Jumaat, 20 Mei 2016

KECUALI JIKA BERANI ISYTIHAR KEMBALI BERSAMA PAKATAN PEMBANGKANG, PAS SEBAIKNYA DILUPAKAN SAJA

Sementara Pas terus mendesak agar mereka diberi peluang bertanding satu lawan satu dengan BN di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, dalam masa yang sama banyak pihak juga bimbang terhadap lenggok perjuangan sebenar parti Islam itu sekarang ini.

Terbaru, bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad juga ada kebimbangan yang sama bahawa jika hanya Pas yang dibiarkan berlawan tanpa disertai calon yang mewakili rakyat untuk menolak Najib Razak, ada kemungkinan ia akan menarik diri di saat-saat akhir dengan tujuan memberi kemenangan percuma kepada BN.

"Kita tidak hairan jika ini yang akan dilakukan oleh Pas.

"Hadi Awang nampaknya sudah terima "cash is king"  Najib walaupun dunia menganggap beliau pemimpin yang kuat rasuah," kata Tun Mahathir dalam tulisan di blognya.

Hakikatnya, kebimbangan dan ketidakpercayaan massa terhadap Pas yang dipimpin oleh Hadi Awang adalah sesuatu yang sudah merata di mana-mana. Pas tidak lagi dilihat seperti Pas yang dahulu, malah Hadi Awang yang dulunya tidak lekang dengan perkataan taghut, kafir assabiyah dan seumpamanya terhadap UMNO dan BN, kini dilihat sudah berubah hampir 180 darjah.

Sebaliknya kini, ungkapan terbiasa dilafazkan Hadi Awang ialah barua, mencerca Amanah, memusuhi DAP mirip seperti UMNO, malah disertai dengan perkataan seperti "babi DAP" sedangkan sebagai ulama dan pemimpin dalam masyarakat berbilang kaum, ungkapan seperti itu tidak seharusnya dilafazkan terhadap pihak lain, jika benar ingin bersama-sama menyingkirkan Najib

Lagi pun DAP adalah parti berbilang kaum yang mana orang Melayu dan Islam, selain ramai menjadi ahlinya, turut ada yang terpilih sebagai Ahli Parlimen juga.

Jadi wajarkah DAP dilabelkan sedemikian rupa?

Berbalik kepada pilihanraya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar, keinginan Pas yang tidak mahu Pakatan Harapan turut meletakkan calon seharusnya tidak dilayan sama sekali.

WASABI (Wa Sapu Billion)












MSO: Kalau saya jadi Mat Sabu dan Hadi Awang

MSO

Mat harus berani dan bijaksana.
Kekesalan kepada kepimpinan parti agama Pas hari ini dan juga cara berfikir pemimpinnya menyebabkan orang atas pagar, (mereka yang baru hendak berjinak dengan parti pembangkang setelah "tersendur" kesekian lama dalam kandang kerajaan), serta sebilangan anak muda menjadi serabut dengan politik.

Pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsa disambut dalam keadaan tidak menggembirakan, walhal kedua pilihan raya itu merupakan medan penglipurlara terbaik bagi mereka. Ulah dan sikap pembangkang yang tidak sekata dan saling menunjukkan keras kepala, menyebabkan orang atas pagar mual dengan politik "Keluarga 69" itu.

Perkembangan ini semua menjadikan minat umum sebelum ini yang terdorong untuk menumbangkan BN kerana tidak betah dengan telatah dan jenayah pemimpinnya jadi teralat. Apa mendukacitakan lagi, kekacauan dalam kalangan parti pembangkang menyebabkan mereka mengambil sikap tunggu dan lihat dan malas untuk berpartisipasi seperti sebelum ini. Kurang ghairah untuk menanti dan menyertai pilihan raya kecil berkenaan.

Bolehkah keadaan ini, dan mood orang ramai yang serabut dengan ulah pembangkang ini dipulihkan, dan kedua pilihan raya kecil itu diselamatkan untuk jadi medan penglipulara kepada mereka yang anti BN dan Najib Razak? Atau tepatnya untuk melihat terlaksananya Deklarasi Rakyat melihat Najib tersembam?

Jawabanya boleh kalau pmimpin parti pembangkang masing-masing insaf, peduli, memahami kehendak dan naluri orang ramai khasnya mereka yang sudah mualloya dengan BN. Bagaimana caranya? Salah satu cara dan formula terbaik bagi saya, Pas dengan Amanah kena selesaikan dahulu pertikaikan mereka, perbalahan di antara kedua kumpulan seagama dan sebangsa bahkan sealiran (idealogi) ini dilengsaikan dulu. Pas dan Amanah perlu duduk dalam satu masjid atau surau. Mereka perlu kembalikan diri kepada akar politik asal mereka, bersaudara dan berukhwah.

Saya melihat geram dan marah Pas kepada Amanah mengatasi geram dan marah parti agama itu kepada DAP dan PKR. Ertinya yang bermasalah besar dan keras kepala di sini ialah Pas dan Amanah. Mereka seakan tidak berhenti daripada marah dan rasa dendam atas apa yang berlaku. Seolah-olah negara ini menjadi rebutan di antara mereka berdua dan bukannya rebutan dengan UBN.

Kedua-duanya harus faham dan menerima hakikat, apabila mereka sudah sah bercerai dan edah rujuk sudah habis, serta masing-masing sudah ada wadah, mereka perlu akur dengan keadaan dan suratan itu. Politik memang begitu. Pas kena redha dan menerima apa yang berlaku. Begitu juga dengan Amanah, harus menerima bahawa Pas adalah parti yang perlu dihormati. Amanah kena terima Pas sebagai kakak sulungnya manakala Pas pula menerima Amanah sebagai adik bongsu. Keperluan bagi kedua-dua mereka ketika ialah memperkukuhkan parti masing-masing dan menjaga kredibiliti di mata khalayak.

Amanah atau Pas tidak perlu lagi bergaduh dan saling mengatakan antara satu sama lain. Budaya takfir dan berbalas tembak hentikan segera. Mereka harus sepakat sebagai parti pembangkang yang mempunyai matlamat yang satu untuk menumbangkan BN dan membebaskan rakyat dari hegemoni kekuasaan UBN. Amanah tidak boleh sangsi dengan azam Pas itu dan dalam masa sama Pas perlu membuktikan mereka ikhlas? Begitu juga Pas tidak boleh menganggap Amanah sebagai pengkhianat. Apabila Amanah sudah sah sebagai sebuah parti maka kewujudannya perlu dihormati dan diikhtiraf.

PRK: Azmin enggan mengalah, terus bincang dengan PAS

"Perbincangan akan tetap diteruskan," tegas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Ketegasan itu diutarakan menteri besar Selangor itu ketika diminta mengulas kenyataan Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali bahawa parti Islam itu akan tetap bertanding di dua pilihan raya kecil (PRK) 18 Jun akan datang.
Malah, Azmin yang juga anggota Parlimen Gombak berkata pihaknya akan menemui PAS lagi kerana matlamat Pakatan Harapan adalah untuk menumbangkan BN.
"Perbincangan sedang berjalan sehingga 5 Jun.
"Insya-Allah, kalau boleh hari-hari saya nak jumpa (Mustafa Ali). Itu semua sahabat kita dalam perjuangan. Matlamat kita nak lawan BN sahaja," kata ADUN Bukit Antarabangsa kepada pemberita, di Sekinchan, hari ini.
Sebelum ini, Azmin dikatakan telah bertemu dengan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Mustafa dan Setiausaha Politik Hadi, Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar sebelum mahu melanjutkan rundingan bersama presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak lama lagi.
Malaysiakini hari ini melaporkan PAS meminta semua anggotanya agar itu tidak terlibat dengan spekulasi tentang kedudukan exco parti Islam itu dalam kerajaan negeri Selangor.
Sehubungan itu, Mustafa yang juga bekas setiausaha agung PAS itu meminta semua anggota PAS agar fokus kepada dua pilihan raya kecil yang akan diadakan pada 18 Jun depan.
Malah, Mustafa turut menegaskan bahawa PAS akan tetap bertanding pada dua kerusi Parlimen- Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

APABILA WANG MEMPENGARUHI KEPUTUSAN DAN PERTIMBANGAN

Rakyat Malaysia sudah ‘muak’ mendengar cerita rasuah di sana-sini yang dilakukan oleh pihak tertentu di negara ini, samada oleh pemimpin politik ataupun oleh para pegawai tinggi kerajaan yang dipertanggungjawabkan untuk menjalankan pentadbiran negara. Ungkapan yang berbunyi ‘cash is king’ bukan sahaja  sentiasa ‘dilagu’ dan ‘didendangkan’ oleh ahli-ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri, malah ‘budak sekolah’ yang ‘berhingus’ ( yang tinggal di Lembah Kelang ) juga sudah mula memperkatakannya. Mungkin yang tidak memperkatakannya ialah golongan yang masih dalam ‘kegelapan’ yang tinggal di kampung-kampung pingitan atau pun oleh peneroka FELDA yang hanya memikirkan tentang harga kelapa sawit dan getah yang semakin menurun. Mungkin…
            Kesan ‘cash is king’ amat buruk sekali. Ada juga rakan-rakan yang menyamakan sebagai ‘harima mengaum’. Dan apabila ‘harimau’ sudah ‘mengaum’, maka mata yang celik boleh tertutup, telinga yang boleh mendengar akat ‘terpekak’ dengan sendirinya, mulut yang boleh bersuara akan terus ‘dibisukan’, tenaga fikiran yang boleh berfikiran secara kritikal dan rasional terus ‘dibodohkan’. Golongan yang bertenaga kuat dan gagah akan dapat dilemahkan apabila ‘harimau mengaum’.
            Rakyat merasa hairan dan bingung melihatkan keadaan yang berlaku dalam negara kini. Apa tidaknya. Tentulah tidak pernah dirasakan keadaan yang sedemikian berlaku dalam negara Malaysia yang dicintai ini. Para pemimpin (jikalau boleh digelar sebagai pemimpin) yang menjadi wakil rakyat samada di Parlimen atau di Dewan Undangan Negeri hampir keseluruhannya (wakil rakyat BN) ‘terkedu’ dan tidak dapat berkata-kata, menyatakan sesuatu yang bertentangan dengan ‘arahan’ pemimpin di atas.
            Ada pihak yang mengatakan sikap yang sebegini sebagai ‘herd mentaliti’ ia itu mengikut saja apa yang diarahkan oleh pimpinan dengan tidak memikirkan tentang baik buruknya. Tidak pernah lagi berlaku keadaan sebegini samada pada zaman Tunku Abdul Rahman ataupun zaman Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn dan malah pada zaman Tun Mahathir juga tidak berlaku keadaan sedemikian walaupun sudah kelihatan ‘bunga-bunga’ yang keadaan akan bertukar menjadi keadaan seperti yang dialami kini.
            Agak pelik dan amat menghairankan melihatkan tindakan kepimpinan negara yang melarang sebarang kritikan dan penentangan terhadap kepimpinan kerajaan. Larangan ke Sarawak misalnya merupakan seuatu tindakan yang langsung ‘tak masuk akal’ bagi sesiapa yang berfikiran waras. Kita tahu bahawa tercatatnya syarat berkenaan telah pun termaktub dalam perjanjian penubuhan Malaysia dulu, tetapi tentulah ada kekecualiannya dan terpulanglah kepada para pemimpin untuk memberikan pentafsiran yang sesuai.

Sarawak tidak perlu menteri Islam, kata penganalisis

Ini kerana jumlah masyarakat Islam di negeri itu hanya 28% saja.
Awang-Azman-Awang_sarawak_600
PETALING JAYA: Tidak seperti di Semenanjung, Sarawak tidak memerlukan menteri khusus mentadbir urusan agama Islam memandangkan umat Islam di sana ialah golongan minoriti, kata Pensyarah Kanan Jabatan Sosiobudaya Universiti Malaya (UM) Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi.
Beliau berkata, jumlah masyarakat Islam di negeri itu kira-kira 28% saja.
“Institusi sedia ada seperti mufti, Jabatan Agama Islam Sarawak dan Majlis Agama Islam Sarawak sudah memadai untuk menjaga hal ehwal Islam. Tidak perlu ada menteri portfolio agama,” katanya kepada FMT.
Katanya, isu keperluan menteri agama tidak relevan kerana urusan seperti pengurusan baitulmal, hukum adat istiadat serta peranan menasihati yang di-pertua negeri dan ketua menteri digalas institusi tersebut.
Dalam pengumuman Kabinet baharu kerajaan negeri, portfolio menteri muda di Pejabat Ketua Menteri (hal ehwal Islam) yang sebelum ini disandang Datuk Daud Abdul Rahman tiada dalam senarai.
Beberapa pihak sebelum ini menyatakan harapan agar bekas mufti Perlis Datuk Dr Juanda Jaya yang kini menjadi Adun Jemoreng dilantik sebagai menteri muda memegang portfolio agama.
Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem juga dilaporkan berkata, Juanda ialah agamawan yang diperlukan Sarawak memandangkan sikapnya liberal dan berpandangan luas.

Ahli PAS jangan terseret isu kedudukan Exco Selangor -Mustafa Ali

PAS akan bertanding di kedua-dua kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Mustafa-Ali_selangor_pas_60
PETALING JAYA: Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali menggesa seluruh jentera dan ahli parti Islam itu supaya tidak terseret dengan spekulasi mengenai kedudukan EXCO Kerajaan Negeri Selangor.
Menurutnya, ahli-ahli PAS perlu fokus kepada kedua-dua Pilihan Raya Kecil (PRK) di Sungai Besar dan Kuala Kangsar kerana, soal kedudukan itu pastinya akan ditangani secara tertib dan bijaksana.
“Tidak timbul soal Exco PAS meletakkan jawatan atau dipecat daripada jawatan. Teruskan pemantapan jentera PRK di semua peringkat kerana PAS akan bertanding di kedua-dua kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Kenyataan Mustafa adalah respons kepada The Star Online yang melaporkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memberitahu tiga exco PAS Selangor bahawa mereka perlu meletak jawatan pada Isnin ini jika PAS berdegil dengan keputusan bertanding di PRK Sungai Besar.

Pemuda PAS terkilan kenyataan Azmin

Sebagai pemimpin politik, Azmin tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana Presiden PAS lebih mengetahui permasalahan yang berlaku dalam parti.
Nik-Mohamad-Abduh_azmin-ali_hadi-awang_pas_600
PETALING JAYA: Pemuda PAS terkilan apabila pemimpin kanan parti politik melabel Presiden parti Islam itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai ketua yang tidak tahu isu dalam parti.
Ketuanya, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata demikian dipercayai ditujukan kepada kenyataan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali seperti yang dilaporkan media awal pagi tadi.
“Ada juga orang politik kata, ada presiden parti tak tahu apa hal partinya. Biasa yang saya dengar ialah ada orang jahil atau kurang ajar kata, ulama tu tak tahu apa pasal agamanya,” katanya.
Terdahulu, menerusi laporan sebuah portal berita, Azmin dipetik sebagai berkata, beliau “bersimpati” dengan Abdul Hadi yang tidak mengikuti perkembangan partinya sendiri.
Ini kerana, kata timbalan presiden PKR itu, sebaik saja pengumuman mengenai dua pilihan raya kecil yang akan diadakan 18 Jun depan, pihaknya telah bertemu dua kali dengan kepimpinan PAS.
“Kadang-kadang saya simpati dengan Ustaz Hadi ini, mungkin dia tidak tahu apa yang berlaku dalam parti,” katanya.
Sementara itu, Naib Ketua Pemuda PAS, Khairil Nizam Khirudin ketika dihubungi FMT berkata, kenyataan Azmin itu sengaja diputar belit untuk mencetuskan perpecahan antara PAS dan PKR.

Jika satu lawan satu, Pas mungkin tarik diri, kata Tun Mahathir


Tun Mahathir MohamadTun Mahathir Mohamad
Tidak mustahil untuk Pas menarik diri daripada bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) 18 Jun ini jika berlaku pertandingan dua penjuru memandangkan hubungan baik antara Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dalam entri terbarunya di laman chedet.cc, Tun Mahathir menyifatkan kemungkinan itu sebagai 'tidak menghairankan'.
"Pas mungkin juga pura-pura menamakan calon tetapi apabila rakyat (pembangkang) tidak meletak calon, Pas akan menarik diri supaya BN menang tanpa bertanding.
"Kita tidak akan hairan jika ini dilakukan oleh Pas. Hadi nampaknya sudah terima 'cash is king' Najib walaupun dunia anggap Najib sebagai pemimpin yang kuat rasuah.
"Itu pilihan Hadi dan itu memanglah haknya. Sebab itulah PAS berpecah," ujarnya.
Beliau bagaimanapun menyarankan rakyat agar menyokong siapa juga yang melawan BN sebagai 'calon rakyat'.
Bagaimanapun beliau yakin jika pembangkang meletak lebih daripada satu calon perpecahan itu akan memberi kemenangan kepada BN.
"Rakyat (pembangkang) perlu letak hanya satu calon sahaja. Malangnya jika Hadi meletakkan calon Pas ini juga akan menolong BN jika rakyat letak calon melawan BN dan Pas.
"Sebab itu untuk mengelak perpecahan di kalangan rakyat, jika Pas letak calon, rakyat perlu bagi sokongan padu kepada calon Pas supaya Pas menang besar dan BN kalah besar.
"Kalaupun Pas menang, ia tidak dapat mendiri kerajaan. Ia cuma akan menjadi hamba kepada BN yang memiliki lebih ramai wakil darinya," tulis Tun Mahathir.

Pimpinan PKR Didakwa Pinggir Anwar Demi Mahathir

'Bukan Deklarasi Rakyat, Tapi Deklarasi Mahathir'

Mengapa jadikan Tun M ibarat panglima?

Dakwaan salah laku rasuah spesifik kepada individu

Abdul Hadi Awang nafi keluarkan kata kesat terhadap DAP

Otai Reformasi: Tun M only wants to topple Najib

Hadi nampaknya sudah terima 'Cash is King' Najib - Tun M

Noh Omar kata saya ni MB kelawar - Azmin

Kuasa ahli Parlimen undi tidak percaya pada Najib, kata Azmi

IHP naik 2.1% April 2016 dari tahun ke tahun...pemimpin terus boros dan bermewah..!!

Indeks Harga Pengguna (IHP), yang digunakan untuk mengukur kadar inflasi, naik pada kadar sederhana sebanyak 2.1 peratus dari tahun ke tahun dalam pada April 2016 kepada 114.3 berbanding dengan 2.6 peratus yang direkodkan pada Mac 2016.
Antara kumpulan utama yang mencatatkan kenaikan ialah Minuman Alkohol & Tembakau (+20.1 peratus), Makanan & Minuman Bukan Alkohol (+4.2 peratus), Restoran & Hotel (+2.7 peratus) termasuk Perumahan, Air, Elektrik, Gas & Bahan Api (+2.6 peratus).
Pelbagai Barangan & Perkhidmatan meningkat sebanyak 2.6 peratus serta Hiasan, Perkakasan & Penyelenggaraan juga menokok sebanyak 2.6 peratus.
Di samping itu, jabatan itu berkata indeks keseluruhan juga dipengaruhi oleh penurunan harga dalam kumpulan Pengangkutan sebanyak 5.5 peratus, Komunikasi (-2.1 peratus) serta Pakaian & Kasut (-0.7 peratus).
Secara bulanan, IHP bagi April 2016 meningkat 0.4 peratus kepada 114.3 daripada 113.8 pada bulan Mac dan secara kumulatif, Januari hingga April meningkat sebanyak 3.2 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas.
Peningkatan ini disumbangkan oleh jumlah perbelanjaan yang tinggi bagi Makanan & Minuman Bukan Alkohol (+4.5 peratus) akibat daripada kenaikan indeks Makanan Di Rumah (+4.5 peratus).
Indeks untuk Kopi, Teh, Koko & Minuman Bukan Alkohol serta indeks Makanan Di Rumah mencatatkan pertambahan, masing-masing sebanyak 4.5 peratus dan 2.7 peratus pada April.

Otai Reformasi juga hilang arah tujuan, kata BERSIH

Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (BERSIH), Maria Chin Abdullah berasa hairan dengan tindakan Otai Reformasi 1998 yang mahu menjarakkan diri dengannya sedangkan NGO itu tidak pernah menanda tangani Deklarasi Rakyat.
“Sebenarnya, mereka salah faham. BERSIH tidak pernah menanda tangani Deklarasi Rakyat. Jadi, saya tidak tahu apa yang mereka cakap, biarlah bercakap atas fakta yang betul," beliau memberitahu Malaysiakini.
"Deklarasi itu untuk rakyat, bukan untuk mana-mana organisasi," jelasnya.
Sebentar tadi, Setiausaha Otai Reformasi 1998, Abdul Razak Ismail berkata, pihaknya kini akan menjarakkan diri daripada aktiviti bersama BERSIH kerana menganggap perjuangan gabungan tersebut kini berlainan dengan agenda asal mereka.
"Kita mula meragui peranan BERSIH sejak kebelakangan ini yang mula lari daripada sasaran awal mereka untuk jamin satu sistem pilihan raya yang telus.
"Kita lihat BERSIH kini memperjuangkan untuk memartabatkan Mahathir sebagai ikon, idola untuk menjatuhkan (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Razak," kata Abdul Razak.
Menyentuh mengenai surat 'Warkah dari penjara', Abdul Razak berkata, surat tersebut bukan isu dalaman PKR semata-mata seperti yang didakwa oleh Presidennya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

DAP gesa polis siasat segera semua individu yang dikaitkan skandal 1MDB

Polis digesa mempercepatkan siasatan terhadap individu-individu yang dikaitkan dengan syarikat sarat hutang, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) seperti yang telah didedahkan di dalam laporan akhir Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) enam minggu lalu.
Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua, berkata langkah itu perlu diambil segera bagi memastikan dalang skandal kewangan RM50 bilion syarikat terbabit dihadapkan ke muka pengadilan, sekaligus memberikan tanggapan yang positif terhadap gerak kerja institusi kerajaan berkenaan.
Katanya, semalam, dalam satu wawancara oleh media Singapura, Channel News Asia, Ketua Audit Negara (AG), Tan Sri Ambrin Buang, telah memaklumkan bahawa laporannya berkaitan 1MDB mempunyai asas yang mencukupi untuk siasatan terhadap syarikat milik penuh Kementerian Kewangan berkenaan dapat dilakukan.
Menurutnya, Ambrin dilaporkan berkata: “Langkah selanjutnya seperti yang disyorkan oleh PAC, mereka mahu siasatan dilakukan terhadap beberapa individu tertentu di dalam syarikat berkenaan, biar polis melakukan kerja mereka, kami akan membantu mana-mana pihak yang ingin melakukan siasatan”.
Bilionair Jho Low dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Datuk Shahrol Halmi adalah antara individu yang dikaitkan dengan skandal 1MDB seperti dalam laporan akhir PAC. Bagaimanapun, sejak laporan akhir PAC dibentangkan di Parlimen pada 7 April yang lalu, polis masih belum memanggil individu-individu terbabit untuk disoal siasat.
Tony mendakwa, Shahrol telah mengarahkan 1MDB dengan kapasitinya sebagai CEO untuk membayar US$1.03 bilion kepada Good Star Limited, sebuah syarikat yang disahkan Bank Negara Malaysia dan telah dimaklumkan kepada PAC sebagai “sebuah syarikat yang dimiliki oleh individu yang tidak ada kaitan dengan Petrosaudi International Limited”.

Hadi tak tahu perkembangan parti sendiri

Azmin dan Abdul Hadi di majlis rasmi Pas.Azmin dan Abdul Hadi di majlis rasmi Pas.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali "bersimpati" dengan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tidak mengikuti perkembangan partinya sendiri.
Ini kerana, kata timbalan presiden PKR itu, sebaik saja pengumuman mengenai dua pilihan raya kecil yang akan diadakan 18 Jun depan, pihaknya telah bertemu dua kali dengan kepimpinan PAS.
"Kadang-kadang saya simpati dengan Ustaz Hadi ini, mungkin dia tidak tahu apa yang berlaku dalam parti," kata Azmin ketika ditemui pemberita selepas merasmikan majlis pelancaran program #SmartSelangor Food Stamp 2016 di Sungai Besar, lapor Malaysiakini.com.
Azmin berkata demikian ketika diminta mengulas penafian Abdul Hadi berhubung pertemuan beliau dengan pemimpin parti itu.
Hadi beberapa hari lalu memaklumkan Azmin tidak pernah mengadakan perbincangan dengannya berkenaan PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang akan dijalankan serentak pada 18 Jun ini.
Mengulas lanjut, anggota parlimen Gombak itu mengakui telah bertemu Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali dan Setiausaha Politik Hadi, Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar.

Mahathir: Menang pun PAS cuma jadi hamba BN

Untuk menumpulkan usaha menjatuhkannya sebagai perdana menteri (PM), Najib Razak cuba menjadikan gerakan rakyat sebagai gerakan parti-parti pembangkang. Itu tidak benar. Mereka yang menandatangani deklarasi rakyat adalah orang biasa, kebanyakannya bukan pun ahli mana-mana parti politik.
Ia juga cuba mengatakan yang saya telah menyertai pembangkang. Dia tidak menghiraukan bahawa deklarasi itu tidak dibuat atas nama parti-parti pembangkang tetapi di atas nama rakyat Malaysia. Saya bersama gerakan ini sebagai seorang rakyat, bukan sebagai ahli parti politik. Saya juga tidak menyertai mana-mana parti.
Rakyat tidak mendesak untuk menjatuhkan erajaan tetapi sekadar menjatuhkan Najib. Jika Najib digugurkan, parti majoriti masih juga BN. Dengan itu BN akan terus berkuasa dan berhak memilih perdana menteri baru. Tetapi tentulah PM yang dipilih bukan seperti Najib, yang didakwa amalkan rasuah untuk memenangi pilihan raya dan sokongan dari parti.
Apabila Sarawak mengadakan pilihan raya negeri dan BN menang Najib mendakwa kemenangan dirinya sebagai PM, sebenarnya kemenangan itu disebabkan dasar Adenan Satem yang utamakan Sarawak.
Apabila saya desak supaya BN dikalahkan dalam pilihan raya kecil di semenanjung, sebabnya ialah supaya Najib tidak boleh dakwa kemenangan itu sebagai penerimaannya sebagai PM.
Pilihan raya kecil ini adalah pertandingan antara rakyat dengan Najib. Ia bukan pertandingan antara mana-mana parti lawan dengan BN. Oleh itu saya gesa supaya rakyat mengalahkan calon Najib. Kekalahan BN bermakna kemenangan rakyat melawan pemerintahan kuku besi Najib.
Rakyat perlu sokong siapa juga yang melawan BN sebagai calon rakyat. Tetapi jika rakyat meletak lebih dari satu calon, perpecahan di kalangan rakyat akan memberi kemenangan kepada BN.
Rakyat perlu letak hanya satu calon sahaja. Malangnya jika Hadi Awang meletakkan calon PAS, ini juga akan menolong BN jika rakyat letak calon melawan BN dan PAS.
Sebab itu untuk mengelak perpecahan di kalangan rakyat, jika PAS letak calon, rakyat perlu bagi sokongan padu kepada calon PAS supaya PAS menang besar dan BN kalah besar.

Rizab Bank Negara, aset Malaysia di luar merosot pada suku 1 2016

Kedudukan pelaburan antarabangsa bersih Malaysia untuk suku pertama 2016 mencatat kedudukan aset bersih yang lebih rendah RM10.9 bilion berbanding RM110.3 bilion pada suku keempat 2015, kata Jabatan Perangkaan dalam satu kenyataan hari ini.
Ia berkata, aset dimiliki Malaysia di seberang laut merosot RM111.0 bilion kepada RM1,555.6 bilion, aset milik asing di Malaysia susut RM11.6 bilion kepada RM1,544.7 bilion.
Pelaburan langsung mencatat kedudukan aset bersih RM31.1 bilion pada akhir suku pertama 2016, turun RM51.5 bilion daripada 31 Disember 2015.
Stok pelaburan langsung di luar negeri (DIA) berada pada RM528.8 bilion pada akhir suku pertama 2016 (suku keempat 2015: RM587.5 bilion), dijana terutama dalam sektor kewangan dan insurans (31.1 peratus) diikuti sektor perlombongan (26.1 peratus) dan sektor komunikasi dan maklumat, 9.1 peratus.
Tiga destinasi utama DIA ialah Singapura, Indonesia dan Kanada.
Sementara itu, stok pelaburan langsung asing (FDI) di Malaysia berjumlah RM497.7 bilion pada akhir Mac 2016 (suku keempat 2015: RM504.9 bilion).
Sektor pembuatan kekal sebagai penerima FDI tertinggi pada 42.9 peratus, diikuti sektor kewangan dan insurans (22.1 peratus) dan sektor komunikasi dan maklumat (9.2 peratus) dengan tiga negara pelabur utama FDI ialah Singapura, Jepun dan Belanda.
Pada akhir suku pertama 2016, portfolio pelaburan menunjukkan kedudukan liabiliti bersih RM355.9 bilion berbanding liabiliti bersih RM326.6 bilion sebelum ini.

SALLEH, KALAU NAK TAHU SUMBERNYA, PAKSALAH NAJIB SAMAN WSJ!!

Dalam usaha mempertahankan Najib Razak dan anak tirinya, Riza Aziz berkaitan pendedahan terbaru WSJ yang mengatakan pembelian hartanah di London milik penerbit filem itu yang didakwa sedang disiasat FBI, Salleh Said Keruak membidas akhbar perniagaan itu kerana tidak berani mendedahkan sumber berita yang diperolehinya.

Katanya, tindakan WSJ tidak mendedahkan nama sumber itu bukan saja cara pengecut, malah bertujuan untuk mengelak daripada diambil tindakan saman.

Selain mendakwa laporan WSJ hanya ditulis berdasarkan khabar angin  dan merupakan pembohongan bermotifkan politik yang diterima tanpa mendapat pengesahan sewajarnya, Salleh turut berkata, "kami tahu mereka tidak akan menyatakan nama sumbernya kerana mereka memang tidak dapat menyatakannya."

Najib tak nafi, Riza berdiam diri, sebaliknya hanya Salleh yang kita dengar suaranya berbunyi.

Kenapalah Salleh bersusah payah membidas WSJ dengan andaian syok sendiri yang direka-reka semata-mata untuk membela dan mempertahankan Najib serta keluarraganya.

Jika benar-benar ingin mengetahui sumber berita WSJ itu, langkah pertama yang harus diambil Salleh ialah memujuk Najib atau Riza Aziz mengambil tindakan mahkamah terhadap akhbar tersebut.

PRK: Mahathir bimbang PAS beri BN menang tanpa bertanding

Tun Dr Mahathir Mohamad menyeru pertandingan satu lawan satu antara “calon rakyat” dengan BN dalam dua pilihan raya kecil bulan depan.
Bekas perdana menteri 22 tahun itu menyeru orang ramai memberi kemenangan besar kepada lawan BN, seperti PAS.

Beliau bagaimanapun mempunyai kebimbangan terhadap 'pengkhianatan' PAS menarik diri dan memberikan kemenangan percuma kepada BN.
“PAS mungkin juga pura-pura menamakan calon tetapi apabila rakyat tidak meletak calon, PAS akan menarik diri supaya BN menang tanpa bertanding.

“Kita tidak akan hairan jika ini dilakukan oleh PAS.

“(Presiden PAS Datuk Seri) Hadi (Awang) nampaknya sudah terima cash is king Najib walaupun dunia anggap Najib sebagai pemimpin yang kuat rasuah," dakwanya.

“Itu pilihan Hadi dan itu memanglah haknya. Sebab itulah PAS berpecah."

Faktor penentu PRK

PRK: Tiga faktor penentu kemenangan parti

BERSIH sudah tersasar dari perjuangan asal - Otai Reformasi

Otai Reformasi: Surat Anwar bukan hal dalaman parti

Isu Dalaman PAS Punca Kekalahan PAS Pru 14 Akan Datang ?

Oleh Syam Ghaz

Bukan soal Amanah berpuas hati 01 kerusi, soalnya sekarang PAS akan kehilangan 13 kerusi dan 01 kerusi PKR, total 14 Kerusi DUN.

Sekarang PAS memerintah dengan majoriti 10 Kerusi DUN sahaja Dato Mohd Amar, khabar diri ke tidak?

Jika faktor wujudnya AMANAH, PAS tidak ambil kira. PAS Kelantan boleh bungkus Awal PRU 14 nanti, terutama di DUN-DUN yang ‪#‎Menang_Tipis‬ seperti berikut:
1. Jelawat - 102 undi
2. Gaal - 302 undi
3. Guchil - 492 undi
4. Gual Periok - 615 undi
5. Bukit Tuku - 879 undi
6. Pulai Chondong - 919 undi
7. Wakaf Bharu - 978 undi
8. Tendong - 978 undi
9. Kemuning - 1034 undi
10. Limbongan - 1042 undi
11. Mengkebang - 1072 undi
12. Temangan - 1085 undi
13. Kemahang - 1436 undi
14. Perupok - 1488 undi

Bukan sebab AMANAH, tetapi sebab PAS agah untuk tidak mahu berkompromi dan amalkan sikap tidak matang membaca situasi semasa iaitu:

1. Ketiadaan TG Nik Aziz.

2. Husam Musa di pecat Pas kerana menegur Kerajaan Negeri.

3. Pepecahan Dalaman Pas sekarang seperti Pas Kedah, malah lagi teruk.

4. Budaya "Cas Keting" Kabinet Pas dan Kelantan sekarang memecat mereka yang Pro Husam di Glc dan Pas.

5. Isu Luaran yang tidak ditunaikan:
- Tuntutan Royalti yang lemah gemalai.
- Projek Lebuhraya yang gagal dilaksanakan, malah disaman RM230 juta.
- Isu pembayaran Hutang Guru2 Yik.

Andaikata, Pas Kelantan tersungkur pada PRU14 nanti, ia bukan disebabkan Amanah, tetapi sebab KEGAGALAN Pimpinan PAS Pusat dan PAS Kelantan menangani isu isu diatas.
Semoga ada sinar baru dalam politik Kelantan.

Pemuda BN yakin dapat majoriti besar di PRK Kuala Kangsar


Hairul Anwar Mohamed Noor Hairul Anwar Mohamed Noor Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) Perak yakin dapat memperoleh lebih 3,000 majoriti undi pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar bulan depan sekiranya dapat menangkis pelbagai isu yang dibangkitkan pembangkang.
Ketua Pemudanya Hairul Anwar Mohamed Noor berkata Pemuda BN bersedia dengan maklumat yang sahih bagi menangkis tohmahan dan fitnah termasuk isu dana RM2.6 bilion yang sering dilemparkan pembangkang menerusi media sosial.
Katanya Pemuda BN akan mengambil pendekatan sebagai ejen pemasaran bagi mendekati kira-kira 35 peratus daripada jumlah keseluruhan pengundi di kawasan Parlimen itu seramai 32,632 orang.

"Walaupun pihak pembangkang mengatakan mereka ada peluang tetapi kami yakin dengan strategi, jentera parti dan kami telah membuat analisis dan berkeyakinan penuh BN dapat mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Kangsar.
"Pemuda BN tidak akan buat program syok sendiri kerana kita perlukan pendekatan yang lebih terperinci dengan mendengar harapan pengundi muda termasuk pengundi atas pagar," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan parti komponen BN malam tadi.
Hairul Anwar berkata Pemuda BN menyokong sesiapa sahaja yang dipilih sebagai calon BN dan akan mempertingkatkan gerak kerja di setiap pusat daerah mengundi dengan menjalankan tugas secara solidariti bersama parti komponen lain.

Ada parti pembangkang akan masuk BN?

BN
KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (Amanah) menjangkakan berlaku penjajaran semula dalam struktur politik tanah air menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), akan datang.
Presidennya, Mohamad Sabu berkata, dalam tempoh kira-kira dua tahun sebelum pilihan raya ini, berkemungkinan akan ada parti politik pembangkang menyertai BN.
“Barangkali akan ada pembangkang yang bersama dengan BN dan ada di kalangan (parti dalam) BN juga yang akan bersama dengan pembangkang sekali gus akan berlaku penjajaran semula dalam politik menjelang pilihan raya,” katanya dalam temu bual eksklusif bersama Sinar Online.
Namun beliau tidak menamakan mana-mana parti pembangkang yang berpotensi melakukan lompatan itu.
Melihat situasi semasa di mana penyokong pembangkang yang berpecah dua iaitu menyokong dan menolak Deklarasi Rakyat yang dibawakan bekas Perdana Menteri, Mat Sabu tidak melihat perkara itu sebagai suatu masalah.
“Tiada masalah, berapa kumpulan yang ada pun. Apa yang penting, kita melihat soal menghadapi pemerintah yang rasuah dan menyeleweng. Ini mesti dilihat rakyat sebagai satu perkara yang perlu untuk mereka bersatu.
“Ini yang perlu diusahakan. Menjelang pilihan raya, kita ada mungkin hampir dua tahun lagi. Mungkin setahun setengah. Kita ada masa untuk menyatukan semua pihak semula,” katanya.

Azmin sedia jumpa Hadi bincang isu calon PRK

Perjumpaan dengan timbalan presiden dan pengarah pilihan raya pusat PAS untuk berbincang isu berkenaan sudah diadakan.
Azmin-Ali_selangor_sungai-besar_NEW_600SABAK BERNAM: Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sedia untuk berjumpa dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi membincangkan isu calon dua PRK yang akan diadakan bulan depan.
Menteri besar Selangor itu berkata beliau sudah mengadakan perjumpaan dengan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Pengarah Pilihan Raya Pusat PAS Datuk Mustafa Ali untuk berbincang isu berkenaan.
“Saya juga ada berjumpa dengan pemimpin AMANAH dan Ketua Menteri Pulau Pinang (Lim Guan Eng). Rundingan berjalan dengan positif dan masih lagi terbuka, harap ia (siapa calon bertanding) bakal dimuktamadkan dalam masa terdekat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program SmartSelangor Food Stamp di sini hari ini.
Azmin berkata demikian ketika diminta mengulas pendirian PAS yang berkeras mahu meletakkan calon merebut kedua-dua kerusi Parlimen Sungai Besar, Selangor dan Parlimen Kuala Kangsar, Perak.
Semalam media melaporkan PAS menyerahkan enam nama calon bagi dua PRK itu kepada Dewan Ulama bagi proses saringan.
Kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar kosong berikutan kematian penyandang masing-masing Datuk Noriah Kasnon dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Wan Ahmad, korban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.
Kedua-dua PRK akan diadakan serentak pada 18 Jun dan penamaan calon pada 5 Jun.

Azmin seru Sungai Besar tolak 'calon GST'

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali menyeru pengundi Parlimen Sungai Besar menolak siapa saja calon kerajaan yang melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
"Dua minggu lagi ramai akan berkampung di Sungai Besar. Orang yang laksanakan GST pun akan turun ke Sungai Besar sebab nak minta bantuan orang Sungai Besar.
"Jangan bantu orang yang meluluskan GST kerana membebankan rakyat," tegas anggota Parlimen Gombak itu.
Azmin yang juga timbalan presiden PKR berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis pelancaran program #SmartSelangor Food Stamp 2016 di Sungai Besar, Selangor, hari ini.
Kata Azmin, kehadiran jentera kerajaan pimpinan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak itu hanya akan menabur janji.
"Mereka akan turun dengan pelbagai janji. Mereka akan turun dengan pelbagai sogokan.
"Tapi saya dan pimpinan turun dengan rekod dan prestasi," jelas anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa.
Terdahulu Azmin menyerahkan bantuan bahan makanan asas kepada 200 penerima di kawasan DUN Sekinchan dan Sungai Panjang.
Mengulas mengenai agihan bantuan itu, Azmin berkata ia bukan program yang baru diputuskan kerajaan negeri sempena menghadapi PRK Sungai Besar, sebaliknya terkandung dalam Bajet 2016 Selangor.

BERSIH sudah tersasar dari perjuangan asal - Otai Reformasi

Sebuah NGO reformasi hari ini mempertikaikan tindakan Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (BERSIH) yang kini dilihat mula melupakan perjuangan asal gabungan itu dan memartabatkan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ekoran itu, Setiausaha Otai Reformasi 1998, Abdul Razak Ismail berkata pihaknya kini akan menjarakkan diri daripada aktiviti bersama BERSIH kerana menganggap perjuangan gabungan tersebut kini berlainan dengan agenda asal mereka.
"Kita mula meragui peranan BERSIH sejak kebelakangan ini yang mula lari daripada sasaran awal mereka untuk jamin satu sistem pilihan raya yang telus.
"Kita lihat BERSIH kini memperjuangkan untuk memartabatkan Mahathir sebagai ikon, idola untuk menjatuhkan (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Razak.
"Jadi kita ragui peranan BERSIH sekarang sedangkan saya tak nampak satu pun tuntutan BERSIH dalam klausa Deklarasi Rakyat," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di ibu negara hari ini.
Sidang media itu turut dihadiri oleh Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin serta wakil daripada Jingga 13.
Selain itu, menyentuh mengenai surat 'Warkah dari penjara', Abdul Razak berkata surat tersebut bukan isu dalaman PKR semata-mata seperti yang didakwa oleh Presidennya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.
Sebaliknya, beliau berkata, ia ditujukan kepada Pakatan Harapan serta semua rakyat termasuk pihak aktivis supaya berwaspada dengan Deklarasi Rakyat yang diketuai oleh Mahathir itu.
"Surat itu keluar kepada umum. Ia merupakan amaran tentang kelicikan Mahathir. Surat itu dituju kepada pemimpin PKR kerana pemimpin PKR dilihat sebagai pelopor kepada deklarasi ini.
"(Menteri Besar Selangor (Datuk Seri) Azmin (Ali), (Naib Presiden PKR) Tian Chua dilihat pelopor kepada deklarasi ini.
"Jadi kita berpendapat bahawa surat itu sebenarnya ditujukan pada pemimpinan Pakatan untuk dihadam oleh kita, rakyat umum," katanya lagi.

Tak pernah dengar tentang ‘permintaan perempuan’- AMANAH

Walaupun AMANAH tidak terlibat secara langsung dalam pentadbiran kerajaan Selangor namun isu 'pemintaan perempuan' dan wang tidak pernah berlaku.
saari-sungibPETALING JAYA: ADUN AMANAH Selangor, Saari Sungib mengakui tidak pernah tidak pernah mendengar mengenai dakwaan rasuah membabitkan ‘permintaan perempuan’ selain wang ketika berurusan dengan kerajaan negeri.
Walaupun tidak terlibat dalam urusan pentadbiran kerajaan negeri secara rasmi namun sepanjang penglibatannya dalam badan pembuat dasar Kerajaan Negeri Selangor, beliau tidak pernah dengar isu tersebut.
“Saya berkecuali dalam eksekutif di Selangor tetapi lebih kepada legislatif. Peranan saya memantau penglibatan anak syarikat kerajaan negeri, isu kepimpinan dan bertindak sebagai ahli Jawatankuasa Khas Dewan Berkaitan Keupayaan Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) dan membuat dasar.
“Sepanjang hampir lapan tahun bermula 2008 saya terlibat dalam pembuat dasar negeri Selangor tidak pernah saya dengar isu-isu sebegini (permintaan perempuan dan wang) untuk berurusan dengan kerajaan negeri), malah saya mengetahui perkara ini menerusi laporan media semalam,” katanya kepada FMT.
Satu tangkap layar perbualan menerusi aplikasi WhatsApp yang menunjukkan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli menerima aduan berhubung “permintaan perempuan” ketika berurusan dengan kerajaan Selangor tersebar semalam.
Susulan pendedahan itu, beberapa EXCO Selangor turut menafikan perkara itu dan mencabar, mana-mana pihak yang mempunyai bukti supaya mendedahkan nama individu yang terlibat untuk diambil tindakan.

'Mengapa polis tak terkam pendedahan mengenai 1MDB?'

Dalam temu bual dengan stesen penyiaran Singapura, Channel NewsAsia, Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang berkata, laporannya mengenai 1MDB memberi asas yang mencukupi untuk siasatan seterusnya ke atas firma pelaburan negara itu.
“Saya rasa laporan kami cukup sebagai asas untuk siasatan lanjut, kami sudah buat kerja kami.
“Langkah selanjutnya, seperti dicadangkan oleh PAC, mereka (jawatankuasa itu) mahu siasatan terhadap beberapa personaliti dalam syarikat itu.
“Biarkan polis buat kerja mereka, kami akan bantu sesiapa sahaja yang mahu siasat,” kata Ambrin yang dipetik berkata, merujuk kepada laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).
Walau bagaimanapun, di sebalik tindakan PAC yang membentangkan hasil laporannya pada 7 April lalu, iaitu lebih enam minggu sudah berlalu, namun pihak Polis Diraja Malaysia belum memanggil protagonis utama 1MDB yang dikenal pasti dalam skandal itu!
Menteri Dalam Negeri dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan kepada Parlimen semalam bahawa polis masih belum menyoal bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral Halmi sebagai sebahagian daripada siasatan mereka ke atas firma itu.
"Semua saksi yang terlibat akan dipanggil oleh polis jika ada keperluan untuk merekodkan kenyataan mereka dan siasatan selanjutnya.
"Shahrol belum dipanggil untuk merekodkan kenyataan beliau lagi," ujar Zahid dalam jawapan bertulis ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Raub, Mohd Ariff Sabri.
Mengapa polis mengheret kaki mereka ke atas keseluruhan penyiasatan ini?
Bagaimana dengan laporan polis saya?

Habuan seks, wang: Bukan wakil rakyat Selangor - Rafizi

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli hari ini mengesahkan beliau menulis mesej yang dihantar kepada perbualan kumpulan tertutup menggunakan aplikasi komunikasi whatsapp berhubung dakwaan habuan wang dan wanita ketika berurusan dengan kerajaan negeri Selangor.
Pada masa sama, beliau juga mengakui didatangi oleh beberapa individu yang melahirkan kebimbangan mengenai beberapa isu bersabit amanah dan tata kelola secara umum dengan memberi contoh tuduhan salahlaku.
"Mereka minta saya siasat dengan lebih lanjut atas tuduhan yang khusus kepada individu tertentu dan bukan tuduhan umum.
"Tuduhan itu bukan individu yang menjawat kerusi wakil rakyat (baik di Dewan Negeri, Dewan Rakyat atau Dewan Negara sama ada yang masih berkhidmat atau telah bersara) atau mana-mana kakitangan kerajaan di mana-mana jabatan di bawah Kerajaan Selangor," jelas beliau dalam kenyataan.
Di samping itu, Rafizi turut mengesahkan membuat rujukan ke atas Timbalan Pengerusi PKR, Zuraida Kamaruddin atau digelar sebagai 'Kak Zu' dalam mesej yang dibocorkan itu.
Rujukan itu, ujarnya, adalah dalam nada dan niat yang baik kerana beliau pernah meluahkan kebimbangannya kepada Kak Zu yang juga Ketua Wanita PKR dalam whatsapp lebih sebulan lalu.
Luahan tersebut adalah bertujuan memastikan pimpinan PKR lebih peka dan sensitif kepada apa-apa tuduhan rasuah atau salah laku yang membabitkan ahli terutamanya di peringkat bawah, katanya.
"Zuraida lebih rapat dengan akar umbi parti di Selangor dan pandangan saya diluahkan secara peribadi lebih sebulan lalu, oleh itu, rujukan kepada beliau tidak boleh disalah ertikan sebagai tuduhan kepadanya atau mana-mana pimpinan parti," jelas Rafizi lagi.
Isu terbaru itu timbul selepas kemunculan warkah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengingatkan pemimpin PKR mengenai bahaya bekerjasama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam Deklarasi Rakyat.
Ini mencetuskan spekulasi mengenai keretakan dalam PKR.

Pembocor 'warkah dari penjara' harus dihukum - akar umbi PKR

PKR cabang Permatang Pauh mahu pemimpin kanan parti yang bertanggungjawab mendedahkan 'warkah dari penjara' kepada media dan umum dikenakan tindakan disiplin.
Ketuanya, Amir Ghazali berkata, tindakan pemimpin kanan itu dianggap suatu pengkhianatan kepada PKR demi melindungi strategi parti dari diketahui musuh.
"Sejajar dengan kenyataan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bahawa surat itu adalah bersifat perbincangan dalaman parti, maka pendedahan warkah itu kepada media adalah tindakan tidak bertanggungjawab dan pengkhianatan kepada parti.
"Tindakan membocorkan rahsia parti ini adalah satu tindakan tidak berdisiplin dan boleh dianggap sebagai satu unsur sabotaj kepada apa jua strategi yang dirangka oleh parti," kata Amir lagi.
Terdahulu, Wan Azizah atau lebih mesra dengan panggilan Kak Wan enggan mengulas mengenai 'warkah dari penjara' nukilan Anwar yang secara keras menentang Deklarasi Rakyat.
Ketua pembangkang itu menegaskan surat itu bukan untuk tatapan umum dan adalah hal dalaman.
Mengulas lanjut, Amir menambah, surat atau amanat Anwar harus dikendalikan dengan cermat dan mempunyai satu mekanisme penyampaian yang tertib bagi melindungi kerahsiaannya.
"Pada masa yang sama, saya menggesa semua pimpinan parti untuk kembali merapatkan saf kepimpinan demi kepentingan parti dan perjuangan Reformasi yang telah dipelopori Anwar," katanya lagi.
Kenyataan Amir itu turut disokong oleh Ketua Angkatan Muka Keadilan (AMK) Tasek Gelugor, Mohd Radzi Idrus yang menggesa pucuk pimpinan tertinggi parti supaya mengambil tindakan disiplin yang tegas kepada pembocor surat itu.
"Tidak kira sama ada pemimpin kanan parti mahupun bukan, tindakan tegas harus diambil kerana pembocoran surat tersebut, secara tidak langsung, telah mencalarkan imej parti.
"Ia juga boleh diibaratkan sebagai mensabotaj segala strategi yang dirangka oleh parti," jelas Mohd Radzi.

Skandal habuan perempuan: Zuraida kata tak tahu

Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berkata, beliau berada dalam keadaan terpinga-pinga berhubung tuduhan "wang dan wanita sebagai habuan" ketika berurusan dengan kerajaan negeri Selangor.
"Saya tidak tahu, terpinga-pinga dalam hal ini. Saya perlu mengesahkan kesahihan mesej tersebut," katanya sambil mengakui tidak begitu faham mengenai aspek teknikal Whatsapp.
"Jika ia benar, kami (PKR) perlu mengadakan perbincangan dalaman mengenainya," kata beliau yang juga ahli parlimen Ampang kepada Malaysiakini.
Perbualan Whatsapp yang bocor itu telah didedahkan oleh portal berita The Malaysian Mirror.
Portal berkenaan turut menerbitkan transkrip perbualan Whatsapp yang didakwanya itu, dengan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli turut menyatakan gelaran "Kak Zu" - yang dipercayai merujuk kepada Zuraida.
"Sebab itu saya perlu mengesahkan. Selalunya semua panggil saya Kak Zu," katanya lagi.
Semalam, satu dakwaan mengejutkan timbul mengenai kerajaan negeri Selangor, yang mendakwa selain wang, terdapat juga permintaan untuk mendapatkan wanita ketika berurusan dengan kerajaan negeri.
Ini disebut dalam perbualan Whatsapp yang bocor, apabila Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli didakwa berkata beliau menerima aduan mengenai perkara itu.

RAFIZI: DAKWAAN SALAHLAKU YANG DITIMBULKAN DARI MESEJ WHATSAPP

Saya merujuk kepada pelbagai laporan online yang memaparkan satu petikan skrin mesej saya yang dihantar kepada satu perbualan whatsapp. Saya boleh mengesahkan bahawa mesej itu ditulis oleh saya dan perbualan itu adalah di dalam satu kumpulan tertutup yang dianggotai oleh anggota KEADILAN dan penyokong reformasi.

Saya memang ada didatangi beberapa individu sebelum ini yang melahirkan kebimbangan mereka mengenai beberapa isu bersabit amanah dan tata kelola secara umum. Mereka memberi beberapa contoh tuduhan salahlaku yang mereka minta saya siasat dengan lebih lanjut.

Ini adalah perkara biasa yang saya hadapi setiap hari sebagai Pengarah Eksekutif NOW (National Oversight & Whistleblowers). Saya menerima beribu maklumat dan aduan setiap tahun yang mendakwa salahlaku dan penyelewengan di pelbagai institusi awam dan swasta. Hanya sebahagian kecil dari maklumat atau aduan ini yang akhirnya akan sampai kepada rakyat kerana sebahagian besar dari aduan ini tidak melepasi keperluan bukti minimum yang ditetapkan oleh NOW sebelum dibawa kepada rakyat.

Oleh itu, aduan dan tuduhan yang dirujuk di dalam mesej whatsapp saya akan melalui proses yang sama seperti aduan-aduan lain untuk melepasi keperluan bukti minimum. Jika tiada bukti sokongan yang adil, NOW tidak akan memanjangkan perkara ini kerana sumber kita adalah terhad.

Untuk mengelakkan spekulasi, saya boleh mengesahkan bahawa tuduhan itu adalah khusus kepada individu tertentu dan bukan tuduhan umum. Tuduhan itu bukan terhadap individu yang menjawat kerusi wakil rakyat (baik di Dewan Negeri, Dewan Rakyat atau Dewan Negara sama ada yang masih berkhidmat atau telah bersara) atau mana-mana kakitangan kerajaan di mana-mana jabatan di bawah Kerajaan Selangor.

Saya juga boleh mengesahkan bahawa saya merujuk kepada YB Zuraida Kamaruddin di dalam mesej yang dibocorkan itu. Rujukan itu adalah dalam nada dan niat yang baik kerana saya pernah meluahkan kebimbangan saya kepada beliau di dalam komunikasi whatsapp lebih sebulan lalu bahawa kita (pimpinan KEADILAN) sepatutnya lebih peka dan sensitif kepada apa-apa tuduhan rasuah atau salahlaku melibatkan anggota kita terutamanya di peringkat bawah; dan tidak menolak mentah-mentah tuduhan sebegitu.

Baru empat bulan, kutipan hasil Selangor RM1.427 bilion- MB

Rizab Selangor melonjak RM4.034 bilion

MB Selangor dapat 'surat GST' dari 'makcik' Sg. Besar

PRK : Rundingan dengan PAS,AMANAH dan DAP positif - Azmin

'Rakyat Undi PR, Bukan Pas Pada PRU-13'

Realiti Sarawak: Antara karisma Adenan dan kegagalan pembangkang

'Saya simpati dengan Hadi' - Azmin

Azmin: We are still in talks over Sungai Besar candidate

Women & Money allgations against S'gor "baseless and unfounded"

Rundingan Kerusi: Azmin simpati pada Abdul Hadi

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata beliau bersimpati dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tidak mengikuti perkembangan partinya sendiri.
Ini kerana, kata timbalan presiden PKR itu, sebaik saja pengumuman mengenai dua pilihan raya kecil yang akan diadakan 18 Jun depan, pihaknya telah bertemu dua kali dengan kepimpinan PAS.
"Kadang-kadang saya simpati dengan Ustaz Hadi ini, mungkin dia tidak tahu apa yang berlaku dalam parti," kata Azmin ketika ditemui pemberita selepas merasmikan majlis pelancaran program #Smart Selangor Food Stamp 2016 di Sungai Besar, Selangor hari ini.
Azmin berkata demikian ketika diminta mengulas penafian PAS berhubung pertemuan parti itu dengannya.

PAS Perak minta AMANAH cermin diri sebelum tanding

PAS Perak mengakui sukar untuk memenangi pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kangsar bulan depan jika berlaku pertandingan tiga penjuru atau lebih.
Pesuruhjaya negeri Razman Zakaria berkata kesukaran akan timbul apabila Parti Amanah Negara (AMANAH) yang terdiri daripada bekas anggota PAS turut bertanding di PRK itu.
"Kalau tiga penjuru ia akan lebih sukar kerana Amanah akan mengambil pengundi daripada blok pembangkang dulu," katanya dalam sidang media mengenai PRK Kuala Kangsar di Ipoh, semalam.
Razman meminta Amanah supaya 'cermin diri' terlebih dahulu sebelum meneruskan hasrat bertanding kerusi yang merupakan tradisi PAS sejak 1959.
"Amanah...yang kononnya profesional, sebelum masuk (bertanding) bacalah dahulu latar belakang...kaji undi teras. Untuk pengetahuan, PAS mempunyai cawangan di semua 26 unit peti undi dalam Parlimen Kuala Kangsar dan setiap cawangan kami ada ahli.
"Amanah baru ditubuhkan, anggota jawatankuasa (AJK) di kawasan pun tak cukup berbanding dengan kita (PAS) yang mana 20 hingga 30 peratus AJK di cawangan itu adalah penyokong kuat," katanya.

Pemimpin PKR dedah surat Anwar untuk jadi hero?

Difahamkan, ramai pemimpin PKR tidak puas hati dengan tindakan pembocor rahsia itu dan mereka bercadang mengemukakan usul dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR untuk mengambil tindakan terhadap pemimpin terbabit.
Wan-Azizah_anwar_surat_6000
PETALING JAYA: Seorang pemimpin PKR didakwa mendedahkan surat bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail semata-mata untuk menjadi hero.
Menurut laporan China Press, Wan Azizah membacakan surat sepanjang lapan muka surat itu dalam mesyuarat tertutup Biro Politik PKR pada 10 Mei lalu.
Difahamkan, seorang pemimpin PKR bertindak mendedahkan isi kandungan surat itu ketika berada di Kedah dan dia kemudiannya turut memberitahu wartawan portal berita mengenai surat berkenaan.
Sumber itu berkata, sesetengah pemimpin parti itu menafikan kewujudan surat berkenaan sebelum ini bagi mengelakkan Wan Azizah disiasat Kementerian Dalam Negeri.
Tambah sumber itu lagi, pendedahan surat itu akan menyebabkan pihak berkuasa memantau lebih ketat perjumpaan Anwar dengan peguam dan ahli keluarganya.
Difahamkan, ramai pemimpin PKR tidak puas hati dengan tindakan pembocor rahsia itu dan mereka bercadang mengemukakan usul dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR untuk mengambil tindakan terhadap pemimpin terbabit.

Azmin jawab fitnah kempen burukkan penjawat awam Selangor


Azmin Ali 2Azmin Ali 2Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali membidas tuduhan amalan rasuah membabitkan pentadbiran kerajaan negeri itu kononnya “wujud permintaan perempuan" apabila berurusan dengan Kerajaan Negeri disiarkan oleh sebuah  portal berita dan dikongsi menerusi media sosial.
Azmin berkata, ia merupakan satu tuduhan jijik yang tidak disokong oleh sebarang bukti. Ia juga satu kempen fitnah yang terancang terhadap kerajaan serta kakitangan awam di Selangor.
"Dalam melaksanakan serangan jahat dan semberono ini, orang yang menuduh sebenarnya telah mencemarkan nama baik, maruah serta integriti perkhidmatan awam negeri.
"Ia juga sekaligus menafikan sumbangan majlis eksekutif yang telah menyumbang dengan cekap dan bertungkus lumus kepada usaha Kerajaan Negeri membawakan pembangunan dan kemajuan sosio-ekonomi pada negeri ini," ujarnya dalam satu kenyataan di laman sesawang rasmi menteri besar  tengahari ini.
Kenyataan itu menyebut pentadbiran negeri mengalu-alukan pemberi maklumat yang berhasrat untuk melihat kerajaan yang bersih dan bebas daripada rasuah.
"Pada masa yang sama, mereka yang membuat tuduhan ini perlu membawa hatta sekelumit bukti sekalipun kepada pihak berkuasa yang berkenaan untuk tindakan.
"Menuding jari kepada Kerajaan Negeri tanpa sebarang bukti sokongan dan kemudiannya menjaja tuduhan tersebut kepada semua pihak adalah satu tindakan bacul, tidak bertanggungjawab dan berniat jahat.
"Dasar yang didukung adalah bagi mewujudkan kerajaan yang telus dan bertanggungjawab sepenuhnya tanpa tolak ansur terhadap elemen rasuah.
"Namun pada masa sama, kita semua bertanggungjawab untuk memelihara nama baik dan maruah kakitangan awam serta eksekutif daripada sebarang tuduhan liar yang tidak bertanggungjawab." ujarnya.

Mesej Dato Paduka Husam Musa sangat jelas.

Oleh Noor Muhammad Md Norani
Setelah dibuli oleh kerajaan negeri Kelantan dengan soalan-soalan beliau yang bukan sahaja tidak dijawab, malah diakhiri pula dengan pemecatan beliau (walaupun masih belum diterima surat rasminya), beliau nekad bangkit untuk melawan.
Kelantan adalah tanah tumpah darah beliau yang wajib diselamatkan daripada terus dijarah oleh penguasa korup bertopeng agama. Untuk itu, DHM telah mensasarkan sejumlah 25 DUN yang bakal dirampas daripada UMNO dan PAS pada PRU14 nanti.
Dan beliau memerlukan undi daripada belia-belia yang pernah menyokong beliau satu ketika dahulu ketika beliau menjadi calon Parlimen PRU13 di Putrajaya.
Kendatipun begitu, soalan seterusnya yang masih belum dijawab oleh Husam adalah,
'Parti mana yang boleh menawarkan pakej menarik untuk DHM melaksanakan misi tersebut?'
PKR, DAP atau Amanah?
Dan Dato Husam mengakhiri sesi dialognya pada malam ini dengan soalan kepada pimpinan dan ahli PAS,
"Di mana Islamnya PAS setelah pemergian Arwah TGNA?"

Mat Taib bakal calon PKR di Sungai Besar ?


Tan Sri Muhammad  Muhd TaibTan Sri Muhammad Muhd TaibParti Keadilan Rakyat (PKR) dijangka mencalonkan bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib (Mat Taib) sebagai calon mereka bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar yang akan diadakan pada 18 Jun ini.
Sebuah blog pro Umno memetik sumber yang rapat dengan Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali  merangkap Timbalan Presiden PKR  itu , dijangka akan mengumumkan nama Mat Taib sebaik sahaja mendapat persetujuan Pas untuk bekerjasama dalam PRK Sungai Besar.
Jika dilihat sejak minggu lalu, Azmin sudah “berkampung” di Sungai Besar tanpa menonjolkan sebarang calon untuk mewakili partinya atau Pakatan.
Sumber juga menyebut kemunculan Parti Amanah Negara (Amanah) di Sungai Besar dan Kuala Kangsar hanyalah rancangan “tambahan” sekiranya Azmin gagal mengatur kompromi dengan Pas.
"Azmin hari ini dilaporkan meminta Pas memberi laluan kepada PKR kali ini kerana parti tersebut berhadapan dengan masalah “kepercayaan” kaum Cina sejak kebelakangan ini.
"Sungguhpun Pas mengumumkan penolakan cadangan memberi kerusi Sungai Besar kepada PKR, namun rundingan peringkat tertinggi masih dijalankan." kata sumber dipetik.
Azmin dikatakan telah menawar laluan untuk Pas bertanding satu lawan satu dengan Barisan Nasional (BN) di Kuala Kangsar dan juga menjanjikan pemberian potfolio kanan kepada Pas dalam rombakan Exco Kerajaan Negeri Selangor akan datang.
Azmin sanggup berhabis-habisan kali ini kata sumber, bagi menjaga maruah beliau sebagai Menteri Besar Selangor dan Timbalan Presiden PKR.

Pemikiran Za’aba mengenai orang Melayu

Oleh ABD SHUKUR HARUN
Ketika orang Melayu bergelut dengan pelbagai krisis – politik, ekonomi, social, jati diri dan pelbagai lagi, saya teringat Pendeta Za’aba, tokoh intelektual ternama yang mencetuskan pemikiran baru mengenai orang Melayu.
Saya membaca kembali buku tulisan Allahyarham ini, yang berjudul ‘Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri’, terbitan Dewan Bahasa pada tahun 1987. Sebuah buku yang sarat dengan kritikan tajamnya mengenai sesetengah perangai orang Melayu.
Tulisannya itu menggambarkan hasratnya untuk memberikan kekuatan berfikir dan jati diri orang Melayu hingga mampu menghadapi cabaran masa kini.
Ini pemikiran yang dicetuskannya lebih setengah abad lalu, tetapi tetap masih releven hingga kini, bahkan pemikirannya itu sangat perlu diangkat segera untuk menjawab segala tantangan yang dihadapi oleh orang Melayu sekarang ini.
Beliau mengkritik sifat sesetengah orang Melayu yang sentiasa mahu bergantung kepada orang lain atau mengharapkan pertolongan orang lain, enggan berakhtiar sendiri. Hanya mahu berdoa, tapi enggan berusaha dan malas berfikir.
Za’aba juga mengkritik cara sesetengah orang Melayu dalam melaksanakan tuntutan Islam yang menurutnya banyak percaya pada jampi mentera dan ikut-ikutan pada perbuatan sesetengah ‘orang alim’, tetapi sebenarnya ada yang tidak menurut kehendak Islam sebenar.
Pendeta Za’aba mahu orang Melayu bersikap progresif, dynamic, rajin berfikir dan berusaha, melaksanakan Islam yang benar-benar menepati kehendak Al-Quran dan Sunnah.
Walaupun beliau seorang pendeta bahasa Melayu, namun pemikiran dan kritikannya ternyata ia seorang yang dapat menguasai ilmu sains social, politik, malah ilmu Islam dengan baik.
Beliau menguasai bahasa Inggeris dan Arab dan mengkaji Al-Quran serta hadis sejak zaman remajanya lagi.

WSJ: Jho Low lucut aset termasuk karya seni berikutan siasatan

Jutawan Jho Low terus menjual pelaburannya bernilai puluhan juta dolar ketika siasatan berterusan oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat ke atas 1MDB, lapor The Wall Street Journal (WSJ).
Kali ini, beliau dilaporkan menjual sebahagian daripada pelaburannya yang paling terkenal di Amerika Syarikat, termasuk lukisan sepasang penagih dadah oleh artis avant-garde Jean-Michel Basquiat yang bernilai AS$35 juta.
Februari lalu, beliau menimbulkan kekecohan di dunia seni dengan menjual antara lain, karya Claude Monet dan Pablo Picasso.
Lukisan-lukisan itu dijual pada harga kira-kira AS$54 juta, yang menyaksikan "kerugian luar biasa”.
WSJ yang memetik sumber yang biasa dengan siasatan melaporkan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) sedang menyiasat urusan kewangan Low di Amerika Syarikat dan di luar negara.
Juga dilaporkan bahawa penyiasat percaya hartawan berusia 35 tahun itu menggunakan dana firma pelaburan Malaysia yang kontroversi, iaitu 1MDB bagi membeli sebahagian karya seni dan hartanahnya.
Malaysiakini tidak boleh mengesahkan tuntutan dalam laporan WSJ itu.
Bulan lalu, Low menjual karya agung koleksi seni AS$ 300 juta miliknya - iaitu lukisan Basquiat pada 1982 yang bertajuk 'Dustheads' - melalui rumah lelongan Sotheby pada nilai AS$35 juta. Beliau membuat kerugian sebanyak AS$13.8 juta.
Taikun itu dilaporkan membeli lukisan berkenaan pada bulan Mei 2013 di Christie New York pada harga AS$48.8 juta.
Low juga bersetuju untuk menjual kepentingannya di Park Lane Hotel di Manhattan - sebuah hotel 46 tingkat menghadap Central Park - untuk harga yang tidak didedahkan.