Khamis, 19 Mei 2016

'Amanah tak pujuk Husam, terpulang pada dia'


Mohamad Sabu KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (Amanah) memberitahu pihaknya tidak memujuk ahli Pas yang dipecat, Datuk Husam Musa menyertai parti itu.
Presidennya, Mohamad Sabu berkata pilihan terletak di tangan Husam untuk memutuskan laluan perjuangannya.
“Kita tidak memujuk. Husam seorang yang bijak bestari, ada pemikirannya cuma, kita mengalu-alukan (beliau bersama kita).
“Kita mengalu-alukan orang seperti beliau untuk berada dalam Amanah. Tapi beliau seorang yang bijak, jadi, ikut dialah, mana-mana (parti) dia nak pilih,” katanya dalam temu bual khas dengan Sinar Online, hari ini.
Pas memecat Husam berkuat kuasa 23 April lalu namun Husam menganggap beliau masih ahli Pas susulan belum menerima sebarang notis sehingga hari ini.
Dalam pada itu, Mohamad atau Mat Sabu mengakui mengiktiraf Husam sebagai seorang yang berkebolehan khasnya dalam bidang ekonomi.
“Beliau seorang yang mempunyai pandangan-pandangan terutama dalam bidang ekonomi. Satu penggal saya berpengalaman dengan beliau di Parlimen.
“Memang beliau seorang yang boleh memberi cadangan dan membongkar penyelewengan tumpuannya dalam bidang ekonomi,” katanya.
Semalam, Husam meminta diberikan tempoh tiga hingga empat bulan sebelum membuat pengumuman terhadap penyertaannya dalam mana-mana parti politik.

Zairil gesa kerajaan dedah keuntungan ‘cukai minyak’

Zairil Khir Johari berkata kerajaan akui adakalanya pengguna terlebih bayar untuk minyak
zairil-khir-johari_fuel-tax_600
KUALA LUMPUR: Wakil rakyat DAP menggesa kerajaan mendedahkan jumlah ‘cukai minyak’ yang dipungut selepas Kementerian Kewangan mengakui harga runcit untuk minyak tidak mencerminkan harga sebenar.
Zairil Khir Johari (DAP-Bukit Bendera) berkata Kementerian Kewangan dalam satu jawapan bertulis memaklumkan lantaran turun naik harga minyak yang tidak stabil, adakalanya kerajaan tersubsidi harga atau pengguna terlebih bayar.
Menurut Zairil, sekiranya harga runcit lebih tinggi, maka kerajaan akan mengaut keuntungan yang boleh disifatkan sebagai ‘cukai minyak’.
“Rakyat berhak tahu jumlah keuntungan yang diterima kerajaan,” katanya kepada pemberita di ruang legar Parlimen.
Beliau juga mengkritik Putrajaya kerana enggan memberikan jawapan yang jelas berhubung perkara ini.
“Rakyat terbeban dengan GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatn). Kini, kita terpaksa menanggung ‘cukai minyak’.”

Peralatan JPAM dibeli dalam keadaan terdesak – Shahidan

Kalau tidak cukup aset, orang mengadu atau anggota tidak pakai pakaian yang selamat pun orang mengadu, kata menteri
Shahidan-Kassim_jpam_laporan_600
KUALA LUMPUR: Keperluan yang mendesak ekoran banjir besar pada 2014 menyebabkan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) terpaksa menerima kasut getah, papan luncur dan jet ski yang tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata pembelian barangan berkenaan dibuat berdasarkan peraturan Pembelian Darurat yang membolehkan pembelian dibuat segera atau serta merta di mana kelewatan perolehan akan memudaratkan dan menjejas perkhidmatan dan kepentingan awam.
“Semua pembelian terpaksa dibuat serta merta mengikut peraturan Pembelian Darurat. Kalau tidak cukup aset, orang mengadu atau anggota tidak pakai pakaian yang selamat pun orang mengadu,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen, di sini hari ini.
Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2015, Siri 1 yang dikeluarkan semalam, tiga jenis peralatan yang dibekalkan kepada JPAM iaitu 1,010 pasang kasut getah, lapan jet ski dan 64 ‘papan luncur’ adalah berwarna kuning dan bukannya berwarna oren serta tidak dicetak dengan perkataan “HAK KERAJAAN MALAYSIA”.

BN hilang sejuta undi sekiranya peniaga online dicukai – IKHLAS

Pertubuhan usahawan menyarankan kerajaan supaya tidak membebankan peniaga kecil dengan cukai baharu kerana mereka sudah terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi
Mohd-Ridzuan-Abdullah_online_undi_6001
PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) akan hilang lebih sejuta undi sekiranya kerajaan mengenakan cukai keatas perniagaan dalam talian (online) tahun hadapan.
Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana (IKHLAS), Mohd Ridzuan Abdullah berkata ramai dalam kalangan peniaga atas talian merupakan peniaga muda yang menceburi bidang keusahawanan untuk mencari rezeki.
Katanya, golongan peniaga kecil ini akan membantah sekiranya kerajaan menambahkan beban mereka dengan cukai baharu disaat mereka terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi.
“Sekiranya kerajaan terus melaksanakan cukai keatas perniagaan atas talian, kedudukan BN akan terjejas kerana dari segi sokongan golongan muda akan hilang malah lebih satu juta undi (kepada) BN akan hilang pada PRU akan datang.
“Disaat rakyat ketika ini sedang menghadapi peningkatan kos sara hidup, jangan melampau sangat menekan rakyat,” katanya kepada FMT.
IKHLAS menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) supaya membatalkan cadangan tersebut.

Rakyat berhak bersuara jika ada yang tak kena – Afdlin

Pelawak Afdlin Shauki membidas peraturan yang menghalang pengkritik keluar negara
Afdlin-Shauki_pasport_600
PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak, Afdlin Shauki mengkritik pihak berkuasa susulan laporan seseorang yang mengkritik kerajaan boleh dihalang daripada keluar negara
Afdlin dalam catatan Facebook membantah langkah itu dan berkata kerajaan tidak sepatutnya menekan rakyat macam budak-budak tak berakal.
“Mintak maaf, tapi bukankah demokrasi itu bermakna rakyat berhak bersuara jika ada yang tak kena dengan kerajaan?” katanya.
Beliau mempertikaikan adakah negara ini hak kerajaan sahaja, dan membidas kenyataan yang mengatakan pasport Malaysia merupakan satu keistimewan, bukannya hak.
Afdlin-Shauki_comtBeliau berkata kenyataan seperti itu seolah kerajaan mahu mengatakan bahawa rakyat tidak ada hak sebagai warganegara untuk mempunyai pasport dan ianya adalah satu kurniaan daripada kerajaan.
Afdlin merujuk kepada kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed bahawa pemberian paspot merupakan satu keistimewaan, bukannya hak.
“Kenapa sampai macam ni YB YB semua… Kenapa awak nak orang membenci lagi kerajaan? Lepas ni apa pulak tetuan, bukankah kerajaan demokrasi tu adalah satu badan yang ditubuhkan untuk menjaga hal ehwal rakyat?”
Afdlin mengingatkan mereka dalam kerajaan bahawa mereka bekhidmat untuk rakyat dan kerajaan bukan pertubuhan untuk menakut-nakut dan menekan rakyat.

A-G: 1MDB report enough to start probe

Ambrin Buang ready to assist authorities in any investigation carried out on the state-owned investment firm and its personalities.
ambrin-buang_laporan_600_1
KUALA LUMPUR: There is sufficient basis for an investigation into troubled state investment firm 1Malaysia Development Berhad (1MDB) based on the Auditor-General’s report submitted to the Public Accounts Committee (PAC), the nation’s chief auditor Ambrin Buang said.
“I think our report is sufficient as a basis for further investigation, we have done our job,” he was quoted as saying by Channel News Asia.
Speaking on the report for the first time since it was handed to the PAC, Ambrin said his team had done its job, and it was left to the police now to do theirs.
“The next step is as recommended by PAC. They want an investigation on a certain personality in the company, let the police do their work,” he told the regional broadcaster in an interview yesterday.
Calling the effort that went into completing the report his biggest task as A-G so far, Ambrin said that he was ready to assist the authorities in their probe.
He believed the police must be given sufficient time and allowed to carry out their investigation in a professional manner, CNA reported, adding that he did not elaborate if there was an element of fraud uncovered during his investigation.
“My view is not important, I cannot comment on anything that’s criminal as criminality must be investigated according to criminal law and procedures,” he said.
According to CNA, he also hinted that it was up to the Attorneys-General of Malaysia and other countries to decide whether there was a prima facie case.
In March last year, Prime Minister Najib Razak ordered the Auditor-General to independently verify the accounts of 1MDB following allegations of financial mismanagement. This was after the firm had chalked up debts of up to RM50 billion in just six years of its operations.
The A-G’s report on 1MDB was tabled before the PAC on Mar 4 and was classified under the Official Secrets Act to avoid a repeat of an information leak, which had occurred with the National Audit Department’s preliminary report on the firm.
Excerpts of the A-G’s report were included in PAC’s own report on 1MDB, which was tabled at Parliament on Apr 7.

Ahli Pas kena berani tegur presiden, usah jadi Al-Arqam ke-2, tegas Husam


Husam Musa Husam Musa Bekas naib presiden Pas yang dipecat daripada parti, Datuk Husam Musa menasihati ahli Pas agar berani menegur kesilapan presiden mereka, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi mengelak masa depan parti itu terjejas.
"Saya dah ucapkan di Terengganu. Pas mesti dihindari jadi al-Arqam kedua. Saya nak pecahkan tembok ini.
"Saya nak beritahu ahli Pas, jangan takut nak tegur presiden. Tahun 1984 perlembagaan Pas dipinda. Pindaan itu menyatakan keputusan presiden mesti dengan persetujuan Jawatankuasa Kerja Pas Pusat. Saya masih ada simpan kertas (pindaan) itu.
"Ramai orang Pas tak tahu termasuk Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr Mahfodz Mohamed yang menganggap apa diputuskan presiden sebagai mutlak. Ini tidak betul," tegas Husam yang berpengalaman menjadi perwakilan Pas sejak tahun 1982 lagi.
Tegar mengkritik secara terbuka kerajaan negeri Kelantan, Husam menyifatkan hasrat Pas kononnya mahu melaksanakan hudud bercanggah dengan apa yang diamal.
"Kita kata orang curi, kita potong tangan (hukum hudud) dia. Ini orang curi balak. Usahkan tangan, kuku dia pun kita tak potong," sindirnya merujuk isu pembalakan yang juga diakui wujud oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Beliau berkata, pendiriannya membongkar pelbagai bentuk penyelewengan di bawah pentadbiran kerajaan negeri Kelantan bukan menyerang Pas seperti didakwa pihak tertentu sebaliknya bertujuan untuk menegur.
"Apabila berkerajaan, saya sebagai Adun mahu memastikan kerajaan yang berjalan mengikut Islam. Jadi, tanggungjawab untuk saya menegur seperti penyelewengan air. Bukan berlaku sekali (kes). Apa buktinya? Tuan-tuan boleh baca laporan audit," jelasnya malam tadi di ibu negara.
Adun Salor itu menegaskan tegurannya sebelum ini lebih kepada 'lapisan pertama' belum lagi secara terperinci menyentuh soal individu termasuk yang menerima sejumlah wang.

Terserah kepada polis untuk ambil tindakan, kata Ketua Audit berhubung siasatan 1MDB

Pihak Jabatan Audit Negara sudah menjalankan tugas menyiapkan laporan berhubung firma sarat hutang, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan sekarang terpulang kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan selanjutnya, kata ketuanya Tan Sri Ambrin Buang.
Ketua Audit Negara itu yakin laporan audit berkaitan 1MDB yang dihantar mereka kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mempunyai asas untuk memulakan siasatan lanjut.
“Saya rasa laporan kami cukup sebagai asas untuk siasatan lanjut, kami sudah buat kerja kami.
“Langkah selanjutnya, seperti dicadangkan oleh PAC, mereka (jawatankuasa itu) mahu siasatan terhadap beberapa personaliti dalam syarikat itu.
“Biarkan polis buat kerja mereka, kami akan bantu sesiapa sahaja yang mahu siasat,” kata Ambrin dipetik dalam wawancara bersama Channel News Asia (CNA).
Namun, Ambrin tidak mengulas sama ada ada dapatan audit mendedahkan unsur-unsur salah laku.

Beliau berkata kini terpulang kepada pihak berkuasa dan peguam negara yang menyiasat 1MDB memutuskan sama ada terdapat kes prima facie berhubung dakwaan salah laku yang dilakukan.

Dakwaan wang, wanita ketika berurusan dengan k'jaan Selangor

Satu dakwaan mengejutkan timbul mengenai kerajaan negeri Selangor, yang mendakwa selain wang, terdapat juga permintaan untuk mendapatkan wanita ketika berurusan dengan kerajaan negeri.
Ini disebut dalam perbualan Whatsapp yang bocor, apabila Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli didakwa berkata beliau menerima aduan mengenai perkara itu.
"Saya tidak mahu komen atau menafikan perkara itu," kata ahli Parlimen Pandan itu kepada Malaysiakini ketika ditanya mengenai permintaan tersebut.
Bagaimanapun, Rafizi mengakui wujud unsur-unsur tidak baik dalam PKR yang mempunyai potensi untuk memusnahkan parti tetapi enggan mengulas lanjut.
Malaysiakini telah menghubungi pembantu Menteri Besar, Datuk Seri Azmin Ali untuk mendapatkan komen dan sedang menunggu jawapan mereka.
Perbualan Whatsapp yang bocor itu telah didedahkan oleh portal berita The Malaysian Mirror.
“Semalam saya mendapat laporan dan aduan dari orang bona fide bahawa selain dari wang sekarang ini ada juga permintaan ‘perempuan’ bila berurusan dengan kerajaan negeri (tidak perlulah saya hurai saudara/saudari tahu apa yang saya maksudkan).
“Mereka datang mengadu kepada saya dan saya sedang kumpul maklumat,” tulis Rafizi dalam kumpulan Whatsapp Solidariti For Anwar yang dilihat The Malaysian Mirror.
Rafizi juga menyatakan dalam perbualan itu bahawa beliau lebih mengambil berat tentang dosa berbanding strategi politik.
“Saya bukan kisah sangat mengenai strategi politik dan lain-lain.
“Selama ini tidak pernah sekali pun saya pergi ke SUK sejak saudara Azmin jadi MB untuk minta atau bincang sesuatu,” katanya.
Malaysiakini tidak dapat mengesahkan mengenai dakwaan yang dibuat dalam perbualan yang dikatakan bocor itu.

RINGGIT JATUH LAGI.. !!!

Semalam RM4.11..
Skrg dah RM4.16 berbanding USD$1.

BUKANKAH.. bulan lps Najib kata ringgit mulai kukuh tahun ini..

BUKANKAH.. sebelum ini golongan2 professional pemakan dedak heboh satu negara mengatakan ringgit semakin kukuh kerana ekonomi negara semakin mampan di bawah pemerintahan Najib....

MAMPAN & KUKUH TANG MANA TU !!!
APA DAH JADI RINGGIT SEKARANG ??

Husam: Tolol Kalau Saya Jawab Surat Yang Belum Dapat

Husam Berhasrat Tun M, Anwar Duduk Semeja

Tun M akui tak dapat jumpa Agong

Najib tak turun kalau ada 10 juta tandatangan rakyat - SAMM

Husam janjikan kejutan 3 bulan akan datang

KUALA LUMPUR - ‎Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa berjanji akan membuat pengumuman rasmi berhubung penyertaannya ke atas mana-mana parti politik.
Husam berkata, beliau memerlukan tempoh masa tiga hingga empat bulan sebelum membuat pengumuman tersebut.
"Bagi saya masa... Kemudian saya akan umum. Saya sentiasa bersama anda semua. Sekarang pun saya masih bersama anda.
"Untuk isu-isu semasa, isu-isu nasional, saya masih ada," katanya dalam program Dialog Bersama Husam Musa di sini, semalam.

Amanah Kelantan kecewa sikap Nik Amar


Che Ibrahim MohamadChe Ibrahim MohamadParti Amanah Negara (Amanah) Kelantan merasa kecewa dengan sikap Pas Kelantan khususnya Timbalan Pesuruhjayanya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang menutup pintu rundingan dengan parti itu sebaliknya lebih rela kalah
daripada bekerjasama untuk menewaskan BN.
  
Naib Pengerusi Amanah Kelantan, Che Ibrahim Mohamad berkata, sikap itu bercanggah dengan dasar yang dibawa bekas Menteri Besar Kelantan Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang pernah bekerjasama dengan Tengku Razaleigh Hamzah menumbangkan kerajaan Umno di Kelantan pada 1990.
  
"Walaupun sebelum ini kita semua tahu Tengku Razaleigh juga pernah (bekerjasama) menjatuhkan kerajaan Pas Kelantan pada 1978 namun Nik Aziz  juga sanggup berkerjasama dengan Tengku Razaleigh dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU) pada 1990," katanya kepada pemberita semasa sidang media di Pejabat Amanah Kelantan di Kota Bharu, baru-baru ini.
  
Turut hadir Timbalan Pengerusi Amanah Kelantan Muhamad Hussain dan Setiausaha Amanah Kelantan Rushdan Mustaffa.
  
Che Ibrahim mengulas kenyataan Mohd Amar yang sanggup kehilangan Kelantan daripada bekerjasama dengan Amanah untuk menghadapi BN.

Dr M belum dapat mengadap Agong, dakwa 'tahanan rumah'

Dr Mahathir Mohamad mendedahkan beliau masih gagal mendapat perkenan mengadap Yang di-Pertuan Agong untuk menyerahkan lebih sejuta tandatangan yang menuntut pengunduran perdana menteri.
“Ini pun kita dah dapat 1.4 juta (tandatangan). Kita akan cuba kemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Tetapi seperti saya kata tadi, setakat ini saya tak dapat bertemu dengan DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kerana kemungkinan baginda juga berada dalam keadaan house arrest (tahanan rumah) ,” katanya yang terkenal dengan sikap sinis ketika menjawab soalan pemberita.
Mahathir berkata demikian dalam sebuah acara di Subang Jaya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas sekatan terbaru kerajaan terhadap pengkritiknya daripada ke luar negara.

Mahathir juga menyindir jika ingin ke luar negara selepas ini, beliau akan memuji Najib “lebih tinggi daripada langit, malah sehingga ke plantet Marikh”.

Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah sebelum ini disekat daripada luar negara.

Najib ubah Umno jadi 'najis', kata Dr M dalam serang balasnya

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini memulang paku buah keras terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.
Mahathir menuduh Najib menjadikan Umno sebagai hartanah peribadinya.
Dalam dua majlis berasingan, bekas perdana menteri itu merujuk kepada bagaimana Umno telah menjadi 'najis'.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab tuduhan Najib sebelum ini yang menuduhnya menikam parti yang telah banyak memberi manfaat besar kepada ahli keluarganya.
Ini ekoran gesaan Mahathir supaya pembangkang bersatu untuk mengalahkan BN pada dua pilihan raya kecil akan datang.
"Beliau dan keluarganya dapat banyak manfaat daripada kedudukan sebagai PM dan ini kerana kekuatan UMNO dan BN.
"Jadi bila dia suruh orang menolak parti yang banyak berjasa, maka terdapat reaksi yang negatif terhadap pendirian beliau yang tidak mengambil peduli langsung apa yang diterima sebagai manfaat kerana tanpa BN dan UMNO beliau tidak akan jadi perdana menteri, takkan jadi menteri," kata Najib.
Mengulas lanjut mengenai dakwaan Najib itu, tambah Mahathir, Najib juga mengaut banyak manfaat sepertinya tetapi dalam keadaan yang berbeza.
"Beliau juga meraih banyak manfaat dari Umno,” ujar Mahathir. “Tetapi saya tidak menjadikannya (Umno) sebagai hartanah peribadi.”
"Kini beliau menukar Umno kepada ‘najis', saya maksudkan Najib," beliau memberitahu media di Subang Jaya.
Beliau turut mengutarakan kenyataan yang kasar dan kesat semasa sesi soal jawab sebelumnya.

Hadi Kata PAS Rela Bersama Lembu UMNO Dari Khinzir DAP?


KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan berang dengan tindakan PKR memberi amaran kepada exco kerajaan negeri untuk meletakkan jawatan sekiranya PAS bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar.
The Star melaporkan, Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali memaklumkan kepada tiga exco PAS untuk menghantar surat perletakan jawatan sekiranya parti tersebut masih ingin bertanding di Sungai Besar.
Tiga exco tersebut, Datuk Iskandar Abdul Samad, Datuk Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib.
Azmin yang memaklumkan perkara tersebut selepas mesyuarat exco kerajaan negeri semalam berkata, PKR akan bertanding di Sungai Besar dan akan meyakinkan pemimpin Pakatan Harapan untuk memberi laluan kepada PAS bertanding di Kuala Kangsar.
Ketiga-tiga ADUN tersebut kemudiannya bertemu Hadi di kediaman Ahli Parlimen Marang itu di Rusila, Terengganu.
Sumber PAS Selangor mendakwa "Presiden kami bertegas dengan pendirian jawatankuasa pusat untuk bertanding pilihan raya kecil tersebut".
Dalam mesyuarat tergempar tersebut, Hadi dilaporkan berkata partinya "lebih rela bersama lembu UMNO daripada bersama khinzir dari DAP".
Hadi turut mengarahkan ketiga-tiga exco berkenaan tidak meletakkan jawatan.

PAS Putus Hubungan Dengan PKR Jika Pakatan Harapan Letak Calon


KUALA LUMPUR: PAS memberi amaran kepada PKR akan memutuskan hubungan di Selangor sekiranya Pakatan Harapan meletakkan calon pada dua Pilihan Raya Kecil (PRK) Sg Besar dan Kuala Kangsar.
Presiden PAS berkata, PKR sepatutnya memberi laluan kepada PAS kerana pilihan raya kali ini hanyalah PRK dan bukannya Pilihan Raya Umum (PRU).
“PRK lain, PRU lain, jadi kita akan tetap teruskan kerjasama dengan PKR, ini PRK sahaja,” kata Hadi ringkas di Lobi Parlimen.
Konflik meletakkan calon dalam kalangan parti pembangkang kian meruncing setelah cadangan Tun Dr Mahathir Mohamad yang disokong Timbalan Presiden PKR untuk memberi laluan kepada PAS bertanding menetang Barisan Nasional (BN) di 2 PRK dibantah ramai pemimpin Pakatan Harapan.
Antara yang membantah, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang mahukan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) dicalonkan sebagai wakil Pakatan Harapan pada PRK Sg Besar.
Menjawab soalan wartawan samaada terdapat pertemuan antara beliau dan Azmin bagi berbincang mengenai calon pembangkang di Sg Besar dan Kuala Kangsar, Hadi menjawab, "tidak ada."
Sebelum ini Azmin memberitahu PKR akan mengadakan rundingan dengan PAS dan Pakatan Harapan (PH) bagi menentukan calon pembangkang di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang akan datang.
Langkah itu diambil untuk mengelakkan pertembungan tiga penjuru sesama pembangkang sebagaimana yang pernah dialami ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.
Hadi juga enggan mengulas lanjut berkenaan rundingan yang dikatakan oleh Azmin itu.
“Saya tidak tahu, saya tidak terlibat,” ujarnya.
Ahli Parlimen Marang itu juga bertegas akan tetap meletakkan calonnya di Sungai Besar dan Kuala Kangsar sekalipun PKR tidak berpuas hati dengan pendirian yang diambil oleh parti Islam itu untuk mempertahankan kerusi tradisinya.

Dr M tersasul panggil Najib jadi 'najis'

Seluruh negara kini seperti dalam 'tahanan', kata Dr M

Utusan putar belit keputusan audit, bidas Shahidan

Husam: Ada Pakatan Adun BN Mahu Jatuhkan MB Kelantan

Hudud: Kalau Saya Jadi Hadi, Saya Malu, Kata Husam

Anwar berhak beri pandangan, kata Dr M

Serupa mcm perangai PM Malaysia..

Kenapa cakap tarik diri..?? perkataan yang sesuai CABUT LARI...

"Berani Kerana Benar, TAKUT KERANA SALAH.."

KENAPA hingga skrg 'susah sgt' nak tangkap Jho Low ??

Tetapi yg bongkar penyelewengan & kebobrokan #1MDB itulah YANG PANTAS nak ditangkap, ditahan & disumbat dlm lokap bermalam2..

Inilah sebuah negara #darulkelakar

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/1mdb-polis-akan-panggil-jho-low-jika-perlu-ahmad-zahid-105611

Isu surat kritikan pedas: Anwar berhak beri pandangan, kata Dr M

Bekas ketua pembangkang yang kini dipenjarakan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhak memberi pandangannya, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas perdana menteri itu berkata demikian apabila ditanya surat kritikan Anwar kepada PKR, memberi amaran kepada parti itu agar waspada dengan Mahathir.
"Itu adalah pandangan beliau. Beliau berhak ke atas itu," Mahathir memberitahu media di Subang Jaya, hari ini.
Beliau turut menolak tuduhan yang dilemparkan pemimpin de facto PRK itu yang menyifatkannya sebagai pendokong kronisme yang dianggap sebagai kisah lama yang tidak perlu diungkit kembali.
Dalam surat dengan lapan halaman itu, Anwar mengejutkan banyak pihak dengan kritikan terbuka terhadap Mahathir dan Deklarasi Rakyat selain menyentuh pelbagai isu, daripada masalah keteguhan perjuangan dalam PKR kepada kelicikan dalam politik Malaysia.
Selain Mahathir, Tun Daim Zainuddin yang dilihat 'orang kanan' perdana menteri keempat itu serta Tengku Razaleigh Hamzah tidak terlepas daripada kritikan Anwar.
Antara inti pati amanat Anwar itu ialah terdapat pemimpin PKR bersekongkol dengan Mahathir dan Tun Daim melalui Deklarasi Rakyat sehingga menggugat perjuangan parti itu.
Mahathir juga disifatkan sebagai pemimpin zalim dan paling korup sebagai mantan menteri kewangan sambil memetik memetik ungkapan oleh penyair Inggeris terkenal, William Shakespeare : “ular yang dulu mematuk kini memakai mahkota”.

PAS gesa blok pembangkang bersatu sokong calonnya - Tuan Ibrahim

Di tengah-tengah perebutan kerusi parlimen di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, PAS hari ini menggesa blok pembangkang bersatu dalam menyokong calon parti itu dalam pilihan raya kecil di dua kawasan berkenaan.
Timbalan Presidennya, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ia bagi menghantar isyarat jelas kepada Umno BN, khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa blok pembangkang sedia melupakan perbezaan politik demi masa depan rakyat dan negara.
"Jika tidak, terpaksalah blok pembangkang bersedia melihat yang kalah jadi abu, yang menang jadi arang manakala PM Najib terus tersenyum riang," katanya pada kenyataan media hari ini.
Tuan Ibrahim berkata, PAS hanya akan memberi fokus kepada persiapan jentera pilihan raya dan gerak kerja bagi memenangi kedua-dua PRK ini, termasuk membentuk Jawatankuasa Induk dan Operasi PRK.
"Sasaran PAS ialah BN, matlamatnya ialah menumbangkan BN bagi menghantar mesej bagi pihak rakyat bahawa BN yang diketuai sudah ditolak rakyat.
"Tidak timbul untuk undur ke belakang daripada matlamat ini," katanya.
PAS sebelum ini membuat keputusan meletakkan calon mereka di parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar berdasarkan pembahagian kerusi pada PRU lalu, namun tidak dipersetujui Pakatan Harapan.

PAS senarai pendek enam calon PRK Sg Besar, Kuala Kangsar - Mohd Amar

Enam calon tersebut, masing-masing tiga nama di setiap Parlimen telah diserahkan kepada Dewan Ulama untuk ditapis sebelum diputuskan PAS Pusat yang dijangka bermesyuarat Ahad ini.
Datuk Mohd Amar Nik Abdullah
TANAH MERAH: PAS menyenarai pendek enam nama untuk bertanding pada PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, keenam-enam calon tersebut, masing-masing tiga nama di setiap Parlimen telah diserahkan kepada Dewan Ulama untuk ditapis sebelum diputuskan PAS Pusat yang dijangka bermesyuarat Ahad ini.
“Setakat ini ada tiga nama untuk Kuala Kangsar dan tiga nama untuk Sungai Besar. Latar belakang calon campur-campur, (tapi) semuanya orang tempatan. Usianya lebih kurang 40 hingga 60 tahun dan masih muda,” katanya selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Hutan Antarabangsa kali ke-45 Peringkat Negeri Kelantan 2016 di Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah hari ini.
Hadir sama Timbalan Pengarah (Dasar dan Perancangan) Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Datuk Nor Akhirrudin Mahmud; Setiausaha Kerajaan Kelantan, Datuk Mohd Faudzi Che Mamat dan Pengarah Jabatan Perhutanan Kelantan, Zahari Ibrahim.
Kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Noriah Kasnon yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi serta Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sebuyau, 5 Mei lalu.
Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan PRK Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar diadakan serentak pada 18 Jun ini, manakala hari penamaan calon ditetapkan pada 5 Jun.

Azmin nafi minta EXCO PAS letak jawatan

Azmin menjelaskan fokusnya sekarang adalah untuk mengadakan perbincangan dengan parti-parti pembangkang berhubung PRK pada 18 Jun nanti.
azmin-sungai-besar-1
SHAH ALAM: Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini menafikan pernah memberi kata dua kepada tiga EXCO PAS Selangor untuk meletak jawatan pada Isnin depan, jika parti Islam itu berkeras mahu bertanding di PRK Sungai Besar.
Sebaliknya, beliau menjelaskan fokusnya sekarang adalah untuk mengadakan perbincangan dengan parti-parti pembangkang berhubung PRK pada 18 Jun nanti.
“Saya akan mengadakan mesyuarat dengan AMANAH hari ini. Kata dua? Tiada dan ia tidak benar. Fokus kami ialah bincang tentang kerusi itu terlebih dahulu dan itu belum selesai,” katanya yang dipetik Bernama selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Majlis Tindakan Ekonomi Selangor hari ini.
Azmin dilaporkan sebagai berkata, pihaknya sudah menjelaskan kepada PAS bahawa partinya mahu bertanding di kerusi itu kerana peluang mereka lebih cerah untuk meraih sokongan pengundi Melayu dan Cina, tidak seperti PAS atau AMANAH yang hanya cenderung kepada Melayu.
Ditanya jika wakil rakyat PAS akan dikekalkan dalam EXCO negeri itu jika parti itu tetap bertanding di Sungai Besar, Menteri Besar Selangor itu berkata: “Jangan buat sebarang kesimpulan.”
PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar akan diadakan serentak pada 18 Jun ini, dengan hari penamaan calon ditetapkan pada 5 Jun nanti.
Kedua-dua kerusi itu kosong susulan kematian penyandangnya, Datuk Noriah Kasnon dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lalu.

Azalina menipu di Parlimen untuk selamatkan 1MDB?

Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng mencadangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Sri Azalina Othman Said dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan ekoran tindakannya yang didakwa cuba memperdayakan rakyat dan Parlimen.
limlipengLip Eng berkata, hal itu berikutan Azalina sebelum ini dalam jawapannya kepada satu pertanyaan lisan menyatakan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menerima makluman daripada Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyatakan segala maklumat diberi berstatus ‘sulit bagi tujuan risikan bukan kegunaan mahkamah atau laporan awam’.
“Beliau memberitahu semua anggota PAC sudah dimaklumkan berkenaan perkara ini melalui surat Pengerusi PAC kepada Timbalan Gabenor BNM, bertarikh 6 April lalu.
“Saya mendapat tahu bahawa Pengerusi PAC tidak pernah memaklumkan anggota PAC berkenaan surat bertarikh 6 April itu atau apa-apa perkembangan terbaru selepas mesyuarat terakhir PAC berhubung siasatan syarikat 1MDB, pada 4 April lalu hingga kini,” kata Lip Eng pada sidang medianya, di lobi Parlimen, di sini, hari ini.
Katanya, jawapan Ahli Parlimen Pengerang itu bukan sahaja cuba memperdayakan rakyat dan Parlimen tetapi ia juga satu tindakan yang jelas melanggar peraturan mesyuarat, sekali gus menimbulkan kecurigaan sama ada beliau berniat untuk menutup kes 1MDB.
Justeru, Lip Eng sudah menghantar sepucuk surat bertarikh 18 Mei 2016 kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia bagi mencadangkan supaya Azalina dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

Zaid mahu Lim, Mat Sabu selamatkan pembangkang

Datuk Zaid Ibrahim merancang untuk mengadakan perbincangan berasingan dengan veteran DAP Lim Kit Siang dan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu mengenai keadaan pembangkang.
Bekas Menteri itu berkata mereka perlu bertindak cepat untuk menyelamatkan pakatan pembangkang daripada ketiadaan arah dan keliru.
Sambil mengulangi keperluan untuk DAP dan AMANAH bekerjasama, beliau berkata istilah 'Pakatan Harapan' menjadi tidak bermakna.
Zaid berkata AMANAH mesti bertanding dalam pilihan raya akan datang di Kuala Kangsar dan Sungai Besar dengan bantuan DAP.
"Sesetengah daripada PKR yang tidak terpikat dengan PAS dan yang bosan dengan persaingan lama antara (Timbalan Presiden PKR) Azmin Ali dan (Presiden) Dr Wan Azizah Wan Ismail juga boleh berganding bahu untuk membantu," katanya dalam satu catatan di blog.
Menurut Zaid, AMANAH telah membuat kesilapan untuk bertanding pilihan raya negeri Sarawak, di mana serpihan PAS itu gagal meraih sebarang kerusi.

Penyiasat AS kini tumpu hartanah Riza RM138 juta di UK

Penyiasat Amerika Syarikat (AS) dikatakan sedang menumpukan kepada hartanah mewah yang dibeli oleh anak tiri perdana menteri, Riza Aziz di tengah-tengah kota London yang berharga RM137.6 juta atau GBP23 juta, memetik laporan Wall Street Journal (WSJ).
Sebelum ini, WSJ turut melaporkan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) AS sedang meneliti pembelian dua hartanah mewah oleh Riza yang sekurang-kurangnya bernilai AS$50 juta di New York dan Los Angeles dan hubung kaitnya dengan dana 1MDB.
Hartanah London itu yang berupa kediaman empat tingkat dengan bata merah, juga dikhuatiri dibeli dengan pembiayaan menggunakan dana berpunca dari 1MDB, dakwa mereka yang biasa dengan siasatan itu kepada WSJ.
Hartanah yang berada dalam sebahagian kawasan yang dilindungi oleh pagar sekuriti itu terletak berdekatan dalam jarak pejalan kaki daripada Suruhanjaya Tinggi Malaysia di kawasan kejiranan Belgravia.
Ia dilaporkan berdaftar kepada Qentas Holdings Ltd, sebuah firma British Virgin Islands, namun Riza adalah penerima manfaat hartanah tersebut, lapor WSJ.
Hartanah di London, New York dan Beverly Hills itu dibeli dengan menggunakan dana Red Granite Capital - firma luar pesisir yang dimiliki oleh Riza, WSJ melaporkan.
Beberapa dokumen yang dilihat oleh WSJ menunjukkan Red Granite Capital menerima AS$133 juta pada Jun 2012.
Malaysiakini telah menghubungi Riza berhubung perkara itu, menerusi firma penerbit filem Hollywood Red Granite Pictures, sedang menunggu maklum balas.
Red Granite Capital sebelum ini dilaporkan menerima AS$238 juta dari Aabar Investment PJS Ltd - firma yang sama menerima AS$3.5 bilion dari 1MDB.

Hadi kata 'lebih baik jaga lembu Umno dari babi DAP'?

DAP menuntut Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjelaskan sama ada benar beliau mengeluarkan kenyataan kasar “babi DAP” terhadap mereka.
Setiausaha agungnya Lim Guan Eng berkata, jika Hadi tidak mengeluarkan kenyataan itu, beliau patut membersihkan namanya dengan menyaman akhbar yang melaporkannya.

“Jika beliau membuat kenyataan itu, ia keterlaluan, kerana perkataan itu kesat terhadap DAP dan masyarakat bukan Islam.

“Kenapa DAP terseret dalam isu ini ketika kita tidak bercadang pun untuk bertanding dalam pilihan raya kecil,” kata ketua menteri Pulau Pinang itu dalam sidang media di Dewan Undangan Negeri (DUN).



The Star melaporkan Hadi sebagai berkata lebih baik PAS “mengembala lembu Umno daripada babi DAP” dalam mesyuarat khas berkaitan pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar di rumahnya di Terengganu.

Artikel berjudul “Crisis in Selangor - PAS may be booted out by state govt” melaporkan Hadi bersedia membenarkan tiga exconya di Selangor dipecat.

Amanah belasah PAS ugut keluar kerajaan Selangor

Amanah sedia bertanding di Sungai Besar, Kuala Kangsar

'Tahniah isteri Taib, apa jadi anak-anak tidak bernegara?

Anak tiri Najib beli 'London House' guna duit 1MDB?

DAP: Adakah Teoh Beng Hock bunuh diri?

PRK KK DAN SG BESAR- PAS UMUM CALON 22 MEI

Pengerusi PAC lari elak ditanya pemberita

'Wallahu'alam Jika Geng Mahathir Ada Agenda'

PRK: Amanah Yakin Menang Sekalipun Tiga Penjuru

Mat Sabu Masih Bertegur Sapa Dengan Pimpinan Pas

Skandal 1MDB: Ahli bidas Pengerusi PAC rahsiakan surat Bank Negara


Hasan AriffinHasan Ariffin
Tindakan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) merahsiakan surat yang diterima daripada Bank Negara dan meminda laporan PAC berdasarkan maklumat yang terkandung dalam surat itu tidak disenangi anggota-anggota yang mewakili pembangkang.
Dalam satu kenyataan media hari ini, Timbalan Pengerusi PAC yang juga Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw, Ahli Parlimen Teluk Kemang Datuk Kamarul Baharin, Ahli Palimen Selayang William Leong, Ahli Parlimen Kota Bharu Datuk Takiyuddin Hassan dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua mengaku tidak diberitahu tentang surat Bank Negara Malaysia bertarikh 6 April lalu.
"Kami amat terkejut apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Azalina Othman menjawab dalam parlimen bahawa Pengerusi PAC telah menerima sepucuk surat daripada Timbalan Gabenor Bank Negara bertarikh 6 April 2016.
"Kami tidak pernah dimaklum oleh Pengerusi PAC sebelum ini mengenai surat tersebut," tegas mereka.

Menurut Azalina, surat itu dijadikan alasan oleh Pengerusi PAC Datuk Hasan Ariffin untuk meminda Laporan PAC walaupun ia telah diluluskan oleh mesyuarat PAC pada 4 April sebelumnya.
"Oleh sebab itu, ayat-ayat yang menyebut bahawa Bank Negara telah mengesahkan bahawa syarikat Good Star Limited adalah dimiliki oleh seorang individu yang tiada kaitan dengan Petrosaudi International Limited telah dipotong daripada Laporan PAC tanpa sebarang rundingan dengan ahli-ahli PAC," kenyataan media itu dipetik.

Sehubungan itu, anggota PAC pembangkang telah meminta Hasan menunjukkan surat Timbalan Gabenor Bank Negara itu kepada semua anggota PAC dalam mesyuarat semalam namun Hasan yang juga Ahli Parlimen Rompin enggan berbuat demikian.

Ketua audit: Laporan audit cukup untuk siasatan lanjut 1MDB

Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang percaya laporan audit berkaitan 1MDB yang diserahkannya kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) cukup untuk memulakan siasatan lanjut.
“Saya rasa laporan kami cukup sebagai asas untuk siasatan lanjut, kami sudah buat kerja kami.
“Langkah selanjutnya, seperti dicadangkan oleh PAC, mereka (jawatankuasa itu) mahu siasatan terhadap beberapa personaliti dalam syarikat itu.
“Biarkan polis buat kerja mereka, kami akan bantu sesiapa sahaja yang mahu siasat,” katanya dalam wawancara bersama Channel News Asia (CNA).
Ambrin bagaimanapun enggan mengulas sama ada ada beliau berpandangan dapatan audit mendedahkan unsur-unsur salah laku.

Beliau berkata kini terpulang kepada peguam negara dan negara lain yang menyiasat 1MDB memutuskan sama ada terdapat kes prima facie.

Zahid minta Ku Nan jawab kritikan Muhyiddin

Muhyiddin sebelum ini mempersoalkan tindakan UMNO yang terus menghukumnya tanpa memberi peluang kepadanya untuk membela diri.
zahid-ku-nan
GOMBAK: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi enggan mengulas kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang membidas parti itu menjatuhkan hukuman tanpa memberi surat tunjuk sebab kepadanya.
Ahmad Zahid sebaliknya menyerahkan perkara itu kepada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk menjawab segala kritikan yang dilemparkan timbalan presiden digantung itu.
“Perkara itu biar setiausaha agung (Tengku Adnan) yang jawab,” katanya ringkas pada sidang media selepas Majlis Perasmian Rapat Alumni Nusantara dan Pelancaran Jaringan Alumni Nusantara UIAM di Gombak hari ini.
Semalam, Muhyiddin membidas Tengku Adnan susulan tindakan disiplin yang dikenakan terhadapnya.
Sehingga kini katanya, beliau tidak menerima sebarang surat tunjuk sebab daripada parti berhubung salah laku beliau dan tidak pernah dimaklumkan oleh Lembaga Disiplin UMNO mengenai kesalahan yang dilakukannya.
Malah katanya, apa yang dilakukan Tengku Adnan itu jelas menunjukkan proses tuduhan pelanggaran disiplin parti terhadap beliau dibuat tanpa mengikut tatacara dan prosedur betul, sekaligus bercanggah peruntukan Fasal 20.1 Perlembagaan UMNO.
Sebelum ini, Muhyiddin antara pemimpin UMNO yang lantang mengkritik presiden parti, Datuk Seri Najib Razak.

AMANAH tegur PAS 'perjudikan' Selangor

Parti Amanah Negara (AMANAH) meminta PAS tidak menjadikan kerajaan Selangor sebagai bahan 'tebusan' jika Pakatan Harapan (HARAPAN) bertegas mahu meletakkan calon dalam dua pilihan raya kecil (PRK) akan datang.
Kata Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad, tindakan PAS mengugut untuk menarik diri daripada kerajaan negeri sebagai tidak bertaggungjawab.
Khalid yang juga anggota parlimen Shah Alam ditanya berhubung laporan PAS diberi kata dua oleh Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kerana membuat keputusan meletakkan calon di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Pada pilihan raya umum (PRU) 2013 kedua-dua kerusi itu ditandingi PAS yang ketika itu bersama PKR dan DAP membentuk Pakatan Rakyat.
PAS dilaporkan membuat keputusan meletakkan calon mereka kali ini berdasarkan peruntukan PRU lalu.
Kata Khalid AMANAH menganggap tindakan Azmin (gambar) itu "wajar dan boleh fahami".
"Ianya adalah (kerana) PAS sendiri tidak menghirau tanggangjawab kepada rakyat yang memilih (mereka) memerintah bersama Pakatan Rakyat," katanya di sidang media di parlimen hari ini.
Menurut Khalid pengundi memilih PAS dalam PRU ke-13 bukan atas kapasiti calon itu sendiri kerana ketika itu parti berkenaan masih bersama dengan Pakatan Rakyat.
Justeru kata Khalid, PAS tidak berhak menggunakan kemenangan mereka di Selangor untuk mengancam bekas rakan sekutunya bagi mencapai apa yang diingini.
"Keutamaan sepatutnya adalah rakyat.

PKR dalam dilema hadapi PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar

Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini dalam dilema antara Parti Amanah Negara (Amanah) sekutunya dalam Pakatan Harapan dan PAS yang merupakan sekutu kuatnya dalam kerajaan negeri Selangor menjelang pilihan raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar, menurut penganilisis politik.
Mereka berpendapat ibarat perbahasa Melayu diitelan mati emak diluah mati bapak, itulah dilema yang dihadapi PKR sekiranya Amanah turut bertanding kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar, Perak yang secara tradisinya ditandingi PAS.
PKR kini menganggotai pakatan pembangkang (yang dinamakan sebagai Pakatan Harapan) bersama DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah), tanpa parti PAS, sekutu kuat mereka dalam pembentukan kerajaan negeri Selangor.
Persoalannya, siapa PKR akan sokong? Adakah Amanah yang menjadi rakan mereka dalam Pakatan Harapan atau PAS, rakan mereka dalam kerajaan negeri Selangor?
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali baru-baru ini berkata pakatan pembangkang perlu bermuhasabah diri atas kekalahan teruk pada pilihan raya negeri (PRN) Sarawak pada 7 Mei lepas dan mengajak PAS kembali bersama DAP dan PKR sebagai satu pasukan.
Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR mengakui kekalahan teruk di Sarawak jelas menunjukkan rakyat negeri itu menolak pertelingkahan sesama parti.
Namun, ajakan itu jelas tidak disambut PAS. Selasa lepas, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan PAS tetap akan bertanding di kawasan Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar bulan depan sekalipun PKR turut menurunkan calonnya.
Abdul Hadi berkata Azmin juga tidak pernah menemuinya untuk berunding mengenai soal calon.
Pensyarah di Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia, Profesor Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata konflik itu dilihat menjadi ‘bonus’ kepada Barisan Nasional (BN) untuk mempertahankan dua kerusi Parlimen itu.
“Jika masing-masing (PAS dan Pakatan Harapan) masih bertegas mahu meletakkan calon untuk kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar, jelas PKR akan hadapi dilema dan BN perlu mengambil peluang ini,” katanya kepada Bernama di sini.
Kekosongan kerusi Parlimen Sungai Besar dan Parlimen Kuala Kangsar masing-masing berikutan penyandangnya Datuk Noriah Kasnon yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, pada 5 Mei.

Pecat pemberontak UMNO bukan keutamaan MT, kata Annuar Musa

Ahli Majlis Tertinggi boleh membangkitkan isu itu, tetapi keputusan akhir perlu dibuat secara sebulat suara.
annuar musa
KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa berkata penyingkiran pemberontak UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak akan menjadi keutamaan yang akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) akan datang.
Ahli MT seperti Datuk Seri Nazri Aziz dan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor merancang untuk mencadangkan kepada parti supaya memecat Muhyiddin yang juga timbalan presiden parti yang digantung serta Mukhriz kerana bekerjasama dengan pembangkang dalam usaha menggulingkan presiden Datuk Seri Najib Razak.
“Pemecatan Muhyiddin dan Mukhriz bukan perkara utama yang akan dibincangkan dalam mesyuarat itu.
“Secara peribadi, saya tidak fikir ia perkara yang mendesak walaupun kita faham ada pelanggaran disiplin parti yang ketara berlaku,” katanya kepada wartawan di lobi Parlimen, hari ini.
Mesyuarat MT akan datang dijangka diadakan sebelum bermulanya bulan Ramadan, dan menurut Annuar, walaupun mana-mana ahli MT boleh membangkitkan isu itu, keputusan akhir perlu dibuat secara sebulan suara.
Bagaimanapun, katanya beliau berpendapat tindakan Muhyiddin dan Mukhriz tidak cukup mendesak untuk dijadikan keutamaan dalam mesyuarat.
“Pada saya tidak perlu membangkitkan spekulasi seperti itu. Apa yang mereka (Muhyiddin dan Mukhriz) buat tidak memerlukan parti mengambil tindakan segera pada masa ini.

10 juta tandatangan pun Agong tiada kuasa pecat Najib

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengingatkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meskipun 10 juta tandatangan rakyat Malaysia berjaya dikumpul, namun Yang di-Pertuan Agong tetap tidak mempunyai kuasa untuk memecat Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri.
Najib Pengarah Propagandanya, Edy Noor Reduan berkata, Agong hanya mempunyai kuasa budi bicara untuk melantik perdana menteri yang pada pendapat baginda sudah mempunyai sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat.
“Tidakkah Tun Mahathir sedar, walau 10 juta tandatangan dikumpul sekali pun, Agong tetap tidak mempunyai kuasa untuk melucutkan Najib kerana ia tiada dalam Perlembagaan.
“Tetapi hanya kerana terdesak untuk sekali lagi menaikkan boneka pilihan, Tun sanggup menggunakan deklarasi menekan Agong melakukan sesuatu yang di luar bidang kuasa, seterusnya melanggar Perlembagaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Tun Mahathir berjaya mengumpulkan 1.24 juta tandatangan rakyat Malaysia yang menyokong Deklarasi Rakyat serta menuntut Najib turun dari tampuk pemerintahan.
SAMM turut mempertikaikan hala tuju Deklarasi Rakyat malah beliau menyifatkan Mahathir membawa harapan palsu kepada rakyat serta mencabul Perlembagaan demi dendamnya sendiri.
“Masih kita tidak lupa pada pertengahan Mac lalu dalam temu bual dengan wartawan Indonesia yang bertanya soal hukuman penjara ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau sebut dengan jelas kes Anwar telah ditentukan oleh Mahkamah dan kita tidak boleh berbuat apa-apa, kita tidak boleh mencabuli 'the rule of law'.
“Jika ini sifirnya, hanya demi melampiaskan dendam Mahathir maka pencabulan perlembagaan dibenarkan tetapi dalam soal keadilan seorang banduan politik, beliau kata kita perlu ikut 'rule of law'.
"Apakah Perlembagaan negara ditentukan Tun, 'rule of law' mengikut keperluan Tun?” katanya.
Tegasnya, SAMM, memilih perubahan sistem dan ia tidak akan berlaku dengan hanya menyingkirkan Najib melainkan, Umno-BN dibuang sekali.

Halang rakyat ke luar negara mustahil dapat elak nama negara buruk

Tindakan Putrajaya menghalang rakyat ke luar negara mustahil dapat mengelak daripada nama negara yang sudah buruk pada zaman teknologi ini, kata pakar undang-undang.
Tidak menafikan kerajaan mempunyai bidang kuasa untuk menghalang rakyat dari ke luar negara, seorang pakar perlembagaan Profesor Aziz Bari menyifatkan tindakan tersebut hanya menyebabkan Malaysia kembali ke ‘zaman batu’.
“Itu memang hak kerajaan untuk menghalang rakyat ke luar negara, tapi kalau Malaysia nak menjadi ‘pariah’ boleh teruskan.
“Kalau tindakan ini diteruskan, maknanya Malaysia ini sudah kembali ke zaman batu,” kata beliau kepada The Malaysian Mirror.
Aziz berkata pada zaman teknologi dimana pelbagai sumber maklumat mudah diperoleh, mustahil kerajaan dapat memastikan daripada orang luar mengetahui keburukkan sesebuah negara.
“Sekarang ini zaman teknologi dimana semua maklumat senang diperoleh.
“Orang luar apabila membaca tentang Malaysia mereka sendiri sudah boleh mengetahui keburukkan negara itu,” katanya.
Aziz mempersoalkan alasan Putrajaya yang mengatakan langkah sedemikian bertujuan untuk mengelak nama negara buruk, walhal banyak pemimpin dunia lain juga dikritik oleh rakyat sendiri dan memburukkan mereka.
“Apa salahnya burukkan kerajaan, orang burukkan Obama, orang burukkan David Cameroon, tapi kerajaan mereka tidak halang rakyat untuk ke luar negara. Jadi apa masalahnya dengan memburukkan kerajaan?” soal beliau.

Laporan 1MDB: Pua pertikai Hasan berhubung hak tukar status

Anggota Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Tong Pua hari ini mempertikaikan kenyataan pengerusi jawatankuasa tersebut, Datuk Hasan Arifin berhubung hak penukar status Laporan Audit 1MDB.
Menurut Pua, Ketua Audit Negara hanya meminta laporan tersebut dirahsiakan secara rasmi sehingga ia dibentangkan dan ia turut diakui oleh Hasan.
Sehubungan itu, anggota parlimen Petaling Jaya Utara itu berpendapat bahawa kuasa untuk membentangkan laporan audit 1MDB itu terletak di tangan PAC.
"Beliau (Hasan) hanya menulis surat kepada pihak eksekutif untuk bertanya sama ada mereka akan deklasifikasikan laporan tersebut.
"Kami berpendapat bahawa kuasa untuk membentangkan Laporan Ketua Audit Negara terletak dengan PAC kerana laporan PAC pun kami memetik maklumat-maklumat secara langsung daripada Laporan Audit.
"Kami juga berpendapat bahawa tiada sebarang maklumat yang terkandung dalam Laporan Ketua Audit mempunyai unsur yang akan menjejaskan keselamatan negara yang perlu dirahsiakan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Pejabat MB Selangor, pemimpin PKR nafi kata dua pada PAS

Pejabat Menteri Besar Selangor menafikan laporan mendakwa MB Datuk Seri Azmin Ali beri kata dua kepada PAS, tidak bertanding di Sungai Besar atau letak jawatan exco.
azminPETALING JAYA: Pejabat Menteri Besar Selangor dan pemimpin PKR menolak laporan berita menyatakan Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali mengeluarkan kata dua kepada PAS untuk tidak bertanding di PRK Sungai Besar.
Dalam laporan di Malay mail Online, sumber di Pejabat MB berkata Azmin juga konsisten dalam menyokong hubungan membina dengan PAS.
Exco PKR Elizabeth Wong dan Naib Presiden PKR Tian Chua juga menolak laporan itu.
Tian Chua berkata PKR masih dalam perbincangan dengan PAS berhubung siapa yang akan mengambil kerusi itu.
Terdahulu hari ini, The Star Online melaporkan Azmin memberitahu tiga exco PAS Selangor mereka perlu meletak jawatan pada Isnin ini jika PAS masih berdegil dengan keputusan mereka untuk bertanding di PRK Sungai Besar.
Azmin yang juga timbalan presiden PKR berkata pihaknya sudah menjelaskan kepada PAS bahawa partinya mahu kerusi itu kerana peluang mereka lebih cerah untuk mendapatkan sokongan pengundi Melayu dan Cina, tidak seperti PAS atau AMANAH yang hanya cenderung kepada Melayu.
Bagaimanapun, The Star Online berkata menurut sumber PAS Selangor, parti Islam itu berpegang kepada keputusannya untuk bertanding di Sungai Besar.
PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar dijadualkan dijalankan serentak pada 18 Jun, susulan kematian penyandangnya, Datuk Noriah Kasnon dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, awal bulan ini.

Husam berharap dapat reaksi menerusi dialog

Apa Dr M ni... pendirian berubah setiap hari, kata Hishammuddin

Calon dah ada, tunggu keputusan Najib - Annuar Musa

Tidak perlu bincang segera disiplin 'Team B', kata Annuar

Usah buat andaian 'ugutan' Azmin, kata Takiyuddin

#Terjah: Malaysia #DarulKondo

Sokong Deklarasi Rakyat langkah taktikal, bukan sokong Tun M

Khalid Abdul SamadKhalid Abdul Samad
Tindakan menyokong Deklarasi Rakyat yang diketuai bekas Perdana Menteri Tun Dr Mohamad adalah sebahagian daripada langkah taktikal bagi tujuan mencapai reformasi sistem pentadbiran negara yang lebih besar seperti diperjuangkan parti pembangkang selama ini.
Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah) Khalid Abdul Samad berkata, penglibatan sebahagian pemimpin pembangkang khususnya dari Amanah adalah dengan matlamat yang jelas dan bukan bermaksud menyokong agenda Tun Mahathir semata-mata.
"Kedudukan Tun M bagi mengepalai Deklarasi Rakyat ini adalah perlu untuk menentukan ianya menarik perhatian rakyat umum selain daripada yang sudah bersama pembangkang, khususnya Pakatan Harapan.
"Ianya merupakan tindakan taktikal dan tidak bererti kami menerima beliau sebagai pemimpin. Keberkesanan taktik ini terbukti dengan adanya sejumlah 1.27 juta tandatangan terkumpul setakat ini," katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.
Penjelasan itu dibuat beliau sebagai reaksi Amanah terhadap 'warkah dari penjara' oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang melahirkan kebimbangan terhadap penglibatan pemimpin pembangkang bersama Tun Mahathir dalam Deklarasi Rakyat.
Amanah, kata Khalid menghormati pandangan dan nasihat yang diberikan Anwar dan sentiasa berwaspada terhadap agenda semua pihak, termasuk agenda Tun M yang diakui berbeza dengan agenda parti itu.

Husam dakwa ADUN BN usahakan SD jatuhkan MB Kelantan

Bekas naib presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, wujud gerakan untuk menjatuhkan menteri besar Kelantan.
Malah, Husam dalam dialog sulungnya malam tadi mendedahkan ADUN BN Kelantan telah bersetuju untuk membuat akuan bersumpah (SD) bagi tujuan tersebut.
Bagaimanapun, Husam berkata ADUN BN terbabit menyerahkan kuasa untuk melantik siapa pengganti Ahmad Yaakob kepada pihak yang mengetuai gerakan itu.
"Dalam dua tiga bulan lepas, ADUN BN bersetuju untuk akuan bersumpah untuk turunkan Datuk Ahmad Yakob (menteri besar Kelantan) dengan disokong oleh ADUN (PAS) yang punyai hubungan dengan saya, tapi dia hanya nak turunkan MB, siapa akan jadi MB dia serah kepada yang mengetuai gerakan tersebut.
"Tetapi ini akan ada ADUN BN yang nafikan," kata Husam.
Husam berkata demikian dalam program Dialog bersama Husam Musa dengan tajuk 'Mara kehadapan' di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCH), Kuala Lumpur malam tadi.
Mengulas lanjut, Husam berkata ADUN terbabit telah berjumpa dan berbincang dengan beliau mengenai perkara itu.
Namun, tegas Husam beliau tidak akan bertindak sedemikian.
"ADUN berkenaan ada bincang dengan saya. Dia nak tunjuk akuan bersumpah itu kepada saya tetapi secara prinsipnya saya tolak.
"Jadi (sekarang) Datuk Ahmad Yakob masih terus jadi menteri besar. Jangan bimbang. Kalau nak suruh usul undi tidak percaya tidak payah, kita tidak akan buat," kata Husam.
Ini kerana, ADUN Salor berpandangan rakyat Kelantan akan marah dengan tindakan tersebut yang berkemungkinan besar akan mencetuskan krisis politik yang sama seperti 1977 sebelum ini.
"Saya tidak mahu ulang krisis tersebut, saya tidak mahu orang lain ambil kesempatan daripada apa yang kita alami pada hari ini," ujar Husam.
Malah, Husam berkata sekiranya rakyat Kelantan mahukan perubahan seperti mana kerajaan pimpinan bekas menteri besarnya Datuk Nik Abdul Aziz ia hanya akan berlaku pada pilihan raya akan datang.
"Kalau kita nak hidupkan (kerajaan pimpinan Nik Aziz) balik pilihan raya lepas ini kita lakukan," kata Husam.

Bekas kakitangan 1MDB sedang disiasat pindah jutaan wang kepada Tim Leissner

Pasukan pendakwa raya Amerika Syarikat ketika ini sedang menyelidik penglibatan seorang bekas kakitangan firma sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang membuat pindahan jutaan wang kepada Tim Leissner, ketika itu seorang jurubank senior Goldman Sachs Group Inc yang berpengkalan di Asia Tenggara.
Memetik laporan Bloomberg, seorang sumber berkata pindahan tersebut merupakan pelaburan dalam penubuhan sebuah syarikat dimana Leissner disokong oleh bekas kakitangan 1MDB tersebut.
Bloomberg mendedahkan Goldman Sach tidak mengetahui mengenai pindahan wang tersebut, ia bermakna sebarang perpindahan atau komunikasi mengenai perkara itu dibuat luar daripada rangkaian Goldman.
Lebih penting lagi, pendakwa juga sedang meneliti peranan Goldman Sachs memunggut lebih $6 bilion beberapa tahun lalu untuk firma kontroversi itu dan laporan Bloomberg mendedahkan pasukan tersebut meningkatkan usaha dalam penyiasatan mereka.
Bloomberg mendedahkan Leissner menerima deposit enam angka kira dari Jasmine Loo kira-kira setahun selepas bekas kakitangan 1MDB itu letak jawatan, menurut seorang individu yang mengetahui perkara.
Leissner yang membantu membina perniagaan bank pelaburan itu di Malaysia, meletak jawatan pada Februari lalu.
Leisnner meninggalkan Goldman bulan lalu selepas beliau digantung kerana didakwa melanggar dasar syarikat kewangan itu dan beliau juga disepina oleh pihak berkuasa AS.

PRK: BN parti ‘underdog’ – Zahid

BN tidak akan mendabik dada walaupun parti itu menang pada PRU lepas kerana majoritinya adalah rendah.
zahid hamidi
GOMBAK: BN akan turun sebagai parti ‘underdog’ pada PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar walaupun berjaya menawan kerusi tersebut pada pilihan raya umum lepas.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ini kerana majoriti yang dimenangi BN pada PRU13 tidak begitu selesa untuk parti itu mendabik dada bagi mengekalkan kemenangan.
“Kita akan bergerak sebagai parti underdog walaupun kita menang (pada PRU lepas) kerana kemenangan majoriti di Sungai Besar hanya 399 undi dan di Kuala Kangsar hanya 1,082 undi.
“Sehubungan itu saya mengingatkan diri saya dan seluruh jentera BN supaya melipatgandakan usaha, bekerja keras dan bukannya hanya melakukan kempen biasa,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Perasmian Rapat Alumni Nusantara dan Pelancaran Jaringan Alumni Nusantara UIAM di Gombak hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas gesaan Tun Dr Mahathir Mohamad supaya rakyat tidak mengundi BN pada PRK tersebut.
Zahid yang juga timbalan pengerusi BN berkata, parti itu perlu menggunakan pendekatan menarik sokongan muda dan undi Melayu.

Letak jawatan exco jika PAS degil bertanding di Sungai Besar

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali berkata PKR ada peluang lebih cerah untuk menang PRK Sungai Besar kerana boleh raih undi Melayu dan Cina.
azmin-sungai-besar-1
PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali berkata exco PAS dalam kerajaan negeri perlu meletakkan jawatan Isnin depan jika parti Islam itu tetap berkeras dengan keputusan untuk bertanding di PRK Sungai Besar.
Azmin yang juga timbalan presiden PKR berkata pihaknya sudah menjelaskan kepada PAS bahawa partinya mahu kerusi itu kerana peluang mereka lebih cerah untuk mendapatkan sokongan pengundi Melayu dan Cina, tidak seperti PAS atau AMANAH yang hanya cenderung kepada Melayu.
Bagaimanapun, The Star Online berkata menurut sumber PAS Selangor, parti Islam itu berpegang kepada keputusannya untuk bertanding di Sungai Besar.
Perkara itu diputuskan kepimpinan tertinggi PAS pada mesyuarat tergempar di rumah presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Terengganu lewat tengah malam semalam.
“Presiden kami berpegang kepada keputusan jawatankuasa pusat untuk bertanding dalam PRK itu,” kata akhbar harian berkenaan memetik sumber PAS Selangor berkenaan.
Hadi juga mengarahkan tiga exco iaitu Iskandar Samad, Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib tidak meletakkan jawatan tetapi sebaliknya bersedia untuk disingkirkan daripada kerajaan Selangor.
Dalam rundingan dengan PAS berhubung PRK Sungai Besar, Azmin dikatakan memberi jaminannya beliau akan bercakap kepada parti komponen lain dalam Pakatan Harapan iaitu DAP dan AMANAH, untuk tidak bertanding di PRK Kuala Kangsar bagi membolehkan PAS bertemu satu lawan satu dengan BN.
Azmin juga menjanjikan kerusi Parlimen Sabak Bernam akan diberi kepada PAS dalam pilihan raya umum akan datang, selepas partinya tewas di situ pada 2013.
PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar dijadualkan dijalankan serentak pada 15 Jun, susulan kematian penyandangnya, Datuk Noriah Kasnon dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, awal bulan ini.

PAS: Tiada rundingan dengan PKR untuk Sg Besar

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata, tiada sebarang rundingan kerusi antara parti itu bersama PKR untuk berdepan pilihan raya kecil di Sungai Besar.
"Tidak pernah ada rundingan (bersama PKR). Jika ada rundingan, tentulah kita tahu.
"Setakat ini kita tidak menerima apa-apa pengesahan mengenai hal itu. Kita mengetahui melalui viral di aplikasi Whatsapp, maka tidak ada pengesahan dari pihak PAS.
"Jika betul ada, biar presiden PAS yang beri pandangan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Parlimen hari ini.
Ditanya sekali lagi sekiranya terdapat rundingan bersama PKR, anggota parlimen Kota Bharu menegaskan tiada rundingan rasmi antara parti Islam itu bersama PKR.
"Rundingan tak pernah ada, tapi kalau perjumpaan saya tidak tahu. Tetapi tidak ada rundingan secara rasmi antara PAS dan PKR," ujarnya.

Tak terima surat, SMS kena pecat, kata Husam Musa

Give up Sg Besar seat or resign from S’gor gov’t, PAS told

Selangor Menteri Besar Azmin Ali says PKR has a better chance of winning in the Sungai Besar by-election as they can garner both Malay and Chinese votes unlike PAS or Amanah.
azmin-sungai-besar-1
PETALING JAYA: Selangor Menteri Besar Azmin Ali says PAS executive councillors (exco) in the state will have to resign by Monday if their party pushes ahead with their decision to contest in the Sungar Besar by-election.
Azmin, who is also deputy president of PKR made it clear to them that his party wants the seat for themselves as they stand a better chance of gaining the support of Malay and Chinese voters unlike either PAS or Parti Amanah Negara (Amanah) who would appeal only to the Malays.
However, The Star Online said that according to a Selangor PAS source, the Islamist party is standing by their decision to contest in Sungai Besar.
This was decided by PAS’s top leadership during an emergency meeting at the home of its president Hadi Awang in Terengganu late last night.
“Our president is standing by the central committee’s decision to contest the by-elections,” the English daily reported the Selangor PAS source as saying.
Hadi also instructed the three excos namely Iskandar Samad, Ahmad Yunus Hairi and Zaidy Abdul Talib not to resign but to be prepared to be expelled from the Selangor Government instead.
He was alleged to have said that PAS “would rather herd the cows of Umno than herd the pigs of DAP.”

Krisis Di Selangor: Exco PAS Mungkin Dipecat

PETALING JAYA: Ahli Exco Selangor dari PAS diminta meletak jawatan pada Isnin jika parti itu masih tetap dengan pendirian untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Sungai Besar.
Kata dua itu dilaungkan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang mahu PKR bertanding di kerusi tersebut.
Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR menujukan kata dua itu kepada Datuk Iskandar Samad yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor dan beberapa exco PAS yang lain iaitu Datuk Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib selepas mesyuarat Exco di sini Rabu.
Namun, sumber PAS Selangor berkata kepimpinan tertinggi parti memutuskan untuk terus bertanding selepas mengadakan mesyuarat dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang di kediamannya di Rusila, Terengganu.
Tiga ahli exco Selangor dan beberapa pemimpin parti itu telah berlepas ke Terengganu pada Rabu untuk mengadakan mesyuarat tergempar.
"Presiden kami tetap dengan keputusan jawatankuasa pusat untuk bertanding pada pilihan raya kecil itu," kata sumber PAS Selangor.
Hadi yang juga Presiden PAS mengarahkan ketiga-tiga ahli exco itu supaya tidak meletak jawatan.
Beliau berkata parti itu bersedia untuk digugurkan daripada kerajaan negeri.
Semasa mesyuarat dengan ahli exco PAS, Azmin berkata PKR mempunyai peluang cerah untuk menentang Umno di Sungai Besar.

Kematian Teoh Beng Hock tiada unsur jenayah - Jab Peguam Negara

Jabatan Peguam Negara mengesahkan selepas membuat penelitian dan mengkaji kertas siasatan lanjut dan Laporan Siasatan Khas terhadap kematian mendiang.
nancy-shukriPETALING JAYA: Jabatan Peguam Negara mengesahkan tiada kesalahan jenayah yang dilakukan mana-mana pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kematian Teoh Beng Hock.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri berkata ia disahkan selepas Jabatan Peguam Negara membuat penelitian dan mengkaji kertas siasatan lanjut dan Laporan Siasatan Khas terhadap kematian mendiang.
“Jabatan Peguam Negara, setelah meneliti dan mengkaji kertas siasatan lanjut dan Laporan Pasukan Siasatan Khas terhadap kematian Teoh Beng Hock, mendapati tiada kesalahan jenayah dilakukan mana-mana pegawai SPRM berhubung kematian mendiang Teoh Beng Hock,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini.
Nancy berkata demikian bagi menjawab soalan lisan Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching yang meminta kerajaan menyatakan apakah keputusan peguam negara selepas meneliti kertas siasatan lanjutan oleh pasukan khas PDRM terhadap kematian Beng Hock.
Sebelum ini, Nie Ching menyelar tindakan SPRM yang menaikkan pangkat seorang pegawai yang dikaitkan dalam kes kematian Beng Hock.
Hishamuddin Hashim dinaikkan pangkat sebagai pengarah bahagian risikan SPRM. Beliau sebelum ini bertugas sebagai pengarah SPRM Sabah.
Beng Hock ditemui meninggal dunia pada Julai 2009 selepas jatuh dari tingkat sembilan bangunan SPRM Selangor, tempat mendiang ditahan semalaman untuk soal siasat.
Hishamuddin ketika itu bertugas sebagai pengarah SPRM Selangor.
Namanya bersama dua anggota SPRM lain, disebut dalam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung kematian Beng Hock.

PM perjelas sebab 1MDB tidak bayar faedah AS$50.3 juta

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak berkata, 1MDB mempunyai dana tunai mencukupi untuk melunaskan bayaran faedah AS$50.3 juta untuk bon Langat bernilai AS$1.75 bilion.
Bagaimanapun, beliau yang juga menteri kewangan berkata, 1MDB tidak membayar faedah itu ekoran pertikaian dengan International Petroleum Investment Company (IPIC).
"1MDB mempunyai dana sejumlah RM2.3 bilion dan mampu membayar semula faedah AS$50.3 juta.
"Bagaimanapun, 1MDB tidak berbuat demikian kerana pertikaian dengan IPIC," ujar beliau dalam jawapan parlimen bertulis dalam kapasitinya sebagai menteri kewangan.
"Untuk makluman dewan, IPIC telahpun membuat bayaran faedah di bawah peruntukan jaminan IPIC," tambahnya.
Najib memberi maklum balas sedemikian bagi menjawab soalan yang dikemukakan oleh ahli parlimen Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz dari DAP.
Mohd Ariff bertanya mengenai jumlah hutang yang melibatkan IPIC.
"Apakah sebab 1MDB tidak membayar semua faedah hutang AS$50 juta?" tanya Ariff.

Kerajaan tidak ada kuasa ambil tindakan terhadap pengerusi PAC

Eksekutif tidak ada bidang kuasa untuk menentukan kedudukan pengerusi PAC.
azalina-hasan-ariffin
PETALING JAYA: Kerajaan tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan terhadap Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Hasan Arifin berhubung tindakannya memotong dua baris penting dalam laporan berkaitan 1MDB.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata PAC adalah sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan mengikut peraturan 77(1) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.
“Justeru itu, bukan bidang kuasa eksekutif untuk menentukan kedudukan pengerusi PAC dalam perkara ini,” katanya dalam satu jawapan bertulis, hari ini.
Ahli Parlimen Pengerang itu berkata demikian sebagai menjawab soalan Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang yang mempersoalkan adakah tindakan akan diambil terhadap Hasan.
Dua baris penting yang dipotong dalam laporan berkaitan 1MDB itu ialah mengenai kebimbangan Bank Negara Malaysia (BNM)) bahawa Good Start Limited dimiliki oleh individu dan tidak ada kaitan dengan kumpulan Petro Saudi.
Semalam, Hasan menyatakan keputusan untuk mengubah status Laporan Audit 1MDB yang kini diklasifikasikan sebagai dokumen rahsia rasmi itu hanya akan ditentukan oleh Kabinet dan bukan jawatankuasa tersebut.
Katanya, ia terpulang kepada Kabinet untuk memutuskan sama ada mahu membatalkan status laporan tersebut sebagai dokumen rahsia rasmi yang tertakluk di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA) atau tidak.

Husam mahu ‘takluk’ Kelantan

Husam tidak menolak kemungkinan untuk kembali kepada PAS, memandangkan beliau masih ada 20 hari untuk mengemukakan rayuan.
husam 1
KUALA LUMPUR: Bekas pemimpin PAS, Datuk Husam Musa membayangkan beliau mungkin mencari strategi untuk “menakluk” Kelantan.
Bekas Naib Presiden PAS itu berkata, beliau sedang menanti tempoh “idah” bersama parti Islam itu tamat sebelum mengkaji perkara berkaitan parti dan membuat persiapan untuk mengumumkan langkah beliau dalam tempoh “tiga atau empat bulan” lagi.
“Untuk kata saya bersendirian tidak betul. Ada ADUN (Kelantan) bersama saya. Tapi tak boleh beritahulah.
“Saya telah kenal pasti 25 DUN daripada PAS dan UMNO yang boleh dimenangi,” katanya beberapa kali dalam Dialog Bersama Husam yang berlangsung selama tiga jam semalam.
Kelantan mempunyai 45 DUN dengan 31 daripadanya dikuasai PAS, 12 DUN dimenangi BN, PKR sebuah kerusi dan DUN Salor yang disandang Husam.
Husam yang lantang mengkritik presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan kerajaan PAS Kelantan, dipecat parti Islam itu berkuat kuasa 23 April lalu kerana didapati melanggar Fasal 82(1)(b), (c),(d),(e) dan (f) Perlembagaan PAS.
Ketika diasak dengan pelbagai soalan daripada hadirin mengenai masa depannya dan desakan menyertai AMANAH atau PKR untuk memimpin Pakatan Harapan di Kelantan, Husam bagaimanapun memilih untuk mendiamkan diri.
“Maaf kalau saya lambat (buat keputusan). Saya betul nak tahu bagaimana persiapan. Saya akan ambil masa dua bulan menziarahi kawan dan sukarelawan dan jentera yang saya boleh pilih. Saya tak ada sumber kewangan, bagaimana nak jalan?

'Memang la, Anwar pun dendam kat saya...' - Dr Mahathir


Anwar, Mahathir

ALOR SETAR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui tidak mustahil masih wujud perasaan dendam antara dirinya dengan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mereka bersama menerajui negara.
Bagaimana pun, katanya, tuduhan Anwar mendakwa beliau menggunakan pentas Deklarasi Rakyat sebagai membalas dendam adalah tidak tepat.
“Memang la, dia (Anwar) pun dendam pada saya. Sama-sama berdendam,” katanya, ketika ditemui, selepas hadir pada majlis perasmian Dewan Centennial Sultan Abdul Halim, di Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH) disempurnakan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah yang juga Tunku Temenggong Kedah, Tan Sri Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah.
Hadir sama, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.
Bagaimana pun, Mahathir enggan mengulas lanjut berhubung surat berjudul ‘Warkah dari penjara’ oleh Anwar yang ditujukan kepada pemimpin PKR menyentuh penglibatan pemimpin PKR dalam Deklarasi Rakyat, diketuai Mahathir.
Dalam pada itu, Mahathir menafikan dakwaan perpecahan kalangan parti-parti pembangkang dalam Pakatan Harapan berpunca daripada Deklarasi Rakyat, sebaliknya menyifatkan parti pembangkang sememangnya tidak pernah bersatu.
Menurutnya, sejak dahulu lagi parti pembangkang tidak bersatu menyebabkan BN beroleh manfaat daripada situasi itu.