Isnin, 25 April 2016

Walaupun DAP menang semua kerusi, Adenan kekal KM

PAS yakin menang dua kerusi walaupun berdepan dengan PH, kata Zuhdi

PAS akan mula perhati sikap PKR - Dr Zuhdi

Bila rakyat/ pelajar gagal bayar PTPTN dikenakan CCRIS..

KENAPA hutang kroni Umno Tan Sri Tajudin Ramli (bekas CEO MAS) RM580 juta yg gagal utk dibayar balik BOLEH PULA DIHAPUSKAN begitu shj ??!!

NAMPAK TAK !!!

Tu pon korang masih nak undi BN lagi !!!

BERANI TAK TV3suku NAK SENTUH ISU ANAK IGP !!!

Apa kata kami cadangkan pada TV3suku.. untuk buat liputan berita pendedahan setengah jam sehari selama sebulan.. Laporkan segala dokumen, carta & grafik lawa-lawa... buat lah pendedahan macam skrip 'Banglo LGE'...

FAKTA !!! Sejarah Tak Pernah Menipu... Sejarah Menjawab Segala-galanya..

MUKA TAK MALU !!!.. Tahu plok ada hati nak menghadap sultan bila Umno dlm krisis..

SEJARAH TAK PERNAH MENIPU..

SIAPA kurang ajar pada Raja-raja Melayu ??
SIAPA penderhaka sebenar pada Raja-raja Melayu ??

ASAL AJA UMNO SENTUH pasti melingkup !!!

FAKTA:
1) Era Tun Razak : Harapan bapak Najib untuk jadikan syarikat penerbangan kebangsaan ini sebagai salah satu syarikat terbesar dan termasyhur dalam dunia. -kata bekas CEO MAS

2) Era 'ANAK' Tun Razak : Syarikat #MAS semakin jahanam & jatuh bangkrap dgn hutang RM12 bilion !!!

NAMPAK TAK !!!

Tu pon korang masih nak undi BN lagi !!!

DI SAUDI, Rakyat mengamuk bil naik, Raja Saudi pecat Menteri..

TETAPI..
DI MALAYSIA, rakyat mengamuk bil naik, rakyat dan cuaca pulak disalahkannya.. Najib & kuncu2 menterinya berseronok kutip GST dari kantong2 rakyat !!!

TV3.. AWAK KAT MANA ??

SAH !!!.. "Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu telah melucutkan semua Darjah-darjah Kebesaran Negeri Terengganu yang telah dikurniakan kepada Ahmad Razif bin Abd Rahman, berkuat kuasa mulai hari Jumaat, 22 April 2016." -Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu
Pergolakan UMNO Terengganu lebih menarik dari isu Banglo LGE..!! Harap Buletin TV3 buat ulasan lagakan UMNO di sana !!!

PRINSIP SAYA TIDAK BERUBAH, KATA TAMRIN GHAFAR

Berdepan kritikan dan syak wasangka pelbagai pihak tentang kemungkinan sudah membuat pusingan U, berpaling tadah dan menerima dedak berikutan secara terbuka meminta maaf kepada Najib Razak di majlis memperingati 10 tahun pemergian Tun Ghafar Baba Ahad lalu, Tamrin berkata, prinsipnya bersama dalam perjuangan untuk menyelamatkan negara ini tidak pernah berubah.

"Itu prinsipnya, malah sebelum program di Melaka itu saya juga sudah memaklumkan kepada Tun Mahathir Mohamad mengenainya dan beliau memahaminya," kata Tamrin lagi.

Sehubungan itu, jelas Tamrin, isu sama ada beliau sudah membuat pusingan U, berpaling tadah atau menerima dedak daripada Najib tidak berbangkit sama sekali.

Sabtu lalu, ketika majlis memperingati 10 tahun pemergian Tun Ghafar Baba di Bukit Peringgit, Melaka yang turut dihadiri oleh Najib, ucapan Tamrin yang meminta maaf kepada Perdana Menteri telah menjadi viral di media sosial dan dalam perbualan umum serta dikaitkan dengan pendirian politiknya.

Tamrin sebelum pilihanraya 2013 lalu telah keluar UMNO dan menyertai Pas. Beliau bagaimanapun kemudiannya meninggalkan Pas dan kekal tidak menyertai mana-mana parti sehingga kini, tetapi kerap muncul bersama Tun Mahathir sejak timbulnya isu 1MDB dan derma RM2,600 juta yang melibatkan Najib.

Menjelaskan tindakannya meminta maaf di majlis yang dihadiri Najib dan sebahagian besar pemimpin UMNO  itu, Tamrin berkata, beliau bukan saja  meminta maaf kepada Najib, tetapi juga kepada semua yang hadir atas kelemahannya sebagai manusia dan jika terdapat sebarang kesalahan yang dilakukannya terhadap mereka.

Menurut beliau, meminta maaf itu hanya menunjukkan sikap merendah dirinya sebagai manusia yang beragama Islam terhadap sesama manusia yang lain.

"Ia tidak lebih daripada itu, lagi pun bukankah saling meminta maaf itu amat digalakkan dalam Islam?

"Selain itu, kita juga tidak tahu bila masanya kita akan dipanggil mengadap Tuhan, maka ada baiknya saya meminta maaf secara terbuka kerana saya juga banyak mengkritik mereka secara terbuka," tambahnya lagi.

IPIC kata akan buat bayaran selepas 1MDB ingkar


International Petroleum Investment Co (IPIC) milik Abu Dhabi berkata firma itu akan membuat bayaran faedah AS$50.3 juta kepada pemegang nota yang diterbitkan oleh 1MDB Energy (Langat) dan dijamin oleh 1MDB, sekiranya syarikat pelaburan negara itu ingkar atau gagal berbuat demikian.
Keingkaran akan berlaku jika syarikat Malaysia yang dilanda masalah itu gagal membuat pembayaran pada atau sebelum Isnin, April 25, kata IPIC dalam satu makluman kepada Bursa Saham London hari ini.
IPIC juga berkata kegagalan 1MDB tidak akan bermakna ‘cross-default’ oleh IPIC berhubung hutangnya sendiri.
- Reuters

'Assalamualaikum, 1MDB dah bayar faedah AS$50j?


Adakah 1MDB sudah menyelesaikan bayaran faedah AS$50 setelah penangguhan sebelum ini?
Soalan itu dibangkitkan oleh anggota parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak setelah genap lima hari penangguhan hari ini.
Dalam kenyataannya dalam loghat Kedah dan bernada menyindir, Mahfuz memulakan salam dan ucapan selamat petang kepada Najib, sambil bertanya sama ada bayaran itu mampu dibuat.
“Macam mana Datuk Seri boleh bayarkah? Ada duitkah nak bayar? Ambil duit mana nak bayar?
“Pinjam duitkah nak bayar faedah hutang? Pinjam pada siapa pula? Kalau pinjam siapa pula penjamin?” soalnya.
Beliau berseloroh bahawa beliau berasa seriau turut disita jika bayaran itu gagal dibuat.
Mahfuz sebelum ini menggesa Najib sebagai “penerima derma” RM2.6 bilion daripada Arab Saudi menyelesaikan hutang itu bagi pihak 1MDB.
Berdepan dengan risiko kemungkiran bon, 1MDB pada 19 April lalu cuba menyelesaikan isu bayaran faedah AS$50 juta dengan penangguhan tempoh lima hari, menurut laporan Bloomberg.
Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda Kandasamy menjangkakan bayaran faedah akan dibuat melalui "penyelesaian baik" berhubung perkara itu.
International Petroleum Investment Company (Ipic) yang berpangkalan di Abu Dhabi sebelum itu berkata pelan menyelamat 1MDB yang dimeterainya dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) tahun lalu ditamatkan.

Exco juga tak jelas isu 'Datuk Seri' MB Terengganu


Ramai pihak ternanti-nanti apa sebenarnya berlaku susulan laporan mendakwa istana menarik balik darjah kebesaran ‘Datuk Seri’ yang diberikan kepada Menteri Besar Ahmad Razif.
Bagaimanapun, seperti ramai orang, exco kerajaan sendiri juga masih tidak jelas apa sebenarnya yang berlaku.
“Saya tak ambil tahu sangat apa yang berlaku itu sebab saya pun tak hubungi menteri besar bertanyakan perkara itu.
 “(Ini) kerana ini melibatkan pihak istana, jadi agak sukar,” kata Exco Usahawan, Pembangunan Luar Bandar, Kepenggunaan dan Koperasi Roslee Daud.
Roslee ketika dihubungi Malaysiakini juga berkata beliau tidak jelas apakah alasan penarikan darjah kebesaran itu.
Malaysia Dateline Sabtu lalu memetik sumber yang mendakwa Sultan Mizan Zainal Abidin pada Jumaat menarik balik gelaran kepada Razif hingga mencetuskan khabar angin mengenai pertukaran menteri besar.
Berita Harian pula memetik sumber sebagai berkata bahawa gelaran itu dibatalkan melalui perintah lisan.
Sesetengah penganalisis menjangkakan kedudukan BN Terengganu dalam bahaya kerana ia hanya mempunyai majoriti kerusi yang tipis.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mengadap sultan Terengganu dalam masa terdekat.
BN mempunyai 17 anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN), manakala pembangkang memiliki 15 kerusi - 14 daripada PAS dan seorang PKR.
Exco-exco lain setakat ini masih belum bersuara kepada media dalam isu itu.

Seorang lagi pemimpin UMNO usul Najib letak jawatan

Ini bagi mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap UMNO dan sebagai persediaan menghadapi PRU14
umno
PETALING JAYA: Seorang pemimpin cawangan UMNO Kedah mengusulkan supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilucutkan jawatan sebagai Presiden UMNO dan keahliannya.
Usul itu dibuat Ketua Cawangan Bukit Aping dari UMNO Bahagian Kulim-Bandar Baharu yang hanya dikenali sebagai Rohaya baru-baru ini.
Dalam usul itu, Rohaya berkata kepercayaan ahli UMNO terhadap parti itu semakin berkurangan berikutan skandal yang melanda Najib.
“Pengurusan dan pentadbiran parti telah dicemari dan dibelenggu dengan pelbagai masalah. Ini telah menghakis keyakinan ahli parti terhadap UMNO,” katanya dalam satu video yang dimuat naik di laman portal ismaweb.net.
Pada masa sama, Rohaya turut mendesak Majlis Tertinggi UMNO supaya melaksanakan pemilihan Agung 2016 yang sepatutnya dibuat pada bulan Ogos ini.
Katanya, desakan itu dibuat bagi memulihkan kepercayaan rakyat terhadap UMNO dan sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Sebelum ini, beberapa pemimpin UMNO telah mengusulkan Najib supaya berundur daripada jawatannya sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO, menyusuli skandal berkaitan 1MDB dan derma politik RM2.6 bilion.

Semua darjah kebesaran MB Terengganu lucut mulai 22 April

"Pengisytiharan yang dibuat ini tiada kaitan dengan perkembangan-perkembangan lain yang berlaku di negeri Terengganu," demikian menurut kenyataan Datuk Pengelola Bijaya Diraja
razigKUALA LUMPUR: Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin telah melucutkan semua darjah kebesaran yang dikurniakan kepada Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abd Rahman berkuat kuasa Jumaat lalu.
Perkara itu dimaklumkan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu kepada Bernama hari ini.
Kenyataan itu berbunyi: “Setelah berunding dengan Dewan Pangkuan Diraja Negeri Terengganu, adalah dimaklumkan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan telah melucutkan semua Darjah-darjah Kebesaran Negeri Terengganu yang telah dikurniakan kepada Ahmad Razif bin Abd Rahman, berkuat kuasa mulai hari Jumaat, 22 April 2016.
“Pengisytiharan yang dibuat ini tiada kaitan dengan perkembangan-perkembangan lain yang berlaku di negeri Terengganu.”
Ahmad Razif dikurniakan Darjah Dato’ Paduka Mahkota Terengganu Kehormat (DPMT) yang membawa gelaran Datuk pada 2012 dan Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZ) yang membawa gelaran Datuk Seri, pada April 2015.
Ahmad Razif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Takir, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu menggantikan Datuk Seri Ahmad Said, pada 12 Mei 2014.
– BERNAMA

PRN Sarawak: N.20 Tarat berpotensi jatuh ke tangan KEADILAN.

Kuching 25 April: Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.20 Tarat berpontensi besar untuk bertukar tangan.
Calon dipertaruhkan KEADILAN di kawasan tersebut, Musa anak Ngog berkata terdapat perubahan positif ditunjukan pengundi di kawasan itu sejak beberapa minggu lalu.
13082484_1056214367778345_3044549813588599738_n“Peluang kali ini sangat besar, isu tempatan yang gagal diselesaikan Barisan Nasional sejak sekian lama menjadi isu hangat di sini.
“Selain itu, kita juga mula mendapat sokongan dari pengundi berusia 50 tahun dan ke bawah yang sebelum ini lebih cenderung kepada BN, bagi saya ini menunjukkan mereka sudah mula mahukan perubahan,” jelas lulusan Universiti Malaysia Sabah itu ketika dihubungi.
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 akan datang Musa akan menentang calon BN, Datuk Roland Sagah dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).
Tambahnya, beliau akan meggunakan sepenuhnya tempoh berkempen sehingga 6 Mei hadapan bagi meningkatkan sokongan pengundi kepada KEADILAN.
Sementara itu, tindakan Musa yang menggunakan kenderaan awam untuk ke pusat penamaan calon di Dewan Masyarakat Serian pada Isnin mendapat pujian dan perhatian ramai.
Berdasarkan rekod, Dun Tarat mempunyai seramai 16,391 pengundi berdaftar yang majoritinya adalah kaum Bidayuh.

Senarai penuh calon pilihan raya Sarawak ke-11


PENCALONAN/NOMINATION - SARAWAK
N01: OPAR: SARAWAK: 9,714
1. Francis Teron Kadap ak Noyet...... (PKR)
2. Niponi ak Undek .................(Bebas)
3. Patrick ak Uren .................(PBDSB)
4. Ranum ak Mina ......................(BN)
(2011: Ranum ak Mina: BN-SUPP: Maj:2,006)
PENCALONAN/NOMINATION - SARAWAK
N02: TASIK BIRU: SARAWAK: 17,041
1. Dato Henry @ Harry ak Jinep...... (BN-SPDP)
2. Mordi ak Bimol....................... (DAP)
(2011: Peter Nansian ak Ngusie: BN-SPDP: Maj: 2,072)
PENCALONAN/NOMINATION - SARAWAK
N03: TANJONG DATU: SARAWAK: 9,899
1. Tan Sri Adenan Satem.....(BN-PBB)
2. Jazolkipli Numan............(PKR)
(2011: Tan Sri Adenan bin Satem : BN-PBB: Maj: 3,216)
PENCALONAN/NOMINATION - SARAWAK
N04: PANTAI DAMAI: SARAWAK: 18,409
1. Dr Abdul Rahman Junaidi......... (BN-PBB)
2. Zainal Abidin Yet .............. ...(PAS)
(2011: Dr Abdul Rahman Junaidi: BN-PBB: Maj: 5,071)
PENCALONAN/NOMINATION - SARAWAK
N05: DEMAK LAUT: SARAWAK: 13,830
1. Dr Hazland Abang Hipni...........(BN-PBB)
2. Mohamad Fidzuan Zaidi .......... (Amanah)
(2011: Dr Hazland Abang Hipni: BN-PBB: Maj: 3,752)
PENCALONAN/NOMINATION - SARAWAK
N06: TUPONG: SARAWAK: 21,499
1. Fazzrudin Abdul Rahman ....... (BN-PBB)
2. Nurhanim Mokhsen..................(PKR)
(2011: Datuk Daud Abdul Rahman: BN-PBB: Maj: 4,551)
PENCALONAN/NOMINATION - SARAWAK
N07: SAMARIANG: SARAWAK: 18,250
1. Nani Sahari ............................(Amanah)
2. Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali....(BN-PBB)
3. Yusof Assidiqqi Ahmad Sharkawi.............(PAS)
(2011: Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali: BN-PBB: Maj: 5,431)
PENCALONAN/NOMINATION - SARAWAK
N08: SATOK: SARAWAK: 13,550
1. Mohammad Salleh Shawkatali ..................(PKR)
2. Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg ..(BN-PBB)
(2011: Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg : BN-PBB: Maj: 2,800)
PENCALONAN/NOMINATION - SARAWAK
N09: PADUNGAN: SARAWAK: 22,301
1. Pau Kiu Sung ........(BN-SUPP)
2. Teo Kuang Kim ......... (Star)
3. Wong King Wei ...........(DAP)
(2011: Wong King Wei: DAP: Maj: 7,884)
PENCALONAN/NOMINATION - SARAWAK
N010: PENDING: SARAWAK: 30,488
1. Milton Foo Tiang Wee ........ (BN-SUPP)
2. Violet yong Wui Wui ..............(DAP)
(2011: Violet Yong DAP: DAP: Maj: 7,595)
PENCALONAN/NOMINATION - SARAWAK
N011: BATU LINTANG: SARAWAK: 28,105
1. See Chee How............(PKR)
2. Sih Hua Tong .......(BN-SUPP)
3. Soo Lina.............. (Star)
(2011: See Chee How: PKR: Maj: 8,381)
PENCALONAN/NOMINATION - SARAWAK
N012: KOTA SENTOSA : SARAWAK: 25,761
1. Chong Chieng Jen ..........(DAP)
2. Yap Yau Sin............(BN-SUPP)
(2011: Chong Chieng Jen: DAP: Maj: 4,824)
PENCALONAN/NOMINATION - SARAWAK (KERUSI BAHARU/NEW SEAT)
N013: BATU KITANG : SARAWAK: 17,494
1. Voon Shiak Ni .........................(PKR)
2. Sulaiman Kadir ......................(Bebas)
3. Datuk Seri Othman Bojeng.............(Bebas)
4. Lo Khere Chiang ...................(BN-Supp)
5. Abdul Aziz Isa ........................(DAP)
KERUSI BAHARU/NEW SEAT
PENCALONAN/NOMINATION - SARAWAK
N014: BATU KAWAH: SARAWAK: 16,991
1. Liu Thian Leong ....................... (Bebas)
2. Datuk Dr Sim Kui Hian ................(BN-SUPP)
3. Christina Chew Wang See ..................(DAP)
(2011: Christina Chew Wang See (DAP) : Maj:543)
PENCALONAN/NOMINATION - SARAWAK
N015: ASAJAYA: SARAWAK: 10,967
1. Abang Junaidi bin Abang Gom..........(PKR)
2. Abd Karim Rahman Hamzah .........(BN-PBB)
(2011: Abd Karim Rahman Hamzah:BN-PBB: Maj:4,489)
PENCALONAN/NOMINATION - SARAWAK
N016: MUARA TUANG: SARAWAK: 16,186
1. Datuk Idris Buang...............(BN-PBB)
2. Zulkipli Ramzi.....................(PAS)
3. Abang Abdul Halil Abang Naili.. (Amanah)
(2011: Datuk Seri Mohamad Ali Mahmud: BN-PBB: Maj:7,843)
(KERUSI BAHARU/NEW SEAT)
N017: STAKAN: SARAWAK: 14,846
1. Datuk Seri Mohamad Ali Mahmud .........(BN-PBB)
2. Leslie Ting Xiang Zhi ....................(DAP)
KERUSI BAHARU/NEW SEAT
N018: SEREMBU: SARAWAK: 9,065
1. Athina Klaywa Sim ............. (PKR)
2. Buln ak Patrick Rios.......... (Star)
3. Miro ak Simuh ...................(BN)
4. Nyomek ak Nyeap.............. (Bebas)
KERUSI BAHARU/NEW SEAT
PENCALONAN/NOMINATION - SARAWAK
N019: MAMBONG*: SARAWAK: 17,467
1. Datuk Dr Jerip ak Susil.... (BN)
2. Sanjan ak Daik.............(DAP)
3. Willie ak Mongin ..........(PKR)
(2011:Dr Jerip ak Susil : BN-SUPP : Maj: 3,646)
*Nama asal/original name - Bengoh
PENCALONAN/NOMINATION - SARAWAK
N020: TARAT: SARAWAK: 16,391
1. Musa ak Ngog.................. ... (PKR)
2. Roland Sagah Wee Inn........... (BN-PBB)
(2011: Roland Sagah Wee Inn: BN-PBB: Maj: 1,995)
PENCALONAN/NOMINATION - SARAWAK
N021: TEBEDU: SARAWAK: 11,521
1. Alex Saben ak Nipong @ Nyipong..................(PKR)
2. Datuk Seri Michael Manyin ak Jawong ........ (BN-PBB)
(2011: Datuk Seri Michael Manyin Ak Jawong BN-PBB : Maj: 4,066 )
PENCALONAN/NOMINATION - SARAWAK
N022: KEDUP: SARAWAK: 10,370
1. Andrew Nyabe ..................(DAP)
2. Maclaine Ben @ Martin Ben ..(BN-PBB)
3. Mark Murau ak Sumon .........(PBDSB)
(2011: Maclaine Ben @ Martin Ben: BN-PBB: Maj: 2,265)
(KERUSI BAHARU/NEW SEAT)
N023: BUKIT SEMUJA : SARAWAK: 13,365
1. Cobbold ak Lusoi......................(PBDSB)
2. Edward ak Andrew Luwak @Edward Luwak... (DAP)
3. Fredrick Bayoi ak Maggie............ (Bebas)
4. John ak Ilus........................... (BN)
5. Johnny ak Aput ........................(Star)
KERUSI BAHARU/NEW SEAT
PENCALONAN/NOMINATION - SARAWAK
N024: SADONG JAYA: SARAWAK: 6,749
1. Aidel bin Lariwoo ................(BN-PBB)
2. Asan bin Singkro ....................(PAS)
3. Awang Rabiee bin Awang Hosen...... (Bebas)
4. Othman Bin Mustapha @Mos........ (Amanah)
(2011: Aidel Lariwoo: BN-PBB: Maj: 2,934)
PENCALONAN/NOMINATION - SARAWAK
N025: SIMUNJAN: SARAWAK: 7,774
1. Awla bin Dris............. (BN-PBB)
2. Hipni bin Kanaini........... (Bebas)
3. Jamilah binti Baharuddin...... (PKR)
(2011: Mohd Naroden Majais: BN-PBB: Maj: 4,048)
(KERUSI BAHARU/NEW SEAT)
N026: GEDONG: SARAWAK: 7,087
1. Mohd.Naroden bin Majais.......... (BN-PBB)
2. Rapelson Richard Hamit ...........(Amanah)
3. Uja ak Bansi...................... (Bebas)
KERUSI BAHARU/NEW SEAT
PENCALONAN/NOMINATION - SARAWAK
N027: SEBUYAU: SARAWAK: 9,041
1. Andrew Anak Jain.................(Amanah)
2. Datuk Julaihi Narawi.............(BN-PBB)
3. Wan Abdillah Bin Wan Ahmad .........(Pas)
(2011: Julaihi Narawi: BN-PBB: Maj: 2,276)
PENCALONAN/NOMINATION - SARAWAK
N028: LINGGA: SARAWAK: 8,988
1. Abang Zulkifli Bin Abang Engkeh................(PKR)
2. Simoi Binti Peri............................(BN-PBB)
3. Wan Abdillah Edruce Bin Wan Abdul Rahman ... (Bebas)
(2011: Simoi Peri: BN-PBB: Maj: 2,506)
PENCALONAN/NOMINATION - SARAWAK
N029: BETING MARO: SARAWAK: 10,474
1. Andri Zulkarnaen Bin Hamden..........(Amanah)
2. Hamidah Mokhtar........................ (Pas)
3. Razali Gapor ....................... (BN-PBB)
(2011: Razaili Gapor: BN-PBB: Maj: 391)
PENCALONAN/NOMINATION - SARAWAK
N030: BALAI RINGIN: SARAWAK: 9,945
1. Entusa ak Imam..............(Bebas)
2. Nicholoas Mujah ak Ason ......(PKR)
3. Pok ak Ungkut...............(PBDSB)
4. Snowdan Lawan .............(BN-PRS)
(2011: Snowdan Lawan: BN-PRS: Maj: 2,885)
PENCALONAN/NOMINATION - SARAWAK
N031: BUKIT BEGUNAN: SARAWAK: 9,389
1. Jubri ak Atak ................(PKR)
2. Datuk Mong ak Dagang ..... (BN-PRS)
(2011: Mong ak Dagang: BN-PRS: Maj: 2,773)
PENCALONAN/NOMINATION - SARAWAK
N032: SIMANGGANG: SARAWAK: 11,472
1. Datuk Francis Harden ak Hollis......(BN-SUPP)
2. Leon Jimat Donald ..................... (DAP)
3. Ngu Piew Seng........................ (Bebas)
4. Norina Umoi ak Utot ....................(PKR)
(2011: Datuk Francis Harden ak Hollis: BN-SUPP: Maj: 2,447)
PENCALONAN/NOMINATION - SARAWAK
N033: ENGKILILI : SARAWAK: 10,682
1. Adan ak Sandom ...............(Bebas)
2. Dr Johnical Rayong ak Ngipa .....(BN)
3. Nicholas Bawin ak Anggat .......(PKR)
4. Ridi ak Bauk..................(Bebas)
(2011:Dr Johnical Rayong ak Ngipa:BN-SUPP: Maj: 3,807)
PENCALONAN/NOMINATION - SARAWAK
N034: BATANG AI: SARAWAK: 9,492
1. Kolien ak Liong ..............(PKR)
2. Malcom Mussen ak Lamoh.....(BN-PRS)
(2011: Malcom Mussen ak Lamoh: BN-PRS: Maj: 2,741)
*Nama asal/original name - Batang Air
PENCALONAN/NOMINATION - SARAWAK
N035: SARIBAS: SARAWAK: 9,879
1. Ricky @ Mohammad Razi Sitam......(BN-PBB)
2. Yakup Daud .........................(PKR)
(2011: Ricky @ Mohammad Razi Sitam: BN-PBB: Maj:1,728)
PENCALONAN/NOMINATION - SARAWAK
N036: LAYAR: SARAWAK: 9,094
1. Gerald Rentap Jabu ...... (BN-PBB)
2. Vernon Albert Kedit .........(PKR)
(2011: Tan Sri Dr Alfred Jabu ak Numpang: BN-PBB: Maj:1,916)
PENCALONAN/NOMINATION - SARAWAK
N037: BUKIT SABAN: SARAWAK: 8,897
1. Datuk Amar Douglas Uggah Embas ........(BN-PBB)
2. Noel Changgai Bucking ....................(PKR)
(2011: Robert Lawson Chuat: BN-PBB: Maj: 2,774)
PENCALONAN/NOMINATION - SARAWAK
N038: KALAKA: SARAWAK: 7,327
1. Datuk Abdul Wahab Aziz........(BN-PBB)
2. Jemat Panjang ...................(PKR)
(2011: Abdul Wahab Aziz: BN-PBB: Maj:5,170)
PENCALONAN/NOMINATION - SARAWAK
N039: KRIAN: SARAWAK: 11,959
1. Ali ak Biju............. (PKR)
2. Kilat ak Beriak..... (BN-SPDP)
(2011: Ali ak Biju: PKR: Maj:2,090)
PENCALONAN/NOMINATION - SARAWAK (KERUSI BAHARU/NEW SEAT)
N040: KABONG: SARAWAK: 9,287
1. Jini Bin Sahini ...........(Amanah)
2. Mohd Chee Bin Kadir .......(BN-PBB)
KERUSI BAHARU/NEW SEAT
PENCALONAN/NOMINATION - SARAWAK
N041: KUALA RAJANG*: SARAWAK: 10,259
1. Asbor bin Abdullah .............(Bebas)
2. Sopian bin Julaihi.............(Amanah)
3. Datuk Talif @ Len bin Salleh...(BN-Pbb)
(2011: Datuk Talif@Len Salleh: BN-PBB: Maj: 4,546)
*Nama asal/original name - Belawai
PENCALONAN/NOMINATION - SARAWAK
N042: SEMOP: SARAWAK: 9,617
1. Abdullah Saidol ...............(BN-PBB)
2. Mohamad Fadillah Sabali........(Amanah)
(2011: Abdullah Saidol:BN-PBB: Maj: 4,250)
PENCALONAN/NOMINATION - SARAWAK
N043: DARO: SARAWAK: 8,491
1. Ibrahim Bayau ..........(Amanah)
2. Safiee Ahmad .......... (BN-PBB)
(2011: Murni Suhaili (BN-PBB): Maj: 3,197)
PENCALONAN/NOMINATION - SARAWAK
N044: JEMORENG: SARAWAK: 9,699
1. Abdullah Saminan ..............(Bebas)
2. Datuk Dr Juanda Jaya......... (BN-PBB)
3. Kiprawi Suhaili ..............(Amanah)
(2011: Gani @ Abu Seman (BN-PBB): Maj: 2,926)
PENCALONAN/NOMINATION - SARAWAK
N045: REPOK: SARAWAK: 20,263
1. Dato Dr Huang Tiong Sii.........(BN-SUPP)
2. Wong Chin King....................(Bebas)
3. Yong Siew Wei.......................(DAP)
(2011: Dr Wong Hua Seh (DAP): Maj: 2,679)
PENCALONAN/NOMINATION - SARAWAK
N046: MERADONG: SARAWAK: 16,882
1. Ding Kuong Hiing............(BN-SUPP)
2. Ting Tze Fui ...................(DAP)
(2011: Ting Tze Fui(DAP): Maj: 2,687)
PENCALONAN/NOMINATION - SARAWAK
N047: PAKAN: SARAWAK: 10,322
1. Jawie ak Jingot @ Jenggot ........(Bebas)
2. Rinda Juliza ak Alexander ..........(DAP)
3. Tan Sri William Mawan................(BN)
(2011: Datuk Seri William Mawan (BN-SPDP): Maj: 1,197)
PENCALONAN/NOMINATION - SARAWAK
N047: PAKAN: SARAWAK: 10,322
1. Jawie ak Jingot @ Jenggot ........(Bebas)
2. Rinda Juliza ak Alexander ..........(DAP)
3. Tan Sri William Mawan................(BN)
(2011: Datuk Seri William Mawan (BN-SPDP): Maj: 1,197)
PENCALONAN/NOMINATION - SARAWAK
N047: PAKAN: SARAWAK: 10,322
1. Jawie ak Jingot @ Jenggot ........(Bebas)
2. Rinda Juliza ak Alexander ..........(DAP)
3. Tan Sri William Mawan................(BN)
(2011: Datuk Seri William Mawan (BN-SPDP): Maj: 1,197)
PENCALONAN/NOMINATION - SARAWAK
N050: MACHAN: SARAWAK: 10,947
1. Allan Siden Gramong.........(BN-PBB)
2. Chen Nguk Fa ..................(PKR)
3. Semawi ak Paong..............(Bebas)
(2011: Datuk Gramong Juna (BN-PBB): Maj: 1,629)
PENCALONAN/NOMINATION - SARAWAK
N051: BUKIT ASSEK: SARAWAK: 28,341
1. Chieng Buong Toon........(BN-SUPP)
2. Irene Mary Chang Oi Ling.....(DAP)
3. Moh Hiong King .............(Star)
(2011: Wong Ho Leng (DAP): Maj: 8,827)
PENCALONAN/NOMINATION - SARAWAK
N052: DUDONG: SARAWAK: 29,028
1. Casper Kayong Anak Umping....(Bebas)
2. Lee Chung Fatt............. (Bebas)
3. Ting Yiik Hong............... (Star)
4. Tiong Thai King ............... (BN)
5. Yap Hoi Liong .................(DAP)
(2011: Yap Hoi Liong (DAP): Maj: 317)
PENCALONAN/NOMINATION - SARAWAK
N053: BAWANG ASSAN: SARAWAK: 18,340
1. Datuk Seri Wong Soon Koh ......................(BN)
2. Wong Sing Wei.................................(STAR)
3. Watson Bangau ak Jonathan Renang.............(Bebas)
4. Chiew Sung Ngie .............................. (DAP)
5. Yeu Bang Keng ...............................(Bebas)
PENCALONAN/NOMINATION - SARAWAK
N054: PELAWAN: SARAWAK: 32,233
1. Lau Ung Hie ............(BN)
2. Priscilla Lau ....... (Star)
3. Wong Kee Woan..........(DAP)
(2011: David Wong Kee Woan (DAP): Maj: 6,391)
PENCALONAN/NOMINATION - SARAWAK
N055: NANGKA: SARAWAK: 18,605
1. Dr Annuar Bin Haji Rapa'ee.....(BN-PBB)
2. Tiong Ing Tung...................(Star)
3. Abdul Rafidin Bin Majidi..........(PKR)
(2011: Dr Annuar Rapaee (BN-PBB): Maj: 5,302)
PENCALONAN/NOMINATION - SARAWAK
N056: DALAT: SARAWAK: 11,440
1. Datuk Fatimah Abdullah @ Ting Sai Ming ..... (BN-PBB)
2. Sim Eng Hua ....................................(PKR)
(2011: Datin Fatimah Abdullah @ Ting Sai Ming (BN-PBB): Maj: 4,990)
PENCALONAN/NOMINATION - SARAWAK
N057: TELLIAN (KERUSI BAHARU/NEW SEAT): SARAWAK: 8,914
1. Asini @ Hasni bin Yahya ...........(PKR)
2. Yussibnosh Balo ................(BN-PBB)
(KERUSI BAHARU/NEW SEAT)
PENCALONAN/NOMINATION - SARAWAK
N058: BALINGIAN: SARAWAK: 7,967
1. Abdul Yakub Bin Arbi.........(BN-PBB)
2. Nurzaiti Binti Hamdan........(Amanah)
(2014 Pilihan raya kecil/By-election: Yussibnosh Balo (BN-PBB): Maj: 6,991)
PENCALONAN/NOMINATION - SARAWAK
N059: TAMIN: SARAWAK: 14,948
1. Ali ak Puji..............................(Bebas)
2. Christopher Gira @ Gira ak Sambang......(BN-PRS)
3. Simon ak Joseph ...........................(PKR)
(2011: Joseph Mauh Ak Ikeh (BN-PRS): Maj: 1,292)
PENCALONAN/NOMINATION - SARAWAK
N060: KAKUS: SARAWAK: 12,953
1. Clement Bayang ......................(PAS)
2. Datuk John Sikie ak Tayai ........(BN-PRS)
3. Joshua ak Jabing @ Joshua Jabeng.....(PKR)
(2011: John Sikie Ak Tayai (BN-PRS): Maj: 602)
PENCALONAN/NOMINATION - SARAWAK
N061: PELAGUS: SARAWAK: 7,186
1. Frankie Bedindang Manjah........(DAP)
2. Wilson Nyabong ak Igang......(BN-PRS)
3. Yong ak Sibat.................(Bebas)
(2011: George Ak Lagong (BEBAS) : Maj: 2,837)
PENCALONAN/NOMINATION - SARAWAK
N062: KATIBAS: SARAWAK: 9,666
1. Datuk Ambrose Blikau ak Enturan.......(BN-PBB)
2. Paren ak Nyawi ..........................(DAP)
(2011: Datuk Ambrose Blikau ak Enturan (BN-PBB): Maj: 2,256)
PENCALONAN/NOMINATION - SARAWAK
N063: BUKIT GORAM (KERUSI BAHARU/NEW SEAT): SARAWAK: 11,510
1. Jefferson Jamit Unyat.....................(BN-PBB)
2. Larry Asap...................................(DAP)
(KERUSI BAHARU/NEW SEAT)
PENCALONAN/NOMINATION - SARAWAK
N064: BALEH: SARAWAK: 9,624
1. Tan Sri Dr James Jemut Masing ....(BN-PRS)
2. Agop Linsong.........................(DAP)
(2011: Datuk Seri Dr James Jemut Masing (BN-PRS) : Maj: 3,898)
PENCALONAN/NOMINATION - SARAWAK
N065: BELAGA: SARAWAK: 7,096
1. Alexander Lehan..............(PKR)
2. Liwan Lagang............. (BN-PRS)
(2011: Liwan Lagang (BN-PRS): Maj: 2,928)
PENCALONAN/NOMINATION - SARAWAK
N066: MURUM (KERUSI BAHARU/NEW SEAT): SARAWAK: 8,242
1. Abun Sui Anyit .............(PKR)
2. Chukpai Ugon ............(BN-PRS)
3. Mathew Silek ...............(DAP)
4. Stanley Ajang Batok ..... (Bebas)
(KERUSI BAHARU/NEW SEAT)
PENCALONAN/NOMINATION - SARAWAK
N067: JEPAK: SARAWAK: 13,789
1. Abdul Jalil Bujang.................(PKR)
2. Kiprawi Aman ......................(PAS)
3. Mohammed Anuar Abdul Hamid ...... (Star)
4. Datuk Talib Zulpilip............(BN-PBB)
5. Wong Hau Ming ...................(Bebas)
(2011: Datuk Talib Zulpilip (BN-PBB): Maj: 3,128)
PENCALONAN/NOMINATION - SARAWAK
N068: TANJONG BATU*: SARAWAK: 19,674
1. Chien Chiu Sing .....................(DAP)
2. Chieng Lea Ping ....................(Star)
3. Pau Chiong Ung .................(BN-SUPP)
(2011: Chiew Chiu Sing (DAP): Maj: 6,930)
*Nama asal/original asal - Kidurong
PENCALONAN/NOMINATION - SARAWAK
N069: KEMENA: SARAWAK: 12,991
1. Leighton ak Manjah ....................(DAP)
2. Datuk Dr Stephen Rundi ak Utom .....(BN-PBB)
(2011: Dr Stephen Rundi Ak Utom (BN-PBB): Maj: 3,349)
PENCALONAN/NOMINATION - SARAWAK
N070: SAMALAJU (KERUSI BAHARU/NEW SEAT): SARAWAK: 13,251
1. Baba ak Emperan...............(DAP)
2. Majang ak Renggi ..........(BN-PRS)
3. Zharudin Narudin..............(PAS)
(KERUSI BAHARU/NEW SEAT)
PENCALONAN/NOMINATION - SARAWAK
N071: BEKENU: SARAWAK: 12,250
1. Austin Sigi ak Melu ......... (Bebas)
2. Bill ak Kayong .................(PKR)
3. Jou @ Peter ak Jelin .........(Bebas)
4. Rosey Binti Yunus................(BN)
(2011: Rosey Yunus (BN-SPDP): Maj: 3,714)
PENCALONAN/NOMINATION - SARAWAK
N072: LAMBIR: SARAWAK: 17,533
1. Mohammad Arifiriazul Paijo .....(PAS)
2. Mohdak Ismail ..................(PKR)
2. Ripin Lamat .................(BN-PBB)
(2011: Ripin Lamat (BN-PBB): Maj: 1,521)
PENCALONAN/NOMINATION - SARAWAK
N073: PIASAU: SARAWAK: 21,120
1. Alan Ling Sie Keong ..............(DAP)
2. Sebastian Ting Chiew Yew .... (BN-SUPP)
(2011: Ling Sie Kiong (DAP): Maj: 1,590)
PENCALONAN/NOMINATION - SARAWAK
N074: PUJUT: SARAWAK: 26,202
1. Fong Pau Teck...........(Bebas)
2. Datuk Hii King Chiong......(BN)
3. Jofri Jarainee............(PAS)
4. Ting Tiong Choon..........(DAP)
(2011: Fong Pau Teck (DAP): Maj: 3,849)
PENCALONAN/NOMINATION - SARAWAK
N075: SENADIN: SARAWAK: 27,874
1. Dr Bob Baru Langub...............(DAP)
2. Datuk Lee Kim Shin...........(BN-SUPP)
1. Philemon ak John Edan..........(PBDSB)
(2011: Datuk Lee Kim Shin (BN-SUPP): Maj: 58)
PENCALONAN/NOMINATION - SARAWAK
N076: MARUDI: SARAWAK: 14,858
1. Elia Bit.................................(PKR)
2. Louis Jalong ..........................(Bebas)
3. Datuk Dr Penguang ak Manggil ....... (BN-SPDP)
(2011: Sylvester Entrie Ak Muran (BN-SPDP): Maj: 3,202)
PENCALONAN/NOMINATION - SARAWAK
N077: TELANG USAN: SARAWAK: 10,000
1. Dennis Ngau............ (BN-PBB)
2. Roland Engan...............(PKR)
(2011: Dennis Ngau (BN-PBB): Maj: 845)
N078: MULU: SARAWAK: 8,600
1. Datuk Gerawat Gala ..........(BN)
2. Paul Anyie Raja ........... (DAP)
3. Pauls Baya..................(PKR)
4. Roland Dom Mattu.......... Bebas)
(KERUSI BAHARU/NEW SEAT)
N079: BUKIT KOTA: SARAWAK: 16,437
1. Dr Abdul Rahman Ismail ...........(BN-PBB)
*MENANG TANPA BERTANDING
(2011: Dr Abdul Rahman Ismail (BN-PBB): Maj: 5,061)
N080: BATU DANAU: SARAWAK: 8,657
1. Ali ak Adap.....................(Bebas)
2. Palu @ Paulus ak Gumbang...........(BN)
(2011: Palu @ Paulus ak Gumbang (BN-SPDP): Maj: 1,262)
N081: BA'KELALAN: SARAWAK: 7,375
1. Baru Bian.............(PKR)
2. Willie Liau.......(BN-SPDP)
(2011: Baru Bian (PKR): Maj: 473)
N082: BUKIT SARI: SARAWAK: 12,418
1. Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan (BN-PBB)
*MENANG TANPA BERTANDING/WON UNOPPOSED
(2011: Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan (BN-PBB): Maj: 5,063)

Azmin: "Saya arahkan PKR bertanding di lima kerusi"

“Arul perlu dedah rahsia 1MDB jika mahu hidup tenang”

Ia bagi mengelakkan Arul dijadikan 'kambing hitam' seperti yang berlaku kepada bekas CEO 1MDB, Shahrol Azral Ibrahim Halmi.
tuan-ibrahim,arul
PETALING JAYA: Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda Kandasamy disaran mendedahkan segala-galanya mengenai skandal syarikat pelaburan itu sebelum berundur.
Beliau juga dinasihatkan bekerjasama dengan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz bagi merungkai semua isu yang menyelubungi syarikat milik penuh Kementerian Kewangan itu.
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man turut berkata, Arul perlu bertindak sedemikian sekiranya beliau ingin hidup tenang selepas meninggalkan 1MDB.
“Pendedahan akan menyebabkan peluang beliau tidak dijadikan ‘kambing hitam’ di atas apa yang berlaku sebelum beliau diberikan amanah mengurangkan hutang 1MDB,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Katanya lagi, Arul merupakan individu yang bijak dan sudah tentu beliau dapat belajar sesuatu setelah melihat apa yang berlaku ke atas bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi.
“Sebagai orang terbesar di 1MDB hari ini, sudah tentu Arul dapat mengesan siapa pihak dalaman yang mungkin bekerjasama untuk melakukan penipuan sebesar AS$3.5 bilion itu.

'Kemungkinan penipuan, kerjasama dalaman 1MDB' - Arul Kanda


Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda Kandasamy mengulangi kemungkinan berlaku ‘penipuan besar-besaran’ dan ‘kerjasama dari pihak dalaman’ berhubung pembayaran lebih AS$3.5 bilion yang dibuat kepada firma Aabar ‘palsu’ di Kepulauan Beritish Virgin (BVI).
"Kita tidak tolak bahawa sebenarnya berlaku penipuan... penipuan besar-besaran... dan mungkin ada kerjasama dari pihak kami," kata Arul Kanda ketika ditemu-bual oleh The Edge Financial Weekly.
Syarikat International Petroleum Investment Company (IPIC) yang berpangkalan di Abu Dhabi dan anak syarikatnya, Aabar Investments PJS baru-baru ini mengisytiharkan bahawa mereka tidak mempunyai sebarang kaitan dengan firma syarikat yang diperbadankan di BVI dengan nama Aabar Investments PJS Limited (Aabar BVI).
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dalam laporannya mengenai 1MDB juga berkata tidak ada bukti bahawa Aabar BVI yang dinamakan sebagai Aabar Ltd dalam laporannya, mempunyai hubungan dengan IPIC atau Aabar Investment PJS.
1MDB membayar RM4.24 bilion (kira-kira AS$1.367 bilion) kepada Aabar BVI sebagai deposit keselamatan pada tahun 2012, tanpa kelulusan lembaga 1MDB pengarah.
Dalam temu bual itu, Arul Kanda juga bercakap mengenai keinginannya untuk bersara dari 1MDB dan bahawa isu di dana itu bukan isu mengenai dirinya.
Mengulas temu bual itu, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Arul Kanda mempunyai tanggungjawab untuk mendedahkan semua maklumat berkaitan dengan penipuan yang didakwanya itu.
“Memandang Arul sudah berkali-kali menyatakan hasratnya untuk meletakkan jawatan, PAS menyarankan Arul mendedahkan segalanya sebelum beliau berundur.
“Seeloknya Arul dapat bekerjasama dengan Gabernor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz di hari-hari terakhir beliau sebelum bersara untuk merungkai misteri ini,” kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan hari ini.

Arul: Gagal bayar IPIC boleh jejaskan hutang lain 1MDB


Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda Kandasamy mengesahkan bahawa kegagalan firma itu untuk membayar pinjaman AS$1 bilion kepada International Petroleum Investment Company (IPIC) yang berpangkalan di Abu Dhabi boleh mencetuskan kemungkiran bayaran kepada hutang-hutang lain, termasuk beberapa bon.
Dalam temu bual di halaman utama majalah kewangan The Edge Weekly, Arul Kanda berkata hutang berkenaan termasuk bon AS$3 bilion yang diterbitkan pada 2013 untuk membiayai pembangunan Tun Razak Exchange.
Walaupun 1MDB mengisytiharkan bahawa firma itu bebas daripada semua hutang jangka pendek dan bank, namun ia masih mempunyai sukuk RM5 bilion dengan jaminan kerajaan; sukuk Bandar Malaysia RM2.4 bilion; dan pinjaman RM800 juta daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial atau Perkeso.
Lebih penting lagi, persoalan yang lebih besar adalah apa yang bakal berlaku seterusnya dengan pengisytiharan IPIC bahawa 1MDB telah ingkar membuat bayarannya.
Menurut Arul Kanda, perjanjian 1MDB yang dimeterai dengan IPIC pada bulan Jun 2015 menyaksikan firma pelaburan negara itu mendapat AS$1 bilion yang diperlukan untuk menyelesaikan beberapa kewajipan segera, termasuk membayar pinjaman bersindiket AS$975 juta yang diterajui oleh Deutsche Bank .
Menurut perjanjian itu, 1MDB perlu memindahkan jumlah yang dibayar IPIC berserta faedah yang berjumlah AS$1.15 bilion pada 31 Disember tahun lalu.

Isu 'Datuk Seri' MB: PM akan mengadap Sultan T'ganu

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meminta semua pihak menghentikan spekulasi mengenai kedudukan Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman dengan istana Terengganu.
Menurut Bernama, Najib berkata dirinya akan mengadap Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berhubung isu berkenaan dalam masa terdekat.
"Saya dijadual menghadap Sultan Terengganu dalam masa terdekat. Selepas itu, baru saya akan keluarkan kenyataan," katanya kepada pemberita diKuching.
Beliau juga berkata pentadbiran kerajaan negeri Terengganu masih berjalan seperti biasa.
Najib yang juga Pengerusi BN berkata demikian ketika diminta mengulas isu itu selepas hadir dan memberi sokongan kepada Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem, calon BN DUN Tanjung Datu di Kuching hari ini bersempena penamaan calon pilihan raya Sarawak ke-11.
Hubungan antara istana dan Ahmad Razif menimbulkan persoalan selepas beliau diperkenalkan dalam dua majlis rasmi tanpa gelaran darjah kebesaran 'Datuk Seri'.
Portal AMANAH, Malaysia Dateline Sabtu lalu memetik sumber yang mendakwa Sultan Mizan Zainal Abidin pada Jumaat lalu telah menarik balik gelaran kepada Ahmad Razif hingga mencetuskan khabar angin mengenai pertukaran menteri besar.
Menurut laporan Harian Metro pula, Razif turut hadir semasa pelancaran majlis Persidangan Wakaf Senusantara 2016 di Hotel Primula di Kuala Terengganu yang dirasmikan oleh Sultan Mizan.
Razif, bersama-sama dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu Datuk Osman Muda, bagaimanapun dilaporkan meninggalkan majlis sebelum wartawan mendapatkan komen mengenai perkara itu.
Satu kejadian yang sama dilaporkan berlaku pada majlis Umno Dungun malam Sabtu.

ADUN Telemong nafi akan dilantik MB Terengganu

Rozi Mamat dan ADUN Permaisuri, Mohd Jidin Shafee dikatakan dua calon yang bakal menggantikan Ahmad Razif.
Datuk-Rozi-Mamat,ahmad-razif
PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telemong, Datuk Rozi Mamat menafikan beliau antara calon yang akan menggantikan Ahmad Razif Abdul Rahman sebagai Menteri Besar Terengganu.
Menurutnya, beliau sendiri tidak mendapat apa-apa maklumat setakat ini dan sebarang berita yang disebarkan mengenai dirinya dalam isu pertukaran Menteri Besar adalah tidak benar.
“Tidak, tidak ada benda-benda ini, saya sendiri tidak dapat apa-apa maklumat lagi,” katanya ketika dihubungi FMT, hari ini.
Sebelum ini, khabar angin mengenai Rozi ataupun ADUN Permaisuri, Datuk Mohd Jidin Shafee akan dilantik menjadi Menteri Besar dan upacara angkat sumpah akan dilakukan pada minggu hadapan, tersebar menerusi aplikasi WhatsApp.
“Rozi Telemong 90% confirm angkat sumpah minggu depan sebagai MB baru. Tapi sekarang ada dua nama Dato Mad Jidin dan YB Rozi. Semua Ahli Dewan Diraja dan Yang Arif Mahkamah Tinggi telah bersedia dimaklumkan tentang hari Angkat Sumpah,” demikian antara kandungan mesej yang disebarkan itu.
Rozi yang juga EXCO Belia, Sukan dan Sumber Manusia Terengganu mengakui tidak tahu mengenai status penarikan gelaran dan kedudukan Ahmad Razif.

LETAK JAWATAN SEBAIK-BAIK PILIHAN BAGI MB TERENGGANU

Tanpa diduga dan tidak juga muncul apa-apa tanda sebelumnya, tiba-tiba saja politik Terengganu bergelora dengan Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman dilaporkan bermasalah besar dengan pihak istana sehingga gelaran "Datuk Seri" beliau ditarik serta merta.

Apakah punca masalah itu semata-mata kerana sebaris ayat dalam ucapan Ahmad Razif yang menyentuh Yayasan Mizan yang dikatakan menyinggung Sultan Terengganu sehingga baginda menjadi murka atau sebenarnya ada sebab-sebab lain yang kita tidak ketahui?

Apa pun punca masalahnya, ketegangan itu sudah berlaku dan ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk diselesaikan dalam sekelip mata.

Dalam hal ini apakah penyelesaian terbaik untuk mengelakkan hubungan kerajaan negeri dan UMNO dengan pihak istana terus bertambah buruk?

Meminta semua pihak bertenang atau Ahmad Razif sendiri berdiam diri serta mengelak daripada bersuara bukanlah cara yang betul untuk merungkaikan kekusutan yang berlaku itu.

PRN Sarawak: Calon tidak hadir, muflis punca PKR gagal bertanding

Tidak dibenarkan meletakkan calon di kerusi N.82 Bukit Sari dan N04. Pantai Damai disebabkan kecuaian Jawatankuasa Pilihanraya Sarawak parti itu.
pkr-sarawak
PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) kesal apabila tidak dibenarkan meletakkan calon di kerusi N.82 Bukit Sari dan N04. Pantai Damai dan mengakui ia disebabkan kecuaian Jawatankuasa Pilihanraya Sarawak parti itu.
Pengarah Operasi Bilik Gerakan Utama Pilihanraya Negeri Sarawak, Ismail Yusop berkata, calon N.82 Bukit Sari tidak hadir ke pusat penamaan pagi ini tanpa sebarang alasan.
“Kami amat kecewa dengan perubahan keputusan pada saat-saat terakhir ini dan kes ini akan dirujuk kepada jawatankuasa displin,” ujarnya dalam satu kenyataan, hari ini.
Manakala, pencalonan N04. Pantai Damai, Morni Shamsudin pula ditolak oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) kerana pencadang kepada calon tersebut didapati seorang yang bankrap.
“Penamaan calon N04 Pantai Damai terbatal disebabkan beliau muflis kerana menjadi penjamin pinjaman. Parti akan meneliti semula proses penyemakan calon,” ujarnya lagi.
Keadaan itu menyaksikan Morni tidak dibenarkan bertanding sebaliknya pertarungan hanya melibatkan BN dan PAS.

PRN Sarawak: Guan Eng rasa tertipu, Azmin kata malang

Setiausaha Agung DAP berasa kecewa dengan sikap PKR, manakala Timbalan Presiden PKR berkata persefahaman antara kedua parti tidak muktamad
lim-guan-eg,azmin
MIRI : Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng kecewa dengan tindakan PKR bertanding di lima kerusi yang telah diberikan kepada DAP.
Justeru, DAP memutuskan untuk meletakkan calon di kerusi Batu Kitang sebagai menjawab keengganan PKR mematuhi perjanjian yang telah dipersetujui secara bertulis oleh Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali 7 April lepas.
“Kalau satu kerusi mungkin kita boleh maafkan, tetapi bagaimana untuk maafkan lima kerusi? Kami rasa DAP telah ditipu.
“Apa yang berlaku sejak 7 April sehingga hari ini adalah persetujuan bertulis tidak dipatuhi. Tiada kesungguhan untuk mematuhi persetujuan itu. Saya rasa tindakan itu amat mengecewakan dan ia boleh menyebabkan penyokong keliru,” katanya kepada pemberita selepas penamaan calon Senadin hari ini.
Malam tadi, FMT dimaklumkan bahawa DAP akan mengetengahkan pembantu khas kepada Pengerusi DAP Sarawak, Abdul Aziz Isa sebagai calon di Batu Kitang selepas rundingan antara kedua parti menemui jalan buntu.
Di penamaan hari ini, sekurang-kurangnya enam kerusi, iaitu Batu Kitang, Mulu, Murum, Mambong, Simanggong dan Ngemah menyaksikan pertembungan antara DAP dan PKR.

Kami sedaya upaya berunding dengan DAP, kata PKR


 Rundingan dengan DAP berhubung agihan kerusi yang bertindih pada pilihan raya negeri Sarawak ke-11 terbuka sehingga hari terakhir sebelum hari penamaan calon hari ini, kata Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian.
"Kami juga mengemukakan cadangan untuk menyelesaikan pertikaian. Malangnya, kami tidak mendengar sebarang khabar dari DAP hingga tengah malam semalam," kata Baru dalam satu kenyataan media.
Beliau juga mendedahkan bahawa keputusan PKR untuk menamakan calon mereka dibuat secara kolektif, oleh pemimpin-pemimpin negeri dan pusat.
"Kerusi-kerusi yang kami tanding adalah tempat-tempat yang kita telah kerja keras selama bertahun-tahun.
"Pakatan Harapan melalui proses rundingan, bersetuju dengan pembahagian untuk 95 peratus daripada jumlah kerusi, dan terdapat hanya lima peratus kerusi di mana kita tidak dapat mencapai kata sepakat.
"Pencapaian seumpama ini memang luar biasa kerana rundingan tidak pernah mudah," katanya.
Sebagai sekutu dalam pakatan pembangkang, Baru berhujah, PKR telah melakukan sedaya upaya mereka.
"Pada 22 April, apabila kita sampaikan watikah pelantikan kepada calon-calon yang dibuat tiga hari sebelum hari penamaan calon, kami hanya menyampaikan watikah pelantikan kepada 35 calon.
“Ini tidak termasuk calon di kerusi yang terdapat pertindihan tuntutan kerana PKR menghormati proses rundingan berterusan," katanya.
Baru berkata musuh sebenar parti-parti pembangkang adalah BN, dan berharap mereka boleh mengketepikan perbezaan untuk memberi tumpuan kepada perjuangan lebih besar.

Hari penamaan calon Mat Sabu berjaya "lolos" ke Sarawak


Kemasukan topeng muka wajah Mat Sabu dengan jumlah yang banyak itu bakal memeriahkan lagi suasana kempen pilihan raya kali ini.Kemasukan topeng muka wajah Mat Sabu dengan jumlah yang banyak itu bakal memeriahkan lagi suasana kempen pilihan raya kali ini.
Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) yang dihalang daripada memasuki Sarawak, akhirnya berjaya 'meloloskan' diri ke negeri ini bagi menyertai kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 kali ini.
Mohamad yang dihantar pulang ketika cuba memasuki Sarawak pada 22 Mac lalu, dilihat kembali berada di beberapa kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) yang ditandingi parti itu sejak petang semalam.
Malah kemasukan topeng muka wajah beliau dengan jumlah yang banyak itu dilihat bakal memeriahkan lagi suasana kempen pilihan raya kali ini.
Topeng Mat Sabu sedang disiapkan oleh salah seorang pnyokong untuk diedarkan dalam kempen.Topeng Mat Sabu sedang disiapkan oleh salah seorang pnyokong untuk diedarkan dalam kempen.
Pagi ini sempena hari penamaan calon, rata-rata penyokong Amanah dilihat mengenakan topeng wajah Mohamad, sebagai tanda kebersamaan dengan presiden parti itu selepas beliau tidak dapat menyertai kempen kali ini.
Amanah yang dilancarkan September tahun lalu, buat julung kalinya menyertai pilihan raya kali ini bersama PKR dan DAP dalam muafakat Pakatan Harapan.
Mereka akan meletakkan calon bertanding di 13 daripada 82 kawasan Dun Sarawak termasuk Demak Laut, Muara Tuang, Sadong Jaya, Samariang, Gedong, Sebuyau, Kuala Rajang, Beting Maro, Kabong, Semop, Daro, Jemoreng dan Balingian.

PRN Sarawak: Satu lawan satu di Satok

IMG_20160425_083619Kuching 25 April: Kerusi Undangan Negeri N.8  Satok akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon muda dari KEADILAN Mohamed Salleh Shawkat Ali dan penyandangnya Datuk Abang Johari Openg dari Barisan Nasional (BN).

Perkara itu diumumkan oleh pegawai pengurus Dr Saadiah Abdul Samad di pusat penamaan calon di Dewan Datuk Merpati Jepang di Kuching selepas proses penamaan calon ditutup pada 10 pagi.
Bercakap kepada media sejurus selesai proses penamaan, anak kelahiran Satok itu yakin isu ekonomi dan pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang diperkenalkan kerajaan BN akan mempengaruhi undi rakyat ada kali ini.
“Kita percaya perubahan telah bermula di Satok, anak muda mahu berubah.
“Saya harap mereka akan lebih buka mata terhadap pelbagai isu yang melanda negara ketika ini dan bertindak melakukan perubahan demi masa depan Sarawak dan negara,” kata anak muda berusia 31 tahun itu lagi.
Salleh sementara itu sekali lagi mengulangi tekadnya untuk memperjuangkan isu-isu ekonomi membabitkan penduduk kawasan yang dikenali sebagai pusat perniagaan di Kuching itu selain mempertingkat penguasaan ekonomi golongan muda.

PRN DUN SARAWAK KE 11 : CALON AMANAH














Penduduk Sarawak terima Amanah dengan positif, kata Salahuddin

Salahudin di pusat penamaan calon KabongSalahudin di pusat penamaan calon Kabong
Biarpun baru pertama kali menyertai pilihan raya, sambutan terhadap Parti Amanah Negara (Amanah) di Sarawak kali ini sangat memberangsangkan, kata Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub.
Beliau yang juga Pengarah Jawatankuasa Induk Amanah bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, berkata sambutan yang ditunjukkan masyarakat setempat ini sangat baik untuk membantu perkembangan Amanah di negeri ini untuk jangka masa panjang.
"Satu penerimaan yang baik dan cepat daripada penduduk tempatan yang telah mula mengenali Amanah.
"Ini merupakan satu kejayaan awal yang kita banggakan bersama walaupun kita bermula dengan sebuah parti berusia enam bulan," katanya ketika ditemui di pusat penamaan calon N40 Kabong hari ini.
Sementara itu, lebih 100 penyokong Amanah mengiringi calon mereka Jini Sahini hari ini.
Selain Salahuddin, turut serta Pengerusi Amanah Kedah Dr Ismail Salleh, Pengerusi Awan Negeri Dr Rohani Abd Muttalib serta pimpinan AmanahJerlun, Pokok Sena dan Sik yang diketuai Sulaiman Ibrahim atau lebih dikenali Leman Raja Lawak.
Mereka berkumpul di hadapan Balai Polis Kabong sebelum berarak kira-kira 300 meter ke pusat penamaan calon di Pejabat Daerah Kabong yang mula dibuka jam 9 pagi.
Mengulas lanjut, Salahuddin turut menyeru kepada seluruh jentera agar permulaan yang baik ini diteruskan dan berjuang bersungguh-sungguh sehinggalah ke hari pembuangan undi nanti.
"Bagi Pihak Amanah saya negara mengucapkan tahniah dan syabas kepada calon-calon yang diamanahkan untuk bertanding yang telah diterima borang pencalonan mereka.
"Penghargaan kepada semua pimpinan-pimpinan negeri yang begitu komited untuk berhadapan dalam gelanggang pilihan raya kali ini serta jentera, ahli dan penyokong yang sedia mengahadaipi suasana getir sebegini," katanya.

PRU DUN SARAWAK KE 11 - SIDANG MEDIA KHAS PENGERUSI SPR [25 APRIL 2016]

PKR tipu kami, kata DAP

Masalah sekali lagi melanda pakatan pembangkang, dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyatakan kekecewaan dengan keputusan PKR untuk bertanding menentang parti itu di lima kerusi pada pilihan raya negeri Sarawak.
"Jika satu kerusi, kita boleh memahami. Kita boleh cuba untuk ketepikannya tetapi (ini sekurang-kurangnya) lima kerusi, bagaimana kita boleh ketepikannya?
"Kami rasa bahawa DAP telah ditipu," katanya kepada pemberita di luar pusat penamaan calon Senadin di Miri hari ini.
Menurut Lim, tidak ada komitmen daripada PKR untuk mematuhi perjanjian Pakatan Harapan supaya mereka tidak bertanding melawan antara satu sama lain.
Beliau berkata, tindakan DAP dan PKR berebut kerusi sama akan mengelirukan rakyat.
Kedua-dua sekutu itu akan menghadapi satu sama lain di sekurang-kurangnya lima kerusi - Batu Kitang, Mambong, Ngemah, Simanggang dan Murum.
Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali hari ini mengesahkan bahawa beliau memberi kuasa kepada PKR Sarawak untuk menurunkan calon parti berkenaan di lima kerusi yang menjadi perbalahan dengan DAP.
Sebagai tindak balas, DAP pula meletakkan calonnya, Abdul Aziz Isa di Batu Kitang.
"PKR langgar perjanjian, jadi kami tidak mempunyai pilihan tetapi untuk bertanding di Batu Kitang," kata Abdul Aziz.
"Kajian Merdeka Center menunjukkan DAP mendapat lebih sokongan berbanding PKR jika kita bertanding di Batu Kitang tetapi dalam semangat Pakatan Harapan, kita memberi laluan kepada PKR untuk bertanding di kerusi boleh menang ini," katanya.
Calon PKR di Batu Kitang, Voon Shaik Ni enggan mengulas mengenai harapannya dalam pertandingan melawan DAP.

PKR, DAP berebut enam kerusi di Sarawak


Pakatan Harapan memulakan laluan berliku pada pilihanraya Sarawak ke-11, apabila berlaku pertindihan pencalonan bagi enam kerusi.
Pada penamaan calon hari ini, pegawai pengurus pilihan raya di Sarawak mengumumkan PKR dan DAP akan bertarung antara satu sama lain di enam kawasan pilihanraya.
Kerusi terbabit adalah Batu Kitang, Mulu, Murum, Simanggang, Ngemah dan Mambong.
DAP mengambil keputusan untuk bertanding di kerusi Batu Kitang, walaupun sebelum ini diperuntukkan kepada PKR sebagai 'membalas dendam' kerana PKR memungkiri janji.
Lima kerusi lain itu sebelum ini diperuntukkan kepada DAP.
"Mereka (kepimpinan negeri) memberikan saya watikah (surat kebenaran), dan berkata 'anda teruskan', dan saya teruskan
"Sebab mereka kata saya berhak menerimanya," kata calon PKR untuk Mulu, Paul Baya, kepada pemberita di Marudi.
Di Batu Kitang, calon DAP Abdul Aziz Isa duduk dalam kenderaannya yang diletakkan berhampiran pusat penamaan calon sehingga beliau menerima berita bahawa PKR meletakkan calon bagi Mambong. Beliau kemudian menyerahkan borang pencalonan.
Timbalan Presiden PKR Azmin Ali mengesahkan beliau memberi kuasa kepada pengerusi PKR Sarawak Baru Bian untuk mengeluarkan surat kebenaran kepada lima calon terbabit.
Azmin bagaimanapun tidak menyatakan bila mandat itu diberikan oleh Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail secara khusus untuk memberi lampu hijau menentang DAP.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata parti itu merasa "diperdaya".
"Ia bukan hanya satu kerusi, ia lima kerusi. Jika satu kerusi, kita faham dan kita boleh cuba untuk melupakan tetapi lima kerusi. Bagaimana kita boleh terlepas pandang?" katanya kepada pemberita di Miri.

PRN Sarawak: BN menang 2 kerusi, PKR-DAP bertembung

Pilihan raya bagi Bumi Kenyalang bermula secara rasmi hari ini, dengan proses pencalonan bermula jam 9 pagi ini.
Sejumlah 82 kerusi kerusi Dewan Undangan Negeri dipertandingkan, termasuk 11 kerusi baru ekoran pelaksanaan proses terbaru persempadanan semula kawasan pilihan raya di negeri itu.
Bagi Pakatan Harapan, nampaknya proses pembahagian kerusi belum dapat diselesai, selepas PKR menggesa diadakan rundingan semula pada saat-saat akhir semalam.
Ia selepas tersebar berita bahawa pengerusi PKR Sarawak Baru Bian mungkin menandatangani surat yang didakwa dikeluarkan oleh Timbalan Presiden Datuk Seri Azmin Ali yang memberi kuasa wakil PKR untuk bertanding di Tasik Biru, Mambong, Simanggang, Bukit Semuja dan Mulu.
Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen dalam reaksi balasnya menegaskan bahawa mereka akan bertanding di Batu Kitang sekiranya PKR meletakkan calonnya di kelima-lima kerusi berkenaan.
Begitu juga dengan BN, dengan SUPP, UPP dan SPDP dan TERAS dijangka bertembung dalam gelanggang di Tasik Biru, Batu Kawah dan Bawang Assan.
Parti-parti yang bertanding mempunyai masa sehingga jam 10 pagi ini untuk mengemukakan pencalonan mereka. Rakyat Sarawak akan keluar mengundi pada 7 Mei ini.

1.15pm - Miri - Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata beliau berasa "diperdaya" oleh PKR, yang didakwa memungkiri perjanjian dengan memberi kuasa kepada calon-calonnya untuk bertanding di lima kerusi yang diperuntukkan kepada DAP.
"Ia bukan hanya satu kerusi, ia lima kerusi. Jika satu kerusi, kita faham dan boleh cuba untuk terlepas pandang, tetapi lima kerusi. Bagaimana kita boleh terlepas pandang ini?" dia bertanya.
12.45pm - Senadin, Miri - ADUN empat penggal Senadin Lee Kim Shin mempertahankan kerusinya dan menentang seorang doktor gigi dari DAP dan seorang anggota seni mempertahankan diri kaum Dayak.
Calon DAP ialah Bob Baru Langub, yang diiringi ke pusat penamaan calon oleh setiausaha agung parti Lim Guan Eng.
Calon ketiga adalah anggota seni mempertahankan diri, Philemon John Endau dari Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDS-Baru).
Lee hampir kehilangan kerusi itu pada 2011 selepas menang menentang Michael Teo dari PKR dengan majoriti tipis 58 undi.
12.35pm - Shah Alam, Selangor - Timbalan Presiden PKR Azmin Ali mengesahkan beliau mengarahkan Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian mengeluarkan surat kebenaran kepada calon-calon PKR bertanding di lima kerusi yang sebelum ini diperuntukkan kepada DAP.
12.30pm - Rasmi- Pertandingan empat penjuru antara calon DAP Dr Ting Tiong Choon, calon atas tiket BN Hii King Chiong, calon PAS Jofrie Jaraie dan calon bebas Fong Poh Teck.
Fong memilih untuk bertanding guna logo kunci dan slogan 'Sarawak untuk orang Sarawak' sebagai sebahagian kempennya.
Ting berkata beliau yakin rakyat Sarawak cukup matang untuk memilih calon yang sesuai.
DAP pula berkata walaupun BN mempunyai banyak kuasa, pengaruh, dan sokongan kerajaan, pembangkang mendapat sokongan rakyat.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyerahkan kepada Allah. "Insya-Allah (Insya-Allah)," katanya ketika ditanya sama ada Jofrie boleh menang.
12.15pm - Batu Kawah, Kuching: Pegawai pengurus Andrew Joris Noyem mengumumkan tiada penamaan telah ditolak.
Tiga penjuru bermula di Batu Kawah antara calon SUPP Dr Sim Kui Hian, calon DAP Christina Chew dan calon Bebas Liu Thian Leong.
12.00pm - Pegawai pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan pertandingan tiga penjuru di Bukit Assek antara Chieng Buong Toon (SUPP), Irene Chang (DAP) dan Moh Hong King dari Parti Reformasi Negeri (Star).

Penyokong bersorak dan bertepuk tangan untuk setiap calon dan bergambar sebelum bersurai.
11.50am - Malaysiakini difahamkan, DAP dan PKR telah mengemukakan pencalonan mereka di lima kerusi.
Ia adalah Batu Kitang, Mambong, Ngemah, Simanggang dan Murum.
Selain Batu Kitang, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih belum mengumumkan calon-calon untuk baki empat kerusi.
11.43am - Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata presiden parti itu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak menandatangani surat kebenaran untuk PKR bertanding menentang DAP di kerusi Mulu, Mambong, Simanggang, Ngemah dan Murum.
"Kami telah mengesahkan dengan Kak Wan (Wan Azizah). Beliau menafikan (menandatanganinya)," Rafizi memberitahu Malaysiakini melalui mesej teks.
11.21am - Majlis Perbandaran Padawan, Kuching: Pegawai SPR mengesahkan Batu Kitang menyaksikan lima calon bertanding bagi kerusi itu - Lo Khere Chiang dari SUPP, Abdul Aziz Isa dari DAP, Voon Shiak Ni dari PKR dan calon bebas Othman Bojeng dan Sulaiman Kadir.

10.52am - Muara Tuang: Calon-calon dari PAS dan parti serpihannya AMANAH akan bertembung di Muara Tuang. Mereka akan berdepan dengan calon BN dalam persaingan tiga penjuru, laporan Bernama.
10.50am - Calon BN Wong Soon Koh terkejut apabila salah seorang calon bebas ialah Watson Bangau John Nathan Renang.

Azmin: Saya beri kuasa PKR S’wak tanding di 5 kerusi DAP

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali mengakui bahawa beliau memberikan kuasa kepada Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian untuk menandatangani surat kebenaran untuk calon-calon PKR bertanding di lima kerusi yang menjadi perbalahan dengan DAP.
Keputusan itu menyaksikan PKR dan sekutunya, DAP menghadapi persaingan pelbagai penjuru dengan BN pada hari penamaan calon.
Azmin mendakwa beliau membuat keputusan itu berdasarkan mandat yang diberikan oleh presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kepadanya untuk menyelesaikan pertikaian kerusi.
"Saya telah diberi mandat secara bertulis oleh presiden untuk menyelesaikan semua isu mengenai pilihan raya negeri, termasuk peruntukan kerusi dan calon," katanya pada satu majlis di Shah Alam hari ini.
Beliau bagaimanapun berkata, dirinya tidak ingat bila Wan Azizah memberinya mandat tersebut.
Beliau berkata keputusan pada 7 April lalu apabila dirinya menandatangani dan bersetuju pada dasarnya untuk memberi lapan kerusi kepada DAP, termasuk lima kerusi yang menjadi perbalahan, bukan muktamad.
Pada mesyuarat 11 April lalu , Majlis Presiden Pakatan Harapan yang dipengerusikan oleh Wan Azizah, mendakwa mereka berjaya menyelesaikan bersama isu pertindihan kerusi.
"Ya, kita bersetuju pada dasarnya untuk mengekalkan pertandingan satu lawan satu.
“Hakikat bahawa mereka (DAP dan PKR) tidak mengumumkan calon bagi kerusi itu menunjukkan bahawa rundingan masih berjalan," katanya.

Sarawak polls: DAP faces hostility in Kapit

Pujut heats up for four-cornered fight

3 penjuru di Senadin: DAP, PBDS tentang BN

Tasik Biru akan catat sejarah gelombang politik - Kit Siang

DAP, Star tentang SUPP di Bukit Assek

BN ditentang dalam pertandingan 5 penjuru di Bawang Assan

Soon Koh terkejut kenalannya tentangnya di Bawang Assan

PKR langgar perjanjian asal kata Calon DAP Batu Kitang

P'raya S'wak: Proses penamaan calon bermula 9 pagi ini


Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN-11) di 82 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) bermula 9 pagi ini.
Proses penamaan calon berlangsung selama sejam sehingga 10 pagi di 82 pusat penamaan calon yang terdiri daripada pejabat-pejabat kerajaan, dewan orang ramai, sekolah, maktab perguruan, perpustakaan, rumah rehat kerajaan serta stadium tertutup.
Pilihan raya negeri kali ini turut menyaksikan pertambahan 11 kerusi DUN berikutan persempadanan semula kawasan pilihan raya negeri itu.
Kerusi-kerusi berkenaan adalah Batu Kitang, Stakan, Serembu, Bukit Semuja, Gedong, Kabong, Tellian, Bukit Goram, Murum, Samalaju dan Mulu.
Pilihan raya itu diadakan susulan pembubaran DUN Sarawak pada 11 April.
Jabatan Meteorologi Sarawak meramalkan cuaca mendung dan hujan di beberapa kawasan pantai termasuk di Kuching, Samarahan, Betong, Mukah dan Bintulu.
Menurut jurucakap jabatan itu, suhu dijangka antara 24 dan 35 darjah Celcius.
Dalam pilihan raya negeri kali ini, terdapat 1.14 juta pemilih berdaftar termasuk 1.11 juta pengundi biasa, layak mengundi pada 7 Mei ini.
Selain pengundi biasa, sejumlah 25,022 pengundi awal terdiri daripada anggota tentera dan polis serta pasangan akan turut mengundi pada pengundian awal 3 Mei ini manakala 106 pengundi pos kerana berada di luar negara.
Setakat 5 petang semalam, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata sebanyak 971 borang pencalonan telah dijual di seluruh Sarawak.
Beliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak 443 borang dijual di pejabat SPR di sini, 178 di Zon Sibu, 172 (Zon Miri), 124 (Zon Kuching) dan 54 borang di Zon Sri Aman.
Dalam pilihan raya negeri 2011, BN memenangi 55 daripada 71 kerusi DUN, dengan DAP menguasai 12 kerusi dan kemudian hilang satu kerusi apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut, Fong Pau Teck dipecat daripada parti itu ekoran perbalahan dalam parti.
PKR memenangi tiga kerusi manakala satu lagi kerusi dimenangi oleh calon Bebas.
Polis: 20 kawasan dijangka 'panas' sepanjang p'raya S'wak
Sementara itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengenal pasti 20 kawasan yang dijangka 'panas' sepanjang pilihan raya negeri itu.

IGP KHALID, BERSUARALAH!!

Selepas pendedahan oleh Sarawak Report mengenai syarikat senjata api yang didakwa milik anak perempuan Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar, banyak pihak sudah bersuara tentang perkara itu.
Semalam NGO pemantau jenayah, MyWatch tampil menyuarakan agar SPRM menjalankan siasatan sama ada syarikat tersebut memperolehi sebarang kontrak dengan kerajaan atau sebaliknya.

Jika ada, maka telah berlaku konflik kepentingan, kata Pengerusi MyWatch, Sri Sanjeevan.

Hari ini pula, Perkasa mendesak Khalid sendiri menjelaskan sekiranya syarikat anaknya itu mendapat sebarang manfaat daripada kedudukannya sebagai Ketua Polis Negara.
Pertama, Khalid kena jelaskan syarikat anak dia dapat apa-apa kontrak daripada PDRM atau tidak. Kedua, kita nak tahu jangka masa syarikat itu ditubuhkan, semenjak dia jadi KPN atau sebelumnya, kata Ketua Biro Pemantauan dan Integriti Perkasa, Azrul Akmal Saharudin.

Tetapi, mengapa sehingga ini Khalid masih berdiam diri sedangkan dalam isu-isu lain, beliau begitu pantas memberi reaksinya?

Penjelasan Timbalan Ketua Polis Negara, Noor Rashid Ibrahim dalam isu ini langsung tidak memadai kerana jawapan yang perlu didengari ialah daripada Khalid sendiri.

Bersuaralah Khalid, kalau tidak pun...tulislah sesuatu melalui Twitter!!