Jumaat, 29 April 2016

#PRNSarawak: LGE diarah keluar 2 hari sebelum hari pengundian

Ketua Menteri Pulau Pinang diberitahu supaya tunggu 20 minit sebelum diberi pas lawatan khas
lim-sarawak
GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang diberitahu supaya meninggalkan Sarawak pada 5 Mei depan, selepas beliau diberikan tempoh melawat tujuh hari oleh Imigresen.
Guan Eng tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada jam 8 malam dan berkongsi pas lawatan khas yang diberikan kepadanya.
“Selepas menunggu kira-kira 20 minit saya dibenarkan masuk Sarawak setakat 5 Mei. Tidak diizinkan selepas itu sehingga pilihan raya Sarawak 7 Mei selesai,” cicip Guan Eng melalui Twitter.
Sebelum ini, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali turut diberi layanan serupa. Beliau hanya dibenarkan berada di Sarawak sehingga 2 Mei.
Imigresen Sarawak lazimnya memberikan pas lawatan 90 hari kepada semua rakyat Malaysia.
Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem baru-baru ini memberi amaran sekatan keatas ahli politik akan dipertingkatkan bagi menyekat watak-watak tidak baik memasuki Sarawak.
Adenan menyanggah pengkritik dengan berkata sekatan tidak terhad kepada pembangkang, tetapi juga kepada ahli-ahli parti BN.
Adenan berkata pemimpin besar DAP seperti Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang diberi kebenaran masuk ke negeri itu kerana mereka menjaga perangai masing-masing.

MB Terengganu akui MMKN tak pernah bincang isu pulau

Ahmad Rafiz menjelaskan Menteri Besar tidak ada kuasa eksklusif untuk meluluskan permohonan Dr Zakir Naik
razif-zakir-pulau
KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman mengakui perkara pemberian pulau kepada pendakwah kontroversi, Dr Zakir Naik tidak pernah dibincangkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).
Menurut Ahmad Razif, perkara itu sekadar dibincangkan secara lisan antara Dr Zakir dan dirinya.
“Isu ini mana boleh kita bincang (dalam MMKN) jika tidak ada permohonan secara rasmi,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Terengganu Halal Business Center dan Perasmian Karnival Usahawan Anak Terengganu (KUAT) di Gong Badak, hari ini.
Ahmad Razif turut menafikan pulau tersebut telah diberikan kepada Dr Zakir. Menurutnya, Dr Zakir yang memohon supaya diberikan pulau bagi membolehkan beliau mengembangkan dakwahnya di Malaysia.
“Isu ini salah faham. Dr Zakir Naik ada membuat permohonan kalau boleh diberikan (pulau) dan kita kata ‘OK’ (boleh dipertimbangkan), sebab kita nampak ia boleh jadi satu tarikan untuk mempromosikan pelancongan negeri Terengganu.
“Pihak Kerajaan Negeri telah meminta pihak Dr Zakir untuk memberi kertas cadangan kepada kita, dan kita menunggu apakah cadangan beliau,” katanya.

NAJIB, PERDANA MENTERI TERHEBAT MALAYSIA YANG MUNGKIN TAK DITEMUI LAGI SELEPAS INI

Tun Mahathir Mohamad selalu dilihat sebagai pemimpin yang hebat kerana aspirasinya membawa pemodenan kepada negara selama 22 tahun berkuasa. Beliau kerapkali disebut sebagai Bapa Pemodenan Malaysia.

Tun Razak Hussein pula dikenali sebagai peneraju pembangunan berikutan dasar-dasarnya yang praktikal untuk semua rakyat dan bermanfaat sehingga ke hari ini, khususnya untuk golongan miskin. Lantaran itu, beliau lebih dikenali dengan Bapa Pembangunan negara.

Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj dikenali sebagai Bapa Kemerdekaan serta banyak memainkan peranan dalam menyatupadukan rakyat dengan sikap toleransi dan bijaksana dalam memimpin negara. Disebabkan sumbangannya memerdekakan negara, nikmatnya dirasai oleh kita semua sehingga hari ini.

Tun Hussein Onn dan Tun Abdullah Badawi juga tidak kurang pencapaiannya ketika memimpin negara, tetapi harus diakui kedua-duanya sekadar "biasa-biasa" saja pencapaiannya.

Tahun 2016 ini bermakna Najib Razak sudah menjangkau tempoh tujuh tahun sebagai Perdana Menteri. Terbukti hanya dalam tempoh sesingkat tujuh tahun, Najib sebenarnya layak dinobatkan sebagai Perdana Menteri "terhebat" yang kita pernah ada.

Kehebatannya tak terlawan dek semua Perdana Menteri yang sudah dan banyak berjasa kepada kita sebelum ini.

Malah, disebabkan "kehebatannya"  itu, mungkin tidak ditemui lagi sesiapa yang mampu menandinginya. Siapa pun yang menjadi Perdana Menteri selepas ini, hakikatnya teramat sukar untuk melepasi "pencapaian" Najib.

Sumbangan terbesar Najib kepada rakyat ialah memperkenalkan perkataan dan angka bilion kepada rakyat. Sebelum ini ramai yang tidak pernah mendengar, menyebut dan jauh sekali bermimpi untuk memiliki wang berbilion-bilion.

Tetapi dengan terdedahnya mengenai Najib membenarkan wang sebanyak RM2.6 bilion dimasukkan ke akaun peribadinya, ramai yang jadi biasa menyebut perkataan itu, walaupun ramai yang tidak pernah melihat berapa banyaknya  wang 1 juta sekali pun.

Ramai juga yang sebelum ini tidak tahu dengan tepat makna satu bilion. Kebanyakannya menyangka bilion itu hanya ratus juta, tetapi kini semua sedar, termasuk budak-budak sekolah bahawa satu bilion itu ialah seribu juta.

Singapura siasat penganalisis dari firma penilaian 'unit' 1MDB


Pihak berkuasa Singapura pada 20 April lalu mendakwa seorang rakyatnya, Kelvin Ang Wee Keng, 34, kerana dituduh memberi rasuah S$3,000 kepada seorang penganalisis bagi mempercepatkan penyediaan laporan penilaian yang dikaitkan dengan 1MDB.
The Edge Markets melaporkan bahawa penganalisis itu, Lee Chee Waiy, turut disoal-siasat oleh penyiasat Singapura.
Ini disahkan oleh penganalisis itu sendiri yang enggan mengulas lanjut, menurut laporan itu.
Laporan tersebut menyatakan bahawa mengikut profil LinkedIn Lee, beliau adalah pengarah bersekutu di NRA Capital antara Ogos 2008 dan Oktober 2015, firma yang sama yang dilantik untuk menilai "unit" 1MDB di Kepulauan Cayman yang diuruskan oleh Bridge Capital Partners.
Menurut kenyataan 1MDB pada 14 November tahun lalu, 1MDB menerusi unitnya Brazen Sky Limited memiliki dana dalam bentuk unit bernilai AS$2.33 bilion di Cayman yang didaftarkan pada 31 Mac, 2014.
Pelaburan dana unit itu adalah daripada nota janji hutang 1MDB yang diterima susulan penamatan daripada usaha sama dengan PetroSaudi International.
Seterusnya, pada bulan November 2014, pelaburan AS$1.22 bilion ditebus oleh 1MDB untuk membayar kepentingan hutang dan sebagai bayaran kepada Aabar Investments PJS.

Razif: Saya masih MB, bertugas seperti biasa


Setelah pelbagai spekulasi berkaitan kedudukan beliau, Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abd Rahman hari ini berkata beliau masih lagi menyandang jawatan itu dan akan meneruskannya seperti biasa.
“Saya masih lagi memegang jawatan MB (Menteri Besar) dan saya akan teruskan tugas seperti biasa,” Razif dilapor sebagai berkata oleh Sinar Online.
Razif diminta mengulas perasaan beliau setelah genap seminggu menjalankan tugas selepas Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin melucutkan kesemua darjah kebesaran yang dikurniakan padanya.
Razif yang juga anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir itu juga dilapor berkata fokus beliau kini adalah untuk memastikan agenda pembangunan rakyat diteruskan.
“Saya akan teruskan (pembangunan untuk rakyat)... selagi saya masih memegang jawatan MB dan saya tidak ada apa-apa lagi untuk dijelaskan,” katanya ketika ditemui di Gong Badak, petang tadi.
Beliau enggan mengulas sama ada telah mengadap Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin pada Rabu.

Nazri yakin pemimpin pemberontak akan dipecat

UMNO belum mahu bertindak kerana menumpukan kepada pilihan raya negeri Sarawak
nazri-aziz_muhyiddin_shafie_Mukhriz_600_1
KUCHING: Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yakin dua pemimpin pemberontak UMNO akan dipecat tidak lama lagi.
Beliau merujuk kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang lantang mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
“Ada dalam kalangan mereka (pemimpin UMNO) mengkritik dalam had yang dibenarkan parti. Bagaimanapun, Muhyiddin dan Mukhriz pasti dipecat.”
Nazri turut berpendapat bekas Menteri, Tan Sri Shafie Apdal akan turut dipecat.
Walaupun Shafie tidak melanggar mana-mana peraturan UMNO, Nazri berkata Naib Presiden UMNO itu telah melampaui batas dengan menghadiri acara “Bicara Isu Semasa” di Jitra, Kedah malam tadi bersama bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Mukhriz.
“Shafie tidak melampaui batas sehinggalah malam tadi. Mahathir kini bersama pembangkang, maka apabila beliau bekerjasama dengannya, jelas Shafie juga telah melampaui batas dan akan dipecat,” kata Nazri di sidang media di Hotel Grand Margherita hari ini.
Ketika ditanya bila UMNO akan bertindak ke atas trio itu, Ahli Parlimen Padang Rengas itu berkata keutamaan pada ketika ini adalah pilihan raya negeri Sarawak.
“Lebih mudah untuk kita bertindak sekiranya kita beri masa kepada mereka untuk melakukan kesilapan demi kesilapan,” katanya.
Dalam ucapan malam tadi, Mahathir mengkritik cara Najib menguruskan sumber negara dan gaya hidup mewah beliau.

1.5 JUTA BANGLA MASUK SEMULA?

Apa pulak ni?

Apa agaknya pengumuman penting mengenai pekerja asing yang bakal diumumkan oleh Zahid Hamidi tidak lagi?

Tetapi perhatikan antara ayat-ayat Zahid sebagaimana disiarkan oleh Mstar - "Saya amat mengambil berat tentang isu pekerja asing dan saya sedar banyak sektor yang terjejas. Majikan menggesa kerajaan untuk membuka pintu kepada lebih ramai lagi pekerja asing.

"Kerajaan sedang mendengar dan akan ada pengumuman penting mengenai perkara itu dalam masa terdekat ini," katanya lagi.

Rasanya tidak sukar untuk sesiapa pun memahami maksud tersirat di sebalik ayat-ayat yang dilafazkan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri itu.
Adakah ini tanda-tanda bahawa kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh yang diumumkan ditangguhkan  oleh Zahid Hamidi sendiri pada 19 Februari lalu akan dibawa masuk semula?

Sekejapnya ditangguhkan? 

Hmmmmm......

Usul tolak Azalina calon PRU 14 babit 8 ketua cawangan di Penggerang


Samudin KambaliSamudin KambaliSebanyak lapan cawangan di Bahagian Umno Penggerang mengemukakan usul menolak Datuk Seri Azalina Othman Said sebagai calon Pilihanraya Umum ke-14 kelak.
Usul menolak Timbalan Pengerusi Umno Bahagian Penggerang itu, oleh ketua-ketua cawangan adalah usul baru yang dikemukakan peringkat cawangan di negeri Johor dalam persidangan mesyuarat ketua cawangan di bahagian itu.
Setiausaha Kerja Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) Johor, Samudin Kambali berkata, usul menolak Azalina bukan sahaja dibuat oleh ketua cawangan Felda Semenchu sebaliknya dakwa beliau, membabitkan tujuh lagi cawangan di bahagian sama.
“Selain Felda Semenchu ada tujuh cawangan lain turut menolak Azalina.
“Ini kerana beliau gagal memainkan peranannya sebagai seorang Ahli Parlimen Penggerang selama dua penggal.
"Azalina juga adalah seorang pemimpin yang mempunyai dua status karektornya ‘pengkid’ dan ‘wanitanya’ .
“Status pengkidnya amat sukar diterima oleh masyarakat di kawasan pendalaman di Pengerang.
“Lapan cawangan itu merayu BN tidak calonkan Azalina pada PRU 14 dan mohon mencalonkan pemimpin Melayu lain.
“Maknanya dua statusnya itu yang amat sukar difahami oleh segelintir orang kampung,” katanya kepada Malaysia Dateline.
Samudin juga berkata, Azalina kurang memberikan tumpuan kepada kawasannya.
"Tiada apa kemudahan pun yang terdapat untuk rakyat di kawasan yang dipimpinnya.
"Malah beliau juga jarang hadir ke majlis yang diadakan di Pengerang bersama rakyat," dakwanya.
Beliau diminta mengulas mengenai tersebarnya kertas usul Persidangan Tahunan Umno Cawangan Felda Semenchu 2016 yang diviralkan sejak beberapa hari lalu.
Samudin berkata, jika lapan ketua cawangan menolak Azalina ia boleh dianggap sesuatu yang serius terutama membabitkan karektor menteri di jabatan perdana menteri itu.
“Lapan ketua cawangan di Penggerang turut kemuka usul tolak Azalina maknanya perkara yang amat seriuslah tu,” ujarnya.

Ahmad Razif enggan ulas dakwaan jumpa Sultan

 Ahmad Razif Abd Rahman
Ahmad Razif menurunkan tandatangan sebagai simbolik perasmian Terengganu Halal Business Centre di Sabasun Hyperuncit Gong Badak.
KUALA NERUS - “Saya masih lagi memegang jawatan MB (Menteri Besar) dan saya akan teruskan tugas seperti biasa,” demikian tegas Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abd Rahman.
Ahmad Razif menyatakan perkara berkenaan ketika diminta mengulas mengenai perasaan beliau setelah genap seminggu menjalankan tugas selepas Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin lucut semua darjah kebesaran yang dikurniakan kepada beliau.
Ahmad Razif yang juga Adun Seberang Takir itu juga turut memaklumkan bahawa fokus beliau kini adalah untuk memastikan agenda pembangunan rakyat diteruskan.
“Saya akan teruskan (pembangunan untuk rakyat)... selagi saya masih memegang jawatan MB dan saya tidak ada apa-apa lagi untuk dijelaskan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pecah tanah Terengganu Halal Business Centre dan Perasmian Karnival Usahawan Anak Terengganu (KUAT) di Perkarangan Sabasun Hyperuncit, Gong Badak, petang tadi.
Bagaimanapun, ketika ditanya mengenai kesahihan sama ada beliau ada mengadap Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin sebelum memulakan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Rabu lalu, beliau enggan mengulas lanjut.

Najib tak macam bapa, kata Dr M pada orang Kedah


Selepas memperkenalkan diri sebagai 'Team B' Umno, pasukan yang menolak kepimpinan Datuk Seri Najib Razak itu memilih Jitra untuk siri ceramahnya.
Acara malam tadi berlangsung di Napoh, sebuah pekan kecil di Jitra, yang cuma 18 minit ke sempadan Thailand, Bukit Kayu Hitam.
Antara digolongkan dalam kumpulan itu bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, anaknya Mukhriz, bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas menteri pusat Datuk Seri Shafie Apdal.

Dewan Lye Huat malam tadi penuh dengan kira-kira 2,000 penyokong dalam program dua jam bermula 8.30 malam.
Kelihatan sedikit batuk-batuk, Mahathir yang kini berumur 91 tahun, berucap hampir sejam dan hanya menamatkan ucapannya untuk bergegas pulang dengan penerbangan ke Kuala Lumpur pada tengah malam.
Selain membangkitkan dakwaan amalan urus tadbir yang tidak baik, Mahathir berkata Najib telah berubah selepas mendapat kuasa.
Pemimpin PAS, AMANAH turut hadir
Malah, kata Mahathir, beliau tidak seperti bapanya Tun Abdul Razak, perdana menteri kedua.

Mahathir ulangi gesaan Najib letak jawatan

JITRA - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi gesaan supaya Datuk Seri Najib Tun Razak melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno kerana sudah hilang kepercayaan terhadap kepimpinannya.
Beliau berkata, ia perlu segera dibuat susulan kegagalan Najib menyelesaikan banyak isu berbangkit termasuk 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan kehilangan wang berbilion ringgit.
 Mahathir Mohamad “Kalau dia (Najib) tak digugurkan sekarang, saya yakin (BN) akan hancur dalam PRU14. Najib akan kalah, BN akan kalah dan Umno akan Kalah. Apa jadi lepas itu, sama-samalah kita lihat.
“Tapi kalau kita dapat gugurkan Najib sekarang, mungkin parti yang terbesar dalam Dewan dapat memilih pemimpin baru yang tidak mengulangi apa yang dilakukan Najib,” katanya pada program bicara isu-isu semasa Selamatkan Malaysia (Team B Umno) di Dewan Lye Huat Garden, Napoh, di sini, malam semalam.
Menurutnya, parti keramat yang banyak berjasa itu juga kelihatan sudah tidak lagi berjuang untuk agama, bangsa dan negara.
“Kenapa saya tinggalkan Umno? Kata pepatah Melayu kalau sayangkan anak, tangan-tangankan; sayangkan isteri, tinggal-tinggalkan. Tapi saya juga tinggalkan Umno kerana sayang.
“Saya melihat Umno hari ini bergerak hanya untuk mempertahankan presidennya walaupun membuat benda yang salah. Mereka membisu kerana mungkin sudah disuap dedak ke dalam mulut mereka,” katanya.

'Terima kasih kerana membanggakan kami, Tan Sri Zeti'


'Terima kasih kerana membanggakan kami, Tan Sri Zeti'
Zeti bukan sahaja menggalas tanggungjawab dengan cemerlang, malah menjadi inspirasi kepada anak muda.
Setiap permulaan, pasti akan ada pengakhirannya.

Hari ini, tanggal 29 April, menjadi hari terakhir Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, mencurahkan khidmat baktinya.

Pastinya kecemerlangan yang dicatatkan beliau akan menjadi legasi yang akan terus dikenang seluruh rakyat Malaysia.

Netizen membanjiri akaun Facebook rasmi Bank Negara untuk mengucapkan selamat maju jaya buat Zeti.

Rakaman ucapan penghargaan dari Bank Negara.
Rakaman ucapan penghargaan dari Bank Negara.


Antara komen dan ucapan selamat tinggal di Facebook Bank Negara Malaysia.
Antara komen dan ucapan selamat tinggal di Facebook Bank Negara Malaysia.

Zeti disifatkan ramai sebagai berjaya menggalas tanggungjawabnya dengan cukup baik, malah menjadi inspirasi buat kaum wanita secara khususnya.

Twitter juga turut dibanjiri dengan ucapan yang sama, malah ramai juga menggunakan hashtag #zetiaziz untuk menyampaikan rasa terharu dan ucapan selamat tinggal.

Tan Sri Zeti memulakan tugasnya sebagai Gabenor Bank Negara pada 1 Mei 2000, dan tempatnya bakal digantikan oleh Datuk Muhammad Ibrahim.

Jamil Khir kalah rayuan, prosiding qazaf Anwar diteruskan


Jamil Khir BaharomJamil Khir Baharom
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom gagal dalam permohonannya di Mahkamah Rayuan Syariah Kuala Lumpur bagi membatalkan permohonan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sehubungan itu prosiding rayuan qazaf beliau terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan akan didengar di mahkamah syariah.
Mesej Dr Wan Azizah di laman sosialMesej Dr Wan Azizah di laman sosialDatuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam mesejnya di laman sosial bersyukur dengan keputusan mahkamah syariah itu.
Mahkamah ujarnya mengarahkan kes dakwaan qazaf itu diteruskan dan ketua pendakwa, menteri agama dan ketua pengarah Jawi dinamakan sebagai responden.
"Mahkamah isytiharkan keputusan mahkamah sivil bagi pensabitan liwat tidak mengikat mahkamah syariah di bawah Akta 121(1A)..." mesej beliau dipetik.
Dalam perkembangan berkaitan, Malaysiakini.com melaporkan rayuan Jamil Khir dan dua yang lain untuk membatalkan semua semakan dan notis rayuan Anwar ditolak panel tiga hakim yang diketuai oleh Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Kuala Lumpur, Datuk Seri Md Yusup Che Teh.
Dalam keputusan sebulat suara, mahkamah memerintahkan kekhilafan Anwar selaku responden dalam rayuannya menamakan bekas Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain dan bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali boleh diperbetulkan.

Bon 1MDB: IPIC tuntut AS$50 juta dari k’jaan Malaysia


International Petroleum Investment Company (IPIC) milik Abu Dhabi akhirnya telah menyelesaikan hutang faedah AS$50 juta yang tertunggak kini menuntut jumlah wang berkenaan daripada Kementerian Kewangan Malaysia.
"Berikutan tindakan 1MDB yang ingkar, IPIC akan membuat tuntutan bertulis bagi mendapatkan ganti rugi untuk bayaran balik faedah (bagi jumlah sebanyak AS$50,312,500.00) daripada Menteri Kewangan Diperbadanakan, (MOF) Malaysia dan 1MDB mengikut syarat-syarat perjanjian,” kata IPIC hari ini.
 Dalam pengumuman kepada Bursa Saham London, IPIC berkata firma Abu Dhabi itu telah membuat bayaran penuh untuk faedah bagi pihak 1MDB Energy (Langat) Limited dan 1MDB, yang sepatutnya dilunaskan pada 18 April.
Bayaran itu adalah untuk bon bernilai AS$1.75 bilion yang diterbitkan oleh 1MDB dan dijamin oleh IPIC.
"IPIC membuat bayaran melalui kecairan semasa dan menunaikan kewajipannya seperti dalam perjanjian,” katanya.
Syarikat itu menjadi penjamin dua bon yang diterbitkan oleh 1MDB berjumlah AS$3.5 bilion.
IPIC, dalam satu pengumuman kepada Bursa Saham London pada 18 April lalu, mengumumkan bahawa rancangan untuk menyelamatkan 1MDB ditmatkan berikutan kegagalan firma pelaburan Malaysia itu yang gagal membayarnya lebih AS$1 bilion.
Walau bagaimanapun, dalam pengumuman berasingan pada 25 April, IPIC menjelaskan bahawa peranannya sebagai penjamin kepada kedua-dua bon itu yang berasingan dengan perjanjian menyelamat, masih diguna-pakai dan ia hanya akan membuat pembayaran faedah jika 1MDB ingkar.
1MDB seterusnya gagal membuat pembayaran faedah selepas tempoh lima hari penangguhan, menyebabkan IPIC akhirnya terpaksa campur tangan.
Walau bagaimanapun, IPIC menjelaskan bahawa ia akan menuntut wang berkenaan daripada 1MDB dan kerajaan Malaysia.

Mohd Jidin 'terpijak wayar' bila sokong Razif secara terbuka


Mohd Jidin ShafeeMohd Jidin ShafeeTindakan Datuk Mohd Jidin Shafee membuat kenyataan terbuka menyokong Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman umpama 'terpijak wayar elektrik' bagi sesetengah pihak kerana beliau menyokong orang yang tidak digemari oleh Istana Terengganu.
Bagi mereka, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri itu, seolah-olah telah mengeluarkan nama beliau dari senarai 'calon MB baru' selepas membuat kenyataan yang sudah pasti menghiris pihak istana itu.
"Mohd Jidin terpijak wayar nih bila sokong Razif. Baik-baik ada peluang langsung habis," kata seorang pemimpin Umno kepada Malaysian Dateline.
Sebelum ini, Mohd Jidin disenaraikan sebagai salah seorang calon utama untuk dilantik sebagai MB baru jika Razif terpaksa digugurkan ekoran isunya dengan Istana Terengganu.
Ini berikutan tindakan istana menarik balik semua gelaran yang diberikan kepada Razif termasuk 'Datuk Seri' mulai Jumaat lepas.
Mohd Jidin, Exco Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Terengganu itu dalam kenyataannya berkata, kesemua Exco dan wakil rakyat negeri itu memberi sokongan penuh kepada pentadbiran Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman.
Menurutnya, satu pertemuan antara wakil rakyat BN Terengganu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang bakal berlangsung esok terpaksa ditangguhkan.
Beliau meminta semua desas-desus dan spekulasi bersabit krisis Menteri Besar dihentikan.

Ahmad Razif ceria temui rakyat walau dilucut darjah kebesaran

Ahmad Razif kelihatan ceria berjumpa dengan rakyat dalam program pertamanya di Gong Badak, hari ini.
Ahmad-Razif_salam_600
KUALA TERENGGANU: Selepas seminggu Sultan Terengganu melucutkan darjah kebesarannya, Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman kembali turun padang menemui rakyat.
Tinjauan FMT mendapati, meskipun masih dipalit kemelut dengan pihak istana, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir itu kelihatan ceria berjumpa dengan rakyat dalam program pertamanya di Gong Badak, hari ini.
Ahmad Razif tiba di Majlis Pecah Tanah Terengganu Halal Business Center dan Perasmian Karnival Usahawan Anak Terengganu (KUAT) menaiki kenderaan rasminya, kira-kira jam 3.45 petang tadi.
Kira-kira 200 hadirin turut berdiri bagi menyambut ketibaan Ahmad Razif.
Beliau kemudiannya bersalaman dan beramah mesra dengan hadirin, sebelum menuju ke pentas utama untuk upacara perasmian.
Turut hadir ialah EXCO Usahawan, Pembangunan Luar Bandar, Kepenggunaan dan Koperasi, Roslee Daud.
Sebelum ini, Ahmad Razif dilapor membatalkan semua program rasminya minggu ini.
Bagaimanpun, Setiausaha Politik Menteri Besar, Dr Rozailan Ibrahim @Mamat kelmarin menegaskan, Ahmad Razif tidak membatalkan semua acara rasminya seperti yang dilaporkan media.
Beliau berharap penjelasan itu dapat menghentikan semua spekulasi yang tersebar.
Sultan Mizan Zainal Abidin melucutkan semua darjah kebesaran yang dikurniakan kepada Ahmad Razif, berkuat kuasa 22 April lalu.
Perkara itu dimaklumkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu dalam satu kenyataan Isnin lalu.

#PRNSarawak: Bukan hanya Kit Siang & Guan Eng, benarkan semua masuk Sarawak

Kebenaran memasuki Sarawak seharusnya diperluas kepada semua pemimpin utama pembangkang bagi memberi ruang demokratik yang sepenuhnya sepanjang kempen pilihan raya negeri (PRN) Sarawak.
Wan Anwar Wan IbrahimWan Anwar Wan IbrahimNaib pengerusi biro undang-undang (Kanun) Amanah Wan Anwar Wan Ibrahim berkata, pihaknya mengalu-alukan kesediaan kerajaan negeri membenarkan dua pemimpin utama DAP Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng masuk ke Sarawak minggu lalu namun menuntut kebenaran yang sama diberikan kepada  pemimpin pembangkang lain.
Ini termasuk presiden Amanah Mohamad Sabu yang dihalang masuk ke Sarawak sejak 22 Mac lalu, presiden PKR Datuk Wan Azizah Wan Ismail dan naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar yang masih belum dibenarkan masuk.
"Kanun percaya dalam membawa perubahan kepada Sarawak, kerajaan negeri sewajarnya membuka seluas-luasnya ruang demokrasi kepada rakyat Sarawak untuk membuat pilihan dalam kempen PRN yang berlangsung  sekarang,” katanya dalam satu kenyataan.
Semalam, Free Malaysia Today melaporkan, ketua menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem menyarankan Wan Azizah dan Nurul Izzah menulis kepadanya sekiranya dua beranak itu mahu memasuki Sarawak.
Adenan dipetik sebagai memberitahu satu sidang akhbar malam tadi bahawa tidak ada keperluan bagi Wan Azizah untuk berbuat demikian.
Katanya, apa yang Wan Azizah perlu lakukan adalah menulis kepadanya meminta kebenaran untuk masuk ke Sarawak.
Mengulas perkara tersebut, Wan Anwar berkata, ruang demokrasi tidak akan dapat diwujudkan sekiranya kerajaan negeri terus mengambil pendekatan menghalang pemimpin-pemimpin politik daripada memasuki Sarawak bagi melaksanakan hak-hak demokratik parti mereka untuk  berpatisipasi secara adil dan saksama dalam proses demokrasi pilihan raya di negeri tersebut.

#PRNSarawak: Tindakan hadkan tempoh MB Selangor di Sarawak dikecam

Tindakan Kerajaan Sarawak menghalang pemimpin Pakatan Semenanjung memasuki negeri itu petanda jelas belum wujud semangat toleransi antara Sarawak dengan Semenanjung Malaysia walaupun sudah lebih 43 tahun bersama.
Setiausaha Politik Menteri Besar, Shuhaimi Shafiei, berkata tindakan menggunakan alasan tidak munasabah itu sepatutnya membuka mata rakyat Sarawak berhubung kepincangan pentadbiran di negeri itu.
PRN SARAWAK“Apapun tarikh kepulangan Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dipaksa dan tindakan Kerajaan Sarawak mengekang kehadiran pimpinan Semenanjung dengan tidak sesuai dalam keadaan sekarang dan ini memberi gambaran berlakunya penyalahgunaan kuasa dan mengguna kuasa kuasa veto sewewenang-wenangnya.
“Menyekat pimpinan Pakatan dan rakyat lain memasuki Sarawak tanpa alasan munasabah serta menghadkan tempoh berada di Sarawak ketika pilihan raya ini patut membuka mata rakyat tentang kepincangan pentadbiran Ketua Menteri Adenan Satim,” kata Shuhami ketika dihubungi SelangorKini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan imigresen mengarahkan Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Mohamed Azmin keluar Sarawak pada 2 Mei nanti.
Ahli Dewan Negeri Selangor (ADN) Sri Muda itu turut menggesa supaya pengundi memilih kerajaan baru lebih telus dan menentang pelaksanaan GST yang membebankan rakyat.

#PRNSarawak: Terima kasih memuji, tapi saya di parti betul - Azizah


Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak bersependapat dengan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem yang percaya bahawa dirinya seorang yang baik, kecuali bersama parti yang salah.
"Terima kasih kerana percaya bahawa saya seorang yang baik, (tetapi) saya rasa saya berada dalam parti yang betul.
 "Sebab itu kami tubuhkan parti ini," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur.
Adenan pada satu sidang akhbar malam semalam, mencadangkan Wan Azizah dan anaknya, Nurul Izzah Anwar yang juga adalah naib presiden PKR supaya menulis kepadanya jika mahu ke Sarawak.
Mengulas tawaran itu, Wan Azizah berkata kebenaran bagi bagi membolehkan mereka ke Sarawak akan membuktikan bahawa ketua menteri mendukung amalan demokrasi yang sihat.
Bagaimanapun, kata Wan Azizah, beliau dan Nurul akan menulis kepada Adenan untuk meminta kebenaran seperti yang dicadangkan oleh ketua menteri itu.
"Ya, dia (Adenan) suruh tulis, tulis la,” katanya.
Ketua pembangkang itu bagaimanapun tidak pasti berhubung status semasa beliau sama ada dibenarkan memasuki Sarawak.
Anak perempuannya, bagaimanapun, dihalang daripada memasuki negeri Malaysia timur itu bersama-sama dengan puluhan pemimpin politik pembangkang dan aktivis.
Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali berjaya ke Sarawak tetapi beliau hanya diberi kebenaran untuk berada di sana sehingga 2 Mei.
Kerajaan negeri juga membenarkan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan bapanya, Lim Kit Siang yang juga adalah pemimpin supremo parti itu ke Sarawak.
Ketua menteri, bagaimanapun, memberi amaran bahawa jika mereka tidak menjaga kelakuian, kedua-dua mereka akan juga diusir.
Sarawak akan mengadakan pilihan raya negeri ke-11 pada 7 Mei ini.

#PRNSarawak: Adenan rosakkan semangat kasih sayang rakyat Malaysia

Tindakan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Adenan Satem mempertimbangkan kebenaran kemasukan Ketua Pembangkang Dewan Rakyat Datuk Seri Dr Wan Azizah ke Sarawak berniat untuk menunjukkan seolah-olah beliau berkuasa sepenuhnya ke atas bumi Sarawak, namun hakikatnya beliau tidak berkuasa untuk menghalang dasar Kerajaan Persekutuan yang merugikan Sarawak.
Adenan berkata Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wan Azizah dan Naib Presiden PKR Nurul Izzah perlu menulis surat terlebih dahulu jika beliau berniat untuk datang ke Sarawak atas dasar-dasar politik. Apakah dengan kenyataan Adenan bermaksudkan bahawa Wan Azizah tidak akan dibenarkan masuk esok?
Saya membidas Adenan yang tidak menghormati Dato’ Seri Azmin Ali sebagai Ketua Negeri dan juga Timbalan Presiden PKR kerana diminta pulang pada 2 Mei. Saya sebagai Ahli Parlimen Bukit Katil turut dihalang beberapa hari sebelum penamaan calon.
Kita ingin membina Malaysia yang harmoni dan saling hormat menghormati. Kita semua adalah bersaudara sebagai rakyat Malaysia. Adenan telah menyalahgunakan kuasa beliau merosakkan semangat kasih sayang rakyat Malaysia.
Adenan memainkan sentimen “Sarawak VS Semenanjung” untuk mempopularkan dirinya dan menunjukkan seolah-oleh beliau berkuasa, akan tetapi kuasa ini sebenarnya terhad kerana beliau perlu menerima dasar Kerajaan Persekutuan meskipun merugikan Sarawak.

#PRNSarawak: Siapa arah Azmin keluar Sarawak 2 Mei?

Pencabulan demokrasi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 berterusan dan kini giliran Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali pula diarah keluar dari Sarawak, pada 2 Mei inii.
IMG-20160429-WA0013Mohamed Azmin bagaimanapun berkata, tempoh singkat yang diberikan itu tidak mematahkan usaha beliau untuk menyelami suara hati pengundi rakyat negeri kaya dengan sumber hasil bumi itu.
“Walaupun tempoh saya di Sarawak dipendekkan imigresen, saya akan menggunakan masa berharga ini sepenuhnya untuk memahami suara hati pengundi dan berkongsi visi kami untuk perubahan,” tulis Mohamed Azmin pada ‘page’ rasmi facebook beliau, hari ini.
Sebelum itu, Mohamed Azmin memuat naik gambar dokumen perjalanannya ke Sarawak yang tertera cop ayat ‘permitted to enter and remain in Sarawak/Malaysia until 05/02/2016’.
“Imigresen Sarawak mengarahkan saya keluar dari Sarawak pada 2 Mei 2016. Arahan siapa?,” tulis Mohamed Azmin.
Sementara itu, SelangorKini difahamkan Mohamed Azmin bersama calon Ahli Dewan Undangan Negeri Satok, Mohd Salleh Shawkatali, mengadakan lawatan di beberapa lokasi di Satok, pagi tadi.
Ketibaan Mohamed Azmin mendapat sambutan menggalakkan pengundi yang tidak mahu melepaskan peluang untuk mendekati dan beramah mesra bersama beliau.
Mohamed Azmin sempat menyantuni beberapa warga emas yang sedang menikmati sarapan pagi di Yong Cafe, di situ.

#PRNSarawak: Pencabulan demokrasi berterusan, Azmin diarah keluar Sarawak 2 Mei

Pencabulan demokrasi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 berterusan, Kerajaan negeri itu mengarahkan Timbalan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk keluar dari Sarawak sebelum 2 Mei ini.
2 MeiIni dipercayai bagi menghadkan pertemuan Menteri Besar Selangor itu dengan rakyat Sarawak yang bakal menjalankan kewajipan mereka sebagai pengundi pada & Mei nanti.
Mohamed Azmin bagaimanapun berkata, tempoh singkat yang diberikan itu sama sekali tidak mematahkan usaha beliau untuk menyelami suara hati pengundi rakyat negeri kaya dengan sumber hasil bumi itu.
“Walaupun tempoh saya di Sarawak dipendekkan imigresen, saya akan menggunakan masa berharga ini sepenuhnya untuk memahami suara hati pengundi dan berkongsi visi kami untuk perubahan,” tulis Mohamed Azmin pada ‘page’ rasmi facebook beliau, hari ini.
Mohamed Azmin sebelum itu memuat naik gambar dokumen perjalanannya ke Sarawak yang tertera cop ayat ‘Dibenarkan untuk masuk dan tinggal di Sarawak / Malaysia sehingga 05/02/2016′ dan mempersoalkan tindakan tersebut.
“Imigresen Sarawak mengarahkan saya keluar dari Sarawak pada 2 Mei 2016. Arahan siapa?,” tulis Mohamed Azmin.
Azmin yang tiba di Kuching pagi tadi telah mengadakan lawatan di beberapa lokasi di Satok bersama calon Ahli Dewan Undangan Negeri bagi kerusi tersebut, Mohd Salleh Shawkatali
Ketibaan Mohamed Azmin mendapat sambutan menggalakkan pengundi yang tidak mahu melepaskan peluang untuk mendekati dan beramah mesra bersama beliau.
Beliau turut dilihat menyantuni beberapa warga emas yang sedang menikmati sarapan pagi di kawasan tersebut.
Tindakan terbaru kerajaan itu mengesahkan dakwaan seorang  pimpinan KEADILAN, Zakaria Hamid  yang sebelum ini mendakwa pelawat yang masuk ke Sarawak perlu meninggalkan negeri itu sebelum hari pengundian.

#PRNSarawak: Bendera dibakar, calon gesa SPR Proaktif.

IMG_1279Calon KEADILAN bagi kerusi N6 Tupong Norhanim Hana Mokhsen memfailkan satu laporan polis pada Khamis selepas bendera parti itu di Jalan Semarak dibakar pihak tidak bertanggungjawab.

Kesal dengan kejadiaan tersebut, beliau berharap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengambil langkah proaktif bagi mengelakkan kejadian serupa berulang sepanjang kempen berlangsung.
“Kami membayar deposit dan saya berharap SPR boleh memantau keadaan.
“Kami berharap ini tidak akan berulang lagi dan polis perlu mengambil tindakan selanjutnya,” kata Norhanim.
Nurhanim dalam laporannya turut mendakwa, walaupun bendera dipasang petugasnya telah dirosakkan, beliau mendapati bendera pihak lawan dikawasan kejadiaan tidak diapa-apakan.
Rakyat Sarawak akan menjalankan kewajipan sebagai pengundi pada 7 Mei hadapan dengan tempoh kempen kini hanya tinggal 8 hari.

#PRNSarawak: Adenan saran Azizah, Nurul tulis kepadanya jika mahu ke S'wak


Tan Sri Adenan Satem menyarankan kepada Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Naib Presiden Nurul Izzah Anwar menulis kepadanya sekiranya dua anak beranak itu mahu memasuki Sarawak.
Adenan berkata beliau dengar Wan Azizah merancang datang ke Sarawak melalui Sabah untuk berkempen bagi calon-calon PKR dalam pilihan raya negeri itu.
 Free Malaysia Today (FMT) memetik Adenan memberitahu satu sidang akhbar malam tadi bahawa tidak ada keperluan bagi Wan Azizah untuk berbuat demikian.
Katanya, apa yang Wan Azizah perlu lakukan adalah menulis kepadanya meminta kebenaran untuk masukke Sarawak.
"Dan saya akan mempertimbangkannya," kata Adenan.
FMT memetik Adenan sebagai berkata Wan Azizah adalah seorang yang baik, kecuali beliau bersama parti yang salah.
"Begitu juga dengan Nurul Izzah. Ya, dia dilarang (masuk Sarawak). Tetapi jika dia meminta dengan baik, dan mengakui hak kami, saya akan mempertimbangkan perkara itu," katanya.
Nurul Izzah dilarang memasuki Sarawak bersama dengan puluhan ahli politik yang lain.
Kerajaan negeri setakat ini hanya membenarkan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan pemimpin veteran parti itu, Lim Kit Siang.

Kit Siang bertaruh Adenan akan kekal KM Sarawak penggal baru


Adenan Satem Lim Kit SiangAdenan Satem Lim Kit SiangKetua Parlimen DAP Lim Kit Siang mendedahkan beliau bersedia untuk membuat taruhan sekiranya Tan Sri Adenan Satem kekal menjadi Ketua Menteri Sarawak selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak selepas 7 Mei ini.
Kit Siang berkata demikian , apabila Adenan memberikan gambaran dirinya akan tersingkir sebagai ketua menteri pada PRN kali ini sedangkan amat jelas bahawa beliau akan terus memegang jawatan itu untuk tempoh lima tahun akan datang.
"Saya tidak tahu mengapa Tan Sri Adenan mahu memberi gambaran bahawa dia boleh tersingkir sebagai Ketua Menteri Sarawak pada pilihan raya negeri Sarawak, apabila ia adalah jelas, sejelas siang hari pada hari penamaan calon terdapat 100 peratus kepastian dia akan kekal sebagai Ketua Menteri Sarawak untuk tempoh lima tahun akan datang.
"Inilah sebabnya mengapa saya bersedia untuk melakukan apa yang bukan amalan saya sebelum ini, iaitu  membuat taruhan dengan sesiapa yang mengatakan bahawa Adenan tidak akan menjadi Ketua Menteri Sarawak pada 7 Mei depan.
" Malah, saya bersedia untuk bertaruh walaupun dengan Adenan sendiri!" ujarnya ketika berceramah di Sri Aman malam tadi pada siri kempen DAP dalam pilihan raya negeri kali ini.
Soal Ahli Parlimen Gelang Patah ini lagi, adakah Adenan benar-benar percaya bahawa dia tidak mungkin menjadi Ketua Menteri Sarawak selepas 7 Mei?
"Saya suka untuk tahu apa sebab-sebabnya.
"Pada 7 Mei hari mengundi itu bukan sama ada Adenan akan menjadi Ketua Menteri Sarawak untuk lima tahun akan datang, tetapi sama ada dia dinafikan majoriti dua pertiga Dewan Undangan Negeri (Dun) untuk memastikan dia mengotakan janji-janji pilihan raya kepada rakyat dan tidak menyalahgunakan kuasanya sebagai Ketua Menteri Sarawak.
"Saya menyeru kepada pengundi Simanggang dan Sarawak bersatu untuk mencapai matlamat "7 Mei - Lakukan Keajaiban" untuk menafikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional Sarawak di Dun dengan mengundi sekurang-kurangnya 28 Adun dalam Dun Sarawak.
"Angka keajaiban 28 boleh dicapai jika DAP menang 20 hingga 22 kerusi Dun dan PKR menang enam hingga lapan kerusi Dun.
"Ini adalah desakan yang sangat tinggi, tetapi kita mesti bersedia untuk skala ketinggian itu agar menjamin masa depan anak-anak kita," katanya.

STEP ASIDE DR M, IT'S NOW THE WORLD VS NAJIB: SNAP ELECTION & GST HIKE TO 8% IN 2017 TO BAIL OUT 1MDB EXPECTED


Muhammad Ibrahim should send a postcard thanking The Wall Street Journal for exposing an initial decision by Najib administration, allegedly to appoint bootlicker Irwan Serigar Abdullah as the next Bank Negara (Central Bank) Governor. Muhammad, presently the Deputy Governor of Bank Negara Malaysia will take over from Zeti Akhtar Aziz effective from May 1, for 5 years.
It’s absolutely hilarious seeing Prime Minister Najib Razak, red-faced, make a major U-turn just to prove the WSJ was wrong. Perhaps Najib’s overpaid band of bloggers should challenge the WSJ to produce documents showing Irwan Serigar’s supposedly “done-deal” appointment. In retaliation, the WSJ might publish the “proof” so that Najib could be humiliated – again.
Only time will tell if Harvard-graduate Muhammad Ibrahim is too weak to stand against interference and instruction from Putrajaya and becomes Najib Razak’s new pet. For now, this guy is relatively better than Irwan Serigar, who sits on the board of 1MDB as an advisor and various other important boards, acting as the prime minister’s eyes and ears.
Bank Negara Malaysia - Central Bank - New Governor - Cancelled Irwan Serigar Abdullah and Promoted Muhammad Ibrahim
All eyes are on the new Governor Muhammad Ibrahim if he would clear PM Najib Razak of all wrongdoings in the 1MDB scandal, the same way newly appointed Attorney General Mohamed Apandi Ali and Public Accounts Committee Hasan Ariffin had done. If he’s a man of integrity and honour, the new governor can do real damage with his powerful post to Najib.
The Wall Street Journal - Money Flowed To Najib Account - Najib Razak Sorrow and Sad
While Najib Razak is trying very hard to walk, act and look cool, the Malaysian prime minister is actually under tremendous pressure from not only domestic demands but also international authorities on his 1MDB scandal. We had written about a possible snap election to be called this year, and we believe theprobability has just increased that Najib would proceed with it this year.
What’s keeping him from calling it yesterday is the Sarawak state election, which is now in full swing. Najib’s Barisan Nasional (BN) government is expected to win big in Sarawak, thanks to internal fighting between DAP and PKR, two of three opposition parties forming Pakatan Harapan (Coalition of Hope), which doesn’t really seem to promise any hope at the moment.
Najib Razak and Rosmah Mansor - Thumb Down
Still, Najib needs to know – officially – what the people of Sarawak think about his administration. Here’s the puzzle: can Chief Minister Adenan’s popularityoffset 1MDB scandal and GST issue? More importantly, they need to know the number of parliamentary seats that can be won after the redelineation of parliamentary and state constituencies in the state.
And the results from the state election can provide the answer whether BN could maintain, or increase their parliamentary seats won in 2013. Out of 31 parliamentary seats allocated for the state of Sarawak, BN won 25 in 2013 as compared to 30 in 2008 national election. The latest redelineation was unfairly drawn to help BN recapture the 5 seats lost.

Selepas 4 hari kempen, 5 calon Amanah berpeluang menang

Lima calon Amanah yang dijangka berpotensi untuk menang dalam Dun yang ditandingi mereka dalam PRN Sarawak.Lima calon Amanah yang dijangka berpotensi untuk menang dalam Dun yang ditandingi mereka dalam PRN Sarawak.
Selepas 4 hari kempen berjalan, sekurang-kurangnya lima dari 13 calon Parti Amanah Negara (Amanah) menunjukkan peningkatan dalam pencapaian mereka apabila kerusi mereka dikategorikan sebagai kelabu oleh Bilik Gerakan BN dan juga media di Sarawak.
Menurut sumber, kerusi Sebuyau, Balingian, Kabong, Damak laut dan Beting Maro kini dimasukkan dalam kategori kelabu oleh Barisan Nasional (BN) yang membawa makna boleh dimenangi oleh lawan mereka.
Sebuyau ditandingi tiga penjuru oleh tiga calon iaitu Datuk Haji Julaihi Haji Narawi (PBB), Haji Wan Abdillah Bin Wan Ahmad (Pas) dan Andrew Anak Jain (Amanah).
Demak Laut pula ditandingi satu lawan satu antara Dr Haji Hazland Bin Abang Haji Hipni (PBB) dan pengerusi Amanah Sarawak, Mohammad Fidzuan Zaidi.
Di Kabong pula, calon BN Mohamad Chee Kadir (PBB) akan berdepan dengan Novert Sullang (DNP) dan Jini Bin Sahini (Amanah).
Di Balingian pula pertembungan satu lawan satu antara Abdul Yakub Arbi (PBB) dan Nurzaiti Binti Hamdan (Amanah).
Di Beting Maro, calon BN, Razaili Haji Gapor (PBB) akan berdepan dengan Hamidah Binti Mokhtar (Pas) dan Andri Zulkarnean Hamden (Amanah).
Selain itu, dua lagi calon Amanah dijangka memberikan tentangan sengit kepada lawan masing-masing iaitu N26 Gedong yang diwakili oleh Rapelson Richard Hamit dan N.16 Muara Tuang yang diwakili oleh Abang Abdul Halil Abang Naili.

‘Dun Beting Maro dan kisah jambatan tak siap-siap sejak tahun 2000’

Menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, penduduk kampung di Beting Maro, sekali lagi diberikan harapan agar jambatan yang mereka perlukan benar-benar dibina kali ini.
'Dun Beting Maro dan kisah jambatan tak siap-siap sejak tahun 2000'Ini kerana, jambatan ini sudah dijanjikan sejak tahun 2000 iaitu menjelang PRN 2001, namun sehingga kini ia kekal tinggal janji saja.
Menurut bekas calon Beting Maro, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus, pada tahun 2001 iaitu menjelang PRN tahun itu, batu asas untuk membina jambatan ini telah dibuat oleh kerajaan negeri, namun menjelang 2006 masih belum siap lagi.
Empat tahun selepas itu, iaitu pada tahun 2005, kontraktor mula meletakkan pasir-pasir ke kawasan pembinaan di samping memasang dinding di kawasan pembinaan.
Namun empat tahun kemudian, ia masih belum siap bahkan pembinaan belum bermula.
Pada tahun 2010 iaitu menjelang PRN 2011, jentera-jentera berat mula dibawa masuk dan pasir serta besi-besi cerucuk mula dipasang.
“Dah nak masuk PRN 2016 tuk oi! Ni rupo ‘Jambatan BN’ tuk? Nak engkah apo lagik kali tuk?” tulis Abang Kerdee dalam posting beliau itu.

Walaupun dihina, calon OKU Amanah PRN Sarawak teguh berdiri

Rapelson ketika mengisi borang pencalonannya dan nota luahan rasanya terhadap pihak yang memperkecilkan kemampuannya.Rapelson ketika mengisi borang pencalonannya dan nota luahan rasanya terhadap pihak yang memperkecilkan kemampuannya.
Walaupun penyertaan beliau sebagai calon pilihan raya dipandang hina oleh sesetengah pihak, namun calon Parti Amanah Negara (Amanah) bagi N26 Gedong, Rapelson Richard Hamit tidak terkesan dengan kata-kata penghinaan itu.
Beliau sebaliknya menulis nota ringkas kepada pihak-pihak yang merendah-rendahkan keupayaannya sebagai calon OKU (orang kelainan upaya) yang menggalas cabaran Amanah dalam pilihan raya negeri (PRN) Sarawak ke-11 ini.
Dalam nota ringkasnya kepada para pengundi Rapelson menulis:
"Salam sejahtera kepada pengundi-pengundi yang saya kasihi dan hormati.
"Saya dapat tahu ada kepen-kempen yang mengatakan saya tidak layak menjadi calon dan Adun kerana saya cacat.
"Saya mengucapkan terima kasih atas kata-kata itu. Dan saya tidak marah atau kecewa.
"Kecacatan ini anugerah Tuhan. Siapa yang kenal Tuhan mereka tidak akan pertikai pemberian Tuhan.
"Walaupun saya cacat tetapi saya tidak khianati rakyat. Bahkan saya telah membela rakyat.
"Bukan beribu ekar tanah yang saya kehendaki tetapi khidmat dan budi yang akan saya taburi. Tuan-tuanlah yang menilai saya.
"Ini kalilah... Undilah Parti Amanah."
Rapelson dilahirkan pada 13 April 1986 di Kuching, Sarawak.
Walaupun dilahirkan cacat, Rapelson membuktikan kekurangan fizikal tidak menghalangnya untuk mencapai kejayaan.
Berkelulusan Sarjana Muda Sains Sosial Dengan Kepujian (Kajian Perancangan Dan Pengurusan Pembangunan) daripada Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), anak muda ini berkhidmat sebagai Gis And Remote Sensing Officer.
Masa lapangnya tidak dibazirkan seperti manusia biasa yang lain. Rapelson menghabiskan masa terluangnya sebagai aktivis hak asasi manusia khususnya membela penghuni tanah adat negeri (NCR) yang diancam pembangunan.

Cadangan Zaid buat S'gor dalam masalah - Penganalisis

Kerajaan Selangor akan bermasalah jika bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim berjaya meyakinkan pemimpin popular DAP Lim Kit Siang supaya meninggalkan gabungan dengan PKR, kata seorang penganalisis.
Namun, penganalisis Khoo Kay Peng berkata cadangan Zaid itu 'tidak masuk akal' dan tidak mudah seperti diperkatakan.
“Ini sebabnya dia (Zaid) bukan sebahagian daripada gabungan (Pakatan Harapan)... Dia tidak tahu bagaimana untuk uruskan (perbezaan dalam sesebuah gabungan).
“Dalam kes ini, kerajaan Selangor akan bermasalah,” kata Khoo kepada Malaysiakini.
Pakatan Harapan Selangor mempunyai 13 ADUN PKR, 15 daripada DAP dan dua lagi dari Parti Amanah Negara (AMANAH).
PAS, yang tidak bergabung dalam HARAPAN tetapi masih berada dalam kerajaan Selangor, mempunyai 12 ADUN.
Khoo diminta mengulas undangan Zaid yang mahu mengundang Lim ke sebuah majlis makan malam mewah bagi mengusulkan DAP meninggalkan HARAPAN.
Zaid, bekas menteri Umno yang pernah menyertai PKR, dilaporkan berkata gabungan bersama PKR-DAP tidak berkesan dalam pilihan raya umum ke-13 dan tidak berjaya dalam pilihan raya Sarawak.
DAP dan PKR kini bertembung di enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak selepas gagal menyelesaikan pengagihan kerusi.
Mengulas perselisihan kedua-dua parti itu, Khoo berkata PKR dan DAP patut sama-sama dipersalahkan dalam isu itu.
Katanya, kedua-dua parti harus menjaga pemimpin masing-masing dan menumpukan kepada agenda lebih besar.
“Setiap parti ada masalah sendiri untuk diselesaikan. Ia tidak semudah yang Zaid katakan. Malah kerjasama dengan AMANAH sahaja masih menjadi tanda soal, di segi sokongan akar umbi,” katanya.
Pada masa depan, kata Khoo, pembangkang patut sedar mereka tidak boleh terus mendendangkan kepada rakyat bahawa terdapat harapan untuk perubahan, kecuali pemimpinnya sendiri bersedia berubah.

P'raya S'wak: Hartawan dan DAP 'bertarung' di Sibu

Pilihan raya negeri Sarawak ke-11 bagi kawasan Sibu boleh dikategorikan sebagai 'pertarungan' antara hartawan dengan DAP.
Ia dapat dilihat apabila terdapat kerusi BN yang bertembung dengan DAP seperti di DUN Dudong dan Pelawan diwakili oleh hartawan yang menjalankan pelbagai aktiviti perniagaan di negeri itu.
Bagi calon Dudong,Datuk Tiong Thai King, beliau merupakan adik kepada pengerusi kumpulan syarikat Rimbunan Hijau (RH Group)- Tan Sri Tiong Hiew King yang pernah menjadi antara 10 orang terkaya di Malaysia.
Thai King yang membuat kemunculan sekali lagi selepas kalah pada PRN pada 2011 dengan majoriti tipis - 317 undi - merupakan pengarah eksekutif kumpulan bagi syarikat milik abangnya itu.
Di DUN Pelawan pula, Datin Janet Lau - balu kepada bekas timbalan menteri pengangkutan negeri, Datuk Robert Lau - dipilih oleh Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem sebagai calon di kawasan bekas suaminya itu.
Robert Lau merupakan anak saudara kepada Datuk Henry Lau, ketua pegawai eksekutif Kumpulan KTS - sebuah syarikat yang menjalankan aktiviti pembalakan di Sarawak.
Pertandingan lebih tiga penjuru
Tiga lagi DUN dalam kawasan Sibu - Bawang Assan, Bukit Assek dan Nangka - dijangka sengit apabila ada antara kawasan itu menyaksikan pertandingan lebih daripada tiga penjuru.
Selepas persempadanan semula, kawasan Sibu terbahagi kepada dua kawasan - Parlimen Sibu dan Lanang - yang masing-masing mempunyai jumlah pengundi Cina yang ramai iaitu 65 peratus dan 72 peratus. Manakala masyarakat bumiputera di Sibu pula sebanyak 35 peratus dan di Lanang 28 peratus.
Bagi DUN Bawang Assan, calon Datuk Seri Wong Soon Koh bertanding mempertahankan kerusi tersebut. Beliau menewaskan calon DAP dalam pilihan raya negeri lalu, dengan majoriti 1,808 undi.
Calon Bukit Assek, DAP meletakkan Irene Mary Chang Oi Ling, 51, untuk mempertahankan kerusi berkenaan yang dimenangi mendiang suaminya, Wong Ho Leng pada pilihan raya negeri 2011 dengan 8,827 undi.
Dan bagi DUN Nangka pula, penyandang Dr Annuar Rapaee bertanding mengekalkan kerusi itu yang sebelum ini dimenangi dengan majoriti 5,302 undi, menentang satu-satunya calon PKR di Sibu.
Pertarungan antara hartawan dengan DAP ini juga dapat dilihat daripada cara kedua parti itu berkempen yang menampakkan beberapa perbezaan, antaranya dari segi 'sajian' yang diberikan.
Penampilan kempen
Selain daripada membuat program tinjauan mesra dan ceramah pada waktu malam, program BN dilihat lebih meriah apabila pengunjung adakalanya akan dihidangkan dengan persembahan tarian atau nyanyian.
Malah, terdapat juga calon yang tidak melepaskan peluang untuk mendendangkan lagu kepada bakal pengundi mereka.
Berbeza dengan DAP, ceramahnya lebih bersifat politik dan turut menggunakan teknologi seperti Skype bagi membolehkan pemimpin mereka yang disekat memasuki Sarawak, berinteraksi dengan masyarakat di situ.
Pada minggu pertama berkempen ini juga, perang poster di Sibu masih lagi suram dengan hanya beberapa kawasan sahaja yang dilihat meriah dengan bendera dan poster parti yang bertanding seperti di kawasan DUN Nangka.
Selain itu, Adenan juga dilihat menjadi 'bahan' utama bagi setiap kempen BN untuk menarik sokongan pengundi.
Perkara itu dapat dilihat apabila slogan #teamAdenan dan 'Adenan Fever' dipaparkan di poster serta kain rentang calon BN yang bertanding serta dalam ceramah-ceramah parti berkenaan.
Isu-isu nasional
Isu yang dibawa DAP berhubung cukai barangan perkhidmatan (GST) pula dilihat masih lagi berada pada tahap 50-50 dengan tidak semua pihak dilihat memahami dan 'merasai' kesan ekoran pelaksanaannya.

Undang2 di Malaysia memang 'ADIL' lagi saksama..

Dedah penyelewengan & kebobrokan KERAjaan UMNO/BN adalah satu kesalahan yg amat berat di sisi UMNO.

Maka akta2 yg diwujudkan spt Akta Hasutan, OSA, ISA, BAFIA & sekufu dgnya amat penting buat UMNO utk membendung buat mereka yg sengaja cari pasal BONGKAR penipuan, penyelewengan, kebobrokan, ketirisan, keborosan & KEBODOHAN UMNO serta KERAjaan BN !!!

Terengganu: Mungkinkah Pas akan sokong MB baru sehingga PRU 14?

Spekulasi bertiup kencang Pas akan memberi sokongan secara tidak rasmi kepada MB baharu yang akan dicadangkan Umno – BN.
Menurut pemerhati politik yang rapat dengan Pas Terengganu, kemungkinan tersebut tidak dapat ditolak memandangkan PM Najib dikatakan tidak bersetuju dengan pembubaran DUN dan mengadakan pilihan raya negeri.
Terengganu: Mungkinkah Pas akan sokong MB baru sehingga PRU 14?Pas dikatakan tidak akan menyokong sebarang usaha bekas MB Ahmad Said sekiranya beliau menarik keluar beberapa ADUN untuk menyertai pembangkang. Tambah sumber itu, Pas amat anti terhadap Ahmad Said yang didakwa terbabit dengan isu perobohan masjid Bujal, yang didirikan penyokong Pas di Kemaman tidak lama dahulu.
“Beberapa kenyataan pimpinan Pas pusat akhir-akhir ini menzahirkan kerjasama lisan dengan Umno untuk memastikan MB Umno terus berkuasa. Geng Mat Said tidak akan berupaya membalas dendam mereka ke atas Umno negeri
“Oleh itu, ada ura-ura Umno akan bersama Pas mentadbir Terengganu selepas MB baru dilantik menggantikan Razif
“Tapi kerjasama yang dibuat kelak bukan bergabung atau pun kerajaan campuran cuma persefahaman sehingga PRU 14,” kata sumber berkenaan dengan syarat namanya tidak disiarkan.
Kata beliau lagi, krisis politik Terengganu tidak akan berakhir dengan mudah kerana semuanya telah dirancang sejak berakhirnya PRU 13 lalu.
“Krisis di Terengganu berpunca daripada percaturan puak-puak dalaman Umno selepas BN hampir tumbang kepada Pas dan PKR

SELURUH DUNIA AKHIRNYA TAHU 1MDB MEMANG BERMASALAH

Tahniah Bank Negara dan tahniah juga kepada Zeti Akhtar Aziz yang akan bersara hujung bulan ini atas kegigihan dan kecekalan mempertahankan kebenaran sehingga ke hujung kerjaya.

Atas kesalahan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 kerana melanggar beberapa peraturan dan kaedah, 1MDB akhirnya dikenakan denda oleh bank pusat itu.

Walaupun hanya denda yang tidak disebut jumlahnya, sekurang-kurangnya seluruh dunia tahu bahawa 1MDB memang bermasalah dan gagal mematuhi arahan Bank Negara yang mahu ia membawa pulang yang dikirimkan ke luar negara berjumlah AS$1.83 bilion atau RM7,760 juta.

1MDB diarahkan membawa pulang wang tersebut berikutan pembatalan tiga kelulusan yang diberikan oleh Bank Negara pada tahun 2009, 2010 dan 2011 kepada syarikat pelaburan itu.

Denda itu dikeluarkan bukan saja kerana kegagalan 1MDB membawa pulang wang tersebut sebagaimana yang diarahkan, tetapi juga gagal mengemukakan bukti dan dokumen bagi mewajarkan ketidakupayaan mematuhi arahan tersebut.

Logiknya hanya syarikat yang benar-benar bermasalah saja yang tidak dapat mematuhi arahan Bank Negara itu. Kegagalan mematuhi arahan Bank Negara sehingga dikenakan denda turut menggambarkan kegagalan Najib Razak selaku penandatangan bagi setiap urusan 1MDB.

Soalnya sekarang, walaupun setelah dikenakan denda yang dipersetujui Peguam Negara, rakyat masih ingin tahu mengapa wang itu gagal dibawa balik?

Bila ia akan dibawa balik?

Yang terpenting - masih ada lagikah wang yang diarahkan untuk dibawa balik itu?

Kompaun: 1MDB hormati sepenuhnya kuasa dan keputusan BNM

1Malaysia Development Bhd (1MDB) menyatakan ia menghormati sepenuhnya kuasa dan keputusan Bank Negara Malaysia yang mengesahkan penamatan siasatan ke atas IMDB dan pengenaan kompaun pentadbiran kerana kegagalan mematuhi arahan tertentu.
"1MDB menghormati sepenuhnya kuasa dan keputusan BNM dalam perkara ini. Pembayaran kompaun itu akan dibuat pada atau sebelum tarikh yang ditetapkan," kata syarikat milik kerajaan itu dalam satu kenyataan semalam.
Terdahulu, BNM mengeluarkan surat kompaun pentadbiran kepada 1MDB kerana gagal mematuhi sepenuhnya arahan yang dikeluarkan mengikut Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.
Ini termasuk mengkehendaki 1MDB menghantar balik wang yang dikirim ke luar negara berikutan pembatalan tiga kelulusan yang diberikan oleh BNM kepada 1MDB masing-masing pada 2009, 2010 dan 2011, kata BNM dalam satu kenyataan.
Bank pusat itu berkata 1MDB juga gagal mengemukakan bukti dan dokumen yang ditetapkan oleh BNM untuk memberikan alasan yang kukuh berhubung ketidakupayaan untuk mematuhi sepenuhnya arahan penghantaran balik itu.
1MDB diberikan tempoh sehingga 30 Mei 2016 untuk membayar kompaun tersebut.

‘Belelang’: Naratif terbaik demi masa hadapan Sarawak

Kemerosotan undi popular BN pada PRN Sarawak tahun 2011 merupakan bukti rakyat Sarawak mampu mengambil pendirian tegas.
sarawak1_spr
Oleh Mohammad Fakhrurrazi Rashid
‘Belelang’ atau turut dikenali sebagai ‘Bejalai’ dalam bahasa Malaysia bermaksud ‘berjalan’, merupakan sebuah amalan daripada etnik Iban. Disebalik simplistik maksud ‘belelang, tersimpan seribu makna betapa pentingnya amalan ini kepada komuniti Iban. Sehingga hari ini, masih ada anak-anak Iban yang ‘belelang’ demi mengejar cita-cita kehidupan.
Menjiwai amalan ‘belelang’
Adat ‘belelang’ ini merupakan sebuah penghijrahan pemuda Iban mencari kehidupan baru di rantau orang demi memperoleh penghormatan dan kesejahteraan kepada diri dan keluarga. Etnik Iban percaya amalan ini mampu membuktikan kekuatan anak Iban itu dalam kehidupan dengan menempuh pelbagai rintangan semasa berpindah ke destinasi yang dituju. Mereka berjalan daripada rumah panjang ke destinasi baru yang bakal didirikan sebuah kehidupan sejahtera.
Mereka perlu berdikari ketika merantau dan semangat dibawa sebagai bukti mereka boleh membuat keputusan kendiri tanpa kebergantungan dari mana-mana pihak. Itulah semangat yang ditunjukkan melalui ‘belelang’. Berhijrah daripada rumah panjang, mencari penghormatan, ilmu, rezeki dan kehidupan baru yang bakal membawa kebaikan kepada masa hadapan tanah tumpah darahnya serta orang kampung.
‘Belelang’ membuka pemikiran anak Iban melihat dunia luar daripada rumah panjang. Generasi muda dapat mempelajari sesuatu yang baru dan tidak menjadi ‘katak di bawah tempurung’. Malah, anak yang ‘belelang’ membuktikan harga dirinya yang tinggi di mata komuniti rumah panjang kerana itizamnya mencari kehidupan baru dengan pengalaman dan ilmunya yang tinggi. Keberaniannya untuk berubah, merupakan kunci kejayaan anak yang ‘belelang’.
‘Belelang’ untuk masa hadapan Sarawak
Adat ini telah melahirkan anak Iban Sarawak yang berjaya dalam kehidupan. Pengalaman yang mereka lalui ketika berhijrah mencari kehidupan baru tentunya membuka peluang memperbaharui kehidupan dirinya serta keluarga rumah panjang.
Ada diantara mereka sudah menabur bakti dan hidup di bandar dan luar negara. Pelbagai pilihan yang mereka perolehi untuk membina masa depan yang lebih baik. Namun, rumah panjang tidak pernah hilang dalam sanubari mereka.
Pengundi di Sarawak perlu mengambil nilai yang tersirat dalam adat ‘belelang’ daripada kaum Iban. ‘Belelang’ merupakan naratif terbaik rakyat Sarawak untuk memulakan langkah reformasi dan perubahan demi Sarawak tercinta.
Pada PRN Sarawak pada tahun 2011 dan PRU-13 telah membuktikan rakyat Sarawak sudah membuka langkah ‘belelang’ jauh daripada parti BN. Kemerosotan undi popular BN pada PRN Sarawak tahun 2011 merupakan bukti rakyat Sarawak mampu mengambil pendirian tegas untuk membela nasib mereka supaya tidak dipermainkan oleh pemimpin Taib Mahmud.

Modal pembangkang hanya 1MDB – Azalina

Azalina percaya 1MD tidak akan memberi kesan kepada pengundi di Sarawak
azalina-sarawak-1mdb
KUCHING : Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said menyatakan parti pembangkang tidak mempunyai pilihan lain kecuali bercakap isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) semasa berkempen dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11.
“Saya rasa jika saya pembangkang, tidak ada apa yang dapat saya lakukan kecuali bercakap mengenai 1MDB,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan “Jelajah Hijau Sarawak”.
Azalina yang juga merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri menegaskan isu berhubung pelaburan negara perlu diselesaikan oleh 1MDB sendiri.
Katanya, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang turut dianggotai Ahli Parlimen Pembangkang telah membersihkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak daripada sebarang salah laku berhubung kontroversi 1MDB.
“Oleh itu, saya ragu-ragu isu ini akan beri kesan kepada pengundi di Sarawak,” katanya.
Ahli Parlimen Pengerang itu dalam masa yang sama turut menyatakan rakyat Sarawak mempunyai banyak perkara lain untuk direnung, termasuk pentadbiran Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem.
Sementara itu, Azalina percaya calon BN untuk kerusi Nangka, Dr Annuar Rapaee yang juga merupakan ‘senior’ di universiti mempunyai sebab untuk menghalau seorang wartawan Malaysiakini dari ceramahnya.
“Saya tak rasa dia seorang lelaki yang tidak munasabah,” katanya.
Semalam, Malaysiakini melaporkan calon kerusi DUN Nangka itu memarahi wartawan portal itu selepas dia memperkenalkan dirinya.
Malaysiakini melaporkan, Anuuar dipercayai tidak berpuas hati dengan wartawan yang mengetengahkan aduan daripada penduduk di Kampung Dato Lama.
Anuar dipercayai tidak berpuas hati dengan wartawan untuk mengetengahkan aduan daripada penduduk Kampung Dato Lama.

#PRNSarawak: Peluang rakyat bantah GST


PETALING JAYA – PKR menyifatkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak sebagai peluang rakyat di negeri itu untuk menyatakan bantahan kepada pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) melalui kertas undi mereka.
Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin melahirkan kebimbangan di mana kemenangan Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem nanti digunakan BN sebagai tanda aras Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak masih mendapat sokongan besar.
“Alasan ini akan digunakan kerajaan Pusat sebagai mandat menaikkan kadar GST yang mengikut jangkaan pakar ekonomi akan dinaikkan kepada 10 peratus pada tahun depan,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang berkata, kerajaan telah gagal melaksanakan dasar-dasar yang boleh membantu rakyat menjalankan kehidupan dengan lebih selesa.
“Kesemua rakyat terkesan dengan peningkatan kos sara hidup apatah lagi mereka yang hidup di pedalaman Sarawak serta mempunyai sumber pendapatan terhad.
“Justeru, kita tidak boleh membiarkan BN terus bermaharajalela mentadbir tanpa dihukum. Gunakan PRN Sarawak ini sebagai referendum membantah GST,” katanya.
PRN Sarawak ke-11 akan berlangsung 11 Mei ini dengan menyaksikan 82 Dun dipertandingkan, dan daripada jumlah itu, dua Dun dimenangi BN tanpa bertanding iaitu di Dun Bukit Sari serta Dun Bukit Kota.

Bicara Isu Semasa Jitra Selamatkan Malaysia - Tun Mahathir

Bicara Isu Semasa Jitra - Mukhriz

Bicara Isu Semasa Jitra - Shafie Apdal