Khamis, 14 April 2016

‘Tandatangan tanpa baca, ini PM kita,’ kata Tun M

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyindir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung dakwaan sebelum ini di mana beliau menandatangani dokumen 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tanpa mengetahui kandungannya.
‘Tandatangan tanpa baca, ini PM kita,’ kata Tun M "Tandatangan (dokumen) tapi tidak tahu apa-apa. Macm mana orang macam ini boleh jadi perdana menteri?," katanya pada Forum Laporan PAC 1MDB : Najib - Bersubahat atau Tidak Bersalah?, di sini, hari ini.
Sebelum ini, persoalan dibangkitkan sama ada Najib tetap tidak bersalah walaupun menandatangani dokumen berkaitan 1MDB.
Terdapat laporan menyatakan bahawa Najib selaku penasihat 1MDB menyedari dan turut menandatangani kerjasama antara syarikat tersebut dengan Petro Saudi bernilai RM3.92 bilion (AS$ 1 bilion).
Namun, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Nazri Aziz menyifatkan tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menandatangani dokumen berkaitan 1MDB sebagai amalan biasa memandangkan beliau adalah penasihat firma pelaburan negara itu.
Dalam pada itu, Tun Mahathir berkata, berasaskan sikap kurang cerdik berkenaan, beliau menasihatkan agar pemimpin nombor satu negara itu meletakkan jawatan.
"Tandatangan dokumen tanpa baca, lebih baik letak jawatan sekarang. Ini perdana menteri tandatangan tapi tak baca. Agaknya cek pun beliau tandatangan tanpa baca. Ini perdana menteri kita.
"Orang begini tidak layak jadi PM, tiada pendirian," katanya.
Sebelum ini, ‎bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi ketika memberi keterangan kepada PAC berkata, Najib menandatangani dokumen jadi bermakna beliau sedar.

Skandal 1MDB: Tony Pua ulang cabar Arul bahas 'live'

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua hari ini mengulang ajakannya terhadap Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda untuk berbahas dengan bersiaran secara langsung di televisyen.
Tony yang juga Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berkata, perbahasan yang tertangguh tahun lalu perlu disambung susulan laporan siasatan telah siap dibentang.
"Tahun lalu saya ajak beliau 'talkshow' tapi beliau minta saya letak jawatan dalam PAC. Speaker Dewan Rakyat pun kata perlu letak jawatan kalau nak bahas.
"Jadi, sekarang ini laporan sudah siap. Malam ini saya mencabar Arul dalam satu temubual atau perbahasan secara siaran langsung untuk menjawab segala soalan yang ada terhadap 1MDB.
"Nak tengok tak? Beritahu dengan Arul," katanya sebelum mengakhiri hujahnya pada Forum Laporan PAC 1MDB : Najib - Bersubahat atau Tidak Bersalah?, di sini, hari ini.
Terdahulu, cabaran awal Tony untuk mengadakan wawancara secara terbuka yang disiarkan secara langsung di kaca televisyen dengan Arul untuk menjelaskan isu 1MDB gagal dilaksanakan meskipun telah dipersetujui Arul gara-gara laporan siasatan PAC masih berjalan.
PAC telah mengeluarkan Laporan Kawalan Pengurusan Tadbir Urus 1MDB setebal 106 muka surat itu pada 7 April lalu di Parlimen.

MONEY TRAIL – The Route of “Cash the King”

By Tun Mahathir Mohamad
1. Money, large sums of money cannot be moved without leaving a trail.
2. And so it is with the RM 2.6 billion (or USD 681 million) which the Wall Street Journal reported was in Dato Seri Najib’s secret private personal account in Ambank.


3. The first reaction of Najib was to deny but later he admitted to having this money in his secret personal account. People suspect it was from 1MDB. That would be stealing. Najib needed to make some explanation. He claimed it was a gift. People simply laughed. Then it was a donation by some Arab who wanted him to win the 2013 Elections. The Arab it seems thought he was such a good Muslim leader that he must continue to be Malaysia’s PM.

4. To verify this the newly appointed DPM stated that he has seen the Arab.

5. But who is this Arab he saw? No name. Anonymous. USD$681 million cash is not something just anyone can have or people give away easily. The donor must be extremely rich. Rich people can be rich through inheritance or through business.

6. Where did he get so much money? Business?? Nothing is known about this very successful businessman, not even in the O&G world. Who is his banker? There must be a banker or banks. You cannot keep USD681 million under your pillow. In fact even banks do not have such big amounts of cash in their strong-rooms.

7. The money would be in the form of entries in the books of the banks. Paying out would be by cheques or electronic transfer. No one has been given sight of entries in bank book, nor any cheque stubs or cheques presented to the bank.

8. Did Ambank receive cash amounting to USD681 million or Ringgit 2.6 billion? Or is it a cheque or electronic transfer. Whatever, it must be entered in the books of the bank. The bank must submit this account for internal and external audit. As the sum is huge, a report needs to be made to the Central Bank for approval. This is to ensure the money is from legitimate source and is not being laundered.

9. Today we are worried about money-laundering. If you deposit or you take out any sum more than RM50,000 you must get the approval of Bank Negara. For RM2.6 billion deposited in a Malaysian bank lots of questions have to be asked by Bank Negara about the origin, ownership and transfer of money. Bank Negara subsequently lodged a report to the Attorney General. We don’t know the contents of the report. But the A.G. dismissed the report. Najib is not guilty of any wrong-doing said the A.G. Just A.G.’s words. No documentary proof. Malaysians just don’t believe the A.G. anymore.

10. Then there is the income tax to be paid by the owner of the money. If no tax has to be paid, the Board of Inland Revenue must give a statement that the money was not taxable. No confirmation from LHDN.

11. In the meantime the donor has increased from one Arab to two. Then it is said to be from a Saudi prince. And finally it is claimed that the late Saudi King donated the money.

12. Now a Saudi Minister denies there is any record that the 681 million USD was a gift. He claims that it was an investment. He did not think the sum was so big.

13. The A.G. then claims that 620 million USD was returned to the Saudis in 2013. Exactly when? What proof. Previously the money was said to have been moved from Ambank to Singapore banks and the Singapore Government had frozen it. So how did Najib return the money if it is frozen. What banks were involved? What is the proof that the money was frozen? How much?

Tony Pua: Kenapa laporan 1MDB belum lengkap sudah dibentang?

Tony Pua
SHAH ALAM - Ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Tony Pua yang mewakili pembangkang hari ini menjawab kenapa pihaknya bersetuju membentang laporan siasatan akhir berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Parlimen meskipun ianya belum lengkap.
"Kenapa kita benarkan laporan ini dibentang? Sebab sudah ada bukti kukuh di mana selepas bentang, kita boleh hentam habis-habisan terhadap Datuk Seri Najib Razak (Perdana Menteri).
"Kalau ada di luar sana yang tanya kenapa, ini jawapannya" katanya pada Forum Laporan PAC 1MDB: Najib - Bersubahat atau Tidak Bersalah?, di sini, hari ini.
PAC mengeluarkan Laporan Kawalan Pengurusan Tadbir Urus 1MDB setebal 106 muka surat itu pada 7 April lalu di Parlimen.
Tony yang juga Ahli Parlimen DAP, turut mendedahkan ketika mesyuarat PAC, setiap kali beliau menyebut nama Najib, suasana akan bertukar kecoh.
"Pembangkang lima orang, nak lawan majoriti sembilan orang dari BN, bukan senang. Nak buat kesimpulan dalam laporan itu, Najib bersalah, agak-agak boleh tak?
"Saya sebut nama Najib (dalam mesyuarat) saja pun semua kecoh (bantah)," katanya.
Forum ini turut disertai Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dan Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad.

“Saya Ketua UMNO Bahagian,” jawab Jamal apabila disekat Adenan

Jamal juga mahu penjelasan pihaknya dihalang kerana mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan.
adenan-jamal
SEPANG: Datuk Jamal Md. Yunos yang dihalang memasuki Sarawak pagi tadi, mengecam pentadbiran Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem sebagai mengamalkan double standard kerana membenarkan NGO pembangkang memasuki negeri itu.
Ekoran itu, Jamal yang juga Pengerusi Gabungan NGO-NGO Malaysia mempersoalkan tujuan Adenan Satem berbuat demikian.
“Saya adalah Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar,” tegas Jamal, “kalau kami NGO pro-kerajaan tidak boleh masuk Sarawak, jadi bagaimana NGO-NGO daripada pembangkang yang kami lihat berduyun-duyun masuk Sarawak?”
“Saya akan menulis surat kepada kerajaan negeri Sarawak minta sebab (mengapa kami dihalang) dan akan merayu untuk kami kembali ke Sarawak di waktu yang akan datang,” katanya sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, disini hari ini.
Bersamanya ialah tiga rakan yang turut disekat daripada memasuki Sarawak. Beliau dihalang sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching jam 11,30 pagi tadi dan diarah untuk dihantar pulang ke Semananjung pada kadar segera.
Jamal membantah layanan pentadbiran Adenan keatas beliau dan rakan-rakannya yang seolah memukal mereka bersekali dengan pembangkang.

SPRM TAK NAK SIASAT KA !!!

Jika ini semua benar, maka telah berlaku satu pembaziran dana rakyat..

Penganut ajaran Islam Wasatiyyah-Najib tahu tak,
BAZIR BOROS itu ikut amalan siapa ??

MEMBAZIR AMALAN SYAITAN....

إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوا إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُورًا

Maksudnya:"Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya." [Surah al-Israa : 27]

UNDILAH BN jika Nak Bodoh Selama-lamanya Berpikiran Otak Biru..

Nikmat TONG BIRU kembali lagi..
Inilah nikmat yg rakyat mahukan bila pilihanraya..

Nak Tong Blue.. UNDILAH BN !!!
Nak Jug Blue.. UNDILAH BN !!!
Nak Cawan Blue.. UNDILAH BN !!!

Siapakah penyangak sebenar dlm skandal 1MDB ??

Kenapa siasatan 1MDB dlm negara pantas nak 'dibersihkan' berbanding di luar negara terdapat 9 negara begitu berminat nak siasat skandal 1MDB dgn begitu terperinci... ???

ZAHID JUAL MAHAL ATAU MALU-MALU?

Merujuk kenyataan Muhyiddin Yassin yang mengatakan beliau tidak kisah jika Zahid Hamidi menjadi Perdana Menteri menggantikan Najib Razak,  Timbalan Perdana Menteri berkata, perkara tersebut bukan ditentukan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Bukan dia yang menentukan, kata Zahid.

Ehh, ehh, ehh....

Adakah Zahid jual mahal dan tidak mahu menjadi Perdana Menteri?

Adakah beliau sebenarnya malu-malu?

Atau adakah Zahid merasakan belum masanya lagi untuk  beliau "bertindak dan memberontak"?

Mungkinkah juga dengan mengatakan bukan Muhyiddin yang boleh menentukan siapa bakal menjadi Perdana Menteri, Zahid dalam masa yang sama sedang menghantar isyarat kepada para pemimpin UMNO agar bersiap sedia untuk bertindak jika kedudukan Najib terus menjadi beban kepada parti dan negara?

Khairy menteri super ego, tidak mengaku silap – Syed Rosli

Syed Rosli minta Khairy mengaku kesilapannya berikutan wang yang 'ciput' diberikan kepada pemenang program JCM
Syed Rosli
PETALING JAYA: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin merupakan seorang menteri yang ego kerana sukar untuk mengaku kesilapannya.
Demikian kata Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Syed Rosli Jamalullail mengkritik alasan Khairy berhubung wang yang ‘ciput’ yang diberikan kepada pemenang program Junior Cycling Malaysia (JCM), anjuran Kementerian Belia dan Sukan melalui Majlis Sukan Negara (MSN) 9 April lalu adalah untuk meniup semangat peserta.
“Ya, kalau bukan ukuran duit RM30, 20,10 dan botol air kononnya akan spoil’kan mereka, apa salahnya bagi piala atau pun sijil untuk perhargaan dan kenangan mereka demi meniup semangat mereka untuk terus berjuang.
“Akuilah kesilapan dan ‘life goes on’ wahai Menteri super ego Khairy Jamaluddin,” katanya di laman Facebooknya.
Sebelum ini, Khairy menjelaskan program tersebut tidak seharusnya dijadikan isu, kerana nilai hadiah tunai kemenangan telah dimaklumkan kepada semua peserta oleh pihak penganjur sejak awal lagi.

Dr M: SPRM tak berguna jika terikat dengan kerahsiaan


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) “tidak berguna' jika dihalang oleh kerahsiaan perbankan dalam siasatan berkaitan aliran wang ke akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak.
“Saya tidak rasa mereka tertakluk kepada akta kerahsiaan perbankan.
 “Jika ada, mari lupakan saja soal melawan rasuah. Lebih baik kita halalkan saja amalan rasuah,” katanya.
Menulis dalam blognya, Mahathir berkata “wang tidak dapat disembunyikan”.
“Beberapa ribu ringgit dalam bentuk tunai boleh disembunyikan tetapi tidak berbilion ringgit.
“Jika kamu masukkan wang sebanyak itu dalam bank, ramai orang terpaksa uruskannya dan akaun itu akan diketahui.
“Tetapi kerahsiaan perbankan bermaksud mereka tidak akan beritahu apa yang mereka tahu,” katanya.
Mahathir juga berkata wang yang banyak tidak dapat disalurkan tanpa meninggalkan jejak.
“Begitu juga dengan wang RM2.6 bilion (atau AS$681 juta) yang dilaporkan The Wall Street Journal berada dalam akaun peribadi rahsia Datuk Seri Najib Razak di Ambank,” katanya.

Niat tersembunyi Adenan halang pembangkang masuki Sarawak


Wan Anwar Wan IbrahimWan Anwar Wan Ibrahim
Naib ketua pemuda Amanah Nasional Wan Anwar Wan Ibrahim mendakwa ketua menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem tidak memahami demokrasi apabila melarang pemimpin pembangkang memasuki Sarawak menjelang pilihan raya negeri (PRN) Mei depan.
Beliau berkata, walaupun tindakan tersebut tidak melanggar undang-undang dan perlembagaan, namun ia adalah tindakan berat sebelah dan mempunyai niat tersembunyi.
Menurut beliau yang juga seorang peguam, artikel 9 Perlembagaan Persekutuan memang menjamin hak untuk mana-mana warganegara bergerak dalam persekutuan termasuk Sabah dan Sarawak.
Namun Klausa 2 dan 3 perkara 9 perlembagaan persekutuan menyatakan bahawa ia tertakluk kepada mana-mana undang-undang yang boleh mengawal selia pergerakan warganegara.
"Sabah dan Sarawak boleh buat undang-undang termasuk menghalang kemasukan orang asing ke negerinya.
"Kalau ikut undang-undang memang tak salah tapi dalam konteks hendak menghadapi pilihan raya negeri, kita pelik kalau dalam keadaan biasa orang yang dihalang masuk tidak dihalang tapi kenapa menjelang pilihan raya pemimpin pembangkang dihalang masuk.
"Memang kerajaan negeri tidak demokratik dan tidak faham apa itu demokrasi," katanya kepada Malaysia Dateline.
Adenan sebelum ini bertegas tidak akan menarik balik larangan terhadap pemimpin pembangkang memasuki Sarawak sebaliknya berkata mereka hanya boleh memasuki Sarawak selepas PRN.
Larangan itu dakwanya bagi menjaga keharmonian negeri itu.

Polis buka semula kertas siasatan 1MDB

Ia dibuka semula selepas polis meneliti 106 halaman laporan yang dibentangkan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara di Parlimen, Khamis lalu.
khalid 1mdb
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menubuhkan pasukan penyiasat khas bagi menyiasat isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selepas kertas siasatannya dibuka semula, Jumaat lalu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya telah merakam percakapan beberapa individu bagi membantu siasatan dan akan terus memanggil individu berkaitan termasuk Ketua Pegawai Eksekutif syarikat tersebut, lapor Utusan Online.
“Kita akan menyiasat sama ada terdapat elemen jenayah dan hasil siasatan akan dibawa kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan seterusnya,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Program Derma Darah sempena Peringatan Hari Polis Ke-209 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur di sini hari ini.
Menurut Khalid, siasatan itu dibuka semula selepas pihaknya meneliti 106 halaman laporan yang dibentangkan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) di Dewan Rakyat pada Khamis lalu.

Kenali 2 individu perdaya 1MDB salur AS$3.5b ke Aabar


1MDB dilihat makin bercelaru selepas International Petroleum Investment Co (IPIC) dan Aabar Investment PJS menafikan kaitan mereka dengan firma Aabar yang menerima pembayaran dari 1MDB.
Aabar BVI (British Virgin Islands), telah menerima sekitar RM13.6 bilion atau AS$3.5 bilion daripada 1MDB.
1MDB berkata, pihaknya memindahkan dana itu kepada Aabar BVI selepas dimaklumkan oleh Pengarah Urusan IPIC, Khadem al Qubaisi dan Pengerusi Aabar, Mohamed Al Husseiny bahawa firma BVI adalah anak syarikat IPIC.
Jadi, siapa dua individu ini yang didakwa telah menipu 1MDB?
Khadem Al-Qubaisi
Khadem adalah ahli perniagaan terkenal Emiriah, yang menurut laman web peribadi yang sudah tidak berfungsi, mula bekerja di IPIC sebagai pengurus pelaburan pada tahun 2000 sebelum dilantik menjadi pengarah urusan (MD) tujuh tahun kemudian.
Seorang jutawan, Khadem dikatakan mempunyai kecenderungan terhadap hartanah Amerika Syarikat yang mahal.
New York Post berkata, ia termasuk rumah anjung paling mahal di Manhattan bernilai RM198 juta atau AS$50.9 juta, yang mana beliau tidak berjaya menjualnya.
Sarawak Report, sementara itu, mendakwa di bawah beliau, asas modal IPIC telah menyusut daripada RM272 bilion atau AS$70 bilion kepada kurang daripada RM58 bilion atau AS$15 bilion.
Kerjayanya di IPIC berakhir apabila beliau secara mengejut meninggalkan lembaga pengarah firma itu dan ditukarkan sebagai MD ekoran rombakan yang ditetapkan oleh Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Khalifa Zayed pada bulan April 2015.
Khadem kemudiannya meletakkan jawatan sebagai pengerusi hartanah Aabar dan anak syarikat IPIC yang lain seperti Cepsa dan Nova Chemicals.
Mohamed al-Husseiny
Dikatakan orang kanan Khadem, Mohamed lebih berprofil rendah, menarik perhatian yang kurang berbanding bossnya.

1MDB mangsa penipuan? DAP gesa Najib, Arul buat laporan


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy digesa membuat laporan kepada pihak berkuasa selepas mereka mendakwa 1MDB mungkin menjadi "mangsa penipuan".
Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng berkata demikian ketika merujuk kenyataan Arul Kanda yang mendakwa 1MDB mungkin adalah mangsa penipuan berdasarkan siasatan Switzerland.
 "Najib, sebagai penandatangan tunggal dana 1MDB, dan Arul Kanda sebagai ketua pegawai eksekutif perlu segera membuat laporan jenayah dengan agensi-agensi berkaitan, termasuk polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Bank Negara jika mereka benar-benar tidak terlibat dalam penipuan.
"Undang-undang Malaysia memerlukan mangsa penipuan untuk membuat laporan jenayah.
"Jika Najib dan Arul Kanda tidak berbuat demikian, mereka mungkin menjadi suspek dalam penipuan itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
1MDB dalam satu kenyataan pada 12 April mendakwa firma pelaburan negara itu telah memindahkan AS$3.5 bilion kepada syarikat Aabar Limited di British Virgin Island tetapi International Petroleum Investment Company (IPIC) milik Abu Dhabi yang sepatutnya menerima bayaran berkenaan berkata, syarikat tersebut bukan miliknya.
Tidak jelas apa yang berlaku dengan wang berkenaan.
Menurut Lim, sementara siasatan polis, larangan perjalanan seharusnya dikenakan ke atas mereka yang mempunyai kepentingan.
"Semua pihak pengurusan yang bertanggungjawab ke atas 1MDB, termasuk Najib, bekas ketua pegawai eksekutif Datuk Shahrol Azral dan juga Arul Kanda tidak harus dibenarkan untuk meninggalkan negara sehingga siasatan selesai," katanya.

Putrajaya pilih Wahid Omar ganti Zeti?

Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah disebut-sebut sebagai calon Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) menggantikan Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.
Bagaimanapun, kini Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar dikatakan telah mendapat restu Putrajaya untuk mengambil alih jawatan tersebut.
Dr Zeti yang akan menamatkan kontraknya akhir bulan.
Selain Irwan dan Abdul Wahid, seorang lagi yang dispekulasikan ke jawatan itu ialah Timbalan Gabenor Datuk Muhammad Ibrahim.
Menurut sumber yang dekat dengan bank pusat itu, rata-rata khabar angin memetik Wahid untuk mengambil alih jawatan Dr Zeti, namun pihaknya enggan mempercayainya sehingga pengumuman dibuat.
"Dengar-dengar ialah Wahid tetapi biasalah jika ada pertukaran saat-saat akhir oleh Putrajaya," jelas beliau.
Sebelum dilantik ke jawatan semasa pada tahun 2013, Wahid menerajui bank terbesar di Malaysia, Kumpulan Maybank selaku presiden dan ketua pegawai eksekutif selepas membuktikan kemampuan menguruskan beberapa syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Antara GLC yang pernah mendapat sentuhan Wahid ialah Telekom Malaysia dan Kumpulan UEM yang mengumpulkan pengalaman hampir 30 tahun beliau dalam dunia korporat tempatan.
Sebelum ini, Bloomberg pernah mendedahkan senarai lapan calon yang dikatakan bakal menjadi gabenor BNM selepas Dr Zeti.

Malu jadi rakyat Malaysia di luar negara

Isu GST: Dulu Ku Li suruh tangguh, sekarang sokong

Muhyiddin perdaya rakyat – Nazri

Tiada masalah Zahid jadi PM - Muhyiddin

Bukan Muhyiddin tentukan kedudukan PM dan TPM - kata Zahid

KM harap ada 'jodoh' debat dengan Rahman Dahlan 19 April

'LHDN patut kutip cukai dari 1MDB, bukan ketuk pintu rumah orang'

Visual protes 'Badut Najib' di Gold Coast, Australia

Shafie dedah Pak Lah tidur dalam mesyuarat

BN Sarawak Sokong GST

Impian Sarawak Merangsang Guru Sekolah

Negara maju, jalan macam ni ke?

DAP Membawa Pembangunan

Impian Sarawak Peduli, Rumah Gawai Diperbaiki

Sudah Dapat Air, Rakyat Aku Gembira

Kedai Impian merangsang daya ekonomi

Impian Sarawak, Kasih Ternyata

Sultan Johor cadang tubuh 'Bank of Johor'

Special team formed to probe 1MDB, says IGP

Sultan: Jangan ada musuh dalam selimut di negeri Johor

PRN11 Sarawak : Penamaan Calon 25 April (Isnin) Hari Undi 7 Mei (Sabtu)


Tarikh Penamaan Calon: 25 APRIL 2016

 Tarikh Pengundian Awal: 3 MEI 2016

 Tarikh Pengundian: 7 MEI 2016

 SPR guna Daftar Pemilih Induk 2015 dikemas kini 10 April 2016 dengan 1,138,650 pemilih berdaftar


MENGAKU 1MDB MANGSA PENIPUAN, APAKAH ARUL SEKARANG SUDAH MULA GOYANG?

Mengapa tiba-tiba saja Arul Kanda Kandasamy, CEO 1MDB mengatakan syarikat pelaburan itu mungkin menjadi mangsa penipuan berhubung bayaran sebanyak AS3.51 bilion yang dibuatnya kepada Aabar Investment PJS Ltd atau Aabar BVI?

Apakah beliau sekarang sudah mula goyang dan perlahan-lahan mengakui kebenaran pelbagai pendedahan yang dibuat WSJ dan  Sarawak Report sebelum ini serta penyiasatan yang sedang dijalankan oleh pihak berkuasa Switzerland?

Melalui pelbagai pendedahan sebelum ini, Aabar BVI dipercayai ada kaitan dengan Khadem Al Qubaishi, bekas Pengarah Urusan IPIC dan Mohamed Badawy Al Husainey, bekas Pengerusi Aabar Abu Dhabi yang merupakan anak syarikat IPIC.

Mengapa sebelum ini, 1MDB begitu mempertahankan Aabar BVI adalah anak syarikat International Petroleum Investment Corporation atau IPIC dan setiap kali dakwaan dibuat terhadap kesahihan syarikat itu, setiap kali juga akan mengatakan ia adalah tuduhan kitar semula yang diulang-ulang?

Jika benar 1MDB mangsa penipuan, malah benar-benar tidak mengetahui Aabar BVI sudah pun ditutup pada pertengahan 2015 yang lalu, siapa perancang utama penipuan itu dan seperti kata Tony Pua juga, apakah Arul yang mula menjadi CEO 1MDB pada Januari 2015, langsung tidak mengetahuinya?

Apakah perancang penipuan itu ialah Khadem Al Qubaishi dan Mohamed Badawy Al Husainey yang kini sedang disiasat oleh pihak berkuasa antarabangsa atau ada pihak-pihak lain yang terlibat sama?

Jika benar 1MDB ditipu, apakah yang menipunya hanya dua orang Arab itu saja?

Apakah hanya merka berdua saja yang menyonglap wang sebanyak AS$3.51 bilion atau kira-kira RM14,000 juta itu dan membahagikannya sesama sendiri saja?

Tidak mungkinkah ada pihak lain tumpang semangkuk dengan wang tersebut?
Bagaimana pula dengan penyiasatan pihak berkuasa Switzerland sebagaimana yang didedahkan oleh WSJ bahawa syarikat filem anak tiri Najib, Red Granite turut mendapat manfaat daripada wang yang disalurkan melalui Aabar BVI?

'Badut Najib' kini di taman tema Gold Coast, Australia


Imej protes yang menggambarkan wajah Perdana Menteri Datuk Seri Naijb Razak sebagai badut kini dibawa taman tema di Gold Coast, Australia.
Imej berkenaan dibawa oleh seorang rakyat Malaysia yang menetap di negara itu semasa bergambar dengan watak-watak wira dan maskot di taman tema itu.
Abd Rafiz Abd Malek dari Sungai Petani, Kedah memuat-naikkan siri gambar-gambar itu di Facebook dengan hashtag #? Kitasemuapenghasut? dengan imej 'badut Najib'.
Kumpulan pertama gambar berkenaan dirakamkan di taman tema Sea World di Gold Coast Australia di mana 'badut Najib' dipaparkan bersama makhluk laut dan penghibur taman tema, termasuk sotong.
Kumpulan kedua gambar pula menunjukkan imej 'badut Najib' bersama watak penjahat komik, wira serta watak kartun di Warner Bros Movie World.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Abd Rafiz yang bekerja di ladang memetik buah-buahan dan memerah susu lembu, berkata beliau berkongsi gambar-gambar 'badut Najib' sebagai bantahan terhadap apa yang beliau lihat sebagai rasuah besar di negara ini.
"Saya kongsi #kamisemuapenghasut kerana saya amat kecewa dengan Najib. Kerana dirinya, Malaysia hari ini berada dalam keadaan musnah, dan negara (kini) tidak mempunyai kebebasan untuk meluahkan perasaan,” katanya.

Laporan PAC tak lengkap kata Muhyiddin

Najib ‘popular’ kerana salah laku

Kamarul Azman Habibur Rahman mendakwa, rakyat semakin muak dan tidak lagi boleh menerima apa yang dilakukan Perdana Menteri
Kamarul-Azman-Habibur-Rahman,najib
PUCHONG: Populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kini diukur melalui salah lakunya, dakwa Presiden Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM), Kamarul Azman Habibur Rahman.
Beliau berkata, perkara itu boleh disifatkan sebagai memalukan, ditambah pula skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang mendapat liputan meluas media antarabangsa.
“Adakah hari ini Najib popular? Beliau popular atas ‘wrong reasons’ (sebab-sebab salah).
“Beliau kena ada semangat ‘gentleman’, sebab sekarang ini beliau sudah tidak diperlukan. Sila berundur, sebab anda tidak berjaya lakukan apa-apa yang baik untuk negara ini,” desaknya ketika berucap pada ceramah ‘Mencari Kebenaran Selamatkan Malaysia’ di Taman Putra Perdana, malam tadi.
Program berkenaan turut dihadiri Timbalan Presiden UMNO yang digantung, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden, Datuk Seri Shafie Apdal bersama beberapa pemimpin daripada kumpulan penentang Najib.
Berucap di hadapan kira-kira 200 hadirin, Kamarul Azman mendakwa rakyat semakin muak dan tidak lagi boleh menerima apa yang dilakukan Najib.
Malah katanya, budaya mengampu di kalangan pimpinan UMNO semakin teruk, meskipun ada di kalangan mereka yang sedar akan kelemahan di dalam peringkat atasan parti.
“Masyarakat Melayu selalu berbangga dengan budaya ketimuran. Jika kita kaji sejarah dan sastera Melayu, kita akan dapati perkara paling ketara dalam budaya kita adalah budaya mengampu dan kita tidak boleh lari.

Jika jumpa Najib, saya mintanya berundurlah - Syed Saddiq

Muhyiddin: 1MDB, hutang sana-sini mana tak ranap berniaga

Hairan... peguam kata Najib tidak bertanggungjawab - Muhyiddin

Tun M tak masuk wang negara dalam poketnya, kata Shafie Afdal

Muhyiddin: Najib berkuasa dalam 1MDB, bukan lembaga pengarah

GKCM tidak gentar, terus desak Najib lepaskan jawatan

Muhyiddin akui Mahathir pernah tawarkannya jawatan Perdana Menteri


Tan Sri Muhyiddin Yassin Tan Sri Muhyiddin Yassin Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan beliau pernah ditawarkan oleh bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad agar mengantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri selepas BN kalah teruk dalam Pilihanraya Umum ke 12 lalu.
Beliau berkata tawaran oleh Tun Mahathir itu dibuat setelah mendapati Datuk Seri Najib Tun Razak ketika itu Timbalan Perdana Menteri tidak menunjukkan beliau berhasrat untuk bertanding jawatan Presiden Umno untuk membolehkan mengantikan Tun Abdullah.
“Saya pergi ke pejabat Najib selepas seminggu pilihanraya pada 2008 berbincang bagaimana pandangan beliau mengenai Pak Lah selepas PRU12.
“Bacaan politik saya jika Pak Lah ketika itu terus kekal dalam keadaan isu kepimpinannya, kemungkinan kita tidak mungkin dapat bertahan sehingga PRU 13 lalu setelah BN kalah teruk pada PRU12.
“Saya gesa Najib buat begitu (desak Pak Lah lepaskan jawatan) jika hal itu tidak berlaku, saya takut Umno akan kalah dalam pilihan raya.
“ Bukan saya bercita-cita nak jadi timbalan perdana menteri kalau Najib naik, ketika itu saya naib presiden tidak terlintas pun.
“Sebab itu saya jumpa Najib untuk beliau berjumpa Pak Lah supaya berundur. Apa yang saya dan rakan-rakan faham, Najib ni ambil lebih masa untuk buat sesuatu keputusan 'slow' tapi `slow and steady'.
“Sehingga Tun Mahathir panggil saya kerana tidak sabar untuk menunggu jawapan Najib.
“Saya pula diminta bersedia untuk bertanding jawatan Presiden Umno kalau Najib tidak buat keputusan boleh jadi kita, kata Tun, tidak suruh Najib bertanding.
“Sebaliknya saya pula desak dia buat keputusan segera untuk ambilalih kepimpinan negara dari Pak Lah,” cerita Muhyiddin ketika berucap dalam majlis Mencari Kebenaran anjuran Gabungaan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) di Puchong malam tadi.
Desakan untuk seorang Perdana Menteri melepaskan jawatan ujarnya lagi, bukanlah satu perkara baru dalam sejarah kepimpinan negara ini, ia telah berlaku sejak dari zaman tiga perdana menteri terdahulu, Allahyarham Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn.
“Peristiwa yang berlaku itu adakah ia menyebabkan tumbang kerajaan BN.
“Sewaktu mana saya terlibat secara langsung (agenda menukar pemimpin) bila Pak lah undur Najib ambil alih dia jadi PM, masih tidak mengubah kerajaan sedia ada pun.
“Kenapa hari ini bila saya mengulangi semula desakan itu untuk mendesak Najib pula berhenti kerana masalah moral dan krisis kepimpinannya, kita pula dianggap melakukan kesalahan dan menuduh menumbangkan kerajaan pula.

Muhyiddin setuju Zahid ganti Najib jadi PM

Jika gerakan jatuhkan Najib berjaya, Muhyiddin akan menyokong mana-mana pemimpin, termasuk Ahmad Zahid untuk menggantikan Najib
muhyiddin_zahid_600
PUCHONG: Jika gerakan menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berjaya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sedia menyokong pemimpin lain, termasuk Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk memegang jawatan nombor satu negara itu.
Timbalan Presiden UMNO yang digantung itu sekali lagi menegaskan, matlamat utama Deklarasi Rakyat adalah untuk mendesak Najib melepaskan jawatannya, bukannya menjatuhkan atau menukar kerajaan sedia ada.
“Ada tuduhan mengatakan kita ini nak menumbangkan kerajaan…tidak! Dalam kes baru-baru ini, mereka (pembangkang) bersama dengan kita, Tun Mahathir dan saya tandatangan Deklarasi Rakyat, mereka juga kata bukan nak jatuhkan kerajaan, kami nak Perdana Menteri undur dan negara ini diselamatkan.
“Kalau dia (Najib) pergi, maka Majlis Tertinggi boleh buat keputusan siapa nak ganti (Najib sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO), orang kata Tan Sri (Muhyiddin) naik ganti, saya tak apa, kalau dikatakan tak ada rezeki itu tak apa, ataupun Datuk Zahid (naik) pun tak apa, sesiapa pun tak apa, itu pun saya tak pasti dengan perubahan sebegitu dapat kembali meyakinkan rakyat untuk menyokong BN,” katanya ketika berucap dalam ceramah ‘Mencari Kebenaran Selamatkan Malaysia’ di Taman Putra Perdana, malam tadi.
Dalam ceramah tersebut, Muhyiddin berkata, beliau pernah dipelawa Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mencabar kedudukan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri, selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 2008, susulan kemerosotan sokongan rakyat kepada Barisan Nasional (BN).
Desakan itu dibuat Dr Mahathir, apabila Najib yang menjadi Timbalan Perdana Menteri ketika itu, terlalu berlembut untuk bertindak mencabar kedudukan Abdullah bagi jawatan nombor satu negara.
“Tun Mahathir panggil saya, rupanya dia sedang menunggu jawapan Datuk Seri Najib supaya bersedia mengambail alih (jawatan Perdana Menteri daripada Abdullah) dan bertanding jawatan Presiden UMNO.

Di belakang Pak Said Zahari ......

Oleh Zin Mahmud
Di belakang Pak Said Zahari dalam perjuangannya ialah isteri dan anak-anaknya. Kehidupan wartawan sama ada pergi jauh buat liputan atau menjadi editor/pengarang di pejabat memakan masa panjang dan meragut banyak masa kualiti keluarga. 


Saban hari pada larut malam mereka baru pulang ke rumah kerana menyiapkan akhbar harian. Sampai di rumah anak anak sudah tidur. Bila bangun, anak anak sudah pergi ke sekolah. Beginilah mungkin lebih 20 tahun berlangsung dalam kehidupan para wartawan. Sedar sedar anak sudah besar. Siapa yang menjadi tonggak kepada keluarga ketika wartawan wartawan dahulu bekerja adalah isteri isteri mereka yang menjadi suri rumah. Bagi keluarga wartawan wartawan dahulu, tidak ada hujung minggu. Cuti tahunan selalunya hilang begitu saja.

Keluarga Pak Said lebih besar lagi pengorbanannya daripada wartawan biasa. Setelah mogok Utusan itu gagal, beliau serta banyak lagi wartawan dan pekerja Utusan hilang pekerjaan. Ada yang kemudiannya seperti Usman Awang dapat kerja di Dewan Bahasa dan Pustaka. Tetapi ramai lagi yang berbulan bulan lamanya tidak ada pekerjaan.

Pak Said pulang ke Singapura dan masuk politik serta dipilih sebagai Pengerusi Parti Rakyat Singapura. Kita pun boleh bayangkan bahawa aktif dalam parti pembangkang kecil yang kiri pula tentulah menuntut banyak pengorbanan. Terutama keluarga beliau. Apalah pendapatan daripada menjadi aktivis politik seperti itu.

Namun pengorbanan beliau, dan lebih berat lagi oleh keluarga beliau ialah apabila Pak Said ditahan selama 17 tahun tanpa pertuduhan dan perbicaraan di bawah ISA.

'Pemergian Said Zahari, media kehilangan 'wira kewartawanan'


Aktivis sosial dan pengamal media memperingati ikon kewartawanan negara Said Zahari yang telah meninggal dunia akan perjuangannya dalam mempertahankan kebebasan media dan menentang penjajahan British.
Antara mereka, aktivis muda Adam Adli berkata Said Zahari mengajarnya untuk tetap berjuang walaupun kehilangan kebebasan selama 17 tahun.
Katanya, perjuangan dan pengorbanan aktivis muda yang ada pada hari ini sebenarnya "sedikit" jika dibandingkan dengan Said Zahari
"Perjuangannya adalah tanda-tanda kecekalannya. Kita boleh nampaknya berjuang sehingga berpisah dengan keluarga dan anaknya.
"Aktivis hari ini kita nampak sikit sangat dan belum banyak lagi perjuangan dan pengorbanan, tidak sebesar Said Zahari," kata Adam ketika dihubungi Malaysiakini.
Adam Adli yang menjadi aktivis pada tahun 2010 pernah bersama aktivis muda dari Kelab Bangsar Utama mengunjungi Said Zahari pada Mei tahun lepas sempena dengan hari jadi Said Zahari.
Wartawan harus bangkit jika ditindas
Katanya, beliau telah banyak membaca cerita tentang Said Zahari sebelum melawatnya, malah pernah mencipta lagu dengan mengguna puisi Said Zahari.
"Pengajaran bagi kita ialah perjuangan bukan satu perkara mudah.
"Saya nampak ketegasannya terutama dalam memimpin mogok untuk menentang campur tangan Umno dalam Utusan Melayu," katanya.
Beliau berpendapat bahawa wartawan hari ini patut mengambil pengajaran dan semangat daripada Said Zahari.
"Wartawan berhak memperjuang sesuatu perkara dan bukannya ikut kata orang lain semata-mata," katanya.
Said, 88, merupakan tokoh wartawan yang disegani dan pernah menjadi tahanan ISA di Singapura selama 17 tahun semasa era pemerintahan Lee Kuan Yew sebagai perdana menteri republik itu.
Beliau juga terkenal kerana pernah memimpin wartawan Utusan Melayu melakukan mogok pada tahun 1961 bagi membantah tindakan Umno menguasai akhbar tersebut.
Belajar tentang keberanian

Pak Said berkorban demi nusa dan bangsa – Wan Azizah

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyampaikan ucapan takziah kepada seluruh anggota keluarga Allahyarham Said Zahari di atas pemergiannya semalam.
Katanya, Said adalah penulis, wartawan dan editor tersohor yang banyak menyumbang serta berkorban demi nusa dan bangsa, terutama dalam gerakan anti-penjajah sejak sebelum Merdeka lagi.
Said Zahari“Usaha Allahyarham bersama teman mempertahankan Utusan Melayu sejak diambil alih parti politik UMNO terus menjadi inspirasi pengamal media yang memperjuangkan hak kebebasan media.
“Kita kehilangan seorang anak watan yang berani bangkit berjuang dan berkorban demi idealisme dan prinsip kebebasan,” katanya dalam kenyataan.
Wan Azizah turut mengimbau jasa isteri Said, iaitu Allahyarhamah Salamah Abdul Wahab yang sudah meninggal dunia pada 2004.
“Sebagai seorang isteri dan ibu yang berjuang selama 17 tahun sewaktu Said Zahari menjadi bekas tahanan ISA yang ditahan tanpa perbicaraan, kehidupan dan perjuangan Allahyarhamah Salamah juga harus kita kenang,” katanya.
Said Zahari yang pernat berkhidmat sebagai pengarang Utusan Malaysia menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 12.30 tengah hari semalam dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 20/21.

JCM: DUIT GOMEN RM2 JUTA......HADIAH CIPUT...!!!

ADAKAH ANDA SEDAR bhw program Junior Cycling Malaysia (JCM) dilaporkan telah terima peruntukan dari kementerian sebanyak RM2 juta !!!

... tetapi utk hadiah para peserta tergamak bagi SEBOTOL AIR (bg tpt ke-5), topi (tpt ke-4) ??

Kebabian apakah ini semua !!!

APA NAK HERAN, LEBIH RM100 JUTA DAH DISELEWENG DALAM KEMENTERIAN KHAIRY, KBS !!!

Tak heranlah kalau Menteri Kewangan Malaysia, Najib Razak kata negara kekurangan dana kantong negara DAN PENYELESAIANNYA ADALAH WAJIB KUTIP GST !!!

Padan muka korang. PANGKAH LAGI BN !!!




Yang di tawarkan.. Budak mana tak nak..kan...tp bila dah masuk.menang? Tak kan dah jd ciput kot...

SKANDAL 1MDB: HASAN ARIFFIN DAN TAN SENG GIAW JUGA PATUT DITEMUKAN DALAM DEBAT

1. Debat antara Abdul Rahman Dahlan dengan Lim Guan Eng berhubung tanah Taman Manggis nampaknya sudah hampir menjadi kenyataan. Kedua-duanya bersetuju untuk berhujah secara terbuka.
Berdasarkan tarikh yang diberi oleh pegawai Abdul Rahman sendiri, Lim Guan bersetuju ia diadakan pada 19 April ini dan syarat tunggalnya ialah perbahasan itu disiarkan secara langsung.

RTM dan TV3 pun sudah menyatakan persetujuan sebelum ini, maka janganlah ada yang buat-buat "tergeliat" di saat-saat akhir dengan pelbagai alasan tidak mahu menyiarkannya secara langsung.

Semua rakyat tentunya turut bersetuju debat itu disiarkan secara langsung ke seluruh negara. Tiada bantahan sama sekali.

2. Cabaran Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim kepada Khairy Jamaluddin untuk berdebat mengenai bola sepak negara juga sudah pun bersambut.
"Ya, ok, dia boleh menyuarakan pendapat dan semua orang juga boleh mengemukakan pendapat mereka. Selesai," kata KJ berhubung kesediaannya itu.

Jelas sama-sama "gentleman".

3. Berikutan Laporan PAC di mana Pengerusinya, Hasan Ariffin menyatakan persetujuan secara konsensus dicapai untuk tidak menyabitkan Najib Razak dengan sebarang kesalahan berkaitan 1MDB, bantahan telah dikemukakan oleh Timbalan Pengerusinya, Tan Seng Giaw.

Kamarul dakwa gerakan singkir Najib "gagal" sebab budaya mengampu


Presiden Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM), Kamarul Azman Habibur Rahman mendakwa bahawa takut kepada kepimpinan Umno dan budaya mengampu yang sangat kuat adalah antara punca kegagalan gerakan untuk menyingkirkan Datuk Seri Najib Razak selaku perdana menteri dan presiden parti itu.
 Kamarul berkata, meskipun banyak pihak menyedari budaya mengampu di dalam Umno namun ia sedikit pun tidak menggugat kepimpinan parti Melayu itu.
"Dua minggu lalu saya ditemuramah oleh media Singapura yang bertanyakan kepada saya kenapa susah sangat nak minta Najib berundur dan letak jawatan
"Saya jawab sebenarnya ini kerana ketua-ketua bahagian takut dan dalam masyarakat Melayu ini kita selalu berbangga dengan budaya ketimuran.
"Jika kita kaji sejarah dan sastera Melayu, kita akan dapati perkara yang paling ketara dalam budaya kita adalah budaya mengampu, dan kita tidak boleh lari," katanya.
Kamarul berkata demikian ketika berucap di program 'Mencari Kebenaran, Selamatkan Malaysia' di Dewan Orang Ramai Putra Perdana, Puchong, malam tadi.
"Jadi kita nak beritahu kepada ketua-ketua Umno, sudah-sudahlah," ujarnya.

Mahathir masih mahu kuasai pentadbiran negara sembang Najib

Najib berkata, Dr Mahathir masih mahu menguasai pentadbiran negara, kerana mempunyai agenda tertentu, termasuk kemungkinan mahu meletakkan anaknya dalam kepimpinan negara atau ada projeknya yang tidak ditunaikan.
najib-mahathir
JAKARTA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad mengganggu pentadbiran negara disebabkan bekas Perdana Menteri itu masih mahu menguasai pentadbiran negara.
Katanya, Dr Mahathir masih mahu menguasai pentadbiran negara, kerana mempunyai agenda tertentu, termasuk kemungkinan mahu meletakkan anaknya dalam kepimpinan negara atau ada projeknya yang tidak ditunaikan.
“Dr Mahathir lupa bahawa semasa beliau menjadi perdana menteri, beliau sendiri enggan diganggu mana-mana pihak dan tidak mahu sesiapa membantahnya, dengan mengamalkan cara “do it my way or you are no way” (buat ikut cara saya atau awak tidak akan dapat),” katanya dalam satu rakaman wawancara khas yang disiarkan saluran televisyen I-News, malam tadi.
Katanya, Dr Mahathir mungkin lupa beliau adalah penyokong setianya selama 22 tahun, malah menyokong kuat bekas presiden parti itu ketika hampir separuh daripada anggota parti tidak menyokong kepimpinannya.
Najib berkata, kini sebagai perdana menteri yang diberi mandat, beliau menentukan dasar negara dengan cara lebih terbuka dan membuat sesuatu keputusan melalui perbincangan dengan pemimpin lain dalam kerajaan, begitu juga dalam kepimpinan parti, beliau bersandarkan prinsip sama.
“Bila saya jadi perdana menteri, saya harus diberi kepercayaan untuk mentadbir negara. Saya terima pendapat, tetapi saya tidak mahu mengetepikan prinsip, iaitu saya perdana menteri yang sah dan saya tetap akan memimpin mengikut pertimbangan saya yang terbaik untuk negara dan rakyat,” katanya.
Najib berkata, seseorang pemimpin harus mempunyai prinsip dan maruah diri, kerana mereka akan dinilai dan dihukum oleh sejarah melalui legasi yang ditinggalkan.
“Ini bermakna, jika kita tidak mempunyai apa-apa lagipun, sekurang-kurangnya kita masih ada maruah diri, jadi kalau korbankan prinsip, sejarah akan menghukum kita,” katanya.

Najib tidak tahu jumlah sebenar pendatang asing


Limpahan pendatang asing di Malaysia sehingga membentuk koloni penempatan dan perniagaan di banyak kawasan dilihat masih belum disedari Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak.Limpahan pendatang asing di Malaysia sehingga membentuk koloni penempatan dan perniagaan di banyak kawasan dilihat masih belum disedari Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak.Limpahan pendatang asing di Malaysia sehingga membentuk koloni penempatan dan perniagaan di banyak kawasan dilihat masih belum disedari Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak.
Ini memandangkan perdana menteri dalam temu ramah eksklusif dengan iNewsTV berpangkalan di Indonesia malam tadi gagal memberi angka sebenar pendatang asing tanpa izin (Pati) khususnya dari Indonesia.
"Kita tidak tahu bilangan sebenar mereka yang gelap atau tanpa izin ini. Ada yang kata satu juta, ada yang kata dua juta dan lebih daripada itu," katanya ketika ditemu marah oleh Arya Mahendra Sinulingga dari RTCI.
Sehubungan itu, ujar Najib, Malaysia membuat keputusan membekukan pengambilan pekerja asing sebaliknya menggalakkan Pati sedia ada di negara ini diguna melalui pengambilan semula.
"Bagaimanapun, prosesnya terlalu perlahan dan pengusaha kita termasuk mereka yang memiliki kilang dan perladangan sudah mendesak untuk mendapatkan pekerja asing lebih mudah," jelas Presiden Umno itu.
Najib yang menyedari kehadiran 2 juta Pati di Malaysia sebagai angka yang terlalu besar berkata, mereka masuk secara sah tetapi menjadi haram kerana tinggal lebih masa.
"Mereka lebih berminat kekal mungkin kerana mudah mencari rezeki, boleh berniaga, bekerja, buka kedai dan sebagainya. Itu cabaran bagi kita, mereka memilih untuk kekal di Malaysia," tambahnya lagi.

Muhyiddin kesal masih ramai ahli Umno tak faham isu


Bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kesal kerana masih ramai lagi ahli Umno yang tidak faham dengan tujuan utama desakan supaya Datuk Seri Najib Razak berundur sebagai perdana menteri.
 Menurut Muhyiddin yang juga anggota Parlimen Pagoh, di kawasannya sahaja sudah berkali-kali beliau diminta untuk memberikan taklimat berhubung kontroversi yang membelit perdana menteri khususnya 1MDB dan wang derma RM 2.6 bilion.
"Saya dah beberapa kali bercerita, mereka kata tak faham-faham. Di kawasan saya di Pagoh pun mereka minta beri taklimat. Berapa kali saya nak beri taklimat? Ahli Umno tak faham-faham.
"(Isu 1MDB dan wang derma RM2.6 bilion) ini ada kaitan dengan desakan bahawa kita nak perdana menteri letak jawatan sekarang," kata Muhyiddin.
Timbalan presiden Umno yang digantung itu berkata demikian ketika berucap dalam program 'Mencari Kebenaran Selamatkan Malaysia' di Taman Putra Perdana, Puchong malam tadi.
Tegas Muhyiddin lagi, beliau dan kepimpinan akar umbi tidak akan membuat desakan agar presiden Umno itu meletakan jawatan sebagai perdana menteri jika tiada isu yang serius melibatkan dirinya.
"Ini bukan perkara mainan sebab apabila kita desak, mesti sebab yang serius. saya nak tanya isu 1MDB serius atau tidak? soal Muhyiddin kepada hadirin.
Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata kegagalan pengurusan 1MDB menyediakan laporan yang lengkap antara punca Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) tidak dapat membuat rumusan mendalam

Buat kajian sendiri, kata kumpulan mahasiswa pada Tajuddin


Kumpulan mahasiswa Challenger menggesa Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Tajuddin Abdul Rahman menjalankan kajian sendiri bagi menyangkal kajian mereka yang mendapati mahasiswa telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Jika Datuk Haji Tajuddin berpendapat bahawa kajian ini adalah tidak mencukupi maka beliau perlu menjalankan kajian sendiri.
"Bagaimanapun, sekiranya beliau memutuskan untuk berbuat demikian maka kajian ini perlu dijalankan oleh sebuah badan bebas yang tidak mempunyai kepentingan politik," kata anggota Challenger, Aaron Denison dalam satu kenyataan hari ini.
Kumpulan itu berkata demikian selepas Tajuddin memperkecilkan keputusan kajian mereka yang dilakukan secara dalam talian dari 8 Mac hingga 8 April 2016 terhadap 5006 responden daripada universiti di seluruh Malaysia.
Menurut hasil kajian itu, lebih 90 peratus mahasiswa universiti telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Najib sebagai PM.
"Jika Datuk Seri Haji Tajuddin mampu, maka dia perlu memperluaskan kajian ini kerana kami benar-benar merasakan bahawa ia adalah penting bagi anggota-anggota parlimen untuk menerima maklum balas sebenar daripada rakyat Malaysia," kata Aaron.
Semalam, Tajuddin berkata kajian terhadap beberapa ribu pelajar yang tidak berpuas hati itu tidak mencerminkan jutaan rakyat Malaysia yang masih menyokong Najib.
Tajuddin berkata, tiada sebab bagi Umno menggulingkan Najib hanya kerana beberapa ribu pelajar universiti yang ditinjau oleh kumpulan itu tidak lagi mempunyai keyakinan terhadap kepimpinannya.
Timbalan menteri itu juga dilapor berkata pelajar universiti mungkin memberontak sekarang tetapi akan bertenang apabila mereka terdedah kepada dunia sebenar, dengan mengaitkan beliau juga pernah menjadi aktivis pelajar dahulu.

Cikgu Kamarul - Ketua2 Bahagian, Sudah2 lah Mengampu ...

Syed Sadiq - DiAncam, DiHina, Di Sogok TAPI Tetap Bersuara !

Shafie- Apa Gunanya Bandar Malaysia Jika 60% Hak Milik Negara Luar !

Muhyiddin - Macam2 Hal lah 1MDB Ni !

CERAMAH PAKATAN HARAPAN "SELAMATKAN MALAYSIA" - AMANAH BESUT