Isnin, 16 Mei 2016

'Deklarasi Rakyat bawa perpecahan Pakatan Harapan'

'Deklarasi rakyat bawa perpecahan Pakatan Harapan'
KUALA LUMPUR - Deklarasi Rakyat tidak mengubah apa-apa Sebaliknya  membawa perpecahan kepada Pakatan Harapan (PH).
Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Arutchelvan berkata, ini terbukti apabila Deklarasi Rakyat yang disertai oleh pemimpin Pakatan Harapan telah menyebabkan parti-parti pembangkang dalam PH  berpecah belah.
"‎Deklarasi Rakyat bukan Deklarasi Rakyat sebaliknya Deklarasi Elit ia deklarasi cetek dan cacat...kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad  memecahkan kita dimana seorang didaktor diangkat oleh rakyat mana logiknya.
"‎Kehadiran Mahathir juga telah memecahkan kita, PKR pecah dua DAP pecah dua, kita NGO berpecah," katanya dalam Debat Perdana Deklarasi: Mana Pergi Rakyat? di Dewan Perhimpunan Perniagaan Cina Kuala Lumpur hari ini.
Dakwanya oleh itu, Deklarasi Rakyat tidak mengubah apa-apa, sebaliknya membawa 'malapetaka' kepada PH.
"Deklarasi rakyat tidak mengubah apa-apa ia hanya menghancurkan kita,"katanya.
Debat Perdana di anjurkan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) membabitkan bekas Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga; bekas Naib Ketua Pemuda Umno Batu Kawan, Datuk Khairuddin; Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad (penyokong Deklarasi Rakyat) sementara bagi pembangkang Deklarasi Rakyat diwakili Aktivis Asalkan Bukan Umno (Abu), Haris Ibrahim dan Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin.

DERMA 2.6B: JAWAPAN TAMBAH PENING

Putera Sultan Abdulaziz, anak Raja Arab Saudi yang memerintah sekarang iaitu Raja Salman Abdulaziz Al-Saud yang juga Menteri Pelancongan Arab Saudi berkata, beliau tidak boleh mengulas secara spesifik berkaitan derma RM2,600 juta yang diterima oleh Najib Razak sebelum pilihanraya 2013 lalu.

Najib mengatakan wang yang diterimanya adalah derma politik daripada keluarga Diraja Arab Saudi dan ia kemudian turut disahkan oleh Peguam Negara, Apandi Ali.
"Saya benar-benar tidak tahu latar belakang isu ini, bukan saya mahu mengelak tetapi saya benar-benar tidak ada latar belakang.

"Ini isu dalaman Malaysia dan saya pasti anda akan selesaikannya," kata beliau ketika bercakap dengan media yang turut dihadiri oleh Nazri Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan.

Sebagai analogi mudah, katalah pihak yang berkaitan dengan Istana atau kerajaan Malaysia telah heboh diperkatakan di seluruh dunia memberikan derma  dan jika derma itu memang benar-benar sebagai derma, apakah mungkin menteri negara kita sanggup memberikan reaksi seperti di atas?

Tidakkah derma itu sepatutnya sesuatu yang mudah untuk diakui, kalau pun tidak mahu membanggakannya?

Cuma perlu katakan ya atau tidak saja.

Kenapa menterinya yang juga merupakan salah seorang anak Raja Arab Saudi boleh mengatakan beliau tiada latar belakang mengenai derma itu sambil tergamak menyebut ia adalah isu dalaman Malaysia?

Mengapa beliau tak mahu mengakui wujudnya derma tersebut jika ia benar-benar sebagai derma?

Lagi pula jumlahnya bukan RM2.60 sen yang menyebabkan ia malu untuk diakui secara terbuka, tetapi RM2,600 juta. 

Pening lagi Najib dibuatnya....

Pilihanraya untuk membela rakyat bukan menunjuk hebat

Oleh RAJA KAMARUL BAHRIN SHAH 

Pilihanraya Sarawak sepatutnya membuka mata seluas luasnya semua pihak terutamanya pembangkang tentang apa yang patut di beri keutamaan.

Apa yang paling penting semua pihak mesti menundukan 'Ego' masing masing dan mempersadakan kepentingan rakyat yang makin keliru.

Kalau masing-masing terlalu asyik dengan kepentingan dan kehebatan diri serta parti sendiri rakyat akan terus keliru.

Hanya Allah yang maha agung dan sempurna dan kita semua adalah hambanya sahaja. Lagi cepat kita sedar dan insaf dengan sifat kehebatan diri lagi baik untuk rakyat yang kian menderita.

Tiada parti atau individu yang sempurna dan pihak pembangkang memerlukan satu antara lain. Semangat berpasukan diamalkan sejak zaman Rasulullah s.a.w. dalam menghadapi musuh. Setiap individu mempunyai keistemewaan tersendiri kurniaan Allah s.w.t. dan kerana itulah kita di ciptakan untuk ujud dalam satu masyarakat bersaudara.

Tiada puak atau individu patut merasa dirinya sempurna dan banyak kelebihan. Oleh itu pembangkang perlu bersatu dan mengenepikan perbezaan ideologi yang sempit dan kepentingkan diri.

PRN Sarawak telah menunjukkan akibat buruk kesan persengketaan sesama pembangkang. Pertindihan kerusi sesama pembangkang di kesali oleh rakyat.

Kepentingan peribadi serta parti mesti diketepikan. Pakatan Harapan telah di tubuh untuk menyatukan pembangkang termasuk Pas yang telah dijemput pada awal dahulu lagi dan masih berperluang bersama.

PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar amat kritikal untuk pembangkang menjelang PRU 14. Gesaan Menteri Umno Dato Seri Nazri Aziz pada 10 Mei supaya Pas bertanding di Kuala Kangsar dan bertembung dengan wakil Pakatan Harapan dalam pertandingan tiga penjuru bersama Umno menunjukkan pertembungan ini yang Barisan Nasional (BN) harapkan yang akan terus merosakkan dan menghancurkan pembangkang.

Inilah Tanahairku...

'Kerajaan tidak perlu menerangkan kenapa DAN beri sebab halang Maria ke luar negara' -kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

BN tak pandang mudah PRK Sungai Besar, Kuala Kangsar

BN perlu bekerja keras walaupun pembangkang kini bertelagah merebut tempat untuk meletakkan calon.
hishamuddin-BN
KUANTAN: Barisan Nasional (BN) tidak memandang mudah laluan Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar walaupun pembangkang kini bertelagah merebut tempat untuk meletakkan calon di kerusi itu.
Menegaskan demikian, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata BN akan menggerakkan jentera parti sebaik-baiknya bagi memastikan kemenangan dan mengekalkan penguasaan parti di dua kerusi berkenaan.
“Jangan fikir kita ini kuat sangat bila rumah tangga orang bermasalah. Tapi kalau dia (pembangkang) tak dapat selesaikan masalah dalaman mereka, dia akan jadi seperti di Sarawak.
“Kita akan berkerja keras memastikan calon kita diterima rakyat. Itu taktik yang digunakan BN sejak dahulu,” katanya selepas menyaksikan Demonstrasi Network Centric Operations (NCO) dan Satelit X-Band Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini, hari ini.
Beliau menegaskan BN juga tidak akan terbawa-bawa dengan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menggesa rakyat menolak calon BN pada pilihan raya itu.
“Saya tak boleh paksa sesiapa untuk jangan bercakap. Dia (Dr Mahathir) boleh bercakap apa sahaja, tapi yang penting kita pastikan jentera kita bergerak bagi memastikan calon kita menang.
“Masa dia (Dr Mahathir) PM (perdana menteri) kita dikerahkan untuk pastikan calon BN menang tapi sekarang sudah berubah pula. Bagaimanapun ini tidak menjejaskan persiapan kita untuk menang di kedua-dua PRK,” katanya.
Pada Sabtu lalu, Dr Mahathir yang berucap pada Majlis Bersama Pemimpin Deklarasi Rakyat, Selamatkan Malaysia di Stadium Melawati, Selangor menggesa supaya rakyat memenangkan sesiapa sahaja calon yang menentang BN pada PRK itu.

PKR 5 kembali ke pangkuan Kerajaan DAP?

ADUN Kebun Bunga menyokong terhadap Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang, selepas episod ketegangan dengan kerajaan negeri tahun lalu.
PTMP-1
GEORGE TOWN: Setelah hampir enam bulan selepas ‘diceraikan’ oleh pimpinan kerajaan negeri, salah seorang daripada PKR 5 menyuarakan sokongan padu kepada rancangan penambakan laut tahun oleh kerajaan pimpinan DAP.
Cheah Kah Peng (PKR-Kebun Bunga) berkata, beliau dan empat ADUN PKR lain pada mulanya berkecuali daripada mengundi kerana bimbang akan soal ketelusan projek itu.
Namun setelah diberi pertimbangan yang panjang, mereka yang digelarkan sebagai PKR 5 itu akan menyokong apa sahaja usul yang dibawa oleh kerajaan pimpinan DAP, asalkan membawa kebaikan kepada warga Pulau Pinang.
“Kami sentiasa menyokong Pelan Induk Pengangkutan,” jelas Kah Peng, “tetapi dengan syarat lebih rundingan awam, kos yang munasabah, pembangunannya mapan, dan tidak dibuat secara tergesa-gesa dan membebankan kerajaan negeri dari segi kewangan,” katanya dalam perbahasan menjunjung kasih titah Yang di-Pertua Negeri hari ini.
Ini merupakan kali pertama salah seorang daripada lima Adun itu menyuarakan sokongan kepada kerajaan negeri, selepas pertelagahan antara mereka dan rakan-rakan sepakatan di Dewan Undangan Negeri tahun lalu.
Pertelagahan bermula selepas PKR 5 mengambil sikap berkecuali dalam usul penambakan laut yang dibawa Muhammad Farid Saad (BN-Pulau Betong) pada hari terakhir sesi perbahasan DUN 27 November lalu.
Tindakan mereka disifatkan sebagai pengkhianatan oleh kerajaan pimpinan DAP, dan ekoran itu, Kah Peng dan Ong Chin Wen (PKR-Bukit Tengah) dipecat daripada jawatan pengarah di syarikat berkaitan kerajaan negeri.

Najib sembang isu-isu dipolitikkan kaburi kejayaan Malaysia


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata realiti kisah kejayaan berterusan ekonomi Malaysia sering dikaburi pelbagai isu yang terlalu dipolitikkan.
Beliau berkata ini disebabkan oleh usaha beberapa individu yang cuba memberi gambaran yang berbeza mengenai Malaysia untuk kepentingan mereka sendiri sedangkan asas ekonomi negara berterusan kukuh.
 "Politik sentiasa rancak di negara kami, tetapi jika isu-isu terlalu dipolitikkan - sebagaimana yang berlaku - realiti kisah kejayaan berterusan Malaysia sukar dilihat," kata beliau pada Malaysia-United Kingdom Investor Showcase di Marlborough House, Pall Mall, di London pada Isnin.
Showcase sehari itu yang disasarkan untuk menarik pelabur termasuk pengurus dana untuk melabur di Malaysia, telah dihadiri oleh 188 syarikat Britian dan 34 syarikat Malaysia.
Pengerusi Majlis Perusahaaan dan Pelaburan Komanwel (CWEIC) Lord Marland, Setiausaha Agung Komanwel Patricia Scotland, Menteri Perdagangan dan Pelaburan UK Lord Price, wakil-wakil kanan dan pegawai kerajaan menghadiri pameran anjuran Lembaga Pembangunan pelaburan Malaysia dan CWEIC itu.
Perdana Menteri berkata Malaysia terus berdaya tahan sebagaimana yang dapat dibuktikan dengan kedudukan negara yang semakin kukuh selepas setiap krisis.
Najib yang juga Menteri Kewangan memberi jaminan bahawa Malaysia berada pada landasan untuk berubah menjadi ekonomi yang lebih inklusif dan mampan yang akan lebih baik untuk menangani kejutan luaran.
"Pertumbuhan tahun lepas adalah lima peratus dan didorong terutamanya oleh sektor swasta, yang menyumbang 69.2 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK).
"Ini menunjukkan keyakinan pelabur swasta terhadap negara dan masa depan kami.
"Antara 2009 dan 2015, pelaburan langsung asing kami berkembang lebih 22 peratus setahun manakala pendapatan negara kasar meningkat hampir 50 peratus, 1.8 juta pekerjaan diwujudkan dan inflasi kekal rendah," kata beliau.

Kit Siang minta maaf kepada pengundi Gelang Patah kerana digantung Parlimen, akan terus bangkit skandal 1MDB


Kit Siang Kembali ke Parlimen
JOHOR BAHRU, 16 MEI: Lim Kit Siang ‘memohon maaf’ kepada pengundi di Gelang Patah di sini semalam berikutan penggantungan Parlimen selama enam bulan yang dikenakan terhadapnya berikutan kritikan lantangnya berkaitan skandal 1MDB akhir tahun lalu.
Beliau yang juga Ketua Parlimen DAP kembali menyambung tugasnya di Parlimen hari ini setelah tamat tempoh penggantungan tersebut.
“(Saya digantung) bukan kerana saya mencuri, merompak, membunuh, atau melakukan rasuah, tetapi hanya kerana saya mahu Perdana Menteri untuk menjawab dua soalan mudah,” kata Ahli Parlimen Gelang Patah itu.
Dua soalan yang ingin diketahui beliau bersama jutaan rakyat Malaysia adalah dari mana datangnya wang 1MDB, dan ke mana ia telah dibelanjakan, dan kedua-dua persoalan itu masih belum dijawab dengan fakta dan bukti oleh pihak kerajaan Barisan Nasional.
Gelang Patah merupakan destinasi terakhir jelajah ceramah ‘Pantang Undur’ yang dijayakan oleh Kit Siang sejak enam bulan lalu di mana beliau telah melawat 130 kawasan Parlimen di negara ini.
Tujuan jelajah ceramah itu adalah untuk memperjelaskan kepada rakyat mengenai isu skandal yang melibatkan 1MDB dan skandal ‘derma” Najib Razak, serta kesannya kepada masyarakat dan generasi akan datang.
Beliau yang merujuk siasatan berkaitan ‘derma’ RM4.2 billion yang melibatkan Perdana Menteri dan skandal kewangan RM55 bilion syarikat sarat hutang 1MDB yang diasaskan Najib itu, mencadangkan supaya Parlimen melakukan empat perkara penting bermula hari ini, iaitu:

Cabaran UMNO di dua PRK

Oleh Zulkiflee Bakar
GENAP 13 bulan sejak 7 Mei 2015, arena politik negara bakal menyaksikan dua Pilihan Raya Kecil (PRK). Kali ini di dua kawasan Parlimen, di dua buah negeri yang diperintah oleh dua parti berbeza iaitu PKR dan UMNO.

Kerusi pertama di Sungai Besar, Selangor manakala kerusi kedua di Kuala Kangsar, Perak. Dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) Barisan Nasional (BN) menguasai kedua-dua kerusi itu dengan majoriti 399 undi dan 1,082 undi.
Tradisinya, kedua-dua kerusi itu menyaksikan pertembungan antara UMNO dan Pas. Bagaimanapun senario politik yang berbeza termasuk perbalahan dalam kalangan parti-parti pembangkang memungkinkan pertarungan di kedua-dua kerusi Parlimen tersebut amat menarik untuk diperhatikan.
Perlu diakui sama ada UMNO mahupun pembangkang masing-masing mempunyai kekangan tersendiri apabila turun ke gelanggang mulai hari penamaan calon pada 5 Jun diikuti pengundian pada 18 Jun.
UMNO mempunyai tanggungjawab besar dan cabaran getir bagi mempertahankan kedua-dua kerusi tersebut. Jumlah undi majoriti yang diperolehi oleh Allahyarham Noriah Kasnon di Sungai Besar dan Allahyarham Datuk Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad di Kuala Kangsar membuktikan BN bukanlah berada dalam kedudukan selesa untuk mempertahankan kedudukannya.
Pakatan pembangkang sudah pasti akan membangkitkan pelbagai isu dengan tujuan meraih sokongan rakyat. Pelbagai dakwaan, tohmahan dan mengungkit isu-isu lama pasti akan menjadi "peluru" dalam usaha mereka merampas kedua-dua kerusi tersebut.
Atas sebab itulah, UMNO perlu bekerja keras terutamanya dalam memastikan segala masalah dalaman dapat dielakkan dan calon yang dipilih benar-benar mampu menarik hati rakyat.
Di Kuala Kangsar sudah wujud kebimbangan bahawa apa yang berlaku di Parlimen Bukit Gantang dalam pilihan raya umum akan berulang. Apatah lagi sudah ada desas-desus di peringkat kepemimpinan bahagian ada individu cuba menjadi "taiko" dengan "memadamkan" individu-individu yang dilihat layak dipertimbangkan menjadi calon.
Kalau benarlah senario ini berlaku, ia bukanlah satu petanda yang baik untuk UMNO. Atas sebab itulah, kepemimpinan pusat perlu bertegas dalam soal ini dan tidak lagi bertolak ansur dengan mana-mana pemimpin di peringkat bahagian yang melakukan tindakan yang boleh menjejaskan peluang BN mempertahankan kerusi tersebut.
Sokongan rakyat

Politik simplistik Nik Amar tidak untungkan Pas

Oleh Mohd Sayuti Omar
Penganalisa dan pemerhati politik yang baharu pertama kali mendengar atau mengikuti bagaimana cara Mohd Amar Nik Abdullah (Nik Amar) berpolitik (mengeluar kenyataan dan pandangan) mungkin menganggap beliau seorang ahli politik moden yang canggih. Memang bagi generasi baharu suka cara politik "berus" Nik Amar.

Sebaliknya mereka yang sudah lama mengikuti pemangku MB Kelantan ini berpolitik, atau mengikuti kenyataan politiknya yang simplistik serta menilai sejauh mana ilmu siasahnya akan tersenyum panjang dan tidak berasa apa-apa kepelikan kepada apa yang berlaku. Itulah bahasa politik Adun Panchor ini.
Kenyataan berupa kritikan Nik Amar kepada kumpulan serpihan Pas yang kini telah menubuhkan Parti Amanah Negara, dalam satu majlis taklimat, sesuatu yang dikesalkan dan menggambarkan tahap tinggi rendah dan dalam tohor cara Nik Amar berpolitik. Karisma dan intelektuasiti politiknya tergambar dalam tingkah laku dan kenyataan politiknya seperti itu.

Dalam usaha beliau menyerang Amanah bagi memastikan penyokong Pas dan rakyat Kelantan tidak memberi perhatian kepada kewujudan Amanah, Nik Amar telah memberi amaran (berupa ugutan - predection) awal-awal lagi dimana sekiranya Pas kalah di Kelantan dalam pilihan raya akan datang, kekalahan itu ialah disebabkan Amanah. Amanah bertanggungjawab atas keruntuhan kerajaan peninggalan Tokguru Nik Aziz.

Beliau membuat terjemahan dan definasi tujuan Amanah menyertai pilihan raya menyebabkan berlaku pertandingan tiga penjuru, antara Pas, Umno dan Amanah, adalah satu strategi yang sengaja dilakukan Amanah untuk mengalahkan Pas? Begitu bacaan buruk Nik Amar dalam menghadapi risiko itu. Apakah sejauh itu busuk dan cemarnya Amanah kepada Pas, sedang sebahagian mereka dalam Amanah itulah yang berperang dengan Umno selama ini bagi memastikan kelangsungan Pas memerintah Kelantan.

Paling mengejutkan, Nik Amar juga meletakkan tanggungjawab itu kepada Amanah sehingga parti itu kena menjawab di hadapan Allah di Mahsyar kelak. Bagi Nik Amar, Amanah adalah pengkhianatan dan kewujudan dan peranannya tidak ada setitik pun kebaikan. Tidak perlu beliau mendoktrinkan ahli begitu jauh sekali, seolah-olah Pas bebas daripada dosa dengan Allah.

Indah dan mantap mendengar kenyataan ataupun ulasan Nik Amar itu. Ia memberi tafsiran kepada umum bahawa kekalahan itu kelak, sedikit pun bukan di atas "keagahan" dan kebabilan Pas dalam berhadapan dengan Umno. Kenapa dikatakan begitu, kerana Amanah telah lebih sekali menawarkan diri untuk bersama Pas mempertahankan kerajaan peninggalan Tokguru, tetapi ditolak mentah-mentah oleh Pas, khasnya Nik Amar. Bahkan tawaran dibuat oleh Amanah itu dipersenda-sendakan dan diperolok-olokkan oleh Nik Amar. Amanah dilihat lebih "beruk" daripada Umno.

Malahan dengan tegas dan "action" beliau mengatakan Pas sedia kalah daripada berpakat dengan Amanah. Itu sebuah kata-kata yang sombong dan bongkok tidak seharusnya keluar dari kerongkong ahli politik yang sepatut berlunak sepanjang masa. Kalau pun Amanah tidak dapat memberi secerbis kebaikan, tetapi kehadiran dari rahim demokrasi perlu dihormati.

Cara Nik Amar berpolitik sangat simplastik dan suka memberi jawaban-jawaban, menyalahkan orang lain dan menganggap diri sendiri maksum. Cara dan tindakan Nik Amar juga jauh daripada perangai dan fiil seorang ahli politik sejati yang bertolakansur, berdiplomasi, merendah diri serta penuh berstrategik.

Malaysia teruskan ratifikasi TPPA ketika sentimen tentangan berleluasa di AS

Rebecca Fatima Sta MariaRebecca Fatima Sta Maria
Kerajaan akan meneruskan semua mesyuarat berkaitan proses ratifikasi Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) biarpun sentimen anti-TPPA dilaporkan berleluasa di Amerika Syarikat (AS).
Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tan Sri Dr Rebecca Fatima Sta Maria menegaskan, kebimbangan baharu di AS tidak bermakna semua rundingan berkaitan TPP di peringkat Malaysia, akan dibatalkan.
"Saya rasa ia (sentimen) menjadi bahan perbincangan semua pihak (TPPA) sekarang ini. Kita juga tidak dapat meramalkan apa yang bakal berlaku di AS.
"Memang ada banyak kekecohan mengenainya. Kita hanya dapat membiarkannya dan menunggu perkembangan seterusnya di AS," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di luar persidangan Hab Pengetahuan dan Penyelidikan Bank Dunia bertemakan 'The Rise of the South at a Crossroad: A View from East Asia and Latin America' (Dilemma Kebangkitan Blok Selatan : Pandangan Asia Timur dan Amerika Selatan), di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Sta Maria berkata barisan ketua perunding dan menteri berkaitan dijangka mengadakan rundingan peringkat dalaman mengenai perkara itu di luar acara Mesyuarat Kerjasama Menteri Ekonomi Asia Pasifik di Lima, Peru pada November depan.
"Kita sudah bersetuju mengenainya (mesyuarat peringkat kebangsaan) dan Kabinet juga bersetuju mengenai penubuhan satu jawatankuasa pelaksana TPPA di peringkat kerajaan.
"Momentum itu sememangnya ada. Oleh itu, kita hanya mengadakan mesyuarat biasa dengan pihak pelaksana untuk melakukan apa yang telah diputuskan sebelum ini. Kita akan meneliti aspek kerangka kawal selianya, pindaan undang-undang berkaitan serta semua proses dan prosedur yang terbabit," katanya.
Sta Maria berkata, mesyuarat pertama dipengerusikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, dijadualkan pada minggu depan dan melibatkan semua pihak dan kementerian berkaitan.

‘Kebencian terhadap Najib dorong Mahathir bertindak sejauh ini’ - Syed Ali


Seorang pemimpin bahagian Umno adalah yang terbaru untuk menyatakan kekecewaan dengan tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad yang meminta pengundi menolak BN pada pilihan raya kecil akan datang.
 Datuk Seri Syed Ali Alhabshee mengakui bahawa beliau tidak pernah membayangkan bekas perdana menteri itu akan bertindak sejauh itu kerana beliau sejak sekian lama dalam perjuangan Umno.
“Ini barangkali kerana sikap benci beliau terhadap Najib," katanya dalam blog post.
Ketua Umno Cheras itu berkata sesetengah pihak yang berpendapat Mahathir yang juga adalah bekas presiden Umno paling lama dalam sejarah politik tanahair membuat saranan sedemikian kemungkinan terpengaruh dengan elemen peribadi.
Apa pun tanggapannya, Syed Ali berkata, tidak wajar bagi Mahathir untuk berkelakuan seperti "jurucakap" parti pembangkang.
"Saya diberitahu, ramai orang terutama ahli-ahli Umno di peringkat akar umbi amat kecewa dan tidak senang terhadap perlakuan Dr Mahathir yang menonjolkan diri sebagai jurucakap pembangkang untuk menentang Umno pada pilihan raya kecil di Sungai Besar dan Kuala Kangsar," katanya.
Tambahan pula, beliau berkata, setakat ini parti-parti pembangkang tidak pernah mewakilkan kepada Mahathir untuk berkempen untuk mereka di kedua-dua pilihan raya kecil itu.
Syed Ali juga mengingatkan perbuatan seumpama itu dilihat hanya akan merosakkan maruah Mahathir selaku bekas perdana menteri.
"Saya bimbang kelak rakyat akan menuduh Dr Mahathir sebenarnya yang sengaja memusuhi Najib sehingga mahu pengundi menolak Umno sedangkan dalam masa yang sama orang terdekat dengan beliau masih lagi menjadi ahli Umno," katanya.
Beliau yang juga adalah setiausaha badan perhubungan Umno Wilayah Persekutuan juga menyifatkan kenyataan Mahathir itu sebagai hanya pandangan peribadi yang tidak akan mempengaruhi pengundi di kawasan pilihan raya itu.
Menurut Syed Ali, tidak ada sebab untuk pengundi menyokong calon-calon pembangkang kerana dua ahli parlimen Umno yang terbunuh dalam nahas helikopter di Sarawak baru-baru ini adalah pemimpin akar umbi parti yang menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang menjadi wakil rakyat.
Pilihan raya kecil itu akan diadakan serentak pada 18 Jun, berikutan kematian Datuk Noriah Kason (Ahli Parlimen Sungai Besar) dan Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad (Ahli Parlimen Kuala Kangsar) dalam nahas helikopter di Sarawak.

Rafizi: Surat pedas Anwar berkaitan Dr Mahathir sah


Walaupun dinafikan seorang naib presidennya, terdapat pemimpin kanan lain PKR yang menegaskan surat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyatakan kegusaran dengan langkah Tun Dr Mahathir Mohamad benar-benar wujud.
Surat lapan halaman bertulis tangan itu dikatakan menyentuh penglibatan parti tersebut dalam Deklarasi Rakyat yang diketuai oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Malaysiakini turut menerima salinan surat itu yang berjudul “Warkah dari penjara” daripada seorang pemimpin kanan PKR yang enggan namanya disebut.
Bagaimanapun, berdasarkan semakan dengan Rafizi Ramli, setiausaha agung PKR itu mengesahkan kesahihan surat itu.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut isu itu dan berharap orang ramai membaca dan menilai sendiri kandungannya.
"Surat itu benar. Saya tak nak ulas lanjut. Biar rakyat baca dan buat penilaian," katanya kepada Malaysiakini.
Berikut merupakan kandungan penuh surat tersebut:
Saudara-saudara, presiden, timbalan dan rakan-rakan pimpinan yang dikasihi.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Permasalahan yang akan saya utarakan perlu dilacak dan diteliti dengan tenang. Intipati gagasan tidak tersasar dari dasar perjuangan dan konsisten dengan nada lakaran sebelumnya. Kekhuatiran saya adalah jika saudara-saudara sekadar mendengar dengan hormat tetapi gagal membenahinya.

Dalam sejarah perjuangan kita, terdapat episod getir yang menuntut bongkahan pemikiran dan penyuluhan. Permasalahan kini terkait dengan Deklarasi Rakyat yang turut mengheret pimpinan dan wadah kita untuk bersekongkol dengan Tun M dan Daim.
Pandangan saya mungkin bercanggah dengan pendirian majoriti pimpinan. Saya gusar kerana mengandaikan strategi tersebut agak terlanjur dan menggugat sendi nadi dan tunggak perjuangan. Kita perlu menghindari dari bahaya terjebak dengan permainan elit penguasa dan muslihat licik mereka untuk mengekalkan sistem usang. Kendati begitu, ramai rakan-rakan merasakan bahawa strategi baru tersebut ampuh dan terbaik.

Ia dikatakan berjaya memberikan lonjakan baru dengan penggemblengan semua kekuatan yang mungkin untuk menumbangkan Datuk Seri Najib selaku perdana menteri dan selanjutnya menjana perubahan. Mereka yakin untuk mengawal keadaan dan mengelak dari berlakunya sebarang penyimpangan. Pertembungan idea di kalangan kita mengusutkan memang perlu dirungkai tanpa mengundang perbalahan atau persengketaan peribadi.
Saya amalkan pendirian yang sama tatkala menyingkap inisiatif penandatangan akuan bersumpah bersama Tengku Razaleigh yang kini terkubur. Saya dan pimpinan telah memberikan persetujuan meskipun saya pohon kewaspadaan untuk kembali menegakkan dasar dan khittah perjuangan.
Kita juga tidak wajar mengungkit kebijaksanaan pimpinan menyertai dan menandatangani Deklarasi Rakyat (DR). Dalam beberapa warkah sebelumnya, saya terus menggesa pimpinan agar waspada dengan politik elit penguasa dan keperluan mempertahan dasar perjuangan. Persoalan sekarang adalah menentukan hala tuju seterusnya.

Saya lebih cenderung memilih tidak dilihat berpadu dengan kelompok DR, yakni dengan mula menetapkan jarak. Di sebaliknya kita perlu memperhebat dan memesatkan kempen menjana perubahan, menjadi pembela rakyat yang tertekan akibat kecelaruan dan salah urus ekonomi negara; selaras dengan dasar dan gagasan yang kita gendong selama ini. Kelompok DR, termasuk Tun M mungkin saja menyertai program tersebut tetapi perlu ketara agenda perubahan dan bukan DR. Izinkan saya jelaskan selanjutnya:
Saya pernah mempersoalkan dengan penuh kesangsian – ketika perbualan ringkas di mahkamah berkenaan mengapa kesungguhan kempen untuk mengangkat deklarasi yang menafikan kepentingan moral untuk reformasi terhadap demokrasi yang beramanah democratic accountability? Terima kasih kerana maklum balas segera dan nota-nota penjelasan.

Pelancaran DR adalah seolah-olah seperti telah ditetapkan tanpa boleh dirunding atau fait accompli. Hanya setelah desakan daripada pimpinan NGO pada saat-saat akhir, sebahagian daripada pandangan kita dimasukkan, hanya sekadar mencantikkan deklarasi. Secara dasarnya, ia kekal sebagai dokumen Tun M, cacat dan tidak selari dengan pandangan dari sudut reformasi.

Ia hanya menumpukan kepada pengunduran Datuk Seri Najib sebagai perdana menteri susulan skandal 1MDB. Ini adalah jelas jauh terpesong daripada raison d’etre atau asas perjuangan kita; untuk kebebasan dan keadilan, kedaulatan undang-undang, melawan salah guna kuasa dan rasuah, dan keadilan untuk semua!
Pimpinan dilihat seperti terpesona dan berpuas hati dengan jaminan bahawa segala tuntutan akan ditangani setelah pengunduran Najib. Ini mengingatkan kembali kepada komplot ‘penguasa elit’ yang saya terangkan sebelum ini. Ia adalah secara jelas menguntungkan yang kaya dan yang berkuasa manakala rakyat akan terus dipinggirkan. Kita hanya baru sahaja terlibat dengan ‘akuan bersumpah – kemelut SD'. Jaminan yang sama diberikan secara tertutup.

Dan dalam keterujaan atau keterdesakan untuk mengubah tampuk kepimpinan negara, kita berikan komitmen. Sekarang ia menjadi bahan sindiran dan memalukan, khususnya apabila Ku Li sendiri menafikan keterlibatan beliau dan menganggap rancangan tersebut sebagai tidak masuk akal. Beliau licik mempergunakan SD ini untuk meletakkan diri beliau sebagai calon kompromi apabila berlaku pertembungan atau kebuntuan antara Zahid dan Hisham. Saya bingung bagaimana ada di kalangan kita dalam Pakatan Harapan yang terus meletakkan harapan agar ‘perubahan’ boleh berlaku melalui tipu muslihat.
Dan kini, meneruskan gerakan tersebut, yang dipimpin oleh mereka daripada kelompok penguasa atau pemerintah, kita bersungguh-sungguh memberi sokongan kepada usaha baru ini, digambarkan seolah-olah sebagai strategi inklusif – rakyat. Hanya satu penjelasan yang boleh diterima iaitu tindakan terdesak. Kita terdesak untuk angka sokongan – yang sebenarnya adalah demi kepentingan dalam politik tanpa sekelumit rasa bersalah.
Kita kena berlaku jujur. Kita terlibat dalam kedua-dua inisiatif dan bersetuju agar Johari Abdul mewakili kita dalam inisiatif SD manakala Azmin Ali, Tian dan Rafizi menyertai dalam inisiatif DR. Tetapi saya sentiasa mengelak daripada menggunakan terma menyokong dan komitmen. Ia meresahkan untuk melihat pimpinan kita menjadi sebahagian daripada pasukan dengan seorang pemimpin yang zalim dan paling korup sebagai mantan menteri kewangan!

Seorang peguam kanan memaklumkan kepada saya beliau memerhatikan bagaimana pemimpin-pemimpin ini terpegun dan merendah diri dalam kehadiran bekas autokrat dalam program terbuka seolah-olah masih tersekat dengan budaya feudal. Walaupun dengan kepetahan Azmin, Ambiga dan Mat Sabu yang lantang dan meyakinkan, pengolahan agenda reformasi hanya menjadi isu sampingan.

Jangan terpedaya dengan menganggap kenyataan-kenyataan mengutuk kezaliman yang melampau ketika waktu pemerintah Tun M akan mampu mengajak beliau untuk melakukan perubahan yang sistematik. Beliau terkenal dengan kecekalan, begitu tertumpu dengan agenda beliau yang sukar digugat. Ketakutan yang sentiasa menghantui diktator dan autokrat adalah pendedahan jenayah-jenayah yang dilakukan dan berbilion-bilion wang yang dicuri.
Sifat ihsan dan berlapang dada terhadap Tun M tidak pernah dihargai. Bukan sahaja tidak menyesal, beliau menunjukkan sifat terkutuk dalam diri beliau dengan meneruskan serangan peribadi. Penghinaan ini sedihnya tidak dibela oleh rakan-rakan yang saya letakkan kepercayaan. Saya beranggapan kalian lebih mementingkan untuk mempertahankan usaha sama dan kepentingan dengan Tun M.

Isu kerusi Dun Bandar, PKR kata Pas mabuk

Isu Dun Bandar Azan sifatkan Pas mabukIsu Dun Bandar Azan sifatkan Pas mabuk
PKR Terengganu menyifatkan Pas negeri itu sebagai orang yang sedang mabuk dan tidak perlu dilayan ekoran kenyataan Pas yang mahu bertanding di Dun Bandar, satu-satunya kerusi milik PKR di Terengganu.

Adun Bandar Azan Ismail berkata, kenyataan Pas itu tidak perlu dilayan.

“Usah dilayan orang sedang mabuk dan kemaruk nak kerusi dan isteri-isteri.

“Orang tua-tua dah nasihat jangan layan orang gila nanti jadi gila sama,” katanya ketika dihubungi Malaysia Dateline.
Sabtu lalu, timbalan pesuruhjaya Pas Terengganu Yahaya Ali, seperti dilaporkan Buletin Online berkata, berdasarkan maklumat yang diperoleh Pas negeri, kerusi Dun Bandar wajar ditandingi oleh parti itu pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
“Ada (lawatan yang kita buat) dan kita dapat maklumat dari bilik gerakan, secara peribadinya saya merasakan Dun Bandar sangat patut diberi kepada Pas,” katanya seperti dipetik Buletin Online selepas merasmikan Himpunan Dun Bandar Bersama Masyarakat (BERKAT 1.0) di Chabang Tiga, Sabtu lalu.
Azan yang juga pengerusi perhubungan PKR Terengganu turut membayangkan parti itu akan mempertahankan Dun Bandar dalam PRU akan datang.
Pada PRU 2013, Azan mengalahkan penyandang kerusi Dun Bandar Datuk Toh Chin Wah dari BN dengan majoriti sebanyak 2,159 undi.
Azan mendapat 9,413 undi manakala Toh mendapat 7,254 undi sekaligus menyaksikan Azan merupakan satu-satunya calon PKR yang menang di Terengganu daripada enam kerusi yang ditandingi parti itu.

Mansuhkan dan gugurkan pendakwaan Akta Hasutan

Akta Hasutan mesti dimansuhkan dengan semua semua baki dakwaan di bawahnya perlu digugurkan.
Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata beliau mengalu-alukan keputusan Mahkamah Rayuan hari ini yang mengenepikan hukuman penjara sembilan bulan terhadap Hishamuddin Rais.
Katanya beliau sewajarnya tidak disabitkan langsung sejak dari mula lagi semata-mata kerana bersuara mempertahankan kebebasan dan keadilan.
Isham1-650x340“Beliau sekadar menggunakan hak asasinya termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan sewaktu menggesa pilihan raya baru diadakan ekoran keputusan Pilihan Raya Umum 2013 yang tempang dengan kontroversi.
“Jauh sekali daripada bersifat jenayah, seruan yang sama bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil sewajarnya dibuat mana-mana rakyat Malaysia yang waras dan peduli terhadap kedaulatan undang-undang,” kata Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden KEADILAN dalam kenyataan media.
Beliau berkata hak ini wajib dipertahankan jika Malaysia mahu kekal dianggap sebagai sebuah negara demokrasi.
“Saya menyanjungi usaha Hishamuddin dan BERSIH yang tidak mengenal penat lelah dalam menyuburkan demokrasi di negara ini.
“Pejuang demokrasi perlulah bebas bersuara, namun Akta Hasutan yang menindas ini kekal menjadi penghalang kepada kebebasan bersuara ini,” katanya.

Tolak pindaan Akta sekat kebebasan bersuara- NGO

Gabungan NGO khuatir pindaan tersebut akan mengenakan sekatan undang-undang terhadap hak rakyat mendapat maklumat, terutama berhubung soal politik.
MCMC
PETALING JAYA: Ahli Parlimen digesa menolak pindaan Akta Komunikasi dan Media 1998 yang dijangka akan dibentang pada sesi Parlimen kali ini.
Gesaan itu dibuat oleh gabungan badan bukan kerajaan (NGO) yang khuatir pindaan tersebut akan menyempitkan lagi ruang kebebasan bersuara di Malaysia di samping mengenakan sekatan undang-undang terhadap hak rakyat mendapat maklumat, terutama berhubung soal politik.
“Pindaan ini dibincang dan dirancang ekoran peningkatan kritikan awam terhadap pemerintah melalui platform digital.
“Jika ia diluluskan di Parlimen, beserta pindaan untuk mengetatkan ikat jamin bagi setiap kesalahan di bawah Seksyen 124 Kanun Keseksaan (berhubung kegiatan mengancam demokrasi berparlimen), ia akan mengukuhkan lagi sekatan terhadap media,” kata kenyataan dalam kenyataan bersama NGO terbabit.
Sekatan undang-undang itu juga dijangka membawa kesan buruk kepada ekonomi negara, kerana boleh mengancam ekonomi dalam talian negara yang sedang berkembang selain menyebabkan keengganan pelabur asing melabur.
Antara NGO yang menandatangani kenyataan bersama ini adalah Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ), Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Amnesty International Malaysia, Lawyers for Liberty dan Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER).

Skandal 1MDB: Red Granite ulangi pembiayaannya sah


Red Granite Pictures, syarikat produksi Hollywood yang dikaitkan dengan 1MDB, menegaskan bahawa semua pembiayaannya adalah sah.
Red Granite adalah syarikat yang dimiliki anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak - Riza Aziz.
"Red Granite telah menerima beratus-ratus juta dolar dalam pembiayaan sepanjang enam tahun lepas daripada pelbagai sumber, termasuk bank perdagangan dan pelaburan terkemuka Amerika Syarikat," kata firma itu kepada Bloomberg.
"Untuk pengetahuan, tiada satu pun daripada pembiayaan yang diterima oleh Red Granite dalam apa-apa cara yang tidak teratur atau tidak sah," katanya.
Wall Street Journal (WSJ) melaporkan penyiasat percaya bahawa beberapa dana 1MDB telah dipindahkan ke Red Granite, melalui pinjaman dari firma yang berdaftar di British Virgin Island- Aabar Investment PJS Ltd.
Dana itu digunakan untuk menghasilkan filem Hollywood 'The Wolf of Wall Street'.
1MDB berkata ia percaya ia telah ditipu bagi memindahkan RM3.5 bilion ke dalam Aabar BVI.
Ia sebagai bayaran kepada International Petroleum Investment Corporation (IPIC) di Abu Dhabi untuk menjamin bon 1MDB, tetapi IPIC berkata ia tidak dikaitkan dengan Aabar BVI.
WSJ juga melaporkan Biro Penyiasatan Persekutuan Amerika Syarikat (FBI) sedang menyiasat hartanah mewah berjuta dolar milik Riza di Los Angeles dan New York, sebagai sebahagian daripada siasatan ke atas 1MDB.
Red Granite tidak memberi jawapan kepada beberapa pertanyaan Malaysiakini mengenai perkara itu.

Calon pilihan raya perlu ditapis dahulu, kata SPRM


Setiap calon yang dipilih untuk bertanding pada pilihan raya perlu ditapis sebaik sahaja nama mereka diserahkan parti kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Seri Mustafar Ali berkata ia adalah proses biasa dalam tapisan calon seperti yang dilaksanakan SPRM secara berterusan pada masa ini.
 "Memang biasa dalam soal tapisan calon yang dibuat melibatkan semua parti kerana kita tidak kira siapa. Terpulang kepada pihak berkenaan (parti) untuk menyalurkan maklumat kerana tapisan itu perkara biasa dilakukan pihak kami," katanya kepada pemberita di Kuala Kangsar hari ini.
Beliau diminta mengulas mengenai proses tapisan calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar berikutan kematian anggota parlimennya, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.
Terdahulu, Mustafar menyaksikan majlis menandatangani Ikrar Integriti Korporat (CIP) antara Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS) dan SPRM, di Kuala Kangsar hari ini.
Ia ditandatangani oleh Rektor KUISAS Tan Sri Prof Dr Nordin Kardi dan Pengarah SPRM Perak Datuk Noraziah Abdul Manaf.
Mengenai CIP, Mustafar berkata terdapat lima prinsip dan 10 inisiatif dalam ikrar yang ditandatangani termasuk kod etika antara institusi bersama SPRM bagi mencegah rasuah.
"SPRM mengucapkan tahniah kepada KUISAS kerana komitmen yang jitu dalam memastikan bagaimana urus tadbir dalam institusi dan urusan tadbir mengenai rasuah akan disebar luas kepada pelanggan dan pemegang saham KUISAS.

'Kerajaan tidak perlu beri sebab halang Maria ke luar negara'


Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, kerajaan tidak perlu memberikan sebab untuk menghalang Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah daripada meninggalkan Malaysia.
“Ia adalah kuasa diberikan di bawah Akta Imigresen, kami tidak perlu menerangkan kenapa ... Kami tidak perlu memberikan sebab,” beliau memberitahu wartawan di lobi Parlimen, hari ini.
 Terus diasak mengenai hal yang sama, Nur Jazlan mengelak untuk mengulas lanjut mengenai tindakan kerajaan untuk tidak membenarkan Maria daripada melawat luar negara.
Semalam, Maria tidak melepasi pintu imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur daripada berlepas ke Korea Selatan.
Beliau dijadualkan menerima Anugerah Hak Asasi Manusia Gwangju bagi pihak gabungan itu.
"Tiada penjelasan diberikan kecuali bahawa ia adalah arahan Putrajaya," katanya dalam mesej teks kepada Malaysiakini.
Anugerah Hak Asasi Manusia Gwangju adalah satu anugerah oleh Yayasan Memorial 18 Mei Korea Selatan sebagai mengiktiraf mereka yang memajukan hak asasi manusia, demokrasi dan keamanan.
BERSIH telah dipilih sebagai penerima bersama anugerah itu tahun ini, dengan aktivis Vietnam Nguyen Dan Que.
Sebelum ini, Maria tidak pernah dilarang daripada meninggalkan Malaysia sebelum ini dan telah pergi ke New York, Geneva dan London sebelum pilihan raya negeri Sarawak pada 7 Mei.

PRK Sungai Besar: Amanah sudah hantar tiga nama

SUNGAI BESAR - Parti Amanah Negara (Amanah) Sungai Besar mengakui telah menghantar tiga senarai nama calon kepada Amanah Negeri sebelum diputuskan Amanah Pusat sebagai persediaan sekiranya parti itu bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen itu.
Ketuanya, Azhar Ab Shukur membayangkan tiga nama yang diketengahkan itu adalah terdiri dalam kalangan calon tempatan yang amat dikenali dan mesra pengundi di Parlimen Sungai Besar.
Azhar Ab Shukur Azhar memberitahu, mereka menghantar senarai calon itu dua hari lalu dan tidak boleh mendedahkan nama berkenaan selagi tiada arahan dan perbincangan yang diputuskan bersama antara Amanah dan Pakatan Harapan.
“Soal Amanah akan bertanding pada PRK ini bergantung kepada Pakatan Harapan. Kita tunggu keputusan yang dicapai antara tiga gabungan parti ini dalam waktu terdekat,” katanya kepada Sinar Harian.
Ditanya kesediaan Amanah untuk bertanding tiga penjuru di Parlimen Sungai Besar, Azhar memberitahu, sekiranya Amanah bertanding di kerusi itu, parti itu tidak bergerak bersendirian kerana mendapat sokongan penuh daripada PKR dan DAP.

Gagal capai persetujuan punca tiada TKM Cina?

Adenan ketika itu memilih Kui Hian, bagaimanapun nama ADUN Batu Kawah itu akhirnya digugurkan gara-gara ada pihak yang membantah.
Adenan-Satem,-Sim-Kui-Hian,-Wong-Soon-Koh
PETALING JAYA: Gagal mencapai persetujuan dikatakan punca tiada calon berbangsa Cina dilantik ke jawatan timbalan ketua menteri (TKM) Sarawak.
China Press memetik sumber sebagai berkata, upacara mengangkat sumpah yang dijadualkan berlangsung pada jam 3 petang Jumaat lalu terpaksa ditangguhkan sejam difahamkan berpunca daripada isu pelantikan seorang wakil Cina sebagai TKM.
Menurut sumber itu, nama Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Datuk Prof Dr Sim Kui Hian disebut-sebut sebagai TKM, bagaimanapun ada pihak yang tidak setuju disebabkan pengalaman politiknya tidak cukup luas.
Akhbar berbahasa Cina itu melaporkan seorang lagi calon ialah bekas Presiden Parti Rakyat Bersatu (UPP) dan ADUN Bawang Assan, Datuk Seri Wong Soon Koh yang lebih berpengalaman.
Sumber itu memberitahu akhbar terbabit, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem ketika itu memilih Kui Hian, bagaimanapun nama ADUN Batu Kawah itu akhirnya digugurkan gara-gara ada pihak yang membantah.

'Surat panjang lebar' dari Anwar palsu - PKR


Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin, hari ini, menafikan wujudnya 'surat panjang lebar' dari Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti yang didakwa oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang.
 Sehubungan itu, Shamsul yang juga anggota parlimen Bukit Katil mempersoalkan kewujudan surat tersebut dan menegaskan bahawa Anwar konsisten dengan kandungan Deklarasi Rakyat dan menyokong perkara tersebut.
Malah beliau juga meminta supaya pihak admin Facebook AMK Pulau Pinang bertanggungjawab terhadap kenyataan tersebut bagi mengelakkan kekeliruan.
"Tak timbul soal kesal dan sebagainya. Anwar konsisten dari awal dengan isi kandungan Deklarasi Rakyat dan ia harus didokong. Tak timbul.
"Anwar ini banyak surat. Kita tak tahu surat yang mana satu yang dimaksudkan oleh AMK yang tidak bernama ini. Saya harap kalau betul ia dari AMK Pulau Pinang, pihak admin harus ambil tindakan segera supaya betulkan persepsi yang mungkin akan timbul secara negatif terhadap apa sahaja ikhtiar atau usaha kita untuk berlawan dengan perdana menteri sekarang dan gesa beliau undur," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Facebook AMK Pulau Pinang hari ini menaikkan satu kenyataan yang bertulis:
"Info dari Penjara Sungai Buloh. Maklumat diterima melalui Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan beberapa pimpinan dan dibawa ke pembincangan Mesyuarat Biro Politik Keadilan Pusat. Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim mengutus surat panjang lebar yang dibacakan di Biro Politik malam ini menyatakan kekesalan beliau mengenai keterlibatan melampau parti dan pimpinan di dalam Deklarasi Rakyat, berpesan supaya pimpinan waspada dgn muslihat Mahathir-Daim.
"Pesan Ketua Umum beware the serpent that stings now wears the crown (memetik Shakespeare).

PKR: Pastikan satu lawan satu di Sungai Besar dan Kuala Kangsar

PRU14: Percayalah UMNO, BN akan kalah - Tun M

Derma bukan mahu celarukan politik, kata Raja Salman

Hadi: Pas Tak Takut Bertanding, Kalau Menang Untung

PRK: Pas Sudah Ada Calon 'Bertenaga'

Dua PRK Penanda Aras Pimpinan Najib - Nazri Aziz

Azmin Intelek Tinggi, Jom Kita 'Bertumbuk' - Nazri Aziz

Mahathir Bukan Mahu Tebus Tapi Jual Maruah Melayu - Nazri Aziz

Realiti Sarawak: Derita Pakan tiada bekalan air, elektrik...BN terus berkuasa

Tembak saja penagih macam di Brazil, kata Bung Moktar

Sukar elak tiga penjuru di PRK Sungai Besar, Kuala Kangsar

Majlis Presiden Pakatan Harapan dijangka mengadakan mesyuarat dalam masa 'satu atau dua hari' lagi bagi memutuskan parti komponen yang bakal bertanding di dua kawasan parlimen itu.
Anuar-TahirPETALING JAYA: Nampaknya sukar mengelakkan pertembungan tiga penjuru dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar, apabila Setiausaha Agung AMANAH, Anuar Tahir hari ini mengesahkan PH akan tetap meletakkan calon.
“Tentulah, sudah pasti kita (Pakatan Harapan) akan bertanding,” katanya ketika dihubungi.
Sebelum ini terdapat usaha daripada pembangkang bagi memastikan pertembungan ‘satu lawan satu’ dengan BN pada dua PRK yang akan diadakan pada 18 Jun ini.
Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man meminta Pakatan Harapan supaya mengelak daripada menurunkan calon sekiranya tidak mahu mengganggu usaha PAS melawan BN, manakala Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar tidak mahu parti-parti pembangkang berkompromi dalam soal satu lawan satu.
Anuar berkata, sebarang usaha untuk mengelakkan pertembungan tiga penjuru tidak akan berhasil jika PAS tetap mahu meletakkan calon di kedua-dua kawasan Parlimen itu.
“Harapannya tentulah satu lawan satu. (Tetapi) Saya tidak boleh bercakap bagi pihak PAS, kerena mereka kini sudah bergerak sendirian,” katanya lagi.
Beliau juga memaklumkan Majlis Presiden Pakatan Harapan dijangka mengadakan mesyuarat dalam masa ‘satu atau dua hari’ lagi bagi memutuskan parti komponen yang bakal bertanding di dua kawasan Parlimen itu.

TETAPI DI MALAYSIA APA JADI ?? !!!

Jika di negara lain pemimpin negara mereka 'ADA TELUR' berani tampil beri penjelasan secara terbuka ttg pendedahan Panama Papers malah Perdana Menteri Iceland sendiri telah meletakkan jawatan kerana terpalit dgn pendedahan tersebut.

Patutler.. yg terbabit di antaranya adalah kuncu2 Umno-Jahanam spt anak PM Najib Razak, Nazifuddin Najib, adik menteri Hishammuddin Hussein, Haris Onn Hussein, anak sulung Tan Sri Muhyiddin Yassin, Fakhri Yassin dan anak sulung bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Mirzan Mahathir.

Nurul Izzah: Beri cikgu ruang untuk mengajar

Beban yang ditanggung oleh guru perlu dikurangkan demi mengembalikan tumpuan mereka kepada pembelajaran yang sebenar.
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, kerja-kerja perkeranian yang terpaksa ditanggung guru bukan sahaja mengehadkan waktu pengajaran dan pembelajaran (P&P) malah turut ‘mencuri’ masa yang sepatutnya ditumpukan kepada perancangan pengajaran.
Nurul Izzah Anwar “Setiap tahun Kementerian Pendidikan meraikan Hari Guru peringkat Kebangsaan dan sekolah, namun hadiah sebenar buat para guru terus dinantikan.
"Saya tekankan sekali lagi keperluan mengembalikan guru-guru ke bilik mengajar untuk memberi tumpuan kepada pembelajaran sebenar. Jangan dibebankan 500,000 guru kita dengan hal -hal perkeranian,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.
Menurutnya lagi, Kementerian Pendidikan harus mencontohi sistem pendidikan negara luar seperti Finland.
Menurutnya lagi, di Finland, guru dan murid akan diberi 15 minit waktu rehat setiap 45 minit masa belajar.
Selain itu, katanya lagi, guru juga dihadkan dengan hanya satu tugas, iaitu mengajar.
“Guru-guru bukan sahaja diharapkan dalam aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P), malah ditugaskan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti kokurikulum, aktiviti-aktiviti pembangunan profesional, dan program-program penglibatan ibu-bapa.
“Sesi pengajaran dalam satu minggu hanya 17 jam di Malaysia, manakala Finland 20.6 jam seminggu. Guru di Malaysia juga terpaksa melakukan perancangan mengajar yang memperuntukkan 6 jam seminggu dan menanda buku/ujian yang mengambil masa 7.4 jam.
"Hakikat ini berbanding dengan Finland yang hanya menelan 4.8 jam untuk perancangan dan 3.1 untuk menanda buku. Secara keseluruhan guru di Malaysia memerah tulang empat kerat sebanyak 50.71 jam seminggu, dengan hanya beberapa jam diperuntukkan untuk mengajar,” katanya lagi.

Pas ghairah rampas kerusi

Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin"Perkara biasa bagi penyandang sesebuah kerusi untuk mempertahankan hak mereka," kata Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berhubung kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyarankan agar mana-mana parti yang mahu bertanding di Parlimen Sungai Besar supaya mengukur baju di badan sendiri.
Menurutnya, Hadi hanya mahu mempertahankan hak parti dan menjaga maruah dalam kalangan akar umbi dan pengundi mereka.
“Pas sebenarnya sekadar mengeluarkan komen awalan bagi menunjukkan minat dan keghairahan mereka untuk merampas kerusi Parlimen Sungai Besar menjelang PRK nanti,” katanya.
Beliau berkata, semua pihak seharusnya berbincang untuk mencapai kata putus sebelum meletakkan calon di Parlimen Sungai Besar.
“Objektif kita cuma satu iaitu menumbangkan BN dan perbincangan adalah cara terbaik sebelum membuat keputusan,” katanya.
Sehubungan itu, beliau berharap, Pakatan Harapan dan Pas dapat duduk berbincang untuk mendapatkan persetujuan bagi memenuhi prinsip satu lawan satu di PRK Sungai Besar nanti.
“PRK Sungai Besar akan menjadi penanda aras pada PRU14 nanti sekiranya ada kesepakatan antara Pakatan Harapan dan Pas.
“Kalau ada perbincangan yang bawa kepada kata putus terbaik, kita tak ada masalah untuk berikan laluan,” katanya.

Mahu jadi negara maju, gaji masih rendah, akui MTUC

N Gopala Kishnam, Setisusaha Agung MTUCN Gopala Kishnam, Setisusaha Agung MTUC
Tangga gaji pekerja di negara ini masih rendah walaupun empat tahun sahaja lagi untuk Malaysia bergelar negara maju, akui Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).
Setiausaha Agungnya, N Gopal Kishnam berkata, pekerja di negara ini sepatutnya mempunyai pendapatan sebanyak RM5,000 bagi menepati hasrat Malaysia untuk menjadi negara maju.
"Pada masa ini, 65 peratus pekerja bawahan membawa pulang kurang RM3,500 sebulan," ujarnya dipetik daripada laporan akhbar hari ini.
Menurutnya, inisiatif di peringkat pekerja bagi meningkatkan pendapatan mereka dengan bekerja sambilan sukar dilakukan memandangkan kebanyakan kerja peringkat bawahan dikuasai pekerja asing.
Sehubungan itu, Gopal menggesa kerajaan supaya mencari jalan melakukan penstrukturan semula gaji bagi mencapai status negara berpendapatan tinggi.
Ditanya tentang langkah yang boleh dilakukan untuk meningkatkan caruman pekerja, beliau berkata, Panel Pelaburan KWSP harus mencari sumber yang membawa lebih pendapatan untuk dinikmati pencarum melalui pembayaran dividen.

Adakah Presiden Pas diresapi Syiah? soal AJK Amanah Kedah

Abdul Hadi (tiga dari kiri) hadir dalam mesyuarat Majma' Taqrib Mazahib yang diadakan di Tehran, Iran pada Disember 2015. Sidang dipengerusikan oleh At Taskhiri (serban putih), seorang agamawan Syiah.Abdul Hadi (tiga dari kiri) hadir dalam mesyuarat Majma' Taqrib Mazahib yang diadakan di Tehran, Iran pada Disember 2015. Sidang dipengerusikan oleh At Taskhiri (serban putih), seorang agamawan Syiah.
Ketika Penasihat Umum Amanah Ustaz Ahmad Awang dan Timbalannya Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin menjadi sasaran para penyokong Pas kerana menghadiri Persidangan Persatuan Ulama Resistensi Sedunia di Beirut, Lubnan, 5 Mei lalu, kehadiran Presiden Pas dalam mesyuarat Majma' Taqrib Bainal Mazahib yang diadakan di Tehran, Iran pada Disember tahun lalu dibangkitkan Ahli Jawatankuasa Amanah Negeri Kedah.
Menurut Ustaz Ridzwan Abu Bakar, jika kehadiran dua pemimpin Amanah dalam sidang ulama di Beirut itu dijadikan bukti kononnya mereka pengikut Syiah dan Amanah telah diresapi ajaran Syiah, adakah kehadiran Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam sidang ulama di Tehran membuktikan beliau menganut ajaran Syiah dan Pas telah diresapi Syiah?
"Dua tiga hari ini, ruang maya kita dipenuhi dengan persoalan kehadiran Penasihat Umum Amanah dan Timbalannya dalam satu pertemuan di Beirut, Lubnan yang turut dihadiri oleh agamawan Syiah dan pemuka Hizbullah," kata Ridzwan.
Menurut Ridzwan, tiga persoalan telah dikemukakan para penyokong Pas berhubung pertemuan itu:
1. Ini menjadi bukti Amanah telah diresapi Syiah.
2. 'Berdosa' hadir dalam pertemuan itu kerana turut dihadiri oleh agamawan Syiah.
3. 'Berdosa' hadir kerana (persidangan itu) dibiayai Iran (yang bermazhab Syiah).
Abdul Hadi bersama Mufti Syria (Mufti Kerajaan Bashar al-Asad) dalam bengkel sempena Muktamar Pendekatan antara Mazhab di Tehran, Iran pada Disember 2015.Abdul Hadi bersama Mufti Syria (Mufti Kerajaan Bashar al-Asad) dalam bengkel sempena Muktamar Pendekatan antara Mazhab di Tehran, Iran pada Disember 2015.Sehubungan itu, beliau menyiarkan dua foto kehadiran Abdul Hadi dalam Muktamar Taqrib Bainal Mazahib (persidangan pendekatan antara mazhab) pada bulan Disember 2015 di Tehran, Iran dan melontarkan tiga soalan berikut:
1. Penganjur muktamar tersebut adalah Iran, apakah tidak berdosa hadir pertemuan tersebut?
2. Apakah Pas juga diresapi Syiah kerana Presiden Pas hadir dalam muktamar tersebut?
3. Apakah 'tidak salah' Presiden Pas hadir di majlis yang sama dengan Mufti Syria (yang bekerja dengan Presiden Bashar al Asad)?
"Untuk 'pandangan' lanjut akan menyusul. Kita mula dulu dengan soalan.
"Saya sekadar bertanya untuk merangsang kita supaya berfikir dengan betul dan adil," ujar beliau di laman facebooknya.

PRK: Kalau menang untung, kalau kalah balik modal – Hadi

PAS tidak akan menghalang PKR, AMANAH mahupun DAP meletakkan calon mereka di PRK Sungai Besar.
Hadi-AwangKUALA LUMPUR: PAS tidak akan terjejas sekalipun parti pembangkang lain turut meletakkan calon mereka pada Pilihan Raya Kecil (PRK) di Parlimen Sungai Besar.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan parti Islam itu tetap akan menurunkan calonnya pada PRK Sungai Besar dan tidak kira kalah atau menang, parti Islam itu tidak akan rugi apa-apa.
“Kalau bertanding PAS tidak rugi sama ada menang atau kalah, kalau menang untung, kalau kalah balik modal.
“Barisan Nasional kalau kalah tak rugi, kalau menang balik modal,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.
Pada masa sama, Hadi turut menjelaskan parti itu tidak akan menghalang PKR, AMANAH mahupun DAP meletakkan calon mereka pada PRK berkenaan.
“Kita tak boleh paksa, terpulang pada mereka (bertanding),” ujarnya sebagai mengulas laporan mengenai Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memaklumkan Pakatan Harapan akan membincangkan jika ada parti sekutunya bakal bertanding pada PRK Sungai Besar.
Sementara itu, Hadi memaklumkan Majlis Syura telah meluluskan senarai calon untuk bertanding pada PRK Sungai Besar dan ia akan diumumkan kelak.

AMANAH didakwa sengaja mahu PAS kalah PRK - Dr Khairuddin

Jika PAS menang, rakyat akan melihat AMANAH dalam Pakatan Harapan sudah tidak relevan lagi.
takiriPETALING JAYA: Tindakan AMANAH beria-ia untuk bertanding pada PRK Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar ialah bagi mewujudkan pertandingan tiga penjuru dan menyebabkan kekalahan PAS.
Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Datuk Dr Khairuddin Aman Razali berkata jika PAS menang di kedua-dua PRK tersebut, ia sekali gus menguatkan keyakinan rakyat.
Pada masa sama, katanya, AMANAH akan dilihat sebagai parti yang kononnya mampu menggantikan parti Islam itu dalam Pakatan Harapan, sudah tidak relevan lagi.
“AMANAH memang tidak mahu PAS menang dalam PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar kerana ia akan menaikkan imej PAS di mata masyarakat dan menyebabkan kehadiran AMANAH tidak lagi relevan dalam Pakatan Harapan.
“Sebab itu AMANAH akan berusaha keras mencipta alasan untuk bertanding tiga penjuru di PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar,” katanya kepada FMT.
Ahli Parlimen Kuala Nerus itu berkata jika Pakatan Harapan benar-benar mahu UMNO dan BN kalah dalam PRK itu, mereka sepatutnya memberi sokongan penuh kepada PAS untuk menguburkan parti pemerintah itu.
“Jika Pakatan Rakyat benar-benar mahu UMNO dan BN kalah mereka mesti memberi sokongan penuh kepada PAS untuk bertanding di kedua-dua Parlimen tersebut,” katanya.

Tema PRU-14: Hanya antara Pakatan Harapan dan BN


ULASAN l Pilihan Raya Sarawak telah berlalu. Banyak pengajaran yang boleh diperolehi.
Namun bagi saya pengajaran yang terpenting adalah ‘ketiadaan’ Pakatan Harapan secara sebenar-benarnya dalam pilihan raya tersebut.
Yang bertanding adalah hanya sekadar tiga parti yang bertindak secara bersendirian, masing-masing dengan agenda dan perkiraan masing-masing.
Maka dengan itu berlakulah pertembungan antara anggota Pakatan Harapan, khususnya DAP dan PKR di beberapa kerusi. Ramai kecewa dengan keadaan ini.
Di mana, tanya mereka, kesatuan pakatan parti pembangkang yang akan menandingi BN?
Pada masa yang sama, berlaku juga pertindihan antara PAS dengan setiap anggota Pakatan Harapan, iaitu PKR, DAP dan juga AMANAH; tetapi ianya tidak begitu menimbulkan kemarahan atau kehairanan di kalanagan masyarakat dan pemerhati politik negara.
PAS sudah di luar orbit politik rasional. Sibuk dengan dirinya sendiri dan blok ketiganya sambil semua parti pembangkang lain mengusahakan kesatuan dan kerjasama.
Ramai tidak hairan apabila PAS bertanding secara tiga penjuru dengan parti komponen Pakatan Harapan. Itu sesuatu yang sudah dijangka.
Sudah pasti yang mewujudkan blok ketiga sudah merancang untuk mengadakan pertandingan tiga penjuru. Namun, pertandingan antara parti komponen Pakatan Harapan, itu sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku.
Sugai Besar dan Kuala Kangsar
Setelah selesai pilihan raya negeri Sarawak, kita dibentangkan pula dengan dua pilihan raya kecil di Semenanjung. Di Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Di kesempatan ini, saya ucapkan takziah kepada dua keluarga yang telah kehilangan anggota keluarga yang dikasihi. Semoga roh mereka dirahmati dan diberkati Allah.
Pemergian mereka secara mengejut dan bukan sesuatu yang diingini. Namun, pilihan raya kecil tetap perlu dilakukan.
Semestinya dalam menghadapi pilihan raya kecil ini, masyarakat ingin melihat samada Pakatan Harapan benar-benar merupakan satu ikatan yang kukuh yang mampu menandingi BN.
Ia bagaikan peluang kedua untuk membuktikan kesungguhan untuk mewujudkan satu kerjasama dan gabungan politik yang kukuh untuk menandingi BN.
Dan ia merupakan peluang yang disediakan diambang pilihan raya umum ke 14 yang mana sekiranya gagal sekali lagi, maka Pakatan Harapan akan menghadapi PRU ke 14 dalam keadaan keutuhan yang terus dipertikai rakyat.
Dengan bersandarkan peluang terakhir ini, maka perlulah memanfaatkannya untuk menentukan bahawa Pakatan Harapan dilihat sebagai gabungan yang kuat, yang berkerjasama dan bertindak sebagai satu pasukan yang mantap.
Bagi yang melihat pada matlamat jangka masa panjang, iaitu PRU ke 14, kedua-dua pilihan raya kecil ini adalah peluang keemasan untuk mengukir dalam minda Negara bahawa Pakatan Harapan mantap dan kukuh serta merupakan satu-satunya entiti yang mampu menandingi BN dan mengalahkannya.
Sasaran sebenar
PRU 14 hanya setahun lebih sahaja lagi. Sepatutnya persoalan bagaimana boleh dimanfaatkan dua 2 PRK ini untuk mengukuhkan kedudukan Pakatan Harapan menuju PRU-14 menjadi tumpuan semua.
Bukan sekadar “menang pilihan raya kecil dengan apa cara sekalipun” tanpa mengambil kira kesan dan akibat tindakan tersebut terhadap PRU-14.

PAS akan kalah di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar kerana senario politik sudah berubah

PAS tidak wajar guna keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu sebagai alasan untuk mereka bertanding dalam dua pilihan raya kecil (PRK) kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar kerana senario politik yang sudah berubah dan tidak lagi sama sekarang.
Parti Islam tersebut mungkin terlupa pada 2013 mereka bersama Pakatan Rakyat dalam melawan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan bukan bersendirian, hakikatnya PKR dan DAP yang banyak membantu kempen mereka.
Jik PAS mahu menggunakan hujah dangkal dengan menjadikan alasan majoriti rendah diperoleh calon BN sebagai justifikasi untuk bertanding, maka mereka juga kena bersiap-sedia untuk tewas teruk dalam PRK Jun ini.
Lebai-lebai menggunakan modal agama ini terlalu bongkak dan angkuh dengan mendabik dada seolah-olah mereka sahaja yang berkempen dalam PRU13, walhal tanpa kelibat pemidato hebat PKR dan DAP masakan mereka boleh mendapat jumlah kerusi Parlimen yang banyak seperti sekarang.
Mengapa Pas akan kalah teruk di dua kawasan ini? Tidak susah untuk kita meramalkan apa yang akan berlaku, mengikut pecahan kaum ada 31 peratus pengundi Cina dan 2 peratus India di Sungai Besar manakala di Kuala Kangsar 24 peratus Cina dan 7 peratus India.
Jumlah peratusan pengundi bukan Melayu yang tinggi ini akan menjadi penyumbang utama kepada kekalahan PAS, sikap PAS yang cenderung duduk bersama Umno dan sering mengampu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menambah kebencian bukan Melayu kepada PAS.
PAS juga dilihat menjadi duri dalam daging kepada perpecahan Pakatan Rakyat kerana memainkan isu Hudud sehingga menyebabkan kesepakatan antara DAP dan PKR berkecai hingga akhirnya gabungan pembangkang tersebut hancur.
Walaupun sudah berpecah, PAS sehingga hari ini masih tidak melaksanakan lagi undang-undang Islam yang mereka perjuangkan dan janji-janji kerajaan pusat yang ditaburkan kepada mereka pada awal dahulu juga tidak lagi kedengaran, pendek kata PAS sekali ditipu dan mereka juga menipu rakan-rakan komponen dalam Pakatan Rakyat.

PAS bukannya BN? Zaid bingung dengan Mahathir


 Sehingga minggu lalu, bekas menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim percaya bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mungkin membuat kesilapan.
Tetapi sekarang, beliau juga seperti pengkritik-pengkritik Mahathir, muncul tertanya-tanya sekiranya lelaki berusia sembilan puluhan itu 'sudah hilang akal'.
Ini selepas Mahathir menggesa BN ditewaskan dalam pilihan raya kecil akan datang di Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang mana dengan kata lain boleh bermaksud PAS memenangi kerusi itu.
Menggambarkan Mahathir sebagai 'ketua pembangkang', Zaid juga berkata "pemimpin pembangkang" seperti Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali dan Ambiga Sreenevasan juga mendedangkan lagu yang sama.
"PAS ialah sebuah parti yang hanya mahu umat Islam sebagai pemimpin, menyokong perkahwinan kanak-kanak dan percaya bahawa tempat seorang wanita ialah di rumah. Ia juga sebuah parti yang mahu - yang paling utama - undang-undang hudud dilaksanakan dalam negara.
"Anda mahu PAS daripada BN? Anda mesti sudah gila," dia menulis dalam blognya.

Dewan Rakyat tolak soalan berkaitan Panama Papers


Dewan Rakyat hari ini menolak pertanyaan lisan oleh ahli parlimen pembangkang berhubung sama ada kerajaan ada menjalankan siasatan terhadap dakwaan yang berada dalam Panama Papers.
Pertanyaan lisan yang dibuat oleh Anggota Parlimen Alor Setar, Gooi Hsiao-Leong itu telah ditolak melalui surat yang bertarikh 13 Mei 2016.
Dalam surat tersebut, Parlimen menjelaskan bahawa sesuatu pertanyaan tidak boleh dikeluarkan berkenaan betul atau tidak penerangan dalam surat khabar atau penerangan yang dikeluarkan oleh individu atau badan kewangan.
Sehubungan itu, Gooi melahirkan rasa kecewa dan berpendapat bahawa Parlimen sepatutnya menjadi tempat bagi pihak kerajaan menjawab soalan yang penting.
"Saya telah bertanya sama ada terdapat sebarang siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bank Negara dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berkenaan pihak berkepentingan daripada Malaysia seperti yang didedahkan dalam Panama Papers, baru-baru ini.
"Sekiranya ada siasatan, beri butiran penuh dan bentuk siasatan tersebut. Tetapi malangnya soalan saya ditolak," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Laporan disiplin Muhyiddin, Mukhriz siap, Ku Nan sah kedua-dua bakal dipecat

Laporan disiplin dua pemimpin Umno, Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang lantang mengkritik Presiden Datuk Seri Najib Razak sudah siap dan mereka akan dipecat, kata Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Tengku Adnan mengesahkan akan mencadangkan tindakan memecat kedua-dua mereka dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno bulan ini.
“Pada saya, saya mahu pecat mereka.
“Jawatankuasa disiplin sudah pulangkang kembali kepada Majlis Tertinggi untuk diputuskan,” katanya yang dipetik berkata kepada wartawan di lobi Parlimen hari ini.
Terdahulu, The Malaysian Mirror mendedahkan usaha sedang berjalan untuk memecat kedua-dua pemimpin tersebut kerana menjelajah ke seluruh negara dan duduk sepentas dengan pembangkang bagi mendesak peletakan jawatan Najib.
Kedua-dua juga terlibat dalam Deklarasi Rakyat yang mengumpulkan sejuta lebih tandatangan orang ramai bagi mendesak pengunduran Najib yang terpalit dengan skandal kewangan.
Muhyiddin disingkir daripada jawatan timbalan perdana menteri Julai lalu dan Mukhriz ditukar sebagai menteri besar pada awal tahun ini, dipercayai kerana kritikan mereka berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan wang derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi Najib.

Hasutan: Isham Rais bebas hukuman penjara

Mahkamah Rayuan hari ini membatalkan hukuman penjara sembilan bulan yang dikenakan ke atas aktivis sosial Hishamuddin Rais kerana menghasut.
Panel tiga hakim yang diketuai oleh Hakim Datuk Tengku Maimun Tuan Mat menerima rayuan oleh Hishamuddin.
"Kami dapati tidak ada alasan untuk mengganggu keputusan Mahkamah Sesyen," kata Tengku Maimun dalam penghakimannya.
Penghakiman itu disambut dengan tepukan oleh ramai penyokong Hishamuddin yang hadir pada perbicaraan hari ini.
Hishamuddin dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Tinggi pada Januari lalu kerana menghasut selepas rayuan pihak pendakwaan untuk hukuman yang lebih berat dibenarkan.

Mahkamah Sesyen sebelum ini menjatuhkan hukuman denda RM5,000.
Pada tahun 2013, bersama-sama dengan ahli politik Tian Chua, Tamrin Ghafar dan aktivis Adam Adli Abdul Halim, Haris Ibrahim dan Muhammad Safwan Anang, Hishammuddin didakwa menghasut berhubung mereka di forum yang dibuat pada 13 Mei.
Hishamuddin dan yang lain didakwa mengapi-apikan rakyat untuk menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan selepas BN memenangi pilihan raya umum walaupun pembangkang memperolehi undi populariti.

Bung cadang tembak penagih, pengedar dadah



Anggota parlimen BN Datuk Bung Moktar Radin hari ini mencadangkan penyelesaian drastik bagi membendung masalah salah guna dadah di negara ini.
Beliau mengetengahkan cara Brazil menangani masalah itu tanpa membawanya ke mahkamah, tetapi mengarahkan polis yang menyamar supaya menembak penagih dan pengedar dadah.

Hasilnya, kata wakil rakyat Kinabatangan, masalah itu selesai.

Bung berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-undang Antidadah Kebangsaan 2016 di Dewan Rakyat hari ini.

Mahatir ajak wakil rakyat Umno tebus maruah bangsa, negara


Wahai Wakil Rakyat Umno,
Apakah Yang Berhormat-Yang Berhormat tidak tahu dan tidak sedar akan skandal-skandal yang melibatkan Perdana Menteri yang memburukkan imej Umno dan imej negara?
 Jika tidak sedar saya perturunkan di sini sedikit sahaja dari salah-laku Najib supaya Yang Berhormat dapat faham akan betapa seriusnya kerosakan yang dilakukan oleh Najib.
a) Najib menubuh “Dana Kekayaan Negara” dengan meminjam RM42 billion, – sekali gus meningkatkan hutang negara kerana hutang ini dijamin oleh Kerajaan. Tak mungkin syarikat hutang 42,000 kali ganda modal tanpa jaminan.
b) Pelaburan yang dibuat semuanya rugi sehingga tidak dapat bayar faedah pun.
c) Wang yang dipinjam ini sudah hilang sehingga tidak boleh dikesan dengan sah di mana wang ini berada.
d) Tiba-tiba wang sebanyak RM 2.6 billion berada dalam akaun persendirian Najib di Ambank.
e) Agensi-agensi kerajaan Amerika Syarikat, Switzerland, Singapura, Hong Kong, Luxembourg, United Kingdom, Seychelles dan Emiriah Arab Bersatu sedang menyiasat salahlaku dan rasuah yang melibatkan 1MDB.
f) Switzerland mendakwa berlaku korupsi sebanyak AS$7 billion dalam pengurusan 1MDB.
g) Singapura menangkap seorang pegawai bank yang terlibat dengan salahlaku 1MDB.
h) Malaysia dipandang hina dan menteri kewangannya didakwa sebagai menteri kewangan yang terburuk di Asia.
i) Laporan oleh PAC mencatit akan penipuan besar berlaku dalam 1MDB. Ini diakui oleh CEO 1MDB Arul Kanda Kandasamy.
j) Mesyuarat agong Umno tidak dibenar bincang 1MDB dan RM 2.6 billion yang ada dalam akaun bank Najib.
k) Jika ahli atau pemimpin Umno menyoal berkenaan 1MDB, mereka dipecat. Ahli Umno hanya dibenar sokong apa sahaja yang Najib lakukan. Tidak seperti dahulu tiada siapa boleh menegur atau mencabar Najib sebagai Presiden. Umno tidak ada suara lagi.

'Mengapa Najib boleh keluar negara, saya tak boleh?'


Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah menyoal mengapa dirinya dihalang daripada ke luar negara sedangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak menunaikan tanggungjawabnya di parlimen dibenarkan berbuat demikian.
Najib berlepas ke UK walaupun terdapat desakan supaya beliau menghadiri sidang Parlimen bermula hari ini untuk menjelaskan skandal 1MDB.
 "Tidak memberi saya penjelasan (berhubung larangan) hanya menunjukkan keangkuhan mereka. Namun yang melanggar undang-undang dibenarkan untuk bebas ke luar negara ini," kata Maria dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata adalah ironi dirinya dihalang meninggalkan negara itu bagi perjalanan ke Seoul untuk menerima Anugerah Hak Asasi Manusia Gwangju di Korea Selatan.
Maria tidak dibenarkan melepasi pintu imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, semalam.
"Ironinya apabila Najib sepatutnya berada di Parlimen bagi menjawab soalan-soalan penting, beliau dibenarkan.
"Saya hanya mahu ke Korea untuk menerima anugerah yang sangat berprestij yang pernah dianugerakan kepada bekas Perdana Menteri Timor Timur Xanana Gusmao dan (kaunselor negeri) Myanmar masa kini, Ang Sang Su Kyi.

Nazri Aziz: Kerajaan Arab Saudi tidak menderma untuk cetus huru-hara



Arab Saudi tidak pernah menderma bagi mencetuskan huru-hara dan kecelaruan politik dalam mana-mana negara, kata anggota keluarga dirajanya.
"Arab Saudi telah pernah memberikan wang untuk menyusahkan regim politik semasa walaupun jika kita tidak bersetuju dengan mereka," kata Putera Sultan Abdulaziz yang merupakan anak Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud.
Beliau ditemui semasa sidang akhbar di Kuala Lumpur, hari ini, sempena lawatan beliau ke negara ini dalam usaha mengeratkan kerjasama dalam sektor pelancongan antara kedua-dua negara.
Putera Sultan, yang kini menjawat kerusi Menteri Pelancongan Arab Saudi, berkata demikian sebagai menjawap soalan pemberian derma kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.
Mengulas lanjut, Putera Sultan menambah, beliau tidak boleh mengulas secara spesifik, dan tidak bercadang untuk melakukannya.
"Saya benar-benar tidak tahu latar belakang isu ini, bukan saya mahu mengelak tetapi saya benar-benar tidak ada latar belakang.
"Ini isu dalaman Malaysia, dan saya pasti anda akan selesaikannya."
Bagaimanapun, beliau sedar bahawa Arab Saudi merupakan antara penyumbang derma ekonomi terbesar dunia, selepas Amerka Syarikat (AS) dan kerajaannya selalu menyokong dari segi kewangan dalam pembangunan negara-negara Islam lain.
Pada majlis yang sama, Menteri Pelancongan, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz turut mencelah dengan berkata, adalah tidak menjadi kesalahan untuk menerima derma politik di Malaysia.
"Walau semasa pilihanraya kita tahu pihak Amerika menyumbang kepada pembangkang menerusi Institut Republikan, menerusi Institut Demokratik. Sesuatu yang normal bagi kami," dakwa Nazri.
Pada majlis itu, kedua-dua menteri pelancongan itu memeterai memorandum persefahaman (MoU) untuk menambah baik secara bersama industri tersebut antara Malaysia dan Arab Saudi.
Najib telah mendakwa RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi beliau sebelum pilihan raya umum 2013 adalah derma politik daripada keluarga diraja Arab Saudi.
Pendedahan oleh Australian Broadcasting Corporation mengenai skandal itu turut melaporkan bahawa lebih AS$1 bilion telah masuk ke akaun Najib antara tahun 2011 hingga 2013.
Ia turut menyertakan surat dari putera Arab Saudi memperincikan hadiah AS$375 juta kepada Najib.

Tun M Hanya Dapat Sejuta Tandatangan, Rakyat Ada 30 Juta - Ku Nan

'Ikutkan Saya Pecat Muhyiddin, Mukhriz' - Ku Nan

Tun M mahu 'bunuh' BN, kata Ku Nan

'Jamal Yunos jadi calon? Saya tak nak komen' - Ku Nan

Hadi: Pas menang untung, BN kalah rugi, parti lain cuba nasiblah

Polis minta wanita ditipu RM2 juta buat laporan, ujar IGP

Saya tak mahu ulas, hanya salah faham - kata IGP

Usul pecat Muhyiddin, Mukhriz dalam mesyuarat MT depan


 Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor akan mencadangkan kepada pemecatan timbalan presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Tengku Adnan berkata akan mencadangkan perkara itu dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno hujung bulan ini.

PRK Sg Besar: ‘Pas tak ada hak’ - Izham Hashim

 ‘Pas tak ada hak’ Pas tidak berhak menghalang mana-mana parti politik meletakkan calon mereka di Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar.
Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Selangor, Ir Izham Hashim berkata, tidak ada pihak yang boleh menghalang sesebuah parti yang mahu bertanding di mana-mana kerusi kerana negara mengamalkan prinsip demokrasi.
“Selagi parti itu berdaftar, sah di sisi undang-undang dan memenuhi syarat untuk bertanding, mereka boleh bertanding di mana-mana sahaja kerusi yang dimahukan.
“Tak ada pihak yang boleh menentukan sesebuah parti itu boleh bertanding atau tak di sesebuah kerusi yang mereka mahukan,” katanya mengulas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyarankan agar mana-mana parti yang mahu bertanding di Parlimen Sungai Besar supaya mengukur baju di badan sendiri terlebih dahulu.
Izham berkata, tidak timbul isu Parlimen Sungai Besar kerusi tradisi Pas kerana pilihan terletak di tangan pengundi.
“Kalau kata ukur baju di badan sendiri, dah tentu Pas juga tak akan bertanding di Sarawak kerana itu bukan tempat mereka.
“Dari situ pun kita tahu parti yang berusia 60 tahun itu pun kehilangan wang pertaruhan kerana tak ukur baju di badan sendiri,” katanya.
Dalam pada itu, Izham sempat menasihatkan presiden Pas itu supaya berhenti mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa.
“Biarlah mana-mana parti nak bertanding di mana-mana sahaja kerusi yang mereka mahu sekali pun kerana itu hak mereka walaupun terpaksa kehilangan wang pertaruhan,” katanya.