Sabtu, 7 Mei 2016

Sejak bila Najib bercakap benar DAN tidak pernah mungkir janji ??


Apa nak heran.. kalau BN apa pun boleh !!!

Dalam tempat mengundi pun boleh tampal poster kempen ka ???.. Ini ikut undang2 mana ??

PRN Sarawak sangat bermakna untuk Amanah, kata pengarah pilihan raya


Pas tidak lebih hanya pengacau kata Dr. HattaPas tidak lebih hanya pengacau kata Dr. Hatta
Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak mempunyai makna tersendiri kepada Amanah sebagai parti yang berusia kurang daripada setahun, kata Ahli Jawatankuasa Amanah, Dr Hatta Ramli.
Pengarah Pilihan Raya Amanah itu berkata, parti berkenaan boleh dianggap sebagai parti baharu yang lebih suci memandangkan bergerak di atas prinsip bersama dengan PKR dan DAP.
"Kita masuk ke gelanggang pilihan raya buat julung-julung kalinya atas semangat kebersamaan dalam komponen Pakatan Harapan.
"Peranan Amanah untuk melengkapkan kerangka Pakatan Harapan. Kita tidak bertindih kerusi dengan rakan-rakan komponen Pakatan Harapan," ujarnya ketika ditemui di Pusat Operasi Pilihan Raya malam tadi di Dun Sadong.
Pembahagian kerusi Dun untuk PRN kali ini, jelasnya, berjalan lancar kerana Amanah bertanding untuk menang seterusnya bagi menyelamatkan rakyat Malaysia.
Ditanya tentang pertembungan lima kerusi Dun antara Amanah dan Pas, Dr Hatta menyifatkan parti diketuai Hadi Awang itu sebagai tersasar jauh daripada aspirasi rakyat yang mahukan perubahan.
"Amanah sama sekali tiada keperluan untuk berunding dengan Pas. Kita bertanding atas tiket Pakatan Harapan dan Pas tidak bersama kita.
"Apa lagi pimpinan Pas pun mendakwa Amanah bukan ancaman kepada partinya. Terbukti Pas yang mengacau kerusi pembangkang apabila bertindih lima kerusi dengan Amanah, tiga kerusi dengan PKR dan dua dengan DAP," tambahnya lagi.
Hari ini seramai 226 calon bertanding bagi menduduki 80 Dun selepas dua kerusi iaitu Dun Bukit Sari dan Bukit Kota menang tanpa bertanding.
Penentangan lima penjuru muncul di lima Dun manakala 12 kawasan lagi menyaksikan pertandingan empat penjuru serta tiga penjuru berlangsung di 27 Dun.

JANGAN MARAH NETIZEN, MARAHLAH KEPADA NAJIB!!

Marah benar para penyokong, pengampu dan pembodek Najib Razak terhadap segelintir warga internet atau netizen yang cuba mengaitkan tragedi kemalangan helikopter di Sarawak itu dengan Perdana Menteri dan isterinya, Rosmah Mansor.

Bukan saja netizan itu dikecam dan dilabel dengan macam-macam gelaran oleh penyokong, pengampu dan pembodek tersebut, malah sebuah portal dedak juga melabelkan mereka sebagai golongan "otak rosak".

Di bawah ini ialah antara luahan netizen itu:-
Teliti betul-betul sama ada ia luahan "otak rosak" atau terlibat percubaan menghina dan mempersenda mangsa kejadian helikopter malang yang tidak berdosa itu?

Jika tidak, relakslah bro...jangan marah-marah tak tentu pasal!!

Mempersenda Najib? 

#PRNSarawak: Dua bahagian buang undi DUN Satok sukarkan pengundi

Pusat pembuangan undi bagi N8 DUN Satok yang terbahagi kepada dua bahagian menyukarkan pengundi terutamanya pengundi saluran satu.
Terpisah pada dua bahagian iaitu di bangunan utama Sekolah Merpati Jepang dan Dewan Datu Merpati jepang, jarak 70 meter antara kedua bahagian itu lebih menyukarkan warga emas ekoran ia dipisahkan dengan pagar besi.
PRN SARAWAKRungutan itu diterima SelangorKini daripada seorang pengundi prihatin kepada nasib warga emas selain ia mengelirukan pengundi lain.
“Berbeza dengan PRN sebelum ini, kali ini ada dua tempat undi bagi saluran satu, pengundi jadi keliru.
“Kalau salah tempat, iabakan menyusahkan mereka kerana terpaksa bertukar tempat,” katanya yang hanya mahu dikenali sebagai Kak Sal, 50.
Kerusi Dewan Undangan Negeri itu menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon muda dari KEADILAN Mohamed Salleh Shawkat Ali dan penyandangnya Datuk Abang Johari Openg dari Barisan Nasional (BN).
Terdahulu, Bekas Ketua Menteri Sarawak, Abdul Taib Mahmud ditemani isterinya hadir sekitar 10.45 pagi tadi bagi membuang undi.
Maklumat diterima daripada pertugas SPR di sini, seramai 486 daripada keseluruhan 1,913 pengundi sudah melunaskan tanggungjawab memilih calon.

Selepas pecat Husam Musa, Presiden PAS anggap ia tidak pelik


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan tindakan memecat pemimpin dalam parti Islam bukan suatu keputusan yang pelik, ia selepas pemecatan bekas naib presiden Datuk Husam Musa semalam.
Husam, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor, dipecat parti semalam, ia dipercayai berpunca daripada kritikannya kepada Hadi dan kerajaan negeri Kelantan.
husam-musa“Ini bukan lagi perkara pelik dan bukan hanya berlaku sekarang. PAS memecat ahli yang melanggar disiplin parti,” katanya dipetik dalam Harakah Daily semasa ceramah di Dataran Jeli malam tadi.
Hadi berkata sebelum ini ahli parlimen PAS juga pernah dipecat kerana menghadiri program anjuran kerajaan Barisan Nasional (BN) yang melibatkan majlis tari-menari.
Semalam Jawatankuasa Tatatertib PAS memecat keahlian Adun Salor Datuk Husam Musa berkuatkuasa 23 April 2016 kerana melanggar disiplin parti.
Hadi yang dilihat cenderung dan rapat dengan pemimpin Umno dikritik hebat Husam, malah pemimpin nombor satu parti Islam juga hadir dengan baju sedondon bersama Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak sebelum ini.
Hadi juga dilihat cenderung mempertahankan kepimpinan Najib yang terpalit dengan skandal itu.

Husam pertikai keputusan pecat beliau, Sanusi tidak layak


Husam berucap buat kali terakhir dalam mesyuarat agung Pas Kubang Kerian.Husam berucap buat kali terakhir dalam mesyuarat agung Pas Kubang Kerian.
Datuk Husam Musa yang dipecat oleh Jawatankuasa Tatatertib Pas mempertikaikan keputusan yang dibuat ke atasnya kerana ketua jawatankuasa itu Dr Sanusi Daeng Mariok tidak mempunyai intergriti untuk mengadili kes ke atas beliau kerana sejak sekian lama memfitnah beliau.
Beliau mempersoal Sanusi yang membuat fitnah kepadanya menjadi hakim pula dan seterusnya memecat beliau dari Pas, kata Husam ketika berucap secagai tetamu jemputan dalam Mesyuarat Agung Pas Kubang Kerian hari ini.
Husam tidak dibenarkan berucap sebagai Yang Dipertua Kawasan kerana telah dipecat oleh Pas.
Husam mengulangi statusnya masih ahli Pas kerana sehingga ini belum dimaklum secara rasmi berhubung keputusan jawatankuasa Sanusi itu.
Beliau juga mempertikaikan proses beliau dipecat kerana tidak diberitahu kesalahan dan tidak dipanggil membela diri.
Terdahulu, pengerusi majlis menyebut Husam sebagai tetamu khas diberi peluang berucap di muktamar Pas kawasan Kubang Kerian pagi ini.
Antara ahli Pas Kubang Kerian yang hadir dalam mesyuarat agung mereka.Antara ahli Pas Kubang Kerian yang hadir dalam mesyuarat agung mereka.Pengarah Pusat Kajian Strategik (PKS) Kelantan, Dr Wan Nik Wan Yusof yang hadir 'atas arahan' setiausaha perhubungan Pas Kelantan menyampaikan ucapan aluan.
Ketika memulakan ucapannya, Husam meminta diberi masa cukup kerana ini ucapan terakhir dalam majlis 'anak beranak' seperti ini.
Selepas ini katanya beliau mungkin tidak lagi berucap dalam majlis sebegini (majlis Pas)
Dalam ucapan itu, Husam turut mempersoalkan kata-kata Wan Nik yang menyebut hanya Pas satu-satunya jamaah Islam. "Perkara ini saya percaya tidak begitu," katanya.
Beliau menyentuh kempen pertahan Kelantan. Katanya, "Kalau nak pertahan kena buat benda betul."
"Kalau berbuat perkara yang boleh menyebabkan rakyat marah dan orang benci tentulah kerajaan akan jatuh," katanya.
Sekitar 1000 perwakilan dan pemerhati memenuhi dewan dan turut berada di luar dewan.

DAP sees record crowds in Sibu

8000 turned up for DAP rally, wild cheers of "Ubah!" at Miri

DEKLARASI RAKYAT "SELAMATKAN MALAYSIA" - MANJOI, PERAK

Blatant election offences by BN, says election watchdog

MENGAPA HUSAM PERLU MENANGIS?

Mengapa Husam Musa perlu menangis dan menitiskan air mata kerana dipecat daripada Pas?

Adakah beliau sedih dan masih sayangkan Pas?

Tetapi, bukankah Pas yang diterajui Hadi Awang sekarang ini bukan lagi seperti Pas ketika Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat masih ada, sebaliknya sudah bertukar menjadi lebih mesra dengan UMNO, ingin berbaik-baik dengan UMNO dan hanya mahu menjadi penasihat kepada kerajaan yang dipimpin oleh Najib Razak yang penuh skandal dan keaiban?

Atau mungkinkah air mata yang mengalir itu tanda kegembiraan dan kesyukuran kerana secara langsung telah terpisah daripada persekongkolan antara partinya dengan kerajaan pimpinan Najib yang jelas jelik di mata rakyat dan semakin menjadi bualan buruk di seluruh dunia? (SH 06/05/2016).


Berikut ialah curahan hati Husam Musa setelah beliau dipecat daripada Pas yang bermula 23 April 2016 iaitu tarikh bersidangnya Jawatankuasa Tatatertib Pas yang dipengerusikan oleh Daeng Sanusi Daeng Mariok:-

Di pagi Juma'at yang agung dan mulia, di akhir bulan Rejab yang mengandung pelbagai rahsia Ilahi, se hari selepas peristiwa Isra' dan Mi'raj yang penuh dengan pelajaran bagi orang Islam dan pejuangnya yang telah dijalani oleh Nabi berakhlak mulia - hati saya tengah pilu merenung peristiwa kehilangan heli di Sarawak - ketika tiba-tiba telefon saya tak putus-putus berdering.

#PRNSarawak: Waris Rosli Dhoby selar kain rentang BN.

roslikanangSIBU: Waris terdekat pejuang kemerdekaan arwah Rosli Dhoby membuat laporan polis petang kelmarin berikutan tindakan pihak tertentu mempamerkan kain rentang dengan gambar pejuang bersejarah itu untuk kepentingan politik mereka.
Laporan polis dibuat oleh Musa Ainnie di Balai Polis Sentral, kira-kira jam 4.42 petang kelmarin.
Dalam laporan itu, Musa memberitahu menerima satu mesej daripada adiknya, Bolhassan Ainnie memberitahu terdapat beberapa lokasi mempamerkan kain rentang dengan gambar arwah.
Beliau juga memberitahu, kain rentang itu tertulis perkataan ‘Perjuangan Demi Masa Depan Sarawak Rosli Dhoby (1932-1950)’ terdapat gambar dacing.
Kain rentang tersebut diletak di beberapa lokasi seperti Batu Kitang Kuching, Simpang Betong, Julau, Sibu Jaya, Bulatan RTM Sibu, stesen bas Kampung Datu Lama Sibu serta depan Kem Sri Rejang Sungai Antu Sibu.
“Perbuatan ini sangat memalukan dan boleh mengaibkan keluarga arwah demi untuk kepentingan politik semasa pilihan raya.
“Perjuangan arwah jangan disamakan atau disalahertikan dalam konteks pilihan raya. Arwah menentang penjajah hingga akhir hayat untuk kemerdekaan yang kita kecepai hari ini,” ujarnya dipetik sebuah portal.
Sebagai waris terdekat Rosli Dhoby katanya, beliau menyifatkan tindakan pihak terbabit mengaibkan keluarga terdekat arwah.
“Kain rentang tersebut digunakan bagi kepentingan politik dan tanpa mengira sensitiviti serta memohon sebarang kebenaran daripada mana-mana waris terdekat,” ujarnya.
Musa juga memberitahu, kain rentang itu telah ditanggal oleh individu tidak dikenali apabila beliau meninjau sekitar kawasan terbabit.

#PRNSarawak: Nilai 'durian runtuh' di Sarawak RM383j


Durian runtuh melanda Sarawak ketikan pemimpin BN - sama ada dari pusat atau negeri - berkempen untuk memenangi hati pengundi sempena pilihan raya negeri.
Berdasarkan senarai dikumpulkan Malaysiakini, jumlah peruntukan yang diumum ialah sekurang-kurangnya RM382.8 juta.
Angka itu diperoleh berdasarkan laporan Malaysiakini sepanjang tempoh berkempen, selain sumber dari media lain. Bagaimanapun tidak semua pengumuman dibuat disertakan dengan pendedahan jumlah wang yang terlibat.
Wang itu pula datang dalam bentuk yang pelbagai, termasuk peruntukan dan projek yang diluluskan atau diumum ketika kempen, serta janji-janji untuk ditunaikan pada masa depan.
Pemberi terbesar ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengumumkan peruntukan sekurang-kurangnya RM255 juta sepanjang tempoh hampir dua minggu kempen berlangsung.
Kempen untuk pilihan raya negeri kali ini bermula secara rasmi pada 25 April.
Antara pengumuman paling mahal diumum Najib ialah projek bekalan air luar bandar untuk beberapa kampung di Bekenu. Jumlah yang diumum perdana menteri ialah RM94.5 juta.
Timbalan beliau, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pula mengumumkan peruntukan sekurang-kurangnya RM78.5 juta manakala Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi mengumumkan pembukaan pejabat baru Jabatan Pengangkutan Jalan di Sarikei bernilai RM21.4 juta.
Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem pula 'mengagihkan' sekurang-kurangnya RM13.5 juta ketika berkempen. Daripada jumlah itu RM10.3 juta adalah pampasan untuk 235 pemilik tanah yang diambil kerajaan untuk pembinaan projek Lebuh Raya Pan-Borneo.

#PRNSarawak: KEADILAN tubuh pasukan pemantauan

Sarawak telah menubuhkan pasukan petugas khas bagi memantau setiap kawasan yang ditandinginnya.
Pengarah Bilik Gerakan Utama KEADILAN Sarawak, Lynette Tan dalam kenyataannya berkata, petugas tersebut akan menjalankan pemantauan bagi mengesan kehadiran pengundi hantu atau sebarang gangguan yang boleh menjejaskan integriti pilihan raya.
IMG_0864Pasukan tersebut juga tegasnya dilengkapi dengan kamera dan alat rakaman lain bagi mengumpul bukti dalam kes-kes seperti membeli undi dan penggunaan keganasan untuk mempengaruhi mengundi trend pengundian.
“Kami menggesa orang ramai untuk segera membuat laporan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya atau unit penguatkuasaan yang berkenaan jika mereka mendapati apa-apa kesalahan seperti membeli undi, provokasi, mengancam perbuatan, atau halangan pengundi daripada mengundi,” tegasnya.
Tambahnya lagi, tindakan membeli undi , provokasi atau halangn bagi tidak membenarkan pengundi menunaikan kewajiban mereka adalah merupakan jenayah di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya.
Pesalah tegasnya boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga dua tahun dan denda sehingga RM5,000, jika sabit kesalahan.
“Walaupun memenangi pilihan raya merupakan keutamaan bagi semua pihak namun pilihan raya yang berlagsung mestilah bebas daripada penipuan, gangguan dan rasuah.
“KEADILAN menggesa semua pihak termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan agensi-agensi penguatkuasaan lain agar sentiasa berwaspada bagi memastikan pilihan raya dapat berlangsung dengan bersih dan adil,” tambahnya lagi.
Sementara itu, beliau turut menggesa agar pengundi dapat keluar awal bagi mengelakkan kesesakan yang mungkin dalam waktu akhir di tempat mengundi.
Mereka turut dinasihatkan supaya berhati-hati apabila dakwat kekal digunakan pada kertas jari bagi mengelakkan kertas undi mereka tidak dirosakkan oleh dakwat, yang boleh membuat undi tidak sah dan dianggap batal.

MESEJ DARIPADA TUHAN

Semalam, 5 Mei adalah hari terakhir kebanyakan pemimpin pembangkang boleh berada di bumi Sarawak. Adenan Satem dengan keras dan angkuh menggunakan peruntukan autonomi Imigresen bagi menghalang pertandingan sama rata dan sama adil dengan seolah-olah hanya pemimpin BN saja boleh mendekati rakyat menjelang dua hari terakhir sebelum pembuangan undi.

Tetapi dengan berlakunya tragedi helikopter hilang yang melibatkan seorang timbalan menteri, seorang ahli parlimen, seorang ketua setiausaha kementerian dan tiga yang lain, semua pemimpin BN sebaliknya lebih sibuk bercakap mengenai kejadian itu di hari-hari terakhir di mana mereka sepatutnya lebih menggunakan segala usaha untuk meraih undi.

Bagi pemimpin peringkat negeri, mungkin gerak kerja kempen mereka tetap seperti biasa, tetapi bagi pemimpin Semenanjung, terutamanya Najib Razak dan Zahid Hamidi, menteri-menteri dan yang lain-lain, tumpuan tentu saja lebih kepada tragedi malang itu, tambahan pula ia melibatkan nyawa orang-orang penting dalam kerajaan.

Dengan itu, agenda mendekati pengundi di saat-saat akhir sebelum pembuangan undi secara tidak langsung telah hilang fokusnya.

Berdasarkan penemuan awal satu jasad wanita sehingga tengahari tadi dan beberapa bahagian helikopter yang bertaburan setakat ini, adalah dipercayai kesemua penumpang telah terbunuh dalam kejadian malang itu.

Melalui tragedi yang tidak disangka-sangka itu, Tuhan sebenarnya cuba menghantar mesej untuk sebuah keangkuhan dan kesombongan yang selalu menjadi amalan manusia yang berkuasa sehingga merasakan mereka boleh berbuat apa saja di dunia ini.

Sama seperti pemimpin pembangkang yang dihalau dan dinafikan hak bertemu rakyat, majoriti pemimpin BN juga akhirnya sama-sama tidak dapat menjalankan kerja-kerja kempen pilihanraya di saat-saat akhir.

Lantaran  itu, bagi yang mahu berfikir, berpada-padalah menggunakan kuasa dan jangan sampai lupa bahawa Tuhan sentiasa ada memerhati kita. Tuhan pasti adil kepada kita semua.

Kepada pengundi Sarawak, fahamilah mesej Tuhan itu dalam menunaikan tanggungjawab pada 7 Mei nanti untuk sekurang-kurangnya membuang keegoan dan keangkuhan mereka yang berkuasa itu, kalau pun tidak mampu melakukan perubahan yang lebih menyeluruh.