Selasa, 12 April 2016

Tony Pua - Jumlah Yang Hilang Adalah USD7 bil ( RM28 Bil )

Tony Pua - Kenapa Lapuran Ketua Audit Perlu Di OSA Lagi ?

Tony Pua - Confirm Arul Tipu !

Tony Pua - Tidak Ada Satu Bukti Pun DiBerikan Berkaitan Aabar BVI

Tuan Ibrahim: Pas jadi 'king maker', reda ketegangan politik negara..!!

KUALA KRAU – Pas kini menjadi ‘king maker’ dalam percaturan politik tanah air selepas kekalutan yang melanda semua parti politik di Malaysia ketika ini.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, disebabkan kekalutan itu tumpuan beralih kepada peranan Pas sebagai tunggak utama dalam blok bukan kerajaan.
Tuan Ibrahim Tuan Man Menurutnya, ketegasan Pas berpegang kepada prinsip Islam berjaya menarik sokongan kalangan rakyat untuk melihat Pas sebagai alternatif tatkala Umno bukan lagi menjadi parti harapan rakyat khususnya orang Melayu dan masyarakat Islam yang lain.
“Kejayaan Pas mengemukakan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) sedikit sebanyak meredakan ketegangan suhu politik negara serta tanggapan negatif masyarakat luar terhadap Pas,” katanya dalam Mesyuarat Agung Pas ke-30 di Kompleks Pas Pahang minggu lalu.
Beliau yang juga Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Krau berkata, anjakan paradigma tersebut diharap menambah sokongan golongan atas pagar dan ahli Umno agar kembali bersama memperjuangkan Islam sebagai wadah politik negara.
“Wujudnya parti serpihan Pas tidak melemahkan sokongan kepada parti, sebaliknya perlu dilihat sebagai satu cabaran bagi meneliti kelemahan dalaman.
“Jadi wajar diperkasakan usrah kepimpinan, tamrin di semua marhalah parti di samping lujnah tarbiyah dan dakwah juga perlu merangka program pengukuhan ukhuwah di kalangan pimpinan dan ahli,” katanya.

Ramasamy kesal label Zakir Naik sebagai ‘syaitan’


Timbalan Setiausaha Agung DAP, P Ramasamy melahirkan rasa kekesalannya kerana menggelar pendakwah Islam kontroversi, Dr Zakir Naik sebagai ‘syaitan’.
Ramasamy berkata berikutan kenyataannya itu, beliau kini dilabel sebagai anti-Islam dan anti Muslim.
 “Pada 10 April 2016, saya telah memuat naik status di Facebook saya mengenai pendakwah Islam Dr Zakir Naik.
“Dalam posting saya telah memanggilnya sebagai syaitan dan menegaskan bahawa beliau memberi ucapan kebencian pada agama selain Islam
“Pada hari yang sama saya sedar perkataan syaitan telah menjadi viral di Internet.
“Saya menyesal jika penggunaan perkataan syaitan boleh menimbulkan keresahan dan rasa tidak puas hati di kalangan orang Islam di Malaysia,” kata Ramasamy dalam satu kenyataannya hari ini.
Sebelum ini dalam kenyataannya di Facebook, Ramasamy menulis ‘Let us get “Satan” Zakir Naik out of this country!’.
Bagaimanapun, selang beberapa jam kemudian, Ramasamy menyunting status itu dengan memadam perkataan ‘satan’ itu.
Dalam kenyataan sama, Ramasamy mendakwa Zakir hanya mahu menyebarkan kebencian di kalangan bukan Islam di negara ini.
Beliau juga menggesa rakyat Malaysia, khususnya pertubuhan India dan agama Hindu supaya membuat laporan polis terhadap Zakir.

Larang Dr Zakir Naik ke P Pinang fitnah musuh

Larang Zakir Naik ke P Pinang fitnah musuh
SHAH ALAM - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengesahkan tweet berkenaan larangan ke atas pendakwah terkenal, Dr Zakir Naik memasuki negeri itu adalah palsu.
"Fitnah! Ini tweet palsu oleh musuh yang gunakan taktik pengganas. Laporan polis akan dibuat oleh pegawai saya pagi ini," tulisnya menerusi laman mikro Twitternya pagi ini.
Malam tadi tersebar paparan skrin Twitter milik Setiausaha Agung DAP itu yang menegaskan akan menghalang Zakir daripada masuk ke Pulau Pinang.
"Zakir Naik mesti disekat. Saya akan pastikan dia tidak masuk Pulau Pinang. Rakyat mesti tolak dan halang ekstrimis agama macam dia!," paparan skrin itu berbunyi.
Isu membabitkan Zakir semakin 'panas' selepas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar membatalkan ciri ceramahnya yang akan diadakan di Melaka Ahad ini.
Zakir dijadual menyampaikan syarahan di Universiti Teknikal Malaysia (UTeM) Melaka.
Menurut Khalid, pembatalan itu berikutan syarahan Tokoh Maal Hijrah 2013 itu dibimbangi boleh menjejas ketenteraman awam dan menjejaskan sensitiviti agama di Malaysia.
Semalam, Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin memberi tawaran kepada pendakwah dari India itu untuk menyampaikan ceramah di Perlis sekiranya program ceramah beliau di Melaka dibatalkan.
Menurut Asri, perkara tersebut telah dibincangkan dan ia telah dipersetujui Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.
Sementara itu, Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad berpendapat, tiada masalah penganjuran forum atau ceramah perbandingan agama di negara ini selagi ia tidak memburuk-burukkan.
Menurutnya, ia bergantung kepada penerimaan pendengar atau penonton terhadap isi jawapan yang diberi kerana ada yang menganggapnya sensitif.
“Mengenai isu Penceramah Antarabangsa, Dr Zakir Naik yang dikatakan menghina agama lain, saya rasa perkara itu tidak timbul kerana beliau hanya menjawab soalan ditanyakan penonton.
“Cuma ia bergantung kepada penerimaan mereka yang mendengar dan sepatutnya orang yang bertanya tidak perlu tersinggung,” ujarnya.

Dr Zakir kesal dan sedih ceramahnya di Melaka dibatalkan

Dr Zakir Naik melahirkan rasa kesal apabila ceramahnya di Melaka pada Ahad ini, diarahkan batal oleh pihak berkuasa atas alasan keselamatan.
Beliau juga rasa kesal atas sikap sebilangan orang Islam yang begitu mudah melabel dan menuduh saudara seagama sebagai kafir.
"Saya sedih melihat keadaan seperti ini, sangat banyak berlaku dalam kalangan umat Islam. Ada orang Islam dengan mudah tuduh saudara seagama sebagai kafir hanya kerana berbeza pendapat atau tidak sehaluan," katanya seperti dipetik Sinarharian Online hari ini.
Semalam Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar di dalam twitternya tidak membenarkan ceramah membabitkan pendakwah perbandingan agama Dr Zakir Naik di negara ini diteruskan berdasarkan ketenteraman awam dan sensitiviti masyarakat berbilang agama.

Ceramah Dr Zakir dengan tajuk "Similarities Between Hinduism and Islam" dijangka akan berlansung pada 17 April ini di Universiti Teknikal Melaka (UTeM) terpaksa dibatalkan.
Menurut pendakwah yang berasal dari India itu, masalah besar bagi umat Islam ialah mereka cenderung untuk memperbesarkan perbezaan walaupun hanya melibatkan isu-isu yang kecil atau remeh.
"Perbezaan apabila diperbesarkan, akan membawa kepada perbalahan. Akhirnya berlaku perpecahan dalam masyarakat, dan inilah yang melemahkan kita, umat Islam.
"Apa yang membuatkan saya berasa sedih dan risau adalah apabila melihat perpecahan dalam kalangan orang Islam semakin membimbangkan mutakhir ini," katanya ketika menyampaikan ceramah bertajuk The Importance of Unity Among The Muslim Ummah di Kemaman kelmarin.
Ceramah itu diadakan sempena Program Jelajah Terengganu di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak dan turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman serta pemimpin-pemimpin negeri lain.
Lebih 30,000 orang menghadiri ceramah disampaikan tokoh perbandingan agama yang terkenal di seluruh dunia itu.

Polis benarkan acara Zakir di KL, dengan syarat

Pihak polis bersetuju membenarkan ceramah oleh sarjana kontroversi Islam Zakir Naik di Kuala Lumpur pada 16 April, tetapi tertakluk kepada beberapa syarat.
Bagaimanapun, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, beliau tidak akan mempertimbangkan keputusan mengharamkan ceramah di Melaka dengan tajuk “Similarities between Islam and Hinduism.” (Persamaan antara Islam dan Hinduisme).
Acara di Kuala Lumpur bertajuk “Is the Quran God's Word”. (Adakah al-Quran firman tuhan?)
Khalid memberitahu Malaysiakini bahawa penganjur harus memastikan ceramah itu hanya melibatkan perkara-perkara berkaitan Islam dan tidak memperkecilkan agama lain.
“Kami akan beri taklimat pada penganjur berkaitan perkara ini. Mereka harus jamin ceramah tidak menyentuh sensitiviti bukan Islam.
“Jika Zakir mahu bercakap tentang keagungan Islam, beliau amat dialu-alukan berbuat demikian, tetapi penceramah dan pihak lain harus tidak menggunakan acara itu sebagai landasan untuk memperkecilkan agama lain.
Jika perkara ini berlaku, kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada penganjur. Mereka harus hormati keadaan negara kita yang merangkumi pelbagai agama,” katanya.
Langkah pengharaman acara di Melaka itu mengundang debat hangat dan reaksi bercampur-campur.
Penentang acara itu menyatakan kelegaan mereka manakala kumpulan-kumpulan Islam pula sebaliknya kecewaan dengan langkah itu.
MIC menentang siri ceramah Zakir (gambar) di Malaysia dengan mendakwa warganegara India itu cenderung menghina agama lain. Pemuda Umno pula tidak bersetuju dengan larangan itu.
Isu itu juga menyaksikan perbezaan pandangan dalam parti-parti Pakatan Harapan apabila pemimpin DAP P Ramasamy menyemai kebencian sementara Parti Amanah Negara (AMANAH) pula melihat acara itu sebagai wacana intelektual.

Ramasamy apologises for calling Dr Zakir Naik ‘satan’

Penang Deputy Chief Minister II regrets his use of the word 'satan' on the Islamic preacher which had caused unhappiness among Muslims in Malaysia
p-ramasamy,zakir
PETALING JAYA: Penang Deputy Chief Minister II P Ramasamy apologised today for calling international Islamic preacher Dr Zakir Naik “satan”.
This follows the ire expressed by Muslims when his reference to Zakir went viral on social media.
In a statement, Ramasamy admitted that on April 10, he had called Zakir ‘satan’ in a Facebook post, when writing that Zakir had been giving hate speeches on faiths other than Islam.
“On the same day, I realised the word ‘satan’ was inappropriate and I removed it from my Facebook page,” Ramasamy said.
However, the edit history of the Facebook post had recorded what had been typed earlier, which was “Let us get ‘satan’ Zakir Naik out of this country!”
Ramasamy also clarified that his initial posting was not against Islam or Muslims in the country.
“It was just against this particular person,” Ramasamy said.
He noted that Malaysia is a multiracial and multireligious country where all religions should be given due respect and dignity.
“I regret if the use of the word ‘satan’ has caused uneasiness and unhappiness among Muslims in Malaysia. This was not at all my intention as I have respect for all religions in the country,” Ramasamy added.

Najib akui isu bauksit satu kesilapan

Kerajaan berjanji untuk menyelesaikan isu bauksit dengan melanjutkan tempoh moratorium selama tiga bulan lagi.
Najib Razak
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengakui kerajaan membuat kesilapan dalam isu perlombongan bauksit di Kuantan tetapi berjanji akan menyelesaikan segala masalah yang timbul.
“Sudah tentu ada masanya kita membuat kesilapan – perlombongan bauksit di Pantai Timur sebagai contoh,” katanya ketika berucap merasmikan Forum Invest Malaysia 2016, hari ini.
Najib berkata, kerajaan mencari jalan menyelesaikan masalah itu dengan memberi contoh lanjutan tempoh moratorium selama tiga bulan lagi sebelum peraturan tegas dilaksanakan kepada pengusaha dan pengeskport bahan galian semula jadi itu.
Pada 8 April lalu, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengumumkan tempoh moratorium untuk perlombongan bauksit di Kuantan, Pahang yang sepatutnya tamat pada 15 April ini disambung tiga bulan lagi.
Pelanjutan tempoh moratorium itu antara lain bagi membolehkan stok simpanan bauksit sedia ada yang berjumlah hampir empat juta tan metrik “dikosongkan” atau dieksport.
Wan Junaidi berkata, kementeriannya akan menjadi pemudah cara untuk pengeksportan bauksit dengan memberi permit eksport (AP) mengikut kapasiti bulanan sama ada melalui Pelabuhan Kemaman atau Pelabuhan Kuantan.
Isu bauksit diambil alih kerajaan Pusat selepas kerajaan Pahang dikatakan gagal menyelesaikannya antaranya sebab kerana kekurangan kakitangan penguatkuasa.
Perlombongan bauksit mendapat bantahan penduduk sekitar Kuantan kerana menyebabkan pencemaran teruk sehingga ada melabelkan kawasan terjejas seumpama ‘planet marikh’ kerana dipenuhi debu dan lumpur berwarna merah.

Mahathir akan ucap pada forum 1MDB-PAC


 Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan menjadi antara penceramah pada forum awam bertajuk "Laporan PAC 1MDB: Najib bersubahat atau tidak bersalah" di Shah Alam pada malam Khamis ini.
Pemimpin supremo DAP Lim Kit Siang dalam satu kenyataan berkata forum itu akan berjalan seperti yang dirancang di IDCC Shah Alam, susulan pembentangan laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) di Dewan Rakyat pada 7 April lalu.
"Jika (pengerusi PAC) Datuk Hasan Arifin, (bekas CEO 1MDB) Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi atau (jutawan) Jho Low bersedia untuk muncul di forum Shah Alam pada Khamis ini, mereka juga amat dialu-alukan," kata Lim.
Selain daripada Mahathir, Lim berkata penceramah lain adalah Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua; Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli; Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad dan pengarah eksekutif pemantau anti-rasuah C4, Cynthia Gabriel.
Lim sebelum ini pernah menjemput Hasan menghadiri forum dan perbahasan mengenai sama ada hasil laporan PAC benar-benar membebaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada sebarang salah laku yang dikaitkan dengan dana milik negara 1MDB.

Tahan semua terbabit kontroversi 1MDB-Aabar


Semua yang terlibat dalam melakukan pembayaran dari 1MDB kepada syarikat yang didakwa palsu, Aabar seharusnya disiasat dan ditahan, kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.
"Kami meminta Polis Diraja Malaysia bertindak segera untuk menyiasat dan menahan semua pihak yang terlibat dalam penipuan besar-besaran yang digelarkan sebagai "Rompakan Abad ini" oleh Sarawak Report," jelas Pua dalam kenyataannya, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengumumman oleh International Petroleum Investment Co (IPIC) dan Aabar Investments PJS yang mempunyai kaitan dengan British Virgin Islands-firma ditubuhkan Aabar Investments PJS Limited (Aabar BVI).
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), pada minggu lalu, menyatakan bahawa tiada bukti berkenaan Aabar BVI, atau Aabar Ltd dalam laporan itu, mempunyai apa jua kaitan dengan IPIC atau Aabar Investment PJS.
1MDB telah membayar RM4.24 bilion (sekitar AS$1.367 bilion) kepada abar BVI sebagai deposit sekuriti pada 2012, tanpa kelulusan lembaga pengarah 1MDB.
Firma tersebut mempersoalkan masa pengumuman IPIC semalam, yang mana Pua sifatkan sebagai masa yang tepat.
"Masa pengumuman IPIC tidak mengejutkan kerana Reuters telah melaporkan 2 bekas pegawai utama IPIC dan Aabar, Khadem Al Qubaisi dan Mohamed Badawy Al Husseiny telah ditahan oleh pihak berkuasa Abu Dhabi."
Penggubal undang-undang DAP itu berkata dolak-dalih 1MDB dalam isu tersebut menumbulkan keraguan melampau.

Haram jatuhkan pemimpin berpegang ajaran Islam - Mufti Perak


Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata hukum menjatuhkan pemimpin adalah haram di sisi Islam, selagi pemerintah itu masih berpegang kepada ajaran agama dan tidak mengajak rakyat melakukan maksiat.
Katanya, perbuatan itu dilarang sekalipun pemimpin itu zalim dan tidak memenuhi tuntutan serta hak rakyat.
 “Adalah haram jika niat ingin menjatuhkan pemimpin, apatah lagi menghasut rakyat secara terbuka. Islam tidak mengajar begitu.
“Kita sanjung pemimpin, kalau pemimpin tidak betul kita tegur, tidak hebohkan kepada orang lain,” katanya yang dipetik Utusan Malaysia.
Tambahnya, sekiranya ingin menukar pemimpin, ia perlu dibuat menggunakan saluran demokrasi melalui pilihan raya.
Sebelum ini , bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menerusi wawancara bersama media Australia, The Weekend Australian dilaporkan berkata beliau lazimnya tidak mengalu-alukan sebarang campur tangan asing dalam hal ehwal negara, "tetapi saluran kami mencari penyelesaian dalam negara telah ditutup sepenuhnya".
Dr Mahathir berkata hanya tinggal sedikit harapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan berundur tanpa tekanan luar.
Mengulas lanjut, Harussani berkata, menjadi kewajipan setiap rakyat untuk mentaati pemimpin, selagi mereka tidak mengajak rakyat melakukan maksiat.
“Sekalipun pemerintah yang dipilih itu zalim, tindakan menjatuhkannya tetap haram dan umat Islam tidak boleh melakukan tindakan sedemikian.
“Sekiranya kita menuntut hak kita, namun tidak diberikan, itu adalah kesalahan pemimpin itu dengan Allah, setiap dosanya akan dibalas kelak,” katanya dipetik akhbar itu lagi.

1MDB TETAP PERLUKAN SURUHANJAYA DIRAJA, NAJIB DAN JHO LOW MESTI DIJADIKAN SAKSI WAJIB

Walaupun seperti ada percubaan untuk mengalih perhatian dengan membesar-besarkan isu Lim Guan Eng dan tanah Taman Manggis serta larangan ceramah Dr Zakir Naik, batu besar yang menjadi masalah kepada semua rakyat Malaysia  sekarang tidak lain ialah 1MDB.

Kita tidak harus terperangkap dengan isu-isu lain yang mungkin sengaja diada-adakan untuk mengalih perhatian dan mengurangkan tumpuan terhadap 1MDB.
Dulu Najib Razak dan 1MDB sendiri menjanjikan laporan audit menyeluruh mengenai syarikat itu akan menjawab segala-galanya. Malangnya apabila laporan audit  disiapkan, ia kemudian diletakkan di bawah  OSA atau Akta Rahsia Rasmi yang menyebabkan ia menjadi rahsia kepada semua rakyat daripada membaca dan mengetahuinya.

Lalu, pertanyaan ramai termasuk makcik Felda ialah mengapa dijadikan rahsia rasmi negara jika tidak ada perkara yang mahu dilindungkan?
Sudah lupakah janji sebelum ini yang meminta semua orang menunggu laporan audit sambil mengatakan laporan audit  1MDB akan menjawab segala-galanya?

Disebabkan laporan audit telah diOSAkan, lantas menyebabkan Laporan PAC yang dibentangkan di Parlimen tidak mampu menjawab banyak perkara tentang 1MDB ini.
Selain itu, terdapat pula beberapa saksi penting yang menurut Tony Pua ditolak untuk dipanggil memberi keterangan oleh Hasan Ariffin, Pengerusi baru jawatankuasa tersebut yang dilantik menggantikan Nur Jazlan yang dinaikkan pangkat sebagai timbalan menteri di tengah-tengah kemelut 1MDB pada 28 Julai 2015 yang lalu.

Antara saksi yang tidak dipanggil itu ialah wakil Bank Negara, Jho Low, salah seorang bekas CEO 1MDB, Hazeem Abdul Rahman dan sudah tentu Najib sendiri yang tandatangannya semua orang tahu adalah "nyawa"  kepada perjalanan syarikat pelaburan itu.

Malah, seperti yang disebut juga oleh Tony Pua sebelum ini, untuk mendesak agar bekas Pengerusi 1MDB, Mohd Bakke Salleh memberi keterangannya pun hanya menjadi kenyataan setelah beberapa kali desakan dilakukan.

Maka itulah sebabnya laporan PAC banyak cacat celanya dan kecuali pemakan dedak yang berpuas hati dengannya.

'PAC tak diberi penyata bagi tentukan dana 1MDB di akaun Najib'


Ketua Audit Negara tidak dibekalkan dengan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk memeriksa jika dana 1MDB masuk ke dalam akaun bank Perdana Menteri Najib Abdul Razak, dedah ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) pembangkang.
Oleh itu, kata mereka, adalah tidak munasabah bagi pengerusi PAC Datuk Hasan Ariffin mendakwa laporan PAC yang dikeluarkan minggu lalu menunjukkan Najib tidak mendapat manfaat daripada 1MDB.
“Malangnya pihak PAC juga tidak dapat mengesahkan sama ada pembayaran dilakukan daripada 1MDB ke akaun peribadi Perdana Menteri kerana dokumen-dokumen yang diperlukan seperti penyata bank tidak diserahkan kepada Ketua Audit Negara.
“PAC juga tidak pernah membuat sebarang keputusan bahawa perdana menteri tidak bersalah.
“Oleh itu kami menggesa supaya Hasan untuk mengemukakan bukti melalui Hansard bahawa keputusan ini dibuat sebulat suara dan konsensus oleh semua anggota PAC,” kata lima anggota PAC itu dalam satu kenyataan media.
Kenyataan itu dikeluarkan oleh Ahli Parlimen DAP Tony Pua dan Tan Seng Giaw, Ahli Parlimen PKR William Leong dan Kamarul Baharin Abas dan Datuk Takiyuddin Hassan dari PAS.
Sebaliknya, kata mereka, dokumen yang diperolehi oleh Ketua Audit Negara menunjukkan bahawa Najib meluluskan secara bertulis segala keputusan penting yang dibuat oleh 1MDB.
Ini termasuk:
  • Pelaburan dengan Petrosaudi International,
  • Penerbitan bon sebanyak US$6.5 bilion,
  • Pembelian syarikat-syarikat penjanakuasa bebas; dan pemecatan juruaudit yang tidak setuju dengan pendirian 1MDB.
“Sehubungan dengan itu, kami menggesa supaya pengerusi PAC menarik balik kenyataannya kerana ia merupakan kenyataan yang langsung tidak berasas, menyelewengkan pendangan PAC dan bersifat bohong.
“Kami berharap supaya Hasan tidak menyalahgunakan jawatannya sebagai pengerusi PAC, sebuah jawatankuasa Parlimen untuk kepentingan politik BN dan Najib,” kata mereka.

Adakah kerana dah termakan dedak Najib..???

Terus terang, tak tahu kenapa Menteri UMNO keluarkan kenyataan macam ini.. Adakah kerana dah termakan dedak Najib sehinggakan otak dah tak berfungsi dgn normal & waras.. ???

Tahukah Nazri bahawa Allah telah menganugerahkan OTAK & AKAL pada manusia untuk berfikir dan menilai sesuatu perkara..!!

WHO'S 'CHICKEN RUN' ??!!

KENAPA setelah pendedahan terbaru KLIDC sangkal dakwaan jual pihak ketiga dlm isu Taman Manggis tiba2 debat Rahman-LGE disaran nak dibatalkan oleh panel SPRM ??

Adakah SPRM jd penyelamat maruah UMNgOK ??

Parti Haram Yang Memerintah.....

SEDARKAH ANDA.. mengapa negara kita sering ditimpa bala saban hari...?? Adakah kerana negara kita ditadbir dari parti yg telah diharamkannya TAPI MASIH MEMERINTAH ??

Khas buat macai2, penyokong & pendokong UMNO yg masih BUTA SEJARAH mengenai Umno..

Adakah 'UMNO' skrg adalah UMNO yg tulen yg dilahirkan pada tahun 1946 ??.. ATAU UMNO yg ada skrg adalah UMNO BARU ciptaan Mahathir iaitu pd 13 Februari 1988 di mana UMNO yg asal TELAH DIHARAMKAN PADA 4 FEBRUARI 1988 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur & MAHKAMAH TELAH MENGARAHKAN PERINTAH GUNA SEBUTAN 'UMNO BARU'...

TETAPI kenapa sehingga skrg masih guna nama UMNO shj.???
KENAPA ingkar arahan mahkamah & TIDAK GUNA nama UMNO BARU ???

Sama-sama kita renungkan...

Ini sebahagian dari ujian Allah SWT bg org2 yg nk mendaulatkan syiar Islam di muka bumi Malaysia yg diperintah UMNO/BN..

Dr Zakir: Sejauh manakah kita mengenali beliau?

Isu Dr Zakir kini menjadi perbualan hangat di Malaysia hinggakan IGP yg beragama Islam sendiri arah penganjur batalkan ceramah Zakir Naik..DENGAN ALASAN boleh mengancam ketenteraman awam... Astaghfirullah !!!

Berikut adalah senarai 8 fakta ringkas tentang penceramah tersebut:

1. Dr Zakir Adbul Karim merupakan seorang ulama, penceramah dan pendakwah dari India yang sering menyampai ceramah mengenai Islam dan perbandingan agama di seluruh dunia. Beliau dilahirkan pada 18 Oktober, 1965 di Mumbai.

2. Dr Zakir merupakan seorang doktor perubatan yang memperoleh ijazah Bachelor of Medicine and Surgery (MBBS) dari Mumbai. Pada tahun 1991, beliau mula bekerja dalam bidang dakwah, dan mengasaskan Islamic Research Foundation (IRF) .

3. Dr Zakir merupakan seorang yang popular dalam membuat penilaian kritis dan memberi jawapan strategik kepada soalan-soalan yang mencabar yang diajukan oleh penonton selepas ceramahnya.

4. Menerusi ceramahnya, beliau menjelaskan sudut pandangan serta membetulkan pandangan salah terhadap ajaran Islam, dengan menggunakan al-Quran, hadis dan input relatif daripada kitab-kitab agama lain sebagai tambahan, bersama fakta saintifik.

5. Menurut laman blog The Islamic Research Foundation (IRF), dalam tempoh 20 tahun (sehingga tahun 2014) Dr Zakir telah mengadakan lebih 2,000 sesi ceramah di seluruh dunia.

Antaranya ialah Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Itali, Perancis, Arab Saudi, Australia, New Zealand, Afrika Selatan, Botswana, Nigeria, Ghana, Indonesia, Malaysia, Singapura, Brunei, Thailand, Hong Kong, China, Mauritius, Sri Lanka dan Maldives.
6. Pada bulan Mac 2012, sesi ceramah beliau di Kishanganj, Bihar, dihadiri lebih daripada sejuta orang, dan menjadi salah satu perhimpunan terbesar di dunia bagi ceramah agama yang hanya dikendalikan oleh seorang penceramah.

7. Pada tahun 2012, Dr Zakir pernah mengadakan ceramah di Malaysia. Ceramah beliau berlangsung di Johor Bahru, Universiti Teknologi MARA, Kuantan dan Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur.

8. Dr Zakir pernah menerima pelbagai anugerah dari pemimpin-pemimpin di seluruh dunia. Pada tahun 2013, Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menyampaikan Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan kepada Dr Zakir dalam Majlis Perhimpunan Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1435H/2013M di Putrajaya.

World Bank downgrades Malaysia’s growth forecast

But it says growth in developing economies in East Asia is holding up despite tough global conditions.
world bank
PETALING JAYA: The World Bank has downgraded Malaysia’s growth forecast this year by 0.3 points to 4.4%.
According to a report in The Star, the biggest downgrades in growth forecasts in the region posted by the international financial institution are for Malaysia and Indonesia. Indonesia’s estimate for this year was lowered by 0.2 percentage points to 5.1%.
The largest forecast upgrade was for Thailand, with the World Bank now projecting an expansion of 2.5% this year, up from 2% in the earlier report.
However, the World Bank noted that growth in developing economies in East Asia was holding up despite tough global conditions and a slowdown in China.
It has only lowered the growth forecast this year for developing East Asia and Pacific countries marginally to 6.3% from 6.4%. The region grew an estimated 6.5% last year, The Star reported.
The World Bank said developing nations in East Asia from Indonesia to China have benefited from careful economic policies, although global risks were considerable and threaten the region’s outlook. It added that among the risks were a slowdown in high-income countries, a slump in exports and financial market volatility.

Rafidah: Secrecy over AG’s report on 1MDB raises questions

Former minister says the PAC is accountable to the public and hence all information it gathers on matters of public interest should be disclosed.
rafidah,1mfb
PETALING JAYA: The Public Accounts Committee’s (PAC) report on 1Malaysia Development Berhad (1MDB) has raised even more questions, and unresolved issues remain, former International Trade and Industry Minister Rafidah Aziz said.
She added that the resolutions provided by the report, which was tabled in Parliament last week, were not as cut and dry as some have presented it to be.
Rafidah said the processes surrounding the dissemination of the 1MDB report appeared to be shrouded in secrecy, with many unexplained and unclear gaps present.
“Those gaps must be filled with necessary facts and all information (must be) clearly and transparently communicated to the people,” she said in a posting on her Facebook account yesterday.
Rafidah warned that with the world being borderless, information on virtually anything could be easily obtained and, hence, any effort to conceal details through certain laws and edicts would be pointless.
Although she did not mention which concealment law she was referring to, it is believed she was referring to the Official Secrets Act (OSA). The Auditor-General’s Report on 1MDB, which the PAC findings were based on, has been classified as an official secret under the Act.
Rafidah said the PAC’s role of accounting for all funds obtained from the public made the parliamentary panel accountable to taxpayers and, therefore, information gathered on a matter of public interest should be made accessible to all.

Ahli PAC: Kami tak sebut tiada salah laku, ada tunai hilang menolak sekeras-kerasnya kenyataan Pengerusi PAC


Wakil rakyat dari pihak pembangkang yang menganggotai Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menolak sekeras-kerasnya kenyataan Pengerusi PAC, Datuk Hasan Arifin yang menyebut tiada bukti salah laku atau tiada wang yang hilang dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Di sebalik kenyataan itu, anggota PAC yang terdiri daripada 5 Ahli Parlimen pembangkang berkata, laporan PAC menunjukkan bahawa berbilion ringgit mengalir keluar dari 1MDB dan tidak dipertanggungjawabkan.
"Justeru, kami menggesa Pengerusi PAC menarik semula kenyataan beliau kerana ianya tidak berasas, tidak mencerminkan pandangan PAC secara keseluruhan dan berunsur penipuan.
"Kami berharap agar Pengerusi PAC tidak menyalah gunakan kedudukan beliau sebagai ketua jawatankuasa parlimen untuk BN dan kepentingan politik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," kata kumpulan tersebut.
Selain Tan Seng Giaw selaku Timbalan Pengerusi PAC, kenyataan bersama itu turut dikeluarkan secara bersama dengan Datuk Kamarul Baharin Abas, William Leong, Datuk Takiyuddin Hassan dan Tony Pua.
Mengulas lanjut, penemuan PAC itu, jelas mereka, adalah bercanggah dengan dakwaan Hasan yang kononnya berpandukan kepada Laporan Ketua Audit Negara.
“Kami juga terkejut dan kecewa apabila Laporan Ketua Audit Negara langsung tidak dibentangkan di Parlimen, bersama-sama laporan PAC mengenai 1MDB, yang sepatutnya berlaku,” tambah mereka dalam kenyataan itu.
Pada masa yang sama, PAC juga mahu pihak polis melakukan siasatan kerana 1MDB dan Kementerian Kewangan tidak menyerahkan penyata akaun bank dan dokumen untuk mengesahkan pemilikan firma-firma asing yang terlibat, jelas mereka.
Sejumlah AS$7 bilion tunai dan aset cair 1MDB tidak dapat disahkan.
“Ini menimbulkan kebimbangan setelah 'pelaburan' dan tunai 1MDB hilang tanpa dapat dikesan,” kata anggota-anggota PAC pembangkang itu.
Jumlah berkenaan ialah :
AS$1.03 bilion yang dibayar kepada Good Star Ltd, yang turut dipersoalkan oleh Bank Negara Malaysia;
AS$3.51 bilion yang dibayar kepada Aabar Investment PJS Ltd sebagai “deposit sekuriti”, “pembatalan opsyen” dan “sekuriti nilai ditambah”;
AS$940 juta dalam “unit” di BSI Bank, Singapura ; dan
AS$1.56 bilion dalam pelaburan oleh 1MDB Global Investment Ltd.

Mengapa 1MDB bayar USD1.367 bilion kepada syarikat palsu?

Tony Pua mendakwa 1MDB membayar kepada syarikat Aabar Invesment PJS Limited tidak wujud berdasarkan bukti-bukti diperolehi.
pua-aabar-1mdb
PETALING JAYA: Rakyat Malaysia’ ingin tahu’ mengapa 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membayar berbilion-bilion dolar kepada Aabar Investment PJS Limited (Aabar BVI) yang didapati syarikat palsu.
Ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Tony Pua berkata, syarikat International Petroleum Investment Company (IPIC) dan Aabar Investments PJS telah mengesahkan Aabar BVI bukan entiti kumpulan korporat kedua-dua syarikat berkenaan.
“Pengumuman ini adalah mengejutkan kerana ia akhirnya mengesahkan apa yang pengkritik 1MDB mengesyaki selama ini bahawa 1MDB telah membuat pembayaran berbilion-bilion dolar pembayaran kepada Aabar BVI rekaan, yang berpura-pura membuat bayaran kepada Aabar sebenar.
“Laporan PAC baru-baru ini juga mengesahkan bahawa Ketua Audit Negara tidak dapat mengesahkan bayaran ini kepada Aabar BVI termasuk AS$1,367 bilion ‘deposit keselamatan yang akan dikembalikan’ pada 2012 sebagai cagaran untuk AS$3.5 bilion jaminan bon yang disediakan oleh IPIC kepada 1MDB,” katanya.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu mendakwa, Ketua Audit Negara juga mengeluh kerana 1MDB bukan sahaja tidak memberikan apa-apa penyata akaun bank asing tetapi ia turut gagal untuk memberikan apa-apa bukti dokumen pemilik Aabar BVI.
“Adalah jelas sekarang bahawa 1MDB tidak pernah mampu untuk menyediakan bukti pemilikan Aabar BVI, kerana Aabar BVI jelas entiti palsu yang diwujudkan untuk menyalurkan AS$3.51 bilion atau lebih daripada 1MDB,” katanya.

Skandal 1MDB: Perlu tubuh badan siasatan diRaja, siasatan PDRM dan SPRM


Datuk Seri Khairuddin Abu HassanDatuk Seri Khairuddin Abu HassanKerajaan mesti mengambil pendekatan bertanggungjawab dan harus tubuhkan satu badan siasatan diRaja untuk menyiasat secara terperinci kenapa 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) berhutang sehingga RM50billion sebagaimana Laporan Prosiding Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) baru-baru ini.
Gesaan ini dibuat oleh bekas ahli Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang turut mengulangi desakan beliau agar Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan menyeluruh terhadap ahli lembaga pengarah 1MDB dan Perdana Menteri Mohd Najib Razak.
"Mengapa kini baru tawarkan diri untuk letak jawatan? Saya dah kata pada Najib sejak bulan disember 2014 lalu bahawa kesemua lembaga pengarah syarikat 1mdb mesti dibuang dari awal lagi.
"Kesemua mereka telah gagal sehingga menyebabkan hutang syarikat bermasalah itu mencecah rm42 billion pada tahun 2014 dan kini prosiding PAC pula mengatakan hutang sudah RM50bilion," ujarnya dalam satu kenyataan.
Justeru Khairuddin mendesak pengerusi lembaga penasihat 1mdb juga sepatutnya bertanggungjawab di atas kegagalan serta pelbagai kelemahan dalam pentadbirannya.
"Najib sepatutnya letak jawatan terlebih dahulu untuk membuktikan bahawa beliau seorang yang berprinsip dan bertanggungjawab di atas kegagalan syarikat 1MDB.
"Kesemua mereka ini tak boleh dibebaskan begitu saja.Mereka harus letak jawatan secara serta merta dan pihak PDRM mahupun SPRM mesti bertindak untuk menyiasat setiap orang ahli lembaga pengarah 1MDB sekalipun mereka telah melepaskan jawatan.
Laporan Prosiding PAC Rabu lalu telah membuktikan bahawa terdapat banyak salah urus tadbir serta kelemahan dalam pengendalian kewangan syarikat bermasalah itu.
Parlimen juga memaklumkan bahawa hutang syarikat 1mdb bukan RM42 billion tetapi RM50 billion sehingga bulan januari 2016.
"Kesemua penyangak-penyangak ini telah menyebabkan kerugian yang begitu besar pada syarikat 1MDB. Ini melibatkan kerugian pada duit kerajaan mahupun rakyat yang cukup banyak jumlahnya.

"Dalam masa yang sama keseluruhan rakyat merasa amat pelik kerana laporan ketua audit negara masih diklasifikasikan secara OSA dan tidak dibentangkan secara terbuka. Apa kandungan laporan ketua audit negara?! Rakyat minat untuk mengetahui hakikat faktanya.
"Kenapa nak sorok lagi?! Apa yang takut sangat sekiranya tiada unsur-unsur salahlaku berlaku dalam urus tadbir syarikat 1MDB sepertimana yang diperkatakan oleh Perdana Menteri.
"Isu kes skandal 1mdb mesti diselesaikan secara lebih terbuka mengikut lunas undang-undang," ujarnyabekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan ini.

KERAJAAN KINI BOLEH SAMAN RAKYAT...OH MALAYSIA KU..!!!

KEPUTUSAN MAHKAMAH RAYUAN BENARKAN KERAJAAN SAMAN RAKYAT:
KETUA MENTERI SARAWAK PERLU TARIK BALIK TINDAKAN UNDANG-UNDANG TERHADAP YB CHONG CHIEN JIEN, PERTIMBANG PINDAAN UNDANG-UNDANG SEKAT KERAJAAN SAMAN RAKYAT

Saya merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan minggu lalu di dalam kes yang dibawa oleh Kerajaan Negeri Sarawak terhadap Ahli Parlimen Bandar Kuching/ADUN Kota Sentosa YB Chong Chien Jien.

Keputusan majoriti dua orang hakim Mahkamah Rayuan iaitu Dato’ Abdul Rahman Sebli dan Dato’ Zamani Abdul Rahim (seorang lagi hakim Mahkamah Rayuan iaitu Datuk David Wong Dak Wah tidak bersetuju dengan keputusan itu) telah membenarkan Kerajaan Negeri Sarawak mengambil tindakan saman malu (iaitu tindakan undang-undang sivil) terhadap YB Chong Chien Jien walaupun secara umumnya di seluruh dunia, prinsip undang-undang yang diamalkan tidak membenarkan kerajaan menyaman seorang rakyat.
Keputusan Mahkamah Rayuan itu mengundang risiko besar kepada setiap rakyat Malaysia kerana ia memberi kuasa kepada kerajaan (sama ada kementerian, jabatan, agensi, menteri dalam kapasiti rasmi malah majlis-majlis daerah atau pihak berkuasa tempatan) untuk menggunakan wang rakyat yang dikutip melalui cukai untuk menyaman rakyat sendiri apabila ada perkara yang ditimbulkan oleh rakyat mengenai kerajaan yang tidak dipersetujui oleh kerajaan.
Secara umumnya, prinsip bahawa kerajaan tidak dibenarkan menyaman rakyat sendiri telah diputuskan melalui undang-undang “common law” yang diamalkan di United Kingdom. Ia bertepatan dengan prinsip keadilan sejagat (“universal justice values”) seperti berikut:
1. Rakyat memilih kerajaan dan membayar cukai untuk membolehkan kerajaan berfungsi. Rakyat adalah majikan kepada kerajaan;
2. Kerajaan menyediakan perkhidmatan kepada rakyat menggunakan cukai yang dikutip daripada rakyat. Maka sebagai majikan dan juga pelanggan kepada perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan, rakyat berhak untuk memberi maklumbalas (baik dalam bentuk pujian, kritikan, aduan, komen dan lain-lain) mengenai perkhidmatan yang disediakan kerajaan kerana perkhidmatan itu dibiayai oleh duit rakyat;
3. Jika rakyat tidak berpuas hati dan memberi kritikan atau aduan yang tidak disukai oleh kerajaan, adalah tidak adil untuk kerajaan menggunakan wang rakyat (apabila mengambil tindakan saman dalam kapasiti rasmi bukan kapasiti peribadi) untuk menyaman rakyat yang memberi kritikan.
Prinsip di atas ditegaskan di dalam keputusan House of Lords di United Kingdom di dalam kes ternama iaitu tindakan saman oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) Derbyshire County Council yang mengambil tindakan saman terhadap akhbar Times Newspapers. Dalam menegaskan bahawa kerajaan pusat atau mana-mana kerajaan tempatan tidak boleh menyaman rakyat yang mengkritik, House of Lords mengulangi kepentingan melindungi hak rakyat mengkritik kerajaan seperti berikut:
“It was of the highest public importance that a democratically-elected government body should be open to uninhibited public criticism, and since the threat of civil actions for defamation would place an undesirable fetter on the freedom to express such criticism, it would be contrary to the public for institutions of central or local government to have any right at common law to maintain an action for damages for defamation.”

Penganut pelbagai agama wajar ambil peluang kehadiran Dr Zakir , kata Mufti Pulau Pinang


Dr Wan Salim Wan Mohd NoorDr Wan Salim Wan Mohd NoorSeluruh rakyat Malaysia daripada penganut pelbagai agama wajar mengambil peluang daripada kehadiran tokoh perbandingan agama ini untuk memahami ajaran-ajaran Islam dengan lebih tepat dan lebih mendalam.
Mufti Pulau Pinang Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, gesaan Hindraf sebagaimana dilaporkan media, adalah keterlaluan dan prasangka semata-mata.
"Selama ini orang-orang bukan Islam lazimnya mendapat gambaran tentang agama ini daripada sumber-sumber yang tidak boleh dipertanggungjawabkan seperti tulisan-tulisan para orientalis.
"Dr Zakir Naik adalah seorang pendakwah yang menggunakan metod yang lembut di dalam ceramahnya.
"Beliau bukan daripada kategori yang suka menyerang agama-agama lain dengan mencerca dan memaki hamun.
"Sebaliknya beliau berdakwah berdasarkan fakta-fakta ilmiah dan hujah-hujah yang mengajak para pendengarnya berfikir secara rasional." ujarnya dalam satu kenyataan semalam.
Justeru Wan Salim berkata, golongan bukan Islam tidak perlu rasa terancam dengan kehadiran pendakwah antarabangsa ini, sebaliknya beliau menyarankan supaya menghadiri program-program ceramah Dr Zakir serta berdialog secara tenang dan bersopan.
"Perlembagaan Malaysia memberi kebebasan kepada setiap rakyat negara ini mengamalkan agama masing-masing walaupun Islam dijadikan Agama Persekutuan.
"Kita terlalu berlebih-lebihan dalam memahami sensitiviti agama sehingga menghalang kita daripada mengambil tahu agama-agama selain daripada yang kita sendiri menganutinya.
"Padahal dengan memahami agama-agama lain dapat membantu kita hidup dalam suasana harmoni dan bertolak angsur dalam masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa, agama dan budaya.
"Memahami agama lain tidak semestinya seseorang perlu menukar agamanya. Tiada siapapun boleh memaksa seseorang memeluk agama yang tidak disukainya, kerana pegangan agama adalah masalah keyakinan hati seseorang.
"Tiada keuntungan bagi umat Islam jika orang lain menerima agama mereka secara terpaksa.
"Saya juga berpendapat bahawa umat Islam perlu mengambil tahu ajaran agama-agama rakyat Malaysia yang lain kerana dengan cara begini hubungan baik dan harmoni antara pelbagai kaum dinegara ini dapat dipupuk dan disuburkan." ujarnya.
Kehadiran Dr Zakir telah menimbulkan konflik di kalangan penganut agama hindu di negara ini Hindu Rights Action Force (Hindraf) meminta kerajaan untuk mengharamkan pendakwah itu daripada memasuki negara ini.

Dr Zakir akui sedih dengan sikap sebilangan orang Islam


KUALA TERENGGANU - Dr Zakir Naik yang ceramahnya di Melaka pada Ahad ini diarahkan batal oleh pihak berkuasa atas alasan keselamatan, melahirkan rasa kesal atas sikap sebilangan orang Islam yang begitu mudah melabel dan menuduh saudara seagama sebagai kafir.
"Saya sedih melihat keadaan seperti ini, sangat banyak berlaku dalam kalangan umat Islam. Ada orang Islam dengan mudah tuduh saudara seagama sebagai kafir hanya kerana berbeza pendapat atau tidak sehaluan," katanya.
Menurut pendakwah yang berasal dari India itu, masalah besar bagi umat Islam ialah mereka cenderung untuk memperbesarkan perbezaan walaupun hanya melibatkan isu-isu yang kecil atau remeh.
"Perbezaan apabila diperbesarkan, akan membawa kepada perbalahan. Akhirnya berlaku perpecahan dalam masyarakat, dan inilah yang melemahkan kita, umat Islam," katanya ketika menyampaikan syarahan bertajuk The Importance of Unity Among The Muslim Ummah di sini, kelmarin.
"Apa yang membuatkan saya berasa sedih dan risau adalah apabila melihat perpecahan dalam kalangan orang Islam semakin membimbangkan mutakhir ini," katanya.
Beliau berkata, perbalahan yang berlaku bukan sahaja melemahkan kekuatan Islam tetapi secara tidak langsung turut memberi gambaran negatif mengenai Islam kepada penganut agama lain.
"Melihat apa yang berlaku, mereka percaya, itulah Islam sedangkan sikap-sikap yang negatif seperti itu bukanlah daripada ajaran Islam yang sebenar," katanya.
Zakir berkata, perpaduan dalam kalangan umat Islam ketika ini bukan sahaja dilihat lemah, malah dalam keadaan berpecah belah dan mudah pula untuk tuduh menuduh antara satu sama lain, meskipun dalam perkara yang remeh-temeh.
Ceramah itu diadakan sempena Program Jelajah Terengganu di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak dan turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman serta pemimpin-pemimpin negeri lain.
Sebagai jalan penyelesaian kata beliau, umat Islam yang berpegang teguh kepada ajaran agama yang sebenar, tidak akan sesekali memperlakukan orang lain terutamanya saudara seagama dengan gelaran yang tidak baik, apatah lagi dengan melabel seseorang itu sebagai kafir.

END OF THE ROAD FOR NAJIB, ROSMAH & SON: DEADLY DEVELOPMENT IN ABU DHABI MAY FORCE CHANGE OF PM IN M'SIA

END OF THE ROAD FOR NAJIB, ROSMAH & SON: DEADLY DEVELOPMENT IN ABU DHABI MAY FORCE CHANGE OF PM IN M'SIA
One wonders how the BN controlled media will report this latest development in Abu Dhabi?
“Emirates confirm 1MDB did nothing wrong”?  Or, perhaps, “Najib cleared by Abu Dhabi”!
Because, today’s clear announcement by the normally taciturn Arab state has nailed the lies from 1MDB and all its hierarchy of bosses from Najib down.
The sovereign wealth fund Aabar/IPIC, to which a staggering US$3.51 billion dollars was allegedly sent in 2012, under the guise of fulfilling ‘state to state’ obligations (relating to a US$3.51 billion loan), has denied in a formal statement that it ever received any such money.
This vast sum, guaranteed by the Malaysian taxpayer, was sent to a completely different entity, IPIC has today confirmed to the London Stock Exchange. Aabar Investments PJS Limited (BVI) has no relationship to its own subsidiary Aabar Investments PJS in Abu Dhabi.
So, why do we think that 1MDB Chief Executive Arul Kanda has spent months refusing to provide the company’s foreign bank statements to the Auditor General and Parliamentary Accounts Committee?  And why do we think that Najib’s hand-picked new Attorney General has been refusing permission to Malaysian investigators to make enquiries abroad about the 1MDB money trail?
IPIC has removed the last avenue of excuse for 1MDB's lying bosses about where the money went
IPIC has removed the last avenue of excuse for 1MDB’s lying bosses about where the money went

Hunt for scapegoats begins

1MDB’s executive have plainly decided to start blaming rather than owning up! They have immediately issued their own press release insinuating that somehow it is the Abu Dhabi wealth fund which is lying and at fault!
“1MDB finds it curious that IPIC and Aabar have waited until April 2016 to issue such a statement.
1MDB company records show documentary evidence of the ownership of Aabar BVI and of each payment made, pursuant to various legal agreements that were negotiated with Khadem Al Qubaisi in his capacity as Managing Director of IPIC & Chairman of Aabar and/or with Mohamed Badawy Al Husseiny, in his capacity as CEO of Aabar. It is, therefore, a surprising claim that neither IPIC nor Aabar have knowledge of, nor have benefited from, payments made by 1MDB to Aabar BVI. [1MDB statement April 11th]
Wow! Full marks for sheer brass neck.  So 1MDB has now suddenly admitted it has ‘documents’ for the Aabar BVI company after all, even though it had refused to produce them to the PAC or Auditor General.
If these are not genuine, the statement insinuates that the named former Chairmen and CEO are to blame, because 1MDB conducted its ‘legal agreements’ with them.

Jika Pas bukan khadam DAP dalam PR, begitu juga Amanah dalam PH


Adly ZahariAdly Zahari
Dalam sistem politik negara ini ungkapan "khadam DAP" atau "khadam UMNO" tidak perlu.
"Sepanjang kerjasama PAS dengan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR), ianya sekadar kerjasama politik dan PAS tidaklah menjadi khadam sesiapa.
"Begitulah juga kedudukan Amanah dalam Pakatan Harapan sekarang, tiada siapa menjadi khadam, yang wujud adalah usaha kearah saling kerjasama dan bantu membantu, bagi melawan salah guna kuasa dan rasuah, demi kebaikan rakyat Malaysia," kata Pengerusi Amanah Melaka, Adly Zahari," dalam satu kenyataan hari ini.
Amanah katanya, mengambil pendekatan menjalin kerjasama dengan DAP dan Keadilan serta Gerakan Selamatkan Malaysia yang difikirkan satu pendekatan lebih baik untuk masa depan rakyat dan negara.
Parti Amanah yang baru muncul 6 bulan lalu menurut beliau akan terus memacu kehadapan untuk melawan kerajaan yang rasuah dan menindas, cukup diyakini oleh Parti Amanah Negara sebagai suatu tuntutan Islam.
"Terpulang kepada PAS merencana teman politik mereka dan kita harus berubah kepada politik nilai dari politik label-melabel," jelas beliau.

Tiba-tiba Isu Zakir Naik Jadi Isu Politik Serang PH

MIC, NGO India gesa syarahan Zakir Naik dihentikan

Seorang Pemuda MIC dan gabungan NGO kaum India, RAPAT hari ini membuat laporan polis terhadap pendakwah Islam popular Dr Zakir Naik, yang dijadual akan menyampaikan syarahan di Melaka mengenai persamaan antara agama Hindu dan Islam.

Ketua Pemuda MIC Sembilan itu mendakwa penceramah itu, seorang warga India, sebelum ini pernah menghina penganut agama Hindu dan Kristian pada syarahan di UiTM Shah Alam.


"Kami mahu kuliah ini (di Melaka) dibatalkan serta-merta," katanya dalam satu kenyataan selepas membuat laporan di Balai Polis Seremban.

Perkara itu turut disuarakan oleh RAPAT, yang berkata kandungan syarahan Zakir bersifat "fitnah terhadap agama-agama lain".

Rapat membuat laporan polis terhadap kuliah yang akan diadakan di Universiti Teknikal Malaysia (UTeM) Melaka pada 17 April, di Balai Polis Sentul, Kuala Lumpur.

Zakir pada tahun 2013 dianugerahkan Tokoh Ma'al Hijrah peringkat antarabangsa oleh Yang di-Pertuan Agung.

Bagaimanapun, personaliti televisyen itu dihalang daripada bercakap di Singapura dan diberitahu oleh kerajaan Kanada pada tahun 2010 bahawa beliau tidak akan dibenarkan masuk ke negara itu.

Beliau juga telah dihalang daripada memasuki United Kingdom.

Bagaimanapun, Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata Zakir adalah seorang pendakwah yang terkenal di dunia dan kuliahnya telah meyakinkan beribu orang untuk memeluk Islam.

"Ribuan manusia menganut Islam kerana ceramahnya. Jutaan muslim mendapat manfaat dari penghujahannya," kata Asri. -mk


Pemimpin DAP pula label Zakir Naik sebagai ‘setan’

Kehadiran pendakwah Islam kontroversi, Dr Zakir Naik terus mendapat kecaman pelbagai pihak dan terbaru, Timbalan Setiausaha Agung DAP, P Ramasamy menggelarnya sebagai ‘setan’.

Menerusi kenyataannya di Facebook, Ramasamy yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang menulis ‘Let us get “Satan” Zakir Naik out of this country!’.

Bagaimanapun, selang beberapa jam kemudian, Ramasamy menyunting status itu dengan memadam perkataan ‘satan’.

Dalam kenyataan sama, Ramasamy mendakwa Zakir hanya mahu menyebarkan kebencian di kalangan bukan Islam di negara ini.

“Beliau (Zakir) adalah pendakwah Islam dan tidak mempunyai apa-apa tetapi kebencian dan penghinaan terhadap orang bukan Islam.

“Dia (Zakir) telah diharamkan di Kanada dan UK untuk kuliahnya. Malah, beberapa umat Islam di India telah menggelarnya sebagai pendusta, seorang yang separuh benar dan penyampai kebencian,” tulis Ramasamy

Beliau juga menggesa rakyat Malaysia, khususunya pertubuhan India dan agama Hindu supaya membuat laporan polis terhadap Zakir.

Ramasamy dipercayai mengeluarkan kenyataan sedemikian selepas bantahan sama dikeluarkan oleh Hindraf dan MIC.

Program pertama Zakir yang diadakan di Stadium Tertutup Gong Badak, Terengganu mendapat sambutan hangat dengan kehadiran lebih 30,000 pengunjung.

Beliau berada di Terengganu selama lima hari dan akan menyampaikan ceramah di pelbagai tempat termasuk di beberapa universiti berhubung perpaduan dan kekuatan Islam.

Kehadirannya di Terengganu bagi memenuhi undangan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

Undang kemarahan umat Islam

Bagaimanapun status Ramasamy itu mengundang kemarahan warga maya yang berbangsa Islam dan mereka bertindak mengecamnya.

Pemilik akaun Zack Rahim berkata Ramasamy adalah individu yang bertanggungjawab menghalang Zakir dari menyampaikan dakwahnya di dalam negara ini sehingga memaksa polis menghalangnya daripada berdakwah.

“Antara orang (Ramasamy) yang bertanggungjawab berjaya membuatkan pihak berkuasa batalkan program intelektual Dr Zakir Naik. Malah digelarnya ‘satan’ ke atas seorang yang mempunyai al-quran di dalam otak dan akalnya, juga punya segala kitab lain.

“DAP, PKR, AMANAH serta kerajaan Pulau Pinang dan seluruh Pakatan Harapan bertanggungjawab dengan kenyataan ini sebab Dr Ramasamy bukan pemilik kedai nasi kandar atau kedai emas Jalan Bonus. Beliau timbalan ketua menteri Pulau Pinang,” katanya.

Seorang lagi pengguna Facebook dengan nama Muhammad Sufian menyarankan Ramasamy menyertai program Zakir.

P'raya S'wak: Calon Barisan Nasional setakat ini


Sebelum Dewan Undangan Negeri Sarawak dibubarkan semalam, Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem telah pun menamakan dua pertiga daripada calon-calon Barisan Nasional (BN) bagi 82 kerusi yang akan dipertandingkan pada pilihan raya negeri ke-11 akan datang.
Berikut adalah senarai calon BN berkenaan termasuk empat calon langsung, yang telah diumumkan setakat ini:
1. Tan Sri Adenan Satem (PBB) - Tanjung Datu
2. Dr Abdul Rahman Junaidi (PBB) - Pantai Damai
3. Dr Hazland Abg Hipni (PBB) - Demak Laut
4. Fazaruddin Abdul Rahman (PBB) - Tupong
5. Sharifah Hasidah Sayeed Aman (PBB) - Semariang
6. Datuk Amar Abang Johari Tun Openg (PBB) - Satok
7. Peter Pau (SUPP) - Padungan
8. Milton Foo Tiang Wee (SUPP) - Pending
9. Sih Hua Tong (SUPP) - Batu Lintang
10. Wilfred Yap (SUPP) - Kota Sentosa
11. Lo Khere Chiang (SUPP) - Batu Kitang
12. Datuk Dr. Sim Kui Hian (SUPP) - Batu Kawah
13. Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah (PBB) - Asajaya (kerusi baharu)
14. Datuk Seri Mohammad Ali Mahmud (PBB) - Stakan (kerusi baharu)
15. Datuk Ronald Sagah Wee (PBB) - Tarat
16. Datuk Seri Michael Manyin (PBB) - Tebedu
17. Maclain Ben @ Martin Ben (PBB) - Kedup
18. Aidel Lariwoo (PBB) - Sadong Jaya
19. Datuk Narodin Majais (PBB) - Gedong (kerusi baharu)
20. Julaihi Narawi (PBB) - Sebuyau
21. Simoi Peri (PBB) - Lingga
22. Razali Gapor (PBB) - Beting Maro
23. Snowdan Lawan (PRS) - Balai Ringin
24. Datuk Mong Dagang (PRS) - Bukit Begunan
25. Datuk Francis Harden Hollis (SUPP) - Simanggang
26. Malcom Mussen Lamoh (PRS) - Batang Ai
27. Ricky @ Mohd Razi Sitam (PBB) – Saribas
28. Gerald Rentap Alfred Jabu (PBB) – Layar

Jamil Khir diminta penjelasan rasmi polimik Dr Zakir Naik


Tamrin GhafarTamrin GhafarAhli politik veteran Tamrin Ghafar mahu kerajaan menyatakan pendirian terhadap polimik pendakwah antarabangsa Dr Zakir Naik yang mendapat tentangan ceramahnya dikalangan pemimpin NGO dan politik di negara ini.
Dalam satu kenyataan hari ini Tamrin berkata, rakyat menunggu keputusan rasmi kerajaan sama ada bersetuju atau tidak dengan bantahan Hindraf untuk membatalkan ceramah Dr Zakir yang pernah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Maal Hijrah negara.
"Yang anehnya Ketua Polis Negara telah mengarahkan program ceramah itu dibatalkan.
"Kami rakyat khasnya masyarakat Islam menunggu Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Timbalan Menterinya membuat keputusan rasmi berhubung perkara ini," ujarnya.
Hindu Rights Action Force (Hindraf) meminta kerajaan untuk mengharamkan pendakwah itu daripada memasuki negara ini.
Ketua Pemuda MIC, C Sivaaraajh pula berhasrat untuk membuat laporan polis dan mengambil tindakan undang-undang melarang Dr Zakir masuk ke negara ini.

'Hanya dilarang dua negara, banyak lagi negara sambut Zakir'


Pendakwah Islam kontroversi Dr Zakir Naik mungkin diharamkan daripada memasuki Kanada dan United Kingdom tetapi beliau dialu-alukan di banyak negara lain termasuk Malaysia, kata penganjur program syarahannya.
Pengarah program Hidayah Centre Foundation Abu Shariz Sharajoon Hoda pada sidang akhbar di Kuala Lumpur berkata "Hal ehwal negara lain tiada kaitan dengan Malaysia".
 "Kita adalah sebuah negara yang berdaulat dan ini adalah Malaysia, Alhamdulillah. Warga Malaysia sangat mengalu-alukan Zakir dan kita dapat melihat semua orang gembira.
"Malaysia adalah sebuah negara yang berdaulat dan kita harus menghormati undang-undang negara kita," katanya ketika diminta mengulas mengenai pengharaman negara-negara lain terhadap Zakir.
Zakir dilapor dilarang daripada bercakap di Singapura dan diberitahu oleh kerajaan Kanada pada tahun 2010 bahawa beliau tidak dibenarkan masuk ke negara itu. Beliau juga dihalang daripada memasuki United Kingdom.
Shariz juga berkata jemputan itu dibuat mengikut peruntukan di bawah perlembagaan persekutuan.
"Selain itu, keputusan atau hal ehwal negara lain tiada kaitan dengan kami.
"Jika anda menyebut secara logik, kedua-dua negara mengharamkan beliau, maka mungkin terdapat 200 negara yang tidak mengharamkannya," katanya.
Shariz juga berkata rakyat Malaysia tidak boleh terlalu peduli tentang hal-ehwal negara lain kerana ia tidak mempunyai sebarang kesan ke atas mereka.
"Untuk maklumat anda, Zakir mempunyai lebih daripada 4,000 jemputan rasmi di seluruh dunia, jemput beliau untuk datang dan beri ceramah, dan jika dia pergi ke setiap ceramah setiap hari, ia akan mengambil masa selama 12 tahun untuk melengkapkan satu pusingan," katanya.

Halang Dr Zakir Naik: Tindakan KPN memalukan negara


Datuk Dr Mujahid Yusof RawaDatuk Dr Mujahid Yusof RawaTindakan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menghalang pendakwah antarabangsa Dr Zakir Naik untuk meneruskan syarahan umum di negara ini, satu tindakan memalukan negara kata Naib Presiden Amanah Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.
Beliau berpandangan perkara sedemikian tidak akan berlaku dalam sebuah negara demokrasi ia ditafsirkan sebagai satu tindakan terkebelakang.
"Pada awalnya beliau (Dr Zakir) dijemput secara rasmi oleh kerajaan negeri Terengganu sepatutnya tidak ada halangan baginya untuk meneruskan programnya di negara ini.
"Apaila PDRM mengunakan kuasa yang ada kononnya bagi mengekang sensitiviti agama dan ketenteraman awam, malu kita.
"Kita jemput tokoh pendakwah dari luar negara kemudian kita pula anggapnya bahaya, kenapa dari awal larangan itu tidak dilakukan sebelum kehadirannya di negara ini? soal beliau ketika dihubungi Malaysia Dateline.
PDRM katanya lagi, mempunyai kumpulan risikan yang hebat terhadap sesiapa sahaja tokoh yang dijemput ke negara ini, pastinya mempunyai latar maklumat yang lengkap sebelum membenarkan mana-mana tokoh memasuki negara ini.
"Ini bukan kali pertama Dr Zakir datang ke Malaysia kenapa baru sekarang timbul soal ketenteraman awam dan sensitiviti agama di negara ini," ujarnya.
Mujahid diminta mengulas kenyataan Khalid di dalam twitternya semalam yang tidak membenarkan ceramah membabitkan pendakwah perbandingan agama Dr Zakir Naik di negara ini diteruskan berdasarkan ketenteraman awam dan sensitiviti masyarakat berbilang agama.
Ceramah Dr Zakir dengan tajuk "Similarities Between Hinduism and Islam" dijangka akan berlansung pada 17 April ini di Universiti Teknikal Melaka (UTeM) terpaksa dibatalkan.
Sambung Mujahid lagi, pihak yang tidak senang dengan kehadiran Dr Zakir seharusnya mengambil kesempatan untuk lebih mendekati pendakwah ini yang pernah menerima Tokoh Maal Hijrah oleh kerajaan Malaysia.