Selasa, 19 April 2016

Dr Zakir Naik: Umno-PAS boleh jadi gabungan untuk orang Islam

Kerajaan campuran UMNO dan PAS akan memberi banyak kebaikan kepada Malaysia dalam memacu negara ke hadapan serta mengukuhkan Islam, kata pendakwah Islam antarabangsa Dr Zakir Naik.
Katanya beliau bukannya mencadangkan dua parti politik Islam utama negara itu bergabung, tetapi adalah lebih baik jika kedua-dua parti politik berkenaan membentuk kerajaan campuran.
"Saya bukan hendak memberitahu kedua-dua parti (UMNO dan PAS) perlu menjadi sebuah parti, tetapi jika mereka boleh berbuat demikian, Alhamdulillah...(jika tidak), mereka boleh mengekalkan parti dan identiti masing-masing.
"Namun, jika mempunyai kerajaan campuran, ia akan menjadi gabungan untuk orang Islam," katanya pada sidang media selepas menjadi tetamu dalam rakaman program bual bicara TV Al Hijrah, 'Persepsi', di Kuala Lumpur, hari ini.
Dr Zakir Naik, yang kini menjelajah Malaysia bagi menyampai syarahan agama, dituduh oleh pihak tertentu kononnya ceramah beliau boleh menjejaskan ketenteraman awam dan menyentuh sensitiviti agama lain.
Sejak beberapa hari lepas, beliau telah bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden UMNO, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Naib Presiden UMNO dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Dr Zakir Naik, dari India, berkata beliau percaya kedua-dua pemimpin parti itu bersedia bekerjasama membentuk kerajaan campuran, dan jika perkara itu menjadi kenyataan ia adalah sesuatu yang terbaik untuk Islam.

KEBENARAN RASANYA SUDAH SEMAKIN DEKAT...

Belum pun lama Najib Razak, penyokong dan penerima dedaknya dapat bergembira dengan kenyataan Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al Jubeir berkenaan wang RM2,600 juta sebagai derma,  The Wall Street Journal kini tampil lagi dengan pendedahan barunya.

Dalam laporan terbarunya, WSJ mendakwa wang tersebut adalah berpunca daripada syarikat palsu, Aabar BVI yang menerima daripada 1MDB sebanyak AS$3.51 bilion atau RM14,000 juta bagi pihak IPIC atau International Petroleum Investment Company sebagai deposit sekuriti.

IPIC bagaimanapun dalam laporannya kepada London Stock Exchange baru-baru ini menafikan Aabar BVI adalah anak syarikatnya atau ada kaitan dengan mereka, manakala Arul Kanda, CEO 1MDB pula tidak menolak kemungkinan mereka menjadi mangsa penipuan.

Syarikat palsu itu didaftarkan di British Virgin Island dengan nama Aabar Investment PJS Ltd (Aabar BVI), manakala anak syarikat IPIC yahg sebenar yang didaftarkan di Aabu Dhabi ialah Aabar Investment PJS.

Menurut WSJ, sebahagian wang daripada syarikat palsu itu berakhir di Tanore Finance Corp, entiti yang sama yang memindahkan wang sebanyak RM2,600 juta ke dalam akaun peribadi Najib di Ambank.

Dengan terus mempertahankan dakwaannya sebelum ini bahawa wang yang diterima Najib itu ada kaitan dengan 1MDB, ia memperlihatkan seolah-olah WSJ mempunyai banyak bukti berkaitan pengaliran wang tersebut serta menolaknya sebagai derma daripada mana-mana Pak Arab.

Pelan selesai hutang 1MDB kini meragukan, kata Moody's


Agensi penarafan kredit, Moody’s Investors Service (Moody’s) berkata, rancangan 1MDB untuk mengurangkan hutang berskala besar diragui selepas pengumuman International Petroleum Investment Company (IPIC) yang berpangkalan di Abu Dhabi untuk tidak lagi terlibat dalam usaha menyelamatkan firma itu.
"Yang pastinya sekarang ialah pertikaian dan kemungkinan penamatan tukaran aset-hutang meletakkan kemajuan dalam pelan rasionalisi hutang 1MDB dalam situasi meragukan," kata penganalisa kanan Moody, Christian de Guzman yang berpangkalan di Singapura, memetik Bloomberg.
Laporan Bloomberg juga merujuk kepada kenyataannya pada 11 Januari yang lalu berkaitan kesan perkembangan terbaru itu.
"Dalam kenyataan itu, firma menyebut dinamik hutang negara yang semakin buruk ekoran daripada ketidak mampuan untuk berdepan dengan harga komoditi yang rendah" atau penghabluran liabiliti kontingen yang besar mungkin memberi tekanan kepada panarafan Malaysia.
"Moody's memberi penarafan A3 kepada Malaysia, gred pelaburan keempat terendah," katanya.
IPIC dalam pengumumannya kepada Bursa Saham London semalam berkata, 1MDB dan Kementerian Kewangan (MOF) Malaysia telah tertunggak dalam hutangnya kepada dana Abu Dhabi sebanyak RM1.1 bilion.
Oleh itu, IPIC berkata, tanggungjawabnya dan anak syarikatnya, Aabar Investments PJS untuk mematuhi perjanjian adalah terbatal.
IPIC menyediakan AS$1 bilion kepada 1MDB
Di bawah perjanjian penyelamatan asal yang dimeterai pada 28 Mei 2015, IPIC pada 4 Jun tahun yang sama menyediakan AS$1 bilion kepada 1MDB untuk membayar semula AS$975 juta pinjaman kepada konsortium bank yang diketuai oleh Deutsche Bank, yang mendesak pembayaran semula awal.
IPIC juga menjangkakan tanggungjawab untuk membayar semua faedah daripada bon 1MDB bernilai AS$3.5 bilion.

Ambiga: Penderma RM2.6b Najib mungkin rakyat Malaysia


Laporan berita terkini mencadangkan bahawa rakyat Malaysia tanpa mengetahui bahawa mereka mungkin adalah penderma yang menyumbangkan dana RM2.6 bilion kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dakwa bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan.
 Berhubung jumlah dana yang amat besar itu berasal dari penderma Arab Saudi, Ambiga secara berterus terang menggambarkan mereka yang menyokong teori itu sebagai "bodoh atau tidak jujur".
Menurut Ambiga, beliau langsung tidak mempercayai hujah bahawa keluarga diraja ArabSsaudi menghulurkan wang tersebut kepada perdana menteri.
"Cerita ini tidak pernah konsisten. Ia juga sukar dipercayai kerana tiada siapa yang akan memberi RM2.6 bilion kepada seseorang untuk melakukan apa yang mereka mahu.
"Memandangkan keadaan yang mencurigakan, ramai yang berpendapat bahawa wang itu datang daripada 1MDB.
"Pendedahan terbaru dari Wall Street Journal menunjukkan ini yang sebenarnya berlaku. Penderma adalah rakyat Malaysia, walaupun secara tidak sengaja, terpaksa dan tanpa disedari," katanya kepada Malaysiakini.
Laporan WSJ mendakwa bahawa sebahagian wang daripada syarikat palsu Aabar Investments PJS berakhir di Tanore Finance Corp yang juga berpangkalan di Kepulauan British Virgin, entiti sama yang memindahkan AS$681 juta ke dalam akaun bank peribadi Najib.
1MDB dilapor memindahkan AS$3.5 bilion kepada sebuah syarikat yang berpangkalan di Kepulauan British Virgin yang mempunyai nama yang sama dengan anak syarikat, International Petroleum Investment Company (IPIC) - Aabar Investments PJS - tetapi tidak mempunyai kaitan dengan firma milik dana Abu Dhabi itu.

RM2.6 bilion: Dari Tanore Finance Corp ke akaun Najib - WSJ

250,000 tandatangan Deklarasi Rakyat

Tony Pua kena halau ketika buat sidang media di Parlimen

Pengerusi PAC 'kantoi' sunting kenyataan Bank Negara - Tony Pua

Isu 1MDB: Kenapa takut bentang laporan AG, kata Tony Pua

Dr M cuba bekukan aset Najib bernilai RM2.6b


Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini memfailkan permohonan injuksi mareva menentang Datuk Seri Najib Tun Razak bertujuan membekukan atau penyekat perdana menteri daripada memindah, mengeluar atau melakukan sebarang urusniaga ke atas aset beliau yang bernilai RM2.642 bilion.
Bekas perdana menteri itu bersama-sama bekas naib ketua Umno cawangan Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan bekas ahli Umno Langkawi, Anina Saadudin, turut memfailkan permohonan pendedahan yang menghendaki Najib untuk memaklum dan memberi butiran aset-aset beliau termasuk artanah, baki kredit, tunai dan aset-aset lain dalam bank, institusi kewangan dan saham syarikat.
Permohonan itu difailkan hari ini pada jam 10.40 pagi menerusi firma guaman, Haniff Katri di pendaftar Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur.
"Arahan kepada Najib untuk menyediakan senarai aset dalam masa 10 hari bermula tarikh penghantaran surat ini kepada beliau," kata permohonan itu.
Permohonan itu adalah berlandaskan kesemua mereka telah memfailkan tindakan sivil menentang Najib, pada 23 Mac yang lalu, bagi kemungkiran kewajipan fidusiari dan salah laku tort misfeasance dalam jawatan awam.
Menurut mereka, Najib selaku perdana menteri, pengerusi BN dan presiden Umno dengan niat jahat menghalang, mencampuri, menindas dan menyalah pintas pelbagai siasatan dan inkuiri berhubung skandal 1MDB berserta kemasukan dana dalam anggaran AS$700 juta (RM2.6 bilion) ke dalam akaun peribadi banknya.

ADAKAH ANNUAR MUSA CUBA MENGATAKAN NAJIB JUGA TIDAK BERMORAL?

Kata Ketua Penerangan UMNO, Annuar Musa, adalah suatu kesalahan dari segi moral bagi Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng membeli banglo dengan harga di bawah nilai pasaran.

"Dia kena terima terima hakikat....dari segi moral memang salah.

"Dia sebagai seorang penjawat awam, dunia tahu dia membeli satu aset pada harga yang tidak munasabah dan dia tidak mungkin mendapat harga itu jka tidak kerana jawatannya sebagai Ketua Menteri," ujarnya lagi.

Kelihatannya sungguh bermoral wajah Annuar Musa bila beliau mengucapkan kata-kata seperti itu.

Tetapi, kenapa kata-kata yang sama tidak ditujukannya kepada Najib Razak?

Adakah bermoral bagi seorang Perdana Menteri memasukkan wang ke dalam akaun peribadinya, sebagaimana yang didedahkan oleh WSJ, bukan setakat RM2,600 juta, malah didakwa menjangkau RM4,200 juta jumlahnya?

Jika Najib bukan berjawatan Perdana Menteri, adakah sesiapa dalam dunia ini yang mahu memberikannya derma sebanyak itu?

Tidakkah dalam akta SPRM, menerima derma bagi penjawat awam juga merupakan suatu kesalahan?

Dari segi moral, jika Lim Guan Eng dilihat salah, adakah Najib dianggap suci bersih dan "halalan toyiban" sedangkan dari segi jumlahnya saja berganda-ganda lebih besar lagi?

Atau Annuar sebenarnya sedang melakukan sindiran dengan membaling seketul batu, tetapi menjadikan Lim Guan Eng dan Najib sebagai mangsa sasarannya secara sekaligus?

Berita panas WSJ lagi hari Selasa.. makin femes Panglima Perang Orang Islam ke saentaro dunia..

WSJ ni nakal. Ada sajer keluarkan cerita baru HARI SELASA. Macam takde hari lain nak malukan Panglima Perang Orang Islam.

Kalau dakwan ini FITNAH, Panglima Perang Orang Islam nak ugut saman WSJ hari apa plok !!!.. hari SELASA DAH 'BOOKED'..

Hikayat 1MDB..

Panglima Orang Islam bebas dari kaitan 1MDB sekalipun sendiri tandatangan..

WSJ mendakwa Dua Poin Enam itu dari 1MDB....
Tapi Panglima Perang Orang Islam kata dari Sumbangan dari Keluarga di Raja Arab Saudi....
Pak Menteri Komedi pun mengakui....
Ianya Sumbangan Politik kata Panglima Perang Orang Islam...
Pak Arab pun sahkan BUKAN DERMA tapi Pelaburan...
Tetapi kenapa dana PELABURAN DIPULANGKAN BALIK ??

Setelah Najib kerap kali ulang-alik ke Saudi..
Panglima Perang Orang Islam berjumpa Pak Arab di Turki..
Tup.. Tup.. PELABURAN bertukar jadi derma plok..
Derma ikhlas katanya...
Inilah Transformasi Cerdik..
Minda Rakyat berterusan di Godek..

SIAPA 'cover' SIAPA ??!!

Skandal kewangan: Najib Razak mesti bercuti pastikan siasatan bebas

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak mesti mengambil langkah sama mengikut tindakan Pengerusi CIMB, Datuk Seri Nazir Razak apabila bercuti bagi membenarkan siasatan berhubung skandal kewangan AS$7 juta.
Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, berkata Najib sewajarnya bertangunggjawab terhadap sebarang salahlaku penyelewengan itu supaya siasatan bebas boleh dilakukan.
najibwsj“Apa yang dilakukan Nazir itu secara tidak langsung mengakui ada sesuatu yang tidak betul telah dilakukan oleh Perdana Menteri.
“Mengambil keputusan untuk bercuti juga bermaksud Nazir menerima tangunggjawab atas kesilapan ini.
“Apa yang lebih penting, jika Nazir dianggap bersalah, sudah tentu Najib juga tidak boleh terlepas daripada menerima hukuman,” katanya kepada SelangorKini.
Nazir sebelum ini dilaporkan bercuti berhubung sejumlah wang diagihkan Nazir bagi pihak abangnya, Najib Razak.
Pada masa sama, media antarabangsa, The Wall Street Journal mendedahkan wang itu diperoleh daripada Najib Razak untuk kegunaan pilihan raya.
Bagaimanapun Nazir menegaskan wang itu sumbangan syarikat korporat, dan tidak pasti status sebenar perolehan sumber kewangan itu.
Menyelar kenyataan itu, Tian yang juga Naib Presiden KEADILAN berkata Nazir sewajarnya memahami konteks perundangan Akta Penggubahan Wang Haram (AMLA) dengan mengambil kira kedudukannya.
“Kalau ikut undang-undang AMLA, Nazir sebagai CEO Bank sepatutnya sedar tindakan itu bertentangan dengan undang-undang, tetapi apacberlaku sebaliknya.
“Lebih memalukan, Najib pula tidak membuat sesuatu yang boleh dianggap bermaruah seperti mengambil cuti semasa siasatan, tetapi tetap pegang kuasa untuk tutup saluran siasatan,” katanya.

Laporan 1MDB WSJ dicalonkan untuk Hadiah Pulitzer


Siri artikel terbitan The Wall Street Journal mengenai skandal kewangan yang didakwa dikaitkan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan firma pelaburan negara 1MDB berjaya dicalonkan untuk kategori laporan antarabangsa bagi Hadiah Pulitzer.
"Liputan kami 'Watergate Malaysia' # 1MDB adalah finalis bagi Hadiah Pulitzer dalam kategori laporan antarabangsa," tulis WSJ dalam tweet pagi ini.
Menurut laman web rasmi Hadiah Pulitzer, WSJ mengemukakan siri artikel yang disiarkan antara Julai dan Disember tahun lalu - ditulis oleh Tom Wright, Bradley Hope, Simon Clark, Mia Lamar dan James Hookwood.
Mereka diberikan kredit bagi hasil kerja-kerja yang digambarkan sebagai "laporan cemerlang dalam mendedahkan amalan rasuah di peringkat tertinggi di demokrasi yang rapuh, membawa kepada Watergate Malaysia".
Antara lain, artikel yang dikemukakan bertajuk "Malaysia Leader's Accounts Probed" (2 Julai), "Leader Faces Fire Over Fund" (15 Oktober), dan "The Money Network of Malaysian Politics" (28 Disember).
Najib dan penyokongnya dari parti pemerintah BN berulang kali menuduh WSJ menjaja tuduhan palsu dan diperkudakan oleh mereka yang mempunyai agenda politik untuk menjatuhkan kerajaan.
Akhbar itu bagaimanapun, terus berdiri teguh dengan laporannya sehingga hari ini dan menyokong supaya Najib memfailkan saman fitnah terhadap sebarang laporan yang didakwa palsu.
Anugerah Hadiah Pulitzer disampaikan kepada pemenang pada hari Isnin.
Lembaga Hadiah Pulitzer menganugerahkan Alissa Rubin dari The New York Times sebagai pemenang kategori laporan antarabangsa untuk kerjanya di Afghanistan pada 2015.

K’jaan digesa terima peletakan jawatan pengarah 1MDB


Gerakan Selamatkan Malaysia menggesa kerajaan untuk segera menerima tawaran peletakan jawatan daripada lembaga pengarah firma pelaburan negara 1MDB.
Pengarah Pusat bagi Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4) Cynthia Gabriel, berkata ini berdasarkan pengumuman terkini International Petroleum Investment Company (IPIC) yang berpangkalan di Abu Dhabi untuk menarik diri daripada perjanjian menyelamatkan 1MDB, kerana mendakwa firma itu gagal mematuhi syarat perjanjian mereka.
 "Pengumuman itu pada dasarnya mengesahkan apa yang PAC (Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara) kata tentang kegagalan pengarah 1MDB untuk melaksanakan tugas mereka.
"Adalah penting sekarang bagi kerajaan menerima tawaran peletakan jawatan oleh semua pengarah 1MDB kerana gagal menjalankan tugas fidusiari mereka," katanya pada sidang akhbar di Petaling Jaya pagi ini.
Lembaga pengarah 1MDB pada 7 April lalu secara kolektif menawarkan peletakan jawatan berikutan pengumuman laporan PAC yang mendedahkan salah urus dalam firma yang dibebani hutang itu.

Di mana, ke mana lenyapnya RM14 bilion, 1MDB?



Akhirnya, selepas lebih tiga tahun laporan intensif dan berterusan mengenai salah laku 1Malaysia Development Bhd (1MDB), pihak pengurusan mengakui kemungkinan berlakunya penipuan - selepas AS$3.51 bilion, atau RM14 bilion, lenyap begitu sahaja.
 Ia juga menandakan ketidak setujuan yang serius di kalangan beberapa rakan kongsi yang mana melibatkan firma milik Abu Dhabi, selaku penjamin dana sebesar AS$3.5 bilion menerusi dua bon sementara yang lain ialah rakan kongsi usahasama dalam projek hartanah perkhidmatan kewangan Tun Razak Exchange di Kuala Lumpur yang bernilai RM18 bilion.
Dengan 'kehilangan' RM14 bilion sebagai perkembangan besar-besaran, disifatkan sebagai pembongkaran empayar 1MDB yang terbina dari aktiviti berhutang secara keseluruhannya.
Ia adalah dakwaan ke atas pengurusan dan pemegang saham yang dilihat terlibat dalam usaha-usaha berdasarkan pertimbangan dan disengajakan untuk memindahkan hutang dalam jumlah yang besar keluar dari 1MDB, dana yang diperolehi menerusi bon.
Ia boleh ditafsirkan sebagai terburuk apabila sebab-musabab pemindahan dana itu dalam keadaan yang renggang dan tidak bersebab sama sekali, mereka yang sepatutnya menerima sejumlah RM14 bilion itu menafikan telah dibayar, sekali gus memungkinkan wujudnya aktiviti meraguan yang mengesahkan berlakunya salah laku.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Arul Kanda Kandasamy, yang mengakui kemungkinan berlakunya penipuan, dan berurusan dengan entiti-entiti yang berkait dengan pihak yang menafikan pembayaran itu, dilihat lebih berminat untuk berdebat dengan Ahli Parlimen DAP, Tony Pua daripada menjalankan tugasnya di 1MDB.

WSJ dakwa sumber RM2.6bil daripada syarikat palsu Aabar


Akhbar Wall Street Journal, yang dituduh oleh Putrajaya cuba untuk menumbangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini membuat satu lagi dakwaan mengejutkan berhubung dana AS$3.5 bilion yang menurut International Petroleum Investment Company (IPIC) yang berpangkalan di Abu Dhabi, tidak pernah diterimanya daripada 1MDB.
1MDB dilaporkan telah memindahkan wang berkenaan kepada sebuah syarikat yang berpangkalan di Kepulauan British Virgin dan mempunyai nama yang hampir sama dengan anak syarikat IPIC, Aabar Investments PJS tetapi tidak mempunyai kaitan dengan firma dana Abu Dhabi itu.
 Dalam laporan terbaru, WSJ yang dicalonkan untuk Hadiah Pulitzer berhubung pendedahan skandal 1MDB, mendakwa sebahagian wang daripada syarikat palsu berkenaan berakhir di Tanore Finance Corp yang juga berpangkalan di Kepulauan British Virgin, entiti sama yang memindahkan AS$681 juta ke dalam akaun bank peribadi Najib.
"Menurut penyiasat di dua negara, sebahagian daripada wang (Aabar) tersebut seterusnya dipindahkan, melalui perantara, kepada sebuah syarikat ‘shell’ bernama Tanore Finance Corp yang didaftarkan di Kepulauan British Virgin.
"Pemilik Tanore apabila ia mula-mula ditubuhkan adalah Tan Kim Loong, rakan perniagaan Malaysia (Jho) Low, menurut mereka yang biasa dengan perkara itu. Percubaan untuk menghubungi Tan bagaimanapun tidak berjaya.
"Penyiasat antarabangsa percaya ia adalah daripada Tanore yang memindahkan AS$681 juta ke akaun Ambank Perdana Menteri Malaysia Najib pada Mac 2013, mengikut mereka yang biasa dengan penyiasatan itu," lapor WSJ.
Najib mendakwa wang AS 681 juta yang dirujuk sebagai RM2.6 bilion berdasarkan kepada kadar pertukaran Julai tahun lalu ketika pertama kali ia didedahkan, adalah sumbangan politik dari keluarga diraja Arab Saudi.
Bulan lalu, Perbadanan Penyiaran Australia (ABC) juga menerbitkan surat daripada seorang putera Arab yang menyatakan bahawa AS$375 juta diberikan kepada Najib untuk melakukan apa saja yang disukai sebagai pengiktirafan pentadbirannya yang berasaskan Islam.

Skandal 1MDB: 'Berbohong kepada PAC boleh dipenjara hingga tiga tahun'


Mereka yang berbohong kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun, kata Ahli Parlimen Selayang, William Leong.
 Ahli parlimen PKR memetik Seksyen 20 Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 yang menyatakan bahawa mereka yang memberi keterangan palsu ke Dewan Rakyat atau mana-mana jawatankuasanya boleh didakwa di bawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan kerana memberi keterangan palsu.
Ini adalah berhubung laporan PAC mengenai 1MDB, dan maklumat yang tidak selaras termasuk kenyataan International Petroleum Investment Companya (IPIC) bahawa firma itu tidak mempunyai kaitan dengan Aabar British Virgin Islands.
"Mereka yang telah memberi keterangan di hadapan Ketua Audit Negara dan PAC tidak bercakap benar," kata Leong yang juga adalah anggota PAC.
"Pengumuman IPIC seterusnya mendedahkan bahawa mereka yang memberi keterangan di hadapan Ketua Audit Negara dan PAC menyembunyikan maklumat penting dan memberi keterangan palsu serta mengelirukan," katanya pada sidang akhbar di luar lobi Parlimen hari ini.

'Ketua PAC sunting kenyataan Bank Negara'


Anggota pembangkang Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) hari ini menuduh pengerusi jawatankuasa itu, Datuk Hasan Arifin menyunting laporan PAC mengenai 1MDB tanpa kelulusan jawatankuasa berkenaan.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mendakwa Hasan mengeluarkan ayat dalam laporan itu mengenai firma Good Star Ltd yang dikaitkan dengan Jho Low.
 Pua berkata ayat yang dikeluarkan berbunyi: "Bank Negara Malaysia dimaklumkan secara sukarela oleh pihak berkuasa negara itu bahawa Good Star Limited adalah sebuah syarikat yang dimiliki oleh individu yang tidak mempunyai kaitan dengan PetroSaudi Group".
Ayat berkenaan, katanya diluluskan oleh semua anggota PAC dalam draf kerja mereka, namun ia a tidak muncul dalam laporan akhir yang diterbitkan.
Laporan itu, hanya menyebut bahawa bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral Halmi telah membekalkan dokumen bahawa Good Star adalah anak syarikat PetroSaudi.
1MDB telah mengalihkan dana AS$700 juta yang bertujuan untuk usaha sama dengan PetroSaudi ke dalam akaun Good Star tanpa kelulusan lembaga pengarah IMDB.
Malaysiakini telah menghubungi Hasan bagi mendapatkan jawapannya berhubung dakwaan ini.

YDP Dewan Negara 'halau' wakil rakyat dari lobi Parlimen


Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang bertindak 'menghalau' beberapa ahli parlimen pembangkang yang mengadakan sidang akhbar di lobi Parlimen.
Antara yang berada di situ ialah Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Dr Tan Seng Giaw dan ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua yang bercakap mengenai 1MDB apabila mereka diminta keluar, ekoran sesi Dewan Rakyat telah tamat.
 "Ini Dewan Negara, bukan Dewan Rakyat," kata Abu Zahar kepada mereka ketika beliau melimpasi kawasan lobi berkenaan.
Beliau kemudiannya memberitahu pegawai keselamatan untuk mengusir ahli-ahli parlimen itu, yang memberikan kerjasama dan keluar mengadakan sidang akhbar di luar kawasan lobi.
Kemudian, di dalam Dewan Negara, Abu Zahar menjelaskan tindakan beliau.
"Pembangkang atau tidak jangan ganggu persidangan. Jika Dewan Negara sedang bersidang, ahli parlimen jangan ganggu.
"Begitu juga, semasa Dewan Rakyat sedang bersidang, senator jangan campur tangan.
"Kita mesti hormati Dewan yang sdang bersidang. Saya harap pihak keselamatan tahu tugas mereka," katanya.
Sementara itu, Pua berkata, beliau tidak bertengkar dengan Abu Zahar.
"Saya tidak bertengkar dengan beliau, tetapi sebagai ahli parlimen kita ada hak untuk guna kelengkapan ini.
"Apa yang tidak boleh dilakukan ialah masuk ke Dewan Negara semasa bersidang," t

Bercuti: TI-M puji Nazir, gesa orang lain ikut jejaknya


NGO anti-rasuah, Transparency International-Malaysia (TI-M) memuji langkah Pengerusi CIMB Group Holdings, Datuk Nazir Abdul Razak yang mengambil cuti sementara menunggu semakan dalaman mengenai peranannya berhubung pengagihan pembayaran AS$7 juta bagi pihak abangnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Nazir, dalam sidang media selepas Mesyuarat Agung Tahunan ke-59 CIMB Group, mengesahkan beliau akan bercuti untuk memudahkan semakan dalaman itu dilakukan.
 Presiden TI-M, Akhbar Satar berkata percutian Nazir itu akan membolehkan semakan dalaman yang bebas dan tadbir urus yang baik.
Menyifatkanya sebagai satu langkah yang betul, Akhbar berkata rakyat Malaysia yang lain sepatutnya mengikuti contoh yang baik seperti itu.
"Pemimpin yang baik mesti memimpin melalui teladan," katanya sambil dengan menambah bahawa dengan mengamalkan sifat 'cakap serupa bikin', akan membuat 'anda menjadi ikutan orang lain".
"Apabila pemimpin mengatakan satu perkara, tetapi melakukan yang lain, mereka menghakis kepercayaan - satu elemen penting kepimpinan yang produktif," katanya kepada Malaysiakini.
Akhbar berkata, TI-M kagum dengan keputusan bijak Nazir untuk menggalakkan tadbir urus yang baik dan tidak mempengaruhi siasatan yang berkaitan dengan beliau.
Semalam, Nazir mengesahkan sedang bercuti bagi membantu semakan dalaman berkaitan pemindahan wang AS$7 juta yang dilapor diterima daripada abangnya Najib.
Nazir berkata, jika beliau tidak bertindak demikian, bank itu tidak dapat beroperasi pada tahap integriti tertinggi.
Katanya bantuannya mengedarkan wang bagi pihak abangnya Datuk Seri Najib hanya diberikan sekali sahaja.

Hairan , Pelik Dan Ajaib ?

Oleh Ridzwan Abu Bakar

"Saya hairan, pelik dan terkejut dengan reaksi ahli Umno dan orang Melayu terhadap penyelewengan yang dilakukan oleh Najib dan pemimipin Umno" kata seorang 'bekas' tokoh Umno.

"Nak tunggu sampai bila pun tak tau la baru orang melayu nak cerdik... Najib pemain kita kiri kanan pun depa tak sedaq lagi" syarah 'bekas' Pak Yet Umno peringkat bahagian.

"Nak harap ketua bahagian susah la.... depa makan dedak banyak sangat...... kita tak banyak dedak, Najib banyak dedak " luah 'bekas' orang tua Umno.

Demikian, orang2 umno menzahirkan kehairanan mereka; untuk mereka 'hairan' ini adalah sebenarnya harga yang harus dibayar untuk mengangkat martabat orang Melayu dan rakyat Malaysia.

Jangan hairan
Jangan terkejut
Jangan rasa ajaib dan pelik
60 tahun, orang Umno dan rakyat Melayu
- dibodohkan melalui media 'hamba' Umno
- institusi kerajaan seperti polis, spr, penerangan hatta mahkamah telah 'dipergunakan' seenak dan semahunya.
- undi rakyat hanya berharga RM 50
- wang adalah solusi segalanya
- budaya ampu dan kagum dipupuk semahunya
- 'tuan sentiasa betul dan benar' adalah prinsip yang dipupuk kepada pimpinan lapis bawahan.

Kalau itulah yang ditanam dalam minda Melayu Umno (oleh anda! Bekas pemimpin, bekas Pak Yet dan bekas Orang tua Umno) maka anda jangan hairan dengan sikap ahli Umno sekarang "apa yang ditanam itulah yang akan dituai" .

Jahatnya DAP..!!!

OLEH TAMRIN TUN GHAFAR
Ya DAP jual negara. DAP yang jual 3 juta hektar tanah Hak Simpanan Melayu, DAP yang jual IPPs dan tanah lapangan terbang tentera di Sungai Besi pada China.

DAP juga bersama Jho Low yang rompak duit negara RM55 bilion, DAP juga yang masukkan RM4.2 bilion ke dalam akaun peribadi Lim Kit Siang. DAP yang mungkir janji PRU 13 dengan menaikan TOL dan membebankan rakyat jelata dengan memaksa semua rakyat termasuk simiskin dikampung-kampung membayar cukai melalui GST.
DAP juga yang tidak membenarkan 744 anak-anak kita meneruskan pelajaran di universiti luar negara kerana nak selamatkan duit negara RM240 juta.
Jangan lupa DAP juga yang bayar RM77 juta kepada konsultan Yahudi APCO  sebagai penasihat negara.
Oooh ya tahniah pada Lim Kit Siang kerana dapat pujian hebat di muka hadapan suratkhabar Yahudi, The Times of Israel selepas Lim Kit Siang tanpa sengaja  terjumpa pemimpin Yahudi tu di bangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
Akhinya pemimpin DAP  yang rogol anak gadis Melayu bawah umor sehingga melahirkan anak dalam pusat tahanan sebaliknya pemimpin Umno yang dihumban dalam penjara.
Jahatnya DAP.
Semoga Umno terus kekal sehingga akhir zaman  - kerana tanpa Umno Melayu mati.  Itu sebabnya jumlah penduduk Kelantan tak sampai 10,000 orang jer; semuanya dah mati kerana tak ikut Umno!!!

Menteri Luar Arab Saudi

Oleh Tun Mahathir
1. Apakah yang sebenarnya dikatakan oleh Adel al-Jubeir Menteri Luar Arab Saudi? Rakaman video beliau yang menjawab soalan yang diajukan oleh wartawan Malaysia disebarkan ke seluruh dunia. Berikut adalah transkripsi rakaman tersebut:


“Tuan Yang Terutama” kata wartawan itu, “Adakah anda menyedari mengenai latar belakang dan maklumat terperinci mengenai isu derma kepada Perdana Menteri Malaysia?”

2. Jika sekiranya penyokong-penyokong Najib gagal mengambil perhatian, soalnya ialah sama ada Encik al-Jubeir sedar mengenai latar belakang dan butiran terperinci mengenai derma itu. Selanjutnya Menteri Luar Arab Saudi menjawab: “Kami mengetahui mengenai derma itu dan ia adalah derma ikhlas tanpa mengharap sebarang balasan”.

3. Dan beliau “sedar bahawa Peguam Negara Malaysia telah menyiasat dengan teliti perkara itu dan mendapati tiada salah laku dan (bagi dia) perkara itu ditutup.”

4. Menyedari kenyataan Peguam Negara tidak semestinya bermakna beliau bersetuju dengan kenyataan itu.

5. Di Malaysia dan juga di kebanyakan negara dunia banyak orang mengetahui kenyataan-kenyataan Peguam Negara. Jika anda bertanya kepada mereka sama ada mereka sedar, mereka akan berkata, ya mereka sedar. Jika mereka ditanya sama ada mereka percaya kebanyakan kenyataan Peguam Negara bahawa 2.6 bilion Ringgit adalah derma yang Perdana Menteri boleh gunakan sesuka hati dan Najib tidak melakukan sebarang kesalahan, jawapan mereka adalah “Tidak, mereka tidak percaya.”

Derma ke akaun peribadi PM boleh cetuskan perang proksi

Najib boleh cetus perang proksiNajib boleh cetus perang proksi
Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak telah melakukan kesilapan besar mengaku menerima derma daripada jutawan Arab Saudi dan disahkan oleh Menteri Luar negara berkenaan kerana tindakannya itu akan mencetuskan kebimbangan berlakunya perperangan proksi politik antara parti-parti politik yang menerima derma daripada luar negara, kata Presiden Amanah, Haji Mohd Sabu.
Perperangan proksi politik akibat pembiayaan politik asing kata beliau telah berlaku di negara-negara bergolak seperti di Iraq, Syria, Yaman dan Libya.
"Najib telah memulakan satu tabiat yang buruk untuk politik Malaysia sekarang dan masa akan datang.
"Tidak mustahil satu hari nanti parti politik lain pula akan menerima derma daripada India, Singapura, Taiwan mahupun Amerika Syarikat, kata beliau dalam satu kenyataan yang disiarkan portal rasmi parti Amanah malam tadi
Beliau berkata Najib nampaknya telah memalu gendang perang. Oleh itu untuk mengambil tanggungjawab, sekali lagi saya menyeru beliau meletak jawatan dan mengaku kesilapan kerana telah menerima derma peribadi begitu banyak untuk menjalankan kegiatan politik.
"Gejala buruk yang dimulakan Najib ini perlu diinsafi oleh sekalian rakyat kerana skandal ini telah menyebabkan negara dipandang jelik oleh negara luar. Najib, berhentilah segera untuk selamatkan Malaysia, katanya.
Ketika sidang kemuncak Pertubuhan Kerjasama Negara-negara Islam (OIC) ke 13 baru-baru ini , Menteri Luar Saudi, Adel al-Jubeir mengesahkan derma RM2.6 billion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib adalah derma tulen dari negara itu.

Kedudukan 1MDB Bercelaru- IPIC Tamatkan Pelan Menyelamat

International Petroleum Investment Company (IPIC) yang berpengkalan di Abu Dhabi, United Emerite Arab telah menamatkan pelan menyelamat 1MDB yang ditandatanagi pada Jun 2015 dengan Kemenenterian Kewangan malaysia.
Pada perjanjian tahun lalu itu, IPIC telah menyalurkan AS1bilion tunai kepada 1MDB, untuk tujuan membayar hutang daripada konsertum Bank yang diketuai Dutse Bank, Jerman sebanyak AS970juta. Melalui perjanjian itu juga, IPIC mengambil alih hutang bond 1MDB bernilai AS3.5bilion melalui pertukaran aset milik 1MDB yang tidak dinyatakan. 
Jika berasaskan laporan berkaitan dengan perjanjian menyelemat itu, 1MDB perlu membayar AS3.54bilion, kepada IPIC. Menurut rekod 1MDB, memangpun syarikat itu telah menyalurkan AS3.5bilion kepada BVI Aabar PJS Ltd, sebuah syarikat yang ditubuhkan di British Virgin Island pada tahun 2012. Syarikat itu walau bagaimanapun ditutup pada Jun 2015.
Pada 11 April lalu, IPIC dan Aabar telah memberi tahu Bursa London, bahawa syarikat itu tidak mempunyai kaitan dengan BVI Aabar PJS Ltd, dan pada masa yang sama memberitahu, bahawa syarikat itu tidak pernah mendapat apa-apa bayaran daripada 1MDB.
Semalam, IPIC telah memberitahu Bursa London, bahawa pelan menyelamat 1MDB ditamatkan sepihak, atas sebab 1MDB gagal membayar AS1,102,750,000.00 beserta faedah. juga, ekoran kepada penamatan itu, maka IPIC juga tidak akan membayar faedah RM50juta ke atas AS3.5bilion nilai bond yang dijamin syarikat itu, di mana faedah itu perlu dibayar pada 19 April 2016.
Jaminan IPIC ke atas bond yang dikeluarkan 1MDB bernilai AS3.5bilion, tidak boleh ditukar milik atau dibatal, ertinya obligasi terhadap bond itu masih tanggungjawab IPIC.

Orang kepercayaan Anwar kini Ketua Sekretariat Deklarasi Rakyat

Datuk Kamarudin JaffarDatuk Kamarudin Jaffar
Orang kepercayaan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyertai PKR tidak lama dahulu, Datuk Kamarudin Jaffar telah dilantik sebagai Ketua Sekretariat Deklarasi Rakyat, sebuah badan yang diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas Setiausaha Agung PAS itu dilantik dalam mesyuarat penuh gerakan Selamatkan Malaysia yang disertai para pemimpin pertubuhan dan parti politik  Jumaat lepas.
Kamarudin, bekas setiausaha agung Abim sewaktu dipimpin Anwar,  ketika dihubungi mengesahkan perlantikan itu yang katanya dibuat di hadapan semua pemimpin utama gerakan untuk menyingkirkan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Ya betul, saya dilantik dalam mesyuarat Jumaat lepas," kata Kamarudin yang sebelum ini dilantik oleh PKR untuk mengendalikan pejabat Ketua Umum PKR ketika Anwar berada dalam penjara.
Perlantikan Kamarudin dipercayai sedikit sebanyak meredakan ketegangan antara kumpulan-kumpulan dalam PKR yang selama ini menentang gerakan pimpinan Tun Mahathir ekoran hubungan dingin Tun Mahathir dengan Anwar.
Di samping perlantikan Kamarudin yang juga bekas Pengarah Urusan Harakah, lidah rasmi PAS dan ahli parlimen Tumpat itu, Deklarasi Rakyat juga kini mendapat pejabat baru yang disumbangkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Kamarudin dipercayai akan bertugas mengendalikan sektretariat gerakan ini sehingga matlamat untuk menjatuhkan Najib daripada jawatan perdana menteri tercapai.
Sebelum ini, Datuk Zaid Ibrahim dianggap sebagai setiausaha kepada gerakan ini kerana beliau mengetuai jawatankuasa penyelaras termasuk menganjurkan Kongres Rakyat di Shah Alam, 27 Mac lepas.
Zaid turut berada dalam mesyuarat yang melantik Kamarudin itu.
Kongres yang disertai semua pemimpin yang menyokong gerakan pimpinan Tun Mahathir ini dianggap berjaya menyampaikan mesej yang jelas kepada rakyat namun belum berjaya menyatukan semua kumpulan dalam PKR untuk bersama-sama Tun Mahathir yang dianggap musuh tradisi Anwar sebelum ini.
Dalam satu forum di Shah Alam Jumaat 14 April lepas, Tun Mahathir menegaskan, fokus gerakan ini adalah untuk menjatuhkan Najib sahaja, sesuatu yang dipersetujui oleh semua yang menyertai gerakan ini.

MALAYSIA BOLEH HUTANG..!!!

Inilah hasilnya jika negara ditadbir urus pemimpin kaki penipu, putar belit & memerah keringat rakyat demi kemewahan & keseronokan kehidupan mereka..

Kalaulah bayaran faedah AS$50 juta pon tak mampu nak bayar, apatahlagi nak bayar hutang pokok RM50,000,000,000 (50 bilion) !!!

1MDB WANTED..!!

Pada 14 April 2016 di pejabat saya di Ibupejabat KEADILAN, Merchant Square, Petaling Jaya saya telah membaca Laporan Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) Mengenai 1MDB yang diperolehi dari laman web Parlimen Malaysia di http://www.parlimen.gov.my/pac/review/docs-110-116.pdf

Saya merujuk kepada mukasurat 8 hingga 14 laporan tersebut yang menghuraikan latar belakang penubuhan 1MDB dan penerbitan Islamic Medium Term Notes (IMTN) iaitu bon hutang berjumlah RM5 bilion. Bon hutang RM5 bilion ini adalah hutang pertama yang diambil oleh 1MDB dan dari pengetahuan saya melalui pembacaan di media mengenai 1MDB, bon hutang RM5 bilion ini dijamin oleh Kerajaan Persekutuan.

Dari Laporan PAC mukasurat 8 hingga 14 itu, saya memahami bahawa intipati siasatan PAC merumuskan perkara-perkara tersebut:

i. Pengurusan 1MDB pada ketika itu telah menandatangani perjanjian program dan pengeluaran jaminan kerajaan bagi bon hutang RM5 bilion ini tanpa mengikut terma dan perancangan yang telah ditetapkan oleh Menteri Besar Diperbadankan (MBI Terengganu) iaitu pemegang saham pada ketika itu

ii. Akibat pelanggaran seperti di dalam (i) di atas, Lembaga Pengarah pada ketika itu pada 22 Mei 2009 telah meluluskan tiga resolusi yang mengarahkan penggantungan penerbitan bon hutang RM5 bilion ini sehingga beberapa langkah untuk menguatkan tatakelola dan urustadbir (“good governance”) dilaksanakan terlebih dahulu

iii. Walau bagaimana pun, pada 25 Mei 2009 iaitu tiga hari selepas resolusi mengarahkan penggantungan penerbitan bon hutang RM5 bilion dibuat, pengurusan 1MDB melanggar arahan itu dengan menandatangani Perjanjian Langganan dengan Ambank

iv. PAC telah mendapati Dato’ Shahrol Azral sebagai Ketua Pegawai Eksekutif pada ketika itu telah melakukan kesalahan kerana menandatangani Perjanjian Langganan Bon Hutang RM5 Bilion tanpa apa-apa kuasa yang diberikan oleh Lembaga Pengarah

v. Siasatan PAC mendapati bahawa penerbitan bon hutang RM5 bilion itu disegerakan (walaupun bertentangan dengan arahan Lembaga Pengarah) atas permintaan Penasihat Khas

Nak perbodohkan rakyat mcm pemakan dedak ka..


BONGKAR !!!.. Benarkah Najib tidak disebut dalam laporan PAC ??..

Abes tu.. yg disebut PM, Menteri Kewangan, Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD), Pengerusi 1MDB & Pengerusi Lembaga Penasihat dlm Laporan PAC ITU SIAPA ??!!

HANTU RAYA KA !!!

One Happy Family...1MDB

Masa rembat berbilion, semua happy...enjoy...berjoget tak ingat dunia... Kini bermasalah semua tak nak mengaku saudara...

Skandal 1MDB: Bank Negara beri amaran sejak 2014

ZetiGabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz menjelaskan pihaknya sudah mengeluarkan amaran berkenaan 1Malaysia Develop Berhad (1MDB), sejak 2014.
Beliau yang bakal mengakhiri kontraknya hujung bulan ini berkata, amaran itu adalah berkenaan risiko hutang firma yang melambung kepada sistem kewangan negara.
“Sudah pasti ia berada dalam radar pemantauan kami. Kami memantau daripada segi tahap keberhutangan mereka dan jika ia memberi implikasi sistematik dengan sektor perbankan,” katanya kepada Bloomberg di Washington yang dipetik daripada laporan Malaysiakini.
Menurut laporan itu, hutang 1MDB setakat Januari lalu mencecah RM50 billion (AS$12.8 billion).
Beliau berkata, Bank Negara mengeluarkan dua memorandum kepada Kementerian Kewangan membabitkan lonjakan hutang firma berkenaan.

Rakyat tolak Zahid ganti Najib – Tun M

Menamakan Zahid Hamidi sebagai calon menggantikan Najib Razak adalah satu kesilapan kerana cadangan itu dibantah rakyat.
mahathir-zahid
PETALING JAYA : Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, menamakan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai calon Perdana Menteri bagi pengganti Datuk Seri Najib Tun Razak adalah satu kesilapan.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, kebanyakan rakyat Malaysia menolak Timbalan Perdana Menteri itu sebagai pengganti Najib.
“Zahid beritahu saya untuk terus bersuara mengenai isu derma. Saya rasa Zahid yang patut bertindak lebih dari saya. Namun, malangnya, dia tidak berbuat apa-apa
“Apabila namanya tersilap sebut sebagai calon berpotensi menggantikan Najib, orang ramai berteriak kerana suara rakyat yang bebas menolak Zahid,” katanya dalam entri terbarunya.
Sebelum ini, bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bersetuju untuk menjadikan Zahid sebagai calon pengganti jika usaha menyingkirkan Najib menemui kejayaan.
Namun, Timbalan Presiden UMNO yang digantung jawatannya itu berkata, biarlah matlamat utama Deklarasi Rakyat untuk menjatuhkan Najib berjaya sepenuhnya.

Dr M: Menteri Saudi sedar tak bermakna dia setuju


 Menteri Luar Arab Saudi Adel al-Jubeir mengatakan dia sedar dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa wang deposit ke akaun peribadinya adalah derma.
Bagaimanapun itu tidak bermakna menteri itu setuju dengan dakwaan Najib, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Sekiranya penyokong Najib gagal untuk faham, soalannya sama ada al-Jubeir sedar latar belakang dan butiran mengenai sumbangan itu.
"Oleh sebab itu, menteri luar Saudi menjawab, 'Kami sedar derma itu dan ia satu sumbangan tulen tanpa apa-apa jangkaan sebagai balasan'," tulis Mahathir dalam blognya hari ini.
Musuh ketat Najib itu juga menyatakan bahawa al-Jubeir berkata dia sedar peguam negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali tidak menemui sebarang kesalahan Najib.
"Menyedari kenyataan A-G tidak bermakna dia (Adel al-Jubeir) bersetuju dengan kenyataan itu," kata Mahathir menambah bahawa al-Jubeir juga tidak menarik balik atau menafikan komennya sebelum ini yang meragui punca derma RM2.6 bilion itu.
"Media Malaysia yang mentafsirkan bahawa 'dia sedar' sebagai satu penafian bagi kenyataannya yang terdahulu," katanya.