Rabu, 20 April 2016

Zahid pengerusikan mesyuarat Kluster Politik dekatkan Pas - Umno hari ini


Ahmad Zahid HamidiAhmad Zahid HamidiTimbalan Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dijangka akan mempengerusikan mesyuarat Kluster Politik, Majlis Perundingan Islam (MPI) di sebuah hotel terkemuka hari ini di ibu negara yang bakal menggabungkan pemimpin Umno dan Pas serta pegawai kanan kerajaan dan pensyarah univesiti tempatan.
Menurut sumber, mesyuarat itu adalah untuk kesekian kalinya selepas beberapa kali mesyuarat telah diadakan sebelum ini yang bertujuan mendekatkan lagi kerjasama antara Umno dan Pas demi kepentingan orang Melayu dan Islam.
Selain Zahid sebagai pengerusi, timbalan pengerusi kluster politik ini adalah Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakub.
Mesyuarat terakhir sebelum ini iaitu pada 3 April lalu dipengerusikan oleh Zambry.
Ahmad dipercayai tidak akan menyertai mesyuarat hari ini kerana masih belum sihat selepas menjalani pembedahan di kepala di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) beberapa hari lalu.
Selain Ahmad, turut mewakili Pas dalam mesyuarat ini adalah Datuk Dr Khairudin Aman Razali, Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas yang juga ahli parlimen Kuala Nerus dan Dr Zuhdi Marzuki, pensyarah kanan Universiti Malaya yang juga Pengarah Pusat Penyelidikan Pas.
Dua bekas pemimpin Pas iaitu Datuk Nasharudin Mat Isa (bekas timbalan presiden) dan Datuk Dr Hassan Ali (bekas naib presiden Pas) adalah anggota kluster ini.
Di samping mereka, beberapa mufti termasuk Mufti Wilayah Persekutuan dan Mufti Terengganu juga ahli kepada kluster ini di samping Presiden Isma, Abdullah Zaik dan pensyarah Universiti Pertahanan Nasional, Dr Redhuan Tee Abdullah.
Sebelum ini, makmal yang dijalankan oleh MPI menyarankan parti politik supaya bersama-sama dalam satu persefahaman ke arah membentuk kesepaduan ummah.

Salleh: Dr Mahathir berselindung di sebalik alasan cuba selamat Umno


Menteri Komunikasi dan Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak mendakwa bahawa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berselindung di sebalik alasan kononnya setiap tindakannya adalah demi kebaikan Umno.
Dalam catatan di blognya (sskeruak.blogspot.com), Salleh berkata sebenarnya Dr Mahathir berbuat sebaliknya.
"Bagaimana pula bersekongkol dengan penasihat DAP Lim Kit Siang, yang paling tidak sukakan Umno, dan juga anggota pembangkang yang lain, dianggap demi kebaikan Umno? Adakah dengan membakar rumah, satu tindakan untuk membaiki rumah itu?" katanya.
Katanya, Dr Mahathir terlibat terlalu mendalam dengan DAP sehinggakan beliau telah menjadi musuh Umno dan bukan lagi rahsia akan hakikat bahawa beliau mahu menghukum Umno seperti apa yang beliau pernah lakukan pada 2008.
"Umno perlu sedar bahawa Dr Mahathir sedang bekerjasama rapat dengan Lim dan DAP dengan harapan bahawa BN akan gagal dalam pilihan raya umum ke-14 nanti.
"Sebab itu kenapa Dr Mahathir tidak dapat menerima keputusan positif dibuat Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengenai 1MDB serta penjelasan diberikan kerajaan Arab Saudi bahawa RM2.6 bilion itu sebenarnya derma," katanya.
Salleh berkata Dr Mahathir akan terus mencari apa juga alasan yang dapat dicarinya untuk menyerang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Beliau berkata Dr Mahathir kelihatan amat keliru dengan apa motif sebenar beliau .

Muhyiddin hilang sokongan majoriti?

Tanpa bersandarkan satu kajian yang terperinci, saya boleh perhatikan sokongan akar umbi UMNO kepada kumpulan 4M (Mahathir, Muhyiddin, Mohd Shafie dan Mukhriz) masih tinggi.
Muhyiddin-UMNo
Oleh Datuk Dr Marzuki Mohamad
Professor Datuk Dr Ramlah Adam membuat komen yang disiarkan di Free Malaysia Today semalam bahawa bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, tiada tempat lagi di dalam UMNO kerana majoriti ahli-ahli UMNO setia kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Penyertaan Muhyiddin bersama-sama Tun Dr Mahathir dalam gerakan Selamatkan Malaysia dikatakan penyebab utama Muhyiddin diketepikan oleh majoriti ahli-ahli UMNO. Beliau menggelar Muhyiddin, Mohd Shafie Afdal dan Mahathir sebagai golongan kecewa yang ditolak oleh majoriti ahli UMNO.
Saya menghormati Professor Ramlah sebagai salah seorang pakar sejarah yang ternama di Malaysia. Saya sering mengikuti pandangan-pandangan beliau mengenai politik tanah air, khususnya tentang UMNO. Namun, saya mempunyai mengenai pandangan yang agak berbeza daripada beliau berkenaan hal yang dibicarakan di atas.
Terdapat kaedah-kaedah tertentu untuk menguji tahap sokongan ahli-ahli parti terhadap seorang pemimpin politik. Yang paling mudah ialah pemilihan parti. Yang menang pastinya telah mendapat sokongan majoriti, manakala yang kalah telah kehilangan sokongan. Namun, tiada pemilihan parti yang dibuat dalam masa terdekat untuk mengetahui dengan tepat tahap sokongan ahli-ahli parti kepada mereka.
Cara yang kedua untuk menguji tahap sokongan ialah kajian tinjauan pendapat melalui kaedah persampelan. Professor Ramlah tidak mengemukakan data-data daripada hasil tinjauan pendapat untuk menyokong kenyataan beliau. Jadi, boleh diandaikan tiada kajian seumpamanya dibuat. Melainkan satu kajian yang berkredibiliti dibuat mengenainya, maka barulah boleh dikatakan pandangan yang dikemukakan adalah sahih dan berasas.
Namun begitu, adalah menjadi kebiasaan bagi pemerhati politik untuk mengemukakan pandangan berdasarkan pemerhatian yang diperolehi daripada perbualan dengan pihak-pihak tertentu, pembacaan bahan-bahan berkaitan, penyebaran berita atau cerita, dan penyertaan dalam acara-acara yang ada kaitan dengan subjek yang dikaji. Ini juga satu kaedah yang tidak salah untuk digunakan.
Misalnya, kita boleh perhatikan hampir kesemua Ketua UMNO Bahagian menyatakan sokongan kepada Najib. Bermakna mereka tidak menyokong Mahathir, Muhyiddin, Shafie dan Mukhriz. Tetapi adakah suara Ketua Bahagian mewakili suara semua ahli di akar umbi? Tentu sekali tidak.

Tak cukup duit pergi sekolah


BR1M tak cukup bayar GST


Harga naik, BR1M tak cukup


GST: Orang rumah panjang jadi mangsa

BN janji bina jalan, hanya jalan kaki

"SIAPA PENGKHIANAT NEGARA" FORUM LAPORAN PAC - 1MDB

Bila kebebalan terus menebal dlm kepala hotak pemimpin BN.

Adoiiii hai... Nak datang pun kena tahan dekat imigresen dan kena deport balik.. Bagaimana nak tengok !!!

Kalau org cakap tongong tau marah plok...

CEO tinggalkan Malaysia Airlines September ini

Malaysia Airlines Berhad (MAB) berkata ketua pegawai eksekutif (CEO) merangkap pengarah urusannya Christoph Mueller akan meninggalkan syarikat itu pada September ini.
Mueller dilapor akan meninggalkan Malaysia Airlines walaupun kontraknya telah diikat untuk tempoh tiga tahun.
Syarikat penerbangan itu dalam kenyataan berkata Mueller bertindak demikian kerana “perubahan keadaan peribadinya”, lapor Reuters.
Mueller akan menghabiskan tempoh notis enam bulan sehingga September 2016.
beliau menyatakan kecenderungan untuk kekal sebagai pengarah bukan eksekutif kepada lembaga MAB, menurut syarikat.
“Kami amat sedih dengan pemergian Christoph sebagai CEO tetapi amat memahami alasannya dan hormat keperluannya untuk bertindak demikian,” kata Pengerusi MAC Md Nor Yusof.
Mueller menerajui syarikat itu Mei tahun lalu dan membuat penstrukturan semula kepada syarikat penerbangan yang dikenali sebagai Malaysia Airlines Systems (MAS) sebelum ini.
MAS terkesan dengan tragedi kehilangan pesawat MH370 pada 2014. Pada tahun sama, pesawat MH17 pula ditembak jatuh di Ukraine.

Hasan: Penyuntingan ayat tak jejas keseluruhan laporan PAC

Penyuntingan beberapa ayat dalam laporan akhir Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak menjejaskan keseluruhan laporan itu.
Pengerusi PAC Datuk Hasan Arifin berkata ayat berkenaan dikeluarkan kerana ia berstatus belum jelas atau dalam risikan serta bukan untuk pengetahuan awam.
"Perkara ini telah dimaklumkan ketika pembentangan laporan kepada semua anggota PAC pada 7 April lepas.
“Memasukkan pernyataan yang tidak jelas atau dalam risikan adalah sesuatu yang prejudis dan semua anggota PAC seharusnya memberi keyakinan kepada pihak berkuasa membuat siasatan lebih lanjut sebelum membuat kenyataan," katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.
Sehubungan itu, beliau berkata berkata pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mempunyai kepakaran khusus bagi melaksanakan tanggungjawab itu telah menubuhkan sebuah pasukan khas bagi menyiasat sebarang salah laku.
Hasan berkata demikian bagi mengulas kenyataan anggota Parlimen DAP Tony Pua hari ini yang mengatakan beberapa ayat dalam laporan akhir 1MDB telah dikeluarkan, antaranya mengenai perbincangan antara pegawai Jabatan Audit Negara dan anggota PAC.
Ayat seterusnya yang dikeluarkan ialah mengenai perbincangan anggota PAC dan pegawai kerajaan yang terbabit dalam menyediakan laporan 1MDB itu, kata anggota Parlimen Petaling Jaya Utara itu.
Pua yang juga anggota PAC berkata maklumat dalam kedua-dua ayat itu telah dipersetujui anggota PAC daripada Barisan Nasional dan pembangkang untuk dimasukkan dalam laporan 1MDB.