Jumaat, 6 Mei 2016

#PRNSarawak: Kenyataan Hadi tolak KM bukan bumiputera, Islam tidak diterima di Sarawak


#PRNSarawak:Bekas Adun BN berang, tuduh Amanah pecahkan perpaduan Melayu

Wan Abdul Wahab ketika berang selepas Yusoff menghulurkan salam kepadanya ketika keluar dari masjid Kampung Semera.Wan Abdul Wahab ketika berang selepas Yusoff menghulurkan salam kepadanya ketika keluar dari masjid Kampung Semera.
Perkarangan Masjid Riadus Salihin di Kampung Semera dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Sadong Jaya gempar apabila pemimpin BN, Wan Abdul Wahab Wan Sanusi berang dengan sekumpulan petugas Amanah selepas sembahyang Jumaat hari ini.
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) itu menuduh keputusan Amanah untuk bertanding di Sarawak pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-11 kali ini tidak lebih hanya mengundang perpecahan dalam masyarakat Melayu di Sarawak.
"Kalau betul nak tolong orang Melayu, kenapa tidak bertanding di semua kerusi? Ini bertanding 13 kerusi saja.
"Kalau menang semua (kerusi) pun, sama saja. Ini je dapat," perlekehnya sambil menggayakan aksi dengan meletak jari di lubang hidungnya.
Pada masa sama, Wahab turut mencabar ingin bertemu dengan Presiden Amanah, Mohamad Sabu serta kira-kira 10 petugas Amanah di sekelilingnya.
"Kenapa dia tidak dapat masuk (Sarawak)? Sebab dia jahat," tegasnya dengan nada suara tinggi di hadapan Setiausaha Amanah Wilayah Persekutuan, Yusoff Ahmad merangkap Pemangku Pengarah Biro Pilihan Raya Wilayah Persekutuan.
Diminta mengulas insiden tersebut, calon Amanah Ustaz Othman Mustafa menganggap serangan agresif pemimpin BN itu berlaku ekoran sokongan masyarakat tempatan terhadap Amanah semakin bertambah.
Dalam hal berkaitan, seorang lelaki tempatan yang mendakwa dirinya Ahli Jawatankuasa masjid itu mengarahkan kumpulan jentera pilihan raya Amanah terbabit supaya bersurai kerana tempat ibadat tersebut bukannya tempat ceramah.

#PRNSarawak:Tidak sampai 24 jam buang undi, calon OKU Amanah buat rayuan


Rapelson Richard HamitRapelson Richard Hamit
Tidak sampai tempoh 24 jam waktu pembuangan undi untuk pilihan raya negeri (PRN) Sarawak, calon orang kelainan upaya (OKU) Amanah, Rapelson Richard Hamit menitipkan surat terbuka kepada para pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) N26 Gedong.
Berikut adalah kandungan surat terbuka itu:
Salam sejahtera dan kasih sayang kepada tuan puan sekeluarga.
Terlebih dahulu saya memohon maaf kerana mengganggu masa tuan puan seketika.
Untuk makluman tuan puan 7hb Mei 2016 adalah hari mengundi. Keluarlah mengundi dengan hati yang tenang tanpa rasa takut dan bimbang. Undi adalah hak tuan puan semua. Undi adalah rahsia sebagaimana jaminan SPR.
Saya tahu, saya bukanlah yang terbaik jika dibandingkan dengan tuan puan. Tetapi saya akan jadi yang terbaik untuk tuan puan semua.
Saya yakin tuan puan akan bersama dengan saya mempertahankan hak-hak warisan nenek moyang kita sejak dulu lagi. Walaupun tanah atau harta itu sedikit, tetapi ia adalah hak dan maruah kita.
Tuan puan yang saya hormati.
Saya dengan rendah diri memohon dan mengharapkan kesudian tuan puan semua untuk memberi undi kepada saya dengan MEMANGKAH PARTI AMANAH.
Saya berjanji jika saya dipilih saya akan bersama dengan tuan puan di masa senang dan susah.
Saya mengucapkan terima kasih di atas kesudian mengundi saya dan mohon dimaafi.
"BERANILAH BERUBAH UNTUK DIRI KITA SENDIRI"
Rapelson Richard Hamit
Calon tuan puan semua di N.26 Gedong

#PRNSarawak:‘Taktik kotor’ raih undi dikecam, mohon rakyat bangkit tolak BN

Tindakan Barisan Nasional (BN) menyalurkan peruntukan RM5.5 juta untuk pembangunan fizikal gereja di Ba’Kelalan dua hari sebelum menjelang hari pengundian amat dikesali.
Penyandang DUN Ba’Kelalan, Baru Bian menyifatkan tindakan itu sebagai terdesak dan jelas ingin ‘membeli’ hati pengundi terutamanya masyarakat Kristian Lun Bawang.
PRN SARAWAK“Gereja diabaikan BN sejak sekian dekad dan tiba-tiba mereka (BN) hadir bermurah hati dengan janji manis yang jelas terlihat kemunafikan mereka.
“Saya menggesa orang Kristian di Ba’Kelalan untuk berteguh  berpegang kepada integriti dan maruah mereka,” katanya.
Terdahulu, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili mengumumkan Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan bagi membantu 110 buah gereja luar bandar di DUN itu.
Ongkili, yang juga Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), mendakwa kononnya gereja terbabit tidak mendapat perhatian wakil rakyat pembangkang, merujuk kepada Pengerusi KEADILAN Sarawak, Baru Bian, yang mempertahankan kerusi Ba’Kelalan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 esok.
Mengulas lanjut, Baru Bian menyeru semua pengundi di Ba’Kelalan dan seluruh Sarawak tidak terpedaya dengan ‘taktik kotor’ BN mengaburi mata mereka.
“Seluruh pengundi, jangan terpedaya sebaliknya kuatkan pendirian esok terhadap taktik kotor BN itu.
“Teruskan mengundi KEADILAN bagi kerajaan lebih baik sekaligus menghantar mesej kepada BN bahawa pengundi bangun untuk janji kosong mereka.” katanya.

#PRNSarawak:BN sasar Ba’Kelalan, ugut tarik biasiswa jika tidak undi mereka

baru-bianBiasiswa anak bakal ditarik antara ungutan daripada Barisan Nasional (BN) terhadap penduduk di kawasan pedalaman Sarawak sekirannya tidak menyokong mereka, kata Pengerusi KEADILAN Sarawak, Baru Bian.
Menyelar kempen kotor tersebut, penyandang kerusi Ba’Kelalan itu mengesa penindasan terhadap rakyat terutama di pedalaman dihentikan segera.
“Mereka ke kampung-kampung pada waktu malam, meminta kad pengenalan pengundi dan mengancam mereka.
“Mereka gesa rakyat mesti pilih BN, kalau tidak, macam-macam terjadi seperti biasiswa anak akan di tarik balik,” katanya menerusi kenyataan.
Beliau turut menggesa rakyat untuk tidak tunduk kepada ugutan BN itu.
“Rakyat perlu sedar sekarang bahawa BN tidak mempunyai apa-apa yang lebih baik untuk ditawarkan daripada rasuah dan ancaman.
“Kita mesti menggunakan hak demokrasi memilih pemimpin berwibawa untuk masa depan kita dan anak-anak,” katanya.
Terbaru, Baru Bian sekali lagi dihimpit ‘taktik kotor’ BN apabila Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili mengumumkan Kerajaan Persekutuan sudah meluluskan peruntukan RM5.5 juta bagi membantu 110 buah gereja luar bandar di dun yang dimenanginya pada PRN ke-10 itu.
Katanya, ‘taktik kotor’ itu mudah dibaca apabila ia diumumkan dua hari sebelum hari pengundian esok sedangkan sejak sekian dekat rumah-rumah ibadat di DUN itu tidak dipedulikan BN.

#PRNSarawak:Ayuh pengundi, cabut kuasa BN di Sarawak

(Oleh Datuk Seri Mohamed Azmin Ali)
Kepada saudaraku di Sarawak,
IMG_2872Amat malang sekali saya telah dihalang daripada menjejakkan kaki ke negeri yang indah ini untuk bersama-sama saudara-saudari hari ini. Ketua Menteri mendesak saya agar menulis surat rayuan. Namun, apakah perlu saya melutut di hadapan Adenan Satem kerana saya ingin bertemu saudara-saudari sekalian.
Saya terbang ke Sarawak untuk menyokong calon-calon KEADILAN menjelang detik-detik terakhir kempen pilihan raya ini, untuk memberikan sokongan dan menghirup keberanian dan kecekalan rakyat Sarawak. Saya mahu berdiri berganding bahu bersama pemimpin-pemimpin rakyat seperti Baru Bian, See Chee How, dan Ali Biju serta calon-calon lain yang bekerja untuk mewakili rakyat.
Saya cukup bersemangat sepanjang malam semalam sehingga kurang tidur dan begitu teruja untuk membantu kempen calon-calon kita yang pastinya menjadi inspirasi kepada semua rakyat Malaysia, khususnya kepada KEADILAN, diri saya sendiri dan seluruh rakyat Sarawak.
Mereka adalah wira rakyat. Mereka adalah pahlawan-pahlawan saya.
2ee8d0568db43e5ae29229af7e681bbfSaudara-saudari bertuah mempunyai calon-calon yang begitu bersemangat dan tekal kepada untung nasib negeri Kenyalang. Mereka berjuang berdekad-dekad lamanya Demi Sarawak yang lebih gemilang, melindungi hak-hak rakyat, hak turun-temurun ke atas tanah adat Sarawak.
Mereka bekerja siang dan malam tanpa mengira penat lelah dengan kelompok masyarakat yang berbeza. Inilah erti sebenar perjuangan demi hak-hak warga Sarawak. Sarawak merupakan pengasas bersama Persekutuan Malaysia.
IMG_2769Walaupun tiada sesiapa yang mempersoal asas-asas Perlembagaan Persekutuan, kita tidak pernah ragu-ragu terhadap isu autonomi Sarawak yang dekat di hati sanubari rakyat.
Kita yakin sepenuhnya bahawa rakyat Sarawak wajib menerima hak yang memang sepatutnya menjadi hak mereka.
Sudah sekian lama, Barisan Nasional cuai dalam melindungi hak-hak rakyat Sarawak. 25 orang Ahli Parlimen BN telah bersekongkol menyokong GST yang menghisap darah rakyat.
Berapa lama lagi rakyat Sarawak harus bersabar dinafikan berbilion ringgit royalti minyak yang menjadi hak mereka?
Ketua Menteri Sarawak diherdik secara terbuka di khalayak ramai kerana menuntut peningkatan royalti minyak yang menjadi hak rakyat Sarawak.

#PRNSarawak:KEADILAN akan terus memperjuangkan kedaulatan S’wak

Kesemua calon dipertaruhkan KEADILAN bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang bakal berlangsung esok menyelar sekatan yang dikenakan Adenan Satem kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohammed Azmin Ali.
2ee8d0568db43e5ae29229af7e681bbfMelalui satu kenyataan media bersama yang disiarkan, mereka berharap tindakan dilakukan Adenan itu tidak akan memberi kesan tidak baik terhadap kedua-dua negeri.
“Ketua Menteri Kerajaan sementara Sarawak, Tan Sri Adenen Satem bertindak mengharamkan sesiapa sahaja yang dia mahu.
“Sekatan masuk yang dikenakan kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohammed Azmin Ali pagi tadi sangat dikesali, DAN kami berharap tindakan adenan itu tidak akan menjejaskan hubungan antara kerajaan antara Sarawak dan Selangor,” kata mereka.
Sementara itu mereka menegaskan, tindakan dilakukan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu sama sekali tidak akan melenturkan semangat juang mereka.
“Kami pemimpin KEADILAN Sarawak terus ada disini untuk meneruskan usaha kami untuk menawarkan kepada rakyat Sarawak masa depan yang lebih baik dan cerah di bawah sebuah kerajaan baru yang memartabatkan kedaulatan undang-undang serta melindungi hak-hak semua rakyat Sarawak,” kata kenyataan itu.
Dalam pada itu, kesemua calon-calon dipertaruhkan KEADILAN melahirkan rasa simpati terhadap insiden membabitkan sebuah helikopter yang membawa 6 individu semalam, mereka turut menyatakan harapan agar ada mangsa terselamat ditemui.

#PRNSarawak:Adenan main ‘drama besar’, cuba selindung rasa gusar

IMG_0894Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem disifatkan cuba bermain ‘drama besar’ apabila menyalahguna kuasa dengan menjadikan autonomi sebagai alasan bagi menghalang pemimpin Pakatan masuk ke negeri itu.
Naib Presiden KEADILAN, Dr Xavier Jayakumar berkata sekatan yang dikenakan terhadap Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pagi tadi jelas mencerminkan kegusaran pemerintah terhadap kemaraan KEADILAN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.
“Di penghujung waktu berkempen, Mohamed Azmin dihalang masuk atas alasan apa?
“Kalau autonomi menjadi alasan pemerintah, ini adalah sebuah ‘drama besar’ kerana mereka melaungkan demokrasi.
“Masa berkempen diberi tetapi pemimpin politik disekat dari masuk Sarawak,” katanya di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.
Timbalan Presiden KEADILAN itu yang tiba di Kuching bagi membantu kempen calon PRN pad hari terakhir tempoh berkempen dihalang dari masuk ke Sarawak.
Beliau ditahan di kaunter pemeriksaan imigresen dan diarahkan pulang serta merta dengan penerbangan ke KLIA, jam 10.50 pagi.
Sementara itu dalam kenyataannya, Azmin menggesa supaya Adenan bertanggungjawab terhadap situasi itu.
“Seperti saya sebut seminggu lalu, pendirian angkuh Adenan terhadap rakan senegaranya ini adalah tindakan melampaui batas dan ia mempamerkan wajah sebenar beliau yang menggunakan kuasa eksekutif secara sesuka hati.
“Adenan perlu bertanggungjawab terhadap situasi yang amat dikesali ini, saya bersimpati dengan beliau kerana terpaksa menggunakan taktik sebegini dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan media.

#PRNSarawak: Rakyat Sarawak dahaga tunggu perubahan


"Inilah Sungai Abang, airnya keruh semenjak Oktober 2015. Orang Ba Abang tak dapat minum air dari sungai ini.
“Inilah masalah yang dihadapi orang Penan,” kata Tuai Kampung Panai Irang, dari Ba Abang, kampung terpencil di Baram, di bahagian timur Bumi Kenyalang.
"Kami buat sekatan, tapi kompeni robohkan. Kami buat laporan Perhutanan dan Polis, tapi mereka sokong kompeni."
Masyarakat desa di Baram, termasuk Penan, Kenyah dan Kayan, sedang memperjuangkan dua isu yang mencabar.
Isu pertama ialah Empangan Hidroelektrik Baram, projek "mega" yang bakal menenggelamkan 400 kilometer persegi (hampir sama dengan kawasan bandaraya Kuching), dan mengancam 20,000 penduduk kampung yang bakal dipaksa berpindah.

Isu yang kedua adalah usaha mereka mempertahankan tanah adat dan hutan rimba "native customary rights" (NCR), sungai dan kawasan tadahan air sekeliling kampung mereka, daripada pencerobohan dan pencemaran alam oleh syarikat balak gergasi dan kontraktor mereka.
Dalam kedua-dua isu tersebut, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem telah menawarkan pelbagai janji, sempena pilihanraya negeri.
Adenan janji beliau akan bertindak, menghapuskan pembalakan haram dan melindungi tanah adat NCR.
Walaupun suara Adenan lantang semasa pengumuman janji tersebut, sehingga sekarang, tiada kes pembalak haram yang dihukum penjara, dan usaha pembalakan masih berlangsung dengan pesat di Baram dan kawasan hutan NCR yang lain di Sarawak.
Adenan tidak berani mengganggu lesen pembalakan yang dikeluarkan oleh bekas ketua menteri, dan bekas abang iparnya, Tun Abdul Taib Mahmud.

Malah, Adenan menyokong hartawan pengusaha balak, seperti Hii King Chiong, Janet Lau dan Tiong Thai King, yang bertanding pada pilihanraya negeri ke-11.
Adenan berjanji "calon Cina saya" akan dilantik ke jemaah menteri negeri, jika berjaya menang pada pilihanraya, esok.
Kemenangan penangguhan empangan Baram
Penduduk kampung telah menang, untuk sementara waktu, dalam satu isu: empangan Baram telah ditangguhkan.
Taib dan Adenan menghadapi protes sengit. Sekatan jalan di Long Lama dan Long Naah selama 18 bulan lalu berjaya menghalang kemasukan jentera ke tapak pembinaan Empangan Baram.
Adenan terpaksa menggantungkan projek tersebut, sejurus sebelum pilihanraya negeri. Adenan masih mendakwa beliau yang berkuasa, bukan boneka, dan menafikan bahawa beliau membuat pusingan U akibat bantahan orang kampung.
"Mereka puji sendiri...(mereka kata) mereka yang mendesak, saya dipaksa menarik balik projek ini - tidak!
“Itu bukan sebabnya. Sebabnya ialah saya telah mengkaji perkara ini. Tiada keperluan untuk empangan besar," umum Adenan pada 3 Mei lalu.
"Kita boleh bina empangan mini dan sebagainya, tapi bukan empangan besar, terutamanya sebab kita tak akan bekalkan (kuasa elektrik) ke Semenanjung Malaysia."

Berang tajaan RM30 juta dibatalkan, peminat mahu MB Kedah letak jawatan



Peminat bola sepak negeri Kedah berang dengan tindakan Menteri Besar, Datuk Ahmad Bashah Hanipah kerana menamatkan tajaan bernilai RM30 juta dengan Syarikat D’Herbs Healthy Sdn. Bhd. (D’Herbs) atas alasan tidak mahu hak negeri tidak tergadai.
imageTinjauan dalam laman Facebook kelab peminat bola sepak Kedah mendapati menteri besar yang terkenal kerana gambar lena itu dikecam hebat dan mereka mendesak peletakan jawatannya.
“Pakat ramai2 kecam mat bashah tu letak jawatan… kuasa hak bersuara adalah penyokong,ramai2 sepakat hai kampung pening lalat,” tulis seorang pengguna Facebook bernama E-Jan Aziz dalam laman peminat Kedah Ohsem, salah satu laman peminat bola sepak Kedah.
“Mat bashah tak suka kemajuan negeri kedah.perlajaran sampai mana dia ni..ingat rakyat yang naikan dia,” tulis seorang pengguna Facebook lagi bernama At Hamid.
“Lingkup la bola Kedah lepas nii, OTAK pt3…dok lena la tu,” kata Razif Rahman dalam ruang komen.
Bashah menolak tajaan bernilai RM30 juta daripada D’Herbs atas alasan permintaan yang melampau tidak dapat dipenuhi kerajaan negeri.
Namun, cerita berlainan pula daripada pihak pemilik D’Herbs yang mendedahkan tanah yang mahu dimilikinya merupakan sebuah kawasan terbengkalai dan berhasrat untuk membangunkan kawasan tersebut.

PAS akan terus bergolak susulan pemecatan Husam


Perkembangan terbaru dalam PAS yang menyaksikannya memecat bekas naib presidennya, Datuk Husam Musa akan menambah pergolakan dalam parti itu, kata bekas rakan seperjuangannya.
Ahli Parlimen Parit Buntar, Mujahid Yusoff Rawa yang adalah bekas ahli jawatankuasa PAS pusat berkata, jangkaan tersebut adalah berdasarkan 'kekuatan' Husam dalam parti, terutama di Kelantan.
 "Husam bersuara dengan lantang dalam parti dan ini menyebabkan kelukaan yang mendalam buat PAS," ujar Mujahid, yang kini menduduki kerusi Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH).
"PAS pastinya telah menimbang kesan dan manfaat mempunyai ahli penting seperti Husam sebelum memutuskan untuk memecat beliau.
"Bagaimanapun, pemecatan beliau hanya akan menyebabkan pergolakan seterusnya bukan sahaja PAS di Kelantan tetapi juga parti itu secara keseluruhan.
"Pastinya menarik untuk melihat perkembangan seterusnya di masa depan,” tambahnya.
Husam, dalam reaksi segeranya berhubung pemecatan itu berkata, beliau ternyata tidak dapat menahan rasa pilu dan sebak selepas dipecat sebagai ahli parti Islam itu.
Ketika hatinya sedang pilu dengan peristiwa kehilangan helikopter di Sarawak, beliau tiba-tiba tidak putus menerima panggilan telefon, kata Husam.
"Menerusi whatssap dan sms, saya dikhabarkan oleh sumber-sumber tidak rasmi, saya telah dipecat dari PAS pada hari ini.
"Tanpa saya sedari, air mata saya menitis. Sebak bercampur pilu," katanya dalam kenyataan, sebentar tadi.
Pengumuman pemecatan Husam dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib PAS, Dr Sanusi Daeng Mariok, hari ini.
Menurut Sanusi, jawatankuasa tatatertib PAS yang bersidang pada 23 April lalu mendapati Husam melakukan tindakan bersalahan dengan perlembagaan parti.

Keputusan JK Daeng Sanusi terhadap Husam sudah dijangka, kata Mahfuz


Tindakan terhadap Husam akan dipersoal, kata Mahfuz Omar.Tindakan terhadap Husam akan dipersoal, kata Mahfuz Omar.
Keputusan Jawatankuasa Tatatertib PAS yang dipengerusikan Dr Sanusi Daeng Mariok memecat keahlian bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa dari parti itu tidak mengejutkan kerana sejak sekian lama beliau sememangnya memusuhi Adun Salor, Kelantan itu.
Bekas ketua penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, beliau sudah menjangka dan tidak terkejut dengan keputusan yang diumumnkan hari ini.
"Saya sudah jangka dan tidak terkejut kerana Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib ini sudah prejudis kepada Husam sejak Husam masih naib presiden PAS lagi," kata Mahfuz.
Menurutnya, sewaktu pemilihan menjelang muktamar yang memecahkan PAS tahun lalu, Sanusi telah memberikan pelbagai signal kepada perwakilan agar menolak Husam dengan pelbagai lemparan dan dakwaan yang tidak sewajar dilakukan oleh beliau.
"Bila itu sudah lekat dalam hati... perbicaraan ini tidak sepatutnya diteruskan oleh beliau dan diserahkan kepada pihak lain untuk membicarakannya," kata Mahfuz, ahli parlimen Pokok Sena itu.
Bagi Mahfuz, tindakan ini sangat tidak baik kepada imej PAS kerana orang ramai akan membangkitkan soal intergriti ketua jawatankuasa ini.
"Hakim mahkamah biasa pun tidak akan meneruskan perbicaraan ini jika mendapati beliau ada kepentingan dengannya," kata Mahfuz.
Beliau yakin, keputusan ini akan mengundang kritikan dari pelbagai pihak.
Mahfuz juga mempertahankan tindakan Husam membuat kritikan secara terbuka terhadap kepimpinan PAS.

Pemecatan Husam buka pintu struktur baru politik Malaysia


Husam MusaHusam MusaKalangan penganalisis yakin pemecatan Datuk Husam Musa dari Pas bakal memberikan laluan lancar kepada pembentukan satu struktur baru politik Malaysia khasnya di kalangan orang Melayu.
Penganalisis Ilham Centre, Hisomuddn Bakar berkata, pemecatan ini akan memudahkan laluan itu kerana itulah yang diperlukan oleh Malaysia sekarang selepas Pas berpecah pada tahun lalu dan segala masalah yang berlaku dalam Umno dan PKR sekarang.
"Saya yakin selepas Husam dipecat, proses pembentukan struktur politik baru di Malaysia akan lebih lancar," kata pengerusi eksekutif badan penyelidik bebas itu kepada Malaysia Dateline.
Husam dipecatkan dari Pas oleh Jawatankuasa Tatatertib Pas bermula 24 April lalu namun diumumkan secara rasmi oleh pengerusinya Dr Sanusi Daeng Mariok hari ini.
Pemecatan Husam bermakna beliau bebas bergerak untuk menyertai mana-mana pihak selepas sentiasa tidak senang dengan kepimpinan Pas yang ada sekarang.
Beliau yang mengetuai Jawatankuasa Penganjur Deklarasi Selamatkan Malaysia negeri Kelantan sentiasa tidak senang dengan keputusan Pas dan juga kepimpinan kerajaan negeri Kelantan.
Tindakan berani Pas
Di pihak Pas pula, kata Hisomuddin, memecat Husam adalah satu tindakan berani oleh parti Islam itu.
"Ia satu tindakan berani oleh Pas dalam membuat pemutihan parti itu," katanya.
Dengan keputusan ini juga, katanya, ia akan memudahkan bekas naib presiden PAS yang berpengaruh itu untuk meletakkan hala tuju politiknya.
"Husam perlu letakkan hala tujunya kemana beliau ingin bawa dalam karier politik beliau," kata Hisomuddin yang banyak mengikuti dan membuat kajian tentang politik Melau khasnya politik Kelantan yang dinamik itu.
Bagi Hisom, tindakan ini akan membebaskan pergerakan Husam dalam segala segi termasuk isu cerai takliq dan baiah dalam Pas.

Kes Husam seperti Muhyidin hadapi permainan politik pelik


Ketua pemuda Amanah Kelantan ucap takziah atas pemecatan Datuk Husam Musa oleh PasKetua pemuda Amanah Kelantan ucap takziah atas pemecatan Datuk Husam Musa oleh Pas
Ketua pemuda Amanah Kelantan, Hasmi Hassan menyifatkan apa yang menimpa Datuk Husam Musa yang dipecat partinya sama seperti berlaku kepada Tan Sri Muhyidin Yasin yang melalui satu proses keadilan di luar kebiasaan, satu amalan kedua-dua parti ini kelihatan sama yang sungguh pelik.
"Mungkin itulah nasib buat mereka yang selalu berfikir dan bercakap tentang nasib rakyat bawahan, tentang salah laku dan kepincangan, tentang penipuan dan penyelewengan.
"Semuanya akan dibuang sepertimana yang berlaku pada Tan Sri Muhyiddin dan rakan-rakan.
"Kes ini persis seperti Tan Sri Muhyiddin yang langsung dibuang tanpa melalui proses keadilan. Amalan kedua-dua parti ini kelihatan sama. Sungguh pelik politik begini," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Dalam proses mencapai keadilan dalam menghukum katanya , sepatutnya hujah dan alasan yang tertuduh patut didengari dengan saksama. Hujah sepatutnya dibalas dengan hujah. Inilah yang saya semat dan faham apabila berbicara soal mecapai keadilan dalam Islam.
Namun menurut beliau, sangat malang dan sadis buat sebuah parti politik yang meletakkan Islam sebagai dasar membuat tindakan yang cukup bertentangan sama sekali. Bukan sahaja berkaitan dengan kes pemecatan Husam, bahkan beberapa lagi siri-siri kes yang lain sebelum ini.
"Oleh sebab itu, saya langsung tidak terkejut dengan keputusan pada hari ini." ujarnyaa.

Air mata Husam iringi berita dipecat PAS


Bekas naib presiden PAS, Datuk Husam Musa ternyata tidak dapat menahan rasa pilu dan sebak selepas dipecat sebagai ahli parti Islam itu.
Husam yang juga ADUN Salor berkata, ketika hatinya sedang pilu dengan peristiwa kehilangan helikopter di Sarawak, beliau tiba-tiba tidak putus menerima panggilan telefon.
"Menerusi whatssap dan sms, saya dikhabarkan oleh sumber-sumber tidak rasmi, saya telah dipecat dari Pas pada hari ini.
"Tanpa saya sedari, air mata saya menitis. Sebak bercampur pilu," katanya dalam kenyataan, sebentar tadi.
Pengumuman pemecatan Husam dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib PAS, Dr Sanusi Daeng Mariok, hari ini.
Menurut Sanusi, jawatankuasa tatatertib PAS yang bersidang pada 23 April lalu mendapati Husam melakukan tindakan bersalahan dengan perlembagaan parti.
Husam berkata, sejak menyertai PAS pada 1982 beliau seperti kebanyakan anak muda, dulu dan kini menyerahkan sepenuhnya jiwa raga.
"Pada apa yang mereka fikirkan sebuah perjuangan suci, membawa obor Islam menerangi kehidupan termasuk bernegara.
"Islam yang komprehensif atau syumul, termasuk hak untuk menegur, mengkritik dan bersuara kepada para pemimpin selagi mana teguran itu adalah berasaskan kebenaran dan kejujuran.
"Seperti bebasnya Saiyidina Abu Bakar, Umar dan pemimpin agung Islam yang lain ditegur dan dimuhasabah, hatta oleh rakyat kerdil sekali pun," jelasnya.
Kata Husam, beliau hanya insan kerdil.

Tanpa pengarah 1MDB mungkin beroperasi secara haram


Agensi pelaburan milik kerajaan, 1MDB, mungkin melanggar Akta Syarikat 1965 jika ia gagal melantik pengarah baru selepas 31 Mei ini, kata peguam Razlan Hadri Zulkifli.
Bercakap kepada Malaysiakini Razlan berkata 1MDB mungkin melanggar peruntukan tertentu akta berkenaan pelantikan tidak dibuat sebelum akhir bulan ini.
"Syarikat itu tidak boleh berfungsi jika tiada lembaga pengarah.
"Kemudian ia menjadi haram dan syarikat itu boleh didenda mengikut Akta Syarikat," katanya.
Bagaimanapun Razlan menyatakan 1MDB masih mempunyai banyak masa untuk mengisi kekosongan jawatan itu bagi mengelak ia beroperasi secara haram.
Razlan diminta mengulas kenyataan Kementerian Kewangan Diperbadankan (MoF Inc) sebelum ini yang menerima peletakan jawatan lembaga pengarah 1MDB.
Menurut MoF Inc peletakan jawatan itu berkuat kuasa pada 31 Mei dan pengganti lembaga pengarah itu akan dilantik kemudian.
Tawar letak jawatan
Mengikut undang-undang sesebuah syarikat perlu mempunyai sekurang-kurangnya dua pengarah pada setiap masa.
Sementara itu ketika dihubungi Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata beliau tidak tahu mengenai perkara itu.
"Saya dalam mesyuarat sekarang. Bolehkah anda menghubungi presiden 1MDB? Saya belum tahu butirannya sekarang," katanya.
Presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy pula enggan memberikan komen mengenainya.
"Saya benar-benar tak pasti mengapa anda menghubungi saya kerana pengumuman itu dibuat oleh kementerian kewangan. Semua pertanyaan anda sepatutnya ditujukan kepada kementerin kewangan," katanya.

Siasatan 1MDB: Bekas pegawai BSI berdepan 3 dakwaan tambahan


Bekas pegawai BSI Bank dari Switzerland yang beroperasi di Singapura berdepan tiga lagi dakwaan tambahan atas pergerakan dana dari akaun yang dikaitkan dengan dana pelaburan Malaysia, 1MDB, demikian menurut laporan Straits Times Singapura.
Yeo Jiawei telah digambarkan oleh pihak pendakwa sebagai memainkan "peranan berpusat" dalam pergerakan dana dan menyembunyikan transaksi.
 Pihak pendakwaan berkata, para penyiasat mengesyaki "sejumlah wang - S$200,000 dan US$200,000 - dipindahkan bagi pihak Yeo" kepada Harry Elias Partnership, firma guaman untuk peguamnya, Philip Fong, "mungkin perolehan berkaitan pelakuan jenayah".
Pegawai bank berusia 33 tahun itu didakwa buat kali pertama pada 16 April ekoran cuba menghalang keadilan, menipu bekas majikan dan penggubalan wang haram, membawa kepada enam dakwaan ke atas beliau.
Menurut Straits Times, tiga dakwaan tambahan itu ialah :
1. Menipu bekas majikan (BSI) pada tahun 2013 dengan menyembunyikan fakta beliau menerima sebahagian yuran dibayar menerusi Bridgerock Investment, firma yang dikawal beliau, kepada Pacific Harbor Holdings, pengurus pelaburan kepada Pacific Harbor Global Growth.
2. Cubaan untuk menghalang keadilan apabila beliau meminta Kevin Swampillai, bekas pengarah perkhidmatan pengurusan kewangan BSI, pada 27 Mac untuk menipu polis yang duit yang dipindahkan oleh Samuel Goh Sze-Wei kepada Bridgerock Investment dan GTB Investment adalah pelaburan Goh.

MB Azmin dihalang masuk Sarawak | 6 Mei 2016

Azmin Ali barred from entering Sarawak

Pas Pecat Husam Musa

#Terjah: Berapa Tahun Penjara Jika Seleweng RM2.6B?

SELEPAS INI APA JADI KEPADA 1MDB? APAKAH NAJIB SEDANG BERUSAHA "CUCI TANGAN"?

Kementerian Kewangan Diperbadankan yang memiliki 100 peratus saham 1MDB membuat beberapa keputusan semalam:-

- memindahkan semua asetnya iaitu  Bandar Malaysia, TRX City, tanah di Air Hitam, Pulau Pinang dan Pulau Indah, Selangor daripada 1MDB kepada Menteri Kewangan Diperbadankan.

- menukar rujukan Artikel 117 M & A 1MDB daripada memerlukan kelulusan "Perdana Menteri"  kepada "Menteri Kewangan".

- membubarkan Lembaga Penasihat 1MDB dan bersetuju dengan tawaran perletakan jawatan Ahli Lembaga Pengarahnya berkuatkuasa 31 Mei, kecuali kedudukan Arul Kanda Kandasamy selaku Presiden akan dikekalkan sehingga notis selanjutnya dikeluarkan.

Dimaklumkan juga bahawa keputusan itu diambil sebagai persetujuan terhadap cadangan-cadangan yang terkandung dalam Laporan PAC yang dibentangkan di Parlimen, baru-baru ini.

Betulkah tindakan yang diambil Menteri Kewangan Diperbadankan itu kerana bersetuju dan akur dengan syor PAC atau disebabkan faktor-faktor lain?

Aset 1MDB sebelum ini ialah janakuasa bebas dan empat keping tanah seperti disebut di atas. Dengan aset janakuasa bebas sudah dijual keseluruhannya kepada syarikat China dan empat harta itu pula akan diserahkan kepada Menteri Kewangan Diperbadankan, bermakna selepas ini 1MDB akan menjadi syarikat kosong atau domain sahaja.

Jadi, bagaimana ia mahu membayar hutang-hutangnya?

Apakah pemindahan aset itu merupakan langkah pertama yang akan disusuli dengan pemindahan keseluruhan hutang juga kepada Menteri Kewangan Diperbadankan selepas ini?

Jika itu berlaku, apa jadi kepada 1MDB nanti? Adakah ia bakal ditutup dan hutangnya akan ditanggung oleh kita semua?