Sabtu, 9 April 2016

PEGAWAI POLIS WAJAR DIBERI KEBEBASAN MEMBUAT KEPUTUSAN MENGENDALIKAN TAHANAN TANPA CAMPUR TANGAN PIHAK ATASAN ATAU PIHAK LAIN

Ini kenyataan YB Rafizi Ramli bg menjelaskan bagaimana beliau diarahkan meletakkan tangan di belakang. Rafizi menghormati bahawa pegawai-pegawai polis yang dibawah perlu menjalankan tugas mereka dan beliau ajak kita semua juga memberi ruang mereka menjalankan tugas mereka. Kritikan beliau terhadap Ketua Polis Negara Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )

9 APRIL 2016

Saya merujuk kepada kenyataan Tan Sri Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Negara yang dilaporkan oleh Malaysiakini ( http://www.malaysiakini.com/news/337038 ) serta pelbagai komen dan tuduhan yang dibuat kononnya saya “berlakon” digari untuk cuba meraih simpati dari rakyat.

Saya dimaklumkan oleh pegawai-pegawai bertugas dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) yang ditugaskan menyiasat kes saya bahawa saya dikehendaki meletakkan tangan di belakang dan akan dipegang oleh pegawai-pegawai polis yang mengiringi saya ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pada hari Rabu, 6 April 2016.

Perbincangan ini berlaku sekitar jam 1130 pagi di Bilik Persidangan JSJK di Menara 238, Jalan Tun Razak dengan kehadiran peguam saya Saudara Mohd Faizal Abdul Rahman.

Saya memberi pendapat adalah lebih baik saya digari untuk mengelakkan pegawai-pegawai polis yang mengendalikan saya dikecam oleh pihak Umno dan pegawai tertinggi polis kerana ia pernah berlaku sebelum ini sekiranya dilihat ada kelonggaran diberikan kepada saya. Peguam saya pula memaklumkan bahawa oleh kerana keputusan menggari itu adalah budi bicara pegawai polis yang bertugas, beliau mengesyorkan supaya saya tidak digari.

Akhirnya kami bersetuju bahawa saya meletakkan tangan di belakang tanpa digari mengikut arahan yang diberikan pegawai-pegawai yang dipertanggungjawabkan mengendalikan saya.

Saya ingin melahirkan rasa kecewa apabila soal sama ada saya digari atau tidak telah dipolitikkan sewenang-wenangnya sedangkan isu yang lebih besar iaitu penyelewengan 1MDB, salahguna Akta Rahsia Rasmi (OSA) untuk melindungi penyelewengan dan kelewatan pembayaran caruman LTAT pesara tentera cuba ditenggelamkan oleh isu ini. Malah ada yang memfitnah saya kononnya saya berlakon digari untuk meraih simpati rakyat.

Saya yakin saya tidak perlu berlakon untuk meraih simpati rakyat kerana sebahagian besar rakyat adalah bersama-sama saya selagi pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak berterusan menekan rakyat.

Saya juga ingin menyeru semua pihak (baik Barisan Nasional atau Pakatan Harapan, baik rakyat atau pegawai tertinggi PDRM) supaya berhenti mempolitikkan layanan terhadap seorang ahli politik apabila beliau ditahan oleh PDRM atau mana-mana pihak berkuasa.

Pandangan peribadi saya ialah seorang ahli politik perlu diberi layanan yang sama seperti rakyat biasa yang lain – tidak lebih dan tidak kurang. Malah, pegawai-pegawai polis yang diberi tanggungjawab mempunyai budi bicara untuk menentukan sama ada seorang ahli politik itu digari atau tidak, selagi budi bicara itu tidak melanggar peraturan dan undang-undang.

Saya simpati dengan pegawai-pegawai polis yang dipertanggungjawabkan mengendalikan saya selama ini kerana mereka menjadi serba salah apabila setiap tindakan mereka akan mengundang kritikan (“damn if they do, damn if they don’t”). Jika mereka menggari saya, penyokong pembangkang akan memarahi mereka. Jika mereka tidak menggari saya, besar kemungkinan mereka terpaksa menjawab kepada pimpinan tertinggi polis menjelaskan kenapa mereka tidak menggari.

Akhirnya mereka cuba mencari jalan terbaik dengan mengarahkan saya meletakkan tangan di belakang sambil dipegang oleh mereka yang pada pandangan mereka merupakan budi bicara mereka yang adil kepada semua.

KENAPA 'last minute' nak batal ?? MELAYU UMNO BN takut ka ??

Beginilah pe'el puok UMNgOK P.Pinang yg kerap menabur fitnah terhadap kerajaan DAP-P.Pinang utk menakut2kan penduduk melayu di P.Pinang yg akhirnya memakan diri sendiri..

Jika benar selama ini Najib difitnah berhubung 1MDB, BILA NAK SAMAN WSJ & ABC !!!

Masih tak puas2 lagi kah pahlawan Acheh-Umno nak tukang jilat pahlawan bugis.. ??

Jgn hanya berani menyalak saja dlm negara tp hilang ketelorannya di peringkat a'bangsa..

DLP di Titiwangsa: Lebih baik berdemo di Taman Melewar

Demonstrasi anti perlaksanaan program dwi bahasa (DLP) yang dianjurkan Pas di Taman Tasik Titiwangsa tidak membawa apa-apa impak apabila dilakukan di tengah-tengah taman rekreasi itu bermula pukul 2.30 petang hingga 3.30 petang tadi.
DLP di Titiwangsa: Lebih baik berdemo di Taman MelewarDemo yang dua minggu sebelumnya dianjurkan di tengah-tengah kesibukan Kuala Lumpur di hadapan stesen LRT Masjid Jamek tidak kesampaian untuk dianjurkan di Dataran Merdeka apabila pihak berkuasa menutup kawasan berhampiran dengan alasan penganjuran acara rasmi.
Oleh kerana dianjurkan oleh Pas yang sering berkompromi dengan kerajaan kebelakangan ini maka demo dialihkan di Taman Tasik Titiwangsa yang tidak mungkin disaksikan oleh sesiapa kecuali warga kota yang bersiar-siar bersama keluarga.
Demo itu membariskan beberapa orang profesor seperti Prof Shahril Mohd Zain, Prof Dr Wan Ramli Wan Daud, Prof Zainal Abidin Borhan dan beberapa tokoh bahasa lain serta sasterawan negara A Samad Said.
Pas pula membariskan bekas ketua pemuda Nasrudin Tantawi, Timbalan Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man, Ustaz Idris Ahmad dan lain-lain.
Kemunculan Presiden Perkasa Ibrahim Ali melencongkan mood demo dengan membangkitkan penyatuan Melayu Perkasa – Pas dan menegaskan Pas dan DAP telah bercerai talak tiga.

Syed Saddiq ajak KJ ‘Selamatkan Malaysia’

Sudah tiba masanya Khairy bangkit dan bercakap bagi pihak anak muda dan bersama-sama menyingkirkan Najib Razak.
Syed-Saddiq_khairy-jamaluddin_Khairul-Azwan_600
KUALA LUMPUR: Pendebat Terbaik Asia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengajak Khairy Jamaluddin bersama-sama anak muda dalam gerakan menyelamatkan Malaysia.
Beliau juga mempelawa Naib Ketua Pemuda, Khairul Azwan Harun untuk menyertai gerakan itu bagi menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
“Kepada pemimpin UMNO, Khairy dan Azwan Bro yang saja sanjungi. Saya sangat hormatkan anda. Ini adalah gerakan rakyat.
“Tapi, tolonglah bersama kami dalam gerakan ini. Inilah tempat dan masanya untuk kamu berdiri dan bercakap,” katanya ketika pelancaran Deklarasi Anak Muda di Kelab Sultan Sulaiman di sini, hari ini.
Syed Saddiq berkata, dia menggangap Khairy seorang pemimpin muda yang mampu menyelamatkan UMNO.
“Saya masih yakin dan percaya kepada kamu tetapi semakin hari semakin terhakis,” katanya sambal menambah, golongan muda ditipu tetapi tidak muda dipengaruhi oleh pemimpin.
Katanya, Deklarasi Anak Muda itu bukan bertujuan memusuhi sesiapa tetapi sekadar memastikan usaha menyelamatkan Malaysia berjaya.
Syed Saddiq turut mengumumkan ‘Pergerakan Riben’ dengan menyeru golongan muda seluruh negara mengikat riben berdasarkan warna Jalur Gemilang sebagai menyokong gerakan Selamatkan Malaysia.

Skandal 1MDB: Kit Siang gesa sidang tergempar Parlimen bahas laporan PAC


Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang menggesa Dewan Rakyat membahaskan laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengenai 1MDB yang menurutnya merupakan satu skandal yang menjejaskan reputasi Malaysia di luar negara.
 Atas sebab ini, beliau menggesa diadakan sidang tergempar empat hari Parlimen membahas laporan PAC tentang 1MDB pada akhir bulan April atau awal Mei,sebelum sidang akan datang yang dijadualkan pada 16 Mei.
Beliau menegaskan demikian dalam satu ceramah di Bagan, Pulau Pinang hari ini.
Ahli politik veteran itu berkata parlimen yang progresif di negara-negara lain, akan mengadakan pembahasan penuh dan panjang lebar mengenai laporan PAC yang ditunggu-tunggu, mengenai skandal 1MDB.
Terutamanya kerana ia telah menjadi satu skandal global yang telah menjadikan negara ini dikenalli sebagai antara 10 negara yang paling banyak berlaku rasuah di dunia ini.
Tetapi Parlimen Malaysia, katanya, baru ditangguhkan pada hari Khamis tanpa sebarang perbahasan laporan PAC sekalipun.
Lim juga mengadu bahawa ahli Parlimen tidak dibenarkan untuk mengambil laporan PAC mengenai 1MDB, walaupun ia diletakkan di atas meja mereka.

Hampir 1,000 orang hadiri perhimpunan bantah DLP


Hampir 1,000 orang hari ini menyertai himpunan membantah pelaksanaan Dual Language Programme (DLP) di padang Tasik Titiwangsa.
Himpunan yang bermula pada jam 2 petang itu dianjurkan oleh Kongres Rakyat di bawah PAS dan Gerakan Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
 Himpunan ini sepatutnya diadakan di Dataran Merdeka tetapi diubah dua hari lalu.
Bagaimanapun dimaklumkan terdapat majlis diadakan di Dataran Merdeka pada hari dan masa yang sama.
Menurut Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pihaknya bukan menolak bahasa Inggeris sebaliknya menolak DLP kerana Bahasa Melayu dijamin di dalam perlembagaan.
Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali ketika menyampaikan ucapan menyifatkan Umno gagal dalam semua aspek khususnya memastikan hak orang Melayu terus terjamin.
Justeru beliau melihat PAS mampu untuk menggalas tanggungjawab yang selama ini dijalankan oleh pihak kerajaan, bahkan jalan parti Islam itu akan semakin mudah selepas tidak lagi bekerjasama dengan DAP.
Ibrahim mendakwa bahawa kerajaan yang ada pada hari ini ialah kerajaan yang gagal, sudah gagal dalam segala-galanya, gagal mementingkan citarasa majoriti penduduk, kaum bumiputera khususnya Melayu Muslim.
"Gagal mendukung negara yang Merdeka. Banyak isu yang kita hadapi, kita berhimpun banyak kali pun tidak akan mengubah sikap mereka di atas
"Bila PAS cerai dengan DAP tidak ada lagi Cina buta, masa depan Melayu bukan hanya boleh digalas Umno tapi boleh juga digalas PAS, ini (DLP) bukan agenda politik," katanya.
Beliau dalam pada itu mengajak NGO Melayu memberi amaran kepada kerajaan BN untuk tidak melaksanakan program DLP termasuk beberapa isu berkaitan dengan mahasiswa Bumiputera.

PERDANA MENTERI DIMINTA PECAT MENTERI KEWANGAN PALING BIJAK


Lepas jelajah seluruh Sarawak, Adenan dakwa mampu menang 60 hingga 70 kerusi


Adenan jangka menang di 60 hingga 70 kerusiAdenan jangka menang di 60 hingga 70 kerusi
Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem yakin Barisan Nasional (BN) Sarawak akan memenangi sekurang-kurangnya 60 hingga 70 kerusi pada pilihan raya negeri akan datang.
Pengerusi BN negeri itu berkata dengan barisan sedia ada dalam 'Pasukan Adenan', kerajaan negeri yang ada sekarang akan terus berkuasa pada penggal akan datang.
"Selepas menjelajah Sarawak (melalui Program Sejiwa Senada), ada harapan untuk BN. Mungkin bukan kesemua 82 kerusi, tetapi sekurang-kurangnya kita mungkin boleh menang 60 hingga 70 kerusi.
"Asalkan kita bersatu," katanya di hadapan orang ramai yang membanjiri majlis pelancaran 'Program Sejiwa Senada' anjuran kerajaan negeri dan agensinya di sini hari ini.
Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu; Menteri Perumahan dan Pelancongan Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg; Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Douglas Uggah; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim; dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Tan Sri Mohamad Morshidi Ghani.
Pada pilihan raya negeri Sarawak 2011, BN memenangi 55 daripada 71 kerusi yang dipertandingkan, manakala selebihnya dimenangi DAP (12), PKR (tiga) dan Bebas (satu).
Pada pilihan raya negeri ke-11 akan datang, 11 kerusi baharu turut menjadi rebutan berikutan persempadanan semula kawasan pilihan raya tahun lepas, dan menjadikan jumlah kerusi yang dipertandingkan sebanyak 82.
Sebelum ini, Adenan mengumumkan bahawa Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan dibubarkan pada 11 April.
Pada majlis hari ini, Adenan mengumumkan Naib Presiden Parti Rakyat Bersatu (UPP), yang juga Ketua Pemuda parti itu, Dr Johnical Rayong Ngipa sebagai calon langsung BN bagi kerusi Engkilili.
Beliau juga mengesahkan penyandang kerusi Lingga (Simoi Peri), Balai Ringin (Snowdan Lawan), Bukit Begunan (Datuk Mong Dagang), Simanggang (Datuk Francis Harden Hollis) dan Batang Ai (Malcom Mussen Lamoh) akan dikekalkan sebagai calon BN.
"Saya harap anda semua akan mengekalkan mereka sebagai sebahagian daripada pasukan saya iaitu Pasukan Adenan," katanya.

Semua 13 calon Amanah anak Sarawak, kata Salahuddin


Amanah turun PRN Sarawak sebagai komponen Pakatan Harapan bersama PKR dan DAPAmanah turun PRN Sarawak sebagai komponen Pakatan Harapan bersama PKR dan DAP
Kesemua 13 calon parti Amanah Negara (Amanah) yang akan bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) Sarawak merupakan anak kelahiran negeri itu.
Timbalan presiden Amanah Salahuddin Ayub berkata, selain calon Bumiputera, Amanah turut menampilkan calon Iban dan juga Cina.

Pengisytaharan calon akan dibuat pada minggu hadapan.

“Semua calon telah dikenal pasti, tunggu nak umum sahaja. Semua 13 calon yang Amanah pilih adalah orang tempatan, anak kelahiran Sarawak.

“Calon-calon akan diumumkan minggu depan,” kata beliau kepada Malaysia Dateline.

Minggu lalu, Amanah memutuskan untuk meletakkan 13 calon selepas berbincang dengan Pakatan Harapan.

“Memang sudah diputuskan dalam mesyuarat Amanah dan dibincangkan dalam mesyuarat Pakatan Harapan jadi tidak timbul soal Amanah akan bertembung denagn DAP atau PKR,” katanya.

Menurut beliau juga, keputusan meletakkan 13 calon di Sarawak dibuat selepas mengambil kira beberapa faktor penting dan mengambil semangat Amanah sebagai parti baharu.

“13 daripada 82 kerusi id Sarawak bagi Amanah adalah suatu jumlah yang sangat munasabah sebagai permulaaan untuk Amanah membuat suatu permulaan dalam konteks pilihan raya Sarawak.

PRN Sarawak ujian keharmonian buat pembangkang

gugugaga
SHAH ALAM – Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang bakal menjelang adalah merupakan ujian keharmonian kerjasama buat pembangkang.

Penganalisis politik, Dr Muhammad Shamshinor Abdul Azzis berkata, PKR sebagai orang tengah dijangka akan menyatakan pendirian sekiranya berlaku pertembungan antara Parti Amanah Negara (Amanah) dengan Pas.

“Saya melihat isu yang dibawa Amanah perlu bersifat lokal berbanding nasional.

“Jika berlaku pertembungan Amanah dan Pas pada PRN akan datang, ia sekaligus menuntut pendirian PKR..sebab dua-dua parti ni adalah sekutu PKR,” katanya ketika dihubungi Sinar Online.

Sehubungan itu, katanya, PKR perlu mencari jalan bagi mendapatkan penyelarasan isu antara Pas dan Amanah dan ia perlu dilakukan sebelum PRN menjelang.

“Saya berpandangan yang isunya dalam PRN ini adalah kesepakatan pembangkang satu ujian keharmonian kerjasama antara mereka.

“PKR perlu memikirkan jalan untuk mendapatkan penyelarasan isu..Sebab Pas dan Amanah ni kawan PKR,” ujarnya lagi.

PERKASA terima PAS menggantikan UMNO

Saya yakin masa depan orang Melayu Bumiputera bukan lagi pada UMNO tetapi PAS, kata Ibrahim Ali.
Ibrahim-Ali_pas_DLP_600_1
KUALA LUMPUR : Kumpulan pendesak Melayu dari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) mengumumkan sokongan secara terbuka kepada PAS menggantikan UMNO bagi menjaga kepentingan dan hak Melayu serta Bumiputera di negara ini.
Presidennya, Ibrahim Ali berkata PAS telah membuktikan kesediaan mereka mepertahankan kedaulatan bahasa Melayu, berbeza dengan UMNO yang didakwa gagal menjaga hak Melayu dalam isu biasiswa dan tanah rizab.
“Kerajaan yang ada pada hari ini adalah kerajaan yang gagal. Sudah gagal dalam segala-galanya, gagal mementingkan citarasa majoriti penduduk, kaum bumiputera khususnya Melayu Muslim.
“Kita secara jelas menolak kerajaan yang ada pada hari ini. Saya yakin masa depan orang Melayu Bumiputera bukan lagi pada UMNO tetapi PAS,” kata beliau dalam demonstrasi anti-Pengajaran Dwi Bahasa (DLP) di Padang Taman Tasik Tititwangsa hari ini.
Ini merupakan himpunan anti-DLP kedua selepas himpunan pertama pada 26 Mac lalu.
Antara penceramah yang turut menyertai demonstrasi hari ini adalah Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PAS, Datuk Idris Ahmad, Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said dan bekas Timbalan Pengarah Pelajaran, Datuk Rauf Hussin.
Dalam pada itu, Tuan Ibrahim menyalahkan kerajaan kerana mempermainkan masa depan pelajar sekolah kerana kerap menukar polisi.

Kalau Najib Tak Bersalah, kenapa PAS Suruh Beliau Minta Maaf?

1MDB dan 2 misteri yang belum selesai

Artikel 117 dalam Memorandum dan Artikel Penubuhan Syarikat (M&A) 1MDB menyatakan dengan jelas bahawa 1MDB mendapatkan kebenaran bertulis daripada perdana menteri dalam:

Sebarang perubahan terhadap M&A syarikat, sama ada secara keseluruhan ataupun sebahagiannya;

Sebarang perlantikan dan penamatan mana-mana pengarah (termasuk pengarah urusan dan pengarah alternatif) serta pengurusan tertinggi syarikat; dan

Sebarang komitmen kewangan (termasuk pelaburan), penstrukturan semula atau perkara berkaitan jaminan yang dikeluarkan oleh kerajaan persekutuan untuk kepentingan syarikat, kepentingan negara, keselamatan negara atau sebarang polisi kerajaan.


Terdapat dua pelaburan 1MDB yang sehingga masih menjadi misteri untuk Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) iaitu:

Pelaburan berjumlah AS$2.318 bilion melalui Bridge Global Absolute Return Fund SPC (Bridge Global SPC) yang berusia sebulan dan tiada lesen pengurus dana dan tiada pengalaman untuk menguruskan dana yang besar.

Penyaluran dana sebanyak AS$993 juta kepada Aabar Ltd yang 1MDB masih belum mengemukakan sebarang pengesahan bahawa ia merupakan anak syarikat kepada International Petroleum Investmnet Corp (IPIC) atau Aabar Investment PJS (Abu Dhabi).

PAC gagal mengesan pengaliran kedua-dua pelaburan ini kerana keengganan pihak 1MDB memberikan penyata akaun bank luar negara.

Meskipun, laporan PAC tidak menuding jari kepada PM dalam isu 1MDB, namun artikel 117 M&A 1MDB jelas menunjukkan sebarang keputusan pelaburan 1MDB memerlukan kebenaran bertulis PM termasuk dua pelaburan yang bermasalah di atas.

Sejajar itu, PAS menuntut PM untuk:

Memohon maaf secara terbuka kepada rakyat atas isu 1MDB, yang dibiarkan sehingga berjaya ‘mengumpul’ hutang sebanyak RM50 bilion.

Menyokong penuh tindakan Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dalam ‘tindakan pentadbiran dan penguatkuasaan yang sesuai’ terhadap 1MDB kerana gagal mengemukakan bukti berkenaan wang sejumlah AS$1.83 bilion yang berada di luar negara agar integriti sistem kewangan terjaga. Besar kemungkinan isu yang dibangkitkan gabenor Bank Negara mempunyai kaitan besar terhadap dua pelaburan bermasalah 1MDB di atas.

Tun M: OSA bukan untuk lindungi jenayah

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 bukan untuk melindungi mana-mana pihak melakukan jenayah.
Sebaliknya, beliau percaya akta itu untuk menghukum sesiapa yang membocorkan dokumen kerajaan mengenai polisi, Kabinet dan percukaian.
“Akta ini bagi menghalang individu, syarikat atau kerajaan asing menyalahgunakan maklumat untuk kepentingan mereka.
Tun Dr Mahathir Mohamad “Bukannya untuk merahsiakan jenayah yang dilakukan pegawai, pekerja atau individu. Jenayah perlu dilaporkan atau didedahkan oleh sesiapa sahaja yang mengetahuinya,” katanya melalui catatan terkini di blognya, chedet.cc, hari ini.
Naib Presiden PKR yang juga Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam atas dua pertuduhan memiliki dan mendedahkan dokumen rahsia rasmi tanpa kebenaran, dua minggu lalu.
Rafizi didawa ada dalam milikannya halaman 98 Laporan Pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tanpa kebenaran sah serta tidak berhak menyimpannya dan kemudiannya mendedahkannya pada sidang media di lobi Parlimen.
Mengulas lanjut, Tun Mahathir mendakwa Peguam Negara sebaliknya melihat jenayah dilakukan anggota kerajaan adalah rahsia kerajaan yang perlu disembunyikan dari umum.
“Sesiapa yang melaporkannya akan didakwa melanggar OSA,” katanya.

Rafizi tak akan mohon maaf atas kenyataan mengenai Rosmah

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berkata, beliau tidak akan memohon maaf kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tetapi akan menunggu untuk berjumpa perdana menteri itu di mahkamah.
Ahli Parlimen Pandan itu menegaskan bahawa kenyataannya mengenai isteri perdana menteri semasa perhimpunan anti-GST Sabtu lepas adalah satu gurauan.
Di perhimpunan itu, Rafizi membuat rujukannya kepada Datin Seri Rosmah Mansor dan Jakel Trading.
"Saya akan jumpa mereka di mahkamah. Saya tidak akan mohon maaf kerana saya berkata secara berseloroh," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Dalam ceramah, katanya, perkara selalu disebut secara berseloroh.
Sambil mengakui bahawa Najib mempunyai hak untuk menyaman, ahli Parlimen Pandan itu bagaimanapun berkata perdana menteri tidak perlu bersikap dwi-standard berhubung perkara itu.
"Jika anda mahu menjadi begitu sensitif, samanlah (Tun Dr) Mahathir Mohamad, Wall Street Journal dan sesiapa yang mengatakan perkara yang sama," katanya.
Sebagai ahli politik, kata Rafizi, seseorang tidak sepatutnya terlalu cepat untuk memfailkan saman fitnah.
"Saya tidak fikir ahli politik patut menyaman orang - orang bercakap tentang anda setiap hari.
"Kita mempunyai akses kepada media untuk menjelaskan cerita kita pulak. Apabila saya diserang dengan dakwaan bahawa saya dipecat daripada Petronas kerana didakwa mencuri wang, saya hanya menjelaskan perkara itu," katanya.

Rafizi: Saya ambil risiko penjara kerana ia betul untuk dilakukan


Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli bertegas bahawa mendedahkan dokumen Akta Rahsia Rasmi (OSA) dokumen adalah perkara yang betul untuk dilakukan dalam perjuangannya menentang rasuah dalam kerajaan, walaupun dikritik kerana mengambil risiko dipenjara dan kehilangan kerusi Parlimen untuk sesuatu yang remeh.
 "Saya perlu katakan ini, ia adalah satu bahagian yang yang saya tidak bersetuju dengan majoriti rakyat. Saya sentiasa melakukan apa saja mengikut suara hati - bahawa ia adalah perkara yang betul untuk dilakukan, "katanya kepada Malaysiakini.
"Saya minta maaf, tiada apa yang boleh saya lakukan mengenainya, begitulah saya dibesarkan. Tidak kira apa yang seluruh dunia fikirkan, suara hati saya adalah perkara yang paling penting pada saya daripada apa-apa yang lain. "
Baru dibebaskan dari tahanan reman, ahli Parlimen Pandan diikat jamin selepas mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan di bawah OSA.
Walaupun ada yang memuji tindakannya mendedahkan dokumen sulit mengenai Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan 1MDB, namun ramai juga yang mengkritik bahawa dia boleh kehilangan kerusi Parlimen hanya untuk sekeping kertas, atas alasan dia lebih bernilai berjuang di luar, daripada di dalam sel.
Rafizi, bagaimanapun, berbeza pandangannya mengenai perkara itu.
"Tidak kira betapa hebatnya anda sebagai seorang ahli politik, apabila anda fikir anda begitu penting, dan anda perlu membuat perkiraan, saya rasa itu salah," katanya.
Naib presiden PKR itu menegaskan bahawa sepatutnya tidak ada sebarang perkiraan dibuat apabila memperjuangkan sesuatu yang betul dan melakukan perkara yang betul.

SRC No Kes Sebab Najib Tak Tahu Duit Tu Masuk Akaunnya

Shafie - Yang menentukan kemenangan Umno Bukan Presiden Sorang

Shafie Apdal - 1MDB ..... dan MAS / Proton

Shafie Isu Gantung Muhyiddin - Umno Kena Ikut Lunas Disiplin Parti

Shafie Apdal - BN Sarawak Akan Menang PRN Kerana Main Isu Kenegerian

Shafie Apdal - Masalah Utama Umno Adalah Keyakinan Rakyat Pada Parti

Rayani Air gantung operasi serta merta

Langkah itu sebahagian daripada pelan penstrukturan semula syarikat dan tempoh operasi penggantungan itu akan dimaklumkan kelak.
Ravi Alagendrran
PETALING JAYA: Syarikat penerbangan patuh syariah pertama Malaysia, Rayani Air memutuskan untuk menggantung operasinya berkuatkuasa serta-merta.
Pemilik syarikat penerbangan itu, Ravi Alagendrran menyatakan penggantungan itu bermula semalam sehingga ke satu tempoh yang akan dimaklumkan kelak.
“Ingin dimaklumkan bahawa kita telah menggantung operasi berkuat kuasa serta-merta pada 8 April 2016 sehingga dimaklumkan kemudian.
“Ia adalah sebahagian daripada pelan penstrukturan semula syarikat. Kita akan beroperasi semula selepas melakukan penstrukturan semula,” katanya, lapor mStar Online, hari ini.
Mengulas lanjut, Ravi turut memaklumkan kepada pegawainya di setiap bahagian supaya menghentikan operasi dan ‘mengira semula aset syarikat’.
“Semua bayaran balik dan pertanyaan berkaitan dengan penumpang yang telah ditempah awal, perlu dipanjangkan kepada info@rayaniair.com atau hubungi pusat panggilan di +603-27214925 (beroperasi setiap hari dari pukul 9 pagi sehingga 6 petang),” ujar Ravi.
Sementara itu, Ravi turut mengesahkan bahawa Rayani Air terpaksa membatalkan penerbangannya semalam, berikutan mogok yang dilakukan oleh juruterbangnya.
Sekurang-kurangnya tiga penerbangan dari Kuala Lumpur yang dijadualkan terbang ke Langkawi (RN182), Kota Kinabalu (RN130) dan Kuching (RN154) pada Jumaat telah dibatalkan.

Saya hanya mahu tumpu kepada tugas – Khaled Nordin

Beliau enggan mengulas dakwaan gerakan menjatuhkannya kerana tidak tahu akan kebenaran dakwaan itu.

PETALING JAYA: Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin enggan melayan dakwaan wujud gerakan menjatuhkannya sebagai Menteri Besar Johor dan hanya mahu menumpukan kepada tugas serta tanggungjawab yang diamanahkan.
Beliau juga enggan mengulas lanjut pendedahan kononnya seorang timbalan menteri mengetuai gerakan menjatuhkannya kerana tidak tahu kebenaran dakwaan itu.
“Saya tidak boleh nak jawab apa-apa sebab yang pertamanya, orang yang cakap itu saya tidak tahu betul atau tidak. Yang kedua, kalau ada orang yang merancang, kena tanya dia, saya tidak boleh jawab itu semua.
“Apa yang saya tahu, saya fokus kepada kerja,” katanya selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa ‘The Belt and Road Initiative: The China-ASEAN Relation’ di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada di Johor Bahru, lapor Utusan Malaysia.
Seorang ahli UMNO Bahagian Sri Gading, Shukur Mohamad mendedahkan gerakan itu menerusi Facebooknya, tetapi dinafikan pimpinan UMNO negeri.
Shukur bertegas mempertahankan dakwaan itu dan hanya bersedia mendedahkan nama pemimpin yang terlibat dalam gerakan itu jika ada pihak yang mengheretnya ke mahkamah.
Dia juga mengaku pendedahan itu bagi menyelamatkan kedudukan Khaled.
Dakwaan itu mendapat perhatian Istana Johor apabila Tuanku Mahkota Johor (TMJ), Tuanku Ismail Sultan Ibrahim memuat naik gambar-gambar baginda dan ayahandanya, Sultan Johor bersama Khaled yang dilihat sebagai menunjukkan hubungan baik Istana Johor dengan Menteri Besar.

SKANDAL 1MDB: KENAPA HANYA ZAHID MAHU SIASATAN, TAPI NAJIB BERDIAM DIRI SAJA?

Antara cadangan PAC dalam laporan yang dibentangkannya di Parlimen Khamis lalu ialah agar bekas CEO, Shahrol Azral Ibrahim Halmi, pengurusan lain dan Ahli Lembaga Pengarah 1MDB disiasat oleh agensi-agensi penguatkuasa dalam negara ini.

Siasatan itu ialah atas beberapa kelemahan pengurusan dan kekangan-kekangan yang dikesan dalam 1MDB di mana mereka perlu mengambil tanggungjawab daripadanya.

Tetapi, sehingga ini siapa yang sudah memberi reaksi positif mengenai siasatan itu?

Najib diam, menteri-menteri diam dan semua yang lain juga diam?

Polis, SPRM, Bank Negara dan yang lain-lain juga, mengapa masih mendiamkan diri?

Terutamanya Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Negara, jka dalam hal-hal lain kelihatan begitu pantas memberikan reaksinya, tetapi mengapa dalam hal 1MDN ini masih  tidak berbunyi apa-apa?
Hanya Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi yang yang ada memberi reaksi mahukan siasatan dijalankan segera terhadap Shahrol Azral, tetapi malangnya suara beliau juga tidak disambut oleh sesiapa.

Kenapa hanya Zahid yang tampil dengan reaksi positifnya, manakala yang lain semuanya diam belaka?

Sementara Najib dan yang lain-lain seolah-olah cuba mengabaikan saranan penyiasatan oleh PAC itu, kenapa pula hanya Zahid Hamidi yang begitu pantas mahukan Shahrol Azral segera disiasat?

Najib pula, sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan yang sepatutnya lebih bertanggungjawab terhadap 1MDB, bukan saja tidak menyebut langsung mengenai saranan PAC mengenai siasatan itu, malah lebih ghairah untuk membersihkan dirinya sendiri tentang jumlah hutang RM42 bilion dan mengambil kesempatan untuk membidas Tun Mahathir Mohamad.

Dr M kini gesa campur tangan asing untuk 'jatuhkan' Najib


 Dalam satu perubahan yang ironik, Tun Dr Mahathir Mohamad telah dilaporkan menggesa campur tangan antarabangsa untuk membantu "menjatuhkan" Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Akhbar The Australian hari ini melaporkan bahawa ia adalah perubahan luar biasa bagi Dr Mahathir yang terkenal dengan ketegasannya menolak campur tangan asing dalam politik Malaysia semasa pentadbirannya.
"Biasanya saya tidak suka campur tangan asing dalam hal ehwal Malaysia tetapi saluran untuk kami telah ditutup sepenuhnya (di dalam parti dan melalui undang-undang zalim yang kini digunakan untuk menakut-nakutkan pengkritik)," Dr Mahathir dilaporkan memberitahu The Weekend Australian.
Bekas pemimpin veteran Umno itu dan juga bekas presiden parti itu dilaporkan mengadu kepada majalah hujung minggu akhbar harian Australian itu mengenai sikap tidak kisah negara itu terhadap skandal yang melanda Malaysia.
"Kerajaan Australia dilihat seperti tidak mahu menyinggung perasaan perdana menteri Malaysia," katanya.

Skandal 1MDB: Najib tetap bertanggungjawab walaupun lembaga pengarah letak jawatan


Najib tetap bertanggungjawab hal ehwal 1MDBNajib tetap bertanggungjawab hal ehwal 1MDB
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak boleh lari daripada mengambil tanggungjawab terhadap kelemahan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) seperti dibentangkan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Khamis lalu.
Timbalan presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Salahuddin Ayub berkata, cadangan PAC agar lembaga penasihat 1MDB dimansuhkan dialu-alukan namun tidak boleh mengalih isu undang-undang dan moral Najib.
Beliau berkata, peletakan jawatan ahli lembaga 1MDB adalah perlu namun ia tidak harus dijadikan langkah untuk menghentikan siasatan terhadap Najib sebagai menteri kewangan yang bertanggungjawab terhadap pengurusan 1MDB.
“Bagi memenuhi tanggungjawab sebagai perdana menteri dan juga pengerusi 1MDB, Najib mesti terus bertanggungjawab terhadap isu 1MDB sehingga penjelasan telus dapat diberikan kepada rakyat.

”Peletakan jawatan lembaga pengarah satu tindakan yang perlu tapi jangan isu ini dialih. Isu ini tidak dapat dialihkan dengan hanya menggesa peletakan ahli lembaga pengarah tanpa Najib bertanggungjawab.
“Kita tidak mahu desakan peletakan ahli jawatankuasa pengarah itu untuk menutup mulut dan juga siasatan terhadap Najib,” kata beliau kepada Malaysia Dateline.
Lembaga pengarah 1MDB secara kolektif menawarkan untuk meletakkan jawatan berikutan pengumuman PAC yang menonjolkan salah urus dalam dana syarikat milik negara itu.
"Ahli lembaga telah berjaya membawa 1MDB melalui tempoh unik yang mencabar dan percaya bahawa, dengan pengumuman laporan PAC, garis telah disediakan.
"Bagaimanapun, memandangkan penemuan laporan PAC, lembaga pengarah secara kolektif pagi ini membuat keputusan menawarkan peletakan jawatannya kepada MoF (Kementerian Kewangan) Diperbadankan, pemegang 100 peratus saham 1MDB.
"Ini merupakan satu keputusan yang sukar untuk diambil tetapi kami percaya ia adalah perkara yang betul untuk dilakukan, memandangkan keadaan ini bagi memudahkan sebarang siasatan susulan seperti yang dicadangkan oleh PAC," kata 1MDB dalam kenyataan Khamis lalu.
Salahuddin yang juga bekas ahli parlimen Kubang Kerian juga berkata, laporan PAC berkaitan 1MDB seolah-olah cuba menjaga imej Najib semata-mata.
“Laporan semalam secara tersirat cuba untuk menyelamatkan imej dan tanggungjawab perdana menteri.
“Cadangan PAC terhadap pengurusan 1MDB untuk membuat rombakan dan penambahbaikan setelah isu ini menjadi suatu isu yang melibatkan maruah negara sama ada di peringkat nasional mahupun antarabangsa,” katanya lagi.

Skandal 1MDB: Lembaga penasihat 1MDB tidak pernah bertemu, dedah KSU Perbendaharaan


Lembaga penasihat 1MDB tidak pernah mengadakan mesyuarat, kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Irwan Serigar Mohamad kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
Menurut Hansard pendengaran PAC mengenai 1MDB, Irwan yang juga merupakan anggota lembaga penasihat itu berkata lembaga penasihat perlu menasihati lembaga pengarah mengenai inisiatif perniagaan dan pelaburan.
"Tetapi setakat ini, mereka tidak pernah meminta nasihat kami," kata beliau pada 19 Mei 2015.
Ini mengejutkan anggota PAC, demikian menurut Hansard tersebut.
Pada pendengaran kemudian pada 17 Jun 2015, juruaudit KPMG menyatakan ia juga tidak pernah melihat sebarang minit lembaga penasihat itu.
 Rakan kongsi kanan audit KPMG, Khaw Hock Hoe memberitahu PAC bahawa semasa audit, mereka tidak pernah melihat sebarang minit mesyuarat lembaga penasihat.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah pengerusi lembaga penasihat berkenaan.
Kelulusan beliau sebagai perdana menteri juga diperlukan untuk keputusan penting oleh 1MDB, termasuk sebarang komitmen kewangan.
PAC dalam laporannya mengenai 1MDB, bagaimanapun, tidak menyarankan sebarang tindakan terhadap Najib, sebaliknya meletakkan kelemahan firma itu ke atas bekas Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Shahrol Azral Halmi dan yang lainnya dalam pengurusan.

Misteri selubungi syarikat didakwa terima RM44j dari Najib


Misteri nampaknya menyelubungi sebuah syarikat yang didedahkan didakwa menerima jutaan dari akaun bank Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Malaysiakini mengunjungi syarikat Solar Shine Sdn Bhd di alamat yang disenaraikan di Plaza Mont Kiara, Kuala Lumpur untuk mendapatkan respons terhadap dakwaan tersebut, tetapi direktori di tingkat bawah bangunan itu memaparkan nama syarikat yang berbeza - Steelwell Development Sdn Bhd.
 Pejabat yang terletak di alamat tersebut bukan Steelwell. Bukan juga Solar Shine - syarikat yang Wall Street Journal dakwa dalam laporan pada 31 Mac bahawa kira-kira AS$44 juta (RM142.8 juta) dari akaun Najib didakwa disalurkan kepada syarikat berkenaan.
Ia adalah sebuah syarikat bernama IT Data Centre Sdn Bhd.
Ketika ditemui Malaysiakini, penyambut tetamu mengesahkan bahawa syarikat itu adalah IT Data Centre, bukan Solar Shine.
Ini menimbulkan persoalan: Adakah Solar Shine telah diambil alih oleh IT Data Centre atau ia telah berpindah ke alamat baru?
Dokumen dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan bahawa ketiga-tiga syarikat masih wujud.
Ketiga-tiganya berkongsi alamat berdaftar yang sama - Taman Damai Utama, Puchong, Selangor - dan juga alamat perniagaan yang sama di Plaza Mont Kiara.
Antara ketiga-tiganya, Steelwell Development adalah yang pertama diperbadankan pada 27 Oktober 1993, dan berurusan dalam pembangunan hartanah.
Solar Shine yang didaftarkan pada 22 Februari 2000, menganjurkan acara, manakala IT Data Centre yang diperbadankan pada 5 Ogos 2009, membangunkan perisian dan mengekalkan portal masing-masing.
Nama syarikat lama Solar Shine ialah Steelwell E-Software Sdn Bhd, tetapi nama itu ditukar pada 2008 kepada nama sekarang.
Semakan di SSM juga mendapati bahawa ketiga-tiga syarikat itu berkongsi pengarah yang sama.

Skandal 1MDB: 'MOF diketepi, hanya tahu tentang operasi 1MDB melalui akhbar'


Kewangan Kementerian (MOF) langsung tidak tahu mengenai operasi anak syarikatnya 1MDB, demikian didedahkan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Irwan Serigar Abdullah kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).
Menurut Hansard pendengaran PAC mengenai 1MDB pada 19 Mei 2015, Irwan dan Datuk Seri Mohamad Isa Hussein dari Kementerian Kewangan Inc (MKD) berkata. 1MDB tidak dirujuk kepada kementerian atau MKD mengenai operasi atau hal ehwal korporat mereka.
 "Langsung operasinya (1MDB) kita tak tahu. Kita tak tahu. Semua kita baca dalam surat khabar," Irwan memberitahu PAC.
Malah, tidak ada pegawai kementerian berkenaan dalam 1MDB.
Mohamad Isa berkata, Memorandum dan Artikel Persatuan (M & A) 1MDB melarang pegawai kerajaan daripada menganggotai lembaga pengarahnya.
Tiada penjelasan diberikan apabila PAC bertanya mengapa M & A itu tidak diubah walaupun MKD mempunyai kuasa untuk berbuat demikian.
Sebaliknya, Mohamad Isa membawa perhatian kepada Perkara 117 M & A itu yang menyatakan bahawa kelulusan perdana menteri dikehendaki bagi sebarang perubahan kepada M & A.
Perkara 117 juga menyatakan bahawa kelulusan perdana menteri diperlukan bagi pelantikan dan penyingkiran pengarah.
Apabila ditekan mengenai kementerian itu yang kelihatan kurang kawalan ke atas 1MDB, Irwan berkata mereka diketepikan.

Kami sedia menunggu.. Harap Rahman Dahlan dapat berdebat slps pulang 15hb nanti..

Tiba2 nak ke 'oversea' ?.. Apa dah jadi debat dgn LGE yg nak dibuat secara live ??

Harap jgn buat debat secara live kat twitter udah ler..

PANAS & BONGKAR !!!

Camna menteri Rahman Dahlan.. fitnah dah terbongkar.. Pihak KLIDC sendiri telah sangkal syarikat tersebut telah dijual pd pihak ketiga DAN menegaskan bahawa tanah Taman Manggis masih milik penuh KLIDC...

LGE dah sahut cabaran debat..
RTM pula dah 'offer' siar debat secara live..

Harap jgn tiba2 ada alasan plok nak batalkan debat tersebut.. KITA SAMA2 TUNGGU keteloran Rahman nnti samada ada nak teruskan atau tidak...

Menipu itu satu makanan ruji & kewajipan bagi Umno..

Sejak bila pemimpin Umno tak pernah menipu rakyat !!!

Kenapa ular lidah bercabang ???