Khamis, 7 April 2016

Penyelia kewangan Switzerland: 1MDB, Petrobras kes 'jelas rasuah'


 Pihak Berkuasa Penyeliaan Kewangan Switzerland (Finma), yang bertanggungjawab terhadap undang-undang kewangan negara itu, menyifatkan skandal syarikat Brazil, Petrobras dan 1MDB sebagai “kes jelas rasuah”.
Ketua pegawai eksekutifnya Mark Branson merujuk kepada wang daripada dua entiti itu yang melalui sistem kewangan Switzerland.
Beliau menggelar Petrobras dan 1MDB sebagai contoh utama risiko pengubahan wang haram yang dihadapi Switzerland.
“Ini bukan berlaku beberapa tahun lalu – wang itu masih diterima sehinggalah baru-baru ini. Kita bukan bercakap tentang isu peninggalan.
“Daripada apa yang dilihat, kita tidak berdepan situasi tidak jelas.
“Bukti-bukti menunjukkan kes jelas rasuah,” katanya dalam Persidangan Tahunan Finma 2016 di Berne, Switzerland, hari ini.
Salinan ucapan itu boleh diperoleh di laman web Finma.

Bekas CEO 1MDB dakwa Najib enggan buat penilaian semula aset


Bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim mendakwa Datuk Seri Najib Razak menolak penilaian semula aset-aset dalam usahasama 1MDB- PetroSaudi International (PSI) walaupun kebimbangan itu diketengahkan oleh lembaga pengarahnya.
 Perkara itu dinyatakan dalam laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang merujuk kepada kedudukan Najib sebagai pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB.
“Selanjutnya, Lembaga Pengarah 1MDB telah mengarahkan ketua pegawai eksekutif 1MDB menyediakan kertas ringkasan komprehensif kepada pengerusi Lembaga Penasihat yang mengandungi kronologi peristiwa berkaitan perjanjian usaha sama, status pembiayaan dan ketidakpuasan hati Lembaga Pengarah 1MDB terhadap laporan penilaian aset PetroSaudi Holdings (Cayman) Ltd.
“Bagaimanapun, semasa mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB pada 7 November 2009, Encik Shahrol Azral memaklumkan penilaian kedua tidak perlu dibuat terhadap aset syarikat usaha sama tersebut kerana pengerusi Lembaga Penasihat tidak bersetuju dengan cadangan ini, tetapi mengarahkan Lembaga Pengarah 1MDB melantik sebuah syarikat perundingan bagi menilai pemilikan syarikat usaha sama.
“Namun demikian, semakan JAN (Jabatan Audit Negara) mendapati tiada dokumen yang dapat membuktikan pelantikan perunding tersebut telah dibuat,” menurut laporan itu.

1MDB jadi dorman jika aset diserah pada MKD


Presiden dan Pengarah Eksekutif 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Arul Kanda Kandasamy berkata, syarikat tersebut akan menjadi syarikat dorman (tidak aktif), jika aset dan anak syarikatnya diserahkan kepada Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD).
 Berikutan itu, katanya perbincangan mengenai status 1MDB akan dibuat bersama MKD dalam masa terdekat.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai saranan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) supaya anak syarikat dan aset 1MDB diserahkan kepada MKD.
"Apabila kita lihat pelan rasionalisasi dan saranan PAC, jika anak syarikat dikeluarkan daripada 1MDB, 1MDB akan menjadi syarikat dorman.
"(Ini bermaksud) tiada operasi harian dan 1MDB hanya akan menerima aliran tunai oleh pelan rasionalisasi dan akan membayar hutang bon," kata beliau dalam satu temubual khas yang disiarkan TV3 pada Khamis.
Ketika ini, 1MDB masih memiliki aset termasuk Tun Razak Exchange dan 40 peratus kepentingan dalam Bandar Malaysia.
Sementara itu, Arul Kanda menjelaskan bahawa tawaran perletakan jawatan enam ahli lembaga pengarah 1MDB bukan tindakan untuk melarikan diri, malah memberi ruang siasatan lanjut ke atas syarikat tersebut secara lebih terbuka dan telus.

Ranking Malaysia kini ke-174 daripada 204 dalam senarai #FIFA


Buat menteri sukan dok enjoy lanyak joget zumbanya..

Kedudukan baharu itu sekali gus mencatatkan rekod terburuk dalam sejarah bola sepak negara dengan posisi terburuk skuad Harimau Malaysia sebelum ini adalah di ranking ke-171 yang dicatatkan tahun lepas..

FAKTA:
Malaysia di bawah..
- Greece negara bangkrap (37)
- Filipina (116)
- Thailand (119)
- Ethiopia (123)
- Zimbabwe (127)
- S'pore (148)

Tips terbaik bg maju bola sepak negara:
Lantik Najib sbg Pengerusi FAM & Rosmah sbg 'coach' !!

"MALAYSIA MAMPU JULANG PIALA DUNIA"

WOWWW !!!.. NAIK 10 KALI GANDA HUTANGNYA ??

Siapa yg nak tolong bayarkan balik baki RM44.2 bilion tu !!!

Rosmah ka??
Zahid ka??
Menteri2 jilat tegar ka??

....atau rakyat ??

APA DAH JADI pada penguatkuasa undang2 negara kita ??.. Mereka bekerja dgn SIAPA SEBENARNYA ??

YB Rafizi bongkar & dedahkan kebobrokan UMNO/BN, ditangkap ditahan & DISIASAT...

Perarakan MP pembangkang hantar memorandum pd IGP juga akan DISIASAT.. atas alasan telah langgar APA 2012..

Dakwaan 10 Adun sertai Amanah hanya rekaan....

KOTA BHARU - Dakwaan 10 Adun Pas akan menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) sekiranya bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa dikenakan tindakan disifatkan tidak betul dan hanya rekaan dari pihak yang tidak sehaluan dengan Pas.
Adun Tendong, Mohd Rozi Mohamad berkata, dakwaan itu juga dilihat satu strategi untuk kepentingan politik pihak tertentu sedangkan situasi sebenar tidak sebagaimana digambarkan.
Dakwaan 10 Adun sertai Amanah hanya rekaan “Ramai wakil rakyat buat penafian sebelum ini, sebenarnya tidak ada apa- apa yang berlaku, sebagaiman di Tendong sendiri, Amanah tidak begitu memberi kesan sehingga boleh mengaitkan parti itu dengan rakyat di sini.
“Cuma mungkin sebelum ini terdapat percanggahan pendapat dalam satu dua isu sebelum ini, ia dilihat bertentangan dengan parti menyebabkan orang nampak kita tidak sayang pada parti, sedangkan hakikatnya bukan begitu,” katanya kepada Sinar Harian di sini, hari ini.
Rozi berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan 10 wakil rakyat Pas akan menyertai Amanah sekiranya Husam dipecat dari parti itu.
Rozi sebelum ini pernah dikaitkan dengan Amanah dan dikatakan antara 10 wakil rakyat yang akan menyertai Amanah di Kelantan.
Semalam, Pengerusi Amanah Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah mengulangi kenyataannya bahawa 10 wakil rakyat Pas akan mengikut jejak Husam dan menyertai Amanah sekiranya Adun Salor itu dipecat.
Menurutnya, sebab itu sehingga hari ini Pas tidak berani mengambil tindakan terhadap Husam kerana bimbang pengaruh pemimpin itu akan menjejaskan parti berkenaan.

Mahathir tidak akui Malaysia ada masalah demokrasi

Dr Mahathir gagal menjawab persoalan yang ditimbulkan dan mengalihkan perhatian kepada soal yang lain.
chegubard
PETALING JAYA: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) meninggalkan sesi tertutup dialog Deklarasi Rakyat dengan perasaan tidak berpuas hati sambil menggeleng kepala.
Pengasasnya, Badrul Hisham Shahrin (Chegubard) berkata dialog Deklarasi Rakyat: realiti atau fantasi di Rumah Kelab Alumni Universiti Malaya hari ini menonjolkan satu perkara yang mereka sekian lama bimbangi: Tun Mahathir Mohamad enggan akui Malaysia ada masalah demokrasi.
“Saya tidak nampak elemen dimana keperluan untuk kita menyokong Deklarasi Rakyat yang semata-mata untuk memenuhi nafsu politik Mahathir menjatuhkan Najib (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak) mengantikan dengan orang yang dia pilih,” katanya ketika ditemui pemberita seusai dialog itu.
Hadirin mengemukakan berapa soalan yang dirasakan penting buat mereka, iaitu langkah susulan menangani kesan rasuah dan penyelewengan yang berlaku hari ini; pemulihan yang akan membuka laluan kepada pilihanraya adil dan bersih; dan kerajaan peralihan.
“Selepas menjatuhkan Pak Lah (Abdullah Ahmad Badawi) kamu berjaya masuk balik dalam kerajaan dan mendapat kedudukan yang penting tetapi kamu tidak langsung mengembalikan wang rakyat dan sebagainya…itupun dia tidak menjawab persoalan.

Kerajaan BN mansuh biasiswa JPA tahun depan konon mahu jimat wang, pelajar pintar jadi mangsa


KUALA LUMPUR, 6 APRIL: DAP mengecam keras keputusan Kerajaan Persekutuan memansuhkan program biasiswa Lepasan Bursari kendalian Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bermula tahun hadapan.
Teresa Kok Suh Sim (15)Program itu sebelum ini menaja kira-kira 300 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) paling cemerlang bagi melanjutkan pelajaran di universiti dalam dan luar negara.
Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Teresa Kok, berkata tindakan kerajaan itu dangkal serta tidak wajar, lebih-lebih lagi apabila tahun ini, kerajaan tidak lagi menawarkan tajaan ke luar negara untuk program Lepasan Bursari itu, kononnya untuk menjimatkan kos.
“Adakah kerajaan benar-benar miskin sekarang sehingga ia tidak dapat meneruskan tawaran biasiswa tersebut kepada 300 pelajar pintar negara, sedangkan tawaran itu kini dihadkan untuk belajar di universiti tempatan?”
“Dengan memansuhkan program Lepasan Bursari, ia bermakna ramai pelajar pintar dinafikan bantuan kerajaan untuk belajar ke tahap pendidikan lebih tinggi. Mengapa kerajaan mensasarkan masa depan mereka sebagai mangsa?” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas pengumuman pegawai kanan JPA di taklimat bersama media semalam, bahawa program Lepasan Bursari akan hanya dilaksanakan oleh JPA untuk tahun ini sahaja, dan tidak akan diteruskan mulai 2017.

Apabila dihimpit skandal, MARA jadi sasaran politik perkauman Najib

KUALA LUMPUR, 7 APRIL: MARA kini menjadi mangsa terbaru politik perkauman yang dimainkan Datuk Seri Najib Razak apabila beliau sebagai Perdana Menteri mendakwa “tanpa UMNO, MARA akan terkubur, dan MARA apabila terkubur, orang Melayu akan tersungkur”.
SHEIKH_OMAR_ALI_SENAWANG_03072015_TMIKAMAL_ARIFFIN_09Menurut Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor, Sheikh Omar Ali, dakwaan perkauman yang berunsur ugutan itu pernah diucapkan berkali-kali oleh pemimpin yang terlibat dengan pelbagai skandal terbabit, malah mengulangi skrip sama yang bertujuan meraih sokongan kaum Melayu.
“Seperti biasa, pemimpin UMNO tiada jalan lain kecuali kembali kepada politik ekstrem perkauman. Mereka berharap orang Melayu akan kabur dari melihat rasuah dan salahguna kuasa pemimpin apabila mereka membangkitkan isu menyelamatkan kaum kononnya.
“Namun, saya yakin rakyat termasuk orang Melayu bukan bodoh untuk diperdaya dan diugut oleh Najib,” katanya kepada Roketkini.com.
Beliau mengulas ucapan Perdana Menteri pada majlis Sambutan Perdana 50 Tahun MARA kelmarin yang menyentuh antara lain, kaitan di antara kedudukan orang Melayu, MARA dan UMNO sebagai satu bentuk pengukuhan kuasa.
Najib dilaporkan media sebagai berkata: “….. Kita mesti jaga UMNO. Tiada UMNO tiada MARA. Tiada MARA tiada jutaan orang Melayu dan Bumiputera. Jangan duduk sebaris dengan orang yang hendak mengkhianati UMNO, jangan bersekongkol dengan mereka.”
Pada 22 Ogos tahun lalu di sebuah majlis kelolaan UMNO, Najib turut dilaporkan media sebagai berkata: “Saya pilih perkataan orang Melayu akan terbangsat kalau UMNO hilang kuasa. Terbangsat…tidak ada perkataan yang boleh menggambarkan untung nasib yang cukup tertekan, hilang segala-galanya, hilang kuasa, hilang maruah dan hilang masa depan.”
Sheikh Omar berkata, adalah lebih baik jika Najib sebagai pemimpin negara menjelaskan kepada rakyat, terutamanya orang Melayu, tentang masalah dan skandal MARA yang mencemar imej Malaysia di luar negara.

Shahrol: 1MDB tak buat salah waktu bawah saya....salah Anwar lagi..!!


 Mantan ketua pegawai eksekutif (CEO) 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi berkata tiada sebarang salah laku atau aktiviti tidak sah dalam syarikat itu bawah pengawasannya sebelum ini.
Katanya, beliau telah memberikan kerjasama penuh dengan jujur terhadap siasatan dan akan terus melakukannya.
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berpendapat terdapat kekangan dan kelemahan tertentu pengurusan dan Lembaga Pengarah 1MDB.
Secara khusus, PAC berpendapat Shahrol perlu mengambil tanggungjawab untuk kelemahan dan kekangan-kekangan tersebut.
Laporan yang ditunggu-tunggu itu dibentangkan di parlimen hari ini, hari terakhir sidang bagi sesi ini.

SKANDAL 1MDB: KALI INI PULA GILIRAN PAC...

BAGAIMANA.. 1MDB boleh bayar RM4.24 bilion kpd Aabar Investments PJS Ltd (Aabar Ltd) sebagai deposit sekuriti tanpa kelulusan lembaga pengarahnya...???

TAHUKAH ANDA.. dalam Fasal 17 di bawah Memorandum dan Artikel Persatuan (M&A) 1MDB memperuntukkan Najib perlu meluluskan semua urus niaga dan pelaburan syarikat milik Kementerian Kewangan itu..

Apa nak heran klu sebelum ini AG Apandi dah tolong 'bersihkan' Najib dlm isu derma RM2.6 bilion.

Isu MB Terengganu: ‘Jangan cabar saya’ kata Razif "Bugis"


KEMAMAN – “Jangan cabar saya! Okay, kalau sama-sama nak buka (bongkar) kita buka, sama-sama nak telanjang kita telanjang tapi untuk mengalah tidak sama sekali kerana saya juga adalah keturunan darah pahlawan (Bugis),” itu amaran Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman.
Amaran itu disuarakan beliau berikutan keadaan politik Terengganu ketika ini dan ‘serangan’ yang dilakukan Adun Kijal, Datuk Seri Ahmad Said terhadapnya.
Ahmad Razif berkata, beliau tidak teragak-agak untuk mengisytiharkan perang jika terus diasak kerana beliau juga mempunyai had kesabaran.
“Mula-mula memang (layan) cara baik tapi kalau ada orang cabar, saya kena peranglah. Saya pun ada had kesabaran…jangan tengok saya begini (berlembut) maka kata menteri besar penakut dan tak berani.
“Jadi jangan mencabar dan jangan runtuhkan ‘rumah’ Umno yang telah kukuh dan kuat ini, jangan sekali-kali (buat) kerana kita (ahli Umno) tidak pernah diajar untuk kurang ajar tapi pantang kita dicabar,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Pejabat Umno Cawangan Pekan Kerteh, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu itu berkata, beliau sebelum ini pernah mengisytiharkan tahun ini sebagai tahun perang dan perang yang dimaksudkan itu juga termasuk perang sesama sendiri.
“Kita perang tak kira perang sesama sendiri atau dengan yang luar. Kita tak akan mengalah, kita akan terus berjuang sampai titisan darah terakhir. Kita akan pertahan habis-habisan apa yang kita warisi, kita akan pertahankan kehebatan (Umno sejak) 70 tahun lalu dan kita akan pastikan 70 tahun lagi (Umno) akan terus hebat dan kekal sebagaimana yang kita warisi sekarang.
Suasana politik Terengganu mulai panas selepas Ahmad mengemukakan cadangan usul tidak percaya terhadap Ahmad Razif pada Persidangan Dun, 8 Mac lalu dan pada 2 April lepas Ahmad mendakwa Ahmad Razif hanya menghitung hari untuk dilucutkan jawatan sebagai menteri besar.

Skandal 1MDB : Polis akan teliti saranan PAC

Polis juga mengesahkan Rafizi tidak digari sepanjang beada dalam tahanan

PETALING JAYA : Polis akan meneliti saranan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) keatas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sekiranya wujud elemen yang memerlukan siasatan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi Twitter menyatakan, pada masa yang sama polis akan meneliti laporan daripada Peguam Negara.
“Laporan 1MDB – @PDRMsia juga akan meneliti saranan PAC jika wujud sebarang elemen yang memerlukan siasatan dan tindakan lanjut PDRM,” tulisnya di Twitter@KBAB51.
Sebelum ini, PAC meminta pihak agensi penguatkuasa menyiasat bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi dan pihak pengurusan syarikat itu.
PAC mendapati, terdapat kelemahan dan kekangan-kekangan dalam 1MDB dan pihak pengurusannya perlu mengambil tanggungjawab di atas kelemahan itu.
Sementara itu, mengulas mengenai penahanan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, Khalid turut mengesahkan bahawa Ahli Parlimen Pandan itu tidak dipakaikan gari sepanjang berada dalam tahanan polis.
“@PDRMsia dengan ini sahkan bahawa YB Rafizi Ramli tidak dipakaikan gari sepanjang masa dia di dalam tahanan kami kali ini. Hentikan tuduhan,” tegasnya.

RM42 bilion tidak hilang daripada 1MDB sembang Najib


KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menunjukkan RM42 bilion tidak hilang daripada syarikat itu seperti didakwa bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Perdana Menteri berkata di samping menunjukkan bahawa dakwaan dibuat oleh Dr Mahathir itu adalah tidak betul, laporan itu telah mengenal pasti kelemahan-kelemahan dalam struktur modal dan pengurusan 1MDB.
"Kami akan teliti dan bertindak ke atas syor-syor dalam laporan itu.
"Kami akan memastikan pengajaran diambil daripadanya, dan tindakan akan diambil jika terdapat sebarang bukti kesalahan telah dilakukan," katanya dalam kenyataan bagi mengulas laporan itu, yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Najib berkata kini sudah jelas bahawa dakwaan dilemparkan Dr Mahathir terhadap 1MDB didorong oleh kepentingan peribadi, "bukan kepentingan negara, dan hasrat untuk menjatuhkan kerajaan".

Perdana Menteri berkata, beliau telah mengarahkan Kabinet pada Mac 2015 untuk meminta Ketua Audit Negara menjalankan siasatan bebas ke atas akaun kewangan 1MDB susulan pelbagai tuduhan dilemparkan terhadap 1MDB, seperti dakwaan Dr Mahathir bahawa RM42 bilion telah hilang.
"Untuk memastikan ketelusan proses ini, kami juga telah mengarahkan supaya dapatan-dapatan itu dihantar untuk semakan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang - sebuah badan dwipartisan yang turut dianggotai anggota Parlimen pembangkang," katanya.

Mahathir: Najib tahu, kenapa hukum bekas CEO 1MDB


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berasa sedih apabila Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara meletakkan tanggungjawab berhubung kelemahan 1MDB kepada bekas Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Shahrol Azral Halmi.
"Saya rasa sedih pada (bekas) CEO itu, dia tidak mengasaskan 1MDB, 1MDB dimulakan perdana menteri (Datuk Seri) Najib Abdul Razak.
 "(Najib) penasihatnya, apa saja yang berlaku kepada 1MDB dia mesti tahu.
"Sebenarnya tiada apa boleh dibuat tanpa persetujuannya, jadi kenapa hukum lelaki (bekas CEO) ini," kata Mahathir.
Antara kelemahan yang dipetik dalam laporan PAC mengenai 1MDB adalah pengurusan yang melanggar keputusan dan nasihat daripada lembaga pengarah, atau bertindak sebelum ahli Lembaga membuat keputusan tertentu.
Lembaga pengarahnya dalam satu kenyataan kemudian menawarkan diri untuk meletakkan jawatan.
Ketika diminta mengulas mengenai perkara ini, Mahathir menjawab bahawa seluruh 1MDB perlu dibubarkan.
"Mereka tidak melakukan apa-apa yang baik sama sekali," katanya.
Mahathir berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri forum tertutup mengenai gerakan 'Selamatkan Malaysia' di Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya di Kuala Lumpur.

Rafizi petah bercakap dalam Parlimen - Tun M

Pandikar: Police should have notified me of Rafizi’s arrest

Mahathir tak jawab soalan saya kata Chegubard

‘Saya tidak berpengaruh’, kata Husam

Husam Musa KOTA BHARU - Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa berkata, beliau tidak mempunyai pengaruh  besar sehingga mampu menjejaskan Pas termasuk membawa keluar 10 Adun Kelantan seperti yang didakwa.
Husam yang kini dihadapkan ke jawatankuasa disiplin Pas bagaimanapun meminta Pas berlaku adil terhadapnya, meskipun beliau  tidak lagi  berjawatan dalam parti.
“Saya tidak berpengaruh, cuma apa pun Pas kena berlaku adil kepada saya,  tidak boleh kerana saya hanya orang kecil, boleh buat sesuka hati,”katanya kepada Sinar Harian semalam.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan, Datuk Wan Rahim Wan Abdullah yang mendakwa terdapat 10 Adun Pas Kelantan yang akan keluar Pas sekiranya Husam dipecat.
Wan Rahim juga mendakwa Pas dikatakan tidak berani mengambil tindakan drastik terhadap Husam termasuk memecat beliau kerana bimbang pengaruhnya mampu memecahkan parti.
Mengulas lanjut, Husam berkata, sekiranya Pas menggunakan Al-Quran dan Hadis sebagai panduan, beliau yakin akan dibebaskan sepenuhnya dari tuduhan tersebut.
“Bagaimanapun, apa pun keputusan Pas sama ada dipecat atau digantung saya akan merayu,”katanya.

Kenapa Deklarasi Kenapa Tidak Undi Tak Percaya?

Oleh Tun Mahathir
1. Dalam negara demokratik memang cara yang terbaik untuk menukar Kerajaan atau Perdana Menteri ialah dengan undi tidak percaya dalam dewan.
2. Di Malaysia perlembagaan memperuntukkan penyingkiran PM boleh dibuat jika ada bukti ia tidak mendapat sokongan dari majoriti ahli Dewan Rakyat dengan apa-apa cara yang jelas walaupun tidak ada usul dalam Dewan.

Ini bermakna jika majoriti ahli Dewan (Kerajaan dan Pembangkang) mengemuka pengakuan secara tertulis, ditandatangani dan bersaksi, bahawa mereka tidak lagi percaya kepada Najib, maka Yang diPertuan Agong boleh bertindak menyingkir Najib. Ianya sama seperti yang Najib lakukan di Perak pada 2009 dan di Kedah baru-baru ini.

3. Tetapi, seperti kita semua maklum wakil rakyat BN yang menjadi majoriti dalam dewan sudah mengikat diri dengan Najib untuk tidak menandatangani sebarang deklarasi yang tidak menyokong Najib. Pengakuan oleh Shahrir Samad dan Ahmad Maslan serta kenyataan oleh Dato Nazir, adik Najib, bahawa dia telah diberi wang sebanyak US$ 7 juta untuk diagih kepada pemimpin BN, mengesahkan penerimaan sogokan oleh Najib.

4. Oleh itu untuk menjayakan usul tidak percaya kepada Najib tidak mungkin dilakukan. Percubaan telah dibuat untuk mengenalpasti 24 wakil rakyat BN yang tidak utamakan diri sendiri, yang berasa bertanggungjawab, yang prihatin terhadap negara yang sanggup menyokong undi tidak percaya kepada Najib walaupun bersama ahli-ahli dewan dari pembangkang. Percubaan ini gagal kerana walaupun mereka sedar akan kesalahan Najib, tetapi kerana kepentingan diri, kerana takut tindakan seperti yang dilakukan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal, takut juga kepada lain-lain tindakan oleh Najib, tidak ada yang sanggup menandatangani pengakuan menyingkir Najib. Oleh itu undi tidak percaya tidak boleh dibuat.

Skandal 1MDB: Lembaga Pengarah 1MDB tawar letak jawatan

Walaupun keputusan itu sukar diambil, tetapi ia adalah langkah yang betul bagi memudahkan sebarang siasatan susulan seperti dicadangkan PAC.
1mdb
PETALING JAYA: Lembaga Pengarah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini secara kolektif menawarkan peletakan jawatan kepada Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) yang merupakan 100% pemegang saham syarikat terbabit.
Lembaga Pengarah 1MDB dalam satu kenyataan menjelaskan, walaupun ia merupakan keputusan sukar, tetapi pihaknya percaya ia adalah langkah betul dalam situasi itu, bagi memudahkan sebarang siasatan susulan seperti yang dicadangkan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).
Menurut kenyataan itu, Lembaga Pengarah 1MDB telah berjaya membawa syarikat itu mengharungi satu tempoh unik yang mencabar dan percaya laporan PAC yang dibentangkan hari ini boleh menghentikan semua dakwaan palsu dilemparkan terhadap syarikat terbabit.
“Lebih penting lagi, dana syarikat 1MDB telah diambil kira sepenuhnya dan tidak ada kes “RM42 bilion hilang”, seperti didakwa sesetengah pihak tidak bertanggungjawab.
“Juga telah disahkan, 1MDB tidak memindahkan RM2.6 bilion ke akaun peribadi Perdana Menteri, seperti yang didakwa,” katanya dalam kenyataan itu.
Lembaga Pengarah 1MDB juga menjelaskan, mereka telah memainkan peranan dan tanggungjawab sebaik mungkin, termasuk melaksanakan pelbagai langkah tadbir urus korporat, seperti mewujudkan prosedur operasi standard untuk syarikat, menubuhkan jawatankuasa audit dan pengurusan risiko Lembaga Pengarah.
“Di samping itu, Lembaga Pengarah juga telah memastikan kerjasama penuh diberikan kepada semua pihak berkuasa yang menjalankan siasatan ke atas syarikat ini. Semua dokumen sokongan yang ada telah pun dikemukakan,” katanya.

Dr M: Najib betul, sebenarnya RM50b bukan RM42b



Bekas perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib adalah 'betul' dan beliau salah berkenaan hutang RM42 bilion yang ditanggung 1MDB.
"Laporan itu (Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara) kata ia bukan hanya RM42 bilion tapi RM50 bilion. Lebih dari itu.
"Jadi saya salah kerana sebut angka lebih kecil dan saya rasa RM50 bilion juga tidak betul, boleh jadi lebih lagi," kata Mahathir kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.
Terdahulu Najib hari ini berkata laporan PAC membuktikan Dr Mahathir membuat tuduhan palsu bahawa RM42 bilion hilang dari 1MDB.

Guna OSA untuk keselamatan negara bukan keselamatan PM


Faiz FadzilFaiz Fadzil
Akta Rahsia Rasmi (OSA) tidak harus digunakan secara berwewenang (arbitrary) bagi menyelamatkan kedudukan Perdana Menteri malah perlu digunakan untuk keselamatan negara dan bukannya penyelewengan wang negara, kata Timbalan Ketua Pemuda Amanah Nasional Faiz Fadzil.
Mengutuk keras penahanan Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli untuk disiasat di bawah seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972, Faiz menyifatkan tangkapan yang dilakukan di pintu masuk parlimen itu sebagai tidak menghormati kesucian institusi legislatif yang menjadi tunggak utama sistem demokrasi negara.
"Keberanian YB Rafizi mendedahkan dokumen-dokumen yang dikaitkan dengan salah urus institusi kewangan negara termasuk LTAT, Tabung Haji, 1MDB dan sebagainya harus dipuji.
"Ketua Polis Negara sewajarnya menyambut baik pendedahan ini kerana ianya dilakukan demi menyelamatkan dana berbilion ringgit wang negara, dan bukan sebaliknya bertindak zalim terhadap beliau.
"Sebaliknya, Perdana Menterilah yang harus ditangkap dan disiasat berkenaan pelbagai skandal dan salahlaku yang dihadapi ketika ini," tegas beliau.

ORANG JOHOR TENTU TAHU SIAPA YANG PALING BERANGAN NAK JADI MB

Apabila tiba-tiba timbul desas-desus mengenai usaha menyingkirkan Khaled Nordin sebagai Menteri Besar Johor, ramai yang tidak begitu terkejut dengan perkhabaran itu, apatah lagi ia dikatakan diketuai oleh seorang yang berjawatan timbalan menteri.

Ini kerana di sebalik Khaled  agak "slow" dalam memperlihatkan sokongannya kepada Najib Razak, timbalan menteri yang mengidam jawatan itu juga bukanlah rahsia lagi di kalangan orang-orang Johor.

Tambahan lagi yang menimbulkan isu tersebut ialah anak Speaker DUN Johor, Mohamed Aziz yang tentunya beliau tidaklah "omong kosong" saja mengenai perkara itu.

Sekarang ini ada enam timbalan menteri UMNO daripada Johor iaitu:-

- Ahmad Maslan
- Razali Ibrahim
- Aziz Kaprawi
- Hamim Samuri
- Nur Jazlan Mohamed
- Halimah Saddique 

Jadi, siapakah di antara enam nama di atas yang paling mungkin berpotensi mengetuai gerakan itu?

Tetapi, politik Johor mungkin agak berbeza dengan negeri-negeri lain. Menukar Menteri Besar di Johor tidak cukup sekadar dengan restu Perdana Menteri atau hanya dengan mencukupkan bilangan sokongan ADUN atau Ketua-Ketua UMNO bahagian saja kerana faktor istana adalah juga penentu pentingnya.

Sehingga ini Khaled mempunyai hubungan yang cukup baik dengan istana dan tidak pernah timbul apa-apa masalah, malah beliau juga adalah rakan sekolah dengan Sultan Johor suatu ketika dahulu.

Hubungan Khaled dengan Najib pula tidak pula boleh disamakan dengan kedudukan Mukhriz di Kedah yang berjaya ditumbangkan baru-baru ini.

Tun M : Simpan dulu rafizi sebab petah bercakap

Tun M : Saya salah mengenai 42 billion tapi 50 bilion..!!

KALAU SEDEKAH SETIN BISKUT PUN PASTI TAHU SIAPA MENGARAHKANNYA, INIKAN PULA....

Ini satu lagi lawak antarabangsa...

Dalam jawapan bertulis yang diberikan Najib Razak selaku Menteri Kewangan di Parlimen, beliau memberitahu, SRC International tidak mempunyai maklumat mengenai siapa yang memberi arahan untuk menyalurkan RM42 juta daripada dana syarikat itu ke dalam akaun peribadinya.

Jawapan itu diberikan Najib kepada pertanyaan Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin yang meminta Najib mendedahkan siapakah individu dalam SRC International yang mengeluarkan arahan mengenai penyaluran wang sebanyak RM42 juta itu.

Kohkohkoh....

Seluruh dunia dan isinya, termasuk beruk, kera dan monyet di hutan serta lintah dan pacat pun pasti ketawa sekali dengan jawapan Najib kali ini.

Tidakkah ini sesuatu yang pelik dan paling menggelikan hati? Ia bukan melibatkan RM1 atau RM10 tetapi RM42 juta, bagaimana ia boleh tidak diketahui siapa yang memberi arahannya sehingga sekarang?

Kalau ada rumah kebajikan tiba-tiba didapati menerima setin biskut daripada sebuah kedai runcit misalnya, adakah logik siapa yang mengarahkan pemberian itu  tidak diketahui sama sekali?

Sudah tentu, jika ia bukan dilakukan oleh taukenya sendiri, ia mungkin diarahkan oleh isteri, anak atau sesiapa saja yang berkuasa dalam menguruskan kedai tersebut.

Mustahil tin biskut boleh berjalan sendiri ke rumah kebajikan itu. Begitu juga dengan wang RM42 juta, adakah mungkin ia berpindah sendiri secara automatik ke akaun peribadi Najib?

'Closed door. No media,' kata urusetia dialog Mahathir


Poster yang menguar uarkan program Dialog Anak Muda.Poster yang menguar uarkan program Dialog Anak Muda.Tindakan pihak urusetia tidak membenarkan media menyertai dialog yang dihadiri Tun Mahathir di Universiti Malaya (UM), petang ini dilihat bercanggah dengan dasar ketelusan dan akses kepada maklumat.
Percubaan Malaysia Dateline memohon izin kepada Asheeq Ali di talian 018- 372 3395 untuk mengikuti program anjuran Persatuan Alumni Universiti Malaya itu hanya dijawab dengan, "Closed door. No media."
Dalam hal berkaitan, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyifatkan keengganan penganjur membenarkan media masuk itu sebagai mencemarkan ketelusan Deklarasi Rakyat.
"Setelah berteka-teki, akhirnya telah disahkan bahawa wakil media tidak dibenarkan masuk membuat liputan untuk program dialog Deklarasi Rakyat bersama Mahathir petang ini.
"Dialog Anak Muda 'Deklarasi Rakyat, Realiti Atau Fantasi' akan berlangsung di Clubhouse Persatuan Alumni UM.
SAMM kecewa dengan sekatan ini namun tetap akan hadir untuk berdialog dengan Mahathir," ujarnya.
Menurut Edy, program soal jawab yang turut menampilkan Pengerusi Bersih Maria Abdullah dan aktivis sosial Datuk S Ambiga itu sepatutnya bukan hanya tidak wajar dijalankan secara tertutup tanpa media malah harus disiarkan secara langsung demi mengangkat sebuah deklarasi yang telus.
"Apakah syarat seperti ini ditentukan oleh Mahathir seperti mana dia berkuasa dulu? Penetapan seperti ini juga seumpama 'From #NothingToHide to #SomethingToHide'.
"Kamu bicara soal 'institutional reform', kamu sebut ia deklarasi rakyat, tetapi kamu gagal dalam soal 'transparency' walau hanya untuk berdialog," bidasnya.
Sehubungan itu, SAMM ujarnya, berharap agar tiada halangan untuk bertanya ketika dialog berkenaan berlangsung.

Kita berhak pergi ke balai, kata Dr Hatta Ramli


Perarakan ahli parlimen ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bagi membantah penahanan Rafizi.Perarakan ahli parlimen ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bagi membantah penahanan Rafizi.
Tersenyum sinis apabila ditanya tindakan berarak ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman diberitahu sebagai melanggar undang-undang, Dr Hatta Ramli menyifatkan semua orang ada hak untuk pergi ke balai polis.
Ahli Jawatankuasa Amanah Nasional itu berkata, kedaulatan Parlimen mesti dipelihara supaya dapat mengekang tindakan yang bercanggah dengan keadilan.
"Oh, baru saya tahu nak ke balai kena beritahu polis dulu. Padahal tak semestinya seorang, dua orang, ramai-ramai boleh.
"Ini nak pergi balai kena buat notis (ketawa). Bagi saya apapun undang-undang, kita berhak pergi ke balai apa lagi Ibu Pejabat Polis Bukit Aman ini," ujarnya ketika ditemui Malaysia Dateline selepas penyerahan memorandum pagi tadi.
Mengulas penangkapan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli di bawah Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi kelmarin, beliau berkata, Pakatan Harapan tidak akan berhenti membongkar penyelewengan pihak berkuasa.
"Itulah risiko yang kita hadapi. Kita kena terus mendedahkan salah guna dan kesalahan pihak berkuasa.
"Kita tidak boleh membenarkan pihak berkuasa mengintimidasi kita sebagai Ahli Parlimen dan rakyat sekalipun mungkin mereka menganggap tindakan menangkap individu itu kononnya dapat menghalang kepincangan mereka didedahkan," katanya.
Sehubungan itu, Dr Hatta yakin rakyat semakin matang dan berani dengan hak yang sepatutnya diperjuangkan.
"Saya percaya rakyat kian sedar tentang keadilan yang tidak harus dinafikan termasuk penafian hak ke atas YB Rafizi," tambahnya lagi.

Mana laporan Ketua Audit Negara tentang 1MDB? soal MP pembangkang


Sidang media ahli parlimen pembangkang di lobi Dewan RakyatSidang media ahli parlimen pembangkang di lobi Dewan Rakyat
Ahli parlimen pembangkang mempersoal ketiadaan dokumen laporan Ketua Audit Negara berkaitan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) walaupun laporan berhubung Kawalan Pengurusan Tadbir Urus 1MDB dibentangkan hari ini.

Ahli parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul berkata, seharusnya dokumen berkaitan 1MDB disertakan memandangkan siasatan ke atasnya sudah berakhir dan tidak perlu dikelaskan sebagai Akta Rahsia Rasmi (OSA) lagi.

“Amat malang dan mengecewakan kerana satu lagi dokumen yang kita nantikan iaitu laporan daripada Ketua Audit Negara berhubung 1MDB tidak disekalikan dalam laporan PAC.

Beliau menggesa Ketua Audit Negara memberikan satu tempoh masa bagi dokumen 1MDB tidak lagi dikelaskan di bawah OSA supaya semua ahli parlimen mendapat maklumat mengenainya.

“Saban tahun kita mendapat semua laporan daripada Ketua Audit bukan sahaja syarikat GLC atau jabatan-jabatan tanpa ada klasifikasi tapi dalam isu ini agak memeranjatkan kerana ia dilabelkan di bawah OSA.

“Oleh demikian sesiapa yang ada maklumat atau mendedahkan maklumat berhubung isu itu dianggap melanggar OSA.

“Kita mendesak Ketua Audit Negara memberikan tempoh masa sama ada seminggu, dua minggu atau tiga minggu untuk dokumen ini didedahkan kerana ia hak ahli parlimen untuk mengetahui sebelum sesi parlimen berakhir,” kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Ahli parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar pula berkata, Ketua Audit Negara perlu bersikap telus dan terbuka dengan menyertakan dokumen 1MDB dalam pembentangan laporan PAC hari ini bagi mengelakkan rakyat terus mempunyai persepsi negatif terhadap ketelusan kerajaan.

MP Segambut hina saya sebagai speaker, kata Pandikar


Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia menganggap tindakan anggota parlimen DAP Lim Lip Eng yang memintanya meletakkan jawatan sebagai menghina.
Pandikar turut berkata tindakan anggota parlimen Segambut itu tidak menghormati kedudukannya sebagai Speaker Dewan Rakyat.
 "Macam apa yang Segambut buat, bila dia kata begitu, dia hina saya sebagai speaker. Mana boleh ahli parlimen hina kedudukan speaker.
"Bukan hina saya sebagai Pandikar tetapi sebagai kedudukan speaker itu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Pandikar berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Lim yang sebelum ini menggesa speaker Dewan Rakyat itu meletakkan jawatan kerana hanya menerima tiga daripada empat penambahbaikan parlimen yang dicadangkan.
Cadangan Pandikar yang ditolak kabinet adalah untuk mewujudkan satu jawatankuasa bagi menimbang rang undang-undang.
Menurut anggota parlimen Segambut itu, hanya tiga menambahbaikan yang diterima iaitu membentuk ruang kedua mini parlimen, lebihan masa 30 minit kepada menteri untuk menjawab soalan dan memendekkan masa untuk menghantar soalan daripada 14 ke 10 hari.

Speaker: Laporan PAC berkaitan 1MDB boleh dibincang sesi depan


Anggota Parlimen boleh mengutarakan isu berbangkit mengenai laporan akhir Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) pada persidangan Dewan Rakyat akan datang.
 Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, seperti juga laporan Ketua Audit Negara, mana-mana anggota Parlimen yang tidak berpuas hati terhadap laporan boleh membangkitkannya dalam persidangan akan datang memandangkan sesi sidang kali ini berakhir hari ini.
Dewan Rakyat dijadual bersidang lagi pada 16 Mei depan.
"PAC telah jalankan tugas mereka, jadi kini terserah kepada majlis (anggota Parlimen) untuk mempertimbangkan apa yang telah dilaporkan.
"Itu cuma dia (PAC) bentang. Kalau ada MP nak bangkit isu mereka boleh bangkit di persidangan akan datang, tidak semestinya pada persidangan ini," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
PAC hari ini membentangkan Laporan Kawalan Pengurusan Tadbir Urus 1MDB di Dewan Rakyat.
Ditanya apakah perlu satu persidangan khas untuk membahaskan laporan tersebut, Pandikar Amin berkata ia tidak perlu.
"Tidak wujud perkara seperti perbahasan khas. Perbahasan khas di bawah peraturan 18. Ini merupakan perkara yang sedang berlaku. Bila PAC dah bentang, sesiapa sahaja boleh buat kenyataan dan diberitakan, dan ia tidak menyalahi undang-undang," katanya.

MASIH ANDA INGAT penipuan mereka..

1) "Hutang 1MDB dapat dikurangkan dalam 5 bulan" - Najib, 9/8/2015... AstroAwani

2) "Yakin 1MDB mampu langsai hutang dalam 6 bulan - Arul Kanda, 13/8/2015..AstroAwani

SELEPAS 8 BULAN, hutang 1MDB bukannya makin kurang TETAPI SEMAKIN BERTAMBAH !!

DUA-DUA PEMBOHONG !!!.. tu pon masih lagi pemakan dedak sokong golongan munafik spt ini...

Inilah sifat2 munafik yg ada pada pemimpin negara kita.

Bohong & mungkir janji wajib ada pada pemimpin UMNO..

Kata boleh settle hutang #1MDB dlm tempoh 5 bulan. Ni dah nak masuk 9 bulan hutang makin bertambah apa citer..

Kebabian apakah ini hutang 1MDB pada akhir tahun 2015 RM40.4b. Masuk tahun baru 2016 terus jadi RM50b !!!!!

Gagal tambah baik, MP gesa speaker undur


 Anggota Parlimen DAP Lim Lip Eng meminta Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia meletakkan jawatan kerana kabinet hanya menerima tiga daripada empat penambahbaikan parlimen yang dicadangkan.
Anggota parlimen Segambut itu mendakwa, Pandikar sebelum ini memberitahu untuk meletakkan jawatan sekiranya tiada penambahbaikan dalam sesi penggal pertama parlimen tahun ini.
"Beliau kata beliau akan letakkan jawatan jika tiada penambahbaikan dalam penggal pertama tahun ini.
“Jadi, jika dia tidak mahu meletakkan jawatan, maka dia perlu sekurang-kurangnya mengurangkan 25 peratus daripada gajinya," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Kabinet menolak cadangan Pandikar untuk membentuk satu jawatankuasa menimbang rang undang-undang.
Menurut Lim, parlimen hanya menerima tiga penambahnaikan iaitu membentuk ruang kedua mini parlimen, lebihan masa 30 minit kepada menteri untuk menjawab soalan dan memendekkan masa untuk menghantar soalan daripada 14 ke 10 hari.
Sehubungan itu, Lim berkata Pandikar telah gagal untuk meyakinkan kerajaan untuk menerima satu lagi usul penting.

Saya tidak tunduk terhadap kritikan, letak jawatan - Pandikar

Pandikar: Saya tak boleh paksa polis hormati Konvensyen Parlimen

Zahid: Belum bincang mengenai laporan 1MDB dengan Najib

Biar pihak berkuasa siasat laporan 1MDB - Zahid

Najib tidak terbabit langsung dalam 1MDB, kata Seng Giaw

Lembaga 1MDB tawar letak jawatan susulan laporan PAC

PAC: 1MDB Terlalu Lemah, Modal Sikit Hutang Banyak

Laporan 1MDB bongkar kesalahan besar, kata Wong Chen

Juruaudit 1MDB ditamatkan selepas banyak soal, dedah PAC


Bekas juruaudit 1MDB, Ernst & Young (EY) dan KPMG telah digantikan selepas berkeras melihat dokumen mengenai beberapa urusan dana syarikat itu, menurut penemuan Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC).
Laporan PAC itu berkata KPMG telah memutuskan untuk mengeluarkan laporan audit berkelayakan 1MDB untuk laporan kewangan 2013, tetapi firma audit itu tiba-tiba diganti dengan Deloitte.
Laporan itu menyebut berdasarkan minit mesyuarat antara 1MDB dan Tetuan KPMG pada 29 November 2013, ketua eksekutif 1MDB pada masa itu Mohd Hazem Abd Rahman cuba meyakinkan Tetuan KPMG mengenai pelaburan berkenaan.
Bagaimanapun, Tetuan KPMG tidak berpuas hati jika tiada apa-apa keterangan berdokumen.
Dalam mesyuarat lembaga 1MDB pada 9 disember, Hazem dimaklumkan bahawa Tetuan KPMG tidak berpuas hati dan akan mengadakan mesyuarat untuk memutuskan sama ada maklumat oleh pengurusan 1MDB boleh diterima dan mencukupi bagi maksud audit, atau untuk mengeluarkan pendapat berkelayakan.
KPMG telah memilih untuk mengeluarkan pendapat yang berkelayakan, menurut laporan PAC yang dibentangkan di Parlimen hari ini.
Oleh kerana pertikaian semakin meningkat antara KMPG dan 1MDB, laporan itu berkata 1MDB memberitahu KMPG untuk mendapatkan penjelasan daripada pengurus dananya Bridge Global Absolute Return Fund SPC (Bridge Global) di Kepulauan Cayman.

Siasat bekas CEO 1MDB termasuk yang berkaitan – PAC

Terdapat kelemahan dan kekangan-kekangan dalam 1MDB dan pihak pengurusannya perlu mengambil tanggungjawab di atas kelemahan itu.
shahrol-hilmi,pacKUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) meminta pihak agensi penguat kuasa menyiasat mantan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi dan pihak pengurusan lain atas kelemahan-kelemahan pengurusan syarikat itu.
PAC mendapati, terdapat kelemahan dan kekangan-kekangan dalam 1MDB dan pihak pengurusannya perlu mengambil tanggungjawab di atas kelemahan itu.
PAC turut mencadangkan Lembaga Penasihat 1MDB dimansuhkan, bersama artikel 117 di dalam memorandum artikel syarikat.
Cadangan dan rumusan itu terkandung dalam laporan PAC berhubung kawalan pengurusan tadbir urus 1MDB yang diedarkan di Dewan Rakyat hari ini.
“Segala rujukan kepada YAB Perdana Menteri perlu ditukar kepada Menteri Kewangan, selaras dengan peruntukan syarikat lain kepunyaan MKD (Menteri Kewangan Diperbadankan),” menurut jawatankuasa Parlimen itu dalam Laporan
Kawalan Pengurusan Tadbir Urus 1MDB, yang diedarkan di Parlimen di sini hari ini.
Laporan itu turut dimuat naik di laman web Parlimen www.parlimen.gov.my.
Artikel 117 di bawah memorandum dan artikel 1MDB antara lain menetapkan semua keputusan mengenai lantikan dan pemecatan pengurusan atasan 1MDB, serta sebarang komitmen kewangan termasuk keputusan pelaburan 1MDB boleh mempunyai kesan kepada jaminan kerajaan Persekutuan perlulah mendapat kelulusan bertulis Perdana Menteri.
Dalam laporannya, PAC mendapati, pengurusan 1MDB beberapa kali tidak mematuhi keputusan dan arahan Lembaga Pengarah atau pun bertindak sebelum kelulusan khusus daripada Lembaga Pengarah.

1MDB: Laporan Ketua Audit Negara masih OSA

"Saya akan melanggar OSA sekiranya saya benarkan sesuatu yang masih dirahsikan dibentang di Parlimen"
pandikar_1mdb_parlimn_600KUALA LUMPUR: Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata laporan Ketua Audit Negara keatas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) masih dirahsikan dibawah Akta Rahsia Rasmi (OSA), justeru, ia tidak boleh dibahaskan di Parlimen.
“Laporan itu di bawah OSA. Kerahsiaannya masih belum diubah. Laporan itu merupakan laporan khas untuk penelitian Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).
“Saya akan melanggar OSA sekiranya saya benarkan sesuatu yang masih dirahsiakan dibentang di Parlimen.”
Beliau berkata demikian ketika ditanya R Sivarasa (Subang-PKR) mengapa laporan Ketua Audit Negara keatas 1MDB tidak dibentangkan di Parlimen.
Seorang lagi wakil rakyat, Lee Boon Chye (Gopeng-PKR) juga mempertikaikan mengapa laporan itu tidak dibuka kepada awam sepertimana laporan PAC.
Laporan setebal 106 mukasurat diterbitkan hari ini selepas tertangguh beberapa kali.

PAC: Lembaga Penasihat 1MDB perlu dimansuhkan

pc parlimen 2-webKUALA LUMPUR, 7 APRIL: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berpandangan Lembaga Penasihat 1MDB yang dipengerusikan Pedana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu dimansuhkan bersama Artikel 117 seperti dalam memorandum dan artikel syarikat (M&A).
Secara ringkas, artikel 117 menetapkan semua keputusan berkenaan lantikan dan pemecatan pengurusan atasan 1MDB serta sebarang komitmen kewangan termasuk keputusan pelaburan diambil 1MDB yang boleh mempunyai kesan kepada jaminan Kerajaan Persekutuan perlulah mendapat kebenaran bertulis Perdana Menteri.
“Segala rujukan kepada Perdana Menteri, perlu ditukar kepada Menteri Kewangan selaras dengan peruntukan syarikat lain kepunyaan Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD),” kata rumusan Laporan PAC.
Laporan itu turut menemui kegagalan Lembaga Pengarah dalam melaksanakan tanggungjawab selain memgesyorkan 1MDB mengamalkan prinsip urus tadbir baik.
“Mereka juga tidak mengambil tindakan sewajarnya atau proaktif dalam meneliti aktiviti pihak pengurusan serta aliran tunai hadapan syarikat.
“Kawal selia rapi diperlukan Lembaga Pengarah termasuk mempersoalkan harga belian aset dan kos hutang,” katanya.

PAC: 1MDB bayar RM4 bilion tanpa kelulusan lembaga pengarah


1MDB membayar RM4.24 bilion (kira-kira AS$1.367 bilion) kepada Aabar Investments PJS Ltd (Aabar Ltd) sebagai deposit sekuriti tanpa kelulusan lembaga pengarahnya, kata Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).
1MDB juga masih belum mengemukakan pengesahan bahawa Aabar Ltd merupakan anak syarikat kepada International Petroleum Investmnet Corp (IPIC) atau Aabar Investment PJS (Abu Dhabi), menurut laporan PAC.
“Akan tetapi buat masa ini, pihak 1MDB masih belum mengemukakan sebarang pengesahan bahawa syarikat Aabar Ltd merupakan anak syarikat kepada IPIC atau Aabar Investment PJS (Abu Dhabi).
“1MDB telah mengemukakan Certificate of Incumbency yang dikeluarkan oleh Offshore Incorporations Limited untuk membuktikan bahawa Aabar Ltd adalah anak syarikat IPIC.
“Syarikat offshore incorporations limited beroperasi di Hong Kong merupakan ejen yang menyediakan perkhidmatan pendaftaran syarikat di BVI (British Virgin Islands).
“JAN (Jabatan Audit Negara) mendapati Aabar Ltd tidak tersenarai dalam kumpulan IPIC berdasarkan penyata kewangan 2013 dan 2014.
Laporan yang ditunggu-tunggu itu dibentangkan di parlimen hari ini, hari terakhir sidang bagi sesi ini.
The Wall Street Journal (WSJ) sebelum ini melaporkan dana 1MDB dibayar kepada Aabar Ltd, yang didakwa syarikat British Virgin Islands yang sebenarnya tidak mempunyai kaitan dengan Aabar Investment PJS.

Terima kasih Hadi kerana sahkan Amanah bukan khadam Najib, kata Wan Rahim

Tiada siapa khadam kepada siapa dalam negara merdeka seperti Malaysia kata Wan RahimTiada siapa khadam kepada siapa dalam negara merdeka seperti Malaysia kata Wan RahimHakikatnya rakyat negara ini tidak perlu dilabel siapa khadam siapa kerana kita rakyat merdeka dan berhak membuat pilihan sendiri, kata Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah mengulas dakwaan presiden Pas bahawa parti itu hanya khadam DAP.
"Kita pun tidak terlintas untuk kata Pas khadam Najib walaupun nampak jelas tindakan bekas parti saya itu begitu kuat memikul kerja Umno sekarang", katanya ketika ditemui selepas majlis sarapan pagi dengan sekumpulan industrialis di Kedai Nasi Katil, Jalan Bayam, Kota Bharu pagi ini.
Tuduhan seperti itu bagaimanapun katanya membersihkan Amanah daripada tohmahan liar yang sentiasa dilemparkan kepada Amanah kononnya penubuhannya adalah untuk menolong Umno mengalahkan Pas.
"Dalam politik demokrasi kita tidak guna perkataaan khadam tapi kita guna perkataan memihak iaitu memihak kepada kerajaan atau pembangkang," katanya.
Dalam game (pentas) demokrasi, jelas beliau bila kita memasukkan satu entiti dengan pembangkang maka secara automatik entiti itu berlawan dengan kerajaan.
"Sekarang ini dengan meletakkan kita (Amanah) dipihak DAP kita gembira kerana kita tidak lagi terpalit dengan kerajaan Najib yang begitu dibenci rakyat sekarang," katanya.
Beliau yakin perkataan khadam sudah luput dari realiti rakyat Malaysia, cuma rakyat akan cukup meluat jika sesiapa dilihat cuba memihak kepada kerajaan yang penuh dengan agenda menyusahkan rakyat pada masa ini.
"Sebut perkataan "dedak" rakyat terbayang mereka ini walaupun ada di kalangan mereka berpakaian lebai," katanya.
Presiden Pas seperti dilaporkan Astro Awani menganggap Amanah bukan saingan parti itu dalam konteks pilihanraya Sarawak dan menganggap parti Amanah hanyalah Khadam DAP.

MEMANG TUGAS RAFIZI MEMBETULKAN ‘YANG TAK BETUL’

Seperti zaman ‘Singapura di langgar todak’ maka kini ‘budak pintar’ yang bernama Rafizi Ramli telah ditangkap dan akan disoal dan akan dibicarakan. Jikalaupun tidak dibunuh akhirnya sekurang-kurang usaha ‘membunuh’ semangat dan kerjayanya sedang berjalan dengan rancak. Namun sepertimana yang diramalkan oleh banyak orang tidak mudah untuk ‘membunuh’ semangat manusia yang bernama ‘Rafizi Ramli’. Dan inilah manusia yang merupakan ‘salinan’ kepada manusia yang bernama ‘Anwar Ibrahim’.
            Rafizi ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah disebabkan beliau mempersoalkan sesuatu yang dirasakan tidak kena berlaku. Beliau mempersoalkan tentang kegiatan pihak pentadbiran MARA dalam soal penjualan bangunan MARA di Australia. Dan dirasakan ada yang tidak kena dari segi penjualannya. Beliau mempersoalkan tentang urusan Tabung Haji yang dirasakannya juga tidak kena dalam hal pentadbiran kewangannya. Dan yang akhir seklai ialah mengenai Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang dirasakannnya tidak patut berlaku di mana ada para pesara yang terlambat menerima wang yang sepatutnya diterima.
            Salahkah beliau membangkitkan perkara sedemikian. Jikalau mengikut pihak polis tentulah salah tentang apa yang disuarakan oleh Rafizi. Mengikut OSA ( Official Secret Act ) memang salah dan boleh dikenakan hukuman penjara sekurang-nya setahun dan selebihnya tujuh tahun.
            Memang aku tak pandai nak mengulas hal-hal yang berkaitan dengan pentadbiran kewangan ataupun yang berkaitan dengan undang-undang negara. Aku hanya merasakan bahawa apa yang telah berlaku kepada Rafizi semangnya tidak patut berlaku. Rafizi tidak sepatutnya diperlakukan sedemikian. Sebagai orang biasa, tentulah aku merasakan bahwa aku amat simpati dengan beliau terutama kepada keluarganya, kepada isteri dan anaknya yang masih kecil yang merindui seorang ayah yang dikatakan bersalah sedangkan beliau dirasakan tidak melakukan kesalahan (mengikut pandangan orang biasa).
            Jikalau pihak-pihak tertentu seperti LTAT atau Tabung Haji atau MARA merasakan apa yang dituduh oleh Rafizi itu tidak betul dan hanya sebagai fitnah semata-mata, maka adalah amat wajar mereka menyanggah dan membetulkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Rafizi. Aku yakin Rafizi akan bersedia bila-bila masa untuk sudi berdebat dengan siapa sahaja bagi membetulkan keadaan. Dan bukan dengan membuat laporan polis. Dengan membuat laporan polis sudah menandakan bahawa negara kita sudah undur ke belakang dan seolah-olah sudah tidak ada lagi tokoh yang berfikiran waras untuk berdebat untuk membetulkan sesuatu yang tidak betul.
            Aku merasa yakin bahawa rakyat Malaysia begitu tidak senang dengan tindakan yang dilakukan pihak tertentu terhadap Rafizi. Bagi aku tak banyak bezanya dengan tindakan pemerintah Singapura suatu ketika dulu untuk membunuh Hang Nadim dalam kisah Singapura Dilanggar Todak. Kesalahan Hang Nadim hanyalah memberikan pandangan dan buah fikiran tentang bagaimana seharusnya dilakukan bagi mengahalang serangan todak yang bertalu-talu terhadap rakyat di Singapura pada ketika itu.

Rizab Pusat AS peringatkan Goldman Sachs berkaitan urusan 1MDB


Rizab Persekutuan Amerika telah memperingatkan Goldman Sachs Group Inc mengenai kemungkinan risiko terhadap reputasi mereka berhubung dengan urusan yang mereka bantu lakukan untuk syarikat dana negara Malaysia, 1MDB, lapor Wall Street Journal (WSJ) hari ini.
 WSJ melaporkan bahawa urusan tersebut semakin mendapat perhatian yang lebih jelas, apabila butiran tambahan muncul mengenai tindakan yang didakwa dilakukan oleh bekas ketua firma itu bagi Asia Tenggara yang mengendalikan transaksi untuk dana 1MDB.
Rakan kongsi Goldman Sachs, Tim Leissner digantung perkhidmatannya dan kemudian berhenti awal tahun ini, selepas didapati dia dikatakan telah menulis surat rujukan tanpa kebenaran bagi pihak ahli perniagaan kontroversi Jho Low, yang dikait rapat dengan 1MDB, demikian menurut laporan WSJ yang memetik orang yang biasa dengan perkara itu.
"Apabila ia mendedahkan mengenai penggantungan Mr Leissner, Goldman tidak menamakan Low.
"Hakikat bahawa Leissner menulis sepucuk surat rujukan kepada institusi kewangan lain bagi seseorang yang terlibat dalam 1MDB, meletakkan firma itu semakin jauh ke dalam kontroversi yang menyelubungi dana itu," kata peguam-peguam, lapor WSJ.
Leissner, yang bekerjasama dengan penyiasat, belum dituduh melakukan salah laku dalam urusan 1MDB.
Bagaimanapun, WSJ berkata, dia tidak memberi respons terhadap permintaan untuk mendapatkan komen tentang surat tersebut dan penglibatannya dengan Low.
1MDB disiasat dalam sekurang-kurangnya enam buah negara, termasuk Malaysia, Amerika Syarikat dan Switzerland.
"Penyiasat Amerika Syarikat cuba untuk menentukan sama ada Goldman mengelirukan pelabur yang membeli bon 1MDB, kata seorang yang biasa dengan perkara itu.
"Wall Street Journal telah melaporkan sebelum ini bahawa Goldman adalah sebahagian daripada siasatan meluas oleh Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan Jabatan Kehakiman.
"Siasatan masih di peringkat awal, dan tiada tuduhan yang dibuat sama ada Goldman ataupun 1MDB telah melakukan kesalahan," lapor WSJ.

Azmin slams PAC's 'incomplete' report on 1MDB

Speaker: Laporan Audit Negara mengenai 1MDB dokumen rahsia

Prestasi kewangan 1MDB kurang memuaskan, tadbir urus lemah – PAC

Pada Januari 2016, jumlah hutang 1MDB mencecah RM50 bilion berbanding aset RM53 bilion
1mdb-bandar-malaysia
KUALA LUMPUR: Hasil siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) ke atas 1Malaysia Development Bhd (1MDB) mendapati, struktur pembiayaan modal dan prestasi kewangan syarikat pelaburan strategik itu ‘kurang memuaskan’ yang menjurus kepada kelemahan tadbir urus.
Dalam Laporan Kawalan Pengurusan Tadbir Urus 1MDB, PAC berkata, 1MDB bergantung kepada hutang dalam bentuk pinjaman bank, bon dan sukuk sebagai modal syarikat, dengan sebahagian hutang tersebut mendapat jaminan kerajaan atau surat sokongan kerajaan.
“Tahap hutang dan pembayaran faedah terlalu tinggi berbanding aliran tunai syarikat.
“Oleh itu, 1MDB bergantung kepada pembiayaan semula sebagai pembayaran balik hutang matang dan mengambil hutang baru, antara lain untuk pembayaran faedah hutang sebelumnya,” menurut laporan itu.
Laporan itu menjelaskan, model perniagaan 1MDB yang terlalu bergantung kepada pinjaman mengakibatkan syarikat berkenaan tidak mempunyai pendapatan mencukupi untuk membiayai pinjaman dan kos operasinya.
Laporan setebal 106 halaman itu turut mendedahkan terdapat beberapa pelaburan dan pinjaman besar dibuat tanpa penilaian terperinci, termasuk penelitian impak terhadap aliran tunai syarikat.
“Pihak Lembaga Pengarah didapati gagal melaksanakan tanggungjawab dan menjaga kepentingan syarikat dan pemegang saham, serta tidak mengambil tindakan proaktif dalam meneliti aktiviti pihak pengurusan dan aliran tunai hadapan syarikat.
“Lembaga Pengarah perlu mengawal selia dengan lebih rapi, termasuk mempersoalkan harga belian aset dan kos hutang,” demikian menurut laporan yang dibentangkan di Dewan Rakyat itu, hari ini.
PAC berpendapat, Lembaga Penasihat 1MDB perlu dimansuhkan bersama Artikel 117 dalam memorandum dan artikel syarikat, dengan segala rujukan kepada Perdana Menteri perlu ditukar kepada Menteri Kewangan, selaras peruntukan syarikat lain milik Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD).
Anak-anak syarikat dan aset milik kumpulan 1MDB, seperti Tun Razak Exchange, Bandar Malaysia, tanah Air Itam dan tanah Pulau Indah, seharusnya diserahkan kepada MKD supaya dapat dikawal selia dan diuruskan dengan lebih rapi serta teliti.

Ahli parlimen pembangkang berarak ke Bukit Aman, desak pembebasan Rafizi

Polis mungkin mengambil tindakan lanjut, kerana perarakan itu menyalahi undang-undang
berarak
KUALA LUMPUR: Kira-kira 50 ahli parlimen pembangkang berarak sejauh 1 kilometer dari Parlimen ke Bukit Aman, bagi membantah penahanan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli.
Kumpulan itu yang diketuai Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkumpul di luar Parlimen pada jam 9 pagi tadi, sebelum memulakan perarakan 10 minit kemudian.
Kira-kira 50 meter dari Parlimen, Ketua Bahagian Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Daerah Dang Wangi, DSP Gurbinder Singh cuba menghentikan perarakan itu, dengan alasan ia adalah perhimpunan haram yang menyalahi Akta Perhimpunan Aman 2012.
Kumpulan wakil rakyat yang ingkar itu terus berarak sambil melaungkan slogan “Bebaskan Rafizi” dan “Hidup Rakyat” sepanjang perjalanan, sebelum tiba di pintu masuk Bukit Aman 15 minit kemudian.
Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli bersama Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad; Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng; Ahli Parlimen Kapar, G. Manivannan dan Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul mewakili Pakatan Harapan untuk menghantar memorandum kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Manivannan memberitahu FMT, memorandum itu diserahkan kepada seorang pegawai polis bernama ASP Rizal yang berjanji akan menyerahkannya kepada Khalid.
“Dalam memorandum itu, kami mahu polis membebaskan Rafizi, kerana penahanannya di dalam kawasan parlimen tidak dilakukan berdasarkan undang-undang.
“Kedua, kami mahu polis menghormati kedaulatan parlimen, kerana ia adalah institusi suci dalam demokrasi negara,” katanya.

1MDB: Tony Pua desak KPN jalankan siasatan segera

Guang Eng: Saya Cabar Rahman Dahlan

LGE: 'Saya sedia debat dengan Rahman Dahlan'

Lip Eng: Pandikar cuma Speaker 'cari makan'

MPs March - MP Pembangkang Membantah Penangkapan Rafizi Ramli

Memorandum Desak Bebas Rafizi Diserah Ke Bukit Aman

Polis: Perarakan Bebas Rafizi langgar akta perhimpunan aman

Khalid Samad: Second time IGP has disrespected state institutions

'Bebas Rafizi' langgar akta perhimpunan aman kata polis

Pakatan MPs march to Bukit Aman to protest Rafizi's arrest

'Bebas Rafizi, Undur IGP' bergema di Bukit Aman

"Bebas Rafizi, Undur IGP" bergema di Bukit Aman

IGP hendaklah siasat segera Shahrol, kata Tony Pua

SRC tiada maklumat siapa arah salur RM42 juta pada Najib


SRC International Sdn Bhd tidak mempunyai maklumat mengenai siapa yang memberi arahan untuk menyalurkan RM42 juta ke akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Najib berkata demikian atas kapasitinya sebagai Menteri Kewangan dalam jawapan bertulis di parlimen semalam.
"SRC tidak mempunyai sebarang maklumat berkenaan isu ini dan ia juga adalah berdasarkan laporan berita oleh sebuah portal yang tidak dapat ditentukan kesahihan sumber berita.
"Di bawah peraturan mesyuarat 23 (1) (i), perkara ini tidak perlu dijawab kerana ia adalah satu pertanyaan yang meminta penerangan berkenaan perkara di dalam surat khabar," katanya dalam jawapan kepada Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin.
Zuraida meminta Najib mendedahkan individu dalam SRC yang telah mengeluarkan arahan supaya RM42 juta disalurkan ke akaun Najib.

PAC letak kelemahan 1MDB di bahu bekas CEO


Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berpendapat terdapat kekangan dan kelemahan tertentu oleh pihak pengurusan dan Lembaga Pengarah syarikat pelaburan negara sarat hutang 1MDB.
 “Secara khusus, PAC berpendapat bahawa mantan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi perlu mengambil tanggungjawab untuk kelemahan dan kekangan-kekangan tersebut.
“Oleh itu, pihak agensi penguat kuasa diminta untuk membuat siasatan ke atas Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi dan lain-lain pengurusan yang berkaitan," menurut laporan PAC berkaitan 1MDB.
Laporan yang ditunggu-tunggu itu dibentangkan di parlimen hari ini, hari terakhir sidang bagi sesi ini.
Lembaga penasihat perlu dimansuh
Dalam laporan lebih 100 halaman itu, PAC juga membuat rumusan seperti berikut:
  • 1MDB perlu mengamalkan prinsip tadbir urus yang baik.
  • Penggunaan hutang berlebihan dalam struktur modal tidak boleh dibenarkan sama sekali, lebih-lebih lagi apabila aliram tunai syarikat tidak mencukupi.
  • Lembaga pengarah gagal melaksanakan tanggungjawab dan menjaga kepentingan syarikat dan pemegang saham serta tidak mengambil tindakan sewajarnya atau proaktif dalam meneliti aktiviti pihak pengurusan dan aliran tunai hadapan syarikat.
  • Kawal selia yang lebih rapi diperlukan oleh lembaga pengarah, termasuk mempersoalkan harga belian aset dan kos hutang.
  • Lembaga Penasihat perlu dimansuhkan, bersama Artikel 117 di dalam memorandum dan artikel syarikat. Segala rujukan kepada perdana menteri perlu ditukar kepada menteri kewangan, selaras dengan peruntukan syarikat lain kepunyaan MKD.
  • Anak-anak syarikat dan aset milik kumpulan 1MDB (TRX, Bandar Malaysia, tanah Air Itam, tanah Pulau Indah) harus diserahk kepada Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD), supaya dapat dikawal selia dan diuruskan dengan lebih rapi dan teliti.

Kelemahan 1MDB: MP tuntut PM bertanggungjawab


Anggota Parlimen DAP Tony Pua berkata, walaupun laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) tidak mengaitkan perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak tetap perlu bertanggungjawab terhadap kelemahan 1MDB.
Menurut Pua, Najib perlu bertanggungjawab terhadap syarikat pelaburan yang dibebani hutang itu kerana beliau juga menteri kewangan.
"Sekurang-kurangnya dia perlu bertanggungjawab di peringkat kementerian.
“(Mungkin ada) apa-apa yang kita tidak tahu kerana kita tidak mempunyai penyata bank di luar negara," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di lobi parlimen hari ini.

PAC: Kontroversi 1MDB pengajaran buat semua GLC


 Apa yang berlaku terhadap 1MDB harus menjadi pengajaran terhadap semua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di negara ini, kata Jawatan Kira-Kira Wang Negara (PAC).
Semua pihak harus memahami kepentingan amalan urus tadbir yang cekap dan berintegriti, menurut rumusan laporan PAC terhadap syarikat pelaburan negara sarat hutang itu.
“Pengalaman ini juga relevan kepada kerajaan, kementerian, jabatan dan agensi kerajaan,” rumusan dalam laporan 110 halaman itu dipetik.
Laporan yang ditunggu-tunggu itu dikeluarkan hari ini, tarikh terakhir sidang bagi sesi ini.
Sementara itu, laporan itu antaranya membangkitkan struktur pembiayaan modal dan prestasi kewangan Kumpulan 1MDB yang kurang memuaskan dan bergantung kepada hutang sebagai modal syarikat.
“Pada Januari 2016, hutang 1MDB mencecah RM50 bilion, berbanding aset RM53
bilion, di mana 1MDB membelanjakan sebanyak RM3.3 bilion untuk pembayaran faedah ke atas hutang antara 1 April 2014 hingga 31 Mac 2015 (anggaran yang belum diaudit).
“Adalah jelas bahawa tahap hutang dan pembayaran faedah terlalu tinggi berbanding dengan aliran tunai syarikat,” menurut laporan itu.
Hutang baru bayar hutang lama
Hasilnya, kata laporan itu, 1MDB bergantung kepada pembiayaan semula (refinance) untuk
pembayaran balik hutang matang dan mengambil hutang baru untuk, antara lain, pembayaran faedah hutang sebelumnya.

Kenyataan penuh PAC berkaitan laporan 1MDB


Hari ini, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) membentangkan laporan berhubung Kawalan Pengurusan Tadbir Urus 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selepas laporan ini dipersetujui sebulat suara serta konsensus ketika mesyuarat penyediaan laporan pada Isnin lalu.
PAC yang dianggotai 14 anggota parlimen, sembilan ahli daripada parti BN dan lima daripada parti pembangkang, dalam menyiapkan laporan ini secara kolektif mengemukakan rumusan serta cadangan kepada kerajaan berhubung kawalan pengurusan tadbir urus syarikat 1MDB yang dimiliki Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD).
PAC memulakan laporan prosiding Kawalan Pengurusan Tadbir Urus 1MDB pada 19 Mei 2015 dan mengakhiri prosiding ini pada 11 Februari 2016 dengan memanggil semua pihak yang bertanggungjawab terhadap syarikat 1MDB termasuk Kementerian Kewangan (MoF), Unit Perancang Ekonomi (EPU), Lembaga Pengarah 1MDB, pengurusan tertinggi 1MDB dan juruaudit 1MDB.
PAC ingin mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Audit Negara (JAN) kerana membentangkan Laporan Pengauditan 1MDB kepada PAC pada 4 dan 7 Mac lalu.
Jawatankuasa ini bersandarkan maklumat daripada laporan yang disediakan JAN selaras dengan keputusan kabinet mengarahkan Laporan Audit 1MDB dibentangkan kepada PAC untuk menjalankan siasatan, menyiapkan serta merumuskan Laporan PAC berhubung Kawalan Pengurusan Tadbir Urus 1MDB.
PAC mengakui bahawa syarikat 1MDB mempunyai struktur modal yang lemah dan terdapat beberapa kelemahan tadbir urus yang dijelaskan dengan terperinci dalam laporan ini.
PAC juga mendapati bahawa struktur modal 1MDB terlalu bergantung kepada penggunaan hutang.
PAC juga berpuas hati dengan Laporan Kawalan Pengurusan Tadbir Urus 1MDB pelan rasionalisasi syarikat 1MDB dan langkah-langkah yang diambil kerajaan dalam tempoh singkat bagi memulihkan syarikat ini.
Atas sebab itu, PAC menyarankan supaya pihak penguatkuasa perlu mengkaji dengan teliti laporan ini dan membuat siasatan lanjut. Jika didapati wujud kesalahan, tindakan undang-undang perlu diambil.

DATUK HASAN ARIFIN Pengerusi jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC)