Rabu, 6 April 2016

Khas buat machai2 serta pemakan dedak tegar...


Inilah realiti hidup rakyat marhaen..

..berbanding kemewahan & kesenangan TIADA TOLOK BANDINGNYA pasangan Puan Puti Reno bersama pahlawan bugis di istana PUTARJAYA yg ditanggung sepenuhnya oleh pembayar cukai rakyat...

Mahathir akui gagal dapatkan 24 wakil BN bagi guling PM


Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengakui bahawa usaha untuk mengenalpasti sekurang-kurang 24 wakil rakyat BN yang sanggup menyokong undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menemui kegagalan.
 Menulis di blog, katanya, percubaan telah dibuat untuk mengenalpasti ahli parlimen BN yang tidak mengutamakan diri sendiri, rasa bertanggungjawab dan prihatin terhadap negara untuk bersama wakil dari pembangkang.
Namun usaha itu tidak berjaya kerana sebahagian besar mereka takut dikenakan tindakan oleh Najib jika menyokong usul undi tidak percaya berkenaan.
“Percubaan ini gagal kerana walaupun mereka sedar akan kesalahan Najib, tetapi kerana kepentingan diri, kerana takut tindakan seperti yang dilakukan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal, takut juga kepada lain-lain tindakan oleh Najib, tidak ada yang sanggup menandatangani pengakuan menyingkir Najib.
“Oleh itu undi tidak percaya tidak boleh dibuat,” katanya.
Pemimpin pembangkang sebelum ini mendedahkan terdapat akuan bersumpah (SD) untuk menyokong usul undi tidak percaya yang didakwa diedarkan oleh Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah.
Razaleigh bagaimanapun menafikan mempunyai sebarang peranan dengan SD berkenaan.
Menurut Dr Mahathir, wakil rakyat BN yang menjadi majoriti di Dewan Rakyat sudah mengikat diri dengan Najib untuk tidak menandatangani sebarang deklarasi yang tidak menyokong Najib.
Beliau berkata Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Samad dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan juga mengakui menerima dana daripada Najib.
“Pengakuan oleh Shahrir Samad dan Ahmad Maslan serta kenyataan oleh Datuk Seri Nazir Razak, adik Najib, bahawa dia telah diberi wang sebanyak AS7 juta untuk diagih kepada pemimpin BN, mengesahkan penerimaan sogokan oleh Najib.
“Oleh itu untuk menjayakan usul tidak percaya kepada Najib tidak mungkin dilakukan,” katanya,
Sehubungan itu, Dr Mahathir merayu orang ramai supaya menandatangani Deklarasi Rakyat bagi Selamakan Malaysia yang diterajuinya.
Katanya, sejarah semasa melawan Malayan Union membuktikan bahawa suara rakyat boleh membawa perubahaan.

Senarai penuh 11 calon PAS Untukmu Sarawak

BINTULU: PAS hari ini mengumumkan 11 nama calon yang disifatkan sangat berpotensi untuk menang  mewakili parti itu dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 yang akan diadakan dalam masa terdekat.

Pengumuman dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam satu majlis di Hotel Kemena, Medan As Syakirin dekat sini sebentar tadi.

Hadir sama, Timbalan Presiden, Datuk Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden, Ustaz Idris Ahmad, Datuk Ir Iskandar Samad, Datuk Mohd Amar Abdullah, Ketua Pemuda, Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, Ketua Muslimat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Mahfodz Mohamad, Ketua Penerangan, Ustaz Nasrudin Hassan dan barisan AJK PAS Pusat selain kepimpinan negeri Sarawak yang diketuai pesuruhjaya, Jofree Jaraie.

Sambil menyifatkan penyertaan PAS dalam PRN  ke-11 kali ini sebagai satu usaha dakwah, namun Tuan Guru Abdul Hadi menyatakan kemenangan adalah satu bonus kepada parti ini.

Calon-calon yang ditampilkan pelbagai latar belakang, antaranya guru agama, wakil Dewan Himpunan Penyokong PAS, jurutera, aktivis rakyat dan tidak kurang PAS menampilkan calon muda Muslimat di Beting Maro.

Dalam majlis yang sama, Presiden PAS menyerahkan watikah dan panji-panji kepada calon yang akan menggalas amanah PAS di Sarawak.

Laungan takbir bergema semasa Presiden PAS mengumumkan calon.

Berikut merupakan calon-calon PAS yang telah diumumkan beserta profil mereka:


N74. PUJUT
Tuan Haji Jofri Bin Haji Jaraiee
Jawatan Dalam PAS: Pesuruhjaya PAS Negeri Sarawak dan Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Miri
Umur: 51 Tahun
Bangsa: Melayu Bintulu
Keluarga: Berkahwin dan 4 orang anak
Asal: Miri, Sarawak
Pendidikan: Advanced Diploma Pengurusan Logistiks, The Chartered Institute of Logistics and Transport, UK.
Pengalaman Kerjaya: Penyelia Pengurusan dan Perancangan Penyelenggaraan, Syarikat Minyak & Gas Nasional.


N72. LAMBIR
Encik Mohammad Arifiriazul Bin Paijo
Jawatan Dalam PAS: Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia dan Ketua Pemuda PAS Negeri Sarawak
Umur: 32 Tahun
Bangsa: Kedayan-Jawa
Keluarga: Berkahwin dan 3 orang anak
Asal: Limbang, dan menetap di Miri, Sarawak
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Sistem Maklumat Perniagaan, Universiti Teknologi Petronas (UTP)
Pengalaman Kerjaya: Usahawan dan Mantan Eksekutif IT PETRONAS.


N70. SAMALAJU
Engr. Zharudin Bin Narudin
Jawatan Dalam PAS: Pengarah Pilihanraya PAS Negeri Sarawak dan Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Sarawak
Umur: 31 Tahun
Bangsa: Melanau Bintulu
Keluarga: Berkahwin dan seorang anak
Asal: Bintulu, Sarawak
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Selangor (UNISEL)
Pengalaman Kerjaya: Usahawan dan Mantan Jurutera Malaysia LNG Sdn. Bhd.


N67. JEPAK
Tuan Haji Kiprawi Bin Aman
Jawatan Dalam PAS: Ketua Penerangan PAS Negeri Sarawak dan Ketua Penerangan PAS Kawasan Bintulu
Umur: 67 Tahun
Bangsa: Melanau Bintulu
Keluarga: Berkahwin dan 7 orang anak
Asal: Bintulu, Sarawak
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Jurisprudens, Universiti Malaya (UM)
Pengalaman Kerjaya: Pesara Kerajaan
Anugerah: Dikurniakan Pingat Perkhidmatan Setia oleh Kerajaan Negeri Sarawak (PPS).


N60. KAKUS
Encik Clement Bayang
Jawatan Dalam PAS: Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) PAS Negeri Sarawak
Umur: 59 Tahun
Bangsa: Iban
Agama: Kristian
Keluarga: Berkahwin dan 7 orang anak
Asal: Bintulu, Sarawak
Pengalaman Kerjaya: Tuai Rumah (Ketua Kaum), Petani dan Seniman
Pengalaman Politik: Pernah bertanding di Kerusi DUN Kemena.


N29. BETING MARO
Cik Hamidah Binti Mokhtar
Jawatan Dalam PAS: Setiausaha Dewan Muslimat PAS Negeri Sarawak
Umur: 26 Tahun
Bangsa: Melayu
Keluarga: Bujang
Asal: Kuching, Sarawak
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Sistem Maklumat Perniagaan, Universiti Teknologi Petronas (UTP)
Pengalaman Kerjaya: Usahawan Muda, Pengarah Butik Pakaian Muslimah.

Guling MB Johor: Anak Speaker dicabar tunjuk bukti

Shukur Mohamad sengaja mereka-reka cerita kerana terdesak untuk meraih populariti sekiranya dia gagal menunjukkan bukti terhadap dakwaan itu.
Ahli-UMNO,-Syukur-Mohamad
PETALING JAYA: Ahli UMNO, Shukur Mohamad dicabar supaya menunjukkan bukti terhadap dakwaan wujudnya gerakan mengulingkan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang kononnya diketuai kumpulan penyokong Datuk Seri Najib Razak.
Ahli Parlimen Sekijang, Anuar Manap berkata, beliau percaya Shukur yang juga anak kepada Speaker Johor, Tan Sri Mohamad Aziz, hanya mereka-reka dakwaan itu kerana terdesak untuk meraih populariti.
“Saya melihat ini cara memprovokasi kekuatan UMNO di Johor dan mereka cuba memecahbelahkan keharmonian dan permuafakatan yang dibina dengan cubaan melaga-lagakan kepimpinan kami.
“Saya melihat ini adalah usaha terdesak daripada mereka dan kalau benar ada bukti seperti yang dinyatakan (gerakan menjatuhkan Menteri Besar), mereka boleh keluarkan dan kita semua boleh menilai adakah ia benar-benar fakta atau sekadar nak meraih populariti sahaja,” katanya kepada FMT.
Shukur sebelum itu mendakwa wujudnya gerakan untuk menjatuhkan Mohamed Khaled oleh kumpulan penyokong Presiden UMNO diketuai oleh seorang timbalan menteri .
Timbalan menteri itu dikatakan kononnya akan menjadi Menteri Besar baharu sekiranya gerakan itu berjaya.
Dia mendakwa bukti dan sedia diheret ke mahkamah atau Lembaga Disiplin jika dakwaan itu tidak benar.

Gugur MB: Kita tiada masa nak layan, kita mahu maju dan jaga kebajikan rakyat, kata Ahmad Razif


Ahmad Razif Abdul Rahman Ahmad Razif Abdul Rahman Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman tidak akan mengambil peduli mengenai apa yang diperkatakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal Datuk Seri Ahmad Said  kerana menganggap isu yang kepimpinan negeri itu telah berakhir dan akan memberi perhatian untuk memajukan Terengganu demi kesejahteraan rakyat.
"Kita tidak ada masa nak layan itu semua, apa dia nak kata, katalah. Apa yang penting sekarang kita mahu terus maju ke hadapan dan jaga kebajikan rakyat", demikian ditegaskan  Ahmad Razif  ketika diminta mengulas kenyataan Ahmad di Kemaman minggu lalu yang mendakwa kini Menteri Besar itu sedang menghitung hari untuk diturunkan daripada jawatannya.
Dalam majlis di Kemaman itu, Ahmad mendakwa beliau telah menyampaikan mesej kepada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak untuk menghadap Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin sebaik sahaja baginda pulang dari luar negara untuk meminta (perkenan) pertukaran menteri besar.
Pada persidangan Dewan Undangan Negeri pada 8 Mac lalu, Ahmad yang juga Ketua Umno Bahagian Kemaman mengemukakan cadangan usul undi tidak percaya terhadap menteri besar namun cadangan itu ditolak Yang Dipertua Dun Datuk Mohd Zubir Embong.

Tangkapan Rafizi, Paku Akhir Keranda Najib Selaku PM

KENYATAAN MEDIA
AMANAH KUTUK TANGKAPAN YB RAFIZI


1. Pemerintah Malaysia kini bertindak seperti Singapura dilanggar todak. Hang Nadim, seorang pemuda pintar ketika itu telah memberikan pandangan berbeza dengan hulubalang dan menteri-menteri disekeliling raja.

2. Namun kecerdikan beliau itu kemudiannya telah dianggap bakal menderhaka kepada raja sehingga pelbagai cara digunakan untuk menangkap Hang Nadim.


3. Tindakan menangkap dan memusnahkan orang cerdik dan pandai bagi membodek pemerintah, berlanjutan dalam masyarakat Melayu sehingga hari ini.

4. YB Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Pandan merangkap Setiausaha Agung Keadilan, seorang yang cerdik dan pintar dengan mengkritik berdasarkan fakta dan membuat penyelidikan. Orang seperti YB Rafizi nampaknya tidak disukai oleh kerajaan Malaysia.

5. AMANAH mendesak kerajaan UMNO BN menghentikan segera tindakan pengecut sebegini, kerana orang seperti YB Rafizi adalah pemimpin harapan rakyat dan sangat berguna untuk negara pada masa ini dan akan datang.

6. Kezaliman kepada YB Rafizi perlu dihentikan segera kerana ia sangat memalukan negara dan hanya menjatuhkan martabat Malaysia.

"Harapan Baru"

HJ MOHAMAD SABU
Presiden
Parti Amanah Negara
6 April 2017



Kenyataan Media.

PENAHANAN RAFIZI:POLIS HINA YANG DI PERTUAN AGONG DAN CABUL PARLIMEN.

1.Tiada yang mengejutkan penahanan Yb Rafizi Ramli Ahli Parlimen Pandan.Beliau sendiri sudah menjangka yang akan ditahan ekoran timbul isu pendedahan dokumen maklumat sulit Jawatankuasa Kira kira Wang Negara (PAC) yang diklasifikasi sebagai OSA berkaitan maklumat isu salahguna kuasa 1MDB serta hubungan antara 1MDB dan LTAT.

2.Yang mengejutkan ialah Polis tidak menghormati Institusi Parlimen yang merupakan Institusi rakyat yang masih bersidang sehingga khamis 7Apr 2016.Sidang parlimen yang masih berlangsung ini dibuka dengan rasminya oleh kebawah Duli Yang DiPertuan Agong pada 7 Mac 2016.

3.Penahanan Rafizi yang merupakan Ahli Parlimen Pandan adalah satu penghinaan terhadap yang Di Pertuan Agong Yang yang telah memperkenankan untuk Ahli ahli Parlimen bersidang untuk satu tempoh hingga 7Apr 2016.Penahanan beliau juga sebagai satu pencabulan dan penghinaan pihak Polis terhadap Parlimen yang merupakan Institusi rakyat yang Rafizi salah saorang anggotanya.

4.Kenapa Polis tidak boleh bersabar menunggu sehingga Parlimen selesai bersidang pada khamis ini.Siasatan dibawah OSA bukan merupakan satu kesalahan jenayah berat yang perlu disegerakan penahanan terhadap Rafizi.Tidak lain penahanan Rafizi hanya untuk menakutkan dan memesongkan pemikiran rakyat yang kononnya Rafizi yang bersalah.Tindakan Polis juga dilihat menjadi institusi melindungi jenayah yang dilakukan pemimpin negara.Penjenayah bermaharajalela dan yang mendedahkan jenayah penjenayah didera.

5.Saya menuntut Rafizi segera dibebaskan selewat lewatnya sebelum jam 10 pagi 8 Apr 2016 untuk membolehkan beliau menunaikan tanggung jawabnya menghadiri sidang Parlimen.Sepatutnya tiada halangan dilakukan Polis untuk Rafizi menghadiri Sidang Parlimen seperti usul Menteri Dalam Negeri pada 8 Mac 2016 diawal permulaan persidangan yang diluluskan Parlimen yang berbunyi"Bahawa Majlis ini memerintah Ketua Polis Negara menjaga supaya selama Penggal Dewan Rakyat yang ada sekarang,jalan-jalan melalui lorong-lorong menuju ke Dewan hendaklah sentiasa terbuka dan boleh dilalui dan jangan ada apa apa halangan menghalang ahli ahli hendak pergi dan balik dari Dewan ini,jangan berlaku apa apa kacau bilau di jalan jalan menuju ke Dewan ini,dan supaya jangan ada huru hara di Banggunan Dewan ini dan berhampiran dengan banggunan ini,dan Setiausaha Dewan Rakyat hendaklah menyampai perentah ini kepada Ketua Polis Negara yang tersebut".

#BebasRafizi
#UndurNajib
#SelamatkanMalaysia.

DATO'HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
6 Apr 2016/28 Jamadiakhir 1437H

Rafizi - An effective leader.

Sekarang ini jarang kita boleh dapat seorang pemimpin seperti Rafizi Ramli.

Muda, tegas, berani, cerdik dan sentiasa boleh berdamping dan bersahaja dengan orang bawah.

Penduduk2 di Pandan senang dengan beliau. Kawan2 beliau di jabatan2, sama ada di sektor awam atau swasta, ahli2 perniagaan, suri2 rumah, orang mesjid, orang2 di gerai2, pendidik, golongan professional, orang2 muda, orang2 pencen, kawan2 dan seteru politik semuanya mengakui bahawa Rafizi adalah satu ikon baru bagi negara ini.

Apabila beliau membuka mulut sudah tentu ia seolah2 satu bom nukleur meledak dan sudah pasti membawa banyak kerosakan.

Apa isu2 hangat yang beliau tidak sentuh ? Dari hal lembu kepada kisah2 IMDB, RM2.6, GST, Tabung Haji, PKFZ, Mara, LTAT dan banyak lagi.

Beliau amat berani mendedahkan semua kisah2 yang besar2 dan panas2.

Saya tak perlu ulang lagi di sini kisah2 itu kerana pendedahan2 yang beliau lakukan dengan amat berani sudah pun diketahui umum.

Disebutkan bahawa apabila beliau uploadkan pendedahan2 di Facebooknya dia akan mendapat 'Like' sehingga lima juta orang ! MasyaAllah.

Ini sudah tentu amat menggerunkan musuh2 politiknya.

Pendedahan2 yang dibuat amat ditunggu2 dan kisah2 yang timbulkan akan menjadi cerita hangat berminggu2 berbulan2.

Ini mengingatkan saya seolah2 kepada cerita P Ramlee zaman muda2 dahulu.

Lagu2 beliau akan meletup dan menjadi kesukaan ramai baik Melayu, Cina, India, Kadazan, Dayak dan semua rakyat Malaysia termasuk juga di luar negara Indonesia, Brunei, Thailand dan lain2.

Begitulah pula hari ini Rafizi boleh menghangatkan suasana dengan pendedahan2 demi pendedahan. Orang lain tak sehebat beliau. Cerita beliau disebut2 berminggu2 dan berbulan2.

Aura Rafizi
-----------------

Beliau ada aura. Beliau boleh menerangkan perkara2 yang susah2 dengan perkataan2 cara mudah. Orang kampong pun senang faham.

Kali terakhir saya bersama beliau ialah di kawasan YB Arif di Raub minggu lepas. Tamrin pun ada.

Saya akan terus menulis dan bersuara, kata Shazni Munir

Penahan selama dua malam di lokap IPD Jinjang tidak mematahkan semangat Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional, Shazni Munir Mohd Ithnin untuk terus menulis dan bersuara untuk terus menentang sebuah kerajaan yang rosak.
"Untuk seluruh rakyat Malaysia, saya berjanji akan terus menulis dan bersuara. Inilah sahaja 'senjata' yang saya punyai untuk melawan sebuah kerajaan yang rosak.
'Senjata' ini akan saya manfaatkan sepenuhnya selagi kezaliman dan skandal gila 1MDB dan 'derma' RM4.2 billion masih tidak berpenghujung. Doakan saya dan sekian ramai pejuang lain terus kuat berdepan kerajaan yang pekak dan bisu." ujarnya dalam satu kenyataan petang ini.
Beliau memaklumkan ketika dilepaskan dari Lokap Berpusat Jinjang sekitar 12 tengah hari tadi, beliau telah menerima khabar duka, neneknya kembali ke rahmatullah pada pagi hari sama.
"Dengan sehelai dokumen yang perlu saya tandatangani yang menyebut: "Penama (saya) telah kena tuduh dengan kesalahan bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan dan 4(1) Akta Hasutan.." Pertuduhan yang mahu dikenakan dan jika ini harga yang perlu dibayar untuk sebuah artikel yang ditulis dengan jujur tanpa selindung, saya terima." ujarnya.
Menurut Shazni Munir, pada awalnya beliau diarahkan untuk diambil tindakan oleh Ketua Polis Negara (KPN) di twitter rentetan berita palsu disiarkan www.bicara.news. Bagaimanapun setelah beliau jelaskan bahawa KPN silap dan berita yang dirujuk itu telah dimanipulasi daripada artikel asal, ujarnya, pihak berkuasa sebaliknya mahu siasatan dilakukan membabitkan kedua-duanya poral media, berita palsu oleh www.bicara.news dan artikel asal di Free Malaysia Today.
"Saya tiada masalah kerana tiada apa yang perlu saya sembunyikan. Saya bertanggungjawab penuh atas kesemua tulisan saya di media sebelum ini.

MARA lebih telus, konsisten bawah PH, jawab Nik

Sekarang ini dana MARA juga digunakan untuk projek-projek yang tidak patut seperti pembelian hartanah di Australia yang menyebabkan kerugian besar.
KJ
PETALING JAYA: Operasi Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan lebih telus dan konsisten sekiranya diurus dibawah pentadbiran Pakatan Harapan.
Jawapan balas itu dibuat Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad sebagai menjawab cabaran Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin meminta beliau menjelaskan rancangan pembangkang untuk MARA.
Katanya, objektif MARA ketika ini telah meyimpang daripada perjuangan asal untuk mengangkat kedudukan Bumiputera.
“Sekarang ini dana MARA juga digunakan untuk projek-projek yang tidak patut seperti pembelian hartanah di Australia yang menyebabkan kerugian besar.
“Ramai yang mengadu sekarang ini bahawa mereka tidak menerima pembiayaan walaupun telah menepati segala pra-syarat, kerana pihak MARA sendiri mengaku bahawa mereka tidak mempunyai wang. Sama juga untuk pelajar yang sudah tidak mendapat pembiayaan MARA,” katanya menerusi kenyataan.
Tambah Nik Nazmi, sekiranya MARA diurus dibawah pentadbiran Pakatan Harapan, agenda utama yang bakal dilakukan adalah menangani ketirisan, merakyatkan urustadbir, mencermatkan perbelanjaan dan meluruskan keutamaan agensi kerajaan itu.

DAP mahu pastikan MARA terus bantu Bumiputera yang memerlukan


KUALA LUMPUR, 6 APRIL: MARA bukan milik UMNO. Dengan itu, DAP dan Pakatan Harapan akan memastikan peruntukan MARA tidak diseleweng oleh mana-mana pihak dan benar-benar ditujukan kepada rakyat Bumiputera yang miskin.
tonypua_marabukanmilikumnoMalah, jika Pakatan Harapan membentuk kerajaan selepas menang pada pilihanraya umum ke-14 (PRU-14) nanti, ia akan tetap memastikan MARA menunaikan amanah kepada golongan Bumiputera.
Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua Kiam Wee, berkata DAP dan Pakatan Harapan tidak pernah berniat menghapuskan agensi pro-Bumiputera seperti MARA, tetapi berharap ia betul-betul dapat membantu rakyat.
“Kami (Pakatan Harapan) akan gunakan peruntukan MARA sepenuhnya untuk bantu Melayu miskin, Dayak miskin, serta semua rakyat Bumiputera yang hidup dalam kesusahan.
“Kami tidak akan sesekali benarkan peruntukan MARA itu digunakan untuk mengenyangkan perut mana-mana kroni, sama ada kroni UMNO-BN atau kroni ahli dan pemimpin Pakatan Harapan,” katanya kepada Roketkini.com.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini bahawa rakyat Bumiputera kononnya mestilah terus mengundi parti UMNO-BN pada pilihanraya akan datang jika tidak mahu MARA terkubur.
Tony yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara berkata, walaupun UMNO-BN yang memegang tampuk pemerintahan hari ini, mangsa utama dalam segala salahlaku dan ketirisan melibatkan MARA adalah masyarakat Bumiputera sendiri.
“Hampir setiap tahun, ada saja pendedahan Laporan Audit Negara yang menunjukkan kemungkinan berlakunya rasuah dalam MARA.

Mewahnya Timb Menteri Umno..??

Perghhh.. Benarkah MPV mewah Toyota Alphard ini atas nama kpd Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub merupakan ahli parlimen Machang yg baru saja SEMBILAN BULAN jadi timbalan menteri.. ??

TAHUKAH ANDA.. model mpv ini berharga dlm lingkungan RM390k - RM515k..

INILAH NEGARAKU...

Jika libatkan pemimpin pembangkang pantas spt babi kudung nak tahan, tangkap & siasat..

TETAPI kalau libatkan kuncu2 Umno/BN KERAjaan TERUS JADI BISU.. KENAPA ??

Kajian: Majoriti rakyat S'wak percaya Putrajaya tak adil


Sebahagian besar rakyat Sarawak percaya mereka dilayan secara tidak adil oleh kerajaan pusat tetapi ramai melihat keadaan mereka menjadi lebih baik sejak menyertai Malaysia, demikian menurut kajian terbaru oleh badan penyelidikan, Merdeka Center.
Lebih separuh daripada rakyat Sarawak yang ditinjau, iaitu sebanyak 54 peratus, percaya bahawa mereka dilayan secara tidak adil oleh Putrajaya.
Ini terutama di kalangan masyarakat Cina dengan 74 peratus daripada mereka berpendirian demikian.
Sentimen itu agak seragam di kalangan penduduk di Sarawak.
Namun terdapat peningkatan mendadak yang ketara bahawa negeri itu dilayan secara tidak adil oleh Putrajaya di kalangan golongan berpendapatan tinggi dan tahap pendidikan tinggi serta juga di kalangan generasi muda.
Bagaimanapun sentimen berkenan adalah terbalik apabila soalan sama ada keadaan Sarawak lebih baik selepas menyertai Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.

Hampir separuh daripada rakyat Sarawak yang ditinjau, iaitu 49 peratus, percaya bahawa negeri itu kini lebih baik, manakala satu pertiga daripada mereka, iaitu 34 peratus, percaya keadaan negeri itu lebih buruk selepas bersama Malaysia.
Sebahagian besar rakyat Sarawak yang ditinjau juga memihak negeri itu diberikan autonomi lebih besar dan menyokong kumpulan pro-autonomi Sarawak untuk rakyat Sarawak (S4S).

Uber-Grab: Jangan sampai pemandu teksi jadi perompak – PPIM

Cari penyelesaian menang-menang untuk semua pihak, pemandu serta penumpang.

Jangan-sampai-pemandu-teksi-terpaksa-merompakKUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mahu Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk tidak lagi berdiam diri dan segera menyelesaikan kemelut antara pemandu teksi dan pengusaha pengangkutan, Uber dan Grab.
Pengerusinya, Datuk Nadzim Johan berkata, keadaan pemandu teksi telahpun terjejas teruk sehingga ada yang telah kehilangan lebih separuh sumber pendapatan mereka.
“Bila tak diregulisasikan, pendapatan pemandu teksi dah kurang. Kita takut pemandu teksi akan tertekan. Bila dia tertekan, kita lihat hari ini, pendapatan dah kurang. Mungkin terpaksa akan mencuri dan merompak sebab tak cukup pendapatan,” kata beliau dalam sidang media hari ini.
Kemelut teksi dan Uber-Grab ini telah mencetuskan demonstrasi jalanan, terbaru apabila pemandu-pemandu teksi melancarkan mogok hingga melumpuhkan trafik di Bukit Bintang, akhir Mac lalu.
Nadzim menyatakan rakyat Malaysia sudah tidak mahu menunggu keputusan SPAD yang ‘terlalu lama’ mengkaji dan membiarkan sahaja kemelut antara kedua pihak berterusan tanpa melakukan apa-apa tindakan.
“Benda ini tak seharusnya dibiarkan tanpa garis panduan,” tegas Nadzim; “Kita nak satu atau dua tiga formula supaya semua pihak dalam keadaan baik.”
“SPAD perlu tubuhkan syarikat supaya semua pemandu ada syer. Ini cadangan kita. Kita tak tau apa yang pihak SPAD nak buat selepas ini,” kata beliau.

Paul Low: Kenapa saya perlu letak jawatan kerana kebodohan orang lain

Paul Low berkata, pemberi maklumat tidak patut berbuat demikian demi kepentingan politik
paul-low-lim-gaun-eng
PETALING JAYA: Pemberi maklumat tidak patut berbuat demikian demi meraih publisiti dan kepentingan politik, tegas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low.
“Jadi, kenapa saya perlu berundur disebabkan kebodohan orang lain? Jika orang lain yang melanggar undang-undang, kenapa saya perlu meletak jawatan?
“Jangan beritahu saya, jika seseorang melanggar lampu merah, penyokongnya akan meminta Menteri Pengangkutan berundur,” katanya kepada FMT sebagai menjawab desakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mahu beliau meletak jawatan atas penahanan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli.
Sebelum ini, Guan Eng dilaporkan sebagai berkata, jika Paul meletak jawatan, ia adalah satu bentuk mesej kepada kerajaan untuk melindungi pemberi maklumat berkaitan rasuah.
Paul bagaimanapun menegaskan, pemberian maklumat itu perlu dibuat melalui saluran betul, bukannya demi ‘glamor seketika’.
Tambahnya lagi, apabila seseorang itu prihatin terhadap sesuatu perkara, ia tidak patut dijadikan perbicaraan oleh media.
“Ia bukan terpulang kepada orang ramai untuk menghukum perkara itu betul atau salah, tetapi untuk pihak berkuasa memutuskan jika wujud sebarang elemen salah laku dan mengambil tindakan sewajarnya.”

Cadangan jadikan AG pengerusi Majlis Peguam secara automatik..!!


Kerajaan akan mengkaji keperluan untuk meminda Akta Profesion Undang-undang supaya membolehkan Peguam Negara menjadi Pengerusi Majlis Peguam, secara automatik, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri.
Beliau berkata demikian ketika mengulas cadangan oleh Nasrun Mansor (BN-Silam) pada ucapan penggulungannya semasa perbahasan rang undang-undang Profesion Undang-Undang (Pindaan).
"Saya ingin ulas cadangan yang dikemukakan (ahli parlimen) Silam. Beliau mencadangkan AG dilantik sebagai pengerusi Majlis Peguam.
"Buat masa ini, pengerusi Majlis Peguam dipilih melalui undi. Jika cadangan itu diterima, maka kita perlu meminda Akta 166 (Akta Profesion Undang-Undang).
"Ini perlu dibincangkan secara mendalam. Kerajaan akan melihat dengan teliti dan mengemukakannya kepada pihak-pihak berkaitan," katanya.
Terdahulu, Nasrun berkata sudah tiba masanya bagi kerajaan meminda undang-undang supaya Peguam Negara boleh dilantik sebagai Pengerusi Majlis Peguam secara automatik.
Katanya, Majlis Peguam telah tersimpang jauh dengan ancaman untuk mencabar keputusan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali di mahkamah.
Beliau menuntut majlis itu supaya tidak berpolitik, kekal bebas, profesional dan berhenti daripada mengeluarkan kenyataan politik.

UMNO Johor tidak perlu deklarasi sokong Najib

Rakyat Johor telah terbukti menerima kepimpinan Najib Razak dan hubungan kerajaan negeri dengan Pusat juga terjalin baik.
shahrir
KUALA LUMPUR: UMNO Johor tidak memerlukan sebarang deklarasi untuk menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri dan Presiden parti.
Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, rakyat Johor telah terbukti menerima kepimpinan Najib dan hubungan kerajaan negeri dengan Pusat juga baik.
“Itu (deklarasi) bukan cara kita apabila bercakap mengenai UMNO Johor. Ia sokongan yang tidak perlu dinyatakan, tidak payah ada deklarasi.
“Tidak payah semua itu kerana hubungan memang sudah terjalin dengan begitu baik,” katanya di Parlimen hari ini.
Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) berkata, rakyat Johor sangat demokratik dan terbuka dalam apa-apa jua perkara termasuk isu desakan menolak Najib.
“Kami (UMNO Johor) sangat demokratik, kami terbuka, kami benarkan perbincangan, kami tidak paksa orang untuk mengikuti garisan tertentu.
“Tidak ada paksaan menyokong Perdana Menteri, kami sedar proses yang berlaku. Kami bukan dalam keadaan terdesak utuk menukar kerajaan,” katanya lagi.

Tahan Rafizi: Polis tak boleh tunggu sidang parlimen habis?


Tiada yang mengejutkan berhubung penahanan Rafizi Ramli, anggota parlimen Pandan. Beliau sendiri sudah menjangkakan akan ditahan ekoran pendedahan dokumen maklumat sulit Jawatankuasa Kira kira Wang Negara (PAC) yang diklasifikasi bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) berkaitan maklumat isu salah guna kuasa 1MDB serta hubungan antara 1MDB dan LTAT.
Yang mengejutkan apabila polis tidak menghormati Parlimen, sEbagai institusi rakyat, yang masih dan akan bersidang sehingga Khamis 7 April 2016.
Sidang parlimen yang masih berlangsung ini dibuka dengan rasminya oleh Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong pada 7 Mac 2016.
Penahanan Rafizi adalah satu penghinaan terhadap yang Seri Paduka yang telah memperkenankan anggota-anggota parlimen bersidang untuk satu tempoh hingga 7 April 2016.
Penahanan beliau juga sebagai satu pencabulan dan penghinaan pihak polis terhadap parlimen, yang Rafizi salah seorang anggotanya.
Kenapa Polis tidak boleh bersabar menunggu sehingga parlimen selesai bersidang esok?
Siasatan bawah OSA bukan kesalahan jenayah berat yang perlu disegerakan penahanan terhadap Rafizi.
Tidak lain penahanan Rafizi hanya untuk menakutkan dan memesongkan pemikiran rakyat yang kononnya Rafizi yang bersalah.
Tindakan Polis juga dilihat menjadi institusi melindungi jenayah yang dilakukan pemimpin negara.
Penjenayah bermaharajalela dan yang mendedahkan jenayah penjenayah didera.

Penahanan Rafizi: MP pakatan akan hantar memorandum ke Bukit Aman esok


Ahli Parlimen Pakatan Harapan ketika sidang media di lobi Parlimen petang ini.Ahli Parlimen Pakatan Harapan ketika sidang media di lobi Parlimen petang ini.Ahli Parlimen Pakatan Harapan akan berarak dari bangunan Parlimen ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada jam 9 pagi esok bagi menyerahkan memorandum bantahan berhubung penahanan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli yang didakwa mencabuli institusi parlimen.
 Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke Siew Fook berkata, Ketua Pembangkang Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail akan mengetuai perarakan esok bagi bertemu dengan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar.
“Ketua-ketua whip parti DAP, PKR dan Amanah telah bersetuju untuk berkumpul di hadapan bangunan parlimen dan berarak ke Bukit Aman bagi menyerahkan memorandum membantah penahanan Rafizi.

“Penahanan Rafizi di depan bangunan parlimen adalah tindakan mencabuli institusi parlimen kerana itu adalah satu usul yang diluluskan dalam parlimen sendiri,” katanya pada sidang media di lobi parlimen hari ini.

Rafizi diitahan polis di luar pintu pagar parlimen kira-kira jam 6.15 petang semalam.
Khalid mengesahkan pemimpin PKR itu akan disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi(OSA).
Anthony juga berkata, ahli parlimen BN dan Pas juga akan dijemput bagi menyertai perarakan ini.
“Kita juga menjemput ahli parlimen BN kerana ni bukan soal Rafizi semata-mata tapi ini berkenaan institusi parlimen.

“Jemputan ini juga akan dilanjutkan kepada ahli parlimen Pas,” katanya lagi.

Najib Razak kemuka surat tuntutan maaf kepada Mohd Rafizi




GKCM Mahu Bakar Buku Perlembagaan Umno

Usaha Tutup Mulut Wakil Rakyat

Khairuddin Persoal Motif Penahanan Rafizi

Shamsul Iskandar: Kenapa Nak Buat Macam Jenayah Besar?

Saifuddin Abdullah: U Sengaja Nak Menakutkan Rafizi Ramli

Mahfuz Omar: Saya Terkejut Kenapa Polis Menahan Rafizi Pada Hari Ini?

Sivarasa: Tahanan Reman Rafizi Tak Adil

Rafizi's arrest challenges the parliament, autonomy and sovereignty, says Raja Kamarul

Mana ada gerakan nak jatuhkan MB Johor, kata Shahril

Guling MB Johor, itu sekadar khabar angin - Azalina

'Polis boleh siasat tetapi kenapa tahan Rafizi?'

MP pembangkang berarak hantar memo ke Bukit Aman esok

Anthony Loke: Azalina melampau buat keputusan melangkaui Speaker

Usaha musnah orang cerdik untuk bodek penguasa berterusan, kata Presiden Amanah


Kisah Hang Nadim terus berulang kata Mat SabuKisah Hang Nadim terus berulang kata Mat Sabu
Penahanan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli bagi Presiden Parti Amanah Negara
(AMANAH) hanya satu lagi episod memusnahkan orang cerdik dan pandai bagi membodek
pemerintah yang berlanjutan dalam masyarakat Melayu sehingga hari ini.
Dalam satu kenyataan beliau membangkitkan kisah sejarah dalam masyarakat Melayu
lama.
"Pemerintah Malaysia kini bertindak seperti Singapura dilanggar todak.
"Hang Nadim, seorang pemuda pintar ketika itu telah memberikan pandangan berbeza
dengan hulubalang dan menteri-meteri disekeliling raja," katanya.
Dengan kecerdikan Hang Nadim katanya, beliau ditakuti mengancam kedudukan penguasa
dan pelbagai cara digunakan untuk memusnahkannya.
"Tindakan menangkap dan memusnahkan orang cerdik dan pandai bagi membodek
pemerintah, berlanjutan dalam masyarakat Melayu sehingga hari ini, katanya.
Rafizi Ramli menurutnya sebagai Ahli Parlimen Pandan merangkap Setiausaha Agung
PKR, seorang yang cerdik dan pintar dengan mengkritik berdasarkan fakta dan
membuat penyelidikan namun nampaknya tidak disukai oleh kerajaan Malaysia.
AMANAH tegas beliau mendesak kerajaan Umno-BN menghentikan segera tindakan
pengecut sebegini, kerana orang seperti Rafizi adalah pemimpin harapan rakyat
dan sangat berguna untuk negara pada masa ini dan akan datang.
"Kezaliman kepada Rafizi perlu dihentikan segera kerana ia sangat memalukan negara
dan hanya menjatuhkan martabat Malaysia," katanya.

Shazni: Doakan saya kuat berdepan k'jaan pekak


Naib Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Shazni Munir yang dibebaskan setelah reman dua hari bawah Akta Hasutan 1948 berjanji akan terus bersuara terhadap kerajaan.
Katanya, itu sahaja 'senjata' dipunyainya untuk melawan sebuah kerajaan yang didakwa rosak.
“'Senjata' ini akan saya manfaatkan sepenuhnya selagi kezaliman dan skandal gila 1MDB dan 'derma' RM4.2 bilion masih tidak berpenghujung.
“Doakan saya dan sekian ramai pejuang lain terus kuat berdepan kerajaan yang pekak dan bisu.
Shazni berkata jika beliau tidak menulis pun isu-isu seperti cukai barangan dan perkhidmatan (GST), mendesak pengunduran Najib dan pertukaran kerajaan, ramai lagi akan menulis perkara sama.
Shazni dibebaskan hari ini dengan jaminan polis setelah ditahan di lokap Jinjang, Kuala Lumpur susulan laporan sebuah laman web bahawa beliau menyeru menggulingkan kerajaan melalui perhimpunan besar-besaran.
Dalam kenyataan pertamanya selepas dibebaskan hari ini, beliau berkata berita dirujuk polis di laman web www.bicara.news itu telah dimanipulasi daripada artikel asal di Free Malaysia Today.
Beliau juga berkata tiada masalah jika polis mahu menyiasat kedua-dua tulisan itu.
“Saya tiada masalah kerana tiada apa yang perlu saya sembunyikan.
“Saya bertanggungjawab penuh atas kesemua tulisan saya di media sebelum ini,” katanya.

Memang saya 'makan dedak', kata Nazri

Memang saya 'makan dedak', kata Nazri
KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengakui beliau ‘makan dedak’ sebagaimana diperkatakan sejak zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad lagi.
Yang menghairankan beliau, katanya, apabila seolah-olah ada perbezaan dedak dahulu dengan dedak  zaman Datuk Seri Najib Tun Razak, sebagai perdana menteri.
“Kalau dulu dia bagi dedak, dia kata saya bagus. Kenapa Najib sekarang bagi dedak tak bagus pulak?.
“Saya memang makan dedak. Tak apalah saya makan dedak macam burung atau ayam. Kerana kita makan dedak itu untuk memperkuatkan parti,” katanya.
Katanya, beliau memang makan dedak, sebab itu adalah dedak yang Mahathir bagi kepadanya.
“Dedak ada yang special ke? Ya saya makan dedak. Banyak khasiat dedak. Kita semua tahu negara yang membangun, teknologi bagus, dedaknya lebih bagus.
“Tentu lebih baik daripada dedak yang dia bagi dulu. Saya tidak menafikan itu. Saya memang makan dedak,” katanya.

SPRM, LHDN digesa siasat nama-nama dalam Panama Papers

Pihak berkuasa perleu menentukan samada harta yang disimpan "bersih" atau tidak.
tuan-ibrahim-LHDN-SPRM
PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menyiasat rakyat Malaysia yang dinamakan dalam Panama Papers supaya harta yang disimpan di syarikat-syarikat luar pesisir dipastikan “bersih” atau tidak.
Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata badan anti-rasuah dan Lembaga Hasil Dalam Negeri perlu mengenalpasti sebab-musabab individu-individu berkenaan membuka terbabit dengan syarikat luar pesisir.
“Apakah ia semata-mata demi mengelakkan diri daripada membayar cukai, atau terlibat dengan pelaburan wang haram, atau untuk perkara lain yang berniat baik?” soalnya dalam satu kenyataan yang diterima FMT.
Katanya, dengan tersenarainya nama rakyat Malaysia yang terlibat dengan aktiviti kewangan di luar negara, ia akan memberi kesan buruk kepada Malaysia di mata Integriti Kewangan Global (GFI) – badan antarabangsa yang memantau aliran wang haram.
“PAS menggesa tindakan sewajarnya perlu diambil atas kesalahan melanggar undang-undang negara terutamanya dari segi mengelakkan cukai,” tegas Tuan Ibrahim.
Panama Papers merupakan dokumen bocor yang menyenaraikan akaun dan pelaburan luar pesisir pantai nama-nama terkemuka dunia.
Antara yang dinamakan termasuk anak Perdana Menteri, Mohd Nazifuddin Mohd Najib; anak bekas Perdana Menteri, Mirzan Mahathir, bekas Menteri Raja Nong Chik Zainal Abidin dan cukong balak, Michael Chia.
Memetik Konsortioum Wartawan Penyiasat Antarabangsa (ICIJ), Nazifuddin berkata PCJ International Venture digunakan untuk perniagaan antarabangsa tetapi tiada transaksi niaga, dan ia telah ditutup.
Manakala dalam hal Jay Marriot International pula, saham miliknya telah dijual kepada kakak Ch’ng Soon Sen yang merupakan pengarah syarikat itu, sebelum meletak jawatan sebagai pengarah pada 2011.

Tanpa Umno MARA terkubur atau tanpa MARA Umno tersungkur..??


Skandal MARA perlu tindakan tegas kata Sheikh OmarSkandal MARA perlu tindakan tegas kata Sheikh Omar
Memberi reaksi kepada amaran Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak bahawa tanpa Umno, MARA dan orang Melayu ranap, Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor, Syeikh Omar Ali berkata beliau yang sarat dengan skandal rasuah, sepatutnya malu untuk membuat ugutan seperti itu.
"Saya khuatir akan maksud tersirat Najib selaku PM yang sarat dengan skandal rasuah, apakah kenyataan beliau sebenarnya bermaksud "tanpa MARA, UMNO terkubur, Najib tersungkur"?, katanya.
Bagi beliau Najib sepatutnya malu bercakap seperti itu pada majlis Sambutan Perdana 50 Tahun MARA, ia tiada bezanya seperti memberi ugutan ke atas orang Melayu sendiri.
"Najib bertindak ala mafia," katannya.
Menurut Syeikh Omar, Selepas skandal MARA didedahkan, Najib sebenarnya mahu selamatkan orang Melayu atau kroni?
"Najib sepatutnya memberikan penjelasan berkaitan isu pembelian hartanah di Australia oleh MARA melibatkan penyelewengan sejumlah RM129 juta sekitar Jun dan Julai tahun lalu.
"Bukan membuat ugutan ala mafia kepada orang Melayu," jelasnya.
Selepas pendedahan skandal MARA kata beliau sehingga kini, tiada seorang pun yang dihadapkan ke muka pengadilan dan MARA masih belum mendapatkan kembali jumlah terlebih bayar' itu.
Orang Melayu tegas beliau perlu respon terhadap kenyataan Najib itu dengan berkata, "Untuk menyelamatkan MARA dan orang Melayu, Najib dan UMNO perlu diturunkan dari tampuk kuasa."

Paul Low perlu letak jawatan – LGE

Lim Guan Eng menggesa Paul Low meletak jawatan sebagai bantahan terhadap penahanan pemberi maklumat seperti Rafizi
paul-low
GEORGE TOWN: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Paul Low perlu berundur sebagai membantah penahanan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli.
Tindakan meletak jawatan itu, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, adalah mesej kepada kerajaan untuk melindungi pemberi maklumat kegiatan rasuah.
“Saya tanya Low, apa gunanya jadi menteri, kalau Rafizi boleh ditahan hanya kerana mendedahkan kegiatan rasuah?
“Low perlu letak jawatan sebagai protes atau beliau boleh terus jadi menteri untuk buktikan ini adalah perkara biasa,” katanya dalam satu sidang media di Komtar, hari ini.
Ketua Menteri Pulau Pinang itu kecewa, kerana Rafizi yang bertindak mendedahkan kegiatan rasuah, tidak diberikan perlindungan di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.
Rafizi yang juga Naib Presiden merangkap Setiausaha Agung PKR, ditahan polis sebaik saja keluar dari kawasan Parlimen, semalam.
Beliau ditahan di bawah Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi (OSA), kerana menyampaikan rahsia rasmi kerajaan secara salah.
Rafizi dipercayai ditahan kerana mendedahkan dokumen-dokumen rahsia di bawah OSA yang didakwa ada kaitan dengan 1MDB dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera.
“Kami mengutuk penahanan Rafizi di bawah OSA. Kami sangat sedih melihat beliau memakai baju lokap,” kata Guan Eng.

Ahmad Said patut bersyukur, jawatan tak kekal - Abu Bakar Ghani

Ahmad Said
KUALA TERENGGANU – Tindakan Adun Kijal, Datuk Seri Ahmad Said yang dilihat tidak berputus asa untuk memastikan berlaku pertukaran menteri besar di negeri ini disifatkan sebagai dendam.
Timbalan Ketua Penerangan Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Terengganu, Abu Bakar Ghani berkata, Ahmad sepatutnya bersyukur kerana beliau tetap disokong rakyat negeri ini sebagai menteri besar walaupun pelantikan beliau ketika itu berlaku semasa kemelut menteri besar yang turut melibatkan Datuk Seri Idris Jusoh, selepas PRU 2008.
Beliau turut memberitahu bahawa Ahmad akan tetap menikmati pencen tidak seperti pihak-pihak lain yang berpenat lelah berjuang mempertahankan Umno dan BN.
“Sekurang-kurangnya beliau akan menikmati pencen dan elaun Adun yang besar lepas bersara nanti. Bahkan ada pejuang-pejuang dan penceramah-penceramah Umno yang tolong kempen BN tak dapat satu sen elaun pun dari kerajaan BN Terengganu dan Pusat tetapi tetap setia pada parti,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.
Beliau turut meminta Ahmad bermuhasabah bahawa jawatan tidak akan selama-lamanya kekal kepada mana-mana individu, di samping menguruskan diri sebaik mungkin dengan kesenangan dan kesihatan yang dinikmati ketika ini.
Sementara itu, mengulas kritikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Umno dan BN, beliau berkata, bekas pemimpin negara itu tidak berhak bersikap lantang menjatuhkan kepimpinan parti itu apatah lagi Mahathir bukan lagi ahli Umno.
Menurutnya, sikap Mahathir itu juga dipersoalkan lebih-lebih lagi dengan tindakannya keluar masuk ke dalam Umno yang pernah dilakukan sebelum ini.

Desas-desus Johor pula akan dapat MB baru

Selepas Kedah, terdapat desas-desus bahawa Johor akan menjadi negeri seterusnya membuat penukaran menteri besarnya.
Menurut tulisan di laman Facebook Shukur Mohamad - anak kepada Speaker DUN Johor Tan Sri Mohamad Aziz, beliau mendakwa terdapat gerakan untuk menukar Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Malah beliau turut mendakwa, gerakan itu diketuai oleh seorang timbalan menteri yang namanya tidak didedahkan.
"Ada satu gerakan yang sedang dibuat oleh seorang timbalan menteri untuk mencantas menteri besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (kanan).
"Gerakan ini kononnya hendak meletak timbalan menteri ini menjadi menteri besar Johor bagi pihak (Datuk Seri) Najib Razak menjaga dan mengekang ahli Umno Johor," tulisnya.
Selain itu, dalam tulisan berlainan di Facebook, beliau juga mendakwa selain ingin menukar menteri besar, gerakan itu juga merancang untuk menyingkirkan Tan Sri Muhyiddin Yassin (bawah, kiri) sebagai ketua Umno bahagian Pagoh.
Dakwanya, terdapat seorang individu yang ditawarkan sejumlah wang bagi mendapatkan sekurang-kurangnya 20 cawangan Umno bahagian Pagoh untuk menolak bekas timbalan perdana menteri itu sebagai ketua bahagian.
Calar imej
Sementara itu, ketika dihubungi Malaysiakini, Shukur berkata gerakan yang ingin menjatuhkan menteri besar Johor itu telah lama dilakukan oleh individu berkenaan.
Dakwa Shukur lagi, gerakan itu juga dibuat untuk mencalar imej Khaled kerana didakwa tidak dapat menyatupadukan ahli Umno di negeri tersebut.
Ditanya siapakah timbalan menteri yang dimaksudkan, Shukur enggan mengulas lanjut dan memberitahu beliau akan mendedahkan perkara tersebut dalam tulisan di Facebook nanti.

Rafizi direman sehingga Jumaat

Dalam negara beranilah nak gertak saman..


Tetapi WSJ dan ABC bila nak saman ??!!

Rakyat tertunggu-tunggu hingga kini..

Raja-raja Melayu tahu kemelut yang melanda – AMANAH

Pakatan Harapan menafikan Gerakan Selamatkan Malaysia cuba melibatkan Majlis Raja-raja dalam usaha mendesak Najib meletakkan jawatan
bahrin-deklarasi-rakyat
KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) menafikan Gerakan Selamatkan Malaysia yang digerakkan bersama Tun Dr Mahathir Mohamad mahu melibatkan Majlis Raja-raja dalam usaha mendesak Perdana Menteri meletak jawatan.
Presiden AMANAH Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata, tuduhan yang dilemparkan terhadap gerakan itu langsung tidak tepat.
Walaupun tidak menyebut nama pemimpin yang dimaksudkan, dipercayai beliau merujuk kepada kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Ujar Raja Kamarul, matlamat gerakan berkenaan ‘senada’ dengan kenyataan Majlis Raja-raja sebelum ini yang menegur agar kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) diselesaikan segera.
“Saya minta pihak yang keluarkan kenyataan ini membaca keratan akhbar, sejak Oktober 2015 di mana mesyuarat Raja-raja Melayu pada 8 Oktober 2015 mengeluarkan kenyataan supaya kerajaan Datuk Seri Najib menyelesaikan masalah 1MDB.
“Pada masa itu Gerakan Selamatkan Malaysia belum lagi ditubuhkan.
“Jadi saya rasa tidak tepat mengatakan kita mengheret Majlis Raja-raja kerana Raja-raja sendiri tahu kemelut yang melanda negara dan rakyat,” katanya dalam satu sidang media di ruang legar Parlimen, hari ini.

Ada tokoh Umno api-apikan pengantungan jawatan Muhyiddin, dakwa rebel Umno


Mohamadd Zin (dua dari kiri) bersama ahli GKCM di lobi RoS pagi tadi yang mahu siasatan dilakukan oleh Ros terhadap pengantungan jawatan Tan Sri Muhyiddin dalam parti.Mohamadd Zin (dua dari kiri) bersama ahli GKCM di lobi RoS pagi tadi yang mahu siasatan dilakukan oleh Ros terhadap pengantungan jawatan Tan Sri Muhyiddin dalam parti.Beberapa hari sebelum diumumkan pengantungan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Timbalan Presiden Umno pada Februari lalu sudah timbul suara-suara desakan dikalangan tokoh dalaman Umno agar pengantungan jawatan itu dilaksanakan jelas melanggar perlembagaan parti, dakwa kumpulan rebel Umno.
Perkara ini didedahkan oleh Timbalan Presiden Gerakan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) Datuk Mohamad Zin Mustapa yang mendakwa, ada pihak yang mengapi-apikan agar pengantungan jawatan itu dilakukan.
“Beberapa hari sebelum pengantungan itu berlaku ada pihak yang mengapi apikan pengantungan jawatan Muhyiddin. Suara sumbang itu datang daripada beberapa tokoh yang nampaknya telah menyalahguna perlembagaan Umno.
“ Mengapa Muhyiddin tidak dipanggil oleh Lembaga Disiplin Umno untuk memberi penjelasan?” soalnya.
Beliau di temui Malaysia Dateline selepas menghantar surat kepada  Pentaftar Pertubuhan Sosial Malaysia (RoS) di Putrajaya pagi tadi
GKCM menghantar surat kepada petubuhan untuk meminta menjalankan siasatan terhadap pengantungan jawatan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin oleh Majlis Tertinggi (MT) Umno pada 26 Februari lalu.
Mohamad Zin berkata perundangan dan perlembagaan parti tidak boleh digunakan mengikut tafsiran ahli parti yang berkepentingan.

ANTARA PROTON DAN 1MDB

Dalam tulisan di blognya untuk menghuraikan sebab-sebab beliau berundur sebagai Pengerusi Proton, Tun Mahathir Mohamad turut mengambil kesempatan menjawab tuduhan pengkritik sebelum ini yang seolah-olah mengatakan syarikat kereta nasional itu hanya tahu meminta bantuan untuk memberinya nafas kehidupan dan tidak menyumbang apa-apa kepada kerajaan.

Beliau lantas menyenaraikan pemberian kerajaan kepada Proton iaitu:-

- RM1,320 juta dalam bentuk insentif cukai yang juga layak diterima oleh kereta lain.

- RM773.8 juta dalam bentuk geran penyelidikan dan pembangunan, geran khas, pakej rangsangan yang turut dinikmati oleh pengeluar automitif lain.

- RM12,532.6 juta insentif khusus yang turut dinikmati oleh pemain industri automotif

- secara keseluruhannya bermula 1985 sehingga kini, sumbangan kerajaan kepada Proton ialah RM14,631.4 juta.

Sumbangan Proton kepada kerajaan yang disenaraikan oleh Tun Mahathitr pula:-

- duti eksais sejak 1985 hingga sekarang berjumlah RM11,785 juta.

- cukai jualan sejak 1985 hingga sekarang sebanyak RM9,470 juta.

- cukai korporat sejak 1985 hingga sekarang sebanyak RM1,410 juta.

EZAM TIDAK LAGI BERSAMA NAJIB, SUDAH LETAK JAWATAN PENGARAH KOMUNIKASI MOF

Hari ini ramai penyokong Najib Razak "terkejut beruk"  dengan kenyataan Ezam Mohd Nor yang menyifatkan langkah penahanan Rafizi Ramli di bawah Akta Rahsia Rasmi atau OSA sebagai langkah ke belakang oleh kerajaan.

Meluahkan di laman Facebooknya, Ezam berkata, "menahan Rafizi atau sesiapa pun di bawah OSA adalah salah dan langkah ke belakang."

"Saya sudah tegaskan berkali-kali, baca hujah penghakiman KN Segara pada 2003 yang membebaskan saya setelah dua tahun ditahan.

"Penahanan itu diputuskan salah. Banyak ruang pencabulan hak membongkar rasuah dalam kes itu. Penahanan OSA mesti atas asas keselamatan negara semata-mata, bukan alasan lain," tegas Ezam.

Pendirian Ezam itu menyusul selepas sekian banyak bantahan diluahkan terhadap penahanan Rafizi yang ditahan dibawah OSA kerana mendedahkan apa yang dianggap maklumat sulit dalam isu berkaitan LTAT dan 1MDB, lebih-lebih lagi kerana beliau juga ditahan di Parlimen.

Bagi yang mengenali Ezam, mereka menyifatkan kenyataannya itu adalah berikutan apa yang dihadapi Rafizi sekarang sudah dilaluinya sebelum ini.

Lantaran itu, Ezam berhak meluahkan isi hati dan kebenaran berkaitan penahanan Rafizi itu.

Pakatan Harapan dan penentang UMNO perlu pilih ketua – Zaid

Datuk Zaid Ibrahim berkata, ramai orang Melayu sudah sedar mereka diperdaya dua kumpulan pemimpin, iaitu PAS dan UMNO
zaid,leader
PETALING JAYA: Bekas menteri, Datuk Zaid Ibrahim hari ini mencadangkan kumpulan penentang UMNO dan pemimpin Pakatan Harapan memilih seorang pemimpin yang mewakili mereka.
Katanya, beliau sebelum ini meletak kepercayaan terhadap Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li), bagaimanapun tindak-tanduk serta kenyataan Ahli Parlimen Gua Musang itu amat mengecewakan.
Menerusi catatan terbaru di blognya, Zaid berkata, orang Melayu yang kecewa dengan UMNO dan PAS, kini mahukan kepimpinan baru.
“Saya mencadangkan Pakatan Harapan dan bekas pemimpin UMNO berganding bahu dan mula percaya kepada satu sama lain. Mereka perlu menghantar mesej baru kepada orang Melayu yang telah kecewa dengan dua gergasi politik Melayu itu.
“Untuk merealisasikan perkara ini, bekas ahli UMNO perlu memilih seorang pemimpin. Mereka perlu bersama kuasa-kuasa politik lain yang menunggu seruan untuk menyelamatkan negara. Bagaimanapun, mereka perlu mempunyai seorang ketua,” katanya.
Tambahnya lagi, bekas ahli UMNO terbabit juga tidak boleh mendakwa diri mereka masih mempunyai darah UMNO dalam diri mereka.
“Saya anggap seorang daripada mereka sedia membentuk dan mengetuai sebuah pergerakan untuk mewujudkan politik baru dan matang buat negara.”
Pakatan Harapan pula, tegasnya, perlu bersedia mempertimbangkan orang lain, selain Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk memimpin pembangkang pada pilihan raya umum akan datang.
Beliau berharap harapan akan diletakkan terhadap pemimpin Pakatan Harapan dan bekas pemimpin UMNO.
“Kini, orang Melayu memerlukan pemimpin-pemimpin yang jujur dan mementingkan nilai-nilai baik. Saya tidak hanya maksudkan berlaku jujur untuk tidak mencuri dana negara, tetapi jujur dari segi kata-kata dan kehidupan harian mereka.”
Menurutnya, orang Melayu pernah meletakkan kepercayaan terhadap PAS dan mesej Islamnya sebagai alat untuk membebaskan orang Melayu. Mereka menuruti semua nasihat ulama, termasuk tidak menunaikan solat di masjid yang dikunjungi ahli-ahli UMNO dan menganggap UMNO haram.
Sekarang, Zaid berkata, ulama “buat muka dan beritahu orang Melayu yang UMNO adalah sahabat, bukan saksi 1MDB dan sebagainya. UMNO kini halal…apa perasaan pengikut-pengikut ini sekarang?”

Deklarasi Kedah desak pecat Muhyiddin, Mukhriz


Ambil tindakan tegas terhadap Mukhriz, Muhyiddin

KUALA LUMPUR - Seramai 14 daripada 15 ketua Umno Bahagian Kedah hari ini berikrar menyokong sepenuhnya kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan menandatangani Deklarasi Kedah.
Menteri Besarnya, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, deklarasi itu turut ditandatangani oleh semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Ahli Parlimen Kedah, termasuk ketua pemuda, ketua puteri dan ketua wanita Umno negeri.
Beliau berkata, deklarasi itu diserahkan kepada Najib sendiri pada pertemuan Umno Kedah dengan Perdana Menteri yang berlangsung kira-kira satu jam di bangunan Parlimen, tadi.
"Kita buat deklarasi ini nak menyatakan kepada orang ramai bahawa Kedah masih bersama perdana menteri.
"Semua wakil rakyat termasuk senator Umno Kedah hadir hari ini bagi menyerahkan Deklarasi Kedah kepada perdana menteri.
"Deklarasi ini kita buat kerana merasakan perlu deklarasi (balas) yang dibuat oleh Tun Dr Mahathir Mohamad," katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen.
Deklarasi Kedah merupakan komitmen kepimpinan Umno negeri selepas Deklarasi Kelantan diserahkan kepada Najib pada 25 Mac lalu, yang menyaksikan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah turut menandatanganinya.
Selain menyokong Najib, Deklarasi Kedah turut mengutuk sekerasnya dan melahirkan rasa kesal dengan tindakan Mahathir yang bersengkongkol dengan pembangkang dalam Deklarasi Rakyat untuk menjatuhkan perdana menteri.
"Tindakan Mahathir jelas bertentangan dengan amalan dan sistem demokrasi tanpa mempedulikan kesannya kepada rakyat dan negara," kata Deklarasi Kedah itu yang turut diedarkan kepada pemberita.

Tahan Rafizi bawah OSA tidak wajar, kata badan hak asasi


Pegawai Eksekutif Amnesty International Malaysia (AIM) Shamini Darshni berkata penangkapan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli merupakan sekatan kepada hak asasi manusia.
Katanya, pihaknya bimbang apabila terdapat cadangan supaya Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 dipinda dengan meningkatkan hukuman kepada penjara seumur hidup dan sebatan.
“Saya rasa Rafizi sedang dijadikan sebagai salah satu pengajaran apabila ia datang kepada kebebasan bersuara dan hak untuk mendapat maklumat secara keseluruhan.
“Di bawah OSA , kebimbangan kami terdapat cadangan pindaan di bawah OSA untuk memperkenalkan sebatan dan penjara seumur hidup,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di Petaling Jaya hari ini.
Rafizi semalam ditahan di bawah Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi (OSA) dipercayai kerana mendedahkan dokumen sulit yang menunjukkan kaitan antara 1MDB dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera.
Beliau ditahan sejurus keluar dari bangunan parlimen.
Terdahulu, Peguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali sebelum ini dilapor mahu meminda OSA bagi meningkatkan hukuman kepada mereka yang membocorkan maklumat rasmi negara dan wartawan yang melaporkannya.

Halangg tugas polis Adun PKR ditangkap


Chan Ming KaiChan Ming KaiAhli Dewan Undangan Negeri (Adun) Indera Kayangan Chan Ming Kai yang didakwa menghalang tugas polis di Taman Jaya Diri di sini, ditahan di Ibu Pejabat Polis Kangar pukul 9.30 pagi ini.
ADUN dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu ditahan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.
Beliau didakwa menghalang pemasangan menara telekomunikasi di kawasan perumahan itu serta menghalang anggota polis melakukan kawalan keselamatan.
Chan yang dihubungi Bernama hari ini berkata beliau membuat bantahan itu kerana mendakwa syarikat Perlis Comm Sdn Bhd yang mendapat tender kerja tersebut tidak memiliki permit khas dari Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Perlis walaupun mendapat kebenaran Majlis Perbandaran Kangar (MPK).
Ketua Polis Daerah Kangar DSP Wari Kiew mengesahkan penahanan itu mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Rafizi ditahan reman tiga hari mengikut OSA


Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli ditahan reman selama tiga hari, berhubung dengan pendedahan dokumen sulit yang didakwa mengaitkan 1MDB dengan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).
"Tiga hari," kata Rafizi kepada pemberita ketika dibawa keluar dari Mahkamah Majistret di Putrajaya hari ini dalam keadaan tangannya bergari.
Peguamnya, R Sivarasa berkata, adalah berkemungkinan bahawa Rafizi akan dikurung di lokap Jinjang sepanjang tempoh reman itu.
Polis menahan Rafizi petang semalam sebaik sahaja beliau keluar dari pintu pagar bangunan Parlimen dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan bahawa pemimpin PKR itu akan disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi.

PAS kritik tindakan pembangkang, Tun M kaitkan istana untuk jatuhkan PM

GKCM desak ROS siasat penyingkiran Muhyiddin

Rafizi Dibawa Ke Mahkamah Jam 2 Petang

Rafizi Susah Hati Fikir Anak Ketika Ditahan Polis

Usaha Tutup Mulut Wakil Rakyat

Deklarasi Kedah Lawan Deklarasi Rakyat

Saya tidak mahu 'menyusahkan' Proton, kata Dr Mahathir

Nazifuddin sahkan akaun luar pesisir, nafi salah laku

Surendran: Usul bebaskan Anwar Ibrahim ditolak Speaker

Johari Abdul: IGP langgar peraturan tetap, hina Parlimen

'Tangkapan Rafizi usaha berterusan mengekang hak asasi'

Ahli Parlimen pertikai polis serbu dan tangkap Rafizi

MB Selangor: Bebaskan Rafizi segera tanpa syarat

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali mengecam penahanan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli di depan bangunan Parlimen pada hari ini.
Mohamed Azmin berkata  penahanan itu dibuat sewenang-wenangnya, salah guna kuasa polis dan penghinaan terhadap sistem demokrasi berparlimen.
Rafizi tangkap1Katanya tindakan drastik polis sebegini hanya mengukuhkan tanggapan bahawa kewibawaan undang-undang tersongsang terbalik dan institusi negara lebih berminat melindungi ‘tuan politik’ berbanding rakyat.
“Sebagai seorang ahli parlimen dipilih rakyat, adalah kewajiban Rafizi untuk mendedahkan kesalahan dan aktiviti rasuah tidak kira masa atau tempat.
“Polis sepatutnya menyiasat pesalah bukannya pemberi maklumat,” kata Mohamed Azmin dalam kenyataan media.
Sebelum ini, Naib Presiden serta Setiausaha Agung KEADILAN, Rafizi Ramli ditahan oleh kira-kira 10 polis sejurus keluar dari Parlimen jam 6.05 petang tadi.

Panama Papers: Iceland prime minister resigns

The prime minister of Iceland has resigned - the first major casualty of the Panama Papers leaks which have shed an embarrassing spotlight on the world of offshore finance.
The leaks, from Panama law firm Mossack Fonseca, showed PM Sigmundur Gunnlaugsson owned an offshore company, Wintris, with his wife.
He was accused of concealing millions of dollars worth of family assets.
A big protest was held in front of parliament in Iceland on Monday.
Reports suggest the agriculture minister will be the new PM.
Dozens of high-profile global figures are named in the huge Mossack Fonseca leak.
Mr Gunnlaugsson had earlier called on the President Olafur Ragnar Grimsson to dissolve parliament, but that was refused.
Mr Grimsson said he wanted to speak to political parties first.
"I do not think it is normal that the prime minister alone... should be given the authority to dissolve the parliament without the majority of the parliament being satisfied with that decision," the president told reporters.
Some observers describe his rejection of the prime minister's request as highly unusual.
After refusing to resign on Monday, the prime minister appeared to come under increasing pressure from within his governing coalition too.
He took to Facebook on Tuesday to outline his position.
"I told the leader of the Independence Party that if the party's parliamentarians think they cannot support the government in completing joint tasks, I would dissolve parliament and call a general election," he wrote.

Other Panama Papers reaction
  • France returns Panama to a list of countries which fail to co-operate over tax evasion
  • The US Department of Justice is reviewing the leaked documents to look for evidence of corruption that could be prosecuted in the US, the Wall Street Journal reports
  • Panamanian President Juan Carlos Varela says his government has "zero tolerance" for illicit financial activities and would co-operate vigorously with any judicial investigation in any country

The so-called Panama Papers leaked from Mossack Fonseca show that Mr Gunnlaugsson and his wife bought Wintris in 2007.
He did not declare an interest in the company when entering parliament in 2009. He sold his 50% of Wintris to his wife, Anna Sigurlaug Palsdottir, for $1 (70p), eight months later.
Mr Gunnlaugsson says no rules were broken and his wife did not benefit financially.
The offshore company was used to invest millions of dollars of inherited money, according to a document signed by Mrs Palsdottir in 2015.
Court records show that Wintris had significant investments in the bonds of three major Icelandic banks that collapsed during the financial crisis which began in 2008.
Some of Icelanders' anger is believed to stem from the perceived conflict of interest.
The prime minister was involved in negotiations about the banks' future and had characterised foreign creditors who wanted their money back as "vultures", while Wintris itself was a creditor.
Mr Gunnlaugsson kept his wife's interest in the outcome a secret.
A spokesman for the prime minister said on Monday that Ms Palsdottir had always declared the assets to the tax authorities and that, under parliamentary rules, Mr Gunnlaugsson did not have to declare an interest in Wintris.

Wajah Individu Bodoh,Penipu dan Mahu Jahanam Negara Kata Najib.....


Simple logik .

Ia sama ada NAJIB RAZAK BERBOHONG atau MEREKA SEMUA INI BERBOHONG , anda agak mana satu jawapannya ?

Mereka ini majoritinya semua berjawatan besar dalam kerajaan Malaysia dan terkenal dari segi reputasi mereka dalam bidang masing-masing .

Kalau mereka ini semua bodoh , penipu , pemfitnah , penyamun seperti yang didakwa Najib Razak , kenapa insiden pada gambar dibawah berlaku ?



.