Sabtu, 14 Mei 2016

Tun M Akan Hantar Gambar Sejuta Tandatangan Ke Istana

Himpunan Selamatkan Malaysia: Hadi, Haron Din Bagi Peluang Kepada Najib

Misi Himpunan Selamatkan Malaysia Hangat

DEKLARASI RAKYAT SELAMATKAN MALAYSIA - SELANGOR

Trend pengundian Sarawak: Mata hati atau mata wang?

Hampir seminggu berlalunya Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, namun banyak pihak menganggap pertindihan kerusi antara parti pembangkang – PKR, DAP, Amanah dan Pas – sebagai punca BN meraih kemenangan besar pada keputusan 7 Mei, Sabtu lalu.
Hal itu tidak dapat dinafikan tetapi dilihat masih dalam konteks teknikal termasuk kesan persempadanan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana majoriti daripada 82 kerusi Dun yang ditandingi masih lagi tidak melibatkan pertembungan parti pembangkang.
Aspek lain perlu disedari adalah nilai sosio-politik masyarakat setempat khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman yang turut banyak menyumbang kepada pola pengundian yang menyaksikan BN menawan 88 peratus kerusi ditandingi.
Selain berjayanya sentimen anti-Semenanjung juga sebenarnya anti-Malaysia serta kempen Sarawak For Sarawakians seperti dapat dilihat pada papan kempen yang tidak lebih hanya propaganda BN untuk terus berkuasa, satu lagi ciri yang sangat dominan dalam kebanyakan pengundi Bumiputera di Sarawak ketika musim pilihan raya ialah wang.
Bukan sekadar tuduhan tetapi pengalaman hampir seminggu di kawasan majoriti Melayu Sarawak sebelum hari membuang undi mendapati gejala tersebut begitu menonjol.
Walaupun tidak dinafikan pilihan raya menuntut perbelanjaan yang besar tetapi pemerhatian terhadap interaksi antara jentera pilihan raya Amanah di Dun Sadong dengan penduduk tempatan mendapati hampir semua segi atas pertimbangan wang.
Mata wang
Gejala tersebut dilihat begitu konsisten dan ironinya berlaku di kerusi yang tidak melibatkan pertindihan kerusi dalam kalangan parti Amanah, Pas, PKR mahupun DAP.
Memilih pemimpin dengan mata hati bukan dengan mata wang meminjam pesanan Jalaluddin Ab Manap, 80, atau lebih dikenali Pak Amjal ketika di markas Amanah tidak keterlaluan dikatakan bukan menjadi pegangan majoriti pengundi di Bumi Kenyalang.
Pemilihan mereka banyak bergantung kepada parti mana yang memberi lebih banyak habuan. Tidak hairanlah, BN terus menang besar hasil penyelewengan dana serta salah guna lembaga kerajaan untuk parti selain eksploitasi terhadap akses media yang hanya menyebelahi mereka. Realitinya, wang menjadi punca utama parti pembangkang kalah teruk.
Segala-galanya wang. Ada wang semua kerja jalan. Kebanyakan pengundi di Sarawak menganggap pilihan raya sebagai peluang besar untuk mereka mengaut sebanyak mungkin wang bukannya satu peluang untuk mengubah kehidupan lebih baik pada jangka panjang.
Anak Melayu Sarawak kelahiran Saratok mahu dikenali sebagai Hamizan, 32, merupakan penjawat awam yang kini berkhidmat di Putrajaya sejak 2008 lalu turut mengakui hakikat tersebut berdasarkan pengalamannya sebelum ini.
Beliau yang juga anak kepada pemimpin tempatan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di kampungnya secara sarkastik mencadangkan parti pembangkang menyediakan dana jauh lebih besar pada PRN akan datang berbanding pilihan raya baru-baru ini jika mahu meraih kemenangan.
“Sebulan sebelum penamaan calon, orang PKR atau Amanah sudah boleh datang jumpa ketua-ketua tempatan atau suku kaum termasuk Pemuda dan Wanita PBB.
“Berikan RM2,500 sebagai contoh kepada Pemuda dan Wanita parti komponen BN di sesebuah kampung itu untuk dia agihkan pula kepada pengikut-pengikut mereka bagi tujuan gerak kerja parti termasuk tampal poster dari rumah ke rumah,” ujarnya ketika ditemui.
Selanjutnya, beliau menganggap Pas sudah tidak relevan dengan mood perubahan rakyat dan tidak lebih hanya pengacau dalam pilihan raya.
Beliau berkata, PKR dan Amanah sekali lagi harus membawa sejumlah wang lagi untuk tujuan kempen pula sehingga tiba hari pengundian.
Pendapat Hamizan itu dilihat selari dengan trend penawaran hadiah lumayan yang dapat dilihat pada slot cabutan bertuah sepanjang berlangsungnya ceramah kempen.
Umpan lumayan

Pas Selangor tidak sertai program bersama Tun Dr Mahathir malam ini


Presiden Pas diiringi pesuruhjaya Pas SelangorPresiden Pas diiringi pesuruhjaya Pas Selangor
Badan Perhubungan Pas negeri Selangor di dalam mesyuaratnya yang diadakan pada 10 Mei telah bersetuju sebulat suara bahawa Pas Selangor tidak akan bersama di dalam program yang melibatkan Tun Dr Mahathir di Stadium Malawati malam ini.
"Sehubungan itu, Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor juga memutuskan agar Pesuruhjaya PAS Selangor tidak dibenarkan hadir dan ahli tidak dikerah ke program tersebut," kata Ketua Penerangan Pas Selangor, Mohd Prasad bin Hanif
Menurutnya, Pas Selangor mengingatkan rakyat bahawa kebejatan dan kemudharatan yang berlaku pada hari ini terjadi kerana pemusatan kuasa kepada Perdana Menteri, hasil warisan daripada pentadbiran Tun Dr Mahathir.
Selain itu katanya, PAS Selangor mengingatkan juga bahawa agenda Tun Dr Mahathir adalah menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak dan bukannya pemulihan keseluruhan sistem dan keadaan negara.
"Tun Dr Mahathir, melalui kenyataan-kenyataannya, telah menegaskan bahawa beliau mahu Umno kekal berkuasa," katanya
Pas Selangor katanya,percaya bahawa rakyat Malaysia prihatin da faham akan keadaan negara. PAS Selangor juga yakin bahawa Malaysia dapat diselamatkan tanpa Tun Dr Mahathir.

Pemimpin Umno jangan gila jawatan - Syed Ali Al-Habshee

Ahli dan pemimpin Umno diingatkan agar tidak ghairah mengejar kedudukan dan jawatan sebaliknya perlu berjiwa besar dengan mengambil pendekatan untuk terus berkhidmat kepada rakyat.
Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, akibat terlalu gilakan kedudukan, dikhuatiri seseorang itu akan cenderung melakukan perkara yang melanggar tatasusila parti.
Syed Ali Alhabshee Malah katanya, kadang-kala berlaku pertelingkahan sesama ahli parti bersabit penentuan calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) atau Pilihan Raya Kecil (PRK).
"Pada hemat saya, tanpa jawatan penting pun kita boleh mencurahkan khidmat bakti kepada Umno dan rakyat, jika kita benar-benar ikhlas dalam perjuangan dan sayangkan parti,” katanya melalui blog Umno Cheras.
Beliau turut  mengingatkan semua pemimpin bahawa rakyat sedang memerhati perlakuan pemimpin Umno termasuk di peringkat cawangan dan bahagian.
Dalam pada itu, beliau berkata perbuatan khianat kepada parti dan terlalu gilakan kedudukan serta jawatan perlu dihindari bagi memastikan Umno dipandang mulia.
“Jika gejala seperti itu berterusan berlaku, lambat laun dikhuatiri Umno akan menjadi rosak dan akhirnya dicemuh oleh rakyat.
“Inilah mencetuskan persepsi negatif terhadap parti dan kepimpinannya apabila berlaku fitnah-memfitnah dan provokasi sesama ahli Umno,” katanya.
Malah katanya situasi itu tidak mustahil akan berlanjutan sehingga musim PRU akan datang.
Katanya, Umno memerlukan keahlian yang sayangkan kepada parti dan setia kepada pemimpin walaupun ketika parti dilanda masalah atau krisis.

KU LI HARUS PERTIMBANG TARIK BALIK SOKONGAN TERHADAP NAJIB

GAMBARAN SALAH OLEH JAWATANKUASA KIRA-KIRA WANG NEGARA

Adalah dilaporkan bahawa kenyataan tertentu di dalam Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk dibentangkan dalam Parlimen telah dipadam. Ini merupakan perkara penting yang penuh kontroversi. Ia juga berkaitan dengan pemindahan wang yang kononnya dipinjam daripada peminjam antarabangsa dengan cara di luar batasan undang-undang.

2. Saya risau mengenai perkara ini kerana kita semestinya mempertahankan integriti dan kedudukan Dewan Rakyat sebagai sebuah badan di mana Ahli-Ahli Dewan seharusnya bertindak dengan penuh tanggungjawab dan jujur tanpa mengelirukan rakyat.

3. Dengan adanya pemadaman ini, saya risau sama ada Laporan yang akan dibawa ke Dewan Rakyat itu merupakan laporan yang boleh dipertahankan memandangkan ia berkaitan dengan pinjaman wang oleh 1MDB yang kononnya dibuat bagi pihak negara. Pemadaman tersebut sebenarnya bukan sahaja di luar batasan undang-undang tetapi merupakan juga pemesongan serius terhadap Seksyen 9(i), (j) dan (n)(iii) Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952.

4. Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 adalah bermaksud untuk melindungi dan mempertahankan integriti serta nama baik Dewan Rakyat demi memastikan keyakinan rakyat terhadap Parlimen sebagai badan perlembagaan untuk menjamin kepentingan mereka.  Pemesongan terhadap Seksyen di dalam Akta yang saya sebutkan itu merangkumi pengubahan, salah pembentangan dan penipuan terhadap dokumen yang dibentang di Dewan Rakyat. Ini merupakan kesalahan mengikut peruntukan di dalam   Akta ini. Ini juga bermakna apa jua pemadaman yang dibuat boleh mendatangkan keraguan di kalangan rakyat mengenai sama ada Laporan tersebut mencerminkan atau tidak akan  kebenaran keseluruhan kenyataan mengenai isu 1MDB.

MP DAP tuntut Pandikar mohon maaf kerana didakwa gagal 'tepati janji'


Seorang ahli Parlimen DAP hari ini menuntut permohonan maaf dari Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia kerana didakwanya gagal menepati janjinya untuk melaksanakan pembaharuan Parlimen.
 Ia berhubung dengan penangguhan sesi baru soal jawab menteri, yang pada mulanya dijadualkan dilaksanakan dalam sesi Parlimen mulai 16 Mei hingga 26 Mei, seperti yang dilaporkan pada hari Khamis.
Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng dalam satu kenyataan berkata, sekitar setahun lalu, Pandikar telah mencabarnya dan ahli Parlimen Tanjung, Ng Wei Aik, mengosongkan kerusi mereka jika pembaharuan yang dijanjikan dilaksanakan pada awal tahun ini.
Lim bertanya sama ada Pandikar akan memohon maaf kepada mereka "atau adakah beliau masih mahu kami meletakkan jawatan sebagai ahli parlimen kerana beliau telah gagal menepati janji-janjinya?".
Dilaporkan Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Roosmee Hamzah dalam surat kepada ahli Parlimen, yang dilihat oleh Malaysiakini, berkata ia ditangguhkan kerana tidak cukup masa untuk dilaksanakan.
Surat bertarikh 11 Mei itu menyatakan bahawa Pandikar telah membuat keputusan itu kerana jangka masa bagi persediaan merangkumi taklimat, latihan dan simulasi masa sesi itu, terlalu singkat.
Sei soal jawab menteri hanya akan dilaksanakan pada sesi Parlimen pada 17 Oktober hingga 24 November.

DAP adukan kes ADUN ke SPRM


DAP Selangor merujuk salah seorang ADUN mereka kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan salah guna wang peruntukan untuk kawasan diwakilinya.
Pengerusi DAP Selangor Tony Pua berkata, berdasarkan siasatan pihaknya parti itu mengemukakan laporan kepada SPRM bagi membolehkan tindakan lanjut diambil.
"Laporan itu dibuat di SPRM Selangor di Shah Alam pada 11Mei lalu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Pengumuman Pua itu dibuat selepas Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP Tan Kok Wai mengumumkan parti itu memecat ADUN Telok Datuk Loh Chee Heng (gambar).
Terdahulu Tan berkata pihaknya berpendapat Loh perlu dipecat selepas didapati menyalahgunakan peruntukan diberi kerajaan negeri kepada kawasannya.
Tan berkata keputusan itu dibuat selepas Loh menjawab dakwaan terhadapnya dalam satu prosidng awal hari ini.
Tan yang juga anggota parlimen Cheras memaklumkan siasatan dalaman dibuat satu aduan bertulis terhadap Loh diterima pada Mac lalu.
"Siasatan dalaman oleh Jawatankuasa DAP Selangor mendapati ada asas terhadap dakwaan itu, iaitu terdapat bukti salah laku di pihak Loh," katanya.
Kata Pua, DAP Selangor menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi menyiasat isu dikaitkan dengan Loh selama lapan minggu dan keputusan mengenainya diserahkan kepada jawatankuasa disiplin parti.

Rasuah bukan jenayah tanpa mangsa, rakyatlah mangsa skandal 1MDB

SETIU, 14 MEI: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, berkata cabaran yang perlu dihadapi Pakatan Harapan ketika ini adalah untuk menyakinkan 30 juta rakyat Malaysia bahawa kegiatan rasuah merupakan satu jenayah yang memberi kesan langsung terhadap kehidupan mereka.
Merujuk skandal kewangan RM50 bilion yang melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), beliau bagaimanapun mengakui adalah sukar untuk pakatan pembangkang menyakinkan rakyat mengenai hakikat bahawa rakyat adalah mangsa kepada kegiatan rasuah.
Lim Kit Siang“Dalam kes jenayah biasa seperti samun, rompakan atau pembunuhan, adalah mudah untuk mengenalpasti mangsa tetapi dalam isu rasuah ia seolah-olah hal yang terpencil dan jauh dari perhatian masyarakat, tambahan pula seolah-olah tiada mangsa yang terlibat.
“Bagaimanapun ia adalah kesilapan yang paling besar sekali – bahawa rasuah adalah jenayah tanpa mangsa,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.
Sejak tahun lalu, media-media antarabangsa seperti foreignpolicy.com dan majalah TIME telah meletakkan dan menyenaraikan Malaysia di kedudukan yang tercorot di dalam laporannya berkaitan isu rasuah dan amalan kronisme.
Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, tiga cabang kerajaan iaitu Eksekutif, Parlimen dan Perundangan harus bertanggungjawab kerana membiarkan reputasi dan nama baik negara tercemar ekoran laporan-laporan buruk yang dikeluarkan oleh media antarabangsa.
Malah, menurutnya, sikap tidak ambil peduli masyarakat terhadap gejala rasuah yang kian menular di negara ini juga adalah salah satu punca terjadinya hal sedemikian.

PRK: PAS kena guna petunjuk PRU 2004 bukan 2013

Calon PAS tidak akan mendapat undi yang lebih berbanding ketika PRU ke-13, di saat parti itu mewakili Pakatan Rakyat.

KUALA LUMPUR: PAS perlu menjadikan keputusan Pilihanraya Umum (PRU) 2004 sebagai petunjuk kepada kekuatan mereka di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, bukannya keputusan PRU lalu, kata pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang.
Beliau berkata, PAS bertanding bagi pihak Pakatan Rakyat pada PRU ke-13, berbeza dengan keadaan sekarang di mana parti itu tidak lagi bergabung dengan DAP dan PKR.
“Keputusan PRU ke-13 bukanlah petunjuk yang boleh dipercayai untuk mengukur trend mengundi bagi calon-calon PAS, kerana cerminan yang lebih tepat ialah PRU tahun 2004.
“Calon PAS dalam dua PRK ini tidak akan mendapat undi yang banyak berbanding pada PRU lalu, kerana PAS telah mengesampingkan segmen pengundi yang signifikan di kedua-dua kawasan dan sudah bukan lagi parti komponen Pakatan Rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.
Pada PRU 2013, PAS hanya kalah tipis pada calon BN, dengan kekurangan 339 undi di Sungai Besar dan 1,082 undi di Kuala Kangsar.
Ia jauh berbeza pada PRU 2004, di mana PAS kalah dengan kekurangan 7,349 undi di Sungai Besar dan 5,557 undi di Kuala Kangsar.
Justeru, beliau mengingatkan PAS agar mengambil kira perbezaan dua keputusan PRU tersebut jika ingin menang dalam dua PRK yang akan berlangsung pada 18 Jun ini.

Apakah Khir Toyo buat 'comeback' di Sungai Besar?


Khir ToyoKhir Toyo
Media Umno, Mykmu.net melaporkan, desas-desus kini bergerak kencang kemungkinan Dr Mohamad Khir Toyo, bekas Ketua Bahagian Umno Sungai Besar dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang akan membuat 'comeback' dalam Pilihan Raya kecil (PRK) Sungai Besar pada Jun nanti.
Dr Mohamad Khir yang akan dibebaskan dari hukuman penjara pada penghujung Mei ini layak bertanding dalam pilihan raya kecil yang akan bermula dengan penamaan calon pada 5 Jun 2016.
"Jika Mohamad Khir memutuskan untuk mencuba nasib, apakah Barisan Nasional dan Umno akan mencalonkan beliau? Atau mungkinkah beliau bertanding sebagai calon bebas untuk “membalas dendam” kepada kepimpinan Umno?" soal penulis laman Umno itu.
Malah, katanya, tidak mustahil jika kejutan yang lebih besar ialah beliau bertanding atas tiket Pas berdasarkan hubungan baik beliau dengan Pas kawasan dan beberapa rakannya dalam Pas Pusat sekarang.
Sudah tentu pada 5 Jun 2016 nanti lebih ramai akan menumpukan mata ke Sungai Besar berbanding Kuala Kangsar. Apakah bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno undi tertinggi ini akan membuat satu kejutan, kata laman itu.
Khir dikatakan layak bertanding walaupun akhbar The Sun semalam mendakwa bekas Menteri Besar Selangor itu tidak layak bertanding jika tidak mendapat pengampunan Di Raja adalah satu laporan yang menyesatkan.
Hukuman ke atas Dr Mohamad Khir ialah penjara 12 bulan dan dilucutkan hak setakat mana miliknya ke atas lot banglo di Shah Alam.
The Sun memetik bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus, bahawa berdasarkan Artikel 48 (1) (e) Mohamad Khir tidak layak bertanding kecuali mendapat pengampunan Di Raja kerana telah dihukum penjara 12 bulan.
Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan Malaysia mengenai kehilangan kelayakan menjadi ahli Parlimen dalam fasal (e) menyebut apabila “Seseorang itu telah disabitkan atas suatu kesalahan oleh sesuatu mahkamah di Persekutuan (atau, sebelum Hari Malaysia, di wilayah yang termasuk di dalam Negeri Sabah atau Sarawak atau di Singapura) dan dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang daripada dua ribu ringgit dan dia tidak mendapat pengampunan bebas”
Hukuman ini bukan sahaja menyebabkan penjawat jawatan hilang jawatan tetapi juga mereka yang dikenakan hukuman tersebut dilarang dari bertanding dalam pilihan raya selama lima tahun, jika tidak mendapat pengampunan, kata laporan itu.
Dalam kes Mohamad Khir, isu yang menjadi pertikaian ialah sama ada hukuman penjara yang dikenakan selama 12 bulan atau setahun itu telah menghilangkan kelayakan beliau untuk bertanding selama lima tahun.

Mengkhianati Umno

Oleh Tun Mahathir
 1. Sesungguhnya apa yang sedang berlaku di negara bertuah ini tidak pernah diduga, dimimpi atau diramal oleh sesiapa, samada rakyat negara ini atau orang asing.

2. Semasa kita berjuang untuk kemerdekaan semua pemimpin dan rakyat percaya bahawa pemimpin yang dipilih oleh mereka tetap akan bersikap dan bertindak sebagai nasionalis yang berkhidmat, bahkan berkorban untuk negara, untuk rakyat dan kesejahteraan mereka. Inilah sebabnya yang mereka terima tanpa soal sistem demokrasi, sistem yang memberi hak kepada rakyat untuk memilih Kerajaan mereka.

3. Dan seperti yang mereka jangka, pemimpin demi pemimpin pilihan mereka tidak mengecewakan mereka. Negara dibangun dengan baiknya dan rakyat menikmati kehidupan yang lebih baik dan lebih makmur dari dahulu.

4. Perdana Menteri-Perdana Menteri tidak menimbul banyak masalah. Apabila masa datang untuk mereka undur mereka pun pergi. Rusuhan untuk menjatuhkan Perdana Menteri tidak pernah berlaku.

5. Tun Abdullah juga berundur apabila prestasinya dalam PRU 12 tidak begitu baik. Dia undur kerana sudah jelas rakyat tidak lagi sokongnya. Najib juga mendesak supaya dia undur dan Najib menggantinya.

6. Rakyat lega. Inilah Malaysia. Peralihan kuasa diperingkat tertinggi berlaku dengan licin dan tertib. Rakyat menunggu akan nikmat yang mereka akan dapat daripada pemimpin baru. Mereka percaya yang baru tetap lebih baik dari yang lama. Jika tidak lebih baik pun tentu sekurang-kurangnya sama dengan ayahnya, Tun Razak.

7. Tetapi impian rakyat tidak menjadi kenyataan. Awal-awal lagi diperhatikan cara hidup yang luar biasa mewahnya berbanding dengan PM yang terdahulu. Ini dilihat terutamanya semasa perkahwinan anaknya. Tumpuan tidak diberi kepada pembangunan negara, kepada pengwujudan peluang pekerjaan dan perniagaan. Sebaliknya dicipta BRIM, pemberian RM 500/- kepada rakyat yang dikatakan miskin.

8. Rakyat kecewa. Jauh dari menyokong. Prestasi Najib dalam PRU 13 menurun berbanding dengan PM yang dia ganti. Namun pemimpin diperingkat bahagian dan wakil rakyat UMNO khususnya ternampak tidak faham tentang kekurangan sokongan rakyat kepada Najib.

9. Kemudian datang 1MDB. Dengan modal satu million Ringgit, syarikat yang ditubuh dan dipimpin oleh Najib meminjam empat-puluh-dua ribu kali ganda lebih daripada modal. Maka bermulalah cerita-cerita tentang berbagai-bagai salah laku oleh 1MDB ini. Berbillion Ringgit dilabur tanpa kajiselidik yang mendalam, dipindah kesana kesini, meresap dan hilang. Soalan tidak dijawab. Faedah hutang tidak dibayar. Auditor di buang, diganti dan dibuang lagi.

10. Terdengar cerita Jho Low yang tidak memegang apa-apa jawatan tetapi berkuasa. Jika Ahli Lembaga Pengarah menyoal, Jho Low menalipon Dato Sri Najib dan menyuruh Pengarah bertanya sendiri. Pengarah tidak bertanya. Terima sahaja arahan Jho Low. Yang tak senang hati menarik diri dari Lembaga.

11. Cerita berkenaan Rosmah juga menimbulkan kemarahan Rakyat. Tersebarnya cerita berkenaan pembelian beg tangan sahaja menelan berjuta Ringgit dan juga kononnya banyak perniagaan memberi saham percuma kepada Rosmah melalui proksi beliau.

12. Segala urusan 1MDB tertutup, tidak dilapor oleh akhbar kerana tidak dibenar, atau takut atau diberi amaran. Mesyuarat Agung UMNO tidak dibenar bercakap berkenaan 1MDB.

Siapa bakal ‘kacau daun’ di Sungai Besar, Kuala Kangsar?


Tuan Ibrahim Tuan ManTuan Ibrahim Tuan Man
Seolah-olah wujud dilema di pihak pembangkang untuk fokus mengalahkan BN ekoran keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang menyaksikan BN menang besar pada 7 Mei lalu.
Isu pertindihan kerusi pada PRN Sarawak ke-11 lalu dijangka akan berulang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang serentak akan berlangsung 18 Jun iaitu 13 Ramadan depan.
Hanya kali ini kebarangkalian tinggi melibatkan pertembungan antara Pas dengan parti musuh nombor wahidnya tetapi komponen Pakatan Harapan – Amanah.
Apa lagi, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim awal-awal lagi memberi amaran supaya parti pembangkang lain tidak meletakkan calon di kedua-dua kerusi itu. Terdahulu, Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Mustafa Ali juga menegaskan pendirian sama.
Tidak hairanlah, Amanah membidas sikap Pas tersebut sebagai mementingkan diri sendiri memandangkan Amanah sebelum ini ibarat sudah menghulurkan tangan sudi berbincang dengan Pas bagi mengelakkan pertembungan.
Melihatkan Pas hanya mahu berunding dengan PKR, Setiausaha Agung Amanah, Anuar Tahir menyelar parti ketandusan pemimpin rakyat itu sepatutnya sudah lama meninggalkan kerusi mereka di Selangor apabila bekerjasama dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan).
Mohd Anuar TahirMohd Anuar TahirSementara itu, PKR pula dilihat cuba tidak mahu ‘berperang’ dengan Pas tetapi pada masa sama perlu menjaga hati Amanah. Presiden parti itu, Datuk Seri Dr Wan Azizah pada 11 Mei memberitahu, pihaknya bersedia dan tidak bermasalah untuk berbincang dengan Pas tetapi pada masa sama tetap mengambil kira pertimbangan bersama parti komponen Pakatan Harapan.
Bahkan, sehari selepas itu, Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali juga mengajak Pakatan Harapan dan Pas mengetepikan kepentingan individu serta kepartian sebaliknya bersatu untuk menewaskan BN.
Lain pula pendirian DAP yang terang lagi tegas menolak sama sekali calon Pas pada PRK serentak yang dianggarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mencecah kos RM2.7 juta itu.
Sebaliknya, DAP hanya akan menyokong calon daripada Pakatan Harapan yang umum dilihat Amanah seperti ditegaskan Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng, 13 Mei lalu.
Sebahagian penganalisis politik memihak kepada Pas atas alasan calon BN bagi P67 Kuala Kangsar dan P93 Sungai Besar pada Pilihan Raya Umum ke-13 2013 lalu menang dengan majoriti undi tipis iaitu masing-masing 1,082 dan 399 undi.Lim Guan EngLim Guan Eng
Tanpa mungkin mengambil senario kepimpinan dan pendekatan Pas yang berbeza selepas tiga tahun keputusan itu yang kemudiannya menyaksikan penghijrahan ramai golongan profesional, agamawan dan aktivis memasuki Amanah, Pas masih dianggap mungkin berpeluang merampas kerusi daripada BN.
Antaranya pensyarah Fakulti Pengajian Bahasa dan Komunikasi Universiti Malaysia Sarawak, Profesor Madya Dr Jeniri Amir. Menurutnya, laluan perlu diberi kepada Pas dengan mendakwa Pakatan Harapan tidak harus ‘kacau daun’.

PRK Sg Besar dan K Kangsar, PAS ubah tarikh muktamar

KUALA LUMPUR: PAS Pusat membuat sedikit perubahan tarikh Muktamar Tahunan Kali Ke-62 yang diadakan di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik), Kota Bharu.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, ini berikutan penyertaan parti itu dalam Pilihan raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon dan hari mengundi.

Menurutnya, majlis perasmian muktamar dan Ucapan Dasar Presiden bermula jam 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari pada 2 Jun.

Beliau dalam satu kenyataan memaklumkan, muktamar bermula jam 2.30 petang hingga 11.00 malam pada hari yang sama.

Katanya, muktamar disambung keesokan hari (Jumaat) bermula jam 8.30 pagi dan berakhir jam 12.00 tengah hari.

Beliau menambah, muktamar dewan-dewan berlangsung seperti asal bermula jam 9.00 hingga 11.00 malam pada 31 Mei diikuti 9.00 pagi hingga 5.00 petang pada 1 Jun
Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat diadakan di Dewan Sweet Beach Resort, Tok Bali, Pasir Putih, Dewan Pemuda PAS Malaysia di Kelantan Trade Centre, Kota Bharu dan Dewan Muslimat PAS Malaysia di Dewan Jubli Perak MPKB-BRI, Kota Bharu.

Semalam, SPR mengumumkan PRK Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar diadakan serentak pada 18 Jun sementara penamaan calon 5 Jun.

Kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar kosong kerana kedua-dua penyandang, Datuk Noriah Kasnon dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau pada 5 Mei lepas.

PKR hargai larangan PAS komen dua PRK


Pengarah Pilihan Raya PKR Nurul Izzah Anwar menghargai langkah PAS mengeluarkan arahan melarang pemimpinnya memberi kenyataan berhubung dua pilihan raya kecil (PRK) yang akan diadakan bulan depan.
Kata Nurul Izzah perintah larangan itu perlu kerana gabungan parti pembangkang tidak mahu berlaku pertembungan lebih daripada satu lawan satu di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
 “Kami tidak mahu ada persaingan untuk kerusi berkenaan kerana apabila ada perlawanan tiga penjuru, maka kerusi itu (akhirnya) jatuh ke tangan BN,” katanya.
Kenyataan itu dibuat Nurul Izzah ketika menghadiri majlis di Lembah Pantai, Kuala Lumpur hari ini.
Klip video kenyataan itu dimuat naik portal berita FMT.
Dalam pilihan raya Sarawak baru-baru ini berlaku pertembungan sesama parti pembangkang dan di beberapa kerusi memperlihatkan wakil BN sepatutnya boleh dikalahkan jika pihak terlibat berkompromi.
Nurul Izzah yang juga naib presiden PKR berkata beliau yakin pendirian untuk menjadikan PRK bersifat satu lawan satu akan ditekankan dalam mesyuarat Pakatan Harapan (HARAPAN) tidak lama lagi.
Semalam, PAS mengeluarkan arahan kepada semua pemimpin dan ahlinya supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Sebaliknya kata PAS kenyataan berhubung isu berkenaan hanya boleh dikeluarkan jawatankuasa pusat parti itu.

Cadang DiTubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di Raja Siasat 1MDB - Mukriz

Jika Nazri Nak Tumbuk Tun, Mari Jumpa Saya Dulu ! - Mukhriz

Dakwaan Reza Dapat Duit 1MDB - Najib Wajib Saman WSJ

GST DiKutip Buat Bayar Hutang 1MDB - Mukhriz

Mukhriz - dilemma ahli umno ketika PRU

PRK: Cina mahu undi siapa?

bendera
PILIHAN Raya Kecil (PRK) yang diadakan secara serentak di dua kawasan Parlimen pada 18 Jun ini bakal menyaksikan suasana politik baharu di negara kita.
Apa tidaknya, inilah PRK yang pertama kali membabitkan Amanah yang kebanyakan terdiri daripada bekas pemimpin-pemimpin dan akar umbi Pas. Pakatan Rakyat sudah terkubur dan digantikan Pakatan Harapan yang terdiri daripada PKR, DAP dan Amanah membolehkan rakyat mempunyai satu lagi alternatif baharu.
Dengan erti lain, pakatan pembangkang kali ini akan lebih bercelaru dengan pendirian Pas yang menyokong PKR tetapi tidak pada DAP dan Amanah. Dan parti yang terus tersepit dalam 'cinta tiga segi' ini sudah tentulah PKR yang perlu mengambil hati DAP dan Amanah dalam menentukan calon bagi PRK di kedua-dua kawasan Parlimen ini.
Beberapa hari sebelum Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bermesyuarat menentukan tarikh penamaan dan hari mengundi, beberapa pemimpin DAP, Pas, Amanah dan PKR sudah pun bersuara menyatakan pendirian masing-masing.
Sehinggakan Naib Presiden Pas merangkap Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad terpaksa menegaskan tiada lagi kenyataan akan dikeluarkan oleh pimpinan parti mengenai PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar sehingga satu kenyataan rasmi dikeluarkan kelak.
Belum berperang dengan musuh, sudah pun bertelagah sesama sendiri. Itulah gambaran yang paling tepat untuk menunjukkan betapa seriusnya perbezaan pendapat antara keempat-empat parti pembangkang ini.
Sama ada Pas akan tanding seperti dalam PRU lalu ataupun Amanah akan turut masuk gelanggang menentang BN masih belum dipastikan. Kini terletaklah kebijaksanaan pemimpin-pemimpin pembangkang untuk mencatur strategik dalam usaha merampas kedua-dua kerusi Parlimen itu daripada tangan BN.
Mengikut rekod, kedua-dua Parlimen ini, iaitu Sungai Besar dan Kuala Kangsar, yang dimenangi BN pada PRU 13 bukanlah kemenangan yang boleh dianggap besar apabila masing-masing memperoleh majoriti sebanyak 399 dan 1.082 undi.

PRK: Nurul Izzah mahu satu lawan satu

Naib presiden PKR menghargai pendirian PAS dalam mengeluarkan perintah larangan sementara menanti tamatnya perbincangan rasmi mengenai pilihan raya kecil.
nurul-izzah_selangor_perak_undi_600_NEW
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berharap tidak akan ada persaingan tiga penjuru dalam pilihan raya kecil (PRK) di Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang akan diadakan pada 18 Jun ini.
Pendekatan ini katanya, adalah langkah untuk mencapai kata sepakat antara pembangkang dalam menyaingi Barisan Nasional.
“Perbincangan mengenai dua kerusi masih berjalan, tidak akan ada kompromi terhadap komitmen yang telah dicapai dalam Pakatan Harapan,” katanya di Karnival Hari Ibu Lembah Pantai di sini, hari ini.
Katanya lagi, Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali sendiri telah mengambil inisiatif untuk membincangkan perkara itu dengan semua pihak sebelum tampil dengan kenyataan rasmi berhubung calon yang akan diletakkan di kedua-dua kawasan tersebut.
Berkenaan hakikat bahawa kedua-dua kerusi itu secara tradisinya milik PAS, Nurul Izzah berkata beliau menghargai pendirian PAS dalam mengeluarkan perintah larangan sementara menanti tamatnya perbincangan rasmi mengenai pilihan raya kecil.
Semalam, PAS mengeluarkan arahan kepada semua pemimpin dan ahli-ahlinya supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai pemilihan calon sebaliknya ia akan dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pusat parti.
“Kami tidak mahu ada persaingan untuk kerusi kerana apabila ada perlawanan tiga penjuru, maka kerusi itu jatuh ke tangan Barisan Nasional,” katanya merujuk kepada senario pilihan raya di Sarawak.

PRK: HARAPAN dicadang tanding satu kerusi saja


Pakatan Harapan (HARAPAN) Perak hari ini mencadangkan supaya gabungan pembangkang itu hanya bertanding di satu kerusi - sama ada Kuala Kangsar atau Sungai Besar - dalam pilihan raya kecil (PRK) bulan depan dan memberi peluang kepada PAS untuk bertanding di kerusi yang lain.
 Dalam satu kenyataan, HARAPAN Perak berkata keputusan itu dicapai sebulat suara dalam mesyuarat majlis pimpinan negeri semalam.
"Cadangan sedemikian adalah bukti keikhlasan Pakatan Harapan untuk memastikan satu lawan satu dalam kedua-dua PRK tersebut," katanya sambil menambah bahawa ia demi memastikan kemenangan untuk rakyat.
Menurutnya lagi, semua komponen Pakatan Harapan berjanji akan menggerakkan semua jentera pilihan raya parti masing-masing untuk memastikan kemenangan rakan dalam Pakatan seandainya wakil Pakatan diberi peluang untuk bertanding sama ada di Kuala Kangsar atau Sungai Besar.
Sebagai persiapan menghadapi PRK itu bulan depan, Pakatan Harapan Perak telah menubuhkan jawatankuasa kerja PRK Kuala Kangsar yang dipengerusikan oleh Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin.
Anggota lain jawatankuasa tersebut termasuk Ahli Parlimen PKR Lumut, Laksamana Imran dan ADUN DAP Tronoh, Yong Choo Kiong.
Kerusi Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar kosong ekoran penyandang kerusi berkenaan, Datuk Wan Khair-il Anwar Wan Ahmad dan Datuk Noriah Kasnon terkorban dalam nahas helikopter di Sarawak awal bulan ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengumumkan hari penamaan calon telah ditetapkan pada 5 Jun dan pengundian pada 18 Jun.
Pakatan Harapan masih belum mengumumkan parti komponen mana yang akan meletakkan calon bertanding dalam PRK tersebut.
Dalam pilihan raya umum ke-13, PAS bertanding dan kalah kepada Umno di kedua-dua kerusi berkenaan apabila parti itu masih bersama dengan Pakatan Rakyat ketika itu.

ASAL AJA UMNO SENTUH pasti melingkup !!!

FAKTA:
1) Era Tun Razak : Harapan bapak Najib untuk jadikan syarikat penerbangan kebangsaan ini sebagai salah satu syarikat terbesar dan termasyhur dalam dunia. -kata bekas CEO MAS

2) Era 'ANAK' Tun Razak : Syarikat #MAS semakin jahanam & jatuh bangkrap dgn hutang RM12 bilion !!!

NAMPAK TAK !!!
Tu pon korang masih nak undi BN lagi !!!

Asal saja keluar dari mulutnya pasti berbau menipu, kenapa ??


Rupa2nya hukum bersalaman dgn bukan mahram HARUS..


PATUTLER selamba aja amalan peluk cium dlm Umno. Rupa2nya hukum bersalaman dgn bukan mahram HARUS..

PATUTLER Najib tak kesah & biarkan saja bila Rosmah dicium oleh Presiden Obama.. sbb hukumnya HARUS..
 

Boleh menang Kuala Kangsar, Sungai Besar asalkan bukan calon Pas, kata Kit Siang


Ustaz Ahmad Awang dan Lim Kit Siang diraikan di majlis makan malam Amanah Pasir PutehUstaz Ahmad Awang dan Lim Kit Siang diraikan di majlis makan malam Amanah Pasir Puteh
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang yakin pembangkang akan menawan kawasan parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar dalam pilihan raya kecil (PRK) yang dijadualkan 18 Jun ini dengan syarat yang bertanding bukan calon Pas.
"Situasi politik negara memang tidak memihak kepada kerjaan pimpinan Najib tetapi kalau Pas jadi calon sudah pasti akan kalah," katanya berucap di majlis makan malam Selamatkan Malaysia anjuran Amanah Pasir Puteh malam tadi,
Ketua Amanah Pasir Puteh Abdul Halim Mohamad sampaikan cenderahati kepada Mohamad SabuKetua Amanah Pasir Puteh Abdul Halim Mohamad sampaikan cenderahati kepada Mohamad SabuBeliau percaya Pas sendiri tahu dalam keadaan sekarang kalaupun mereka turun bertanding mereka turun untuk kalah.
Dalam pilihanraya lalu katanya Pas hampir menang di kedua-dua kerusi kerana sokongan parti-parti dalam Pakatan Rakyat dan kumpulan-kumpulan anti establisment.
"Sekarang parti-parti Pakatan Harapan (PH) tidak akan bersama Pas, malah sebahagian orang Pas sendiri kini bersama Amanah," katanya.
Umno sendiri katanya amat faham situasi ini dan ada yang medesak supaya Pas bertanding, sesuatu yang sukar diterima akal dalam politik.
Sedangkan kata beliau Pakatan Harapan terus kukuh untuk sama-sama membantu dalam PRK ini.Lebih serbu hadir makan malam Amanah Pasir PutehLebih serbu hadir makan malam Amanah Pasir Puteh
"Kalau Amanah bertanding di PRK ini semua parti-parti dalam PH akan

Pas Terengganu tolak pelawaan Pakatan Harapan, yakin tumbangkan BN sendirian

Pas Terengganu menolak pelawaan DAP, PKR dan Amanah bagi menyertai Pakatan Harapan (PH) di negeri ini, lapor Harakahdaily.
Pesuruhjaya Pas negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat menolak pelawaan terbuka PH itu kerana beranggapan tiada keperluan berbuat demikian.
Malah, katanya Pas lebih relevan bertanding menentang Umno dan kerajaan BN di negeri ini berdasarkan beberapa faktor.
"Dalam konteks negeri Terengganu ini hanya Pas yang lebih relevan untuk bertanding melawan Umno dan BN di Terengganuberdasarkan beberapa faktor, antaranya jentera yang kukuh untuk melakukan gerak kerja ke arah kemenangan parti dan kelebihan itu tidak ada pada parti pembangkang lain.
Sebelum ini, PKR umum tanding 32 kerusi Dun (Terengganu). Bagi Pas. kita ada kekuatan sendiri berdasarkan rekod-rekod yang lalu.
Kita akan menggerakkan persiapan untuk hadapi pilihan raya (PRU 14) di 32 Dun dan lapan parlimen," tegasnya sebagai respons kepada pelawaan ketiga-tiga parti itu mengajak Pas menyertai PH di negeri ini bagi mengelakkan pertandingan tiga penjuru dalam PRU14.
Beliau yang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paka berkata Pas mempunyai kekuatan jentera parti di Kelantan dan Kedah.
Justeru, katanya sebarang kerjasama berhubung pembahagian kerusi tidak timbul kerana Pas tidak terlibat dalam perjanjian bertulis dengan PH di negeri ini.
Menurutnya, Pas kini perlu berhati-hati jika mahu mengadakan kerjasama dengan mana-mana parti.
Pas apabila berjanji kita setia. Di Sarawak, ia bermula dengan DAP yang ada kuasa 'autonomi' untuk singkir Pas Sarawak (dalam Pakatan Rakyat).

Pas lancar jentera 'Perang Badar' untuk bertanding di Sungai Besar


Mohd Haslin HassanMohd Haslin Hassan
Pas mula menggerakkan seluruh jenteranya di Selangor yang dinamakan 'Jentera Perang Badar" untuk menghadapi pihan raya kecil (PRK) Sungai Besar.
Sehubungan dengan itu, pelancaran jentera di peringkat negeri digerakkan segera dengan malam ini jentera peringkat kawasan Selayang dilancarkan.
Jentera ini akan dilancarkan sendiri oleh Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Mustafa Ali di Dataran Ilmu, Bandar Baru Selayang.
Selain Mustafa, turut hadir malam ini adalah Mohd Haslin Hassan Pengarah Pilihan Raya Pas Selangor, Wan Abdillah Wan Ahmad (Bekas Calon N27 Sebuyau) di samping Zaidy Abd Talib (YDP Pas Selayang).
Ekoran itu, seluruh ahli dikerahkan untuk menyertai majlis ini sambil membawa sumbangan masing-masing bagi menjayakan jentera Pas yang dilebelkan sebagai #perang badar kali ini.
Pas bertekad untuk bertanding kedua-dua kerusi, Sungai Besar dan Kuala Kangsar, kerana menganggap ia adalah kerusi tradisi mereka.
Bagaimanapun, Mustafa sebelum ini mengesahkan rundingan akan dibuat dengan PKR, sekutu mereka yang masih ada selepas pecahnya Pakatan Rakyat.
Malaysia Dateline difahamkan, kedua-dua pihak berusaha untuk membolehkan pertembungan tidak berlaku antara kedua-duanya dalam PRK kali ini.

Pakatan Harapan mesyuarat esok tentukan calon PRK


Pakatan Harapan akan bermesyuarat esok bagi menentukan parti mana dalam pakatan itu akan meletakkan calon bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar, Selangor dan Parlimen Kuala Kangsar, Perak pada 18 Jun ini.
Pakatan Harapan terdiri daripada gabungan parti politik pembangkang iaitu Parti Amanah Negara (Amanah), PKR dan DAP.
 Presiden AMANAH, Mohamad Sabu berkata mesyuarat itu akan diadakan di pejabat AMANAH di Kuala Lumpur sebagai persiapan untuk bertanding pada PRK tersebut.
"Kita akan meletak calon sama ada dari DAP, PKR atau Amanah," katanya kepada pemberita selepas Majlis Makan Malam anjuran AMANAH Pasir Puteh malam tadi.
Mohamad diminta mengulas kenyataan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mengingatkan pakatan itu supaya tidak meletakkan calon mereka dalam PRK itu jika sekadar untuk menguji sokongan.
Tuan Ibrahim mendakwa kedua-kedua kerusi itu merupakan kerusi tradisi PAS dan parti itu akan mempertahankannya.
Mohamad berkata PAS bukan berada dalam Pakatan Harapan dan jika parti itu hendak bertanding pada PRK tersebut itu adalah hak PAS.
Kekosongan kerusi Parlimen Sungai Besar dan Parlimen Kuala Kangsar masing-masing berikutan penyandangnya Datuk Noriah Kasnon yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lepas.
Suruhanjaya Pilihan Raya dalam mesyuarat khas semalam memutuskan PRK Sungai Besar dan PRK Kuala Kangsar diadakan serentak dengan hari penamaan calon pada 5 Jun, pengundian awal 14 Jun dan hari mengundi pada 18 Jun.

Pemerhati: HARAPAN patut biarkan PAS tanding PRK


Penganalisis politik berkata, menyaksikan parti pembangkang bertanding sesama sendiri boleh menyebabkan pengundi hilang kepercayaan terhadap pembangkang, yang telah meletakkan diri mereka sebagai alternatif kepada kerajaan BN dalam pilihan raya umum akan datang.
 Malah, isu inilah yang dikatakan telah menjejaskan prestasi pembangkang dalam pilihan raya Sarawak baru-baru ini, di mana ia dicemari oleh parti gabungan Pakatan Harapan (HARAPAN) - PKR dan DAP - bertembung satu sama lain dalam pertembungan banyak penjuru.
Bagi mengelak berulangnya perkara itu, pengarah Merdeka Centre, Ibrahim Suffian berkata HARAPAN yang berusia lapan bulan itu harus membiarkan PAS bertanding di kerusi tradisinya di pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
"Lebih baik memudahkan keadaan. Jika PAS mahu bertanding kedua-dua kerusi itu, maka lebih baik bagi pembangkang membiarkannya. Biarkan PAS bertanding sendiri dan mengukur kekuatannya sendiri," katanya kepada Malaysiakini.
"Masalah sekarang ialah kita ada AMANAH, yang melihat dirinya sebagai pengganti PAS (dalam HARAPAN)," katanya sambil menambah, walaupun dilihat bersemangat tetapi parti itu perlu melihat bahawa ia tidak mempunyai jenama politik dan jangkauan sepertimana PAS.
Pilihan raya kecil itu diadakan ekoran Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon yang juga ahli Parlimen Sungai Besar dan MP BN Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad terkorban dalam nahas helikopter pada 5 Mei lalu.
AMANAH telah membayangkan ia mungkin bertanding di Sungai Besar, yang dimenangi BN dengan majoriti tipis 399 undi dalam pilihan raya umum 2013.
Manakala PAS, yang berazam untuk bertanding di kedua-dua kerusi itu, telah meminta HARAPAN supaya tiak bertanding di situ.
Para pemerhati berhujah bahawa HARAPAN dan PAS perlu berunding untuk memastikan pertandingan satu lawan satu dengan BN.
Jika tidak, kata Ibrahim, akan berulang pertembungan sepertimana dalam pilihan raya negeri Sarawak, yang boleh menjejaskan mood pengundi dan memberi kesan terhadap peratusan yang keluar mengundi.
Ada konsensus pembangkang

Sertai PRK, Pas ubah tarikh muktamar

Takiyuddin Hassan
Pas hari ini mengumumkan perubahan tarikh Muktamar Pas ke-62 yang bakal berlangsung di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) pada Jun depan.
Perkara tersebut disahkan oleh Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan menerusi satu kenyataan hari ini.
Menurut beliau, muktamar yang sepatutnya berlangsung dari 1 hingga 4 Jun dipendekkan sehingga 3 Jun sahaja.
Jelas Takiyuddin lagi, perubahan tarikh disebabkan penyertaan Pas dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang akan bermula pada 5 Jun akan datang.
“Pas Pusat ada membuat sedikit perubahan tarikh Muktamar Tahunan Pas. Muktamar Dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat dijalankan seperti asal iaitu pada 31 Mei dan 1 Jun.
“Manakala perasmian Muktamar akan dibuat pada 2 Jun dan berakhir pada 3 Jun,” katanya seperti dipetik menerusi kenyataan itu.

Jadikan PRN Sarawak iktibar, pembangkang mesti bersatu

Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali optimis keputusan terbaik dapat dimuktamadkan semua blok pembangkang dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Beliau berkata semua parti politik mesti belajar daripada kesilapan di Pilihan Raya Negeri Sarawak baru-baru ini.
Katanya, rundingan antara Pakatan Harapan mahupun PAS sedang berjalan dengan baik.
“Semua parti menerima hakikat bahawa kita harus mengenepikan kepentingan individu ataupun kelompok.
“Apa yang penting semua parti politik pembangkang, Pakatan Harapan atau kerjasama PAS meletakkan satu matlamat iaitu untuk membentangkan kezaliman, penyelewengan, rasuah yang berlaku di Putrajaya.
“Kita harus belajar kesilapan dari Sarawak dan ini yang sedang berlaku sekarang. Kita berbincang dan berunding,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kayuhan Santai di Kampung Nakhoda, di sini.

DAP tidak berminat tanding di dua PRK

GEORGETOWN - DAP menegaskan tidak berminat untuk bertanding di kedua-dua Pilihan Raya Kecil (PRK) iaitu di Kuala Kangsar dan Sungai Besar.
Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, buat masa ini, itu merupakan keputusan DAP namun akan diputuskan selepas Mesyuarat Presiden Pakatan Harapan kelak.
Menurutnya, masih terlalu awal untuknya membuat sebarang komen atau pengumuman berikutan PRK akan diadakan bulan hadapan.
Lim Guan Eng "Masih terlalu awal untuk saya cakap hal ini (PRK), jauh lagi PRK. Namun buat masa ini, apa yang saya boleh katakan, DAP tidak berminat untuk bertanding di kedua-dua kawasan itu. Mengenai calon Pakatan Harapan, kita belum putuskan lagi. Apa-apa pun, kita tunggu selepas mesyuarat kelak. Perkara ini kena bincang, baru ada semangat setia kawan. Saya tidak boleh buat keputusan sekarang.
"Bagi saya, pandangan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali perlu diambil kira kerana kawasan itu di negerinya. Tidak wajar jika tanya saya sahaja. Saya bagi laluan kepada beliau dulu dan saya merasakan tindakan saya itu adalah wajar dan betul. Saya harap jangan ada pihak yang buat spekulasi kerana ia terlalu awal untuk diperkatakan," katanya kepada media selepas pelancaran Penang Anime Matsuri 2016 Magical Summer, hari ini.
Semalam, DAP menegaskan hanya akan menyokong calon dari Pakatan Harapan untuk kedua-dua PRK itu.
Walaubagaimanapun, ketika ditanya adakah parti itu akan menyokong calon Pas di dua kawasan itu, Guan Eng berkata, parti Islam itu bukan lagi berada dalam Pakatan Harapan.

Kena Main: S'wak mungkin dapat lebih dari 3 TKM, sembang Zahid


 Sarawak mungkin mempunyai lebih daripada tiga timbalan ketua menteri (TKM) kerana perlembagaan negeri itu mungkin dipinda untuk membolehkan tambahan jawatan berkenaan, kata Timbalan Perdana Menteri. Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
"Saya tidak mahu mengesahkan ini tetapi terdapat usaha yang dibuat supaya perlembagaan negeri dipinda untuk membolehkan lebih daripada tiga TKM dilantik," kata Zahid dalam sidang akhbar selepas program Hari Keluarga Kementerian Dalam Negeri di Cheras hari ini.
Beliau menjawab soalan mengenai kenyataannya sebelum ini bahawa beliau akan cuba untuk meyakinkan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem untuk melantik lebih ramai menteri dari kaum Cina, malah bagi jawatan TKM.
Ini ekoran kontroversi yang timbul berkaitan kabinet baru diumumkan Adenan di mana tiada TKM yang dilantik dari kaum Cina, walaupun beliau sebelum ini menggesa pengundi Cina supaya menyokong BN jika mereka mahu melihat wakil kaum itu dilantik ke jawatan tersebut.
Ketika mempertahankan langkah beliau, Adenan menafikan pernah menjanjikan jawatan TKM untuk kaum Cina, dengan menyatakan ia mungkin dilakukan hanya jika BN menang di semua kerusi majoriti pengundi Cina.
Bagaimanapun dalam sidang akhbar hari ini, Zahid juga berkata ia terpulang kepada Adenan untuk wmelantik sesiapa yang beliau mahu sebagai TKM.

‘Cash is king’ dan calon langsung akan ‘diekspot’ ke pilihanraya Semenanjung dan Sabah

Dua serampang Barisan Nasional yang memberikan kejayaan besar bagi gabungan itu di dalam pilihanraya Sarawak baru-baru ini berkemungkinan akan di ekspot ke Semenanjung dan Sabah pada masa akan datang.
Taktik-taktik itu adalah ‘calon langsung’ atau ‘BN direct candidate’ dan ‘cash is king’ atau ‘wang tunai adalah raja’, akan dilihat di dalam pilihanraya-pilihanraya akan datang.
Pakar sains politik kelahiran Sarawak Prof James Chin berkata ini berdasarkan pengalaman BN Sarawak di mana dua taktik tersebut dapat meraih sokongan yang padu pengundi pendalaman.
Di samping itu, meletakkan calon langsung dapat mengatasi sengketa politik di antara parti komponen BN Sarawak seperti Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan parti serpihan seperti Parti Tenaga Rakyat Sarawak (Teras) dan Parti Rakyat Bersatu (UPP).
Perbalahan antara SUPP dan parti serpihan tersebut merumitkan usaha BN Sarawak untuk meletakkan calon yang paling sesuai bagi sesetengah kerusi.
Berbanding dengan calon BN yang biasa, calon langsung adalah individu yang pro-BN tetapi bukan ahli sebuah parti komponen gabungan itu.
Kebiasaanya calon langsung merupakan individu yang terkemuka di dalam sesebuah kawasan tetapi oleh sebab-sebab tertentu, mereka bukan ahli parti komponen BN yang secara tradisi bertanding di kerusi tersebut.
“BN dan Umno berkemungkinan akan menggunakan pendekatan calon langsung bagi kerusi-kerusi yang bermasalah di dalam pilihanraya umum akan datang,” kata Chin, pengarah Asia Institute di University of Tasmania, Australia.
Beliau menganggarkan bahawa taktik calon langsung akan digunakkan di kerusi-kerusi bermasalah Wilayah Semenanjung yang biasa dipertandingkan tetapi sukar ditawan oleh parti komponen seperti Gerakan, MCA dan Umno.

DAP pecat ADUN DAP S'gor kerana salahguna peruntukan k'jaan negeri


 ADUN DAP Teluk Datuk, Loh Chee Hong telah dipecat daripada parti selepas didapati bersalah menyalahgunakan peruntukan kerajaan negeri kepada kawasan pilihan rayanya.
Dalam satu kenyataan, pengerusi jawatankuasa disiplin DAP, Tan Kok Wai berkata, keputusan itu dibuat selepas Loh menjawab dakwaan terhadapnya dalam satu pendengaran yang diadakan awal hari ini.
Tan berkata jawatankuasa itu telah mengarahkan DAP Selangor menjalankan siasatan dalaman selepas ia menerima satu aduan bertulis pada Mac 2016 terhadap Loh kerana didakwa menyalahguna peruntukan kerajaan negeri.
"Siasatan dalaman oleh jawatankuasa DAP Selangor mendapati ada asas terhadap dakwaan itu, iaitu terdapat bukti salah laku di pihak Loh.
"Berikutan pendengaran tatatertib hari ini, di mana Loh telah diberi peluang untuk memberi penjelasan, jawatankuasa disiplin DAP telah membuat kesimpulan bahawa terdapat bukti salah laku serius oleh Loh dan telah sebulat suara memutuskan untuk menamatkan keahliannya dalam parti berkuatkuasa serta-merta," kata Tan.

PRK Parlimen Sg. Besar & Kuala Kangsar: Sokong calon PH, semangat setiakawan diutamakan - KM

PERSPEKTIF: Pasca PRN Sarawak

Nurul Izzah harap tiada lagi tiga penjuru PRK akan datang

SALLEH, JANGAN CUBA MAHU 'MENGAJAR' AGONG, NANTI DIKATA 'KURANG AJAR'

Kenapa agaknya Menteri Komunikasi dan Multimedia, Salleh Said Keruak kelihatan begitu gusar dan susah hati terhadap Deklarasi Rakyat yang akan dipersembahkan kepada Istana Negara dengan seolah-olah cuba mengingatkan bahawa Yang Dipertuan Agong tidak boleh memecat Perdana Menteri, Najib Razak?

Apakah rasa gusar dan susah hati itu bukan saja mengenai dirinya, tetapi juga mewakili masa depan Najib sama?
Apakah dengan mengingatkan bahawa tiada peruntukan dalam Perlembagaan yang membolehkan Najib dipecat, Salleh sedang cuba "mengajar" Yang Dipertuan Agong  mengenai bidang kuasa baginda dan bagaimana bekerja?

Apakah tidak dilihat "kurang ajar"  apabila seorang menteri yang hanya masuk kabinet melalui pintu belakang cuba berbuat demikian kepada Yang Dipertuan Agong yang dianggap payung kepada seluruh rakyat jelata?

Semalam, Tun Mahathir Mohamad yang mengetuai Deklarasi Rakyat mengumumkan sejumlah 1,271,997 tandatangan telah berjaya dikumpulkan dalam tempoh dua bulan dan sedang menunggu tarikh untuk menghadap Yang Dipertuan Agong untuk menyerahkannya.

Dalam masa yang saja, pengumpulan tandatangan akan terus dikumpulkan dari semasa ke semasa sebagai membuktikan penolakan rakyat terhadap Najib turut tidak pernah berhenti selagi beliau masih menjadi Perdana Menteri.

Tujuan deklarasi itu diserahkan kepada Yang Dipertuan Agong ialah untuk mengulangi sejarah bagaimana Malayan Union juga ditolak oleh Raja-Raja setelah mendapat desakan yang kuat daripada rakyat.

Dalam kes Najib, walaupun tujuan deklarasi itu bertujuan mengundurkan Najib, tetapi tidak pernah pun sama ada Tun Mahathir atau sesiapa pernah menyebut mengenai perlunya Yang Dipertuan Agong memecat Perdana Menteri.

Yang dimahukan ialah Najib diundurkan.

Jadi, apa sebabnya yang Salleh terloncat-loncat gusar dan susah hati dengan apa yang bakal dilakukan oleh Yang Dipertuan setelah menerima deklarasi itu?

Sesuatu yang harus Salleh sedar dan buka mata hatinya luas-luas ialah skandal kewangan berkaitan Najib ini sudah begitu memalukan negara di seluruh dunia sehingga ia bukan saja diperkatakan olah sesiapa saja di semua penjuru alam, bahkan kerananya juga negara kita dikaitkan dengan imej rasuah yang begitu memalukan.

1MDB Dan Tangisan Rakyat

Oleh Abu Hassan Adam
Puas juga aku cuba meyakinkan diri aku bahawa sebenarnya tidak ada perkara-perkara ‘sumbang’ yang berlaku mengenai isu IMDB. Tidak berlaku sebarag kejanggalan dalam pelaksanaan perniagaan yang dijalankan oleh IMDB. Dan tidak ada salah laku yang dilakukan oleh samada DS Mohd Najib Tun Abdul Razak selaku Menteri Kewangan atau Penasihat IMDB ataupun para ahli lembaga pengarah yang diamanahkan untuk mentadbirkan IMDB supaya dapat dibanggakan oleh negara


            Semakin aku berusaha untuk menyakinkan diri aku bahawa sebenarnya tidak ada apa-apa yang berlaku, maka semakin kuat pula keyakinan bahawa sebenarnya ada  sesuatu yang tidak kena yang berlaku kepada IMDB. Aku lihat semakin kuat ‘pokok bergoyang’. Yang ‘menggoyang pokok-pokok’ berkenaan bukannya angin sepoi-sepoi bahasa tetapi merupakan ribut taufan yang berkemungkinan akan menghancur-leburkan negara kita. Dan ‘ribut’ yang datang adalah ribut yang bersumberkan luar negara.

            Walaupun ramai para pemimpin negara, khususnya yang menjadi Menteri, Wakil rakyat BN ( samada ahli parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri) masih mempertahankan hujah mengatakan bahawa IMDB itu berada di landasan yang betul namun hati kecilku ‘tidak mahu mengalah’ dan terus merasakan bahawa sememangnya ada yang tidak kena yang berlaku dalam pelaksanaan IMDB. dan sikap yang ditunjukkan oleh para pemimpin di negara kita.

            Tentulah aku agak ‘berdosa’ kepada diri aku, kepada pemikiran dan ‘pegangan aku’ sekiranya aku masih mahu mengatakan bahawa IMDB itu tidak ada cacat celanya sebagaimana yang sentiasa didendangkan oleh para pemimpin negara kita. Dan yang merunsingkan aku juga ialah sampai bila agaknya para pemimin negara dan pihak yang berkepentingan ini mahu terus berpaut kepada ‘benang basah’ mereka. Apakah mereka langsung tidak memikirkan tentang nasib bangsa Malaysia pada masa yang akan datang. Apakah sudah begitu rapat tertutupnya mata mereka sehingga mereka tidak nampak langsung ‘kecelaruan’ yang dialami oleh IMDB. Apakah telinga mereka sudah benar-benar tertutup sehinggakan tidak mahu lagi mendengar ‘nasihat-nasihat’ dari luar yang bertujuan untuk membetulkan keadaan yang pincang  ini.

Siasatan S'pura: 'Nik Faisal lulus pindah RM48j dari SRC ke sekutu Jho Low'


Siasatan pihak berkuasa Singapura didakwa mendapati bahawa Pengarah Urusan SRC International, Nik Faisal Ariff Kamil, meluluskan pemindahan AS$11.95 (RM48 juta) dana syarikat itu kepada sekutu Jho Low - Tan Kim Loong.
 Tan, menurut laporan Wall Street Journal (WSJ), adalah benefisiari asal syarikat yang berpangkalan di British Virgin Islands, Tanore Finance, yang telah menghantar AS$681 juta ke akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Tanore Finance dilaporkan menerima dana, melalui perantara, dari syarikat yang berpangkalan di British Virgin Islands, Aabar Investments PJS Limited di mana AS$3.5 bilion dana 1MDB didakwa dilencongkan.
Business Times Singapura melaporkan bahawa penemuan pihak Singapura itu terkandung dalam dokumen yang dikemukakan kepada mahkamah Singapura pada hari Khamis sebagai sebahagian daripada pertuduhan ketujuh terhadap bekas pegawai bank BSI, Yeo Jiawei.
Pertuduhan terbaru terhadap Yeo itu adalah kerana mempermudahkan, melalui cara penipuan, pemindahan AS$11.95 juta dari SRC International kepada Affinity Equiti International Partners Ltd, sebuah syarikat yang dimiliki Tan.
"Pemindahan dana kepada Affinity Equiti International Partners Ltd dilakukan melalui Pacific Harbour Global Growth Fund AA4 - dana yang SRC International Malaysia langgani.
"(Ia) diselia oleh Pengarah Eksekutif Kewangan 1MDB Terence Geh dan diberi kuasa oleh Nik Faisal Ariff Kamil, pengarah urusan SRC International Sdn Bhd dan bekas ketua pegawai pelaburan 1MDB, dokumen-dokumen yang dikemukakan oleh pendakwa raya Singapura mendedahkan," kata laporan itu.
SRC International Malaysia, yang didaftarkan di British Virgin Islands, dimiliki sepenuhnya oleh SRC International Sdn Bhd, yang seterusnya dimiliki oleh Kementerian Kewangan Malaysia.
Ia adalah bekas anak syarikat 1MDB, sebelum diletakkan secara langsung di bawah Kementerian Kewangan pada tahun 2012.
Surat ditandatangani Nik Faisal
Business Times juga melaporkan bahawa antara dokumen yang dikemukakan kepada mahkamah termasuk surat yang ditandatangani Nik Faisal bagi pihak SRC International Malaysia mengakui bahawa Pacific Harbor Global Growth Fund telah menyalurkan AS$11.95 juta kepada Affinity Equiti.

Cash main factor BN used to grab S'wak rural seats, says expert

Muhyiddin - Rosmah Juga Patut Saman WSJ

Muhyiddin - Penggantungan Tidak Ikut Perlembagaan

Muhyiddin - Kesetiaan Kepada Pemimpin Kena Berprinsip Bukan Buta Tuli

28 bilion Duit 1MDB Lesap, Takkan Najib Yang Sain Tak Tahu Ke Mana Pergi ?

Muhyiddin - Kesan Langsung Isu 1MDB Kepada Rakyat Biasa

Saya jatuh cinta kepada satu parti tapi tak boleh sebut kerana dalam edah, kata Husam


Islam ajar jangan terburu buru kata HusamIslam ajar jangan terburu buru kata Husam
Adun Salor, Datuk Husam Musa malam tadi mengakui telah jatuh cinta kepada satu parti setelah di"cerai"kan oleh parti asal beliau tetapi tidak dapat umumkan sekarang kerana masih dalam edah.
"Masa dalam edah ni tak boleh sesiapa masuk meminang apa lagi di khalayak ramai macam ni," kata Husam merujuk kepada pelawaan Pengerusi Amanah Kelantan, Dato' Wan Abdul Rahim Wan Abdullah di majlis makan malam Selamatkan Malaysia anjuran Amanah Pasir Puteh di sebuah resort di Tok Bali malam tadi.
Wan Rahim yang berucap sebelum itu mencadangkan supaya beliau segera menyarung sut oren sebagai tanda menyertai Amanah dan meminta sehelai baju berlogo Amanah dihadiahkan kepada Husam.
Seorang peserta makan malam kemudian membawa baju warna oren untuk diserah kepada Husam namun beliau hanya mengambil baju tersebut tapi tidak memakainya.Lebih seribu hadir di makan malam pertama kehadiran Husam selepas dipecat PasLebih seribu hadir di makan malam pertama kehadiran Husam selepas dipecat Pas
Dalam ucapannya beliau terus menyatakan belum menerima sebarang surat berhubung pemecatannya dan hanya mengetahui hal tersebut daripada media atau pihak lain.
"Ada orang minta saya merayu, tapi apa yang saya nak rayu kerana kesalahan saya pun sehingga ini tidak diberitahu," kata beliau.
Berkenaan tuduhan beliau juga kononnya menerima rasuah berkaitan balak beliau mencabar mana-mana pemimpin negeri untuk mendedahkan akaun masing-masing untuk dinilai rakyat.
"Datuk Ahmad Yakob, Datuk Nik Amar Abdullah atau mana-mana pemimpin boleh umum akaun bank masing-masing untuk tunjuk kedudukan kewangan masing-masing.
"Saya boleh dedahkan akaun saya, mereka buka akaun mereka, kita tengok berapa banyak duit saya ada sehingga terus menerus buat fitnah," kata beliau.

Tahniah kepada 1.2 juta rakyat yang mahu Najib berundur

Muhyiddin turut yakin jumlah tandatangan pada Deklarasi Rakyat akan bertambah
najib muhyiidn
PETALING JAYA: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan tahniah kepada 1.2 juta rakyat Malaysia kerana berani menandatangani Deklarasi Rakyat yang menuntut pengunduran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Beliau juga yakin jumlah tandatangan yang menuntut pengunduran Najib itu akan bertambah dari semasa ke semasa.
“Saya percaya lebih ramai yang akan tampil berbuat demikian sebagai pernyataan komitmen untuk menyelamatkan Malaysia daripada pemimpin yang rasuah dan pecah amanah.
“Sekalung tahniah kepada pasukan petugas Deklarasi Rakyat yang telah bertungkus lumus mengumpul tandatangan di segenap pelusuk tanah air. Syabas saya ucapkan! Undur Najib! Selamatkan Malaysia!,” katanya dalam laman Facebooknya.
Beliau berkata demikian mengulas pengesahan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa 1.27 juta tandatangan telah berjaya dikutip di seluruh negara.
Dalam pada itu, Dr Mahathir juga berkata akan menyerahkan sendiri dokumen yang dinamakan Deklarasi Rakyat itu kepada Yang di-Pertuan Agong dan sedang mendapatkan perkenan untuk menghadap.
Katanya, walaupun sasaran sejuta tandatangan pada tahun ini berjaya dilaksanakan lebih awal, tandatangan lain akan terus diterima.
Mahathir berkata, sebanyak 1.07 tandatangan dikumpul melalui atas talian dan 200,000 lagi melalui pengedaran borang secara fizikal.
Sebanyak 50,000 lagi direkodkan di laman alternatif Change.org.

Salleh: Tiada peruntukan dalam Perlembagaan bolehkan Agong pecat PM



Tiada peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan Yang di-Pertuan Agong untuk memecat perdana menteri, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
Merujuk kepada gembar-gembur mengenai satu juta tandatangan yang kempen "Selamatkan Malaysia" yang sepatutnya diperoleh bagi menyokong petisyen itu, Salleh berkata, amat sedikit Seri Paduka boleh lakukan mengenai petisyen itu.
"Sudah tentu, ia cuma untuk memberi gambaran bahawa perdana menteri telah kehilangan sokongan, anda sentiasa boleh mendapatkan satu juta tandatangan dan menghantar petisyen mengandungi tandatangan ini kepada Agong.
"Tetapi persoalannya kemudian ialah apa? Adakah kamu akan mendesak Agong memecat perdana menteri walaupun itu menyalahi undang-undang?" katanya menerusi catatan dalam blog beliau sskeruak.blogspot.com, semalam.
Beliau berkata walaupun orang berkata bahawa kerajaan perlu menghormati dan mematuhi Perlembagaan, mereka yang menentang kerajaan juga harus melakukan perkara yang sama.
Beliau berkata Perlembagaan secara khusus menyatakan bahawa Anggota Dewan yang mendapat kepercayaan majoriti anggota-anggota Dewan dipilih menjadi perdana menteri.
"Atas semangat yang sama, jika perdana menteri hilang sokongan majoriti ahli-ahli Dewan, maka beliau perlu meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.

Gebenor BNM umum tamatkan siasatan terhadap skandal 1MDB

Siasatan 1MDB tutup kata Muhammad IbrahimSiasatan 1MDB tutup kata Muhammad Ibrahim
Bank Negara Malaysia (BNM) menamatkan siasatan di bawah bidang kuasanya terhadap hal ehwal 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Gabenor Datuk Muhammad Ibrahim berkata 1MDB telah menyatakan komitmen untuk membayar kompaun sebelum tarikh akhir pada 30 Mei 2016, menandakan tamatnya siasatan tersebut.
Syarikat pelaburan strategik negara berkenaan dikenakan kompaun oleh bank pusat susulan kegagalan melaksanakan arahan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.
Bagaimanapun, Muhammad enggan memberitahu nilai kompaun yang dikenakan ke atas 1MDB, memandangkan ia bertentangan dengan amalan BNM bagi mendedahkan kuantum yang dikenakan terhadap individu khusus atau entiti kepada awam.
1MDB dijangka membayar denda tersebut.
Semasa taklimat media hari ini, Muhammad mengulangi bahawa kesemua siasatan di bawah bidang kuasa bank pusat dari segi peraturan, kawal selia dan undang-undang ditamatkan.
"Dari segi siasatan yang bukan di bawah peraturan, kawal selia dan undang-undang bank pusat, kita akan meneruskan kerjasama dengan badan berkuasa lain," katanya.
Menurut kenyataan 1MDB pada 28 April lepas, bayaran kompaun tersebut akan dijelaskan pada atau sebelum tarikh akhir.
Mengenai pertikaian antara 1MDB dan International Petroleum Investment Company, Muhammad berkata kedua-dua pihak tersebut perlu menyelesaikan perkara berkaitan dan bank pusat tidak akan campur tangan.
Selain itu mengenai kebimbangan terhadap kenaikan liabiliti luar jangka 1MDB disebabkan pertikaian kedua-dua pihak berkenaan, beliau berkata kerajaan akan memenuhi semua tanggungjawab hutangnya.

Apa peranan mereka ini sebenarnya ??

Sekali lagi Gabenor BNM baru tonjolkan aura & kuasa yg sbenarnya dgn mengatakan BNM tamatkan siasatan terhadap 1MDB..

TETAPI KENAPA di 8 buah negara yg lain termasuk SWITZERLAND, SINGAPORE, HONG KONG, AMERIKA SYARIKAT, UNITED KINGDOM, AUSTRALIA, LUXEMBOURG dan SCOTLAND masih lagi siasat skandal yg berkaitan 1MDB ??!!

SEJARAH TAK PERNAH MENIPU..

SIAPA kurang ajar pada Raja-raja Melayu ??
SIAPA penderhaka sebenar pada Raja-raja Melayu ??

Sejarah Menjawab Segala-galanya..

Bezanya anak & bapak..

Tun Razak..
Tak bazir wang utk isteri
Tak boros beli panda
Suruh Rahah beli tiket sendiri jika mahu ikutnya

Najib..
Bazir wang utk isteri
Boros beli panda
Selamba muka tebal guna jet mewah kerajaan