Ahad, 24 April 2016

Sekatan pemimpin bercanggah Seksyen 67 Akta Imigresen

KUCHING 24 April: Tindakan kerajaan negeri Sarawak menghalang ahli politik pembangkang masuk ke negeri itu didakwa tidak sah.
lee-khai-loon
Adun Machang Bubuk, Lee Khai Loon, dalam kenyataan medianya menegaskan tindakan tersebut jelas bercanggah dengan Seksyen 67 Akta Imigresen yang menyatakan sekatan tidak boleh dikenakan terhadap individu yang mahu ke Sabah dan Sarawak untuk tujuan aktiviti politik.
Malah tegasnya tindakan itu hanya mencerminkan keangkuhan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang secara sengaja telah menyalahguna kuasa bagi menekan pemimpin pembangkang.
“Hasrat rakyat adalah untuk satu pilihanraya yang adil, bersih dan informasi yang bebas, larangan ini jelas bertentangan dengan prinsip adil dan terbuka.
“Malah mengikut laporan dikemukakan oleh Merdeka Centre, 46% pengundi tidak setuju dengan tindakan tersebut,” jelasnya.
Jumaat lalu, Setiausaha Pengelola KEADILAN Pulau Pinang itu dan Pengarah Strategik KEADILAN pusat, Sim Tze Tzin dihalang masuk ke Sarawak setelah tiba ke negeri itu  kira-kira jam 11.45 pagi.
Sementara itu, Naib Presiden KEADILAN, Shamsul Iskandar Md Akid pula turut menerima nasib sama pada Sabtu.

PRN Sarawak: Adenan takut isu nasional jejas kedudukannya.

DEMI SARAWAKTindakan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem mencabar pembangkang untuk tidak memainkan isu nasional dalam Pilihanraya Negeri Sarawak (PRN) akan datang jelas menunjukkan kegusaran beliau terhadap kegagalan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Pengarah Strategi KEADILAN, Sim Tze Tzin berkata, Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu tahu sekiranya Pakatan Harapan (PH) terus memainkan isu nasional terutamanya skandal 1 Malaysian Development Berhad (1MDB) sepanjang tempoh berkempen diadakan, ia akan menyebabkan Barisan Nasional (BN) hilang sokongan .
“Cabaran ini menunjukkan bahawa Adenan Satem takut.
“Isu 1MDB adalah isu besar yang akan menjatuhkan Najib, dan sudah tentu ia liabiliti kepada BN dan Adenan sendiri.
“Isu nasional terutama skandal berkaitan 1MDB contohnya adalah merupakan isu ‘good governance’ , ia jelas menunjukkan di bawah pentadbiran Najib memang tiada ketelusan,ia memang satu isu besar,” katanya ketika dihubungi.
Adenan dalam satu perjumpaan bersama pekerja pembalakan di Miri pada 20 April lalu dilaporkan menyuarakan cabaran agar pembangkang hanya berdepan dengan BN atas isu-isu mengenai rakyat Sarawak.
Beliau  mempertahankan Najib dan menyatakan sokongannya kepada Presiden Umno itu secara terbuka.
“Adenan sebenarnya tunduk kepada Najib untuk mendapatkan semua peruntukkan, duit dan jentera pilihanraya yang kebanyakkan datang dari Umno,” kata Ahli Parlimen Bayan Baru lagi mengulas tindakan Adenan.

Rakyat diketawa, suratan atau kebetulan

Oleh MUHAMMAD SYAFIQ AZMI
Pernahkah anda semua terfikir setiap negara hanya akan sesuai untuk satu genre sahaja dalam bidang seni lakonan mereka. Mungkin tidak banyak industri lakonan yang mampu untuk mempunyai lebih dari satu genre.
Sebagai contoh kita lihat negara Indonesia. Mereka dari pengamatan saya mahir dalam mengeluarkan filem yang berunsur seram. Kepakaran mereka walau filem tersebut genrenya komedi seram, seramnya akan tetap dirasai.
Jika kisah hantu yang dihasikan oleh negara barat (zombie atau pontianak) bagi saya sedikit pun tidak menyeramkan.
Jika filem aksi yang berkualiti tentunya dari negara seperti China atau Hong Kong. Pendek kata bila aksi pergaduhan seperti yang dipaparkan dalam filem seperti Ip Man akan sentiasa dinanti tayangannya. Itulah identiti mereka walau tajuknya Kung Fu Hustle atau Shoalin Soccer, komedi itu akan tenggelam dengan lawak yang diselitkan.
Begitu juga apa yang berlaku dengan industri filem Bollywood. Cinta menjadi asas mereka membina setiap karya. Walau jalan ceritanya diselitkan dengan fantasi seperti nyanyian lagu yang sekejap ada di pantai dan sekejap di gigi gunung berapi, sesiapa yang menonton pasti merasai kerana mereka seolah melihat diri mereka di dalam layar tersebut.
Bagaimana pula dengan negara kita?
Sejak beberapa tahun yang lalu menampakkan artis komedi lebih mendapat tempat. Sifat orang Malaysia yang ceria (sambil kedua-dua tangan letak dibahu) menyebabkan filem yang bercampur unsur komedi lebih mendapat tempat.

Berbeza tidak perlu bergaduh sahabatku

Oleh DR DZULKEFLY AHMAD
Sahabatku...
Meskipun kita sudah tidak bersama dalam wadah yang pernah sama-sama kita dukungi....

Meskipun kita tidak lagi bermusyawwarah dan 'bertikam lidah' dalam mencari posisi yang terbaik dalam setiap laluan sukar dan getir, untuk memajukan perjuangan ini. Meskipun kita telah punyai wadah yang berbeza untuk meneruskan perjuangan untuk seketika ini, semasa sisa-sisa hidup ini masih bermakna dan bererti lagi dalam kudrat yang masih dizinkan Ilahi....
Meskipun tampak bersimpang-siur laluan yang kita tempuhi mutakhir ini.. sejak berpisah dulu hari...
Namun harus kau ketahui sahabatku..
Sejak sebelum meninggalkan kau dulu lagi..telah ku pinta pimpinan tertinggi mempertautkan hati-hati ini, meskipun dalam seanika perbezaan dan perbalahan ide bagi mencari yang asli, murni, terkini dan kontemporari...
Meskipun kita berbeza pandangan...hati ini tidak sanggup memusuhimu kerana kita bersahabat bukan kerana wadah dan kepentingan dunia yang dicari...
Kita bersahabat kerana dipertautkan hati ini demi menjunjung tinggi perintah Ilahi, membebaskan manusia dari belenggu penguasa yang menzalimi, supaya kemuliaan insan (Karamah Insaniyah) diangkat agar membenteras segala bentuk diskriminasi dan kezaliman,  supaya rakyat disejahterakan dan negara di makmurkan dan.. Agama dimuliakan... lalu mencorak segala tata-kelola pentadbiran supaya bebas segala pembaziran, pembolotan, rasuah dan kebobrokan....
Justeru sahabatku...
Hakikatnya kita sudah berada di wadah yang berlainan buat kini.... Ayoh teruskan perjuangan di wadah yang diyakini...saling mendoakan kejayaan dan memaafkan kekurangan dan kesilapan..
Izinkan dinamika perjuangan menentukan bagaimana ia akan kembali mencari posisi terkuatnya nanti...kerana milik perjuangan ini pada hakikatnya ialah AlLah Azza Wajalla sendiri....

'Datuk Seri' Razif ditarik balik, Hisham minta tenang


Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein menggesa semua pihak supaya bertenang berikutan persoalan terhadap kemungkinan hubungan tegang di antara istana dan Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abdul Rahman.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas spekulasi bahawa Sultan Mizan Zainal Abidin telah membatalkan semua gelaran rasmi yang diberikan kepada Razif.
"Saya minta semua bertenang. Kita belum tau apa perkembangan sebenarnya (Di Terengganu).
"Tetapi selaku mantan Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu, ini bukan satu perkara yang tak pernah kita lalui. Yang penting sekarang adalah untuk pastikan apa dia perkara yang boleh pecah-belahkan kita, kita kurangkan," kata menteri pertahanan itu selepas pelancaran Program Khidmat Negara 2.0 di KLCC Kuala Lumpur.
"Saya minta jangan beremosi, bertenang. Pastikan kelebihan kepada badan perhubungan dan negeri itu lebih dari kepentingan individu," katanya.
Ditanya sama ada BN Terengganu dalam bahaya kerana ia hanya mempunyai majoriti dua kerusi, Hishammuddin menafikannya.
"Kita telah buktikan sebelum ini kalau kita letak kepentingan parti dan negeri lebih besar, dua kerusi bukan suatu yang membimbangkan," katanya.

Shahrizat beri bag tangan untuk petugas wanita PRN Sarawak

#eCeramah: Disiarkan di Beaufort 24 April 2016 anjuran KEADILAN Beaufort

Kronologi krisis kepimpinan Terengganu

Abim gesa laporan audit 1MDB dikeluarkan dari OSA


Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menggesa Dewan Rakyat menarik balik klasifikasi rahsia yang dikenakan ke atas laporan 1MDB yang disediakan oleh Ketua Audit Negara.
 Ia susulan laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung kelemahan pentadbiran serta pengurusan 1 MDB sepertimana yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada 7 April 2016 yang lalu.
"Pembentangan laporan PAC (yang turut disiarkan kepada masyarakat awam) itu menimbulkan pelbagai persoalan daripada rakyat Malaysia yang prihatin," kata Presiden Abim, Mohamad Raimi Ab Rahim dalam kenyataan media hari ini.
"Sekiranya dokumen laporan Ketua Audit Negara diklasifikasikan semula sebagai dokumen awam, ia membolehkan ahli parlimen (di Dewan Rakyat), badan-badan kerajaan yang berkenaan, di samping rakyat menjadikannya sebagai sumber rujukan serta perbandingan bagi mengesahkan dengan laporan PAC.
Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia sebelum ini memberitahu laporan Ketua Audit Negara tidak boleh dibentangkan lagi kerana ia masih diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).
Terbaru, kata Mohamad Rami, berkata gesaan agar laporan tersebut dijadikan sebagai dokumen awam juga dibuat oleh Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.

Khairuddin: Saya sokong pembebasan Anwar


Bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan Datuk Khairuddin Abu Hassan hari ini mengulangi hasratnya untuk melihat pembebasan pemimpin pembangkang yang dipenjarakan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
 Pemimpin akar umbi Umno yang keluar parti itu pada 29 Februari berkata demikian semasa kempen untuk meraih tandatangan bagi Deklarasi Rakyat yang diterajui oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ketika melakukan tinjauan mesra di Kompleks Muhibbah Ampang, Selangor hari ini, beliau berkata beliau mengekalkan pendirian yang sama walaupun masih merupakan ahli Umno ketika dibebaskan dari penjara pada November lalu.
"Apabila saya dibebaskan dari penjara, saya telah (umumkan) kepada orang ramai bahawa jika ada apa-apa langkah untuk membebaskan Anwar, saya akan jadi orang yang pertama dari Umno untuk hadir dan sokong," tegas Khairuddin.
Beliau mengulas hashtag '#free Anwar' yang terdapat di kain rentang Deklarasi Rakyat seperti dipaparkan semasa tinjauan mesra hari ini.

JIKA NAJIB TIDAK BERUNDUR, GANDINGAN MAHATHIR - ANWAR ADALAH LAWANNYA DALAM PRU 14 NANTI

Setelah sekian lama bermusuhan, secara semangatnya Gerakan Selamatkan Malaysia dan Deklarasi Rakyat yang bertujuan mendesak pengunduran Najib Razak telah mencantumkan semula Tun Mahathir Mohamad dengan Anwar Ibrahim yang bermusuhan sejak 1998 yang lalu.

Bermula dengan Anwar menyatakan sokongan terbuka kepada usaha yang dilakukan oleh Tun Mahathir mewujudkan Deklarasi Rakyat, sambil mengatakan demi kepentingan negara, beliau sudah pun memaafkan bekas Perdana Menteri itu, ia kini memasuki episod yang lebih jelas apabila Gerakan Selamatkan Malaysia turut diketuai oleh Kamaruddin Jaafar.

Kamaruddin, Ahli Parlimen Tumpat,  memang diketahui umum sebagai orang kepercayaan Anwar sejak dulu. Apabila Anwar dipecat daripada UMNO, beliau memilih menyertai Pas dan dilantik sebagai Setiausaha Agung parti itu. Apabila Pas bermasalah di mana sebahagiannya menubuhkan Amanah, beliau sebaliknya memilih menyertai PKR.

Namun di mana pun Kamaruddin berada, hati dan kesetiaannya tetap pada Anwar. Selain beliau kini menjadi Ketua Sekretariat Gerakan Selamatkan Malaysia, Azmin Ali yang juga merupakan orang kanan Anwar telah bermurah hati menyediakan sebuah pejabat bagi gerakan tersebut.

Difahamkan juga bahawa Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PKR turut tiada bantahan terhadap perlantikan Kamaruddin itu yang sekaligus memberi gambaran semua elemen yang rapat dengan Anwar sedia untuk bersama Tun Mahathir.

Melalui pimpinan baru Gerakan Selamatkan Malaysia bagi mencapai matlamat awal mengumpul sejuta tandatangan Deklarasi Rakyat dan akan mempunyai pejabat sepenuh masa, Tun Mahathir dilaporkan telah menyatakan persetujuan untuk turun ke negeri-negeri bagi semua program yang akan diatur nanti.
Bermakna, secara tidak langsung sudah wujud kebersamaan nurani antara Tun Mahathir dengan Anwar bagi menumbangkan Najib.

Kebersamaan itu bukan saja untuk mendesak pengunduran Najib dalam tempoh segera, khususnya berkaitan skandal 1MDB dan wang RM2,600 juta, malah jika Perdana Menteri terus berdegil tidak mahu berundur, ia pasti akan berlarutan sehingga kepada pertembungan dalam pilihanraya akan datang.

#DemiSarawak – Mini Hydro Project


RM26 for change - Demi Sarawak - Mini Hydro Project


RM26 for Change - How to donate online


RM26 for change -Rafizi Ramli


RM26 for Change - Nurul and Rafizi


PRN Sarawak: KEADILAN lancar ‘ADIL’ si Badak Sumbu jadi maskot

Cgx1-kDUcAAwLOBKUCHING 24 APR: KEADILAN Sarawak melancarkan ‘ADIL’ si Badak Sumbu sebagai maskot parti itu dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 pada 7 Mei depan.
Naib Pengerusinya, See Che How, berkata badak sumbu dipilih kerana haiwan itu berkait rapat dengan daerah Borneo selain melambangkan semangat keberanian, ketabahan dan kebolehpercayaan.
“Badak sumbu hidup di dalam habitat yang penuh cabaran, tetapi ia mempunyai ketabahan dan kekuatan untuk menghadapi cabaran itu, ia serupa dengan KEADILAN, dengan ramai pimpinan telah ditahan dan didakwa di atas sebab politik.
“Ia antara binatang yang paling besar di atas muka bumi, dan langkahnya stabil dan mantap, ia menggambarkan semangat perjuangan parti yang tidak pernah luntur.
ADIL“Kegagahannya juga mencerminkan sifat pimpinan KEADILAN yang sentiasa berusaha keras mempertahan kepentingan rakyat dan demokrasi negara,” katanya dipetik Keadilan Daily.
Katanya, pemilihan maskot itu, KEADILAN Sarawak terus memperjuangkan politik progresif dan tidak bersifat perkauman bagi mematahkan politik Barisan Nasional (BN) yang diselubungi rasuah dan pelbagai skandal.
Beliau turut berharap rakyat negeri itu dapat turut menghayati semangat badak sumbu untuk bersatu bagi terus berani menolak keboborokan rejim BN.
Penyokong boleh mendapatkan patung maskot ‘ADIL’ si Badak Sumbu dengan melayari sesawang www.rm26.my.

Wartawan Malaysiakini keluar Sarawak, bimbang ancaman keselamatan

Artikel yang disiarkan Khamis lepas melaporkan Annuar meminta rakyat Sarawak mengundi BN pada pilihan raya negeri 'supaya pemimpin Islam boleh terus menerajui kerajaan Sarawak.'
Steven-Gan,Kow-Gah-Chie-1
PETALING JAYA: Susulan penyebaran gambar seorang wartawan portal Malaysiakini di media sosial, pengarangnya terpaksa mengarah supaya wartawan itu meninggalkan Sibu, Sarawak kerana bimbang keselamatannya terancam.
Ketua Pengarang Malaysiakini, Steven Gan dilapor berkata, pengedaran gambar wartawan terbabit, Kow Gah Chie berlaku selepas dia didakwa menulis artikel mengelirukan dengan memetik kenyataan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Nangka, Annuar Rapaee.
“Walaupun kami telah memanggil semula Gah Chie atas sebab-sebab keselamatan, Malaysiakini akan terus membuat liputan pilihan raya di negeri itu dengan beberapa wartawan yang lain,” katanya, lapor Malaysiakini, hari ini.
Artikel yang disiarkan Khamis lepas melaporkan Annuar meminta rakyat Sarawak mengundi BN pada pilihan raya negeri ‘supaya pemimpin Islam boleh terus menerajui kerajaan Sarawak.’
Kemudian pada hari yang sama, Annuar memberi reaksi terhadap laporan itu memberitahu bahawa kenyataannya diambil di luar konteks.
Malaysiakini mempertahankan laporannya turut memetik Annuar menafikan bahawa beliau bermain sentimen kaum dan agama.
Manakala, polis Sarawak dilapor mengesahkan Gah Chie disiasat mengikut Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan.
Gan menambah, laporan polis itu sebagai percubaan terbaru untuk menakut-nakutkan wartawan di Malaysia.
“Ini bertujuan membawa kesan yang menakutkan ke atas media menjelang pilihan raya negeri. Kita tidak harus tunduk kepada gangguan itu,” tegas Gan.

'Nancy tak matang sokong larangan masuk ke Sarawak'


Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri "tidak matang" apabila menyokong larangan kemasukan ahli-ahli politik pembangkang ke Sarawak dengan alasan mengekalkan keharmonian, kata Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago.
 Nancy, yang juga Ahli Parlimen PBB untuk Batang Sadong, menggesa orang luar yang tidak tahu mengenai negeri itu agar tidak campur tangan dengan keputusan berkenaan.
"Komen Nancy adalah tidak matang dan tidak masuk akal kerana tidak membenarkan ahli-ahli politik pembangkang masuk ke negeri itu, menafikan akses kepada pandangan alternatif, terutamanya di kawasan luar bandar.
"Ia merupakan satu pukulan terhadap semangat pilihan raya bebas dan adil kerana ahli politik pembangkang tidak dapat berkempen dan mendidik pengundi," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau juga mempersoalkan sekiranya senarai individu diharamkan itu dilakukan kerana takut terhadap serangan pembangkang sejak pilihan raya negeri 2011.
Mereka yang dilarang memasuki Sarawak termasuk Ahli Parlimen DAP Liew Chin Tong, Anthony Loke dan Tony Pua, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar, Exco Pulau Pinang Dr Afif Bahardin dan Speaker DUN Selangor Hannah Yeoh.
Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah juga dihalang daripada masuk ke negeri itu.

Sarawak mascot war

MB Terengganu Ahmad Razif Enggan Ulas Isu Tarik Gelaran

Sarawak not likely to 'ubah' in the next 20 years

Laporan PAC disunting, PERKASA gesa tubuhkan RCI

PERKASA desak IGP jelaskan sendiri isu syarikat senjata api, bukannya timbalan

Hubungan Ahmad Razif, istana kini timbulkan persoalan


Hubungan antara istana dan Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman kini menimbulkan persoalan selepas beliau diperkenalkan dalam dua majlis rasmi tanpa gelaran darjah kebesaran 'Datuk Seri'.
Pengerusi PKR negeri, Azan Ismail berkata majlis yang diadakan semalam dan pagi ini hanya menyebut Ahmad Razif sebagai 'Yang Amat Berhormat Menteri Besar, tanpa gelaran lain.
"Ini sudah tentu bertentangan dengan amalan biasa," kata ADUN Bandar itu kepada Malaysiakini.
Portal AMANAH, Malaysia Dateline semalam memetik sumber yang mendakwa Sultan Mizan Zainal Abidin pada Jumaat lepas telah menarik balik gelaran kepada Ahmad Razif hingga mencetuskan khabar angin mengenai pertukaran menteri besar.
 Menurut laporan Harian Metro pagi ini, Razif turut hadir semasa pelancaran majlis Persidangan Wakaf Senusantara 2016 di Hotel Primula di Kuala Terengganu yang dirasmikan oleh Sultan Mizan.
Razif, bersama-sama dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu Datuk Osman Muda, bagaimanapun dilaporkan meninggalkan majlis sebelum wartawan mendapatkan komen mengenai perkara itu.
Satu kejadian yang sama telah dilaporkan berlaku pada majlis Umno Dungun malam tadi.
Malaysiakini telah menghubungi Ahmad Razif untuk mendapatkan komen.

Razif enggan ulas Sultan Mizan tarik gelaran ‘Datuk Seri’

Difahamkan Sultan Terengganu belum mengeluarkan titah rasmi dan perlucutan anugerah itu hanya disuarakan secara lisan.
razig
KUALA TERENGGANU: Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman enggan mengulas ketika ditanya mengenai desas-desus penarikan balik darjah kebesaran istana Terengganu yang diberikan kepadanya.
Berita Harian hari ini melaporkan, beliau hanya mengucapkan ringkas ‘terima kasih’ dan menaiki kenderaan rasminya apabila diserbu wartawan sebelum meninggalkan Majlis Perasmian Persidangan Wakaf Senusantara 2016, di Hotel Primula, di sini, sebentar tadi.
Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Osman Muda turut enggan mengulas apabila ditanya mengenai viral perlucutan gelaran itu.
Sementara itu, BH difahamkan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin belum mengeluarkan titah rasmi berhubung isu perlucutan itu. Difahamkan juga titah mengenai perlucutan anugerah itu hanya disuarakan secara lisan.
Ahmad Razif dianugerahkan pingat Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZ) yang membawa gelaran Datuk Seri sempena sambutan ulang tahun ke-53 pada 24 April 2015.
Pagi ini, pada majlis Persidangan Wakaf Senusantara 2016, gelaran Datuk Seri tidak disebut oleh pengacara majlis, sekadar menyebut Yang Amat Berhormat (YAB) Menteri Besar Terengganu.
Sultan Mizan berangkat dan merasmikan Persidangan Wakaf Senusantara 2016 itu.
Pada ucapan alu-aluan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom hanya menyebut Menteri Besar dan bukannya Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman seperti ucapan majlis lain, sebelum ini.

Terengganu dalam krisis: Hilang golongan profesional punca Hadi enggan campur, kata Amanah


Hasbie yakin Pas mahu Umno kekalHasbie yakin Pas mahu Umno kekal
Keengganan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menggunakan peluang di sebalik krisis politik BN di Terengganu termasuk menuntut pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun) dilihat akibat daripada perpecahan parti Islam itu.
Penulis buku politik, Hasbie Muda berkata, Pas mungkin tidak bersedia untuk mentadbir Terengganu memandangkan sebahagian besar golongan profesional telah mengucapkan selamat tinggal kepada parti tersebut.
"Beberapa orang Adun Pas yang berpotensi jadi MB (Menteri Besar) seperti Dr Syed Azman dan Datuk Tengku Hassan pula tidak dianggap berfikrah jelas," ujarnya ketika dihubungi Malaysia Dateline hari ini.
Beliau yang juga ketua pemuda Amanah Terengganu mengulas dakwaan kemurkaan Sultan Terengganu terhadap Datuk Seri Mohd Razif Abdul Rahman baru-baru ini, mengesahkan situasi tersebut berlaku apabila Adun Seberang Takir itu dikatakan tersalah cakap dalam ucapannya yang kemudian dilihat seolah-olah memperkecilkan pihak istana.
Sementara itu, Dr Syed Azman di Twitter beliau hari ini berkata, pergolakan politik Terengganu itu memerlukan pemimpin politik mengetepikan sentimen kepartian sempit demi masa depan negeri tersebut.
Untuk rekod, BN menawan 17 kerusi Dun dalam keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 lalu, iaitu hanya mempunyai kelebihan dua kerusi berbanding Pas manakala PKR sekadar menang satu kerusi.
Namun, perkembangan mutakhir menyaksikan Umno dan Pas memiliki jumlah Dun sama banyak iaitu masing-masing 14 kerusi apabila tiga Adun Umno diketuai bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dikatakan menjadi Adun Bebas.
Hadi pula ketika Ahmad bulan lalu mengemukakan usul tidak percaya kepada Razif, mengharapkan kesemua Adun dari partinya untuk tidak campur tangan dalam tuntutan berkenaan manakala jentera Pas Terengganu diminta bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya.

PAS bertembung Pakatan Harapan di 11 kerusi di Sarawak

Parti Islam PAS dijangka bertembung dengan bekas sekutu Pakatan Rakyat PKR dan DAP, serta Parti Amanah Negara (AMANAH), dalam sekurang-kurangnya 11 kerusi pada pilihan raya negeri Sarawak akan datang.
The Borneo Post hari ini melaporkan PAS akan bertembung dengan AMANAH di lima kerusi - Samariang, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau dan Beting Maro - berdasarkan senarai calon yang diumumkan awal bulan ini.
Timbalan Presiden AMANAH Salahuddin Ayub Jumaat lalu mengumumkan senarai 13 calon parti itu termasuk dua Kristian dan dua wanita.
Salahuddin dilaporkan berkata bahawa AMANAH akan menentang Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), tetapi mereka juga mengalu-alukan persaingan daripada PAS.
Sebagai respon kepada Salahuddin, portal Antarapos semalam memetik Pesuruhjaya PAS Sarawak Jofri Jaraiee yang berkata langkah itu akan hanya menyebabkan perpecahan undi untuk parti-parti pembangkang dan memberi kelebihan kepada BN.
Bagaimanapun, PAS katanya tidak boleh menghalang AMANAH untuk bertanding, namun mahu melihat berapa banyak undi yang mereka boleh perolehi. Paling penting, katanya, PAS telah bekerja di kerusi yang ditandinginya untuk masa yang lama.

Ahmad Razif enggan ulas gelaran Datuk Seri ditarik balik


Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman enggan mengulas mengenai desas-desus penarikan balik darjah kebesaran istana Terengganu yang diberikan kepadanya.
Beliau hanya mengucapkan ringkas 'terima kasih' dan menaiki kenderaan rasminya apabila diserbu wartawan sebelum meninggalkan Majlis Perasmian Persidangan Wakaf Senusantara 2016, di Hotel Primula, di Kuala Terengganu tengah hari tadi.
Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Osman Muda turut enggan mengulas apabila ditanya mengenai viral perlucutan gelaran itu.
 Sementara itu, Berita Harian turut melaporkan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin belum mengeluarkan titah rasmi berhubung isu perlucutan itu.
Akhbar itu juga difahamkan titah mengenai perlucutan anugerah itu hanya disuarakan secara lisan.
'Dimurkai Sultan ketika solat Jumaat'
Terdahulu portal Malaysia Dateline melaporkan Ahmad Razif kini tidak mempunyai sebarang gelaran kebesaran selepas ditarik balik petang Jumaat lalu.
Memetik sumber dari Kuala Terengganu, portal itu melaporkan kemungkinan Ahmad Razif menjadi menteri besar paling singkat dalam sejarah Terengganu apabila berdepan krisis dengan istana.
Ahmad Razif dilantik menjadi menteri besar bagi menggantikan Datuk Seri Ahmad Said Mei tahun lepas (2015).
Malaysia Dateline melaporkan Razif menyerahkan semua darjah dan bintang kebesarannya selepas dimurkai oleh pihak Istana ketika mengiringi Sultan Terengganu menunaikan solat Jumaat.
Ahmad Razif dianugerahkan pingat Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZ) yang membawa gelaran Datuk Seri sempena sambutan ulang tahun ke-53 pada 24 April 2015.
Pagi ini, pada majlis Persidangan Wakaf Senusantara 2016, gelaran Datuk Seri tidak disebut oleh pengacara majlis, sekadar menyebut Yang Amat Berhormat (YAB) Menteri Besar Terengganu.
Sultan Mizan berangkat dan merasmikan Persidangan Wakaf Senusantara 2016 itu.
Pada ucapan alu-aluan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom hanya menyebut Menteri Besar dan bukannya Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman seperti ucapan majlis lain, sebelum ini.

Surau2, masjid2 seluruh M'sia dibina guna duit UMNO...!!!!

Surau2, masjid2 seluruh M'sia dibina guna duit UMNO.
Abes gaji2 pemimpin UMNO digunakan buat masjid...

Jangan harap nak tengok muka dia ni kat VVIP club mcm kat club KLGCC tuh...

Muka masjid mcm nih la sepatutnya kita lantik jadi imam.

Amacam...

Sifat2 azali dlm diri pemimpin UMNO..

1) Kuat kencingkan rakyat
2) Kuat rompak duit poket rakyat
3) Kuat ampu sambil jilat sampai mati
4) Kuat LUDAH DAN JILAT BALIK..

GST: FAKTA Yang Perlu Rakyat Tahu TERUTAMA pemakan dedak...



GST system cukai yang digunapakai di kebanyakan negara. Negara lain bila GST diperkenalkan, kjaan di sana akan memastikan cukai sedia ada dikurang demi kesejahteraan rakyat.. berbeza di Malaysia.. cukai SST dimansuhkan, tapi DIGANTIKAN CUKAI sehingga rakyat terus dibebani dgn peningkatan kos sara hidup..

GST memberi pulangan kepada kerajaan tapi BUKAN kepada rakyat... malah janji hasil GST akan dikembalikan kepada rakyat tidak ditepati.. kerana kjaan memerlukan GST bagi menampung amalan KETIRISAN & KEBOROSAN yang memudaratkan negara.. dan rakyatnya..

1MDB: DAH LAH SULIT.. tak bayar cukai plok !!!



Guna Akta Syarikat xde masalah... kononnya 'privacy'.. TETAPI bila syarikat itu adalah MILIK PENUH KERAJAAN & libatkan pemimpin negara sbg Pengerusi & Lembaga Penasihat 1MDB dan mungkin juga melibatkan dana/ duit negara, SEPATUTNYA dinyatakan dgn terperinci sbb kewangan negara merupakan duit rakyat.. BUKANNYA DUIT ROSMAH-NAJIB !!!.. Rakyat berhak utk tahu...

Berani Kerana Benar, TAKUT KERANA SALAH !!

KENAPA klu rakyat xbyr cukai digelar PENGKHIANAT tetapi utk 1MDB nak panggil apa plok !!!

Itu pon pemakan dedak masih tak sedar2 lagi..

Pemimpin Bermewah.. Rakyat Bayar GST..!!!


Bertuah pemimpin2 di M'sia ada rakyat yg bermurah hati yg beri kemewahan & kesenangan kpd MEREKA tetapi dlm masa yg sama rakyat mengharungi keperitan hidup kos sara hidup yg tinggi demi mencari nafkah utk keluarga..

Semenjak Rosmah berstatus FLOM perbelanjaan di Jabatan Najib (JPM) terus meningkat berlipat kali ganda dari PM-PM sesebelumnya...

MB Terengganu enggan ulas gelaran Datuk Seri ditarik balik

Terengganu sedia hadapi Pilihan Raya Negeri selepas Sarawak

Terengganu besar kemungkinan akan berhadapan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) selepas PRN Sarawak apabila berlaku krisis Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman dengan istana di samping kedudukan kerajaan negeri yang tidak stabil kerana jumlah Adun kerajaan dan pembangkang hampir sama.
Menurut sumber, kata sepakat hampir dicapai agar PRN diadakan bagi menyelesaikan kemelut yang ada di negeri itu. Namun, Ahmad Razif dikatakan tidak akan bertanding lagi dalam pilihan raya ini.
"Possible (mungkin)," kata Adun Batu Burok, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi ketika diminta mengulas apa yang berlaku di negeri ini.
Jumaat kelmarin, Menteri Besar Ahmad Razif hilang semua anugerah kebesarannya apabila Istana Terengganu murka kepada beliau dan meminta agar semua anugerah itu diserahkan.
Ia berlaku ketika tidak ada pihak yang mempunyai majoriti dalam Dewan Undangan Negeri Terengganu apabila tiga Adun Umno yang diketuai bekas menteri besar Datuk Seri Ahmad Said dikatakan menjadi Adun Bebas.
BN kini tinggal 14 Adun, PAS (14) manakala PKR (1) dalam DUN yang mempunyai 32 ahli itu.
8 Mac lepas, Ahmad Said mengemukakan usul tidak percaya kepada Menteri Besar Ahmad Razif Abdul Rahman namun usul itu ditolak oleh Speaker dari dibahas apatah lagi diundi.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula mengarahkan Adun-adun PAS agar jangan masuk campur dalam isu ini (tidak menyokong usul Ahmad Said) manakala jentera PAS Terengganu pula diminta bersedia untuk hadapi pilihan raya.
Menurut Bernama, Pas Terengganu berada dalam keadaan siap sedia untuk menghadapi kemungkinan Pilihan Raya Negeri dalam masa terdekat.
Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri, Dr. Alias Razak berkata, parti itu kini berada pada kedudukan yang sangat kukuh untuk menghadapi sesiapa sahaja dalam pilihan raya tersebut.
Menurutnya, Pas sedia hadapi tentangan sengit Barisan Nasional (BN) dan pendatang baru dalam pilihan raya iaitu Parti Amanah Negara.
"Walaupun kali ini Pas bersendirian tanpa PKR dan DAP, dengan keadaan UMNO dan BN yang makin celaru ini, kita yakin kita boleh menang dengan selesa sekali gus menawan semula Terengganu.
"Kita telah keluarkan arahan agar jentera di peringkat tertinggi hingga peringkat paling bawah bersiap sedia," katanya yang juga Adun Bukit Tunggal ketika dihubungi Bernama 18 April lepas.

Majlis rasmi tidak sebut gelaran MB Terengganu lagi


Razif mendengar ucapan Tuanku SultanRazif mendengar ucapan Tuanku Sultan
Pengacara dua acara yang disertai oleh Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman malam tadi dan hari ini tidak lagi menyebut gelaran beliau sebagaimana biasa, lapor Harian Metro.
"Berdasarkan dua program termasuk persidangan yang sedang berlangsung itu (di Primula Hotel hari ini) gelaran berkenaan tidak disebut oleh pengacara majlis.
"Malah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom hanya menyebut Menteri Besar dan bukannya Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman," lapor versi online media itu.
Razif dan Sultan Terengganu menyertai majlis perasmian Persidangan Wakaf Senusantara 2016 di Kuala Terengganu pagi ini (gambar) manakala malam tadi Razif menyertai majlis Umno di Dungun.
Dalam laporan itu juga, Harian Metro melaporkan, Ahmad Razif dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Osman Muda terus beredar sebaik selesai majlis perasmian Persidangan Wakaf Senusantara 2016 yang dirasmikan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, di Hotel Primula, di sini, pagi tadi.
Walaupun wartawan bertanyakan mengenai dakwaan penarikan gelaran kebesaran Datuk Seri Menteri Besar itu yang tersebar di laman sosial sejak semalam, Ahmad Razif dan Osman tidak menjawab sebaliknya bergegas meninggalkan majlis.
Semalam, di majlis Himpunan Padu Rakyat Dungun di Dataran Tanah UMNO Bahagian Dungun dan Perasmian Pusat Transformasi Luar Bandar Terengganu di Bandar Al-Muktafi Billah Shah, pengacara majlis hanya menyebut Menteri Besar.
Malaysia Dateline malam tadi melaporkan, semua gelaran yang diberikan oleh Istana Terengganu kepada menteri itu telah ditarik balik petang Jumaat lepas.

DAP Sibu dakwa orang ramai ditawar RM100 untuk hadiri acara Adenan


DAP Sibu mendakwa orang ramai ditawarkan insentif wang tunai untuk menghadiri satu acara tertutup dengan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem semalam, yang dianjurkan oleh sebuah syarikat pembalakan
Facebook pilihan rayanya memuat naik gambar dan rakaman video orang ramai di majlis itu kononnya memberi maklumat mereka sebagai pertukaran untuk RM100 dan baju-T.
 Mesej telefon bimbit yang mendakwa mereka yang menghadiri majlis itu akan dibayar RM100 turut bocor dan disiarkan di laman Facebook itu.
Ketika dihubungi, seorang kakitangan syarikat berkenaan menafikan membayar orang ramai yang menghadiri acara itu.
"Tidak ada perkara seperti itu," kata seorang kakitangan yang tidak mahu namanya disiarkan.
Majlis tersebut telah diadakan pada pukul 10 pagi semalam di dewan sivik.
Ketika dihubungi, Ahli Parlimen DAP Sibu, Oscar Ling mengesahkan menerima gambar-gambar orang ramai berkumpul berhampiran dewan sivik itu.
Menurut Ling, berita mengenai 'bayaran' RM100 dan baju-T itu telah dihantar tetapi apabila hadir, mereka diberitahu ia akan diedarkan minggu depan.
"Mesej disebarkan bahawa mereka yang hadir akan menerima RM100 dan baju-T.
"Bagaimanapun, ini tidak berlaku apabila mereka muncul. Mereka diberitahu untuk mendaftarkan butiran diri mereka dan mereka hanya akan menerima wang seminggu kemudian," dakwanya.
Satu gambar mesej teks yang dikatakan mempromosikan acara itu turut dikongsi oleh pihak pembangkang itu,

'GST, 1MDB juga isu tempatan di Sarawak'


Sejak dua hari lalu, pemimpin DAP dilihat menggunakan kempen mereka untuk menyerang hubungan antara kerajaan BN Sarawak dan rakan sejawatannya dari pusat.
Mereka berkata ahli parlimen Sarawak sama bersalah kerana menaikkan kos sara hidup dengan membenarkan GST untuk melalui Parlimen BN yang dikuasai pada tahun 2013.
Pemimpin pembangkang juga berkata BN negeri harus sama dipersalahkan kerana skandal kewangan 1MDB.
"Malaysia telah menjadi sangat, sangat terkenal. Rasuah total. Lima puluh tujuh tahun di bawah kerajaan BN yang sama," pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang memberitahu orang ramai di Bau dan Batu Kawah, malam tadi. Kedua-dua bandar-bandar majoriti Cina itu terletak berhampiran Kuching.
"Lima perdana menteri, tetapi tidak pernah sebelum ini kami lihat skandal kewangan yang mengelilingi dunia, kecuali di bawah (Perdana Menteri) Najib Razak," katanya.
Pemimpin BN Negeri berkata, mereka tiada kaitan dengan skandal 1MDB.
Pada Rabu lalu, Adenan mencabar pembangkang untuk berpegang kepada 'isu-isu tempatan.
"Saya cabar parti-parti pembangkang, terutamanya DAP. Jangan heret isu-isu nasional ke Sarawak. Lawan saya dan pasukan saya mengenai isu-isu tempatan. Jangan gunakan isu-isu nasional seperti 1MDB untuk menyerang Barisan Nasional Sarawak,"beliau dipetik berkata dalam The Borneo Post.
GST juga isu tempatan
Kerajaan negeri juga berkata bahawa GST, dilaksanakan April tahun lalu, merupakan isu nasional.
Christina Chew, yang mempertahankan kerusi DAP di Batu Kawah, menimbulkan rungutan rakyat tempatan mengenai kenaikan kos dan ekonomi disebabkan cukai yang dilaksanakan setahun lalu.
Abdul Aziz Isa, calon Melayu tunggal DAP yang akan bertanding di Stakan, berkata GST tidak mengecualikan sesiapa, termasuk rakyat Sarawak.

PKR nafi DAP parti pembuli

KJ hilang sokongan anak muda kata PKR

Muhyiddin Peralihan Pimpinan BUKAN Jatuhkan Kerajaan

Muhyiddin Najib Tidak Boleh Menolak Kuasa Rakyat

Muhyiddin - 1MDB Tipu Kita Tapi Macamana Najib Boleh Buat Muka Selamba jer..

Muhyiddin - 1MDB Tipu Kita Tapi Macamana Najib Boleh Buat Muka Selamba jer..

Muhyiddin- 1MDB Skim Penipu Dan Najib Bertanggungjawab Sepenuhnya Atas 1MDB