Sabtu, 16 April 2016

P'raya S'wak kali ini yang terakhir untuk Adenan...ada yang pasang cita-cita nak jadi Ketua Menteri..!!


Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem mengumumkan bahawa pilihan raya negeri ke-11 (PRN-11) pada 7 Mei depan adalah pilihan raya terakhir untuk dirinya.
Bagaimanapun, di hadapan hampir 1,000 penduduk Lundu, di Lundu, beliau memberi jaminan akan menyediakan lebih banyak kemudahan untuk rakyat Bumi Kenyalang.
 "Saya dah tua, umur dah 72 tahun, pilihan raya kemudian umur saya dah 77 tahun. Saya rasa cukup, tapi sebelum saya meninggal jadi Yang Berhormat (YB), saya ingin meninggalkan macam-macam kemudahan untuk kawasan kita," katanya.
Beliau berkata demikian sebelum melancarkan projek tebingan Sungai Batang Kayan dan majlis pecah tanah projek perlindungan tebing Sungai Kampung Semunin Jaya, Lundu dekat sinim semalam.
Hadir sama, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Adenan, yang juga penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Datu, berkata PRN kali ini adalah yang ke-11 beliau bertanding dalam pilihan raya.
"Kalau saya menang ini adalah kali ke-11, sebelum ini saya menang tujuh kali di DUN Samarahan, sekali menang Parlimen Batang Sadong dan dua kali menang DUN Tanjung Datu, dan ini kali ketiga saya akan bertanding di Tanjung Datu.
"Bagilah lima tahun lagi, macam-macam lagi pembangunan boleh dilaksanakan di sini," katanya.
Adenan menarik perhatian bahawa hubungan baik beliau dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang turut dilihat dapat menyumbang ke arah pembangunan lebih lancar untuk Sarawak.
"Perdana menteri telah datang ke Sarawak 49 kali, lebih banyak dari lawatan keseluruhan lima perdana menteri sebelum ini. Beliau datang juga bukan hanya membawa senyuman," tambahnya.

Skandal 1MDB: Selain CEO dan pegawai, Najib turut bertanggungjawab


Laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dibentangkan sebelum ini menunjukkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bertanggungjawab atas segala penyelewengan dan salah urus dalam syarikat itu.
Ia berikutan penemuan laporan itu bahawa bukan sahaja bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Shahrol Azral Ibrahim Halmi serta pegawai dalaman bertanggungjawab atas segala penyelewengan 1MDB, tetapi ada pihak yang lebih berkuasa membuat segala keputusan dalam syarikat itu.
lim kit siangKetua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, berkata mengikut Artikel 117 dalam Memorandum dan Artikel Persatuan (M&A) 1MDB, Perdana Menteri merupakan pihak terpenting dalam meluluskan segala dokumen berkaitan syarikat tersebut.
“Artikel 117 menghendaki semua keputusan penting syarikat yang melibatkan komitmen kewangan, termasuk pelaburan dan penyusunan semula untuk mempunyai kebenaran bertulis dari Perdana Menteri.
“Ia bermakna Perdana Menteri merupakan pemain terpenting dalam 1MDB, melebihi peranan Lembaga Penasihat, Lembaga Pengarah dan pengurusan tertinggi syarikat,” katanya semasa memberi ucapan di ‘Forum PAC 1MDB: Najib – Bersubahat atau tidak bersalah” anjuran Pakatan Harapan di Shah Alam semalam.
Justeru, katanya, Shahrol bukanlah satu-satunya pihak yang harus didakwa berhubung skandal dan penyelewengan oleh 1MDB, tetapi Najib turut bertanggungjawab atas segala salah urus dan ketirisan yang berlaku dalam syarikat tersebut.
“Bagaimana PAC boleh meletakkan sepenuh kesalahan kepada Shahrol apabila Najib yang juga Penasihat 1MDB merupakan individu yang bertanggungjawab meluluskan semua dokumen 1MDB termasuk pelaburan menurut Artikel 117?” katanya.
Selain itu, katanya, PAC perlu membuka semula siasatan dengan mengambil kira pendedahan terbaru bahawa Aabar Investment PJS Limited milik International Petroleum Investment Company (IPIC) di Abu Dhabi menafikan telah menerima USD3.5 bilion melalui Aabar BVI.

Skandal 1MDB: Semua nama disenarai dalam laporan PAC perlu didakwa

Semakin banyak penyelewengan dan salah laku dikesan dalam aktiviti kewangan syarikat milik Kementerian Kewangan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selepas laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dibentangkan pada 7 April lalu.
tony_rafiziSetiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua, berkata ia merupakan sebab utama mengapa beliau dan empat lagi anggota PAC dari parti pembangkang bersetuju agar laporan itu dibentangkan walaupun ia masih tidak mencapai keputusan secara menyeluruh.
“Bagi saya dan anggota PAC dari parti pembangkang yang lain, sudah ada cukup bukti untuk mula mendakwa pihak terlibat dalam skandal 1MDB walaupun laporan itu masih belum menyeluruh, sebab itu kami bersetuju ia dibentangkan.
“Contohnya, ada banyak transaksi dan pelaburan yang tak dapat dikesan oleh Jabatan Audit Negara sehingga hari ini, termasuk USD1.03 bilion kepada Good Star Limited dan USD3.51 bilion kepada Aabar Investment PJS Limited.
“Dengan membentangkan laporan itu, sekarang rakyat dapat lebih banyak pendedahan tentang semua penyelewengan tersebut,” katanya dalam Forum ‘PAC 1MDB: Najib – Bersubahat atau tidak bersalah’ di Shah Alam, malam tadi.
Tony yang juga ahli PAC turut mendakwa bahawa nama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, tidak dibenarkan dibangkitkan dan dikaitkan dengan isu 1MDB dalam mesyuarat PAC.
“Wakil pembangkang lima orang, nak lawan majoriti sembilan orang dari BN bukan senang. Saya sebut nama Najib saja dalam mesyuarat, semua pun mula buat kecoh (bantah),” katanya.
Sementara itu, Naib Pengerusi PKR, Rafizi Ramli yang turut menjadi ahli panel forum berkenaan berkata, rakyat perlu mencabar untuk memastikan Najib serta pihak berkuasa tidak terus menyalahgunakan undang-undang untuk menutup bukti berkaitan 1MDB, terutama Akta Rahsia Rasmi (OSA).
“Selepas ini, mungkin lebih banyak dokumen diklasifikasikan bawah OSA. Kita juga perlu cabar keputusan Najib untuk mengklasifikasi laporan Audit Negara tentang skandal 1MDB ini bawah OSA. Ketua Audit Negara tak ada kuasa klasifikasi mana-mana dokumen bawah OSA, hanya menteri ada kuasa. Soalnya, menteri mana?” katanya.

Amanah yakin beri cabaran sengit PRN Sarawak

Amanah yakin beri cabaran sengit PRN SarawakParti Amanah Negara (Amanah) yang mengumumkan akan bertanding 13 kerusi dalam pilihan raya negeri (PRN) Sarawak pada 7 Mei ini yakin mampu memberi cabaran sengit kepada BN berdasarkan mood pengundi terhadap isu-isu semasa.
Menurut Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad, kejayaan Amanah amat bergantung rapat kepada cara kempen dan kekuatan semangat rakyat Sarawak menolak kepimpinan PM Najib.
“Sama ada Amanah akan berjaya atau tidak akan bergantung kepada sejauh mana ahli-ahli parti itu dapat menyakinkan pengundi bahawa kalau mereka tidak gembira dengan pimpinan BN di peringkat kebangsaan, mereka harus menunjukkan kemarahan mereka di peti undi bulan depan,” katanya kepada Suara pakatan daily.
Khalid berpendapat Amanah, PKR dan DAP harus bijaksana menyusun strategi menterjemahkan isu-isu panas, misalnya Cukai Barangan dan Perkhidmatan menjadi punca penolakan rakyat terhadap kerajaan BN Sarawak.
Manakala ahli parlimen Kuala Krai Dr Hatta Ramli pula berkata, selain GST tumpuan juga harus diberi kepada isu royalti minyak 5%, autonomi negeri dan Tanah Orang Asal (NCR – Native Customary Rights).
“Namun untuk pihak pembangkang, cabaran yang paling sengit adalah dari segi logistik kerana kita perlu menyalurkan maklumat ke banyak kawasan terpencil yang jauh di pedalaman.

Parti ‘muda’ bukan halangan KEADILAN tawan Sarawak

Pengarah Pilihanraya KEADILAN, Nurul Izzah Anwar optimis parti itu dapat mengugat penguasaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke 11, Mei depan.
Beliau berkata sebagai parti paling ‘muda’ berbanding pentadbiran 50 tahun BN di Sarawak, KEADILAN fokus menggerakkan jentera dan mobilisasi menarik sokongan masyarakat bumi kenyalang terhadap parti itu.
nurul izzah anwar“KEADILAN mengatur beberapa strategi memastikan persediaan kerusi dan calon di bahagian kerusi tumpuan.
“Seperti PRN 10, KEADILAN berjaya memastikan hampir setiap kerusi mempunyai calon untuk dipertandingkan,” katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata parti itu konsisten menarik lebih banyak sokongan pengundi khususnya masyarakat luar bandar yang masih tercicir daripada sebarang pendedahan terhadap kelemahan urustadbir pentadbiran BN.
“KEADILAN tidak akan memberi jalan mudah kepada BN. Bahkan untuk PRN kli ini, kita telah menyediakan calon-calon yang mepunyai latar belakang profesional dan diyakini,” katanya.
PRN11 bakal menyaksikan 82 kerusi Dewan Undangan Negeri dipertandingkan.
Pada pilihan raya negeri 2011, BN menang 55 daripada 71 kerusi ditandingi, tetapi kehilangan banyak kerusi kepada DAP (12), PKR (tiga) dan Bebas (satu).

NAJIB, ROSMAH ORCHESTRATE ANOTHER INTERNATIONAL LIE? SAUDI MINISTER NEVER SAID DONATION FROM ROYAL FAMILY, ONLY HE WAS 'AWARE' OF A DONATION


IN February the Saudi Foreign Minister, Adel al-Jubeir, had declared that the money received by Najib Razak into his accounts was not a political donation, but he understood there had been an “investment” by private entities in Saudi Arabia.
“”It was a private Saudi citizen, I believe, and the funds went to an investment in Malaysia,” he said in an interview with The New York Times
This added to Prime Minister Najib Razak’s considerable problems over a story that didn’t add up about royal sheikhs providing him a billion dollars as a gift.
What was the investment for, people asked? Indeed, arch critic, Dr Mahathir referred to the official denial as late as yesterday.
So then, surprise surprise, Malaysia has today been treated to yet another of those orchestrated videos, where a third party is dragooned into supposedly ‘exonerating’ Najib.
On this occasion the same Saudi minister was terse and vague as he entered into a ‘chance encounter’ with a Bernama reporter, who just happened to be accompanied by a New Straits Times camera crew. Malaysia’s Foreign Minister, Anifah Aman, just happened to be hovering at his shoulder.
Asked once more about the ‘donation’ by these UMNO mouthpieces he said he was ‘aware of it’.
Related Story: TRUE OR LIE, MONEY TRAIL WILL SHOW: Saudi's Foreign Minister 'ADMITS' donation to Najib came from Saudi Arabia - Bernama


“”We are aware of the donation and it is a genuine donation with nothing expected in return. We are also fully aware that the Attorney General of Malaysia has thoroughly investigated the matter and found no wrongdoing. “So, as far as we are concerned, the matter is closed” [New Straits Times]

Polis minta stesen TV henti rancangan siar debat Rahman-Guan Eng...Tora Sudah Datang..!!!


Stesen televisyen tempatan diminta membatalkan rancangan untuk menyiarkan secara langsung debat mengenai isu tanah aman Manggis kerana kes tersebut sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).
 Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata jika debat antara Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dibenarkan, maka ia akan menjejaskan siasatan dan prejudis terhadap kes ini.
"@PDRMsia setuju dengan @SPRMMalaysia, debat banglo-Manggis di batalkan. Siasatan PDRM masih berjalan. Saksi-saksi utama termasuk YAB Ketua Menteri belum dipanggil," katanya dalam twitter terbarunya malam tadi.
Khalid berkata: "@PDRMsia minta semua stesen TV hentikan rancangan ini sebelum kes selesai."
Beliau berkata sekiranya Abdul Rahman, yang juga pengarah komunikasi strategik BN itu, mempunyai sebarang bukti mengenai kes penjualan tanah itu di Pulau Pinang, beliau sepatutnya menyerahkannya kepada pihak polis atau SPRM dengan secepat mungkin untuk disiasat.
Sebelum ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad (MPB) menyatakan kesediaan menyiarkan secara langsung debat antara Abdul Rahman dan Lim mengenai isu berkenaan di saluran televisyen masing-masing.
Abdul Rahman sebelum ini mendakwa kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP telah menjual tanah Taman Manggis yang diperuntukkan bagi membina rumah mampu milik kepada sebuah syarikat swasta, Kuala Lumpur International Dental Centre (KLIDC) Sdn Bhd.

Seronoknya nak berjumpa Najib Razak dan Datin Seri Rosmah dari dalam kandang (saksi)....!!!

Alhamdulillah akhirnya cita-cita rakyat Malaysia mahu melihat Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor berada di dalam kandang saksi di mahkamah dimakbulkan juga. Mahkamah Tinggi menolak permohonan Perdana Menteri dan isteri untuk membatalkan pembelaan "fair comments" Rafizi. Mahkamah seterusnya mengarahkan supaya kes saman oleh Perdana Menteri itu dibicarakan di dalam mahkamah terbuka.

ADAKAH NAJIB SUDAH KECUT TELOOR masuk kandang mahkamah ??

Bukankah Najib Rosmah mau saman Rafizi. KENAPA tiba2 nak batalkan pernyataan pembelaan kedua-dua defendan bahawa ulasan mereka sebagai berasas dan adil (fair comment) ??

ADAKAH NAJIB SUDAH KECUT TELOOR masuk kandang mahkamah ??.. Jika Najib & Rosmah masuk kandang maka terburailah segala pekung cerita2 cincin Rosmah dlm mahkamah kelak nanti..

Harap-harap para hakim kita dapat menjalankan tugas dengan berani dan ADIL terhadap semua pihak "without fear or favor".

SAMPAI BILA NAK KENA TIPU TAPI MASIH NAK UNDI BN ??!! Seronok makan dedak ka !!!

KANTOI !!
MASIH ANDA INGAT Janji Capati BN 2013 !!!..

"Kompleks Bina Mara di Jalan Haji Taha akan siap pada 2016. Ini adalah janji kita PBB Satok… Apabila kita berjanji, ia mesti ditunaikan.." -Datuk Amar Abang Johari, Menteri Perumahan dan Menteri Pelancongan Sarawak & pengerusi PBB-BN Cawangan Satok..

Sedarlah & Bangunlah Wahai Rakyat Sarawak !!!