Isnin, 9 Mei 2016

SIAPA PATUT BERTANDING DI KUALA KANGSAR DAN SUNGAI BESAR?

Pas nampaknya awal-awal lagi sudah menyatakan hasrat akan bertanding dalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar yang bakal diadakan tidak lama lagi berikutan kematian wakilnya Wan Khairil Wan Ahmad dan Noriah Kasnon dalam tragedi helikopter terhempas di Sarawak, baru-baru ini.

Berdasarkan pilihanraya 2013, memang Pas yang bertanding di kedua-dua kawasan itu. Di Kuala Kangsar, Pas tewas dengan 1,082 undi manakala di Sungai Besar hanya dengan 399 undi.
Itu keputusan 2013 di mana DAP dan PKR masih bersama mereka serta pengundi bukan Melayu juga memberikan undi kepada calon-calon Pas tersebut.

Tetapi sekarang Pas sudah berpisah daripada Pakatan Rakyat dan Amanah pula sudah lahir sebagai parti parti baru dalam Pakatan Harapan?

Pengundi bukan Melayu tentunya tidak lagi memberi undi kepada Pas sebagaimana pilihanraya 2013 dahulu.
Dalam hal ini, apakah Amanah yang akan bertanding di kedua-dua kawasan itu mewakili Pakatan Harapan?

Jika SPR menetapkan pilihanraya diadakan serentak, wajarkah Amanah bertanding di kedua-duanya sekali atau perlu menyerahkan salah satu kerusi itu kepada PKR untuk menandinginya?

Dengan Pas sudah mengesahkan mahu bertanding, kebarangkaliannya ialah pertandingan tiga penjuru akan berlaku di Kuala Kangsar mahu pun Sungai Besar, kecuali jika Pakatan Harapan mengambil keputusan tidak meletakkan calon bagi memberi laluan pertandingan satu lawan satu antara Pas dengan BN.
Namun, perkara itu rasanya mustahil terjadi kerana dalam situasi sekarang, tidak bertandingnya Pakatan Harapan dan memberi laluan kepada Pas hanya seolah-olah memberi kemenangan percuma kepada BN berikutan parti Islam itu sendiri lebih condong untuk bersama dengan Najib Razak dan kerajaan.

PAS ajak PKR sertai blok politik ketiga

Keputusan PKR untuk bersama PAS atau PH tidak boleh ditangguh-tangguhkan lagi kerana ia akan menjadi tidak relevan dalam tempoh sebulan dua dari sekarang.
Mohd Zuhdi Marzuki
PETALING JAYA: Pusat Penyelidikan PAS (PPP) mengajak PKR menyertai blok politik ketiga bersama parti Islam itu dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN), selepas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyarankan PAS kembali bersama DAP dan parti itu.
Pengarah Operasi PPP, Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata tanpa DAP, pihaknya melihat gabungan PAS, PKR dan parti-parti lain seperti IKATAN mampu membawa kesan besar termasuk menukar kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
“Keputusan PKR untuk bersama PAS dan blok barunya atau Pakatan Harapan (PH) tidak boleh ditangguh-tangguhkan lagi dengan pengertian lain ‘strategi melambat-lambatkan permainan’ akan menjadi tidak relevan dalam tempoh sebulan dua mulai sekarang,” katanya kepada FMT hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Azmin yang menyarankan PAS kembali bersama DAP dan PKR sebagai sebuah pasukan untuk menghadapi PRU14.
Azmin berkata, parti pembangkang perlu bermuhasabah diri atas kekalahan teruk pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 yang jelas menunjukkan rakyat Sarawak menolak parti pembangkang disebabkan perbalahan sesama sendiri.
Beliau berpendapat, pencapaian pembangkang pada PRN kali ini mungkin lebih baik jika sejak awal lagi mereka bersatu hati dan bekerjasama.

Deklarasi rakyat sudah melepasi sasaran sejuta tandatangan, kata Mahathir


Mahathir umum capai sejuta tandatanganMahathir umum capai sejuta tandatangan
Bekas perdana menteri, Tun Mahathir Mohamad berkata usaha mendapat sokongan Deklarasi Rakyat telah melepasi sasaran satu juta tandatangan.
"Setakat ini, kami telah mendapat 1 juta tandatangan rakyat yang menyokong deklarasi ini dan satu tarikh khas akan ditentukan kelak untuk deklarasi ini diserah kepada Yang di-Pertuan Agong," katanya ketika ditemui pemberita selepas ucapannya di Kepala Batas malam tadi.
Menurut Bernama, beliau berkata deklarasi itu telah mendapat sambutan yang agak baik dalam kalangan rakyat sejak ia dilancarkan dan beliau yakin ia akan mencapai angka tandatangan yang disasarkan.
Majlis yang dihadiri hampir kesemua barisan pemimpin Pakatan Pembangkang itu dianjurkan untuk mendapat tandatangan rakyat menyokong deklarasi yang bertujuan menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Tun Dr Mahathir Mohamad yang ditemani isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali tiba di Dewan Millenium pada pukul 9.45 malam dan beliau mula berucap kira-kira pukul 11.15 malam.
Katanya, beliau akan menetapkan satu tarikh untuk menyerahkan deklarasi itu kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Rafizi dedah KB Umno Kepong sanggup mati untuk Najib diselamatkan dari bankrap

Rafizi Ramli hari ini mendedah seorang Ketua Umno Bahagian Kepong, Datuk Rizuan Abdul Hamid yang sanggup mati demi mempertahankan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terselamat daripada diisytihar bankrap berhubung pembangunan 10 unit banglo di Bukit Tunku.
Setiausaha agung PKR itu mendedahkan satu salinan surat dari Tan Sri Haji Shukry Mohd Salleh, Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri kepada Datuk Ahmad Zaini Othman, CEO Malaysia Building Society Berhad (MBSB) bertarikh 20 Oktober 2015.
“Surat tersebut mengarahkan supaya MBSB mengenepikan notis kebankrapan terhadap Rizuan, Ketua Umno Kepong berhubung pembangunan 10 unit banglo di Bukit Tunku.
“Selain itu, surat itu secara jelas menyatakan arahan agar MBSB menyelesaikan tuntutan pinjamannya terhadap Rizuan di luar mahkamah,” kata Rafizi dalam satu kenyataan hari ini.
Nama Rizuan mendapat perhatian menjadi popular apabila mengikrarkan beliau berani mati untuk Najib semasa Mesyuarat Umno Bahagian Kepong tahun lalu.
“MBSB pula adalah sebuah anak syarikat Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) yang memiliki 65% saham di dalam MBSB.
“Oleh itu, MBSB adalah pembiaya rumah milik rakyat yang perlu dilindungi dari campur tangan politik,” katanya.
Najib berdepan tekanan dalam dan luar parti yang mendesak peletakan jawatannya ekoran skandal kewangan yang terpalit dengan pentadbirannya.

PKR tentukan saman kerajaan Sarawak esok



PKR akan menentukan sama ada pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang ke atas kerajaan negeri Sarawak berhubung sekatan kemasukan pemimpin parti itu esok.
Mengesahkan perkara itu, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, hal tersebut akan dibincangkan semasa mesyuarat biro politik parti itu malam esok.
“Keutamaan akan terus kepada calon-calon tempatan kami dan kehidupan seterus mereka berbanding maruah kami yang dicalar.
“Kami mahu mereka menerima sepenuhnya kehadiran kami dan menyokong semasa berkempen,” beliau memberitahu Malaysiakini.
Ahli Parlimen Lembah Pantai itu adalah antara pemimpin pembangkang yang dilarang memasuki Sarawak semasa tempoh kempen pilihan raya negeri Sabtu lalu.
Nurul Izzah tetap dihalang walaupun selepas beliau menulis surat kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem yang meminta beliau dan ibunya, Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk meminta secara baik.
Lebih 40 ahli parlimen pembangkang, aktivis dan ahli akademik dihalang memasuki Sarawak ketika tempoh tersebut.
Terdahulu, Timbalan Ketua Pemuda PKR Sarawak, Simon Siah dilaporkan akan mempertimbangkan tindakan undang-undang ke atas kerajaan negeri Sarawak atas halangan kemasukan tersebut.
Siah, yang merupakan sebahagian daripada biro perundangan PKR negeri berkata, pihaknya akan menunggu sehingga pilihan raya selesai untuk berbuat demikian.

PKR muhasabah, DAP mahu bedah siasat


Sehari selepas berlangsung pilihan raya negeri Sarawak, dua parti pembangkang yang bertanding di negeri itu - PKR dan DAP- nampaknya akur dengan keputusan diumumkan malam semalam.
Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata pihaknya akan mengkaji kekalahan di kerusi yang ditandinginya, selain terus konsisten dengan perjuangan mereka.
“Kami akan bermuhasabah diri, serta mempertingkat dan memperbaiki keupayaan pakatan politik ini dalam mempersembah program bersama yang memperjuangkan keadilan sosial dan ekonomi demi rakyat.
“Kita perlu mengatasi kepentingan kepartian yang sempit demi perpaduan nasional. Ini amat penting untuk menzahirkan masa depan yang lebih baik demi Sarawak,” kata anggota Parlimen Permatang Pauh itu dalam kenyataannya hari ini.
Mengucapkan tahniah atas kejayaan BN, ADUN Kajang itu juga mengakui pilihan raya negeri Sarawak adalah paling sukar bagi mereka dengan menempuh pelbagai cabaran dan halangan.
“Amatlah penting untuk ingat bahawa pilihan raya negeri kali ini merupakan pilihan raya negeri yang paling susah bagi kami, dengan pelbagai cabaran dan halangan yang mengingatkan kami untuk terus istiqamah dalam perjuangan mendesak pilihan raya yang lebih bebas dan adil sebelum pilihan raya umum yang akan datang,” tambah Wan Azizah.
Tangani kekecewaan penyokong
Sementara itu Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pula berkata parti itu akan melakukan bedah siasat selepas mengalami kehilangan lima kerusinya kepada BN.

BERSIH gesa SPR teliti peratusan keluar mengundi


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digesa meneliti peratusan keluar mengundi pada hari pengundian dalam pilihan raya Sarawak semalam.
Gesaan tersebut dibuat Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah selepas mendapati berlaku peningkatan kadar peratusan keluar mengundi yang begitu mendadak sekitar jam 4.00 petang ke tengah malam.
“Saya rasa SPR perlu mengambil tindakan (keluar mengundi meningkat) kerana terdapat percanggahan besar - ia bukan satu peningkatan lima hingga enam peratus," kata Maria kepada Malaysiakini.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah semalam tidak mendedahkan peratus keluar mengundi pada hari pengundian dalam pilihan raya Sarawak.
Peratusan keluar mengundi hanya diumumkan setakat jam 4 petang dengan 52 peratus daripada 1,109,795 pemilih berdaftar.

Pertembungan PKR-DAP bukan sebab BN menang


Pertembungan antara PKR dan DAP adalah antara sebab yang disebut oleh ramai pihak menyebabkan kekalahan buruk Pakatan Harapan dalam pilihan raya negeri Sarawak.
Bagaimanapun, keputusan pilihan raya terperinci yang diterbitkan Suruhanjaya Pilihan Raya menunjukkan kedua-dua parti Pakatan Harapan itu tidak boleh mengalahkan BN, walaupun dalam pertandingan satu lawan satu.
 Sebagai contoh, di Batu Kitang, calon BN Lo Khere Chiang menang dalam pertembungan pelbagai penjuru ke atas calon PKR Voon Shiak Ni, calon DAP Abdul Aziz Isa dan dua calon bebas yang lain.
Walaupun kedua-dua calon bebas membuat sedikit perbezaan dengan hanya memperoleh 105 undi terkumpul, Voon dan Abdul Aziz hanya memperoleh sejumlah 5509 undi berbanding Lo sebanyak 6,466 undi.
Bagaimanapun, keputusan itu tidak mengulangi kaji selidik Merdeka Centre yang ditugaskan oleh PKR dan DAP bagi menyelesaikan pembahagian kerusi berdasarkan sikap di kalangan pengundi.
Menurut kaji selidik dijalankan sebelum pilihan raya itu, 60 peratus pengundi Batu Kitang memihak DAP dengan mengatasi BN manakala hanya lapan peratus mengatakan yang sama untuk PKR.
Abdul Aziz memperoleh 4626 undi melepasi Voon, yang hanya berjaya meraih 883 undi di kawasan yang terletak di ibu kota Kuching.
PKR sebelum ini cuba membongkar kaji selidik Merdeka Center sebagai faktor DAP bertanding di Batu Kitang, dengan menunjukkan bahawa keputusan itu tidak lagi terpakai kerana ia dijalankan pada bulan Januari.

PAS tak beriman dengan pilihan raya, tak kisah kalah, kata Naib Presiden

Walaupun gagal menang satu pun kerusi di Sarawak, PAS tidak kecewa kerana parti itu tidak beriman semata-mata dengan pilihan raya dan tidak kalah kerana mereka sudah biasa melaluinya, kata Naib Presidennya Idris Ahmad.
Idris berkata walaupun Pilihan Raya Negeri Sarawak tidak memihak kepada mereka, beliau yakin PAS akan terus mara dan ahli-ahlinya masih setia menyokong perjuangan mereka.
“Mereka yang hanya beriman dengan pilihanraya semata-mata, tidak tahan lama dengan PAS. Mereka yang beriman dengan fikrah perjuangan yang tulen akan terus mara bersama PAS, walaupun beribu-ribu kali tewas di dalam pilihan raya.
“Mereka yakin apabila sampai waktunya perjuangan Islam akan menang. Insya-Allah,” katanya dipetik berkata dalam Sinar Harian hari ini.
Idris kemudiaan mengungkit kembali zaman PAS kalah dalam pilihan raya sekitar 1978 dan kemudiaan kembali bangkit apabila berjaya menawan semula Kelantan pada 1990 walaupun hampir berkubur ketika itu.
“Mereka ingat, PAS hanya parti pilihan raya. Pada tahun 1978 dalam pilihanraya negeri Kelantan, PAS hanya mendapat dua kerusi setelah memerintah selama 18 tahun. Musuh-musuh PAS membuat andaian Pas akan berkubur. Alhamdulillah, tahun 1990 PAS memerintah kembali Kelantan hingga kini.
“Begitu juga di Terengganu, PAS pernah kalah di semua kerusi pada tahun 1978 setelah PAS dipecat daripada BN. Kebetulan Terengganu pula baru mendapat telaga minyak sehingga digelar Kuwait Malaysia. Penganalisis politik menganggap PAS akan berkubur, tetapi Alhamdulillah tahun 1999, PAS menang sehingga 2004, dan bangkit semula selepas kalah 2004 hingga kini,” katanya.
Semua 11 kerusi Dewan Undangan Negeri yang ditandingi PAS kalah, walaupun pada awalnya mereka optimis untuk memenangi kerusi sulung di Beting Maro. 8 Mei, 2016.

NAJIB, JANGAN LUPA JADIKAN JAMAL CALON BN DI SUNGAI BESAR!!

Tengok...awal-awal lagi Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Jamal Mohd Yunus dah buat kerja mendekati rakyat, siap bagi makan burger free lagi.

Tak patut sungguh kalau Najib Razak tak jadikan beliau calon BN dalam pilihanraya kecil Parlimen Sungai Besar yang bakal diadakan nanti berikutan kematian Noriah Kasnon dalam tragedi kemalangan helikopter di Sarawak, baru-baru ini.

Kesian Jamal, Jib!!

Elak kepartian sempit, teruskan berjuang- Wan Azizah

Amatlah penting untuk ingat bahawa pilihanraya negeri kali ini merupakan pilihanraya negeri yang paling susah bagi kami.
wan azizah
PETALING JAYA: Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggesa agar parti-parti komponen pembangkang supaya mengatasi isu kepartian sempit demi perpaduan nasional.
Ini kerana pihaknya menghadapi pelbagai cabaran dan halangan yang sekali gus menjadikan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ini pilihan raya yang paling sukar bagi PKR.
“Pelbagai cabaran dan halangan mengingatkan kami untuk terus istiqamah dalam perjuangan mendesak pilihan raya yang lebih bebas dan adil sebelum pilihanraya umum yang akan datang,” ujarnya dalam satu kenyataan, hari ini.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu menambah akan terus mengangkat suara rakyat tanpa rasa takut kerana percaya masih banyak yang perlu diusahakan demi membina masa depan yang lebih baik untuk semua.
“Kami berjanji untuk terus berkhidmat dan mempertahankan kepentingan rakyat Sarawak, sama ada di peringkat DUN mahupun Parlimen,” katanya lagi.
Sementara itu, DAP dijangka melakukan ‘post-mortem’ selepas mengalami kehilangan lima kerusinya kepada BN.
“Parti akan menjalankan post-mortem dan tunggu laporan penuh daripada pengerusi DAP Sarawak Chong Chien Jen. Ia termasuk kegagalan membawa sebarang kemajuan di kerusi luar bandar,” kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam satu kenyataan.

Mahathir akui peranan dimainkan pembangkang



Sekumpulan besar hadirin di Pusat Konvesyen Strait Quay Pulau Pinang menyaksikan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkongsi pentas yang sama.
Acara bertajuk "Quo Vadis Malaysia?" (Ke mana Malaysia?) itu dianjurkan oleh Institut Pulau Pinang sebagai sebahagian daripada jelajah Deklarasi Rakyat di seluruh negara.
Exco Pulau Pinang Dr Afif Bahardin dalam majlis itu mendakwa ini jumlah terbesar yang pernah menghadiri acara berkaitan dengan Deklarasi Rakyat.
Mahathir sendiri agak gembira melihat jumlah hadirin walaupun ia sudah dijangka kerana Pulau Pinang diperintah oleh pembangkang.
Dalam ucapannya, Mahathir akhirnya mengakui bahawa pihak pembangkang mempunyai peranan dalam demokrasi.
Mahathir, adalah individu yang memenjarakan lawannya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri semasa beliau menjadi Perdana Menteri dari 1987 hingga 2003.
Beliau berkata pembangkang tidak bersetuju dengan pendapat beliau tetapi itu bukan satu masalah.
Beliau menambah bahawa lawannya pada masa tertentu mengambil sikap terlalu peribadi sehingga menolak untuk duduk semeja dengan kerajaan.
Beliau berkata ia adalah okay untuk pembangkang tidak bersetuju dengannya, walaupun tidak berapa menyukai pemimpin kanan DAP Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng.
"Saya memerlukan mereka untuk memberitahu saya jika saya telah melakukan perkara betul, jika tidak saya akan berfikir bahawa saya melakukan semua dengan betul," kata Mahathir.
"Mereka adalah seperti cermin, kadang-kadang kamu perlu cermin untuk beritahu bagaimana hodohnya kamu," kata Mahathir.

JUARA Kapitalisme-kroni Di Dunia..

Rupa2nya Malaysia sebuah negara kapitalisme-kroni.. Contoh negara 'Islam' yg ditadbir urus oleh Panglima Perang Orang Islam...

TERBUKTI, kerajaan BN sebuah kerajaan yg penuh korup & kapitalisme-kroni..

Tu pon masih ada lagi nak sokong & undi BN ka !!!

TAHNIAH Najib Razak, Kami rakyat M'sia tumpang bangga malu jer...

Maafkan kami adik... BN MENANG LAGI !!!

Harap adik bersabar ulang alik ke sekolah lalu jalan ini untuk 5 tahun lagi..

JANGAN RISAU.. kan Zahid dah kata SARAWAK BAKAL JADI NEGERI PALING MAJU DI MALAYSIA tak lama lagi..

KONSISTEN TANG MANA ?? konsisten MENIPU KA !!!

APA DAH JADI pada janji2 nak siapkan Hospital Sri Aman & Hospital Lawas dahulu !!!

SEJARAH TAK PERNAH MENIPU..
Umno, BN dan MENIPU Berpisah Tiada..

Pas akan bertanding di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, kata Mustafa Ali


Mustafa AliMustafa Ali
Pas akan bertanding dalam dua pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar berikutan kematian ahli parlimennya, kata ketua pengarah pilihan raya Pas Datuk Mustafa Ali.
Mustafa seperti dilaporkan Harakahdaily berkata, Pas hanya tewas sebanyak 399 undi di Sungai Besar pada pilihan raya umum ke-13.
“Manakala di Kuala Kangsar Pas hanya tewas 1,000 undi. Ini bermakna keputua PRk nanti tidak seperti PRN Sarawak,” katanya seperti dipetik
Harakahdaily.
Beliau berkata demikian dalam himpunan 4,000 jentera pilihan raya Pas Pahang hari ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terpaksa memanggil satu pilihan raya kecil selepas kedua-dua ahli parlimen kawasan berkenaan meninggal
dunia dalam nahas helikopter ketika berkempen dalam pilihan raya Sarawak.
Ini kera na semua 222 ahli Parlimen mengangkat sumpah jawatan pada penggal pertama Parlimen ke-13 pada 24 Jun 2013. Dalam tempoh tiga
tahun selepas itu pilihan raya kecil tidak perlu diadakan.
Pakar Perlembagaan Profesor Emeritus Datuk Dr Shad Saleem Faruqi berkata, mengikut Perkara 54 fasal 1 Perlembagaan Persekutuan
menyatakan bahawa jika kekosongan luar jangka berlaku dalam Dewan Rakyat, maka ia hendaklah diisi dalam masa 60 hari selepas tarikh
pengosongan jawatan dibuat.
Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi yang juga ahli parlimen Sungai Besar, Datuk Noriah Kasnon terkorban dalam nahas
helikopter di Sarawak petang Jumaat lalu.

DEKLARASI RAKYAT "SELAMATKAN MALAYSIA" - DEWAN MELINIUM, KEPALA BATAS PENANG