Selasa, 10 Mei 2016

Kenyataan pendapatan kasar Bumiputera meningkat oleh Najib sekadar “indah khabar dari rupa”

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam mengeluarkan kenyataan bangga dengan memetik laporan peningkatan pendapatan kasar kaum Bumiputera daripada RM172 pada 1970 kepada RM5,548 pada 2014, namun sebaliknya ia hanyalah sekadar “indah khabar dari rupa”.
Najib memetik laporan dikeluarkan oleh Unit Perancang Ekonomi dalam komen statusnya sempena ulangtahun ke-70 tahun Umno dengan berkata:
“Hasil perjuangan dan titik peluh Umno, golongan Bumiputera dan Melayu telah melangkah makin maju dari masa ke masa.
“Insya-Allah, kita akan berusaha untuk terus pastikan Melayu dan Bumiputera semakin maju seiring pembangunan negara. #UMNO70Tahun.”
Bagaimanapun, Najib tidak menjelaskan mengenai “purata pendapatan kasar tersebut” dan hanya menggunakan angka tersebut untuk menjustifikasi kejayaan Umno dalam membantu Bumiputera khususnya kaum Melayu.
Secara mudah, pengiraan purata pendapatan isi rumah tidak dibuat mengikut kawasan geografi. Ia mengambil kira pendapatan rakyat seluruh negara tidak kira jawatan; di kampung atau desa; di bandar atau luar bandar; sektor awam atau swasta, mereka yang berpendapatan berpuluh-puluh ribu ringgit atau yang hanya meraih pendapatan sekadar cukup makan dan pakai sahaja.
Apabila pendapatan dicampurkan dan dibahagikan mengikut bilangan semua mereka, maka terhasillah angka tersebut.
Secara matematiknya, mereka yang mendapat pendapatan lebih besar, jumlahnya menjadi kecil, manakala yang mendapat pendapatan kecil berasakan pendapatan purata mereka sepatutnya berjumlah RM5,900 sebulan.
Sebaliknya, jika pendapatan mereka jauh lebih rendah daripada purata pendapatan isu rumah, mereka akan kecewa. Pendapatan mereka tidak sampai ke tahap sebenarnya.
Jika konsep pendapatan purata isi rumah ini difahami, rakyat akan faham mengapa kenyataan Najib sebenarnya ‘indah khabar dari rupa.’

Najib tidak serik dengan 1MDB, cuba campur kes MBSB pula


Najib cuba menyelamatkan penyokong kuat beliau dari dibangkrapkanNajib cuba menyelamatkan penyokong kuat beliau dari dibangkrapkan
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak didakwa tidak serik dengan skandal yang melanda beliau dalam isu 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) apabila  oleh Malaysia Building Society Berhad (MBSB).
Ahli parlimen Pandan, Rafizi Ramli berkata, kerana suburnya budaya ahli politik campur tangan di dalam pengurusan syarikat atau badan berkepentingan awamlah ia telah menjejaskan nama baik negara.
"Paling dikesali adalah apabila Perdana Menteri boleh mengarahkan sebuah bank mengenepikan tindakan kebankrapan ke atas seorang Ketua Bahagian Umno pada ketika beribu-ribu rumah rakyat miskin disita dan dilelong setiap minggu sementara pemiliknya jatuh muflis hanya kerana gagal membayar beberapa ribu," kata Setiausaha Agung PKR itu dalam satu kenyataannya hari ini.
Rafizi mengulas tindakan Najib melalui setiausahanya yang menghantar satu surat kepada MBSB agar menyelesaikan tuntutan bangkrap ke atas Ketua Umno Bahagian Kepong agar diselesaikan di luar mahkamah.
Menurut Rafizi, beliau telah mendapat satu salinan surat dari Tan Sri Haji Shukry Mohd Salleh, Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri kepada Datuk Ahmad Zaini Othman, CEO MBSB bertarikh 20 Oktober 2015.
Surat tersebut mengarahkan supaya MBSB mengenepikan notis kebankrapan terhadap Datuk Rizuan Abdul Hamid, Ketua Umno Kepong berhubung pembangunan 10 unit banglo di Bukit Tunku.
Selain itu, surat itu secara jelas menyatakan arahan agar MBSB menyelesaikan tuntutan pinjamannya terhadap Datuk Rizuan Abdul Hamid di luar mahkamah.
Katanya, Rizuan adalah salah seorang Ketua Bahagian Umno yang paling lantang membela Najib.
Beliau menjadi popular apabila mengikrarkan beliau berani mati untuk Najib semasa Mesyuarat UMNO Bahagian Kepong tahun lalu seperti dilaporkan Astro Awani.
MBSB pula adalah sebuah anak syarikat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang memiliki 65% saham di dalam MBSB.
Oleh itu, MBSB adalah pembiaya rumah milik rakyat yang perlu dilindungi dari campur tangan politik, katanya.

HAKIKATNYA.. NAK SELAMAT DI DUNIA CEPAT2LAH JADI AHLI & #DEDAKERS UMNO..

KENAPA Ketua Umno Bahagian Kepong sanggup 'mati' demi PM ??..Rupa2nya dlm diam2 Panglima Perang Orang Islam telah campurtangan dlm MBSB dgn mengarahkan MBSB mengenepikan notis kebankrapan terhadap Datuk Rizuan Abdul Hamid, Ketua Umno Kepong berhubung pembangunan 10 unit banglo di Bukit Tunku.

Paling dikesali adalah apabila Perdana Menteri boleh mengarahkan sebuah bank mengenepikan tindakan kebankrapan ke atas seorang Ketua Bahagian Umno pada ketika beribu-ribu rumah rakyat miskin disita dan dilelong setiap minggu sementara pemiliknya jatuh muflis hanya kerana gagal membayar beberapa ribu.

TEKNOLOGI TERIKINI utk mencapai negara berpendapatan tinggi menjelang 2020..

Biar sekalipon negara sudah merdeka LEBIH 50 TAHUN, TONG BIRU lah penyelamat nyawa rakyat..

"Paling penting dengan adanya tangki 1Malaysia perasaan bimbang penduduk diserang buaya telah menurun kerana kekerapan untuk mendapatkan air di sungai telah berkurangan” - ICU JPM, 28/02/2013

Tak payah nak temberang la Najib nak citer pasal pemerkasaan ekonomi Bumiputera..

TAHUKAH ANDA.. RM52 bilion saham Bumiputera telah lesap dan diakui sendiri Najib Razak pada 24 Mac 2011.

SIAPA SEBENARNYA yg menjahanamkan bangsa Melayu itu sendiri, PKR ka? DAP ka? PAS ka? Amanah ka? ATAU UMNO !!!

Hingga kini isu lesapnya saham tersebut yg ingin diusulkan di Parlimen TELAH DITOLAK DEWAN RAKYAT atas alasan 'Isu Remeh & Dangkal'..

NAMPAK TAK, SIAPA SEBENARNYA PENYAMUN & PENYANGAK DALAM NEGARA !!!

Hasil Keberkatan Transforbasi Negara...

Sungguh mudah jadi KERAjaan lanoon..
SUBSIDI DIHAPUSKAN & RAKYAT KENA GST 6%..

NAMPAK TAK !!!.. Di mana kedudukan Melayu selama ini ??

BUKTI & FAKTA 'sesuatu' yg disorok oleh Najib & KERAjaan BN selama ini...

KENAPA Najib Razak TIDAK BERANI DEDAHKAN data-data & FAKTA yg sebenar ??

KENAPA Najib nak sorok FAKTA apa yg dah berlaku pada pendapatan kasar bulanan isi rumah purata bagi Bumiputera, Cina & India selama Umno/BN memerintah ??

Pelawaan Azmin: Ini jawapan Iskandar Samad


MEDIA telah meminta komen saya tentang pelawaan Timbalan Presiden PKR, Dato' Seri Mohd Azmin Ali agar PAS kembali bekerjasama dengan PKR dan DAP.

Komen saya adalah perkara seperti ini hanya boleh diputuskan oleh PAS Pusat.

PAS Selangor tidak boleh membuat apa-apa keputusan walaupun berhak menyatakan pandangan.

PAS Selangor yakin dengan kebijaksanaan dan pandangan jauh PAS Pusat yang akan mengambil kira situasi di negeri-negeri.

Walau bagaimanapun bagi kami di Selangor, kerjasama di antara ketiga-tiga parti masih terus berjalan di dalam kerajaan.

DATO' ISKANDAR ABDUL SAMAD
Pesuruhjaya PAS
Negeri Selangor

PRK Parlimen Sungai Besar dijangka sebelum Ramadan

Sungai BesarTimbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali menjangkakan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar berlangusng sebelum Ramadan.
Beliau berkata, segalanya terserah kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh 60 hari kekosongan.
“Mereka (SPR) perlu mengadakan pilihan raya dalam tempoh 60 hari. 60 hari dijangka pada hari kedua atau ketiga hari raya.
“Saya tidak rasa mereka akan adakan pilihan raya pada hari raya. Berkemungkinan pada Ramadan atau sebelum itu,”