Sabtu, 23 April 2016

Terengganu dalam krisis, Istana tarik balik semua gelaran MB

Ahmad Razif MB TerengganuAhmad Razif MB Terengganu
Adun Seberang Takir, Ahmad Razif Abdul Rahman kini tidak mempunyai sebarang gelaran kebesaran lagi selepas semuanya ditarik balik petang Jumaat kelmarin, kata satu sumber dari Kuala Terengganu.
Ia akan memungkinkan beliau menjadi Menteri Besar Terengganu paling singkat dalam sejarah Terengganu apabila beliau kini berkrisis dengan istana Terengganu selepas tidak sampai setahun  dilantik menjadi menteri besar bagi menggantikan Datuk Seri Ahmad Said Mei tahun lepas (2015).
Menurut sumber, Razif menyerahkan semua darjah dan bintang kebesarannya petang semalam (Jumaat) selepas dimurkai oleh pihak Istana ketika beliau mengiringi Tuanku Sultan Terengganu menunaikan solat Jumaat.
Zahid kelihatan di Lapangan Terbang Kuala Terengganu hari iniZahid kelihatan di Lapangan Terbang Kuala Terengganu hari iniKetika dihubungi, seorang pemimpin Umno dari Terengganu yang mempunyai hubungan yang baik dengan Istana Terengganu mengesahkan berita ini.
"Comfirm. Cuma belum ada kenyataan rasmi dari istana sahaja.
"Tuanku murka dengan ucapan MB ketika mengiringi Baginda solat Jumaat semalam. Lepas Jumaat beliau serah semua darjah kebesaran," kata beliau ketika di hubungi.
Hari ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dikatakan berada di Terengganu bagi menguruskan perkara ini. Zahid dilihat berada di lapangan terbang Kuala Terengganu.
Dengan apa yang berlaku sekarang, sumber Umno itu berkata, Umno mempunyai tiga pilihan untuk dibuat.
"Pertama bubarkan Dun dengan mengadakan pilihan raya semula. Yang kedua menukar MB kepada Adun yang lain.

Ku Li: Tarik balik status rahsia laporan 1MDB

SHAH ALAM - Pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah memohon agar Parlimen dapat menarik balik status klasifikasi rahsia dan membenarkan setiap ahli Parlimen mendapatkan Laporan Ketua Audit Negara mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Menurut beliau, penarikan klasifikasi rahsia tersebut akan dapat menghapuskan rasa cemas di kalangan orang ramai yang merasakan mereka tertipu serta tidak berhak untuk mengetahui keadaan sebenar di sebalik isu skandal kewangan negara yang terbesar itu.
“Ini bermakna ahli-ahli Dewan Rakyat yang mewakili para pengundi, iaitu orang ramai, hendaklah dimaklumkan mengenai isi kandungan laporan tersebut.
 Tengku Razaleigh Hamzah “Kita harus maklum bahawa Perlembagaan Persekutuan, sebagai undang-undang negara tertinggi dan teragung semestinya diikuti dan di dokong dengan tegas,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan menerusi Facebook hari ini.
Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Datuk Hasan Ariffin dalam satu kenyataannya memaklumkan bahawa Laporan Akhir pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh Ketua Audit Negara kepada PAC Parlimen Malaysia diklasifikasikan sebagai dokumen rahsia rasmi di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.
Tengku Razaleigh yang juga merupakan ahli Parlimen Gua Musang memaklumkan bahawa saranan pengubahan itu adalah sejajar dengan keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang memaklumkan bahawa Ketua Audit Negara seharusnya menyiasat isu 1MDB dan menyerahkan hasil siasatan tersebut sebagai laporan untuk pertimbangan Dewan Rakyat.

Bukan dedak, pertahan Najib satu tanggungjawab ampu pemakan dedak

Dakwaan pemimpin di bahagian terima dedak hanyalah daripada segelintir pihak kerana sistem pemilihan dah berubah di mana kuasa memilih bukan lagi di tangan pemimpin di bahagian.
najib-umno
PETALING JAYA: Tindakan ahli UMNO mempertahankan Datuk Seri Najib Razak daripada serangan pihak-pihak tertentu bukanlah disebabkan kerana telah diberi `dedak’ sebaliknya, ia adalah tanggungjawab untuk mempertahankan pemimpin.
Demikian kata Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Ahmad Fauzi Zahari yang menjelaskan mengenai pendirian ahli UMNO terhadap Perdana Menteri yang merupakan presiden parti itu.
Dengan mengambil contoh institusi kekeluargaan, jika seorang bapa dihina dan dicaci oleh pihak luar, tidak mungkin anak-anaknya akan berdiam diri melihat bapa mereka di perlaku begitu.
“Saya melihat dakwaan pemimpin di bahagian terima dedak hanyalah daripada segelintir pihak kerana sejak Najib jadi Presiden, sistem pemilihan dah berubah di mana kuasa memilih bukan lagi di tangan pemimpin di bahagian.
“Yang berkuasa adalah ahli peringkat akar umbi dan jika ada yang merasakan pemimpin di bahagian sahaja yang diberi dedak hingga hidup senang lenang, baik laporkan kepada jawatankuasa disiplin parti,” katanya yang dipetik dari sebuah laman portal.
Ahmad Fauzi berkata, dapat atau tidak dedak seperti yang didakwa, perkara pertama yang perlu ada dalam diri semua pemimpin UMNO kata Ahmad Fauzi adalah patuh kepada presiden.
“Jadi, sama ada suka atau tidak, ahli-ahli parti yang tak puas hati ada dua pilihan iaitu yang pertama, terus bercakap dalam parti yang mungkin didengari atau akhirnya dilukai,” katanya.
Apapun katanya, keyakinan rakyat dalam memberi sokongan kepada Barisan nasional masih lagi tinggi dengan terlaksananya dasar-dasar kerajaan yang pro kepada rakyat.
“Saya yakin, apabila semua isu rakyat dapat diselesaikan, mereka sendiri akan membuat penilaian bahawa inilah kerajaan yang boleh diharapkan untuk memberi keselesaan hidup kepada mereka,” ujarnya.

SIAPA LEBIH TAK LAYAK?

Kenapa tiba-tiba Mohd Ali Rustam seolah-olah takut dan bimbang jika Muhyiddin Yassin, Mohd Shafie Afdal dan Mukhriz Mahathir terus bertanding atas tiket UMNO dan BN dalam pilihanraya akan datang?

Mengapa wajar atau tidaknya mereka itu menjadi masalah kepada beliau?

Apa yang merisaukan hatinya?

Jika Muhyiddin, Shafie dan Mukhriz dianggap tidak wajar, adakah Mohd Ali yang kalah di Bukit Katil dalam pilihanraya lalu lebih wajar untuk terus dipilih menggunakan lambang UMNO dan BN dalam pilihanraya seterusnya?

Tidakkah bekas Ketua Menteri Melaka itu sedar, yang lebih menjadi persoalan majoriti rakyat sekarang ialah sama ada UMNO dan BN wajar atau tidak terus diberi kuasa memerintah negara ini?

PRN Sarawak disifatkan paling aman dan tenang oleh Pengerusi SPR

Adenan janji tak akan jadi Yang Dipertua Negeri bila bersara

Tengku Razaleigh Bakal Dilantik TPM Kedua?

"Politik agresif, hasutan pihak pembangkang tidak sesuai untuk orang Sarawak kata KJ"

Azmin Ali - Selamatkan Malaysia Dari Makhluk Perosak Bernama Najib

Mukhriz @ Tanah Merah - JASA Suka Tipu Jumlah Kehadiran

SUA Najib Penipu ! Mustahil Tun M Nak Jadikan Saya PM

Mukhriz Susun 50 Bilion Dalam Not 100 Boleh Keliling Dunia Satu Setengah Kali

Mukhriz Kalau Tok Seh Doh Ke Najib, Ayuh Sain Deklarasi Rakyat !

Mukhriz Kelantan: Sampai Bila Pun Umno Tak Boleh Menang Dah

PEGAWAI NAJIB PUN TAK SABAR NAK DAPAT PM BARU?

Entah ke mana perginya para menteri, pemimpin dan hulubalang UMNO, alih-alih Setiausaha Akhbar Najib Razak sendiri yang ternampak paling ke depan mahukan Tun Mahathir Mohamad menamakan siapa calon PM dan TPM pilihannya bagi menamatkan spekulasi bahawa beliau sedang menyediakan laluan untuk anaknya, Mukhriz bagi jawatan tersebut.

Sedarkah pegawai Najib itu bahawa Mukhriz tidak boleh dinamakan sebagai calon PM atau TPM memandangkan kedudukannya hanya sebagai ADUN saja, bukannya Ahli Parlimen?

Jadi, menamakan sesiapa pun sebagai calon PM dan TPM, Mukhriz tidak mungkin boleh disenaraikan sama sekali dan tidak ada kaitan dengan spekulasi laluan  masa depannya dalam politik negara ini.

Tetapi, jika selepas PRU 14 atau beberapa tahun akan datang tersedia laluan yang selesa untuk Mukhriz, ia tentulah tidak logik dikaitkan dengan siapa calon PM dan TPM yang akan dinamakan oleh Tun Mahathir sekarang ini.

Ketika itu, ia lebih berkaitan dengan sokongan ramai terhadapnya, selain bagaimana usaha Mukhriz sendiri melonjakkan dirinya.

Pilihan Raya Sarawak paling aman – Pengerusi SPR

Serahkan sahaja sebarang keputusan kepada SPR untuk menguruskannya.
Mohd-Hashim-Abdullah_spr_sarawak_600
KUCHING: Tidak ada negeri lain di Malaysia yang mempunyai rekod baik seperti Sarawak apabila datang pilihan raya, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah.
Beliau berkata, musim pilihan raya di Sarawak sering pergi dengan aman dan penuh dengan semangat perpaduan.
“Saya harap Sarawak tidak akan memecahkan rekod itu sendiri. Maka pada hari penamaan calon Isnin ini, penyokong parti atau calon diminta untuk tidak datang dan berkumpul dalam jumlah yang besar di pusat-pusat yang ditetapkan.
“Jika mereka melanggar peraturan ia akan mengganggu tugas pegawai-pegawai SPR,” katanya pada sidang media di pejabat SPR di sini hari ini.
Beliau kemudian meminta pengundi untuk mengikuti cara di negara-negara lain dalam berhadapan dengan pilihan raya.
“Di sesetengah negara, pengundi hanya datang dan mengundi, maka mereka pulang ke rumah dan mendengar mengenai siapa yang menang.
“Mereka menyerahkan kepada pegawai SPR untuk mengendalikan semua perkara-perkara yang berkaitan,” katanya.
Dalam pada itu mengulas mengenai bantahan pembangkang terhadap pasukan beruniform yang akan mengundi, Mohd Hashim berkata, isu itu tidak sepatutnya dibangkitkan.
Pada Pilihan Raya Umum lalu ada pihak mendakwa, puluhan ribu warga Bangladesh yang diberi kad pengenalan palsu telah mengundi.
“Malah sehingga selepas pilihan raya saya tidak melihat jumlah 40,000 warga Bangladesh itu. Mungkin orang seperti saya, jika saya tidak sikat rambut saya juga akan kelihatan seperti seorang warga Bangladesh.
“Jadi untuk sesi pengundian awal di Sarawak, kita tidak membuat sebarang andaian negatif terhadap pegawai-pegawai beruniform. Kita sudah mempunyai bilangan orang-orang yang akan mengundi dalam setiap kem.
“Ia adalah perkara biasa bagi mereka yang bekerja di luar Sarawak untuk kembali ke sini bagi tujuan mengundi terutama jika kawasan mengundi yang didaftarkan adalah di negeri ini,” kata Mohd Hashim.
Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 akan diadakan pada 7 Mei ini dan setakat ini sebanyak 971 borang pencalonan telah dijual.

Poster PM tak boleh guna untuk kempen PRN Sarawak

Tindakan akan diambil terhadap mereka yang meletakkan poster ahli-ahli politik yang tidak mempunyai kaitan dengan calon atau parti.
Mohd-Hashim-Abdullah_najib_spr_600_1
KUCHING: “Tidak ada poster atau banting mana-mana pemimpin yang boleh dipasang kecuali hanya calon yang bertanding dibenarkan untuk diletak di sekitar negeri ini”.
Demikian kata, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah apabila menetapkan peraturan asas untuk musim kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang akan bermula Isnin ini.
“Sebaik sahaja penamaan calon berakhir, barulah kempen rasmi boleh bermula,” katanya pada sidang media di pejabat SPR di sini hari ini.
“Jika ada yang meletakkan perkara-perkara pelik atau tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan calon atau parti, seperti meletakkan gambar seseorang individu tertentu bersama-sama dengan kapsyen negatif atau fitnah, maka kita akan ambil tindakan sewajarnya terhadap mereka,” katanya.
Mohd Hashim berkata, hanya gambar-gambar calon dan manifesto parti sahaja yang boleh diletakkan sehingga hari membuang undi pada 7 Mei nanti.
“Jangan menghina orang lain. Jika anda tidak bersetuju dengan sesuatu dan memutuskan untuk meletakkan papan iklan negatif sebagai contoh, kita tidak akan membenarkan.
“Itu hanya mengambil kesempatan untuk memfitnah seseorang,” ujarnya.
Dalam pada itu beliau menjelaskan, menerusi peraturan tersebut ia bermakna gambar-gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak atau mana-mana pemimpin politik semenanjung yang lain tidak boleh digunakan dalam tempoh dua minggu berkempen.

MOF tak campur tangan pertikaian 1MDB-IPIC mengenai AS$50 juta


 Kementerian Kewangan (MOF) menjarakkan dirinya daripada pertikaian antara 1MDB dan International Petroleum Development Company (IPIC) berkaitan faedah AS$50 juta yang dikenakan ke atas bon yang dikeluarkan oleh dana pelaburan negara itu.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Johari Abdul Ghani berpendapat ia adalah hanya pertikaian perniagaan di antara dua syarikat berkenaan.
"Jadi, ia tidak akan melibatkan kerajaan, tetapi kerajaan mengambil perhatian terhadap isu itu. Pada tahap ini, saya fikir, kita tidak mahu campur tangan.
"Kami membenarkan 1MDB dan IPIC untuk menyelesaikannya di antara mereka," katanya dalam satu sidang akhbar di Kampung Baru hari ini.
Johari bagaimanapun berkata kerajaan akan meneliti perkara itu sekiranya masalah timbul, dan akan memantau kemajuan dan juga menunggu keputusan muktama mengenai pertikaian itu.
"Bagi kerajaan, kita adalah kerajaan yang bertanggungjawab. Apa komitmen dan jaminan kita, kita akan memastikan kita memenuhinya," katanya.

PM Pakistan minta mahkamah siasat Panama Papers tentang kewangannya

Perdana Menteri Pakistan berkata pada hari Jumaat beliau akan meminta Mahkamah Agung menjalankan siasatan terhadap pendedahan mengenai kewangannya yang dibuat dalam Panama Papers yang bocor.
Nawaz Sharif telah pun menubuhkan sebuah suruhanjaya yang dijanjikan akan membersihkannya daripada tuduhan itu, berdasarkan kepada dokumen yang bocor dari sebuah firma guaman Panama, bahawa sebuah syarikat luar pesisir yang diterajui anggota keluarganya telah mengelakkan membayar cukai atau menyembunyikan aset.
Tetapi pemimpin pembangkang termasuk Imran Khan, berkata badan seumpama itu, yang diketuai oleh seorang hakim yang telah bersara, tidak boleh dipercayai atau cukup bebas.
Nawaz berkata beliau telah memutuskan untuk menulis surat kepada Ketua Hakim Mahkamah Agung supaya melantik sebuah suruhanjaya untuk menyiasat perkara itu.
Nawaz menegaskan demikian dalam satu ucapan di televisyen.
Awal bulan ini, dokumen yang bocor dari firma guaman Mossack Fonseca di Panama menunjukkan anak Sharif Hassan dan Hussain dan anak perempuannya Maryam memiliki sekurang-kurangnya tiga syarikat luar pesisir yang berdaftar di Kepulauan British Virgin.
Konsortium Antarabangsa Wartawan Penyiasatan (ICIJ), yang mengkaji kertas itu, berkata syarikat-syarikat itu terlibat dalam urusan pengambilan dan hartanah bernilai AS$25 juta. Mossack Fonseca menafikan sebarang salah laku, sepertimana juga Sharif.

PetroSaudi enggan ulas mengenai pemilikan Good Star


PetroSaudi International enggan enggan mengulas sama ada ia memiliki Good Star Limited, yang merupakan penerima kira-kira AS$700 juta daripada firma dana kerajaan Malaysia, 1MDB pada tahun 2009 .
AS$700 juta itu merupakan sebahagian daripada AS$1.83 bilion pelaburan 1MDB dalam usahasama dengan PetroSaudi. AS$330 juta telah dilaporkan dibayar, juga kepada Good Star, dua tahun kemudian pada 2011.
 Weekend Australian melaporkan, dalam e-mel respons kepada soalan dari akhbar itu, peguam PetroSaudi enggan mengatakan sama ada syarikat itu memiliki Good Star.
Ini walaupun jaminan sebelumnya oleh pihak pengurusan 1MDB dan PetroSaudi bahawa firma Arab Saudi itu adalah pemilik Good Star.
PetroSaudi pernah sebahagiannya dimiliki oleh Putera Turki Abdullah Al Saud.
Firma itu juga dilihat menjauhkan diri daripada terlibat dalam dakwaan penyelewengan berbilion dari 1MDB, yang kini menjadi subjek sekurang-kurangnya lima siasatan berasingan antarabangsa.

Marina jawab Salleh: Pemimpin bodoh jejaskan pasaran...


Datuk Paduka Marina Mahathir membidas balik seorang menteri persekutuan dengan berkata bahawa pemimpin-pemimpin yang tidak cekap yang bertanggungjawab ke atas kejatuhan pasaran saham, dan bukan khabar angin mengenai anak perempuan yang lari.
Beliau berkata demikian kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Salleh Said Keruak, yang menyasarkan bapanya, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, dengan menggunakan contoh khabar angin tentang seorang anak perempuan bekas PM itu "lari dengan seorang lelaki India".
 Salleh dalam menggunakan anekdot itu semalam berkata khabar angin itu telah menyebabkan pasaran saham di Malaysia dan di seberang Tambak Johor pada masa itu, jatuh.
"Dear Salleh, people eloping, especially when untrue, don't affect the market.
"VIPs stealing billions do. Idiots running countries, even more so," kata Marina, seorang aktivis sosial yang terkenal, di Twitter hari ini.
Kemudian, Marina menjelaskan dalam respons kepada tweet berikutnya bahawa beliau secara khusus bercakap tentang "ahli politik kaya" apabila beliau menyebut "VIPs".
Sejak tahun lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berdepan dengan dakwaan skandal kewangan yang melibatkan RM2.6 bilion yang didakwa dalam akaunnya bank peribadinya dan mengenai syarikat dana negara yang bermasalah 1MDB.

Biar SPRM siasat firma senjatapi anak IGP, kata MyWatch


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menyiasat sama ada syarikat senjatapi milik keluarga Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mempunyai sebarang kontrak dengan kerajaan.
Pengerusi Badan Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), R Sri Sanjeevan berkata, jika ada, maka ia berlaku konflik kepentingan.
Beliau memberitahu Malaysiakini demikian sebagai mengulas artikel Sarawak Report, yang mendakwa anak perempuan Khalid,Juwiza Khalid dan iparnya Mohd Isa Hussin adalah pemilik Nilai Arms & Ammunition (NAA).
Sanjeevan, bagaimanapun, berpendapat orang awam tidak harus dilarang daripada menjalankan perniagaan hanya semata-mata kerana dia adalah anak perempuan IGP.
Apabila dinyatakan bahawa IGP adalah orang yang akhirnya menandatangani sesuatu permit senjata, Sanjeevan bagaimanapun tidak bersetuju, dan berkata beliau percaya menteri dalam negeri yang berbuat demikian.
"Banyak permit senjata api telah dikeluarkan oleh menteri dalam negeri dan bukannya IGP," katanya.
Sanjeevan menyebut tentang ketua kongsi gelap Ah Hai, yang dikaitkan dengan serangan bom tangan di Bukit Bintang pada 2014, dengan mendakwa bahawa senjata api lelaki itu diluluskan oleh menteri dalam negeri dan bukannya IGP.
Bagaimanapun, laman web Polis Diraja Malaysia menyatakan permohonan untuk senjata api mesti diluluskan oleh ketua polis daerah, sebelum ia dikemukakan kepada ketua polis negeri dan kemudian diserahkan kepada ibu pejabat polis Bukit Aman untuk kelulusan IGP.
Polis kaji laporan

SU akhbar Najib cabar Dr Mahathir namakan PM, TPM pilihannya


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad perlu mengumumkan siapa yang beliau mahu jadi perdana menteri dan timbalan perdana menteri sekiranya mahu menghentikan spekulasi bahawa beliau menyediakan laluan itu untuk anaknya Datuk Seri Mukhriz, kata Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad.
 Tengku Sariffuddin berkata sekiranya Dr Mahathir mahu cubaannya untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai kredibiliti, beliau patut sekurang-kurangnya memberikan jawapan terus terang tentang siapa calon pilihannya.
"Kenapa beliau (Dr Mahathir) sentiasa mengelak untuk menjawab soalan mudah ini tetapi soalan penting? Kenapa beliau sentiasa bersikap mengelak tentang perancangannya untuk masa depan politik Datuk Seri Mukhriz?
"Jika beliau masih enggan (menamakan calon pilihan), beliau patut hentikan sikap mengalih perhatian ini demi Malaysia dan bersara dengan aman dan terhormat sepertimana dijangka oleh rakyat daripada seorang negarawan," kata Tengku Sariffuddin dalam kenyataan hari ini.
Semalam, Mukhriz dilaporkan sebagai berkata beliau akan menyaman Tengku Sariffuddin sekiranya beliau tidak menarik balik kenyataannya tentang Dr Mahathir menjanjikan jawatan perdana menteri kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, dengan syarat Muhyiddin membimbing Mukhriz untuk menggantikannya.
Tengku Sariffuddin berkata, rakyat, bukan satu orang, mengikut perlembagaan yang berhak secara demokrasi untuk memilih kerajaan dan perdana menteri mereka pada pilihan raya umum akan datang.
Berhubung kenyataan Mukhriz kepada sebuah akhbar asing semalam bahawa beliau tidak bercita-cita untuk menjadi perdana menteri, Tengku Sariffuddin membangkitkan persoalan dengan itu kenapa bekas Menteri Besar Kedah itu bertanding jawatan naib presiden Umno pada 2013.

Mukhriz: Tak masuk akal untuk katakan bapa mahu saya jadi PM


Bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir menafikan dakwaan bahawa motivasi utama bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam kempen untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah untuk melihat dia menduduki kerusi perdana menteri.
 "Ia sama sekali tak masuk akal dan mereka (Najib dan penyokongnya) sepatutnya mengenalinya (Mahathir) lebih daripada itu, kerana beliau (Mahathir) adalah bos mereka selama 22 tahun." katanya kepada South China Morning Post dalam satu temubual semalam.
Sambil mengulangi bahawa dia sendiri tidak mempunyai cita-cita untuk menjadi perdana menteri Malaysia, Mukhriz dengan tegas menafikan tuduhan kerajaan itu.
Mukhriz, anak keempat daripada tujuh anak Dr Mahathir menceritakan bagaimana bekas PM itu secara terbuka melarang ahli keluarganya terlibat dalam politik semasa beliau memegang jawatan.
"Ia adalah pengetahuan umum ketika beliau (Mahathir) menjadi presiden parti dan perdana menteri, beliau tidak menggalakkan ahli keluarga, terutamanya saya sendiri dan Mokhzani (Mahathir) daripada memainkan peranan yang aktif dalam politik dan kerajaan bagi mengelak tuduhan nepotisme," kata Mukhriz kepada akhbar tersebut.
Beliau menafikan penglibatannya dalam politik selepas Dr Mahathir meletak jawatan mempunyai apa-apa kaitan dengan kehendak bapanya.
"Anda akan berfikir bahawa jika dia (Mahathir) mempunyai cita-cita seperti itu untuk saya, dia boleh dengan mudah melakukannya semasa dia masih berkuasa. Mengapa tunggu 13 tahun selepas bersara?" tanya Mukhriz.
Mukhriz menceritakan bagaimana beliau mula-mula bertanding dalam pemilihan pada 2004 untuk jawatan ketua Pemuda Umno di Kubang Pasu, Kedah, bahagian yang sebelumnya diterajui oleh bapanya, dan dia kalah.
"Bapa saya memberitahu saya yang saya akan kalah dan saya kalah," katanya sambil menambah ia mengajar beliau bahawa tiada apa pun yang boleh diambil mudah.
Kemudian pada tahun yang sama, Mukhriz memenangi jawatan exco Pemuda Umno dengan memperoleh undi terbanyak, menandakan kebangkitan politiknya pada 2008 yang berterusan apabila beliau menang kerusi Parlimen di Jerlun, Kedah, dan beliau dilantik oleh Najib menjadi timbalan menteri antarabangsa perdagangan dan industri pada 2009.
"Saya sebenarnya tidak mempunyai cita-cita untuk menjadi perdana menteri kerana saya fikir ia adalah satu tugas yang sukar, terutamanya sekarang," kata Mukhriz sambil menambah jika ada perubahan dalam kepimpinan, maka orang baru akan mewarisi keserabutannya.

BN Terengganu goyah, tiga ADUN Umno bakal isytihar Bebas


BN Terengganu goyah, tiga ADUN bakal isytihar Bebas

Kerajaan BN Terengganu khususnya menteri besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman disaran tidak membiarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) terus tergantung. Ahli parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah berkata, Razif perlu menimbangkan untuk membubarkan Dun kerana kedudukan kerusi Dun antara BN dan pembangkang di negeri itu hampir sama selepas bekas menteri besar Datuk Seri Ahmad Said mengemukakan undi tidak percaya ke atasnya awal Mac lalu.
Ketika ini, BN hanya melebihi pembangkang sebanyak dua kerusi iaitu 17 manakala pembangkang 15 kerusi.
Pada 8 Mac lepas, Ahmad mengemukakan cadangan usul undi tidak percaya terhadap Ahmad Razif pada persidangan Dun namun ditolak Yang Dipertua Dun, Datuk Mohd Zubir Embong.
Akibat tindakan itu, Ahmad Razif menarik balik peruntukan kawasan Dun Kijal daripada Ahmad pada akhir Mac lalu.
Peruntukan Dun Kijal kini diuruskan pejabat Menteri Besar, sekaligus memperlihatkan layanan yang diterima Ahmad kini sama seperti di kawasan pembangkang di negeri itu.

Hanya 3% akan undi PAS bersama Blok Ketiga, kata kajian


Trend pengundi mengikut kajian Ilham CentreTrend pengundi mengikut kajian Ilham Centre
Menurut satu kajian yang dibuat oleh sebuah firma bebas, hanya 3% rakyat Malaysia sahaja menyokong 'Blok Ketiga' yang diwujudkan oleh PAS besama rakan barunya, Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan).
Fakta itu diperolehi oleh Ilham Centre berdasarkan satu kajian yang dibuat oleh mereka untuk penggal pertama tahun 2016, kata Pengerusi Eksekutifnya, Mohamad Hisomuddin Bakar.
Fakta ini didedahkan oleh Hisomuddin dalam satu forum yang diadakan di Universiti Malaya Rabu lepas.
Kajian bertajuk "Penerimaan rakyat terhadap kerajaan dan isu semasa (Suku Pertama 2016) itu dibuat antara 1 - 30 Mac 2016 dengan menemubual 1825 responden secara berdepan di seluruh Semenanjung Malaysia.
"Kajian penuh kami belum sebarkan lagi. Saya hanya bentangkan 4 slide saja dalam forum itu," kata Hisomuddin ketika dihubungi Malaysia Dateline.
Berdasarkan kajian itu, responden ditanya, "Sekiranya PRU diadakan sekarang, parti manakah yang menjadi pilihan anda untuk membentuk kerajaan?".
Barisan Nasional (BN) kekal menjadi pilihan utama rakyat negara ini apabila 38% dari mereka berkata mahu mengundi BN diikuti dengan Pakatan Harapan 26%.
Namun 23% dari mereka enggan menjawab soalan itu, 9% tidak mahu keluar mengundi dan 1% lagi mahu mengundi calon bebas.
Ketika ditanya, siapakah Blok Ketiga yang dimaksudkan dalam kajian itu, Hisomuddin menjawab "Blok Ketiga merujuk Pas dan Ikatan ikut fahaman responden yang ditemui masa kajian dilakukan."
Pada 16 Mac lepas, Pas mengumumkan pembentukan satu blok baru bersama Ikatan dalam satu pengumuman yang dibuat melalui satu sidang media di Pejabat Agung Pas, Kuala Lumpur.
   

Kerajaan mahu 'rompak' wang rakyat dengan kamera baru AES,


Mahfuz OmarMahfuz OmarTindakan kerajaan mahu menggabung hukuman kesalahan trafik antara AES dan KEJARA bertujuan untuk merompak duit rakyat, kata ahli parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.
Menurut Mahfuz, jika kerajaan jujur, hanya hukuman KEJARA sahaja dilaksanakan iaitu sistem mata dimerit yang membawa penggantungan lesen memandu dan boleh ditambah dengan hukuman khidmat sosial.
"Kini dengan bakal perlaksanaan AWAS menunjukan secara jelas yang AES untuk kerajaan rompak duit pesalah trafik dan KEJARA gantung lesen untuk didik pemandu.
"Jika kerajaan benar ikhlas untuk didik pemandu mematuhi undang undang jalan raya dan bukan nak rompak wang rakyat, hapuskan hukuman denda wang ringgit dan cukup dengan kuat kuasakan KEJARA yang telah sedia ada iaitu sistem mata demerit yang membawa penggantungan lesen memandu dan boleh ditambah dengan hukuman khidmat sosial," kata Mahfuz dalam satu kenyataannya hari ini.
Bagi Mahfuz, pengumuman kerajaan untuk menambah jumlah kamera AES sebanyak 1200 serentak dengan perlaksanaan bersepadu gabungan AES dan KEJARA sangat mengejutkan.
Tindakan ini, katanya, akan membawa kepada pindaan Akta Pengangkutan Jalan bagi membolehkan perlaksanaan gabungan AES dan KEJARA (AWAS) yang di jangka pada sidang Parlimen 16 Mei ini.
"Apa yang saya maksud mengejutkan ialah perlaksanaan gabungan dua kaedah ini iaitu AES dan KEJARA didalam gabungan yang dinamakan AWAS akan membawa kepada pesalah trafik akan di kenakan 2 kali hukuman bagi satu kesalahan.
"Pertama pesalah trafik di hukum dengan membayar denda oleh mahkamah atau kompaun tak kurang RM300 dan tak lebih RM2000 di bawah AES dan kedua di GANTUNG LESEN memandu dibawah KEJARA apabila mencapai 60 mata demerit," katanya.

Tarik balik tuduhan ‘dongeng’ atau saya saman – Mukhriz

Mukhriz menafikan kenyataan Setiausaha Akhbar Perdana Menteri yang menuduh beliau terlibat dalam konspirasi menjatuhkan Najib Razak.
mukhriz_najib_600
PETALING JAYA: Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendesak Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sarifuddin menarik balik kenyataan yang menuduh beliau terlibat dalam konspirasi menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak.
Bekas Menteri Besar Kedah memberi tempoh seminggu kepada Sarifuddin untuk menarik balik kenyataan itu atau disaman.
“Saya minta supaya Tengku Sarifuddin tarik balik kenyataannya. Kalau tidak saya akan saman,” katanya dalam satu temubual khas yang dimuat naik dalam blog mukhrizmahathirfc.com.
Mukhriz mengulas kenyataan Sarifuddin sebelum ini yang mendakwa terdapat satu gerakan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menggulingkan Najib dan menyerahkan jawatannya itu kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Sarifuddin juga mendakwa selepas Muhyiddin menjadi Perdana Menteri, jawatan itu akan diserahkan pula kepada Mukhriz.
Mengulas lanjut, Mukhriz menyifatkan tuduhan Sarifuddin itu sebagai fitnah.
Katanya, dakwaan itu juga hanyalah rekaan untuk mengaburi rakyat daripada salah laku Najib dalam isu skandal 1MDB, SRC International dan wang derma RM2.6 bilion.
“Ini satu dongeng yang direka-reka oleh pejabat Perdana Menteri untuk mengaburi mata rakyat mengenai isu sebenar iaitu soal salah laku Perdana Menteri.
“Tidak pernah ada sebarang perbincangan dan berani saya katakan tidak ada perancangan di kalangan mana-mana pun pemimpin yang saya ketahui antara Tun Mahathir, Muhyiddin atau saya sendiri. Ini satu penipuan yang terlalu besar,” tegas.

Deklarasi Rakyat Tun M tak dapat sambutan anak muda

Ia hanya dihadiri kira-kira 50 orang sahaja.
deklarasi-anak-muda
SUBANG JAYA: Forum Deklarasi Rakyat `Anak Muda Selamatkan Malaysia’ yang diadakan di Subang Jaya malam tadi berlangsung dalam suasana hambar apabila ia hanya dihadiri kira-kira 50 orang sahaja.
Forum tersebut merupakan anjuran anak muda Pakatan Harapan (PH) yang dibuat bagi menyambung siri jelajah untuk menyingkirkan Datuk Seri Najib Razak Sebagai Perdana Menteri yang dicetuskan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.
Penyelaras DAP Dusun Tua, Young Syefura Othman menerusi ucapan dalam forum berkenaan, menyeru anak muda tanpa mengira parti dan agama supaya berganding bahu menjayakan Deklarasi Rakyat dengan menurunkan tandatangan sebanyak mungkin mendesak Najib berundur.
“Kita bukan sahaja kena buang Najib tetapi kita kena tukar terus BN, kenapa saya kata anak muda kena terlibat, sebab Najib adanya GST, kerana Najib hutang negara meningkat, kerana Najib kos pengangkutan awam naik, subsidi pelajar dipotong.
“Itu sebab suara anak muda ini penting bagi menjayakan Deklarasi Rakyat kerana 60% undi datangnya dari anak muda dan undi ini menentukan halatuju negara sama ada Pakatan Harapan atau BN yang akan perintah negara, sebab itu saya dan rakan-rakan akan terus menghasut untuk anak muda bersama menyokong Deklarasi Rakyat,” katanya.
Dalam pada itu, Timbalan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Dr Afif Bahardin semasa menyampaikan ucapannya berkata, negara akan kekal diperintah Barisan Nasional (BN) sekiranya sistem pilihanraya gagal dipulihkan.
Katanya, bagi memastikan sistem pilihanraya dapat dipulihkan daripada kerajaan pimpinan BN, Deklarasi Rakyat mesti dijayakan kerana itu sahaja pilihan yang rakyat ada.
Seorang peguam pembangkang Syahredzan Johan pula berpendapat ketika berucap berkata, agenda Deklarasi Rakyat tidak seharusnya meletakkan agenda perjuangan membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim semata-mata kerana itu tidak akan mampu menarik rakyat untuk bersama.
“Reformasi sistem itu kita kena buat, ini bukan soal Mahathir, soal Lim Kit Siang, soal Mat Sabu atau soal Anwar Ibrahim,” katanya.

MAS semakin mundur – Bekas CEO MAS

Rakyat kini tidak boleh berbangga lagi dengan MAS yang suatu ketika dahulu menjadi kebanggaan kita
aziz-rahman-muellerPETALING JAYA: Kegemilangan syarikat penerbangan kebangsaan, Malaysia Airlines Berhad (MAB) yang pernah dikenali sebagai Malaysia Airlines System Berhad (MAS) dilihat sudah tidak sehebat dahulu.
Dakwaan itu dilemparkan bekas Pengarah Urusan MAS yang pernah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif MAS pada 1980-an, Tan Sri Dr Abdul Aziz Abdul Rahman yang sekali gus menyuarakan kekecewaan terhadap keputusan yang diambil pihak berwajib sehingga membawa kepada kemundurannya.
“Masa saya jadi CEO MAS pada tahun 80-an, seorang pun tak ada warga asing dari peringkat atas hingga ke bawah pengurusan pun. Maknanya dari tahun 80-an hingga hari ini, kita makin mundur sehari demi sehari. Ini yang saya pertikaikan.
“Saya perlu sebut ini semua, sebab mungkin kerajaan dan orang ramai pun tak tahu semua ini. Memang sudah lama saya tinggalkan MAS… lebih 20 tahun, tetapi tiap kali orang jumpa saya, orang asyik tanya tentang MAS, masa depan MAS.
“Jadi, saya ambil tanggungjawab untuk sentuh perkara ini,” katanya yang dipetik akhbar Sinar Harian.
Abdul Aziz berkata demikian merujuk kepada tindakan pengurusan MAS yang melantik warga asing sebagai Ketua Pegawai Eksekutif MAS, kononnya demi menyelamatkan syarikat penerbangan nasional itu.
Mengulas lanjut, Abdul Aziz berkata, langkah CEO baru, Christoph Mueller menghantar notis peletakan jawatannya yang berkuat kuasa September ini, meskipun tempoh kontraknya masih berbaki lebih setahun, disebabkan dia tidak mempunyai semangat sebagai rakyat Malaysia.
Dalam pada itu, beliau mengakui kelemahan MAB turut melibatkan beberapa keputusan operasi, seperti pengurangan laluan destinasi penerbangan yang dilihat tidak berdaya saing dengan dunia penerbangan masa kini yang mengamalkan dasar langit terbuka.
“Dulu, rakyat negara ini boleh berbangga dengan wujudnya MAS. Ia selari amalan setiap negara memiliki syarikat penerbangan sendiri atau kebangsaan.
“Sebab itu, kita tubuh Malaysia Airlines System sebagai syarikat penerbangan kebangsaan. Masa itu, ia dimiliki kerajaan.
“MAS dilindungi dengan ‘golden protection’, di mana syarikat ini tetap menjadi milik kerajaan, supaya warganegara kita boleh berbangga, dikenali seluruh dunia sebagai satu negara bermaruah yang memiliki syarikat penerbangan sendiri dan boleh pergi ke merata dunia.
“Tapi, apa yang ada sekarang ini tidak boleh lagi digelar syarikat penerbangan kebangsaan, kerana ia kecil dan tidak pergi laluan-laluan yang kita pernah ada!” katanya.

Hasan perlu selesaikan masalah laporan 1MDB

Jika dibiarkan akan menggugat kedudukan PAC sebagai pemantau kerajaaan, jelas Shad Faruqi
fauqi
PETALING JAYA: Kontroversi Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memadamkan dua baris ayat daripada laporan siasatan keatas 1MDB perlu diselesaikan supaya peranan jawatankuasa dwi-kepartian itu tidak tergugat, menurut pakar perlembagaan.
Prof Shad Saleem Faruqi berkata Datuk Hasan Arifin dan anggota PAC lain perlu bermesyuarat dan menangani isu berbangkit.
“Kedua belah pihak telah mengutarakan hujah masing-masing. Anggota PAC daripada pembangkang mendakwa dua baris ayat itu dipadam dengan niat jahat manakala pengerusi pula ia akan menjadi subjudis sekiranya dua baris ayat itu terbit.”
“Sekiranya mereka tidak berpuas hati dengan mesyuarat itu, mereka boleh merujuk perkara itu ke Dewan Rakyat. Sekiranya mereka masih tidak berpuas hati, ia boleh dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan,” katanya kepada FMT.
Mengulas lanjut, laporan yang telah dipinda perlu disepakati, kecuali “peminda boleh jelaskan mengapa pindaan dibuat dan jawapannya diterima semua anggota.”
Beliau berkata ia merupakan prosiding dalaman Parlimen dan mana-mana Ahli Parlimen boleh merujuk kes itu kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, yang akan meneliti perkara-perkara yang masih tidak diselesaikan.
“Isu itu perlu diselesaikan di Parlimen, bukan di mahkamah, kerana Parlimen paling berhak untuk meneliti mesyuarat-mesyuarat dalaman itu,” jelasnya.
Shad berkata demikian mengulas pengakuan Hasan yang memadam dua baris ayat daripada laporan siasatan PAC keatas 1MDB.
Sebaris menceritakan perbincangan antara para pegawai Jabatan Audit dan anggota-anggota PAC, manakala baris lain menceritakan perbincangan anggota-anggota PAC dengan pegawai-pegawai kerajaan yang terbabit dalam penyediaan laporan 1MDB.
Selasa lepas, wakil rakyat DAP Tony Pua mendakwa laporan itu telah memadam satu baris ayat berkenaan syarikat Good Star Ltd. yang dikaitkan pada Low Taek Jho.
Menurutnya, baris tersebut berbunyi: “Bank Negara Malaysia telah secara sukarela dimaklumkan oleh pihak berkuasa keatas syarikat itu bahawa Good Star Limited merupakan syarikat milik seorang individu yang kelihatan tiada kaitan dengan kumpulan PetroSaudi.”
Pua turut mendakwa Hasan meminda laporan PAC keatas laporan 1MDB tanpa persetujuan jawatankuasa.

Pas tolak Amanah kerana 'derhaka', baik dengan DAP, kata pakar strategi


Dr Zuhdi dan Hisomuddin dalam forum di Universiti Malaya semalam.Dr Zuhdi dan Hisomuddin dalam forum di Universiti Malaya semalam.
Pakar strategi Pas, Dr Zuhdi Marzuki berkata, parti itu tidak boleh bekerjasama dengan Amanah kerana ia sebuah parti yang bughah (zalim atau penderhaka) di samping bekerjasama dengan DAP yang bagi beliau mempunyai agenda Kristian dan Zionis.
Zuhdi, pengarah Pusat Penyelidikan Pas (PPP) ketika berucap dalam forum "Blok ketiga: Keperluan dan Cabaran" di Universiti Malaya semalam mendakwa, DAP kini didalangi oleh Kristian dan Zionis yang bercita-cita untuk memerintah negara ini.
Zuhdi juga berkata, tokoh-tokoh korporat Cina juga kini menyumbang dana kepada DAP bagi menjayakan hasrat mereka itu.
Antaranya, kata beliau adalah pemilik Berjaya Group, Vincent Tan yang dulunya menjadi penyumbang dana untuk Umno kini menjadi penyumbang dana untuk DAP.
Zuhdi berkata demikian ketika menjawab soalan peserta forum itu yang bertanya kenapa tidak berusaha mendamaikan pihak yang bertelagah termasuk mendekatkan Pas dengan Amanah.
Pengerusi Eksekutif Ilham Centre, Mohamad Hisomuddin Bakar yang turut menjadi penal pada forum itu berkata, semasa Zuhdi memberikan ucapan menjelang muktamar Pas tahun lalu di Kelana Jaya, Zuhdi berkata, golongan profesional dalam Pas perlu keluar dari parti itu untuk membentuk parti baru.
Ia bertujuan untuk membolehkan parti baru oleh golongan profesional ini bertanding di kawasan bandar dan semi bandar manakala Pas boleh fokus kepada luar bandar dan kawasan orang Melayu.
"Kenapa strategi dua aras Dr Zuhdi ini tidak boleh dilaksanakan sekarang bagi kemenangan Islam dan Melayu dan menghalang Umno dari terus berkuasa," soal Hisomuddin dalam forum itu.

PAS tak akan bersama Umno selagi tak tukar dasar

Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas Terengganu, Dr Abu Bakar Abdullah
Abu Bakar.
KUALA TERENGGANU - Selagi Umno mengekalkan dasar perjuangan parti dengan apa yang ada ketika ini, Pas tidak akan melayan sebarang usaha ke arah kerjasama politik dengan parti itu.
Perkara itu ditegaskan Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas Terengganu, Dr Abu Bakar Abdullah bahawa perkara sedemikian tidak akan berlaku sama sekali dalam keadaan Umno masih lagi dengan dasar kebangsaan.
Menurutnya, walaupun cadangan itu turut disyorkan oleh penceramah antarabangsa, Dr Zakir Naik dalam memastikan kesepaduan umat Islam di negara ini, namun beliau menganggap ia hanyalah cadangan dari pihak luar.
“Itu cadangan daripada orang luar. Memanglah ia perlu dari segi perpaduan umat Islam tetapi atas dasar Islam, dari segi akidah Islam, keadaan itu berlaku apabila ada persamaan dari segi dasar parti. Pas adalah dasar Islam. Umno kalau buang dasar kepada Islam, barulah boleh dilihat ke arah usaha perpaduan.
“Kalau Umno tidak ubah dasar, masih kepada kebangsaan, ia tidak akan berlaku,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai laporan Sinar Harian Rabu lalu, berhubung parti politik berteraskan Islam di Malaysia perlu bersatu dengan menjadikan al-Quran dan sunnah sebagai panduan.
Ini bagi pastikan kedudukan Islam sentiasa kuat, sekali gus mampu perkukuhkan kedudukan negara.
Pendakwah terkenal, Dr Zakir Naik berkata, sekiranya parti-parti itu berpakat, ia akan menjadikan Islam itu indah di mata rakyat beragama Islam.
Mengulas lanjut, Abu Bakar berkata, walaupun Umno berjuang atas dasar agama, bangsa dan tanah air, namun parti itu sepatutnya bersikap selari dengan Islam dalam semua tindakan dan dasar pelaksanaan negara.

Khabar angin bertiup, Ku Li akan dilantik TPM II


Tengku Razaleigh HamzahTengku Razaleigh Hamzah
Khabar angin bertiup kencang kononnya ahli parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri II tidak lama lagi.
Buat permulaan, putera diraja Kelantan yang lebih dikenali sebagai Ku Li itu akan berucap bersama dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak esok di Memorial Tun Ghafar Baba, di Bukit Peringit Melaka, pagi ini.
Ia adalah sempena 10 tahun pemergian Allahyarham, salah seorang pejuang terbilang Umno yang sebelum ini pernah memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Ketua Menteri Melaka.
Selain Najib Razak, difahamkan semua pemimpin tertinggi Umno juga akan turut hadir di mana majlis memperingati ulang tahun yang dianjurkan oleh Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka yang akan diadakan secara besar-besaran itu.
Anak Tun Ghafar, Tamrin yang telah meninggalkan Umno dan menyertai Tun Dr Mahathir Mohamad dalam gerakan Selamatkan Malaysia juga akan memberikan ucapan.
Sementara itu, seorang blogger yang banyak menulis tentang Umno, Shahbudin Husin turut menulis tentang kemungkinan ini.
Katanya, seseorang menelefon dan pantas memberitahu bahawa Ku Li akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Kedua dan Menteri Kewangan tidak lama lagi.
"Sebab apa?" tanya Shahbudin kepada sumbernya.
Si pemanggil memberikan tiga sebab mengapa perlantikan itu dibuat oleh Najib Razak, tulis Shahbudin:-

"Muhyiddin, Shafie, Mukhriz tidak layak bertanding atas tiket UMNO" - Pemakan Dedak

Ketiga-tiga individu tersebut tidak layak lagi membawa suara UMNO, kerana telah mengkhianati parti dengan menentang Presiden
umno
KUALA LUMPUR: Pemimpin UMNO yang menentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak layak mewakili parti itu untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Gesaan itu dibuat bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Mohd Ali Rustam yang dituju kepada Timbalan Presiden UMNO digantung parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden, Datuk Seri Shafie Apdal dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Katanya, ketiga-tiga individu itu tidak layak membawa suara UMNO, kerana telah mengkhianati perjuangan parti dengan melemparkan pelbagai fitnah terhadap Presiden.
“Jika mereka (Muhyiddin, Shafie, Mukhriz) tidak menyokong UMNO dan Perdana Menteri, maka tidak wajarlah mereka mewakili UMNO (pada PRU akan datang),” katanya di Ibu Pejabat Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada ketiga-tiga pemimpin tersebut masih layak mewakili UMNO pada PRU14.
Mohd Ali yang juga Ahli Dewan Negara berkata, Muhyiddin, Shafie dan Mukhriz bukan sahaja tidak layak mewakili UMNO, malah mereka tidak layak menganggotai Majlis Tertinggi parti itu.

Muhyidin akan kekal dalam Umno, pro Zahid kurangkan serangan


Muhyidin lawan Zahid Dr Mahathir di tengahMuhyidin lawan Zahid Dr Mahathir di tengah

Buat masa ini, bekas Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyidin Yassin akan terselamat dari dipecat keahliannya oleh parti itu kerana serangan yang biasanya beliau terima dari kumpulan pro Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sudah berkurangan.
Menurut sumber Umno, Zahid mahu Muhyidin kekal dalam Umno buat masa ini bagi memastikan peluang untuk beliau naik ke kerusi perdana menteri lebih terbuka luas.
"Orang Zahid tidak serang Tan Sri sekarang kerana mereka mahu beliau kekal dalam Umno buat masa ini. Ini kerana, jika kekal dalam Umno, Muhyidin akan berjaya dekati pemimpin Umno dalam usahanya jatuhkan PM," kata sumber Umno itu.
Apabila ini berlaku, katanya, yang selamat adalah Zahid kerana sasaran Muhyidin adalah Datuk Seri Najib Razak.
Sekarang ini, katanya, Muhyidin dilihat bergerak ke cawangan-cawangan Umno untuk berkempen bagi menjatuhkan Najib sebagai perdana menteri.
Muhyidin bersama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad menggerakkan kempen Selamatkan Malaysia dengan kerjasama parti-parti dalam Pakatan Harapan serta pertubuhan bukan kerajaan.
Baru-baru ini, beliau bersama bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengadakan majlis bersama dengan Timbalan Presiden AMANAH, Salahudin Ayub dalam satu majlis di sebuah hotel dekat Muar.
Sambutan menggalakkan diberikan kepada Muhyidin oleh 'Bangsa Johor' di majlis berkenaan yang meningkatkan lagi tekanan ke atas Najib agar turun dari kerusi perdana menteri.
Isu skandal 1MDB menjadi topik utama serangan ke atas Najib.

‘Mahathir tak akan mohon maaf kerana memfitnah Najib’


Senator Tan Sri Mohd Ali Rustam percaya Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan memohon maaf daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meskipun sedar tuduhan beliau berhubung isu 1MDB dan wang derma RM 2.6 bilion adalah fitnah.
Katanya, Mahathir kecewa dengan sikap Najib selaku presiden Umno yang seolah-olah tidak menyokong anaknya, Datuk Seri Muhkriz yang juga adalah bekas menteri besar Kedah.
"Saya pecaya Mahathir juga telah menuduh PM dan yakin beliau tidak akan minta maaf kerana beliau tahu ia adalah fitnah yang telah dilemparkan oleh WSJ dan termasuk pembangkang khususnya DAP.
"Mungkin Mahathir kecewa kerana Mukhriz tidak dipilih sebagai naib presiden Umno sbelum ini sebab itu beliau rasa kecewa dan melihat mungkin PM tak sokong Mukhriz," kata Ali dalam sidang media di ibu pejabat Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Kuala Lumpur.
Ali yang juga bekas ketua menteri Melaka hari ini mengulangi desakannya supaya pasukan khas atau ‘task force’ yang ditubuhkan bagi menyiasat Najib meminta maaf selepas isu 1MDB dan derma kontroversi RM2.6 bilion dijelaskan oleh Al-Jubeir.
Pasukan petugas khas itu diketuai oleh bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan dianggotai oleh pasukan polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Bank Negara.
Ia ditubuhkan, tidak lama selepas akhbar Wall Street Journal mendedahkan dokumen yang didakwa kertas siasatan Malaysia yang memperincikan jejak aliran wang di akaun bank peribadi Najib.
Gani kemudiannya dilucutkan jawatan atas sebab-sebab kesihatan.
Kerajaan bagaimanapun, menolak dakwaan bahawa tindakan berkenaan adalah untuk menggagalkan siasatan pasukan petugas itu.
Mengulas lanjut apakah keperluan untuk Najib mengambil tindakan saman terhadap penyebar fitnah itu, Ali berkata perkara itu tidak perlu dilayan.

Skandal Apco Worlwide: Paul Stadlen cadangkan pelanggan barunya PM Malaysia


Skandal itu bermula apabila Paul selaku konsultan PR Apco itu telah mencadangkan bahawa pelanggannya  terbaru Perdana MenteriSkandal itu bermula apabila Paul selaku konsultan PR Apco itu telah mencadangkan bahawa pelanggannya terbaru Perdana MenteriBekas ketua Apco Worldwide di Malaysia Paul Stadlen, berada ditengah skandal membabitkan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak.
Terdapat laporan pada November 2015 yang lalu bertajuk:" Skandal Apco Worldwide mendominasi media Malaysia."
Artikel yan ditulis Jason Tannahill yang dipetik dari laman sesawang everything-pr.com itu menyebut skandal itu bermula apabila Paul selaku konsultan PR Apco itu telah mencadangkan bahawa pelanggannya yang terbaru adalah tidak lain ialah Perdana Menteri.
Justeru pegawai kerajaan di Malaysia mencari kebenaran akan hubungan Stadlen dengan Perdana Menteri. Tetapi, komen Najib setakat ini hanya menyebut:
"Untuk maklumat anda,Paul Stadlen (Gregory) adalah penduduk tetap (PR) di Malaysia.Dia bebas untuk masuk dan keluar dari negara ini untuk tujuan bekerja tanpa perlu memiliki permit kerja."
Walaupun perdana menteri tidak menjelaskan apakah peranan sebenar Stadlen lakukan.
Tetapi, ini bukan kali pertama media mengubungkitkan skandal APCO Worldwide dengan Malaysia. Malah, ia juga bukan kali pertama skandal ini dikaitkan dengan Perdana Menteri.
Pada tahun 2010, firma itu berdepan dakwaan tentang penciptaan kempen untuk memperbaiki imej kerajaan Malaysia.
Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim menggesa Perdana Menteri untuk menimbang semula hubungan beliau kepada firma itu kerana dakwaan Anwar penglibatan Apco dengan Israel.
Beliau menyatakan bahawa:"Kerajaan perlu berhenti hubungannya dengan APCO dengan segera dan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan untuk menyiasat skandal penglibatan APCO di Malaysia, yang telah menjejaskan keselamatan dan integriti negara."
Anwar juga menyatakan bahawa APCO telah menandatangani perjanjian pada Ogos 2009 untuk mewujudkan imej yang lebih baik untuk kerajaan Malaysia dan pentadbiran semasa.
Beliau juga mendakwa bahawa Doron Bergerbest-Eilon, penasihat antarabangsa APCO, pernah berkhidmat sebagai ketua keselamatan utama dalam tentera Israel.
Atas sebab ini, beliau percaya firma itu merupakan satu ancaman yang serius kepada keselamatan negara.
Walaupun akhbar di Malaysia melaporkan yang buruk, operasi APCO terus berkembang maju di seluruh dunia. APCO Worldwide adalah sebuah firma bebas, yang dimiliki oleh Kumpulan WPP - salah satu daripada syarikat multinasional terbesar di dunia. Syarikat ini mempunyai pejabat di 35 bandar-bandar utama di seluruh dunia; termasuk London, Chicago dan Paris.

Siasatan ke atas 1MDB dalam takut, dakwa Economist


Kes siasatan ke atas 1MDB bakal menjadi ujian penting berhubung cara dunia berdepan dengan gejala rasuah rentas sempadan, kata The Economist.
Majalah antarabangsa berkenaan mengimbas semula skandal yang melanda firma pelaburan milik negara itu dan kaitannya dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
 "Dengan rasuah dan gerakan taktikal di pesisir luar berada di agenda tinggi selepas pembocoran kertas Panama, penyiasat mempunyai insentif tambahan untuk menggali dengan lebih mendalam,” katanya.
The Economist mendakwa siasatan dalaman Malaysia seolah-olah bersifat takut ataupun tersentap, justeru membiarkan negara-negara lain menjalankannya.
"Tahun lalu Peguam Negara digantikan - kononnya atas alasan kesihatan, walaupun dokumen yang bocor memberi bayangan bahawa beliau bersedia mengenakan tuduhan jenayah terhadap Najib.
"Pengganti beliau menolak cadangan bank pusat supaya 1MDB menghadapi tuduhan.
"Laporan Parlimen ke atas firma itu mengenal-pati berlakunya penyelewengan tetapi tidak mendakwa adanya penipuan secara terang-terangan," katanya.
Dokumen yang didakwa oleh The Economist mengenai kemungkinan tindakan undang-undang diambil ke atas perdana menteri, adalah draf yang dikatakan kertas pertuduhan yang diterbitkan di laman web pemberi maklumat, Sarawak Report.
Laporan majalah kewangan mingguan itu dibuat hanya beberapa minggu selepas pengawal selia kewangan Switzerland (Finma) memberi amaran bahawa negara itu berdepan peningkatan risiko pengubahan wang haram, memetik contoh seperti 1MDB.
"Kita tahu bahawa dana yang dicurigai itu juga melalui bank-bank yang beribu pejabat di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Asia Barat. Urusniaga juga diproses melalui banyak pusat kewangan antarabangsa yang lain.
"Ini menjadikan siasatan merentasi sempadan semakin kompleks kerana melibatkan pendakwa raya dan pihak berkuasa seliaan daripada empat benua.

Isu 1MDB: Bekas pegawai BSI didakwa di S'pura


Bekas ahli perbankan BSI Bank dari Switzerland yang beroperasi di Singapura didakwa dengan pengubahan wang haram ekoran siasatan 1MDB oleh pihak berkuasa negera tersebut.
Ini disahkan oleh Peguam Negara Singapura, menurut Today Online di Singapura.
 Laporan itu menyebut Yeo Jiawei, bekas perancang kewangan di bank itu, didakwa atas kesalahan di bawah Akta Rasuah, Pengedaran Dadah dan Jenayah Serius lain (rampasan manfaat).
"Sementara dakwaan tersebut tidak menyatakan 1MDB atau entiti berkaitan atau individu, ia berpunca daripada siasatan ke atas aliran dana," kata laporan itu yang memetik mereka yang biasa dengan perkara itu.
"Yeo telah mencadangkan produk pelaburan kepada 1MDB, dan disoal siasat sebagai sebahagian siasatan Singapura," tambahnya.
Pada bulan Februari, seorang lagi bekas pegawai BSI, Yak Yew Chee turut disebut dalam laporan berita setelah beliau memohon kepada mahkamah untuk tidak membekukan asetnya.

OKU antara calon Amanah bagi PRN Sarawak

Rapelson Richard HamitRapelson Richard HamitParti Amanah Negara (Amanah) malam tadi mengumumkan seorang Orang Kelainan Upaya (OKU) antara 13 calon mereka yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 kali ini.
Rapelson Richard Hamit,30, seorang anak jati Sarawak diberi penghormatan menggalas tugas sebagai calon Amanah bagi Dewan Undangan Negeri (Dun) N.26 Gedong.
Pengumuman dibuat Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub pada majlis memperkenalkan 13 calon Amanah di Hotel Grand Continental di sini malam ini.
Dilahirkan pada 13 April 1986, Rapelson berkelulusan Sarjana Muda Sains Sosial Dengan Kepujian Kajian Perancangan dan Pengurusan Pembangunan, Universiti Malaysia Sarawak dan kini berkerja sebagai Pegawai di GIS And Remote Sensing.
Sebagai aktivis hak asasi manusia dan NCR, beliau sangat aktif dalam Sarawak Dayak Iban Association (SADIA).
Ditanya isu yang akan diperjuangkan pada PRN kali ini, beliau yang sebati dengan perjuangan hak asasi rakyat berkata, isu tanah adat akan menjadi isu utama yang akan diperjuangkan.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan Amanah kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk menjadi salah seorang calon pada pilihan raya ini.
"Saya juga akan membawa isu bebanan ekonomi rakyat khususnya berhadapan GST dan isu kemiskinan rakyat di negeri ini," katanya.
Biarpun ditakdirkan lahir sebagai OKU, Rapelson berkata kekurangan fizikal yang dihadapinya bukan penghalang kepada semangat juangnya untuk membela rakyat.
"Saya tidak menganggap keadaan fizikal saya ini sebagai satu kekurangan kerana saya mampu melakukan semua tugas yang dilakukan oleh orang biasa yang lain," katanya.
Sementara itu, kesemua 13 calon Amanah yang diperkenal malam itu turut menerima watikah untuk menjadi calon pilihan raya mewakili Amanah yang disampaikan oleh Timbalan Presiden Salahuddin Ayub.