Khamis, 12 Mei 2016

PAS Selangor Tetap Bertanding Parlimen Sg Besar


Beberapa pihak mengajak PAS kembali ke meja rundingan dan ada juga yang mengajak kembali ke Pakatan Harapan. PAS Selangor ingin menegaskan beberapa perkara:

1. PAS tidak akan kembali ke Pakatan Harapan kerana PAS tidak pernah berada di dalam Pakatan Harapan. PAS masih berada di dalam Pakatan Rakyat dan masih bertahaluf siyasi bersama PKR.

2. PAS Selangor melihat keikhlasan pada tindakan, bukan sekadar ucapan politik dan retorik. Maka, sekiranya pelawaan rundingan tersebut ikhlas, maka pihak-pihak tersebut perlu membuktikannya.
Pilihanraya Kecil Parlimen Sg Besar akan mendedahkan lawan dan kawan PAS. PRK ini akan meletakkan batu asas pertandingan di dalam PRU14. Sikap DAP terhadap melayu dan Islam akan terlihat dan kawan serta lawan di dalam PKR juga akan zahir.

Parlimen Sg Besar adalah kerusi PAS. Di sini, PAS telah berdepan dengan Barisan Nasional sejak berdekad lamanya. PAS Sg Besar dengan kekuatan 40 cawangannya disertai dengan kekuatan jentera dari seluruh negeri telah bersedia untuk menumbangkan Barisan Nasional.
Walau sesiapa pun meletakkan calon melawan PAS, PAS Selangor akan terus mara.

Infiruu!

Bakti untuk Semua

Mohd Prasad bin Hanif
Ketua Penerangan
PAS Selangor

PRK Sungai Besar: PAS janji tidak akan serang BN

Rakyat negara ini sudah sedia maklum bahawa UMNO dan BN sedang menghadapi krisis sehingga tidak lagi diyakini rakyat.
khairuddin
PETALING JAYA: PAS berjanji tidak akan menggunakan teknik menyerang UMNO dan BN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar nanti, kerana ia tidak mampu menarik pengundi Melayu menyokong parti Islam itu.
Ini kerana, kata Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri, rakyat sedia maklum UMNO dan BN sedang dibelenggu pelbagai kemelut sehingga tidak lagi diyakini rakyat.
Katanya, tindakan terbaik PAS ialah menyampaikan mesej kepada rakyat bahawa parti Islam itu akan berjuang untuk membawa keadilan kepada semua lapisan masyarakat.
“Kempen perlu dilakukan secara berhemah dengan menampilkan mesej PAS sebagai parti Islam yang memperjuangkan keadilan untuk semua. Jangan gunakan gaya menyerang UMNO dan BN kerana ia tidak banyak membantu menarik pengundi-pengundi Melayu.
“Semua sudah maklum keadaan dan imej UMNO serta BN yang sedang merudum di mata masyarakat yang penting bagi calon PAS dan petugas menampilkan akhlak terbaik bagi memenangi hati-hati pengundi,” katanya kepada FMT.
Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Kuala Nerus itu berkata, PAS juga perlu menurunkan calon yang mempunyai latar belakang akademik yang baik bagi menarik sokongan pengundi.

Husam bersemuka dengan orang ramai 18 Mei


Poster dialog dengan Husam yang akan diadakan 18 Mei ini.Poster dialog dengan Husam yang akan diadakan 18 Mei ini.
Selepas sibuk bertemu dengan pelbagai pihak selepas di pecat dari Pas, Datuk Husam Musa akan berdepan dengan orang ramai dalam dialog 18 Mei ini.
Peogram "Dialog Bersama Musa Musa" yang dianjurkan oleh Free Public Forum Malaysia itu akan diadakan di Dewan Himpunan China Kuala Lumpur dan Selangor mulai jam 8 malam.
Bekas Naib Presiden PAS itu telah dipecat dari Pas melalui mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib yang bersidang pada 23 April 2016 lalu, kata pengerusinya Dr Sanusi Daeng Mariok.
Keputusan itu dimaklumkan Sanusi dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh Harakahdaily 6 Mei lalu.
Sejak itu, pelbagai pihak tertanya-tanya apakah hala tuju Husam.
Apakah beliau mahu kekal dalam Pas dengan merayu keputusan itu kepada Jawatankuasa Pas Pusat atau memilih jalan baru dengan menyertai parti lain.
Husam sehingga kini telah bertemu dengan pemimpin Amanah, PKR dan Dap secara berasingan di Kuala Lumpur dan Kota Bharu.
Namun sehingga kini tidak ada kata putus yang dibuat oleh beliau.
Dalam kenyataan media yang dibuat oleh pihak penganjur, mereka mempersoalkan isu "Kemana halatuju Husam?"
"Adakah nama 'Husam' akan lenyap dari peta politik tanah air?
"Apakah telahan Al-Marhum Tuan Guru Nik Aziz meleset apabila menyebut "Husam ini budak cerdik" sehingga Al-Marhum sanggup menatang Husam bagai minyak yang penuh semasa hayat beliau?" kata kenyataan itu.

10 menteri kabinet Sarawak angkat sumpah esok


Pemimpin utama BN SarawakPemimpin utama BN Sarawak
Setelah menang besar dalam pilihan raya negeri (PRN) Sarawak 7 Mei lalu, kerajaan BN Sarawak bakal menyaksikan pertambahan anggota kabinet negeri dengan 10 menteri penuh dijangka mengangkat sumpah esok.
Menurut sumber, sepuluh menteri penuh di bawah pimpinan Ketua Menteri  Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem itu akan mengangkat sumpah pada jam 3 petang Jumaat.
Antara yang tersenarai ialah Adenan, Dato' Sri Wong Soon Koh, Senator Datuk Dr Sim Kui Hian, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Datuk Fatimah Abdullah dan Dato Sri Michael Manyin, lapor The Borneo Post.
Sementara itu, khabar angin tersebar luas di Kuching mengatakan tiga Timbalan Ketua Menteri akan diumumkan dalam pembentukan kabinet baru itu.
Mereka yang termasuk dalam senarai itu ialah Datuk Amar Douglas Uggah, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg and Tan Sri Dr James Jemut Masing.
Semasa kempen PRN Sarawak baru-baru ini, Adenan berjanji akan melantik timbalan ketua menteri mewakili masyarakat Cina jika BN kembali memegang tampuk pemerintahan negeri.
Antara muka baru yang disebut-sebut menyertai kabinet negeri Sarawak ialah Datuk Stephen Rundi, Dr Sim dan Uggah.
Tan Sri William Mawan digugurkan daripada senarai kabinet negeri.

PRK: Retak PH menanti berantak…sekali lagi

Kumpulan dalam PKR yang dipimpin Timbalan Presiden, Datuk Seri Azmin Ali dikatakan dalam rundingan dengan PAS mengenai pilihan raya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar.
azmin-2
KUALA LUMPUR: Belum pun kering tanah pusara pertelingkahan sesama komponen Pakatan Harapan di Sarawak, pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar nampaknya sekali lagi akan membongkar pakatan itu.
Sumber yang rapat dengan PKR mendedahkan kumpulan tertentu dalam parti itu, yang dikatakan dipimpin oleh Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kini dalam rundingan dengan PAS membincangkan kerusi antara dua parti itu.
“Aturannya adalah PKR akan bertanding di Sungai Besar manakala PAS boleh bertanding di Kuala Kangsar tanpa campurtangan daripada parti-parti Pakatan Harapan yang lain,” kata sumber yang tidak mahu dinamakan itu.
Dalam pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini, pertelagahan antara PKR dan DAP membawa kepada pertembungan di enam kerusi.
Kedua parti gagal temui kata sepakat dan menurunkan calon di Mambong, Batu Kitang, Murum, Simanggang, Ngemah dan Mulu. BN menang di keenam-enam kerusi ini.
Kembali ke persoalan pilihan raya kecil di Semenanjung, FMT difahamkan Presiden AMANAH, Mohamaad Sabu dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berasa terkilan dengan perkembangan ini kerana AMANAH mahu bertanding di salah satu kerusi itu.
Sumber memberitahu PKR akan cuba menyelesaikan masalah berbangkit secara dalaman dengan memastikan calon-calon yang bakal diturunkan dipersetujui dan disokong oleh semua komponen PH.
Sementara itu, sumber yang rapat kepada PH mendakwa dua pimpinan pusat PKR – seorang daripada sayap wanita dan seorang daripada sayap pemuda – kini terbabit dalam rundingan kerusi dengan PAS.
“Dua pemimpin itu telah mengadakan mesyuarat dengan PAS mengenai Sungai Besar semalam,” menurut sumber itu.

Rakyat Malaysia kena tanggung keingkaran pembayaran 1MDB atau tidak? Kerajaan perlu jawab


Kerajaan perlu menjelaskan sama ada rakyat Malaysia perlu menanggung akibat daripada keingkaran (default) 1MDB membayar faedah kepada pemegang bon, kata Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua.
tony puaKatanya, isu sama ada 1MDB berunding dengan pemegang bon tidak penting sama sekali kerana isu yang besar ialah sama ada rakyat Malaysia yang akan menanggung bencana kewangan yang dilakukan oleh 1MDB.
Sehubungan itu, beliau menjelaskan, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Johari Abdul Ghani, tidak perlu berdolak-dalik mengatakan rundingan 1MDB dengan pemegang bon adalah sesuatu yang baik.
“Rundingan itu terpaksa diadakan bagi membataskan kerugian besar yang harus ditanggung oleh kedua-dua syarikat dan pemilik 1MDB, iaitu Kementerian Kewangan sendiri.
“Dalam keadaan mengerikan seperti itu, Johari boleh mengatakan bahawa segalanya baik-baik saja dengan memanggil penglibatan 1MDB dengan pemegang bon yang menggunakan mata wang dolar AS itu sebagai langkah yang baik.
“Ini merupakan satu kenyataan yang sangat tidak bertanggungjawab oleh Timbalan Menteri Kewangan yang baru dilantik menggantikan Ahmad Maslan,” katanya dalam satu kenyataan media.
Tony berkata demikian ketika mengulas kenyataan Johari semalam bahawa tindakan 1MDB memulakan proses rundingan dengan pemegang bonnya yang menggunakan mata wang dolar AS adalah langkah yang baik bagi memulihkan keyakinan dalam pasaran dan mencegah panik.
“Johari mungkin hidup di planet lain. 1MDB telah ingkar membayar faedah kepada bon bernilai AS$1.75 bilion sebelum ini. Tidak lama lagi, ia bakal ingkar kepada bon AS$1.75 bilion yang kedua.
“Pada masa sama, syarikat itu juga telah ingkar bayar silang (cross-default) kepada satu lagi bon Islamik bernilai RM7.4 bilion dan akan terpaksa membayar pinjaman dari SOCSO bernilai lebih RM800 juta.

1MDB jejas kestabilan politik negara

OBTDUA buah agensi penarafan yang terkenal di dunia, iaitu Fitch dan S&P Global Ratings, kelmarin melahirkan kebimbangan mengenai masa depan 1MDB yang dilihat mampu menjejaskan kestabilan politik di Malaysia.
China Press yang memetik kenyataan yang dikeluarkan S&P Global Ratings meramalkan 1MDB akan menghadapi satu lagi kemungkiran bayaran setelah kupon pembayaran untuk bon AS$1.75 bilion matang pada hari ini.
Sebelum itu iaitu pada 25 April lalu, 1MDB dipercayai gagal membuat pembayaran sebanyak AS$50.3 juta dalam bentuk faedah untuk bon lain, juga berjumlah AS$1.75 bilion.
Namun sehari selepas itu, 1MDB melalui kenyataan menjelaskan walau apa pun pertikaian dengan International Petroleum Investment Corporation (IPIC) yang berpangkalan di Abu Dhabi, pihaknya tetap akan menunaikan segala kewajipan kewangannya yang lain dan mempunyai tunai yang cukup untuk menjelaskan pembayaran.
Bagaimanapun, bon itu dijamin oleh IPIC dan akan membuat tuntutan kepada 1MDB dan Kementerian Kewangan Malaysia.
Menurut akhbar ini lagi, kedua-dua agensi ini berpendapat perkembangan terbaru itu pastinya akan mempengaruhi suasana politik di Malaysia sekali gus menjejaskan keyakinan para pelabur asing.
Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam temu bual eksklusif  di saluran TV1 RTM mengakui adanya kepincangan dalam 1MDB apabila gagal menerbitkan tawaran awam permulaan (IPO) akibat ‘diserang’.
“Apabila diserang, IPO tidak dapat dilakukan, maka timbul lah masalah aliran tunai,” kata Najib yang tetap menjelaskan masalah yang berlaku dalam 1MDB kerap menjadi modal politik oleh pihak tertentu untuk cuba menjatuhkan kepimpinannya.
Sekiranya 1MDB gagal atau enggan membayar, ia akan menyebabkan penambahan hutang-hutangnya yang lain termasuk AS$1.83 bilion (RM7.4 bilion).

Ali Tinju: Ketua Umno Sungai Besar ugut tembak saya

Presiden Pertubuhan Pembela Nasib Melayu Malaysia (Gerakan Merah), Mohd Ali Baharom atau lebih dikenali sebagai Ali Tinju, menuduh Ketua Umno Sungai Besar Datuk Jamal Yunos mengancam untuk membunuhnya.
Mohd Ali, yang membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dangi Wangi, menggesa pihak berkuasa untuk menarik balik lesen senjatapi yang diberikan kepada pemimpin Umno itu.
Menurut laporan polis, Mohd Ali mendakwa Jamal membuat ancaman terhadapnya melalui panggilan telefon pada kira-kira 7.10 petang semalam.
"Antara ugutan itu adalah aku pukul kau sampai mati, aku tembak kau, dan aku cari kau... aku datang rumah.
"Saya membuat laporan polis ini (kerana) takut terjadi apa-apa hal kemudian hari dan meminta polis mengambil tindakan yang sewajarnya," katanya dalam laporan polisnya.
Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan polis, Mohd Ali berkata membunuhnya adalah sama dengan membunuh jeneral Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Saya ingin memberitahu Jamal, jika saya - jeneral Najib - mati, siapa yang akan tinggal untuk jaga (isteri Perdana Menteri Datin Seri ) Rosmah Mansor dan Najib" katanya.
Beliau juga memberi menolak kemungkinan pencalonan Jamal dalam pilihan raya kecil parlimen Sungai Besar dengan menuduhnya terlibat dalam kegiatan samseng.

Azmin akan berunding dengan PAS 'sampai kiamat'


Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali menegaskan pihaknya sentiasa berunding dengan PAS, termasuk untuk pilihan raya kecil Sungai Besar.
 “Saya ajak berunding. Kita kena inklusif. Ini pun (di majlis) kita sedang berunding,” katanya ketika ditanya berkaitan undangannya supaya pembangkang bersatu melawan BN.
Diasak pemberita, Azmin berkata perbincangan itu sentiasa berlaku, sambil menyebut kehadiran wakil PAS dalam acara kerajaan negeri di Sabak Bernam hari ini.
Ditanya lagi sampai bila rundingan itu akan berlangsung, beliau menjawab ringkas.
“Sampai kiamat.”
Undangan Azmin, yang pertama kali dibuat selepas kemerosotan penguasaan Pakatan Harapan dalam pilihan raya Sarawak, dilihat sebagai tawaran untuk PAS menyertai semula gabungan pembangkang di peringkat pusat.
PAS sudah mengumumkan akan bertanding dalam pilihan raya kecil Sungai Besar manakala serpihannya Parti Amanah Negara (AMANAH) pula tidak menolak kemungkinan tiga penjuru di kawasan itu.
PAS kalah tipis di kerusi itu dalam pilihan raya umum 2013 ketika masih bersama gabungan dengan PKR dan DAP.

Pertembungan terbesar DAP-PKR di Pulau Pinang


Lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR yang pernah mencetuskan kontroversi kerana dilihat menentang Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam isu projek penambakan laut kini mula ditekan untuk mengubah pendirian mereka.
Wakil-wakil rakyat PKR yang memutuskan untuk berkecuali berhubung usul oleh Umno mengenai projek penambakan laut pada sidang DUN Pulau Pinang pada November yang lalu ialah Ong Chin Wen (Bukit Tengah), Dr Norlela Ariffin (Penanti), Lee Khai Loon (Machang Bubuk), Cheah Kah Peng (Kebun Bunga) dan Dr T Jayabalan (Batu Uban).
Difahamkan bahawa ketegangan berada di tahap tertinggi semasa mesyuarat pra-majlis antara Lim dengan 30 ADUN Pakatan Harapan di pejabat Komtar tingkat 28 ketika membincangkan isu kontroversi tersebut.
Sumber mendakwa, lima ADUN PKR itu diberi kata dua sama ada patuh dengan kehendak kerajaan negeri atau dilabel sebagai bertanggung jawab atas pepecahan Pakatan Harapan di Pulau Pinang.
Mereka juga berisiko dinyahkan daripada menjadi sebahagian kerajaan negeri Pulau Pinang, kata sumber itu.
“Ini merupakan pertembungan paling besar antara DAP dengan PKR di Pulau Pinang, semuanya atas meja,” menurutnya mengenai apa yang berlaku dalam mseyuarat selama dua jam tersebut.
Namun, wujud petanda yang kuat untuk kelima-lima ADUN PKR itu untuk tidak berganjak dari pendirian mereka.

Jamal jangan tembak saya, saya panglima Najib dan Rosmah, kata Ali Tinju

Bimbang akan keselamatan diri selepas diugut akan ditembak, Presiden Gerakan Baju Merah Mohd Ali Baharom atau dikenali sebagai Ali Tinju membuat laporan polis terhadap ugutan yang diterimanya daripada Ketua Bahagian Umno Sungai Besar Datuk Jamal Md Yunos hari ini.
Ali mendakwa diugut akan ditembak rakannya itu jika masih mengkritiknya tidak layak untuk bertanding sebagai calon dalam Pilihan Raya Kecil Sungai Besar nanti.
Ali berkata tidak gentar dengan ugutan, tetapi mengingatkan Jamal jika beliau mati siapa yang akan menjaga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
“Saya nak nasihat Jamal jangan sombong dan ego dengan pistol yang kamu ada, negara ini ada undang-undang, tindakannya itu memalukan parti, kalau Jamal tembak mati ahli Umno, tembak mati saya sebagai panglima Datuk Seri Najib, siapa yang nak jaga Datuk Najib dan Datin Seri Rosmah?
“Saya tidak ada kepentingan kenapa nak tembak saya? Saya Ali Tinju tidak goyang, kalau Datuk Jamal nak bertumbuk cari gelanggang bertumbuk dengan saya, kalau dia anak jantan, jangan fikir kamu ada duit kamu boleh bayar orang, kami NGO ini bukan bodoh,” kata Ali yang dipetik dalam laporan media sejurus membuat laporan polis di Dang Wangi tadi.

Adakah Adenan akan menjadi seorang lagi Pak Lah?


lks_rencana_adenanseoranglagipaklah
Sorak-sorai kegembiraan menyambut kemenangan Adenan Satem di Sarawak sedikit sebanyak mengingatkan ‘tsunami’ Tun Abdullah Ahmad Badawi atau Pak Lah dalam pilihanraya umum tahun 2004 lalu.
Dalam PRU 2004, Pak Lah telah berjaya memimpin kejayaan Barisan Nasional (BN) dengan menang 91 peratus kerusi Parlimen (199 dari 219 kerusi) melalui 61 peratus undi popular.
Beliau masuk gelanggang pilihanraya dengan berjanji untuk membanteras kemelut rasuah yang melanda negara. Beliau juga berjanji menggunakan pendekatan bekerjasama dengan meminta rakyat ‘bekerja bersamanya, bukan bekerja untuknya’.
Beliau juga dibantu oleh proses persempadanan semula yang menambah 26 kerusi Parlimen pada 2003.
Pembangkang pula ketika itu tidak menunjukkan permuafakatan yang padu atau pakatan yang bersatu walaupun berjaya mengelakkan pertembungan tiga penjuru di kebanyakan kerusi yang ditandingi.
Namun, empat tahun kemudian, dalam PRU 2008, Pak Lah mengalami kekalahan besar memalukan.
Beliau menjadi Perdana Menteri pertama yang memimpin kerajaan BN yang tidak mempunyai majoriti dua pertiga Parlimen. Bilangan Ahli Parlimen pembangkang pula berganda daripada 20 anggota (9 peratus) kepada 80 anggota (36 peatus) pada 2008. Undi popular BN pula merudum daripada 61 peratus kepada 55 peratus.
Pak Lah gagal untuk membersihkan gejala rasuah, malah banyak orang menganggap kronisme semakin meningkat di bawah pentadbirannya dari 2004 hingga 2008.
Hampir semua janji yang dibuatnya sebelum PRU 2004 gagal dipenuhi termasuk menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC).
Hubungan antara kaum dan agama juga gagal diuruskan dengan baik termasuk ketempangan pengurusan terhadap tuntutan kumpulan HINDRAF.
Persoalannya, adakah Adenan juga akan senasib dengan Pak Lah?
Hanya masa menentukan. Namun, tanda-tanda awalnya tidak positif. Adun Padungan Wong King Wei, telah mendedahkan tentang kes penjualan tanah kepada pihak yang mempunyai pertalian politik menjelang pilihanraya negeri baru-baru ini, sama seperti modus operandi kerajaan negeri dahulu di bawah pentadbiran Ketua Menteri Taib Mahmud.
Walaupun pendedahan ini tidak banyak memberi kesan kepada percaturan politik, namun, jika amalan itu diteruskan di bawah pentadbiran Adenan, beliau hanya akan membuktikan kerajaan pimpinannya tiada beza dengan pendahulunya.
Pada masa yang sama, Adenan menunjukkan beliau mampu menjadi lebih zalim dari pendahulunya ababila bertindak mengharamkan kemasukan sejumlah besar Ahli Parlimen dan Adun pembangkang ke Sarawak dalam tempoh kempen pilihanraya termasuk menghalang kemasukan Speaker Dewan Negeri Selangor.
Adenan juga telah melakukan sesuatu yang belum pernah dibuat dengan mengenakan sekatan imigresen terhadap Menteri Besar Selangor, Azmin Ali, yang diminta untuk meninggalkan Sarawak pada 2 Mei 2016 (dan tidak dibenarkan untuk masuk semula sewaktu datang semula pada 6 Mei 2016), dan juga terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, yang diminta meninggalkan Sarawak pada 5 Mei 2016.

Kuala Kangsar: Antara cabaran dan kepentingan AMANAH

Oleh Muhamad Faeez Azahar
Pilihan Raya Umum Negeri (PRN) Sarawak baru sahaja melabuhkan tirai dengan menyaksikan BN kekal mencengkam kekuasaannya, dalam masa yang sama pembangkang gagal menyinar apabila hanya memperoleh hanya 10 kerusi sahaja.
Parti Amanah Negara (Amanah) gagal menyinar dalam pilihan raya tersebut, dengan beberapa alasan dan faktornya tersendiri. Parti yang berusaha 7 bulan ini gagal mendapat tempat di hati pengundi Sarawak, berkemungkinan rakyat bumi kenyalang masih belum mengenali dengan lebih baik disamping beberapa kekurangan yang berlaku dalam kalangan pakatan pembangkang. Kini tertumpu kepada Pilihan Raya Kecil (PRK) di Kuala Kangsar dan Sungai Besar selepas kedua-dua wakil rakyat kawasan tersebut terkorban dalam nahas helikopter di Sarawak. Sudah pasti PRK ini lebih panas dan menjadi perhatian seluruh dunia.
Ramai yang berpandangan, keputusan PRN Sarawak tidak ‘menjiwai’ mood sebenar rakyat Malaysia yang sedang mendendam rasa kecewa terhadap kepimpinan negara yang diketuai oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak. Maka PRK di dua parlimen ini adalah platform untuk menilai survival politik Malaysia.
Rakyat mahu melihat adakah Deklarasi Rakyat dan Gerakan Selamatkan Malaysia yang diketuai oleh Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir mempunyai momentumnya tersendiri. Kebobrokan kerajaan ketika ini sangat dirasai oleh seluruh rakyat namun sokongan rakyat khususnya orang Melayu belum lagi teruji.
Di pihak pembangkang kini lebih ‘meriah’ setelah munculnya Amanah seterusnya wujudnya Pakatan Harapan menggantikan Pakatan Rakyat. Pas pula bertindak ego untuk tidak menyertai blok pakatan pembangkang sebaliknya mewujudkan blok ketiga.
Semua ini belum teruji dengan sebenar-benarnya, maka PRK kali ini sangat mencabar dan penting bagi pembangkang mahupun kerajaan untuk menilai prestasi dan penemerimaan rakyat terhadap mereka.
Belum sempat bunga di pusara layu, Pas sudah mengumumkan akan bertanding di kedua-dua kerusi tersebut. Katanya ia adalah kerusi tradisi yang ditandingi Pas dan ia perlu dipertahankan. Umno juga telah melaungkan semboyan untuk mempertahankan kerusi yang dimenangi oleh mereka itu.
Pakatan Harapan masih berteka-teki adakah akan turut serta mahupun tidak. Jika mengikut perkiraan, Amanah berperanan menggantikan tempat Pas di dalam pakatan maka secara automatik kedua-dua kerusi tersebut sepatutnya ditandingi oleh Amanah. Namun Presiden Amanah, Mohamad Sabu menyatakan keputusan bertanding atau tidak akan diumumkan 15 Mei ini.
Ramai yang mempersoalkan adakah Amanah wajar untuk bertanding di kerusi ini kerana Pas sudah bertegas untuk meletakkan calon. Kononnya, Amanah akan jadi pengacau kepada Pas untuk menjatuhkan BN. Naib Pengerusi Amanah Perak, Dr Muhaimin Sulam berpandangan, Amanah perlu berkorban di Kuala Kangsar dengan tidak meletakkan calon.

Pasca PRN S’wak; belajarlah berpolitik dari kaum Cina

Oleh ALANG IBN SHUKRIMUN
WALAUPUN politik negeri Sarawak amat berbeza dari dengan semenanjung dari sudut sosiopolitiknya, tetapi ia tidak banyak berbeza dari sudut sosioekonomi seterusnya eko-politik. Justeru, melalui persamaan yang ada, sedikit sebanyak ia boleh menjadi petunjuk tentang beberapa perkembangan nasional yang berlaku dalam negara kita hari ini.

Secara ringkasnya, saya mengira bahawa kemenangan PRN kali ini bukan milik BN, jauh sekali bukan milik pembangkang, tetapi ia adalah kemenangan buat kaum Cina. Sememangnya mereka adalah kaum yang handal dalam berpolitik.

Kaum Cina merupakan antara kaum terbesar di Sarawak. Selain itu, mereka menguasai kawasan bandar yang menjadi pusat kepada kegiatan ekonomi dan pentadbiran masyarakat seluruhnya. Jika dibandingkan dengan semenanjung, taburan sosioekonomi ini boleh dikira sekata dengan kebanyakan negeri di Semenanjung. Mana-mana negeripun, Cina yang menguasai bandar.

PRN kali ini menunjukkan angin perubahan telah melanda kemahuan masyarakat Cina. Mereka yang kebelakangan ini menyokong penuh DAP telah mula berbalik kepada kerajaan. Kerusi-kerusi yang dimenangi DAP sebelum ini berjaya dirampas oleh BN.

Sebenarnya ia bukan sekadar faktor isu penyelewengan yang digembar-gembur melibatkan pimpinan atasan DAP semata-mata. Kalau dikira penyelewengan, mustahil mereka kembali menyokong BN yang dua kali lima sahaja. Sebaliknya, ia boleh difahami melalui faktor-faktor berikut:

1. Kebimbangan terhadap kestabilan ekonomi negara.
Rata-rata kaum Cina adalah tauke-tauke besar. Pergolakan politik dan serangan tidak sihat yang dibuat parti pembangkang terutama DAP menyebabkan kelembapan ekonomi akibat kepercayaan pelabur terhadap masa depan negara. Ini menjejaskan perolehan tauke-tauke besar Cina. Sekiranya berlarutan, tidak mustahil mereka akan gulung tikar.

Lim Kit Siang, strategis DAP sebenarnya memahami hakikat ini. Kerana itulah dia mengambil sikap agresif dalam mendekati Mahathir. Sebelum ini juga cuba berbaik dengan Najib atas nama Save Malaysia. Tujuan sebenarnya adalah supaya sokongan Cina tauke-tauke besar yang tidak mahukan kegawatan, tidak berbalik ke arah kerajaan semula.

2. Demand orang-orang Cina.
Sejarah menunjukkan orang-orang cina tidak pernah setia dengan mana-mana parti sebelum ini. Sokongan mereka terhadap mana-mana parti bukan sokongan kosong. Agenda dan perancangan mereka sangat rapi. Kerana itulah, sehingga hari ini mereka mendapat keistimewaan tersendiri walaupun negara diperintah oleh parti yang kuat fahaman nasionalisme kemelayuannya.

Dato Husam Musa perlu bekerja dari sekarang, membina Kelantan Baru

Oleh Md Zulaimi Kazin
Rasanya DHM tak perlu gelojoh menyertai mana-mana parti politik tetapi dia kena memimpin semua parti pakatan pembangkang di Kelantan bersama NGO yang ingin melihat lahirnya Kelantan BARU. Kenapa Dato Husam?
Pengalaman Dato Husam berada dalam kerajaan Kelantan sebagai Exco kanan yang bertanggngjawab dalam kewangan dan ekonomi sudah tentu faham dan tahu punca hasil Kerajaan yang boleh dibangunkan untuk meningkatkan pendapatan negeri. AMANAH, PKR,DAP, PASMA dan lain-lain NGO bersama DHM perlu merangka blueprint dari sekarang apa yang nak dilakukan untuk menjadikan Kelantan dengan wajah baru. Sudah boleh mencari calon yang terbaik dikalangan Ulamak dan Profesional untuk mewujudkan pasukan terbaik kepada rakyat Kelantan, kumpulan yang boleh perah otak untuk membangun Kelantan dari semua segi...PEMBANGUNAN JASMANI DAN ROHANI bukan MEMBANGUN DENGAN ENAIKKAN BANER RETORIK seluruh ceruk Kelantan.
RAKYAT dah betul-betul muak dengan macam-macam retorik. Perlu jadikan Kelantan sebagai negeri pertanian moden macam Thailand sebab Kelantan tidak mempunyai lebuhraya yang baik untuk dibangunkan industri. Pertanian boleh dijadikan hasil utama negeri dengan keluasan kawasan tanah pertanian mampu dibangunkan secara komersil BUKAN menaikkan banting "BERTANI ITU SATU IBADAH" dan Dato Husam adalah seorang yang minat dalam pertanian. bagaimana kalau Kelantan menjadi pembekal utama lembu Korban untuk Malaysia, membekalkan ayam siap proses HALAL ke seluruh negara, ternakan kambing, Pertanian Padi organik dan banyak lagi.
Pendidikan aliran agama yang berjaya menobatkan Kelantan sebagai negeri yang melahirkan ramai pelajar cemerlang perlu digandakan. Mengapa dalam sambutan hangat ibubapa menghantar anak-anak ke sekolah agama di kelantan suatu masa dulu kita tidak bangunkan sekolah berasrama penuh SWASTA sebagai menambhakan lagi daya saing produk pendidikan yang dihasilkan di Kelantan yang perlu dimasukkan dalam PROJEK KELANTAN BARU nanti.

Tuduhan baru dedahkan kaitan SRC dengan isu1MDB


Tuduhan terbaru yang dilemparkan oleh pihak berkuasa Singapura terhadap bekas pegawai bank swasta Yeo Jiawei mendedahkan kaitan SRC International dengan skandal isu 1MDB.
Menurut Today Online yang berpangkalan di Singapura, Yeo didakwa membantu pemindahan AS$11.95 juta (RM48 juta) daripada SRC International ke Affinity Equity International Partners, sebuah syarikat yang dimiliki oleh Tan Kim Loong.
The Wall Street Journal sebelum ini melaporkan bahawa Tan adalah pemilik benefisiari daripada Tanore Finance apabila ia mula-mula ditubuhkan, entiti di British Virgin Island yang sama memindahkan AS$681 juta ke akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Akhbar yang berpangkalan di Amerika Syarikat juga melaporkan bahawa Tanore Finance adalah benefisiari sebahagian daripada wang AS$3.5 bilion 1MDB yang sepatutnya dibayar kepada Aabar Investments PJS tetapi dilencongkan ke sebuah syarikat di British Virgin Island yang mempunyai nama sama - Aabar Investments PJS Limited.
Wang dari Aabar Investments PJS Limited itu melalui beberapa perantara sebelum berakhir di Tanore Finance.
Siasatan di Singapura adalah penting kerana ia mendedahkan buat kali pertama kaitan antara SRC International dan mereka yang mempunyai hubungan dengan isu 1MDB.
Sebelum ini, selain daripada SRC International yang adalah bekas anak syarikat 1MDB, ia tidak pernah dikaitkan terus kepada aliran urus niaga bernilai jutaan ringgit oleh firma pelaburan negara itu yang kini menjadi siasatan antarabangsa.

Bencana untuk pembangkang pada PRU14 jika penting diri - Dr Mohd Azizuddin

Mohd Azizuddin Mohd Sani
SHAH ALAM - Penganalisis berpandangan pembangkang akan mengalami lebih kerugian pada PRU14, sekiranya mereka masih mengamalkan sikap mementingkan diri dan bertelingkah sesama sendiri terutama dalam hal pembahagian kerusi yang tandingi.
Pensyarah Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, pertelingkahan itu akhirnya akan memberi keuntungan yang lebih besar kepada BN.
"Memang ada kalau mereka (pembangkang) masih berpecah dan masih tidak dapat mencari penyelesaian...bertanding sesama sendiri sudah semestinya rakyat akan melihat bahawa tidak ada alternatif terbaik untuk mencabar BN.
"Jadi di sini akan menjadi dua kemungkinan pertamanya orang akan undi BN, dan tidak akan mengundi pembangkang dan kedua kemungkinan rakyat akan naik menyampah dengan kedua-dua mereka (pembangkang dan BN) jadi mereka tidak pergi mengundilah," katanya kepada Sinar Online.
Oleh itu, ujarnya pihak pembangkang perlu melakukan sesuatu untuk menyelesaikan isu tersebut.
"Pembangkang kena fikirkan yang terbaiklah, banyak parti ikut kepala masing-masing, sama ada DAP, PKR, Amanah dan Pas...Saya rasa perlukan satu formula iaitu sekiranya ada orang tengah yang boleh selesaikan isu ini.
"Saya rasa untuk itu mereka masih ada masa untuk lakukan, kalau tidak pembangkang boleh lupakan pilihan raya dan BN akan menang besar," katanya.
Baru-baru ini akibat pertembungan pembangkang sesama sendiri dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak dikatakan antara punca kemerosotan undi terhadap pembangkang sehinggakan DAP hilang lima kerusi.

Tidak salah untuk Pas, Amanah berbincang untuk menang, kata Mahfuz


Mahfuz Omar pertahankan cadangan agar Pas dan Amanah berunding berdasarkan sejarah.Mahfuz Omar pertahankan cadangan agar Pas dan Amanah berunding berdasarkan sejarah.Tidak salah untuk Pas duduk berbincang dengan Amanah yang merupakan parti yang lahir dari pergolakan krisis dalaman Pas yang dianggap pengkhianat jika itu boleh membantu membina kembali imej Pas di persada politik Malaysia, kata ahli parlimen Pas Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar
Katanya, tidak salah juga untuk Amanah berbincang dengan Pas parti yang mereka begitu marah untuk mencari formula bagi  mengalahkan Umno BN.
"Kepada Amanah saya harap buang kemarahan pada Pas dan kepada Pas juga buang rasa geram pada Amanah. Apa pun parti Amanah telah ujud dan semua pehak perlu mencari jalan untuk menewaskan Umno BN demi Rakyat dan Malaysia," kata Mahfuz dalam kenyataannya hari ini.
Bagi bekas ketua penerangan Pas itu, semua pihak perlu belajar dari sejarah.
Katanya, tahun 1990 Pas dan serpihan Umno semangat 46 yang ketuai oleh Tengku Razaliegh Hamzah yang pernah terlibat dalam konspirasi politik mengkhianati dan menjatuhkan kerajaan Pas di Kelantan pada tahun 1978 telah dapat duduk dalam satu pakatan yang dinamakan Angkatan Perpaduan Ummah (APU).
Bukan sahaja Tengku Razaliegh yang mengkhinati Pas tetapi APU turut disertai oleh Parti Berjasa yang merupakan parti yang lahir dari krisis Pas pada 1977 apabila Allayarham Datuk Mohammah Nasir dipecat dari Pas dan menubuhkan Berjasa dan menyertai pru 1978 dan bekerjasama dengan BN serta memenangi 11 kerusi Dun Kelantan dan membentuk kerajaan Kelantan bersama Umno BN, katanya.
Pada pru 1990 Pas menerima dan membentuk kerjasama dengan APU yang melibatkan tiga parti yang pernah mengkhianati Pas iaitu Semangat 46, Berjasa dan Hamim, Parti yang ditubuhkan oleh bekas Presiden Pas Allahyarham Datuk Asri Muda sehingga Pas hilang kerajaan Kelantan pada 1978.
Pada Pru 1990 menyaksikan Pas berjaya membentuk kerajaan Kelantan bersama 3 parti yang pernah mengkhianati Pas dan berjaya mengalahkan Umno Bn 39-0, katanya.
Berjasa diberi satu kerusi exco kerajaan negeri dan Semangat 46 3 exco dan Timbalan Menteri Besar ke 2.

Rafizi senarai jumlah hutang 1MDB yang dibayar kerajaan


Rafizi RamliRafizi RamliJumlah keseluruhan hutang 1MDB yang telah dan berkemungkinan besar diambil alih Kerajaan Persekutuan adalah sebanyak RM27.8 bilion.
Menurut Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, hutang-hutang ini juga menyebabkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak terpaksa membayar faedah tahunan (dipanggil bayaran kupon) sepanjang tempoh hutang itu belum dilangsaikan.
Beliau seterusnya menyenaraikan jumlah hutang 1MDB yang telah dan berkemungkinan diambil alih oleh kerajaan:
HUTANG YANG TELAH DIAMBIL ALIH KERAJAAN
i. Hutang SRC sebanyak RM4 bilion dari Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) melalui pemindahmilikan SRC dari 1MDB kepada Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc).
ii. Hutang Bandar Malaysia sebanyak RM2.4 bilion dari Tabung Haji melalui pemindahmilikan Bandar Malaysia dari 1MDB kepada Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc)
HUTANG YANG BERKEMUNGKINAN TERPAKSA DIAMBILALIH
i. Hutang dalam bentuk bon berjumlah USD1.75 bilion (bersamaan RM7 bilion) yang dijamin IPIC tetapi telah melanggar syarat pinjaman apabila 1MDB gagal membayar faedah bulan lalu.
ii. Hutang dalam bentuk bon berjumlah USD1.75 bilion (bersamaan RM7 bilion) yang juga dijamin IPIC dan faedah perlu dibayar hari ini. Jika tidak dibayar oleh 1MDB, sekali lagi ia melanggar syarat pinjaman.
iii. Hutang dalam bentuk terbitan sukuk/bon patuh syariah berjumlah USD1.83 bilion (bersamaan RM7.4 bilion) yang boleh dituntut serta merta akibat pelanggaran syarat pinjaman hutang-hutang (i) dan (ii) akibat dari “cross defaults”.
Dari jumlah keseluruhan hutang bernilai RM27.8 bilion itu, Rafizi menganggarkan kadar faedah 5% dan tempoh matang purata 15 tahun berjumlah  RM20.85 bilion.
Sehubungan itu, jumlah keseluruhan hutang bercampur faedah adalah bernilai RM48.65 bilion.
Beliau turut menganggarkan bahawa kerajaan terpaksa memperuntukkan sejumlah RM3.3 bilion bagi membayar hutang 1MDB selama 15 tahun.
"Maknanya, rakyat Malaysia mesti menyedari bahawa setakat ini, jumlah peruntukan tahunan yang terpaksa dipotong atau tidak dibelanjakan bagi tujuan rakyat akibat hutang 1MDB (yang kita ketahui setakat ini) adalah dianggarkan RM3.3 bilion," ujarnya.
Rafizi seterusnya memberikan contoh peruntukan kerajaan bagi pendidikan tinggi dan kesihatan/perubatan yang terpaksa dikorbankan untuk membayar hutang 1MDB.

ORANG BARU MEMANG SELALU TERBAEKKK!!

Bernama, sebuah agensi berita milik kerajaan memuji penampilan Gabenor Bank Negara, Muhammad Ibrahim dalam majlis rasmi pertama dengan jawatan barunya itu sebagai baik dan meyakinkan, meskipun bermula dengan sedikit gementar.

Dikatakan mungkin jawatan baru sebagai peneraju bank pusat yang selama ini begitu lama dibayangi oleh Dr Zeti Akhtar Aziz membuatkannya sedikit gementar, walaupun ini sebenarnya bukanlah ucapan pertamanya di khalayak ramai kerana sebelum ini sudah pun memegang jawatan sebagai Timbalan Gabenor Bank Negara sejak sekian lama.
Jawapan Muhammad Ibrahim kepada pertanyaan media mengenai 1MDB juga cukup ringkas - kerajaan akan melunaskan semua obligasi hutangnya.

Kerajaan akan bayar?

Tidakkah dulu Najib sendiri pernah mengatakan duit kerajaan tidak digunakan untuk menyelesaikan isu-isu berkaitan 1MDB?

Kenapa pula kini Gabenor Bank Negara itu berkata kerajaan akan membayarnya?

Beberapa hari sebelum ini, Najib juga dilaporkan berbangga kerana Muhammad Ibrahim turut memuji perlaksanaan cukai GST yang diperkenalkan oleh kerajaan.

Orang baru yang memegang jawatan baru bukan saja selalu tampil baik, bahkan kerapkali menjadi TERBAEKKK!!
Lihatlah  Apandi Ali dulu, bukan saja baik, tetapi juga sama TERBAEKKK!!

Hmmmm....

Singkir Husam, perpaduan PAS-UMNO makin cerah

Bintangnya dalam PAS juga makin pudar selepas kalah dalam pemilihan naib presiden pada muktamar parti itu, tahun lalu.
Husam-Musa_pas_umno_600

Pemecatan bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa minggu lalu, bukan berita mengejutkan kepada pimpinan dan ahli parti itu di seluruh negara serta pemerhati politik.
Ini selepas bekas anak didik allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat itu dilihat menentang arus kepimpinan parti kedua terbesar orang Melayu pimpinan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika ini.
Husam tewas PRU13 kepada Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Mansor di kerusi Parlimen Putrajaya.
Bintangnya dalam PAS semakin pudar selepas kalah lagi dalam pemilihan naib presiden pada muktamar parti itu, tahun lalu.
Jika UMNO mempunyai Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal sebagai pengkritik utama presiden dalam parti itu, Husam juga memainkan peranan sama dalam PAS.
Kritikan bertalu-talu terhadap pentadbiran kerajaan PAS Kelantan senada dengan apa yang dilakukan Muhyiddin dan Shafie terhadap Datuk Seri Najib Razak berhubung skandal 1MDB dan derma peribadi RM2.6 bilion.
Keadaan ini sekali gus menyaksikan pucuk pimpinan PAS tidak lagi mahu ‘mendukung biawak hidup’.
Suatu ketika dulu, ketika zaman Nik Aziz, Husam pernah diramal bakal menjadi menteri besar Kelantan kerana memegang portfolio paling kanan dalam pentadbiran Nik Aziz selain dilihat ada keserasian dengan golongan Anwarisme dalam parti serpihan UMNO itu.
Kini segalanya berubah dan apabila UMNO dilihat menginjakkan landasan perjuangan kepada perjuangan berteraskan Islam dan Melayu, majoriti orang Melayu mengimpikan perpaduan antara dua parti terbesar orang Melayu ini.
Husam antara pemimpin utama PAS yang menentang sebarang usaha perpaduan PAS-UMNO dan golongan ini yang digelar sebagai PAS Progresif akhirnya, lenyap dalam Muktamar ke-61 tahun lalu.
Diketuai bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, golongan ini membentuk parti pembangkang baharu dikenali sebagai AMANAH dan membentuk jalinan pembangkang dikenali sebagai Pakatan Harapan bersama PKR dan DAP.
Bagaimanapun, Husam tidak mengikut jejak langkah meninggalkan PAS untuk bersama dengan AMANAH atau PKR seperti Ahli Parlimen Tumpat Datuk Kamaruddin Jaafar.
Sebaliknya memilih untuk kekal dalam parti berkenaan dan meneruskan kritikan terhadap pentadbiran kerajaan PAS Kelantan di bawah pemerintahan Datuk Ahmad Yakob sebagai menteri besar baharu.

Intip TMJ: 'Ini hanya salah faham' kata KPN

KUALA LUMPUR - Isu berhubung telefon Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, dicuri dengar dan pergerakannya dipantau cawangan khas adalah hanya salah faham.
Perkara ini dimaklumkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Menurutnya, pagi tadi beliau sudah pergi menghadap Tunku Mahkota Johor di Istana Bukit Pelangi, Johor, dalam pertemuan kira-kira satu jam untuk menjelaskan perkara yang sebenar.
Khalid Abu Bakar “Sebenarnya ini adalah sedikit silap faham..tiada apa dan saya sudah jelaskan kepada Tunku.
“Tiada apa-apa masalah dan saya katakan di sini, ini hanya salah faham,” katanya kepada pemberita ketika hadir menyaksikan Kejohanan Rugbi Piala Rujirawongse 2016, di antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Polis Thailand, di Pulapol, dekat sini, petang tadi.
Hari ini, Sinar Harian melaporkan, Tunku Mahkota Johor mendakwa pihak berkenaan (cawangan khas) juga turut membuka fail mengenai beliau dan ayahandanya di Bukit Aman.
Dalam perkembangan lain, Khalid turut mengulas berhubung penahanan seramai 20 individu di Tanjung Labian, Tanjung Batu dan Lahad Datu.
Katanya, penahanan itu adalah sebahagian operasi polis dalam membersihkan kawasan itu daripada kegiatan jenayah rentas sempadan selain menangkap dalang-dalang yang membantu penjenayah dari Selatan Filipina.
Selain itu, susulan laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi oleh Veteran Tentera, Mohd Ali Baharom atau dikenali sebagai Ali Tinju yang mendakwa Pengerusi Gabungan NGO Melayu Malaysia, Datuk Jamal Md Yunus mengancam untuk menyerang dan menembaknya.
“PDRM akan menyiasat jika benar dakwaan tersebut dan jika ada pelanggaran syarat-syarat senjata api, tindakan akan diambil,” katanya.

Skandal 1MDB: Lima soalan buat Menteri Kewangan

Dari manakah sumber dana akan datang untuk membayar hutang yang dicipta 1MDB?
Tuan-Ibrahim_-1mdb_wsj_600
Oleh Tuan Ibrahim Tuan Man
Wall Street Journal terus meneruskan pendedahan mereka terhadap duit 1MDB yang hilang. Terbaru, media ini mendedahkan bahawa para penyiasat mempercayai sekurang-kurangnya US$50 juta duit 1MDB telah digunakan oleh anak tirinya Riza Aziz untuk pembelian hartanah di New York dan Los Angeles.
Soalan pertama: Bilakah Menteri Kewangan dan keluarganya akan menyaman WSJ?
Dalam kemelut IPIC-1MDB, 1MDB telah ingkar membayar faedah sebanyak tiga kali dan IPIC telah membayarnya. Hasilnya, IPIC kini menuntut hutang sebanyak US$1.2 bilion bersama faedah daripada 1MDB dan kerajaan Malaysia sebagai ganti-rugi.
Soalan kedua: Sekiranya kemelut IPIC-1MDB ini tidak dapat diselesaikan, apakah kerajaan Malaysia boleh mengetepikan tuntutan IPIC kerana Kementerian Kewangan yang diterajui Menteri Kewangan telah bersetuju menjamin ganti rugi kepada IPIC berdasarkan perjanjian 1MDB dan IPIC pada Mei tahun lalu?
Semalam, Gabenor Bank Negara yang baru Muhammad Ibrahim pula memberi jaminan bahawa kerajaan Malaysia mampu menyelesaikan hutang yang ditanggung oleh 1MDB.
Soalan ketiga: Dari manakah sumber dana akan datang untuk membayar hutang yang dicipta 1MDB?
Datuk Seri Najib Razak di temu bual eksklusif di saluran TV1 RTM mengakui 1MDB pincang.
Soalan keempat: Apakah Datuk Seri Najib sedia mengambil tanggungjawab penuh dan mengakui lalai dalam menjalankan tugas dalam kegagalan 1MDB yang memalukan rakyat dan negara dengan meletakkan jawatan sebagai Menteri Kewangan?
Soalan kelima: Apakah selepas ini saudara Arul Kanda pula akan menjadi mangsa yang dipersalahkan kerana gagal menyelesaikan kemelut 1MDB-IPIC?

Rafizi anggar rakyat tanggung hutang RM27.8 bilion 1MDB selama 15 tahun

Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli menggangarkan wang rakyat sebanyak RM3.3 bilion akan digunakan sekurang-kurangnya selama 15 tahun bagi melangsaikan hutang yang ditanggung syarikat milik Kementerian Kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Rafizi berkata anggaran tersebut mengambilkira hutang 1MDB yang sudah ditanggung oleh kerajaan dan bakal ditanggung kerajaan berjumlah RM27.8 bilion.
Bebanan yang sudah diambilalih kerajaan adalah hutang SRC International sebanyak RM4 bilion dari Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) melalui pemindahmilikan SRC dari 1MDB kepada Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) dan hutang Bandar Malaysia sebanyak RM2.4 bilion dari Tabung Haji melalui pemindahmilikan Bandar Malaysia dari 1MDB kepada MOF Inc.
Baki hutang yang bakal diambilalih menurut Rafizi terdiri daripada hutang-hutang 1MDB berbentuk bon dengan syarikat berpengkalan di Abu Dhabi, International Petroleum Investment Co (IPIC).
“Ini bermakna, jumlah hutang-hutang 1MDB yang telah dan berkemungkinan besar akan diambilalih oleh Kerajaan Persekutuan adalah RM27.8 bilion.
“Hutang-hutang ini juga menyebabkan kerajaan Persekutuan terpaksa membayar faedah tahunan (dipanggil bayaran kupon) sepanjang tempoh hutang itu belum dilangsaikan,” katanya.
Rafizi menyatakan anggaran hutang pokok yang sudah diambilalih dan berkemungkinan diambilalih berjumlah RM27.8 bilion, sementara bayaran faedah pada 5% setiap tahun bagi 15 tahun berjumlah RM20.85 bilion.
Bagi melangsaikan hutang tersebut menurut Rafizi, kerajaan memerlukan peruntukan tahunan sebanyak RM3.3 bilion bagi membayar faedah tahunan pada kadar 5% sebanyak RM1.4 bilion dan simpanan tahunan untuk bayaran pokok selama 15 tahun berjumlah RM1.9 bilion.

DI MANA tanggunggjawab 1MDB & Najib sebenarnya ??

Kenapa tiba2 skrg Gabenor Bank Negara yakin kerajaan pula selesaikan hutang 1MDB ???.. Kenapa tidak 1MDB itu sendiri..??

PM NAJIB kata hutang 1MDB akan selesai dlm tempoh 5 bulan, manakala ARUL KANDA pula kata hutang 1MDB akan selesai dlm tempoh 6 bulan...

SEKEJAP 5 BULAN, SEKEJAP 6 BULAN... MANA SATU YANG BETUL !!!

SEKARANG DAH 9 BULAN, KENAPA HUTANG 1MDB MASIH BELUM SELESAI !!!

Skandal 1MDB: Makin Femes Malaysia......

Apa kata AG Made in UMNO... Apandi Ali..??
Apa kata Punahsihat 1MDB..??
Apa kata Menteri kewangan..??
Apa kata Perdana Menteri..??
Apa kata Menteri pengampu, Azlina Osman Said..??
Apa kata KJ.. Menteri tak tahu..??
Apa kata Menteri nak tumbuk Tun M Nazri Aziz..??
Apa kata DEDAKIAN SEMUA...???

Kalau ini propaganda fitnah yahudi, BERANI KER NAJIB MAHUPUN KERAJAAN MALAYSIA NAK SAMAN WSJ & FBI !!!

'TAK LAH MAHAL' kerana GST itu TIDAK MEMBEBANKAN RAKYAT..


PRN Sarawak: 1MDB, GST Gagal Tarik Perhatian Pengundi

Rundingan dengan PAS hingga kiamat, ujar Azmin

(Q&A) Dr Mahathir: We Are Against Najib Because He Does Not Rule According To The Laws

Dr Mahathir: The Debt Is Going To Be Paid By You, Your Children & Your Grand Children

Dr Mahathir: 1MDB Is Not Sovereign Wealth, It's The Money He Borrowed

Dr Mahathir: Giving Money To People Is Not Going To Make You Popular

Dr Mahathir: Where We Come From?

Lim Guan Eng: Now Malaysia Is Well Known For All The Wrong Reasons

Zairil Khir Johari: Malaysia Has Never Seen In Such Troubled Time

Bayar hutang 1MDB umpama bina 2 universiti & 3 hospital setiap tahun


Rafizi Ramlikewangan negara membimbangkanRafizi Ramlikewangan negara membimbangkanBerapakah jumlah hutang 1MDB yang perlu ditanggung kerajaan BN dengan wang negara? Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli ada jawapannya.
Menurut Naib Presiden PKR itu, kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak terpaksa memperuntukkan sebanyak RM3.3 bilion setiap tahun untuk membayar hutang 1MDB.
Jumlah itu bersamaan dengan pembinaan dan operasi dua universiti awam (IPTA) dan tiga hospital awam setiap tahun bagi tempoh 15 tahun.
"Bagi tempoh matang purata selama 15 tahun, ini bermakna rakyat Malaysia akan kerugian 30 universiti awam (IPTA) dan 45 hospital awam akibat menanggung hutang 1MDB setakat ini," ujar beliau dalam satu kenyataan media hari ini.
Sehubungan itu, beliau bertegas bahawa skandal 1MDB tidak boleh dilupakan begitu sahaja dan rakyat tidak wajar berputus asa hanya kerana Najib masih kekal sebagai Perdana Menteri.
"Pimpinan politik dan masyarakat turut sama perlu memikirkan langkah mengelakkan tanggungan hutang ini dan mengambil tindakan secepat mungkin," katanya.
Beliau juga melahirkan rasa terkejut dengan kenyataan Gabenor Bank Negara yang baru, Datuk Muhammad Ibrahim yang yakin bahawa kerajaan akan membayar semua hutang 1MDB.

Skandal 1MDB: Alasan Najib disifatkan kelakar


Alasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak bahawa 1MDB gagal ekoran kritik disifatkan sebagai kelakar oleh ahli parlimen DAP, Tony Pua.
Wakil rakyat Petaling Jaya Utara itu berkata sedemikian sebagai mengulas wawancara bersama Najib semalam di kaca televisyen yang antaranya menyebut tentang kegagalan 1MDB kerana serangan ke atas tawaran awam permulaan (IPO) Edra Global Energy.
 "Jika kritikan kami terlalu berkuasa, tentu ianya telah menyekat banyak IPO lain dan urusniaga berkaitan, seperti Felda Global Ventures Holdings atau penswastaan lain dan projek penjanaan dana oleh pentadbiran BN," katanya dalam kenyataan, hari ini.
1MDB mungkin merupakan "model perniagaan terburuk dalam dunia" jika faktor kejayaan atau kegagalannya bergantung secara keseluruhan ke atas IPO anak syarikatnya.
"Jika perniagaan 1MDB melingkup sebab IPO gagal, ia mungkin sebab kenapa IPO gagal dari permulaan," tambah Pua.
Menurut Pua, sebab sebenar IPO Edra gagal ialah kerana kerajaan telah terlebih bayar untuk aset tenaga di bawah Edra.
Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), katanya, menunjukkan Edra telah dinilaikan antara RM9.86 bilion dan RM11.3 bilion sahaja, kurang RM12.1 bilion perbelanjaan ke atas aset.
"Justeru, IPO gagal kerana 1MDB tidak dapat mewajarkan penilaian tidak masuk akal dibayar untuk aset tenaganya, namun Najib memilih untuk menyalahkan kritik-kritik 1MDB pula," ujarnya lagi.
Pua juga menyelar tindakan Najib menyalahkan pengkritik, berbanding menyelesaikan kelemahan 1MDB yang dikemukakan dalam laporan PAC, dan juga tidak memaklumkan kepada awam bagaimana beliau merancang untuk menyelamatkan firma itu.

Dokumen dedah 1MDB, Jho Low pindah dana cara samar


Dokumen bocor melibatkan Banca della Svizzera Italiana (BSI) mendedahkan bagaimana bank itu membantu menyalurkan tunai dengan suspek individu tertentu mengelakkan diri daripada pihak berkuasa pencukaian.
 Dokumen penyelesaian daripada Jabatan Keadilan Amerika Syarikat dengan BSI pada tahun 2013 menunjukkan bahawa bank itu menggunakan pelbagai teknik untuk membantu pelanggannya memindahkan sejumlah besar wang, lapor Financial Times.
Ia juga menggunakan "promoter" atau "pengurus aset luar" yang akan memperkenalkan khidmat bank itu kepada pelanggan yang berpotensi yang mempunyai wang yang banyak bagi mendapatkan komisen lumayan. Bagaimanapun ‘promoter” berkenaan tidak boleh memperkenalkan diri mereka sebagai pekerja BSI.
Cawangan BSI di Singapura yang digunakan oleh firma pelaburan negara 1MDB dan ahli perniagaan kontroversi Jho Low - kini menjadi sebahagian daripada siasatan ke atas 1MDB.
Yeo Jiawei, bekas pegawai bank BSI Singapura, bulan lalu didakwa dengan kesalahan pengubahan wang haram di Singapura.

WSJ dedah anak tiri Najib guna wang 1MDB AS$50 juta beli hartanah mewah

Akhbar kewangan luar negara, Wall Street Journal (WSJ) mendedahkan sekurang-kurangnya AS$50 juta wang daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dimasukkan ke dalam akaun anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Wang dipindahkan tersebut dibelanja oleh Riza Aziz, seorang produser filem penuh adegan seks, untuk membeli hartanah mewah di New York dan Los Angelese, dakwa WSJ.
“Sekurang-kurangnya AS$50 juta didakwa dilencongkan daripada syarikat pelaburan dana di Malaysia dibelanjakan dengan membeli hartanah mewah di New York dan Los Angeles oleh anak tiri perdana menteri Malaysia, menurut dokumen dilihat The Wall Street Journal dan maklumat individu berkaitan hal tersebut,” kata WSJ dalam artikel bertajuk Malaysia Leader Najib’s Stepson Allegedly Funded US Property Deals With 1MDB Money hari ini.
Wang tersebut digunakan bagi membeli kondominium Park Laurel di New York dan rumah agam di Beverly Hills, dakwa akhbar itu.
Menurut WSJ lagi, pembelian hartanah tersebut sedang disiasat oleh pihak Biro Siasatan Persekutuan (FBI).
Fokus siasat FBI tertumpu kepada Riza selepas pendedahan hampir AS$1 bilion wang daripada 1MDB dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib, dimana ia digunakan untuk berbelanja mewah dan untuk dana politik.
Najib menafikan sebarang salahlaku membabitkan kehilangan wang 1MDB dan menolak dakwaan yang dibuat terpalit dengan syarikat bermasalah itu.
Siasatan antarabangsa ke atas 1MDB sedang dijalankan hampir lima buah negara bagi mencari apa yang dikatakan penggubahan wang haram secara skala besar.

PAS fokus tumbangkan UMNO-BN, nafi gabung

NS pengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja, Johor tak hadir

Rakyat patut sembah tuhan, bukan sembah Najib - TMJ

Sungai Besar dan Kuala Kangsar: PAS tidak akan bekerjasama dengan Amanah

Dari penjara ke Bangi, Anwar ziarah jenazah adik

Anwar pays last respects to deceased sister

Konsensus Nasional - Sesi soal jawab

Konsensus Nasional - Syed Sadiq

Konsensus Nasional - Wan Ahmad Faisal

Muhyiddin - Konsensus Nasional Untuk Anak Muda

BN guna undi simpati di Kuala Kangsar, Sungai Besar?


KUALA LUMPUR - Penganalisis politik yakin BN akan menggunakan undi simpati dalam meraih sokongan untuk dua Pilihan Raya Kecil (PRK) di Kuala Kangsar dan Sungai Besar.
‎Pensyarah dari Universiti Malaya, Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, undi itu akan memainkan peranan namun pembangkang tidak akan berdiam diri.
‎Namun menurutnya, calon turut memainkan peranan untuk BN terus kekal menguasai dua-dua Parlimen itu.
"Sekiranya calon itu dilihat benar-benar ada integriti seperti di Sarawak ada Adenan (Tan Sri Adenan Satem) yang anti-rasuah, jujur, diterima ramai, mesra rakyat, saya fikir calon itu boleh diterima.
"Perbalahan di peringkat Bahagian juga perlu dibendung. Mereka perlu bersatu di bawah payung BN," katanya ketika sesi soal jawab selepas forum berkaitan Pilihan Raya Negeri Sarawak, semalam.
PRK Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar hampir pasti berlaku apabila kedua-dua penyandangnya, Allahyarham Datuk Noriah Kasnon (Sungai Besar) dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Wan Anuar (Kuala Kangsar) terkorban dalam nahas helikopter di Sarawak pada 5 Mei lalu.
Mengulas lanjut, beliau mendakwa di Kuala Kangsar terdapat ahli-ahli Umno yang berpuak-puak dengan menyokong beberapa wira politik masing-masing seperti bekas Ketua Wanita Umno,Tan Sri Rafidah Aziz dan bekas Ketua Wanita Umno Gopeng, Datuk Hamidah Othman serta beberapa pemimpin lain.
‎Manakala katanya, di Sungai Besar ada isu Ketua Bahagian Umno yang dilihat tidak rapat dengan Pemudanya.
‎"Cuma kita harapkan di sana budaya politik Jawa. Yang taat, dengar perintah. Itu boleh ubah undi," katanya.
Tegasnya, keputusan dua PRK ini akan menjadi ukuran sebenar kepimpinan Putrajaya.
‎"Dua PRK ini menentukan populariti Putrajaya.
"Jika berjaya, maka cepatlah PRU14, jika tidak, terpulang untuk anda fikirkan," katanya.

PRK Sg Besar, K Kangsar: Jangan beri tongkat kepada BN

PAS akan bertempur habis-habisan terhadap Umno BN pada Pilihan raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Kedua-dua kerusi ini ialah kerusi tradisi PAS, dan oleh kerana itu, PAS telah tegaskan bahawa akan meneruskan tradisi dengan meletakkan calon di kedua-dua Parlimen ini.

Fokus blok pembangkang ialah menumbangkan BN. Kalau ini terus menjadi matlamat penyertaan dalam PRK ini, maka sewajarnya semua pihak berusaha agar BN dapat dikalahkan.

Dengan demikian, sebarang tindakan dari mana-mana parti pembangkang yang meletakkan calon, maka ini bermakna mereka memberi tongkat kepada BN.

Sesungguhnya, PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar ini bukan medan nak tunjuk hebat hingga yang kalah jadi abu menang jadi arang melainkan ada yang memang bercita-cita sedemikian.

Komitmen PAS dalam tindakannya terus menentang BN di Sarawak dan juga pada kedua-dua PRK akan datang adalah bukti paling kukuh bahawa tuduhan PAS hendak bergabung dengan Umno BN adalah fitnah semata-mata. Fitnah itu berlegaran sehingga hari ini dan dipercayai sengaja disebar bagi memecahkan PAS dan membenarkan tindakan menubuhkan parti baru.

Sehubungan dengan PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang akan diadakan dalam waktu terdekat, diharapkan tiada parti pembangkang lain yang meletakkan calon sekadar untuk menguji sokongan kerana tindakan demikian tidak lebih hanya memberi peluang besar bagi BN memenangi PRK ini.

Anwar beri penghormatan terakhir pada jenazah adik


Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang sedang menjalani hukuman penjara, dibenarkan memberikan penghormatan terakhir kepada adiknya yang meninggal dunia di Bangi malam tadi.
Beliau dibawa dari Hospital Kuala Lumpur, selepas dimasukkan ke wad baru-baru ini selepas mengalami masalah tekanan darah.
“DSAI (Anwar) dibawa menziarahi jenazah adik beliau yang meninggal dunia semalam di Teras Jernang pagi ini.
“Sedih mengenangkan pemergian ramai orang tersayang, tanpa beliau dapat berada disisi, kerana terpaksa dipisahkan oleh tirai besi penjara,” tulis isterinya Datuk Seri Wan Azizah Ismail di Facebook.
Jenazah dijadual disemadikan selepas solat Johor hari ini.
Anwar hadir memakai baju Melayu putih dan songkok hitam

Zunar umum WASABI – 'Wa Sapu Bilion'


Selepas pengharaman dan siasatan polis terhadap karya-karyanya, kartunis Zunar hari ini mengumumkan penerbitan buku barunya berjudul WASABI (Wa Sapu Billion)
Buku ke-19 Zunar itu terus menyentuh pelbagai isu kontroversi dalam negara, sambil mengusik pelbagai tokoh-tokoh dalam negara.
“Buku setebal 126 muka surat ini mengandungi lebih 150 kartun-kartun yang kebanyakannya memfokus kepada isu Skandal 1MDB, derma berbilion ringgit ke dalam akaun peribadi PM dan juga lawak jenaka terhadap 'idola' saya, Rosmah.
“Karektor KTN (Ketua Twitter Negara) muncul dalam setiap kartun dalam buku ini,” kata Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque dalam kenyataan.
Kebanyakan kartun dalam buku ini adalah karya koleksi yang tersiar di Internet dan media sosial pada tahun 2015 dan 2016.
Zunar meletakkan harga pasaran buku itu RM26 “untuk menandakan sejumlah RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun perdana menteri”.
“Ia bukan sekadar nombor, tetapi sebagai peringatan bahawa kita tidak boleh berdiam diri dalam isu rasuah kerana kita yang membayar untuk rasuah mereka,” katanya.
Zunar, yang mula-mula popular dengan karyanya di majalah terkenal Gila-Gila, kini memenangi pelbagai anugerah dalam bidang kartun dan hak asasi manusia.

PRK SG BESAR: ADAKAH JAMAL MENOLAK JADI CALON KERANA TAKUT KALAH?

Hari ini, Jamal Md Yunos dilaporkan akan menolak secara baik sekiranya dicalonkan dalam pilihanraya kecil Parlimen Sungai Besar yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Menurutnya, beliau akan meyakinkan pucuk pimpinan bahawa dirinya selaku Ketua UMNO Bahagian dan Pengerusi BN Sungai Besar akan terus menyokong parti meskipun jika tidak terpilih sebagai calon.
Saya terbuka dan memberi laluan kepada muka baru mahupun pemimpin-pemimpin yang lebih berpengalaman, ujar beliau lagi.

Semalam pula, seorang pemimpin NGO, Mohd Ali Baharom atau Ali Tinju membuat jangkaan awal bahawa BN pasti akan kalah teruk di Sungai Besar sekiranya Jamal dipilih sebagai calon pilihanraya kecil itu.

Kalau BN angkat Jamal sebagai calon, kemungkinan kita hanya dapat tong ikan saja, ikan habis, tinggal tong saja. Maknanya parti habis duit, kekalahan yang dapat, kata Ali Tinju.

Adakah penolakan yang dibuat Jamal ini  ada kaitan dengan jangkaan yang dibuat oleh Ali Tinju itu?

Kalau begitu, benarkah Jamal menolak jadi calon kerana takut kalah?

Tetapi, mengapa Jamal begitu cepat mengaku kalah dan seolah-olah sudah mengibarkan bendera putih sebelum turun ke medan perjuangan?

KENAPA SAMPAI JADI BEGINI? NAJIB, ZAHID ATAU IGP JANGAN BERLENGAH BERI PENJELASAN

Jika dakwaan ini benar, ia sudah tentu sesuatu yang memalukan dan tidak sewajarnya berlaku kerana Tengku Mahkota Johor adalah pewaris Raja dan bakal menjadi Sultan Johor suatu ketika nanti.

Untuk apa baginda dipantau oleh polis cawangan khas dan telefonnya dicuri dengar?

Tidakkah sepatutnya pemantauan seperti itu hanya dilakukan kepada mereka yang merbahaya dan merupakan ancaman kepada negara?

Dalam hal ini,  apakah seorang Tengku Mahkota dan bakal Sultan Johor boleh diterima akal sebagai ancaman kepada negara atau kepada sesiapa yang berkuasa?

Benarkah juga, sepertimana dakwaan Tengku Mahkota Johor, ayahanda baginda yang merupakan Sultan Johor turut sama dipantau oleh polis cawangan khas?

Meskipun sehingga ini, semunya masih boleh dianggap dakwaan semata-mata oleh Tengku Mahkota Johor, tetapi sudah tentu baginda tidak membuat dakwaan sebegitu jika maklumat yang diperolehinya tidak benar-benar asli atau kurang meyakinkan.

Oleh itu, adalah penting bagi pihak kerajaan, khususnya Perdana Menteri, Najib Razak, Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar untuk segera memberi jawapan dan penjelasan kepada dakwaan yang dibangkitan oleh Tengku Mahkota Johor ini.

Penjelasan bukan saja penting tentang keperluan pemantauan itu dilakukan, bahkan juga mengenai siapa dan daripada mana datangnya arahan tersebut.

Perkara ini bukanlah sesuatu yang boleh dilengah-lengahkan atau didiamkan begitu saja kerana ia telah pun menimbulkan keresahan dan kebimbangan di kalangan rakyat, bukan saja bagi bangsa Johor, malah rakyat Malaysia seluruhnya.

AMANAH beri gambaran pertandingan 3 penjuru di Sungai Besar


Pemimpin kanan Parti Amanah Negara (AMANAH) Khalid Samad memberi gambaran akan berlaku pertembungan tiga penjuru antara Pakatan Harapan, PAS dan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar.
 Katanya, Pakatan Harapan akan menghantar calon mereka dan berkemungkinan dari PKR, AMANAH atau DAP.
“Ada kemungkinan tiga penjuru. Kalau tiga penjuru membuktikan ia sokongan kepada Pakatan Harapan, bukan pada parti-parti sendirian yang bertanding.
“AMANAH akan bermesyuarat pada 15 hari bulan untuk bincang perkara ini, akhirnya kita berpandangan calon yang nak diturunkan mesti calon Pakatan Harapan,” katanya kepada Malaysiakini.
Khalid berkata, meskipun membawa nama Pakatan Harapan, beliau turut berharap supaya calon dari AMANAH yang bertanding dalam PRK tersebut.
“Tapi bagi AMANAH, kalau boleh kita nak lah (bertanding), kita akan berhujah (dalam mesyuarat Pakatan Harapan), bertemu dan berbahas tapi tidak ada makna kalau kita tidak tonjolkan Pakatan Harapan,” katanya.
Kerusi Parlimen Sungai Besar menjadi kosong ekoran penyandangnya, Datuk Noriah Kasnon terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau Sarawak pada 5 Mei lepas.
Khalid, ketika ditanya tentang kemungkinan akan kalah kerana pertandingan banyak penjuru sepertimana yang berlaku di pilihan raya negeri (PRN) Sarawak, berkata:
“Terpulang pada PAS lah kalau dia yang nak tiga penjuru. PAS sendiri nak buat blok ketiga, jadi terpulang pada dia.

PAS tangguh muktamar jika bertembung tarikh PRK

Muktamar akan diadakan selepas PRK selesai bagi membolehkan parti membuat persediaan dan berkempen dalam kedua-dua PRK.
tuan-ibrahim-pas
PETALING JAYA: PAS akan menangguhkan muktamarnya bagi 2016 yang dijadualkan bermula pada Jun depan jika PRK Sungai Besar di Selangor dan Kuala Kangsar di Perak ditetapkan pada tarikh yang sama dengan perhimpunan tahunan parti Islam itu.
Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata barisan kepimpinan pusat parti akan membuat keputusan selepas SPR membuat pengumuman berhubung dua PRK berkenaan.
Muktamar PAS ke-62 pada tahun ini akan diadakan pada 1 hingga 4 Jun di Kota Baru, Kelantan.
Esok, SPR akan membuat pengumuman berhubung tarikh dua PRK berkenaan. Pemerhati politik meramalkan ia akan dijalankan hampir serentak penghujung bulan ini dengan tarikh membuang undi mungkin jatuh pada 4 Jun.
“Kita tunggu pengumuman dulu dan jika PRK ditetapkan pada tarikh perhimpunan kami, kita akan menangguhkannya supaya pemimpin dan ahli boleh memberi tumpuan penuh kepada PRK.
“Kita akan mengadakan perhimpunan selepas tarikh itu kerana kami akan terbabit dengan persediaan dan kempen dalam PRK berkenaan,” katanya dipetik daripada Malay Mail Online.
PRK bagi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar perlu diadakan selepas kematian penyandangnya Datuk Noriah Kasnon dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang maut dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak minggu lalu.
Secara tradisinya, kedua-dua kerusi itu ditandingi PAS, secara satu lawan satu dengan BN.
Tuan Ibrahim berkata beliau tidak menjangkakan berlakunya pertandingan tiga penjuru di kedua-dua kerusi itu kerana ia selama ini memang kerusi PAS.
Tags; Bahasa, PAS, muktamar, PRK, Sungai Besar, Kuala Kangsar, SPR.

PRK Sungai Besar: BN dijangka kalah teruk - Shukri Shuib


Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa UUM,Md Shukri Shuib

SHAH ALAM - BN mungkin kalah teruk dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar.
Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib yang mengandaikan demikian berkata, kebarangkalian itu sukar dinafikan berdasarkan pada situasi semasa dan juga isu-isu di Selangor.
"Saya menjangkakan calon daripada Amanah (Parti Amanah Negara) akan diletak untuk berdepan dengan calon BN. Calon ini akan mewakili Pakatan Harapan dan pertembungan ini nanti akan dilihat sebagai pertembungan antara kerajaan negeri dengan kerajaan Pusat," katanya.
Beliau berkata, meskipun Amanah masih baharu dan kawasan itu pula dilihat kawasan yang didominasi oleh Pas sebagai parti pembangkang yang terkuat, pakatan pembangkang dilihat lebih cenderung untuk meletakkan calon daripada Amanah.
"Pas kini bukan lagi anggota pakatan meskipun Sungai Besar kubu kuat parti itu. Jika Amanah bertanding, saya andaikan Pakatan Harapan akan lebih mendokong parti berkenaan berbanding Pas.
“Pas mungkin akan berhadapan dengan pertembungan hebat daripada Pakatan Harapan terutama Amanah yang ramai melihat sebagai proksi DAP,” katanya.
Beliau berkata, faktor kerjasama antara Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Pakatan Harapan menerusi Deklarasi Rakyat juga menambah lagi kebarangkalian kekalahan BN di kerusi berkenaan.
“Pakatan Harapan (dijangka) akan cuba meminggirkan Pas dalam pakatan dan bekerjasama dengan Tun Mahathir bagi menewaskan BN.

PAS minta parti pembangkang lain tidak letak calon didua PRK

Tindakan meletakkan calon semata-mata untuk menguji sokongan tidak akan memberikan kelebihan, sebaliknya hanya akan menguntungkan BN.
pas
PETALING JAYA: PAS menggesa parti pembangkang lain tidak menurunkan calon mereka dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tindakan meletakkan calon semata-mata untuk menguji sokongan tidak akan memberikankelebihan, sebaliknya hanya akan menguntungkan BN.
“Sehubungan dengan PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang akan diadakan dalam waktu terdekat, diharapkan tiada parti pembangkang lain yang meletakkan calon sekadar untuk menguji sokongan.
“Hal ini kerana, tindakan sedemikian tidak lebih hanya memberi peluang besar bagi BN memenangi PRK ini,” katanya dalam satu kenyataaan hari ini.
Ujar beliau lagi, pemimpin di blok pembangkang perlu sedar pertembungan sesama blok pembangkang hanya akan merealisasikan bidalan “yang kalah jadi abu, menang jadi arang”.
“PAS akan bertempur habis-habisan terhadap UMNO/BN di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Kedua-dua kerusi ini ialah kerusi tradisi PAS, oleh itu PAS telah tegaskan akan meneruskan tradisi dengan meletakkan calon di kedua-dua Parlimen ini.

Amiruddin letak jawatan YDP Pas Kuala Kedah


Amiruddin letak jawatan YDP Pas tapi masih kekal AdunAmiruddin letak jawatan YDP Pas tapi masih kekal Adun
Adun Anak Bukit, Datuk Amiruddin Hamzah hari ini mengesahkan meletak jawatan sebagai Yang Dipertua Pas kawasan Kuala Kedah.
"Peletakan jawatan ini hanya melibatkan jawatan Yang Dipertua Pas kawasan sahaja dan saya masih kekal sebagai ahli Pas, ketua cawangan Pas Taman Sri Putra dan Adun Pas kawasan Anak Bukit, " kata beliau dalam satu kenyataan yang disahkan setiausaha Amanah Kedah melalui status facebooknya.
Menurut Amiruddin, beliau dengan penuh rasa berat hati, maklumkan bahawa satu surat peletakan jawatan telah dihantar kepada setiausaha Pas kawasan, saudara Rashidi Razak semalam (9/5/16).
"Rasional kenapa tindakan ini dambil telah saya jelaskan sepenuhnya kepada Pesuruhjaya Pas Kedah," katanya
Menurutnya, perjalanan sebagai Adun Pas Anak Bukit akan dpantau sepenuhnya oleh jawatankuasa pusat khidmat wakil rakyat Anak Bukit dan saya telah dan akan terus memberi kerjasama kepada mereka.

Selepas 70 tahun Umno kini ‘rosak’ kerana Najib

Parti Umno kini ‘rosak’ dek akibat tindakan Presiden Datuk Seri Najib Razak yang disifatkan ahli akar umbi sebagai barah yang membawa kepada kehancuran masyarakat Melayu hari ini.
Naib Presiden Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) Rushdan Mohamed berkata Umno yang suatu ketika dahulu dihormati dan disanjungi rakyat Malaysia kini dipandang hina kerana skandal terpalit Najib.
“Selepas 8 tahun parti keramat ini dipimpin oleh Najib, Umno berada di paras paling teruk paling buruk paling hina terpalit oleh masalah peribadi yang dilakukan Najib dengan mengheret sekali parti ini ke lembah penghinaan dan lembah pendustaan.
“Jikalau ditanya sanggupkah lagi rakyat memberikan rantai emas, wang ringgit untuk parti keramat ini, jawapannya pasti tidak,” kata Rushdan kepada The Malaysian Mirror.
GKCM menjadi kumpulan pendesak paling lantang mengkritik Najib dalam isu syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan skandal wang derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadinya.
Rushdan yang juga seorang ketua cawangan Umno berkata, lebih parah lagi apabila ahli-ahli Umno sendiri sudah menjauhi parti itu dan ini terbukti dalam mesyuarat peringkat cawangan yang seringkali tidak mencukupi korum.
“Bukan senang untuk membina parti keramat ini Presiden bersilih ganti, parti tetap utuh tapi kini nak buat mesyuarat Cawangan pun tak cukup korum.
“Sehingga ahli disajikan dengan Cabutan Bertuah untuk dapatkan korum yang dikehendaki,” katanya.
Sementara itu, seorang ahli Umno,Moohamad Faizal Abdul Raub menyifatkan parti kaum Melayu itu sudah menyimpang daripada perjuangan asal dan sudah menjadi parti milik seorang individu iaitu Najib.
“Asas penubuhan Umno dan tunjang perjuangan semakin dilupakan, yang ada dalam Umno sekarang adalah perjuangan untuk pertahankan individu.
“Individu yang gunakan parti untuk kepentingan diri dan perisai melindungi kemungkaran yang dibuat. Ini sungguh memalukan,” kata Faizal yang juga ahli Umno Cawangan Keliang, Hulu Selangor.