Selasa, 17 Mei 2016

Inilah bala dari pemerintah yg tidak amanah dan tidak bertanggungjawab....

KENAPA tak pinjam semua sekali, kan bagus.. Alang2 boleh biayai perbelanjaan pembangunan negara yang memberikan kesejahteraan kepada rakyat serta menyokong pertumbuhan ekonomi negara. tak gituuuu..

Itulah sebabnya mengapa pencarum2 KWSP tak bole kluarkan kesemua simpanan yg ada. ATAS ALASAN MEREKA utk simpanan hari tua..

Kalau lah boleh dikeluarkan kesemuanya ikut suka kita jer, alamatnya di mana kerajaan penyamun tu nak cekau duit rompak duit rakyat !!!

NAMPAK TAK !!!

Bayangkan jika negara bangkrap, tiba2 wang caruman KWSP tidak dapat dikeluarkan sepenuhnya..

APA LAGI KORANG NAK !!!

HAPUS Subsidi Tepung.. sudah
HAPUS Subsidi Beras.. sudah
HAPUS Subsidi Minyak.. sudah
HAPUS Subsidi Gula.. sudah
HAPUS Subsidi Elektrik.. sudah

Kenakan GST terhadap rakyat.. sudah
Berjaya kutip GST LEBIH RM30 BILION.. sudah..
... ITU PON MASIH TAK CUKUP2 LAGI KA !!!

JANJI NEGARA AMAN, Rakyat WAJIB BERSYUKUR di bawah pemerintahan Najib Razak..

TV UK siar dakwaan rasuah Najib


Apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diraikan pada persidangan pelaburan berprestij di Sekretariat Komanwel di London, penyiar UK, Channel 4 mempersoalkan kehadiran pemimpin yang dikaitkan dengan sekurang-kurangnya tujuh siasatan antarabangsa berkaitan rasuah.
Najib menyampaikan ucaptama di Pameran Pelabur Malaysia-UK yang dianjurkan bersama oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia dan Majlis Perusahaan dan Pelaburan Komanwel.
Segmen berita Channel 4, yang mana wartawannya dihalang menemubual Najib semasa pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini selepas bertanya mengenai 1MDB, mengulangi dakwaan rasuah terhadap Najib dan mempersoalkan mengapa perdana menteri Malaysia itu perlu menjadi hos di bangunan Komanwel.
Menurut segmen berita itu, Channel 4 juga tidak dibenarkan masuk ke persidangan pelaburan itu walaupun membuat permintaan berulang kali kepada pihak penganjur.
Pada awal Mei lalu, seorang wartawan Channel 4 dan jurukameranya dihalang daripada membuat liputan terhadap Najib selepas pilihan raya Sarawak apabila mereka cuba untuk menanya Najib tentang jutaan ringgit dalam akaun peribadinya.
Tetapi pegawai-pegawai UK yang bercakap kepada wartawan Channel 4 seolah-olah bimbang dengan tuduhan terhadap Najib, dengan mengatakan bahawa hubungan yang sah dengan Malaysia perlu terus berjalan.
Mereka menegaskan siasatan rasuah ke atas 1MDB dan wang dalam akaun peribadi perdana menteri tidak menunjukkan ada kaitan dengan sebarang kesalahan.
Cubaan Channel 4 untuk menyoal Najib lebih lanjut juga gagal apabila perdana menteri berdiam diri ketika penyiar itu bertemu beliau di luar hotelnya.

‘Husam, sila manfaatkan suhu panas pemecatan tarik sokongan pada PH’

Seminggu selepas Husam Musa dipecat Pas tidak sama dengan 20 hari pasca Anwar Ibrahim dipecat daripada Umno pada September 1998 dahulu.
'Husam, sila manfaatkan suhu panas pemecatan tarik sokongan pada PH'Husam dipecat pada 6 Mei lalu. Dalam seminggu beliau hanya dilaporkan media membuat dua pertemuan dengan para penyokong. Satu berucap pada Mesyuarat Agung Pas Kubang Kerian pada 7 Mei dan sekali lagi pada 13 Mei dalam majlis makan malam Selamatkan Malaysia anjuran Amanah Pasir Puteh.
Biarpun kes Husam dan Anwar hampir sama dan ketokohan beliau dalam Pas hampir menyerupai Anwar dalam Umno tetapi langkah Husam tidak sederas Anwar. Husam memilih untuk berhati-hati. Sebaliknya Anwar amat cemerlang memanfaatkan ‘suhu panas’ pemecatannya.
Siri jelajah reformasi
Sebaik sahaja dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan dilucutkan keahlian Umno pada 2 September, Anwar melancarkan gerakan reformasi. Beliau menganjurkan ceramah di rumahnya di Bukit Damansara.
Pada 5 September, Anwar ke kawasan parlimennya di Permatang Pauh dan mengumumkan perisytiharan Permatang Pauh untuk merobah sistem politik negara yang dibelenggu kronisme dan nepotisme. Pulang semula ke Kuala Lumpur selepas 8 September, beliau memulakan siri jelajah ke seluruh negara.
Anwar singgah di pekan dan bandar besar seperti Kuala Selangor, Seremban, Johor Baharu, Kuantan, Kuala Terengganu, Kota Bharu dan kembali semula ke Kuala Lumpur pada 19 September. Siri ceramah kebangkitan itu diteruskan dengan demonstrasi di Masjid Negara dan seterusnya perhimpunan 100,000 rakyat di Dataran Merdeka pada 20 September 1998.
Walaupun Anwar ditahan ISA namun kebangkitan tiga minggu itu mampu menyedarkan rakyat dan melorongkan sokongan kepada Parti Keadilan Nasional yang kemudiannya membuat kejutan memenangi beberapa kerusi pada PRU 1999.
Surat rasmi pemecatan
Sewajarnya Husam mencontohi gerakan Anwar. Alasan belum menerima surat rasmi pemecatan daripada Pas tidak boleh diterima. Anwar pun tidak menunggu Mahathir menyerahkan surat pemecatan kepadanya. Pengumuman rasmi di media sudah memadai.
Suhu panas pemecatan amat penting untuk menjayakan siri jelajah. Ramai ahli Umno menolak menyokong rejim Mahathir apabila Anwar menerangkan sebab sebenar beliau dipecat.
Husam wajar menggunakan kesempatan dalam sebulan ini untuk menerangkan kepada ahli Pas bahawa beliau dipecat tanpa dinyatakan kesalahan dan dipanggil membela diri.

Pemimpin pembangkang waspada agenda Mahathir, kata Wan Azizah


Datuk Seri Wan Azizah Wan IsmailDatuk Seri Wan Azizah Wan IsmailPresiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengingatkan pemimpin parti pembangkang supaya berwaspada dengan agenda Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Berwasapadalah, itu sahaja," katanya ringkas kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.
Beliau mengulas isi kandungan surat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meminta pimpinan parti berwaspada terhadap agenda yang dibawa bekas perdana menteri berkenaan dalam Deklarasinya.
Wan Azizah bagaimanapun menyifatkan surat suaminya itu sebagai isu dalaman parti.
"That is an internal matter," (Itu hal dalaman) katanya.
Ketua Whip Parlimen PKR Datuk Johari Abdul pula berkata pendirian PKR adalah jelas bahawa parti itu tidak menyokong Deklarasi Mahathir.
"Tetapi terpulang kepada mana-mana individu sama ada untuk menyokong Deklarasi yang diterajui Dr Mahathir atau tidak.
"Dia (Anwar) kata kalau deklarasi ini membawa agenda reformasi ok, tetapi kalau tak ada (agenda reformasi) kena tambah supaya agenda reformasi sebenar tidak dibelakangkan," katanya.
Semalam sebuah portal media melaporkan Anwar menulis sepucuk surat kepada pimpinan PKR yang mendakwa Deklarasi yang diterajui Dr Mahathir sebagai tidak sempurna dan lari dari agenda reformasi sebenar.

Pemuda PAS Selangor usaha cipta kejutan PRK Sg Besar

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor ingin menegaskan kepada semua pihak bahawa kami sentiasa bersedia dalam memimpin jentera pemuda PAS Negeri Selangor untuk menghadapi Pilihan raya Kecil (PRK) P.093 Sungai Besar yang akan diadakan dalam bulan Ramadhan nanti.

Pemuda PAS Selangor akan terus menunjukkan komitmen yang tinggi dalam usaha untuk membantu membuat kejutan bagi memenangi kerusi P.093 Sungai Besar.

Dalam PRK P.093 akan datang ini, Pemuda PAS Selangor telah mengadakan mesyuarat khas dan menyediakan perancangan yang terbaik serta akan melancarkan jentera di Sungai Besar dalam tempoh yang terdekat. Melibatkan pimpinan  dan keahlian dari 22 Pemuda PAS kawasan, kami yakin akan dapat menggempur PRK kali ini dengan semangat juang yang tinggi untuk menjulang Islam sebagai tunjang perjuangan PAS.

Mahathir umpama 'bapa bunuh anak sendiri' - Ahmad Shabery


Kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menggesa rakyat menolak calon Barisan Nasional (BN) pada dua pilihan raya kecil bulan depan umpama seorang bapa yang sanggup membunuh anak yang dibesarkannya, kata Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu berkata bekas perdana menteri itu kini sanggup melibatkan rakyat pula untuk menolak BN setelah perjuangannya dilihat tidak mendapat sambutan daripada pemimpin pembangkang
"Saya lihat pembangkang pun tidak mahu berkawan dengan dia dan pihak kerajaan dari BN pun kecewa dengan beliau.
"Beliau (Dr Mahathir) dilihat sebagai keseorangan sekarang ini sehingga sanggup membunuh anak (BN) yang dilahir dan dibesarkan serta menyeru orang 'membunuh anaknya sendiri"," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.
Dr Mahathir dalam satu majlis di Stadium Melawati, Selangor baru-baru ini dilaporkan meminta rakyat menolak calon BN pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar, Selangor dan Parlimen Kuala Kangsar, Perak pada 18 Jun ini.
Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata Dr Mahathir telah menunjukkan ketidakikhlasan beliau.
"Kami sebelum ini menghormati beliau sebagai seorang pemimpin negara ini selama 22 tahun, kini beliau menyatakan beliau mahu BN kalah dalam dua pilihan raya kecil ini. Ini jelas menunjukkan ketidakikhlasan beliau," katanya.

GELABAH....DERMA NAJIB..!!!

Lihat Nazri mula gelabah beruk bila Putera Sultan Abdulaziz yang merupakan anak Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud nak menjawab soalan wartawan mengenai isu derma Najib.

Cuba perhatikan di awal video pada minit [0:13] ketika Salman mengambil mikrofon dan Nazri juga sedang menghulurkan tangannya untuk mengambil mikrofon yang sama. INGAT !!.. soalan itu ditujukan kepada Salman BUKANNYA NAZRI..

Kemudian Salman berkata kepada Nazri - "That's OK." seolah2 mahu menyakinkan Nazri yang beliau mampu jawab soalan itu. KIH!! KIH!! KIH!!..

SELAPAS ITU.. Lihatlah gelagat Nazri ... hahahaha .... Siap raba2 talileher macam reaksi spontan orang yang kepanasan ...

Ayat pertama yang dijawab oleh Salman sebelum mikrofon diambil alih oleh Nazri adalah..

"I really have no background on this issue. I'm not saying just to brush you off but we really have no background on this issue. This is an internal issue with Malaysia and I am sure, you guys will work it out"

Maksudnya apa ?.. Salman sebagai ahli kabinet kerajaan Arab Saudi berkata yang dia/mereka tidak tahu apa2 mengenai isu derma ini !!.. Beliau bukan tak nak jawab tapi memang dia tidak tahu apa2 !!.. Isu derma ini adalah satu isu dalaman Malaysia, dia tak nak masuk campur dan berharap rakyat Malaysia mampu selesaikannya.

http://www.kinitv.com/video/33662O74

Hanya Di Malaysia.....!!!

MENGAPA HANYA KERAjaan Malaysia saja bermati-matian cuba menutup isu/ skandal #1MDB dgn mengatakan ia FITNAH sedangkan 8 buah negara lain termasuk SWITZERLAND, SINGAPORE, HONG KONG, AMERIKA SYARIKAT, UNITED KINGDOM, AUSTRALIA, LUXEMBOURG & SCOTLAND sedang sibuk giat buat siasatan terhadap skandal berkaitan 1MDB ??

Antaranya di S'pore telah ambil tindakan spt pembekuan asset DAN dakwaan 2 org yg terlibat sedang dijalankan skrg malah YANG TERKINI pula pihak S'pore telah mendakwa SRC International pun terlibat sama dlm siasatannya sekarang..

Kalau fitnah, kenapa tak saman jer 8 buah negara tersebut !!

Selagi skandal kewangan tak selesai, Pulau Pinang beku urusniaga tanah 1MDB


GEORGETOWN, 17 MEI: Kerajaan Pulau Pinang akan membekukan semua urusniaga melibatkan tanah seluas 234 ekar di Air Itam yang dibeli oleh syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sehingga kerajaan Persekutuan menjawab segala persoalan dikemukakan umum berhubung skandal 1MDB berjumlah RM50 bilion itu.
20130929DAP02_2909_600_399_100“Kami (kerajaan Pulau Pinang) tidak akan membenarkan sebarang urusniaga tanah, sama ada permohonan tukar hak milik atau kebenaran gadaian sehingga isu itu selesai. Ia mestilah mendapat pengesahan Exco kerajaan negeri,” kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Menurutnya, kerajaan Persekutuan hanya boleh menyelesaikan isu tersebut jika berlaku jujur dengan mendedahkan laporan Ketua Audit Negara tentangnya yang kini disembunyikan kerana tertakluk di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.
Selain itu, katanya, kerajaan juga perlu mengira kos impak negatif keingkaran hutang oleh 1MDB selain menerangkan kepada semua pihak mengapa masih tiada tindakan diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab ke atas skandal dan penyelewengan 1MDB.
“Saya tidak faham bagaimana pihak berkuasa di negara kita masih tidak melakukan apa-apa tindakan sedangkan tangkapan dan dakwaan telah dibuat oleh negara-negara lain terhadap mereka yang terlibat.

Jatuhkan Umno-BN tetap agenda pembangkang, tegas Khalid

Khalid Abdul SamadKhalid Abdul Samad
Parti politik pembangkang tetap akan meneruskan agenda untuk menumbangkan rejim Umno-BN bukan sekadar menjatuhkan Najib Razak, tegas Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad.
Menjawab sentimen anti Mahathir di sebalik Deklarasi Rakyat dalam satu debat di ibu negara malam tadi, beliau berkata, rakyat perlu bangkit menentang pemimpin zalim yang sedang memerintah bukan menentang pemimpin pencen.
"Tujuan kita ialah keluarkan satu kenyataan yang boleh dipersetujui semua pihak. Dulu dia (Mahathir) ada kuasa, sekarang tidak. Apa kita nak takut?
" Dia ada tipu helah, tidak bererti kita (pembangkang) tidak boleh mengatasi agenda Mahathir. Walau apa agenda dia, agenda kita akan diteruskan.
"Deklarasi Rakyat tidak menghalang kita untuk menjatuhkan Umno-BN. Saya nak tahu, tunjukkan pada saya apa yang anda tak setuju (dalam deklarasi)?" soalnya kepada barisan panel anti deklarasi di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH).
Mengulas tuduhan kononnya Pakatan Harapan bersikap dayus kerana boleh bersama Mahathir dalam deklarasi itu, Khalid berkata, kerjasama dengan pihak lain tidak dapat dielak ketika sukar bertindak sendirian.
"Kalau kita mahu ungkit semua, kita tidak boleh kerjasama dengan orang lain. Kita sebenarnya cuba buat yang terbaik, cari perkara asas untuk kita berkerjasama. Mahathir sendiri cakap tak cukup kuat untuk menjatuhkan Najib seorang diri.
"Betul petisyen ini kemungkinan besar tidak mengubah kerajaan tetapi adakah menghalang rakyat untuk menjatuhkan Umno? Tidak," tegasnya di hadapan lebih 100 hadirin termasuk ahli Otai Reformasi dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).
Mengakui beliau sendiri tidak akan memaafkan Mahathir atas segala kepincangan yang berlaku, Khalid juga beberapa kali membandingkan sikap Pas dengan pihak yang menolak peranan Mahathir dalam deklarasi itu.
"Saya teringat parti lama (Pas) dulu, tetap nak hudud. Kita kena realistik, sedar hakikat pada masa ini. Kita cuba nak menyatu-padukan lebih ramai rakyat termasuk mereka yang tidak sokong pembangkang.

AMANAH ‘khayal’ dakwa ADUN PAS Kedah lompat parti - Dr Ahmad Fakhruddin

AMANAH sudah ketandusan isu untuk diketengahkan, malah kesemua ADUN PAS masih setia bersama parti.
pas-amnaha
PETALING JAYA: Pemimpin parti AMANAH sudah ‘khayal’ dan terdesak apabila sanggup mereka cerita bagi mencetuskan isu baharu dalam kalangan parti PAS Kedah.
Bidasan itu disampaikan oleh Pesuruhjaya PAS Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi terhadap AMANAH kononnya dua ADUN dari PAS akan lompat parti.
Sebaliknya, kesemua sembilan ADUN PAS di Kedah masih setia dan kedudukan parti Islam di negeri Jelapang Padi itu masih lagi utuh dan berjalan seperti biasa.
“Mereka (AMANAH) sudah terdesak. Malah, saya sendiri tidak dengar pun ADUN PAS akan sertai AMANAH, AMANAH ini dah khayal.
“Semua ADUN PAS Kedah masih lagi setia dengan PAS dan tidak ada yang menyertai AMANAH,” tegasnya kepada FMT.
Terdahulu, Timbalan Pengerusi AMANAH Kedah Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata, dua ADUN PAS berkemungkinan meninggalkan parti Islam itu dan menyertai parti AMANAH.
Ini kononnya kerana mereka sudah tidak sehaluan dengan perjuangan parti Islam itu sehingga memaksa mereka melepaskan jawatan parti di kawasan.
Dua ADUN yang dimasukkan ialah ADUN Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa dan juga ADUN Anak Bukit, Datuk Amiruddin Hamzah.

Akar umbi masih pandang tinggi Dr Mahathir -Ku Li

Persoalan sama ada Dr Mahathir menjejaskan UMNO tidak seharusnya timbul memandangkan beliau sudah tidak bersama parti Melayu itu lagi.
ku-li_mahathir_umno_600
KUALA LUMPUR: Akar umbi UMNO masih memandang sumbangan-sumbangan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad selama 22 tahun memerintah negara.
Pemimpin veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, rakyat tidak boleh menafikan perkara itu, walaupun Dr Mahathir kini dilihat sering mengkritik kepimpinan Datuk Seri Najib Razak selain bertindak keluar dari UMNO.
“Sudah tentu kerana beliau telah berada di sana (memerintah) sejak sekian lama dan selain apa yang beliau telah lakukan, kepimpinannya, dia (Dr Mahathir) juga masih mempunyai pengaruh.
“Rakyat tahu siapa dia, apa yang dia lakukan sewaktu memerintah dahulu dan segalanya, kita tidak menafikan perkara itu,” kata Ku Li ketika ditemui pemberita, di Parlimen, hari ini.
Bagaimanapun, Ahli Parlimen Gua Musang itu tidak dapat menjelaskan sama ada tindakan Dr Mahathir mengkritik Najib dan bekerjasama dengan pembangkang dalam Deklarasi Rakyat adalah untuk menjatuhkan Najib.
“Itu, anda kena tanya. Sudah tentu dia lebih tahu,” kata beliau lagi.
Ujar Ku Li lagi, persoalan sama ada Dr Mahathir menjejaskan UMNO tidak seharusnya timbul memandangkan beliau sudah tidak bersama parti Melayu itu lagi.

Surat Anwar: Mungkin percakaran Azmin-Azizah, kata Zaid



Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim tidak menolak kemungkinan percakaran dalaman antara pemimpin PKR menyaksikan ketua umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi ingatan supaya berwaspada dalam kerjasama mereka dengan gerakan Deklarasi Rakyat yang diterajui oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.
Walau bagaimanapun, bekas menteriUmno itu mengakui bahawa beliau tidak dapat menentukan sebab sebenar yang mencetuskan bekas ketua pembangkang yang sedang meringkuk di penjara menulis surat lapan halaman berkenaan.
"Saya tidak tahu apa yang berlaku," katanya kepada Malaysiakini.
"Mungkin kerana percakaran dalaman antara puak (Menteri Besar Selangor, Datuk Seri ) Azmin Ali dan (Presiden PKR, Datuk Seri) Dr Wan Azizah Wan Ismail.
"Saya tidak dapat bantu anda," katanya yang enggan mengulas lanjut.
Zaid juga sebagai pengerak utama Deklarasi Rakyat dan sering mempertahankan Mahathir, menggesa pembidasnya untuk mengketepikan perbezaan mereka untuk matlamat yang sama.
Berikutan pendedahan surat semalam, terdapat pelbagai reaksi daripada pemimpin PKR yang menunjukkan bahawa tidak semua mereka berada pada landasan yang sama berhubung isu berkenaan.
Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Md Akin, semalam mendakwa surat itu sebagai palsu tetapi pagi ini mendakwa Anwar tidak melarang PKR daripada bekerjasama dengan Mahathir tetapi sekadar ingatan untuk berwaspada.
“Berwaspada bagi saya suatu perkataan yang positif misalnya kita diminta berwaspada (apabila berada) di jalan raya, takkan tak nak guna jalan raya.
"Logik yang sama berlaku di sini," katanya.
Seorang lagi Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mengambil pendekatan berbeza.
Semalam, Rafizi yang juga adalah setiausaha agung PKR mengesahkan kesahihan surat itu dan menyifatkannya sebagai satu peringatan kepada pemimpin PKR agar tidak terbawa-bawa dengan Mahathir dan kembali ke memperjuangkan isu-isu teras.

PAS mahu 'faktor penolakan rakyat' bukan undi Cina, kata Tuan Ibrahim

Mat Sabu: Kita Sekarang Berada Dalam "Hostage", Menjadi Orang Tebusan

Mat Sabu: Rasuah Dalam Negara Kita Dah Jadi Bahan Ketawa Dunia

Ng Suee Lim: Kita Kena Jelas, Siapa Musuh Kita Sekarang?

Realiti Sarawak: Air coklat, itulah Beting Maro!

'Bahaya Bersama Tun M Hanya Pandangan Anwar' - Tengku Razaleigh

PAS bertanding bukan 'main-main' - Idris Ahmad

Pokok Sena Bahas RUU Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2015 & Skandal 1MDB

KDN: Tindakan boleh diambil pada pemfitnah 1MDB

Tindakan undang-undang boleh diambil terhadap mana-mana individu, kumpulan atau pertubuhan yang bertindak mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat berkata undang-undang sedia ada seperti Akta Hasutan 1948, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1948 dan Kanun Keseksaan boleh diambil terhadap sesiapa sahaja yang berbuat demikian.
"Kerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) akan terus dipertingkatkan bagi membendung penularan bahan-bahan berunsur fitnah dan pemikiran negatif yang disebarkan melalui media sosial," katanya.
Ia bagi menjawab soalan Datuk Jumat Idris (BN-Sepanggar) yang meminta KDN menyatakan tindakan terhadap pihak yang melakukan fitnah setelah isu 1MDB menunjukkan tidak ada sebarang salah laku membabitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
KDN dalam masa sama meminta semua anggota Parlimen serta masyarakat agar menjauhkan diri daripada terlibat dengan sebarang aktiviti fitnah.

Pemindahan aset 1MDB kepada MKD lancar- Johari

Proses itu kini di peringkat akhir dan tidak akan menjadi eksesais yang rumit kerana 1MDB dimiliki sepenuhnya oleh MKD.
johari-MOF-1MDB
KUALA LUMPUR: Pemindahan aset 1Malaysia Development Bhd (1MDB) kepada Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) berjalan lancar dan akan selesai menjelang akhir Mei, kata Timbalan Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Ghani hari ini.
Proses itu kini di peringkat akhir dan tidak akan menjadi eksesais yang rumit kerana 1MDB dimiliki sepenuhnya oleh MKD, katanya.
“Lembaga pengarah juga telah meletakkan jawatan mereka,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Akademi Pengarah Malaysia (MINDA) 2.0 di sini.
Langkah itu adalah sebahagian cadangan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), yang dalam laporan 106 muka suratnya berkata, pemindahan aset dan anak syarikat 1MDB ke MKD akan membolehkan siasatan lebih rapi terhadap syarikat berkenaan.
MKD sebelum ini telah berkata, ia akan melantik anggota lembaga pengarah baharu untuk mencerminkan profil perniagaan yang terhad 1MDB.
“Kami faham yang tidak ada aktiviti akan dijalankan 1MDB (selepas selesainya eksesais itu). Oleh itu akan melihat kepada semua butiran terbabit dan kami akan mempunyai lembaga pengarah sementara dan ia boleh datang daripada orang MKD,” tambahnya.

Skandal 1MDB: RTM tiada keperluan siar debat Tony-Arul alasan Salleh Keruak

Isu berkaitan 1MDB telah selesai memandangkan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) telah melakukan siasatan dan membentangkan laporan tersebut di Parlimen.
keruak
KUALA LUMPUR: Tiada keperluan untuk RTM menyiarkan siaran langsung debat Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dan Presiden serta Pengarah Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy.
Demikian kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak yang menyifatkan isu berkaitan 1MDB telah selesai.
Ini memandangkan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) telah melakukan siasatan dan membentangkan laporan tersebut di Parlimen.
“Saya sebenarnya tidak faham apa lagi yang hendak dibahaskan berkenaan isu 1MDB sedangkan laporan PAC telah dibentangkan di Parlimen. Jika ada pihak yang berminat untuk berbahas, boleh berbuat demikian dalam sidang Parlimen.
“Pada saya isu untuk menyiarkan perbahasan Tony Pua dan Arul secara langsung tidak berbangkit pada ketika ini. Kita tidak berminat kerana isu 1MDB telahpun selesai disiasat oleh PAC.
“Begitu juga dengan Ketua Audit Negara,” katanya ketika ditemui pemberita di Parlimen, hari ini.
Bagaimanapun, Salleh tidak menghalang mana-mana stesen televisyen lain jika berminat untuk menyiarkan siaran langsung debat berkenaan.

MTUC mahu lokasi Mahkamah Perusahaan dikekalkan

PRK: Tun M Suka Bagi Cadangan Luar Biasa

Shamsul: Betul... Anwar mahu PKR berhati-hati dengan Tun M

Pas pasti letak calon, Hadi alukan penyertaan PH di PRK Sungai Besar

PAS bersikap terbuka terhadap cabaran daripada parti pembangkang lain yang mahu meletakkan calon pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar, Selangor pada 18 Jun depan.
Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS telah membuat keputusan untuk meletakkan calon di kawasan berkenaan.
"Kita telah buat kenyataan untuk bertanding, parti lain terserah.
"PAS tak rugi apa-apa, kalau menang kita untung ... parti lain boleh mengadu nasib," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen semalam.
Dato Seri Abdul Hadi AwangDato Seri Abdul Hadi AwangBeliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang dilaporkan berkata Pakatan Harapan akan membincangkan sama ada mana-mana parti sekutunya akan bertanding pada PRK Sungai Besar. Pakatan Harapan dianggotai DAP-PKR-Parti Amanah Negara.
Hadi berkata calon PAS bagi PRK tersebut telah dipersetujui Majlis Syura dan akan diumum dalam masa terdekat.
PRK Parlimen Sungai Besar diadakan berikutan penyandangnya yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu.
Turut terkorban dalam nahas itu ialah Anggota Parlimen Kuala Kangsar, Perak Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad.
Jumaat lepas, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan PRK Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar diadakan serentak pada 18 Jun ini manakala penamaan calonnya pada 5 Jun.

'Lain-lain parti nak tanding silakan...'

SUNGAI BESAR – Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu menafikan kononnya beliau dipilih Pakatan Harapan sebagai calon yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar.
Mohamad Sabu Mohamad Sabu atau lebih mesra disapa ‘Mat Sabu’ berkata, tidak timbul soal siapa yang menjadi calon Pakatan Harapan termasuk yang mengaitkannya untuk bertanding di kerusi itu hingga keputusan mengenainya diputuskan Majlis Presiden Pakatan Harapan.
“Majlis Presiden (Pakatan Harapan) akan bermesyuarat bagi menentukan calon yang akan bertanding pada dua PRK ini (Sungai Besar dan Kuala Kangsar) dalam tempoh seminggu dari sekarang,” katanya kepada Sinar Harian pada Mesra Bersama Pemimpin Sempena PRK Sungai Besar di Dewan Seri Bernam, di sini.
Ditanya tentang kononnya Amanah akan bertanding di Parlimen sementara Pas di Dun terutama di Kelantan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Mat Sabu berkata, perkara itu tidak pernah dibincangkan parti itu dengan Pas.
“Setakat ini kami tak ada perbincangan dengan Pas tentang perkara ini sebab mereka bukan gabungan Pakatan Harapan,” katanya.

Calon PRK belum diputuskan

Nurul-IzzahKUALA LUMPUR, 17 MEI: Perbincangan mengenai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar masih berjalan serta belum dimuktamadkan.
Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar, berkata semua pihak perlu menanti calon sebenar bertanding di kawasan itu sehingga ia diumumkan.
“Kita masih berbincang dan bermesyuarat. Sesiapa boleh menjadi calon. Kita tunggu sehingga penamaan calon,” katanya ringkas di Lobi Parlimen.
Dua PRK itu berlangsung serentak pada 18 Jun sementara penamaan calon pada 5 Jun dan pengundian awal 14 Jun.
Kedua-dua kerusi Parlimen kosong selepas penyandang, Datuk Noriah Kasnon dan Datuk Wan Khair-il Anuar meninggal dunia dalam nahas helikopter di Sembuyau, Sarawak.

Sokong PAS demi kekalahan BN, kata Ambiga pada Zaid

Ia taktik untuk mengalahkan BN, bukan memenangkan PAS.
ambiga
KUALA LUMPUR: Bekas pengerusi Bersih Datuk S Ambiga menolak tanggapan bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim yang mengatakan pembangkang hilang pertimbangan apabila sanggup menyokong PAS dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar untuk menewaskan BN.
Ambiga berkata sokongan tersebut demi memastikan pertembungan satu lawan satu bagi menewaskan BN.
“Bagi saya tidak penting parti mana yang bertanding, walaupun secara tradisinya PAS yang meletakkan calonnya di dua kerusi itu.
“Sesiapa saja yang bertanding, sama ada PAS, PKR atau parti mana sekalipun, ia haruslah satu lawan satu. Itu saja yang kami tekankan,” katanya ketika ditemui dalam satu acara di sini semalam.
Zaid dalam satu tulisan di blognya semalam turut menyifatkan sokongan ditunjukkan tokoh pembangkang seperti bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali dan Ambiga kepada PAS sebagai ‘bodoh’ dan ‘sia-sia’.
Beliau berkata, tokoh pembangkang ini terlalu dikuasai rasa kebencian terhadap BN, sehingga sanggup menyokong PAS yang disifatkannya sebagai “tidak lebih baik daripada BN”.
Ambiga berkata ia taktik untuk mengalahkan BN, bukan memenangkan PAS.
“Kedua-duanya berbeza, fahamkannya,” kata peguam itu.

PRK: Secara prinsip AMANAH patut bertanding – Mujahid

Naib Presiden AMANAH, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa bagaimanapun sedia maklum dan menghormati segala keputusan yang akan dilakukan oleh pimpinan PH.
Dr Mujahid Yusof Rawa
KUALA LUMPUR: Parti Amanah Negara (AMANAH) akan bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar secara prinsip walaupun pimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) masih belum membuat sebarang keputusan.
Naib Presiden AMANAH, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, pihaknya bagaimanapun sedia maklum dan menghormati segala keputusan yang akan dilakukan oleh pimpinan PH.
“Secara prinsipnya, AMANAH akan ada di mana-mana kerusi yang ditandingi PAS. Saya menjangkakan kita akan buat keputusan dan PH akan umumkan dalam masa terdekat,” katanya ketika ditemui pemberita di Parlimen, hari ini.
Mujahid turut memberi contoh situasi yang berlaku di Pulau Pinang apabila PH mula bertapak di negeri berkenaan.

KWSP kekal pemegang terbesar hutang domestik kerajaan Umno@Bn


Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kekal sebagai pemegang terbesar hutang domestik kerajaan dengan komposisi pegangan 21.6 peratus atau RM131.7 bilion.
Menurut menteri kewangan, pinjaman itu dalam bentuk pegangan KWSP dalam instrumen sekuriti kerajaan berjumlah RM65.9 bilion dan terbitan pelaburan kerajaan RM65.8 bilion.
Dalam jawapan bertulis di parlimen, menteri juga menjelaskan pinjaman yang diperoleh kerajaan persekutuan adalah bagi tujuan membiayai perbelanjaan pembangunan yang memberikan kesejahteraan kepada rakyat serta menyokong pertumbuhan ekonomi negara.
Dan secara tidak langsung, kata Datuk Seri Najib Razak, ia memberi manfaat kepada syarikat-syarikat yang melaksanakan pelbagai program pembangunan negara.
Najib menjelaskan hutang domestik kerajaan sebanyak 96.6 peratus atau RM609.1 bilion. Bakinya RM21.5 bilion (3.4 peratus) adalah pinjaman luar pesisir.
Beliau menjawab soalan Wong Tien Fatt (Sandakan) berkaitan hutang kerajaan kepada KWSP, selain tujuan dan syarikat dimanfaatkan daripada hutang itu.
Sementara itu, Najib juga berkata, kedudukan terkini hutang kerajaan pada akhir Disember 2015 sebanyak RM630.5 bilion atau 54.5 peratus daripada Keluaran Dalam negara Kasar (KDNK).
Beliau bagaimanapun menegaskan kerajaan komited memastikan paras hutang persekutuan tidak lebih 55 peratus daripada KDNK.

SAMPAI BILA KAMU NAK PERBODOH & MENIPU RAKYAT !!!

Inilah yg terjadi dlm negara kita bila penyalahgunaan dana rakyat yg libatkan VVIP sudah pasti ia 'dipadamkan' dari pengetahuan rakyat dgn alasan ia 'MAKLUMAT SULIT' malah sanggup dipertahankan oleh pemakan dedak Najib Gred A.

Najib Pulangkan Derma Sebab Sumber Haram - Kadir Jasin

Selain 1MDB, 2.6 B ... Ekonomi Najib Juga Hancur - Kadir Jasin

Najib Ni Harmless Tapi ..... - Kadir Jasin

Jangan Biarkan Umno Mati Bersama Najib ! - Kadir Jasin

ADUN PAS Kedah sertai AMANAH?

ADUN Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa dan juga ADUN Anak Bukit, Datuk Amiruddin Hamzah dikatakan sudah tidak sehaluan dengan perjuangan PAS.
amanah-3
PETALING JAYA: Dua ADUN PAS Kedah dijangka berkemungkinan meninggalkan parti Islam itu dan menyertai parti AMANAH.
Perkara itu ditegaskan oleh Timbalan Pengerusi AMANAH Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi berdasarkan pendekatan dua pemimpin tersebut yang dilihat lebih menyokong perjuangan AMANAH dan berbeza pendapat dengan perjuangan PAS ketika ini.
Katanya, dua ADUN yang dimasukkan ialah ADUN Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa dan juga ADUN Anak Bukit, Datuk Amiruddin Hamzah.
“Setakat ini hanya dua ADUN sahaja yang ada pemikiran dan latar belakang yang memungkinkan mereka menyertai AMANAH. Lebih-lebih lagi pendekatan dan gaya kepimpinan yang dibawa PAS tidak sesuai untuk golongan profesional seperti Datuk Amiruddin dan Mohd Nasir.
“Bagaimanapun, mereka masih lagi ahli PAS dan belum membuat sebarang keputusan rasmi menyertai AMANAH,” katanya kepada FMT.
Dalam pada itu, beliau juga tidak menolak keputusan dua pemimpin meninggalkan PAS pasti akan memberi kesan kepada PAS Kedah.
“Ini kerana Datuk Amiruddin dan Mohd Nasir antara pemimpin kanan parti dan memegang beberapa jawatan,” tambahnya lagi.

Debat 1MDB: Salleh digesa ulang tawaran siaran langsung

Salleh patut buat tawaran kedua untuk menyiarkan debat 1MDB secara langsung di RTM atau TV3.
salleh kruak
KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak digesa mengulangi tawaran yang pernah dibuat berhubung debat mengenai isu 1MDB, tahun lalu.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata Salleh perlu membuat tawaran semula seperti ketika cadangan debat pertama tahun lalu memandangkan siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terhadap 1MDB selesai dan sudah dibentangkan di Parlimen.
“Saya harap menteri komunikasi dan multimedia akan sekali lagi menawarkan RTM atau TV3 untuk menyiarkan perbahasan ini secara langsung, seperti yang ditawarkan pada perbahasan pertama.
“Saya berharap menteri akan mempercepatkan dan bersungguh-sungguh menjalankan perbahasan ini,” katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.
Selain itu, Tony berkata urusan debat antara dirinya dan Presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy selesai.
Katanya, ini kerana surat yang dihantarnya kepada Arul mencabar mereka berdebat mengenai 1MDB untuk kali kedua diterima dengan baik.
“Arul menerima cabaran kedua itu dengan baik susulan cabaran pertama disekat Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia kerana pada masa itu, siasatan 1MDB masih berlangsung,” katanya.

AMANAH Kelantan sifatkan PAS pengacau dalam dua PRK


Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan menyifatkan PAS hanya 'pengacau' jika masih berdegil untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar, Selangor dan Kuala Kangsar, Perak.
 Naib Pengerusinya Che Ibrahim Mohamed berkata PAS tidak boleh mendakwa kedua-dua kawasan itu adalah 'tempat' mereka kerana sudah tiga kali kalah walaupun mendapat sokongon DAP dan PKR pada pilihan raya umum lalu.
"(Walaupun bertanding) atas nama Pakatan Rakyat pun (PAS) masih belum menang, bagaimana (bila) PAS bertanding bersendirian dia kata dia ada (sokongan) akar umbi.
"Pihak ketiga hanyalah pengacau. Kita (Amanah) rasa peluang kita menentang Barisan Nasional berbanding PAS itu adalah lebih baik sebab kita bertanding atas nama Pakatan Harapan yang mendapat sokongan daripada penyokong-penyokong parti pembangkang," katanya pada sidang akhbar di pejabat parti itu di Kota Bharu, hari ini.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini dilaporkan berkata PAS bersikap terbuka terhadap cabaran daripada parti pembangkang lain yang mahu meletakkan calon pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar, Selangor pada 18 Jun depan.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini mengumumkan PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar diadakan serentak pada 18 Jun. Hari penamaan calon ialah pada 5 Jun.

Kit Siang nyahkan 4 'mitos' Sg Besar, Kuala Kangsar


Menjelang mesyuarat majlis presiden Pakatan Harapan akan datang, tokoh DAP, Lim Kit Siang mendedahkan empat "mitos" berkaitan pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang harus dinyahkan.
Yang pertama, katanya, ialah PAS boleh menang di kedua-dua pilihan raya kecil itu jika pertandingan satu lawan satu dengan Umno.
 "Ia tidak ditunjukkan oleh statistik pilihan raya. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tahu hal ini dan itulah sebab kenapa beliau katakan apa jua keputusan nanti, PAS tidak hilang apa-apa dengan bertanding dalam kedua-dua pilihan raya," kata Lim dalam kenyataan.
"Benar calon PAS tewas dengan majoriti kecil 399 undi di Sungai Besar dan 1,082 undi di Kuala Kangsar.
"Sungai Besar, yang dimenangi BN dengan 49.6 peratus daripada jumlah keseluruhan undi, adalah antara 16 kerusi paling marginal dimenangi oleh BN pada pilihan raya umum ke-13 dengan kurang 50 peratus keluar mengundi.
"Manakala Kuala Kangsar dimenangi dengan 50.4 peratus daripada jumlah undi keseluruhan undi adalah antara 30 kerusi marginal BN yang dimenangi dengan kurang 51 peratus daripada jumlah keseluruhan undi," kata Lim.
Justeru, ahli parlimen Gelang Patah MP mengingatkan PAS bahawa sokongan yang diberikan atas platform Pakatan Rakyat dan bukan sekadar calon-calon mereka.
Beliau juga memberi amaran PAS tidak akan mampu mengulangi prestasi pilihan raya umum ke-13 ekoran penurunan sokongan oleh pengundi bukan Melayu.
Berbanding sekadar bergantung kepada angka-angka pada pilihanraya umum ke-13 dan ke-12, adalah lebih tepat jika PAS meninjau peluangnya semasa parti itu berdiri sendiri sebagai parti pembangkang semasa 2004.

'PAS, jangan degil, terima tawaran di Kuala Kangsar'


DAP Perak menggesa PAS supaya tidak berdegil dan menerima tawaran Pakatan Harapan untuk bertanding pada pilihan raya kecil di Kuala Kangsar sebagai pertukaran untuk melepaskan kerusi di Sungai Besar dan membiarkan AMANAH bertanding di situ.
Ketua DAP Perak Nga Kor Ming berkata, ini adalah demi kepentingan untuk memastikan pertandingan satu lawan satu dengan Umno di kedua-dua kerusi pada pilihan raya kecil yang akan diadakan pada 18 Jun.
"PAS perlu rasional dan berdegil, pertandingan satu lawan satu boleh dicapai di pilihan raya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar.
"Jika PAS serius mahu mengalahkan Umno, PAS perlu menerima tawaran ini dengan hati yang terbuka dan bukan bersikap angkuh memberitahu parti lain untuk mengukur keupayaan mereka sendiri," kata Nga dalam satu kenyataan hari ini.
Kedua-dua kerusi secara tradisinya ditandingi oleh PAS dan Umno tetapi dengan parti Islam itu tidak bersama pakatan pembangkang, Pakatan Harapan sedang menimbang untuk meletakkan calon sendiri.
PAS telah menegaskan bahawa parti lain tidak seharusnya bertanding supaya ia parti tunggal pembangkang untuk berdepan dengan Umno.

Shamsul: Waspada Anwar bukan henti kerja dengan Mahathir


Ingatan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya parti itu berwaspada dan tidak terpedaya dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak bermakna kerjasama antara kedua-dua pihak perlu dihentikan, kata naib presiden PKR, Shamsul Iskandar Md Akin.
“Berwaspada bagi saya suatu perkataan yang positif misalnya kita diminta berwaspada (apabila berada) di jalan raya, takkan tak nak guna jalan raya.
"Logik yang sama berlaku di sini," katanya yang juga adalah Ahli Parlimen Bukit Katil kepada pemberita di luar lobi Parlimen hari ini.
Menurutnya, PKR bebas untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak bagi melawan kerajaan, dan ini termasuk dengan Mahathir.
Apabila ditanya tentang mengapa semalam beliau mendakwa surat Anwar itu adalah palsu, seorang lagi rakan naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar yang turut hadir menepisnya.
"Beliau (Shamsul) tidak jumpa saya semalam jadi jangan ganggunya," katanya.
Nurul Izzah sendiri enggan mengulas mengenai surat ayahnya itu dan berkata beliau memerlukan masa untuk menelitinya.
Sementara itu, whip PKR Datuk Johari Abdul ketika ditemui pemberita berkata terpulang kepada mana-mana individu sama ada untuk menyokong Deklarasi Rakyat yang diterajui oleh Mahathir.
"Sesetengah mereka, bermula sejak PKR dan reformasi dihidupkan. Mereka melihat Mahathir sebagai perdana menteri dan masih tidak dapat melupainya, jadi mereka menjauhkan diri daripada menyokongnya.
"Tidak mengapa, ada yang lain menyokong juga," kata Johari.

Anwar dalam suratnya semalam mendakwa Deklarasi Rakyat yang diterajui Mahathir untuk menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai tidak sempurna dan bukannya mahu membuat pembaharuan yang sebenar.

11 inti pati amanat 'puitis tapi pedas' Anwar


Jarang ahli politik menulis surat panjang lebar dengan penggunaan bahasa indah berhias puisi-puisi penyair terkenal seluruh dunia.
Tetapi di sebalik pemilihan kata-kata, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengejutkan banyak pihak dengan surat lapan halaman daripada penjara yang lantang mengkritik Tun Dr Mahathir Mohamad dan Deklarasi Rakyat.
Anwar menyentuh pelbagai isu, daripada masalah keteguhan perjuangan dalam PKR kepada kelicikan dalam politik Malaysia.
Selain Mahathir, Tun Daim Zainuddin yang dilihat 'orang kanan' perdana menteri keempat itu serta Tengku Razaleigh Hamzah tidak terlepas daripada kritikan Anwar.
Bagaimanapun, surat panjang itu mungkin sedikit sukar difahami gaya penulisan itu. Berikut inti pati amanat Anwar itu yang disusun semula oleh Malaysiakini:
(1) Terdapat pemimpin PKR bersekongkol dengan Mahathir dan Tun Daim melalui Deklarasi Rakyat. Strategi itu menggugat perjuangan PKR dan pemimpinnya harus menghindari permainan elit penguasa untuk mengekalkan sistem usang. Mahathir dan Daim agresif mempertahankan sistem kroni kapitalisme.
(2) Tengku Razaleigh Hamzah licik mempergunakan akuan bersumpah (SD) anggota parlimen yang tidak menyokong kepimpinan Najib, walaupun menafikannya. Tengku Razaleigh atau Ku Li meletakkan diri sebagai calon kompromi di tengah-tengah pertembungan Datuk Seri Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
(3) Anwar menetapkan jarak daripada awal dengan “kelompok Deklarasi Rakyat”. Agenda perubahan harus selaras dengan gagasan reformasi.
(4) Deklarasi Rakyat menafikan kepentingan moral untuk “reformasi terhadap demokrasi yang beramanah”. Pelancarannya seolah-olah ditetapkan tanpa boleh dirunding. Malah, pandangan PKR dimasukkan di saat-saat akhir dan sekadar mencantikkan deklarasi. “Dokumen Tun M” itu cacat dan tidak selari dengan pandangan reformasi.

Surat pedas Anwar 'hal dalaman PKR', kata Azizah


Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail atau lebih mesra dengan panggilan Kak Wan enggan mengulas mengenai 'warkah dari penjara' hasil nukilan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang secara keras menentang Deklarasi Rakyat.
Ditemui oleh para pemberita di lobi parlimen pagi ini, ketua pembangkang itu mengatakan surat itu bukan untuk tatapan umum.
“Ia hal dalaman, hal dalaman,” jelas beliau ketika diminta menjelaskan kesahihan surat tersebut.
Oleh itu, beliau tidak mahu mendedahkan selanjutnya mengenai perkara itu.
Wan Azizah kemudiannya bergegas ke kenderaannya.
Semalam, banyak pihak dikejutkan dengan pendedahan surat dengan sejumlah tujuh halaman bertulis tangan itu yang menyentuh penglibatan parti tersebut dalam Deklarasi Rakyat yang diketuai oleh bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Skandal 1MDB: Maklumat Good Star dipadam dalam laporan PAC kerana 'sulit' kata Menteri Umno


 Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memadamkan beberapa kenyataan dalam laporan 1MDB kerana segala maklumat yang diberi oleh Bank Negara adalah berstatus "sulit" dan bukan untuk laporan umum.
"Pengerusi PAC (Datuk Hasan Arifin) menerima maklumat daripada Bank Negara Malaysia yang menyatakan bahawa segala maklumat yang diberi adalah berstatus 'sulit bagi tujuan risikan sahaja dan bukan untuk kegunaan mahkamah atau laporan awam," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said dalam jawapan parlimen hari ini.
"Untuk makluman, semua anggota PAC telah dimaklumkan mengenai perkara ini melalui surat Pengerusi PAC kepada Timbalan Gabenor Bank Negara bertarikh 6 April," katanya.
"Ini kerana laporan PAC adalah untuk kegunaan awam, maklumat berkenaan tidak boleh dimasukkan dalam laporan itu," katanya ketika menjawab soalan Lim Guan Eng (DAP-Bagan).
Lim bertanya sama ada Hasan boleh memadamkan kenyataan yang dibuat oleh Bank Negara dalam laporan PAC yang berkata pihak berkuasa Malaysia memaklumkan bahawa Good Star Limited (GSL), yang menerima AS$700 juta daripada 1MDB dimiliki oleh seorang individu yang tidak ada hubungan kait dengan rakan kongsi usaha sama 1MDB, Petrosaudi Group.
"Adakah Low Tack Jho (Jho Low) menguasai GSL?" soalnya.

Mahfuz digelar 'Mr Bow Tie'

Soalan² 1MDB masih tidak dijawab, KN beku semua urusniaga babit tanah 234 ekar - KM

'Mahathir Tunjuk Perangai Sebenar' - Nur Jazlan

'Anwar Lebih Tahu Hati Perut Mahathir' - Nur Jazlan

Anwar Mahu PKR Kembali ke 'Pangkal Jalan'

Surat dari penjara: Apa kata Anwar?

Terima Tak Salah, Seleweng Derma Baharu Salah - Nazri Aziz

Harapan Mahathir Minta BN Kalah Cuma Hal Peribadi...!!!

Nur Jazlan: Kita tak boleh tembak sesuka hati

Broadcast debate with Arul live, Tony Pua dares Salleh Keruak

Ambiga: Kekalkan kerjasama dan lebih reaslistik

Anwar kata agenda reformasi perlu ada - Johari

Isu surat Anwar: Nurul Izzah enggan ulas

Susah nak cakap, Tun M banyak kejutan - Ku Li

DERMA ARAB SAUDI..

3 BULAN LEPAS, kata Menteri Luar Arab Saudi..
"Funds deposited into M'sia PM's accounts NOT DONATION, but investment.."

BULAN LEPAS, tiba2 Menteri Luar Arab Saudi kata plok..
"Confirms DONATION to Najib came from saudi Arabia.."

HARI INI PULA, kata Putera Arab Saudi...
"I have no background on that.."

NAMPAK TAK !!!

SEHINGGA KE HARINI.. BELUM ADA LAGI pengesahan secara rasmi/ kenyataan rasmi dari Kerajaan Arab Saudi tentang derma tersebut.

YANG ADA PON.. hanya kenyataan yang SALING BERCANGGAH SATU SAMA LAIN setiap kali kenyataan dikeluarkan oleh individu/ menteri2 Arab Saudi sebelum ini.

HANYA pemakan dedak gred A sahaja percaya & tahu dari siapa.

Skandal 1MDB: Polis belum panggil bekas CEO 1MDB, kata KDN


Pihak polis belum menyoal siasat bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Halmi dalam sebahagian siasatan ke atas firma pelaburan kontroversi itu, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
"Semua saksi yang terlibat akan dipanggil oleh polis jika ada keperluan untuk merekodkan kenyataan mereka dan siasatan selanjutnya.
 "Shahrol belum dipanggil untuk merekodkan kenyataan beliau lagi," ujar Zahid dalam jawapan bertulis parlimen semalam.
Beliau menambah, siasatan polis adalah di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan sekiranya terdapat unsur pecah amanah dan tipu.
Dlam laporannya mengenai 1MDB, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menyalahkan Shahrol atas kelemahan firma itu.
Antara kelemahan-kelemahan tersebut ialah pelanggaran keputusan pengurusan dan nasihat oleh lembaga pengarah, atau bertindak sebelum keputusan spesifik dibuat oleh lembaga pengarah.
Shahrol terlibat dengan 1MDB dari mula, ketika ia masih dikenali sebagai Pihak Berkuasa Pelaburan Terengganu (TIA).
Kira-kira dua minggu yang lalu, Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali telah mengarahkan siasatan lanjut ke atas 1MDB.

PRN Atau PRU: Pas Terengganu akan tanding semua kerusi, kata pesuruhjaya negeri

Pas akan tanding semua kerusi di Terengganu, kata Satiful kepada media selepas majlis dengan Perantau Terengganu di Shah Alam.Pas akan tanding semua kerusi di Terengganu, kata Satiful kepada media selepas majlis dengan Perantau Terengganu di Shah Alam.
Pas Terengganu akan meletakkan calon di semua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen di negeri itu sekiranya berlaku pilihan raya negeri (PRN) atau dalam pilihan raya umum ke 14 akan datang.
Pesuruhjayanya Satiful Bahri Mamat berkata PAS sudah membuat persedian bagi menghadapi samada PRN atau pilihan raya umum kali ke-14 (PRU-14) akan datang.
“Saya tak kata (ada) pilihan raya kecil, (tapi) kebarangkalian tu ada, jadi kita sebagai Badan Perhubungan PAS Negeri, kita buat persediaan lah (menghadapi) apa-apa yang berlaku samada pilihan raya kecil ataupun apa (PRU-14),”jelasnya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Makan Malam Amal anjuran BPPNT dengan kerjasama Persatuan Anak-anak Terengganu di Perantauan (Perantau) di Shah Alam kelmarin, lapor Buletin Online, media milik Pas Terengganu.
Presiden Pas Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah memberikan ucap utama pada makan malam yang telah berjaya menjual 110 buah meja itu.
Turut hadir ialah anggota Dewan Harian BPPNT dan wakil-wakil rakyat Pas Terengganu.
Sehingga kini, Pas masih mengadakan tahaluf siasi (kerjasama politik) dengan PKR selepas Pakatan Rakyat pecah.
Dalam pilihan raya umum lalu, Pas mengambil keputusan bertanding di tiga kerusi yang diperuntukkan kepada PKR dalam rundingan Pakatan Rakyat.

Terlalu awal untuk rumus ada penipuan, sembang Najib


Adalah masih terlalu awal untuk merumuskan bahawa terdapat penipuan dalam transaksi atau urusniaga berkaitan 1MDB dan International Petroleum Investment Company (IPIC), kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Pada masa ini, terdapat pertikaian antara 1MDB dan IPIC.
 "Justeru, pihak 1MDB sedang mengkaji dan mengambil segala langkah yang perlu untuk membuktikan bahawa pihak IPIC dan Aabar Investment PJS bertanggungjawab ke atas dana yang telah dibayar oleh 1MDB kepada Aabar BVI berjumlah AS$3.5 bilion,” katanya dalam jawapan bertulis parlimen semalam.
Najib, yang menjawap dalam kapasitinya sebagai menteri kewangan, berkata adalah terlalu awal untuk membuat kesimpulan sama ada penipuan berlaku dalam urus niaga itu.
Beliau mengulas soalan Lim Guan Eng (DAP-Bagan) yang menyoal mengenai sebab di sebalik peletakan jawatan yang dikemukakan oleh CEO 1MDB Arul Kanda Kandasamy.
"Bila CEO 1MDB, Arul Kanda Kandasamy meletakkan jawatan dan adakah ia kerna penipuan dalam IPIC dan Aabar yang melibatkan AS$3.5 bilion, sebab perletakan jawatan ditolak oleh Lembaga Pengarah 1MDB sedangkan semua ahli lembaga pengarah telahpun letak jawatan.
“Macam mana faedah AS$50juta dibayar bila IPIC enggan berbuat demikian,” soal Lim.

Skandal 1MDB: Bank Swiss akan siasat kakitangannya


Bank Swiss yang terlibat dalam siasatan global 1MDB, BSI SA, dikatakan akan menyiasat kakitangannya dan urusniaga yang dilakukan melibatkan dana pelaburan Malaysia itu, menurut laporan Bloomberg.
Memetik sumber, seorang kakitangannya sedang disiasat di Singapura, adalah pengurus kepada pegawai bank yang didakwa di negara tersebut.
 Pengarah urusan perkhidmatan pengurusan kekayaan telah digantung kerja sementara siasatan sedang berjalan, kata sumber itu.
Ia, bagaimanapun, menekankan pengarah urusan itu tidak dituduh melakukan sebarang kesalahan oleh pihak berkuasa Singapura.
Inkuiri BSI yang sedang berjalan dilaporkan berlaku ekoran pihak berkuasa peringkat antarabangsa menyemak dakwaan 1MDB digunakan untuk menyalurkan dana kepada individu berkaitan politik.
Menurut laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengenai 1MDB, bank Swiss telah memperkenalkan 1MDB kepada dana Cayman Islands yang menerima pelaburan sebanyak AS$2.32 bilion.
Pelaburan itu dan urusniaga berkaitan dengannya tertakluk kepada siasatan jenayah, termasuk mereka yang melakukannya di Singapura.
Pihak berkuasa kewangan Singapura telah menyoal kira-kira 40 bank, termasuk dua bank terbesar Australia, dalam siasatannya berkaitan dana-dana tersebut.
Sebelum ini, bekas pegawai BSI Bank yang beroperasi di Singapura berdepan tiga lagi dakwaan tambahan atas pergerakan dana dari akaun yang dikaitkan dengan 1MDB, demikian menurut laporan Straits Times Singapura.

Tiada kontrak k'jaan diberikan kepada firma anak IGP - Zahid


Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan bahawa syarikat yang dimiliki oleh anak perempuan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abdu Bakar diberikan kontrak senjata api daripada kerajaan.
 "Syarikat Nilai Arms and Ammunitions tidak pernah mendapat apa-apa kontrak untuk membekalkan senjata api kepada mana-mana agensi penguatkuasaan di bawah Kementerian Dalam Negeri," katanya dalam jawapan bertulis kepada Parlimen semalam.
Zahid, berkata demikian kapasitinya sebagai menteri dalam negeri menjawab soalan Loke Siew Foke (DAP-Seremban) yang bertanya sama ada kontrak senjata telah diberikan kepada syarikat berkenaan
Sarawak Report mendedahkan bahawa anak perempuan kedua Khalid, Juwiza, dan adik iparnya, Mohd Isa Hussin beliau, adalah pemilik Nilai Arms and Ammunitions (NAA).
Pengerusi NGO pemantau jenayah, MyWatch, Datuk Seri R Sri Sanjeevan menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat perkara itu.
Menurutnya, jika firma itu mempunyai kontrak dengan kerajaan, ini akan menjadi kes konflik kepentingan.
Khalid pada 25 April lalu memberitahu wartawan bahawa syarikat senjata api milik anak perempuannya memperoleh lesen perniagaann sebelum beliau menerajui pasukan polis.
Khalid juga berkata, beliau telah melarang anaknya daripada membida tender yang dikaitkan dengan kerajaan atau polis.

Dr Che Rosli: 'Siapa kata Pas hilang kuasa di Selangor?'

PUCHONG - Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Pas Selangor, Dr Che Rosli Che Mat kesal dengan tindakan Parti Amanah Negara (Amanah) yang didakwa berterusan mengelirukan rakyat mengatakan Pas tidak lagi terlibat dalam pentadbiran Kerajaan Selangor.
Beliau yang juga Yang Dipertua Pas Hulu Langat  berkata, pihaknya terpaksa memperbetulkan ‘persepsi’ tersebut melalui program-program dianjurkan bersama rakyat.
Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Pas Selangor, Dr Che Rosli Che Mat Katanya, Pas mempunyai 13 kerusi Dun dan tiga wakil rakyatnya menggalas jawatan Exco di Selangor jadi tidak timbul soal Pas tidak terlibat dalam pentadbiran.
“Saya kesal dengan tindakan pemimpin parti politik yang sama-sama daripada kumpulan pembangkang juga dan hanya mempunyai dua kerusi di Selangor tetapi selalu cuba ‘pusing’ cerita mengatakan Pas tidak lagi signifikan di negeri ini,” katanya.
Tindakan itu katanya, menyebabkan ada rakyat terkeliru dan menyangka hanya Pakatan Harapan (DAP,PKR dan Amanah) mentadbir Selangor.
Che Rosli meminta pemimpin parti tersebut menghentikan dakwaan yang menyebut dan menuduh  Pas tidak lagi signifikan kerana Adun dari Pas dan Exco masih menjalankan tugas serta tanggungjawab kepada rakyat.
“Pemimpin parti ini sengaja timbulkan persepsi untuk nafikan kewujudan Pas, sebelum ni DAP memang dah banyak kali minta Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tendang kita (Pas) keluar, tapi  kerana kekuatan  beliau (Azmin), Pas masih bertahan,” katanya.

Tembak Penagih & Pengedar: Bung Moktar ini emosional, kata IGP


Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menyifatkan ahli parlimen BN Datuk Bung Moktar Radin sebagai emosional apabila mencadangkan agar pihak berkuasa menembak penagih dan pengedar dadah di negara ini.
Katanya, apa saja tindakan yang mahu diambil oleh pihak berkuasa harus berlandaskan undang-undang dan peraturan.
"Saya rasa MP Kinabatangan ini dia emosional.
"Kita tak boleh emosional dalam memberi pandangan dan apa jua tindakan. Apa-apa tindakan mesti berlandaskan peraturan dan undang-undang," kata Khalid pada sidang media di ibu pejabat polis daerah (IPD) Bukit Aman, Kuala Lumpur hari ini.
Bung Moktar semalam mencadangkan penyelesaian drastik bagi membendung masalah salah guna dadah di negara ini.
Beliau mengketengahkan cara Brazil menangani masalah itu tanpa membawanya ke mahkamah, tetapi mengarahkan polis yang menyamar supaya menembak penagih dan pengedar dadah.
Hasilnya, kata Bung masalah itu selesai.

Haluan terbuka terima pakatan vs haluan tertutup munculkan Amanah, kata Pahrolrazi


Pahrolrazi anggap Amanah muncul sebagai penerus legasi Tok Guru Nik AzizPahrolrazi anggap Amanah muncul sebagai penerus legasi Tok Guru Nik Aziz
Kewujudan dua pendekatan yang dinamakan haluan terbuka menerima kaedah mengadakan pakatan dengan pihak di luar parti dan haluan tertutup yang berfahaman sebaliknya adalah punca wujudnya dua polar dalam Pas yang akhirnya menimbulkan perselisihan yang berakhir dengan kemunculan parti baru bernama Parti Amanah Negara (Amanah).
Demikian penjelasan yang diberikan anggota pimpinan nasional Amanah, Datuk Pahrolrazi Zawawi dalam satu dialog di Kota Bharu.
Menurut beliau, Pas satu ketika telah menjadi satu parti besar yang disertai oleh pelbagai latar belakang masyarakat negara ini sama ada berpendidikan agama atau asalnya mengikuti pendidikan konvensional.
Dari kalangan berpendidikan agama pula katanya ada yang mendapat pendidikan dalam negara dan yang lain belajar di luar negara khususnya Timur Tengah.
"Ini menyebabkan berlaku dua jenis kaedah dalam menjayakan dakwah dan politik Islam berhubung cara berhadapan kumpulan-kumpulan yang tidak bersama gerakan Islam sama ada mereka muslim mahupun bukan muslim.
"Satu pihak mengambil pendirian keras secara pukul borong menganggap orang lain adalah musuh Islam dan satu-satunya cara ialah memasukkan mereka menjadi seperti kita sehingga akhirnya kita menang bila majoriti bersama kita.
"Satu pihak lain pula berpendapat mereka yang di luar kumpulan kita tidak perlu jadi seperti kita untuk berpakat dengan mereka, sebaliknya cukup sekadar bergabung dengan mereka berdasarkan isu-isu yang serupa," katanya.
Dari sinilah munculnya kaedah tahalluf siyasi yang menjadikan Pas berada dalam pelbagai pakatan dan yang paling berjaya Pakatan Rakyat.
Menurut beliau walaupun sejak dulu telah wujud kumpulan keras yang tidak bersetuju jenis pakatan ini, mereka terpaksa tunduk kepada arwah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang begitu memihak kepada pendekatan pakatan dengan pihak lain.
Sekarang katanya kumpulan itu menguasai parti dan mereka membuat pelbagai cara untuk ketepikan idea berpakat dengan pihak lain menjadikan parti akhirnya bertelagah, pecahbelah dan kemunculan Amanah sebagai parti Islam baru.

BETULKAH UMNO BERANI PECAT MUHYIDDIN, MUKHRIZ DAN SHAFIE SEBELUM 18 JUN INI?

Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor dilaporkan akan mencadangkan pemecatan Muhyiddin Yassin dan Mukhriz Mahathir dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang akan diadakan hujung bulan ini.

Beliau berkata, pihaknya sudah pun mempunyai laporan daripada Jawatankuasa Disiplin UMNO berkenaan tingkah laku Muhyiddin dan Mukhriz.

Pada saya, saya mahu pecat mereka, katanya lagi.
Bagaimana pun, menurut Tengku Adnan, Shafie Apdal mempunyai harapan untuk terlepas daripada sebarang tindakan kerana tidak dilihat bersama dengan pembangkang.

Sebelum ini, orang yang paling ghairah mahu mencadangkan pemecatan Muhyiddin, Mukhriz dan Shafie ialah Nazri Aziz, malah sudah beberapa kali beliau menyebut mengenainya.

Empat hari lalu, Nazri sekali lagi mengulanginya dengan berkata, "Tetap (akan bawa usul pemecatan), apabila saja diberitahu tarikh mesyuarat MT, saya akan bawa usul untuk buang mereka."

Bagaimanapun, berbeza dengan Ku Nan yang menyifatkan Shafie masih ada harapan untuk terlepas daripada tindakan, Nazri sebaliknya menganggap Naib Presiden UMNO itu sudah melanggar peraturan parti apabila turut hadir bersama-sama Tun Mahathir dalam program Bicara Isu Semasa di Jitra, Kedah, baru-baru ini.

Kata Ahli Parlimen Padang Rengas itu, Mahathir sekarang sudah berada di pihak pembangkang dan kehadiran Shafie dalam program tersebut menunjukkan beliau juga sudah melampau batas serta perlu ditendang keluar daripada UMNO.

Kenapa Ku Nan dan Nazri kelihatan seolah-olah saling berebut untuk mencadangkan pemecatan Muhyiddin, Mukhriz dan Shafie?

Mengapa perlu Ku Nan juga mahu mencadangkan pemecatan itu sedangkan beliau tentunya tahu bahawa Nazri sudah  beberapa kali menyebut secara terbuka akan membawa usul tersebut?