Ahad, 8 Mei 2016

Azmin ajak Pas kembali bersama DAP, PKR


Mohamed Azmin Ali

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini mengajak Pas untuk kembali bersama DAP dan PKR sebagai satu pasukan bagi menghadapi menghadapi PRU14.
Beliau berkata semua parti pembangkang perlu bermuhasabah diri atas kekalahan teruk pada pilihan raya negeri (PRN) Sarawak semalam, yang jelas menunjukkan rakyat negeri itu menolak pertelingkahan sesama mereka.
"Justeru, Parti Amanah Negara dan Pas haruslah terus mara bersama PKR dan DAP. Kita perlu bergerak ke hadapan secara bersama bagi menghadapi PRU-14 sebagai satu pasukan," katanya dalam kenyataan di sini.
Keputusan PRN Sarawak ke-11 menyaksikan Barisan Nasional (BN) mencatatkan kemenangan besar dengan menguasai 72 daripada 82 kerusi Dewan Undangan Negeri termasuk dua kerusi yang dimenangi tanpa bertanding.
DAP yang sebelum ini menguasai 12 kerusi hanya menang di tujuh kerusi daripada 31 kerusi yang ditandinginya manakala PKR hanya menang tiga daripada 41 kerusi yang ditandingi. Pas dan Amanah tewas di semua kerusi yang ditandingi.   

MENANG TAPI KOSONG BAGI NAJIB

Walaupun Najib Razak berkampung hampir dua minggu di Sarawak, mengerahkan menteri-menteri turun ke negeri itu dengan mengadakan mesyuarat kabinet di sana dan pelbagai peruntukan pembangunan dicurahkan, tetapi selepas menang 72 daripada 82 kerusi, semua orang mengatakan kemenangan BN adalah disebabkan oleh kepimpinan Ketua Menterinya, Adenan Satem.

Beliau bukan saja sosok baru yang diterima baik oleh rakyat Sarawak, malah boleh dikata belum terpalit dengan apa-apa skandal setakat ini. Imejnya yang bersih itu disertakan dengan laungan "Sarawak for Sarawakians" menyebabkan sokongan kepada kepimpinannya mudah diterjemahkan dengan undi.

Dalam pilihanraya Sarawak kali ini juga tiada poster Najib dibenarkan dipasang di mana-mana, yang ada hanya gambar Adenan dan lain-lain pemimpin peringkat negeri. Tidak mustahil jika ada gambar Najib di mana-mana, jumlah kemenangan itu mungkin kurang daripada 72.

Adenan dengan tegas mengatakan beliau akan meletakkan jawatan jika UMNO dibenarkan masuk ke negeri itu. Ia jelas merupakan "tamparan ke muka"  Najib dan semua pemimpin UMNO yang hadir berkempen di Sarawak.

Dengan tiada gambar Najib dan menolak keras kehadiran UMNO, Adenan tidak lain memberi isyarat kepada pengundi Sarawak  bahawa pemimpin-pemimpin Semenanjung hanyalah  alat dan untuk dipergunakannya saja dalam pilihanraya kali ini. 

Slogan kempen yang digunakan pula "Beri Peluang Kepada Team Adenan" yang jelas bukan untuk sesiapa  berkongsi saham kemenangan dengannya.

Lantaran itu tidak ada sesiapa, termasuk Salleh Said Keruak dan Abdul Rahman Rahman, yang berani mengatakan kemenangan cemerlang BN kali ini disebabkan faktor Najib.

Ditambah dengan ia turut disaluti duka berikutan tragedi helikopter terhempas yang menyebabkan enam penumbangnya terbunuh, kejayaan BN kali jelas kosong maknanya kepada Najib.

Kenapa 10 peratus undi Cina lari daripada DAP?

Oleh Mohd Sayuti Omar
Pilihan raya negeri Sarawak ke-11 sudah pun selesai dan keputusan juga sudah diperolehi. Seperti mana diduga ramai parti PBB (BN) telah berjaya membentuk kerajaan Sarawak dan sekali lagi Adnen Satim mengangkat sumpah bagi kali kedua menjadi Ketua Menterinya.


Keputusan rasmi BN 72 kerusi, DAP 7, PKR 3 manakala parti-parti lain kosong.

Pencapaian diraih BN yang begitu cemerlang mengejutkan pembangkang terutamanya DAP yang diharap akan memberi cabaran sebenar kepada BN khasnya di kawasan majoriti Cina. DAP yang sebelum ini mempunyai 12 kerusi bertanding di 31 kerusi, diharap dapat menambahkan suara pembangkang dalam DUN Sarawak.

Sebagai sebuah parti yang berhati-hati dan bertindak rasional, DAP diramalkan akan dapat mengekalkan 12 kerusi yang sedia ada, kalau pun tidak dapat menambah satu dua kerusi baharu. Tetapi ternyata ramalan itu meleset, sebaliknya DAP mengalami kemerosotan sokongan menyebabkan parti itu gagal mempertahankan lima kerusi yang sedia ada. DAP juga turut boleh diistyharkan kalah.

Kekalahan itu sesuatu yang tentu merujakan DAP sendiri yang bersiap sedia untuk menjadi kerajaan di Sarawak tahun 2021 seperti mana disuarakan Lim Kit Siang.

Kita tunggu bedah siasat berhubung perkara itu daripada DAP. Bagaimana pun dalam ulasan awalnya Parti itu telah memberi beberapa alasan kenapa mereka kalah. Antara faktor awal disebut ialah undi orang Cina telah kembali semula kepada BN.10 peratus undi Cina beralih kepada BN.

Selain itu peratus keluar mengundi rendah berbanding PRN lalu juga membawa kepada kekalahan itu. Pertandingan tiga penjuru atau kegagalan parti oposisi - Harapan Rakyat; PKR, Amanah dan DAP sepakat disemua kerusi membawa faktor kepada kekalahana itu. DAP juga meletakkan habuan projek oleh BN sebagai salah satu penyebabnya.

Apa disebut DAP itu mungkin benar, tetapi ia perlu kepada kajian lebih mendalam dan menyeluruh kenapa berlaku faktor demikian. Misalnya, kenapa 10 peratus undi Cina kembali semula kepada BN? Apakah kerana habuah projek? Rasanya orang Cina agak cerdik dan lebih memaham mengenai habuan projek pilihan raya. Mereka tidak teruja dengan habuah projek berbillion ringgit yang sudah menjadi satu kemestian pada setiap kali pilihan raya.

Bagi saya, ada beberapa sebab berkaitan mengapa undi Cina lari kepada BN dan tidak kekal dengan DAP. Antara yang boleh dirumuskan disini, orang Cina Sarawak mungkin memahami DAP tidak dapat memberi apa-apa sumbangan lebih bermakna atas kapasiti mereka sebagai pembangkang. Mereka juga munngkin mengira pilihan raya kali ini tidak memberi signifikan kepada perubahan kuasa politik Malaysia secara menyeluruh seperti mana diharapkan.

Orang Cina sudah dapat membuat perhitungan bahawa DAP tidak mampu menjadi kerajaan, apabila hanya mengetahui pengaruhnya dibeberapa kawasan tertentu sahaja. Secara umum kaum bumniputera Sarawak masih menguasai politik Sarawak. Jadi sokongan dengan harapan DAP memain peranan di Sarawak tidak begitu memberangsangkan, kecualilah berlaku perubahan di peringkat Pusat.

Berparti atau tanpa parti, Husam tetap harapan Malaysia


Wan Ji Wan HussinWan Ji Wan Hussin
Dipecat dari parti bukan titik noktah bagi tokoh pembela rakyat seperti Adun Salor, Datuk Husam Musa kata pendakwah muda yang kini ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ustaz Wan Ji Wan Husin.
Husam menurut beliau adalah satu simbol kepada perjuangan menegakkan kebenaran dan pembela rakyat tertindas di negara ini yang sepatutnya jadi idaman kepada mana-mana parti atau kumpulan untuk duduk bersama mereka.
Sebuah parti yang mengaku berjuang Islam memecat orang seperti Husam adalah pelik," katanya.
Bagi Wan Ji, rakyat Malaysia mula melihat bintang Husam ketika beliau berada di parlimen sesi 1999 - 2004.
"Ketika itu beliau satu-satunya ahli parlimen yang dilihat mampu berhadapan dengan kelicikan dan kemampuan Dr. Mahathir Mohamad yang berjaya mengekalkan dirinya sebagai perdana menteri hingga 22 tahun," katanya yang lebih dikenali sebagai Ustaz Maqasid.
Pendedahan-pendedahan Husam di parlimen kata beliau bukan sahaja menjadi perhatian dan kepuasan rakyat umum kerana membela mereka malah sekali sekala menarik perhatian Mahathir sendiri yang melihat Husam kerkebolehan tinggi.
Menurutnya lagi sebaik di bawa balik oleh arwah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk menjadi Exco Kelantan pada 2004, Husam melakar sejarah demi sejarah mengemudi ekonomi Kelantan yang disisih dan ditekan dari segenap penjuru oleh kerajaan pusat Barisan Nasional.
"Dengan sumber terhad khususnya dinafikan royalti minyak, beliau telah menggerakkan program kebajikan untuk rakyat dan inisiatif-inisiatif ekonomi negeri yang jelas luar biasa dan bukan jenis berfikir secara biasa-biasa," katanya.
Semua ini katanya diakui banyak pihak dan hampir semua setuju bahawa kerajaan Kelantan yang tinggal majoriti satu kerusi selepas pilihan raya 2004, berjaya menang selesa pada 2008 hasil inisiatif-inisiatif kebajikan dan ekonomi yang diketuai Husam.
"Saya langsung tidak risau pemimpin jenis berfikir luar biasa seperti ini untuk bergerak dengan parti atau tanpa parti," kata beliau ketika ditemui selepas program pelancaran tiga cawangan sulung Amanah kawansan Kubang Kerian malam tadi.

Keputusan PRN: Pengajaran untuk bangkit lebih cemerlang – Xavier

Pakatan Harapan disaran mengambil langkah yang lebih sepakat bagi membentuk sebuah gabungan pembangkang lebih kuat.
Pengarah Pilihanraya KEADILAN Sarawak, Dr Xavier Jayakumar, berkata keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ini wajar dijadikan pengajaran.
GOPR0392“Gabungan politik memerlukan semua pihak untuk bekerja bersama-sama bagi mendapatkan hasil terbaik, ia harus menjadi pengajaran untuk kedua-dua pihak dan Pakatan Harapan.
“Kita perlu membuat persediaan untuk pilihan raya umum akan datang sebagai satu gabungan mantap demi manfaat rakyat Sarawak dan Malaysia secara keseluruhannya,” katanya dalam sidang media di Bilik Gerakan Utama (BGU) di sini, semalam.
Naib Presiden KEADILAN itu turut merakamkan penghargaan kepada rakyat diatas kepercayaan mereka terhadap tiga calon yang dipilih semula iaitu di Ba’Kelalan (Baru Bian), Batu Lintang (See Chee How) dan Krian (Ali Biju).
Mengulas lanjut, Xavier percaya tindakan Kerajaan Persekutuan mengumumkan pelbagai peruntukan ‘segera’ kepada Sarawak dalam tempoh berkempen menjadi faktor membawa kepada kemenangan besar BN Sarawak.

Analisis awal 11 kerusi PAS bertanding


RUMUSAN ANALISIS:
- Undi PAS di Beting Maro dan Sebuyau meningkat. PAS kalah kerana BN mendapat peningkatan undi yang jauh lebih tinggi.
- Undi dan majoriti BN meningkat di Pantai Damai, Samariang, Muara Tuang dan Sadong Jaya. PAS tidak hilang wang deposit di Pantai Damai dan Samariang, namun hilang wang deposit di Muara Tuang dan Sadong Jaya.
- Di 5 kerusi di mana PAS bertembung dengan PAN (Samariang, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau dan Beting Maro), di kesemua kerusi tersebut PAN hilang wang deposit dan hanya memperolehi undi yang sangat sedikit.
- Di 5 kerusi di mana PAS turut bertembung dengan PKR (3 - Kakus, Jepak dan Lambir) dan DAP (2
- Samalaju dan Pujut), PAS hilang wang deposit di kerusi-kerusi tersebut.
- PAS hilang wang deposit di 7 daripada 11 kerusi yang ditandinginya.

DAPATAN DAN PENGAMATAN
- Faktor 'Good Feel' terhadap Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem secara keseluruhannya mempengaruhi kemenangan besar BN.
- PAS berjaya mengekalkan undi di kebanyakan kerusi Dun yang majoriti Melayu-Islam. PAS tidak hilang deposit di Beting Maro, Sebuyau, Samariang dan Pantai Damai.
- PAS tidak berjaya menembusi kerusi majoriti kaum Dayak (Kakus) dan Cina (Pujut). PAS hilang wang deposit di kedua-dua kerusi ini. Ini mungkin kerana sentimen perkauman dan agama yang cuba dimainkan dan dipersepsikan terhadap PAS, contohnya DAP melabel PAS anti-bukan Islam.
- Di kerusi-kerusi campuran, PKR dan DAP lebih diterima berbanding PAS. PAS hilang wang deposit dan ketinggalan berbanding PKR/DAP di Lambir, Samalaju dan Jepak meskipun PAS mempunyai jentera yang lebih tersusun di tempat-tempat tersebut.

1⃣ 4 KERUSI LAMA, kerusi yang telah ditandingi PAS pada PRN Ke-10 yang lalu.

N29 BETING BARO: Walaupun PAS kalah, namun jumlah undi diterima PAS meningkat dari 2,678 (tahun 2011) kepada 3,051 (tahun 2016). BN pula berjaya meningkatkan undi dengan jauh lebih tinggi dari 3,069 (tahun 2011) kepada 4,758 (tahun 2016). PAN pula hilang wang deposit dengan hanya memperolehi 103 undi.

N27 SEBUYAU: Walaupun PAS kalah, namun jumlah undi diterima PAS kekal malah meningkat sedikit dari 1,769 (tahun 2011) kepada 1,789 (tahun 2016). BN pula berjaya meningkatkan undi dengan lebih tinggi dari 4,045 (tahun 2011) kepada 4,531 (tahun 2016). PAN pula hilang wang deposit dengan hanya memperolehi 164 undi.

N24 SADONG JAYA: Meski undi BN merosot dari 4,008 (tahun 2011) kepada 3,925 (tahun 2016), namun undi diperolehi PAS juga jauh berkurang hampir separuh dari 1,074 (tahun 2011) kepada hanya 458 (tahun 2016) sekaligus hilang wang deposit. PAN dan Bebas turut hilang wang deposit dengan hanya memperolehi 157 dan 234 undi masing-masing. Undi Calon Bebas lebih tinggi dari PAN.

N16 MUARA TUANG: Walaupun BN menang, namun sebenarnya undi yang mereka perolehi merosot dari 11,309 (tahun 2011) kepada 10,086 (tahun 2016). Undi PAS pula merosot lebih separuh dari 3,196 (tahun 2011) kepada 1,508 (tahun 2016) mungkin disebabkan pertandingan 3 penjuru. Meski mendapat 1,508 undi namun turut hilang wang deposit kerana gagal mendapat 10% undi dari jumlah pengundi. PAN turut hilang wang deposit dengan hanya memperolehi 765 undi.

2⃣ 2 KERUSI BARU ZON SELATAN, kerusi baru yang ditandingi PAS pada PRN Ke-11 ini di Bahagian Kuching.

N04 PANTAI DAMAI: BN menang dengan majoriti lebih tinggi dengan mendapat undi sebanyak 10,918 (tahun 2016) berbanding 7,425 (tahun 2011). PAS pula memperolehi 1,658 undi dalam pertandingan satu lawan satu ini dan tidak hilang wang deposit.

N07 SAMARIANG: BN menang dengan majoriti lebih tinggi dengan mendapat undi sebanyak 9,795 (tahun 2016) berbanding 8,008 (tahun 2011). PAS pula memperolehi 2,035 undi dan tidak hilang wang deposit. PAN pula hilang wang deposit dengan hanya memperolehi 389 undi.

3⃣ 5 KERUSI BARU ZON UTARA, kerusi baru yang ditandingi PAS pada PRN Ke-11 ini di Bahagian Bintulu dan Miri.

30 peratus calon di Sarawak hilang wang deposit


Hampir satu pertiga daripada jumlah calon yang bertanding pada pilihan raya negeri Sarawak ke-11, hilang wang pertaruhan.
Berdasarkan maklumat yang dikumpul daripada laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), seramai 69 calon, kebanyakannya bebas, hilang wang pertaruhan RM5,000 daripada jumlah keseluruhan 229 calon.
Ini bermakna 30 peratus daripada calon berkenaan kehilangan sejumlah RM345,000.
Seramai 69 calon gagal mendapat sekurang-kurangnya satu per lapan daripada jumlah undi yang diperlukan untuk menyelamatkan deposit mereka.
Daripada 36 calon bebas dalam pilihan raya Sarawak, 20 hilang wang pertaruhan. Pada pilihan raya itu, 10 daripada 40 calon PKR dan tujuh daripada 31 calon DAP juga kehilangan deposit mereka.
Sementara itu sembilan daripada 13 calon Parti Amanah Negara Malaysia (AMANAH) hilang wang pertaruhan dan tujuh daripada 11 calon PAS hilang wang deposit mereka.
Tetapi prestasi Parti Reformasi Negeri Sarawak (Star) dan Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDS Baru) lebih buruk.
Kesemua 11 calon STAR hilang wang pertaruhan manakala lima calon PBDS Baru daripada lima yang bertanding dalam pilihan raya negeri itu mengalami nasib yang sama.
BN yang memperolehi 72 daripada 82 kerusi yang ditandinginya menyaksikan semua calonnya berjaya menyelamatkan deposit mereka termasuk empat calonnya yang berdepan pertandingan pelbagai penjuru.

‘Team Adenan’ tiada pilihan selain kotakan janji

Adenan perlu berganding bahu dengan pemimpin baru dan lama bagi membentuk 'team Adenan' yang mantap.
jeniri-1
PETALING JAYA: Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem tidak ada pilihan lain selain mengotakan janji-janji yang dibuat sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.
Penganalisis Politik, Profesor Dr Jeniri Amir berkata, Adenan perlu berganding bahu dengan pemimpin baru dan lama bagi membentuk ‘team Adenan’ yang mantap.
“Adenan perlu mengandingkan pemimpin muda dan lama dari pelbagai etnik untuk menambat hati rakyatnya.
“Adenan tidak ada pilihan lain selain membentuk pasukan yang mantap agar janji-janji yang dibuat sebelum pilihan raya dapat ditunaikan.
“Jika tidak dapat ditunaikan, ia akan menghantui pasukan Adenan pada pilihan raya akan datang,” katanya ketika dihubungi FMT, hari ini.
Sementara itu, Jeniri juga percaya rakyat Sarawak memahami keputusan penangguhan royalti minyak yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
“Rakyat Sarawak memahami situasi ini. Tidak guna kenaikkan royalti minyak ini dibangkitkan pada ketika harga minyak dunia jatuh,” katanya lagi.

Ujian sebenar Najib dalam dua pilihan raya kecil - Zam


Kemenangan besar BN dalam pilihan raya kecil Sarawak memang sudah diduga namun tidak dapat mengukur sejauh mana sokongan rakyat terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin berkata, ini kerana kemenangan BN di Sarawak dipengaruhi faktor kepimpinan Tan Sri Adenan Satem yang disifatkan telah berjaya 'menyelamatkan maruah' perdana menteri itu.
 Bagaimanapun kata Zainuddin, BN bakal menghadapi debaran hebat dalam dua pilihan raya kecil parlimen berikutan kematian dua wakil rakyatnya baru-baru ini.
"Dua pilihanraya kecil ini lebih bererti daripada pilihan raya besar 82 kerusi Dewan Undangan Negeri Sarawak.
"Lebih mengerikan jika difikirkan bahawa dalam pilihan raya umum lalu, Allahyarhamah Noriah Kasnon mengatasi calon PAS hanya dengan 399 undi di kawasan Sungai Besar dan Wan Mohamad Khairil Anuar Wan Ahmad menang dengan hanya 1,082 undi dalam tandingan tiga penjuru," tulisnya di blog beliau hari ini.
BN kehilangan dua wakil rakyatnya iaitu Ahli parlimen Sungai Besar, Datuk Noriah Kasnon dan ahli parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad dalam nahas helikopter di kawasan Sebuyau, Sarawak petang Khamis lalu.
Selain Noriah dan Wan Mohammad Khairil, empat lagi individu terkorban dalam nahas itu ketika helikopter tersebut dalam penerbangan dari Betong Ke Kuching.
Menurut Zainuddin, dua kawasan parlimen itu akan menjadi pertempuran hidup dan mati bagi Najib dan sekiranya BN mengalami kekalahan, ia akan menjatuhkan moral perdana menteri itu 'serendah-rendahnya'.

PRN Sarawak buktikan satu lawan satu perlu di K Kangsar dan Sg Besar, kata penganalisis


CEO Ilham Centre Hisomuddin BakarCEO Ilham Centre Hisomuddin BakarParti-parti pembangkang dituntut supaya mengambil pengajaran pilihan raya Sarawak untuk mempastikan mereka tidak bertembung sesama sendiri di dalam pilihan raya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar nanti.
Penganalisis Ilham Centre, Hisomuddin Bakar berkata, peratusan keluar mengundi di Sarawak dan kemenangan besar Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya itu membuktikan satu lawan satu antara pembangkang dengan Barisan Nasional (BN) adalah jalan penyelesaiannya.
"Bagi saya kadar keluar mengundi yang kecil di Sarawak adalah satu protes dari pengundi menolak pertandingan sesama sendiri dan sikap parti politik yang mementingkan parti mereka sendiri berbanding bercakap soal kebajikan rakyat keseluruhannya.
"Ketika parti Umno lemah dengan pelbagai skandal, parti pembangkang pula bergaduh sesama sendiri," kata Hisomuddin kepada Malaysia Dateline.
Selain marah kepada pertandingan sesama sendiri, pengundi juga sudah letih dengan politiking yang terlalu kuat antara dan dalaman parti politik, katanya.
"Saya namakan ia sindrom fatiq atau letih yang kini semakin membesar sehingga mencapai 30% dari jumlah pengundi," katanya lagi.
Bagi Pengerusi Eksekutif Ilham Centre, pusat kajian bebas yang berwibawa itu, pertandingan tiga penjuru juga akan menyukarkan usaha Pakatan Harapan (PH) untuk mewujudkan sistem dwi parti di negara ini.
"Cadangan ini bukan Pakatan Harapan sahaja tetapi semua parti pembangkang termasuk PAS," kata beliau.
Pakatan Harapan dicadangkan agar turut berbincang dengan PAS agar formula menang-menang boleh dicapai.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terpaksa memanggil satu pilihan raya kecil selepas kedua-dua ahli parlimen kawasan berkenaan meninggal dunia dalam kemalangan helikopter ketika membuat kempen dalam pilihan raya Sarawak.
Ini kerana semua 222 ahli Parlimen mengangkat sumpah jawatan pada penggal pertama Parlimen ke-13 pada 24 Jun 2013. Dalam tempoh tiga tahun selepas itu pilihan raya kecil tidak perlu diadakan.
Pakar Perlembagaan Profesor Emeritus Datuk Dr Shad Saleem Faruqi berkata, mengikut Perkara 54 fasal 1 Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa jika kekosongan luar jangka berlaku dalam Dewan Rakyat, maka ia hendaklah diisi dalam masa 60 hari selepas tarikh pengosongan jawatan dibuat.
Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi yang juga ahli parlimen Sungai Besar, Datuk Noriah Kasnon terkorban dalam nahas helikopter di Sarawak petang Jumaat lalu.

Menang besar di Sarawak bukan tanda BN bersih, kata Mahfuz


Pilihan raya lambakan wangPilihan raya lambakan wang
Kemenangan BN dalam pilihan raya negeri (PRN) Sarawak semalam tidak bermakna BN betul, cukai barang dan perkhidmatan (GST) baik untuk
rakyat, perdana menteri Datuk Seri Najib Razak tidak bersalah dan skandal negara 1MDB selesai, kata ahli Parlimen Pokok Sena Datuk
Mahfuz Omar.
Sebaliknya beliau mendakwa kemenangan BN diketahui umum kerana lambakan wang serta pengumuman projek dan peruntukan untuk memberi
harapan kepada rakyat Sarawak supaya mengundi BN.
“Dalam pilihan raya umum ke -13 diakui oleh Nazir adik Najib yang beliau diarah oleh abangnya untuk menyalurkan AS$7 juta (RM27.5 juta)
dari akaun perbadi abangnya Najib kepada jentera parti Umno BN secara tunai sebelum PRU13.
“Apa yang dilakukan Nazir sangat dipertikaikan dari mana abangnya Najib memperolehi wang tersebut. Saya percaya inilah juga yang berlaku
pada Prn 11 Sarawak,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mahfuz juga berkata, Najib dan BN sangat mengharapkan kemenangan besar di Sarawak sehingga membelanjakan wang besar untuk jentera Putrajaya
berkampung di Petrajaya Sarawak.
“Harapan Najib dengan kemenangan yang telah diperoleh akan membenamkan dan mematikan semua serangan yang dihalakan kepadanya serta menutup
mulut yang meminta beliau berundur,” katanya lagi.

Kemenangan BN di Sarawak tidak sihat untuk demokrasi negara, kata BERSIH 2.0

Taktik kotor parti Barisan Nasional (BN) yang dimainkan sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang menjadi penyumbang kepada partj pemerintah tidak sihat kepada amalan demokrasi negara, kata kumpulan reformasi pilihan raya BERSIH 2.0.
BN mungkin menang besar tapi ia dibantu dengan cara berkempen yang kotor dimana terdapat banyak bukti salahlaku dan penipuan didakwa dilakukan oleh jentera kerajaan sepanjang tempoh berkempen, kata pengerusinya Maria Chin Abdullah.
“Terdapat banyak bukti dan janji ditabur oleh BN yang melanggar peraturan pilihan raya daripada segi memberi tekanan untuk mempengaruhu undi, seperti mengerahkan pengundi memilih BN jika mahu mendapat habuan dan sebagainya.
“Rasuah dimana wang diberi atau dijanjikan. Zahid (Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi) juga berjanji untuk memberi RM20 juta dalam pelbagai majlis sepanjang tempoh berkempen,” kata Maria kepada The Malaysian Mirror.
Maria menyifatkan sikap ditunjukkab BN sepanjang berkempen tidak mencerminkan demokrasi sebenar kepada negara dan ia bukan suatu yang sihat.
“Adakah ini demokrasi yang kita mahukan?
“Pilihan raya kali ini Tan Sri Adenan Satem bergantung kepada kerajaan Persekutuan dan bergantung kepada sumber pusat untuk membayar sepanjang pilihan raya ini,” katanya
Malah, pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga didakwa Maria berat sebelah sehingga tidak langsung berani memberi amaran kepada BN walaupun terang-terangan terdapat bukti rasuah dan salahguna jentera kerajaan pusat.
“Ia pastinya pilihan raya yang sudah diketahui keputusan sejak awal, terutamanya sejak proses persempadanan semula diikuti dengan wang yang ditabur sepanjang tempoh berkempen pilihan raya,” katanya.

Di sebalik PRN Sarawak, Ilham Centre buktikan mereka sangat berwibawa

Ilham Centre kini menjadi pusat kajian yang dipercayai, PRN Sarawak menambahkan kewibawaan mereka.Ilham Centre kini menjadi pusat kajian yang dipercayai, PRN Sarawak menambahkan kewibawaan mereka.Ilham Centre, sebuah firma kajian bebas terus meningkatkan namanya apabila ramalan yang mereka buat tentang pilihan raya Sarawak hampir 100% tepat.
Beberapa jam sebelum pengundian bermula, Ilham sudah membuat ramalan bahawa Barisan Nasional (BN) akan menang besar dalam pilihan raya ini dengan DAP mempunyai enam kerusi selesa dan empat kerusi berpotensi.
PKR pula diramalkan mempunyai dua kerusi selesa (Krian dan Batu Lintang) dan dua kerusi berpotensi menang iaitu Telang Usan dan Ba'kelalan.
PAS dan Amanah pula diramalkan akan gagal memenangi sebarang kerusi.
Keputusan yang diumumkan oleh SPR membuktikan ramalan awal Ilham Centre berdasarkan kajian mereka ini benar apabila BN mendapat 72 dari 82 kerusi yang dipertandingkan, DAP mendapat tujuh kerusi berbanding 12 dalam pilihan raya lalu manakala PKR mendapat tiga kerusi.
Dalam ramalan awalnya yang disiarkan oleh Malaysia Dateline pagi semalam, Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisomuddin Bakar meramalkan, DAP selesa di enam kerusi iaitu  Padungan, Bukit Assek, Pelawan, Dudong, Pending dan Kota Sentosa.
Beliau juga meramalkan, DAP berpotensi menang di Meradong, Senadin, Bawang Assan dan Batu Kitang.   PKR pula diramalkan selesa di Kerian dan Batu Lintang dan berpotensi menang di Telang Usan dan Ba'kelalan.
Dalam ulasannya, 10 jam sebelum mengundi, Hisomuddin meramalkan, TeamAdenan bakal memberikan hasil yang lumayan untuk Barisan Nasional (BN) walaupun momentum mereka sedikit terganggu dengan tragedi yang melanda sebuah helikopter VIP.

Calon N8 Satok tidak patah semangat

Kekalahan dialami calon KEADILAN bagi kerusi N8 Satok tidak sama sekali mematahkan semangat
Calon KEADILAN bagi kerusi N8 Satok, Mohammad Salleh Shawkatali menyifatkan pencapaiaannya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 minggu lalu memberangsangkan.
IMG_2700Walaupun kalah kepada pencabarnya, anak muda itu melahirkan rasa bangga terhadap peningkatan sokongan penduduk di ‘kubu kuat’ Parti Pesaka Bumiputra Bersatu Sarawak (PBB) itu.
“Alhamdullilah, ada peningkatan ketara undi kepada kita di beberapa kawasan dalam DUN Satok.
“Bagi saya inilah satu permulaan ditunjukkan rakyat kawasan ini yang mahu saya teruskan perjuangan keadilan pada masa hadapan.
“Ini kali pertama saya bertanding dan ia agak memberangsangkan, kita ada tempoh lima tahun lagi dan sudah tentu kita akan terus bekerja kuat, katanya ketika ditemui pada Sabtu lalu.
Salleh, 35 tahun tewas kepada Menteri Perumahan dan Pelancongan Sarawak, Datuk Sri Abang Abdul Rahman Zohari Tun AbangOpeng dengan 5,045 undi.
Beliau sementara itu merakamkan penghargaan kepada semua jentera dan penyokong yang telah bertungkus lumus sepanjang perjalanan kempen pilihan raya itu.

BN kembali memerintah, masa depan rakyat Sarawak dalam dilema

BN kembali memerintah, masa depan rakyat dalam dilema

BN berjaya mendapat majoriti 2/3 di Dewan Undangan Negeri Sarawak dengan cara yang paling teruk selepas menjanjikan projek segera berjumlah RM300 juta.
Janji itu tidak termasuk berbilion-bilion ringgit yang dijanjikan untuk membina jalan raya, jambatan, hospital dan sebagainya.
Pengundi di Sarawak bagaikan terpukau dengan make up yang dilakukan oleh Adenan Satem, seolah-olah dewa dari langit yang membawa pelbagai hadiah.
Pengundi atas pagar yang menjadi penentu kemenangan pembangkang pada 2011 memulaukan proses pilihan raya secara total.
Mereka sanggup menyerahkan kepala kepada rejim BN dan berharap selepas menang besar BN tidak akan meninggalkan pengundi sebagaimana yang dilakukan mereka sejak Sarawak merdeka bersama Malaysia pada 1963.

Biarpun tewas, Amanah yakin terus subur di Sarawak


Amanah disambut mesra rakyat SarawakAmanah disambut mesra rakyat Sarawak
Biarpun gagal memperoleh sebarang kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ini, Parti Amanah Negara (Amanah) yakin akan terus subur di negeri itu.
Presidennya Mohamad Sabu berkata, biarpun tewas di kesemua 13 kerusi, rakyat Sarawak telah menunjukkan penerimaan positif terhadap Amanah baiarpun baru berusia tujuh bulan dan buat pertama kali menyertai pilihan raya kali ini.
"Biarpun begitu, keputusan hari ini menunjukkan penerimaan rakyat Sarawak terhadap Amanah sangat baik sekaligus meletakkan parti ini mempunyai masa depan yang cerah untuk terus subur di Bumi Kenyalang.
"Ia juga memberi rangsangan kepada Amanah untuk terus bergerak ditengah-tengah masyarakat dalam arena politik demokrasi tempang di Malaysia ini. Kita akan berusaha habis-habisan untuk muncul sebagai pemenang utama pada PRU akan datang," katanya dalam satu kenyataan malam ini.
Mengulas lanjut Mohamad berkata, PRN Sarawak kali ini secara tradisinya memperlihatkan bahawa proses pilihan raya berlangsung dalam keadaan pencerobohan demokrasi begitu ketara oleh BN sama ada di peringkat negeri mahupun persekutuan.
"Tindakan BN Sarawak menghalang petugas parti pembangkang khususnya dari Amanah, PKR dan DAP telah memberi kesan psikologi kepada pengundi.

Najib kekalkan Razif yang bermasalah untuk terus berkuasa,


Mahfuz terus persoal tindakan Najib kekalkan RazifMahfuz terus persoal tindakan Najib kekalkan Razif
Tindakan Perdana Menteri. Datuk Seri Mohd Najib Razak mengekalkan Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman yang bermasalah dengan istana dilihat satu percubaan untuk menutup kesalahannya yang lebih besar.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata Najib mengharap dengan mengekalkan Razif sebagai menteri besar walaupun dengan kesalahan yang Tuanku Sultan murka ini akan menutup jalan untuk Yang DiPertuan Agong dan Raja Raja juga murka pada Najib atas kesalahan yang lebih besar yang dilakukan Najib.
"Jalan selamat bagi Najib ialah kekalkan Razif kekallah Najib sebagai Perdana Menteri jadi selamatlah Najib dari kemurkaan Raja Raja tetapi saya percaya Raja Raja tidak akan membiarkan diri mereka dipermainkan Najib," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Najib katanya mengekalkan Razif sebagai menteri besar Terangganu walaupun Razif telah menyebabkan kemurkaan Tuanku Sultan sehingga penarikan semua pingat, darjah kebesaran negeri yang diberikan pada Razif.Kesan dari itu menyebabkan hubungan Razif dengan pihak Istana retak.
Menurutnya, apa pun kedudukan menteri besar dan siapa pun menteri besar Terangganu dan siapa pun perdana menteri Malaysia tetap memperlihatkan kepimpinan Umno sedang berhadapan dengan krisis yang makin sukar untuk diatasi.

Amanah semakin kukuh dengan pemecatan Husam, kata Khalid Samad


Khalid turut mencuba mengacau gulai kawah kerbau di kampung Pulau Kubang KerianKhalid turut mencuba mengacau gulai kawah kerbau di kampung Pulau Kubang Kerian
Pemecatan Dato' Husam Musa Musa daripada Pas akan memberi ruang lebih luas untuk Parti Amanah Negara (Amanah) khususnya di negeri Kelantan.
Pengarah komunikasi Amanah, Khalid Samad berkata, keyakinan rakyat mahukan Amanah berperanan lebih aktif dlam politik Kelantan semakin jelas dengan sambutan orang ramai yang semakin menggalakkan.
"Hari ini saya merasa cukup gembira melihat masyarakat Kubang Kerian mengadakan kenduri kerbau untuk meraikan tiga cawangan sulung yang akan muncul di kawasan ini, kata beliau dalam satu sidang media di tapak kenduri kerbau anjuran Amanah Kubang Kerian berhampiran masjid kampung Pulau di Dun demit.
Pada sidang media yang sama, Pengerusi Amanah Kelantan, Dato' Wan Abdul Rahim Abdullah berkata pihaknya masih menunggu keputusan Husam bagi mengambil langkah seterusnya dalam mengukuhkan Amanah negeri.
"Sekarang masih lagi kita tunggu surat pemecatan Datuk Husam dan semuanya akan diselaraskan bersama antara saya dan Datuk Husam, jadi tidak berbangkit dan belum sampai masa lagi," katanya,
Ditanya berkaitan 10 wakil rakyat yang bakal sertai Amanah beliau berkata belum selesai lagi proses pemecatan Husam,
"Kalau tak silap saya Datuk Husam diberi tempoh 60 hari untuk buat rayuan dalam Perlembagaan PAS," katanya.
Berkenaan nama-nama wakil rakyat yang bakal menyertai Amanah, beliau berkata pengumunan hanya akan dibuat bila tiba masanya dan tidak perlu terburu-buru.

Ahmad Said minta Razif letak jawatan MB Terengganu

Ahmad Said minta Razif letak jawatan secara terhormat.Ahmad Said minta Razif letak jawatan secara terhormat.
Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said meminta Menteri Besar Terengganu,  Ahmad Razif Abdul Rahman meletak jawatan menteri besar dengan cara terhormat setelah Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menarik balik pingat kebesaran yang telah dikurniakan oleh Tuanku pada 22 April 2016.
Dalam satu kenyataan medianya kepada Malaysia Dateline, Ahmad berkata,  Sultan Mizan sudah memberi satu petunjuk yang jelas bahawa beliau tidak mahu Ahmad Razif terus menjadi Menteri Besar Terengganu, bertepatan dengan Fasal 30 Undang-undang Tubuh Negeri.
Adun Kijal itu menyebut tiga perkara berkait penarikan darjah kebesaran yang telah diwartakan.
Tiga perkara tersebut adalah:   i) jika orang itu telah disabitkan atas satu kesalahan yang melibatkan tipuan;   ii) jika orang itu dilucutkan kewargaannya;   iii) jika Duli Yang Maha Mulia berpuashati dengan kelakuan atau watak orang itu bahawa orang itu tidak lagi patut dikurniakan darjah atau kebesaran tersebut atau tidak patut di anugerahkan bintang atau pingat penghormatan atau kebesaran tersebut.   "Amat jelas kesalahan yang dilakukan oleh Ahmad Razif amat besar dan telah dinilai dengan teliti oleh DYMM Sultan Terengganu sehingga penarikan itu diwawarkan secara umum," katanya dalam kenyataan itu.
Bagi beliau, Perdana Menteri sepatunya faham maksud tindakan Tuanku Al-Sultan menarik balik darjah kebesaran daripada Ahmad Razif dan sepatutnya mengemukakan nama calon-calon penganti untuk mendapat perkenan DYMM Sultan Terengganu.   "Saya berpendapat kini sudah tiba masa bagi YAB Perdana Menteri mencadangkan nama calon-calon penganti Ahmad Razif dan terserah kepada DYMM Sultan Terengganu untuk memberi perkenan,"katanya dalam kenyataan itu.
Keputusan ini, katanya, perlu dibuat segera kerana perjalanan pentadbiran negeri Terengganu kini lesu akibat krisis antara pihak Istana dan Menteri Besar dan lebih malang lagi rakyat yang tidak berdosa dan sedang dihimpit kemelesetan ekonomi menjadi mangsa kemelut ini.
Istana Terengganu sebelum ini telah menarik semua darjah kebesaran yang dikurniakan kepada Razif.
Ahmad pula dalam sidang Dewan Undangan Negeri yang lalu telah mengemukakan usul undi tidak percaya kepada Razif namun usul itu ditolak oleh Speaker Dewan.
Sumber yang rapat dengan politik Terengganu pula memaklumkan, Ahmad mempunyai sekurang-kurangnya dua penyokong kepada usul beliau itu, satu angka yang cukup untuk menyebabkan Razif adalah ketua kepada kerajaan minoriti.
BN mempunyai 17 Adun dalam DUN Terengganu manakala PAS 14 dan PKR (1). Jika Ahmad ada tiga Adun bermakna, BN tingga 14 Adun sahaja berbanding PAS + PKR + Bebas 18 Adun.
Namun begitu PAS tidak menyokong usaha untuk menjatuhkan kerajaan negeri BN itu.

Sultan kesal parti Melayu mahu jadikan Agong ‘cop mohor’


Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar kesal kerana peranan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Melayu hanya sebagai "rubber stamp" untuk menurunkan cop mohor terhadap rang undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen atau Dewan Negeri.
Bertitah ketika menyempurnakan Persidangan Speaker Parlimen dan DUN seluruh Malaysia 2016 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor di Johor Baharu, kata baginda, tindakan mengehad atau menghapuskan peranan Agong dan Raja adalah tidak wajar.
“Saya tahu perkara ini telah berlaku diperingkat persekutuan dan beberapa negeri, tetapi tidak di Negeri Johor.
“Jika dahulu orang-orang Melayu bersatu menentang Malayan Union apabila kuasa raja dikecilkan dan dipaksa menerima penasihat British.
“Namun kini parti politik Melayu jugalah yang telah menghadkan kuasa Agong dalam mempertimbangkan sesuatu rang undang-undang dan lebih teruk lagi memaksa Yang di-Pertuan Agong untuk menerima dan bertindak mengikut apa jua nasihat Jemaah Menteri,” katanya.
Walaupun tidak menyebut nama parti berkenaan adalah jelas baginda merujuk kepada Umno.
Titahnya itu kemudiannya dimuat-naikkan di Facebook Johor Southern Tigers yang sering digunakan oleh baginda dan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bagi meluahkan pandangan mereka.
Baginda secara khusus merujuk kepada pindaan Perkara 40(1A) dan Perkara 66(4A) Perlembagaan Persekutuan yang telah dibuat oleh Parlimen sebagaimana Akta 885 yang berkuatkuasa mulai 26 Jun 1994, yang telah merampas kuasa Agong demi untuk kepentingan politik atau kepentingan peribadi.
Berikut kenyataan penuh yang dimuat-naikkan itu.
Johor Mesti Sentiasa Jadi Johor
Dengan segala perkara-perkara yang sedang berlaku dalam negara pada masa ini, ianya seperti menunjukkan sudah tiba masanya untuk menjelaskan kuasa yang telah termaktub dalam negeri Johor.
Adakah anda fikir semua ini adalah satu kebetulan? Jawapannya adalah tidak.
Rancangan untuk menggunakan 'order' ini bermula sejak 1893 apabila Sultan Abu Bakar mempersembahkan ilham baginda di dalam satu persidangan 'world fair' yang diadakan di Chicago.
Sejarah penubuhan dewan negeri di Johor adalah satu fenomena permodenan negeri Johor yang dicetuskan oleh nenda saya Almarhum Sultan Abu Bakar pada tahun 1868.
Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 merupakan permulaan sistem raja berperlembagaan.
Undang-undang ini telah melalui beberapa pindaan, kuasa perundangan masih dibawah Dewan Negeri dan tertakluk kepada perkenan Raja.
Sejarah juga menyatakan bahawa Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor telah dijadikan model dan rujukan dalam menggubal Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri yang lain, bermula dengan Kerajaan Negeri Terengganu 20 tahun kemudiannya.
Di dalam Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh sesebuah negeri, badan perundangan adalah dibentuk oleh dua komponen utama iaitu Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Parlimen di peringkat pusat atau Raja dan Dewan Negeri di peringkat negeri.
Oleh yang demikian adalah tidak wajar sekiranya kuasa Agong atau Raja dalam meneliti dan memperkenankan sesuatu rang undang-undang itu dihadkan atau dihapuskan.

Api reformasi akan sentiasa kekal marak dan membara – Athina Sim

Pertamanya, saya ucapkan terima kasih kepada semua warga Serembu terutama sekali kepada keluarga saya yang telah memberi sokongan yang tidak berbelah bagi, rakan-rakan seperjuangan yang tidak kenal penat lelah ,dan semua pimpinan dan penyokong Reformasi Parti Keadilan Rakyat.
IMG_1303Kekalahan ini bukan bermaksud kekalahan yang mutlak. Kemenangan pihak lawan bukanlah satu kemenangan yang patut dibanggakan. Mereka tidak berhak satupun atas kemenangan tersebut kerana mereka telah mencemari demokrasi dengan Tsunami ringgit.
Saya sedih sehingga kini pihak tertentu masih lagi mengamalkan politik wang dengan mengaburi mata rakyat Serembu demi untuk memenuhi nafsu, tamak dan haloba mereka. Saya kesal segelintir rakyat Serembu masih gagal menyedari penindasan, korupsi, kronisme dan macam-macam lagi yang berlaku.
Rakyat telah memilih wang sebagai pilihan dan saya harap anda tidak akan menyesal atas apa yang dipilih.
Akan tetapi saya tidak berdukacita terhadap hal ini kerana saya pasti ada rakyat Serembu sudah mula bangkit dan sedar untuk perubahan.
Api reformasi akan sentiasa kekal marak dan membara, dan saya akan kekal teruskan perjuangan ini demi pembebasan rakyat.
ATHINA SIM
PARTI KEADILAN RAKYAT
DUN N18 SEREMBU

Faktor Adenan sumbang menang besar di Sarawak bukan Najib, kata penganalisis


Kemenangan besar Barisan Nasional (BN) di Sarawak disumbang oleh faktor corak pentadbiran dan kepimpinan Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem yang berjaya menambat hati rakyat tempatan sejak mengambil alih daripada tampuk pemerintahan terdahulu.
Penganalisis politik, Dr Azizuddin Mohd Sani berkata Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak tidak wajar dijadikan ukuran kekuatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang sedang berdepan tekanan dalam partinya sendiri dan terpalit dengan skandal kewangan.
“Ia tidak boleh menjadi ukuran kepada prestasi Najib atau BN diperingkat nasional kerana isu-isu lokal yang banyak menjadi perhatian dalam pilihan raya negeri,” kata beliau kepada The Malaysian Mirror.

Pensyarah universiti tanahair itu berkata isu nasional yang dimainkan oleh pembangkang tidak memberi kesan dalam kempen di Sarawak.
“Isu-isu nasional yang dimainkan oleh pembangkang tidak memberi kesan kepada BN.
“Sememangnya sudah diketahui Sarawak merupakan deposit tetap kepada BN,” katanya.
Walaupun menolak Najib sebagai faktor penyumbang kemenangan di Sarawak, Azizudin berkata ia akan menjadi penyumbang motivasi dan semangat untuk beliau bersiap sedia menghadapi dua pilihan raya kecil selepas ini iaitu di Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Apakah peranan SPR pada BN ??


SPR tak dedah peratus keluar mengundi


Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah tidak mendedahkan peratus keluar mengundi pada hari pengundian dalam pilihan raya Sarawak hari ini.
Peratusan keluar mengundi hanya diumumkan setakat jam 4 petang ini dengan 52 peratus daripada 1,109,795 pemilih berdaftar.
 “Kamu kena kira sendiri,” Hashim dilapor sebagai berkata oleh The Star Online.
Bagaimanapun, beliau berkata peratusan keseluruhan keluar mengundi sebanyak 71 peratus, yang merangkumi data daripada pengundian awal dan tidak hadir.
Menurut laporan itu, Hashim mengakui jumlah keluar mengundi pada hari pengundian secara relatifnya rendah dan mereka tidak tahu sebab sebenar.
Beliau bagaimanapun berpuas hati dengan kadar itu.
Beliau berkata data berkaitan undi rosak akan dikeluarkan dalam tempoh beberapa hari.

PAS kalah semua kerusi ditanding di Sarawak, politik agama ditolak

Harapan PAS untuk memenangi sekurang-kurangnya satu kerusi di Sarawak gagal apabila semua kerusi yang ditandingi mereka kalah, menurut laporan tidak rasmi di pusat pengiraan undi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Kuching malam ini.
Semua 11 kerusi Dewan Undangan Negeri yang ditandingi PAS kalah, walaupun pada awalnya mereka optimis untuk memenangi kerusi sulung di Beting Maro.
Setiausaha PAS Sarawak, Mukhtar Suhaili dalam kenyataan kepada kumpulan media dalam pesanan WhatsApp memaklumkan setakat keputusan tidak rasmi yang diperoleh, PAS kalah semua kerusi yang ditandingi.

“PAS menang moral dan semangat meski belum menang kerusi.
“PAS mendapat keputusan lebih baik berbanding Amanah dalam semua kerusi yang ditanding terutamanya Beting Maro,” kata Suhaili.
Dengan keputusan ini, membuktikan retorik agama yang dijadikan modal parti Islam itu dalam kempen pilihan raya mereka kali ini gagal.
Malah, kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang semasa berkempen yang mengatakan mereka tidak bersetuju jika bukan Islam dilantik sebagai pemimpin terutamanya daripada parti DAP.
Kenyataan tersebut seolah-olah Hadi tidak memahami sentimen pengundi Sarawak dimana majoriti mereka bukan Islam.
PAS meletak 11 calon dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali dan mereka terpaksa berdepan calon Barisan Nasional dan juga parti serpihan, Amanah.

SUATU PENGAJARAN AWAL BUAT PH.....

Sebagaimana yang dijangka, Pas dan Amanah kalah di semua kerusi yang ditandinginya dalam pilihanraya negeri Sarawak kali ini. Pas bertanding di 11 kerusi, manakala Amanah sebagai parti baru bertanding di 13 kerusi.

Kekalahan Amanah mungkin tidak mengejutkan, bagaimanapun bagi Pas sebagaimana yang dituturkan oleh Setiausaha Pas Sarawak, Mukhtar Suhaili, parti itu menang moral dan semangat, meskipun belum menang kerusi.
Ohhh, begitu...

Tetapi PKR dan DAP barangkali mendapat pengajaran paling berguna apabila kedua-duanya dikalahkan oleh BN di enam kerusi bertindih yang mereka bertembung sesama sendiri.

Walaupun belum pasti BN dapat dikalahkan jika pertandingan satu lawan satu di kerusi-kerusi tersebut, ia terbukti memberi imej yang tidak baik dari segi konsep permuafakatan dan untuk meyakinkan rakyat.
Oleh itu, jika benar-benar ingin menjadi alternatif kepada kerajaan di peringkat Pusat, adalah penting untuk kedua-dua parti tersebut mengukuhkan lagi persefahaman dan tolak ansur sesama sendiri dan tidak membiarkan apa yang berlaku Sarawak berterusan sehingga ke pilihanraya umum kira-kira dua tahun lagi.

Ini adalah pengajaran awal dan belum terlewat untuk melembutkan keegoan masing-masing.

Sekilas pandang keputusan PRN Sarawak ke-11

Keputusan pilihan raya Sarawak bukan sekadar angka. Berikut apa makna di sebalik angka dan statistik yang tercatat:

(1) Gelombang biru BN sapu 72 daripada 82 kerusi atau 87.8 peratus. Pada 2011, BN hanya mendapat 55 daripada 70 kerusi (78.6 peratus). Ini mengulangi kejayaan 2006 apabila BN menguasai 88.6 Dewan Undangan Negeri (DUN).

(2) DAP dan PKR tewas kepada BN di kesemua kawasan bertindih mereka. Di sesetengah kawasan, undi mereka jika digabungkan pun tidak melebihi undi BN. Ini mungkin disebabkan protes pengundi.

(3) PAS dan serpihannya Parti Amanah Negara (AMANAH) kalah di semua kerusi ditandingi mereka. PAS bertanding 11 kerusi manakala AMANAH pula 12. PAS juga gagal dapat kerusi sulung yang dicita-citakan di Beting Maro, malah BN menambah majoriti di situ.

(4) Impian DAP menembusi kawasan bumiputera gagal. Parti itu malah hilang lima daripada 12 kawasan bandar yang dikuasai sebelum ini.

(5) PKR berjaya pertahan kesemua tiga kerusi tetapi gagal tambah kerusi baru.

(6) Daripada 25 kerusi tumpuan, hanya tiga dimenangi pembangkang iaitu Pujut (DAP), Krian (PKR) dan Ba'kelalan (PKR).

(7) Calon BN Dr Juanda Jaya, yang juga bekas mufti Perlis, menang di Jemoreng. Bebas di tempat kedua dan calon AMANAH hilang majoriti.

(8) Tan Sri Adenan Satem, yang membimbing pasukannya Team Adnan, mengangkat sumpah sebagai ketua menteri Sarawak malam ini setelah berjaya mendapat mandat baru.

Keputusan PRN 11 Sarawak

PRN Sarawak
BERIKUT adalah keputusan Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN-11)


N01: OPAR: SARAWAK: 9,714
1. Francis Teron Kadap ak Noyet (PKR)......1,549
2. Niponi ak Undek (Bebas).................1,583
3. Patrick ak Uren (PBDSB)...................524
4. RANUM AK MINA (BN)......................3,665
Jumlah mengundi/Votes Cast.................7,419
Peratus/Percentage.........................76.40%
Undi rosak/Spoilt votes.......................57
Majoriti/Majority..........................2,082
N02: TASIK BIRU: SARAWAK: 17,041
1. DATO HENRY @ HARRY AK JINEP (BN-SPDP).........6,922
2. Mordi ak Bimol (DAP)..........................5,634
Jumlah mengundi/Votes Cast......................12,797
Peratus/Percentage...............................75.10%
Undi rosak/Spoilt votes............................197
Majoriti/Majority................................1,288
N03: TANJONG DATU: SARAWAK: 9,899
1. TAN SRI ADENAN SATEM (BN-PBB)..............6,360
2. Jazolkipli Numan (PKR).......................468
Jumlah mengundi....................6,936
Peratus............................70.10%
Undi rosak..........................77
Majoriti.............................5,892
N04: PANTAI DAMAI: SARAWAK: 18,409
1. DR ABDUL RAHMAN JUNAIDI (BN-PBB)..........10,918
2. Zainal Abidin Yet (Pas)....................1,658
Jumlah mengundi/Votes Cast...................12,581
Peratus/Percentage............................69.80%
Undi rosak/Spoilt votes.........................221
Majoriti/Majority.............................9,260
N05: DEMAK LAUT: SARAWAK: 13,830
1. DR HAZLAND ABANG HIPNI (BN-PBB)...........8,539
2. Mohamad Fidzuan Zaidi (Amanah)............1,157
Jumlah mengundi/Votes Cast...................9,879
Peratus/Percentage...........................71.40%
Undi rosak/Spoilt votes........................139
Majoriti/Majority............................7,382
N06: TUPONG: SARAWAK: 21,499
1. FAZZRUDIN ABDUL RAHMAN (BN-PBB).........10,942
2. Nurhanim Mokhsen (PKR)...................2,887
Jumlah mengundi/Votes Cast.................14,061
Peratus/Percentage..........................65.40%
Undi rosak/Spoilt votes.......................153
Majoriti/Majority...........................8,055
N07: SAMARIANG: SARAWAK: 18,250
1. Nani Sahari (Amanah)...............................389
2. SHARIFAH HASIDAH SAYEED AMAN GHAZALI (BN-PBB)....9,795
3. Yusof Assidiqqi Ahmad Sharkawi (Pas).............2,035
Jumlah mengundi/Votes Cast.........................12,397
Peratus/Percentage..................................67.90%
Undi rosak/Spoilt votes...............................108
Majoriti/Majority...................................7,760
N08: SATOK: SARAWAK: 13,550
1. DATUK AMAR ABG ABD RAHMAN ZOHARI ABG OPENG (BN-PBB)..6,854
2. Mohammad Salleh Shawkatali (PKR).....................1,809
Jumlah mengundi/Votes Cast..............................8,803
Peratus/Percentage......................................65.00%
Undi rosak/Spoilt votes....................................96
Majoriti/Majority.......................................5,045
N09: PADUNGAN: SARAWAK: 22,301
1. Pau Kiu Sung (BN-SUPP).............5,062
2. Teo Kuang Kim (Star).................116
3. WONG KING WEI (DAP)................9,332
Jumlah mengundi..........14,602
Peratus....................65.50%
Undi rosak................. 78
Majoriti.....................4,270
N010: PENDING: SARAWAK: 30,488
1. Milton Foo Tiang Wee (BN-SUPP).............7,442
2. VIOLET YONG WUI WUI (DAP).................12,454
Jumlah mengundi...................20,038
Peratus............................65.70%
Undi rosak.........................125
Majoriti.............................5,012
N011: BATU LINTANG: SARAWAK: 28,105
1. SEE CHEE HOW (PKR)...............10,758
2. Sih Hua Tong (BN-SUPP)............6,373
3. Soo Lina (Star).....................331
Jumlah mengundi/Votes Cast..........17,613
Peratus/Percentage...................62.70%
Undi rosak/Spoilt votes................110
Majoriti/Majority....................4,385
N012: KOTA SENTOSA : SARAWAK: 25,761
1. CHONG CHIENG JEN (DAP)..............10,047
2. Yap Yau Sin (BN-SUPP)................7,228
Jumlah mengundi/Votes Cast.............17,495
Peratus/Percentage......................67.90%
Undi rosak/Spoilt votes...................196
Majoriti/Majority.......................2,819
N014: BATU KAWAH: SARAWAK: 16,991
1. Christina Chew Wang See (DAP).......4,329
2. Liu Thian Leong (Bebas).............1,109
3. DATUK DR SIM KUI HIAN (BN-SUPP).....6,414
Jumlah mengundi/Votes Cast............12,042
Peratus/Percentage.....................70.90%
Undi rosak/Spoilt votes..................135
Majoriti/Majority......................2,085
N015: ASAJAYA: SARAWAK: 10,967
1. Abang Junaidi bin Abang Gom (PKR).........2,085
2. ABD KARIM RAHMAN HAMZAH (BN-PBB)..........6,163
Jumlah mengundi/Votes Cast...................8,371
Peratus/Percentage...........................76.30%
Undi rosak/Spoilt votes........................107
Majoriti/Majority............................4,078
N016: MUARA TUANG: SARAWAK: 16,186
1. Abang Abdul Halil Abang Naili (Amanah)......765
2. DATUK IDRIS BUANG (BN-PBB)...............10,086
3. Zulkipli Ramzi (PAS)......................1,508
Jumlah mengundi/Votes Cast..................12,688
Peratus/Percentage...........................78.40%
Undi rosak/Spoilt votes........................269
Majoriti/Majority............................8,578
N017: STAKAN: SARAWAK: 14,846
1. Leslie Ting Xiang Zhi (DAP)..................1,778
2. DATUK SERI MOHAMAD ALI MAHMUD (BN-PBB).......8,820
Jumlah mengundi.....................10,839
Peratus..............................73.00%
Undi rosaks............................55
Majoriti...............................7,042
N018: SEREMBU: SARAWAK: 9,065
1. Athina Klaywa Sim (PKR)................1,218
2. Buln ak Patrick Ribos (Star).............120
3. MIRO AK SIMUH (BN).....................3,452
4. Nyomek ak Nyeap (Bebas)................2,055
Jumlah mengundi................7,002
Peratus........................77.20%
Undi rosak.....................138
Majoriti.........................1,397
N019: MAMBONG*: SARAWAK: 17,467
1. DATUK DR JERIP AK SUSIL (BN).............6,161
2. Sanjan ak Daik (DAP).....................2,828
3. Willie ak Mongin (PKR)...................2,645
Jumlah mengundi/Votes Cast.................11,904
Peratus/Percentage..........................68.20%
Undi rosak/Spoilt votes.......................200
Majoriti/Majority...........................3,333
N020: TARAT: SARAWAK: 16,391
1. Musa ak Ngog (PKR)...................3,029
2. ROLAND SAGAH WEE INN(BN-PBB).........8,450
Jumlah mengundi............11,748
Peratus......................71.70%
Undi rosak...................214
Majoriti......................5,421
N021: TEBEDU: SARAWAK: 11,521
1. Alex Saben ak Nipong @ Nyipong (PKR)............1,164
2. DATUK SERI MICHAEL MANYIN AK JAWONG (BN-PBB)....7,357
Jumlah mengundi.........................8,701
Peratus.................................75.50%
Undi rosak..............................144
Majoriti..................................6,193
N022: KEDUP: SARAWAK: 10,370
1. Andrew Nyabe (DAP)...................1,941
2. MACLAINE BEN @ MARTIN BEN (BN-PBB)...5,769
3. Mark Murau ak Sumon (PBDSB)............168
Jumlah mengundi/Votes Cast..............8,000
Peratus/Percentage......................77.10%
Undi rosak/Spoilt votes...................105
Majoriti/Majority.......................3,828
N023: BUKIT SEMUJA : SARAWAK: 13,365
1. Cobbold ak Lusoi(PBDSB)..........................133
2. Edward ak Andrew Luwak @Edward Luwak (DAP).....2,307
3. Fredrick Bayoi ak Maggie (Bebas)...............1,196
4. JOHN AK ILUS (BN)..............................5,451
5. Johnny ak Aput (Star).............................53
Jumlah mengundi........................9,452
Peratus................................70.70%
Undi rosak.............................117
Majoriti.................................3,144
N024: SADONG JAYA: SARAWAK: 6,749
1. AIDEL BIN LARIWOO (BN-PBB).................3,925
2. Asan bin Singkro (Pas).......................458
3. Awang Rabiee bin Awang Hosen (Bebas).........234
4. Othman Bin Mustapha @Mos (Amanah)............157
Jumlah mengundi....................4,874
Peratus............................72.20%
Undi rosak..........................80
Majoriti.............................3,467
N027: SEBUYAU: SARAWAK: 9,041
1. Andrew Anak Jain (Amanah)......................164
2. JULAIHI NARAWI (BN-PBB)......................4,531
3. Wan Abdillah Bin Wan Ahmad (Pas).............1,789
Jumlah mengundi......................6,620
Peratus.............................73.20%
Undi rosak...........................118
Majoriti..............................2,742
N028: LINGGA: SARAWAK: 8,988
1. Abang Zulkifli Bin Abang Engkeh (PKR)..............1,226
2. SIMOI BINTI PERI (BN-PBB)..........................4,169
3. Wan Abdillah Edruce Bin Wan Abdul Rahman (Bebas).....842
Jumlah mengundi............................6,350
Peratus....................................70.60%
Undi rosak.................................113
Majoriti.....................................2,943
N029: BETING MARO: SARAWAK: 10,474
1. Andri Zulkarnaen Bin Hamden (Amanah)........103
2. Hamidah Mokhtar (Pas).....................3,051
3. RAZAILI GAPOR (BN-PBB)....................4,758
Jumlah mengundi/Votes Cast...................8,035
Peratus/Percentage...........................76.70%
Undi rosak/Spoilt votes........................104
Majoriti/Majority............................1,707
N030: BALAI RINGIN: SARAWAK: 9,945
1. Entusa ak Imam (Bebas)...............2,439
2. Nicholas Mujah ak Ason (PKR)..... .....700
3. Pok ak Ungkut (PBDSB)...................90
4. SNOWDAN LAWAN (BN-PRS)...............4,478
Jumlah mengundi..............7,794
Peratus......................78.40%
Undi rosak.....................0
Majoriti.......................2,039
N031: BUKIT BEGUNAN: SARAWAK: 9,389
1. Jubri ak Atak (PKR)...................855
2. DATUK MONG AK DAGANG (BN-PRS).......5,550
Jumlah mengundi.............6,547
Peratus....................69.70%
Undi rosak..................125
Majoriti......................4,695
N033: ENGKILILI : SARAWAK: 10,682
1. Adan ak Sandom (Bebas)..................91
2. DR JOHNICAL RAYONG AK NGIPA (BN).....5,513
3. Nicholas Bawin ak Anggat (PKR).........532
4. Ridi ak Bauk (Bebas).................1,656
Jumlah mengundi/Votes Cast..............7,888
Peratus/Percentage......................73.80%
Undi rosak/Spoilt votes....................73
Majoriti/Majority.......................3,857
N034: BATANG AI: SARAWAK: 9,492
1. Kolien ak Liong (PKR).................1,698
2. MALCOM MUSSEN AK LAMOH (BN-PRS).......4,884
Jumlah mengundi...............6,716
Peratus.......................70.80%
Undi rosak....................116
Majoriti.......................3,186
N035: SARIBAS: SARAWAK: 9,879
1. RICKY @ MOHAMMAD RAZI SITAM (BN-PBB)...........5,963
2. Yakup Daud (PKR)...............................1,531
Jumlah mengundi........................7,883
Peratus................................79.80%
Undi rosak.............................112
Majoriti.................................4,432
N036: LAYAR: SARAWAK: 9,094
1. GERALD RENTAP JABU (BN-PBB)............3,931
2. Vernon Albert Kedit (PKR)..............2,503
Jumlah mengundi................6,582
Peratus........................72.40%
Undi rosak.....................114
Majoriti.........................1,428
N037: BUKIT SABAN: SARAWAK: 8,897
1. DATUK AMAR DOUGLAS UGGAH EMBAS (BN-PBB)...5,524
2. Noel Changgai Bucking (PKR).................925
Jumlah mengundi..................6,584
Peratus...........................74.00%
Undi rosaks.......................108
MajoritI...........................4,599
N041: KUALA RAJANG*: SARAWAK: 10,259
1. Asbor bin Abdullah (Bebas) ................153
2. Sopian bin Julaihi (Amanah)................649
3. DATUK TALIF @ LEN BIN SALLEH (BN-PBB)....6,235
Jumlah mengundi/Votes Cast..................7,227
Peratus/Percentage..........................70.40%
Undi rosak/Spoilt votes.......................153
Majoriti/Majority...........................5,586
N042: SEMOP: SARAWAK: 9,617
1. ABDULLAH SAIDOL (BN-PBB)......................5,260
2. Mohamad Fadillah Sabali(Amanah).................878
Jumlah mengundi.......................6,331
Peratus...............................65.80%
Undi rosak............................139
Majoriti................................4,412
N043: DARO: SARAWAK: 8,491
1. Ibrahim Bayau (Amanah)....................569
2. SAFIEE AHMAD (BN-PBB)...................5,001
Jumlah mengundi.................5,734
Peratus.........................67.50%
Undi rosak......................147
Majoriti..........................4,432
N044: JEMORENG: SARAWAK: 9,699
1. Abdullah Saminan (Bebas)..............1,295
2. DATUK DR JUANDA JAYA (BN-PBB).........5,084
3. Kiprawi Suhaili(Amanah).................187
Jumlah mengundi/Votes Cast...............6,729
Peratus/Percentage.......................69.40%
Undi rosak/Spoilt votes....................133
Majoriti/Majority........................3,789
N046: MERADONG: SARAWAK: 16,882
1. DING KUONG HIING (BN-SUPP)............6,865
2. Ting Tze Fui (DAP)....................5,349
Jumlah mengundi/Votes Cast..............12,413
Peratus/Percentage.......................73.50%
Undi rosak/Spoilt votes....................165
Majoriti/Majority........................1,516
N047: PAKAN: SARAWAK: 10,322
1. Jawie ak Jingot @ Jenggot(Bebas).........3,573
2. Rinda Juliza ak Alexander(DAP).............285
3. TAN SRI WILLIAM MAWAN (BN)...............3,999
Jumlah mengundi..................7,993
Peratus..........................77.40%
Undi rosak.......................128
Majoriti............................426
N048: MELUAN: SARAWAK: 13,103
1. Elly Lawai ak Ngalai (Bebas)................2,686
2. Remiguis Noel @ Jerry ak Clement (Bebas)......934
3. ROLLAND DUAT AK JUBIN (BN-SPDP).............3,363
4. Semana ak Sawang (PKR)......................2,008
Jumlah mengundi.....................9,140
Peratus.............................69.80%
Undi rosak..........................127
Majoriti................................677
N049: NGEMAH: SARAWAK: 8,899
1. Alexander ak Vincent (BN-PRS)...........2,888
2. Joseph Jawa ak Kendawang (Bebas)........2,734
3. Richard ak Lias (DAP).....................243
4. Thomas Laja ak Besi (PKR).................396
Jumlah mengundi.................6,396
Peratus..........................71.9%
Undi rosak......................114
Majoriti............................154
N050: MACHAN: SARAWAK: 10,947
1. ALLAN SIDEN GRAMONG (BN-PBB)........4,550
2. Chen Nguk Fa (PKR)..................1,381
3. Semawi ak Paong(Bebas)..............1,598
Jumlah mengundi/Votes Cast.............7,704
Peratus/Percentage.....................70.40%
Undi rosak/Spoilt votes..................155
Majoriti/Majority......................2,952
N051: BUKIT ASSEK: SARAWAK: 28,341
1. Chieng Buong Toon (BN-SUPP)..............6,895
2. IRENE MARY CHANG OI LING (DAP)..........11,392
3. Moh Hiong King (Star)......................374
Jumlah mengundi/.................18,881
Peratus..........................66.60%
Undi rosak.......................180
Majoriti...........................4,497
N055: NANGKA: SARAWAK: 18,605
1. Abdul Raafidin Bin Majidi(PKR).........2,000
2. DR ANNUAR BIN HAJI RAPA'EE (BN-PBB)....9,617
3. Tiong Ing Tung(Star).....................733
Jumlah mengundi...............12,613
Peratus.......................67.80%
Undi rosak.....................186
Majoriti........................7,617
N054: PELAWAN: SARAWAK: 32,233
1. Lau Ung Hie (BN)..................8,742
2. Priscilla Lau (Star)................597
3. WONG KEE WOAN (DAP)..............13,056
Jumlah mengundi/Votes Cast..........22,628
Peratus/Percentage...................70.20%
Undi rosak/Spoilt votes................174
Majoriti/Majority....................4,314
N056: DALAT: SARAWAK: 11,440
1. DATUK FATIMAH ABDULLAH @ TING SAI MING (BN-PBB)...7,107
2. Sim Eng Hua(PKR)....................................777
Jumlah mengundi/Votes Cast...........................8,080
Peratus/Percentage...................................70.60%
Undi rosak/Spoilt votes................................150
Majoriti/Majority....................................6,330
N057: TELLIAN (KERUSI BAHARU/NEW SEAT): SARAWAK: 8,914
1. Asini @ Hasni bin Yahya (PKR)............666
2. YUSSIBNOSH BALO (BN-PBB)...............5,087
Jumlah mengundi/Votes Cast................5,858
Peratus/Percentage........................65.70%
Undi rosak/Spoilt votes......................83
Majoriti/Majority.........................4,421
N058: BALINGIAN: SARAWAK: 7,967
1. ABDUL YAKUB BIN ARBI (BN-PBB)...........4,208
2. Nurzaiti Binti Hamdan (Amanah)..........1,244
Jumlah mengundi................5,552
Peratus.........................69.70%
Undi rosak.......................90
Majoriti.........................2,964
N059: TAMIN: SARAWAK: 14,948
1. Ali ak Puji (Bebas)...........................4,145
2. CHRISTOPHER GIRA @ GIRA AK SAMBANG(BN-PRS)....6,230
3. Simon ak Joseph (PKR)...........................954
Jumlah mengundi.....................11,508
Peratus...............................77.00%
Undi rosak............................169
Majoriti................................2,085
N061: PELAGUS: SARAWAK: 7,186
1. Frankie Bedindang Manjah (DAP)................494
2. WILSON NYABONG IJANG (BN-PRS)...............3,778
3. Yong ak Sibat(Bebas)..........................321
Jumlah mengundi/Votes Cast.....................4,665
Peratus/Percentage.............................64.90%
Undi rosak/Spoilt votes...........................60
Majoriti/Majority..............................3,284
N063: BUKIT GORAM (KERUSI BAHARU/NEW SEAT): SARAWAK: 11,510
1. JEFFERSON JAMIT UNYAT (BN-PBB)............4,596
2. Larry ak Asap (DAP).......................2,010
Jumlah mengundi/Votes Cast...................6,762
Peratus/Percentage...........................58.70%
Undi rosak/Spoilt votes........................110
Majoriti/Majority............................2,586
N064: BALEH: SARAWAK: 9,624
1.Agop ak Linsong (DAP)............................479
2.TAN SRI DR JAMES JEMUT MASING (BN-PRS).........5,272
Jumlah mengundi/Votes Cast.......................5,820
Peratus/Percentage...............................60.50%
Undi rosak/Spoilt votes.............................55
Majoriti/Majority................................4,793
N065: BELAGA: SARAWAK: 7,096
1. Alexander Lehan (PKR)......................463
2. LIWAN LAGANG (BN-PRS)....................4,149
Jumlah mengundi..................4,674
Peratus..........................65.90%
Undi rosak........................51
Majoriti...........................3,686
N066: MURUM: SARAWAK: 8,242
1. Abun Sui Anyit (PKR).................1,065
2. CHUKPAI UGON (BN-PRS)................3,265
3. Mathew Silek (DAP).....................687
4. Stanley Ajang Batok(Bebas)...........1,029
Jumlah mengundi..............6,219
Peratus......................75.50%
Undi rosak...................153
Majoriti.......................2,200
N067: JEPAK: SARAWAK: 13,789
1. Abdul Jalil Bujang (PKR)................2,141
2. Kiprawi Aman (Pas)........................406
3. Mohammed Anuar Abdul Hamid (Star).........136
4. DATUK TALIB ZULPILIP (BN-PBB)...........6,342
5. Wong Hau Ming (Bebas).....................190
Jumlah mengundi.................9,369 Peratus/Percentage.........................67.90%
Undi rosak/Spoilt votes......................140
Majoriti/Majority..........................4,201
N068: TANJONG BATU*: SARAWAK: 19,674
1. CHIEW CHIU SING (DAP).................7,984
2. Chieng Lea Ping (Star)...................89
3. Pau Chiong Ung (BN-SUPP)..............5,436
Jumlah mengundi/Votes Cast..............13,619
Peratus/Percentage.......................69.20%
Undi rosak/Spoilt votes.....................96
Majoriti/Majority........................2,548
N070: SAMALAJU (KERUSI BAHARU/NEW SEAT): SARAWAK: 13,251
1. Baba ak Emperan (DAP)...................2,992
2. MAJANG AK RENGGI (BN-PRS)...............5,456
3. Zharudin bin Narudin (Pas)................447
Jumlah mengundi/Votes Cast.................9,026
Peratus/Percentage.........................68.10%
Undi rosak/Spoilt votes......................120
Majoriti/Majority..........................2,464
N071: BEKENU: SARAWAK: 12,250
1. Austin Sigi ak Melu (Bebas)...........589
2. Bill ak Kayong (PKR).................1,220
3. Jou @ Peter ak Jelin (Bebas)...........565
4. ROSEY YUNUS (BN).....................6,009
Jumlah mengundi/Votes Cast..............8,540
Peratus/Percentage......................69.70%
Undi rosak/Spoilt votes...................125
Majoriti/Majority.......................4,789
N072: LAMBIR: SARAWAK: 17,533
1. Mohammad Arifiriazul Paijo (Pas).......829
2. Mohdak Ismail (PKR)..................2,596
3. RIPIN LAMAT (BN-PBB).................7,503
Jumlah mengundi/Votes Cast.............11,148
Peratus/Percentage......................63.60%
Undi rosak/Spoilt votes...................205
Majoriti/Majority.......................4,907
N073: PIASAU: SARAWAK: 21,120
1. Alan Ling Sie Keong (DAP)...................5,687
2. SEBASTIAN TING CHIEW YEW (BN-SUPP)..........7,799
Jumlah mengundi/Votes Cast....................13,634
Peratus/Percentage.............................64.60%
Undi rosak/Spoilt votes..........................123
Majoriti/Majority..............................2,112
N076: MARUDI: SARAWAK: 14,858
1. Elia Bit (PKR)...............................4,106
2. Louis Jalong (Bebas)............................56
3. DATUK DR PENGUANG AK MANGGIL (BN-SPDP)......5,493
Jumlah mengundi/Votes Cast......................9,807
Peratus/Percentage..............................66.00%
Undi rosak/Spoilt votes...........................131
Majoriti/Majority...............................1,387
N077: TELANG USAN: SARAWAK: 10,000
1. DENNIS NGAU (BN-PBB)............3,231
2. Roland Engan(PKR)...............3,064
Jumlah mengundi/Votes Cast.........6,388
Peratus/Percentage............. ...63.90%
Undi rosak/Spoilt votes....... .......82
Majoriti/Majority....................167
N078: MULU (KERUSI BAHARU/NEW SEAT): SARAWAK: 8,600
1. DATUK GERAWAT GALA (BN)...........3,198
2. Paul Anyie Raja (DAP)...............309
3. Pauls Baya (PKR)..................1,490
4. Roland Dom Mattu(Bebas).............239
Jumlah mengundi/Votes Cast...........5,356
Peratus/Percentage................ ..62.30%
Undi rosak/Spoilt votes................111
Majoriti/Majority....................1,708
N080: BATU DANAU: SARAWAK: 8,657
1. Ali ak Adap (Bebas).........................1,427
2. PALU @ PAULUS AK GUMBANG (BN)...............4,366
Jumlah mengundi/Votes Cast.....................5,909
Peratus/Percentage.............................68.30%
Undi rosak/Spoilt votes..........................103
Majoriti/Majority..............................2,939
N081: BA'KELALAN: SARAWAK: 7,375
1. BARU BIAN (PKR)..............................2,858
2. Willie Liau(BN-SPDP).........................2,320
Jumlah mengundi/Votes Cast......................5,229
 Peratus/Percentage..............................70.90%Undi rosak/Spoilt votes............................35
Majoriti/Majority.................................538

Tanya bila PM mahu undur, wartawan UK disekat ke sidang media


Wartawan dan jurugambar dari United Kingdom tidak dibenarkan membuat liputan sidang media keputusan pilihan raya Sarawak selepas bertanya perdana menteri sama ada beliau akan meletakkan jawatan.
Ketika Datuk Seri Najib Razak tiba di Wisma Bapa di Kuching, wartawan Channel 4 News itu bertanya sama ada Najib akan berundur.
Najib terus berlalu tanpa mempedulikan Jonathan Miller dan juruvideonya.
Beliau kemudian menuju ke arah tempat sidang media sebelum diberhentikan oleh seorang lelaki yang berkata: “Ini bukan negara kamu”.
Miller kemudian bertanya kepada polis bertugas sama ada beliau dibenarkan masuk.
Selepas meminta pengesahan beliau tidak dibenarkan membuat liputan, Miller berlalu pergi.
Bercakap kepada pemberita, beliau berkata bertanya soalan yang jawapannya dimahukan oleh rakyat Malaysia.

#PRNSarawak : KEADILAN kekal kerusi, minta parti pembangkang ambil iktibar

Rakyat pilih wang sebagai pilihan, kata Xavier

Dr Sim rampas kerusi DAP di Batu Kawah

"Berlaku "urban swing" dalam PRN Sarawak,DAP hilang 5 kerusi

Wartawan dihalau ketika tanya soalan kepada Najib