad Bashah, ia bukan perkara mudah untuk dilaksanakan kerana memerlukan muafakat seluruh jentera dan parti komponen BN.

“Kita harus bermula dari awal kerana persiapan untuk menghadapi satu-satu kerja besar bukan perkara mudah. Itu adalah pengalaman yang kita lalui selama ini.

“Walaupun kita dah lalui pilihan raya banyak kali, tapi kalau kita tak buat persiapan dan tak tumpu kepada gerak kerja di semua peringkat, tak mungkin kita berjaya mengekalkan kuasa apabila pihak lawan juga membuat persiapan sama,” katanya.

Berucap melancarkan Jentera Gerak Kerja PRU14 Wanita Umno Kedah di Dewan Seri Mentaloon, di sini, hari ini, beliau berkata, semua ahli dan jentera parti tidak boleh terlalu yakin dengan berpeluk tubuh dan selesa dengan apa yang dimiliki ketika ini.

Ini kerana katanya, PRU14 akan menentukan sama ada BN berjaya atau tidak dengan pelbagai halangan dan rintangan yang ada.

"Bergantung kepada gerak kerja dan komitmen kita untuk menghadapi kerja besar yang akan menentukan kuasa kita di peringkat pusat dan negeri.

Pas nafi lakukan 'pembersihan' besar-besaran - Nik Abduh

Pas
KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Pas, Nik Muhammad Abduh Nik Abdul Aziz menafikan 'pembersihan' besar-besaran melanda parti itu sepanjang krisis dalaman yang menyebabkan tertubuhnya Parti Amanah Negara (Amanah), baru-baru ini.
Menurutnya, 'pembersihan'‎ yang berlaku itu hanya biasa-biasa sahaja meskipun ekoran daripada itu beberapa pimpinan utama parti itu meninggalkan Pas dan membentuk parti lain.
"Sebab itu tak boleh kata pembersihan besar-besaran. Pembersihan biasa. Saya sendiri dan pemimpin lain daripada awal menyebut, yang tak puas hati dengan Pas, kita selesaikan dengan cara yang baik.
"Yang sudah tak selesa dengan Pas, dia boleh keluar, tak perlu kita pecat dan boleh masuk parti-parti lain, nak aktif (berpolitik) ataupun tidak, itu terpulang.  Yang keras kepala kena pecatlah," katanya pada sidang media selepas merasmikan Muktamar Pemuda Pas Wilayah Persekutuan ke-31, di sini, hari ini.
Tahun lalu, sebahagian pemimpin dan ahli Pas meninggalkan parti dan menyertai Amanah termasuk bekas Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu.
Mengulas lanjut, Nik Abduh berkata, harus diakui ada ahli Pas yang meninggalkan parti dan ada juga yang memilih untuk kekal.

Ke mana hilang wang rakyat?

Oleh Ong boon teck
TIDAK apa-apa yang boleh dibanggakan. Begitulah kesimpulan yang boleh diperkatakan mengenai Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2015 Siri 1 yang dibentangkan di Dewan Rakyat, Rabu lalu.
Sememangnya rakyat Malaysia patut marah mengenai tahap prestasi pengurusan kewangan di dalam agensi-agensi kerajaan yang amat lemah seperti tahun-tahun sebelumnya. Kecuaian dan ketirisan terus berlaku menyebabkan wang negara terus hilang dengan mudah tanpa terkawal.
Tidak dinafikan seperti dinyatakan oleh Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang, terdapat 180 kementerian, jabatan dan agensi Kerajaan Persekutuan mendapat penarafan Cemerlang (5 bintang), berbanding 114 pada tahun 2014.
Namun, laporan berkenaan tetap mendedahkan wujudnya kelemahan dan kekurangan ketika menguruskan wang kerajaan oleh pegawai-pegawai terbabit.
Sebagai contoh, Jabatan Audit mendapati kemudahan biometrik myIMMs yang menelan belanja RM10.3 juta telah dibekalkan tetapi tidak dipasang dan diguna pakai.
Dengan harga yang mahal, ia sepatutnya boleh mempertingkatkan kemudahan di pintu-pintu masuk negara bagi tujuan penyaringan dan pengesahan identiti warga asing dan juga warganegara Malaysia. Malangnya, barang telah dibeli tetapi tidak ingin digunakan pula. Apa sebab dan tujuan?
Begitu juga dengan prestasi keseluruhan projek pembinaan Rumah Kekal Baharu untuk mangsa banjir.
Didapati hanya 40 peratus atau 557 daripada 1,395 unit rumah itu masih belum siap dibina sehingga 30 Mac lalu. Ini menyebabkan seramai 557 mangsa banjir serta keluarga di lima negeri yang dilanda bencana alam itu pada akhir 2014 masih menetap di rumah transit, khemah dan sebagainya.
Rakyat sedar kerajaan sentiasa berusaha membantu rakyat setiap kali dilanda banjir. Tetapi persoalan kerap kali ditimbulkan ialah setiap kali begitu banyak wang peruntukan disediakan oleh kerajaan, namun masalah tetap gagal diselesaikan!
Di sinilah terletak keupayaan pegawai-pegawai kementerian, jabatan dan agensi kerajaan terbabit menjalankan tugas dengan penuh dedikasi, menguruskan wang secara telus dan berhemah.

Bila manusia jadi bodoh daun kering & kabel dlm longkang pula yg disalahkannya..

Benarlah.. Akhir Zaman Kekuasaan Dipegang Oleh Orang-Orang Bodoh & Zalim

Pilih Pas atau Pakatan Harapan, PKR perlu tegas elak rakyat muak

Oleh Arif Atan
Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang terus mengundang kekalutan politik tanah air. Ungkapan lebih baik Pas mengembala lembu Umno daripada babi DAP walaupun dinafikan kemudiannya dilihat tetap mengundang persepsi buruk masyarakat bukan Melayu terhadap agama Islam itu sendiri.


Pada masa sama, ‘ribut di cawan kopi’ antara Hadi dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dilihat hanya menjejaskan fokus Pakatan Harapan menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar, 18 Jun ini.
Terbaharu, apabila Azmin dengan nada sindiran bersimpati dengan Hadi kerana dianggap tidak tahu apa yang berlaku dalam parti diterajui Ahli Parlimen Marang itu sendiri.
Hadi pula sebelum ini menafikan adanya pertemuan Pas dengan Azmin walaupun Menteri Besar Selangor tersebut mendakwa sudah ada dua kali pertemuan dengan kepimpinan Pas.
Sikap Pas yang berdolak-dalih serta mengelirukan ini bukan satu gejala yang baharu. Situasi yang dianggap banyak pihak sebagai ‘u-turn’ atau ‘pusing roundabout tak henti’ inilah punca yang membawa kepada perpecahan Pas dengan kemuncaknya kematian Mursyidul Am parti itu, Tuan Guru Nik Aziz pada 12 Februari tahun lalu.
Kecenderungan Azmin yang dilihat masih menagih kasih Pas jika berlanjutan dibimbangi hanya akan merencat keyakinan majoriti rakyat daripada kelompok atas pagar dan tidak berparti terhadap Pakatan Harapan.
Tindakan terus melayan keegoan Pas dibimbangi boleh menimbulkan tanggapan umum bahawa pembangkang sedang berdepan masalah kritikal walhal Pakatan Harapan dan Pas melalui Blok Ketiga yang dibanggakannya adalah dua entiti berlainan.
Sudah tiba masa Azmin harus tegas memilih untuk terus memperkukuh Pakatan Harapan bukan lagi masih terus ‘memberi muka’ kepada Pas setelah memecahkan Pakatan Rakyat.
Meninggalkan Pas untuk parti itu hanyut bersama perangai bodoh sombong mereka itu lebih praktikal. Sebaliknya, melayan Pas yang tidak tentu hala tuju politik dengan kenyataan yang berubah-ubah hampir setiap hari tidak memberi faedah kepada masa depan Pakatan Harapan.
Slogan Pas kononnya ‘istiqamah hingga kemenangan’ dilihat hanya retorik kosong yang sama sekali tidak seiring dengan strategi bersatu hati dalam gabungan pembangkang sedia ada – Pakatan Harapan.
Selain BN, Pas pada masa ini hanya ancaman kepada Pakatan Harapan seperti telah terbukti pada musnahnya Pakatan Rakyat sebelum ini yang berpunca daripada pendirian politik lintang-pukang Pas.
Sikap PKR khususnya Azmin yang mungkin menganggap Pas penting hanya akan memporak-perandakan kerajaan negeri Selangor seterusnya Pakatan Harapan menjelang PRU14 ini.

Pas kuat bukan sebab Abdul Hadi, pemimpin - Nik Abduh

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Pas, Nik Muhammad Abduh Nik Abdul Aziz menegaskan kekuatan parti Islam itu bukan bersandarkan kepada presidennya mahupun barisan kepimpinan parti.
Menurutnya, akar umbi dan sokongan rakyatlah punca kekuatan Pas selama ini.
"Pas sebuah parti yang kuat. Kekuatan kita bukan sebab presiden. Adakah sebab Tuan Guru Hadi atau pemimpin-pemimpin di sekeliling dia? Bukan!
Nik Muhammad Abduh Nik Abdul Aziz "Tetapi kekuatan itu bermula dari akar umbi, dari sokongan rakyat dalam masa yang panjang. Sebab rebahnya Pas, (bermaksud) rebahnya Islam di Malaysia," katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian sempena Muktamar Tahunan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan ke-31, di sini, hari ini.
Nik Abduh sempat mengimbau krisis dalaman Pas yang melanda parti itu sebelum ini.
"Pemimpin kita puja, dialah (yang) rebah. Sepatutnya Pas sudah hancur.
"Yang keluar (parti) itu, keluarlah tapi Pas terus gagah," katanya.
Mengulas lanjut, Nik Abduh berkata, pemimpin-pemimpin yang disifatkan sebagai abang-abangnya itu meninggalkan parti atau dibuang parti kerana menghidapi penyakit.
"Kekuatan Pas juga kerana Dewan-dewan Pemuda Pas ini. Pemuda kuat-kuat belaka, sihat. Yang rebah di atas itu...abang-abang kita kerana berpenyakit.
"Mereka keluar Pas, dibuang dari Pas bukan sebab Pas tapi kerana penyakit diri sendiri yang tidak diubati. Kanser itu bermula dari sel yang kecil jika tidak diubati, sama ada kena potong (buang) ataupun mati sendiri," katanya.
Mendakwa hasil pemerhatiannya, abang-abangnya meninggalkan parti juga dilihat gara-gara sudah hilang perhormatan kepada para ulama.
"Mereka hormat yang mereka mahu hormat. Mereka tidak hormat yang mereka tidak mahu hormat.
"Ini ALLAH tidak terima, jadi, jangan begitu," katanya.

PAS tetap syukur walaupun kalah, mahu tegak syiar Islam dalam PRK

Seorang Ahli Jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Pusat, Mohd Asri Daud menyifatkan tujuan parti tersebut masuk bertanding dalam pilihan raya kerana mahu menegakkan syiar Islam dan tetap bersyukur walaupun kalah bertanding.
Mohd Asri berkata sudah memadai bagi PAS dapat berdakwah dalam setiap pilihan raya dan melihat kemelut perebutan kerusi sesama blok pembangkang hanya merugikan.
“Kita (Pas) bukan seperti parti lain sebab kita bertanding membawa misi untuk berdakwah dan tarbiah, kalau menang alhamdulilah, kalau tak menang syukur sebab dah berjaya beri dakwah kepada rakyat di sana. Ini akidah yang ada dalam perjuangan Pas.
“Kita harap parti pembangkang lain beri laluan kepada Pas. Jangan berebut kerana ia merugikan, boleh pecah undi sebab kita mahu jatuhkan pemimpin Umno,” kata beliau dipetik dalam Sinar Harian hari ini.
Mohd Asri mengulas mengenai kemelut perebutan kerusi dalam dua PRK yang bakal diadakan Jun depan.
PAS sudah mengumumkan bakal meletak calon mereka dan mengataka pintu rundingan sudah tamat walaupun blok pembangkang, Pakatan Harapan masih bertegas juga mahu meletak calon mereka.
Memberi alasan kerusi Sungai Besar dan Kuala Kangsar milik mereka semasa Pilihan Raya Umum 2013 lalu, PAS berkata mereka paling layak untuk bertanding disitu.

Sekat Najib dari menjadikan M'sia negara kuku besi, kata Kit Siang

Rakyat Malaysia harus bangkit menentang rancangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak’s "untuk merubah Malaysia menjadi negara kuku besi", yang mana lebih sesuai untuk negara komunis, kata ahli parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang.
"Apakah Malaysia dalam kelompok masyarakat yang terbuka dan demokratik atau mundur kepada menjadi autokratik dan masyarakat yang tertutup seperti regim komunis Korea Utara?" tanya Lim.
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) perlu memberikan kabinet suatu pengajaran mengenai perundangan negara, dalam hal berkenaan sekatan perjalanan ke atas sesetengah individu yang didakwa kerajaan melanggar perlembagaan persekutuan.
"Suhakam sepatutnya memberikan kabinet keseluruan tunjuk ajar mengenai hak perlembagaan dan asasi manusia rakyat Malaysia, ekoran kabinet telah menjadi satu badan dalam negara yang mengabaikan hak tersebut," kata Lim dalam kenyataannya.
Semalam, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed menafikan sekatan akan dikenakan terhadap pengkritik kerajaan.
Sebuah harian berbahasa Inggeris pada Rabu lalu melaporkan Jabatan Imigresen membuat peraturan dalaman untuk menyekat pengkritik kerajaan daripada ke luar negara.
Mengulas lanjut, Lim berkata, pihak kesal dengan sikap berdiam diri oleh kabinet mengenai perkara itu.
"Semalam, saya bertanya sama ada akan ada menteri yang bakal meletak jawatan jika kabinet tidak bersedia untuk membatalkan sekatan perjalanan ke atas Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah dan ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.

'Aura Dr M, pemberontak boleh kalahkan Umno di 2 PRK'

Ketidak mampuan untuk Pakatan Harapan (HARAPAN) and PAS untuk menyediakan calon tunggal mewakili pembangkang pada pilihan raya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar mungkin memberi kelebihan kepada Umno untuk mengekalkan kedua-dua kerusi itu dalam pertandingan tiga penjuru.
Bagaimanapun, penganalisa politik, Wong Chin Huat berkata, penentu utama dalam kedua-dua pilihan raya kecil itu ialah kemampuan Tun Dr Mahathir Mohamad dan konco-konconya untuk menghalang kemaraan Umno.
"Perbalahan tidak akan membantu pembangkang dalam dua pilihan raya kecil itu, mungkin peratusan keluar mengundi akan rendah seperti yang berlaku di Sarawak.
"Namun begitu, penentu utama ialah kemampuan Mahathir dan para pemberontak Umno untuk mengalihkan undi serta sokongan terhadap Umno," beliau memberitahu Malaysiakini.

Walaupun HARAPAN dan PAS masing-masing bertegas mereka dibenarkan melawan Umno dalam pertandingan satu lawan satu, namun, itu tidak menjamin kemenangan kepada pembangkang, ujarnya.
"Dengan Pakatan mendapat 47 hingga 49 peratus undi pada 2013, ada pengundi yang akan hanya mengundi PAS dan bukan Amanah atau PKR sementara yang lain akan hanya mengundi Amanah atau PKR dan bukannya PAS walaupun hanya ada satu calon pembangkang.

DAH DAPAT UGUTAN, APA DITUNGGU LAGI?

Senada dengan beberapa tulisan dalam blog ini yang mahukan Pas lebih bertolak ansur dan kalau pun ingin berdepan satu lawan satu dengan BN sama ada di Sungai Besar mahu pun di Kuala Kangsar, parti itu yang seharusnya akur dengan Pakatan Harapan dan bukannya Pakatan Harapan tunduk kepada mereka, Azmi Ali nampaknya telah memulakan langkah yang boleh diberikan pujian ke arah itu.

Langkah tersebut ialah memberi kata dua agar tiga Exco Pas meletakkan jawatan dalam kerajaan negeri sekiranya parti itu berkeras juga mahu meletakkan calonnya di Sungai Besar.

Sebagai ketua kerajaan negeri di Selangor dan penggerak penting dalam Pakatan Harapan, memang wajar Azmin memberikan kata dua itu agar Pas lebih sedar dirinya yang sebenar.

Meskipun semalam ada penafian mengatakan kata dua itu tidak pernah diberikan, tetapi Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas, Mohd Khairuddin Aman Razali akhirnya mengesahkan perkara itu.

Katanya, permintaan Azmin agar tiga Exco Pas harus meletakkan jawatan jika berkeras meletakkan calon di Sungai Besar adalah sesuatu yang benar berdasarkan maklumat yang diterima pihaknya.

Lagi pun, cakap ulama dan maklumat yang disampaikan kepada ulama mestilah sesuatu yang benar belaka. 

Maka, apa pendirian Pas selepas ini - tetap berkeras mahu bertanding juga di Sungai Besar atau sedia bertolak ansur dengan Pakatan Harapan?

Terus berpegang kepada ketetapan bertanding yang kononnya tidak boleh diubah lagi atau lebih sayangkan jawatan Exco dalam kerajaan negeri Selangor?

Apa ditunggu lagi wahai Pas...buatlah keputusan dengan segera?

'Gabenor Bank Negara tahu, izinkan RM2.6b masuk akaun Najib' - JASA

Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi mendedahkan kandungan pertemuan antara pemimpin Umno dengan presidennya, Datuk Seri Najib Abdul Razak sejurus selepas terbongkar kisah perdana menteri itu telah menerima RM2.6 billion ke dalam akaun perbadinya.
Dalam sesi dialog bersama penuntut Malaysia di Canberra, Australia, Puad berkata, pemimpin Umno meminta untuk bertemu dengan Najib sebaik sahaja the Wall Street Journal menerbitkan berita kemasukan dana itu.
Dengan tidak memberikan butiran tarikh pertemuan tersebut, namun menjelaskan ia berlaku semasa bulan Ramadan antara 15 Jun hingga 15 Julai tahun lalu. Wall Street Journal menerbitkan berita itu pada 2 Julai.
Dalam pertemuan tersebut, Puad berkata, Najib mengakui menerima dana tersebut dan mendakwa telah berbincang dengan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akthar Aziz dan menerima kelulusan bank pusat itu untuk membawa masuk wang itu.
"Bila sampai ke rumah beliau, kami bertanya kepada Datuk Seri Najib betulkah you dapat 2.6 billion. Dia kata betul.
Beliau tidak menafikan dan mengatakan mempunyai dokumen kelulusan dari Bank Negara untuk memindahkan dana itu ke akaun bank peribadinya.
"Cuma masalahnya, dia kata mungkin, dia sebut mungkin ada pegawai di bank negara ataupun ambank yang membocorkan maklumat tersebut kepada Sarawak Report dan diberikan kepada Wall Street Journal.
"Sebab masuk ke akaun peribadi dia dalam negara kena ada kebenaran bank negara dan dia sudah berbincang dengan gabenor bank negara, kena isi dokumen," kata Puad dalam dialog anjuran Kelad Umno Australia.

Lembaga Disiplin tolak kes berprofil tinggi Muhyiddin, Mukhriz, dibawa ke Majlis Tertinggi Umno


Tan Sri Muhyidin YasinTan Sri Muhyidin Yasin
Lembaga Disiplin menulis surat kepada Majli Tertinggi Umno menolak untuk mengendalian 'kes berprofil tinggi' melibatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang digantung jawatan sebagai timbalan presiden Umno dan bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir menyebabkan kes berkenaan dipulangkan semula kepada MT untuk tindakan lanjut.
Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata perkara itu diputuskan selepas Lembaga Disiplin menulis surat kepadanya menyatakan ia 'kes berprofil tinggi' dan memulangkan semula kes tersebut kepada MT untuk tindakan lanjut.
"Sebagai setiausaha agung, saya hanya akan bawakan apa yang telah ditulis kepada saya oleh Lembaga Disiplin iaitu agar perkara ini dirujuk kepada Majlis Tertinggi supaya membuat keputusan.
"Oleh kerana Lembaga Disiplin sendiri tidak mahu mengambil keputusan atas alasan 'kes berprofil tinggi' ... tak kan kita nak diamkan. Jadi, sebagai setiausaha agung saya cuma boleh bawa kepada MT untuk tindakan seterusnya," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Semarak Komuniti 1Malaysia di sini hari ini.
Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Muhyiddin bahawa keputusan membawa kes itu kepada MT Umno sebagai melanggar prosedur tatatertib dan perlembagaan parti.
Tengku Adnan berkata Umno sebagai sebuah parti berstrukutur akan sentiasa memastikan tindakan yang diambil adalah mengikut aturan sedia ada, dan sebagai bekas timbalan presiden UMNO, beliau yakin Muhyiddin faham dan tahu tindakan tersebut sama sekali tidak melanggar mana-mana peraturan.
Beliau berkata Perlembagaan Umno jelas menyatakan bahawa MT berhak untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai Majlis Tertinggi, malah ia juga boleh membuat keputusan-keputusan selain daripada apa yang tertera dalam tataetika parti dan perlembagaan.

PAS Selangor fokus untuk menang PRK Sungai Besar


Pagi tadi saya telah melancarkan Program Insentif Untuk Pangsapuri Kos Rendah Sempena Kempen Jimat Air Negeri Selangor 2016.

Pelancaran telah diadakan di PPRK Kampung Baru HICOM, Seksyen 26, Shah Alam.

Selepas pelancaran telah diadakan sidang akhbar seperti biasa.

Setelah menjawab soalan-soalan berkaitan program tersebut, wartawan-wartawan telah bertanya tentang PRK Sungai Besar.

Saya telah memberitahu mereka saya tidak akan menjawab apa-apa soalan tentang PRK itu tetapi akan membaca kenyataan seperti berikut:

Fokus PAS sekarang adalah untuk memenangi PRK Sungai Besar.

Fokus PAS sekarang adalah untuk memenangi Pilihan raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar.

Kami sudah menggerakkan jentera tempatan, jentera kawasan-kawasan di Selangor dan jentera negeri-negeri.

Sungai Besar adalah kerusi tradisi PAS dan keputusan PAS untuk bertanding di situ tidak sepatutnya dipertikaikan oleh sesiapa.

Kami yakin PAS mempunyai peluang yang cerah pada PRK ini kerana terdapat pelbagai isu tempatan dan nasional akibat dari kebobrokan pentadbiran Umno Barisan Nasional.

Saya yakin jentera dan ahli-ahli PAS akan memberi tumpuan sepenuhnya kepada PRK ini dan tidak akan melayani isu-isu yang bertujuan untuk mengganggu tumpuan ini.

Orang Umno mula kempen untuk Amanah, kata Mohamad Sabu


Gimik pelancaran gerak kerja parti Amanah di PRK Kuala KangsarGimik pelancaran gerak kerja parti Amanah di PRK Kuala Kangsar
Dalam keadaan jarang berlaku, orang Umno akan berkempen atas tiket Parti Amanah Negara (Amanah) khususnya pada dua pilihan raya kecil serentak Jun ini, kata Mohamad Sabu.
Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) itu berkata, ia merupakan trend dan gelombang politik terkini sedang berlaku ekoran penolakan ahli Umno terhadap presiden mereka yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan segala skandal yang berlaku.
Pertemuan dengan jentera di Kuala KangsarPertemuan dengan jentera di Kuala Kangsar"Bukan soal nama dia Najib. Yang masalahnya sebab dia jadi Perdana Menteri. Segala akibat daripada skandal yang lakukan telah menyusahkan rakyat.
"Tidak pelik pada pilihan raya kecil ini nanti orang Umno akan berkempen atas tiket Amanah. Inilah trend politik yang sedang berlaku di mana parti yang berbuat baik akan disokong, yang buat jahat akan ditentang," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah perdana sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar di Taman Jasa di sini malam tadi.
Mengulas lanjut Mohamad berkata, itulah sebabnya wujud gerakan Deklarasi Rakyat yang diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad bagi mendesak Najib meletak jawatan.
Mohamad berkata, gerakan ini biarpun dipelopori ahli, pemimpin dan bekas pemimpin Umno, namun kini boleh bekerjasama dengan pembangkang atas matlamat yang sama iaitu negara ini diselamatkan dengan Najib perlu dijatuhkan.
"Sebab itu pada pilihan raya ini tolak Umno dengan penasihat-penasihatnya sekali.

Surat terbuka kekecewaan mahasiswa terhadap pembangkang

Mengapa kalian suka bersengketa sesama sendiri dan seperti sengaja menimbulkan kenyataan membawa kepada permusuhan?
pakatan-harapan_pas_600_2
Oleh Muhammad Wafiuddin Rosli


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,
Sesungguhnya saya menulis surat ini buat kesemua presiden-presiden komponen parti pembangkang yang terdiri daripada PKR, DAP, AMANAH dan PAS yang menjadi tonggak harapan rakyat bagi menggantikan kerajaan sedia ada Barisan Nasional (BN) yang kian bobrok dibawah Najib Razak itu. Saya dengan ini menginsafi bahawa saya hanyalah seorang daripada jutaan rakyat Malaysia yang terdiri daripada mahasiswa dan anak muda begitu lelah melihat cakaran di antara komponen pembangkang yang tiada langsung keuntungan buat rakyat Malaysia khususnya.
Yang Berbahagia Presiden-Presiden Parti Pembangkang,
Sudah agak lama kiranya komponen blok pembangkang ini mengalami krisis yang tidak ada kesudahan jelas untuk menumpukan kepada masalah rakyat yang kian tertindas ini. Blok pembangkang lebih dilihat mempunyai ego yang tinggi dan hanya mementingkan kepentingan parti sendiri berbanding isu rakyat. Saya boleh nyatakan beberapa kekecewaan anak muda terhadap blok pembangkang ini :
  1. Pembangkang gagal untuk mengurus krisis yang melanda sesama mereka bahkan mereka lebih suka mengambil sikap pentingkan diri sendiri berbanding kepentingan rakyat terutamanya PKR dan DAP, PAS dan AMANAH di Sarawak. Contoh mudah, mahasiswa dan anak muda melihat cara mengurus Pakatan Harapan di dalam penentuan kerusi Pilihanraya Negeri Sarawak yang lepas, mengapa masih terdapat pertindihan kerusi sesama blok pembangkang sedangkan kesepakatan telah dijanjikan bersama untuk berhadapan dengan BN tetapi akhirnya cita-cita itu di bakulsampahkan sebegitu rupa demi kepentingan pengaruh dan politik kesemua parti pembangkang. Anda semua telah mengecewakan kami.
  2. Pembangkang gagal untuk mengangkat suara anak muda di dalam setiap manifesto yang mereka janjikan. Jika mereka mengatakan anak muda sebagai harapan dan tonggak kepada perubahan, mengapa kepentingan kami diketepikan tanpa sebarang penelitian? Anak muda mahukan kepentingan kami didengari dan sebahagian daripada penentuan polisi tapi malangnya kami ibarat tidak begitu wujud di mata kalian wahai parti-parti pembangkang. Anda semua sekali lagi telah mengecewakan kami.
  3. Pembangkang gagal untuk bersepakat bersama dalam cita-cita bagi menurunkan Najib Razak sebagai perdana menteri Malaysia yang korup. Bahkan bergaduh dan teragak-agak sesama sendiri samada untuk bersama dalam Deklarasi Rakyat di bawah Mahathir ataupun tidak. Mujur Anwar Ibrahim mengeluarkan suratnya, barulah pembangkang ‘meroyan’ seolah-olah kononnya sinar kebenaran baru sahaja terbit. Soalnya, mengapa kalian seolah-olah menunggu surat dari Anwar? tidakkah kalian boleh bersepakat bersama bagi mengumpul kekuatan menurunkan Najib Razak. Kalian dilihat lemah, sekali lagi telah mengecewakan rakyat.
  4. Pembangkang lebih syok untuk memanjangkan pergaduhan bahkan seronok untuk disensasikan buat tatapan rakyat. Mengapa kalian suka bersengketa sesama sendiri dan seperti sengaja menimbulkan kenyataan membawa kepada permusuhan? Aktiviti cabar-mencabar, kutuk-mengutuk, dan caci-maki sesama parti pembangkang hanyalah memberikan gambaran kalian tidak serius untuk memimpin Malaysia bagi menggantikan BN yang sudah tidak dianggap releven lagi kini.
Presiden-Presiden Parti Pembangkang yang dihormati,

PRK Sg Besar: Ismail Sabri harap pertelingkahan PAS-PH berterusan

Bagaimanapun BN dan UMNO diingatkan agar terus bersatu walaupun PAS dan PH bertelingkah sesama mereka.
ismail-sabri_amanah_pas_600
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob berharap pertelingkahan antara PAS dan Pakatan Harapan (PH) membabitkan isu kerusi Parlimen Sungai Besar akan berterusan.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu bagaimanapun mengingatkan Barisan Nasional (BN) dan UMNO agar terus bersatu.
“Kalau dapat kelebihan menerusi perpecahan daripada pembangkang, tetapi jangan kerana isu dalaman kita pun berpecah, maka kita tak dapat manfaatkan kelebihan itu.
“Jangan kita harapkan kelemahan orang lain untuk menang. Kita mesti ada kekuatan sendiri untuk menang,” tegasnya pada sidang media di Persidangan Ayahanda Malaysia Kali Pertama di Kelab Sultan Sulaiman di sini hari ini.
Terdahulu, Naib Presiden PAS Datuk Iskandar Abdul Samad menyatakan keputusan parti itu bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar pada 18 Jun adalah muktamad dan tidak perlu dipertikai oleh mana-mana pihak.

Keputusan Pas bertanding PRK Sungai Besar muktamad, tidak perlu dipertikai - Iskandar


Pesuruhjaya Pas Selangor Iskandar Abdul SamadPesuruhjaya Pas Selangor Iskandar Abdul Samad
Keputusan PAS bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar pada 18 Jun ini adalah muktamad dan tidak perlu dipertikai oleh mana-mana pihak, kata Naib Presiden PAS Datuk Iskandar Abdul Samad.
Beliau berkata ini kerana kerusi Parlimen Sungai Besar adalah kerusi tradisi PAS dan parti itu tetap akan meletakkan wakil walaupun Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa rundingan berkaitan calon masih berjalan.
"Sungai Besar adalah kerusi tradisi PAS dan keputusan PAS untuk bertanding di situ tidak sepatutnya dipertikaikan oleh sesiapa.
"Saya yakin jentera dan anggota PAS akan memberi tumpuan sepenuhnya kepada PRK ini dan tidak akan melayani isu-isu yang bertujuan untuk mengganggu tumpuan ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program gotong-royong perdana dan insentif penjimatan air Pangsapuri Projek Perumahan Rakyat Kampung Baru Hicom di sini, Sabtu.
Iskandar yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kesediaan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali untuk berjumpa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi membincangkan isu calon PRK Sungai Besar.
PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Noriah Kasnon, yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lepas.

Amanah Jangan Buruk Sangka Pada Pas - Pemuda Wilayah

Ku Nan: Status Muhyiddin, Mukhriz, Shafie Mungkin Diketahui Jumaat Ini

'Majlis Tertinggi Tak Kan Diam, Tetap Ambil Tindakan' - Ku Nan

'Kalau Benci Pun, Mahathir Mesti Kenang Jasa BN' - Ku Nan

Ismail Sabri: Haram to ovethrow Najib

Sabri Ismail: Unite so we don't lose PM post to non-Malays

S'gor PAS dismisses speculations over 'quit ultimatum'

Isu KTMB: 'Kalau salahkan Mahathir, orang marah'

KUALA LUMPUR - "Berniaga nasi lemak pun boleh untung". Demikian reaksi Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (RUM), Abdul Razak Md Hassan mengenai situasi terkini melibatkan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).
Menurutnya, KTMB hari ini sedang nazak dan perlu diselamatkan segera bagi mengelakkan ia menerima nasib sama seperti Malaysia Airlines Berhad (MAS).
"Meniaga nasi lemak pun boleh untung. Kita (KTMB) hari-hari rugi. Bagilah tambang itu naik mengikut harga sebenar. Barulah kita boleh naik. Jangan asyik salahkan KTMB.
Isu KTMB: 'Kalau salahkan Mahathir, orang marah'
"Sekarang kita luahkan sebab KTMB sedang nazak. Selamatkan KTMB! Sebab itu kita berhimpun, menyuarakan rasa hati. Kita tidak berpiket. Ini perjuangan, kalau bukan kita, siapa lagi nak berjuang?," katanya pada Himpunan Bantahan Pengambilalihan Aset Keretapi Oleh Perbadanan Aset Keretapi (RAC), di sini, hari ini.
Beliau sempat menyingkap sejarah dan meletakkan punca KTMB berada dalam situasi hari ini gara-gara kesilapan dalam dasar kerajaan sewaktu pemerintahan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
"KTMB tak boleh diswastakan. Kalau saya salahkan Mahathir, orang marah saya. Tapi puncanya siapa yg swastakan?
"Kalau tak diswastakan, kita tak apa-apa. Gaji kita rendah. Malah lagi rendah dr penjawat awam. Saya menjerit sana sini, orang marah RUM tapi orang tak pandang RUM kerja tengah panas, tinggal anak panas nak beri perhidmatan kepada orang ramai," katanya.
Mengulas lanjut, beliau akui netizen marah dengan KTMB apabila perkhidmatan tergendala namun perkhidmatan terpaksa ditahan sementara sebelum ini gara-gara landasan keretapi retak.
"Kita 'delay' orang marah. Netizen marah bila kita tahan perkhidmatan sebab tapi kita terpaksa buat demi keselamatan.
"Kita dah minta sistem itu 10 tahun dulu. Baru skrg nk luluskan. Siapa jadi mangsa? KTMB juga dipersalahkan," katanya.

Mangsa banjir kilat boleh saman PBT

Sekiranya PBT menerima tuntutan saman daripada mangsa, mereka (PBT) tidak boleh tidak mengendahkan saman tersebut kerana perlu mengikut perintah mahkamah dan selesaikan segala kes yang berkaitan.
SyahredzanJohan
KUALA LUMPUR: Semua mangsa yang terjejas akibat banjir kilat di ibu kota baru-baru ini, boleh menyaman pihak berkuasa tempatan (PBT) di mahkamah, namun perlu mempunyai bukti yang disokong oleh pakar berkaitan.
Peguam di firma guaman swasta, Syahredzan Johan berkata mangsa perlu mengemukakan bukti berkaitan kecuaian atau kelonggaran tanggungjawab oleh PBT sehingga boleh menyebabkan berlaku bencana sebegitu.
“Sebagai contoh, dalam kes ini mangsa boleh dapatkan pakar dalam bidang kejuruteraan yang akan memberi keterangan mewakili pihak mangsa di mahkamah.
“Keterangan yang diberikan adalah berdasarkan bukti-bukti antaranya keterangan daripada saksi, keratan akhbar, gambar insiden dan resit yang melibatkan pembayaran kerosakan aset mereka ekoran kejadian itu,” katanya ketika
dihubungi Bernama hari ini.
Bagaimanapun, beliau berkata proses melibatkan pakar ini biasanya memerlukan kos yang tinggi dan hal itu membuatkan mangsa menganggap ia membebankan dan seterusnya bertindak ‘angkat tangan’ untuk menyaman pihak berkuasa.
“Tetapi sekiranya PBT menerima tuntutan saman daripada mangsa, mereka (PBT) tidak boleh tidak mengendahkan saman tersebut kerana perlu mengikut perintah mahkamah dan selesaikan segala kes yang berkaitan,” katanya.

Selepas Sarawak, Azmin kini tersepit di dua PRK


Azmin dikatakan tersepitAzmin dikatakan tersepit
Timbalan Presiden PKR, Datuk Mohamed Azmin Ali dikira pihak yang paling tersepit menjelang pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Selepas Dap dan penyokong Pakatan Harapan menyerang beliau ekoran pertembungan sesama calon mereka di Sarawak, kini beliau berdepan dengan serangan dari pemimpin Amanah dan Pas pula ekoran dari usahanya mahu PKR bertanding di Sungai Besar.
Ini kerana pemimpin Amanah menganggap kerusi itu adalah sepatutnya milik Amanah apabila parti pecahan dari Pas itu menggantikan Pas dalam Pakatan Harapan selepas hancurnya Pakatan Rakyat.
Belum reda serangan itu, Pas pula kini menyerang Azmin selepas beliau dikatakan memberi kata dua kepada tiga Exco Pas dalam kerajaan negeri Selangor agar Pas menarik diri dari bertanding di Sungai Besar atau ketiga-tiga mereka meletakkan jawatan dari Exco kerajaan negeri Selangor.
Ekoran itu ketiga-tiga mereka bersama beberapa pemimpin dari Selangor terbang ke Marang bagi bertemu Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi membincangkan isu itu.
Dalam pertemuan itu Hadi memutuskan agar Pas terus bertanding di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, dalam masa yang sama mengarahkan agar ketiga-tiga mereka kekal dalam kerajaan negeri atau tidak meletakkan jawatan.
Azmin bagaimanapun menafikan memberikan kata dua itu selepas ia disiarkan oleh media dan berkata beliau akan terus berunding dengan
pemimpin Pas mengenainya.
Sekurang-kurangnya tiga pemimpin kanan Pas menulis dalam Facebook mereka menyerang Azmin ekoran dari kata dua Azmin itu.
Ketua Pemuda Nik Mohamad Abduh Nik Aziz, Ketua Penerangan Dewan Ulama, Datuk Dr Khairudin Aman Razali dan AJK Pas Pusat, Mokhtar Senik.
Nik Abduh mempertikaikan rundingan yang diusahakan Azmin dan menegaskan Pas akan kekal bertanding di kedua-dua kawasan dalam PRK ini.
"Hormati kami jika kami menolak rundingan 'mee segera' yang sekadar memaksa kami melepaskan hak berasaskan kerusi PRU13," tulis Nik Abduh.
Belum reda dengan ugutan itu, sekali lagi Azmin diserang beliau selepas berkata Hadi tidak tahu apa yang berlaku dalam parti itu ekoran kenyataannya Pas tiada perundingan dengan PKR.

'Warkah Anwar, warkah pencerahan'

Berulang kali saya menekuni warkah Anwar Ibrahim dari penjara. Saya bersyukur sebagai ahli biasa parti Keadilan, saya berpeluang menelaah watikah yang sangat bermakna. Warkah yang bagi saya menjadi pencerah kepada kekeliruan yang
membenak dalam minda masyarakat akar umbi, khususnya penyokong parti pembangkang.
Sejak terlibatnya beberapa kepimpinan Pakatan Harapan dengan kempen Deklarasi Rakyat yang diterajui oleh Tun Mahathir Mohamad, ada bisik-bisik tidak senang diperingkat masyarakat awam yang tertanya-tanya apa sebenarnya kehendak kepimpinan Pakatan Harapan menyokong kempen ini.

Buktinya, dalam tiga forum mengenai Deklarasi Rakyat yang saya ikuti, sangat jelas orang awam khususnya anak muda sangat dingin dalam melayani Deklarasi Rakyat ini. Akibat Deklarasi Rakyat ini juga, kumpulan pro-perubahan yang melatari perjuangan rakyat selama ini juga terpecah-pecah. Ada yang memilih untuk menyokong, ada yang menentang dan
ada juga yang berkecuali lalu berdiam. Keadaan ini sudah pasti menggugat keutuhan jentera perubahan dalam berhadapan Barisan Nasional yang sentiasa ditopang kuasa wang ringgit.

'Tidak selesa' 
Orang awam, khususnya penyokong pembangkang yang tidak selesa dengan kempen Deklarasi Rakyat sudah pasti merasa tenang dengan hadirnya Warkah Anwar ini. Paling kurang, mereka memahami bahawa individu yang disepakati oleh semua komponen Pembangkang bakal menjadi perdana menteri Malaysia, juga mengambil pendirian untuk berbeza
dengan kempen Deklarasi Rakyat.

Selama ini ramai yang kecewa apabila melihat seolah-olah pemimpin pembangkang jatuh ke dalam kepentingan politik Tun Mahathir. Media sosial dilimpahi sumpah seranah anak muda pro-reformasi terhadap pemimpin pembangkang yang sepentas dengan Tun Mahathir. Warkah ini semestinya memberi gambaran kepada masyarakat di luar sana bahawa kebimbangan mereka juga dikongsi oleh Anwar Ibrahim dari dalam penjara, dan boleh dikatakan Anwar telah bersuara bagi pihak mereka.

'Pergiat agenda reformasi'

Publik atau penyokong pembangkang yang tidak senang dengan kempen Deklarasi Rakyat pada awalnya bingung apabila Anwar dikatakan turut bersetuju dengan inisiatif ini. Namun warkah ini memperjelas segalanya. Anwar bersetuju dalam
kerangka yang sangat berwaspada. Dalam warkah tersebut Anwar menyatakan kebimbangan dan harapan agar jentera parti mula meletakkan jarak dengan kempen deklarasi ini.

Saya kira Pakatan Harapan sudah memulakan inisiatif persis seperti yang disarankan oleh Anwar melalui warkahnya. Iaitu biarlah Pakatan Harapan yang mengelola dan meneraju kempen atas nama dan intipati yang ditetapkan pembangkang,
bukan Tun Mahathir. Perkara ini sudah bergerak di Parlimen Pandan apabila Pakatan Harapan melancarkan Kempen Muafakat Selamatkan Malaysia yang mengandungi tiga tuntutan iaitu Bebaskan Institusi, Undur Najib dan Bebas Anwar.
Tuntutan bebas Anwar dalam kempen ini menetapkan jarak dan perbezaan antara Deklarasi Rakyat dan Muafakat Selamatkan Malaysia. Namun nama Muafakat Selamatkan Malaysia ini kian tenggelam bersama tuntutan Bebas Anwar dan
kempen Deklarasi Rakyat terus dominan.

Anwar melalui warkahnya tegas menyatakan walaupun di pentas Deklarasi Rakyat pemimpin pembangkang petah berceramah malah sinikal terhadap sejarah lama dengan Tun Mahathir, namun yang dominan tetap Tun Mahathir. Kempen
itu sudah dimiliki sepenuhnya oleh Mahathir dan pasukannya.

Sungguh mudah jadi KERAjaan lanun.. SUBSIDI DIHAPUSKAN & RAKYAT KENA GST 6%.

Laki bini boros berbelanja terbang ke luar negara ke sana ke mari guna harta kerajaan & wang rakyat...

Bertanding Dua PRK; Keputusan PAS Muktamad - Hadi

KENAPA PM Najib Razak & menteri2nya suka menipu rakyat ??

MASIH INGAT KENYATAAN INI !!!..

"Setiap sumbangan yg ingin diberikan kepada mana-mana parti politik samada di peringkat pusat mahupun negeri hendaklah disalurkan melalui akaun rasmi parti.

Ini bagi mengelakkan ahli-ahli politik menyalahgunakan nama parti untuk meminta atau menerima apa-apa sumbangan yang kemudiannya diselewengkan untuk kepentingan bersendirian."

- Ucapan Najib semasa MAJLIS PERASMIAN PROGRAM PEGAWAI INTEGRITI BERTAULIAH di PICC Putrajaya. (27/02/2012)

KENAPA UMNO suka menipu & perbodohkan rakyat.. !!!

Boleh rujuk di sini: http://bit.ly/1TvHQCV

Kenapa mereka bersedih ??

ADAKAH MEREKA sedih kerana...
..Subsidi Tepung RAKYAT,
..Subsidi Beras RAKYAT,
..Subsidi Minyak RAKYAT,
..Subsidi Gula RAKYAT,
..Subsidi Elektrik RAKYAT
DIHAPUSKAN..???!!

ADAKAH MEREKA sedih kerana...
..Rakyat terbeban kos sara hidup gara2 GST 6% ??

ADAKAH MEREKA sedih kerana...
..aset negara TNB tergadai pada komunis-China kerana nak bayar hutang 1MDB ??

Pembangkang takkan berjaya atasi BN jika...

Suasana pilihan rayaPembangkang tidak akan berjaya mengatasi BN sekiranya masih berpegang kepada ideologi perjuangan berbeza.
Penganalisis politik, Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, perpecahan yang diwujudkan oleh pembangkang telah membuka banyak ruang buat BN mendominasi dan meraih undi setiap kali pilihan raya.
Kata Sivamurugan, perpecahan dan perbezaan pendapat antara parti pembangkang akan membuatkan rakyat mudah terkeliru. Pengundi akhirnya beralih menyokong BN yang dilihat lebih matang.
“Kelemahan pembangkang sentiasa nampak ketara kerana mereka tidak bersama. Masing-masing mengutamakan kepentingan mereka berbanding dengan BN yang mengguna pakai logo dan manifesto yang sama ketika bertanding.
“Pembangkang juga memecahkan undi apabila lebih daripada satu calon turun bertanding,” katanya ketika dihubungi Sinar Online.
Beliau menambah, pembangkang perlu melahirkan satu ideologi bersama sekiranya mahu mengatasi BN.
“PKR, Amanah (Parti Amanah Negara), DAP dan Pas, semuanya mempunyai matlamat perjuangan yang berbeza.
“Mereka perlu selesaikan terlebih dahulu permasalahan dan perselisihan yang berlaku sesama mereka dan kemudian baru fokuskan kepada pilihan raya,” katanya lagi.

Rayuan isteri pramugara MH370 buat Tun Mahathir

Dia muncul sebagai peserta terakhir yang diberi peluang bertanya soalan kepada Tun Dr. Mahathir pada majlis dialog anjuran Kesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kapal Kabin Malaysia (NUFAM) di Subang Jaya di sini semalam.
Ketika bekas Perdana Menteri itu menerima soalan bertalu-talu daripada peserta sebelum itu seperti isu 1MDB, siapa pengganti yang sesuai jika Perdana Menteri meletak jawatan, Deklarasi Rakyat, pencen dengan aman, sistem pendidikan kebangsaan dan nasib 6,000 kakitangan Malaysia Airlines Berhad yang dibuang kerja, wanita ini tampil mengejutkan hadirin apabila dia memperkenalkan diri sebagai isteri pramugara pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac 2014.
Sebelum meneruskan soalan, Intan Maizura Othman, 36, sempat memohon maaf kepada Dr. Mahathir dan hadirin kerana dia tiba-tiba berasa agak gementar.
Barangkali dengan kekuatan semangat waris lain yang hadir, Intan mengagahkan dirinya juga dengan mula bertanya soalan dengan lancar.
Namun dia akhirnya tewas dalam rayuannya kepada Dr. Mahathir apabila tangisan dan sebak mula menguasai diri sambil tokoh negarawan itu memandangnya sayu dan sesekali menganggukkan kepala kepada setiap butir ayat yang dilontar.
"Saya percaya Tun ramai kawan-kawan, kabel besar agaknya. Boleh tak Tun kongsi kat mana kapal itu Tun? (menangis). Apa jadi dengan kapal itu?
"Kami waris-waris hanya mahu kebenaran. Tak ada siapa pun yang hendak beritahu apa yang sebenar berlaku. Kami sudah penat panjat turun tangga.
"Sudah jumpa menteri, polis. Anak saya masih sampai sekarang bertanya? Kubur bapa dia di mana? Kalau Tun ada info, tolonglah beritahu saya dan waris lain," katanya dalam nada getar sebelum mengucap terima kasih kepada Dr. Mahathir kerana sudi mendengar.

Azmin memang ugut pecat EXCO PAS – Ulama

Azmin didakwa bertindak sepertu itu kerana menerima tekanan daripada pemimpin Pakatan Harapan supaya meletakkan calon di Sungai Besar.
Khairuddin-Aman-Razali-azmin
PETALING JAYA: Tiga EXCO PAS di Selangor memang diberi kata dua oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya meletak jawatan sekiranya parti Islam itu berkeras mahu bertanding PRK Parlimen Sungai Besar.
Pendedahan itu dibuat Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berdasarkan maklumat yang diterima pihak partinya.
Malah, menurut Khairuddin, penafian yang dibuat Azmin kepada pihak media juga tidak benar.
“Azmin ‘terkantoi’ berbohong kepada wartawan, kononnya tidak pernah arahkan EXCO PAS (Selangor) letak jawatan sedangkan memang ‘confirm’ dia (Azmin) arahkan EXCO PAS meletakkan jawatan jika PAS terus bertanding di Sungai Besar,” katanya kepada FMT.
Malah Ahli Parlimen Kuala Nerus turut mendakwa Azmin bertindak seperti itu kerana ditekan oleh pimpinan Pakatan Harapan yang mahu meletakkan calon mereka.
“Sesama Pakatan Harapan pun tekan dia (Azmin) dalam isu Deklarasi Rakyat. Pakatan Harapan tekan dia isu bertanding PRK Sungai Besar, jadi nak lepaskan diri dia ‘melibas’ semua orang termasuk Presiden PAS,” katanya.
Khairuddin melahirkan rasa kesal atas kenyataan terbaharu Azmin yang kelihatan menyindir Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai ketua yang tidak tahu isu dalam parti.