Selasa, 26 April 2016

Lepas 30 tahun, 'Team B' Umno muncul kembali


Tiga puluh tahun yang lalu, gelaran Team B mungkin menghantui Tun Dr Mahathir Mohamad, perdana menteri yang berdepan saingan Tengku Razaleigh Hamzah ketika itu.
Pergolakan dalam terbesar dalam Umno itu berkisar mengenai penentangan Team B menentang Mahathir dalam Team A.
Bagaimanapun, selepas hampir 30 tahun, siapa sangka label itu digunakan semula oleh anak beliau dan pemimpin kanan Umno yang senada dengan beliau.
Hari ini, Mukhriz, anak kelima Mahathir, menggunakan kembali gelaran itu dalam tweet beliau, yang sekali gus mengimbau kenangan perpecahan Umno sekitar 1987.
Team B diwujudkan bagi mewakili kumpulan lantang dalam Umno, melibatkan bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Mereka berempat dijadualkan mengadakan ceramah di Dewan Lye Huat Garden, Napoh, Jitra pada 28 April ini, jam 8.30 malam.
Tajuk ceramah berkenaan ialah “Bicara Isu-isu Semasa: Selamatkan Malaysia”, tema gerakan Deklarasi Rakyat yang ditubuhkan baru-baru ini.
Mukhriz ketika dihubungi Malaysiakini enggan memberi maklum balas.
Sejarah kewujudan Team A dan Team B Umno sangat memberi kesan dalam politik Malaysia kerana menyebabkan parti tertua di negara ini diisytiharkan sebagai haram dan seterusnya, mewujudkan Umno baru yang didaftar semula pada 4 Februari 1988.
Selain mendapat sokongan dua bekas perdana menteri iaitu Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn, Team B turut dianggotai oleh Tun Musa Hitam, Tan Sri Dr Rais Yatim, Datuk Suhaimi Kamaruddin dan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek

PRN Sarawak: Suara anak muda makin pupus dalam BN Sarawak

Angkatan Muda KEADILAN mengucapkan setinggi – tinggi tahniah kepada kepimpinan Parti KEADILAN Rakyat negeri Sarawak kerana untuk Pilihan Raya Negeri Sarawak kali ini, seramai enam (6) orang calon yang berumur 35 tahun ke bawah telah dicalonkan di kerusi DUN yang dipertandingkan.
Mereka adalah; Abdul Raafidin Majidi (Nangka), Musa Ngog di Tarat, Jamilah Baharuddin di Simunjan, Athina Klaywa Sim di Serumbu, Mohamed Salleh Shawkatali di Satok, dan Elia Bit di Marudi. Ini adalah bukti komitmen KEADILAN untuk menampilkan calon – calon yang dapat mewakili suara anak muda Sarawak dan memberi nafas baru kepada kepimpinan politik di Sarawak.
IMG_0020Pujian juga harus diberikan kepada rakan komponen parti pembangkang yang telah memberikan ruang yang cukup luas untuk calon berumur di bawah 35 tahun untuk menawarkan diri mereka sebagai calon untuk parti masing-masing. DAP, PAS dan Amanah juga turut menampilkan calon di bawah 35 tahun di beberapa kawasan.
Malang sekali, calon muda yang ditampilkan oleh Barisan Nasional pada kali ini tidak seramai yang ditawarkan oleh pembangkang. Kegagalan Barisan Nasional menampilkan lebih ramai calon muda ini membuktikan bahwa mereka tidak mempunyai hasrat untuk benar – benar memberikan ruang kepada anak muda untuk terlibat sama dalam pemerintahan kerajaan. Sikap Barisan Nasional ini menunjukkan bahawa anak muda hanya dituntut untuk tunduk kepada mereka yang tua dan tidak mempunyai suara untuk menentukan masa depan negeri Sarawak.
Kemampuan parti pembangkang di Sarawak untuk menampilkan calon-calon muda membuktikan kepekaan parti-parti ini untuk memberi ruang kepada generasi kepimpinan baru di kalangan anak muda Sarawak untuk ditampilkan sebagai pemimpin untuk masa depan negeri dan negara.

PRN Sarawak: KEADILAN fokus lima perkara Demi Sarawak

KEADILAN memfokuskan lima perkara utama menerusi Manifesto Lima Janji Demi Sarawak bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 yang dilancarkan hari ini.
Dalam manifesto itu KEADILAN berjuang untuk meringankan beban sara hidup rakyat Sarawak dengan memansuhkan enam peratus Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
13096282_991351547616436_6048331905436050522_nSelain itu, KEADILAN berjanji untuk membina infrastruktur di Sarawak setanding di Semenanjung Malaysia termasuk jalan raya, landasan keretapi, bekalan elektrik, hospital, universiti dan lain-lain bagi memastikan rakyat Sarawak mendapat peluang ekonomi dan pendidikan yang terbaik.
Pengarah Bilik Gerakan Utama KEADILAN, Lynette Tan, berkata KEADILAN pada masa sama berjuang mengembalikan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) kepada rakyat Sarawak dengan membawa kes tersebut ke mahkamah.
“Malah, KEADILAN akan mengembalikan hak autonomi Sarawak seperti dalam Perjanjian Malaysia serta memberi royalti petrolium sebanyak 20 peratus.
“KEADILAN bersama Pakatan Sarawak akan melaksanakan perubahan positif seperti dilakukan di Selangor dan Pulau Pinang yang bersih, melawan rasuah dan memperjuangkan keadilan untuk semua,” katanya dipetik Astro Awani.
Selain itu, KEADILAN turut menggariskan 18 pelan tindakan termasuk kedaulatan dan urus tadbir, kebebasan beragama, keadilan ekonomi selain memperkasa masyarakat setempat.
Proses pengundian bakal berlangsung 7 Mei ini.
Terdapat 1.13 juta pengundi pada pilihan raya negeri kali ini.

1MDB diisytiharkan ingkar, kerajaan bakal tanggung hutang berbilion ringgit


tony pua
KUALA LUMPUR, 26 APRIL: Kerajaan Malaysia akan menanggung semua krisis hutang syarikat pelaburan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selepas ia diisytiharkan ingkar hari ini, kata Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua.
Beliau berkata, pengisytiharan tersebut akan memberi pilihan kepada pemegang-pemegang bon untuk memaksa kerajaan membayar semua hutang bagi pihak 1MDB kepada mereka.
Menurutnya, syarikat milik Kementerian Kewangan itu diisytiharkan ingkar selepas ia gagal membayar faedah AS$50.3 juta kepada pemegang-pemegang bon sebelum ini setelah International Petroleum Investment Corporation (IPIC) enggan lagi menjadi penjamin 1MDB.
“Kegagalan 1MDB untuk membayar faedah sebanyak AS$50.3 juta kepada pemegang bon akan menyebabkan IPIC terpaksa membayar balik AS$ 1.75 bilion bon yang sebelum ini dijaminnya bagi pihak 1MDB.
“Selepas itu, IPIC akan membuat tuntutan ke atas Kementerian Kewangan berdasarkan perjanjian antara penjamin. Jika Najib enggan berbuat demikian, ia bukan sahaja menyebabkan krisis kewangan, tetapi juga krisis diplomatik,” katanya pada sidang media di ibu pejabat DAP di sini, tadi.
Beliau berkata, di bawah perjanjian pertukaran hutang-aset antara 1MDB dengan IPIC, ia jelas menyatakan bahawa Kementerian Kewangan akan bertanggungjawab untuk membayar kembali wang yang dijamin IPIC sebelum ini bagi pihak 1MDB.
Menurutnya, halaman 62 dalam laporan PAC menyatakan, “Dalam Interguarantor Agreement yang ditandatangani antara 1MDB dan IPIC bertarikh 21 Mei 2012, 1MDB dikehendaki mendapatkan Ministry of Finance Inc., untuk melunaskan semua principal dan kos berkaitan yang didahulukan oleh IPIC sekiranya 1MDB gagal melaksanakan obligasinya sebagai penjamin..”
IPIC pada tahun lalu membayar AS$103 juta bagi pihak 1MDB sebagai sebahagian daripada obligasinya selepas menjamin dua bon 1MDB bernilai AS$3.5 bilion pada 2012. Menurut jaminan itu, IPIC bertanggungjawab membayar kembali AS$3.5 bilion serta semua faedah jika 1MDB gagal berbuat demikian.

UMNO JOHOR, KEDAH LEBIH TERBUKA BERBANDING KELANTAN

Kenapa UMNO Kelantan tiba-tiba saja mahu mengambil tindakan terhadap dua cawangan dalam Bahagian Machang yang meluluskan usul menolak kepimpinan Najib?

Bukankah dalam amalan demokrasi, menolak dan menyokong pemimpin adalah lumrah dan ia dibenarkan untuk dilakukan oleh sesiapa juga?

Apakah mereka tidak sedar sudah beratus cawangan di Johor dan berpuluh lagi di Kedah telah pun meluluskan usul yang sama?

Mengapa UMNO Kelantan saja yang begitu tertutup dan mahu mengambil tindakan, tidak seperti UMNO Johor dan Kedah yang sangat terbuka mengenainya?

Lagi pula, tidakkah dua cawangan itu meluluskan usul menolak Najib itu dengan cara yang sah iaitu melalui mesyuarat dan ia merupakan hak yang dibenarkan kepada mereka sebagaimana diperuntukkan dalam Perlembagaan UMNO?

Lebih memalukan, jika dengan karenah dua cawangan saja sudah pun melatah, bagaimana mahu menang pilihanraya dan merampas kembali negeri Kelantan?

Pengamal media boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Fitnah 1957 - AG

Pengamal media harus sentiasa berwaspada dan mengelak daripada menerbitkan sebarang tulisan yang mempunyai kecenderungan menghasut yang boleh menggugat keharmonian yang dinikmati.
ag-akta-fitnah
PETALING JAYA: Pengamal media boleh dikenakan tindakan sivil mengikut Akta Fitnah 1957 dan diarah untuk membayar pampasan sekiranya terbukti laporan yang diterbitkan berunsur fitnah dan mengakibatkan reputasi mana-mana pihak terjejas akibat pelaporan itu.
Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, walaupun belum ada pengamal media pernah dikenakan tindakan undang-undang mengikut Akta Hasutan, beliau berkata mereka harus sentiasa berwaspada dan mengelak daripada menerbitkan sebarang tulisan yang mempunyai kecenderungan menghasut yang boleh menggugat keharmonian yang dinikmati.
“Sebagai negara berdaulat dan merdeka, kita mempunyai hak dan tanggungjawab yang cukup besar dalam mencorak dan menentukan acuan yang paling sesuai untuk rakyat dan negara kita. Apa yang sesuai untuk negara lain tidak semestinya sesuai untuk Malaysia,” katanya ketika berucap pada Jamuan Tengah Hari Bersama Editor dan Pengamal Media di sini, hari ini, lapor Bernama.
Majlis itu yang bertema ‘Media dan undang-Undang: Perspektif Negara’ dianjurkan bersama oleh Institut Akhbar Malaysia dan Institut Pengajian Kewartawanan dihadiri kira-kira 100 pensyarah Institut Pengajian Tinggi, pengarang, penyunting dan wartawan daripada pelbagai syarikat media.
Beliau akui kebebasan bercakap dan bersuara dalam kalangan pengamal media di negara ini tidak mutlak dan tertakluk kepada beberapa sekatan perundangan bagi memelihara keselamatan Persekutuan, hubungan baik dengan negara lain dan ketenteraman awam atau prinsip moral.

Polis buang masa siasat saya – Azmin Ali

Menteri Besar Selangor dipanggil polis bagi memberi kenyataan berhubung papan tanda #BebasAnwar yang dinaikkan di 20 lokasi di negeri itu.
Latheefa-Koya,azmin
PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini disiasat mengikut Akta Hasutan 1948 berhubung papan iklan #BebasAnwar yang dinaikkan di pelbagai lokasi di negeri itu.
Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR berkata, polis hanya membuang masa dengan melakukan siasatan itu kerana berpendirian tindakan menaikkan papan iklan itu tidak salah.
“Saya merasa amat kesal dan kecewa dengan tindakan polis untuk tergesa-gesa, menjalankan siasatan terhada saya atas satu pertuduhan yang tidak berasas sama sekali.
“Mereka gunakan Akta Hasutan untuk menekan saya dan pimpinan parti pembangkang di atas suatu perkara yang tidak boleh dikenalpasti apakah kesalahan sebenarnya,” katanya kepada pemberita di hadapan Balai Polis Petaling Jaya di sini.
Azmin juga mendakwa terdapat pihak luar yang meminta beliau disiasat berhubung papan iklan bebas Anwar itu.
Katanya, perkara itu dimaklumkan oleh polis sendiri kepadanya ketika diambil keterangan di sini. Bagaimanapun, menurut Azmin, polis tidak mendedahkan siapa pihak terbabit itu.

Kemelut politik, Syed Azman cadang hentikan sentimen kepartian


Razif dilihat terlalu wala' kepada kerajaan pusat menyebabkan rasa tidak senang pihak negeri.Razif dilihat terlalu wala' kepada kerajaan pusat menyebabkan rasa tidak senang pihak negeri.
Adun Batu Burok, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi meminta semua pihak agar sama-sama mengenepikan sentimen kepartaian sempit dan kepentingan peribadi serta sikap terlalu banyak berpolitik ketika berhadapan kemelut yang dihadapi kerajaan negeri Terengganu sekarang.
"Walaupun Umno masih mempunyai kedudukan ‘simple majority’ di Dewan Undangan Negeri (Dun) dengan 17 Adun, manakala pembangkang memiliki 15 kerusi, namun dengan perkembangan terbaru ini, bagi saya mereka hanya mempunyai tiga pilihan; iaitu menamakan menteri besar yang baru, membentuk kerajaan perpaduan dengan parti pembangkang khususnya Pas atau membubarkan Dun dan diadakan pilihanraya negeri," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baginya, walaupun dengan kedudukan majoriti yang ada pada Umno di Dun, apapun keputusan yang bakal dibuat oleh pimpinan Umno, kemelut dalaman kepimpinan mereka perlu diselesaikan dengan segera kerana rata-rata rakyat awam sudah terlalu muak dengan sikap terlalu banyak ‘berpolitiking’ sedangkan rakyat kini dihimpit dengan tekanan kos kehidupan termasuk GST yang amat membebankan mereka.
"Negeri Terengganu juga sedang berhadapan dengan cabaran getir dengan penurunan drastik bajet tahunan 2016 dari RM2.3 bilion kepada hanya sekitar RM640 juta sahaja akibat dari terlalu bergantung kerajaan Terengganu kepada sektor minyak dan gas. Kini dengan kejatuhan harga minyak dan kelembapan ekonomi negara juga sedang melanda negeri Terengganu.
Dr Syed AzmanDr Syed Azman"Realitinya, kini semakin ramai anak-anak muda Terengganu termasuk lulusan Universiti yang terpaksa menjadi penggangur terhormat akibat dari tiadanya peluang pekerjaan buat mereka di negeri Terengganu.
"Realitinya, masih terlalu ramai pengayuh beca, petani dan nelayan di negeri ini yang hidup ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’ serta mencari-cari erti kehidupan mereka," katanya.
Atas rasa tanggungjawab ini beliau menyeru semua pihak agar sama-sama mengenepikan sentimen ‘kepartaian sempit’ dan 'kepentingan peribadi' serta sikap terlalu banyak ‘berpolitik’ bagi memastikan kepentingan rakyat Terenganu terus di jamin dan di hormanti.

Perpaduan kaum gagal, nitizen sinis ajak berhijrah

Rakyat Malaysia etnik Cina dan India disaran supaya berhijrah kerana keharmonian kaum di negara ini tidak lagi sebaik dahulu.
Begitu pandangan aktivis sosial dan jurugambar, Eddie Putera.
Perpaduan kaum gagal, nitizen sinis ajak berhijrahEddie dalam catatan Facebooknya mencadangkan orang Cina dan India supaya mengumpul wang untuk membeli “mana-mana tempat dalam dunia” dan bina sebuah negara baru kerana “kamu semua tidak sepatutnya dilayan sebegini teruk”.
“Kalau lu orang ingat mau kasi chance Melayu pun chip in, share, tolong la invite wa sama. Wa pun mau pindah.
“Jom sama sama bikin Negara Baru. Kita hidup balik sama sama. Wa ingat ar, bukan wa sorang Melayu mau ikut lu orang. Ramai lagi kot yg mau chow,” tulisnya dalam gaya bahasa pasar.
Beliau mendakwa keharmonian kaum di masa lalu lebih menonjol berbanding hari ini, dan menambah bahawa orang Cina yang membina ekonomi negara menjadi kuat manakala orang Melayu memastikan negara ini diurus dengan baik dan orang India, yang turut terlibat dalam perniagaan, menyediakan sokongan kepada sumber manusia dan kumpulan pemikir.
“Tapi itu dulu.
“Sekarang ni ar, manyak ada pening kepala. Budak2 melayu kawan sama sendiri. Budak2 Cina sama orang Cina. Budak budak India pun sama.
“Lu tak percaya, lu pigi sana shopping mall tengok. Sudah jarang tengok satu gang 3 bangsa jalan sama sama.”

Tolak Najib: Dua cawangan Umno berdepan tindakan

KOTA BHARU - Umno Kelantan akan mengambil tindakan tegas terhadap dua cawangan parti itu di Machang berikutan tindakan mereka yang secara terbuka menolak kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai presiden parti.
Setiausahanya, Datuk Hanafi Mamat berkata, ia kerana tindakan tersebut dianggap tidak mengikut saluran seperti yang ditetapkan perlembagaan dan peraturan parti.
Hanafi Mamat “Sepatutnya mereka guna saluran yang dibenarkan untuk mengkritik atau menegur di mana semua ahli sudah dimaklumkan mengenai perkara ini, tetapi bila secara terbuka tentang presiden maka bersedialah untuk dikenakan tindakan.
“Apa yang mereka lalukan bertentangan dengan nilai-nilai dan budaya Umno, kita tidak menyekat ahli untuk tegur kepimpinan tapi tegur dengan berhemah. Jangan sampai menyertai gerakan yang mahu menjatuhkan presiden hingga menjejaskan perjalanan parti,” katanya.
Beliau diminta mengulas berhubung mesyuarat Umno Cawangan Lepan Simpol dan Banggol Judah dekat Machang Sabtu lalu yang sebulat suara meluluskan usul menolak kepimpinan Najib sebagai kepimpinan parti.
Usul tersebut diterima tanpa bahas oleh kira-kira 70 ahli yang hadir pada mesyuarat dua cawangan tersebut.
Hanafi berkata, bagaimanapun tindakan dua cawangan tersebut tidak menjejaskan parti secara keseluruhan di negeri ini malah tidak memberi kesan kepada kedudukan Najib.
“Kita sebagai pengundi ada hak untuk memilih tetapi kena tunggu pilihan raya umum dan begitu juga dalam parti, kita ada hak untuk memilih atau menyokong pemimpin untuk sandang mana-mana jawatan tetapi tunggu pemilihan parti dan sekarang bukan musimnya.
“Kita sangat menerima teguran demi kebaikan bersama, Umno sangat demokrasi tetapi biar kena dengan caranya,” katanya.

Pemimpin Pas-Umno perlu timbang saranan Dr Zakir

SHAH ALAM - Semua barisan kepimpinan daripada Umno dan Pas perlu melihat kembali saranan pendakwah terkenal, Dr Zakir Naik sebelum ini agar kedua-dua parti itu membentuk kerajaan campuran demi masa depan Islam.
Ketua Umno Bahagian Jerantut, Ahmad Nazlan Idris berkata, saranan itu bertujuan untuk mengajak orang Melayu khususnya berfikir berdasarkan pada kehendak agama iaitu meletakkan perpaduan sebagai keutamaan.
Pemimpin Pas-Umno perlu timbang saranan Dr Zakir “Perbezaan pendapat tak apa, kita raikan tapi ia tidak sepatutnya melahirkan perpecahan dalam kalangan orang Melayu terutama dalam perkara-perkara yang menuntut kebersamaan kita. Demi pastikan Melayu-Islam itu terus dominan dalam negara kita sendiri. Kalau kita berpecah, ke mana lagi orang Melayu nak pergi?
“Jadi pendapat Dr Zakir itu boleh membuka mata kepada semua insan berjiwa Melayu untuk sama-sama memikirkan tanggungjawab kita tanpa mengira ideologi politik berbeza. Tapi kepentingan agama dan Melayu itu perlu diutamakan,” katanya kepada Sinar Online ketika kunjungannya ke Sinar Harian, di sini, hari ini.
Dr Zakir sebelum ini dilaporkan berkata, kerajaan campuran Umno-Pas akan memberi banyak kebaikan kepada Malaysia dalam memacu negara ke hadapan serta mengukuhkan Islam namun katanya, beliau bukan mencadangkan dua parti politik Islam utama negara itu bergabung.

Hadi yakin Pas cipta kejutan di PRN 2016

MIRI - Pas, yang disifatkan banyak pihak tidak relevan dalam senario politik Sarawak, optimis parti itu mampu membuat kejutan pada Pilihan Raya Negeri ke-11 (PRN-11) kali ini.  
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, beliau yakin dengan prestasi parti itu, biarpun bukan hanya terpaksa berdepan Barisan Nasional (BN), malah perlu bersaing dengan kumpulan parti serpihannya, Parti Amanah Negara (Amanah) dan bekas sekutunya, PKR dan DAP.
PRN Sarawak Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan manifesto Pas bagi kerusi Lambir dan Jepak di sebuah restoran di sini, malam tadi.
Selain berdepan BN, Pas yang akan bertanding 11 kerusi pada pilihan raya kali ini, akan menentang Amanah di Samariang, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau dan Beting Maro, manakala dengan PKR di Kakus, Jepak dan Lambir, serta DAP di Samalaju dan Pujut.
Dalam pada itu, Pas akan bertanding satu lawan satu dengan BN di kerusi Pantai Damai.  
Amanah pula akan bertanding di 13 kerusi pada pilihan raya kali ini, terutamanya di kawasan yang majoriti pengundinya kaum Melayu-Melanau.
Dalam PRN-10 pada 2011, Pas bertanding di lima kawasan - Tanjong Datu, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau dan Beting Maro, namun gagal memenangi sebarang kerusi.  
Ketika ditanya mengenai Amanah yang akan bertanding buat pertama kali pada PRN, Abdul Hadi menyifatkan parti itu sebagai 'parti nyamuk', dan tidak akan memberi cabaran sengit kepada parti yang sudah kukuh.
Mengulas kenyataan penasihat DAP Lim Kit Siang mengenai perbalahan dalam kalangan parti-parti pembangkang akan memberi kelebihan kepada BN, Abdul Hadi tidak bersetuju dengan pandangan itu.

PRN Sarawak: PKR tak boleh terima kenyataan – DAP

Anthony Loke, Tony Pua dan Ong Kian Ming mengadakan sidang media bagi menjernihkan keadaan sekitar perbalahan perebutan kerusi di Sarawak
anthony,DAp,pkr
KUALA LUMPUR: Perbalahan berlaku kerana PKR tidak boleh terima kenyataan parti itu tidak popular di lima daripada enam kerusi yang menjadi pertikaian dengan DAP, tegas tri pemimpin parti Roket di sidang media hari ini.
Sikap PKR itu mengecewakan lantaran parti itu yang mendesak tinjauan diadakan, sebagai sandaran untuk menguatkan tuntutan masing-masing dalam rundingan pengagihan kerusi.
Bagaimanapun, tinjauan Merdeka Centre itu mendapati DAP lebih popular dalam kalangan pengundi Dayak dan Cina di kerusi Batu Kitang, Senadin, Simanggang, Tasik Biru dan Bukit Simuja.
PKR sekadar popular di Mambong.
Menurut Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan, Anthony Loke, partinya bagaimanapun menawarkan pakej Batu Kitang, Marudi dan Machan kepada PKR meskipun hasil tinjauan menyebelahi Roket.
Menceritakan turutan peristiwa kepada media, Anthony berkata tinjauan itu pertama-tamanya dicadangkan oleh Naib Presiden PKr, Tian Chua.
Mengesahkan dakwaan itu, Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua berkata DAP sebenarnya tidak berminat mengadakan tinjauan itu atas faktor kewangan.
“Saya tanya, ‘Betul kamu mahu tinjauan dibuat? Dan kamu akan akur dengan hasilnya?’

PRN Sarawak: Kami tidak akan serang PKR, janji DAP

Kempen DAP akan menyentuh soal dasar, jelas Pengerusi DAP Sarawak
chong
KUCHING: DAP berikrar untuk tidak menyerang PKR semasa berkempen di enam kerusi yang turut ditandingi PKR.
Semalam di hari penamaan calon menyaksikan PKR dan DAP bertembung di Batu Kitang, Mulu, Mambong, Murum, Simanggang dan Ngemah.
“Kempen kami akan menyentuh soal dasar-dasar,” jelas Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen kepada pemberita, tanpa mendedahkan sebarang perincian.
Chieng Jen akui PKR pada ketika ini umpama “duri dalam daging”.
“Bagaimanapun, saya berharap kita mampu kekalkan hubungan baik ini demi Pembangkang dan rakyat.”
Beliau kemudiannya mengulangi seruan kepada pengundi supaya mengundi parti-parti sekutu DAP di kerusi-kerusi yang tidak ditandingi mereka.
DAP dan PKR saling tuding-menunding berhubung isu kerusi itu, dan PKR dituduh memungkiri perjanjian pengagihan kerusi.
Chieng Jen berkata DAP akan melancarkan manifesto esok.

PRN Sarawak: Anwar gesa KEADILAN dan DAP teruskan kerjasama

KUALA LUMPUR 26 APRIL: KEADILAN dan DAP masih ada ruang dan masa untuk berunding mengenai pertembungan calon kedua-dua parti itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, kata Ketua Umum KEADILAN, saudara Anwar Ibrahim.
Calon KEADILAN dan DAP akan bertembung di lima kerusi iaitu Mulu, Murum, Simanggang, Mambong, Ngemah dan Batu Kitang, pada PRN 7 Mei ini.
Anwar bagaimanapun kesal terhadap situasi tersebut.
IMG_20160424_120902“Saya kesal (dengan perkara yang berlaku di PRN Sarawak).
“Masih ada masa lagi bagi mereka untuk cuba berunding. Itulah yang terbaik,” katanya ketika ditemui di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Bekas Ketua Pembangkang itu turut meminta kedua-dua parti tersebut bekerjasama demi memperoleh kemenangan.
“Buat masa ini, saya mahu mereka terus bekerjasama untuk memastikan Pakatan Harapan menang,” katanya.
Anwar hadir di mahkamah hari ini bagi pendengaran permohonannya, isteri serta dua anaknya untuk membawa kes semakan kehakiman terhadap keputusan Lembaga Pengampunan ke rujukan Mahkamah Persekutuan.

PRN Sarawak: KEADILAN lancar deklarasi PRN ke-11

KUCHING 26APRIL: KEADILAN Sarawak akan berjuang untuk menuntut kembali autonomi negeri itu seperti yang dipersetujui dalam Perjanjian Malaysia 1963 selain mendapatkan semula royalti petrolium sebanyak 20 peratus seperti yang terkandung didalam ‘Perjanjian Penyerahan Minyak’ 1976.
Itu antara perkara yang dijanjikan parti itu menerusi manifesto Lima Janji Demi Sarawak bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 yang dilancarkan di Kuching pada Selasa.
Selain dari perkara itu, KEADILAN juga berjanji untuk membina infrastruktur di Sarawak yang setanding Semenanjung Malaysia termasuk jalan raya, landasan keretapi, bekalan elektrik, hospital, universiti.
Mereka turut berjanji akan meneruskan perjuangan bagi meringankan beban sara hidup dengan melaksana keadilan ekonomi untuk semua termasuk menuntut pemansuhan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang diperkenal Barisan Nasional sebelum ini.
“KEADILAN bersama Pakatan Sarawak akan melaksanakan perubahan positif seperti telah dilakukan di Selangor dan Pulau Pinang yang bersih, melawan rasuah dan memperjuangkan keadilan untuk semua.
“Malah KEADILAN akan berjuang untuk mengembalikan tanah NCR hak rakyat Sarawak dengan membawa kes tersebut ke mahkamah,” Kata Pengarah Bilik Gerakan Utama PKR, Lynette Tan dalam sidang media pelancaran manifesto berkenaan.
Selaras dengan 5 janji tersebut, KEADILAN turut menggariskan 18 pelan tindakan termasuk kedaulatan dan urus tadbir, kebebasan beragama, infrastruktur dan pengangkutan awam, perumahan , pendidikan, alam sekitar dan perhutanan, pelancongan, kebudayaan dan pelbagai usaha lain bagi memperkasa masyarakat setempat.
“Manifesto ini merangkumi setiap isu yang dihadapi rakyat di kawasan bandar dan luar bandar di negeri Sarawak,” katanya lagi.

AG telah arahkan siasatan lanjut ke atas 1MDB


Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali hari ini berkata beliau telah mengarahkan siasatan lanjut ke atas 1MDB.
"Mengenai 1MDB, saya sudah arahkan siasatan lanjut berkenaan dengan personaliti lain yang mungkin terlibat dan saya masih belum menerima kertas siasatan (IP) berhubung dengan arahan itu.
"Setakat ini mereka belum kembali (kepada saya)," kata Apandi kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau sebelum itu menyampaikan ceramah kepada pengamal media dan ahli akademik.
 Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dalam laporan yang dibentangkan awal bulan ini mencadangkan pihak berkuasa supaya menyiasat bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi dan juga pihak-pihak berkaitan dengan pengurusan syarikat pelaburan strategik milik kerajaan itu.
Ketua Polis Negara, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar kemudiannya mengumumkan satu pasukan polis sedang menyiasat 1MDB untuk meneliti laporan PAC.
Khalid berkata, keputusan berkenaan kemudiannya akan dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara.
Sementara itu, Apandi berkata beliau masih belum melihat kertas siasatan (IP) yang berkaitan dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Mengenai kenyataan Khalid bahawa polis sedang menunggu keputusan Peguam Negara berhubung empat kertas siasatan, termasuk satu di bawah hasutan, Apandi berkata terdapat pelbagai jabatan di bawah Jabatan Peguam Negara.
"Jabatan Pendakwaan di bawah saya, mungkin mereka hantar (IP) kepada pegawai saya di Jabatan Pendakwaan.
"Mereka (pegawai) perlu kaji, dan dalam analisis akhir jika mereka mahu membuat sebarang keputusan, mereka akan rujuk kepada saya. Sehingga kini mereka masih belum rujuk kepada saya," katanya.

Projek berkaitan 1MDB soalan sulung Mukhriz di DUN


Menteri besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dan pendahulunya Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini bersemuka di Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas pertukaran jawatan itu dua bulan lalu.
 Dalam pertemuan itu, kedua-duanya dilapor bersalaman dan berbual mesra sebelum persidangan bermula, lapor Sinar Harian.
Berdasarkan gambar, Mukhriz kelihatan memakai kot dan tali leher belang-belang, manakala Bashah memakai baju Melayu dan bersongkok.
Mereka juga kelihatan bersalam di tempat duduk Mukhriz, ADUN Ayer Hitam itu.
Persidangan kali ini juga menyaksikan pertukaran tempat duduk antara Bashah dan Mukhriz.
Sementara itu, persidangan hari ini dilaporkan bermula agak ‘panas’ apabila soalan pertama Mukhriz berhubung status terkini Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) dikatakan mempunyai unsur sindiran.
Malah, beliau dilapor mengaitkan projek mega itu dengan isu syarikat pelaburan negara sarat hutang 1MDB.
Mukhriz sebelum ini meletakkan jawatan setelah hilang majoriti anggota DUN. Krisis menteri besar Kedah bermula selepas Bashah mengetuai sidang media mendesak pengunduran Muhriz.
Langkah itu dilihat sebagai reaksi kepada asakan keras berterusan bapa Mukhriz, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

'Lepas ditolak Umno, Mahathir raih sokongan Cina melalui DAP'


Tun Dr Mahathir Mohamad terpaksa meraih sokongan masyarakat Cina melalui DAP selepas gagal mendapatkan sokongan di kalangan ahli dan pemimpin Umno, kata setiausaha akhbar perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Datuk Seri Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad mendakwa Umno menolak Mahathir kerana mahu menjatuhkan Najib dan merancang supaya anaknya, Datuk Mukhriz menjadi perdana menteri.
 "Sebab inilah Mahathir kehilangan sokongan Umno.
"Jadi beliau terpaksa meninggalkan Umno dan mendapatkan sokongan kaum Cina daripada pembangkang melalui (pemimpin veteran DAP) Lim Kit Siang, lelaki yang pernah beliau penjarakan sebelum ini," katanya dalam satu kenyataan.
Tengku Sariffuddin juga menuduh Mahathir memalsukan dakwaan terhadap Najib yang katanya memberangkan ahli Umno.
"Merosakkan kepentingan negara hanya untuk manfaat anak anda, seperti pembohongan Mahathir bahawa RM42 bilion telah hilang daripada 1MDB, adalah langkah keterlaluan untuk Umno.
"Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) membuktikan bahawa serangan Mahathir terhadap perdana menteri menggunakan 1MDB adalah seperti guruh tanpa kilat," katanya.
Tengku Sariffuddin turut mengulangi kecamannya bahawa jika Mahathir tidak berhasrat menjadikan anaknya sendiri sebagai perdana menteri, beliau perlu menamakan calon untuk jawatan tertinggi itu.
"Bagaimana boleh seorang pemimpin yang mahu menetapkan dan menentukan segala-galanya mengelak daripada menjawab satu soalan kritikal ini.

Apandi seronok jadi Peguam Negara

Apandi tetap berasa seronok dengan jawatan itu ekoran minatnya terhadap sesuatu yang mencabar.
apandi-ali_malaysia_law_600
PETALING JAYA: Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengakui beliau kagum dan terkejut dengan dirinya yang boleh bertahan sepanjang lapan bulan memegang jawatan sebagai Peguam Negara.
Menceritakan pengalaman sepanjang tempoh itu, Apandi berkata, menduduki kerusi tersebut bukanlah sesuatu yang teruk seperti yang disangka.
Meskipun dikritik, beliau tetap berasa seronok dengan jawatan itu ekoran minatnya terhadap sesuatu yang mencabar, katanya yang dipetik dari laman portal Malaysiagazzette.
“Saya mengambil cabaran ini dan akan sentiasa sukakan cabaran.
“Saya beritahu diri dan orang lain, selagi tugas yang diambil melibatkan undang-undang, bidang yang amat saya suka, sudah tentu saya berminat,” katanya ketika sesi soal jawab pada Luncheon Talk bertajuk ‘Media dan Undang-Undang: Perspektif Negara’ bersama pengamal media. Majlis itu dianjurkan oleh Malaysian Press Institute (MPI).
Menjelaskan mengapa beliau terpaksa berhati-hati untuk memberi sebarang kenyataan kepada pengamal media, Apandi yang sebelum itu merupakan bekas hakim Mahkamah Persekutuan berkata, ia disebabkan beliau mahu mengelak sebarang kontroversi dan lebih senang untuk tidak menjawab panggilan telefon yang dibuat kepadanya.

Krisis MB: Pas Terengganu mahu pilihan raya negeri di adakan


Satiful Bahri MamatSatiful Bahri MamatPas mengambil sikap tidak mencampuri urusan dalaman Umno berkait dengan kemelut melanda Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman, sebaliknya bersetuju jika pilihan raya kecil negeri diadakan.
Pesuruhjaya Pas Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata jalan terbaik bagi menyelesaikan masalah kepimpinan kerajaan negeri adalah menyerahkan mandat kepada rakyat.
Menurutnya, cadangan agar menteri mesar meletak jawatan dan diganti dengan orang lain juga tidak dapat menyelesaikan masalah selagi Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) memerintah.
“Jalan yang terbaik ada pandangan supaya menteri besar letak jawatan atau diganti dengan orang lain. Tetapi, kita rasa tidak selesai juga masalah itu.
“Cara terbaik pada pendapat saya, serah kepada rakyat semula dan adakan pilihan kecil peringkat negeri ini.
"Itulah yang terbaik untuk memberi mandat baharu kepada rakyat dan biar rakyat yang berhak pilih siapa (kerajaan) yang bakal memimpin negeri ini,” tegasnya ketika mengulas isu pelucutan darjah kebesaran Menteri Besar Terengganu.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Wacana Ekonomi Terengganu bertajuk “Kewangan Terengganu Dalam Bahaya, Rakyat Menderita” di Terengganu Equestrian Resort (TER), Kuala Ibai seperti dipetik media rasmi parti itu.
Ustaz Satiful Bahri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paka menyifatkan isu pelucutan darjah kebesaran oleh Tuanku Sultan Terengganu itu memberi gambaran hubungan tidak baik.
“Pada pandangan awam bahawa menteri besar sudah tidak mempunyai hubungan yang baik dengan Tuanku Sultan.
“Ini akan datang menyebabkan urusan-urusan kerajaan, urusan yang melibatkan rakyat dan sebagainya tidak akan berjalan dengan baik. Jika hubungan (dengan Tuanku) tidak baik, macam mana hendak urus pentadbiran kerajaan akan datang. Konflik ini selagi tidak selesai akan berpanjangan,” jelasnya.

Negara tertunggu-tunggu siapa ganti Zeti


Dengan tinggal hanya empat hari sebelum gabenor Bank Negara menamatkan kontraknya, masih samar-samar tentang penggantinya - dengan kemungkinan tugas-tugas gabenor baru menjadi lebih mencabar jika beban kewangan semakin meruncing dalam dana milik negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak masih belum menamakan pengganti Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz, yang khidmat selama 16 tahun akan berakhir pada 30 April ini.
Para pelabur dan penganalisa memuji Zeti atas sumbangan beliau dalam melaksanakan dasar-dasar yang tepat dan menaikkan kredibiliti bank pusat itu. Ia sangat penting terutama ketika krisis tahun lalu bermula memalitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Najib, yang mempengerusikan lembaga penasihatnya.
Hari ini, 1MDB berkata, ia tidak membayar AS$50.3 juta kupon atas bon bernilai AS$1.75 bilion, ekoran pertikaian dengan IPIC, mencetuskan tunggakan bersilang atas beberapa bon-bon lainnya.
Standard & Poor berkata, ia tidak melihat kesan penarafan Malaysia buat masa ini, kerana ia menjangka kerajaan akan menjalangkan tanggungjawabnya secara baik ke atas 1MDB.
Hari ini, pengumuman tunggakan menghimpit ringgit, sehingga jatuh ke paras terendah dalam seminggu. Ringgit menjunam 1.1 peratus kepada RM3.9495 bagi setiap dolar.
Pada 2015, ringgit merupakan matawang paling lemah di kalangan negara Asia, menjunam hampir 19 peratus berbanding dolar di sebalik kejatuhan harga komoditi tenaga dan pergolakan politik negara. Tahun ini, ia menjadi matawang yang kukuh, naik sekitar 9 peratus.
Keberterusan digapai
Kepada gabenor baru, pemain pasaran mengharapkan keberterusan dasar dan ketegasan yang pernah ditunjukkan oleh Zeti.
“Kami mahu calon yang boleh meneruskan jejak langkah Dr Zeti,” kata Vaninder Singh, ahli ekonomi Royal Bank of Scotland yang berpangkalan di Singapura.
Bagi beberapa penganalisa, calon yang diharapkan ialah timbalan gabenor, Muhammad Ibrahim. Calon-calon lain termasuklah Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar dan Datuk Dr. Awang Adek Hussin yang kini bertugas sebagai Duta Besar ke Amerika Syarikat (AS).

Solusi tarik undi pertindihan kerusi DAP-PKR dalam PRN Sarawak


Chong Chieng JenChong Chieng JenDAP Sarawak hari ini menawarkan penyokong pembangkang satu penyelesaian untuk pertempuran parti itu dengan PKR di enam kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak pada 7 Mei depan.
Pengerusinya Chong Chieng Jen telah mencadangkan agar mengundi DAP untuk mengelakkan undi berpecah.
"Dalam kerusi di mana DAP bertindih dengan PKR, saya menggesa pengundi supaya tidak memecahkan undi mereka dan menumpukan kepada DAP. Jangan buang undi anda pada PKR.
"Tetapi di kerusi di mana PKR sahaja bertanding, saya menyeru kepada semua penyokong DAP mengundi PKR," katanya dalam sidang media diadakan hari ini lapor Malaymailonline.
Chong, yang akan mempertahankan Kota Sentosa untuk penggal ketiga dalam pilihan raya, yakin DAP boleh menang di Dun Batu Kitang dan Simanggang, dua daripada enam kerusi parti itu bertindih dengan PKR, rakan kongsi Pakatan Harapan itu.
DAP telah memberi laluan kepada PKR untuk bertanding di Batu Kitang, salah satu daripada 11 kerusi baru pilihan raya kali ini, semasa rundingan dengan kepimpinan pusat kedua-dua parti itu, tetapi meletakkan calon DAP selepas PKR gagal memenuhi peruntukan kerusi itu.
Kerusi itu kini akan menyaksikan pertandingan lima penjuru antara Voon Shiak Ni (PKR), Abdul Aziz Isa (DAP), Lo Khere Chiang (BN) dan dua calon Bebas, Sulaiman Kadir dan Othman Bojeng.
Di Simanggang,  Leon Jimat Donald (DAP) dan Norina Umoi Utot (PKR)  berada dalam perebutan empat penjuru dengan Barisan Nasional (BN) penyandang Datuk Francis Harden Hollis dan calon bebas, Ngu Siew Peng.

PKR cabar calon BN debat isu 'kepimpinan orang Islam'


Calon PKR di Nangka Abdul Raafidin Majadi mencabar penyandang kerusi itu Dr Annuar Rapaee berbahas berkaitan kenyataan lawannya supaya orang Islam mengundi BN bagi mengekalkan penguasaan mereka.
Abdul Raafidin merancang menyerahkan surat undangan berbahas itu di pusat kempen Annuar esok.
Dalam kenyataan hari ini, calon PKR itu berkata Annuar (gambar) telah menggesa pengundi memilih calon berdasarkan sentimen kaum dan agama.
Politik perkauman, tambahnya, tidak patut dibawa ke Sarawak dan keharmonian beragama patut menjadi keutamaan negeri itu.
Abdul Raafidin berkata rakyat Sarawak patut memilih berdasar integriti dan kemampuan.
"Saya sebagai calon PKR Nangka yang berbangsa Melanau menekankan bahawa keadilan harus diberikan kepada semua warga Nangka dan Sarawak tanpa mengira latar belakang politik.
"Maka saya mencabar calon BN untuk N55 Nangka Dr Annuar Rapaee untuk berdebat dalam judul 'Siapakah yang lebih layak menjadi Ketua Menteri Sarawak' pada 1 Mei 2016," katanya.
Annuar, seorang pakar kardiologi, sebelum ini mempertikai laporan Malaysiakini yang melaporkannya sebagai berkata orang Islam, walaupun minoriti, mendapat peluang memimpin negeri dan perkara itu tidak patut disia-siakan.
Beliau mendakwa kenyataannya dibuat di luar konteks. Wartawan Malaysiakini yang menulis berita itu sedang disiasat selepas laporan polis dibuat terhadapnya.
Malaysiakini mempertahankan kesahihan berita itu.
Rakaman kenyataan Annuar boleh didengar di bawah.

Amanah Sarawak kesal isu pemilikan tanah, perumahan gagal diselesaikan BN


Pengarah Pilihan raya Amanah, Dr Hatta Ramli (kanan) sedang membeerikan penerangan dikalangan ahli Amanah yang berkempen dalam PRN kali ini.Pengarah Pilihan raya Amanah, Dr Hatta Ramli (kanan) sedang membeerikan penerangan dikalangan ahli Amanah yang berkempen dalam PRN kali ini.Barisan Nasional di Sarawak gagal menyelesaikan masalah hak milik tanah dan perumahan rakya tmenjadi kebimbangan besar para pengundi.
Hal ini dimaklumkan Pengarah Pusat Media Amanah Dr Mohamad Johli yang berkata di Muara Tuang
" Di Muara Tuang para pengundi mengadu kerajaan negeri kurang ambil peduli untuk menyediakan rumah mampu milik di kawasan-kawasan yang sesuai.
"Masalah pemilikan geran tidak selesai walaupun diperjuangkan sejak zaman nenek moyang mereka lagi.
"Kebanyakan calon Amanah yang bertanding mendapat aduan daripada para pengundi yang tidak berpuas hati dengan isu ini," ujarnya dalam satu kenyataan.
Kerusi Dun Muara Tuang menjadi tumpuan apabila tiga parti bertanding, BN, Pas dan Amanah masing-masing memperlihatkan keyakinan untuk menawan kawasan tersebut.
Calon Amanah Abang Abdul Halil Abang Nailip akan bertemu dengan calon baharu BN Datuk Idris Buang dan calon Pas Zulkipli Ramzi bagi merebut kerusi itu pada PRN ke-11 yang dijadualkan 7 Mei depan.

Aishah meriahkan kempen di Sarawak


Aishah bersama team Awan yang tiba di Sarawak untuk berkempen di N24 Sadong Jaya.Aishah bersama team Awan yang tiba di Sarawak untuk berkempen di N24 Sadong Jaya.Di tengah-tengah kerancakan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, bukan saja calon yang bertanding menarik perhatian orang ramai ketika berarak, tetapi juga seorang selebriti bekas penyanyi terkenal, Wan Aishah Wan Arifin atau lebih dikenali Aishah, yang turut merancakkan kempen PRN tersebut.
Aishah yang juga Ketua Awan Parlimen Batu dengan pakaian warna oren – warna parti Amanah yang dari jauh sudah kelihatan jelas - adalah dari Team Amanah Kawasan Batu, Wilayah Persekutuan yang dipimpin oleh Cikgu Ishak Surin, Ketua Amanah kawasan tersebut.
Aishah dengan teamnya yang tiba di Sarawak sejak minggu lalu turut mengedarkan risalah calon Amanah di dereten kedai sekitar Dun N24 Sadung Jaya dan kawasan sekitarnya.
Beliau turut singgah dari rumah ke rumah kerana ramai yang hendak bertemu dengannya. Beliau bertemu dengan penghuni rumah di kawasan tersebut.
Kehadiran beliau telah menarik perhatian demikian ramai orang di sepanjang jalan yang menghulur tangan dan mahu bergambar dengan Aishah.
“Aishah sudah berada di laman rumah kita,” kata seorang tuan rumah yang segera turut bersalaman dan bergambar, diikuti orang ramai yang mengikutinya.
Bahkan beberapa rumah yang dinaiki Aishah dan rombongannya turut dipenuhi oleh orang ramai yang ingin bersalaman dan bergambar dengannya.

Amanah turun dengan yakin di Muara Tuang

Calon Amanah, Abang Halil bersama Penasihat Amanah, Ahmad Awang turun bertemu pengundi di Muara Tuang.Calon Amanah, Abang Halil bersama Penasihat Amanah, Ahmad Awang turun bertemu pengundi di Muara Tuang.
Kerusi Dun Muara Tuang menjadi tumpuan apabila tiga parti bertanding, BN, PAS dan Amanah masing-masing memperlihatkan keyakinan untuk menawan kawasan tersebut.
Calon Amanah Abang Abdul Halil Abang Naili semalam tiba bersama penyokong beliau Ahmad Nazrul dan pencadng Awang Julai Awang Udin bagi menyerahkan borang pencalonan pada jam 9.10 pagi.
Beliau yang bersyukur kerana diterima sebagai calon tanpa sebarang masalah yakin penduduk Muara Tuang akan memberi ruang kepada Amanah untuk memberikan bakti kepada seluruh lapisan masyarakat.
Pertadingan di kawasan berkenaan adalah di antara calon baharu Barisan Nasional Datuk Idris Buang berhadapan dengan dua lagi calon daripada Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Parti Amanah Negarah (Amanah) bagi merebut kerusi itu pada Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11) yang dijadualkan 7 Mei depan.
Dua calon itu, Zulkipli Ramzi (PAS) dan Abang Abdul Halil Abang Naili (Amanah) masing-masing yakin akan memberi persaingan sengit kepada BN pada PRN11 ini.
Pengumuman ketiga-tiga calon di kawasan itu semalam dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Negeri DUN Muara Tuang Mohd Ainnie Wahab selepas tempoh penamaan calon ditutup sekitar jam 10 pagi semalam.

PRN Sarawak: Time to get real over who the real enemy is

By TK Chua
In the midst of seat tussles between DAP and PKR in the upcoming Sarawak election, both have claimed that their real enemy is not each other but Barisan Nasional (BN).My question is – why engage in such empty and useless talk?
They could not be more wrong. BN is not their primary enemy. Their real enemies are the combination of their acute myopia, their inability to compromise, their missing the forest for the trees and their craving for power over real reforms. It is futile to blame who caused the present impasse. The damage has been done. If both parties yearn for real reforms and good governance, why is compromise so difficult? If their words are to be believed, surely there is nothing much to choose between PKR and DAP in terms of policies and programmes. Both have claimed to represent clean, inclusive and people centric governance. Surely a sacrifice here or a sacrifice there is worthwhile to attain the bigger objective.
I am afraid both DAP and PKR have aims larger than their own reform agendas. They think Sarawak is ripe for the picking. They have set their sights to take control of the state. Obviously, both DAP and PKR have not learned the term “pyrrhic victory.”
As ordinary citizens, we too have begun to doubt their true intentions. Is their reform agenda real? Can we truly expect a clean and fair government from these two parties should they ever attain victory?

PRN Sarawak: Nyahkan Imej PH Dari PAS

Oleh Alang Ibn Shukrimun
Melihat kebebalan blok PH yang melepaskan begitu sahaja dua kerusi kepada BN, ditambah pertembungan 5 kerusi antara rakan pakatan iaitu DAP dan PKR, nampaknya PAS perlu ambil langkah yang lebih progresif dan agresif.
PAS perlu sebarluaskan maklumat kepada orang awam dan seluruh rakyat Malaysia, bahawa PAS TIDAK LAGI BERSAMA BLOK PAKATAN. Sudah lama PAS tiada kaitan dengan pakatan yang dimonopoli oleh DAP itu. Malangnya perkara ini tidak sampai ke kebanyakan rakyat. Mereka masih menganggap PAS kuda DAP. Teruskan mempopularkan blok ketiga sebagai alternatif baru. Majoriti rakyat memang bencikan BN. Tetapi mereka juga tak yakin kemampuan PH mengambil alih urustadbir negara secara lebih baik. Apatah lagi dengan kecamuk mereka di Sarawak sekarang.
Rakyat hampa. Rakyat kini memerlukan pilihan baru yang lebih matang dan sejahtera. Tidak mengamalkan politiking dan berebut kuasa. Tidak berpolemik sepanjang masa. Sebaliknya banyak mengemukakan solusi kepada yang bertanggungjawab. Walau rugi dari sudut politik, maslahah rakyat tidak boleh diperjudikan.
Jika PAS tidak nyahkan bayangan PH yang masih bertempel pada PAS di mata kebanyakan rakyat, imej buruk mereka akan terpalit pada PAS juga. Akibatnya, BN akan kekal sebagai kerajaan selepas PRU 14. Rakyat pula akan kekal dengan minda politik kolot yang hanya kenal A atau B.

PRN Sarawak: Malangnya, kesilapan ini milik bersama


Kegagalan DAP dan PKR untuk menyelesaikan isu pertindihan kerusi yang ditandingi sebelum hari penamaan calon di Sarawak amat dikesali.
Malah usaha menuding jari dan mencari punca kesilapan yang berlaku selepas itu juga amat dikesali.
Malangnya, kesilapan ini milik kita bersama. Ia bukan salah satu pihak sahaja. Kedua-dua pihak sama-sama gagal untuk mencapai kata putus yang boleh diterima pihak yang satu lagi.
Ini bukanlah satu langkah ke belakang buat DAP atau PKR, tetapi ia juga satu langkah ke belakang buat Pakatan Harapan dan rakyat Malaysia yang menyokong kita.
Bagaimanapun, janganlah kita terus berdukacita lalu menghalang usaha untuk mencapai kejayaan.
Tetapi kita hendaklah memastikan masa depan yang lebih cerah dan memastikan kesemua rakan politik berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah.
Kita mesti memperjelaskan apa yang sebenarnya telah berlaku.
(1) Nota yang “ditandatangani”
Selepas pertemuan bersama Lim Guan Eng pada 7 April untuk membincangkan isu kerusi, beliau mencadangkan kepada Azmin Ali dan Nurul Izzah Anwar agar sehelai nota yang ditulis tangan mengandungi senarai kerusi ditandatangani, tetapi Azmin dan Nurul Izzah tidak bersetuju dengan perkara ini.
Lim terus memujuk mereka untuk berbuat demikian dan akhirnya hanya Azmin yang bersetuju menandatangani - yakni “secara prinsip bersetuju” - dengan pemahaman bahawa keputusan ini belum lagi muktamad.
Persefahaman antara Lim, Azmin dan Nurul Izzah mengenai mesyuarat itu ialah ia bukan mesyuarat muktamad kerana perbincangan akan diteruskan walaupun nota tersebut telah ditandatangani.
Ini mengambil kira walaupun sekiranya perbincangan berterusan sehingga sebelum hari penamaan calon jika perlu.
(2) Mesyuarat Majlis Presiden
Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan diadakan pada 11 April. Sebelum mesyuarat tersebut, PKR dan DAP masih gagal mencapai kata putus berkenaan lima kerusi, tetapi bersetuju untuk menyelesaikan isu ini dalam rundingan pusingan berikutnya dan berusaha ke arah pertandingan satu lawan satu dengan BN.
Maka, Majlis Presiden mengumumkan bahawa PKR dan DAP telah bersetuju dengan prinsip pertandingan satu lawan satu.
Apabila wakil Parti Amanah Negara (AMANAH) bertanya tentang kerusi-kerusi yang dipersetujui, Lim berkata perkara itu tidak perlu dibentang kerana pihak PKR dan DAP akan menyelesaikan isu tersebut secara terus.
Dengan itu DAP memberi isyarat kesediaan meneruskan perbincangan. PKR dan DAP sepatutnya meneruskan rundingan walaupun selepas 11 April. Perkara 5.5 Persetujuan Pakatan Harapan amatlah jelas, bahawa:
“Sebarang pengumuman muktamad mengenai parti yang bertanding di mana-mana kerusi di mana-mana peringkat hanya dibuat oleh Majlis Presiden dan setiap parti tidak boleh membuat pengumuman bertanding di sesuatu kerusi di mana-mana peringkat tanpa persetujuan Majlis Presiden.”
(3) Mandat watikah calon
Presiden PKR Dr Wan Azizah telah memberikan mandat bertulis kepada Azmin pada 22 April untuk menghormati autonomi negeri dan memberi mandat kepada Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian untuk menyelesaikan kesemua perkara, contohnya rundingan kerusi dan keputusan mengenai calon.
Baru Bian pada 22 April mengumumkan hanya 35 kerusi dan bukannya 42 kerana lima kerusi masih lagi dalam proses rundingan bersama DAP dan dua lagi belum ditentukan calonnya.
Ini menunjukkan PKR masih berharap DAP akan meneruskan rundingan untuk mengelak pertandingan tiga penjuru.

The 1MDB House of Cards has collapsed - Tony Pua

Penjelasan kronologi rundingan kerusi PRN Sarawak

DAP sedia 'undur' di Batu Kitang, jika PKR ikut sama

'Pembangkang bergaduh, BN tidak mungkin kalah' - Abdul Kadir

Kita bantu Pas di Sarawak - Abdul Kadir

Peguam Negara masih belum terima kertas siasatan Tun Mahathir

Seleweng 1MDB: DAP Gesa Arul Kanda Lapor Polis

Iklan #BebasAnwar: Azmin disiasat di bawah Akta Hasutan

Tak salah berbohong, kata Peguam Negara

1MDB in default after failure to make US$50m payment

CEO Tabung Haji Yang Baru Mestilah Dari Luar Dan Melalui Proses Saringan Parlimen



041716 CEO TH Letak Jawatan-01Saya mengambil maklum berita yang disiarkan The Edge Financial Daily hari ini di capaian http://www.theedgemarkets.com/my/article/ismee-resigns-lembaga-tabung-haji mengenai keputusan Tan Sri Ismee Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tabung Haji yang akan meletakkan jawatan mengikut sumber akhbar kewangan tersebut.
Saya tidak terkejut dengan berita tersebut kerana saya memang telah mendengar ura-ura ini sejak sebulan yang lalu semasa persidangan Parlimen yang lepas pun.
Jika benar, ia merupakan satu kemenangan kepada rakyat dan secara tidak langsung mengesahkan bahawa kesemua isu bersabit tata kelola dan kedudukan kewangan Tabung Haji yang saya bawa sebelum ini ada kebenarannya.
Oleh yang demikian, saya menyeru supaya pengurusan baru Tabung Haji kelak meneliti kesemua isu yang saya bawakan dan memberi penjelasan yang telus kepada rakyat. Saya juga ingin menyatakan apabila isu-isu itu terbukti ada kebenarannya, maka wajarlah Tabung Haji menarik balik laporan polis yang dibuat terhadap saya dan menggugurkan kes jenayah supaya satu tindakan saman di mahkamah sivil boleh diambil jika isu-isu yang saya bawa dikira memfitnah Tabung Haji.
Mengambil kira keterlibatan Tan Sri Ismee Ismail di dalam 1MDB dan kemungkinan beliau juga akan disiasat tidak lama lagi, saya berpendapat kerajaan tidak boleh melantik beliau ke mana-mana jawatan dalam mana-mana agensi, badan atau syarikat yang dikawal oleh kerajaan sehinggalah siasatan selesai dan beliau disahkan tidak melakukan sebarang kesalahan atau kecuaian. Oleh itu, saya berharap sebarang usaha untuk melantik beliau menjadi orang nombor 2 di Sime Darby seperti yang dilaporkan tidak diteruskan.

Pemimpin disekat tampil di Sarawak melalui Skype


Meskipun disekat daripada menjejaki kaki mereka di bumi Sarawak, namun ini tidak menghalang pemimpin DAP dari Semenanjung Malaysia untuk muncul di pentas ceramah pembangkang sempena kempen pilihan raya Sarawak ke-11.
 Dalam penampilan yang tidak dijangka, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua, yang dilarang daripada memasuki negeri ini sejak tahun lalu, berucap melalui Skype pada ceramah yang dihadiri lebih 450 orang di Pelawan, di Sibu malam semalam.
Pua dalam ucapannya menyentuh mengenai deposit berbilion ringgit dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan skandal 1MDB.
Ceramah itu berlangsung di hadapan sebuah kafe tempatan dengan sebuah lori dijadikan sebagai pentas sementara.
Difahamkan bahawa ceramah Pua melalui skype itu turut ditunjukkan semasa ceramah lain di Kuching, Miri dan Bintulu.
Bagaimanapun, sambungan internet tidak stabil dan kadang kala tidak dapat didengar dengan jelas.
Berikutan itu, ia dipendekkan tetapi pihak penganjur berjanji untuk berusaha melakukan yang lebih baik pada masa akan datang.

IPIC belum bayar faedah US$50.3 juta – 1MDB

Ia disebabkan pertikaian antara pihak-pihak yang terlibat.
1mdb-ipic
KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Bhd (1MDB) berkata, International Petroleum Investment Company (IPIC) belum membuat pembayaran faedah US$50.3 juta seperti yang ditetapkan mengikut terma terikat yang dipersetujui pada 28 Mei 2015.
Mengikut 1MDB berdasarkan lembaran terma terikat, IPIC bertanggungjawab membayar faedah dan jumlah asas bagi US$1.75 bilion bon yang matang pada 2022, yang diterbitkan oleh 1MDB Energy (Langat) Ltd.
“Disebabkan pertikaian antara pihak-pihak yang terlibat, 1MDB dan anak syarikatnya 1MDB Energy (Langat) Ltd, tidak membuat pembayaran dan kini ingkar mengikut syarat bon berkenaan,” kata syarikat pembangunan strategik itu dalam satu kenyataan hari ini.
Bagaimanapun, 1MDB mengulangi bahawa ia akan memenuhi semua obligasi kewangan lain yang sedia ada, dan mempunyai kecairan yang mencukupi untuk berbuat demikian.
Sementara itu, 1MDB berkata ia telah berusaha untuk memenuhi semua obligasinya kepada IPIC, namun syarikat itu (IPIC) secara umumnya menafikan menerima atau memperakui pelbagai transaksi kewangan atau jaminan yang dibuat antara kedua-dua pihak.
“Oleh itu, walaupun 1MDB mempunyai dana untuk membuat pembayaran faedah, namun 1MDB adalah dalam kedudukan, pada prinsipnya, menjadikan IPIC sebagai bertanggungjawab untuk berbuat demikian.

PAS: Tiga pilihan buat Umno T’ganu ketika krisis MB


 Kemelut kepimpinan politik Terengganu kembali menjadi perhatian ramai apabila Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin telah dengan resminya melucutkan semua darjah kebesaran yang dikurniakan kepada Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abd Rahman berkuat kuasa pada Jumaat, 22 April.Perkara itu dimaklumkan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu semalam.
Menurut kenyataan rasmi tersebut; "Pengisytiharan yang dibuat ini tiada kaitan dengan perkembangan-perkembangan lain yang berlaku di Negeri Terengganu”.
Pada awal bulan lalu, Bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said, telah cuba membawa usul undi tidak percaya terhadap Ahmad Razif di Dewan Undangan Negeri Terengganu sehingga mencetuskan khabar angin mengenai satu lagi pertukaran menteri besar.
Dengan perkembangan terbaru ini, kedudukan Umno sebagai parti yang memerintah di negeri Terengganu sedang berada didalam keadaan terumbang-ambing dan menjadi persoalan ramai kalangan rakyat Terengganu sendiri kerana kemelut dalaman kepimpinan Umno Terengganu yang tidak berkesudahan.
Walaupun Umno masih mempunyai kedudukan ‘simple majority’ di Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan 17 ADUN, manakala pembangkang memiliki 15 kerusi, namun dengan perkembangan terbaru ini, bagi saya mereka hanya mempunyai 3 pilihan;
1. Menukar Menteri Besar yang baru
2. Membentuk kerajaan perpaduan dengan parti pembangkang khususnya PAS
3. Membubarkan DUN dan diadakan pilihanraya Negeri

Anwar: Belum terlambat runding pertembungan calon di S'wak


Bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia belum terlambat untuk PKR dan DAP berunding mengenai pertembungan calon kedua parti itu dalam pilihan raya negeri Sarawak.
Dalam perkembangan yang sama, beliau turut melahirkan rasa kesal bahawa calon sekutu Pakatan Harapan terbabit dalam pertembungan sesama sendiri.
 Anwar bagaimanapun menyeru mereka supaya terus bekerjasama bagi memastikan kemenangan.
"Saya kesal (ini berlaku dalam pilihan raya Sarawak)," kata Anwar ketika ditemui di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Beliau ditanya mengenai pertembungan antara calon PKR dan DAP di enam kerusi dalam pilihan raya negeri Sarawak pada 7 Mei ini.
"Buat masa ini, saya mahu mereka terus bekerjasama untuk memastikan Pakatan Harapan menang.
"Masih ada masa bagi mereka untuk cuba berunding. Itulah yang terbaik," katanya.
Calon PKR dan DAP akan bertembung di kerusi Mulu, Murum, Simanggang, Mambong, Ngemah dan Batu Kitang.
Anwar hadir di mahkamah hari ini untuk memohon kebenaran daripada Mahkamah Tinggi bagi merujuk kepada Mahkamah Persekutuan mengenai isu itu sama ada keengganan Lembaga Pengampunan untuk memberi keampunan kepadanya atas sabitan kesalahan liwat, boleh dicabar.

Lantik MB baharu untuk selesai krisis di Terengganu

Ahmad Razif dilihat sukar mempertahankan kedudukannya kerana isu yang melibatkannya dengan Sultan dilihat lebih kepada peribadi.
Ahmad-Razif-Abdul-Rahman,-Sultan-Mizan-Zainal-Abidin.
PETALING JAYA : Krisis melibatkan Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman dan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin hanya boleh diselesaikan dengan cara melantik Menteri Besar Terengganu yang baharu.
Pensyarah Pusat Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, Ahmad Razif sukar untuk mempertahankan kedudukannya sebagai Menteri Besar kini kerana isu yang melibatkannya dengan Sultan Terengganu seperti peribadi.
“Isu ini seperti isu peribadi. Kalau peribadi ni susah sikit. Sebab dalam pentadbiran (negeri)hubungan dengan Sultan amat penting.
“Kalau hubungan dengan Sultan tu tak berjalan dengan baik, jadi susah. Jalan terbaik mungkin Menteri Besar kena ditukarkan kepada Menteri Besar baru tapi masih dalam pentadbiran Barisan Nasional,” katanya ketika dihubungi Free Malaysia Today.
Beliau diminta mengulas krisis yang berlaku di Terengganu apabila Sultan Mizan melucutkan semua darjah kebesaran dan gelaran yang dikurniakan kepada Ahmad Razif, berkuat kuasa Jumaat, 22 April.
Mohd Azizzuddin berkata, jika mengikut fakta kes yang melibatkan Menteri Besar dan Sultan sebelum ini, secara kebiasaannya Menteri Besar akan ‘mengalah’.

Ahmad Said: Saya tak tahu isu tarik balik pingat MB


 Bekas menteri besar Terengganu, yang mengusulkan undi tidak percaya terhadap Ahmad Razif Abdul Rahman, berkata beliau tidak tahu menahu berhubung pelucutan semua darjah kebesaran kepada penggantinya itu.
Malah, kata Ahmad beliau baru sahaja pulang daripada luar negeri.
“Saya tak tahu (isu ini). Saya seminggu di Kota Kinabalu dan baru balik (Terengganu).
“Saya ada kejohanan golf bersama alumni USM (Universiti Sains Malaysia),” katanya kepada Malaysiakini.
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin (gambar) dalam satu kenyataan semalam mengesahkan melucutkan semua darjah kebesaran kepada Ahmad Razif.
Tiada alasan dinyatakan. Bagaimanapun, langkah itu mencetuskan khabar angin mengenai pertukaran menteri besar.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam meminta semua pihak menghentikan spekulasi mengenai kedudukan Ahmad Razif dan merancang mengadap Sultan Terenggan Sultan Mizan Zainal Abidin segera.
Sementara itu, Ahmad Said yang juga anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal bagaimanapun enggan mengulas lanjut langkah istana itu.
“Saya tak nak komen,” katanya ringkas.
Enggan ulas dakwaan 'dalang'
Malah, Ahmad Said juga enggan mengulas ketika ditanya mengenai dakwaan beliau dalang untuk menjatuhkan Ahmad Razif.
“Saya tak nak komen, ini melibatkan pihak istana,” tegasnya.

Nahas pesawat MH17: Adakah CIA terlibat?

Dokumentari bertajuk `The Conspirancy Files:Who Shut Down MH17' itu akan disiarkan menerusi stesyen televisyen BBC.
mh17_600_1_600
PETALING JAYA: Sebuah dokumentari khas berhubung beberapa teori yang dikaitkan dengan punca nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine pada 17 Julai 2014 akan disiarkan pada 3 Mei ini.
Laman Portal Mail Online melaporkan, dokumentari yang bertajuk “The Conspirancy Files:Who Shut Down MH17″ itu akan disiarkan menerusi stesyen televisyen BBC.
Berkisar dengan dokumentari itu, kejadian menembak pesawat yang menyebabkan kematian 298 penumpang dan anak kapal terbabit didakwa berpunca akibat operasi pengganas yang dibantu oleh Agensi Perisikan Pusat (CIA).
Walaupun laporan rasmi oleh pasukan penyiasat antarabangsa menyebut bahawa pesawat MH17 telah ditembak jatuh oleh sistem pertahanan buatan Rusia, BUK dari kawasan yang dikuasai oleh pemberontak pro-Moscow, tetapi dokumentari berkenaan mengumpul kenyataan beberapa orang saksi yang mendakwa kapal terbang Boeing 777 terbabit ditembak oleh sebuah pesawat pejuang.
Ia dibuktikan oleh wartawan yang terlibat dalam penerbitan dokumentari berkenaan, Billy Six apabila mewawancara kira-kira 100 orang saksi dengan tujuh daripadanya mendakwa melihat kelibat jet tempur pada hari kejadian.
Dokumentari BBC itu turut menampilkan teori tentang penglibatan CIA melancarkan operasi pengganas untuk meletupkan pesawat terbabit bagi menyalahkan Rusia yang juga seteru AS.
Teori berkenaan dicetuskan oleh penyiasat peribadi, Sergey Sokolov yang percaya CIA membantu pasukan perisikan Ukraine dan Belanda untuk meletakkan bom dalam pesawat itu ketika di Amsterdam.

Pertindihan calon PKR – DAP, mampukah Pakatan Harapan diselamatkan


Pakatan HarapanPakatan Harapan
Penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 hari ini menyaksikan pertembungan antara PKR dan DAP di lima kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun).
Kawasan terbabit ialah Mambong, Ngemah, Simanggang serta dua kerusi baru, Batu Kitang dan Murum.
Mengikut Fasal 5: Perjalanan Pilihanraya dalam Perjanjian Pakatan Harapan, hanya seorang calon sahaja diletakkan mewakili gabungan parti pembangkang berkenaan.
Walau bagaimanapun, Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian menyifatkan pihaknya tidak memperoleh maklum balas DAP berhubung beberapa kerusi yang bertindih sehingga tengah malam tadi.
“Keputusan Keadilan untuk menamakan calon-calon bagi Pilihanraya Negeri Sarawak ke-11 telah dibuat secara bersama (kolektif) di antara pimpinan negeri dan pusat. Kerusi-kerusi Dun yang ditandingi merupakan kawasan-kawasan yang kami telah usahakan bertungkus-lumus bertahun lamanya.
“Pakatan Harapan telah melalui proses perbincangan bagi 95 peratus jumlah kerusi yang ditandingi, tetapi hanya lima peratus kerusi yang tidak dapat dicapai kata putus. Ini merupakan satu pencapaian yang baik memandangkan proses perbincangan bukanlah mudah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Keputusan PKR Sarawak untuk bertempur dengan DAP itu dalam PRN yang membabitkan jumlah keseluruhan 82 kerusi Dun itu juga dilihat mendapat restu daripada kepimpinan pusat parti tersebut.

Maafkan kami, pohon Kit Siang kepada pengundi

Seusai mohon maaf, Kit Siang menyorot perhatian hadirin kepada skandal 1MDB
kit-siang-sarawak
KUCHING: Ceramah DAP pada malam pertama kempen Pilihan Raya Negeri Sarawak bermula dengan permohonan maaf pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang kepada rakyat Sarawak.
“Saya memohon maaf kerana gagal memastikan pertandingan satu lawan satu dengan BN.
“Sekarang kami menghadapi konflik di enam kerusi.
“Tetapi saya tidak mahu bercakap mengenainya. Kita tunggu pilihan raya selesai,” katanya di satu ceramah DAP di sini.
Permohonan maaf di khalayak ramai itu menyusuli pengesahan pertembungan antara PKR dan DAP di kerusi Mulu, Mambong, Murum, Simanggang, Ngemah dan Batu Kitang semalam.
Penceramah lain di ceramah malam tadi terdiri daripada pemimpin DAP tempatan seperti Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen; Wong King Wei; Christina Chiew; Violet Ang dan Abdul Aziz Isa.
Seusai memohon maaf, Kit Siang menyorot perhatian hadirin kepada skandal 1MDB dan kegagalan pemerintah menangani permasalahan itu.
Beliau turut menggesa pengundi supaya menyokong calon DAP supaya mereka boleh ‘memantau’ Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem.
Sementara itu, Abdul Aziz yang akan bertanding di Batu Kitang menentang calon PKR, Voon Shiak Ni juga mengelak daripada menghuraikan perkelahian antara kedua parti.
Beliau hanya menyentuh isu sekitar kerajaan BN dan dakwaan-dakwaan rasuah.

Agamawan tidak boleh diberi kuasa mutlak – Hadi

Sistem demokrasi yang memberi kuasa kepada rakyat merupakan sistem yang paling dekat dengan nilai-nilai Islam
hadi-pas-sarawak
MIRI: Parti Islam Se-Malaysia mengakhiri malam pertama kempen Pilihan Raya Negeri Sarawak dengan berkata pemerintahan teokrasi dan kediktatoran bercanggah dengan Islam.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS meraikan sistem demokrasi yang menurutnya bersesuaian dengan Islam.
“Sistem diktator memberikan kuasa mutlak kepada seorang atau sekumpulan yang memerintah, rakyat tiada hak. Ini bercanggah dengan Islam.
“Teokrasi juga bercanggah dengan Islam. Dalam masalah politik, paderi, sami dan selepas itu ulama, tidak boleh diberi kuasa mutlak.
“(Dalam) sistem demokrasi, hak diberi kepada rakyat, ini (sistem) paling dekat dengan Islam,” katanya kepada kira-kira 50 hadirin di Majlis Pelancaran Manifesto PAS bagi DUN Pujut dan Lambir, di Saberkas malam tadi.
Manifesto empat perkara yang dilancarkan Hadi kelihatan disesuaikan kepada PRN Sarawak, siap dengan ikrar untuk tidak mengganggu gaya hidup dan budaya penduduk setempat.
Dengan pelancaran manifesto itu, Hadi dalam ucapannya berkata tiada sebab untuk warga Sarawak menolak konsep Islam PAS, memandangkan rakyat Bumi Kenyalang boleh menerima sistem asing bawaan parti-parti lain.

SEMASA MENGHADAP SULTAN TERENGGANU, SUDIKAH NAJIB MENCALONKAN AHMAD SAID SEMULA?

Hanya beberapa jam setelah Perdana Menteri, Najib Razak bercakap dengan media di Sarawak bahawa beliau akan menghadap Sultan Terengganu berhubung kemelut politik di negeri itu, pihak Istana Terengganu telah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perlucutan semua gelaran yang telah dikurniakan kepada Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Sultan Terengganu setelah berunding dengan Dewan Pangkuan Diraja Negeri Terengganu, telah melucutkan semua Darjah-Darjah Kebesaran Negeri daripada Ahmad Razif berkuatkuasa 22 April 2016.

Jika sebelum ini isu perlucutan gelaran "Datuk Seri"  daripada Ahmad Razif oleh Sultan Terengganu hanya bersifat spekulasi, ia kini dengan sendirinya menjadi sesuatu yang sahih dan rasmi.

Apakah maknanya kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak Istana hanya tidak berapa lama selepas Najib mengatakan akan menghadap Sultan Terengganu itu?
Ertinya  tidak lain ialah pihak Istana Terengganu tidak berkehendakan lagi dengan Ahmad Razif sebagai Menteri Besar negeri itu.

Mesej tersebut pasti dengan mudah difahami oleh sesiapa pun juga dan Najib tidak harus buat-buat tidak faham dengannya.

Dengan itu, beliau tidak perlu lagi membuang masa cuba mempertahankan kedudukan Ahmad Razif, sebaliknya kunjungan menghadap Sultan Terengganu nanti mestilah terus dengan membawa senarai beberapa nama untuk diperkenankan sebagai Menteri Besar yang baru.

Harap Najib tidak lupa, masukkan sekali nama Ahmad Said, bekas Menteri Besar yang dibuangnya sebelum ini  untuk pertimbangan pihak Istana sama.

Mahathir rayu rakyat tandatangani deklarasi singkir Najib


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini merayu rakyat pelbagai kaum supaya menandatangani Deklarasi Rakyat bagi menyelamatkan negara dan menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Menulis di blognya hari ini Mahathir berkata kemungkinan untuk Umno memperbaiki keadaan atau menyingkir Najib sudah tidak ada.
 "Yang jelas ialah tidak ada lagi harapan atau peluang bagi Umno menukar pemimpin dan menamatkan salahlaku Najib.
"Oleh itu hanya rakyat yang cinta dan sayang negara sahaja yang boleh bertindak.
"Saya rayu kepada rakyat tanpa mengira kaum atau parti supaya menandatangani Deklarasi Rakyat untuk menyelamatkan negara kita Malaysia.
"Lebih ramai sokongan kepada Deklarasi Rakyat lebih besarlah kemungkinan matlamat menamatkan kedudukan Najib sebagai Perdana Menteri dicapai," katanya.
Mahathir berkata, Umno sudah tidak lagi diurus sebagai sebuah parti demokratik yang memberi hak kepada ahli dan pemimpin untuk memilih pemimpin.
"Ahli Umno sendiri tidak langsung ternampak mengambil berat akan masalah negara. Kebencian mereka kepada tokoh tertentu mengatasi kesayangan dan kesetiaan mereka kepada negara," katanya.
Menurut Mahathir, berbanding dahulu, presiden Umno boleh ditegur, dicabar dan ditandingi sementara ahli bebas mengundi mana-mana calon yang mereka sukai.
"Sekarang hak ini sudah ditamatkan oleh Najib. Sesiapa yang menegurnya dilucutkan jawatan dan ditamatkan keahlian. Dan bermacam tekanan lain dikenakan.

HARAPAN gagal pastikan satu lawan satu, Kit Siang mohon maaf


Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang meminta maaf ketika berceramah di Kuching kerana kegagalan Pakatan Harapan untuk memastikan pertandingan satu lawan satu dan berjanji untuk bekerja lebih kuat lagi.
Menurutnya, Tan Sri Adenan Satem akan kekal menjadi ketua menteri Sarawak selepas pilihan raya negeri ini, tetapi beliau menggesa pengundi untuk tidak memberikannya satu kemenangan yang mutlak.
DAP mendakwa ia sepatutnya bertanding di Mulu, Murum, Simanggang, Ngemah dan Mambong menentang BN tetapi PKR turut meletakkan calon mereka sendiri.
Ini menyebabkan DAP bertindak balas dengan meletakkan calon di Batu Kitang di mana ia pada mulanya bersetuju PKR bertanding di situ.
Sementara itu, pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen merayu kepada pengundi menyokong calon DAP di Batu Kitang, Abddul Aziz Isa dan berkata dengan meletakkan calon Melayu di kawasan majoriti Cina itu, ia adalah bukti bahawa DAP adalah parti berbilang kaum.
Ceramah itu dihadiri kira-kira 4,000 orang dan turut mengumpulkan sumbangan sebanyak lebih RM6,000 caruman. Ia juga menjual kira-kira 100 patung Ubah pada harga RM20 setiap satu.
Sementara itu di Miri, di ​​sebuah restoran kecil di pinggir bandar itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyentuh kenapa pengundi di kawasan majoriti Cina Pujut perlu mengundi calon parti Islam itu.

Keluarga mangsa culik melutut mohon bantuan di ceramah DAP


Hadirin di ceramah DAP di Pelawan, Sibu dikejutkan oleh anggota keluarga mangsa culik di luar pantai Sabah baru-baru ini, yang naik ke pentas untuk memohon bantuan.
Pengacara majllis memperkenalkan enam anggota keluarga tersebut dan menggesa orang ramai memberi bantuan kewangan untuk membayar wang tebusan.
Tanpa disangka-sangka, salah satu anggota keluarga itu terus melutut, dan diikuti oleh anggota keluarganya yang lain, yang turut mengejut pengacara dan hadirin.
Hadirin dilihat mengesat air mata ketika anggota keluarga mangsa culik melutut di atas pentas sambil memegang sepanduk memohon bantuan dari orang ramai.
DAP juga mengumumkan bahawa semua sumbangan di ceramah itu akan diberikan kepada kepada keluarga.
Anggota keluarga mangsa adalah penduduk asal Sibu.
Sebelum itu, MP DAP Petaling Jaya Utara, Tony Pua yang dilarang masuk ke Sarawak, membuat penampilan melalui Skype.
Bercakap melalui Skype kepada kira-kira 400 hadirin ceramah, Pua menyentuh mengenai deposit berbilion ringgit dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Ceramah itu berlangsung di hadapan sebuah kafe tempatan dengan sebuah lori dijadikan sebagai pentas sementara.
Difahamkan bahawa ceramah Pua melalui skype itu turut ditunjukkan semasa ceramah lain di Kuching, Miri dan Bintulu.
Bagaimanapun, sambungan internet tidak stabil dan kadang kala tidak dapat didengar dengan jelas.
Ekoran itu, ia dipendekkan tetapi pihak penganjur berjanji untuk berusaha melakukan yang lebih baik pada masa akan datang.