ULASAN Bagaimana
kalau saya beritahu anda negeri di Malaysia yang kurang 2 peratus
tenaga kerjanya bertanggungjawab ke atas hampir suku daripada keluaran
ekonominya?
Bagaimana kalau saya beritahu anda lagi bahawa
sekitar satu suku daripada tenaga kerja negeri itu hanya boleh
menghasilkan kurang 15 peratus hasil ekonominya?
Anda pastinya akan merumuskan bahawa struktur ekonomi negeri itu sangat tidak setara.
Selamat datang ke negeri Sarawak, yang mana minyak telah ditemui pada 1910 di Bukit Kanada, Miri.
Melihat
kepada pentinganya minyak dan gas di Sarawak, tidak hairan bahawa
sektor ini merupakan bahagian penting kepada ekonomi Sarawak.
Menurut
statistik tahun 2014, sektor perlombongan dan kuari merupakan 23.1
peratus daripada ekonomi Sarawak berbanding 0.2 peratus di Selangor, 1.2
peratus di Pahang dan 0.4 peratus di Johor.
Sebagai perbandingan,
walaupun lebih ramai tenaga kerja Sarawak terlibat dalam pertanian,
sektor ini hanya merupakan 14.5 peratus daripada ekonomi Sarawak. (Rajah
1 dan Jadual 1 di bawah)
Rajah 1: Pembahagian aktiviti ekonomi sebagai peratus daripada KDNK (negeri terpilih) 2014 (terma nominal)
Sumber: Jabatan Statistik
Jadual 1: Pembahagian Aktiviti Ekonomi sebagai peratus daripada KDNK (negeri terpilih) 2014 (terma nominal)
Negeri |
Pertanian |
Perlombongan dan Kuari |
Pembuatan |
Pembinaan |
Perkhidmatan |
Johor |
15.6% |
0.4% |
30.7% |
4.8% |
47.4% |
Pahang |
26.1% |
1.2% |
22.5% |
3.0% |
47.2% |
Selangor |
1.7% |
0.2% |
29.5% |
6.1% |
59.5% |
Sarawak |
14.5% |
23.1% |
27.2% |
2.6% |
32.4% |
Sumber: Jabatan Statistik
Namun begitu, sektor
perlombongan menggaji sekadar 15,800 pekerja atau 1.3 peratus daripada
jumlah keseluruhan tenaga kerja seramai 1.18 juta pada tahun 2014.
Sebagai
perbandingan, 313,000 pekerja atau 26.5 peratus daripada tenaga kerja
Sarawak bekerja dalam sektor pertanian, perhutanan dan perikanan (Lihat
Jadual 2 di bawah).
Angka besar dan peratus pekerja dalam sektor
pertanian tidak memeranjatkan memandangkan 46 peratus kawasan di Sarawak
dianggap luar bandar dan 44 peratus tenaga kerjanya berada di kawasan
itu.
Jadual 2: Angka dan peratusan pekerja dalam sektor pertanian,
perhutanan dan perikanan, perlombongan dan kuari serta pembuatan bagi
negeri-negeri terpilih, 2014
Negeri |
Jumlah (‘000 & %) |
Pertanian, Perhutanan dan Perikanan |
Perlombongan dan kuari |
Pembuatan |
Johor |
1,594.0
(100%) |
142.5
(8.9%) |
3.1
(0.2%) |
410.4
(25.7%) |
Pahang |
678.7
(100%) |
147.9
(21.8%) |
5.0
(0.7%) |
73.9
(10.9%) |
Selangor |
2,912.3
(100%) |
41.4
(1.4%) |
26.1
(0.9%) |
559.2
(19.2%) |
Sarawak |
1,182.3
(100%) |
313.0
(26.5%) |
15.8
(1.3%) |
118.4
(10.0%) |
Sumber: Soal selidik tenaga kerja 2014
Ini
bermaksud 23.1 peratus pengeluaran Sarawak dikongsi oleh 1.3 peratus
tenaga kerja dalam sektor perlombongan (terutamanya minyak dan gas)
sementara 14.5 peratus pengeluaran Sarawak dari sektor pertanian
dikongsi 26.5 peratus tenaga kerja.
Dari segi purata KDNK per
pekerja, setiap pekerja dalam sektor perlombongan di Sarawak
menghasilkan RM1.74 juta keluaran ekonomi setahun berbanding RM55,100
setiap seorang dalam sektor pertanian.
Dengan kata lain, seorang
pekerja dalam sektor perlombongan menghasilkan keluaran sebanyak 32 kali
ganda berbanding pekerja dalam sektor pertanian.
Kesenjangan yang serupa turut boleh dilihat dalam sektor pembuatan di Sarawak juga.
Jadual
2 di bawah menunjukkan pembahagian sektor pembuatan dijelaskan dalam
peratusan daripada KDNK negeri (A) dan peratus tenaga kerja negeri di
dalam sektor pembuatan (B).
Perbezaan antara (A) dan (B) ditunjukkan dalam lajur terakhir jadual 2.
Jadual 3: Peratusan pengeluaran berbanding tenaga kerja bagi sektor pembuatan negeri-negeri terpilih 2014
Negeri |
Pembuatan sebagai % dari KDNK negeri (A) |
% tenaga kerja negeri dalam sektor pembuatan (B) |
- – (B)
|
Johor |
30.7% |
25.7% |
5.0% |
Pahang |
22.5% |
10.9% |
11.6% |
Selangor |
29.5% |
19.2% |
10.3% |
Sarawak |
27.2% |
10.0% |
17.2% |
Sumber: Maklum balas tenaga kerja (2014), KDNK mengikut negeri (2014)
Tidak
memeranjatkan bahawa tenaga kerja negeri dalam sektor pembuatan dapat
menghasilkan lebih daripada bahagiannya dari segi pengeluaran ekonomi.