Jumaat, 13 Mei 2016

RUPA2NYA ekonomi negara kita TELAH SUSUT MEROSOT dlm tempoh 6 SUKU TAHUNAN BERTURUT-TURUT !!

BONGKAR !!!.. Sekali lagi kita ditipu Gabenor Bank Negara yg baru katanya hari ini ekonomi negara telah berkembang..

BERKEMBANG TANG MANA !!.. Berkembang makin menipu ka !!..

#SEBARKAN #VIRAL agar rakyat tahu penipuan KERAjaan UMNO/BN selama ini..

ALAMAKK...KITA PULAK YANG TOLONG BAYAR?

Hairan, kenapa masih tiada penafian?

Jauh sekali ada ancaman mahu mengambil tindakan saman, malah tiada langsung pemimpin UMNO yang tampil mempertahankannya.

Apakah semua orang sudah malas dan letih untuk mempertahankan Najib Razak dan keluarganya yang tidak henti-henti dikaitkan dengan kehilangan wang daripada 1MDB?
Selepas beberapa siri pendedahan sebelum ini, semalam The Wall Street Journal atau WSJ dalam artikel bertajuk "Malaysia Leader Najib's Stepson Allegedly Funded US Property Deal With 1MDB Money" mendedahkan sejumlah AS$50 juta wang 1MDB dilencongkan ke akaun anak tiri Najib, Riza Aziz untuk kegunaannya membeli dua kediaman mewah di Amerika Syarikat.

Dua kediaman tersebut, satu kondominium mewah di Park Laurel,  New York berharga AS$33.5 juta dan sebuah rumah agam di Beverly Hill bernilai AS$17.5 juta.

Menurut dokumen yang didakwa dilihat oleh WSJ serta maklumat individu berkaitan hal tersebut, pembelian kedua-dua hartanah itu kini sedang disiasat oleh pihak FBI.

Tun M: Penyokong Deklarasi Rakyat terima ancaman

Tun M: Penyokong Deklarasi Rakyat terima ancaman
PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed mengakui pelbagai ancaman diterima oleh penyokong Deklarasi Rakyat sekiranya mereka menurunkan tandatangan bagi menyokong usaha untuk menurunkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menurut beliau, di sesetengah kawasan luar bandar, rakyat diancam dengan penarikan balik pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia(BR1M) sekiranya menurunkan tandatangan untuk menyokong deklarasi berkenaan.
"Penjawat awam juga menyatakan kebimbangan untun menurunkan tandatangan mereka, tetapi sejumlah daripada itu memberanikan diri untuk tampil dan menyokong serta menandatangan Deklarasi Rakyat ini," katanya ketika sidang media yang berlangsung di Yayasan Kepimpinan Perdana hari ini.
Dalam pada itu, Mahathir memaklumkan bahawa dalam usaha untuk mengumpulkan tandatangan, terdapat propaganda dan putar belit yang dimainkan oleh pihak Najib untuk mempengaruhi rakyat supaya menolak sokongan terhadap Deklarasi Rakyat dengan mengguna strategi pecah dan perintah, perkauman serta menuduh pergerakkan ini sebagai gerakan haram untuk menumbangkan kerajaan.
Beliau berkata, taktik tersebut nyata gagal dan kebanyakkan rakyat tahu bahawa gerakan ini bukan bermotifkan politik dan hanya mewakili rakyat yang tersiri daripada pelbagai kaum, agama dan kecedenrungan politik serta tidak mewakili agenda peribadi sesiapa.
"Usaha untuk memaparkan gerakan ini sebagai usaha untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara demokrasi juga gagal kerana objektifnya adalah untuk menuntut Najib untuk meletak jawatan," katanya.

PRK: Azmin nasihat jaga adab ketika kempen

PRK: Azmin nasihat jaga adab ketika kempen
Mohamed Azmin (kiri) berbual-mesra sambil menikmati makanan bersama-sama Adun Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi (tengah) pada Majlis Kenduri Kampung di Masjid As-Siraj Kampung Batu 23 Sungai Nibong.
SUNGAI BESAR - Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang dijalankan pada bulan Ramadan diharap dapat diadakan dengan lebih tenang dan aman khususnya dalam kalangan pengundi beragama Islam.
Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, semua pihak termasuk pemimpin dan pengundi seharusnya menjaga adab semasa berkempen seperti tidak melemparkan fitnah dan kata-kata kesat antara parti yang bertanding.
“Saya percaya bulan Ramadan ini satu bulan yang cukup mulia dan ia mendidik kita kembali sebagai hamba ALLAH yang beriman dan pada masa sama menjalankan tugas kita sebagai pemimpin di muka bumi ini dengan adil dan saksama,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui Sinar Harian pada Majlis Kenduri Kampung di Masjid As-Siraj Kampung Batu 23 Sungai Nibong.
Ditanya sejauhmana persediaan menghadapi PRK di Parlimen Sungai Besar, Mohamed Azmin yang juga Menteri Besar Selangor berkata, beliau yakin dengan usaha yang telah dijalankan di negeri itu khususnya di Sabak Bernam sejak kerajaan negeri ‘bertukar tangan’ pada 2008.
“Apabila saya mengambil-alih 2014, usaha ini, diteruskan dan ditingkatkan termasuk program Hijrah, perkhidmatan percuma bas Smart Selangor, Internet Tanpa Wayar (WiFi) untuk masyarakat di sini yang boleh akses kepada internet dan bantuan kepada petani serta nelayan,” katanya.

Timb Ketua Menteri: Adenan tipu Cina Sarawak


 Masyarakat Cina di Sarawak telah ditipu oleh Ketua Menterinya, Tan Sri Adenan Satem kerana beliau tidak melantik timbalannya dari kaum Cina seperti yang dijanjikan, ujar Ketua DAP Sarawak, Chong Chieng Jen.
"Saya rasa masyarakat Cina, terutama sekali pengundi Batu Kawah telah ditipu. Tidak sampai seminggu, dan tentunya, pengkhianatan ke atas pengundi Batu Kawah oleh Adenan," Chong memberitahu Malaysiakini.
Borneo Post sebelum ini melaporkan Adenan, semasa berkempen di Batu Kawah pada pilihan raya negeri Sarawak, menawarkan kerusi timbalan ketua menteri dari bangsa Cina jika mereka menyokong SUPP.
Bagaimanapun, selepas pilihan raya, akhbar berbahasa Inggeris memetik Adenan sebagai berkata walaupun beliau gembira undi Cina kembali kepada BN, namun terpulang kepadanya untuk melantik timbalan Cina atau tidak.
Diminta mengulas mengenai barisan kabinet Adenan itu, Chong berkata, tiada apa yang berubah dari zaman ketika Gabenor Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud menerajui pentadbiran negeri.
"Tiada apa yang berubah, cuma satu atau dua muka baru," jelas beliau.

Kena Main: Sarawak dapat 3 timbalan KM, semua bukan Cina


Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem telah secara rasminya mengumumkan kabinet barunya, menampilkan tiga timbalan ketua menteri dengan tiada satu daripadanya berbangsa Cina.
Tiga timbalan Adenan ialah Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Amar Douglas Uggah, Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Tan Sri Dr James Jemut Masing dan Timbalan Presiden Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg.
Barisan kabinet baru itu diumumkan selepas upacara mengangkat sumpah di Kuching, hari ini.
Pada sidang media 28 April yang lalu, Adenan menggesa pengundi Cina memilih BN berbanding DAP jika mereka mahu bangsa itu menduduki kerusi timbalan ketua menteri.
“Sudah tentu, itu pun jika mereka mahu menjadi kerajaan, satu jalan yang ada ialah dengan mengundi SUPP.
“Jika tidak mahukan itu, undilah DAP. Jika mahu (jawatan), anda undi SUPP. Dan selepas itu akan ada wakil Cina untuk jawatan timbalan ketua menteri dalam kabinet," Adenan dipetik berkata oleh Borneo Post.
Bagaimanapun, selepas pilihan raya negeri, akhbar berbahasa Inggeris memetik Adenan sebagai berkata bahawa sementara beliau gembira kerana undi Cina telah kembali ke BN, terpulang pada beliau untuk melantik atau tidak.

Kena Main: Hanya lantik TKM Cina jika SUPP menang semua, kata Adenan


Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem hari ini menafikan dirinya pernah menjanjikan beliau akan melantik timbalannya berbangsa Cina.
Menurut laporan Bernama, Adenan berkata, beliau cuma berjanji akan melantik menteri Cina dalam kabinet negerinya bagi mewakili kaum tersebut dalam pentadbiran Sarawak.
 Beliau turut dilaporkan oleh agensi berita nasional sebagai berkata beliau mungkin melantik timbalan Cina jika SUPP menang semua 13 kerusi yang ditandinginya. SUPP hanya menang tujuh kerusi.
Adenan berkata demikian semasa sidang akhbar selepas majlis angkat sumpah kabinet barunya di Kuching.
Hanya seorang menteri Cina dalam kabinet itu iaitu bekas Presiden UPP, Wong Soon Koh sebagai menteri kewangan kedua, dan Presiden SUPP, Sim Kui Han as local government minister.
Ketua menteri itu sebelum ini dipetik oleh Borneo Post sebagai menggesa pengundi Cina agar memilih BN berbanding DAP jika mahukan timbalan ketua menteri kaum itu.
“Sudah tentu, itu pun jika mereka mahu menjadi kerajaan, satu jalan yang ada ialah dengan mengundi SUPP.
“Jika tidak mahukan itu, undilah DAP. Jika mahu (jawatan), anda undi SUPP. Dan selepas itu akan ada wakil Cina untuk jawatan timbalan ketua menteri dalam kabinet," Adenan dipetik berkata oleh Borneo Post.
Bagaimanapun, selepas pilihan raya negeri, akhbar berbahasa Inggeris memetik Adenan sebagai berkata bahawa sementara beliau gembira kerana undi Cina telah kembali ke BN, terpulang pada beliau untuk melantik atau tidak.

Jangan ganggu usaha kalahkan UMNO, kata PAS Perak kepada PH

Malah kalau pun PH bertanding, mereka tidak akan menang dan malah tidak akan mendapat undi yang lebih tinggi daripada PAS, kata Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria.

PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) tidak perlu meletakkan calon dalam Pilihanraya Kecil (PRK) Kuala Kangsar kerana ia hanya akan ‘mengganggu’ usaha menewaskan UMNO, kata Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria.
Malah kalau pun PH bertanding, katanya lagi, mereka tidak akan menang dan malah tidak akan mendapat undi yang lebih tinggi daripada PAS, katanya lagi.
“Kehadiran mereka hanya memecahkan undi pembangkang dan memberi kelebihan kepada UMNO.
“PAS tidak ada persetujuan dengan PH, tetapi jika mereka fikirkan matlamat utama iaitu menewaskan UMNO, seharusnya mereka memberi laluan kepada kita,” katanya ketika dihubungi FMT.
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man juga membuat gesaan sama pada hari ini.
Pengarah Strategi AMANAH, Khalid Samad pula membayangkan Pakatan Harapan akan meletakkan calon di kedua-dua kerusi Parlimen, namun menyambut baik cadangan agar perbincangan dibuat bersama-sama PAS bagi menjamin satu lawan satu.
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hari ini mengumumkan PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar akan diadakan serentak pada 18 Jun ini, berikutan kematian ahli Parlimennya Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad dan Datuk Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sarawak minggu lalu.

Kenangan 13 Mei: Kuala Lumpur kota ‘bunuh’

Bencana banjir terburuk yang menimpa Kuala Lumpur dianggap rahmat Tuhan untuk mencuci dan membersih kesan darah akibat rusuhan Peristiwa 13 Mei.
13-MeiPagi tadi ibu saya mengingatkan tarikh hari ini, 13 Mei.
Bagi saya, tarikh itu tidak membawa apa-apa makna, kecuali sudah sampai ke pertengahan bulan dan hampir sampai ke pertengahan tahun. Lain daripada itu, tiada apa-apa.
Tetapi bagi ibu saya, lain ceritanya. Dia yang lahir pada tahun 1955 ketika peristiwa 13 Mei, baru berusia 14 tahun. Masih muda, lagi-lagi pada tahun 1969, apalah sangat pendedahan yang diberikan kepada seorang remaja atau kanak-kanak berumur 14 tahun.
Kalau sekarang lain ceritanya. Remaja berusia 14 tahun sekarang, tahu banyak perkara. Mereka sudah memiliki ruang privasi sendiri, hak untuk bercakap, beri pandangan dan menentukan apa yang mahu, mungkin juga sudah memiliki telefon pintar atau I-Pad sendiri.
Ibu saya, pada usia 14 tahun, apalah sangat yang dia tahu.
Bagaimanapun kejadian yang menimpa negara, khususnya kota Kuala Lumpur telah menyedarkan dia apa maksud kehidupan dan bencana yang dilalui negara hasil sikap manusia yang hilang rasa toleransi.
Setiap tahun menjelang hari ini, ibu akan ingatkan saya dan bercerita mengenainya. Sekarang umurnya 61 tahun, saya masih tidak serik mendengar pengalamannya. Saya pula terus menunjukkan rasa keprihatinan dan ingin tahu. Tahun demi tahun ada sedikit yang berubah, tak mengapa, mungkin faktor usia dan kesihatan. Ada yang dia lupa, ada yang dia mengagak, ada yang dia ingat, katanya ingat sampai mati.
Ketika itu keluarga ibu tinggal di sebuah estet dekat Rawang, Estet Bukit Munchong. Ternyata kawasannya tidak terkesan lagipun ketika itu jarak dari Kuala Lumpur ke Rawang boleh dikatakan agak jauh. Berbeza sekarang, sekali tekan pedal minyak sudah boleh sampai ke Rawang.
Pada usia itu, ibu saya berhenti belajar dan mula bekerja sebagai penoreh getah. “Sewaktu kejadian 13 Mei, estet kami tidak terkesan, mungkin kerana lokasinya agak dalam. Tetapi arwah mak dan bapa terkesan kerana selalu keluar masuk estet untuk bekerja luar selain membeli barang.
“Saya masih ingat, kami dengar pasal rusuhan kaum yang berlaku. Satu estet riuh berkata Cina dan Melayu saling membunuh. Arwah mak dan bapa saya pula tiada pilihan tetapi kena keluar estet termasuk ke Kuala Lumpur. Mereka bercerita bagaimana terlalu banyak pemeriksaan dilakukan. Kami juga mendengar khabar angin, Melayu, Cina saling membunuh. Ada yang cerita, orang India juga dibunuh,” kata ibu saya.

Dr M sendiri akan serah 1.27 juta tandatangan "Deklarasi Rakyat" pada agong


Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan lebih 1.27 juta tandatangan menuntut pengunduran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah berjaya dikutip di seluruh negara.

Beliau juga berkata akan menyerahkan sendiri dokumen dinamakan Deklarasi Rakyat itu kepada Yang di-Pertuan Agong dan sedang mendapatkan perkenan untuk mengadap.
Katanya, walaupun sasaran sejuta tandatangan pada tahun ini berjaya dilaksanakan lebih awal, tandatangan lain akan terus diterima.
Mahathir berkata, sebanyak 1.07 tandatangan dikumpul melalui atas talian dan 200,000 lagi melalui pengedaran borang secara fizikal.
Sebanyak 50,000 lagi direkodkan di laman alternatif Change.org.
“Kami bukan hanya terima saja. Kami periksa setiap nama, tandatangan dan kad pengenalan.
“(Terdapat juga) sesetengah borang di atas talian, yang tidak diisi dengan betul. Kami rasa ini mungkin tidak asli.
“Kami tolak 253,000 borang, yang kami fikir tidak asli.
“Bila saya sebut 1.27 juta tandatangan, ini yang telah disemak dan ada di sini,” kata perdana menteri paling lama dalam sejarah Malaysia itu.
Beliau merujuk longgokan kertas yang diletakkan di tempat itu.

Berkain pelekat, MB Selangor santai pagi dengan masyarakat di Pasar Sari

Panama Papers: anak ahli politik siapa terlibat?

Dr M akan serah 1.27 juta tandatangan pada Agong

Husam: "Saya belum dapat surat pemecatan, masih dalam edah"

Ringgit will reflect long-term fundamentals

BNM: 1MDB given time to bring back RM7.7b, investigation on fund closed

Najib perlu jelas sama ada anak tirinya ada kaitan dengan skandal 1MDB


MP DAP PJ Utara Tony PuaKUALA LUMPUR, 13 MEI: Datuk Seri Najib Razak digesa tampil menjelaskan dakwaan terbaru The Wall Street Journal (WSJ) yang mengaitkan kekayaan yang dikumpul anak tiri perdana menteri terbabit, Riza Aziz, dengan skandal yang melibatkan syarikat sarat hutang, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Ia susulan laporan WSJ yang mendakwa bahawa dua buah hartanah di New York dan Beverly Hills, masing-masing bernilai US$33.5 juta dan US$17.5 juta yang dimiliki Riza pada 2012 adalah hasil daripada pindahan wang dari Aabar Investment PJS Ltd. ke Red Granite Capital, sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Riza.
Menurut laporan itu juga, pindahan wang pada tahun berkenaan dibuat dalam empat transaksi berasingan dengan keseluruhan jumlah hampir US$288 juta.
Bagaimanapun, syarikat yang menjalinkan usahasama dengan 1MDB dan berhak mendapatkan bayaran yang sepatutnya diterima oleh Aabar Investment PJS Ltd. berkenaan, iaitu International Petroleum Investment Corporation (IPIC) telah secara rasmi menafikan bahawa syarikat Aabar terbabit adalah anak syarikat miliknya.
Sehubungan itu, menurut Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua Kiam Wee, Najib yang juga pengasas 1MDB tidak harus berdiam diri, sebaliknya digesa supaya tampil memberikan penjelasan mengenai dakwaan media antarabangsa berkenaan atau terpaksa berhadapan tanggapan buruk rakyat terhadapnya.

AMANAH nekad wakili PH dalam PRK

PH harus meletakkan calon yang tegas Najib sebagai Perdana Menteri selain itu juga tidak memberi ruang kepada calon-calon yang mesra Najib bertanding.
Mohd-Sany-HamzanPETALING JAYA: Parti Amanah Negara (AMANAH) mahu bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) P.093 Sungai Besar dan P.067 Kuala Kangsar mewakili Pakatan Harapan.
Bagi Ketua Pemuda AMANAH Nasional Sany Hamzan, parti yang baru berusian lapan bulan itu sudah benar-benar bersedia menguji kekuatan jenteranya di Malaysia Barat.
“Seluruh pimpinan Pakatan Harapan harus jujur berusaha mengangkat keutuhan gabungan ini. P.093 dan P.067 merupakan kawasan strategik bagi AMANAH sebagai parti Islam dalam Pakatan Harapan.
“Komposisi campuran penduduk dengan majoriti Melayu Islam sememangnya menjadi gelanggang ideal buat AMANAH meluaskan pengaruh Pakatan Harapan di kedua-dua Parlimen tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini
Dalam pada itu, Sany turut menjelaskan pihaknya menghormati PAS sebagai blok ketiga dan menyedari situasi bahawa parti Islam itu akan berperanan sebagai penasihat kerajaan yang memerintah.
Namun, pertembungan tersebut juga katanya bakal menguji dan menjadi kayu ukur gabungan politik mana yang lebih dipercayai rakyat.
“Bahkan rakyat umumnya telah sedia memaklumi bahawa PAS bukan sebahagian Pakatan Harapan dan jika berlaku tiga penjuru pun, anak muda boleh ‘membaca’ bahawa PAS bertindak sebagai entiti berasingan yang masuk bertanding demi kepentingan politik Blok Ketiga,” katanya.

PRK P67 & P93 : DAP hanya sokong calon Pakatan Harapan, Pas bukan ahli


GEORGETOWN - DAP menegaskan hanya akan menyokong calon dari Pakatan Harapan untuk dua pilihanraya kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar.
Bagaimanapun, ketika ditanya adakah parti itu akan menyokong calon Pas di dua kawasan itu, Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, parti Islam itu bukan lagi berada dalam Pakatan Harapan.
Lim Guan Eng"Saya tidak ada apa nak komen kerana kedua-dua kawasan ini di Selangor dan Perak. Bagaimanapun, tentu kita akan sokong calon yang diputuskan oleh Pakatan. Pas bukan calon Pakatan.
"Itu sahaja yang saya nak kata, DAP akan tetap sokong calon yang diputuskan Pakatan. Kita akan adakan perbincangan dengan Kak Wan( Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) dan Mat Sabu (Mohamad Sabu), dan yang paling penting, tentu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kerana kawasan ini dalam kawasan Selangor," katanya kepada media di luar dewan persidangan Dun hari ini.
Guan Eng bagaimanapun enggan mengulas berhubung hasrat Mohamed Azmin ingin Pas kembali semula ke pangkuan Pakatan Harapan selepas kalah teruk di Sarawak.

Najib: Alhamdulillah, keluarga saya kekal bahagia..!!!


Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak seluruh rakyat Malaysia supaya meluangkan masa bersama keluarga sebanyak yang mungkin sementara mereka masih ada.
 Perdana menteri berkata meskipun tidak boleh bersemuka namun kecanggihan teknologi seperti telefon, WhatsApp dan Skype mungkin boleh digunakan untuk berhubung.
"Hakikatnya, di penghujung kehidupan kita, tidak ada seorang pun yang ingin meluangkan sedikit lagi masa di pejabat. Sebaliknya, kita semua ingin meluangkan setiap saat bersama keluarga kita," katanya menerusi catatan terbaharu mengenai hubungan kekeluargaan dalam blog beliau, www.najibrazak.com, hari ini.
Dalam catatan itu, Najib mengakui beliau jarang bertemu keluarga berikutan jadual tugasannya yang padat akhir-akhir ini dengan pelbagai lawatan, pertemuan bersama rakyat, mesyuarat, pelancaran projek dan yang terbaharu Pilihan Raya Negeri Sarawak.
"Kalau boleh saya sangat ingin meluangkan lebih masa bersama-sama dengan anak-anak, isteri dan keluarga saya. Namun, sebagai seorang perdana menteri, rakyat juga merupakan keluarga besar yang perlu saya berikan sepenuh perhatian," kata beliau.
Najib berkata kebajikan ibu bapa yang sudah menjangkau usia juga perlu dijaga walaupun anak-anak sibuk dengan pelbagai urusan.
"Saya sangat bertuah kerana ibu saya masih dikurniakan umur yang panjang dan sihat. Alhamdulillah. Anak-anak saya juga sudah dewasa dan ceria. Keluarga saya kekal bahagia," katanya.

Anak-anak ahli politik Malaysia dalam Panama Papers


Anak perdana menteri Nazifuddin Najib mencuri perhatian selepas didedahkan mempunyai akaun luar pesisir di British Virgin Islands.
Bagaimanapun, beliau bukan satu-satunya anak ahli politik Malaysia dalam senarai itu.
Semakan Malaysiakini terhadap rekod-rekod bocor daripada firma Panama, Mossack Fonseca, menunjukkan anak Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, anak Tun Dr Mahathir Mohamad dan anak Tan Sri Muhyiddin Yassin turut berada dalam senarai.
Mossack Fonseca adalah syarikat undang-undang yang menawarkan perkhidmatan membentuk entiti di tempat undang-undang percukaian tidak ketat dan akaun-akuannya tidak dapat dijejak.
Dokumen-dokumen itu kini dirujuk sebagai ‘Panama Papers’.
Walaupun akaun-akaun pesisir luar bandar membangkitkan persoalan berkaitan pelarian cukai, ia tidak semestinya menunjukkan terdapat aktiviti haram menggunakan wang itu atau menjadi satu kesalahan membentuk syarikat luar pesisir sendiri.
Fakhri Yassin Mahiaddin
Anak sulung Muhyiddin, Fakhri Yassin, dikaitkan dengan dua entiti. Kedua-duanya di British Virgin Islands, menurut semakan Malaysiakini.
Ketua pembangunan harta tanah Thriven itu membentuk Akila Way Limited BVI pada 11 Mac 2004 ketika berumur 28 tahun.
Ia dibuat selepas lima tahun berkhidmat sebagai penganalisis pelaburan di Hwang DBS – kerja pertamanya selepas tamat ijazah ekonomi perniagaan daripada Universiti London.
Akila Way dibentuk melalui WBC Limited, syarikat berpangkalan di Wan Chai, Hong Kong.
Sepuluh tahun kemudian, Fakhri menubuhkan Farsight Plan Investments Ltd pada 4 Jun 2011.
Tidak banyak maklumat bagaimana beliau menggunakan dua syarikat itu, atau sama ada ia mempunyai kaitan dengan pemberian saham majoriti Mulpha Land dengan harga RM2 juta secara tunai pada Mac 2015.
Mulpha Land dinamakan semula sebagai Thriven dan bapa 40 tahun kepada dua anak itu kemudian menjadi pengerusi eksekutif di syarikat tersenarai awam itu.
Fakhri memiliki 33.86 pegangan dalam Thriven dan menjadi pengarah di dua hospital Health Management International di Singapura (Mahkota Medical Centre dan Regency Specialist).
Beliau juga menjadi pengarah Eden Inc Bhd, syarikat katering tersenarai awam yang diasaskan oleh bapa mertuanya.
Malaysiakini telah menghubungi Fakhri melalui Thriven dan setiausaha akhbar bapanya tetapi belum mendapat jawapan.
Mirzan Mahathir
Ini bukan kali pertama anak sulung bekas perdana menteri dilaporkan memiliki syarikat luar pesisir pantai.
Pada 2013, Malaysiakini melaporkan Mirzan memiliki syarikat Crescent Energy Ltd, Utara Capital Ltd dan Al Saad Investments Pte Ltd. Semuanya berpangkalan di Labuan.
Dalam Panama Papers, Mirzan - pernah seketika menjadi pengarah syarikat Filipina, San Miguel Corp, sehingga April 2010 - disenarai memiliki sebuah firma di Kepulauan British Virgin pada 8 Mac 2002.

Mahathir terus bertegas Najib terbabit dengan jenayah


Mahathir lwn NajibPresiden Umno paling kontroversi setakat ini, Datuk Seri Najib Razak dilihat terpalit dengan banyak kesalahan antaranya menubuhkan syarikat pelaburan sarat hutang, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tanpa melalui kelulusan Kabinet, tegas Tun Mahathir Mohamad.
Perdana Menteri selama 22 tahun itu juga menyifatkan Najib terlibat dengan banyak kes jenayah termasuk kecurigaan di sebalik derma RM2.6 bilion.
“Dia menubuhkan 1MDB mengikut kemahuan dirinya sendiri. Saya diberitahu Kabinet tidak dimaklumkan sama sekali. Kedua, dia terlibat dengan pelbagai skandal. Dia tiba-tiba mempunyai RM2.6 bilion dalam akaun persendiriannya tanpa diketahui sesiapa termasuk umno.
“Perdana Menteri tidak boleh mempunyai wang sebegitu banyak termasuk derma dari luar negara dengan mempunyai ikatan tertentu,” ujarnya dalam satu temubual yang dimuat naik di laman video, Youtube sejak kelmarin.
Ditanya tentang kemungkinan sistem negara ini yang gagal, Mahathir mengakui kebarangkalian tersebut perlu dikaji dan reformasi bagi memperbaiki banyak kelemahan dalam jabatan-jabatan kerajaan harus dilakukan tetapi perlu didahului dengan usaha menamatkan Najib sebagai Perdana Menteri.
“Undang-undang boleh kita buat tetapi untuk menentukan penglibatan rasuah mana-mana pihak memerlukan bukti-bukti yang jelas. Di zaman saya dulu mereka tidaklah ghairah untuk terlibat dengan rasuah. Pada masa itu, bagi saya rasuah berlaku di bawah meja. Semua orang tahu itu salah dan tidak boleh dibuat.
“(Tetapi) hari ini rasuah sudah menjadi perkara biasa sehingga perdana menteri sendiri menerima wang dan kita tidak tahu apa kesan wang itu,” jelasnya lagi dalam rakaman video hampir 10 minit itu.
Malu ada Najib sebagai Perdana Menteri
Mengulas tekanan antarabangsa yang wujud ekoran kesalahan dan jenayah Najib, beliau berpendapat gejala tersebut memalukan rakyat dan negara ini dan tidak menolak dakwaan pihak luar negara terhadap integriti Najib yang mempunyai asas dan bukti.
“Asas-asas dibuktikan dengan jelas. Kita berasa malu kerana ada kakitan dengan PM. Perdana Menteri boleh ambil tindakan terhadap mereka tetapi tidak walaupun kepada akhbar.
“Ini menunjukkan ada kebenaran di sebalik tuduhan yang dilempar kepada Perdana Menteri, dan ini patut diambil berat oleh rakyat Malaysia. Kita harus malu kerana PM disoal, dituduh dengan tohmahan dan kritikan terhadapnya,” kata Mahathir.

Sejuta orang sudah tandatangan "Deklarasi Rakyat"


Lebih sejuta tandatangan sudah berjaya dikumpulkan bagi mendesak pengunduran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Pengumuman itu dibuat oleh bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa yang dipecat oleh partinya baru-baru ini.
“Alhamdulillah, Deklarasi Rakyat berjaya kumpul lebih satu juta tanda tangan,” katanya di Facebook hari ini.



  
Husam juga memuat naik gambar longgokan besar deklarasi itu, selain gambar Mahathir dengan pemimpin pembangkang, termasuk Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Salahuddin Ayub dan anggota parlimen PKR Datuk Kamarudin Jaffar.
Turut kelihatan dalam gambar bekas pemimpin akar umbi Umno Datuk Khairuddin Abu Hassan.
“Petang ini, Tun dan anggota Deklarasi Rakyat bermesyuarat untuk langkah selanjutnya.

“Tahniah rakyat Malaysia yang prihatin dan berdedikasi menentang kemungkaran kewangan terbesar negara,” katanya.

Ekonomi Malaysia tidak terkesan 1MDB, kata Bank Negara


Ekonomi Malaysia berkembang 4.2 peratus pada suku pertama tahun ini, menyederhana sedikit berbanding 4.5 peratus yang dicatatkan pada suku sebelumnya, berikutan perbelanjaan berhati-hati oleh sektor swasta dan kejutan luaran kepada ekonomi negara.
 Meskipun pertumbuhan suku tahunan yang perlahan sejak suku ketiga 2009, negara berada di landasan untuk mencapai sasaran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar 4-4.5 peratus tahun ini, kata Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Muhammad Ibrahim.
"Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi perbelanjaan berhati-hati, dan ia tidak ada kena mengena dengan isu berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
"(Ia disebabkan oleh) kestabilan pendapatan kita dan jaminan pekerjaan," katanya pada sidang akhbar selepas mengumumkan keputusan suku pertama KDNK di sini, hari ini.

Sg Besar: PAS S'gor sedia 6 calon berpotensi


PAS Selangor telah menyenarai pendek enam calon-calon berpotensi untuk diketengahkan pada pilihan raya kecil Sungai Besar, kata bendaharinya, Zaidy Abdul Talib.
Sambil melahirkan harapan tidak berlakunya pertembungan tiga penjuru untuk kerusi itu, beliau turut menekankan sejauh keprihatinan pucuk pimpinan PAS negeri, parti itu akan bertanding dalam pilihan raya kecil tersebut.
Wallahu a’lam,” katanya ketika ditanya sama ada bakal berlaku pertandingan tiga penjuru.
“Kita harap tak ada lah, tapi PAS memang kita dah firm, konsisten bahawa kita akan bertanding,” ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada wartawan semasa menghadiri pelancaran perkhidmatan bas percuma kerajaan Selangor untuk Selayang.
Sebelum ini, Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu berkata, pihaknya hanya akan membuat keputusan pada 15 Mei ini sama ada akan bertanding pada dua pilihan raya kecil (PRK) akan datang termasuk Sungai Besar.
“Kita akan bincangkan perkara (bertanding dalam dua PRK) pada 15 Mei depan,” kata Mohamad ketika dihubungi Malaysiakini.
“Kita masih lagi menunggu pengumuman rasmi dari kerajaan, kerajaan pun tak umum kekosongan jadi kita pun tak bincang langsung mengenainya tapi apa pun kita akan berbincang pada 15 Mei ini,” katanya yang juga mesra dengan panggilan Mat Sabu.
Mengulas lanjut, Zaidy berkata, parti Islam itu telah bersedia untuk menghadapi pilihan raya kecil itu kerana menjangka pilihan raya umum ke-14 yang lebih awal selain sokongan akar umbi yang kuat di kawasan itu.
Kesemua enam calon-calon berpotensi itu adalah penduduk tempatan di kawasan Sungai Besar, tambahnya.

'Hati-hati, pilihan raya kecil ini beri kesan pada Najib'


Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz mengingatkan kepimpinan Umno bahawa dua pilihan raya kecil (PRK) Jun depan bukan medan percubaan.
Anggota Majlis Tertinggi Umno itu berkata, keputusan itu akan memberi kesan langsung kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Ini bukan masanya untuk kita buat percubaan. Walaupun kita menang dengan majoriti besar di Sarawak yang diketuai (Tan Sri) Adenan Satem, tetapi itu adalah ujian buat beliau.
“Tetapi dalam dua pilihan raya akan datang ini adalah ujian Najib kerana ini kerusi parlimen.
"Apa yang berlaku dalam pilihan raya kecil akan beri kesan kepada Najib. Ini pilihan raya parlimen, semua tentang Najib sebagai perdana menteri dan presiden BN."
"Jadi, kita kena lebih berhati-hati," kata Nazri dalam sidang media selepas lawatan rasmi beliau ke Pasar Seni, Kuala Lumpur sebentar tadi.
Nazri berkata, BN perlu memperoleh kejayaan besar dalam dua-dua kawasan itu kerana ia mencerminkan penerimaan orang ramai terhadap perdana menteri.
Oleh itu, pemilihan calon-calon tidak yang boleh dipandang ringan.
"Ini bukan masa untuk percubaan sama ada kita boleh meletakkan orang luar sebagai calon. Umno sangat berpengaruh di kawasan luar bandar terutamanya di kalangan orang Melayu yang lebih suka mempunyai seorang wakil yang mereka sudah tahu.
"Calon BN yang bertanding pada pilihan raya umum lepas, daripada anggota parlimen kepada ADUN, semua penduduk tempatan di kawasan masing-masing," kata Nazri.
Beliau mengulas cadangan Umno Kuala Kangsar yang mahu membawa calon luar pada pilihan raya kecil kawasan itu akan datang.

P'raya kecil: PAS keluar arahan tutup mulut

PAS mengeluarkan arahan tutup mulut daripada mengulas isu berkaitan pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada 18 Jun ini.
Naib Presiden PAS Datuk Iskandar Abdul Samad berkata arahan itu dikeluarkan oleh mesyuarat anggota jawatankuasa pusat parti itu dalam mesyuarat malam tadi.
“PAS Selangor menghormati keputusan ini dan akan mengarahkan pimpinan dan ahli-ahlinya mematuhi arahan ini,” katanya yang juga pesuruhjaya PAS Negeri Selangor.
Berkaitan kenyataan pemimpin PAS sebelum ini pula, PAS Selangor menganggapnya sebagai kenyataan peribadi.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini memutuskan pilihan raya kecil untuk kawasan parlimen itu akan dijalankan serentak pada 18 Jun ini.
Kerusi Kuala Kangsar dan Sungai Besar diisytihar kosong selepas kedua-dua penyandangnya meninggal dunia dalam kemalangan helikopter di Sarawak pada 5 Mei lalu.
PAS kalah tipis di Sungai Besar dalam pilihan raya umum lalu dengan majoriti kira-kira 400 sahaja. Manakala di Kuala Kangsar, mereka hanya ketinggalan kira-kira 1,000 undi.
PAS sudah mengumumkan akan berdepan dengan BN di kedua-dua kerusi itu.
Bagaimanapun, kemungkinan pertembungan tiga penjuru dengan pembangkang lain masih ada, terutama serpihannya Parti Amanah Negara (AMANAH).

PRK Kuala Kangsar: Pas Perak mahu calon nasional


Razman Zakaria

IPOH - Pas Perak mencadangkan individu yang berupaya untuk memperjuangkan isu di peringkat nasional dicalonkan untuk mewakili parti itu menghadapi PRK Parlimen Kuala Kangsar.
Pesuruhjayanya, Razman Zakaria berkata, cadangan itu difikirkan sesuai berikutan kekurangan wakil Pas di Parlimen Kuala Kangsar yang lantang memperjuangkan hal berkaitan GST, Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP), royalti petroleum dan sebagainya.
“BN setuju dengan semua yang dah dibuat dan kita dapat lihat betapa kurangnya suara-suara lantang yang memahami perkara berkenaan.
“Jadi, kita perlukan seseorang yang boleh bercakap bagi pihak Pas dan pada masa sama jaga kepentingan rakyat berkaitan perkara berkenaan,” katanya.
Menurutnya, Pas Perak belum mengusulkan nama mana-mana tokoh yang dilihat sesuai untuk bertanding di Parlimen berkenaan.
“Proses menamakan calon bermula di peringkat kawasan, bila mereka buat cadangan, kita di peringkat negeri akan usulkan cadangan itu kepada Pas Pusat,” katanya.

BN letak calon ‘winnable’, ‘likeable di Kuala Kangsar, Sungai Besar

BN akan mengumumkan calon kedua-dua kerusi itu seminggu sebelum hari penamaan calon.
zahid-hamidi,umnoPUTRAJAYA: BN akan meletakkan calon yang bukan saja ‘winnable’ tetapi juga ‘likeable’ pada PRK Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Zahid, yang juga naib presiden UMNO berkata BN akan menyenarai pendek calon yang berpotensi dan mengumumkan calon bagi kedua-dua kerusi itu seminggu sebelum hari penamaan calon.
“Sebelum memilih calon, kita akan semak latar belakang dengan beberapa agensi agar calon bersih daripada semua unsur negatif,” katanya kepada media selepas merasmikan Konvensyen Akrab Kebangsaan Kali Ke-7 di sini, hari ini.
SPR hari ini mengumumkan PRK Parlimen Kuala Kangsar, Perak dan Sungai Besar, Selangor diadakan serentak pada 18 Jun ini manakala penamaan calonnya pada 5 Jun.
Kekosongan kerusi Sungai Besar dan Kuala Kangsar masing-masing berikutan kematian penyandangnya Datuk Noriah Kasnon yang juga timbalan menteri perusahaan perladangan dan komoditi dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau Sarawak 5 Mei lepas.
Zahid berkata Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Datuk Seri Noh Omar masing-masing dilantik sebagai pengarah pilihan raya bagi PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar.
Katanya, beliau pula akan bertindak sebagai penyelaras bagi kedua-dua bahagian PRK berkenaan dengan dibantu Naib Presiden UMNO yang juga Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Zahid berkata, persaingan sengit dijangka berlaku bagi kedua-dua kerusi pilihan raya itu memandangkan penyandang terdahulu memenangi kawasan itu dengan majoriti undi yang kecil.
Pada PRU13 Noriah memenangi kerusi Parlimen Sungai Besar menewaskan calon PAS, Mohamed Salleh M.Hussin dengan majoriti 399 undi, manakala Wan Mohammad Khair-il menang kerusi Kuala Kangsar mengalahkan calon PAS, Khalil Idham Lim Abdullah dan Datuk Kamilia Ibrahim, (Bebas) dengan majoriti 1,082 undi.

Pas dan Amanah disaran bertanding di dua PRK, uji sokongan pengundi


PRK Sungai Besar dan Kuala KangsarPRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar
Pas dan Amanah dicadang bertanding di kedua-dua pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar sebagai ukuran parti mana yang lebih diterima pengundi di dua parlimen itu.
Penulis buku politik Hasbie Muda berkata, walaupun kebarangkalian untuk kalah bagi kedua-dua parti adalah tinggi jika berlaku pertandingan tiga penjuru, namun ia boleh menjadi iktibar untuk pilihan raya umum (PRU) ke-14.
"Elok Amanah dan Pas bertanding di Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Ia sebagai ukuran parti mana yang lebih diterima di kerusi-kerusi itu dan kerusi-kerusi seumpamanya.
"Peluang kalah kedua-duanya adalah cerah apabila berlaku tiga penjuru. Tetapi ia boleh menjadi iktibar untuk PRU14 yang lebih penting. Baik bergaduh sekarang daripada bergaduh dalam PRU14," tulisnya di facebook.
Hasbie juga berkata, perubahan di Sungai Besar dan Kuala Kangsar tidak mampu mengubah kerajaan pusat.
Beliau yang juga ketua pemuda Amanah Terengganu ketika dihubungi Malaysia Dateline bagaimanapun berkata ia cuma pandangan peribadi dan tidak mewakili Amanah.
Kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar kosong berikutan kedua-dua penyandang, Datuk Noriah Kasnon dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau pada 5 Mei lepas.
Pada PRU ke-13, Noriah memperoleh 18.695 undi sementara calon Pas, Mohamed Salleh M Husin mendapat 18,296 undi.
Manakala Mohammad Khair-il Anuar memperolehi 14,218 undi sementara calon Pas, Drs Khalil Idham Lim Abdullah mendapat 13.136 undi dan calon Bebas, Datuk Kamilia Ibrahim mendapat 447 undi.
Sebelum ini,  Ketua Pengarah Pilihan raya Pas, Datuk Mustafa Ali berkata parti itu akan bertanding di kedua-dua kerusi tersebut.

Calon PRK: Ikut suara hati pengundi bukan suara hati ahli Umno


Adnan YaakobAdnan YaakobAhli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Adnan Yaakob berkata Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar akan memberi petunjuk sejauh mana pengundi menyokong Umno-BN terhadap krisis dalaman parti itu terhadap kepimpinan Presiden.
Umno dan BN perlu menjadikan PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar kali ini sebagai kayu ukur tahap keyakinan pengundi terhadap pemimpin dan parti.
" Kedua-dua kawasan Parlimen ini menjadi kayu ukur sebelum PRU14 jika kita menang besar itu menunjukkan krisis dalam parti bukan isu besar kepada keyakinan pengundi untuk terus menyokong Umno-BN.
"Sebaliknya jika undi kita merosot itu merupakan satu perkara yang agak tidak sedap untuk kita alami. Kalau boleh kita mahu kemenangan lebih besar kali ini berbanding jumlah undi yang diperoleh pada PRU14 lalu," ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Beliau ditemui selepas majlis Sambutan Ulang Tahun Umno ke-70 di PWTC malam tadi.
Adnan tidak menafikan menang tipis Umno pada PRU13 lalu di dua parlimen berkenaan harus dipandang serius oleh jentera Umno-BN.
"Setiap pemimpin ada krisis apa yang penting akhiran daripada krisis itu akan ada penyelesaiannya.
"Semua pihak perlu memberi sokongan kuat supaya Presiden dapat selesaikan semua krisis membabitkan kepimpinan dan parti bagi memastikan Umno akan terus bertahan sama ada di PRK dalam masa terdekat ini mahupun dalam PRU14 kelak," ujarnya.
Beliau menegaskan Umno dikatakan menghadapi "krisis" yang sengaja di timbulkan ahli Umno yang tidak sependapat dengan Presiden dan dicemuh oleh parti pembangkang kononnya dengan krisis kepimpinan dan penolakan ahli Umno terhadap Presiden akan menyebabkan Umno tumbang dalam PRK dan PRU14.

PRK P67: Rakyat Kuala Kangsar tidak mahu pemimpin yang beri ‘gula-gula’

Kami bukan seperti generasi dahulu yang mudah terpedaya dengan calon yang hanya datang beri duit atau 'gula-gula' semasa kempen kemudian lupa janji mereka.
kuala-kangsarKUALA KANGSAR: “Kami mahukan pemimpin yang mampu menepati janji dan tidak sekadar memberi ‘gula’gula,” demikian antara suara hati pengundi muda menjelang pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar.
Mohd Zuhair Zaini, 25, berkata generasi muda di kawasan itu sememangnya mendambakan perubahan dan pembangunan namun apa yang penting adalah pemimpin yang menepati janji.
“Kami tak mahu calon yang hanya datang beri duit atau ‘gula-gula’ semasa kempen kemudian lupa janji mereka, kami bukan seperti generasi dahulu yang mudah terpedaya dengan cara sebegitu,” katanya kepada kepada Bernama hari di sini hari ini.
Nurul Amira Rojili, 26, turut senada dengan Mohd Zuhair yang mahukan pemimpin bertanggungjawab, lebih-lebih lagi ini adalah kali pertama beliau akan mengundi.
“Saya baru pertama kali ingin mengundi di sini, jadi tak kisah sangat siapa yang bertanding tetapi saya inginkan calon yang bertanggungjawab dan tepati janji,” katanya.
Dalam pada itu, Jefri Din, 46, berkata beliau mahukan pemimpin yang dapat menyambung legasi bekas Anggota Parlimen terdahulu Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad.
“Saya lebih sukakan calon muka baru supaya dia tak tercalit dengan apa-apa masalah,” katanya.
Ditanya mengenai pendapat mengatakan isteri Allahyarham Wan Mohammad mungkin dipilih sebagai calon, beliau berkata ia mungkin satu cadangan yang baik.

KWSP mahu jual pegangan BAT hampir RM1 bilion



Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merancang untuk menjual kepentingannya dalam British American Tobacco Malaysia Bhd. (BAT) sejajar dengan usahanya untuk melabur dalam aset yang bertanggung jawab kepada alam sekitar dan sosial.
Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata, KWSP mempunyai 6.9 peratus kepentingan yang dianggarkan bernilai RM942 juta dalam firma disenaraikan Malaysia, menurut data yang dikumpulan oleh Bloomberg.
"KWSP tidak menetapkan sebarang tempoh masa tertentu untuk menjual pegangan tersebut.
“Kami menyedari bahawa kami tidak melabur dalam perniagaan perjudian, alkohol atau berkaitan alkohol.
“Dahulu kami mempunyai kepentingan dalam syarikat tembakau dan akan melupuskan pegangan secara berperingkat dari semasa ke semasa," kata Shahril, memetik laporan Bloomberg.
KWSP juga tidak akan membuat sebarang pelaburan baru dalam tembakau, ujarnya.
Penyah laburan itu sejajar dengan peralihan global meluas antara pengurus wang untuk meningkatkan pendedahan kepada pelaburan bersifat kebertanggung jawaban sosial.
Apa yang dipanggil pengurusan di bawah aset mampan di peringkat global tumbuh 61 peratus kepada $21.4 trilion daripada tahun 2012 kepada 2014, menurut laporan Global Sustainable Investment Alliance.
Asia, bagaimanapun, meliputi hanya $53 bilion daripada jumlah tersebut - berbanding Eropah dengan $13.6 trilion.
Penyah laburan Khazanah
Bursa Malaysia melancarkan Indeks FTSE4Good pada bulan Disember 2014, terdiri daripada syarikat dan firma yang "diiktiraf mengamalkan tanggung jawab sosial," menurut laman webnya.
Indeks tersebut, yang turut disertai Malayan Banking Bhd. dan Petronas Chemicals Bhd., menurun sebanyak 8.9 peratus dalam 12 bulan terkebelakang, menurut data Bloomberg.

Biar Pas Sahaja Letak Calon Dua PRK Kata Timb Presiden

Mahathir Calon Sesuai PRK Kuala Kangsar?

PRK: Hilang Pahala Puasa Keji Parti Lawan Kata SPR

PRK Parlimen Sg Besar & Parlimen Kuala Kangsar: DAP tetap sokong calon diputuskan PH

Two by-elections a test for Najib, says Nazri.

7 kesalahan ketika PRN Sarawak, BERSIH sifatkan SPR gagal

Kempen PRK: Jangan keji-mengeji ketika berpuasa kata SPR

Nazri: Zunar can write anything he likes but Najib is still PM

Nazri: Isu bertumbuk intelektual Melayu rendah, tak cerdik macamnya

Wan Azizah tak matang dan tak profesional, kata Nazri

Nazri akan cadang 2M dan 1S disingkir daripada UMNO

Tiada kenyataan PRK Sungai Besar, Kuala Kangsar oleh pemimpin Pas


MESYUARAT AJK Kerja PAS Pusat malam tadi mengarahkan agar tiada kenyataan dikeluarkan oleh pimpinan PAS tentang PRK Sungai Besar atau PRK Kuala Kangsar sehingga satu kenyataan rasmi dikeluarkan.

PAS Selangor menghormati keputusan ini dan akan mengarahkan pimpinan dan ahli-ahlinya mematuhi arahan ini.

Oleh yang demikian PAS Selangor menganggap sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh mana-mana pimpinan PAS adalah kenyataan peribadi mereka yang tidak ada kena mengena dengan PAS atau PAS Selangor.

Datuk Iskandar Abdul Samad
Naib Presiden PAS/Pesuruhjaya PAS Selangor

Pilihan Raya Kecil Sungai Besar & Kuala Kangsar akan dijalankan serentak pada 18 Jun 2016


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan pilihan raya kecil untuk kawasan parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar akan dijalankan serentak pada 18 Jun ini.
Bagi tarikh penamaan calon pula SPR menetapkan ia diadakan pada 5 Jun.
Bercakap di sidang media di Putrajaya hari ini Pengerusi SPR Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata keputusan itu diambil selepas mereka bermesyuarat sebentar tadi.
"SPR memutuskan dua pilihan raya kecil itu akan dijalankan serentak.
"Hari penamaan calon ditetapkan pada 5 Jun manakala pengundian awal pada 15 Jun," katanya.
Kerusi Kuala Kangsar dan Sungai Besar diisytihar kosong selepas kedua-dua penyandangnya meninggal dunia dalam kemalangan helikopter di Sarawak pada 5 Mei lalu.
Ahli parlimen Kuala Kangsa sebelum ini ialah Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad manakala Sungai Besar Datuk Noriah Kasnon.

KERAjaan Buat Hutang, Rakyat Tolong Langsaikan..

TU DIA !!!.. Kutipan GST LEBIH RM30 bilion dah 'ready'..

PATUTLER.. Gabenor BNM yang baru dilantik begitu begitu YAKIN KERAjaan BN boleh selesai semua komitmen hutangnya...

RUPA2NYA kutipan cukai GST boleh membantu mengurangkan hutang negara..

Skandal 1MDB Membuatkan Negara Terkenal.....

Di mata pemakan dedak Najib percaya bahawa lukisan-lukisan kartun Zunar LEBIH BERBAHAYA & LEBIH MEMALUKAN NEGARA berbanding skandal kewangan 1MDB yg terbesar dlm sejarah negara yg mana telah menjadi perhatian 8 buah negara utk menyiasatnya..

Siapa yg nak tolong bayarkan balik baki RM44.2 bilion tu !!!

WOWWW !!!.. NAIK 10 KALI GANDA HUTANGNYA ??

JANGAN RISAU.. Gabenor Bank Negara baru dah kata beliau yakin "KERAJAAN YANG AKAN LANGSAIKAN HUTANG2NYA..."

- "Mission Accomplished !!" -

Ciri-ciri PENIPU, PUTAR BELIT & BODOH wajib ada dlm jati diri Umno..

#1MDB berniaga dgn 'bijaknya..
Bijak dgn MENIPU...

Beli Aset Dgn Berhutang..
Bayar Hutang Jual Aset Balik..

Kekhinziran Apakah Berniaga sebegini !!!

Rafizi ulang gesaan Najib cuti hingga siasatan skandal SRC selesai

Suruhanjaya Diraja perlu diumumkan bagi membantu menyelesaikan dan membersihkan nama perdana menteri serta ia perlu dilakukan secara terbuka.

PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terus diasak supaya bercuti sehingga siasatan terhadap syarikat kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan juga SRC International Sdn Bhd selesai.
Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkata, membolehkan siasatan secara menyeluruh dapat dilakukan Suruhanjaya Diraja (RCI) perlu diumumkan untuk membantu menyelesaikan dan membersihkan nama Najib serta ia perlu dilakukan secara terbuka.
Kenyataan itu dibuat merujuk kepada laporan TodayOnline di Singapura yang memetik kenyataan peguam cara Singapura Quek Mean Luck berhubung dakwaan terbaru terhadap Yeo Jiawei (pegawai bank yang mengendalikan urusan dana 1MDB di BSI Singapura) berkaitan pemindahan wang melibatkan SRC International.
Menurut Today Online, Yeo didakwa membantu pemindahan AS$11.95 juta (RM48 juta) daripada SRC International ke Affinity Equity International Partners, sebuah syarikat dimiliki Tan Kim Loong.
“Ini kali pertama satu bukti kukuh ditampilkan mengaitkan dana daripada 1MDB dan SRC International Sdn Bhd, sebuah anak syarikat 1MDB yang berhutang RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) sebelum ia (SRC) dipindah milik kepada Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Najib optimis BN akan menang PRK Sg Besar, Kuala Kangsar

Najib berkata, BN akan bekerja kuat bagi memastikan kemenangan dalam dua PRK itu.
najib
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri yakin BN mampu memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Keyakinan itu disuarakan Datuk Seri Najib Razak ketika menyampaikan ucapannya di hadapan ahli-ahli dan pemimpin UMNO sempena sambutan ulang tahun UMNO ke-70.
“Selepas ini kita akan bekerja kuat. InsyaAllah selepas ini dua PRK kita akan menang dan berjaya,” katanya di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), malam tadi.
Dua PRK itu bakal diadakan bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Allahyarham Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad serta Ahli Parlimen Sungai Besar, Allahyarhamah Datuk Noriah Kasnon yang terkoban dalam nahas helikopter minggu lalu.
Sementara itu, Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berpendapat BN boleh mencapai kemenangan dalam PRK di Sungai Besar dan Kuala Kangsar berdasarkan semangat yang ditonjolkan jentera akar umbi di kedua-dua bahagian terbabit ketika menjalankan tugas mereka.
“Saya dapat nyatakan saya sangat gembira dengan persiapan jentera tempatan di peringkat akar umbi kerana mereka begitu bersiap siaga sekali,” katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat MARA, petang semalam.
Dalam pada itu, Annuar berkata, pengalaman yang diperolehi daripada Pilihan Raya Negeri Sarawak terutamanya kesatuan yang sangat baik di Bumi Kenyalang boleh digunakan dalam dua PRK di Semenanjung nanti.
“Saya percaya kita boleh ulangi di kedua-duanya (PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar). Di Semenanjung tidak semua sama dengan apa yang ada di Sarawak, tetapi kita dah sedia,” katanya.

Muhyiddin akui gelombang politik semenanjung tidak sampai ke Sarawak

Bekas timbalan presiden Umno Tan Sri Muhyiddin mengakui gelombang politik yang tercetus di semenanjung yang diterajui oleh Tun Dr Mahathir Mohamad tidak sampai ke Sarawak dimana menyaksikan Barisan Nasional (BN) menang besar dalam pilihan raya baru-baru ini.
Muhyiddin menghormati hak rakyat Sarawak yang mengundi baru-baru ini, namun masih memberikan amaran gelombang politik di semenanjung masih panas dimana rakyat sudah hilang keyakinan dan kepercayaan kepada parti pemerintah.
“Politik Sarawak ini jauh sedikit, saya tak nak tidakkan, itu hak rakyat Sarawak.
“Mungkin angin gelombang di semenanjung ini jauh, di sana anginnya sepoi-sepo bahasa. Tapi di sini macam gelombang. Panasnya luas biasa, walau hujan sekejap, tapi panasnya terik, panas politknya, panas cuacanya,” kata Muhyiddin semasa dalam program Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) di Nilai semalam.
Muhyiddin menegaskan akan tetap meneruskan desakan terhadap pimpinan Umno, khususnya peletakan jawatan Presiden Datuk Seri Najib Razak walaupun BN menang besar dan mendapat mandat baharu di Sarawak.

Salleh menteri yang sangat lucu, kata Zunar


Zunar menunjukkan karyanya kepada Kofi Annan, bekas Setiausaha Agung PBB dalam pameran beliau di Geneva yang sedang berlangsung sekarang.Zunar menunjukkan karyanya kepada Kofi Annan, bekas Setiausaha Agung PBB dalam pameran beliau di Geneva yang sedang berlangsung sekarang.
Kartunis Zunar atau nama Zulkiflee Anwar Ulhaque menyifatkan Menteri Menteri Multimedia dan Komunikasi, Tan Sri Salleh Said Keruak sebagai seorang menteri yang sangat lucu apabila mendakwa kartun-kartunnya mensabotaj ekonomi negara.
Dalam satu kenyataannya, Zunar berkata, lebih dari RM42 billion wang rakyat lesap dalam skandal 1MDB, "kamu masih menyalahkan kartunis kerana masalah ekonomi.
"Kamu adalah menteri yang sangat lucu, Salleh!" kata Zunar dalam kenyataannya menjawab dakwaan menteri itu.
Zunar bersama kartunnya dalam pameran solo di Geneva.Zunar bersama kartunnya dalam pameran solo di Geneva.Zunar, pemenang anugerah "2016 cartooning for Peace", telah dijemput oleh "Cartooning for Peace Faundation" dan Datuk Bandar Geneva untuk mempamerkan 10 karya-karya kartun di Switzerland bermula 3 Mei lalu.
Karya bersaiz besar itu dipamerkan di lokasi strategik di tasik Lac Leman sehingga awal Jun.
Atara pengunjung termasuk bekas Setiausaha Agung Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Kofi Annan, kartunis terkenal dari Peranchis Jean Plantureux Plantu dan Datuk Bandar Mr Guillaume Barazzone. Berikut adalah jawapan Zunar kepada dakwaan yang dibuat Salleh ke atas beliau.
SALLEH: Salleh berkata dia tidak menafikan kemungkinan ada usaha kolektif dari kartunis Zunar untuk menjatuhkan PM.
ZUNAR: Kalau kartunis boleh jatuhkan PM, itu bukan kesalahan tetapi kelucuan.
SALLEH: Malaysia adalah negara demokratik yang tidak menghalang sesiapa dari mengeluarkan pendapat, tetapi ia harus dilakukan melalui saluran yang betul.
ZUNAR: Siapa yang kamu cuba perbodohkan? Maklukh asing dari Marikh pun tak akan percaya kata-kata kamu. Kalau Malaysia begitu demokratik, kenapa lebih dari 100 individu telah sama ada disiasat, ditangkap atau dihukum di bawah Akta Hasutan semata-mata kerana mengeluarkan pendapat mereka sejak 2014?
Mengeluarkan pendapat mestilah melalui saluran yang betul? Saya sendiri telah ditangkap, diganggu, pejabat diserbu dan berterusan ditekan pihak berkuasa semata-mata kerana menzahir pendapat melalui cara kreatif! Apakah melukis kartun dan menerbitkan buku kartun bukan saluran yang betul?
SALLEH: Tidak salah untuk mempunyai pendapat yang berbeza atau tidak setuju dengan kerajaan, tetapi kenapa melibatkan negara luar?
ZUNAR: Sebagai pemenang anugerah "2016 cartooning for Peace", saya telah dijemput oleh "Cartooning for Peace Faundation" dan Datuk Bandar Geneva untuk mempamerkan 10 karya-karya kartun di Switzerland bermula 3 Mei lalu. Karya bersaiz besar itu dipamerkan di lokasi strategik di tasik Lac Leman sehingga awal Jun. Atara pengunjung termasuk bekas Setiausaha Agung Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Kofi Annan, kartunis terkenal dari Peranchis Jean Plantureux Plantu dan Datuk Bandar Mr Guillaume Barazzone.

Sebagai anak jantan Tun M, saya sedia bertumbuk dengan Nazri - Mukhriz

Dr Mahathir: Rakyat Pekan usah undi Najib, biar dia tumbang

Biar dicela dan dicaci asalkan rakyat terbela , kata Muhyiddin

Mukhriz: Tak malukah Najib ambil kredit BN menang besar di Sarawak

BN perlukan "magic" kekalkan K Kangsar dan Sg Besar


 Najib terpaksa buktikan yang beliau masih ada “magic” untuk mengekalkan dua kerusi Parlimen di Kuala Kangsar dan Sungai Besar kata A Kadir. Najib terpaksa buktikan yang beliau masih ada “magic” untuk mengekalkan dua kerusi Parlimen di Kuala Kangsar dan Sungai Besar kata A Kadir.Tokoh wartawan Datuk A Kadir Jasin meyakini Umno-BN akan memenangi dua kerusi Parlimen dalam Pilihanraya Kecil (PRK) yang akan diadakan sekiranya strategi "cash is king" Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Razak berlegar pada kempen calon Umno itu kelak.
"Jangan terkejut kalau Pahlawan Bugis yang terkenal dengan strategi “cash is king” berjaya mengekalkan kedua-dua kerusi itu," ujarnya di dalam entri terbarunya semalam.
Kadi berkata, setelah Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem memberikan kemenangan kepada BN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, Mohd Najib terpaksa buktikan yang beliau masih ada “magic” untuk mengekalkan dua kerusi Parlimen di Kuala Kangsar dan Sungai Besar.
"Adakah sungai wang masih mengalir bagi membolehkan beliau meneruskan strategi duit itu raja?
" Kita tahu kewangan negara sempit sehingga berlaku pemotongan teruk di sana sini sementara tabung politik tersekat kerana duit “derma Arab” sudah dipulangkan dan banyak akaun luar negara berkaitan ibu duit 1MDB telah dibekukan.
"Berpandukan PRN Sarawak, sungai wang nampaknya masih mengalir dan strategi “cash is king” masih laku di kalangan pengundi luar bandar dan orang miskin." ujarya di dalam entri tersebut.
Dalam PRU13 Parlimen Sungai Besar, daripada 36,991 undi penyandangnya Allahyarhamah Noriah Kasnon memperoleh majoriti 399 sahaja. BN ditentang oleh PR-Pas.
Manakala di Kuala Kangsar, penyandang Allah yarham Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad mendapat majoriti 1,082 daripada 27,801 undi dalam pertandingan tiga penjuru dengan PR-PAS dan bebas.
Justeru soalnya  lagi, penyaluran "dana" tiga penjuru di kalangan Mohd Najib, Abdul Hadi Awang dan Harun Din akan menyebabkan Pas kemungkinan tidak bertanding.
"Kalau (Datuk Seri) Abdul Hadi Awang mempunyai cengkaman kuku besi ke atas Pas seperti Mohd Najib ke atas Umno, Pas bukan sahaja tidak bertanding malah mungkin menyokong BN.
"Akan tetapi kalau pemimpin Pas seperti Timbalan Presiden, Tuan Ibrahim Tuan Man, juga ada kuasa maka Abdul Hadi dan Harun, mungkin dipaksa tidak memberi laluan mudah kepada BN.
"Setelah berpecah menjadi dua dan ditolak oleh pengundi Sarawak, Pas terpaksa membuktikan yang ia masih ada 'oomph' di Semenanjung." telahan beliau.
Dalam situasi di mana BN berlawan dengan Pakatan Harapan (PH) harapan BN ujarnya lagi, lebih cerah kecuali Amanah, DAP,PKR betul-betul bersatu padu dan tidak memanjangkan pertelingkahan ketika PRN Sarawak.
"Tetapi kalau berlaku pertandingan tiga penjuru di kalangan BN, PAS dan Pakatan Harapan, harapan BN  untuk menang lagi besar.
"Sejarah memihak kepada BN dalam PRK kerana ia boleh menumpukan segala jentera, tenaga manusia dan wang di satu tempat. Dalam konteks sekarang di dua tempat.
"Contohnya ketika isu 1MDB mula panas dan ekonomi mula menurun, BN berjaya merampas kerusi Parlimen Teluk Intan daripada DAP dalam PRK tahun 2014. Dalam PRU 2013 DAP menang dengan majoriti 7,313 tetapi dalam PRK 2014 BN menang dengan majoriti 283.

ADUN Sekinchan sahut cabaran Jamal Yunos

Suee Lim melihat cabaran Jamal sekadar gimik politik untuk meraih publisiti kerana beliau tiada kuasa atau hak untuk menentukan siapa yang akan bertanding di PRK Sungai Besar nanti.
suee-lim-jamalPETALING JAYA: ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim menyahut cabaran Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos untuk bersaing pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar, jika dipilih oleh DAP dan Pakatan Harapan.
“Saya melihat cabaran beliau sekadar gimik politik untuk meraih publisiti kerana beliau tiada kuasa atau hak untuk menentukan siapa yang akan bertanding di Sungai Besar,” katanya yang dipetik Malaysiakini hari ini.
Semalam, Jamal dilaporkan sebagai berkata, beliau akan mengesyorkan dirinya untuk bertanding pada PRK Sungai Besar, jika DAP menurunkan Suee Lim pada PRK itu nanti, supaya seteru politik itu dapat bersaing secara terbuka.
Jamal berkata, beliau sebenarnya tidak berhasrat untuk bertanding pada PRK itu, tetapi lain ceritanya jika Suee Lim diturunkan.
“Beliau kata beliau begitu hebat dan disokong ramai, jadi marilah bertanding, saya boleh bersaing dengannya secara terbuka,” katanya semalam.

Ibrahim: Dua PRK jadi petunjuk nasib kerusi marginal BN


Dua pilihan raya kecil (PRK) bagi Parlimen bagi Sungai Besar dan Kuala Kangsar boleh menjadi petunjuk mengenai nasib 81 kerusi marginal BN - di tengah-tengah saga 1MDB dan skandal sumbangan politik RM2.6 bilion - dalam pilihan raya umum yang akan datang, kata Pengarah Merdeka Centre, Ibrahim Suffian.
Malah, isu-isu kontroversi boleh menjadi referendum berhubung penerimaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan sokongan kepada BN yang dipimpinnya, kata penganalisis itu.
Adalah menarik, tegas Ibrahim, untuk melihat sama ada Umno boleh menang dua pilihan raya kecil itu ekoran isu-isu semasa, termasuk kontroversi yang menyelubungi 1MDB, isu sumbangan politik RM2.6 bilion, serta keadaan ekonomi yang memberi kesan kepada rakyat.
Ia juga, tambahnya, boleh dilihat sebagai petanda terhadap kekuatan politik Umno dalam banyak kerusi marginal, termasuk di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Datuk Noriah Kasnon dari BN memenangi kerusi Sungai Besar dengan majoriti 399 undi, atau kurang daripada satu peratus daripada jumlah pengundi, dalam pilihan raya umum 2013.
Manakala Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dari BN memenangi Kuala Kangsar, yang merupakan kubu kuat Umno, dengan majoriti yang lebih rendah sebanyak 1,082 undi atau kurang daripada lima peratus, dalam pilihan raya lepas.
Terdapat sejumlah 81 kerusi marginal yang dimenangi dengan majoriti kurang daripada lima peratus oleh kedua-dua belah pihak dalam pilihan raya umum lepas, di mana 51 kerusi dimenangi BN manakala 30 kerusi dikuasai pembangkang, kata Ibrahim kepada Malaysiakini.
Dua PRK tersebut merupakan yang ke-10 dan ke-11 selepas pilihan raya umum 2013, berikut nahas helikopter di Sarawak pada 5 Mei yang meragut nyawa enam orang termasuk Noriah dan Khair-il.
BN memenangi sebanyak 133 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum 2013, tetapi BN kemudian mengalahkan DAP di Teluk Intan, menjadikannya sekarang 134 kerusi.

ZUNAR JAWAB SALLEH KERUAK


Semalam Menteri Multimedia dan Komunikasi, Salleh Keruak dalam kenyataan medianya berkata bahawa pameran saya di Geneva bertujuan memalukan Perdana Menteri. Ini adalah kenyataan balas saya kepada Salleh.
1. SALLEH: Salleh berkata dia tidak menafikan kemungkinan ada usaha kolektif dari kartunis Zunar untuk menjatuhkan PM.
ZUNAR: Kalau kartunis boleh jatuhkan PM, itu bukan kesalahan tetapi kelucuan.
2. SALLEH: Malaysia adalah negara demokratik yang tidak menghalang sesiapa dari mengeluarkan pendapat, tetapi ia harus dilakukan melalui saluran yang betul.
ZUNAR: Siapa yang kamu cuba perbodohkan? Maklukh asing dari Marikh pun tak akan percaya kata-kata kamu. Kalau Malaysia begitu demokratik, kenapa lebih dari 100 individu telah sama ada disiasat, ditangkap atau dihukum di bawah Akta Hasutan semata-mata kerana mengeluarkan pendapat mereka sejak 2014?
Mengeluarkan pendapat mestilah melalui saluran yang betul? Saya sendiri telah ditangkap, diganggu, pejabat diserbu dan berterusan ditekan pihak berkuasa semata-mata kerana menzahir pendapat melalui cara kreatif! Apakah melukis kartun dan menerbitkan buku kartun bukan saluran yang betul?
3. SALLEH: Tidak salah untuk mempunyai pendapat yang berbeza atau tidak setuju dengan kerajaan, tetapi kenapa melibatkan negara luar?
ZUNAR: Sebagai pemenang anugerah "2016 cartooning for Peace", saya telah dijemput oleh "Cartooning for Peace Faundation" dan Datuk Bandar Geneva untuk mempamerkan 10 karya-karya kartun di Switzerland bermula 3 Mei lalu. Karya bersaiz besar itu dipamerkan di lokasi strategik di tasik Lac Leman sehingga awal Jun. Atara pengunjung termasuk bekas Setiausaha Agung Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Kofi Annan, kartunis terkenal dari Peranchis Jean Plantureux Plantu dan Datuk Bandar Mr Guillaume Barazzone.
Sebagai menteri komunikasi, Salleh harus sedar bahawa kita sekarang hidup dalam dunia tak bersempadan. Semua isu telah menjadi masalah sejagat. Untuk pengetahuan, saya juga telah dijemput untuk berucap di PBB ketika di Geneva kerana bagi mereka kebebasan bersuara adalah isu gobal.
Dunia telah menjadi rapat. Kerana itu, media seperti The Wall Street Journal di New York boleh membuat laporan mengenai apa yang berlaku di Malaysia. Kerana itu juga Perdana Menteri boleh menyaman mereka dari Malaysia, cuma dia masih menunggu hari Selasa datang!

Umno pecat Mukhriz dan Muhyiddin selepas PRK, bimbang bantahan ahli

Usaha untuk memecat bekas timbalan presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yasin dan bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir terpaksa ditangguh sehingga berakhir dua pilihan raya kecil (PRK) tidak lama lagi kerana bimbang undi protes ahli parti akan menyebabkan kekalahan Umno.
Sumber dalaman mendedahkan langkah untuk memecat kedua-dua pemimpin yang lantang mengkritik Presiden Datuk Seri Najib Razak sepatutnya dibuat selepas berakhir pilihan raya Sarawak.
Namun, memandangkan insiden nahas helikopter yang mengorbankan dua Ahli Parlimen Umno baru-baru ini menyebabkan pelan asal untuk memecat Muhyiddin dan Mukhriz terpaksa ditangguh.
“Rancangan asal untuk pecat selepas pilihan raya Sarawak, tapi dengan situasi terbaharu ini mungkin Najib terpaksa tangguh dahulu niat itu.
“Malah, Datuk Seri Nazri Aziz yang sebelum ini lantang mengecam Muhyiddin juga diam dan tidak lagi bercakap mengenai usul yang hendak beliau bawa dengan memecat bekas timbalan presiden itu,” kata seorang pemerhati politik Umno yang juga ahli tetapi enggan mendedahkan identiti kepada The Malaysian Mirror.
Pemerhati tersebut mengulas mengenai kenyataan Nazri semasa kempen pilihan raya Sarawak yang mahu membawa usul untuk memecat kedua-dua pemimpin itu dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi bulan ini.
Jika langkah itu diteruskan juga, kemungkinan Umno hilang dua kerusi Parlimen juga akan menjadi kenyataan mengambilkira jumlah majoriti yang kecil dimenangi semasa pilihan raya umum ke-13 lalu.

PAS tidak beriman dengan pilihan raya, tapi umum letak calon awal?

Sebaik tewas dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak, Naib Presiden PAS Idris Ahmad berkata parti Islam itu tidak beriman dengan pilihan raya, malah masih yakin rakyat masih menyokong mereka.
Kenyataan Idris itu secara logiknya mengikut fikiran waras atau logiknya adalah bagi menunjukkan PAS tidak kemaruk untuk bertanding dalam pilihan raya.
Bagaimanapun, PAS yang sudah boleh duduk semeja dengan Umno, tiba-tiba menjadi parti terawal yang mengumumkan untuk bertanding dalam dua Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Dalam hal ini, secara tidak langsung sudah mendedahkan pekung sebenar imej parti yang sering menggunakan nama Islam itu mahu mengelirukan rakyat.
Pada mulanya berkata PAS tidak beriman dengan pilihan raya tapi kemudiaannya awal-awal sudah tamak mahu memonopoli untuk meletak calon di kedua-dua kerusi tersebut.
Lebih parah lagi, keegoan dan kebongkakan pemimpin parti Islam itu tidak mahu duduk berbincang dengan blok pembangkang Pakatan Harapan bagi menyelesaikan isu calon sudah jelas mencerminkan mentaliti lebai-lebai ini.
Mungkin dalam pilihan raya kali ini, PAS lebih selesa duduk semeja dengan Umno bagi membincangkan bagaimana langkah terbaik untuk memastikan rakan baharu mereka itu dapat terus mengekalkan kemenangan di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Nik Abduh: PAS akan buat kejutan di Sg Besar, Kuala Kangsar


Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Aziz berkata parti Islam itu akan membuat kejutan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
“Kita yakin kita boleh buat kejutan di PRK ini, Insya-Allah,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat PAS malam tadi.
Bagaimanapun Nik Abduh ketika ditanya apakah bentuk kejutan itu berkata “Cukup, tunggu mesyuarat akan datang di sini”.
 Dalam mesyuarat yang berlangsung selama lebih satu jam itu, Nik Abduh berkata pihaknya hanya membincangkan mengenai jentera di dalam kedua-dua PRK itu.
“Malam ni mesyuarat pertama tak banyak keputusan tapi lebih kepada susun jentera di Kuala Kangsar dan Sungai Besar.
“Mesyuarat tak bincang calon cuma tak dibaca (dalam mesyuarat) kali ni, (mungkin) akan ada dalam mesyuarat lain,” katanya.
Kerusi Parlimen Sungai Besar menjadi kosong ekoran penyandangnya,Datuk Noriah Kasnon dan di Kerusi Kuala Kangsar, Datuk Wan Khai-ril Anuar Wan Ahmad terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau Sarawak pada 5 Mei lepas.
Sementara itu, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata segala keputusan PAS mengenai PRK bergantung kepada sidang media dari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini.
“Kita tidak bincang calon malam ini, semuanya kita tunggu SPR esok (hari ini)."
Takiyuddin berkata, dalam mesyuarat malam tadi juga pihaknya turut menubuhkan jawatankuasa bagi membuat post mortem kekalahan PAS dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang dipengerusikan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Nik Mohamad Amar Nik Abdullah.
Dalam PRN 11, PAS kalah di semua 11 kerusi yang ditandinginya di Sarawak.

DI MANA NAJIB JIKA TIADA KUASA?

Antara yang disebut Najib Razak dalam ucapannya sempena sambutan ke 70 ulangtahun UMNO semalam ialah "kalau takdirnya satu hari saya berselisih faham  dengan pengganti saya, saya tidak akan keluar UMNO."

Wah...nampak hebat bunyinya!!

Lafaz itu bukan saja sebagai sindiran kepada Tun Mahathir Mohamad, tetapi juga menunjukkan keinginan Najib untuk memperlihatkan kononnya beliau akan menjadi seorang bekas Perdana Menteri yang baik, tidak lagi campurtangan apabila tidak lagi mempunyai kuasa dan akan setia kepada UMNO?

Apakah jaminan kata-katanya hari ini akan dikotakan di kemudian hari?

Bolehkah kita percaya begitu saja kata-kata manisnya itu?

Bila berkata demikian, bila sebenarnya beliau mahu menyerahkan kuasa kepada penggantinya atau semuanya sekadar "sembang kencang"  saja?

Tetapi sebelum itu, yang harus ditanya kepada Najib ialah mampukah beliau berselisih faham dengan penggantinya jika beliau tidak lagi mempunyai apa-apa kuasa?

Dengan pelbagai isu dan skandal kewangan membelit dirinya ketika sedang berkuasa, jika tidak lagi berkuasa, beranikah beliau meninggikan suaranya kepada sesiapa?

Tidakkah nanti jika bersuara sedikit saja pun, beliau akan ditempelak balik oleh pemimpin dan ahli UMNO sendiri yang sudah ada "tauke baru"  berkaitan isu 1MDB, wang ribu-ribu juta dalam akaun peribadinya, kemewahan Rosmah dan macam-macam lagi?

Maka, bukankah berdiam diri, akur dan tidak campur sama-sekali adalah pilihan paling selamat baginya?

Itu kalau UMNO masih berkuasa, tetapi kalau sudah jatuh ke tangan parti lain, apakah beliau masih berani mengangkat mukanya walau sedikit pun?

Jamal buat laporan polis nafi ugut bunuh Ali Tinju

Jamal Yunos berkata kenyataan Ali Tinju itu berniat jahat dan bertujuan untuk mencemar nama baiknya dan keluarganya.
jamal
PETALING JAYA: Datuk Jamal Md Yunos menafikan beliau membuat ugutan bunuh terhadap Presiden Gerakan Baju Merah, Mohd Ali Baharom, atau lebih dikenali sebagai Ali Tinju.
Menyusuli laporan polis yang dibuat terhadapnya hari ini, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu tampil membuat laporan balas di Balai Polis Sekinchan, petang tadi.
Jamal berkata, tuduhan Ali Tinju terhadapnya adalah berniat jahat dan bertujuan untuk mencemar nama baiknya dan keluarganya.
“Disini saya ingin menafikan (kononnya saya ingin menembak dan membunuh Ali Tinju) dan pernyataan tersebut adalah berniat jahat dan bertujuan untuk menjatuhkan reputasi saya.
“Saya berharap polis dapat menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya,” katanya dalam tangkap layar laporan polis Jamal yang diterima FMT.
Terdahulu, Ali Tinju membuat laporan polis di IPD Dang Wangi dan mendakwa Jamal menghubungi petang semalam lalu mengugut akan memukul dan menembaknya.
Ali sebelum itu dilaporkan berkata BN akan kalah teruk dalam pilihan raya kecil Sungai Besar yang akan diadakan tidak lama lagi sekiranya Jamal dipilih sebagai calon gagasan itu.
Kenyataan itu menyusuli program burger percuma untuk warga Sekinchan dan Sungai Besar anjuran Jamal. Beliau menafikan program burger itu merupakan kempen politik tersembunyi bagi melobi dirinya sebagai calon BN.