Ahad, 15 Mei 2016

BAKI AKAUN SEMASA KERAjaan.. Kini dah tinggal RM5 bilion SAHAJA ??

HUTANG NEGARA makin bertambah..
Kini RM809 bilion SAHAJA !!!

MASIHKAH ANDA INGAT Idris Jala yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri pernah kata.. "Malaysia akan berhadapan dengan risiko untuk muflis menjelang tahun 2019".

ADAKAH disbbkan faktor penyusutan akaun semasa negara beberapa tahun kebelakangan ini salah satu cara nak penuhkan balik kantong negara balik dgn kadar cepat & efisien adalah dgn KUTIP GST DARIPADA RAKYAT ???

Bila dana rakyat dah lesap, disumbat lagi LIMA KALI GANDA DARIPADA NILAI YANG LESAP..

Inilah yg berlaku di sebuah negara yg diurus tadbir penyamun2 berkelas makan dedak terlampau..

Najib nak jadi PM selama 22 tahun macam Tun Mahathir ka...

Kalaulah Najib kekal.. baguslah tu...
- Byk aset negara bakal tergadai..
- GST terus kekal rompak duit rakyat..
- Rosmah Najib bermewah terbang naik jet mewah
- Rakyat terus diTOLolkan Najib..
- 1.5 juta bangladesh bakal temui anda...

22 tahun ka, atau sampai mati ka...

NAJIB MANA PERNAH CAKAP BOHONG..

"Kemakmuran M'sia untuk DIKECAPI & DINIKMATI OLEH SETIAP INDIVIDU..." 
 -Najib, 14/5/2016

"Kemiskinan tegar telah berjaya dibasmikan" 
-Najib, 21/5/2015

Tahniah buat AG baru & Gabenor BNM baru..


MALAYSIA BOLEH !!!.. Siasatan di Malaysia mmg handal2 belaka lagi efisien coz leh settle skandal 1MDB lebih cepat berbanding negara2 luar yg lembap nak siasat..

Hasil Keberkatan Transforbasi Negara...

Sungguh mudah jadi KERAjaan lanun..
SUBSIDI DIHAPUSKAN & RAKYAT KENA GST 6%..

MANA ADA DALAM SEJARAH BINI PM MALAYSIA yg boleh buat macam Rosmah ni..

JAWA POS, 1 Apr. 2016

"Istri Najib Shopping Pakai Duit Negara
Habis Miliaran untuk Borong Baju dan Perhiasan"

Rakyat Malaysia boleh la tabik dada bangga pencapaian luar biasa bini pak Najib pahlawan bugis seantero dunia..

Rakyat spt kami lagi kecewa PM Zimbabwe salah guna wang rakyat untuk kesenangan, kemewahan bini berboros...


Peringkat tertinggi pertahankan boss mesti bersebab..


TIGA PENJURU HANYA DAPAT DIELAKKAN JIKA PAS TIDAK TERUS SYOK PAKAI BAJU UKURAN LAMA

Walaupun semua yang membenci Najib Razak mengharapkan berlaku pertandingan satu lawan satu antara pembangkang dengan BN di Kuala Kangsar dan Sungai Besar, namun harapan itu nampaknya semakin sukar menjadi kenyataan.

Ia bukanlah disebabkan oleh Pakatan Harapan yang mempunyai tiga parti tidak sedia untuk bertolak ansur, sebaliknya lebih berpunca daripada Pas yang hanya ada rakan bernama Ikatan, sebuah parti paling kecil keahliannya, tetap berkeras mahu bertanding di kedua-dua kawasan tersebut.
Pas seolah-oleh merasakan Kuala Kangsar dan Sungai Besar adalah milik abadi mereka untuk ditandingi, walaupun Naib Presidennya, Idris Ahmad pernah mengatakan parti itu tidak beriman semata-mata kepada pilihanraya, manakala Hadi Awang tidak lama dulu mengatakan pihaknya tidak mahu berebut kuasa dan hanya mahu menasihati kerajaan saja.

Lalu, kenapa sekarang begitu bermati-matian mahu bertanding di kedua-dua kerusi tersebut dan seolah-olah akan gugur iman jika melepaskan salah satu daripadanya?

Dalam laporan Malay Mail Online, Hadi Awang juga berkata, pihaknya akan bertanding sendirian di kedua-dua pilihanraya kecil itu dan tidak akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan.

Kata Hadi lagi, Pas sudah bertanding sejak merdeka di kedua-dua kawasan itu dan oleh yang demikian, mereka mempunyai hak mutlak untuk terus bertanding.
Dalam laporan Sinar Harian pula, Hadi dipetik sebagai berkata, Pas mempunyai sokongan akar umbi yang kuat di Kuala Kangsar serta Sungai Besar dan parti lain yang mahu bertanding harus mengukur baju di badan sendiri.

Sepatutnya semua pihak yang mahukan perubahan menghormati kedudukan Pas dan jangan nak berebut, katanya lagi.

Jika Pas merasakan kedua-dua kerusi itu hak mereka berdasarkan pernah bertanding sejak merdeka, ia adalah alasan jumud yang tidak semestinya boleh diterima pakai sepanjang masa serta berdasarkan perubahan serta keperluan semasa.

Jika kekalahan 399 undi di Sungai Besar dan 1082 undi Kuala Kangsar yang dialami oleh Pas dalam pilihanraya 2013 mahu dijadikan sandaran, Pas seharusnya sedar bahawa ketika itu mereka bersama dalam Pakatan Rakyat dan mendapat sokongan kuat daripada PKR dan DAP.
Untuk Sungai Besar, berdasarkan komposisi 2013, Pas tidak seharusnya lupa bahawa undi bukan Melayu ialah 33 peratus sementara di Kuala Kangsar sebanyak 31 peratus.

Peluang Pas rampas Sungai Besar cerah, kata Sallehin Mukhyi


Peluang Pas cerah kata SolehinPeluang Pas cerah kata Solehin
Peluang Pas untuk merampas parlimen Sungai Besar dari Barisan Nasional (BN) dan menang dalam pilihanraya kecil Sungai Besar sangat cerah.
Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Ustaz Sallehin Mukhyi berkata ia adalah berdasarkan pencapaian Pas pada pilihan raya kali ke-13.
“Kalau kita buat ukuran dalam pilihan raya kecil, ini berdasarkan kepada pencapaian dalam pilihan raya ke-13, saya percaya kita mempunyai peluang yang cerah dalam senario bahawa kita akan menghadapi Umno.
“satu lawan satu, yang dalam pilihan raya yang lepas, Pas hanya kalah sebanyak 399 undi sahaja,”ujarnya seperti dilapor buletinonline.net.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menjadi panel dalam program Sembang Rakyat pada Himpunan Pas DUN Bandar Bersama Masyarakat (BERKAT 1.0) disini semalam.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabak Bernam itu berkata, sokongan kepada Pas telah meningkat sekiranya mengambilkira keputusan pilihan raya kecil Parlimen Rompin.
“Kalau kita mengambilkira pilihn raya di Rompin sebagai satu ukuran, kita sudah ada peningkatan sebanyak 7% ,
“Makanya pilhan raya kecil ini, saya percaya bahawa Pas mempunyai satu peluang yang sangat cerah,”jelasnya.
Namun begitu, beliau yang juga anggota Perhubungan Pas Selangor berkata, keadaan sebaliknya akan berlaku sekiranya berlaku pertandingan tiga penjuru.

PRK ini dijadikan medan memperkukuh Pakatan Harapan

Oleh HJ MOHAMAD BIN SABU

. Parti Amanah Negara (AMANAH) tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung Pilihan Raya Kecil (PRK) di dua kawasan Parlimen ini kerana mempraktikkan semangat setiakawan dan kejujuran berpakat sepertimana yang sepatutnya wujud dalam Pakatan Harapan (PH).

2. Kenyataan berhubung dua pilihan raya kecil ini sewajarnya dibincang dan dipersetujui dahulu di dalam mesyuarat Majlis Presiden PH khasnya setelah berlakunya kecelaruan semasa pilihan raya negeri Sarawak.

AMANAH yakin tiada mana-mana rakan PH yang mahu melihat pengalaman buruk tempoh hari berulang.
3. AMANAH amat menghargai cadangan pelbagai pihak dan individu pimpinan parti berhubung kedua-dua PRK ini. Namun, AMANAH menegaskan bahawa tiada yang muktamad sehingga diputuskan dalam mesyuarat majlis Presiden Pakatan Harapan.

4. Budaya kenyataan dan tindakan unilateral boleh diamalkan oleh pihak lain tetapi AMANAH menegaskan ianya tidak boleh dan tidak wajar menjadi amalan Pakatan Harapan. Atas keinginan dan komitmen terhadap pendekatan muafakat politik yang jujur dan ikhlas ini, maka AMANAH ditubuhkan meskipun ada yang terpaksa meninggalkan parti asal mereka.

5. AMANAH mahukan PRK ini dijadikan medan memperkukuh Pakatan Harapan sekaligus membina keyakinan rakyat terhadap keutuhan dan kesungguhan Pakatan Harapan mencabar BN sebagai kerajaan menanti.

6. AMANAH berpendapat bahawa dua PRK ini mesti dilihat dalam perspektif yang tepat dengan matlamat yang khusus. Ia mesti dilihat dalam rangka membina kekuatan PH dalam mendepani PRU14. Implikasi baik buruk terhadap PRU14 perlu dihadam dengan jelas (Fiqh Al-Maalat/Fiqh Kesan-Konsekuensi).

7. AMANAH secara konsisten menyeru semua pihak, khususnya rakan PH, untuk menggembleng seluruh kekuatan pembangkang termasuk mereka yang ingin sekadar menyingkir Najib, di belakang PH. Tidak perlu dan jangan ada usaha mencari formula mahupun pendekatan yang lain.

Tian Chua: Tiada Penjara Didunia Mampu Memperjarakan Rakyat Kalau Rakyat Berekspresi Untuk Kebebasan

Ronnie Liu: Hisham Is Not Only Bapak Anak Muda, He Is Also Bapak Perjuangan Jalanraya

Dr Syed Husin Ali: Saya Menjadi Murid Hishammudin Tentang Demonstrasi Jalanan

Dr Azmi Sharom: Hisham, Thank You So Much For All The Inspiration

Maria Chin Abdullah: We Salute To Hishammudin, We Cannot Let Him Fight Alone

Saari Sungib: Hishammudin, Orang Yang Sangat Disiplin ........

Jangan letak calon, biar PAS lawan BN - Tuan Ibrahim

'Allow Amanah to show its strength in coming by elections'

Amanah will ensure no Harapan clashes in twin by elections

PRN Sarawak bukan cerminan Sungai Besar, Kuala Kangsar

Khairuddin Bersumpah Mahu Gari Tangan Najib

PRK Akan Wujud Banyak Sogokan Pemimpin, Pengundi

Mat Sabu: Sama-Samalah Kita Ukur Baju

Calon PRK: Amanah Ramai Calon Berkaliber

Tanding PRK: Amanah tak akan keluar kenyataan lagi

 Mohamad Sabu
SELAYANG - Parti Amanah Negara (Amanah) akan menunggu hasil mesyuarat Presiden Pakatan Harapan nanti sama ada parti itu akan bertanding di Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Presidennya, Mohamad Sabu berkata, buat masa ini Amanah tidak akan mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung PRK di dua kawasan Parlimen itu kerana mempraktikkan semangat setiakawan dalam Pakatan Harapan.

"Kenyataan berhubung dua PRK ini sewajarnya dibincang dan dipersetujui dahulu di dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan khasnya setelah berlakunya kekecelaruan semasa pilihan raya negeri Sarawak. Amanah yakin tiada mana-mana rakan Pakatan Harapan yang mahu melihat pengalaman buruk tempoh hari berulang.

"Amanah amat menghargai cadangan pelbagai pihak dan individu pimpinan parti berhubung kedua-dua PRK ini. Namun Amanah menegaskan bahawa tiada yang muktamad sehingga diputuskan dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatam Harapan," katanya dalam sidang medianya di Wisma Amanah Kuala Lumpur, hari ini.

Mengulas lanjut Mohamad Sabu atau mesra disapa Mat Sabu berkata, budaya unilateral boleh diamalkan pihak lain tetapi bukan parti itu.

"Budaya itu tidak wajar menjadi amalan Pakatan Harapan atas komitmen terhadap pendekatan muafakat politik yang jujur dan ikhlas maka Amanah ditubuhkan.

"Amanah mahukan bahawa dua PRK ini medan memperkukuhkan Pakatan Harapan sekali gus membina keyakinan rakyat terhadap keutuhan Pakatan Harapan dalam mencabar BN sebagai kerajaan menanti," katanya.

'Sama-samalah' kita ukur baju di badan sendiri - Mat Sabu

Mat Sabu: Sama-samalah kita ukur baju di badan sendiri
Mohamad Sabu bercakap pada sidang media di ibu pejabat Amanah, hari ini.
SELAYANG - "Sama-samalah kita ukur baju sendiri. Kalau kita hendak buat baju warna pink ukurlah warna pink tiada masalah itu."
Demikian tutur Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu tatkala diminta mengulas ‎mengenai kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyarankan agar mana-mana parti yang mahu bertanding di Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar agar mengukur baju di badan sendiri.
Kenyataan Abdul Hadi itu dipercayai merujuk kepada hasrat Amanah yang mahu bertanding pada PRK sama ada di Parlimen Sungai Besar atau Kuala Kangsar.
Menurut Abdul Hadi, Pas mempunyai sokongan akar umbi yang kuat di kawasan tersebut dan akan meletakkan calonnya di kedua-dua kerusi tersebut.
“Sepatutnya semua pihak yang mahu perubahan di negara ini menghormati kedudukan Pas. Jangan nak berebut.
“Pas berpijak di bumi nyata di Kuala Kangsar dan Sungai Besar. Sepatutnya mereka (parti yang mahu bertanding) mengukur baju di badan sendiri,” katanya kepada media, semalam.
Ketika ditanya adakah beliau atau Timbalannya, Salahuddin Ayub akan bertanding di mana-mana kerusi PRK, Mat Sabu berkata, perkara itu belum diputuskan lagi.
"‎Kami belum putuskan siapa calonnya, tunggu mesyuarat Pakatan Harapan, kerana bagi kami siapa-siapa sahaja boleh menjadi calon.

Mahfuz bawa usul rujuk Pengerusi PAC ke JK Hak dan Kebebasan


Mahfuz anggap tawaran Azmin perlu diterima PasMahfuz anggap tawaran Azmin perlu diterima Pas
Ahli parlimen Pokok Sena akan membawa satu usul di Dewan Rakyat esok bagi mencadangkan ahli Parlimen Rompin Datuk Hasan Arifin dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.
Ia berkenaan Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang telah dibentangkan kepada Majlis pada 7 April 2016.
Mahfuz mendakwa Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara telah dipinda oleh Hasan tanpa persetujuan Ahli-Ahli PAC yang lain.
“Bahawa Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara telah bertindak secara bersendiri tanpa mengikut tatacara Jawatankuasa apabila meminda Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara sebelum dibentangkan.
“Bahawa Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara sendiri mengakui beliau telah meminda Laporan Jawatankuasa tanpa persetujuan semua ahli jawatankuasa,” kata Mahfuz dalam usul tersebut.
Mahfuz juga berkata, tindakan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara membuat pindaan kepada Laporan Jawatankuasa yang dibentangkan kepada Majlis telah mengubah dan menutup maklumat sebenar berkaitan laporan tersebut.
“Bahawa tindakan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara meminda Laporan Jawatankuasa adalah suatu tindakan yang mengelirukan Majlis, Ahli-Ahli Majlis dan seterusnya menghina Majlis,” katanya lagi.

AMANAH pastikan tiada pertembungan dalam HARAPAN

Parti Amanah Negara (AMANAH) akan memastikan tidak akan ada pertembungan antara parti komponen Pakatan Harapan dalam dua pilihan raya kecil akan datang.
Presiden AMANAH Mohamad Sabu berkata demikian sebagai respons kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menggesa pembangkang bertanding sebagai satu pasukan untuk mengalahkan Barisan Nasional di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
"Kami dalam Pakatan (Harapan) akan berusaha supaya tak ada pertindihan calon seperti berlaku di Sarawak. Luar daripada Pakatan Harapan kami tak ada upaya mengendalikan parti-parti lain yang begitu banyak di Malaysia ini. Hak mereka (untuk bertanding),"kata Mohamad dalam satu sidang media di ibu pejabat parti itu hari ini.
Pakatan Harapan, katanya, akan bertanding menentang sesiapa sahaja, terutamanya BN dan sekutunya.
PAS masih mahu bertanding di kedua-dua kerusi itu dan telah meminta HARAPAN tidak menyertai pertandingan pelbagai penjuru yang akan memecahkan undi dan memberi kemenangan terhadap BN.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini dilaporkan memberi amaran kepada parti lain yang ingin meletakkan calon mereka supaya ‘mengukur baju di badan sendiri’.
"Sama-sama la ukur baju, kalau kita nak buat warna pink, ukur la warna pink, tak ada masalah," kata Mohamad secara berseloroh.
Tidak jelas jika ia merujuk pakaian baju Melayu berwarna merah jambu yang dipakai Hadi bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak apabila mereka berkongsi pentas yang sama dalam satu persidangan Disember tahun lepas.
Belum buat keputusan calon
Sementara itu, AMANAH masih belum membuat keputusan mengenai calon yang akan bertanding pada dua pilihan raya kecil itu walaupun beliau mengesahkan bahawa mereka yang disenarai pendek adalah yang paling berkaliber.
Parti itu juga belum membuat keputusan jika presiden sendiri dan Timbalannya (Salahuddin Ayub) perlu bertanding.
"Siapa sahaja antara kami dan di luar daripada kami boleh menjadi calon," kata Mohamad apabila ditanya jika bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin antara calon yang akan dipilih.

PAS: Jika AMANAH letak calon, BN akan menang


PAS berharap pakatan pembangkang tidak akan meletakkan calon mereka dalam pilihan raya kecil Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar, 18 Jun ini, kata Timbalan Presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Tuan Ibrahim berkata sekiranya pilihan raya kecil berkenaan menyaksikan pertandingan tiga penjuru ia agak sukar bagi pihak pembangkang untuk mencapai kemenangan.
 "Jikalau Parti Amanah Negara (Amanah) atau parti lain meletakkan calon, ia hanya akan memberi peluang kepada Barisan Nasional (BN) untuk mencapai kemenangan di situ.
"Cuma PAS ini, kita tidak ada hak untuk menyekat kerana (negara) kita mengamalkan sistem demokrasi, tetapi kita mengharapkan Amanah atau parti lain tidak meletakkan calon, biarlah satu lawan satu," katanya selepas merasmikan Muktamar Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang kali ke-36 di Yayasan An Nahdoh, Kubang Semang di Bukit Mertajam hari ini.
Tuan Ibrahim berkata sebelum wujudnya pakatan pembangkang, kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar, secara tradisinya ditandingi PAS.
"PAS telah mengisytiharkan lebih awal bahawa kita akan kekal di kerusi tersebut. Sudah tentu kita mengesyorkan PAN atau parti pembangkang lain tidak bertanding pada pilihan raya kecil di Sungai Besar dan Kuala Kangsar kerana jika ada pertandingan tiga penjuru, ia hanya memberi kelebihan kepada Barisan Nasional.
Mengulas berhubung persiapan menghadapi pilihan raya kecil berkenaan, Tuan Ibrahim berkata PAS sudah bersiap sedia dengan jentera operasinya.
"Kita sudah membuat persiapan untuk menghadapi pilihan raya kecil di Sungai Besar dan Kuala Kangsar dan PAS sudah membentuk jawatankuasa induk dan jawatankuasa operasi. Di Kuala Kangsar, jentera pilihan raya akan diketuai oleh Naib Presiden PAS Idris Ahmad manakala di Sungai Besar, pengarahnya adalah Naib Presiden PAS Datuk Iskandar Abdul Samad," katanya.
Beliau berkata Majlis Syura PAS telah menerima senarai empat calon bagi pilihan raya kecil Sungai Besar dan tiga calon bagi PRK Parlimen Kuala Kangsar dan Majlis Syura parti akan menelitinya sekiranya ada senarai calon baharu yang dikemukakan kepada PAS pusat.
Di TAIPING, Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata parti itu sedia untuk menentang Parti Amanah Negara (Amanah) sekiranya ia meletakkan calon untuk bertanding dalam pilihan raya kecil bagi kedua-dua kawasan Parlimen itu.

Pas rela kalah Kelantan, tidak akan runding dengan Amanah, kata Nik Amar


Mohd Amar AbdullahMohd Amar Abdullah
Pas rela kalah di negeri Kelantan tetapi tidak akan sekali-kali berpakat dengan Parti Amanah Negara (Amanah), tegas pemangku Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah.
"Kita rela kalah di Kelantan ini tetapi tidak sekali-kali berpakat dengan Pan (Amanah). Itu adalah pendirian kita," kata Nik Amar dalam satu taklimatnya kepada ahli dan pimpinan Pas negeri itu baru-baru ini.
Namun, kata Nik Amar, jika Pas kalah, Amanah adalah pihak yang bertanggungjawab dan akan memdapat balasan di akhirat kelak.
Bagi beliau, Amanah adalah pengkhianatnya jika berlaku tiga penjuru di Kelantan.
"Jika bertanding tiga penjuru, mereka inilah pengkhianatnya yang menolong Umno di Kelantan," kata beliau.
Menurut Nik Amar, orang-orang Umno sekarang ini tidak perlu berceramah kerana peranan itu telah dimainkan oleh Amanah.
Nik Amar mengulas cadangan Pengerusi Amanah Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah yang mengajak Pas berunding di negeri itu agar kerjasama boleh dibuat untuk mempastikan kerajaan negeri yang ada sekarang dipertahankan.
"Dia tekan kita supaya kita berkira dengan dia. Bila berkira dengan dia, kena beri bahagian mereka. Dia sebut, biar Pas ni bertanding Dun, Parlimen ini beri kepada mereka. Dia sebut gitu.

Dua kerusi Parlimen milik PAS, parti lain perlu ukur baju di badan, kata Hadi

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak mahu parti lain bertanding di dua kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang didakwa milik parti Islam itu kerana mereka tidak akan mampu memenanginya.
Hadi mendakwa mereka memiliki kekuatan untuk bertanding dalam dua pilihan raya kecil (PRK) dan mampu merampas daripada Barisan Nasional walaupun baharu sahaja tewas teruk di Sarawak baru-baru ini.
Abdul Hadi Awang (kanan) menerima cenderamata  daripada Yang dipertua “Sepatutnya semua pihak yang inginkan perubahan di negara ini menghormati kedudukan PAS. Jangan nak berebut.
“PAS berpijak di bumi nyata di Kuala Kangsar dan Sungai Besar. Sepatutnya mereka (parti yang ingin bertanding) mengukur baju di badan sendiri,” kata Hadi dipetik dalam akhbar Sinar Harian hari ini.
Hadi juga berkata PAS mempunyai pengalaman bertanding dalam pilihan raya kawasan tersebut malah mereka hanya kalah tipis kepada BN dalam Pilihan Raya 2013 lalu.
“Oleh itu kita tidak mempunyai masalah untuk masuk di kawasan ini. Bahkan undi kita semakin meningkat,” beliau dilaporkan sebagai berkata.
Kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar kosong berikutan dua penyandangnya Datuk Noriah Kasnon dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.
Turut terkorban dalam nahas itu ialah suami Noriah, Asmuni Abdullah serta tiga yang lain termasuk juruterbang.

‘Hormati kedudukan Pas, jangan nak berebut’ - Abdul Hadi

KOTA BHARU - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi peringatan kepada parti lain yang mahu meletakkan calon di Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar agar mengukur baju di badan sendiri.
Abdul Hadi Awang Abdul Hadi berkata, Pas mempunyai sokongan akar umbi yang kuat di dua kawasan itu dan akan meletakkan calon di kedua-dua kerusi tersebut.
“Sepatutnya semua pihak yang mahu perubahan di negara ini menghormati kedudukan Pas. Jangan nak berebut.
“Pas berpijak di bumi nyata di Kuala Kangsar dan Sungai Besar. Sepatutnya mereka (parti yang mahu bertanding) mengukur baju di badan sendiri,” katanya kepada media, semalam.
Terdahulu beliau merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pas Pengkalan Chepa yang turut dihadiri Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan di sini.
Kelmarin, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohammad Sabu bertegas untuk meletakkan calonnya di kedua-dua kerusi tersebut dan bersedia berdepan dengan mana-mana parti kecuali PKR dan DAP.
Tindakan Amanah itu dijangka mencetuskan perbalahan dengan Pas yang awal-awal lagi sudah menyatakan kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar akan ditandingi oleh mereka.
Mengulas lanjut, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, Pas memiliki pengalaman bertanding di kawasan itu sejak tahun 1959, bahkan pada PRU13 pula hanya kalah tipis kepada BN.
“Oleh itu, kita tidak mempunyai masalah untuk masuk di kawasan ini. Bahkan undi kita semakin meningkat,” katanya.
Pada masa yang sama, Abdul Hadi juga mengakui sekiranya Pakatan Harapan meletakkan calonnya di kerusi berkenaan, ia boleh memecahbelahkan undian.
“Tidak dinafikan. Yang penting kita dapat menggerakkan jentera pilihan raya,” katanya.
Sebelum ini, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man turut menegaskan pertembungan antara blok pembangkang dalam kedua-dua PRK tersebut hanya akan memberi kelebihan kepada BN untuk menang.

Dr Awang Azman: PRK, medan perlawanan dua kuasa besar?

Penganalisis politik melahirkan kebimbangan dua Pilihan Raya Kecil (PRK) di Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar bulan depan akan menjadi medan perlawanan dua kuasa besar bukan parti mahupun calon yang bertanding.
Pensyarah dari Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, suasana yang tidak menentu hari ini menyebabkan senario politik itu bertukar.
Dr Awang Azman “Saya risau isu perlawanan Umno dengan PKR atau DAP sebenarnya bukan berdasarkan ideologi parti lagi. Sebaliknya menjadi medan siapa lawan siapa...kuasa besar di belakang itu melawan tokoh yang lain. Perlawanan antara dua tokoh itu sebenarnya.
"Sebagai contoh, calon ini proksi Datuk Seri Najib Razak lawan calon proksi Tun Dr Mahathir ataupun antara Datuk Seri Azmin Ali melawan Datuk Seri Noh Omar dan sebagainya. Bukan tumpu kepada isu perlawanan calon (yang bertanding itu),” katanya kepada Sinar Online.
Menurutnya jika perkara itu berlaku, pengundi akan menjadi keliru dan berkemungkinan membuat protes seperti pilihanraya sebelum ini.
“Mereka tidak mahu keluar mengundi, sengaja merosakkan undi dan sebagainya,” katanya.
Ketika ditanya tentang corak kempen yang dijangka digunapakai parti-parti bertanding, beliau menjangkakan masing-masing menampilkan strategi yang lebih Islamik selaras dengan waktu kempen dan pilihan raya itu di bulan Ramadan.
“Saya fikir isu berkaitan peribadi itu, masing-masing akan meminimumkan, pembunuhan karakter itu akan dikurangkan dan mereka perlu fokus kepada fakta lawan fakta, idea lawan idea, hujah lawan hujah. Bukannya bersifat peribadi, main sentimen.
“Sepatutnya mereka sudah matang dalam hal demokrasi dan tidak berlegar kepada isu yang remeh dan peribadi yang tidak membangunkan masyarakat,” katanya.
Sementara penganalisis politik, Dr Muhammad Shamshinor Abdul Azzis berkata, dua pilihan raya kecil itu tidak boleh diukur sebagai penentu sokongan terhadap BN kerana parti pembangkang di negeri Selangor itu mungkin menang dek kelemahan Pakatan Harapan dan Pas yang masih tidak sehaluan.

Otai Reformis desak Amanah wakili PH di dua PRK

Otai Reformis desak Amanah wakili PH di dua PRK
SELAYANG - NGO Otai Reformis 1998 mendesak Pakatan Harapan memberi peluang kepada Parti Amanah Negara (Amanah) mewakili pakatan itu untuk bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar.
Menurut jurucakap NGO tersebut, Shaiful Ariffin berkata, asasnya mereka mendapati bahawa kewujudan Amanah adalah bukan sebagai  penganti kepada Pas malah lebih baik daripada Pas.
"Saya anggap peluang dua kerusi  Parlimen (Kuala Kangsar dan Sungai Besar)  harus diberi tanggungjawabnya kepada Amanah untuk membuktikan Amanah satu parti yang dominan.
"Parti Amanah yang mewakili suara  demokrat muslim akan terus mara kehdapan, kami amat percaya tanggungjawab ini perlu diberi kepada Amanah dengan ketokohan pemimpin yang berwibawa dan punyai prinsip untuk kukuhkan Pakatan Harapan, jadi jangan sia-siakan Amanah,"katanya pada pemberita di Wisma Amanah hari ini.
Memorandum diserahkan kepada  di Wisma Amanah Kuala Lumpur.
Untuk itu, ujarnya Otai Refomis 1998 akan membantu Amanah berkempen di dua PRK itu sekiranya Amanah diberi ruang dan peluang oleh Pakatan Harapan untuk bertanding di dua buah kerusi parlimen itu.
Sementara itu, menurut Presiden Amanah, Mohamad Sabu  ketika menerima memorandum itu berkata Amanah akan membawa ‎suara Otai Reformis 1998 dalam mesyuarat Pakatan Harapan.
"Terima kasih atas pandangan dan cadangan itu,  kami sangat menghargainya,  segala cadangan itu akan  dibincangkan  bersama atas nama Pakatan Harapan.

Amanah sukar kalahkan Pas, kata Mustafa Ali

Amanah tak mampu lawan Pas kata Mustafa AliAmanah tak mampu lawan Pas kata Mustafa Ali
Pas menganggap Amanah masih jauh terkebelakang dan sukar untuk mengalahkan parti itu dalam mana-mana pilihan raya kecil (PRK) atau pilihan raya umum (PRU).

Merujuk kepada pilihan raya negeri (PRN) Sarawak baru-baru ini, ketua pengarah pilihan raya Pas Datuk Mustafa Ali berkata undi Pas mendahului Amanah di semua kerusi yang ditandingi mereka.

“Yang peliknya PAN (Amanah) bertanding di tempat yang kita bertanding sebab dia nak lawan Pas dan dia yakin dia boleh mengalahkan Pas.

“Tapi Alhamdulillah tempat yang kita dan Amanah bertanding kita mengalahkan Amanah semua sekali walaupun kita tak menang dalam pilihan raya,” katanya dalam program pelancaran jentera PRK Sungai Besar peringkat kawasan Selayang dan meraikan jentera PRN Sarawak di Bandar Baru Selayang malam tadi.

Malah kata Mustafa, Pas hanya kalah tipis kepada BN di Beting Maro sebaliknya Amanah hilang deposit.

Undi diterima PAS meningkat dari 2,678 (tahun 2011) kepada 3,051 (tahun 2016) di Beting Maro dan Amanah hanya memperoleh 103 undi.

Di Muara Tuang pula katanya, pada PRN ke-10 Pas tidak hilang deposit namun akibat berlaku tiga penjuru, Pas dan Amanah masing-masing hilang deposit.

“Ada tempat yang dua-dua hilang deposit tapi kita lebih banyak dari dia. Menang juga.

Bekas pemimpin, ahli Pas Terengganu tidak senang sikap pro Umno


MESEJ TUN M YANG MUDAH UNTUK DIFAHAMI JIKA BENAR MAHU MENOLAK NAJIB

Berucap dalam program Selamatkan Malaysia di Stadium Melawati malam tadi, Tun Mahathir Mohamad antara lain mengajak semua pihak agar bersatu mengalahkan BN dalam pilihanraya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar yang bakal diadakan pada 18 Jun akan datang tanpa mengira sama ada calonnya daripada Pakatan Harapan atau pun Pas.

"Jangan kita kira siapa calon ini, walaupun Pas kerana kita perlu kalahkan BN untuk menunjukkan kepada Najib bahawa rakyat sudah tidak lagi sokong dia.

"Sebab itu kita perlu kerja keras untuk kalahkan BN dalam dua pilihanraya kecil ini," tegas Tun Mahathir.

Yesssss...mesej yang mudah dan tidak sukar untuk difahami.

Mesej Tun Mahathir itu bukan saja ditujukan kepada Pakatan Harapan dan Pas agar berunding baik-baik bagi memastikan pertandingan satu lawan satu dengan BN, tetapi juga sebenarnya untuk difahami oleh pengundi di kedua-dua kawasan tersebut.

Malah ia juga secara tidak langsung menggambarkan kesediaan Tun Mahathir untuk turun sama berkempen di Kuala Kangsar dan Sungai Besar kali ini.

Sudah tentu dengan kesediaan berkempen oleh bekas Perdana Menteri dalam  dua pilihanraya kecil ini, ditambah jika wujud kesepakatan yang baik di kalangan parti-parti pembangkang, meskipun ia diadakan pada bulan puasa, kemeriahannya tidak akan berkurang sama sekali.

Deklarasi Rakyat: NGO persoal kebenaran sejuta tandatangan

Pertubuhan Gabungan Melayu Nusantara Negeri Sembilan membangkitkan persoalan itu memandangkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Sekretariat Pakatan Harapan menyatakan jumlah tandatangan yang berbeza.
petitionPETALING JAYA: Benarkah Deklarasi Rakyat sudah berjaya mengumpul 1.27 juta tandatangan, soal Pertubuhan Gabungan Melayu Nusantara Negeri Sembilan.
NGO Melayu itu membangkitkan persoalan itu memandangkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Sekretariat Pakatan Harapan menyatakan jumlah tandatangan yang berbeza.
Kata Presiden Mustafa Abu Bakar, Mahathir menyatakan sejumlah 1.27 juta tandatangan telah berjaya dikumpul, sementara kenyataan Sekretariat Selamatkan Malaysia memaklumkan hanya 500,000.
Justeru, beliau menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menjalankan siasatan, terutama berhubung tandatangan yang dikumpulkan menggunakan internet.
“Kami mahukan kebenaran dan ingin tahu siapakah yang berbohong,” katanya seperti dipetik Bernama.
Pada 10 Mei lalu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dalam laman Facebooknya menyatakan jumlah tandatangan “sudah mencecah angka satu juta”.
Namun laporan Sinar Harian 11 keesokannya memetik kenyataan ahli Sekretariat Selamatkan Malaysia Datuk Kamaruddin Jaafar bahawa jumlah tandatangan yang berjaya dikumpul adalah 500,000.
Pada 13 Mei lalu, Dr Mahathir pula dalam satu sidang media mengumumkan sejumlah 1.07 juta tandatangan berjaya dikumpul melalui internet, 200,000 di borang fizikal dan 50,000 lagi melalui laman petisyen Change.org.

Ahmad Bashah berdoa kerjasama PAS-Umno


Menteri Besar Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah ‘berdoa’ supaya ada kerjasama di antara PAS dan Umno dan yakin kedua-dua parti itu akan menuju ke arah itu.
“Saya sebagai orang lama, saya selalu berdoa ada kerjasama antara Umno dan PAS. Dalam senario politik hari ini, saya yakin Umno dan PAS akan menuju ke arah itu,” katanya.
Ahmad Bashah berkata demikian ketika diminta melihat skop kerjasama antara PAS dan Umno serta usaha dalam memperluaskan bentuk kerjasama sebelum Pilihan Raya Umum (PRU14).
Kata Ahmad Bashah, di Kedah hubungan Umno dengan PAS jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
“Saya rasa dalam kepimpinan PAS di Kedah pun sudah ada perasaan itu. Mereka tahu dan nampak apa yang berlaku kepada (Presiden) PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan kenyataan yang dibuat oleh presiden PAS itu.
“Mungkin suatu hari nanti untuk berhadapan dengan keadaan politik dan dalam masyarakat hari ini, sampai masanya untuk buat sesuatu. Saya yakin ia akan berlaku suatu hari nanti,” kata Ahmad Bashah dalam wawancaranya bersama Utusan Malaysia.
Ahmad Bashah mengakui masih belum ada lagi sebarang kerjasama sehingga kini antara kedua parti itu bagaimanapun dari segi persahabatan mereka ‘dekat’.
“Kita tidak boleh buat kenyataan yang boleh keruhkan keadaan. Itu pun harapan kepimpinan kedua-dua parti,” beliau dilaporkan sebagai berkata.
Kata Ahmad Bashah, dalam pembangkang, PAS dilihat kini berseorangan namun Umno tidak mahu parti Islam itu mati.
“PAS masih ada sokongan yang kuat di Kedah kerana penyokong tegar parti itu masih ada di negeri ini.
“Pengundi sayang kepada PAS, sebab itu apabila PAS lari daripada DAP, mereka lebih suka. Majoritinya orang Melayulah,” katanya.
Mesra dengan PAS di Kedah

PRK Sungai Besar Dan Kuala Kangsar : Membujur Lalu Melintang Patah

Oleh Abu Hassan Adam
Bagi aku yang tidak mahir dalam ‘sepak terajang politik’ jelas yang akan bertanding di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar adalah calon dari PKR untuk Sungai Besar dan Parti Amanah bagi PRK Kuala Kangsar. Aku merasakan tidak banyak ‘simpang–siornya’ untuk memilih calon bagi kedua-dua kawasan PRK ini.


Walaupun kedua-duanya merupakan kawasan yang pernah ditandingi oleh PAS, namun PAS bukan lagi dalam Pakatan Rakyat. Maknanya PAS tidak perlu mengadakan apa-apa rundingan dengan Pakatan Rakyat. Terpulanglah kepada kepimpinan PAS samada untuk bertanding atau tidak bertanding dalam PRK berkenaan. PAS tidak harus meletakkan sebarang syarat dan cadangan bagi menentukan calon di PRK ini. Pengalaman pahit yang dicetuskan oleh kepimpinan tertinggi PAS dalam mengharungi kemelut politik di Selangor dalam menentukan kedudukan Menteri Besar satu waktu dulu, sudah cukup ‘menyedarkan’ kepimpinan Pakatan tentang sikap kepimpinan PAS ketika ‘rakan’ dalam keadaan yang amat memerlukan. PAS bukannya ‘a friend in need is a friend indeed’. Malah kepimpinan tertinggi telah menunjukkan ‘belangnya’ dengan cuba ’menangguk di air keruh’.
Lantas kepimpinan Pakatan seharusnya bertindak bijak dalam menentukan calon dari Pakatan dalam menentukan ‘hidup-matinya’ parti berkenaan. PRK yang akan diadakan tidak lama lagi adalah merupakan deklarasi rakyat dalam erti kata yang sebenar-benarnya. Rakyat akan membuat penentuan dalam menetukan bukan sahaja wakil rakyat dalam satu-satu kawasan itu malah akan menentukan juga jatuh bangunnya negara ini. Jatuh bangunnya kepimpinan tertinggi negara. Rakyat akan membuat keputusan dan penentuan. Pengundi Sungai Besar dan Kuala Kangsar akan menyuarakan hasrat hati mewakili rakyat Malaysia.
Justeru Pakatan Rakyat tidak harus mempersoalkan isu kecil yang membelenggu pemikiran ahli. Pakatan Rakyat harus memikirkan kehendak rakyat dan bukan kehendak segolongan kecil individu yang sentiasa mencari kepentingan diri. Kepimpinan dalam Pakatan harus memikirkan perjuangan dalam kerangka yang lebih besar yang merangkumi persoalan penerusan bangsa Malaysia yang boleh dianggap telah tergugat kini.

Subky ramal Pas akan kalah, selepas itu menang besar

Oleh Mohd Sayuti Omar 
Sore semalam bersembang dengan tokoh wartawan dan veteran Pas Subky Latiff yang datang menziarahi saya bersama sdr Zulkifli Sulong bekas editor Harakah. Lama juga mereka di rumah saya sambil bertanya kesihatan saya, kami sempat berbual berbagai tajuk terkini.

Subky dan Zulkifli datang ziarah bertanya khabar saya. Sebagai wartawan tentulah mauduk perbicaran utama kami mengenai perkembangan media massa selain soal politik negara terkini. Dalam kesempatan itu antara yang sempat dibicarakan (bertanya khabar) mengenai akhbar Harakah, lidah rasmi Pas. Suatu masa dulu akhbar ini pernah menjadi akhabar alternatif nombor satu negara bagi pembaca yang sudah muak dan hilang kepercayaan kepada akhabr arus perdana (PB).
Kelarisan akhbar ini sehingga oplanya mencecah ratusan ribu untuk satu-satu keluaran memberi keuntungan besar kepada Pas. Parti agama itu dapat membeli beberapa buah bangunan menjadi aset, termasuk bangunan tempat akhbar itu beroperasi di di Jalan Pahang.

Manakala Harakah online yang dikenalikan oleh Zulkifli pula mengikuti dekat dan sama popular dengan sebuah portal berita ulung negara ini. Media berkenaan pendeknya menjadi bahan bacaan dan sumber rujukan penting bagi orang ramai untuk mengetahui perkembangan politik yang realis dan tidak dikelentungkan oleh media PB.

Saya pernah difahamkan kutipan iklan menerusi Harakah online sahaja mencecah RM80 ribu sebulan. Kehidupan dan suasana di Jabatan Penerangan Pas yang mengendali dan bertanggungjawab menguruskan media berkenaan, sungguh lumayan ketika itu. Sesungguhnya sumbangan daripada media Pas untuk kewangan parti itu besar.

Hari ini kegemilangan itu sudah menjadi kenangan. Ketika bersembang tadi, Zulkifli memaklumkan kedudukan semasa akhabar lidah rasmi Pas itu sangat tidak kondusif. Kewangan di Jabatan Penerangan juga sudah mulai kering. Pas terpaksa menjual beberapa aset bagi menampung kos penerbitan kerana jika diharapkan kepada jualan dan iklan ternyata ia tidak mampu lagi untuk menanggung biaya penerbitan dan gaji wartawan serta pengurusan lain.

Petang semalam juga salah satu unit dibawah Jabatan Penerangan juga terpaksa keluar dari bangunan yang disewa kerana tidak mampu untuk membayar sewa? Perkembangan dalam Jabatan Penerangan Pas yang bertanggungjawab menerbit media massa akhir-akhir ini seolah-olah akan meletakkan jabatan itu semacam tahun-tahun sebelum 2000, yang tenat.

Khabarnya beberapa wartawan termasuk wartawan kanan telah meninggalkan akhbar berkenaan. Manakala wartawan yang mempelopori akhbar berkenaan yang berkhidmat dengan semangat dan dibayar gaji tidak seberapa atau sekadar diberi makan, sudah lama meninggalkannya. Pelbagai faktor kenapa berlaku begitu ia termasuk soal kepuakan dan kronisme.


Ditanya mengenai nasib akhbar itu kenapa jadi demikian, Zulkifli dan Subky sepakat mengatakan antara lain kerana media Pas itu tidak kagi diuruskan oleh mereka yang alim dalam bidang kewartawanan.

"Journalisme sudah tidak ada lagi dalam Harakah," demi kata Zulkifli. Ia kini diuruskan mereka yang tidak ada pengalaman dan tidak mempunyai ilmu luas dalam bidang kewartawanan. Bila journalisme sudah tidak ada dalam sesebuah akhbar, maka fahamlah kita, akhbar itu bukan lagi bersifat sebagai akhbar, jadi tidak pelik kalau ia berhadapan dengan kelumpuhan pembaca.

P93 Sungai Besar PAS Bakal Kalah Tiga Ribu Undi

Ini bukan analisis cara penganalisis hebat hebat di dalam PAS. Ini analisis simple cara orang kampung. Dalam parlimen sungai besar ada dua dun. Iaitu dun sungai panjang dan dun sekinchan. Dari segi undi parlimen yang lalu, konon PAS sangat berbangga hanya tewas majoriti tipis 399 undi. Padahal jika kita perhatikan jumlah undi di dua dun di dalam parlimen tersebut, maka kita akan fahamlah PAS ni memang perasan je lebih. Aku jangka PAS akan kalah tiga ribu undi andai hanya PAS bertanding lawan BN dan aku memang sangat berharap PKR, DAP atau Amanah tidak kacau daun.

Dun sungai panjang adalah kawasan temurun khir toyo dengan jumlah undi lebih 80% adalah orang melayu. Ketika PRU13, wakil PAS kalah lawan BN dengan majoriti lebih dua ribu undi. Ringkasnya di kawasan melayu PAS kalah.
Dun sekinchan kawasannya adalah 60% pengundi china dan PRU 13 DAP mengalahkan BN lebih dari dua ribu undi. Ringkasnya di kawasan cina DAP menang.
Jadi PAS kalah dua ribu, DAP menang dua ribu mengikut pecahan dun dalam parlimen sungai besar. 
Secara ringkasnya dalam dua dua dun tersebut, untuk rumusan parlimen, tidak adapun kekuatan PAS yang boleh dibangga banggakan. Jelas sekali PAS tewas nipis dalam parlimen yang lalu bukan kerana kekuatan PAS langsung. Ia adalah kekuatan bukan melayu yang pada masa itu menyokong Pakatan Rakyat.
Jelas sekali pilihanraya parlimen sungai besar ini adalah sesuatu yang sangat ditakuti oleh PAS. Ia boleh menjadi ukuran sebenar samada pengkhianatan PAS terhadap Pakatan Rakyat akan diajar cukup cukup oleh rakyat Selangor atau rakyat dapat memahami apa yang dibuat oleh PAS.

PRK: Jangan beri undi pada BN – Tun Dr Mahathir

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyeru pengundi di Kuala Kangsar dan Sungai Besar supaya tidak memilih Umno Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di kawasan itu.
IMG_5314Beliau berkata fokus masyarakat perlu tertumpu kepada undi bukan BN bagi memastikan kedua-dua kerusi Parlimen itu bukan lagi menjadi milik parti itu.
Katanya, rakyat perlu menjadikan PRK di kedua-dua kawasan itu sebagai referendum dan bukti bahawa rakyat menolak kepimpinan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri.
“Diharap kita semua boleh mengalahkan BN. Jangan ambil kira siapa yang lawan BN. Kita cuma ingin satu parti berlawan dengan BN kerana kita tahu kalau lebih calon seperti di Sarawak, undi berpecah dan BN menang.
“Kalau hanya satu lawan satu kita boleh tentukan kemenangan kita dengan undi sebanyak mungkin calon yang melawan BN,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap semasa Himpunan Selamatkan Malaysia, peringkat negeri Selangor di Stadium Malawati, malam tadi.
Antara pimpinan yang hadir, Menteri Besar Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, Presiden AMANAH; Mohamad Sabu, Ahli Parlimen Ampang; Zuraida Kamarudin, bekas pimpinan Umno; Tan Sri Sanusi Junid, Datuk Khairuddin Abu Hassan, Exco Negeri; Dr Daroyah Alwi, Amiruddin Shari dan Elizabeth Wong.
Dalam pada itu Tun Dr Mahathir berkata, semua komponen parti pembangkang perlu bekerja keras mengalahkan penguasaan BN dalam PRK kali ini.

AMANAH saran PAS tarik diri kalau tak mahu undi pecah


Parti Amanah Negara (AMANAH) menyarankan supaya PAS berunding dengan semua wakil Pakatan Harapan (HARAPAN) jika tidak mahu pertandingan tiga penjuru dan bukan berunding dengan PKR sahaja.
Pengarah Komunikasinya Khalid Abdul Samad berkata PAS sebenarnya keliru dengan ‘bahasa’ mereka sendiri sebagai blok ketiga.
“PAS sepatutnya selari antara percakapan dan tindakan mereka. Blok ketiga seharusnya tidak gentar berunding tiga penjuru,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.
Khalid berkata demikian mengulas kenyataan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyarankan pembangkang lain tidak meletakkan calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Khalid berkata, jika tidak mahu undi pecah dijadikan alasan, PAS sepatutnya bersedia berbuat demikian.
“Kalau tidak mahu undi pecah dijadikan alasan, PAS pun jangan bertanding. Beri laluan kepada parti lain.
“Kalau PAS merasakan pecahan undi itu satu perkara yang penting, tariklah diri jangan suruh orang lain tarik diri,” beliau dilaporkan sebagai berkata.
Mengulas mengenai kenyataan Tuan Ibrahim bahawa tindakan meletakkan calon untuk menguji sokongan hanya beri kelebihan kepada BN untuk memang Khalid berkata isu itu tidak timbul.
“Tiada niat mahu menguji sebaliknya jika kami meletakkan calon, kami memang mahu menang. Wujudnya AMANAH kerana perjuangan kami berbeza,”katanya.

Hadi ingatkan parti lain 'ukur baju di badan sendiri'


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi amaran kepada parti lain yang ingin meletakkan calon di Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar supaya ‘mengukur baju di badan sendiri’.
Katanya, PAS mempunyai sokongan yang kuat di kedua-dua kawasan berkenaan dan parti Islam itu akan meletakkan calon mereka di situ.
 “Sepatutnya semua pihak yang inginkan perubahan di negara ini menghormati kedudukan PAS. Jangan nak berebut.
“PAS berpijak di bumi nyata di Kuala Kangsar dan Sungai Besar. Sepatutnya mereka (parti yang ingin bertanding) mengukur baju di badan sendiri,” kata Hadi seperti dilapor Sinar Harian.
Sebelum ini Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu bertegas bahawa parti serpihan PAS itu turut akan meletakkan calon di kedua-dua kawasan berkenaan.
Mengulas lanjut MP Marang itu berkata, PAS mempunyai pengalaman dalam bertanding di kawasan itu sejak 1959, malah ketika PRU13 hanya kalah tipis dengan BN.
“Oleh itu kita tidak mempunyai masalah untuk masuk di kawasan ini. Bahkan undi kita semakin meningkat,” beliau dilaporkan sebagai berkata.
Hadi turut mengakui sekiranya Pakatan Harapan meletakkan calonnya di kerusi itu boleh memecahbelahkan undian.
“Tidak dinafikan, yang penting kita dapat menggerakkan jentera pilihan raya,” katanya.

Pas lancar jentera Sungai Besar, minta semua jangan ambil mudah


Mustafa ingatkan ahli Pas bukan mudah untuk menang di Sungai Besar Foto Zaidi TalibMustafa ingatkan ahli Pas bukan mudah untuk menang di Sungai Besar Foto Zaidi Talib

Pas mengerahkan seluruh ahlinya agar bekerja sekuat-kuatnya dalam menghadapi pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar bagi mencapai kemenangan walaupun kekalahan mereka hanya dengan majoriti kecil dalam plihan raya umum (PRU) ke-13 lalu.
Ketua pengarah pilihan raya Pas Datuk Mustafa Ali menyeru semua jentera pilihan raya bersiap siaga untuk melakukan gerak kerja pilihan raya apatah lagi PRK Sungai Besar akan berlangsung dalam bulan Ramadhan.
“Saya nak ingatkan walaupun kita kalah dengan majoriti yang kecil tapi kita jangan terlalu leka dengan menyangka bahawa dengan majoriti yang kecil akan mudah untuk kita mendapat kemenangan.

“Jangan terlalu yakin, kita mesti buat kerja dengan bersungguh-sungguh dan bulan Ramadan ini pemimpin BN akan mengambil kesempatan untuk mengadakan majlis berbuka puasa untuk berkempen jadi Pas pun kena lawan,” katanya dalam program pelancaran jentera pilihan raya PRK Sungai Besar peringkat kawasan Selayang di Bandar Baru Selayang malam tadi.

Pada PRU13, calon Pas di Sungai Besar Mohamad Salleh M. Husin tewas kepada calon BN Datuk Noriah Kasnon dengan majoriti 399 undi sahaja.Pelancaran jentera Pas di Selayang malam tadi Foto Zaidy TalibPelancaran jentera Pas di Selayang malam tadi Foto Zaidy Talib
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Khamis lalu mengumumkan PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar diadakan serentak pada 18 Jun depan.

Tarikh penamaan calon bagi kedua-dua PRK itu pada 5 Jun manakala pengundian awal pada 14 Jun.

Parlimen Sungai Besar mempunyai 42,655 pemilih berdaftar dengan pengundi biasa (42,365), pengundi awal (286) dan pemilih tidak hadir luar negara (empat).

Kekosongan kerusi Sungai Besar dan Kuala Kangsar masing-masing berikutan kematian penyandangnya Datuk Noriah Kasnon yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau Sarawak 5 Mei lepas.

Menurut Mustafa juga, Pas telah membuat persiapan awal bagi menghadapi dua PRK tersebut dari segi prasarana pilihan raya dan pembahagian jenteranya.

SKANDAL SRC: BERITA BURUK DARI SINGAPURA

Siasatan pihak berkuasa Singapura mendedahkan bahawa bekas Pengarah Urusan SRC International, Nik Faisal Arif Kamil telah meluluskan pemindahan sebanyak RM48 juta daripada dana syarikat itu kepada sekutu Jho Low, Tan Kim Loong.

Tan, jika mengikut The Wall Street Journal  atau WSJ adalah benefisiari asal Tanore Finance, sebuah syarikat berpangkalan di British Virgin Islands yang telah menghantar RM2,600 juta ke akaun peribadi Najib Razak.

Melalui pendedahan WSJ juga, Najib didapati turut menerima RM42 juta daripada SRC International yang sebelumnya mendapat kemudahan pinjaman sebanyak RM4,000 juta daripada Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) yang dikatakan untuk membiayai pelaburan arang batunya di Mongolia.

Cuma di Malaysia, bukan saja tidak diketahui siapa yang bertanggungjawab meluluskan pemindahan wang itu, malah Najib juga mengatakan beliau tidak mengetahui wang yang diterimanya itu daripada SRC International.

Pelik bukan?

Tapi wang itu tetap dibelanjakannya dan Nik Faisal pula sejak sekian lama menghilangkan diri ke luar negara, dipercayai ke Indonesia.

Di Singapura, seorang bekas pegawai  bank BSI, Yeo Jiawei sedang menghadapi pertuduhan kerana mempermudahkan, melalui cara penipuan, pemindahan wang daripada SRC International itu kepada Tan Kim Loong, tetapi di negara kita  "semuanya didapati tiada kes". 

Apakah kes di Singapura ini bakal mendedahkan banyak lagi perkara lain yang akhirnya turut melibatkan RM42 juta yang diterima oleh Najib?

Mahathir akan kerja keras kalahkan BN di K Kangsar dan Sg Besar


Tun Mahathir akan berkerja keras kalahkan Najib di PRK Sungai Besar dan Kuala KangsarTun Mahathir akan berkerja keras kalahkan Najib di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar
Barisan Nasional (BN) bukan sahaja akan berhadapan dengan parti-parti pembangkang dalam pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar bahkan juga ketumbukan yang dipimpinan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu jatuhkan Datuk Seri Najib Razak.
Ikrar Mahathir untuk mengalahkan calon BN ini dibuat dalam Himpunan Selamatkan Malaysia di Stadium Melawati Shah Alam malam tadi.
Turut serta adalah semua pemimpin Pakatan Harapan dan kumpulan yang menyokong Mahathir dalam Umno namun Pas menolak untuk menyertainya walaupun Pesuruhjaya Pas Selangor dijadualkan menyertai majlis ini pada awalnya.
Mahathir mengajak semua pihak bersatu untuk mengalahkan Datuk Seri Najib Razak dalam pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar tanpa mengira siapakah calon yang akan melawan BN samada dari Pas atau Pakatan Harapan.
"Jangan kira siapa calon ini walaupun Pas kerana kita perlu kalahkan BN untuk menunjukkan kepada Najib bahawa rakyat sudah tidak lagi sokong dia.
"Sebab itu kita perlu kerja keras untuk kalahkan BN dalam pilihan raya kecil ini," kata Dr Mahathir disambut tepukan gemuruh orang ramai yang memenuhi padang stadium itu.
Menurut Mahathir, Najib sekarang adalah hamba kepada kerajaan negeri Sarawak.

"Kabinet negeri urusan Sarawak bukan Putrajaya"




SHAH ALAM – Penganalisis politik mengingatkan bahawa kuasa melantik barisan menteri kabinet di Sarawak terletak di tangan Ketua Menterinya, Tan Sri Adenan Satem dan Putrajaya tidak sepatutnya campur tangan.
Pensyarah dari Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, apa yang berlaku hari ini dibimbangi akan mengeruhkan hubungan antara dua kuasa pentadbir itu.
"Kita perlu ingat juga kuasa autonomi Sarawak. Pelantikan itu kuasa Sarawak bukan Putrajaya.
Barisan Kabinet baharu Kerajaan Negeri Sarawak "Kita tidak mahu seperti kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ini nanti mengeruhkan hubungan Sarawak dengan Putrajaya yang akan menyebabkan ketidakpuasan hati rakyat Sarawak sedangkan Putrajaya perlu fokus isu besar, isu nasional ataupun dua pilihan raya kecil yang akan berlangsung ini," katanya kepada Sinar Online.
Adenan mengumumkan barisan Kabinet baharunya termasuk tiga timbalannya tetapi terdapat laporan menyebut ketua menteri itu tidak memenuhi janji sebelum pilihan raya untuk meletakkan wakil Cina sebagai timbalan ketua menteri.
Namun menurut laporan Sarawak Voice, posisi itu dibayangkan oleh Ahmad Zahid kepada Presiden SUPP, Datuk Dr Sim Kui Hian untuk dibisikkan kepada Adenan apabila membentuk kerajaan bukan dijanjikan Adenan.
Hari ini memetik laporan Malay Mail Online, Ahmad Zahid berkata terdapat usaha bagi meminda Perlembagaan Sarawak supaya membolehkan lebih daripada tiga timbalan ketua menteri dilantik.
Sementara itu, menurut Dr Awang, satu jawatan menteri penuh dan dua jawatan menteri muda dari kaum Cina dalam Kabinet Sarawak hari ini sudah memadai berikutan SUPP tidak menang besar dalam pilihan raya lalu.
Dr Awang turut menyifatkan pelantikan Kui Hian yang menjadi wakil rakyat pertama kali itu dan terus diangkat sebagai Menteri Kerajaan Tempatan sesuatu yang luar biasa kerana tidak berlaku seperti kelazimannya.

Sokongan 1.2 juta tandatangan, gelombang Reformasi tuntut Najib undur

Sokongan 1.2 juta tandatangan dikumpulkan menerusi Deklarasi Rakyat Selamatkan Malaysia mencetuskan kembali gelombang Reformasi rakyat di negara ini.
Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata sejarah kebangkitan rakyat ketika zaman Reformasi 1998 berulang apabila seluruh masyarakat bersatu menuntut pentadbiran adil dan saksama.
Deklarasi Rakyat“Pada ketika itu kita ketepikan isu peribadi dan latar belakang politik. Rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan kaum bersatu dengan satu tekad untuk melakukan Reformasi menyelamatkan Malaysia.
“Kesepaduan inilah mencipta kebangkitan rakyat yang tidak pernah berlaku dalam sejarah politik negara sekali gus merubah landskap politik negara ketika itu.
“Kita mengulangi sejarah tersebut apabila rakyat tanpa mengira kaum dan idealogi politik bersatu menyelamatkan Malaysia menuntut Najib turun segera daripada tampuk kepimpinan,” katanya yang juga Menteri Besar Selangor.
Beliau berkata demikian pada Himpunan Selamatkan Malaysia, peringkat Selangor di Stadium Malawati, malam tadi.

Azmin seru rakyat ketepi isu peribadi, bersatu tuntut Najib undur


Azmin dan Mohd Sabu bersama Mahathir kempen jatuhkan NajibAzmin dan Mohd Sabu bersama Mahathir kempen jatuhkan Najib
Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mahu semua pihak mengenepikan isu peribadi dan latar belakang politik dalam usaha selamatkan Malaysia.
"Rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan kaum bersatu dengan satu tekad untuk melakukan Reformasi menyelamatkan Malaysia," kata beliau berkata pada Himpunan Selamatkan Malaysia, peringkat Selangor di Stadium Malawati, malam tadi.Himpunan Deklarasi Rakyat Stadium Melawati malam tadiHimpunan Deklarasi Rakyat Stadium Melawati malam tadi
Beliau berkata sejarah kebangkitan rakyat ketika zaman Reformasi 1998 berulang apabila seluruh masyarakat bersatu menuntut pentadbiran adil dan saksama.
"Sokongan 1.2 juta tandatangan dikumpulkan menerusi Deklarasi Rakyat Selamatkan Malaysia mencetuskan kembali gelombang Reformasi rakyat di negara ini," katanya.
Kesepaduan inilah katanya mencipta kebangkitan rakyat yang tidak pernah berlaku dalam sejarah politik negara sekali gus merubah landskap politik negara ketika itu.
“Kita mengulangi sejarah tersebut apabila rakyat tanpa mengira kaum dan idealogi politik bersatu menyelamatkan Malaysia menuntut Najib turun segera daripada tampuk kepimpinan,” katanya yang juga Menteri Besar Selangor.

Dr M – Makan dedak, sampai polis tak nampak Najib seleweng duit?

Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan sama ada pihak polis sudah menjadi pemakan dedak (rasuah) sehingga tidak dapat menghidu jenayah menyeleweng yang dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Berucap dalam program Selamatkan Malaysia semalam, bekas perdana menteri itu membidas pihak penguatkuasa yang sepatutnya menjaga kepentingan rakyat sudah menjadi pelindung kepada penjenayah.
“Kita dapati agensi-agensi yang kita tubuh untuk jaga kepentingan rakyat seperti wakil rakyat, polis, AG (Peguam Negara) dan lain-lain, mereka bukan jaga kepentingan kita rakyat, mereka jaga kepentingan penjenayah.
“Oleh sebab itu tidak ada tindakan diambil terhadap Najib biarpun kita semua tahu jenayah yang beliau lakukan,” kata Dr Mahathir dalam program semalam di Stadium Melawati, Shah Alam.
Dr Mahathir kemudiaan menanyakan soalan kepada pihak polis sama ada mereka sudah mendapat dedak sehingga tidak nampak jenayah penyelewengan duit yang dilakukan oleh Najib.
“Saya nak tanya anggota polis, awal tidak tahu ke Najib itu sudah menyeleweng duit, takkan awak bodoh sangat.
“Atau dedak sudah masuk dalam mulut telinga sampai jadi pekak bisu dan buta,” soal beliau.
Dr Mahathir menyifatkan tindakan polis yang membisu membabitkan jenayah yang dilakukan Najib sebagai tidak masuk akal walhal seluruh rakya mengetahui penyelewengan dilakukan oleh beliau.
“Semua dunia tahu, seluruh dunia tahu, tapi jentera yang ditugas untuk tentukan jenayah tidak berlaku tapi mereka lah yang melindungi penjenayah,” katanya.
Beliau juga membidas tindakan pihak polis yang memberi tekanan dan mengancam gerakan rakyat bagi mendesak peletakan jawatan Najib.
“Kita dapati polis sekat gerakan rakyat untuk bersihkan negara.

Kumpulan pendesak Umno, GKCM turun beri penerangan dalam dua PRK

Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) yang lantang mengkritik Presiden Umno Datuk Seri Najib dan sudah menjelajah ke seluruh pelosok negara bakal turun memberi penerangan dalam dua Pilihan Raya Kecil (PRK) di kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
The Malaysia Mirror difahamkan kumpulan pendesak yang terdiri daripada pemimpin akar umbi Umno itu akan berkempen bersama dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bagi meneruskan desakan terhadap Najib.
Sumber dalaman memberitahu kumpulan itu dalam rancangan menyelaras dan mengumpul kekuatan pemimpin cawangan dalam dua kawasan parlimen bagi membolehkan mereka turun sama dalam tempoh kempen pilihan raya nanti.
“GKCM tidak menolak juga akan turun padang dalam dua PRK nanti bagi memberikan penjelasan dan penerangan mengenai isu-isu semasa.
“Beberapa tokoh heavyweight Umno yang tersingkir kerana menentang Presiden dijangka akan turun bersama GKCM nanti,” kata sumber itu kepada The Malaysian Mirror.
Sumber tidak menamakan pemimpin utama Umno yang akan turun bersama GKCM, namun diketahui dalam program sebelum ini pemimpin yang sering tampil atas pentas mereka terdiri daripada bekas timbalan presiden Tan Sr Muhyiddin Yasin, bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan naib presiden Datuk Seri Shafie Apdal.
Malah dalam satu majlis di Kedah, Team B baharu Umno juga diumumkan dengan penampilan ketiga-tiga pemimpin tersebut bagi mencabar Team A, yang diketuai Najib.
Menurut sumber, isu-isu semasa yang menyentuh kredibiliti Najib seperti skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan wang derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun Najib menjadi tumpuan utama GKCM apabila turun padang dalam PRK tersebut.
“GKCM akan menumpukan kepada isu 1MDB dan 2.6 bilion kerana masih banyak perkara yang belum terjawab.
“Isu-isu ini memerlukan penjelasan, selain itu cukai GST yang membebankan juga menjadi perhatian GKCM,” katanya.
Dua pilihan raya ini penting bagi menguji kepercayaan rakyat ke atas Najib walaupun baharu saja menang besar di Sarawak baru-baru ini.

Kembalikan kuasa Agong: Najib harus pertimbang cadangan Sultan Johor

Titah Sultan Johor itu harus disokong bagi memastikan kuasa Agong berada pada kedudukan paling tinggi.
ramlah-adam
PETALING JAYA: Titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar bahawa Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda bagi mengembalikan kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong atau Raja untuk meneliti dan memperkenan sesuatu rang undang-undang sebelum ia diluluskan seharusnya dipersetujui.
Pengarah Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Prof Datuk Dr Ramlah Adam berkata, ia sekali gus memperkukuh kuasa Agong itu sendiri yang dilihat berada pada kedudukan tertinggi memutuskan sesuatu keputusan berbanding Parlimen.
Katanya, Agong sebagai pembuat keputusan terakhir sebelum ini pernah dilaksanakan, namun kuasa tersebut telah ditarik semasa Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri.
“Dulu sewaktu Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri, pernah timbul isu ini. Ketika itu Sultan Johor dalam giliran menjadi Agong. Dr Mahathir buat pindaan perlembagaan terhadap kuasa veto Agong dengan menarik semula kuasa tersebut.
“Ia melibatkan, sesuatu rang undang-undang harus diluluskan oleh Agong dalam tempoh 30 hari dibentang tetapi jika Agong tidak meluluskannya dalam tempoh 30 hari maka undang-undang itu akan lulus secara automatik.
“Oleh yang demikian saya menyokong cadangan Sultan Ibrahim untuk mengembalikan kuasa itu tepat pada masanya. Perdana Menteri sekarang, Datuk Seri Najib Razak perlu mempertimbangkan semula perkara itu.

Ku Li mahu Laporan Audit disebar untuk umum selepas kontroversi laporan PAC


Ku Li mahu laporan audit disebar untuk umumKu Li mahu laporan audit disebar untuk umum
Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mahu Laporan Ketua Audit Negara, yang diklasifikasi sebagai “Rahsia Rasmi”, diubah kepada “untuk tatapan umum” dengan segera.
"Ini penting kerana dilaporkan bahawa kenyataan tertentu di dalam Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk dibentangkan dalam Parlimen telah dipadam.
"Ini merupakan perkara penting yang penuh kontroversi," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Menurut beliau hal ini berkaitan dengan pemindahan wang yang kononnya dipinjam daripada peminjam antarabangsa dengan cara di luar batasan undang-undang.
Beliau risau mengenai perkara ini kerana negara semestinya mempertahankan integriti dan kedudukan Dewan Rakyat sebagai sebuah badan di mana Ahli-Ahli Dewan seharusnya bertindak dengan penuh tanggungjawab dan jujur tanpa mengelirukan rakyat.
Dengan adanya pemadaman laporan PAC katanya, laporan yang akan dibawa ke Dewan Rakyat itu merupakan laporan yang tidak boleh dipertahankan memandangkan ia berkaitan dengan pinjaman wang oleh 1MDB yang kononnya dibuat bagi pihak negara. Pemadaman tersebut sebenarnya bukan sahaja di luar batasan undang-undang tetapi merupakan juga pemesongan serius terhadap Seksyen 9(i), (j) dan (n)(iii) Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952.
Menurut beliau pemesongan terhadap Seksyen di dalam Akta yang disebutkan itu merangkumi pengubahan, salah pembentangan dan penipuan terhadap dokumen yang dibentang di Dewan Rakyat. Ini merupakan kesalahan mengikut peruntukan di dalam Akta ini. Ini juga bermakna apa jua pemadaman yang dibuat boleh mendatangkan keraguan di kalangan rakyat mengenai sama ada Laporan tersebut mencerminkan atau tidak akan kebenaran keseluruhan kenyataan mengenai isu 1MDB.

Tun M: Pastikan BN Kalah Di PRK Kuala Kangsar, Sungai Besar

#SelamatkanMalaysia : Kerana Najib, pimpinan pembangkang satu pentas dengan Tun M

#SelamatkanMalaysia : Walau jasad dikurung, jiwa kita tetap merdeka

Mari 'bertumbuk' dengan rakyat di Sg.Besar dan K.Kangsar - Azmin

#SelamatkanMalaysia Mat Sabu : Azmin takkan halang warga Sarawak masuk Selangor

#SelamatkanMalaysia Tun M : Biar satu lawan satu PRK ini, fokus kalahkan BN