Sabtu, 30 April 2016

Legasi cemerlang gabenor wanita berbaju kurung

Legasi cemerlang gabenor wanita berbaju kurung
KUALA LUMPUR - Beliau sering tampil berbaju kurung biru dengan paparan wajah tenang dan bersahaja, namun wanita ini lebih sinonim dengan ketegasannya sebagai gabenor sehinggakan diyakini serta disegani oleh masyarakat.
Tugas digalasnya sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) juga sukar - mengimbangi cabaran pengurusan termasuk menangani satu demi satu krisis kewangan, namun ia sedikit pun tidak menjejaskan Tan Sri Zeti Akhtar Aziz yang terus mengekalkan reputasi cemerlangnya sehinggalah pada detik-detik akhir
tempoh 16 tahun mengemudi bank pusat berkenaan.
Bergelar gabenor wanita pertama Malaysia, Zeti disifatkan sebagai berkelayakan memikul tanggungjawab itu, malah sering dirujuk ketika tempoh sukar bagi menepis cabaran yang bertandang.
Namun pujian yang diterima enggan dibolot sendirian, sebaliknya beliau berulang kali menegaskan "ia adalah hasil kerja dan usaha secara berpasukan."
Zeti sememangnya mengagumi kegigihan dan komitmen para pekerja BNM menjayakan mandat bank pusat itu dan atas dasar itu, kejayaan yang datang enggan dikaitkan atas kapasitinya sebagai individu.
"Saya tidak melakukannya secara sendirian, sebaliknya disokong pasukan yang padu," katanya sambil memberi jaminan bahawa institusi itu kekal kukuh serta berdaya tahan selepas persaraannya.
Baginya, keupayaan mengurus cabaran, termasuk krisis adalah antara pencapaian BNM selain kejayaan aspek penyepaduan kewangan serantau dan pembangunan kewangan Islam yang diiktiraf kalangan masyarakat antarabangsa.
"Sudah pasti ia sesuatu yang menggembirakan apabila dapat menyaksikan (pencapaian) itu sepanjang tempoh kerjaya. Namun, ini hasil usaha berkumpulan dan saya amat bertuah dapat mengetuai pasukan ini," katanya.
Mengulas antara perkara yang diharapkan mampu disempurnakan BNM, Zeti berkata : "Saya berharap yang kita dapat menyegerakan usaha peralihan kepada e-pembayaran. BNM sendiri turut mengutamakan perkara ini kerana manfaatnya yang besar."
Sudah pasti, antara pertanyaan yang sering dilontarkan kepada wanita ini adalah mengenai penggantinya.
Malah, sewaktu menghadiri majlis taklimat untuk pengarang kanan sebelum ini, Zeti menegaskan penggantinya itu seharusnya diterima pasaran.
"Ia lebih kepada bagaimana orang ramai berkeyakinan bahawa anda melakukan perkara betul dan anda berupaya melakukannya serta keyakinan mereka bahawa anda boleh melakukannya," tegasnya.
Ternyata, gambaran itu menepati legasi dirinya sebagai gabenor yang bukan setakat diterima pasaran mahupun kalangan penggiatnya, malah ulasan serta respon Zeti terhadap sebarang isu berbangkit, sememangnya sesuatu yang dinantikan.
Malah, penggantinya iaitu Datuk Muhammad Ibrahim juga memiliki kemampuan itu selain dihormati dan dipercayai oleh industri kewangan.
Bagi prospek masa depan, Zeti memberi jaminan bahawa BNM berada pada kedudukan kukuh berikutan asasnya yang berpaksikan kekuatan barisan tenaga pekerjanya.
BNM turut melabur dalam pembangunan modal insan secara berterusan bagi memastikan kakitangannya sentiasa memiliki pelbagai kemahiran, cekap, komited serta tinggi nilai integriti.
Zeti adalah graduan jurusan ekonomi Universiti Malaya dan memperolehi Ijazah Doktor Falsafah daripada University of Pennsylvania, Amerika Syarikat.

Pas yakin BN menang dua pertiga di Sarawak - Mustafa Ali

KUALA TERENGGANU - Pas yakin Barisan Nasional (BN) akan berjaya mengekalkan kuasanya di Sarawak dan meraih majoriti dua pertiga pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11.
Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Mustafa Ali berkata, BN dilihat masih memikat hati pengundi Sarawak selain mampu menyelesaikan isu tempatan terutama di kawasan luar bandar.
Mustafa Ali "Saya rasa BN akan terus memerintah Sarawak dan akan menang dua pertiga majoriti dalam PRN11 nanti, mungkin ada kawasan yang akan kalah, tetapi saya yakin BN akan terus kekal di Sarawak," katanya pada sidang media di pejabat Kelab Wartawan Terengganu (Kawat), di sini hari ini.
Mustafa berkata, Pas melihat masyarakat Sarawak lebih menumpukan kepada isu tempatan berbanding isu nasional.
Selain itu, beliau berkata, faktor kepimpinan yang ditonjolkan Ketua Menterinya, Datuk Seri Adenan Satem dalam pentadbiran kerajaan negeri memberikan keyakinan kepada rakyat.
"Datuk Seri Adenan Satem ini mempunyai feel good factor,  lagi boleh menang di Sarawak," katanya.
Mengenai isu menteri besar Terengganu, Mustafa berkata, pilihan terbaik kini ialah mengadakan pilihan raya negeri.
Beliau mendakwa tindakan menukar Ahmad Razif Abdul Rahman (menteri besar) bukanlah pilihan terbaik kerana ia akan menimbulkan masalah berterusan dan BN bukanlah memiliki majoriti yang besar.
Bagaimanapun Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula berpendapat Pas tidak campur tangan dalam isu berkenaan.
"Pas menyerahkan kepada BN sehingga habis penggal dan biarlah mereka sendiri yang menyelesaikan masalah yang dihadapinya, kami tidak mahu campur tangan," katanya.

Kita tengok sama ada Tan Sri Adenan Satem akan mengotakan janji beliau. - Rafizi

Sebagai menyahut tawaran Tan Sri Adenan Satem bahawa beliau boleh membenarkan pimpinan pembangkang masuk ke Sarawak sekiranya kami berkelakuan baik dan memohon dengan baik, saya mencuba nasib dengan menulis sebentar tadi. Saya berjanji menjadi ‪#‎budakbaik‬ dengan tidak mengutuk beliau atau Kerajaan Negeri. Saya hanya akan kritik Najib Razak sahaja.

Kenapa tarik balik polis pengiring Dr Mahathir tapi tidak Pak Lah? soal pengkritik


Pengkritik membidas tindakan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak yang menamatkan khidmat polis pengiring Tun Dr Mahathir Mohamad, menyifatkan Perdana Menteri itu tidak matang dan kebudak-budakan.
najib-tun-razakSeorang penulis blog Umno, Shahbudin Husin mempersoalkan mengapa wujud berat sebelah dalam keputusan tersebut memandangkan polis pengiring seorang lagi bekas perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dikekalkan.
“Bagi seorang bekas Perdana Menteri, khidmat polis pengiring bermotosikal adalah kelayakan yang sepatutnya diterima, malah Tun Abdullah Badawi juga menerima perkhidmatan itu.
“Jika khidmat itu ditarik daripada Tun Mahathir yang menentang, apakah ia masih dikekalkan kepada Tun Abdullah yang menyokong Najib?” tulis Shahbudin dalam blognya.
Shahbudin menyifatkan Najib sebagai seorang yang tidak boleh dikritik dan tidak berjiwa besar kerana bertindak sedemikian.
“Kiranya penarikan itu semata-mata kerana mengkritik dan tidak menyokong, tetapi terus dikekalkan kepada Tun Abdullah, ternyata Tun Mahathir jauh lebih berjiwa besar kerana tidak pernah pun mengusik khidmat polis pengiring kepada Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj yang juga tidak menyokong dan selalu mengkritiknya,” katanya.
Beliau juga tidak menolak selepas ini khidmat jet peribadi yang diberikan kepada Dr Mahathir juga bakal ditarik balik.

Kami rakyat M'sia tumpang bangga malu jer...

Satu dunia, 8 NEGARA nak siasat dakwaan pengubahan wang haram, melibatkan ratusan juta dolar terhadap dana kekayaan negara 1MDB.

SWITZERLAND sedang siasat..
SINGAPORE sedang siasat..
HONG KONG sedang siasat..
AMERIKA SYARIKAT sedang siasat..
UNITED KINGDOM sedang siasat..
AUSTRALIA sedang siasat..
LUXEMBOURG sedang siasat..

Kini SCOTLAND pula nak siasat skandal #1MDB

TETAPI KENAPA di Malaysia SUDAH 'DIBERSIHKAN' ??!!.. Siapakah penyangak sebenar dlm skandal 1MDB ??

Cayalah Najib.. Nama Najib Razak kini dah femes satu dunia dgn skandal dana berbilion2 ringgit !!!

'Zaid terlalu cepat cadang kematian Pakatan Harapan'


Beberapa pemimpin Parti Amanah Negara (AMANAH) tidak memihak dengan cadangan bekas menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim agar pakatan pembangkang dibentuk terdiri daripada hanya DAP dan AMANAH.
Ahli Jawatankuasa pusat AMANAH Khalid Samad percaya Zaid terburu-buru memberitahu pemimpin supremo DAP Lim Kit Siang supaya "melupakan pakatan pilihan raya sama sekali".
"Sedikit melampau untuk buat kesimpulan daripada pilihan raya negeri Sarawak yang pakatan antara PKR, DAP, dan AMANAH tidak lagi berbaloi," kata Khalid kepada Malaysiakini.
"Kita mesti memahami keadaan dan syarat-syarat di belakang pembentukan Pakatan Harapan dan kerumitan yang timbul," katanya sambil menambah gabungan itu berusia kurang setahun dan telah mendapat tentangan kepada pembentukannya.
Sambil mengakui tuntutan kerusi bertindih antara PKR dan DAP pada pilihan raya negeri Sarawak mengecewakan, Khalid bagaimanapun menegaskan keadaan di negeri ini adalah unik kerana kedua-dua pihak mempunyai tuntutan sama kuat di beberapa kerusi.

Rakyat Sarawak sambut baik kehadiran Amanah


Barisan calon Amanah PRN SaeawakBarisan calon Amanah PRN Saeawak
Parti Amanah dilihat mendapat sambutan baik daripada rakyat di Sarawak sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri ke-11 (PRN11) yang sedang berlangsung.
Di kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Kabong malam tadi misalnya, lebih 300 penduduk setempat mendengar ceramah penerangan Amanah dan kempen untuk calon, Jini Sahini.Ceramah penerangan dan kempen calon Amanah di Dun Kabong malam tadi menerima sambutan menggalakkanCeramah penerangan dan kempen calon Amanah di Dun Kabong malam tadi menerima sambutan menggalakkan
Ceramah yang menampilkan Ketua Amanah Parlimen Sik, Leman Raja Lawan; penyanyi Aisyah yang kini Pengerusi Awan Parlimen Batu serta Pengerusi Awan Kedah, Dr Rohani di kerusi baharu itu dilihat petunjuk positif kepada kewujudan Amanah di pentas demokrasi yang berdepan calon BN melalui Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).
Di pekan Kabong itu, Aisyah turut mendendangkan dua lagu berjudul 'Syurga Di Telapak Kaki Ibu' dan 'Bahtera Merdeka'.
Sementara itu di N.42 Semop, calon Amanah, Fadillah Sabali dikatakan menggalas cabaran yang tinggi apabila bertanding di kawasan yang dianggap kubu kuat PBB.
Menurut sumber, keadaan berkenaan menyebabkan Pas, PKR mahupun Dap enggan menuntut kerusi itu memandangkan ketiadaan ahli, penyokong, cawangan atau ranting parti masing-masing.

Azmin: Adenan perlu tumpu tuntut hak dan keistimewaan rakyat Sarawak

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem mesti menumpukan usaha menuntut kembali hak dan keistimewaan rakyat Sarawak yang sewajarnya diterima mereka dari Putrajaya.
PILIHANRAYA SARAWAKTimbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata kenyataan Adenan “bersedia mempertimbang untuk melanjutkan tempoh kehadiran Menteri Besar Selangor dan Ketua Menteri Pulau Pinang di sini” jika menerima permohonan rasmi amat dikesali.
Katanya ia menunjukkan sikap tidak hormat terang-terangan Adenan terhadap kedudukan Menteri Besar dan Ketua Menteri.
“Saya maklum sekarang ini merupakan musim pilihan raya. Maka dalam politik, seorang ketua perlu melakukan apa jua tindakan dibenarkan undang-undang bagi memastikan kemenangan partinya.
“Namun, pendirian bongkak lagi angkuh Adenan ini melangkaui batas dan menzahirkan wajah sebenarnya sebagai pemimpin yang menggunakan kuasa eksekutifnya secara melulu,” kata Mohamed Azmin yang juga Menteri Besar Selangor dalam kenyataan medianya.
Mohamed Azmin berkata, Adenan perlu memastikan rakyat Sarawak tidak lagi ditindas dalam apa-apa jua cara sama ada oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri.
Katanya, Sarawak terlalu lama bertolak ansur tentang autonomi mereka dan menggadaikan rakyat Sarawak di bawah kerajaan Barisan Nasional.
“Tindakan menghalang atau memendekkan tempoh kemasukan saya dan rakan-rakan dari KEADILAN dan DAP tidak akan menyucikan noda dan salah laku pemimpin BN.

Deklarasi Rakyat sasar 1 juta tandatangan dalam 2 minggu


Pergerakan 'Selamatkan Malaysia' berjaya mengumpulkan kira-kira 500,000 tandatangan untuk petisyen Deklarasi Rakyat dan yakin mereka dapat mencapai sasaran dalam tempoh dua minggu ini.
Petisyen itu akan dikemukakan kepada Majlis Raja-Raja untuk memohon penyingkiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak apabila ia memenuhi matlamat mendapat satu juta tandatangan.
Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah berkata, kira-kira 230,000 rakyat telah menandatangani petisyen dalam talian, manakala 270,000 tandatangan telah dikumpul semasa siri jelajah, ceramah dan tinjauan mesra di pasar malam.
Walaupun hanya 50 peratus daripada sasaran mereka, beliau yakin akan mendapat satu juta tandatangan tidak lama lagi.
"Kami jangka akan capai sasaran dalam masa dua minggu lagi, lebih ramai akan tandatangani semasa perhimpunan 1 Mei akan datang yang dianjurkan oleh Kongres Kesatuan Pekerja Malaysia di Kuala Lumpur," kata Maria dalam forum Selamatkan Malaysia di Pulau Pinang malam tadi.
"Umno juga, sedang berusaha keras di peringkat akar umbi untuk mengumpul tandatangan, dan kami menjemput semua orang untuk turut serta dengan kami kerana negara ini menghadapi krisis," katanya.

Gabungan Umno-PAS boleh menang PRU, kata Zam


Jika Umno dan PAS membentuk pakatan, ada kemungkinan besar mereka akan memenangi pilihan raya umum akan datang, kata bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin.
 "Umno boleh memenangi pilihan raya apabila mereka bergabung dengan PAS, apabila mereka bergabung (untuk) perpaduan Melayu," katanya ketika ditemui pemberita selepas pelancaran bukunya 'Saya Bukan Menteri: Memoir Wartawan Negara' di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di Serdang hari ini.
Beliau berkata sekiranya kedua-dua parti politik itu bergabung tenaga ia akan meningkatkan peluang parti berkenaan kerana "Melayu bimbang tentang survival mereka".
Walaupun merupakan musuh tradisi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tampil dengan lebih mesra antara satu sama lain sejak setahun lalu.
Najib melanjutkan perdamaian kepada PAS pada Perhimpunan Agung Umno ke-69 Disember tahun lalu, yang telah diterima baik oleh Hadi.
Kedua-dua pemimpin itu berkongsi pentas yang sama pada satu persidangan di Kuala Lumpur pada 17 Disember tahun lepas.
PAS tidak lagi bergabung dalam pakatan pembangkang- Pakatan Harapan kerana tiada persefahaman dengan DAP.
Keadaan itu menyebabkan sebahagian pimpinannya keluar parti untuk membentuk parti serpihan Parti Amanah Negara (AMANAH).
PKR, DAP dan AMANAH kemudian membentuk gabungan baru dikenali Pakatan Harapan.

Wang Besar: DAP bidas Zahid umum peruntukan jika BN menang


Calon DAP Senadin Baru Langub menuduh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi cuba merasuah pengundi selepas menawarkan peruntukan sebanyak RM500,000 kepada sebuah sekolah jika BN menang di kawasan itu.
"Penggunaan sumber negara yang jelas oleh Ahmad Zahid untuk mendapatkan balasan daripada pengundi menimbulkan kecurigaan rasuah," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau juga mempersoalkan jika Ahmad Zahid telah melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Semalam, Ahmad Zahid yang berada di Miri mengumumkan peruntukan sebanyak RM1 juta bagi dua buah sekolah dalam kawasan Pujut.
Bagaimanapun, beliau berkata sekolah lain dalam kawasan Senadin akan mendapat RM500,000 jika BN menang pilihan raya itu.
Pujut dan Senadin, bersama dengan kawasan Piasau, membentuk kerusi Parlimen Miri.
Dalam ucapannya malam tadi, Ahmad Zahid juga menafikan ikrar beliau mempunyai apa-apa kaitan dengan pilihan raya.

'MT Umno berhak usul pecat Muhyiddin, Mukhriz' - Setiausaha Kerja UMNO


Anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO berhak menyuarakan pandangan dan mengemukakan usul pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir daripada UMNO pada mesyuarat MT akan datang.
Setiausaha Kerja UMNO Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata pandangan berkenaan juga selaras dengan rasa hormat pemimpin MT terhadap kepimpinan institusi UMNO yang menerima pelbagai tohmahan dan fitnah yang menjejas reputasi parti itu.
"Sebagai contoh, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mempunyai hak dan pandangan beliau sebagai MT.
"Apa sahaja hasrat yang hendak dibawa beliau (Nazri) tidak ada siapa yang boleh menghalang.
"Sekiranya ada anggota MT lain yang turut ingin mengemukakan usul sama, maka kita akan lihat keputusannya pada mesyuarat MT akan datang," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan kebajikan Parlimen kawasan Masjid Tanah di Kampung Pulau di Alor Gajah, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Nazri semalam yang berhasrat untuk mengemukakan usul pemecatan Muhyiddin dan Mukhriz daripada UMNO pada mesyuarat MT parti itu yang dijadualkan diadakan selepas Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-11.

Tiada kerajaan perpaduan dalam keadaan darurat kata Pas


Kena ikhlas tak boleh dharurat kata PasKena ikhlas tak boleh dharurat kata Pas
Pas tidak bersedia mengadakan kerajaan perpaduan dengan Umno dalam keadaan darurat kerana menganggap keputusan mengenai perkara itu perlukan keikhlasan.
“Tujuan kena ikhlas (untuk mewujudkan kerajaan perpaduan), jangan tujuan kerana darurat. Ini darurat, tidak boleh,” kata Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang seperti dilaporkan Sinar harian yang dipetik selepas kuliah mingguan di Rusila semalam.
Beliau menjawab ringkas "Tidak boleh!", apabila ditanya mengenai penubuhan kerajaan perpaduan di antara Pas dan Umno di Terengganu pada saat Umno dalam keadaan terumbang-ambing.
Malah, beliau turut menyifatkan kedudukan Umno di negeri Terengganu kini dalam keadaan ‘darurat’ berikutan krisis yang melibatkan Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman dengan Istana Terengganu.
Bagaimanapun beliau mengaku tidak mengikuti sepenuhnya perkembangan Umno di negeri itu.
Ketika ditanya selain faktor politik semasa, adakah Pas meletakkan apa-apa syarat jika Umno di Terengganu mahu bersama dengan Pas yang dasarnya memperjuangkan Islam, tegasnya, perkara itu sudah dimaklumkan sebelum ini.
“Kita dah cakap lama (mengenai penubuhan kerajaan perpaduan). Kena baca balik (kenyataan-kenyataan saya sebelum ini),” katanya ketika ditemui selepas berakhirnya kuliah pagi Jumaat di Masjid Rusila di sini, semalam.
Kenyataan Ahli Parlimen Marang itu jelas menunjukkan ketegasan pendiriannya sebelum ini yang diluahkan selepas merasmikan Himpunan NGO Marang di pekarangan Masjid Pasir Puteh, Merchang, di sini, minggu lalu.
Ketika itu, beliau berkata Pas tidak ada halangan untuk bersama mana-mana parti politik di negara ini dengan syarat mereka boleh menerima Islam, al-Quran dan as-Sunnah.

Kerajaan tidak akan naikkan GST sembang Najib

Perdana menteri berkata kadar enam peratus pada masa ini akan dikekalkan.
najib_gst_600
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengulangi pendirian bahawa kerajaan tidak mempunyai sebarang rancangan untuk menaikkan kadar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
Perdana menteri berkata kadar enam peratus pada masa ini akan dikekalkan.
“Sebagai Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, saya ulangi jaminan bahawa langsung tidak ada perancangan untuk mengubah kadar GST pada masa ini dan ia akan dikekalkan,” katanya dalam catatan terbaharu di blog beliau hari ini.
Najib yang beberapa hari berada di Sarawak untuk kempen Pilihan Raya Negeri Sarawak berkata beliau mendengar khabar angin mengenai kenaikan kadar GST dan meminta rakyat tidak terpengaruh dengan pembohongan pihak pembangkang.
“Saya nasihatkan rakyat Sarawak janganlah terperangkap dengan fitnah dan pembohongan oleh pembangkang yang sudah hilang modal politik,” katanya.
Najib berkata kerajaan BN sentiasa ikhlas meningkatkan taraf kehidupan Sarawak dan ia jelas terbukti menerusi komitmen kerajaan dalam projek pembangunan seperti Lebuhraya Pan Borneo yang tidak dikenakan tol.

Tamrin alukan Dr. Zul sertai Pas, berharap boleh jadi tabib


Selepas dua tahun baru saya sedarSelepas dua tahun baru saya sedar
Bekas ahli Pas, Tamrin Ghafar, mengalu-alukan penyertaan kolumnis Dr. Zulkifli Yaacob ke dalam Pas dan berharap boleh berperanan sebagai tabib yang akan mengubati segala jenis penyakit yang dihidapi beberapa pemimpin parti itu.
"Tindakan Dr. Zulkifli Yaakob bekas kolumnis Utusan menyertai PAS tidak menghairankan, beliau ikhlas," kata beliau dalam satu komen yang tersebar di media sosial.
"Saya, Tan Sri Mat Taib dan beberapa yang lain pun begitu juga, malah lebih dari itu, kami dilahirkan dalam keluarga Uumno. Kami memegang beberapa jawatan penting kerana Umno.
"Kami sanggup tinggalkan Umno kerana kami begitu yakin dengan perjuangan Pas berlandaskan Al Quran," katanya.
Namun katanya, hanya selepas dua tahun beliau sedar apa sebenarnya perjuangan pemimpin-pemimpin khasnya Presiden Pas kini.
"Yang kami harap-harapkan selama ini, rupa-rupanya jauh dari perjuangan Tok Guru Nik Aziz, Ustaz Fadzil Nor dan ramai lagi yang telah pergi," katanya,
"Sesungguhnya Allah SWT melihat sandiwara yang sedang dipertontonkan," tambahnya.

#PRNSarawak: Shahidan Kassim didakwa sogokan pengundi Simunjan.

KUCHING 30APRIL: Timbalan Pengarah Pilihanraya KEADILAN Sarawak, Baharuddin Datuk Mokhsen menyelar tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim yang dakwanya cuba memberi sogokan kepada pengundi di DUN N25 Simunjan.
Haji Baharuddin - CopyBeliau berkata pemimpin Umno tersebut dikesan memberi sogokan sebanyak RM500 untuk setiap penerima dalam satu majlis di Kampung Simunjan Tebang dalam DUN berkenaan.
Difahamkan ia diberi kepada pengundi dikawasan tersebut atas alasan banjir, walaupun kampung tersebut tidak mengalami masalah banjir pada ketika ini.
“Saya kesal dengan tindakan ini kerana cara ia dibuat dengan pemberian cek di hadapan pemberita dengan alasan yang tidak munasabah.
“Ia bagaikan satu sogokan untuk mempengaruhi pilihan pengundi sempena Pilihanraya Sarawak ke-11 ini,” katanya.
Sementara itu menurut Baharuddin berkata, satu laporan berhubung insiden itu akan dibuat kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan berharap agar perkara itu di siasatan segera.
“Kepada Datuk Seri Shahidan, saya gesa hentikan lah cara politik UMNO-Barisan Nasional yang selama ini telah gagal membawa kemajuan yang menyeluruh kepada negeri Sarawak,” tegasnya.
Peguam, Jamilah Binti Baharuddin dipertaruhkan KEADILAN di kawasan yang terletak kira-kira 2 jam perjalanan dari Bandaraya Kuching itu, beliau akan berhadapan dengan calon Barisan Nasional, Awla Dris dan seorang calon bebas, Abang Hipni Abang Kanaini.

Najib seorang penyembah duit, kata Dr Mahathir



Tun Dr Mahathir Mohamad meneruskan kritikan ke atas pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kali menggelarnya sebagai seorang penyembah duit kerana mengamalkan budaya politik “cash is king” (duit adalah raja).
mahathirDr Mahathir tampil di bahagian Umno Kubang Pasu yang disandangnya selama 22 tahun dan disambut dengan meriah ribuan orang ramai yang hadir bagi mendengar ceramah di sebuah dewan di Napoh, kawasan parlimen Kubang Pasu.
“Bagi Najib duit itu raja, Najib sembah duit.
“Dia percaya dengan duit dia boleh buat apa sahaja dan rakyat akan sokong dia,” kata Dr Mahathir yang mendapat tepukan orang ramai.
Dr Mahathir berkata parti Umno kini berfungsi untuk mempertahankan kedudukan Najib lagi dan pemimpin atasan semua ditutup mulut dengan sogokan dedak supaya menyokong Najib walaupun kesalahan yang dilakukan sudah terbukti.
“Parti Umno ini sekarang bergerak untuk pertahankan presiden sahaja.
“Pemimpin Umno nampak dan tahu presiden buat benda salah tapi mereka bisu, mereka ini sudah disuap dedak (sogokan) dalam mulut,” katanya.
Membandingkan semasa zaman pentadbirannya, Dr Mahathir berkata Umno kini sudah tidak demokratik dan ini berbeza semasa zamannya dimana beliau tidak pernah menyekat orang yang menentangnya seperti yang dilakukan oleh Najib yang memecat dan menggantung individu yang menenetangnya.
“Sekarang Umno sudah berubah menjadi tidak lagi demokratik dan Umno bertugas untuk menyokonf Najib sebagai presiden semata-mata.
“Tugas pemimpin Umno hanya menyokong Najib, tugas mereka tidak lagi berkenaan dengan bangsa, agama dab negara,” katanya.
Dr Mahathir mengimbau kembali semasa ditentang Tengku Razaleigh Hamzah dan Tun Musa Hitam bersama pemimpin Umno lain dimana beliau memberikan ruang kepada mereka untuk berkempen dan bersikap terbuka menerima kritikan.

Shafie Apdal anggap 1MDB tidak bantu orang Melayu, hanya bawa padah


shafieapdal
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal mengganggap syarikat pelaburan bermasalah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak membantu orang Melayu dalam memberikan pembangunan sebaliknya menyebabkan rakyat terpaksa menanggung hutang yang besar.
Shafie mempersoalkan sumbangan 1MDB kepada orang Melayu memandangkan pemimpin Umno lantang mengkritik pentadbiran bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menghabiskan wang negara untuk menyelamatkan syarikat milik negara seperti Malaysia Airlines (Mas), Proton dan Perwaja.
“Beribu anak bangsa kita yang bekerja dalam syarikat Mas, Proton dan Perwaja, beribu orang Melayu yang bekerja dalam syarikat ini.
“Dalam 1MDB, berapa orang Melayu yang bekerja? Arul Kanda?” kata Shafie semasa ceramah sepentas bersama Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Dr Mahathir di Napoh semalam.
Shafie juga mempertahankan Dr Mahathir yang menguruskan negara selama 22 tahun, beliau tidak pernah memasukkan wang negara ke dalam akaun sendiri.
“Tun M tidak memasukkan wang ke dalam akaunnya sendiri,” kata Shafie.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini terpalit dengan skandal wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.
Menurut Shafie, 1MDB merupakan sebuah syarikat yang dijamin oleh kerajaan Malaysian dan sebarang risiko hutang akan ditanggung oleh negara.
“1MDB merupakan sebuah syarikat jaminan kerajaan Malaysia, ia tidak ada credit rating, tidak ada aset tapi hanya ada hutang yang besar.
“Mengapa kita harus simpan duit untuk bangunkan 1MDB,” katanya.
Shafie juga sekali lagi memberikan peringatan supaya ia diuruskan dengan baik dan skandal yang dihadapi perlu ditangani bagi mengelak daripada masa depan rakyat Malaysia tidak tergadai.

Azmin: Adenan tak hormat jawatan MB, ketua menteri


Datuk Seri Azmin Ali berkata Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem tidak menghormati kedudukannya sebagai menteri besar Selangor dan Lim Guan Eng selaku ketua menteri Pulau Pinang.
Ia berikutan kenyataan Adenan bahawa beliau bersedia mempertimbang untuk melanjutkan tempoh kehadiran Azmin dan Lim di Sarawak hanya jika menerima permohonan rasmi.
 "Kenyataan ini amat dikesali dan menunjukkan sikap tidak hormat terang-terangan Tan Sri Adenan Satem terhadap kedudukan menteri besar dan ketua menteri.
"Saya maklum yang sekarang ini merupakan musim pilihan raya. Maka dalam politik, seorang ketua perlu melakukan apa-apa jua tindakan yang dibenarkan undang-undang bagi memastikan kemenangan partinya.
"Namun, pendirian bongkak lagi angkuh Tan Sri Adnan Satem ini melangkaui batas dan menzahirkan wajah sebenarnya sebagai pemimpin yang menggunakan kuasa eksekutifnya secara melulu," kata Azmin dalam kenyataan media hari ini.
Terdahulu, Adenan dalam kenyataannya hari ini sedia menimbangkan permintaan untuk melanjutkan tempoh tinggal mereka di negeri ini sehingga berlangsungnya Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN-11).
Pejabat ketua menteri Sarawak dalam satu kenyataan memaklumkan kesediaan Adenan mempertimbangkan perkara itu sekiranya ada permohonan rasmi dibuat kedua-dua pemimpin pembangkang itu.
Namun Azmin berkata tindakan menghalang atau memendekkan tempoh kemasukan beliau dan pemimpin dari KEADILAN dan DAP tidak akan menyucikan 'noda dan salahlaku' pemimpin-pemimpin BN.

#PRNSarawak: Larang pembangkang masuk Sarawak boleh jejas imej

PRN Sarawak
Penganalisis politik melihat keputusan larangan kemasukan pemimpin pembangkang ke Sarawak yang dibuat selepas kerajaan negeri di Sarawak dibubarkan, 11 April lalu boleh dipertikaikan dari segi kuasa kerajaan negeri yang berstatus sementara itu.
Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, BN Sarawak sepatutnya tidak boleh bertindak sebagai kerajaan negeri selagi ia belum ditubuhkan semula.
“Adakah sah dari segi undang-undang kerajaan negeri sementara buat larangan begitu? Sebelum ini, ketika masih menjadi kerajaan (negeri), BN Sarawak ada hak untuk membuat keputusan untuk menghalang sesiapa masuk Sarawak tetapi sekarang dia bukan kerajaan, hanya kerajaan sementara.
"Jadi, BN Sarawak tidak boleh bertindak sebagai sebuah kerajaan yang belum ditubuh lagi. Melainkan individu itu ada rekod jenayah berat dan sebagainya tapi dalam konteks ini tidak sepatutnya berlaku," katanya kepada Sinar Online.
Terbaharu,  Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali melahirkan rasa terkejut apabila beliau diminta meninggalkan Sarawak pada 2 Mei ini dan tidak dibenarkan masuk semula sehingga hari mengundi di Pilihan Raya Negeri Sarawak pada 7 Mei ini.
Beliau juga akui tidak bersetuju dengan tindakan melarang pembangkang memasuki Sarawak itu.
"Apa salahnya bagi masuk untuk bersaing secara demokrasi? Lagi bagus imej BN Sarawak sekiranya dibenarkan pemimpin Sarawak masuk.

#PRNSarawak: Wan Azizah, turun di Sarawak malam ini?

Adenan bersetuju membenarkan Wan Azizah dan anak perempuannya, Naib Presiden PKR Nurul Izzah memasuki Sarawak jika mereka meminta kebenaran secara sopan.
wan-azizahs-arawak
PETALING JAYA: Presiden PKR Wan Azizah Wan Ismail dilapor dibenarkan memasuki Sarawak dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Sibu di sekitar 20:35 malam ini.
Ini berdasarkan jadual yang diedarkan oleh PKR kepada para wartawan di Kuching.
Terdahulu, Ketua Menteri Sarawak Adenan Satem dikritik kerana menyekat aktivis dan pembangkang daripada memasuki negeri itu.
Bagaimanapun, dalam satu kenyataan terbaru semalam, Adenan menyatakan akan menimbang untuk membenarkan Wan Azizah dan anak perempuannya, Naib Presiden PKR Nurul Izzah memasuki Sarawak jika mereka meminta kebenaran secara sopan.
Sebagai tindak balas, Wan Azizah memberitahu bahawa dia dan anaknya, Nurul Izzah akan menulis surat kepada Adenan untuk meminta kebenaran.
Pemimpin pembangkang yang telah dihalang daripada memasuki Sarawak termasuk wakil DAP, Tony Pua dan Teresa Kok serta wakil PKR, Chua Tian Chang dan Rafizi Ramli.

#PRNSarawak: Kerja keras sebelum dihalau pulang – Azmin

KUCHING, 30 APR: Tempoh singkat berbaki beberapa hari sahaja lagi di bumi kenyalang digunakan sebaiknya Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali untuk menyelami suara hati dan berkongsi visi perubahan bersama rakyat Sarawak.
AZMIN TUPONGTimbalan Presiden KEADILAN itu memulakan aktiviti hari ini dengan walkabout di DUN Tupong dan kemudian dijadualkan akan mendekati rakyat di Mambong.
“Bersama Calon DUN Tupong, Nurhanim Mokhsen di Pasar Satok. Rakyat mengeluh harga barang tinggi dan membebankan.
“Maklumat awal mengesahkan pengundi di kawasan pendalaman bersedia dan berani membawa perubahan menyokong calon KEADILAN,” katanya menerusi laman twitternya.
Semalam, Mohamed Azmin memanfaatkan masanya dengan bertemu pengundi di empat DUN membabitkan Satok, Batu Kitang, Simunjan dan Tarat.
“Kerja kuat sebelum dihalau oleh BN (Barisan Nasional),” katanya ringkas.
HANNAH SIBUSemalam, Mohamed Azmin yang juga merupakan Menteri Besar Selangor mendedahkan dirinya diarah keluar dari Sarawak, pada 2 Mei ini dengan memuat naik gambar dokumen perjalanan yang tertera cop dengan ayat ‘permitted to enter and remain in Sarawak/Malaysia until 05/02/2016’.
Terdahulu Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh turut menyertai senarai pimpinan pembangkang yang dilarang memasuki Sarawak sebaik mendarat di Lapangan Terbang Sibu.
Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 ini menyaksikan beberapa pemimpin lain turut dihalang masuk ke negeri itu antaranya Ngeh Koo Ham, Anthony Loke, Tony Pua, Teresa Kok, Teo Nie Ching dan Ooi Leng Han, Mohamad Sabu (Parti Amanah Negara) dan Dr Afif Bahardin (PKR) dan Nurul Izzah (PKR).

MANA NAK CEKAU WANG AS$50.3 JUTA TU?

Berikutan IPIC telah menyelesaikan bayaran faedah bon 1MDB yang tertunggak berjumlah AS$50.3 juta atau kira-kira RM200 juta, syarikat itu akan menuntut jumlah wang berkenaan daripada Kementerian Kewangan Malaysia.

Disebabkan tindakan 1MDB yang ingkar, IPIC akan membuat tuntutan bertulis bagi mendapatkan ganti rugi bagi bayaran balik faedah itu daripada Menteri Kewangan dan 1MDB mengikut syarat-syarat perjanjian, demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan IPIC semalam.

IPIC telah membuat pembayaran penuh untuk faedah bagi bon bernilai AS$1.75 bilion untuk 1MDB yang dijamin syarikat Abu Dhabi itu yang sepatutnya dilunaskan sebelum 18 April 2016.

Bila IPIC mahu menuntut balik wang tersebut daripada Kementerian Kewangan, di mana Menteri Kewangan mahu cekau wang sebanyak itu?

Daripada akaun peribadinya atau daripada wang kita semua sebagai pembayar cukai?

Pertandingan pikat hati, minda pengundi Batu Kitang


"Ia adalah seperti melihat bekas teman wanita anda dengan seorang lelaki yang baru," kata Elantirayan Ganesan, seorang sukarelawan DAP, apabila diberitahu parti itu terpaksa melepaskan Batu Kitang sebagai sebahagian daripada perjanjian dengan PKR dua minggu lalu.
Elantirayan adalah salah seorang daripada beberapa rakan universiti bagi calon DAP, Abdul Aziz Isa, 27, seorang graduan sains sosial Unimas, yang telah menghabiskan masa berkempen di kawasan itu setiap hari sejak tahun lepas.
Batu Kitang adalah kerusi baru yang dahulunya merangkumi Batu Kawah dan Kota Sentosa- terletak di Daerah Kecil Padawan di selatan Kuching.
Ia menjadi sasaran tiga pesaing utama - calon dari DAP, PKR dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).
Abdul Aziz (gambar) bertanding bagi pihak DAP dan mencerminkan hasrat parti itu untuk keluar daripada imej etnosentrik. Semua 12 kerusi yang dikawal pembangkang pada masa ini adalah kerusi majoriti Cina.
Sebagai parti berbilang kaum, parti itu juga meletakkan 15 calon keturunan Dayak. Termasuk Abdul Aziz, kini terdapat lebih ramai calon bukan Cina dalam pilihan raya pada 7 Mei ini.
Kepentingan kerusi ini kepada DAP telah menyebabkan pemimpin DAP negeri Chong Chieng Jen meletakkan calon bertanding di situ bagi membalas dendam terhadap rakan gabungannya PKR kerana meletakkan calon mereka di lima kerusi luar bandar.
Bagaimanapun, walaupun pengundi tempatan mungkin biasa dengan Abdul Aziz, terdapat beberapa soalan kepada kebijaksanaan meletakkan calon Melayu di kerusi majoriti Cina.
"Beliau adalah jalan ke masa depan. Orang kini kurang berminat tentang apa bangsa kamu dan lebih mengenai bagaimana kamu boleh memberi sumbangan," kata bapa Abdul Aziz Marindo Taha, 53, yang membantu kempen parti itu.

Sarawak amal dasar ‘pintu tertutup’?

"Sekatan tersebut menafikan peluang ekonomi kepada penduduk tempatan."
Jofri Jaraiee, PASMIRI: Tindakan kerajaan Sarawak menghalang warga Semenanjung untuk memasuki negeri itu hanya memalukan negeri itu sendiri, kata PAS Sarawak.
Menurut Ketua Pesuruhjaya PAS Sarawak Jofri Jaraiee, tindakan tersebut menunjukkan Sarawak seolah-olah mengamalkan dasar ‘pintu tertutup’.
“Mengapa perlu menyekat rakyat Malaysia dari memasuki negara sendiri?
“Sarawak adalah sebahagian dari Malaysia. Mengapa perlu menyalah guna kuasa imigresen untuk kepentingan tertentu?” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sebelum ini, banyak pihak mengecam tindakan kerajaan pimpinan Tan Sri Adenan Satem yang bertindak menghalang barisan pemimpin pembangkang daripada memasuki negeri itu selain menyifatkannya penyalahgunaan kuasa negeri.
Terbaru, DAP mendakwa sejumlah 40 sukarelawan parti itu yang sepatutnya bertugas sebagai PACA (polling agent and counting agent) pada hari mengundi hanya dibenarkan berada di Sarawak sehingga 5 Mei.
Jofri yang juga calon DUN Pujut turut menyifatkan sekatan tersebut menafikan peluang ekonomi kepada penduduk tempatan.
“Kedatangan lebih ramai pelawat ke Sarawak secara tidak langsung akan merancakkan lagi ekonomi penduduk tempatan,” katanya lagi.
Justeru, beliau menggesa pihak imigresen menarik balik sekatan, termasuk terhadap warga Semenanjung Malaysia yang datang sebagai petugas pilihanraya.

Kerajaan 'caretaker' Sarawak perlu benar semua pihak kempen dengan aman


Azmin AliAzmin AliTimbalan presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menempelak tindakan kerajaan negeri Sarawak yang dikatakan menyalahgunakan undang-undang kebenaran masuk ke negeri itu bagi menghalang pemimpin-pemimpin pembangkang berkempen sepanjang pilihan raya negeri yang sedang berlangsung sekarang.
Azmin yang tiba di lapangan terbang Kuching semalam diberi tempoh sehingga 2 Mei untuk berada di Sarawak oleh pihak Jabatan Imigresen, seperti dilaporkan Borneo Post.
"Saya terkejut diberitahu hanya boleh berada hingga 2 Mei, dikehendaki keluar dan tidak boleh masuk lagi hingga hari mengundi, katanya ketika ditemui semasa mengiringi calon PKR di Satok Semalam.
Menurut Azmin ,lebih mengejutkan bila pegawai Imigresen enggan menerima paspot diplomatik miliknya dan mendesak beliau menunjukkan kad pengenalan.
"Sarawak sebahagian dari Malaysia dan tidak harus rakyat Malaysia lain dilarang berkongsi masalah kuhususnya ketika menghadapi pilihan raya yang akan menentukan nasib masa depan rakyat" katanya.
Diminta mengulas arahan Ketua Menteri Sarawak Datu Seri Adenan Satem supaya pemimpin semenanjung perlu berkelakuan baik jika mahu dibenar masuk Sarawak, beliau berkata "hak demokrasi perlu dihormati"
Semalam, Naib pengerusi biro undang-undang (Kanun) Amanah Wan Anwar Wan Ibrahim berkata, pihaknya mengalu-alukan kesediaan kerajaan negeri membenarkan dua pemimpin utama DAP Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng masuk ke Sarawak minggu lalu namun menuntut kebenaran yang sama diberikan kepada pemimpin pembangkang lain.

Kempen semakin sengit, BN umpan kereta, Pas guna gambar Nik Aziz


Hanya gambar almarhum Tok Guru Nik Aziz diguna tanpa penonjolan Hadi Awang dalam kempen di N29 Beting MaroHanya gambar almarhum Tok Guru Nik Aziz diguna tanpa penonjolan Hadi Awang dalam kempen di N29 Beting Maro
Bermodalkan dana yang melimpah, BN dilihat menggunakan apa cara sekalipun umpan untuk memancing 1,138,650 pengundi pada 7 Mei ini.
Di N.43 Daro dan N.44 Jemoreng, dua daripada 13 kerusi ditandingi Amanah, BN menawarkan hadiah lumayan untuk menarik kehadiran orang ramai ke program kempen yang dijadualkan akan dihadiri oleh Najib.
Berlangsung hari ini, hadiah cabutan bertuah berupa sebuah kereta Proton dan dua unit motosikal itu dikatakan belum pernah ditawarkan dalam mana-mana lawatan Najib yang juga Pengerusi BN ke Sarawak sebelum ini.
Untuk rekod, kedua-dua kerusi Dun itu yang berada dalam Parlimen Igan masing-masing mempunyai seramai 8,491 dan 9,699 pengundi.
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2011, BN melalui parti tulang belakangnya di Sarawak, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menang dengan majoriti undi yang dilihat cukup selesa.
Di Daro, calon PBB-BN, Murni Suhaili menang dengan majoriti 3,197 undi manakala Abu Seman Jahwie menang di kerusi Jemoreng dengan majoriti 2,926 undi.
Selain itu, Pas juga dilihat dalam situasi terdesak memandangkan PRN ke-11 kali ini menyaksikan pertembungan dengan Amanah yang lahir akibat kepincangan kepimpinan Pas di bawah Dato' Seri Abdul Hadi Awang.
Pas berentap dengan Amanah di lima kerusi Dun iaitu di Beting Maro, Samariang, Muara Tuang, Sadong Jaya dan Sebuyau.
Di Beting Maro, Pas diketahui umum berharap untuk menyambut 'anak sulung' pada PRN kali ini memandangkan penyandang, Ghazali Gapor dari PBB hanya mendapat majoriti tipis 391 undi pada PRN 2011. Bahkan, pada PRN ke-10 itu, Pas dikatakan berhabis wang lebih RM1 juta sepanjang tempoh berkempen.
Barangkali menyedari pendekatan politik mereka yang sudah jauh berbeza pada masa ini, Pas dilihat cuba "menyembunyikan" imej Presiden yang ditaati, Hadi Awang dalam kempen mereka.

Wang Besar: ‘Jangan mimpi ada projek jika pembangkang menang’

"Adun sesebuah kawasan perlu memiliki hubungan yang baik dengan kerajaan."
telang-usan
MARUDI: Tidak akan ada projek pembangunan di Telang Usan untuk lima tahun akan datang jika DUN itu dimenangi pembangkang!
Demikian tegas Dennis Ngau yang akui bagi membolehkan setiap rancangan pembangunan berjalan lancar, ADUN sesebuah kawasan perlu memiliki hubungan yang baik dengan kerajaan.
“Apa-apa keputusan saya terima. Tapi jika Telang Usan jatuh ke tangan pembangkang, jangan harap, jangan mimpi akan ada apa-apa projek di kawasan ini.
“Walaupun pembangkang itu jutawan sekalipun, dia tidak akan dapat guna duit sendiri untuk bawa projek infrastruktur,” katanya ketika ditemui pemberita dalam satu majlis di Kampung Long Lama hari ini.
Pada PRN 2011, Dennis menewaskan calon PKR, SNAP dan bebas dengan kelebihan 845 undi.
Walaupun telah gigih berkhidmat sepanjang lima tahun ini, beliau tetap tidak menganggap ‘Telang Usan’ sebagai kawasan selamat.
“Boleh dikatakan setiap kali pilihanraya, Telang Usan adalah ‘kawasan hitam’. ekoran pelbagai isu; empangan Baram, tanah, balak sehinggalah isu anak Penan dirogol.
“Dan kebanyakannya adalah propaganda. Hakikat sebenar tidak pun begitu,” katanya.
Kali ini, katanya lagi, antara isu yang mendapat perhatian utama adalah cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan isu tanah.

Wang Besar: Zahid umum peruntukan RM270 juta di Sarawak, janji tambah bila menang besar



Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan peruntukan pembangunan hampir RM270 juta di Sarawak dan berjanji untuk menambah peruntukan jika Barisan Nasional (BN) menang besar dalam Pilihan Raya Negeri nanti.
Pengumuman tersebut dibuat dalam Majlis Pemimpin Bersama Jabatan Sukarelawan (Rela) dan Pelancaran Projek Menaik taraf Bekas Jalan-jalan Balak di Sarawak (Fasa IV: Bahagian Miri) di Dewan Masyarakat Long Lama semalam.
zahid-hamidiAhmad Zahid mengumumkan peruntukan sebanyak RM200 juta di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bagi menaik taraf jalan penghubung kawasan di sini iaitu jalan balak sejauh 199 kilometer (km) dalam fasa empat.
Katanya, untuk pembinaan jambatan merentasi Sungai Baram Long Lama pula diperuntukkan sebanyak RM70 juta.
“Sebelum menang lagi kita telah luluskan peruntukan bagi pembangunan di sini, apatah lagi bila menang besar nanti. Jangan pula lupa anda mempunyai abang-abang (Rela),” katanya dipetik dalam akhbar Utusan Malaysia.
Turur hadir dalam majlis sama, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed; Ahli Parlimen Baram, Anyi Ngau dan calon Telang Usan, Dennis Ngau (BN-Parti Pesaka Bumiputera Bersatu).
Beliau juga menggesa supaya pengundi tidak termakan janji manis pihak lawan yang tidak mampu menunaikan janji mereka.
“Jika pilih calon lawan kita yang benderanya lebih banyak daripada yang menyokong, tidak sebiru macam kita, (mereka) tidak boleh buat apa-apa.
“Dia (pembangkang) hanya pandai merungut, kutuk dan bercakap pandai dengan janji manis di bibir sahaja,” katanya.

Selepas PAS, Amanah, Mejar Zaidi sertai DAP

Apa yang penting beliau masih bersama Pakatan Harapan, kata bekas pegawai kanan TUDM itu.
Zaidi-Ahmad_dap_600
PETALING JAYA: Bekas pegawai kanan TUDM Mejar Zaidi Ahmad menyertai DAP secara rasmi hari ini.
Zaidi mendapat perhatian ramai beberapa tahun lalu selepas membuat laporan polis terhadap Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) berhubung kontroversi dakwat kekal yang ‘tidal kekal’ ketika PRU ke-13, dan dihukum buang kerja oleh Mahkamah Tentera atas tindakannya itu.
Beliau kemudian menyertai PAS, sebelum berubah haluan dan menyertai Amanah.
Mengulas penyertaannya dalam DAP, Mejar Zaidi berkata apa yang penting beliau masih bersama Pakatan Harapan.
Beliau berkata, menjadi harapannya agar penyertaannya itu dapat mengubah tanggapan bahawa DAP anti-Melayu dan anti-Islam.
“Jika penyertaan saya ini dapat membantu mengubah persepsi tersebut, ia akhirnya akan turut membawa kebaikan kepada PKR, Amanah dan Pakatan Harapan secara keseluruhan,” katanya seperti dipetik Malaysiakini.
Beliau merasakan DAP sebagai parti pembangkang yang paling sesuai untuk dirinya.
Ketika ditanya sama ada Amanah sudah dimaklumkan dengan tindakannya itu, beliau berkata, “Di negara ini, setiap orang mempunyai hak dan bebas menyertai mana-mana parti.
“Pemimpin Amanah juga berbuat demikian selepas keluar daripada PAS.”
Keahliannya dalam Amanah akan terbatal secara sendiri sebaik selepas beliau menyertai DAP, jelasnya lagi.
Pengumuman penyertaan Zaidi serta tujuh ahli Melayu yang lain ke parti itu dibuat Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow dan setiausaha politik Ketua Menteri Pulau Pinang, Wong Hon Wai.

Bicara Selamatkan Malaysia JB - Tun Mahathir

Bicara Selamatkan Malaysia JB - Muhyiddin

Bicara Selamatkan Malaysia JB 29 April - Mukhriz

Adenan nyanyi lagu Elvis Presley untuk tarik penonton di ceramah SUPP

Penyokong dakwa terima RM20 untuk hadir ceramah BN

Laporan PAC buktikan semua tuduhan terhadap 1MDB benar, kata Mukhriz


Bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Muhkriz Mahathir menyifatkan Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Negara (PAC) yang dibentang pada awal bulan ini membuktikan semua tuduhan salah laku terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terbukti benar dan membuktikan wujud rasuah membabitkan syarikat sarat hutang itu.
MUKHRIZ MAHATHIRMukhriz yang lantang mengkritik 1MDB dan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak, berkata tidak ada alasan untuk kerajaan mengatakan skandal membabitkan syarikat itu sudah berakhir.
“Laporan PAC baru-baru ini membuktikan tuduhan yang kami, saya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal buat adalah betul,” kata Mukhriz semasa dalam ceramah di Dewan Lye Huat, Napoh, Kedah malam ini.
Mukhriz juga membidas pengedaran buku yang diterbitkan oleh Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) berjudul “Buku 1MDB : Siapa Kata Tidak Dijawab?” bagi menjawab tuduhan terhadap syarikat itu mengeluarkan fakta tidak tepat dan menyembunyikan salah laku yang dilakukan.
Bercakap dihadapan kira-kira 5 ribu orang yang memenuhi dewan, Mukhriz mendedahkan tiga perkara dalam laporan PAC berkaitan syarikat Goodstar Limited, mengenai isu Terengganu Investment Arm (sebelum ditukar menjadi 1MDB) yang cuba mengadai pelantar minyak dan pengumuman pembatalan pembiayaan hutang 1MDB oleh International Petroleum Investment Company (IPIC), jelas menunjukkan berbilion wang 1MDB hilang tidak dapat dikesan.
“Maksudnya, buku ini tipu lagi, kita tertipu,” katanya.

US$7 bilion duit 1MDB hilang, Najib hanya jawab tak tahu, kata Muhyiddin


1MDB_1
Tan Sri Muhyiddin Yassin membidas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang bersikap mendiamkan diri tidak tahu mengenai kehilangan sebanyak US$7 bilion wang dalam 1Malaysia Development Berhad (1MDB) walaupun sudah didedah dalam Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Negara (PAC).
Bekas timbalan perdana menteri itu berkata laporan PAC pada awal bulan ini menunjukkan terdapat beberapa transaksi yang dianggarkan berjumlah US$7 bilion yang tidak dapat dibuktikan dengan sahih kemana wang tersebut disalurkan.
“Dalam penyata itu, ada beberapa transaksi yang besar tak dapat ditunjukkan bukti sahih, jumlahnya US$7 bilion, kalau darab dengan 4 jadi RM28 bilion, ia tak boleh disahkan,” kata Muhyiddin semasa berceramah dihadapan ribuan orang ramai di Johor Bharu semalam.
Muhyiddin mempersoalkan siapa yang meluluskan transaksi tersebut dan mahu Najib sebagai pengerusi 1MDB bertanggungjawab dalam kehilangan wang yang tidak diakaunkan tersebut.
“7 bilion mengalir kepada pihak yang tidak tahu siapa terima, siapa yang luluskan?
“Rosmah? Saya tidak tahu, tuan-tuan lebih tahu. Ketua Audit Negara tidak dapat penyata bagi menyokong wang 7 bilion yang mengalir.
“Najib perlu bertangungjawab, tapi dia tak pernah jelaskan soal itu,” katanya.
Muhyiddin menyifatkan kehilangan sejumlan besar wang itu adalah penyelewengan dan Najib tidak boleh menjawab tidak tahu.
“Ini penyelewengan, secara langsung perdana menteri terlibat.
“Dia (Najib) tidak boleh kata saya tidak tahu,” katanya.
Muhyiddin juga membangkitkan mengenai kemelut terbaharu antara sebuah syarikat berpengkalan di Abu Dhabi, International Petroleum Investment Co (IPIC) dengan 1MDB dimana mereka sudah membatalkan pembiayaan hutang dengan syarikat bermasalah itu.
“Ipic dan Aabar, bayar kepada satu syarikat hampir sama nama tapi sebenarnya bukan.
“Takkan Najib kata tak tahu, aku bayar sahaja… jumlah sebesar itu sebabkan satu kehilangan besar kepada negara dan bebanan ini perlu ditanggung rakyat,” katanya.

Najib suruh pencacai jawab 1MDB, tapi semua jawapan tak betul, kata Muhyiddin


Tan Sri Muhyiddin Yassin mengkritik keras terhadap pemimpin Umno yang menjadi suruhan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang tidak pernah memberikan jawapan yang betul berhubung syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Bekas timbalan perdana menteri itu mendesak supaya Najib sendiri memberikan penjelasan kemana wang RM700 juta hilang yang dikatakan masuk ke syarikat Good Star Limited.
Muhyiddin--1MDB“Beliau suruh pencacai jawab, tak pernah beri jawapan yang betul… RM700 juta ke mana tak pernah dijawab,” kata Muhyiddin dihadapan kira-kira ribuan ahli Umno di Johor Bharu dalam satu ceramah semalam.
1MDB dikatakan menyalurkan sejumlah RM700 juta kepada firma Good Star Ltd, yang mempunyai kaitan dengan seorang ahli perniagaan kontroversi Jho Low.
Malah dalam laporan Jawatankuasa Kira-Kira Negara (PAC) juga terdapat pendedahan mengenai Good Star Ltd tapi dipadamkan oleh Pengerusinya, Datuk Hasan Ariffin tanpa pengetahuan ahli-ahli lain.
Hasan mengakui mengenai tindakan memadamkan kenyataan berhubung Good Star dan mempertahankan tindakannya.
Muhyiddin juga mendedahkan transaksi dibuat ketika Tan Sri Mohd Bakke Salleh menjadi pengerusi 1MDB dan urusniaga dengan Good Star Ltd tersebut ada dicatatkan dalam minit mesyuarat.
“Saya menerima maklumat sahih daripada Bank Negara, syarikat Good Star ini pada awalnya dikatakan syarikat milik 1MDB tapi bukan sebenarnya milik mereka, ia adalah milik Jho Low.
“Ia sebuah syarikat tidak ada kaitan dengan 1MDB, Tan Sri Bakke letak jawatan dan dalam minit mesyuarat semasa beliau jad pengerusi ada menyatakan arahan disuruh bawa balik RM700 juta, tapi tidak tahu kemana wang itu,” katanya.
Muhyiddin juga mempersoalkan individu yang bertanggungjawab meluluskan pembayaran RM700 juta dan mengganggap mustahil ia diluluskan oleh lembaga pengarah jika tanpa campur tangan Najib selaku orang penting dalam syarikat itu.
“Tak mungkin CEO boleh bayar, atau board of director (Lembaga Pengarah) kecuali jika Najib yang luluskan,” katanya.

MB Terengganu ikut jejak Najib, muka tebal walaupun sudah tidak diterima rakyat


Walaupun sudah hilang gelaran kerana ditarik balik pihak Istana, Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abdul Rahman masih lagi tidak ada sedikit pun rasa malu malah meneruskan pentadbiran kerajaan negeri.
Masih belum dalam sejarah negara seorang menteri besar dimalukan sebegini rupa, tindakan Razif seolah-olah tidak faham akan isyarat terang lagi bersuluh yang cuba disampaikan oleh pembesar negeri pantai timur itu.
Ahmad Razif Abdul RahmanLebih menyedihkan lagi Razif tidak rasa malu dan segan dengan meneruskan urusan sebagai menteri besar apabila mempengerusikan mesyuarat Exco seperti biasa tanpa lagi gelaran.
Manakan kuah jika tidak tumpah ke nasi, tingkahlaku Razif ini mengikut jejak bosnya yang juga tidak tahu malu apabila ditolak rakyat dan ahli akar Umno sendiri tapi masih berlagak seolah masih memiliki majoriti.
Sudahlah hilang undi popular dalam pilihan raya umum lalu, tapi masih mendabik dada kononny majoriti rakyat dan ahli Umno menyokong pimpinannya.
Seperti Najib, Razif juga nampaknya sudah mengikut jejak presiden parti menjadi seorang yang muka tebal walaupun maki hamun dan cacian dihamburkan.
Bayangkanlah kalau pemimpin DAP yang dilucut gelaran atau dikatakan menderhaka Sultan, habis setiap hari media RTM dan TV3 akan memainkan isu mengatakan mereka penderhaka dan pengkhianat.
Tindakan Razif yang masih berdegil dan menunggu keputusan Najib juga merupakan satu penderhakaan, mungkin beliau masih tidak faham isyarat dari Istana itu.
Seperti Najib, lebih baik sekiranya mereka mencari cermin ajaib dan kemudiaan bertanya kepada cermin itu tentang pandangan rakyat terhadap mereka supaya sedar diri.
Kini Razif merasai apa yang dirasai oleh bekas menteri besar Datuk Seri Ahmad Said semasa disingkirkan dari jawatan pada 2014 lalu, bagaimana agaknya rasa menjadi menteri besar tersingkat. Malu atau terhina?
Mengapa kemelut di Terengganu ini penting walaupun dari segi Perlembagaannya Razif masih menteri besar yang sah?

NAJIB CANNOT CONTROL TERENGGANU: UMNO CRACKS START TO SHOW

Sultan Mizan Zainal Abidin of Terengganu has ordered to strip all the titles conferred to menteri besar Ahmad Razif, adding elements of uncertainty to the state politics.
It is unusual for a sultan to strip the title conferred to an MB, and this to a very large extent reflects his royal highness' displeasure with the MB. As such, Razif's position becomes precarious and with the prime minister now stepping in to intervene, things have yet to clear as of this moment.
BN managed only 17 out of 32 state seats in the last election while PAS bagged 14 and PKR one. BN retained the state's administration with a mere two-seat majority, and it will only take a handful of state reps to jump ship to bring about an administration change. The current split and division within Umno in Terengganu will add a further dose of uncertainty to the state administration.
Such a split could be traced back to 2008 when Umno intended to name incumbent Idris Jusoh as MB but the Sultan preferred Kijal state assemblyman Ahmad Said. Although Idris had the support of 22 Umno reps, he eventually had to give way to Ahmad Said, and the crack began to take shape from then on.
Ahmad Said quit the MB post in 2014 and threatened to bring two other state reps with him to leave Umno, sparking a new administrative crisis. Although BN subsequently managed to keep the state administration following a decision by the trio to return to the team, the same has invariably exposed the vulnerability of BN administration in Terengganu.
Last month, Ahmad Said tabled a motion of no confidence against Razif in the state assembly, sending yet another round of shockwave in the state's politics. Although the latter managed to shake off the crisis thanks to the staunch support of 15 Umno reps and the rejection of the no-confidence motion by the Speaker, it nevertheless highlights the fact that the rift within Umno is far from being resolved despite the MB change. In its stead. there are signs the crisis is deepening.

Debat 'Deklarasi: Mana Pergi Rakyat?' 16 Mei ini


Ambiga SreenevasanAmbiga Sreenevasan
Debat Perdana “Deklarasi: Mana Pergi Rakyat” anjuran Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) pada 16 Mei ini bakal merungkai sejauh mana Deklarasi Rakyat yang dilancarkan pada Mac lalu berfaedah kepada rakyat.
Pengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan berkata, persiapan yang kini berada pada fasa terakhir ini akan diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) daripada perspektif kedua-dua pihak yang pro dan kontra terhadap pengisian deklarasi itu.
“Debat menampilkan Datuk Ambiga Sreenevasan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan Amiruddin Shaari di pihak pro-deklarasi manakala di pihak kontra-deklarasi pula menyaksikan kehadiran cheGuBard (PKR), Arutchelvan (PSM) dan juga Haris Ibrahim (ABU). Moderator pula diserahkan kepada Pengerusi Kesatuan Mahasiswa, Azzan Adnan.
“Setakat ini Datuk Ambiga, Khairuddin, cheGuBard, Arul, Haris dan Azzan telah mengesahkan kehadiran mereka manakala pihak kami masih menunggu jawapan akhir dari YB Amir,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, pembentangan hujah secara matang melalui kaedah dua hala mampu menghasilkan percambahan idea dalam erti sebenar menyelamatkan negara, berbanding forum sehala yang bias dan tepu kepada satu sudut pandangan semata-mata.

Ahmad Razif enggan ulas dakwaan jumpa Sultan

 Ahmad Razif Abd Rahman
Ahmad Razif menurunkan tandatangan sebagai simbolik perasmian Terengganu Halal Business Centre di Sabasun Hyperuncit Gong Badak.
KUALA NERUS - “Saya masih lagi memegang jawatan MB (Menteri Besar) dan saya akan teruskan tugas seperti biasa,” demikian tegas Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abd Rahman.
Ahmad Razif menyatakan perkara berkenaan ketika diminta mengulas mengenai perasaan beliau setelah genap seminggu menjalankan tugas selepas Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin lucut semua darjah kebesaran yang dikurniakan kepada beliau.
Ahmad Razif yang juga Adun Seberang Takir itu juga turut memaklumkan bahawa fokus beliau kini adalah untuk memastikan agenda pembangunan rakyat diteruskan.
“Saya akan teruskan (pembangunan untuk rakyat)... selagi saya masih memegang jawatan MB dan saya tidak ada apa-apa lagi untuk dijelaskan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pecah tanah Terengganu Halal Business Centre dan Perasmian Karnival Usahawan Anak Terengganu (KUAT) di Perkarangan Sabasun Hyperuncit, Gong Badak, petang tadi.
Bagaimanapun, ketika ditanya mengenai kesahihan sama ada beliau ada mengadap Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin sebelum memulakan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Rabu lalu, beliau enggan mengulas lanjut.

Rakyat Terengganu terima jika MB ditukar

Mereka akur dengan apa jua keputusan yang akan dibuat nanti malah menghormatinya demi kelancaran pentadbiran Terengganu
razif,datuk
KUALA TERENGGANU: Rata-rata penduduk yang ditemui FMT menerima dengan hati terbuka sekiranya Menteri Besar mereka ditukar, malah menjunjung kasih Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.
Muhamad Abdullah, 52, berkata kuasa melantik Menteri Besar adalah hak mutlak baginda maka sebagai rakyat perlulah terima dengan hati terbuka.
Beliau berharap penggantian itu boleh merungkai kemelut yang diuar-uarkan ketika ini.
“Macam mana Menteri Besar nak buat kerja kalau hubungan dengan Istana ada masalah?” soalnya, merujuk kepada desas-desus pergeseran yang menyusuli perlucutan darjah kebesaran Ahmad Razif Abdul Rahman.
Muhammad antara warga negeri Penyu yang pernah merasai hidup dibawah pentadbiran beberapa Menteri Besar Terengganu.
“Kami sebagai rakyat sudah letih kerana sudah berapa kali Menteri Besar bertukar, seolah-oleh pemimpin itu tak reti jaga hati Sultan.
“Cuba tengok Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad…bekas Menteri Besar selama 20 tahun. Tidak ada masalah!” katanya.
Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad mentadbir Terengganu dari 1974 hingga 1999. Pemerintahan enam penggal itu ditamatkan PAS dalam Pilihan Raya Umum ke-10, sekaligus membuka laluan kepada Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.
Sementara itu, Tuan Rosli Wahab, 48, sudah muak dengan sikap pemimpin UMNO yang sering kali bermasalah walaupun sudah acapkali bertukar Menteri Besar katanya.
“Saya sendiri sebagai ahli UMNO ,saya sudah jemu tengok pelbagai masalah yang berlaku dalam UMNO, tak berlaku di negeri akan berlaku di Pusat, dulu Kedah tukar Menteri Besar, sekarang katanya Terengganu, lepas ini mana pula? Johor?
“Kalau macam ini sikap pemimpin BN, lebih baik bubar sahaja sahaja UMNO tubuh parti baharu atau beri sahaja pada pembangkang sebab pada tahun 1999 PAS memerintah tak pernah ada isu,” katanya.
Berbeza pula dengan Abdul Wahab Zakaria, 63, beliau berharap Ahmad Razif diberi peluang mentadbir Terengganu sehingga PRU akan datang supaya segala perancangan yang telah dibuat penggal ini diselesaikan.
“Ahmad Razif baru dua tahun memerintah, kalau tukar Menteri Besar baharu mesti ada perancangan baharu dan perancangan lama terbantut.

Beri peluang BN habis penggal di Terengganu - Hadi

KUALA NERUS - Pas berpendirian Barisan Nasional (BN) perlu diberi peluang mentadbir Terengganu sehingga habis penggal bagi menyesaikan kesemua kemelut yang melanda parti itu ketika ini, termasuk krisis terbaharu melibatkan menteri besar, Ahmad Razif Abd Rahman.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu juga tidak berhasrat untuk mencampuri isu dalaman yang melibatkan parti lain, sebaliknya meminta rakyat menilai sendiri.
Abdul Hadi Awang “Kita anggap ini tempoh BN (memerintah Terengganu) dan bukan tempoh kita...kita serah kepada mereka untuk selesaikan..beri peluang sehingga habis penggal.
“Rakyat perlu menilai sendiri perbezaan di antara sepenggal kita memerintah (ketika Pas perintah Terengganu sebelum ini)...dengan berapa penggal BN memerintah (pelbagai kemelut yang dihadapi),” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui ketika hadir pada Majlis Makan Malam Amal Media di NR Cafe, Tok Jembal, di sini, malam tadi.‎
Hadir sama dalam majlis anjuran bersama Unit Media, Lajnah Penerangan dan Hubungan Medai Pas Terengganu dan Kumpulan Aktivis Media Independen (Kami) Terengganu itu adalah Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat serta kepimpinan yang lain.
Jelas Abdul Hadi lagi, selaku parti yang mendokong demokrasi, Pas tetap dengan pendirian untuk tidak mencampuri urusan parti lain, sebaliknya memilih saluran yang betul iaitu melalui pilihanraya.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, Abdul Hadi turut mengakui Pas dilihat mempunyai peluang positif untuk memenangi sekurang-kurangnya dua kerusi daripada 11 calon yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ini.

4 Orang Sama dalam #TabungHaji & #1MDB ??

Hakikatnya Allah SWT telah buka satu2 kebobrokan pemerintahan UMNO/BN dlm urus tadbir kewangan dana rakyat..

UNTUK APA kuncu2 1MDB disumbatkan secara berjemaah ke dlm Tabung Haji ??

MANA PERGINYA BAKI RM250 JUTA ITU ??

Adakah tercicir dlm kantong2 kroni ka ??

TAHUKAH ANDA.. Pada tanggal 10 Jun 2013, Najib berjanji jalanraya Kanowit-Kapit akan disiapkan pada 2015..

KAMI NAK TANYA rakyat Sarawak, benarkah jalan tersebut yg dijanjikan Najib itu dah siap ??.. ATAU dah jadi 'jalan bunian' sptmana 'Hospital Bunian' di Sri Aman... #Sebarkan

Dah banyak kali tipu dgn BN,
TU PON MASIH LAGI NAK UNDI BN KA !!!

JOM !!! Rakyat Bangkit. Tumbangkan BN di #PRNSarawak kali ini..

MASIH TAK SEDAR2 DIRI LAGI....


Kunjungan kerap Najib ke Sarawak 'tumpang tui' Adenan


Najib disifatkan menumpang populariti Adenan pada PRN SarawakNajib disifatkan menumpang populariti Adenan pada PRN Sarawak
Kunjungan kerap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Sarawak dipercayai bertujuan untuk memastikan popularitinya tidak terlalu jauh di belakang Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem sekarang, kata penganalisis.
"Menjelang pilihan raya Sarawak, jelas kelihatan Adenan sangat popular. Jadi saya melihat Najib mahu menjadikan kemenangan Team Adenan Satem nanti adalah kemenangan BN dan juga untuk beliau," kata penganalisis Hisommudin Bakar.
Sehingga kini, Najib sudah berkunjung ke Sarawak lebih 50 kali sejak menjawat jawatan Perdana Menteri dan beliau datang lagi semalam.
Kali ini Najib akan berada di negeri ini selama lima hari lagi menjelang hari pembuangan undi 7 Mei ini.
Kekerapan kunjungan ini sangat jauh berbeza berbanding dengan perdana menteri sebelum ini.
"Ini adalah jumlah kunjungi yang luar biasa sebagai seorang perdana menteri dan bagi saya ia satu kunjungan terdesak untuk mengekalkan fixed deposit Sarawak kepada Barisan Nasional (BN)," kata Hisommudin.
Pengerusi Eksekutif Ilham Centre, pusat kajian bebas itu berkata, populariti Adenan, Ketua Menteri Sarawak yang mengawal politik negeri itu jauh dari politik Umno yang sedang berkecamuk sekarang.
"Sarawak saya yakin kekal kawasan putih untuk BN tetapi adakah rakyat negeri ini juga akan memberikan jumlah kerusi yang signifikan kepada BN dalam pilihan raya umum akan datang. Ini bagi saya perlu dipastikan oleh Najib dalam kunjungannya yang banyak ini," katanya kepada Malaysia Dateline.
Bagi Hisommudin, pilihan raya negeri kali ini juga boleh dilihat sebagai isyarat awal kepada Putrajaya sama ada rakyat menerima atau menolak BN.

SELEPAS POLIS PENGIRING TUN M DITARIK BALIK, APAKAH JET KERAJAAN PULA DISEKAT SELEPAS INI?

Menurut tulisan yang dikemaskini dalam blog A Kadir Jasin, khidmat polis pengiring bermotosikal untuk Tun Mahathir Mohamad telah ditarik balik oleh kerajaan berkuat kuasa 28 April yang lalu. Namun, khidmat ADC dan Unit Tindakan Khas atau UTK masih dikekalkan.

Walaupun tidak diketahui dengan jelas sebab-sebab tindakan itu diambil, ia dipercayai bagi menyukarkan lagi perjalanan Tun Mahathir untuk menghadiri majlis-majlis yang berkaitan pengumpulan tandatangan Deklarasi Rakyat.

Apa pun sebabnya, penarikan itu tentunya berkaitan dengan pendirian bekas Perdana Menteri itu yang tidak lagi menyokong Najib Razak dan berterusan mendesaknya meletakkan jawatan.

Apa pula selepas ini? Mungkinkah kemudahan lain seperti jet kerajaan juga akan ditarik balik?

Yang jelas, di mata rakyat, tindakan kerajaan itu seperti kebudak-budakkan dan tidak matang. Ia seperti seorang kanak-kanak yang apabila kawan sebelah rumahnya tidak mahu lagi berkawan dengannya, lalu bertindak mengambil balik semua permainan yang selama ini biasa dikongsi bersama.

Selepas jawatan Penasihat Petronas dilucutkan, ini adalah tindakan kebudak-budakan kedua yang diambil Najib terhadap Tun Mahathir.

Tetapi, jika Najib merasakan tindakan menarik khidmat polis pengiring itu akan menyukarkan perjalanan Tun Mahathir dan membuatkannya selalu terperangkap dalam kesesakan jalanraya, simpati dan sokongan yang diterima oleh bekas Perdana Menteri itu mungkin lebih berganda jadinya.

Kecuali penagih dedak yang senantiasa bersetuju, rakyat biasa akan melihatnya suatu layanan melampau kepada seorang negarawan yang banyak berjasa kepada negara.

Bagi seorang bekas Perdana Menteri, khidmat polis pengiring bermotosikal adalah kelayakan yang sepatutnya diterima, malah Tun Abdullah Badawi juga menerima perkhidmatan itu.

Jika khidmat itu ditarik daripada Tun Mahathir yang menentang, apakah ia masih dikekalkan kepada Tun Abdullah yang menyokong Najib?

Kiranya penarikan itu semata-mata kerana mengkritik dan tidak menyokong, tetapi terus dikekalkan kepada Tun Abdullah, ternyata Tun Mahathir jauh lebih berjiwa besar kerana tidak pernah pun mengusik khidmat polis pengiring kepada Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj yang juga tidak menyokong dan selalu mengkritiknya.

Manifesto kitar semula BN, lebih 100 ribu rumah lagi tiada bekalan air bersih di Sarawak


Janji sama dikitar semulaJanji sama dikitar semula
Persembahan manifesto Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak terus dilihat mengulangi perkara sama yang menunjukkan kegagalan pentadbiran sejak merdeka.
Kecenderungan manifesto salin dan tampal ini dapat dilihat apabila BN Sarawak mendakwa sebanyak 471,425 isi rumah atau 80 peratus isi rumah telah menerima bekalan air terawat hasil daripada apa yang dipanggil transformasi luar bandar.
Hal ini bermakna, sebanyak 117,856 isi rumah masih belum lagi menikmati bekalan air bersih walaupun BN lebih 50 tahun menguasai Sarawak.
PRN kali ke-11 terus menyaksikan BN mencampakkan pelbagai projek infrastruktur sebagai umpan bagi memancing sokongan 1,138,650 pengundi di Bumi Kenyalang itu.
Hal ini dapat dilihat pada manifesto BN yang kelapan iaitu untuk mempercepatkan pembangunan jaringan jalan, liputan bekalan air, elektrik dan telekomunikasi.
Paling ketara dapat dilihat pada keterujaan BN terhadap projek Lebuhraya Pan Borneo yang bakal merentasi dari Telok Melano di hujung barat laut ke bandar Merapok di Lawas di sempadan Sabah.
Projek mega sepanjang 1,089 kilometer itu ibarat ‘bapa’ kepada banyak lagi projek yang diasak ke telinga rakyat di Sarawak melalui semua saluran media daripada TV sehingga akhbar yang dikuasai parti pemerintah sepanjang tempoh kempen PRN ini.
Bahkan, janji manis berkenaan projek itu juga diulang oleh Perdana Menteri, Najib Razak ketika membentangkan laporan tahunan program transformasi negara 2015, di Angkasapuri, Kuala Lumpur Selasa lalu sekaligus mengambil kesempatan untuk berkempen termasuk menyerang blok pembangkang.
Sejak kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu lagi, BN berjanji untuk membina Lebuh Raya Pan Borneo tetapi ketika itu, jarak keseluruhan yang dicanang ialah 2,300 km bermula dari Sematan di Sarawak hingga ke Serudong, Sabah.
Tidak hairanlah, projek membabitkan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Sarawak dan Lebuhraya Borneo Utara Sdn Bhd (LBU) yang dimeterai pada Jun 2015 itu tidak lebih sekadar mengitar semula janji ibarat ‘candu’ kepada rakyat di Sarawak.

Saya masih lagi Menteri Besar – Ahmad Razif

Tugas terus digalas selagi diberi mandat, tegas pemimpin UMNO itu.
Ahmad Razif
KUALA TERENGGANU: Tugas terus digalas selagi diberi mandat, jawab Ahmad Razif Abdul Rahman ketika ditanya mengenai status jawatannya.
“Saya masih lagi Menteri Besar, masih lagi dengan jawatan ini. Saya akan teruskan,” katanya seusai merasmikan Majlis Upacara Pecah Tanah Terengganu Halal Business Center dan Perasmian Karnival Usahawan Anak Terengganu (KUAT) hari ini.
Desas desus pertukaran Menteri Besar bertiup kencang di negeri Penyu susulan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin melucut semua darjah kebesaran yang dikurniakan kepada Ahmad Razif, berkuat kuasa 22 April lalu.
Spekulasi semakin deras apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dikatakan akan menghadap baginda dalam masa terdekat bagi membincangkan kemelut jawatan Menteri Besar namun sehingga kini pertemuan itu belum berlaku.
Ketika diajukan soalan berkenaan pelucutan darjah kebesaran dan khabar angin beliau akan disingkirkan, ADUN Seberang Takir memilih untuk mengunci mulut.
“Saya tidak mahu buat ulasan, tidak ada apa-apa ulasan saya minta maaf,” katanya sambil tersenyum.